Dokumen ini memberikan empat teknik untuk menulis ayat jualan yang efektif yaitu (1) utamakan kelebihan produk, (2) manipulasi emosi pembeli, (3) tunjukkan bukti dan kepercayaan, dan (4) gunakan USP secara efektif. Penulis menjelaskan cara menerapkan masing-masing teknik dengan contoh untuk memikat pembeli dan meningkatkan penjualan.
2. http://l1nk.com/MesinCopywriting
Kenali Penulis Anda.
Saya Aiman Ismail. Pelajar UTP. Sweet 19.
Siapa saya? Saya seorang penulis jalanan yang membantu hampir 500 usahawan
online dan offline menghasilkan jualan ‘melaluielampau’Mesin PERCUMA
Copywriting Mini saya. (Setakat tahun 2013)
Saya Aiman Ismail. Usahawan separuh masa sepenuh hati. Saya
menyediakan Produk/Kursus PERCUMA untuk membantu usahawan.
Saya pengasas jenama kecil-kecilan AEN atau Aiman Empire Network. Makhluk
yang bertanggungjawab membawa masuk duit besar dalam Tim.
Ikhlas,
Aiman Ismail
Blog rasmi : aen.my
Emel : contact.aen@gmail.com
http://www.aen.my/
3. http://l1nk.com/MesinCopywriting
Teknik #1 : Utamakan Kelebihan
Teknik pertama dalam menulis ayat jualan adalah menulis secara menyeluruh
kelebihan-kelebihan produk anda.
Ciri-ciri produk seperti bahan, warna dan sebagainya haruslah di huraikan pada
bahagian akhir surat jualan atau dalam bahagian soal jawab mengenai produk
anda.
Ketika menulis surat jualan, anda perlu utamakan kelebihan produk yang anda
jual. Seorang pelanggan tidak akan mencari warna apa yang ada pada produk
anda tetapi mereka mencari faedah-faedah produk yang anda jual.
Sepanjang surat jualan, ceritakan den produk anda. kelebihan-kelebihan yang ada pada
produk anda semuanya perlu
di masukkan walau sekecil mana kelebihan itu.
http://www.aen.my/
4. http://l1nk.com/MesinCopywriting
Teknik #2 : Manipulasi Emosi Prospek
Teknik kedua adalah sentiasa mencari ayat yang mampu menyentuh emosi si
pembaca. Katakan anda sedang menjual sebuah kereta.
Apa yang patut anda tumpukan ketika menulis ayat jualan adalah menulis
sesuatu yang boleh membawa si pembaca untuk membeli kereta yang anda
jual.
Jangan lakukan perkara di bawah :
Miliki kereta yang di lengkapi dengan engin bertaraf dunia dan termaju di
abad ini.
Lakukan perkara di bawah:
Bawa teman wanita anda berjalan-jalan dengan kereta yang cantik dan
canggih.
Jika anda menggunakan ayat pertama dalam surat jualan anda, anda akan
lingkup kerana pembaca tidak mahu tahu mengenai engin tetapi mahu tahu
apa faedah produk ini kepada mereka.
http://www.aen.my/
5. http://l1nk.com/MesinCopywriting
Gunakan ayat yang mampu membuatkan si pembaca untuk berangan-angan
sejenak. Contohnya ketika anda menjual produk kuruskan badan, anda boleh
gunakan ayat di bawah.
Jadi kurus dengan produk ini dalam masa 10 hari dan kejutkan jiran anda
dengan badan baru yang anda miliki.
Ayat yang membentuk imej di dalam kepala mampu menjadikan si pembeli
tergerak untuk membeli produk yang anda jual kerana mereka membeli bukan
kerana mereka perlu tetapi kerana mereka memang inginkannya.
http://www.aen.my/
6. http://l1nk.com/MesinCopywriting
Teknik #3 : Tunjuk Bukti & Bina
Kepercayaan
Untuk menarik pelanggan untuk membeli dari anda, anda perlu ada bukti
dan bina kepercayaan dari si pembeli.
Antara teknik untuk membina kepercayaan pelanggan pada produk
anda adalah seperti di bawah:
1. Sentiasa memberi bantuan kepada pelanggan terdahulu dan sentiasa
meminta mereka memberi pendapat mengenai produk anda. Selepas
itu, anda boleh masukkan pendapat mereka di dalam surat jualan anda.
2. Sentiasa ada testimoni untuk produk anda. Berikan contact para
testimoni untuk memberi gambaran kepada pembaca iklan anda
bahawa testimoni tersebut adalah betul dan bukannya di buat-buat.
3. Dapatkan testimoni dari seorang pakar dari pihak lain tetapi berada
dalam bidang yang sama. Contohnya, jika anda menjual ubat
kuruskan badan, dapatkan pandangan atau testimoni dari seoarang
pakar makanan.
http://www.aen.my/
7. http://l1nk.com/MesinCopywriting
4. Masukkan bilangan orang yang membeli. Contohnya, produk ini
sudah terjual sebanyak 300 unit dalam masa 2 hari.
5. Berikan jaminan bahawa jika produk yang anda jual tidak berkesan,
anda akan pulangkan wang mereka. Untuk menerbitkan lagi rasa yakin,
nyatakan anda sanggup untuk mengembalikan wang mereka dua kali
ganda dari harga asal.
Selain perkara di atas masukkan juga data mengenai produk anda. Jika
anda mengikut apa yang di sarankan di atas, pelanggan akan menganggap
produk anda adalah segala-segalanya.
Untuk itu, anda perlu masukkan secara jelas apa yang produk anda mampu
sumbangkan. Apabila mereka membeli nanti, mereka akan rasa puas kerana
mereka sudah tahu apa yang mereka beli.
http://www.aen.my/
8. http://l1nk.com/MesinCopywriting
Teknik #4: Kuasa USP
Guna sepenuhnya USP dalam surat jualan anda. USP bermaksud Unique Selling
Point. Kaji apa yang pesaing anda promosikan kemudian kalahkan mereka
dengan menjadikan produk anda unik.
Cara untuk menjadikan produk anda unik:
Harga Murah
Jadikan produk anda murah dari pesaing anda. Harga murah tidak
bermaksud anda akan rugi tetapi wujudkan sesuatu yang boleh
membuat pelanggan anda menganggap produk yang anda berbaloi
untuk di beli.
Kualiti Produk Yang Terjamin
Produk yang berkualiti seperti berkesan, tahan lama dan mudah untuk di
gunakan memang sentiasa menjadi rebutan pelanggan.
Jadikan produk anda unik dengan menyertakan bukti bahawa produk
anda adalah terbaik dari segi kualiti.
http://www.aen.my/
9. http://l1nk.com/MesinCopywriting
Masukkan data-data kajian anda dan kelulusan dari pihak berwajib.
Perkhidmatan Pelanggan Yang Cemerlang
Jika anda menjual secara talian, tawarkan penghantaran percuma ke
hadapan rumah. Jika produk yang anda jual rosak, tawarkan produk baru
untuk mereka.
Perkhidmatan selepas jualan memang jarang di tawarkan secara serius
oleh mana-mana perniagaan. Jadi, anda boleh jadikan ini sebagai senjata
untuk menjadikan produk yang anda jual adalah unik.
Masukkan ia di dalam surat jualan anda.
Eksklusif
Tunjukkan di dalam surat jualan bahawa produk yang anda jual adalah
sangat unik dan eksklusif. Beritahu mereka hanya orang-orang terpilih
sahaja yang layak untuk menggunakan produk ini.
http://www.aen.my/
10. http://l1nk.com/MesinCopywriting
PELUANG TERAKHIR ANDA!
Satu ‘Mesin’ yang ba dalam Dunia Copywriting.
Anda BERHAK untuk:
1) Hasilkan copywriting memikat
2) Huru-harakan bisnes anda
3) Habiskan stok anda dengan Pantas
Segalanya, di sini:
http://l1nk.com/MesinCopywriting
Harga akan dinaikkan apabila Kuota Muat
turun mencecah 100 79 mencukupi.
http://www.aen.my/