Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
KEMAPANAN BANDAR JASIN, MELAKA
1. PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
( LCMP1532 )
TUGASAN 2 : KEMAPANAN BANDAR JASIN,
MELAKA
THANASILAN KOMARAN
A159348
PENSYARAH:
PROF.DATO’IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN
O.K. RAHMAT
2. Bandar Jasin merupakan pecahan kawasan
pentadbiran bagi negeri Melaka yang terletak di
Daerah Jasin, Melaka, Malaysia Melaka dibahagikan
kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah
dibahagikan kepada beberapa mukim
(subdaerah/subdistrict). Sungai Kesang mengalir
melalui tengah-tengah pusat bandar Jasin dan
bersambung sehingga ke Muar, Johor. Sungai ini
memisahkan kawasan bandar baru daripada pusat
bandar lama. Bandar Jasin ini terbahagi kepada 3
bahagian iaitu Jasin 1, Jasin 2, Jasin 3. Pusat bandar
lama (Jasin 1) terdiri daripada deretan rumah-kedai
dua tingkat binaan tahun 1920-an. Perniagaan
dijalankan di tingkat bawah manakala pemilik tinggal
di tingkat atasnya. Bangunan-bangunan komersil baru
pula dibina di kawasan bandar baru Jasin dan
Jambatan Dato' Senara menghubungkan bandar baru
ini dengan bandar lama.