Akikah - Ritual Penyembelihan Binatang untuk Bayi Baru Lahir
1. AKIKAH
Taarif:
- menyembelih binatang ternakan sempena kelahiran bayi sebagai tanda
kesyukuran kpd Allah swt.
Hukum
Sunat Muakkad ke atas ibu Wajib sekiranya bernazar
bapa atau penjaga
Waktu :
Bermula sebaik sahaja lahirnya bayi drp kandungan ibunya sehingga dia
mencapai umur baligh.
Afdhal dilakukan pada hari ke tujuh selepas kelahiran bayi.
Kalau disembelih binatang sebelum selesai proses kelahiran,tidak sah akikah,
hanya menjadi sembelihan biasa ajak.
Kadar
Bagi lelaki : Bagi perempuan :
- 2 ekor kambing atau 2 bahagian - 1 ekor kambing atau 1 bahagian ( 1/7 )
( 2/7 )drp lembu dan kroni-kroninya. drp lembu dan geng-gengnya.
P/S : - Kalau kembar , bilangan atau bahagian binatang akikah mengikut bilangan kembar.
- Hikmat ( lelaki, 2 ekor/ bahagian dan perempuan, 1 ekor / bahagian )
• Menunjukkan bahawa kaum lelaki bakal memikul tanggungjawab yg lebih
besar daripada perempuan.
Syarat Sah Akikah
Sama dgn ibadah korban dari segi jenis, umur dan tidak cacat.
Berniat akikah ketika menyembelih.
Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
Perkara Sunat Ketika Menyembelih
Baca doa ketika hendak menyembelih.
Melakukan penyembelihan ketika matahari naik
Memasak daging akikah dgn masakan yang manis.
Melakukan akikah pada hari ke tujuh selepas kelahiran
Tidak memotong atau memecahkan tulang binatang akikah, hanya mencerai-
ceraikan sendinya sahaja.
razzyy.com
2. Hikmat Akikah
• Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. kerana dikurniakan anak.
• Untuk menghebahkan kpd anggota masyarakat tentang anugerah yg
dikurniakan Allah swt. kepada kita.
• Untuk memulakan kehidupan anak dgn perkara-perkara kebaikan.
• Mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Perbezaan di antara
korban dan akikah
Korban Perbezaan dari segi Akikah
10,11,12 dan 13 Zulhijjah Waktu Sejak lahir hingga baligh
Wajib diberi kepada orang Daging Sembelihan Harus diberi kepada orang
miskin miskin dan kaya
Sedekah daging mentah Cara Sedekah Sedekah daging setelah
kepada orang miskin dimasak manis
Memperingati peristiwa Tujuan Tanda syukur atas
pengorbanan Nabi Ibrahim kelahiran
Persamaan di antara korban dan akikah
Hukum kedua-duanya sunat muakkad
Binatang yg disembelih dari jenis al-an’am
Melalui sembelihan yg sah oleh hukum syarak
MRM
razzyy.com