SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
Syarat wajib
SYARAT WAJIB ZAKAT
Pertama – Islam
Zakat diwajibkan ke atas orang Islam sahaja.
Orang bukan islam tidak diwajibkan zakat.
Kedua – Merdeka
Zakat diwajibkan keatas orang Islam yang merdeka.
Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.
Ketiga – Sempurna Milik
Harta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka
dan bebas untuk menggunakannya.
Keempat – Cukup Nisab
Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta
untuk dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan
berzakat.
Kelima – Sempurna Haul
Harta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikan dan simpanan
selama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari)
Zakat Pendapatan
ZAKAT PENDAPATAN
Gaji / Pendapatan
Gaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau
perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada
apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional.
Kaedah pengiraan Zakat Pendapatan
Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun
semasa. Kiranya sama atau melebihi nisab maka dikeluarkan zakatnya 2.5%.
Keperluan asas sebenar pada tahun semasa :
1. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :
a. Sara diri – RM 9,000.00
b. Isteri – RM 3,000.00 x Bilangan isteri
c. Anak – RM 1,000.00 x Bilangan anak
d. Mereka yang dibawah tanggungannya.
2. Perubatan
3. Pendidikan
Contoh pengiraan
A. Pendapatan
Gaji RM 36,000.00
Elaun RM 6,200.00
Bonus RM 4,000.00
Jumlah pendapatan Setahun RM 46, 200.00
B.Perbelanjaan
Penolakan
Saraan diri RM 9,000.00
Isteri RM 3,000.00
Anak RM 1,000.00 x 4 orang RM 4,000.00
Saraan ibu dan bapa RM200.00 x 12 bulan RM 2,400.00
Perubatan anak RM200.00 x 12 bulan RM 2,400.00
Jumlah penolakan setahun RM 20,800.00
Pendapatan (A) – Perbelanjaan (B) RM 25,400.00
Zakat = RM 25,400.00 x 2.5% RM 635.00 (setahun)
*RM 53.00 (sebulan)
* Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan daripada tolakan-tolakan
yang dibenarkan di atas.
Zakat Simpanan
ZAKAT WANG SIMPANAN
Wang yang disimpan dalam bentuk simpanan biasa, tetap, semasa, saham, amanah serta lain-lain
simpanan
Nisab Wang Simpanan
Menyamai nilai semasa 85 gram emas.
Jika harga 1 gram emas ialah RM35.29, maka harga bagi 85 gram emas ialah RM3,000.00 iaitu
jumlah nisab wang simpanan.
Kadar Wajib Zakat
1/40 atau 2.5% dari jumlah wang. Jika mempunyai wang simpanan sebanyak RM 10,000.00,
zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM10,000.00 X 2.5% = RM 250.00
Pengiraan simpanan tidak tetap (keluar & masuk)
 Berdasarkan baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh setahun dan
mencukupi nisab di sepanjang tempoh haul
 Pemilik beberapa akaun simpanan, baki terendah setiap akaun hendaklah dicampurkan
dan didarab dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat walaupun jika dikira tiap-tiap
akaun atau salah satu daripada baki terendahnya tidak mencukupi nisab.
 Jika dicampur kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka tidak wajib
zakat.
contoh 1: Simpanan dalam satu akaun
Tarikh Masuk/Dividen Keluar Baki
1/1/2005 2,000.00 2,000.00
5/3/2005 8,000.00 10,000.00
25/10/2005 (faedah) 150.00 4,500.00 5,650.00
15/3/2006 500.00 6,150.00
10/4/2006 250.00 5,900.00
 Tempoh haul bermula apabila nilai baki mencapai paras nisab iaitu pada 5 mac 2005 – 15
mac 2006 (tempoh 354 hari @ setahun Hijrah)
 Zakat yang Wajib dikeluarkan ialah (baki terendah dalam tempoh haul ditolak faedah
bank yang diterima) RM5,650.00 – RM150.00 (faedah) x 2.5% = RM137.50 (diandaikan
kadar nisab ialah pada RM5,300.00)
contoh 2: Simpanan dalam beberapa akaun
Akaun 1
Tarikh Masuk/Dividen Keluar Baki
2/3/2005 7,000.00
28/72005 500.00 6,500.00
30/12/2005 300.00 6,800.00
15/3/2006 6,400.00 400.00 12,800.00
2/4/2006 2,000.00 14,800.00
Akaun 2
Tarikh Masuk / Dividen Keluar Baki
1/3/2005 7,500.00 7,500.00
28/11/2005 4,500.00 3,000.00
25/3/2006 1,500.00 4,500.00
20/4/2006 100.00 4,600.00
 Tempoh haul bermula pada 1 mac 2005
 Zakat yang wajib dikeluarkan ialah (Jumlah Baki terendah dalam kedua-dua akaun x
2.5%) : RM6,500.00 + RM 3,000.00) x 2.5% = RM237.50
Pengiraan Simpanan tetap (fixed deposite)
 Simpanan yang tidak dikeluarkan daripada sesuatu akaun dalam tempoh tertentu
mengikut perjanjian yang dibuat antara penyimpan dan institusi kewangan
 Wajib dikeluarkan 2.5% daripada jumlah simpanan tetap tersebut setelah sempurna
syaratnya.
 Contoh pengiraan : ahmad mempunyai simpanan tetap di Bank A sebanyak RM
50,000.00 tanpa dikeluarkan selama setahun. Zakat ialah RM 50,000.00 x 2.5% =
RM1,250.00
Zakat Perniagaan
ZAKAT PERNIAGAAN
Iaitu dikeluarkan hasil daripada perniagaan sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian,
perkongsian, syarikat, koperasi atau saham.
 Termasuk di dalam pengertian perniagaan ialah sebarang perusahaan yang bersifat
untung dan rugi.
 Selain daripada 5 syarat wajib zakat, hendaklah :
– Mempunyai niat berniaga
– Perniagaan yang halal
Harta perniagaan yang dikira dalam penentuan zakat
 Barang perniagaan (stok akhir dinilai mengikut harga jualan semasa)
 Wang tunai di tangan
 Wang tunai di bank
 Hutang niaga yang timbul daripada jualan secara kredit dan dijamin dibayar semula
 Pelaburan dari hasil perniagaan (jangka pendek)
Kadar Nisab
 Menyamai nilai semasa 85 gram emas.
Kadar Wajib
 2.5 % atau 1/40 daripada harta perniagaan yang cukup nisab
Pengiraan Zakat
Kaedah pengiraan Zakat Perniagaan adah berdasarkan kepada penyata kunci kira-kira syarikat
bagi sesuatu tahun kewangan. Terdapat 2 pendekatan berbeza yang boleh digunakan, namun
ianya berasaskan kepada persamaan perakaunan yang seimbang iaitu:
Modal kerja
Aset/Harta semasa – liabiliti / tanggungan semasa +/- Pelarasan
Modal Berkembang
Ekuiti Pemilik + liabilit jangka panjang – aset tetap – aset separuh tetap +/-
Pelarasan
Kedua-dua model tersebut akan memberikan jawapan yang sama berdasarkan kepada persamaan
perakaunan. Walaubagaimanapun sebelum taksiran dibuat, beberapa item perlu
diselaraskan/penyesuaian dengan merujuk kepada perincian fiqah zakat.
Zakat Emas dan Perak
ZAKAT EMAS DAN PERAK
Maksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan
perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan.
Nisab Emas & Perak
Emas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram.
Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga / 595 gram.
Pengiraan
Emas dan Perak yang disimpan / tidak dipakai
Iaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Sekiranya cukup nisbah
85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan
perak tersebut.
Contoh pengiraan
Jika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib
dikeluarkan ialah :
RM5,000.00 X 2.5% = RM 125.00
Emas yang dipakai
Emas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan
zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka
diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.
Kadar pemakaian yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram bagi emas
Bagi perak tiada had maksima ditetapkan
Zakat Pertanian
ZAKAT PERTANIAN ( Buah-buahan & Bijiran )
Bijiran ialah hasil tanaman yang menjadi makanan utama sesebuah negeri, mengenyangkan dan
tahan lama seperti padi, gandum, jagung, sekoi, kacang dan seumpamanya.
 Buah-buahan ialah kurma dan anggur yang dikeringkan sahaja.
 Bagi Negara Malaysia, bijiran yang lazimnya ditanam dan dikeluarkan zakat ialah padi
 Hasil pertanian seperti kelapa, kelapa sawit, kopi, sayur-sayuran dan sebagainya tidak
dikenakan zakat kecuali jika diperniagakan ia dikenakan zakat perniagaan.
 Tidak disyaratkan sempurna haul. Sebagai syarat tambahan hendaklah ianya ditanam oleh
manusia.
Nisab bijiran dan buah-buahan
5 usuk iaitu bersamaan 363 gantang Malaysia atau 816.75 kilogram.
1 Tahil = 37.5g
1 Kati = 600g = 16 tahil
1 Gantang = 3 kati 12 tahil = 2.25kg
Waktu berzakat
Dikeluarkan zakat setelah tanaman tersebut dipetik/dituai dan diproses. Sebagai contoh padi
hendaklah diceraikan dari tangkainya dan dijemur.
Kadar wajib zakat
- 5% atau 1/20 bagi tanaman yang diusahakan menggunakan keperluan dan kos seperti jentera
dan saliran.
– 10% atau 1/10 bagi tanaman yang diusahakan dengan bergantung kepada jirusan air hujan atau
yang hidup dengan aliran air sungai semata-mata.
Zakat Ternakan
ZAKAT TERNAKAN
Ternakan yang diwajibkan zakat
- Unta
– Lembu / Kerbau
– Kambing / Biri-biri
Syarat Wajib
Selain daripada 5 syarat utama zakat, hendaklah haiwan itu
– Dipelihara di padang ternakan
– Tidak diguna untuk bekerja
Sifir Pengiraan Lembu
Nisab
Kadar Zakat
Jumlah Jantina Umur
30-39 1 1 jantan @ 1 betina 1 tahun
40-49 1 1 betina 2 tahun
60-69 2 2 jantan 1 tahun
70-79 2 1 jantan & 1 betina 1 tahun & 2 tahun
Sifir Pengiraan Kambing
Nisab
Kadar Zakat
Jumlah Jantina Umur
40-120 1 Jantan / Betina 1 tahun
121-200 2 Jantan / Betina 1 tahun
200-399 3 Jantan / Betina 1 tahun
400-499 4 Jantan / Betina
Zakat Galian / Rikaz
ZAKAT GALIAN / RIKAZ
Galian – hasil galian emas dan perak yang tertanam di dalam perut bumi.
Rikaz – Rikaz ialah harta kekayaan yang dijumpai tertanam di dalam tanah hasil simpanan
orang-orang jahiliah (sebelum kedatangan Islam)
Nisab Galian Dan waktu mengeluarkannya
Nisabnya seperti nisab emas dan perak iaitu 85 gram bagi emas dan 595 bagi perak. Tidak
disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi dan dibersihkan tanpa
diproses. Wajib mengeluarkan 2.5% daripada jumlah keseluruhannya yang cukup syarat.
Syarat wajib Zakat Rikaz
Syarat mengeluarkan zakat rikaz ialah beragama Islam, merdeka dan sempurna milik. Nisabnya
tidak sama dengan nisab emas dan perak dan tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan
segera selepas diperolehi pada kadar 1/5 atau 20% daripada jumlah kesemua yang diperolehi.
Zakat Fitrah
Zakat Fitrah
Pendahuluan
Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang
dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang
berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan
untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.
Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya.
Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam
amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.
Kefardhuan Zakat FitrahTakrif Zakat Fitrah
Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zakat Fitrah bermaksud
zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan
Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan
kewajipan puasa Ramadhan.
Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Quran dan hadith-
hadith berikut :
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :
Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu
bersama-sama orang yang rukuk.
Daripada Ibnu Umar : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat Fitrah pada
bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum
ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam.
Daripada Ibn Said berkata : Sesungguhnya kami mengeluarkan zakat fitrah pada masa kami
bersama Rasulullah s.a.w satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau
satu gantang daripada gandum atau satu gantang daripada anggur kering atau satu gantang
daripada susu masam. Dan aku mengeluarkan zakat ini sebagaimana aku mengeluarkannya
sebelum ini.
Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya
membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan … dan memberi
makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum
solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas
solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.
Hukum Zakat Fitrah
Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan
mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda,
lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.
Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.
Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud
sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung
kekurangan dalam sembahyang.
2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.
Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin)
daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).
Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah
1. Islam dan merdeka.
2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-
orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:
1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum
mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam
matahari.
5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.
Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah
1. Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
2. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60
kilogram (2600 gram).
3. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras
yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.
Lafaz Akad Zakat Fitrah
1. Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana
Allah Ta’ala.
2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada
tahun ini kerana Allah Ta’ala.
3. Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada
tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Pembayaran Zakat Fitrah Di Negeri Johor
1. Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam
menguruskan pungutan dan agihan wang zakat dan fitrah di negeri Johor mengikut sebagaimana
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (1);
“Majlis hendaklah berkuasa memungut Zakat daripada sekalian orang yang diwajibkan oleh
Hukum Syarak membayar Zakat di atas harta bendanya di dalam negeri ini yang diwajibkan oleh
Hukum Syarak membayarnya”.
2. Bagi mempermudahkan masyarakat Islam di negeri Johor menunaikan Zakat Fitrah, Majlis
Agama Islam Negeri Johor telah melantik amil-amil di setiap kariah dan kawasan bagi diberi
kuasa dan tauliah memungut Zakat Fitrah sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (2);
“Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh memungut,
mengambil atau menerima bayaran Zakat atau Fitrah melainkan bagi pihak atau dengan
kebenaran Majlis”.
3. Umat Islam di negeri Johor hendaklah membuat bayaran Zakat Fitrah kepada amil-amil yang
diberi kuasa dan tauliah memungutnya di kawasan masing-masing. Bagi mereka yang membuat
bayaran zakat kepada mereka yang tidak diberi kuasa dan tauliah daripada Majlis Agama Islam
Negeri Johor adalah melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun
1978 Bilangn 14 Seksyen 28 (3);
“Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh membayar
Zakat dan Fitrah melainkan kepada seorang yang telah dibenarkan oleh Majlis bagi memungut,
mengambil atau menerimanya”.
4. Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Tahun 1997 Seksyen 16 :
Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi:
a) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah; atau
b) enggan membayar atau dengan senganja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil
yang dilantik, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis untuk memungut zakat
atau fitrah adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Contenu connexe

Plus de Umantiq Smakt

Flayers umrah april 2016
Flayers umrah april 2016Flayers umrah april 2016
Flayers umrah april 2016Umantiq Smakt
 
Borang penyertaan kembara (no watermark)
Borang penyertaan kembara (no watermark)Borang penyertaan kembara (no watermark)
Borang penyertaan kembara (no watermark)Umantiq Smakt
 
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...Umantiq Smakt
 
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekahPerbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekahUmantiq Smakt
 
Terjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-wordTerjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-wordUmantiq Smakt
 
Surat pelantikan ejen
Surat pelantikan ejenSurat pelantikan ejen
Surat pelantikan ejenUmantiq Smakt
 
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp022 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02Umantiq Smakt
 
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuanHukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuanUmantiq Smakt
 

Plus de Umantiq Smakt (11)

Flayers umrah april 2016
Flayers umrah april 2016Flayers umrah april 2016
Flayers umrah april 2016
 
Borang penyertaan kembara (no watermark)
Borang penyertaan kembara (no watermark)Borang penyertaan kembara (no watermark)
Borang penyertaan kembara (no watermark)
 
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
 
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekahPerbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
 
Terjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-wordTerjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-word
 
Surat pelantikan ejen
Surat pelantikan ejenSurat pelantikan ejen
Surat pelantikan ejen
 
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp022 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
 
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuanHukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
 
Undangan aqiqah
Undangan aqiqahUndangan aqiqah
Undangan aqiqah
 
Akikah
AkikahAkikah
Akikah
 
Zar52 cat
Zar52 catZar52 cat
Zar52 cat
 

Dernier

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 

Dernier (12)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 

Zakat johor

  • 1. Syarat wajib SYARAT WAJIB ZAKAT Pertama – Islam Zakat diwajibkan ke atas orang Islam sahaja. Orang bukan islam tidak diwajibkan zakat. Kedua – Merdeka Zakat diwajibkan keatas orang Islam yang merdeka. Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat. Ketiga – Sempurna Milik Harta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka dan bebas untuk menggunakannya. Keempat – Cukup Nisab Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat. Kelima – Sempurna Haul Harta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikan dan simpanan selama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari) Zakat Pendapatan ZAKAT PENDAPATAN Gaji / Pendapatan Gaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional. Kaedah pengiraan Zakat Pendapatan Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiranya sama atau melebihi nisab maka dikeluarkan zakatnya 2.5%. Keperluan asas sebenar pada tahun semasa : 1. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi : a. Sara diri – RM 9,000.00 b. Isteri – RM 3,000.00 x Bilangan isteri
  • 2. c. Anak – RM 1,000.00 x Bilangan anak d. Mereka yang dibawah tanggungannya. 2. Perubatan 3. Pendidikan Contoh pengiraan A. Pendapatan Gaji RM 36,000.00 Elaun RM 6,200.00 Bonus RM 4,000.00 Jumlah pendapatan Setahun RM 46, 200.00 B.Perbelanjaan Penolakan Saraan diri RM 9,000.00 Isteri RM 3,000.00 Anak RM 1,000.00 x 4 orang RM 4,000.00 Saraan ibu dan bapa RM200.00 x 12 bulan RM 2,400.00 Perubatan anak RM200.00 x 12 bulan RM 2,400.00 Jumlah penolakan setahun RM 20,800.00 Pendapatan (A) – Perbelanjaan (B) RM 25,400.00 Zakat = RM 25,400.00 x 2.5% RM 635.00 (setahun) *RM 53.00 (sebulan) * Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan daripada tolakan-tolakan yang dibenarkan di atas.
  • 3. Zakat Simpanan ZAKAT WANG SIMPANAN Wang yang disimpan dalam bentuk simpanan biasa, tetap, semasa, saham, amanah serta lain-lain simpanan Nisab Wang Simpanan Menyamai nilai semasa 85 gram emas. Jika harga 1 gram emas ialah RM35.29, maka harga bagi 85 gram emas ialah RM3,000.00 iaitu jumlah nisab wang simpanan. Kadar Wajib Zakat 1/40 atau 2.5% dari jumlah wang. Jika mempunyai wang simpanan sebanyak RM 10,000.00, zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM10,000.00 X 2.5% = RM 250.00 Pengiraan simpanan tidak tetap (keluar & masuk)  Berdasarkan baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh setahun dan mencukupi nisab di sepanjang tempoh haul  Pemilik beberapa akaun simpanan, baki terendah setiap akaun hendaklah dicampurkan dan didarab dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat walaupun jika dikira tiap-tiap akaun atau salah satu daripada baki terendahnya tidak mencukupi nisab.  Jika dicampur kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka tidak wajib zakat. contoh 1: Simpanan dalam satu akaun Tarikh Masuk/Dividen Keluar Baki 1/1/2005 2,000.00 2,000.00 5/3/2005 8,000.00 10,000.00 25/10/2005 (faedah) 150.00 4,500.00 5,650.00 15/3/2006 500.00 6,150.00 10/4/2006 250.00 5,900.00  Tempoh haul bermula apabila nilai baki mencapai paras nisab iaitu pada 5 mac 2005 – 15 mac 2006 (tempoh 354 hari @ setahun Hijrah)  Zakat yang Wajib dikeluarkan ialah (baki terendah dalam tempoh haul ditolak faedah bank yang diterima) RM5,650.00 – RM150.00 (faedah) x 2.5% = RM137.50 (diandaikan kadar nisab ialah pada RM5,300.00) contoh 2: Simpanan dalam beberapa akaun
  • 4. Akaun 1 Tarikh Masuk/Dividen Keluar Baki 2/3/2005 7,000.00 28/72005 500.00 6,500.00 30/12/2005 300.00 6,800.00 15/3/2006 6,400.00 400.00 12,800.00 2/4/2006 2,000.00 14,800.00 Akaun 2 Tarikh Masuk / Dividen Keluar Baki 1/3/2005 7,500.00 7,500.00 28/11/2005 4,500.00 3,000.00 25/3/2006 1,500.00 4,500.00 20/4/2006 100.00 4,600.00  Tempoh haul bermula pada 1 mac 2005  Zakat yang wajib dikeluarkan ialah (Jumlah Baki terendah dalam kedua-dua akaun x 2.5%) : RM6,500.00 + RM 3,000.00) x 2.5% = RM237.50 Pengiraan Simpanan tetap (fixed deposite)  Simpanan yang tidak dikeluarkan daripada sesuatu akaun dalam tempoh tertentu mengikut perjanjian yang dibuat antara penyimpan dan institusi kewangan  Wajib dikeluarkan 2.5% daripada jumlah simpanan tetap tersebut setelah sempurna syaratnya.  Contoh pengiraan : ahmad mempunyai simpanan tetap di Bank A sebanyak RM 50,000.00 tanpa dikeluarkan selama setahun. Zakat ialah RM 50,000.00 x 2.5% = RM1,250.00
  • 5. Zakat Perniagaan ZAKAT PERNIAGAAN Iaitu dikeluarkan hasil daripada perniagaan sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perkongsian, syarikat, koperasi atau saham.  Termasuk di dalam pengertian perniagaan ialah sebarang perusahaan yang bersifat untung dan rugi.  Selain daripada 5 syarat wajib zakat, hendaklah : – Mempunyai niat berniaga – Perniagaan yang halal Harta perniagaan yang dikira dalam penentuan zakat  Barang perniagaan (stok akhir dinilai mengikut harga jualan semasa)  Wang tunai di tangan  Wang tunai di bank  Hutang niaga yang timbul daripada jualan secara kredit dan dijamin dibayar semula  Pelaburan dari hasil perniagaan (jangka pendek) Kadar Nisab  Menyamai nilai semasa 85 gram emas. Kadar Wajib  2.5 % atau 1/40 daripada harta perniagaan yang cukup nisab Pengiraan Zakat Kaedah pengiraan Zakat Perniagaan adah berdasarkan kepada penyata kunci kira-kira syarikat bagi sesuatu tahun kewangan. Terdapat 2 pendekatan berbeza yang boleh digunakan, namun ianya berasaskan kepada persamaan perakaunan yang seimbang iaitu: Modal kerja Aset/Harta semasa – liabiliti / tanggungan semasa +/- Pelarasan Modal Berkembang Ekuiti Pemilik + liabilit jangka panjang – aset tetap – aset separuh tetap +/- Pelarasan Kedua-dua model tersebut akan memberikan jawapan yang sama berdasarkan kepada persamaan perakaunan. Walaubagaimanapun sebelum taksiran dibuat, beberapa item perlu diselaraskan/penyesuaian dengan merujuk kepada perincian fiqah zakat.
  • 6. Zakat Emas dan Perak ZAKAT EMAS DAN PERAK Maksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan. Nisab Emas & Perak Emas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram. Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga / 595 gram. Pengiraan Emas dan Perak yang disimpan / tidak dipakai Iaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut. Contoh pengiraan Jika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah : RM5,000.00 X 2.5% = RM 125.00 Emas yang dipakai Emas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut. Kadar pemakaian yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram bagi emas Bagi perak tiada had maksima ditetapkan
  • 7. Zakat Pertanian ZAKAT PERTANIAN ( Buah-buahan & Bijiran ) Bijiran ialah hasil tanaman yang menjadi makanan utama sesebuah negeri, mengenyangkan dan tahan lama seperti padi, gandum, jagung, sekoi, kacang dan seumpamanya.  Buah-buahan ialah kurma dan anggur yang dikeringkan sahaja.  Bagi Negara Malaysia, bijiran yang lazimnya ditanam dan dikeluarkan zakat ialah padi  Hasil pertanian seperti kelapa, kelapa sawit, kopi, sayur-sayuran dan sebagainya tidak dikenakan zakat kecuali jika diperniagakan ia dikenakan zakat perniagaan.  Tidak disyaratkan sempurna haul. Sebagai syarat tambahan hendaklah ianya ditanam oleh manusia. Nisab bijiran dan buah-buahan 5 usuk iaitu bersamaan 363 gantang Malaysia atau 816.75 kilogram. 1 Tahil = 37.5g 1 Kati = 600g = 16 tahil 1 Gantang = 3 kati 12 tahil = 2.25kg Waktu berzakat Dikeluarkan zakat setelah tanaman tersebut dipetik/dituai dan diproses. Sebagai contoh padi hendaklah diceraikan dari tangkainya dan dijemur. Kadar wajib zakat - 5% atau 1/20 bagi tanaman yang diusahakan menggunakan keperluan dan kos seperti jentera dan saliran. – 10% atau 1/10 bagi tanaman yang diusahakan dengan bergantung kepada jirusan air hujan atau yang hidup dengan aliran air sungai semata-mata. Zakat Ternakan ZAKAT TERNAKAN Ternakan yang diwajibkan zakat - Unta – Lembu / Kerbau – Kambing / Biri-biri Syarat Wajib Selain daripada 5 syarat utama zakat, hendaklah haiwan itu – Dipelihara di padang ternakan – Tidak diguna untuk bekerja
  • 8. Sifir Pengiraan Lembu Nisab Kadar Zakat Jumlah Jantina Umur 30-39 1 1 jantan @ 1 betina 1 tahun 40-49 1 1 betina 2 tahun 60-69 2 2 jantan 1 tahun 70-79 2 1 jantan & 1 betina 1 tahun & 2 tahun Sifir Pengiraan Kambing Nisab Kadar Zakat Jumlah Jantina Umur 40-120 1 Jantan / Betina 1 tahun 121-200 2 Jantan / Betina 1 tahun 200-399 3 Jantan / Betina 1 tahun 400-499 4 Jantan / Betina Zakat Galian / Rikaz ZAKAT GALIAN / RIKAZ Galian – hasil galian emas dan perak yang tertanam di dalam perut bumi. Rikaz – Rikaz ialah harta kekayaan yang dijumpai tertanam di dalam tanah hasil simpanan orang-orang jahiliah (sebelum kedatangan Islam) Nisab Galian Dan waktu mengeluarkannya Nisabnya seperti nisab emas dan perak iaitu 85 gram bagi emas dan 595 bagi perak. Tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi dan dibersihkan tanpa diproses. Wajib mengeluarkan 2.5% daripada jumlah keseluruhannya yang cukup syarat. Syarat wajib Zakat Rikaz Syarat mengeluarkan zakat rikaz ialah beragama Islam, merdeka dan sempurna milik. Nisabnya tidak sama dengan nisab emas dan perak dan tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi pada kadar 1/5 atau 20% daripada jumlah kesemua yang diperolehi.
  • 9. Zakat Fitrah Zakat Fitrah Pendahuluan Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya. Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim. Kefardhuan Zakat FitrahTakrif Zakat Fitrah Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan. Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Quran dan hadith- hadith berikut : Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 : Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk. Daripada Ibnu Umar : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam. Daripada Ibn Said berkata : Sesungguhnya kami mengeluarkan zakat fitrah pada masa kami bersama Rasulullah s.a.w satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada gandum atau satu gantang daripada anggur kering atau satu gantang daripada susu masam. Dan aku mengeluarkan zakat ini sebagaimana aku mengeluarkannya sebelum ini. Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan … dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.
  • 10. Hukum Zakat Fitrah Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak. Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah 1. Menampung kekurangan semasa berpuasa. Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang. 2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya. Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya). Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah 1. Islam dan merdeka. 2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang- orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya. 3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan. Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut: 1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan. 2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan. 3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan. 4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan. Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
  • 11. 1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan. 2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan. 3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri. 4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari. 5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri. Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1. Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras. 2. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram). 3. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri. Lafaz Akad Zakat Fitrah 1. Lafaz untuk diri sendiri: Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala. 2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan: Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala. 3. Lafaz bagi pihak: Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala. Pembayaran Zakat Fitrah Di Negeri Johor 1. Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan pungutan dan agihan wang zakat dan fitrah di negeri Johor mengikut sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (1); “Majlis hendaklah berkuasa memungut Zakat daripada sekalian orang yang diwajibkan oleh Hukum Syarak membayar Zakat di atas harta bendanya di dalam negeri ini yang diwajibkan oleh Hukum Syarak membayarnya”.
  • 12. 2. Bagi mempermudahkan masyarakat Islam di negeri Johor menunaikan Zakat Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah melantik amil-amil di setiap kariah dan kawasan bagi diberi kuasa dan tauliah memungut Zakat Fitrah sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (2); “Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh memungut, mengambil atau menerima bayaran Zakat atau Fitrah melainkan bagi pihak atau dengan kebenaran Majlis”. 3. Umat Islam di negeri Johor hendaklah membuat bayaran Zakat Fitrah kepada amil-amil yang diberi kuasa dan tauliah memungutnya di kawasan masing-masing. Bagi mereka yang membuat bayaran zakat kepada mereka yang tidak diberi kuasa dan tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangn 14 Seksyen 28 (3); “Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh membayar Zakat dan Fitrah melainkan kepada seorang yang telah dibenarkan oleh Majlis bagi memungut, mengambil atau menerimanya”. 4. Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Tahun 1997 Seksyen 16 : Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi: a) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah; atau b) enggan membayar atau dengan senganja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.