SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  9
Télécharger pour lire hors ligne
SOALAN LAZIM (FAQ)
BERKAITAN PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN
BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021
DI KAWASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Pembukaan Sekolah
1. Adakah sekolah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB)/Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP) boleh beroperasi secara bersemuka?
Ya.
2. Adakah semua murid akan hadir ke sekolah apabila sesi
persekolahan 2021 bermula?
Ya. Semua murid, termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) akan
hadir ke sekolah dan belajar secara bersemuka mulai 20 Januari
2021 KECUALI murid berikut:
i. Murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3;
ii. Murid Aras 2 dan Aras 3 Kolej GENIUS @ Pintar (KGP) dan
Kolej GENIUS Insan (KGI); dan
iii. Murid Semester 2 SVM dan Semester 2 DVM Tahun 2020.
2
FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP
Mereka dalam tiga kategori ini akan menjalani pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) dan belajar secara bersemuka di
sekolah mulai 8 Mac 2021.
3. Adakah ibu bapa/penjaga dibenarkan untuk menghantar dan
mengambil anak/anak jagaan di sekolah?
Ya.
4. Bagaimanakah sekolah yang mempunyai enrolmen yang tinggi
menguruskan pergerakan pergi dan balik murid bagi
mengelakkan kesesakan?
Pihak sekolah boleh melaksanakan waktu persekolahan secara
berperingkat setelah mendapat kelulusan pendaftar negeri. Bagi
mengelakkan kesesakan, pihak sekolah boleh menguruskan
pergerakan keluar masuk murid secara penggiliran, pandu lalu atau
menyediakan ruang menunggu di lokasi bersesuaian.
Kemasukan Murid ke Asrama
5. Adakah semua murid yang tinggal di asrama boleh kembali ke
asrama?
Ya. Semua murid asrama boleh kembali ke asrama bermula
16 Januari 2021 dengan syarat mereka dan ahli keluarga yang
tinggal serumah bukan dalam tempoh menjalani kuarantin.
6. Adakah murid yang tinggal di kawasan PKPB/PKPP boleh
pulang ke asrama di kawasan PKP atau sebaliknya?
Ya. Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah
kepada murid bagi membolehkan mereka merentas negeri atau
daerah untuk hadir ke sekolah.
3
FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP
7. Adakah ibu bapa/penjaga dibenarkan melawat anak/anak jagaan
di asrama?
Ya. Ibu bapa/penjaga perlu mematuhi garis panduan yang
ditetapkan.
8. Adakah murid dibenarkan keluar (outing) atau pulang
bermalam?
Tidak.
Pergerakan Guru Dan Murid
9. Bilakah guru perlu berada di stesen tempat bertugas?
Guru perlu berada di stesen tempat bertugas sebelum
20 Januari 2021.
10. Adakah semua pentadbir, guru dan Anggota Perkhidmatan
Bukan Guru perlu hadir ke sekolah sepanjang tempoh
PKPB/PKPP?
Ya. Walau bagaimanapun, permohonan Bekerja dari Rumah (BDR)
boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan dengan mengambil kira
keperluan perkhidmatan dan tidak menjejaskan penyampaian
perkhidmatan.
Pengoperasian Institusi Pendidikan Swasta (IPS)
11. Adakah semua IPS dibenarkan beroperasi secara bersemuka?
Ya. Semua IPS yang berdaftar dengan KPM dibenarkan beroperasi.
4
FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP
12. Adakah IPS masih boleh meneruskan PdPR?
Ya. IPS boleh meneruskan pelaksanaan PdPR mengikut kesesuaian.
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
13. Bagaimanakah murid Tahun 1 untuk sesi persekolahan tahun
2021 boleh mengakses portal DELIMa?
Murid boleh mengakses Portal DELIMa menggunakan ID pengguna
dan kata laluan DELIMa yang diberikan oleh pihak sekolah.
14. Bagaimanakah murid boleh memperoleh jadual rancangan TV
Pendidikan?
Jadual rancangan TV Pendidikan boleh diperoleh melalui portal
rasmi KPM dan platform media sosial KPM seperti Facebook,
Instagram dan Twitter @KemPendidikan.
15. Adakah murid yang yang dikuarantin disebabkan COVID-19
perlu mengikuti PdP?
Ya. PdPR secara dalam talian atau luar talian boleh dilaksanakan
mengikut kesesuaian dan kesediaan guru serta murid.
Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
16. Bilakah murid Tingkatan 5 tahun 2020 perlu memulangkan buku
teks di bawah SPBT?
Selepas murid selesai menduduki peperiksaan SPM.
17. Bilakah murid selain murid Tingkatan 5 tahun 2020 perlu
memulangkan buku teks dan mengambil buku teks baharu?
Pemulangan dan agihan buku teks akan dilaksanakan berdasarkan
5
FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP
jadual pemulangan dan agihan secara berperingkat yang ditetapkan
oleh pihak sekolah apabila sekolah dibuka.
18. Adakah murid Tingkatan 5 tahun 2021 akan menggunakan buku
teks yang sama?
Tidak. Murid akan dibekalkan dengan buku teks Tingkatan 5
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi kegunaan
tahun 2021.
19. Bagaimanakah murid boleh mendapatkan buku teks digital?
Murid boleh memuat turun buku teks digital melalui portal DELIMa di
pautan: www.moe-dl.edu.my, atau guru boleh membantu memuat
turun buku teks digital, mencetak serta mengedar mengikut tajuk
yang diperlukan sahaja.
Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum
20. Adakah aktiviti sukan dan kokurikulum boleh dilaksanakan
secara bersemuka?
Tidak. Walau bagaimanapun, aktiviti secara dalam talian dibenarkan
sehingga pemakluman terkini oleh KPM.
21. Adakah aktiviti fizikal bagi tujuan PdP mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di luar bilik
darjah dibenarkan?
Ya, dengan mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard
yang telah ditetapkan.
6
FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP
Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam
22. Adakah pentaksiran pusat dan peperiksaan
SPM/SVM/SKM/STAM/STPM/DVM akan diteruskan?
Ya.
23. Adakah pentaksiran pusat dan peperiksaan
SPM/SVM/SKM/STAM/STPM/DVM akan diteruskan jika sekolah
diarah tutup semasa peperiksaan berlangsung?
Ya.
24. Adakah Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2020 yang belum
selesai akan dilaksanakan?
Ya. Peperiksaan ini akan dilaksanakan apabila sekolah dibuka.
Pentaksiran Kemasukan Murid Ke Sekolah Khusus (PKSK)
25. Adakah PKSK akan dilaksanakan dalam tempoh PKPB/PKPP?
Ya. Pelaksanaan PKSK diteruskan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
26. Apakah yang perlu dilakukan oleh calon sebelum menduduki
PKSK?
Semua calon hendaklah mencetak slip menduduki PKSK dan surat
kebenaran khas menghadiri PKSK di pautan berikut:
i. https://spskt1.moe.gov.my (Tingkatan Satu); atau
ii. https://spskt4.moe.gov.my (Tingkatan Empat)
7
FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP
27. Adakah calon boleh menukar pusat PKSK?
Ya. Calon perlu mengemukakan permohonan kepada Ketua Pusat
Pentaksiran di pusat PKSK yang dimohon.
28. Adakah calon bergejala dibenarkan menduduki PKSK?
Tidak. Ibu bapa/penjaga perlu mendapatkan pengesahan daripada
Pegawai Perubatan Bertauliah dan memaklumkan kepada Ketua
Pusat Pentaksiran. Tarikh baharu untuk calon menduduki PKSK
akan dimaklumkan kemudian.
29. Adakah calon yang dikuarantin dibenarkan menduduki PKSK?
Tidak. Walau bagaimanapun, calon dibenarkan menduduki PKSK
selepas tamat tempoh kuarantin. Tarikh baharu untuk calon
menduduki PKSK akan dimaklumkan kemudian.
30. Adakah calon yang positif COVID-19 dan dirawat di hospital
boleh menduduki PKSK?
Tidak. Walau bagaimanapun, calon dibenarkan menduduki PKSK
selepas discaj. Tarikh baharu untuk calon menduduki PKSK akan
dimaklumkan kemudian.
Pengoperasian Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi
31. Bilakah IPG dibenarkan beroperasi secara bersemuka?
IPG bagi negeri Kumpulan A akan mula beroperasi pada
17 Januari 2021 dan 18 Januari 2021 bagi negeri Kumpulan B.
32. Adakah pelajar IPG yang dikuarantin disebabkan COVID-19
perlu mengikuti PdP?
Ya. Pelajar IPG akan mengikuti PdP secara dalam talian.
8
FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP
33. Adakah praktikum/internship bagi pelajar IPG akan
dilaksanakan?
Ya.
34. Bagaimanakah pelaksanaan PdP di Kolej Matrikulasi yang
berada dalam kawasan PKPB/PKPP?
PdP dilaksanakan secara hibrid di Kolej Matrikulasi masing-masing.
35. Adakah pelajar Kolej Matrikulasi perlu menduduki Malaysian
University English Test (MUET) Tahun 2020 yang tertangguh?
Ya. Pelajar boleh merujuk kepada laman sesawang Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan: www.mpm.edu.my.
36. Adakah semua pensyarah dan Anggota Perkhidmatan Bukan
Guru perlu hadir ke IPG/Kolej Matrikulasi sepanjang tempoh
PKPB/PKPP?
Ya. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan BDR dengan mengambil
kira tugasan yang memerlukan keberadaan mereka di pejabat.
37. Adakah pelajar Kolej Matrikulasi dibenarkan keluar (outing) atau
pulang bermalam di hujung minggu?
Tidak.
38. Adakah ibu bapa/penjaga dibenarkan melawat pelajar Kolej
Matrikulasi yang tinggal di asrama?
Ya.
9
FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP
Pengoperasian Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) dan Pusat
GENIUS Kurnia (PGK)
39. Adakah PAGN dan PGK di kawasan PKPB/PKPP akan
beroperasi?
Ya. Berdasarkan kuota yang dibenarkan, keutamaan diberikan
kepada ibu bapa/penjaga yang kedua-duanya bekerja.
40. Adakah ibu bapa/penjaga boleh menghantar anak/anak jagaan
separuh hari ke PAGN?
Ya. Walau bagaimanapun, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan
lebih awal kepada pendidik supaya aktiviti dan rutin anak/anak jagaan
dapat dirancang dengan baik.
- TAMAT -

Contenu connexe

Similaire à KPM_SOALAN_LAZIM_BERKAITAN_BERKAITAN_PENGOPERASIAN_INSTITUSI_PENDIDIKAN.pdf

Perancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmPerancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skm
Tompok Manggis
 
02 Catch-Up Plan (CUP) Fasa 2(1).pdf
02 Catch-Up Plan (CUP) Fasa 2(1).pdf02 Catch-Up Plan (CUP) Fasa 2(1).pdf
02 Catch-Up Plan (CUP) Fasa 2(1).pdf
vaishuPrabagaran
 
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKUPekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Annis Salwa Tajudin
 
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptxSiri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
zulkanean
 

Similaire à KPM_SOALAN_LAZIM_BERKAITAN_BERKAITAN_PENGOPERASIAN_INSTITUSI_PENDIDIKAN.pdf (20)

IQNILAM NEGERI MELAKA 2021 (2).pptx
IQNILAM NEGERI MELAKA 2021 (2).pptxIQNILAM NEGERI MELAKA 2021 (2).pptx
IQNILAM NEGERI MELAKA 2021 (2).pptx
 
1.Pengenalan KPMPerkasaKU.pdf
1.Pengenalan KPMPerkasaKU.pdf1.Pengenalan KPMPerkasaKU.pdf
1.Pengenalan KPMPerkasaKU.pdf
 
1.Pengenalan KPMPerkasaKU (2).pdf
1.Pengenalan KPMPerkasaKU (2).pdf1.Pengenalan KPMPerkasaKU (2).pdf
1.Pengenalan KPMPerkasaKU (2).pdf
 
Slaid-KPM-PerkasaKU-converted.pptx
Slaid-KPM-PerkasaKU-converted.pptxSlaid-KPM-PerkasaKU-converted.pptx
Slaid-KPM-PerkasaKU-converted.pptx
 
Slaid kpm-perkasa ku
Slaid kpm-perkasa kuSlaid kpm-perkasa ku
Slaid kpm-perkasa ku
 
Slaid kpm-perkasa ku
Slaid kpm-perkasa kuSlaid kpm-perkasa ku
Slaid kpm-perkasa ku
 
Perancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmPerancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skm
 
Pkjr
PkjrPkjr
Pkjr
 
TAKLIMAT PENGOPERASIAN SEKOLAH.ppt
TAKLIMAT PENGOPERASIAN SEKOLAH.pptTAKLIMAT PENGOPERASIAN SEKOLAH.ppt
TAKLIMAT PENGOPERASIAN SEKOLAH.ppt
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
 
02 Catch-Up Plan (CUP) Fasa 2(1).pdf
02 Catch-Up Plan (CUP) Fasa 2(1).pdf02 Catch-Up Plan (CUP) Fasa 2(1).pdf
02 Catch-Up Plan (CUP) Fasa 2(1).pdf
 
02 Catch-Up Plan (CUP) Fasa 2(1).pdf
02 Catch-Up Plan (CUP) Fasa 2(1).pdf02 Catch-Up Plan (CUP) Fasa 2(1).pdf
02 Catch-Up Plan (CUP) Fasa 2(1).pdf
 
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKUPekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
 
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah HarianBahagian kpm- Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah Harian
 
Km kpm pergerakan pulang murid asrama sempena cuti hari raya aidilfitri tahun...
Km kpm pergerakan pulang murid asrama sempena cuti hari raya aidilfitri tahun...Km kpm pergerakan pulang murid asrama sempena cuti hari raya aidilfitri tahun...
Km kpm pergerakan pulang murid asrama sempena cuti hari raya aidilfitri tahun...
 
Pekeliling
PekelilingPekeliling
Pekeliling
 
5_6237833131445978185 (1).pptx
5_6237833131445978185 (1).pptx5_6237833131445978185 (1).pptx
5_6237833131445978185 (1).pptx
 
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptxSiri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
Siri Mesyuarat Bil.1-2022 SPbM Terkini.pptx
 
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkk
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkkBuku garis panduan pembelajaran digital jppkk
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkk
 
Contoh format perancangan strategik 2014
Contoh format perancangan strategik 2014Contoh format perancangan strategik 2014
Contoh format perancangan strategik 2014
 

KPM_SOALAN_LAZIM_BERKAITAN_BERKAITAN_PENGOPERASIAN_INSTITUSI_PENDIDIKAN.pdf

  • 1. SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 DI KAWASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) Pembukaan Sekolah 1. Adakah sekolah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)/Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) boleh beroperasi secara bersemuka? Ya. 2. Adakah semua murid akan hadir ke sekolah apabila sesi persekolahan 2021 bermula? Ya. Semua murid, termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) akan hadir ke sekolah dan belajar secara bersemuka mulai 20 Januari 2021 KECUALI murid berikut: i. Murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3; ii. Murid Aras 2 dan Aras 3 Kolej GENIUS @ Pintar (KGP) dan Kolej GENIUS Insan (KGI); dan iii. Murid Semester 2 SVM dan Semester 2 DVM Tahun 2020.
  • 2. 2 FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP Mereka dalam tiga kategori ini akan menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan belajar secara bersemuka di sekolah mulai 8 Mac 2021. 3. Adakah ibu bapa/penjaga dibenarkan untuk menghantar dan mengambil anak/anak jagaan di sekolah? Ya. 4. Bagaimanakah sekolah yang mempunyai enrolmen yang tinggi menguruskan pergerakan pergi dan balik murid bagi mengelakkan kesesakan? Pihak sekolah boleh melaksanakan waktu persekolahan secara berperingkat setelah mendapat kelulusan pendaftar negeri. Bagi mengelakkan kesesakan, pihak sekolah boleh menguruskan pergerakan keluar masuk murid secara penggiliran, pandu lalu atau menyediakan ruang menunggu di lokasi bersesuaian. Kemasukan Murid ke Asrama 5. Adakah semua murid yang tinggal di asrama boleh kembali ke asrama? Ya. Semua murid asrama boleh kembali ke asrama bermula 16 Januari 2021 dengan syarat mereka dan ahli keluarga yang tinggal serumah bukan dalam tempoh menjalani kuarantin. 6. Adakah murid yang tinggal di kawasan PKPB/PKPP boleh pulang ke asrama di kawasan PKP atau sebaliknya? Ya. Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada murid bagi membolehkan mereka merentas negeri atau daerah untuk hadir ke sekolah.
  • 3. 3 FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP 7. Adakah ibu bapa/penjaga dibenarkan melawat anak/anak jagaan di asrama? Ya. Ibu bapa/penjaga perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan. 8. Adakah murid dibenarkan keluar (outing) atau pulang bermalam? Tidak. Pergerakan Guru Dan Murid 9. Bilakah guru perlu berada di stesen tempat bertugas? Guru perlu berada di stesen tempat bertugas sebelum 20 Januari 2021. 10. Adakah semua pentadbir, guru dan Anggota Perkhidmatan Bukan Guru perlu hadir ke sekolah sepanjang tempoh PKPB/PKPP? Ya. Walau bagaimanapun, permohonan Bekerja dari Rumah (BDR) boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan dengan mengambil kira keperluan perkhidmatan dan tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan. Pengoperasian Institusi Pendidikan Swasta (IPS) 11. Adakah semua IPS dibenarkan beroperasi secara bersemuka? Ya. Semua IPS yang berdaftar dengan KPM dibenarkan beroperasi.
  • 4. 4 FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP 12. Adakah IPS masih boleh meneruskan PdPR? Ya. IPS boleh meneruskan pelaksanaan PdPR mengikut kesesuaian. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 13. Bagaimanakah murid Tahun 1 untuk sesi persekolahan tahun 2021 boleh mengakses portal DELIMa? Murid boleh mengakses Portal DELIMa menggunakan ID pengguna dan kata laluan DELIMa yang diberikan oleh pihak sekolah. 14. Bagaimanakah murid boleh memperoleh jadual rancangan TV Pendidikan? Jadual rancangan TV Pendidikan boleh diperoleh melalui portal rasmi KPM dan platform media sosial KPM seperti Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan. 15. Adakah murid yang yang dikuarantin disebabkan COVID-19 perlu mengikuti PdP? Ya. PdPR secara dalam talian atau luar talian boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian dan kesediaan guru serta murid. Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 16. Bilakah murid Tingkatan 5 tahun 2020 perlu memulangkan buku teks di bawah SPBT? Selepas murid selesai menduduki peperiksaan SPM. 17. Bilakah murid selain murid Tingkatan 5 tahun 2020 perlu memulangkan buku teks dan mengambil buku teks baharu? Pemulangan dan agihan buku teks akan dilaksanakan berdasarkan
  • 5. 5 FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP jadual pemulangan dan agihan secara berperingkat yang ditetapkan oleh pihak sekolah apabila sekolah dibuka. 18. Adakah murid Tingkatan 5 tahun 2021 akan menggunakan buku teks yang sama? Tidak. Murid akan dibekalkan dengan buku teks Tingkatan 5 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi kegunaan tahun 2021. 19. Bagaimanakah murid boleh mendapatkan buku teks digital? Murid boleh memuat turun buku teks digital melalui portal DELIMa di pautan: www.moe-dl.edu.my, atau guru boleh membantu memuat turun buku teks digital, mencetak serta mengedar mengikut tajuk yang diperlukan sahaja. Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum 20. Adakah aktiviti sukan dan kokurikulum boleh dilaksanakan secara bersemuka? Tidak. Walau bagaimanapun, aktiviti secara dalam talian dibenarkan sehingga pemakluman terkini oleh KPM. 21. Adakah aktiviti fizikal bagi tujuan PdP mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di luar bilik darjah dibenarkan? Ya, dengan mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.
  • 6. 6 FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam 22. Adakah pentaksiran pusat dan peperiksaan SPM/SVM/SKM/STAM/STPM/DVM akan diteruskan? Ya. 23. Adakah pentaksiran pusat dan peperiksaan SPM/SVM/SKM/STAM/STPM/DVM akan diteruskan jika sekolah diarah tutup semasa peperiksaan berlangsung? Ya. 24. Adakah Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2020 yang belum selesai akan dilaksanakan? Ya. Peperiksaan ini akan dilaksanakan apabila sekolah dibuka. Pentaksiran Kemasukan Murid Ke Sekolah Khusus (PKSK) 25. Adakah PKSK akan dilaksanakan dalam tempoh PKPB/PKPP? Ya. Pelaksanaan PKSK diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 26. Apakah yang perlu dilakukan oleh calon sebelum menduduki PKSK? Semua calon hendaklah mencetak slip menduduki PKSK dan surat kebenaran khas menghadiri PKSK di pautan berikut: i. https://spskt1.moe.gov.my (Tingkatan Satu); atau ii. https://spskt4.moe.gov.my (Tingkatan Empat)
  • 7. 7 FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP 27. Adakah calon boleh menukar pusat PKSK? Ya. Calon perlu mengemukakan permohonan kepada Ketua Pusat Pentaksiran di pusat PKSK yang dimohon. 28. Adakah calon bergejala dibenarkan menduduki PKSK? Tidak. Ibu bapa/penjaga perlu mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Perubatan Bertauliah dan memaklumkan kepada Ketua Pusat Pentaksiran. Tarikh baharu untuk calon menduduki PKSK akan dimaklumkan kemudian. 29. Adakah calon yang dikuarantin dibenarkan menduduki PKSK? Tidak. Walau bagaimanapun, calon dibenarkan menduduki PKSK selepas tamat tempoh kuarantin. Tarikh baharu untuk calon menduduki PKSK akan dimaklumkan kemudian. 30. Adakah calon yang positif COVID-19 dan dirawat di hospital boleh menduduki PKSK? Tidak. Walau bagaimanapun, calon dibenarkan menduduki PKSK selepas discaj. Tarikh baharu untuk calon menduduki PKSK akan dimaklumkan kemudian. Pengoperasian Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi 31. Bilakah IPG dibenarkan beroperasi secara bersemuka? IPG bagi negeri Kumpulan A akan mula beroperasi pada 17 Januari 2021 dan 18 Januari 2021 bagi negeri Kumpulan B. 32. Adakah pelajar IPG yang dikuarantin disebabkan COVID-19 perlu mengikuti PdP? Ya. Pelajar IPG akan mengikuti PdP secara dalam talian.
  • 8. 8 FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP 33. Adakah praktikum/internship bagi pelajar IPG akan dilaksanakan? Ya. 34. Bagaimanakah pelaksanaan PdP di Kolej Matrikulasi yang berada dalam kawasan PKPB/PKPP? PdP dilaksanakan secara hibrid di Kolej Matrikulasi masing-masing. 35. Adakah pelajar Kolej Matrikulasi perlu menduduki Malaysian University English Test (MUET) Tahun 2020 yang tertangguh? Ya. Pelajar boleh merujuk kepada laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan: www.mpm.edu.my. 36. Adakah semua pensyarah dan Anggota Perkhidmatan Bukan Guru perlu hadir ke IPG/Kolej Matrikulasi sepanjang tempoh PKPB/PKPP? Ya. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan BDR dengan mengambil kira tugasan yang memerlukan keberadaan mereka di pejabat. 37. Adakah pelajar Kolej Matrikulasi dibenarkan keluar (outing) atau pulang bermalam di hujung minggu? Tidak. 38. Adakah ibu bapa/penjaga dibenarkan melawat pelajar Kolej Matrikulasi yang tinggal di asrama? Ya.
  • 9. 9 FAQ INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKPB/PKPP Pengoperasian Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) dan Pusat GENIUS Kurnia (PGK) 39. Adakah PAGN dan PGK di kawasan PKPB/PKPP akan beroperasi? Ya. Berdasarkan kuota yang dibenarkan, keutamaan diberikan kepada ibu bapa/penjaga yang kedua-duanya bekerja. 40. Adakah ibu bapa/penjaga boleh menghantar anak/anak jagaan separuh hari ke PAGN? Ya. Walau bagaimanapun, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan lebih awal kepada pendidik supaya aktiviti dan rutin anak/anak jagaan dapat dirancang dengan baik. - TAMAT -