Publicité
CONTOH KAJIAN KES  TERBARU DAN TERBAIK 2019
CONTOH KAJIAN KES  TERBARU DAN TERBAIK 2019
CONTOH KAJIAN KES  TERBARU DAN TERBAIK 2019
CONTOH KAJIAN KES  TERBARU DAN TERBAIK 2019
Publicité
CONTOH KAJIAN KES  TERBARU DAN TERBAIK 2019
CONTOH KAJIAN KES  TERBARU DAN TERBAIK 2019
CONTOH KAJIAN KES  TERBARU DAN TERBAIK 2019
CONTOH KAJIAN KES  TERBARU DAN TERBAIK 2019
Prochain SlideShare
Skop kerjaSkop kerja
Chargement dans ... 3
1 sur 8
Publicité

Contenu connexe

Publicité

CONTOH KAJIAN KES TERBARU DAN TERBAIK 2019

  1. 2019 | KAJIAN KES BENGKEL PPN 2 1 KAJIAN KES TERHADAP PENGAWALAN DI BANGKEL PPN 2 ______________________________________________________________________________ 1.0 PENGENALAN BENGKEL PENGURUSAN PERNIAGAAN 2 Sekolah Menengah Teknik dimulakan pada tahun 1972, pada masa itu juga bengkel pengurusan perniagaan 2 ini ditubuhkan di bawah kawalan Unit Pengurusan Perniagaan serta diteruskan apabila nama Sekolah Menegah Teknik ditukar kepada Kolej Vokasional Sibu pada tahun 2012. Bagaimanapun, sehingga kini bengkel Pengurusan Perniagaan 2 mempunyai kelengkapan komputer untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. Bengkel Pengurusan Perniagaan 2 juga dilengkapi dengan kelengkapan kerja yang melebihi 90% daripada peralatan dalam bengkel ini adalah sama seperti kegunaan dalam pejabat. Malah, Unit Pengurusan Perniagaan juga dikendalikan oleh seorang Ketua Unit Perniagaan. Pada tahun 2019 ini, unit pengurusan perniagaan dikendalikan serta diketuai oleh Cik Grace Philip, serta beberapa orang penyarah sebagai sokongan dalam memastikan organisasi ini dapat berjalan dengan lancar serta sistematik. Semakin hari, sistem Unit Pengurusan Perniagaan semakin dinaiktaraf dan berbeza dari segi pengurusan serta peralatan teknologi yang digunakan berbanding dengan sebelumnya. Selain daripada sistem pengurusan, sistem pembelajaran dan teknologi, kawalan di Bengkel PPN 2 telah diperbaharui serta dibangunkan oleh Unit Pengurusan Perniagaan sebagai langkah pengawalan yang lebih teratur dan lancar. Menurut rujukan lisan bersama Cik Grace Philip, majoriti semua pengawalan dalam makmal PPN 2 telah diselidik dan dibincangkan sebelum dilancarkan dan ditetapkan. Ketua Unit Perniagaan juga mengatakan bahawa makmal PPN 2 merupakan salah satu makmal yang penuh dengan sistem pengawalan berasaskan kriteria tertentu.
  2. 2019 | KAJIAN KES BENGKEL PPN 2 2 2.0 OBJEKTIF KAJIAN KES 2.1 Mengalpasti pengawalan dalam bengkel pengurusan perniagaan 2 2.2 Mengenalpasti organisasi dalam bengkel pengurusan perniagaan 2 2.3 Mengenalpasti bidang tugas ahli organisasi 2.4 Mengenalpasti prosedur pengawalan dalam bengkel pengurusan perniagaan 2 3.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 3.1 Langkah pertama, kami membuat pemerhatian terhadap pengwalan dalam bengkel pengurusan perniagaan 2 3.2 Langkah kedua, membuat pemerhatian terhadap organisasi 3.3 Langkah ketiga, kami membuat pemerhatian terhadap bidang tugas ahli organisasi 3.4 Langkah ke-empat, kami menyenaraikan prosedur pengawalan yang digunakan ______________________________________________________________________________ 4.0 METODOLOGI 4.1 TEKNIK MENGUMPUL DATA Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang pengawalan dalam bengkel pengurusan perniagaan 2. Untuk tujuan tersebut, satu teknik utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan tindakan kami gunakan iaitu menyelidik maklumat melalui lisan serta menganalisis data. Data yang kami perolehi terutamanya pengawalan yang digunakan. Kami analisis berdasarkan carta yang disediakan berdasarkan penyelidikan serta mengabungkan maklumat yang didapati melalui pertanyaan lisan yang memberitahu serba sedikit tentang pengawalan yang digunakan dalam bengkel pengurusan perniagaan 2.
  3. 2019 | KAJIAN KES BENGKEL PPN 2 3 5.0 DEFINISI PENGAWALAN Pengawalan ialah tindakan memastikan aktiviti organisasi dilaksanakan mengikutperancangan yang telah dibuat pada peringkat awal.Perancangan dibuat oleh tiga peringkatpengurusan atasan,pengurus pertengahan dan pengurusan bawahan. 6.0 PENGAWALAN YANG TERLIBAT 6.1 CARTA ORGANISASI PENGETUA MUSTAPA BIN HJ. SEPAWI PENSYARAH YUSRINA BINTI YUSOP PENSYARAH CHONG CHUI LAN PENSYARAH MARINA BINTI NOOR PENSYARAH IZATUL ANIS BT MD RODI PENSYARAH MOHD NOR REXZUAN BIN IBRAHIM PENSYARAH ROSIDAH BT.DRAHMAN KETUA JABATAN NORIZAM BIN MOHAMED KRTUA PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK BOLHAN BIN HAJI ALEH TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK HALIM BIN HAJI PUNGUT KETUA UNIT PENGURUSAN PERNIAGAAN GRACE PHILIP
  4. 2019 | KAJIAN KES BENGKEL PPN 2 4 6.2 BIDANG TUGAS 6.2.1 PENGARAH  Meluluskan sesuatu permohonan  Sebagai ketua organisasi  Menguruskan pengesahan gaji 6.2.2 TIMBALAN PENGARAH AKEDEMIK  Membantu menyemak sesuatu permohonan  Memantau organisasi  Memantau sistem pembelajaran dan pelajaran 6.2.3 TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKEDEMIK  Membantu menyemak sesuatu permohonan  Memantau organisasi  Membantu memantau sistem pembelajaran dan pelajaran 6.2.4 KETUA JABATAN  Ketua bagi sesuatu unit atau jabatan  Menyampaikan arahan pihak atasan  Memastikan sistem yang digunakan adalah sistematik  Melaporkan pergerakan organisasi atau unit 6.2.5 KETUA UNIT PENGURUSAN PERNIAGAAN  Memastikan peralatan dalam organisasi mencukupi  Menjalankan arahan yang telah diberi  Memantau sistem pembelajaran dan pelajaran digunakan  Mengenalpasti keberkesanan struktur yang digunakan 6.2.6 PENSYARAH
  5. 2019 | KAJIAN KES BENGKEL PPN 2 5  Melaksanakan tugas yang diberi dan diarahkan  Memantau sikap dan adap pelajar 6.3 PENGURUSAN BARANG 6.3.1 PROSEDUR PEMBELIAN BARANG a) Mengenalpasti barang yang bekurangan b) Menyediakan nota minta c) Menghantar nota minta kepada ketua jabatan untuk pengesahan d) Hantar kepada pegawai stok untuk memohon barang yang diperlukan e) Menerima barang 6.3.2 PROSEDUR MEREKOD BARANG BARU a) Terima barang b) Memastikan barang tersebut boleh digunakan dan selamat c) Menandatangi borang penerimaan barang d) Simpan barang di tempat yang betul e) Merekodkan barang dalam buku rekod barang baru f) Menghantar borang tersebut kepada Ketua jabatan untuk pengesahan 6.3.3 PROSEDUR MENDAFTAR BARANG ROSAK a) Mengenalpasti barang rosak b) Pensyarah mengisi borang laporan kerosakan barang c) Menghantar borang tersebut kepada Ketua Unit Pengurusan Perniagaan(KUPP) d) Ketua Unit pengurusan Perniagaan (KUPP) mengesahkan borang tersebut e) Ketua Unit Pengurusan Perniagaan (KUPP) juga perlu menghantar laporan tersebut kepada Ketua Jabatan f) Setelah disahkan oleh Ketua Jabatan, barang tersebut dihantar ke stop penyimpanan barang rosak g) Jika barang tersebut memerlukan untuk dilupuskan, tindakan perlu diambil dengan segera.
  6. 2019 | KAJIAN KES BENGKEL PPN 2 6 6.4 PROSEDUR MENGGUNKAN PERALATAN KECEMASAN 6.4.1 PETI KECEMASAN a) 6.4.2 PEMADAM KEBAKARAN 6.5 PROSEDUR MENGGUNAKAN KOMPUTER 6.5.1 SEBELUM A. Pastikan tempat kerja dan peralatan bersih B. Pencahayaan dan penyudaraan mencukupi. C. Periksa keadaan luaran serta fizikal mesin secara manual. D. Pastikan tiada sebarang kecacatan atau kerosakkan fizikal. E. Maklumkan kepada pegawai petugas keadaan terkini ser computer. 6.5.2 SEMASA A. “ON” suis pada soket alir keluar 13 Ampair. B. Tekan suis “START” pada monitor dan CPU. C. Pilih aplikasi yang sesuai dengan tugas yang akan dilakukan. D. Lakukan penyimpanan “SAVE” hasil kerja dalam DISK individu. E.“SHUTDOWN” computer mengikut langkah yang betul. F. Jika berlaku sebarang kerosakkan laorkan kepada pegawai bertugas. 6.5.3 SELEPAS A. “OFF” suis pad soket alir keluar 13 Ampair B. Tanggalkan sebarang DISK individu yang disambung melalui USB. C. Rekod penggunaan pada buku penggunaan komputer. D. Bersihkan komputer sebelum meninggalkan tempat kerja.
  7. 2019 | KAJIAN KES BENGKEL PPN 2 7 7.0 PROGRAM EKSA MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam. Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan ialah memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif. meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan. Kolej Vokasional Sibu salah satu sektor awam yang melaksanakan program EKSA, secara tak langsung Bengkel Pengurusan Perniagaan 2 mempunyai salah satu ciri pengamalan EKSA. EKSA juga menjadi landasan untuk mencapai objektif secara tak langsung kerana program EKSA banyak mendatangkan kebaikan termasuklah melibatkan sistem pengurusan dan perancangan yang sistematik dan teratur. Antara ciri-ciri EKSA yang terdapat dalam Bengkel Pengurusan Perniagaan 2 ialah setiap barang dan peralatan telah dilabelkan termasuklah peralatan tersebut masih berfungsi atau tidak selamat untuk digunakan. Selain itu, setiap sesuatu perkara yang boleh mendatangkan bahaya di dalam bengkel telah dilabelkan tanda amaran. Di samping itu, kebersihan juga menjadi keutamaan, maka salah satu tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan adalah membentk sebuah kelompok yang merlakukan kerja pembersihan pada setiap hari iaitu pelajar.
  8. 2019 | KAJIAN KES BENGKEL PPN 2 8 8.0 KESIMPULAN Adalah diharapkan hasil kajian ini akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam kajian mengenai pengawalan dalam bengkel pengurusan perniagaan 2. Walaupun pengawalan telah mejadi teras dalam sesuatu organisasi atau jabatan, namun tidak semua pengawalan diamalkan dan dipatuhi oleh golongan kini. Oleh itu, kajian kes ini menjadi salah satu ruang memperkenalkan serba sedikit pengawalan kepada semua kalangan masyarakat terutamanya golongan kini. Pengawalan amatlah penting, kerana melalui pengawalan yang sistematik seseorang atau sekumpulan individu dapat melaksanakan tugas dan kewajipan dengan baik. Di samping itu, kajian ini juga banyak menerangkan prosedur dalam menggunakan sesuatu peralatan seperti kompuer, perti kecemasan dan alat pemadam api. Fenomena ini dapat melatih minda pembaca dalam mengenali prosedur penggunaan sesuatu produk atau lebih dikenali barangan. Dengan bebesar hati saya Nelson Ejang Anak Ahieng, inigin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan kerana bekerjasama dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada guru iaitu Cikgu Norizam Bin Mohamed yang banyak membantu menerangkan serba sedikit maklumat umum kepada kami. Dengan rasa syukur juga kami amat beterima kasih kepada Tuhan kerana memberi ruang dan kesihatan kepada kami semasa melaksanakan kajian kes ini. Di samping itu, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan dorongan kepada kami secara langsung mahupun tidak langsung.
Publicité