Buku teks ini memberikan ringkasan mengenai mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan Empat yang meliputi tiga bidang utama iaitu Makanan dan Pemakanan, Pakaian, dan Keluarga dan Tempat Kediaman. Buku ini dirancang mengikut Sukatan Pelajaran KBSM dan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berdikari, bertanggungjawab dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat.
Analisis dan penilaian buku teks Ekonomi Rumah Tangga
1. 1.0 PENGENALAN
Buku Teks Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan Empat ini ditulis meliputi kehendak Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Ekonomi Rumah Tangga KBSM Tingkatan Empat
yang telah ditetapkan oleh Kementeriaan Pendidikan Malaysia.
Buku teks ini ditulis untuk merealisasikan matlamat Kurikulum Baru Sekolah
Menengah iaitu untuk melahirkan murid yang mampu berdikari, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, peka terhadap perkembangan teknlogi dan ekonomi semasa dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan bagi
mewujudkan kemakmuran dan keharmonian keluarga dan masyarakat.
Kandungan buku teks ini terdiri daripada 16 bab yang merangkumi tiga bidang
utama iaitu bidang Makanan dan Pemakanan, Pakaian, dan Keluarga dan Tempat
Kediaman. Buku ini juga diolah dengan bahasa yang mudah dan dibantu dengan gambar
foto, rajah dan jadual yang bertujuan untuk memudahkan pemahaman.
Setiap bab dimulakan dengan gambar foto yang menarik bagi memberi gambaran
am tentang bab tersebut dan skop pembelajaran yang harus dicapai oleh setiap murid.
Aktiviti disediakan pada setiap bab bagi merangsang minat murid dalam
pembelajaran. Murid-murid juga digalakkan melayari internet bagi mendapatkan maklumat
tambahan. Selain itu, nilai murni turut diterapkan secara langsung dan tidak langsung di
dalam buku ini.
Selaras dengan matlamat buku teks ini, dimuatkan beberapa ciri sebagai cara
untuk merangsangkan pembelajaran agar dapat melahirkan muruid yang kritis, kreatif dan
inovatif agar berupaya membuat keputusan yang bijak ke arah pembangunan masyarakat
yang seimbang, berdikari dan berketrampilan.
2.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN
Sesebuah kursus yang dibina pasti mempunyai matlamat yang telah digariskan dan setiap
guru haruslah memastikan bahawa mereka dapat mencapai matlamat yang ditetapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Taba (1962), matlamat utama
sesebuah pengajaran dan pembelajaran ialah untuk menyampaikan pengetahuan.
pengetahuan terbahagi kepada empat peringkat iaitu data atau fakta, konsep, generalisasi
dan prinsip. Ini Membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam
pelbagai aspek kognitif, psikomotor, afektif, rohaniah dan sosial.hal ini juga boleh
menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif serta membantu murid untuk berdikari.
Matlamat ERT adalah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran bagi
meningkatkan kualiti hidup individu, keluarga dan komuniti. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ERT, pemupukan nilai murni dan pendekatan KBKK diberi penekanan dalam
usaha melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Penegetahuan dan kemahiran ERT dikuasai melalui penerokaan bidang makanan dan
1
2. pemakaanaan, pekaian, tempat kediaman, kekeluargaan dan hidup berkomuniti.
Penguasaan ini dapat menyedarkan murid untuk mengenal pasti dan mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan yang sentiasa berubah. Kurikulum ini juga
mampu membentuk murid yang celik teknologi supaya dapat menyumbang secara optimum
dan berkesan kepada pembangunan masyarakat.
3.0 OBJEKTIF MATAPELAJARAN
1. Memperoleh pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Makanan Dan Pemakanan,
Pakaian serta Keluarga dan Tempat Kediaman.
2. Memilih, mengguna dan menyelenggara alat dan bahan dalam bidang Makanan Dan
Pemakanan, Pakaian serta Keluarga dan Tempat Kediaman.
3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam situasi tertentu berkaitan
dengan Makanan Dan Pemakanan, Pakaian serta Keluarga dan Tempat Kediaman.
4. Merancang, melaksanaa dan menilai aktiviti dalam bidang Makanan Dan
Pemakanan, Pakaian serta Keluarga dan Tempat Kediaman.
5. Menggunakan kemahiran matematik dalam mengukur, mengira dan membuat
anggaran.
6. Menggunakan teknologi dalam bidang Makanan Dan Pemakanan, Pakaian serta
Keluarga dan Tempat Kediaman.
7. Mengamalkan nilai murni semasa menjalankan aktiviti dalam bidang Makanan Dan
Pemakanan, Pakaian serta Keluarga dan Tempat Kediaman.
4.0 ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS
SUBJEK : Ekonomi Rumah Tangga
TINGKATAN :4
2
3. PENULIS : Wong Siew Foong, Fatimah Binti Jailani, Vickneswary A/P
Sithamparappilai
PENERBIT : Zeti Enterprise
TEMPAT TERBIT : Johor Darul Takzim
TAHUN TERBIT : 2002
3
4. ARAHAN
Tandakan ( ) pada skor:
1: Lemah 2: Sederhana 3: Baik 4: Cemerlang
Dalam ruangan ulasan, anda perlu menyatakan halaman dan justifikasi.
KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN
1 2 3 4
4
5. A. KESESUAIAN ISI 1. Kelengkapan isi kandungan Cemerlang.Buku teks ini memenuhi
dan menepati kehendak Sukatan
KANDUNGAN DENGAN
Pelajaran dan Huraian Sukatan
TAHAP Pelajaran yang telah dirancangkan.
Setiap bidang dalam ERT telah
dibincangkan dalam buku teks ini.
Contohnya,terdapat 6 bab di bawah
bidang Makanan dan Pemakanan, 5
bab di bawah bidang Jahitan dan 5 di
bawah bidang Keluarga dan Tempat
Kediaman. Selain itu, setiap bab akan
dimulakan dengan pengenalan untuk
memudahkan pelajar mendapat
gambaran awal tentang topik yang
akan dipelajari setiap bab. Buku teks
ini juga dimuatkan dengan Inti Sari bab
sebagai rumusan untuk setiap bab
(muka surat 184). Buku teks ini juga
dimuatkan dengan soalan penilaian
untuk setiap bab untuk menguji pelajar
setelah tamat satu bab. (muka surat
34)
2. Keluasan isi kandungan Baik.
Buku teks ini mempunyai kandungan
yang luas tetapi padat di mana ia
meliputi kesemua topik dalam tiga
bidang utama mengikut huraian
sukatan pelajaran. Sebagai contohnya,
terdapat 5 bab di bawah bidang
Keluarga dan Tempat Kediaman
dimana isi kandungannya bermula dari
Bab 12: Perkembangan Kendiri, Bab
13:Organisasi Keluarga, Bab 14:
5
6. Rumusan dan cadangan penambahbaikan:
Secara keseluruhan, isi kandungan buku teks Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4 ini adalah baik dan sesuai dengan tahap kesediaan dan
kognitif pelajar. Buku teks ini merangkumi pelbagai kemahiran, konsep, amalan dan pengetahuan serta nilai murni yang selaras dengan
keperluan dalam sukatan pelajaran KBSM. Selain itu, buku teks ini juga dimuatkan dengan maklumat tambahan seperti Galeri Infomarsi,
Sejarah, Semak Cepat, Laman ICT, Rangsangan Minda, Nilai Murni, Kajian Masa Depan, Aktiviti, Inti Sari Bab dan penilaian yang bertujuan
untuk meransangkan pembelajaran dan mencetuskan daya pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan dalam teks
berkenaan. Kebanyakan isi kandungan tersebut mempunyai himpunan hampir aras Taksonomi Bloom.
Cadangan penambahbaikan untuk buku teks ini ialah penulis boleh menambah lagi aktiviti untuk pelajar yang lebih mengalakkan pelajar untuk
bekerjasama dalam kumpulan, melibatkan KBKK, sesi pembelajaran yang melibatkan permainan contohnya seperti permainan ”Snake and
Ladder” di mana pelajar perlu melontar dadu untuk untuk mengerakkan buah permainan. Jika mereka tiba di satu tempat, mereka akan diuji
dengan satu soalan. Sekiranya mereka tidak dapat menjawab, mereka akan kekal di kedudukan itu dan sekiranya mereka dapat menjawab
soalan diberi mereka boleh melontar dadu untuk melangkah ke depan. Pemenang dikira dengan siapa yang tiba di petak terakhir dahulu akan
menjadi pemenang.
6
7. B. KETEPATAN ISI 4. Ketepatan konsep, definisi dan fakta Baik
KANDUNGAN
Konsep, definisi dan fakta dinyatakan
dengan jelas dan bertepatan mengikut
huraian sukatan pelajaran Ekonomi
Rumah Tangga Tingkatan 4.
Sebagai contohnya dalam muka surat 57
hingga 61, prinsip tentang memasak
adalah jelas dan setiap prinsip serta
kaedah untuk setiap kaedah. Penjelasan
dalam buku teks adalah ringkas tapi padat
dan merangkumi pelbagai aspek.
Walaubagaimanapun, definisi untuk
sesetengah perkara tidak dihuraikan
seperti definisi itu haba kering dan haba
lembap.
5. Ketepatan contoh, kes, gambar, diagram Kebanyakan contoh ada disertakan
ilustrasi gambar dan penerangan bagi
dan ilustrasi
gambar disediakan dan sesuai serta tepat
dengan isi kandungan dan lebih terkini.
Sebagai contohnya di muka surat 43,
gambar dan contoh yang digunakan untuk
menerangkan tentang makanan segar
iaitu daging. Setiap klasifikasi, ciri dan
contoh makanan ditunjuk dengan gambar.
Selain itu, penulis juga menggunakan peta
minda dan gambar-gambar (muka surat
223) untuk memberi gambaran yang lebih
jelas kepada pelajar.
Tetapi, ada juga contoh, kes dan gambar
yang digunakan adalah kurang tepat. Di
7
8. Rumusan dan cadangan penambahbaikan:
Secara keseluruhannya, buku teks Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4 menepati ciri-ciri buku teks yang baik kerana ia menepati konsep,
definisi yang tepat serta fakta – fakta yang dijelaskan adalah tepat dan relevan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa penambahbaikan
yang perlu dilakukan iaitu menerangkan setiap konsep perlu diterangkan dengan lebih mendalam supaya pelajar dapat memahami isi
kandungan tersebut dengan mudah. Selain itu, nama sumber dan penulis di bahagian definisi, konsep dan fakta seharusnya dinyatakan
mengikut format American Psychological Association (APA).
Untuk contoh, kes, gambar, diagram dan ilustrasi, hampir 60% digunakan di dalam buku teks ini. Secara keseluruhannya, buku ini sesuai dan
dapat menarik minat pelajar dengan gambar-gambar yang digunakan.
Simbol dan istilah yang digunakan dalam buku teks adalah tepat dan konsisten. Simbol yang digunakan tidak megelirukan pelajar dan dapat
membantu pelajar memahami isi kandungan dengan senang.
Manakala, dari segi daftar ejaan, penggunaan ejaan adalah tepat kecuali beberapa contoh yang dibincangkan dalam bahagian B (nombor 7).
Penulis harus memeriksa ejaan terutama penggunaan bahasa Inggeris dalam penulisannya.
Kesimpulannya, isi kandungan buku teks Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4 adalah tepat dan hanya beberapa kesilapan kecil yang perlu
diperbaiki.
8
9. C. KEMUTAKHIRAN 8. Kesesuaian kandungan dengan perkembangan Baik
KANDUNGAN ilmu dan teknologi
Di dalam buku teks ini terdapat banyak
kandungan yang seiring dengan ilmu
dan teknologi. Contohnya seperti“Info
Laman Web” di dalam hampir
keseluruhan bab (muka surat 43) yang
boleh membantu pelajar mendapat
maklumat tentang tajuk yang diajar.
Tetapi, kebanyakannya adalah
maklumat yang lama dan terdapat
beberapa laman web yang
dicadangkan tidak dapat lagi dilayari
seperti pada muka surat 202.
Walaubagaimanpun, dalam buku teks
ini, pelajar diajar menggunakan
teknologi seperti dalam dalam bab
prinsip memasak, pelajar diajar
menggunakan alat penjimat masa
untuk membantu menyediakan
makanan bagi menjimatkan tenaga
dan masa(muka surat 64).
Buku teks ini menyediakan ruangan
Rangsangan Minda untuk menguji
kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif (KBKK) pelajar tentang tajuk
yang dipelajari (muka surat 145).
9. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi Sederhana.
peraturan dan kes sebenar.
Sesetengah contoh dan gambar yang
digunakan dalam buku teks adalah
tidak sesuai dengan perkembangan
9
10. Rumusan dan cadangan penambahbaikan:
Secara keseluruhannya, kemutakhiran isi kandungan buku teks adalah baik. Jadi, terdapat beberapa bahagian perlu diperbaiki. Antaranya,
teknologi terbaru perlu dipertonjolkan dalam buku teks ini. Contohnya, maklumat dan contoh tentang teknologi terbaru dalam bidang masakan
dan bidang jahitan perlu diselit masuk ke dalam buku teks ini supaya pelajar bukan sahaja imaginatif tetapi juga akan berfikiran kreatif.
Selain itu, gambar-gambar yang digunakan di dalam buku ini adalah gambar lama. Walaupun terselit banyak gambar, jika buku ini digunakan
pada masa kini dijangka para pelajar akan berasa bosan kerana gambar-gambar yang tertera di dalam buku ini tidak menarik dan tidak terkini.
Jadi, gambar dan contoh yang digunakan dalam buku teks ini mesti sesuai dengan keadaan semasa.
10
11. D. KESESUAIAN 11. Sesuai dengan Isi pelajaran yang terkandung di dalam buku teks ini bagus dan
DENGAN perkembangan dan sesuai dengan perkembangan dan kemampuan pelajar. Di dalam
KEHIDUPAN kemampuan pelajar bab 5 Pengurusan Sajian pada muka surat 76 diterangkan
PELAJAR langkah-langkah perancangan kerja. Langkah-langkah yang
disusun juga tidak rumit dan mudah difahami kerana seperti yang
kita ketahui pelajar Tingkatan 4 ini telah mempunyai asas
mengenai pengurusan sajian yang telah dipelajari semasa
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.Adalah menjadi satu bonus
kepada pelajar kerana mereka telah faham.
Namun begitu ada bahagian yang didapati agak rumit untuk
mencapai tahap pemikiran pelajar iaitu pada Jadual 2.3 di
mukasurat 27. Jadual ini menunjukkan contoh Peruntukkan Diet
Harian yang di sarankan untuk kegunaan Malaysia. Jadual ini
dilihat terlalu rumit dan padat dengan angka. Jadual ini kurang
penerangan dan saya amat pasti bahawa jadual ini tidak
digunakan sebaiknya oleh guru ERT.
12. Sesuai dengan keadaan Baik
dan situasi lingkungan
sosiobudaya pelajar Pada Bab 2 Diet mukasurat 25 ada penerangan tentang Piramid
Makanan. Seperti yang kita edia maklum,Piramid Makanan dirujuk
secara meluas oleh setiap negara. Namun begitu,setiap
perancangan diet yang merujuk pada Piramid Makanan haruslah
bersesuaian dengan budaya,iklim,keperluan bahan dan
kemampuan negara masing-masing. Contohnya, di dalam piramid
makanan tertera pada Aras 1 ialah makanan yang paling baik dan
banyak diperlukan oleh badan kita.Makanan tersebut terdiri
daripada bijirin,hasil bijirin,dan ubi-ubian.Jika di negara
Barat,mereka mungkin mengambil makanan seperti bijirin
sarapan,susu dan roti. Namun,ia berbeza mengikut budaya rakyat
Malaysia yang banyak mengambil makanan berbentuk karbohidrat
pada awal pagi.Buku teks ini bagus dan menonjolkan budaya di
Malaysia.Melalui perancangan diet yang ditulis di dalam buku teks
ini, ia menunjukkan perancangan diet sarapan pagi yang
mengikuti acuan budaya Malaysia iaitu pengambilan nasi /mee/
meehoon/ kuetiaw/ capati yang dinyatakan pada perancangan diet
di dalam buku teks ini.
13. Menggunakan Kebanyakkan contoh dan gambar-gambar yang ditunjukkan di
contoh,gambar dan kes dalam buku teks ini menonjolkan ciri-ciri budaya masyarakat
tempatan Malaysia. Contohnya, muka surat 224 Rajah 15.3, gambar yang
ditunjukkan menunjukkan budaya dan amalan masyarakat
Malaysia dalam bentuk komunikasi.
11
Rumusan dan cadangan penambahbaikkan:
12. E. KEPEKAAN 14. Menumbuhkan kepekaan Baik
TERHADAP NILAI terhadap nilai-nilai
TEMPATAN tempatan Banyak nilai-nilai tempatan yang diterapkan di dalam buku teks ini.
Ini termasuk nilai-nilai murni yang dinyatakan oleh penulis pada
hampir setiap topik pembelajaran.Contohnya mukasurat 230 iaitu
keikhlasan semasa berkomunikasi menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain. Elakkan amalan menuduh dan menceritakan
keburukan orang lain.
15. Menumbuhkan kepekaan Sederhana
terhadap nilai-nilai
gagasan/wawasan negara Contohnya, Bab 15 Keluarga dan Komuniti (mukasurat 221) penulis
menyentuh tentang menjaga hubungan kekeluargaan dan komuniti
setempat.
Rumusan dan cadangan penambahbaikkan:
Melalui penilaian, buku teks ini mengandungi banyak unsur-unsur yang menujukkan kepekaan terhadap nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni
yang diterapkan amat bertepatan dengan isi pelajaran,malah nilai-nilai tersebut dikaitkan juga dengan amalan seharian mereka sama ada
ketika mereka berada di sekolah atau pun di luar sekolah. Nilai-nilai murni yang menyentuh gagasan juga ada dinyatakan mnamun tidak
sebanyak nilai-nilai tempatan.Penambahbaikkan pada bahagian penerapan nilai gagasan amat diperlukan bagi membentuk individu pelajar
supaya kuat jati diri pada tanah air.
12
13. F. FOKUS KANDUNGAN 16. Mendorong perasaan ingin tahu pelajar Pada Bab 4 Prinsip Memasak (muka surat
63) penulis menyelitkan aktiviti di dalam
kelas supaya menggunakan 2 kaedah
memasak yang berlainan. Dalam aktiviti
ini murid dikehendaki memasak,
memerhati dan berbincang sesama rakan.
Pendapat saya,dalam aktiviti ini secara
tidak langsung pelajar telah diberi
pendorong supaya terus mengkaji tentang
kaedah memasak jika ingin mengetahui
kaedah memasak tersebut dengan lebih
terperinci.Penulis telah membangkitkan
sifat ingin tahu seseorang pelajar bagi
menyelesaikan masalah tersebut.Penulis
juga ada menyatakan soalan-soalan pada
bahagian rangsangan minda yang ada
hampir pada semua bab.Rangsangan
minda juga didapati berfungsi bagi
menaikkan sifat ingin tahu pelajar (muka
surat 58)
17. Memperkembangkan daya kreativiti Sederhana
Ruangan kajian masa depan yang
disertakan penulis pada semua bab dilihat
berfungsi bagi memperkembangkan daya
kreativiti pelajar.Contohnya pada muka
surat 73.Ruangan kajian masa depan
menyatakan kemungkinan fusion cooking
menjadi suatu amalan untuk masa akan
datang.Kenyataan seperti ini sedikit
sebanyak akan membuatkan pelajar
berfikir dengan kreatif untuk memikirkan
samada fusion cooking berkemungkinan
menjadi amalan biasa pada masa kan
13
14. Rumusan dan cadangan penambahbaikkan:
Secara keseluruhannya,buku teks ini diolah dengan baik. Dilihat dari sudut kandungan dan latihan yang disediakan dapat meningkatkan
kreativiti dan daya kritikal pelajar. Selain daripada itu,fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuan asas kepada pelajar
tentang dunia kehidupan sebenar. Buku ini telah membantu pelajar dengan memberi penjelasan yang mendalam serta mengaitkan isi
kandungan yang sesuai dengan kehidupan seharian pelajar. Ini membolehkan pelajar menyedari manfaat setiap pelajaran yang dipelajari di
sekolah.
14
15. G.TEKNIK PENYAJIAN 20.Bab dan sub bab di paparkan secara Baik
KANDUNGAN konsistensi dan sistematik
Penulis banyak mengaplikasikan konsistensi
dalam buku teks ini contonhya seperti di
muka surat 114 hingga 118 dalam bab
peralatan jahitan, terdapat peta minda yang
menunjukkan pelbagai jenis alatan jahitan,
seterusnya, terdapat jadual yang
menunjukkan pemilihan, penggunaan dan
penjagaan setiap alatan jahitan dalam jadual
yang teratur serta gambar yang sesuai dalam
setiap sub bab.
21. Ketertiban konsep, definisi dan fakta Baik
Contohnya seperti di muka surat 3 dalam
penerangan definisi nutrien, semua nutrien
yang terlibat telah dihuraikan mengikut
susunan, dan seterusnya diterangkan satu
per satu dalam subtopik berikutnya mengikut
turutan.
22. Bersifat konstekstual Baik
Contohnya seperti muka surat 39 pengajaran
tentang pemilihan dan penyimpanan sayur-
sayuran yang amat sesuai dengan keadaaan
semasa dan pelajar dapat belajar tekniknya
untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian.
23. Keseimbangan di antara bab dan sub Baik
bab
Terdapat 16 bab dalam buku ERT ini yang
terbahagi seimbang kepada 3 bidang utama
iaitu makanan dan pemakanan (6 bab),
pakaian (5 bab), keluarga dan tempat
15
16. Rumusan dan cadangan penambahbaikan:
Secara keseluruhan, teknik penyajian kandungan dalam buku ERT ini adalah memuaskan dan sesuai digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
16
17. H. PEMAPARAN 26. Berpusatkan kepada pelajar Sebahagian kandungan buku ini berpusatkan
KANDUNGAN kepada pelajar. Selain nota,aktiviti
PEMBELAJARAN berkumpulan turut disediakan di dalam buku
ini yang melibatkan penyertaan pelajar.
Contohnya seperti muka surat 57. Prinsip
memasak yang ditunjukkan dengan pelbagai
kaedah berguna kepada pelajar supaya dapat
mengaplikasikan kemahiran tentang kaedah
memasak dalam kehidupan yang sebenar.
.
27. Pembelajaran kendiri Menggalakkan pelajar untuk melayari internet
untuk mencari maklumat yang lebih lanjut
berdasarkan kepada pengajaran buku teks
dan menuliskan maklumat tersebut dalam
buku latihan.
(Contohnya muka surat 211)
28. Bervariasi Penyampaian buku teks ini kurang bervariasi.
Contohnya, berdasarkan kandungan dalam
16 bab ini, isi pengajarannnya hanya
tertumpu kepada 3 aspek iaitu makanan,
pakaian dan keluarga & tempat kediaman.
29. Adil & demokrasi (tidak bias lokasi, Dari segi gender, buku ERT ini memang
gender, etnik dll) nampak dengan ketara dikhaskan untuk
pelajar perempuan dari segi masakan, jahitan
dan pengurusan diri & tempat kediaman.
Dari segi etnik pula, kandungannya meliputi
ketiga-tiga etnik di malaysia seperti dalam
muka surat 74, sajian yang ditunjukkan dalam
jadual mempunyai contoh makanan orang
melayu, cina dan india tidak kira sajian utama
ataupun sajian sampingan.
17
18. Rumusan dan cadangan penambahbaikan:
Secara kesimpulannya, pemaparan kandungan pembelajaran ERT ini adalah menyeluruh dan bersesuaian untuk pelajar yang memerlukan
kemahiran dalam pembelajarannya. Namun, masih boleh dipertingkatkan dengan penambahan subtopik-subtopik yang berkaitan dengan
rekaan baju, fesyen baju ataupun kemahiran lain yang boleh menambahbaikan kandungan yang dipelajari.
I. KELENGKAPAN 33. Ada kata penghantar Muka surat (vii)
DOKUMENTASI Kata penghantar adalah dari Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia. Iaitu Datk
Abdul Rafie bin Mahat.
Adalah lebih baik jika disertakan juga kata
penghantar dari Menteri Pelajaran Malaysia.
34. Definisi istilah dinyatakan Buku teks ini kurang menyenaraikan istilah
tetapi lebih banyak menumpukan
penggunaan istilah di bahgian jahitan
35. Ada carta/ Advance organizer pada Tiada advance organizer. Hanya terdapat
awal bab mukasurat yang menerangkan tentang
aktiviti dan cara maklumat dalam buku ini
diterangkan.
36. Sumber maklumat terkini: teks, data, Ada tetapi tidak banyak.
gambar, jadual, diagram, lampiran, nama,
tarikh termasuk sumber atas talian Contonhya, terdapat juga kaedah masakan
18
19. yang terkini tidak dinyatakan dalam buku
teks. Selain itu, kebanyakan sumber atas
talian kebanyakan dalam bahasa Inggeris.
Jika mengambilkira faktor pelajar kurang
cekap dalam Bahasa Inggeris, ia akan
memberi kesan kepada kemampuan
pencarian maklumat. Adalah baik sekiranya
diperbanyakkan lagi senarai laman
sesawang berbahasa Melayu.
37. Ada rumusan pada setiap topik/bab Buku ini turut menggunakan peta konsep
untuk menerangkan membuat rumusan dan
ianya tidak terhad kepada rumusan
berbentuk point sahaja. (Muka surat 33)
38. Tugasan, latihan dan contoh-contoh Semua latihan yang disediakan meliputi
soalan diberi pada setiap bab kaedah penyoalan yang berbeza. Ia meliputi
item objektif, padanan,, susunan, mengisi
tempat kosong, betul salah, soalan sturuktur
dan soalan esei. (Muka surat 68)
39. Ada bibliografi/ rujukan terkini / Terbitan rujukan untuk buku ini bermula dari
tahun 1988 hingga 2000. Mengambilkira
buku ini diterbitkan pada tahun 2002, maka
sumber rujukannya boleh dikatakan baru.
(Muka surat 246)
40. Indeks Ada tetapi tidak banyak menyenaraikan
indeks didalamnya. Seperti U,V,W,X,Y dan Z
hanya memiliki 1 atau 2 indeks sahaja
sedangkan memang banyak indeks di dalam
buku teks ini.
(Muka surat 248)
41. Ada lampiran (bagi perkara yang Tiada.
berkaitan)
19
20. Rumusan dan cadangan penambahbaikan
Rumusannya struktur dokumentasi buku ini adalah lengkap.Ia dimulakan dengan kata pengantar sebagai pengenalan buku.Seterusnya
susunan nota yang diselang selikan dengan latihan dan bahagian penutup iaitu glosari,rujukan dan indeks.
Akronim banyak digunakan dalam matapelajaran ERT yang kebanyakannya ditemui dalam bab jahitan dan bab makanan dan pemakanan.
Sekiranya dikhaskan bahagian tersendiri dalam buku teks ini untuk senarai akronim, ia pastinya dapat membuat inovasi pembaharuan
kepada buku teks ini.
Penyediaan CD boleh digunakan sebagai ruangan latihan selain dari menyediakan tayangan gambar amali masakan atau jahitan yang
berwarna-warni untuk menarik perhatian dan minat pelajar. Selain itu, di dalam CD ini juga boleh dilengkapkan dengan contoh-contoh atau
idea kreatif produk hasilan akhir seperti hiasan makanan, rekaan pakaian, hiasan atau susun atur ruang kediaman. Ia dapat memberikan
pelajar idea awal untuk digunakan sebagai contoh dalam menyediakan tugasan kelas amali pelajar.
CD ini boleh disertakan sebagai lampiran dalam buku teks. Dengan cara ini, dapat menjadikan matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga lebih
menarik dan dapat menghasilkan pelajar yang lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu produk. Selain itu, ia dapat membantu guru
menambahkan bahan rujukan atau bahan tayangan kepada pelajar bagi menambahkan pemahaman mengenai isi pelajaran. Pelajar juga
dapat merujuk CD ini sebelum memulakan kelas amali agar mereka dapat memikirkan idea awal bagi digunakan dalam menghasilkan
produk yang akan dipelajari dalam kelas yang akan datang.
20
21. 5.0 KEKUATAN BUKU TEKS
Buku teks ini mempunyai kandungan yang luas tetapi padat di mana ia meliputi
kesemua topik dalam tiga bidang utama mengikut huraian sukatan pelajaran. Sebagai
contohnya, terdapat 5 bab di bawah bidang Keluarga dan Tempat Kediaman dimana isi
kandungannya bermula dari Bab 12: Perkembangan Kendiri, Bab 13:Organisasi
Keluarga, Bab 14: Pengurusan Sumber, Bab 15: Keluarga dan Komuniti dan Bab 16:
Tempat Kediaman dan Teknologi.
Secara keseluruhan, isi kandungan buku teks Ekonomi Rumah Tangga
Tingkatan 4 ini adalah baik dan sesuai dengan tahap kesediaan dan kognitif pelajar.
Buku teks ini merangkumi pelbagai kemahiran, konsep, amalan dan pengetahuan serta
nilai murni yang selaras dengan keperluan dalam sukatan pelajaran KBSM. Selain itu,
buku teks ini juga dimuatkan dengan maklumat tambahan seperti Galeri Infomarsi,
Sejarah, Semak Cepat, Laman ICT, Rangsangan Minda, Nilai Murni, Kajian Masa
Depan, Aktiviti, Inti Sari Bab dan penilaian yang bertujuan untuk meransangkan
pembelajaran dan mencetuskan daya pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara
yang dibincangkan dalam teks berkenaan. Kebanyakan isi kandungan tersebut
mempunyai himpunan hampir aras Taksonomi Bloom. Buku teks Ekonomi Rumah
Tangga Tingkatan 4 menepati ciri-ciri buku teks yang baik kerana ia menepati konsep,
definisi yang tepat serta fakta – fakta yang dijelaskan adalah tepat dan relevan.
Kemutakhiran isi kandungan buku ini hampir seiring dengan perkembangan ilmu
dan teknologi semasa. Buku ini telah pun melalui proses penyemakan semula untuk
menjamin kesahihan maklumat dan memastikan kandungan di dalamnya dapat
membimbing pelajar menghadapi perkembangan semasa terutamanya berkaitan
perkara-perkara asas dalam ekonomi rumah tangga.
Penulis menitikberatkan isi pelajaran dengan kesesuaian kehidupan pelajar. Jika
dilihat pada aspek kemampuan pelajar,kebanyakkan bahagian di dalam buku teks
mencapai tahap kemampuan kognitif dan psikomotor pelajar. Begitu juga dengan kaitan
di antara isi pelajaran dengan situasi sosiobudaya pelajar yang juga menggunakan
contoh-contoh yang terdapat di Malaysia.
Melalui penilaian, buku teks ini mengandungi banyak unsur-unsur yang
menujukkan kepekaan terhadap nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni yang diterapkan amat
bertepatan dengan isi pelajaran,malah nilai-nilai tersebut dikaitkan juga dengan amalan
seharian mereka sama ada ketika mereka berada di sekolah atau pun di luar sekolah.
Nilai-nilai murni yang menyentuh gagasan juga ada dinyatakan mnamun tidak sebanyak
nilai-nilai tempatan.
Secara keseluruhannya,buku teks ini diolah dengan baik. Dilihat dari sudut
kandungan dan latihan yang disediakan dapat meningkatkan kreativiti dan daya kritikal
pelajar. Selain daripada itu,fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuan
asas kepada pelajar tentang dunia kehidupan sebenar. Buku ini telah membantu pelajar
dengan memberi penjelasan yang mendalam serta mengaitkan isi kandungan yang
sesuai dengan kehidupan seharian pelajar. Ini membolehkan pelajar menyedari manfaat
setiap pelajaran yang dipelajari di sekolah.
Isi pelajaran yang terkandung di dalam buku teks ini bagus dan sesuai dengan
perkembangan dan kemampuan pelajar. Di dalam bab 5 Pengurusan Sajian pada muka
surat 76 diterangkan langkah-langkah perancangan kerja. Langkah-langkah yang
disusun juga tidak rumit dan mudah difahami kerana seperti yang kita ketahui pelajar
Tingkatan 4 ini telah mempunyai asas mengenai pengurusan sajian yang telah dipelajari
semasa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.Adalah menjadi satu bonus kepada pelajar
kerana mereka telah faham.
21
22. Penulis telah membangkitkan sifat ingin tahu seseorang pelajar bagi
menyelesaikan masalah tersebut.Penulis juga ada menyatakan soalan-soalan pada
bahagian rangsangan minda yang ada hampir pada semua bab.Rangsangan minda juga
didapati berfungsi bagi menaikkan sifat ingin tahu pelajar
6.0 KEKURANGAN BUKU TEKS
Nama sumber dan penulis di bahagian definisi, konsep dan fakta tidak dinyatakan
mengikut format American Psychological Association (APA).
Terdapat beberapa kesilapan dalam penukaran Bahasa Inggeris kepada Bahasa
Malaysia. Contohnya, di muka surat 125, perkataan ”Flannel” dan ”Drill” adalah Bahasa
Inggeris dan penulis tidak mencondongkan perkataan tersebut. Jadi, ejaan yang betul
dalam Bahasa Melayu ”Flanel” dan ”Dril”.
Di dalam buku teks ini terdapat banyak kandungan yang seiring dengan ilmu dan
teknologi. Contohnya seperti “Info Laman Web” di dalam hampir keseluruhan bab yang
boleh membantu pelajar mendapat maklumat tentang tajuk yang diajar. Tetapi,
kebanyakannya adalah maklumat yang lama dan terdapat beberapa laman web yang
dicadangkan tidak dapat lagi dilayari seperti pada muka surat 202.
Sesetengah contoh dan gambar yang digunakan dalam buku teks adalah tidak
sesuai dengan perkembangan masa kini. Contohnya, pada muka surat 130, contoh
fesyen yang dilakar oleh penulis tidak lagi sesuai digunakan sebagai contoh kerana
rekaan tersebut tidak lagi dipakai oleh pengguna hari ini. Buku teks ini juga tidak diselit
dengan kes-kes sebenar yang terkini dan juga kes kajian.
Walaupun terselit banyak gambar, jika buku ini digunakan pada masa kini
dijangka para pelajar akan berasa bosan kerana gambar-gambar yang tertera di dalam
buku ini tidak menarik dan tidak terkini.
Melihat kepada isi kandungan dan contoh yang digunakan , ia lebih mudah bagi
pelajar bandar berbanding pelajar luar bandar. Ini kerana latar belakang pelajar dan
pengalaman hidup pelajar yang berbeza. Walaupun penyediaan buku teks ini mengikut
zon negeri serta menggunakan contoh kes tempatan, tetapi hakikatnya pelajar luar
bandar akan tetap menghadapi masalah.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BUKU TEKS
Cadangan penambahbaikan untuk buku teks ini ialah penulis boleh menambah lagi
aktiviti untuk pelajar yang lebih mengalakkan pelajar untuk bekerjasama dalam
kumpulan, melibatkan KBKK, sesi pembelajaran yang melibatkan permainan contohnya
seperti permainan ”Snake and Ladder” di mana pelajar perlu melontar dadu untuk untuk
mengerakkan buah permainan. Jika mereka tiba di satu tempat, mereka akan diuji
dengan satu soalan. Sekiranya mereka tidak dapat menjawab, mereka akan kekal di
kedudukan itu dan sekiranya mereka dapat menjawab soalan diberi mereka boleh
melontar dadu untuk melangkah ke depan. Pemenang dikira dengan siapa yang tiba di
petak terakhir dahulu akan menjadi pemenang.
Akronim banyak digunakan dalam matapelajaran ERT yang kebanyakannya
ditemui dalam bab jahitan dan bab makanan dan pemakanan. Sekiranya dikhaskan
bahagian tersendiri dalam buku teks ini untuk senarai akronim, ia pastinya dapat
membuat inovasi pembaharuan kepada buku teks ini.
Penyediaan CD boleh digunakan sebagai ruangan latihan selain dari
menyediakan tayangan gambar amali masakan atau jahitan yang berwarna-warni untuk
22
23. menarik perhatian dan minat pelajar. Selain itu, di dalam CD ini juga boleh dilengkapkan
dengan contoh-contoh atau idea kreatif produk hasilan akhir seperti hiasan makanan,
rekaan pakaian, hiasan atau susun atur ruang kediaman. Ia dapat memberikan pelajar
idea awal untuk digunakan sebagai contoh dalam menyediakan tugasan kelas amali
pelajar.
CD ini boleh disertakan sebagai lampiran dalam buku teks. Dengan cara ini,
dapat menjadikan matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga lebih menarik dan dapat
menghasilkan pelajar yang lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu produk. Selain itu,
ia dapat membantu guru menambahkan bahan rujukan atau bahan tayangan kepada
pelajar bagi menambahkan pemahaman mengenai isi pelajaran. Pelajar juga dapat
merujuk CD ini sebelum memulakan kelas amali agar mereka dapat memikirkan idea
awal bagi digunakan dalam menghasilkan produk yang akan dipelajari dalam kelas yang
akan datang.
Selain itu, gambar-gambar yang digunakan di dalam buku ini adalah gambar
lama. Walaupun terselit banyak gambar, jika buku ini digunakan pada masa kini
dijangka para pelajar akan berasa bosan kerana gambar-gambar yang tertera di dalam
buku ini tidak menarik dan tidak terkini. Jadi, gambar dan contoh yang digunakan dalam
buku teks ini mesti sesuai dengan keadaan semasa.
Melihat kepada isi kandungan dan contoh yang digunakan , ia lebih mudah bagi
pelajar bandar berbanding pelajar luar bandar. Ini kerana latar belakang pelajar dan
pengalaman hidup pelajar yang berbeza.Walaupun penyediaan buku teks ini mengikut
zon negeri serta menggunakan contoh kes tempatan, tetapi hakikatnya pelajar luar
bandar akan tetap menghadapi masalah.Oleh yang demikian penyediaan buku teks ini
perlu dikaji semula iaitu bukan berdasarkan zon negeri tetapi berdasarkan kesesuaian
pelajar di kawasan bandar dan luar bandar.
Cadangan penambaikkan untuk buku teks ini adalah dengan menambah
pelbagai aktiviti yang menarik seperti aktiviti bersandarkan kepada Program Based
Learning, inkuiri, kolabratif dan permainan yang boleh melahirkan pelajar berfikiran kritis
dan kreatif.
Terdapat beberapa nilai murni yang bersifat tersirat. Oleh itu guru perlu
menerangkan tentang nilai-nilai murni serta penulis boleh meletakkan ruangan kecil
menyatakan tentang nilai-nilai murni yang ingin diterapkan kepada pelajar.
8.0 PENUTUP
Buku teks kini tidak hanya memaparkan bahan baku yang perlu dimentelaah dan
dihafal. Sebaliknya buku teks kini mengajak pembacanya berinteraksi secara ‘aktif’,
seperti mempersoalkan isu atau pendapat yang dikemukakan agar pembaca mengambil
bahagian dalam perbincangan. Namun demikian, penggunaan buku teks lebih
bermakna sekiranya guru menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Buku teks juga memberi pengalaman pembelajaran yang seragam kepada
pelajar. Pengalaman ini memberi pengetahuan yang boleh menyediakan pelajar ke
tahap persekolahan yang lebih tinggi dari aspek perkembangan fizikal dan mental
pelajar. Dengan kata lain, buku teks adalah berperanan dalam membangun dan
membina keyakinan diri, kental menghadapi cabaran, menerap nilai serta dapat
23
24. memastikan perkembangan diri pelajar adalah menyeluruh, seimbang dan sepadu. Ilmu
pengetahuan asas menjadi wadah bagi pengumpulan dan pemahaman ilmu yang lebih
komplek di kemudian hari
Secara kesimpulannya analisis dan penilaian buku teks ini telah membantu
pelajar dan guru dalam mengesan kelemahan dan kelebihan buku teks Ekonomi Rumah
Tangga Tingkatan 4 ini. Penilaian buku teks perlu bagi mengekalkan kualiti buku teks
dan memastikan ia berfungsi sebagai sumber pembelajaran utama murid. Buku teks
yang berkualiti dapat membantu murid menguasai konsep dan kemahiran serta
mengembangkan lagi pengetahuan murid dalam bidang ilmu yang dipelajari melalui
sesuatu mata pelajaran di sekolah.
24
25. BIBLIOGRAFI
Adnan Kamis. 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum
Balas. Bangi: Percetakan Watan Sdn. Bhd.
BAHAGIAN BUKU TEKS KPM. http://www.moe.gov.my/bbt/
Bhasah Abu Bakar. 2009. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Edisi Kedua. Tanjong Malim:
Quantun Books.
Portal Rasmi Bilik Operasi SPBT Sekolah.
http://melaka.moe.edu.my/skganun/spbt/index.php?
option=com_content&view=article&id=74&Itemid=111
25
26. Rosrita Mohd Loddin.2006. Penilaian Pelajar Terhadap Buku Teks Kemahiran Hidup
Bersepadu Tingkatan 3 Dari Aspek Isi Kandungan dan Bahan Grafik (Ilustrasi).
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Psikologi
Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Wong Siew Foong, Fatimah Jailani dan Vickneswary a/p Sithamparappilai. 2002.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4.
Selangor: Zeti Enterprise.
26