SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  26
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
1
HBHE 3103
GAYA HIDUP SIHAT
JANUARI 2014
__________________________________________________________________________
NAMA : ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN
NO.KAD PENGENALAN : 690107-11-5918
NO.MATRIK : 690107115918001
NO.TELEFON BIMBIT : 019-7737169
ALAMAT E-MEL : zahrahrahman69@gmail.com
NAMA TUTOR : EN. AZMAN BIN MOHAMED NOR @ ZAHARI
PUSAT PEMBELAJARAN : KUANTAN , PAHANG
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3
2.0 KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT MENGIKUT BALLARD 4
2.1 Kesejahteraan Intelektual 4
2.2 Kesejahteraan Fizikal 5
2.3 Kesejahteraan Emosi 6
2.4 Kesejahteraan Spritual 7
2.5 Kesejahteraan Sosial 8
2.6 Kesejahteraan Persekitaran 10
3.0 AKIBAT KEPINCANGAN RODA KESEJAHTERAAN 11
4.0 CONTOH AMALAN GAYA HIDUP SIHAT 16
4.1 Mengamalkan Pemakanan Makanan Seimbang 16
4.2 Melakukan aktiviti senaman 17
4.3 Menjaga Kebersihan Diri dan Persekitaran 18
4.4 Berinteraksi dan Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Kemasyarakatan 19
5.0 CADANGAN TAMBAHAN DUA RODA KESEJAHTERAAN 21
5.1 Kesejahteraan Kerjaya 21
5.2 Kesejahteraan Ekonomi 22
6.0 PENUTUP 24
BIBLIOGRAFI 26
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
3
1.0 PENGENALAN
Definisi gaya hidup sihat ialah satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hiup yang
memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjgaan pemakanan yang seimbang,
bersenam, mengawal tekanan atau stress, dan yang paling penting adalah menghindarkan diri
daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko. Gaya hidup sihat juga ditakrifkan sebagai
satu amalan kehidupan yang akan membawa impak positif kepada diri sendiri,keluarga dan
masyarakat. Menurut kajian Lyons dan Langille (2011), konsep gaya hidup sihat dikategorikan
sebagai satu “kehidupan yang seimbang” dimana seseorang membuat satu pilihan dengan
bijak. Walaubagaimanapun, segala pilihan ini dipengaruhi beberapa faktor. Lyons dan Langille
juga menerangkan bahawa gaya hidup yang sihat adalah suatu amalan untuk mengurangkan
masalah kesihatan, pemulihan, mengurangkan tekanan hidup dan meningkatkan kualiti
kehidupan.
Secara umum, Kesejahteraan bermaksud seseuatu keadaan yang menjadi lebih baik Bila dirujuk
kepada negara, kesejahteraan memberi makna di mana keadaan sesebuah Negara dan rakyatnya
hidup dalam keadaan makmur, sihat dan aman damai. Definisi Kesejahteraan menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga ( 1998 m.s. :1208 ) ialah keselamatan, kesenangan ( hidup ) kesentosaan
dan ketenteraman. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menafsirkan kesejahteraan sebagai “a
state of complete physical, mental, and social well-being, and not merely the absence of disease
or infirmity” Secara mudahnya ia adalah satu situasi yang menunjukkan impak kesejahteraan
bukan sahaja bermaksud ketiadaan penyakit atau wujud sebarang unsur kelemahan tetapi
melibatkan keadaan fizikal, mental dan sosial yang sejahtera. Menurut Myers, Sweeney and
Wittmer, 2005, p. 252 ). kesejahteraan merupakan cara hidup ke arah mencapai tahap kesihatan
dan kesejahteraan diri yang optimum merangkumi fizikal, mental, dan spiritual yang
diintegrasikan oleh individu untuk kehidupan yang berkualiti di dalam masyarakat.
Bila dirumus, gaya hidup sihat bermakna satu amalan kesihatan yang diamalkan oleh individu
samada dari aspek pemakanan, amalan bersenam,menangani stres dan berfikiran positif dalam
menjalani kehidupan. Manakala kesejahteraan pula adalah matlamat yang ingin dicapai oleh
individu dan juga Negara yang merangkumi aspek fizikal,sosial,emosi dan mental bagi
menjamin kehidupan yang gemilang dalam semua bidang.
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
4
QGK 3013
2.0 KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT MENGIKUT BALLARD
Wellness Wheel (Roda Kesejahteraan) yang diperkenalkan dalam artikel oleh Ballard (2012)
memberi satu gambaran visual tentang konsep kesejahteraan yang menunjukkan keperluan gaya
hidup yang seimbang. Roda kesejahteraan Ballard (2012) mengandungi enam dimensi
kesejahteraan iaitu Intelektual, Fizikal, Emosi, Spritual, Sosial dan Persekitaran.
Rajah 1: Roda kesejahteraan Ballard
Untuk mencapai dan mengekalkan harmoni serta keseimbangan dalam hidup, kita harus memberi
perhatian kepada kesemua enam dimensi kesejahteraan yang diperkenalkan oleh Ballard
tersebut. Pengabaian atau penekanan yang terlampau pada mana-mana dimensi kesejahteraan
tersebut akan menyebabkan roda kesejahteraan kehidupan seseorang itu menjadi tidak
seimbang.Berikut adalah huraian Dimensi Kesejahteraan Hidup yang diperkenalkan oleh
Ballard.
2.1 Kesejahteraan Intelektual
Kesejahteraan intelektual boleh didefinisikan sebagai situasi di mana individu melibatkan diri
dalam aktiviti kreatif seta menggunakan sumber-sumber yang ada untuk meluaskan ilmu
pengetahuan, perkembangan aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis. Kesejahteraan
intelektual merangkumi kemampuan individu untuk menaakul, memproses dan bertindak balas
terhadap maklumat, kemampuan untuk mengenal pasti nilai dan kepercayaan serta kemampuan
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
5
membuat keputusan . Kesejahteraan intelektual adalah sangat bergantung kepada sistem otak
manusia.
Gambar 1: Otak manusia
Kesejahteraan intelek adalah berkait rapat dengan keupayaan seseorang untuk belajar dan
menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara
optimum. Seseorang dengan kecergasan intelek umumnya dicirikan sebagai berpengetahuan,
berbanding dengan jahil bagi individu yang tidak memiliki kesejahteraan intelek. Individu yang
mempunyai tahap kesihatan intelek yang baik kebiasaannya bebas dari penyakit yang menyerang
otak dan sistem lain yang berkaitan dengan pembelajaran. Ini menyebabkan seseorang dengan
kesihatan intelek yang baik akan meperolehi kecergasan intelek yang membolehkannya
mencapai kesejahteraan intelektual dan kejayaan dalam hidup. Individu yang mempunyai
kesejahteraan intektual juga akan berupaya membuat keputusan yang terbaik untuk diri,keluarga
dan masyarakatnya.
2.2 Kesejahteraan Fizikal
Kesejahteraan Fizikal didefinisikan sebagai proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan
tahap aktiviti fizikal secara optimum yang memfokuskan kepada pemakanan, penjagaan diri dan
gaya hidup sihat. Kesejahteraan fizikal dapat diperolehi melalui amalan pemakanan seimbang
dan juga amalan penjagaan kesihatan diri yang menyeluruh. Amalan pemakanan seimbang dan
penjagaan kesihatan diri yang optima akan dapat mengelakkan sesorang daripada mendapat
penyakit yang berbaitan dengan nutrisi seperti obesiti,kencing manis, darah tinggi,sakit jantung
dan sebagainya lagi.
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
6
Gambar 2 : Piramid makanan
Apabila kesejahteraan fizikal diperolehi, keupayaan seseorang untuk berfungsi dengan berkesan
dalam pasaran kerja adalah tinggi dan berkualiti. Seseorang itu juga akan dapat menggunakan
masa lapang dengan berkesan seperti bersenam,beriadah dan melibatkan diri dengan aktiviti
kemasyarakatan. Individu dengan kesejahteraan fizikal secara amnya dicirikan sebagai cergas
berbanding dengan individu yang tidak memperolehi kesejahteraan fizikal iaitu tidak cergas.
Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) juga turut menyelitkan kesejahteraan fizikal
sebagai salah satu unsur dalam kesihatan holistik. Kesejahteraan fizikal melibatkan komponen
daya tahan kardiovaskular, otot dan komposisi badan. Individu yang memiliki kesejahteraan
fizikal lazimnya bebas daripada penyakit yang menjejaskan sistem fisiologi badan seperti
jantung,sistem saraf dan lain-lain lagi.
2.3 Kesejahteraan Emosi
.
Kesejahteraan emosi ditakrifkan sebagai sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan
kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap
penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan. Melalui kesejahteraan emosi
seseorang akan berupaya untuk menangani kehidupan seharian yang berliku. Individu berkenaan
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
7
juga akan dapat mengurus perasaan peribadi secara positif, optimis dan konstruktif. Individu
yang mempunyai kesejahteraan emosi hidup dengan penuh kegembiraan dan ceria.
Gambar 3 : Kegembiraan dan keceriaan hidup hasil kesejahteraan emosi
Sebaliknya, insan yang gagal memiliki kesejahteraan emosi akan sentiasa berasa tertekan atau
stress. Sebaliknya seseorang yang mempunyai kesejahteraan emosi mempunyai kestabilan emosi
dan bebas daripada penyakit emosi dan mental seperti kemurungan,mental dan sebagainya lagi.
Kesejahteraan emosi menjadi jambatan kepada individu untuk mencapai impian dan cita-cita
dalam kehidupannya.
2.4 Dimensi Kesejahteraan Rohani / Spritual
Kesejahteraan rohani atau spiritual didefinisikan sebagai dimensi yang holistik merangkumi
pencarian makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan dengan tuhan dan komuniti
spiritual. Di samping itu, kesejahteraan spiritual pula direalisasikan melalui agama, kepercayaan
dan amalan ritual. Kesejahteraan ini melibatkan kepercayaan bahawa ada suatu kuasa yang
agung yang menjadikan manusia dan alam sekeliling. Komitmen kesejahteraan spiritual individu
dapat direalisasikan melalui amalan ritual.
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
8
Gambar 4: Individu yang memiliki kesejahteraan rohani patuh pada ajaran agama yang dianuti.
Kesejahteraan rohani dapat diukur melalui keupayaan seseorang mewujudkan satu sistem nilai
dalam kehidupannya. Sesorang akan bertindak mengikut sistem kepercayaannya serta membina
dan melaksanakan matlamat hidup yang dipegang secara bermakna dan konstruktif. Kesejahteraa
rohani akan membentuk individu menjadi penganut yang taat kepada ajaran agamanya.
Selain itu individu yang memiliki kesejahteraan rohani mempunyai kualiti diri baik, yang
sentiasa berfikiran positif dan sentiasa menyumbang kepada masyarakat dan komuniti
setempatnya. Seseorang yang mempunyai kesejahteraan rohani umumnya dicirikan sebagai
individu yang sentiasa berpuas hati dan bersyukur . Sebaliknya, individu yang gagal
memperolehi kesejahteraan rohani adalah seseorang yang sentiasa tidak berpuashati dan sentiasa
berkeluh-kesah.
2.5 Kesejahteraan Sosial
Kesejahteraan sosial merangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan orang lain, komuniti dan
persekitaran. W.A Findlander mendefinisikan “kesejahteraan sosial adalah sistem yang
terorganisasi dari usaha-usaha dan lembaga-lembaga soiial yang ditujukan untuk membantu
individu, mahupun kelompok dalam mencapai standard hidup dan kesihatan yang memuaskan
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
9
serta untuk mencapai relasi perseorangan dan sosial yang dapat memungkinkan mereka
mengembangkan kemampuan-kemampuannya secara penuh untuk mempertinggi kesejahteraan
mereka selaras dengan kebutuhan-kebutuhan keluarga dan masyarakat”.
Kesejahteraan sosial diukur melalui berupayaan seseorang untuk berjaya berinteraksi dengan
individu lain. Individu berkenaan biasanya mampu mewujudkan perhubungan yang bermakna
dan sentiasa berinteraksi secara baik dengan orang lain bagi meningkatkan kualiti hidupnya.
Seseorang dengan kesejahteraan sosial biasanya dicirikan sebagai individu yang mudah
bekerjasama, bergaul mesra, berkarisma dan bebas daripada penyakit sosial. Berbanding gemar
bersendirian, enggan bergaul dengan ahli komuniti ,mengasingkan diri serta mudah terlibat
dengan gejala sosial bagi individu yang tidak wujud kesejahteraan sosial dalam
dirinya.Kesejahteraan sosial yang optimum menjadikan individu itu dapat memainkan pelbagai
peranan sebagai seorang ahli masyarakat yang baik.
Gambar 5 : Individu melibatkan diri dengan komuniti setempat mempunyai kesejahteraan sosial.
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
10
2.6 Kesejahteraan Persekitaran
Kesejahteraan persekitaran di definisikan sebagai keseimbangan antara kehidupan individu dan
perhubungan dengan persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti. Kesejahteraan
persekitaran juga sinonim dikaitkan dengan kesedaran tentang kestabilan dan pemusnahan dunia
atau alam sekitar kesan daripada kegiatan manusia. Kesejahteraan ini akan menggerakkan
manusia untuk menyediakan persekitaran yang sihat serta menghargai sumber alam sekeliling
(Prentice,1999).
Gambar 6 : Bumi perlu dijaga untuk manusia mengekalkan kesejahteraan persekitaran
Kesejahteraan persekitaran meliputi persekitaran alam, tempat tinggal dan persekitaran tempat
kerja yang bersih, selesa, aman, kondusif dan tidak ada unsur-unsur pencemaran.Kesejahteraan
persekitaran akan dapat meningkatkan kualiti kesihatan manusia. Sementara pencemaran
persekitaran akan mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Pengaruh persekitaran seperti
kejiranan atau lokasi tempat tinggal (seperti isu-su keselamatan dan terdedah kepada toksik yang
tidak selamat) turut mempengaruhi tahap kesejahteraan persekitaran kita.
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
11
3.0 AKIBAT KEPINCANGAN RODA KESEJAHTERAAN
Roda Kesejahteraan Ballard (2012) yang mengandungi enam dimensi tersebut sesungguhnya
amat berguna untuk dijadikan panduan dalam mencapai kesejahteraan hidup. Pembahagian yang
sama rata terhadap keenam-enam dimensi menunjukkan semua dimensi itu perlu diimbangi
dengan baik tanpa rasa prejudis. Sekiranya penumpuan kita dalam menghayati setiap dimensi
yang disarankan itu tidak sama banyak , maka roda kesejahteraan itu akan menjadi tidak
seimbang dan sukarlah bagi seseorang itu mencapai kesejahteraan hidup.
Bagi merealisasikan kesejahteraan intelektual, adalah menjadi tugas ibu bapa pada peringkat
awalnya untuk membantu anak-anak mereka melatih sistem otak untuk menjadi pemikir yang
kreatif dan kritis dengan amalan pemakanan seimbang semenjak bayi di dalam kandungan lagi.
Tanpa kesejahteraan intelektual individu, keluarga, masyarakat dan negara akan menghadapi
pelbagai masalah. Individu yang tidak mencapai kesejahteraan intelektual tidak akan mampu
berfikir secara positif dan lazimnya gagal membuat keputusan terbaik untuk menguruskan diri
sendiri dalam menjalani kehidupan seharian.
Mereka akan mudah terlibat dengan gejala sosial seperti vandalisme,mat
rempit,mencuri,penyalahgunaan dadah dan sebagainya lagi. Hal ini akan memberi masalah besar
kepada keluarga,masyarakat dan negara khasnya. Perkara ini telah terbukti dengan kewujudan
sekolah-sekolah juvana,penubuhan Pusat Pemulihan Dadah (SERENTI) yang makin bertambah
penghuninya diseluruh negara dan juga peningkatan bilangan pesalah dipenjarakan. Semua
permasalahan ini menjadi kerugian kepada negara dalam aspek ekonomi kerana perlu
mengeluarkan bajet yang banyak untuk menyediakan tempat dan perbelanjaan pengurusan.
Selain itu, negara juga gagal menggunakan khidmat tenaga dan kepakaran mereka untuk
kemajuan dan pembangunan negara. Dalam aspek ini individu-individu berkenaan gagal
mencapai kesejahteraan intelektual.
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
12
Gambar 7 : Salah satu Pusat SERENTI yang wujud di negara kita
Melalui kesejahteraan fizikal, kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang dan penjagaan
kesihatan diri yang optima. Sekiranya pemakanan seimbang diabaikan dengan pengambilan
makanan yang tidak berkhasiat seperi makanan ringan dan makanan segera, seseorang akan
mudah mengalami obesiti. Mereka yang menghidap obesiti akan berisiko mendapat penyakit
berbahaya seperti kencing manis,darah tinggi,barah,penyakit pundi hempedu,penyakit hati dan
reumatik yang olehmengancam nyawa mereka( rujuk keratin akhbar Utusan Malaysia, 28 Mei
2004).
Sebaliknya mereka yang menghidap Malnutrisi iaitu kekurangan,kelebihan atau ketidak
seimbangan satu atau lebih nutrient yang sangat diperlukan ( Saunders et.al,2010) pula akan
mempengaruhi proses-proses tubuh badan hingga menyebabkan kerosakan tubuh badan hingga
membawa maut. Aktiviti senaman pula banyak menyumbang kepada kesihatan diri dan mental.
Individu yang tidak mengamalkan senaman mudah menghidap obesiti dan penyakit
kardiovaskular. Tanpa melakukan senaman berkala, otak tidak akan menjadi cerdas dan badan
menjadi tidak cergas.Semua gejala ini akan memerlukan seseorang mendapatkan rawatan di
hospital kerajaan ataupun swasta. Ini akan merencatkan kedudukan kewangan individu mahupun
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
13
pihak kerajaan yang terpaksa meningkatkan kos untuk merawat pesakit yang makin bertambah.
Kesemua gejala ini akan menyebabkan roda kesejahteraan hidup menjadi pincang.
Kesejahteraan emosi akan membolehkan komuniti dan negara hidup aman damai hasil daripada
rasa gembira dan kebahagiaan rakyatnya. Apabila keperluan emosi tidak dipenuhi, akan wujud
individu yang sentiasa tertekan hidupnya hingga. Individu ini juga akan menjadi beban kepada
keluarga, masyarakat dan negara. Sebuah keluarga tidak akan hidup bahagia jika ada ahlinya
yang berpenyakit mental. Emosi yang tidak stabil juga akan menyebabkan individu gagal
berfikiran positif. Tingkah laku pesakit mental akan mengganggu ketenangan hidup masyarakat
sekeliling. negara pula terpaksa mencari jalan untuk membantu pesakit mental pulih bagi
memastikan keharmonian negara tidak terugat dengan tingkah laku luar jangka individu yang
tidak mencapai kesejahteraan emosi contohnya membunuh diri, membunuh orang lain ,
merosakkan harta benda dan sebagainya.
Gambar 8 : Keratan akhbar memaparkan berita akibat tindakan luar jangka pesakit mental
Kesejahteraan spiritual sangat berkaitrapat dengan pegangan agama seseoramg. Sekiranya
seseorang individu atau masyarakat itu tidak mencapai kesejahteraan spiritual, akan wujudlah
masyarakat yang enggan mematuhi peraturan dan undang-undang. Ini adalah kerana setiap ajaran
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
14
agama amat menitikberatkan akan kepatuhan kepada agama dan sekaligus kepatuhan kepada
undang-undang. Seiring itu, berlakulah pelbagai permasalahan seperti tidak patuh kepada ketua,
pentadbir atau organisasi. Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri akan
menguasai individu berkenaan dan mereka tidak memberi apa-apa sumbangan yang bermanfaat
kepada bangsa dan negara. Sudah pastilah keharmonian negara juga tergugat. Pihak yang
berwajib pula terpaksa menambah kekuatan tenaga dan kos untuk memainkan peranan bagi
memastikan keamanan negara terjamin.
Gambar 9 : Tiada kesejahteraan spiritual menjadi punca indidu melakukan jenayah
Kesejahteraan sosial akan memberi impak positif kepada negara. Jika sebaliknya, maka sikap
saling bekerjasama,hormat-menghormati dan bersatu padu dikalangan rakyat Malaysia yang
berbilang bangsa ini gagal direalisasikan. Individuyang sering memencilkan diri dan enggan
mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan biasanya cenderung melakukan aktiviti yang
menimbulkan kemarahan komunitinya. Kelompok yang tidak menca[ai kesejahteraan sosial ini
biasanya berfikiran negatif terhadap segala usaha kerajaan dalam menangani sesuatu isu yang
memudaratkan masyarakat. Umpamanya gejala pergaulan sosial yang tiada batas, seks bebas,
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
15
penagihan dadah atau bahan terlarang yang semakin berleluasa dan menjadi masalah bagi negara
adalah disebabkan oleh kelompok yang tidak mecapai kesejahteraan sosial.
Gambar 10.: Persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai penyakit
Apabila kesejahteraan persekitaran tidak dapat dipenuhi seperti berlakunya pencemaran
udara,bunyi dan air maka rakyat akan mengalami masalah kesihatan,emosi dan juga fizikal.
Gangguan-gangguan ini akan menyebabkan golongan pekerja gagal memberikan perkhidmatan
yang terbaik. Sebilangan besar rakyat pula kan mengalami masalah kesihatan dan kemurungan.
Sebahagian besar warga gagal menjadi penyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara
kerana gangguan tersebut. Merujuki isu terkini berkaitan masalah bekalan air bersih di negeri
Selangor yang wujud semenjak Januari 2014 menyebabkan aktiviti ekonomi negeri tersebut
mengalami penyusutan dan sebilangan daripada rakyatnya mengalami konflik dan stres.
Begitu juga dengan kawasan penempatan yang tidak terjamin keselamatannya ataupun menjadi
tempat lambakan sisa toksik menyebabkan komuniti di tempat berkenaan gagal mencapai
kesejahteraan persekitaran. Impaknya, mereka kan berpindah- randah mencari persekitaran
baharu yang lebih selesa dan menepati citarasa mereka. Lebih malang lagi sekiranya mereka
yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dan menjadi aset negara mengambil
keputusan untuk berpindah ke luar negara akibat daripada keadaan persekitaran yang tidak
mereka gemari.
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
16
Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab semua warga Malaysia untuk bersama-sama
brganding bahu menuju satu matlamat mencapai kesejahteraan hidup dengan memperolehi
semua enam komponen Roda Kesejahteraan Ballard ( 2012 )
4.0 CONTOH AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Pembentukan amalan gaya hidup sihat tidaklah sesukar yang dibayangkan oleh sesetengah orang.
Ada individu menyangkakan bahawa menjalankan gaya hidup sihat adalah sesuatu yang abstrak
dan hanya layak diamalkan oleh golongan atasan yang berpendapatan tinggi dan bagi mereka
yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang tertentu sahaja misalnya seorang pendidik,
pengarah syarikat,doktor dan seumpamanya.
Realitinya semua orang berupaya membentuk gaya hidup sihat yang tersendiri dengan
mengamalkan beberapa aspek iaitu mempunyai konsep kendiri positif, bertanggungjawab
terhadap sikap, keputusan dan tingkahlaku sendiri dan berpendirian teguh. Amalan gaya hidup
yang sihat sangat penting bagi menjamin kesejahteraan diri dari aspek kesihatan,mental,emosi,
sosial dan rohani. Justeru itu, setiap individu sepatutnya mengamalkan gaya hidup sihat yang
praktikal dan bersesuaian dengan tahap umur. Berikut ialah beberapa amalan gaya hidup sihat
sebagai panduan bersama.
4.1 Mengamalkan Pemakanan Makanan Simbang
Gaya pemakanan adalah salah satu penentu kepada kesihatan kita. Jika menurut Roda kesehteraan Ballard,
gaya pemakanan berada dalam komponen kesejahteraan fizikal. Melalui pemakanan manusia mendapat
sumber tenaga , tumbesaran dan hidup sihat. Gaya pemakanan menurut amalan pemakanan makanan
seimbang akan mendisiplinkan diri seseorang serta menjauhkan diri daripada penyakit seperti kencing manis,
darah tinggi dan jantung yang menjadi punca kematian tertinggi di negara kita.
Manusia hari ini gemar mengambil makanan yang bersifat mudah seperti memakan makanan ringan ataupun
makanan segera. Mereka seakan lupa akan kesan buruk yang diperolehi apabila mengamalkan cara
pemakanan tersebut . Setiap warga sewajarnya menjauhi amalan buruk seperti merokok ,
menyalahgunakan dadah atau meminum arak.
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
17
Gambar 11: Makanlah untuk kesihatan diri yang optima
Melalui amalan pemakanan seimbang setiap individu akan kekal sihat. Ini akan memberi peluang kepada
individu berkenaan menikmati hidup dengan penuh kebahagiaan dan keceriaan kerana semua nutrient yang
diperlukan oleh badan diperolehi menerusi pemakanan seimbang. Kebahagian itu wujud kerana tidak ada
masalah kesihatan tubuh badan yang menggangu kehidupan. Dengan itu seseorang dapat mengembangkan
potensi diri ke tahap yang maksima .
4.2 Melakukan aktiviti Senaman Berkala
Amalan melakukan aktiviti senaman yang tetap dan berterusan akan mempertingkatkan sistem fisiolgi tubuh
badan kita. Selain itu, ia dapat meningkatkan kadar sistem keupayaan respiratori yang turut meningkatkan
bekalan oksigen kepaada sel-sel dalam badan. Ini akan membolehkan sel-sel tersebut bekerja dengan lebih
efisien. Disamping itu, kadar tahap kekuatan otot, tenaga,kecergasan,ketangkasan dan koordinasi badan akan
bertambah apabila berlaku perubahan fisiologi pada tubuh badan .
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
18
Gambar 12: Bersenam dan bersukan menyihatkan badan
Tambahan pula, aktiviti senaman mampu menjadikan system peredaran darah manusia lebih baik serta dapat
meningkatkan sistem imunisasi . Secara tidak langsung, aktiviti senaman mampu menjadikan kehidupan
seseorang lebih sihat , ceria dan cerdas berbanding individu yang sedentri.. Antara contoh aktiviti senaman
yang dapat dilakukan ialah bersukan,berekreasi,berjalan seribu langkah sehari, atau berjoging secara
bersendirian ataupun bersama keluarga dan rakan di hujung minggu.
4.3 Menjaga Kebersihan Diri dan Persekitaran
Setiap individu berperanan untuk mengutamakan kebersihan diri sepanjang masa supaya terhidar daripada
sebarang penyakit.Penjagaan asas kebersihan diri seperti mengosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu
tidur berkualiti dan rehat yang mencukupi amat perlu dijadikan amalan hidup seharian. Amalan menjaga
kebersihan seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, menutup makanan , memilih tempat
makan yang bersih harus diutamakan agar tidak mendapat penyakit.
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
19
Gambar 13: Aspek penjagaan kebersihan diri perlu dijadikan amalan
Selain daripada itu, sebagai ahli komuniti, kita hendaklah berganding bahu menjaga kebersihan persekitaran
bagi mengelakkan penyakit berjangkit seperti denggi yang di bawa oleh nyamuk aedes. Aktiviti gotong-
royong membersihkan kawasan tempat tinggal akan dapat mengelakkan nyamuk daripada membiak dan
juga dapat menghapuskan agen-agen pembawa penyakit seperti lalat,tikus dan lipas. Dengan itu, semua ahli
masyarakat akan dapat hidup sihat tanpa penyakit. Semua ini akan memberikan kesejahteraan fizikal,
kesejahteraan sosial dan juga kesejahteraan emosi kepada ahli masyarakat yang menyumbang keringat.
4.4 Berinteraksi dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
Gaya hidup sihat seseorang secara keseluruhannya melibatkan aspek psikologi , sosial dan emosi . Individu
yang sentiasa berinteraksi dengan ahli komunitinya akan lebih bersikap terbuka dan sentiasa bersedia
berkongsi masalah dengan orang lain. Ini akan menjadi kehidupan seseorang itu lebih bermakna berbanding
dengan individu yang gemar bersendirian atau menyimpan masalah hingga menyiksa jiwa raga dan akhirnya
melakukan sesuatu yang bercanggah dengan nilai kemasyarakatan seperti bergaduh,bermasam muka dan
lebih serius lagi membawa kepada pembunuhan dek rasa dendam. Sikap gemar berkawan dan menjalin
hubungan baik dengan ahli masyarakat yang lain akan membawa kepada keceriaan dan kegembiraan dalam
hidup. Ini membolehkan seseorang mencapai kesejahteraan emosi dan kesejahteraan sosial.
Seiring itu, setiap individu perlu mempunyai sikap dan mentaliti yang positif bagi menangani
tekanan kehidupan dalam dunia moden ini. Seorang pakar sakit jiwa bernama Maxwell Malts
menyatakan bahawa abad ini adalah abad stres ( tekanan hidup). Dalam gaya hidup yang sihat ,
mengawal konflik dan stress adalah amat penting kerana ia boleh mengangu kesihatan,tumpuan
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
20
terhadap pekerjaan, pembelajaran dan rutin harian. Dapatkan bantuan daripada pakar motivasi,
kaunselor, ahli keluarga dan rakan taulan jika buntu dalam menghadapi tekanan hidup. Semakin
positif minda seseorang, maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya,
Gambar 14 : Hindari stres kerana ia boleh membawa pelbagai impikasi buruk
5.0 DUA CADANGAN TAMBAHAN RODA KESEJAHTERAAN
Selain daripada enam komponen yang terdapat dalam Roda Kesejahteraan Ballard , di dapati dua lagi
komponen perlu dimasuk senarai sebagai pelengkap dan panduan untuk mencapai kesjahteraan hidup yang
sebenar-benarnya. Dua komponen tersebut ialah Kesejahteraan Ekonomi dan Kesejahteraan Kerjaya. Di
bawah ini ialah ilustrasi roda kesejahteraan rekaan penulis.
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
21
Rajah 2: Roda kesejahteraan Rekaan Penulis
5.1 Kesejahteraan Kerjaya
Kesejahteraan kerjaya ditakrifkan sebagai tahap seseorang individu itu dapat mempersembahkan
nilai yang ada dalam dirinya dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti
yang diceburi. Ianya meliputi pengembangan dan pengaplikasian kemahiran, bakat, anugerah
dan pengetahun untuk meningkatkan pencapaian kerjaya dan taraf hidupnya. Kesejahteraan
kerjaya akan membina sikap positif terhadap bidang pekerjaan yang diceburi, berusaha sedaya
upaya untuk meningkatkan produktiviti serta mencapai kepuasan dalam aktiviti pekerjaan.
Kesejahteraan kerjaya merangkumi kebolehan individu dalam menyeimbangkan pelbagai
peranan dalam kerjaya yang diceburi dan juga bagaimana seseorang itu mengggunakan
kemahirannya untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan negara .
sosial
emosi
intelektual
kerjayaekonomi
spritual
fizikal
persekitaran
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
22
Gambar 15: Sikap positif terhadap kerjaya memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan negara.
Kesejahteraan Kerjaya dapat dinilai melalui penghasilan produktiviti yang berkualiti dan
berterusan, kemampuan menyempurnakan tugasan yang diberi,rasa kebertanggungjawab yang
tinggi terhadap pekerjaan dan yang paling penting ialah kegembiraan dan keseronokkan ketika
menjalankan tugas. Bagi mencapai semua itu, majikan perlulah menyediakan persekitaran kerja
yang selesa dan kondusif sebagai kemudahan kepada kaki tangannya. Majikan perlu memenangi
hati kakitangannya bagi memastikan kesejahteraan kerjaya dapat dicapai. Bagi individu yang
berkerjaya sendiri, mereka boleh membuat perancangan dan pengurusan kerjayanya mengikut
selera sendiri asalkan dapat memberi kepuasan hati dan produktiviti yang mencapai sasaran.
5.2 Kesejahteraan Ekonomi / Kewangan
Definisi Kesejahteraan ekonomi atau jaminan kewangan ialah keadaan di mana seseorang itu
mempunyai perancangan kewangan yang teliti melalui simpanan atau pelaburan sebagai bekalan
untuk menghadapi masa persaraan nanti. Kesejahteraan kewangan pada asalnya difahami sebagai
suatu kegembiraan atau kepuasan terhadap situasi kewangan (Porter & Garman, 1993; Kim et al.,
2003). Kesejahteraan kewangan juga dirujuk sebagai hasil daripada tingkahlaku-tingkahlaku
kewangan (Kim et al. 2004). Kajian lepas menunjukkan bahawa tingkahlaku kewangan dan
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
23
amalan kewangan mempunyai hubungan dengan kesejahteraan kewangan (Joo & Garman, 1998;
Kim et al., 2004; Porter & Garman, 1993; Scannel 1990; Zaimah, 2010, Zaimah, 2011).
Kesejahteraan kewangan adalah indicator. penting kepada kesejahteraan hidup. Hal ini penting
kerana kesejahteraan kewangan seseorang individu mempunyai hubungan dengan produktiviti
kerja. Malahan masyarakat umum juga mengetahui bahawa stres (Azizi et al., 2010), kesukaran
dan tekanan kewangan yang dihadapi seseorang individu akan menyumbang kepada
kesejahteraan kewangan yang rendah dan sebaliknya
Kesejahteraan ekonomi akan menyumbang kepada taraf dan kualiti hidup individu dan juga
negara. Golongan yang kukuh dan mantap kesejahteraan ekonominya adalah mereka yang
mempunyai pendapatan tinggi dan begitulah sebaliknya, Kesejahteraan ekonomi juga adalah
berkait rapat dengan duit. Setiap perkara yang ingin diperolhi di era globalisasi ini amat
memerlukan wang. Wang berguna untuk keperluan fizikal, emosi, psikologi dan sebagainya.
Wang diperolehi daripada sumber pendapatan. Kesejahteraan ekonomi/kewangan amat penting
dalam menentukan taraf hidup manusia. Kekukuhan kesejahteraan ekonomi akan menjadikan
individu mendapat taraf yang tinggi di mata masyarakat. Mereka yang mempunyai ekonomi
yang mantap juga akan dapat meningkakan taraf pendidikan mereka kerana berkemampuan.
Gambar 16 : Duit bukanlah segala-galanya dalam hidup tetapi segala-galanya memerlukan duit
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
24
6.0 PENUTUP
Sebenarnya semua orang boleh membentuk gaya hidup yang sihat dengan berpegang kepada beberapa aspek
iaitu mempunyai konsep kendiri yang positif,bertanggungjawab terhadap sikap sendiri , keputusan dan
tingkah laku diri sendiri serta mempunyai pegangan yang teguh. Gaya hidup yang sihat adalah penting bagi
menjamin kesejahteraan kita daripada aspek kesihatan mental-emosi, sosial dan rohani. Oleh itu, kita harus
berusaha keras untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, pratikal dan sesuai dengan tahap umur kita demi
mencapai kesejahteraan hidup.
Roda kesejahteraan Ballard ((2012) yang mengandungi enam komponen kesejahteraan boleh dijadikan
panduan atau rujukan untuk mencapai kesejahteraan hidup. Bagaimanapun,individu boleh merekacipta
sendiri roda kesejahteraan hidupnya berpandukan pengalaman, pemerhatian dan pemahamannya dalam
mengamalkan cara hidup sihat. Perlu disedari bahawa setiap individu bertanggungjawab untuk memastikan
diri sendiri dan masyarakat berjaya mencapai kesejahteraan hidup. Ianya penting bagi menjamin negara kita
mampu bergerak seiring negara maju dalam mencipta kegemilangan di seantero dunia.
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
25
RUJUKAN
Alias Baba (1992). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aris Fazil Haji Ujang, Borhan Yusof, && Abd Halim Md. Salleh. (2003). Pendidikan jasmani
dan kesihatan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azhar Harun & Nawi Abdullah (2004). Metodologi penyelidikan ekonomi dan sains sosial.
Singapura: Thomson Learning.
Donatelle (2001). Health: the basics. 4th ed. Boston: Allyn & Bacon.
Hermon, D. A. & Hazler, R. J. (1999). Adherence to a wellness model and perceptions of
psychological well-being. Journal Of Counseling And Development, 77, 339-343.
Jas Laile Suzana Jaafar (2002). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Kesihatan Malaysia (2005). Manual mesej utama dansokongan: kempen cara
hidup sihat setting tempat kerja. KualaLumpur: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Nor Ezdianie Omar, (2007). Kesejahteraan psikologi dan kesejateraan spiritual dalam kalangan
pelajar IPTS di negeri Kelantan. Serdang: Thesis sarjana yang tidak diterbitkan.
Shamsudin Mohd. Sharif, Sharizad Yusof, & Mohd Sofian Omar Fauzee. (2002). Pendidikan
jasmani dan kesihatan, Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wee Eng Hoe. (2005). Siri pendidikan perguruan: Pendidikan jasmani & pendidikan
kesihatan.Selangor: Karisma Publications.
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001
26
RUJUKAN INTERNET
http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan-gaya-hidup-sihat.html
http://www.bradley.edu/eddey/cwc/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan_pengguna:Ezza3006
https://uk.groups.yahoo.com/group
http://www.nwmissouri.edu/wellness/PDF/shift/BalancingYourWellness.pdf
http://www.thebanksidehealthclub.co.uk/healthy-lifestyle.aspx
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_1D3.pdf
http://wpc.upsi.edu.my/index.php/mengenaikami/komponen kesejahteraan

Contenu connexe

Tendances

Pembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial British
Pembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial BritishPembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial British
Pembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial Britishakasyah64
 
Biodata eric erikson
Biodata eric eriksonBiodata eric erikson
Biodata eric eriksonzakwan azhar
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Yunkz Dion
 
Pendidikan di Malaysia
Pendidikan di MalaysiaPendidikan di Malaysia
Pendidikan di Malaysiafiro HAR
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosialHalizawwh
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Fina Finaie
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Sherly Jewinly
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiriVince Here
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahFarhana Ariffin
 
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academyRPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academyRoza Yus
 
pendidikan moden
pendidikan moden pendidikan moden
pendidikan moden wanhafshah
 
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalPengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalnoorulshuhadah
 
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraIsu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraEdreygonAlexander
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 

Tendances (20)

Pembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial British
Pembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial BritishPembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial British
Pembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial British
 
Biodata eric erikson
Biodata eric eriksonBiodata eric erikson
Biodata eric erikson
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Tajuk 5
Tajuk 5Tajuk 5
Tajuk 5
 
Pendidikan di Malaysia
Pendidikan di MalaysiaPendidikan di Malaysia
Pendidikan di Malaysia
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosial
 
KONSEP KESIHATAN
KONSEP KESIHATANKONSEP KESIHATAN
KONSEP KESIHATAN
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiri
 
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
 
Jenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulumJenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulum
 
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academyRPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
 
pendidikan moden
pendidikan moden pendidikan moden
pendidikan moden
 
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalPengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
 
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraIsu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 

En vedette

Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanModul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanWan Suhaimi Wan Setapa
 
Konsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidupKonsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidupZana Idsar
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatSok Moi Lee
 
Sistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular JantungSistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantungkakapalapes
 
Nota slide pengurusan strategik
Nota slide pengurusan strategikNota slide pengurusan strategik
Nota slide pengurusan strategikOsman Hj Mohamed
 
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudziTemplet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudziZauhari Hussein
 
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalahSemut Hitam
 
Assignment english oral communication
Assignment english oral communicationAssignment english oral communication
Assignment english oral communicationNoorlies Hj Sukur
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskularkhairul azlan taib
 
Topik 5 genetik
Topik 5   genetikTopik 5   genetik
Topik 5 genetiksmktsj2
 
TEAM BUILDING POWERPOINT
TEAM BUILDING POWERPOINTTEAM BUILDING POWERPOINT
TEAM BUILDING POWERPOINTAndrew Schwartz
 

En vedette (19)

Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanModul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
 
Hbhe31039pk)
Hbhe31039pk)Hbhe31039pk)
Hbhe31039pk)
 
Konsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidupKonsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidup
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
hbhe gaya hidup sihat-Jerebu
hbhe gaya hidup sihat-Jerebuhbhe gaya hidup sihat-Jerebu
hbhe gaya hidup sihat-Jerebu
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Pengurusan stres
Pengurusan stresPengurusan stres
Pengurusan stres
 
Sistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular JantungSistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung
 
Oumh1303 english for oral communication
Oumh1303 english for oral communicationOumh1303 english for oral communication
Oumh1303 english for oral communication
 
Nota slide pengurusan strategik
Nota slide pengurusan strategikNota slide pengurusan strategik
Nota slide pengurusan strategik
 
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudziTemplet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
 
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
 
Assignment english oral communication
Assignment english oral communicationAssignment english oral communication
Assignment english oral communication
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
 
Pengurusan Stres
Pengurusan StresPengurusan Stres
Pengurusan Stres
 
Topik 5 genetik
Topik 5   genetikTopik 5   genetik
Topik 5 genetik
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
TEAM BUILDING POWERPOINT
TEAM BUILDING POWERPOINTTEAM BUILDING POWERPOINT
TEAM BUILDING POWERPOINT
 

Similaire à GAYA HIDUP

Bahan qgk 3013 2
Bahan qgk 3013  2Bahan qgk 3013  2
Bahan qgk 3013 2Iss Che Ma
 
Makalah sehat sakit
Makalah sehat sakitMakalah sehat sakit
Makalah sehat sakitRoni Anasoka
 
Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)Lydia Ungam
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiSeptian Muna Barakati
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiWarnet Raha
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiSeptian Muna Barakati
 
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02Prawiranegara Subarjo
 
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi Kesehatan
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi KesehatanKonsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi Kesehatan
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi KesehatanSariana Csg
 
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptxMateri Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptxyukmakan
 
Kesehatan Jasmani dan Mental
Kesehatan Jasmani dan MentalKesehatan Jasmani dan Mental
Kesehatan Jasmani dan MentalAlfonsus Liguori
 

Similaire à GAYA HIDUP (20)

Konsep sehat
Konsep sehatKonsep sehat
Konsep sehat
 
Konsep manusia
Konsep manusiaKonsep manusia
Konsep manusia
 
Bahan qgk 3013 2
Bahan qgk 3013  2Bahan qgk 3013  2
Bahan qgk 3013 2
 
Makalah sehat sakit
Makalah sehat sakitMakalah sehat sakit
Makalah sehat sakit
 
Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)Health and wellness (mpu3313)
Health and wellness (mpu3313)
 
Total.wellness
Total.wellnessTotal.wellness
Total.wellness
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
PJK2102W
PJK2102WPJK2102W
PJK2102W
 
Makalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anakMakalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anak
 
Makalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anakMakalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anak
 
KEL.7 AGAMA.pptx
KEL.7 AGAMA.pptxKEL.7 AGAMA.pptx
KEL.7 AGAMA.pptx
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
 
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi Kesehatan
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi KesehatanKonsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi Kesehatan
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi Kesehatan
 
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptxMateri Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
 
Kesehatan Jasmani dan Mental
Kesehatan Jasmani dan MentalKesehatan Jasmani dan Mental
Kesehatan Jasmani dan Mental
 
112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 
112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 
112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 

Dernier

PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 

Dernier (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 

GAYA HIDUP

  • 1. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 1 HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT JANUARI 2014 __________________________________________________________________________ NAMA : ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN NO.KAD PENGENALAN : 690107-11-5918 NO.MATRIK : 690107115918001 NO.TELEFON BIMBIT : 019-7737169 ALAMAT E-MEL : zahrahrahman69@gmail.com NAMA TUTOR : EN. AZMAN BIN MOHAMED NOR @ ZAHARI PUSAT PEMBELAJARAN : KUANTAN , PAHANG
  • 2. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 2 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 3 2.0 KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT MENGIKUT BALLARD 4 2.1 Kesejahteraan Intelektual 4 2.2 Kesejahteraan Fizikal 5 2.3 Kesejahteraan Emosi 6 2.4 Kesejahteraan Spritual 7 2.5 Kesejahteraan Sosial 8 2.6 Kesejahteraan Persekitaran 10 3.0 AKIBAT KEPINCANGAN RODA KESEJAHTERAAN 11 4.0 CONTOH AMALAN GAYA HIDUP SIHAT 16 4.1 Mengamalkan Pemakanan Makanan Seimbang 16 4.2 Melakukan aktiviti senaman 17 4.3 Menjaga Kebersihan Diri dan Persekitaran 18 4.4 Berinteraksi dan Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Kemasyarakatan 19 5.0 CADANGAN TAMBAHAN DUA RODA KESEJAHTERAAN 21 5.1 Kesejahteraan Kerjaya 21 5.2 Kesejahteraan Ekonomi 22 6.0 PENUTUP 24 BIBLIOGRAFI 26
  • 3. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 3 1.0 PENGENALAN Definisi gaya hidup sihat ialah satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hiup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjgaan pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau stress, dan yang paling penting adalah menghindarkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko. Gaya hidup sihat juga ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang akan membawa impak positif kepada diri sendiri,keluarga dan masyarakat. Menurut kajian Lyons dan Langille (2011), konsep gaya hidup sihat dikategorikan sebagai satu “kehidupan yang seimbang” dimana seseorang membuat satu pilihan dengan bijak. Walaubagaimanapun, segala pilihan ini dipengaruhi beberapa faktor. Lyons dan Langille juga menerangkan bahawa gaya hidup yang sihat adalah suatu amalan untuk mengurangkan masalah kesihatan, pemulihan, mengurangkan tekanan hidup dan meningkatkan kualiti kehidupan. Secara umum, Kesejahteraan bermaksud seseuatu keadaan yang menjadi lebih baik Bila dirujuk kepada negara, kesejahteraan memberi makna di mana keadaan sesebuah Negara dan rakyatnya hidup dalam keadaan makmur, sihat dan aman damai. Definisi Kesejahteraan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 1998 m.s. :1208 ) ialah keselamatan, kesenangan ( hidup ) kesentosaan dan ketenteraman. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menafsirkan kesejahteraan sebagai “a state of complete physical, mental, and social well-being, and not merely the absence of disease or infirmity” Secara mudahnya ia adalah satu situasi yang menunjukkan impak kesejahteraan bukan sahaja bermaksud ketiadaan penyakit atau wujud sebarang unsur kelemahan tetapi melibatkan keadaan fizikal, mental dan sosial yang sejahtera. Menurut Myers, Sweeney and Wittmer, 2005, p. 252 ). kesejahteraan merupakan cara hidup ke arah mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan diri yang optimum merangkumi fizikal, mental, dan spiritual yang diintegrasikan oleh individu untuk kehidupan yang berkualiti di dalam masyarakat. Bila dirumus, gaya hidup sihat bermakna satu amalan kesihatan yang diamalkan oleh individu samada dari aspek pemakanan, amalan bersenam,menangani stres dan berfikiran positif dalam menjalani kehidupan. Manakala kesejahteraan pula adalah matlamat yang ingin dicapai oleh individu dan juga Negara yang merangkumi aspek fizikal,sosial,emosi dan mental bagi menjamin kehidupan yang gemilang dalam semua bidang.
  • 4. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 4 QGK 3013 2.0 KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT MENGIKUT BALLARD Wellness Wheel (Roda Kesejahteraan) yang diperkenalkan dalam artikel oleh Ballard (2012) memberi satu gambaran visual tentang konsep kesejahteraan yang menunjukkan keperluan gaya hidup yang seimbang. Roda kesejahteraan Ballard (2012) mengandungi enam dimensi kesejahteraan iaitu Intelektual, Fizikal, Emosi, Spritual, Sosial dan Persekitaran. Rajah 1: Roda kesejahteraan Ballard Untuk mencapai dan mengekalkan harmoni serta keseimbangan dalam hidup, kita harus memberi perhatian kepada kesemua enam dimensi kesejahteraan yang diperkenalkan oleh Ballard tersebut. Pengabaian atau penekanan yang terlampau pada mana-mana dimensi kesejahteraan tersebut akan menyebabkan roda kesejahteraan kehidupan seseorang itu menjadi tidak seimbang.Berikut adalah huraian Dimensi Kesejahteraan Hidup yang diperkenalkan oleh Ballard. 2.1 Kesejahteraan Intelektual Kesejahteraan intelektual boleh didefinisikan sebagai situasi di mana individu melibatkan diri dalam aktiviti kreatif seta menggunakan sumber-sumber yang ada untuk meluaskan ilmu pengetahuan, perkembangan aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis. Kesejahteraan intelektual merangkumi kemampuan individu untuk menaakul, memproses dan bertindak balas terhadap maklumat, kemampuan untuk mengenal pasti nilai dan kepercayaan serta kemampuan
  • 5. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 5 membuat keputusan . Kesejahteraan intelektual adalah sangat bergantung kepada sistem otak manusia. Gambar 1: Otak manusia Kesejahteraan intelek adalah berkait rapat dengan keupayaan seseorang untuk belajar dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimum. Seseorang dengan kecergasan intelek umumnya dicirikan sebagai berpengetahuan, berbanding dengan jahil bagi individu yang tidak memiliki kesejahteraan intelek. Individu yang mempunyai tahap kesihatan intelek yang baik kebiasaannya bebas dari penyakit yang menyerang otak dan sistem lain yang berkaitan dengan pembelajaran. Ini menyebabkan seseorang dengan kesihatan intelek yang baik akan meperolehi kecergasan intelek yang membolehkannya mencapai kesejahteraan intelektual dan kejayaan dalam hidup. Individu yang mempunyai kesejahteraan intektual juga akan berupaya membuat keputusan yang terbaik untuk diri,keluarga dan masyarakatnya. 2.2 Kesejahteraan Fizikal Kesejahteraan Fizikal didefinisikan sebagai proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan tahap aktiviti fizikal secara optimum yang memfokuskan kepada pemakanan, penjagaan diri dan gaya hidup sihat. Kesejahteraan fizikal dapat diperolehi melalui amalan pemakanan seimbang dan juga amalan penjagaan kesihatan diri yang menyeluruh. Amalan pemakanan seimbang dan penjagaan kesihatan diri yang optima akan dapat mengelakkan sesorang daripada mendapat penyakit yang berbaitan dengan nutrisi seperti obesiti,kencing manis, darah tinggi,sakit jantung dan sebagainya lagi.
  • 6. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 6 Gambar 2 : Piramid makanan Apabila kesejahteraan fizikal diperolehi, keupayaan seseorang untuk berfungsi dengan berkesan dalam pasaran kerja adalah tinggi dan berkualiti. Seseorang itu juga akan dapat menggunakan masa lapang dengan berkesan seperti bersenam,beriadah dan melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Individu dengan kesejahteraan fizikal secara amnya dicirikan sebagai cergas berbanding dengan individu yang tidak memperolehi kesejahteraan fizikal iaitu tidak cergas. Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) juga turut menyelitkan kesejahteraan fizikal sebagai salah satu unsur dalam kesihatan holistik. Kesejahteraan fizikal melibatkan komponen daya tahan kardiovaskular, otot dan komposisi badan. Individu yang memiliki kesejahteraan fizikal lazimnya bebas daripada penyakit yang menjejaskan sistem fisiologi badan seperti jantung,sistem saraf dan lain-lain lagi. 2.3 Kesejahteraan Emosi . Kesejahteraan emosi ditakrifkan sebagai sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan. Melalui kesejahteraan emosi seseorang akan berupaya untuk menangani kehidupan seharian yang berliku. Individu berkenaan
  • 7. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 7 juga akan dapat mengurus perasaan peribadi secara positif, optimis dan konstruktif. Individu yang mempunyai kesejahteraan emosi hidup dengan penuh kegembiraan dan ceria. Gambar 3 : Kegembiraan dan keceriaan hidup hasil kesejahteraan emosi Sebaliknya, insan yang gagal memiliki kesejahteraan emosi akan sentiasa berasa tertekan atau stress. Sebaliknya seseorang yang mempunyai kesejahteraan emosi mempunyai kestabilan emosi dan bebas daripada penyakit emosi dan mental seperti kemurungan,mental dan sebagainya lagi. Kesejahteraan emosi menjadi jambatan kepada individu untuk mencapai impian dan cita-cita dalam kehidupannya. 2.4 Dimensi Kesejahteraan Rohani / Spritual Kesejahteraan rohani atau spiritual didefinisikan sebagai dimensi yang holistik merangkumi pencarian makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan dengan tuhan dan komuniti spiritual. Di samping itu, kesejahteraan spiritual pula direalisasikan melalui agama, kepercayaan dan amalan ritual. Kesejahteraan ini melibatkan kepercayaan bahawa ada suatu kuasa yang agung yang menjadikan manusia dan alam sekeliling. Komitmen kesejahteraan spiritual individu dapat direalisasikan melalui amalan ritual.
  • 8. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 8 Gambar 4: Individu yang memiliki kesejahteraan rohani patuh pada ajaran agama yang dianuti. Kesejahteraan rohani dapat diukur melalui keupayaan seseorang mewujudkan satu sistem nilai dalam kehidupannya. Sesorang akan bertindak mengikut sistem kepercayaannya serta membina dan melaksanakan matlamat hidup yang dipegang secara bermakna dan konstruktif. Kesejahteraa rohani akan membentuk individu menjadi penganut yang taat kepada ajaran agamanya. Selain itu individu yang memiliki kesejahteraan rohani mempunyai kualiti diri baik, yang sentiasa berfikiran positif dan sentiasa menyumbang kepada masyarakat dan komuniti setempatnya. Seseorang yang mempunyai kesejahteraan rohani umumnya dicirikan sebagai individu yang sentiasa berpuas hati dan bersyukur . Sebaliknya, individu yang gagal memperolehi kesejahteraan rohani adalah seseorang yang sentiasa tidak berpuashati dan sentiasa berkeluh-kesah. 2.5 Kesejahteraan Sosial Kesejahteraan sosial merangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan orang lain, komuniti dan persekitaran. W.A Findlander mendefinisikan “kesejahteraan sosial adalah sistem yang terorganisasi dari usaha-usaha dan lembaga-lembaga soiial yang ditujukan untuk membantu individu, mahupun kelompok dalam mencapai standard hidup dan kesihatan yang memuaskan
  • 9. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 9 serta untuk mencapai relasi perseorangan dan sosial yang dapat memungkinkan mereka mengembangkan kemampuan-kemampuannya secara penuh untuk mempertinggi kesejahteraan mereka selaras dengan kebutuhan-kebutuhan keluarga dan masyarakat”. Kesejahteraan sosial diukur melalui berupayaan seseorang untuk berjaya berinteraksi dengan individu lain. Individu berkenaan biasanya mampu mewujudkan perhubungan yang bermakna dan sentiasa berinteraksi secara baik dengan orang lain bagi meningkatkan kualiti hidupnya. Seseorang dengan kesejahteraan sosial biasanya dicirikan sebagai individu yang mudah bekerjasama, bergaul mesra, berkarisma dan bebas daripada penyakit sosial. Berbanding gemar bersendirian, enggan bergaul dengan ahli komuniti ,mengasingkan diri serta mudah terlibat dengan gejala sosial bagi individu yang tidak wujud kesejahteraan sosial dalam dirinya.Kesejahteraan sosial yang optimum menjadikan individu itu dapat memainkan pelbagai peranan sebagai seorang ahli masyarakat yang baik. Gambar 5 : Individu melibatkan diri dengan komuniti setempat mempunyai kesejahteraan sosial.
  • 10. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 10 2.6 Kesejahteraan Persekitaran Kesejahteraan persekitaran di definisikan sebagai keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan dengan persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti. Kesejahteraan persekitaran juga sinonim dikaitkan dengan kesedaran tentang kestabilan dan pemusnahan dunia atau alam sekitar kesan daripada kegiatan manusia. Kesejahteraan ini akan menggerakkan manusia untuk menyediakan persekitaran yang sihat serta menghargai sumber alam sekeliling (Prentice,1999). Gambar 6 : Bumi perlu dijaga untuk manusia mengekalkan kesejahteraan persekitaran Kesejahteraan persekitaran meliputi persekitaran alam, tempat tinggal dan persekitaran tempat kerja yang bersih, selesa, aman, kondusif dan tidak ada unsur-unsur pencemaran.Kesejahteraan persekitaran akan dapat meningkatkan kualiti kesihatan manusia. Sementara pencemaran persekitaran akan mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Pengaruh persekitaran seperti kejiranan atau lokasi tempat tinggal (seperti isu-su keselamatan dan terdedah kepada toksik yang tidak selamat) turut mempengaruhi tahap kesejahteraan persekitaran kita.
  • 11. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 11 3.0 AKIBAT KEPINCANGAN RODA KESEJAHTERAAN Roda Kesejahteraan Ballard (2012) yang mengandungi enam dimensi tersebut sesungguhnya amat berguna untuk dijadikan panduan dalam mencapai kesejahteraan hidup. Pembahagian yang sama rata terhadap keenam-enam dimensi menunjukkan semua dimensi itu perlu diimbangi dengan baik tanpa rasa prejudis. Sekiranya penumpuan kita dalam menghayati setiap dimensi yang disarankan itu tidak sama banyak , maka roda kesejahteraan itu akan menjadi tidak seimbang dan sukarlah bagi seseorang itu mencapai kesejahteraan hidup. Bagi merealisasikan kesejahteraan intelektual, adalah menjadi tugas ibu bapa pada peringkat awalnya untuk membantu anak-anak mereka melatih sistem otak untuk menjadi pemikir yang kreatif dan kritis dengan amalan pemakanan seimbang semenjak bayi di dalam kandungan lagi. Tanpa kesejahteraan intelektual individu, keluarga, masyarakat dan negara akan menghadapi pelbagai masalah. Individu yang tidak mencapai kesejahteraan intelektual tidak akan mampu berfikir secara positif dan lazimnya gagal membuat keputusan terbaik untuk menguruskan diri sendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka akan mudah terlibat dengan gejala sosial seperti vandalisme,mat rempit,mencuri,penyalahgunaan dadah dan sebagainya lagi. Hal ini akan memberi masalah besar kepada keluarga,masyarakat dan negara khasnya. Perkara ini telah terbukti dengan kewujudan sekolah-sekolah juvana,penubuhan Pusat Pemulihan Dadah (SERENTI) yang makin bertambah penghuninya diseluruh negara dan juga peningkatan bilangan pesalah dipenjarakan. Semua permasalahan ini menjadi kerugian kepada negara dalam aspek ekonomi kerana perlu mengeluarkan bajet yang banyak untuk menyediakan tempat dan perbelanjaan pengurusan. Selain itu, negara juga gagal menggunakan khidmat tenaga dan kepakaran mereka untuk kemajuan dan pembangunan negara. Dalam aspek ini individu-individu berkenaan gagal mencapai kesejahteraan intelektual.
  • 12. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 12 Gambar 7 : Salah satu Pusat SERENTI yang wujud di negara kita Melalui kesejahteraan fizikal, kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang dan penjagaan kesihatan diri yang optima. Sekiranya pemakanan seimbang diabaikan dengan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat seperi makanan ringan dan makanan segera, seseorang akan mudah mengalami obesiti. Mereka yang menghidap obesiti akan berisiko mendapat penyakit berbahaya seperti kencing manis,darah tinggi,barah,penyakit pundi hempedu,penyakit hati dan reumatik yang olehmengancam nyawa mereka( rujuk keratin akhbar Utusan Malaysia, 28 Mei 2004). Sebaliknya mereka yang menghidap Malnutrisi iaitu kekurangan,kelebihan atau ketidak seimbangan satu atau lebih nutrient yang sangat diperlukan ( Saunders et.al,2010) pula akan mempengaruhi proses-proses tubuh badan hingga menyebabkan kerosakan tubuh badan hingga membawa maut. Aktiviti senaman pula banyak menyumbang kepada kesihatan diri dan mental. Individu yang tidak mengamalkan senaman mudah menghidap obesiti dan penyakit kardiovaskular. Tanpa melakukan senaman berkala, otak tidak akan menjadi cerdas dan badan menjadi tidak cergas.Semua gejala ini akan memerlukan seseorang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta. Ini akan merencatkan kedudukan kewangan individu mahupun
  • 13. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 13 pihak kerajaan yang terpaksa meningkatkan kos untuk merawat pesakit yang makin bertambah. Kesemua gejala ini akan menyebabkan roda kesejahteraan hidup menjadi pincang. Kesejahteraan emosi akan membolehkan komuniti dan negara hidup aman damai hasil daripada rasa gembira dan kebahagiaan rakyatnya. Apabila keperluan emosi tidak dipenuhi, akan wujud individu yang sentiasa tertekan hidupnya hingga. Individu ini juga akan menjadi beban kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sebuah keluarga tidak akan hidup bahagia jika ada ahlinya yang berpenyakit mental. Emosi yang tidak stabil juga akan menyebabkan individu gagal berfikiran positif. Tingkah laku pesakit mental akan mengganggu ketenangan hidup masyarakat sekeliling. negara pula terpaksa mencari jalan untuk membantu pesakit mental pulih bagi memastikan keharmonian negara tidak terugat dengan tingkah laku luar jangka individu yang tidak mencapai kesejahteraan emosi contohnya membunuh diri, membunuh orang lain , merosakkan harta benda dan sebagainya. Gambar 8 : Keratan akhbar memaparkan berita akibat tindakan luar jangka pesakit mental Kesejahteraan spiritual sangat berkaitrapat dengan pegangan agama seseoramg. Sekiranya seseorang individu atau masyarakat itu tidak mencapai kesejahteraan spiritual, akan wujudlah masyarakat yang enggan mematuhi peraturan dan undang-undang. Ini adalah kerana setiap ajaran
  • 14. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 14 agama amat menitikberatkan akan kepatuhan kepada agama dan sekaligus kepatuhan kepada undang-undang. Seiring itu, berlakulah pelbagai permasalahan seperti tidak patuh kepada ketua, pentadbir atau organisasi. Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri akan menguasai individu berkenaan dan mereka tidak memberi apa-apa sumbangan yang bermanfaat kepada bangsa dan negara. Sudah pastilah keharmonian negara juga tergugat. Pihak yang berwajib pula terpaksa menambah kekuatan tenaga dan kos untuk memainkan peranan bagi memastikan keamanan negara terjamin. Gambar 9 : Tiada kesejahteraan spiritual menjadi punca indidu melakukan jenayah Kesejahteraan sosial akan memberi impak positif kepada negara. Jika sebaliknya, maka sikap saling bekerjasama,hormat-menghormati dan bersatu padu dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ini gagal direalisasikan. Individuyang sering memencilkan diri dan enggan mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan biasanya cenderung melakukan aktiviti yang menimbulkan kemarahan komunitinya. Kelompok yang tidak menca[ai kesejahteraan sosial ini biasanya berfikiran negatif terhadap segala usaha kerajaan dalam menangani sesuatu isu yang memudaratkan masyarakat. Umpamanya gejala pergaulan sosial yang tiada batas, seks bebas,
  • 15. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 15 penagihan dadah atau bahan terlarang yang semakin berleluasa dan menjadi masalah bagi negara adalah disebabkan oleh kelompok yang tidak mecapai kesejahteraan sosial. Gambar 10.: Persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai penyakit Apabila kesejahteraan persekitaran tidak dapat dipenuhi seperti berlakunya pencemaran udara,bunyi dan air maka rakyat akan mengalami masalah kesihatan,emosi dan juga fizikal. Gangguan-gangguan ini akan menyebabkan golongan pekerja gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebilangan besar rakyat pula kan mengalami masalah kesihatan dan kemurungan. Sebahagian besar warga gagal menjadi penyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara kerana gangguan tersebut. Merujuki isu terkini berkaitan masalah bekalan air bersih di negeri Selangor yang wujud semenjak Januari 2014 menyebabkan aktiviti ekonomi negeri tersebut mengalami penyusutan dan sebilangan daripada rakyatnya mengalami konflik dan stres. Begitu juga dengan kawasan penempatan yang tidak terjamin keselamatannya ataupun menjadi tempat lambakan sisa toksik menyebabkan komuniti di tempat berkenaan gagal mencapai kesejahteraan persekitaran. Impaknya, mereka kan berpindah- randah mencari persekitaran baharu yang lebih selesa dan menepati citarasa mereka. Lebih malang lagi sekiranya mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dan menjadi aset negara mengambil keputusan untuk berpindah ke luar negara akibat daripada keadaan persekitaran yang tidak mereka gemari.
  • 16. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 16 Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab semua warga Malaysia untuk bersama-sama brganding bahu menuju satu matlamat mencapai kesejahteraan hidup dengan memperolehi semua enam komponen Roda Kesejahteraan Ballard ( 2012 ) 4.0 CONTOH AMALAN GAYA HIDUP SIHAT Pembentukan amalan gaya hidup sihat tidaklah sesukar yang dibayangkan oleh sesetengah orang. Ada individu menyangkakan bahawa menjalankan gaya hidup sihat adalah sesuatu yang abstrak dan hanya layak diamalkan oleh golongan atasan yang berpendapatan tinggi dan bagi mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang tertentu sahaja misalnya seorang pendidik, pengarah syarikat,doktor dan seumpamanya. Realitinya semua orang berupaya membentuk gaya hidup sihat yang tersendiri dengan mengamalkan beberapa aspek iaitu mempunyai konsep kendiri positif, bertanggungjawab terhadap sikap, keputusan dan tingkahlaku sendiri dan berpendirian teguh. Amalan gaya hidup yang sihat sangat penting bagi menjamin kesejahteraan diri dari aspek kesihatan,mental,emosi, sosial dan rohani. Justeru itu, setiap individu sepatutnya mengamalkan gaya hidup sihat yang praktikal dan bersesuaian dengan tahap umur. Berikut ialah beberapa amalan gaya hidup sihat sebagai panduan bersama. 4.1 Mengamalkan Pemakanan Makanan Simbang Gaya pemakanan adalah salah satu penentu kepada kesihatan kita. Jika menurut Roda kesehteraan Ballard, gaya pemakanan berada dalam komponen kesejahteraan fizikal. Melalui pemakanan manusia mendapat sumber tenaga , tumbesaran dan hidup sihat. Gaya pemakanan menurut amalan pemakanan makanan seimbang akan mendisiplinkan diri seseorang serta menjauhkan diri daripada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung yang menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Manusia hari ini gemar mengambil makanan yang bersifat mudah seperti memakan makanan ringan ataupun makanan segera. Mereka seakan lupa akan kesan buruk yang diperolehi apabila mengamalkan cara pemakanan tersebut . Setiap warga sewajarnya menjauhi amalan buruk seperti merokok , menyalahgunakan dadah atau meminum arak.
  • 17. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 17 Gambar 11: Makanlah untuk kesihatan diri yang optima Melalui amalan pemakanan seimbang setiap individu akan kekal sihat. Ini akan memberi peluang kepada individu berkenaan menikmati hidup dengan penuh kebahagiaan dan keceriaan kerana semua nutrient yang diperlukan oleh badan diperolehi menerusi pemakanan seimbang. Kebahagian itu wujud kerana tidak ada masalah kesihatan tubuh badan yang menggangu kehidupan. Dengan itu seseorang dapat mengembangkan potensi diri ke tahap yang maksima . 4.2 Melakukan aktiviti Senaman Berkala Amalan melakukan aktiviti senaman yang tetap dan berterusan akan mempertingkatkan sistem fisiolgi tubuh badan kita. Selain itu, ia dapat meningkatkan kadar sistem keupayaan respiratori yang turut meningkatkan bekalan oksigen kepaada sel-sel dalam badan. Ini akan membolehkan sel-sel tersebut bekerja dengan lebih efisien. Disamping itu, kadar tahap kekuatan otot, tenaga,kecergasan,ketangkasan dan koordinasi badan akan bertambah apabila berlaku perubahan fisiologi pada tubuh badan .
  • 18. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 18 Gambar 12: Bersenam dan bersukan menyihatkan badan Tambahan pula, aktiviti senaman mampu menjadikan system peredaran darah manusia lebih baik serta dapat meningkatkan sistem imunisasi . Secara tidak langsung, aktiviti senaman mampu menjadikan kehidupan seseorang lebih sihat , ceria dan cerdas berbanding individu yang sedentri.. Antara contoh aktiviti senaman yang dapat dilakukan ialah bersukan,berekreasi,berjalan seribu langkah sehari, atau berjoging secara bersendirian ataupun bersama keluarga dan rakan di hujung minggu. 4.3 Menjaga Kebersihan Diri dan Persekitaran Setiap individu berperanan untuk mengutamakan kebersihan diri sepanjang masa supaya terhidar daripada sebarang penyakit.Penjagaan asas kebersihan diri seperti mengosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur berkualiti dan rehat yang mencukupi amat perlu dijadikan amalan hidup seharian. Amalan menjaga kebersihan seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, menutup makanan , memilih tempat makan yang bersih harus diutamakan agar tidak mendapat penyakit.
  • 19. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 19 Gambar 13: Aspek penjagaan kebersihan diri perlu dijadikan amalan Selain daripada itu, sebagai ahli komuniti, kita hendaklah berganding bahu menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan penyakit berjangkit seperti denggi yang di bawa oleh nyamuk aedes. Aktiviti gotong- royong membersihkan kawasan tempat tinggal akan dapat mengelakkan nyamuk daripada membiak dan juga dapat menghapuskan agen-agen pembawa penyakit seperti lalat,tikus dan lipas. Dengan itu, semua ahli masyarakat akan dapat hidup sihat tanpa penyakit. Semua ini akan memberikan kesejahteraan fizikal, kesejahteraan sosial dan juga kesejahteraan emosi kepada ahli masyarakat yang menyumbang keringat. 4.4 Berinteraksi dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan Gaya hidup sihat seseorang secara keseluruhannya melibatkan aspek psikologi , sosial dan emosi . Individu yang sentiasa berinteraksi dengan ahli komunitinya akan lebih bersikap terbuka dan sentiasa bersedia berkongsi masalah dengan orang lain. Ini akan menjadi kehidupan seseorang itu lebih bermakna berbanding dengan individu yang gemar bersendirian atau menyimpan masalah hingga menyiksa jiwa raga dan akhirnya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan nilai kemasyarakatan seperti bergaduh,bermasam muka dan lebih serius lagi membawa kepada pembunuhan dek rasa dendam. Sikap gemar berkawan dan menjalin hubungan baik dengan ahli masyarakat yang lain akan membawa kepada keceriaan dan kegembiraan dalam hidup. Ini membolehkan seseorang mencapai kesejahteraan emosi dan kesejahteraan sosial. Seiring itu, setiap individu perlu mempunyai sikap dan mentaliti yang positif bagi menangani tekanan kehidupan dalam dunia moden ini. Seorang pakar sakit jiwa bernama Maxwell Malts menyatakan bahawa abad ini adalah abad stres ( tekanan hidup). Dalam gaya hidup yang sihat , mengawal konflik dan stress adalah amat penting kerana ia boleh mengangu kesihatan,tumpuan
  • 20. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 20 terhadap pekerjaan, pembelajaran dan rutin harian. Dapatkan bantuan daripada pakar motivasi, kaunselor, ahli keluarga dan rakan taulan jika buntu dalam menghadapi tekanan hidup. Semakin positif minda seseorang, maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya, Gambar 14 : Hindari stres kerana ia boleh membawa pelbagai impikasi buruk 5.0 DUA CADANGAN TAMBAHAN RODA KESEJAHTERAAN Selain daripada enam komponen yang terdapat dalam Roda Kesejahteraan Ballard , di dapati dua lagi komponen perlu dimasuk senarai sebagai pelengkap dan panduan untuk mencapai kesjahteraan hidup yang sebenar-benarnya. Dua komponen tersebut ialah Kesejahteraan Ekonomi dan Kesejahteraan Kerjaya. Di bawah ini ialah ilustrasi roda kesejahteraan rekaan penulis.
  • 21. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 21 Rajah 2: Roda kesejahteraan Rekaan Penulis 5.1 Kesejahteraan Kerjaya Kesejahteraan kerjaya ditakrifkan sebagai tahap seseorang individu itu dapat mempersembahkan nilai yang ada dalam dirinya dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti yang diceburi. Ianya meliputi pengembangan dan pengaplikasian kemahiran, bakat, anugerah dan pengetahun untuk meningkatkan pencapaian kerjaya dan taraf hidupnya. Kesejahteraan kerjaya akan membina sikap positif terhadap bidang pekerjaan yang diceburi, berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan produktiviti serta mencapai kepuasan dalam aktiviti pekerjaan. Kesejahteraan kerjaya merangkumi kebolehan individu dalam menyeimbangkan pelbagai peranan dalam kerjaya yang diceburi dan juga bagaimana seseorang itu mengggunakan kemahirannya untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan negara . sosial emosi intelektual kerjayaekonomi spritual fizikal persekitaran
  • 22. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 22 Gambar 15: Sikap positif terhadap kerjaya memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan negara. Kesejahteraan Kerjaya dapat dinilai melalui penghasilan produktiviti yang berkualiti dan berterusan, kemampuan menyempurnakan tugasan yang diberi,rasa kebertanggungjawab yang tinggi terhadap pekerjaan dan yang paling penting ialah kegembiraan dan keseronokkan ketika menjalankan tugas. Bagi mencapai semua itu, majikan perlulah menyediakan persekitaran kerja yang selesa dan kondusif sebagai kemudahan kepada kaki tangannya. Majikan perlu memenangi hati kakitangannya bagi memastikan kesejahteraan kerjaya dapat dicapai. Bagi individu yang berkerjaya sendiri, mereka boleh membuat perancangan dan pengurusan kerjayanya mengikut selera sendiri asalkan dapat memberi kepuasan hati dan produktiviti yang mencapai sasaran. 5.2 Kesejahteraan Ekonomi / Kewangan Definisi Kesejahteraan ekonomi atau jaminan kewangan ialah keadaan di mana seseorang itu mempunyai perancangan kewangan yang teliti melalui simpanan atau pelaburan sebagai bekalan untuk menghadapi masa persaraan nanti. Kesejahteraan kewangan pada asalnya difahami sebagai suatu kegembiraan atau kepuasan terhadap situasi kewangan (Porter & Garman, 1993; Kim et al., 2003). Kesejahteraan kewangan juga dirujuk sebagai hasil daripada tingkahlaku-tingkahlaku kewangan (Kim et al. 2004). Kajian lepas menunjukkan bahawa tingkahlaku kewangan dan
  • 23. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 23 amalan kewangan mempunyai hubungan dengan kesejahteraan kewangan (Joo & Garman, 1998; Kim et al., 2004; Porter & Garman, 1993; Scannel 1990; Zaimah, 2010, Zaimah, 2011). Kesejahteraan kewangan adalah indicator. penting kepada kesejahteraan hidup. Hal ini penting kerana kesejahteraan kewangan seseorang individu mempunyai hubungan dengan produktiviti kerja. Malahan masyarakat umum juga mengetahui bahawa stres (Azizi et al., 2010), kesukaran dan tekanan kewangan yang dihadapi seseorang individu akan menyumbang kepada kesejahteraan kewangan yang rendah dan sebaliknya Kesejahteraan ekonomi akan menyumbang kepada taraf dan kualiti hidup individu dan juga negara. Golongan yang kukuh dan mantap kesejahteraan ekonominya adalah mereka yang mempunyai pendapatan tinggi dan begitulah sebaliknya, Kesejahteraan ekonomi juga adalah berkait rapat dengan duit. Setiap perkara yang ingin diperolhi di era globalisasi ini amat memerlukan wang. Wang berguna untuk keperluan fizikal, emosi, psikologi dan sebagainya. Wang diperolehi daripada sumber pendapatan. Kesejahteraan ekonomi/kewangan amat penting dalam menentukan taraf hidup manusia. Kekukuhan kesejahteraan ekonomi akan menjadikan individu mendapat taraf yang tinggi di mata masyarakat. Mereka yang mempunyai ekonomi yang mantap juga akan dapat meningkakan taraf pendidikan mereka kerana berkemampuan. Gambar 16 : Duit bukanlah segala-galanya dalam hidup tetapi segala-galanya memerlukan duit
  • 24. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 24 6.0 PENUTUP Sebenarnya semua orang boleh membentuk gaya hidup yang sihat dengan berpegang kepada beberapa aspek iaitu mempunyai konsep kendiri yang positif,bertanggungjawab terhadap sikap sendiri , keputusan dan tingkah laku diri sendiri serta mempunyai pegangan yang teguh. Gaya hidup yang sihat adalah penting bagi menjamin kesejahteraan kita daripada aspek kesihatan mental-emosi, sosial dan rohani. Oleh itu, kita harus berusaha keras untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, pratikal dan sesuai dengan tahap umur kita demi mencapai kesejahteraan hidup. Roda kesejahteraan Ballard ((2012) yang mengandungi enam komponen kesejahteraan boleh dijadikan panduan atau rujukan untuk mencapai kesejahteraan hidup. Bagaimanapun,individu boleh merekacipta sendiri roda kesejahteraan hidupnya berpandukan pengalaman, pemerhatian dan pemahamannya dalam mengamalkan cara hidup sihat. Perlu disedari bahawa setiap individu bertanggungjawab untuk memastikan diri sendiri dan masyarakat berjaya mencapai kesejahteraan hidup. Ianya penting bagi menjamin negara kita mampu bergerak seiring negara maju dalam mencipta kegemilangan di seantero dunia.
  • 25. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 25 RUJUKAN Alias Baba (1992). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Aris Fazil Haji Ujang, Borhan Yusof, && Abd Halim Md. Salleh. (2003). Pendidikan jasmani dan kesihatan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azhar Harun & Nawi Abdullah (2004). Metodologi penyelidikan ekonomi dan sains sosial. Singapura: Thomson Learning. Donatelle (2001). Health: the basics. 4th ed. Boston: Allyn & Bacon. Hermon, D. A. & Hazler, R. J. (1999). Adherence to a wellness model and perceptions of psychological well-being. Journal Of Counseling And Development, 77, 339-343. Jas Laile Suzana Jaafar (2002). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Kesihatan Malaysia (2005). Manual mesej utama dansokongan: kempen cara hidup sihat setting tempat kerja. KualaLumpur: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Nor Ezdianie Omar, (2007). Kesejahteraan psikologi dan kesejateraan spiritual dalam kalangan pelajar IPTS di negeri Kelantan. Serdang: Thesis sarjana yang tidak diterbitkan. Shamsudin Mohd. Sharif, Sharizad Yusof, & Mohd Sofian Omar Fauzee. (2002). Pendidikan jasmani dan kesihatan, Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wee Eng Hoe. (2005). Siri pendidikan perguruan: Pendidikan jasmani & pendidikan kesihatan.Selangor: Karisma Publications.
  • 26. Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 26 RUJUKAN INTERNET http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan-gaya-hidup-sihat.html http://www.bradley.edu/eddey/cwc/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan_pengguna:Ezza3006 https://uk.groups.yahoo.com/group http://www.nwmissouri.edu/wellness/PDF/shift/BalancingYourWellness.pdf http://www.thebanksidehealthclub.co.uk/healthy-lifestyle.aspx http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_1D3.pdf http://wpc.upsi.edu.my/index.php/mengenaikami/komponen kesejahteraan