1. PEMBESTARIAN DALAM P&P PENDIDIKAN JASMANI
Sekolah Bestari
1. Perubahaan sistematik daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
2. Membolehkan pelajar menangani cabaran era teknologi maklumat yang akan datang
3. Merupakan aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) bertujuan bagi menyediakan
tenaga kerja berilmu untuk industri teknologi tinggi.
Definisi Sekolah Bestari
Pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar minda dan memberi ruang kepada
pelajar berfikiran kritis dan kreatif.
Akan melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidangnya, memegang teguh
serta melaksanakan nilai-nilai murni dan akan sentiasa menyumbangkan idea ke arah
masyarakat Malaysia.
Konsep Sekolah Bestari
Mengikut acuan tersendiri, konsep amalan pembelajaran bestari dan konsep gaya pemikiran
pelajar.
Istilah sekolah bestari telah diubah suai mengikut keadaan tempatan, keperluan pendidikan
serta keperluan teknologi dan kurikulum.
Objektif Pelaksanaan Sekolah Bestari
1. Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2. Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat
Konsep dan Matlamat Pengajaran Pembelajaran Bestari
Menyediakan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi
menghadapi zaman maklumat.
Sekolah Bestari lebih memberi tumpuan kepada maklumat, daya fikir, kreativiti, penyayang
dan literasi teknologi
Gaya Pembelajaran Sekolah Tradisional
Hafala
n
Berdasar Pengetahu
kan guru an
Sekolah
Tradisio
nal
2. Sekolah Bestari
Maklumat
BERDASARKAN Daya fikir
PELAJAR Kreativiti
Literasi
Penyayang Teknologi
Ciri-ciri Sekolah Bestari
(i) Dihubungkan dengan jaringan kawasan tempatan (LAN)
-perkongsian maklumat
- menggalakan kerjasama antara pelajar dan guru
-meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
(ii) Dihubung melalui jaringan kawasan luas (WAN)
-sumber-sumber melalui ‘on line’
-guru-guru dan pelajar mendapat maklumat dari rumah.
(iii) Disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai
perisian aplikasi.
(iv) Guru berperanan sebagai faslitator yang bertanggungjawab menyediakan situasi yang
menggalakan pembelajaran terarah kendiri secara berdikari.
(v) Pentadbir berfungsi sebagai pengurus berkesan.
ELEMEN-ELEMEN DALAM PEMBELAJARAN BESTARI
1. Ciri-ciri pelajar
2. Pendekatan pelajaran
3. Strategi pembelajaran
4. Integrasi kemahiran generik
3. Ciri-ciri Pelajar
Pelajar boleh dicirikan kepada tiga kategori:
1. Gaya pembelajaran
2. Pelbagai kecergasan
3. Kecergasan emosi.
Gaya Pembelajaran
“Dunn dan Dunn” telah mengkategori gaya pembelajaran berbeza di kalangan pelajar
kepada 5 stimulus iaitu:
(i) Alam sekitar
(ii) Emosi
(iii) Sosiologi
(iv) Fizikal
(v) Psikologi
Gaya pembelajaran VAK
Pembelajaran pelajar terbahagi kepada kepada tiga iaitu:
(i) Visual
(ii) Audiotori
(iii) Kinestatik
Langkah Gaya Pembelajaran Pelajar
(i) Memerhati, mengenal pasti dan menganalisis gaya pembelajaran pelajar
(ii) Merancang pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan gaya pembelajaran pelajar.
(iii) Melaksanakan aktiviti serta alat bantu mengajar berasaskan gaya pembelajaran pelajar.
(iv) Menguruskan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan keluasan aktiviti, pelbagai BBM,
melibatkan stimulus (alam sekitar, emosi, sosiologi, fizikal, psikologi).
(b) Kecerdasan Pelbagai
Cara berfikir, bertindak dan belajar mungkin tidak sama.
Perbezaan jenis kecerdasan akan mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar.
4. (c) Kompetensi Kecerdasan Emosi (EIC)
(i) Kompetensi Peribadi
i. kesedaran kendiri
ii. pengurusan kendiri
iii. motivasi kendiri
(ii) Kompetensi Sosial
i. kesedaran sosial
ii. kemahiran sosial
Guru perlu menganalisis, memerhati dan membuat pengkelasan kompentensi pelajar
sebelum merancang aktiviti untuk merangsang pelajar
Pendekatan Pembelajaran
4 kategori iaitu:
1. Berpusatkan Pelajar
2. Pembelajaran bersifat individu
3. Pembelajaran berdaya fikir
4. Pembelajaran berbantukan komputer
(a) Berpusatkan Pelajar
(i) Ambil bahagian secara aktif dalam p&p.
(ii) Interaksi antara pelajar tanpa batas sempadan.
(iii) Digalakkan berinteraksi dengan guru.
(iv) Berinteraksi dan menggunakan sumber yang disediakan oleh guru dengan kadar
optimum.
(v) Bebas mengemukakan hujah atau pandangan dengan bukti konkrit dan saintifik.
Langkah melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar:
(i) Memberi fokus kepada tugasan pelajar yang bersesuaian dengan pembelajaran berpusatkan
pelajar.
(ii) Membentuk dan mengajukan soalan bersifat terbuka.
(ii) Sabar memberi masa kepada pelajar mengemukan respon.
(iii) Menglibatan pelajar berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
5. (v) Menggalakkan dan memberi peluang seluas-luasnya kepada pelajar untuk berinteraksi secara
individu, kelas atau kumpulan.
(vi) Menyediakan prosedur pemantauan dan penilaian aktiviti pelajar.
(vii) Merancang dan membuat penilaian secara kolaboratif.
(viii) Membenarkan pelajar membuat penilaian rakan sebaya.
(b) Pembelajaran Bersifat Individu
Empat tunjang pembelajaran bersifat individu ialah:
1. Pembelajaran Masteri
2. Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)
3. Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK)
4. Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
i) Pembelajaran Masteri
Tajuk pembelajaran dipecah-pecahkan kepada beberapa sub tajuk mengikut pemeringkatan
pembelajaran.
Setelah menguasai sesuatu sub tajuk pelajar akan berpindah ke sub tajuk seterusnya yang
lebih sesuai.
ii) Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)
Pelajar diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran
mereka melalui modul pembelajaran yang dibuat berperingkat.
Setelah menguasai sesuatu modul tertentu pelajar akan terus ke tahap yang
lebih tinggi atau topik lain.
iii) Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK)
Digerakkan oleh motivasi daripada dalam diri pelajar.
Objektif utama pembelajaran terarah kendiri ialah mempertingkatkan dan
menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat.
(iii) Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
Berlaku tanpa pengawalan secara langsung daripada guru.
Pelajar disediakan bahan resos yang sesuai dengan topik dan hasil
pembelajaran tertentu.
Bahan pembelajaran akan ditempatkan di dalam bilik akses kendiri.
Pelajar akan mengakses maklumat yang terdapat dalam bilik tersebut
(c) Pembelajaran Berdaya Fikir
1. Memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir dan naluri ingin tahu dikalangan pelajar.
2. Berusaha mewujudkan iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif
pada tahap yang kompleks.
6. Guru perlu:
(i) Memberi fokus kepada tugasan pelajar yang memerlukan pelajar berfikir
(ii) Mengemukakan soalan terbuka
(iii) Mengemukakan soalan lanjutan yang mencabar minda.
(iv) Mengambil masa menunggu respon pelajar
(v) Sentiasa menerima apa sahaja respon pelajar
(vi) Mengalakkan interaksi dalam kelas
(vii) Elakkan memberi pandangan
(viii) Elakkan mengulangi respon pelajar
(ix) Minta pelajar membuat refleksi
(d) Pembelajaran Berbantukan Teknologi
(i) Komputer
(ii) Internet
(iii) E-mel
(iv) Telesidang
(v) Atas talian (on-line)
(vi) Perbualan (chat)
Aktiviti pelajar :
(i) Mengakses maklumat
(ii) Mencari maklumat
(iii) Meneroka maklumat
(iv) Menerima maklumat
(v) Mengumpul maklumat
(vi) Memproses maklumat
(vii) Menggunakan maklumat
9 Strategi Pembelajaran
1. Direktif (Terarah)
7. 2. Koperatif
3. Kolaboratif
4. Generatif
5. Mediatif
6. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
7. Konteks Luar Bilik Darjah
8. Pembelajaran Kontekstual
9. Metakogntif