Dokumen tersebut membahas tentang kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. Kurikulum ini dirancang untuk mengembangkan kreativitas, ekspresi diri, dan penghargaan terhadap seni melalui empat bidang utama: menggambar, membuat corak dan desain, membentuk dan membangun model, serta mempelajari kerajinan tradisional.
2. PENDAHULUAN
• Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni
yang terdahulu.
• Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan
seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada
seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain
seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri.
• Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada
murid memupuk minat, memperkembang
keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-
nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain.
3. • Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah
kreatif, ekspresif dan aktif.
• Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang
sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya
pemikiran.
• Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam
pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka
menyatakan idea dan ekspresi diri.
• Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina
keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya
sendiri.
4. • Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi
pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan
antara mata pelajaran lain.
• Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan
aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK).
• Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman
pembelajaran dan hasil kerja sendiri.
• Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis
dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
5. • Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang
visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel.
• Sifat ini amat penting untuk membantu murid
berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi
pancaindera secara seimbang.
• Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan
bermakna.
6. MATLAMAT
• Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah
rendah adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan
asas seni visual.
• Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan
diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
8. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
menyeronokkan
menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
9. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab
mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah
10. ORGANISASI KURIKULUM
• Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan
seni.
• Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama.
Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat
corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan
mengenal kraf tradisional.
• Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan
menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas
bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
11. • Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat
kesediaan dan penerimaan murid dari segi
sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi
perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.
• Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan
dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid
ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang
digunakan dalam sebarang kegiatan seni.
• Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber
motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan
prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan
hasil seni, menyimpan maklumat atau
dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi
komputer dalam kerja seni visual.
12. • Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah
kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi
disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan
kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat
pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan
dan perkakasan.
• Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang
dipentingkan, iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
13. Pemerhatian Secara Aktif
• Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran
pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat
menajamkan persepsi murid.
• Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga
melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.
Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan
imaginasi.
• Pemahaman tentang asas seni visual juga turut
diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.
14. • Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek
alam dan objek buatan manusia.
• Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara
konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan
ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi
dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan
pemikiran abstrak.
15. Interaksi yang Kritis dan Kreatif dengan Alat dan Bahan
• Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan
percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan
menggunakan alat dan bahan.
• Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan
kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat
dan bahan serta teknik-teknik mudah.
• Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat
interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek
yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia
memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung.
Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh
lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.
16. Apresiasi Seni Visual Secara Mudah
• Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid
mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya
dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan
fungsi.
• Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa
yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.
• Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai
cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi.
17. Menghargai Nilai Baik dalam Semua Aspek
Kehidupan
• Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara
mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai
segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan
mereka.
• Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai
patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.
• Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.
18. KANDUNGAN
• Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional
• Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu
pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif
dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai
nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.
19. Menggambar
• Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran
serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat
gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek
ruang, struktur, imbangan dan komposisi.
• Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:
1. Lukisan
2. Catan
3. Kolaj
4. Montaj
5. Cetakan
6. Resis
7. Gosokan
8. Stensilan
9. Percikan
10. Gurisan
11. Capan
12. Mozek
13. poster
20. • Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti
dan ekspresi diri.
• Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni
serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya.
Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai
kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.
• Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi
fokus kegiatan menggambar.
21. • Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual
murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti
warna, garisan, susunan dan kesannya.
• Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat
dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.
• Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran.
• Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
22. Membuat Corak dan Rekaan
• Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid
memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.
• Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada
mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti
binaan, kraf dan sebagainya.
• Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.
23. • Antaranya melalui kegiatan seperti:
2.1 Corak tidak terancang secara:
2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.4 Ikatan dan celupan
2.1.5 Renjisan dan percikan
2.2 Corak terancang secara:
2.2.1 Lukisan
2.2.2 Catan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan
2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi
24. • Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji
pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.
• Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan
olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu.
• Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan
corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak
tradisional dengan teknik tertentu.
• Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
25. Membentuk dan Membuat Binaan
• Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid
terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan
dan kestabilan.
• Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan
lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu
model.
• Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga
mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat
dan teknik penghasilan.
• Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif
dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan
seni.
26. • Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga
dimensi merangkumi aktiviti seperti:
3.1 Arca timbul
3.2 Asemblaj
3.3 Mobail
3.4 Stabail
3.5 Model
3.6 Diorama
3.7 Boneka
3.8 Topeng
3.9 Origami
27. • Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi
peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek
sebenar.
• Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea
dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.
• Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
28. Mengenal Kraf Tradisional
• Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang
melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh
masyarakat yang diwarisi turun-temurun.
• Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
4.1 Alat domestik
4.2 Alat permainan
4.3 Alat pertahanan diri
4.4 Perhiasan diri (ornamen)
4.5 Batik
4.6 Tekat
4.7 Ukiran
4.8 Tenunan
4.9 Anyaman
4.10 Tembikar
29. • Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa
jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf
tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik
membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.
• Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses
pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang
kraf yang dinyatakan.
• Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.