3. Ketika aku semakin dimamah usia, banyakkanlah bersabar
dan cubalah fahami diriku…
4. Andainya aku tidak mampu lagi memakai pakaianku sendiri…
bersabarlah. Sesungguhnya aku pernah mengajarimu
perkara yang sama tanpa rasa jemu.
5. Andainya ketika aku bercakap
denganmu, aku mengulangi
benda yang sama beberapa
kali… jangan hentikanku… tapi
cubalah dengari aku.
Kerana suatu masa dahulu, aku
senantiasa mendengar
tangisanmu…
6. Ketika aku tidak mahu mandi, jangan malukan aku atau
menjerit terhadapku…
Kerana suatu masa dahulu, aku pernah beberapa kali
memujukmu supaya kau membersihkan dirimu…
7. Apabila kau melihat betapa aku
tidak mengetahui tentang
komputer… berilah aku masa
yang secukupnya untuk
memahami dan jangan sesekali
melihatku dengan pandangan
sinis…
8. Kerana aku pernah membuat kau faham tentang banyak
perkara… memakan makanan yang baik, memakai pakaian
dengan kemas… menghadapi hidup…
9. Saat aku terlupa tentang sesuatu perkara yang kau cuba
bualkan… berilah sedikit ruang untuk aku mengingatinya…
dan jika aku tidak mampu, janganlah meradang… kerana
perkara yang paling penting bukanlah percakapanku tetapi
tentunya untuk bersama kamu…
10. Jika aku tidak mahu makan, jangan paksa. Sesungguhnya
aku tahu bila aku merasa lapar.
12. …tetapi pimpinlah aku… sebagaimana yang telah aku buat
ketika kau baru mula belajar berjalan.
13. Dan apabila aku mengatakan padamu yang aku tidak mahu
hidup lagi… jangalah marah… kerana suatu hari nanti kau
akan faham…
14. Bahawa usiaku pada saat ini bukanlah masa untuk menikmati
hidup, tetapi bersedia untuk menemuiNya.
15. Suatu hari nanti kau akan faham bahawa walau banyak
manapun kesilapanku, aku senantiasa mahukan yang terbaik
buatmu..
16. Janganlah kau sedih, marah atau benci apabila bersamaku.
Bahkan kau perlu senantiasa di sisiku, dan memahamiku
sebagaimana aku telah memahamimu semasa kau kecil..
17. Bantulah aku berjalan… dan bantulah aku untuk mengakhiri
perjalananku dengan kasih dan kesabaranmu. Aku pasti akan
membayar masa yang kau habiskan untukku dengan
senyuman tulus yang sentiasa ada buatmu.