P a g e | 1
KOLEJ UNITI,
Kompleks UNITI,
Pasir Panjang Port Dickson,
71250 Negeri Sembilan.
KEPADA SEMUA PELAJAR
DARIPADA EN. HAILMIE BIN MD JIM
KETUA UNIT PEMBANGUNAN DAN ASRAMA
SALINAN
KEPADA
EN.HAMDAN BIN IKRAM
COO, KOLEJ UNITI
EN. AHMAD TURMIZI BIN MOHD KHALIL
PENGARAH HEP, KOLEJ UNITI
PERKARA PENGOSONGAN ASRAMA DAN PENYERAHAN KUNCI ASRAMA
TARIKH 5 JULAI 2019
وبركاته هللا ورحمة عليكم السالم
Perkara di atas di rujuk,
Dengan ini, para pelajar Intake Mac yang sedang menduduki
peperiksaan akhir semester diminta untuk mengosongkan unit asrama
masing–masing dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
asrama. Kedudukan rumah pelajar akan distrukturkan semula dan pelajar
akan mengetahui rumah baru semasa pendaftaran akan datang.
Pelajar dibenarkan pulang lewat seminggu bermula 12 Julai 2019
(jumaat) sehingga 19 Julai 2019 (jumaat) bagi proses membawa balik
barang dan juga proses simpanan barang di stor yang disediakan.
Sekiranya terdapat masalah atau pertanyaan boleh merujuk di Pejabat
Asrama Kolej Uniti.
TINDAKAN MAKLUMAN KOMEN BALAS SEGERA
P a g e | 2
Antara rumah pelajar yang terlibat dengan pengosongan asrama
tersebut adalah seperti berikut :
BLOK C:
CG-10, CG-11, CG-13, C2-01, C2-02, C2-09, C2-11, C2-
13, C2-15, C3-01, C3-03, C3-05, C3-07, C3-08, C3-09,
C3-12, C3-14, C3-15, C3-16, C4-06, C4-11 DAN C4-16.
Arahan daripada pihak pengurusan asrama adalah :
1. Kunci hendaklah diserahkan di pejabat Asrama UV atau di Pos
Pengawal Keselamatan (depan pejabat admin). Pastikan pelajar
menandatangani borang Keluar Asrama yang ada disediakan. Jika
gagal berbuat demikian, denda dikenakan sebanyak RM5.00 seorang.
2. Pelajar bertanggungjawab menjaga segala perabot asrama ( katil, tilam,
almari, meja, kerusi, kipas, langsir dll ) di dalam keadaan kemas dan
baik serta mencukupi. Sekiranya kerosakan atau hilang yang sengaja
dilakukan, pihak kolej UNITI akan mengenakan denda mengikut nilai
harta kerosakan tersebut dan akan di caj pada yuran semester
berikutnya.
3. Pelajar diarahkan supaya membawa balik segala barang peribadi
semasa cuti semester. Pihak Kolej UNITI tidak bertanggungjawab atas
kecurian atau kehilangan yang berlaku.
4. Tempat simpanan barang bagi pelajar yang dipindahkan ada di
sediakan di CG-07 dan BG-03. Sila ikut arahan cara untuk menyimpan
barang pada MEMO SIMPANAN BARANG yang telah disediakan di
setiap blok.
Oleh yang demikian, mohon para pelajar dapat beri kerjasama
sepenuhnya dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, harap maklum.