2. DEFINISI
Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan
ayat dikenali sebagai bidang semantik.
Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai
makna.
Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan,
pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.
Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi
yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh
seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang
mampu diungkapnya.
3. KAJIAN MENGENAI MAKNA KATA BOLEH
DIBAHAGIKAN KEPADA ASPEK-ASPEK BERIKUT
Makna denotasi dan dan makna konotasi
Makna dalam konteks
Hubungan makna dengan kebudayaan
Perubahan makna
Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
4. Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna
linguistik bagi kata, frasa dan ayat.
Secara umunya, makna perkataan dapat dilihat dari segi
leksikal dan konteks.
Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui
morfemnya, tetapi juga makna perkataan.
Otak kita menjadi stor kepada kata-kata yang bermakna ini
.
Storan maklumat serta morfem ini kita
panggil leksikon atau kosa kata.
6. Kata Ciri
ayah
(i) manusia
(ii) lelaki
(iii) dewasa
(iv) bapa kepada anak
Kata Ciri
saya
(i) ganti nama
(ii) manusia
(iii) orang yang berkata
Kata ciri-ciri
pemandu
(i) manusia
(ii) membawa kenderaan
(iii mempunyai lesen
7. Ciri ialah maklumat mengenai semantik
perkataan.
Ciri semantik kata ini terdapat
dalam leksikon seseorang.
Satu lagi ciri semantik ialah rujukan.
9. Seungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya,
tetapi kedua-dua ayat membuat rujukan yang
sama kepada orang yang sama.
Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan,
ujaran berkenaan tidak akan difahami sungguhpun ujaran
berkenaan diungkapkan menurut peraturan tatabahasa
bahasa Melayu.
10. Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih
sempit.
Berlaku juga pemindahan makna seperti yang berlaku
bagi simpulan bahasa dan peribahasa.
Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan
makna, atau pemindahan makna.
11. Peluasan makna
-Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan
mempengaruhi makna sesuatu kata.
Penyempitan makna
-Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, kontes
dan pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata sehingga
menjadi khusus.
Pemindahan makna
-Pemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan.
-Bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada peribahasa dan bukan
peribahasa.