Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.
H a l a m a n | 1
Penghargaan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan tugasan ...
H a l a m a n | 2
1.0 Kesediaan Belajar
1.1 Maksud Kesediaan Belajar
Kesediaan merupakan kata adjektif atau kata sifat yan...
H a l a m a n | 3
Tiga ahli psikologi iaitu Thorndike, Piaget dan Burner telah memberi
pendapat mereka mengenai kesediaan ...
H a l a m a n | 4
2.0 Jenis-jenis Kesediaan Belajar
2.1 Kesediaan Kognitif
Kesediaan Kognitif merujuk kepada kesediaan men...
H a l a m a n | 5
Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari
sesuatu yang baru apabila seseorang pel...
H a l a m a n | 6
2.2 Kesediaan Afektif
Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan,
semangat, ketekunan, ...
H a l a m a n | 7
pada kanak-kanak dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan
koordinasi pergerakan otot sepert...
H a l a m a n | 8
3.0 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesedia...
H a l a m a n | 9
Berikut merupakan huraian ringkas mengenai aspek
perkembangan psikomotor kanak-kanak yang dapat dibahagi...
H a l a m a n | 10
Oleh itu, kematangan fizikal akan mempengaruhi kesediaan
belajar mengikut peringkat perkembangan psikom...
H a l a m a n | 11
Peringkat
Umur
(Tahun)
Aspek Perkembangan Mental
Deria
motor
0-2
 Mula mengenal objek dalam alam sekit...
H a l a m a n | 12
Berdasarkan Kajian Piaget, kematangan kognitif kanak-kanak
berkembang dan semakin meningkat dengan umur...
H a l a m a n | 13
Kematangan emosi pula merujuk kepada darjah pencapaian
kestabilan dalam perasaan yang berkaitan dengan ...
H a l a m a n | 14
mencapai sesuatu matlamat pembelajaran dengan cara menyediakan
ransangan yang pelbagai dan menarik sert...
H a l a m a n | 15
a) Strategi pembelajaran.
Antara strategi pengajaran yang boleh dilaksanakan seperti
pengajaran berkump...
H a l a m a n | 16
Daripada setiap isi yang telah dihuraikan, dapat disimpulkan bahawa
kesediaan belajar pelajar adalah sa...
Prochain SlideShare
Chargement dans…5
×

Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)

13 084 vues

Publié le

Publié dans : Formation
  • good topic, but cannot dowmload. how good if i can use this with my teacher trainees
       Répondre 
    Voulez-vous vraiment ?  Oui  Non
    Votre message apparaîtra ici

Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)

  1. 1. H a l a m a n | 1 Penghargaan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan esei bertajuk Kesediaan Belajar yang telah diberi. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Nordin bin Osman kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya berkenaan subjek Psikologi Pendidikan sehingga saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu saya secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua tidak akan saya lupakan. Semoga Allah melimpahkan keberkahan ke atas kalian. Akhir kata daripada saya, semoga tugasan ini menjadi suatu ilmu dan bekalan penting buat saya sebagai seorang bakal guru di kemudian hari dan semoga tugasan kecil ini mampu memberikan perkongsian ilmu seberapa banyak kepada orang lain.
  2. 2. H a l a m a n | 2 1.0 Kesediaan Belajar 1.1 Maksud Kesediaan Belajar Kesediaan merupakan kata adjektif atau kata sifat yang menggambarkan telah ada, siap, lengkap, dapat, berkebolehan, kesanggupan, kerelaan, kesudian, kemampuan, keredaan, kemahuan, dan keinginan. Manakala, belajar merupakan kata kerja yang menunjukkan perlakuan bagi mendapat, memperoleh, menambah, dan mengetahui sesuatu ilmu, pengetahuan, kemahiran, kepandaian, dan kecekapan. Maka, kesediaan belajar bermaksud keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. 1.2 Pendapat Ahli Psikologi
  3. 3. H a l a m a n | 3 Tiga ahli psikologi iaitu Thorndike, Piaget dan Burner telah memberi pendapat mereka mengenai kesediaan belajar mengikut teori pembelajaran tertentu. Thorndike mengemukakan pendapatnya mengikut teori pembelajaran bermazhab Behavioris. Manakala Piaget dan Bruner memberi pendapat mereka berdasarkan teori pembelajaran bermazhab Kognitif. Edward Lee Thorndike (1874-1949) telah mengemukakan Hukum Kesediaan (1913) yang dirumuskan secara ringkas seperti berikut: Tahap Kesediaan Emosi a) Individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan dan dapat membuatnya. Berasa puas b) Individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan dan tidak dapat membuatnya. Dukacita c) Individu belum bersedia dan dipaksa untuk membuatnya. Dukacita Jean William Fritz Piaget (1896–1980) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu: a) peringkat deria motor (0-2 tahun) b) peringkat pra operasi (2-6 tahun) c) peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) d) peringkat operasi formal (selepas 12 tahun) Jerome Seymour Bruner (1915 - ) dipercayai berusia 98 tahun pada tahun ini (2013), kini masih bertugas sebagai profesor penyelidikan Psikologi, felo penyelidik kanan di Fakulti Undang-undang Universiti New York. Beliau berpendapat bahawa kesediaan belajar merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila masa peringkat perkembangannya (1966).
  4. 4. H a l a m a n | 4 2.0 Jenis-jenis Kesediaan Belajar 2.1 Kesediaan Kognitif Kesediaan Kognitif merujuk kepada kesediaan mental untuk aktiviti seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensistensis (menbentuk konsep) dan menilai (menyelesaikan masalah). Kesediaan kognitif yang dimiliki oleh pelajar pada masa kini menentukan keberkesanan proses pembelajaran yang baru.
  5. 5. H a l a m a n | 5 Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila seseorang pelajar sanggup dan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya. Dengan erti kata yang lain, pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya. Misalnya, pelajar Tahun Satu dikatakan telah mencapai kebolehan/kesediaan kognitif untuk pembelajaran Tahun Dua apabila dapat melaksanakan tugasan berikut: a) Dapat menyebut A hingga Z. b) Dapat membilang nombor 1 hingga 50. Mengikut konsep yang diutarakan oleh Piaget dalam Teori Perkembangannya, perkembangan intelek seseorang adalah berkadar secara terus dengan pertambahan umurnya. Murid-murid sekolah rendah hanya bersedia untuk belajar operasi konkrit (kesediaan kognitif rendah). Apabila memasuki sekolah menengah, mereka mula sanggup dan bersedia untuk belajar operasi yang kompleks (kesediaan kognitif tinggi). Ciri-ciri pelajar yang mempunyai kesediaan kognitif rendah dan tinggi dapat senaraikan seperti berikut: Kesediaan Kognitif Rendah Kesediaan Kognitif Tinggi Dapat melihat satu aspek sahaja dalam sesuatu objek/idea. Dapat melihat beberapa aspek dalam sesuatu objek. Egosentrik; tidak dapat melihat pandangan orang lain. Struktur pengetahuan mula menjadi formal. Memahami konsep abstrak. Membentuk hipotesis ketika menyelesaikan masalah.
  6. 6. H a l a m a n | 6 2.2 Kesediaan Afektif Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik merupakan ransangan dalaman yang wujud apabila seseorang pelajar merasakan keperluan asas (contoh: rasa selamat, disayangi) dan keinginannya (minat) dipenuhi. Jika motivasi intrinsik pelajar adalah tinggi, maka pelajar akan bersedia untuk belajar (kesediaan afektif adalah tinggi) dan pelajar mendapat faedah yang banyak daripada proses pembelajaran. Sebaliknya, jika motivasi intrinsiknya rendah, maka kesediaan afektifnya juga adalah rendah. Perkara ini akan menyebabkan pembelajarannya tidak berkesan walaupun pelajar itu telah banyak kali melakukan aktiviti pembelajaran yang sama. Perkaitan antara kesediaan afektif dengan kesan pembelajaran adalah seperti berikut: Kesediaan afektif Pembelajaran Aktif dan agresif Tinggi Pasif dan lemah Rendah Perkara di atas bertepatan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Stanford (1971) bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh sikap, dan bukan oleh berapa kali seorang pelajar mengulang kaji bahan pembelajaranya. 2.3 Kesediaan Psikomotor Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal. Kesediaan psikomotor pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang melibatkan otot, tulang anggota, dan pengawalan serta penyelarasan pergerakkan badan. Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang baru. Kesediaan psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan. Peringkat kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah berbeza bergantung kepada perkembangannya fizikalnya. Kesediaan psikomotor
  7. 7. H a l a m a n | 7 pada kanak-kanak dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan koordinasi pergerakan otot seperti: a) Mengikat tali kasut b) Menulis c) Melukis d) Memegang pensel e) Menyebut bunyi dan lain-lain Kesediaan psikomotor yang tinggi akan menentukan koordinasi pergerakan otot yang sempurna dan dapat memenuhi keperluan asas manusia. Kesediaan psikomotor bagi pelajar adalah penting dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup dan permainan alat muzik.
  8. 8. H a l a m a n | 8 3.0 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar pelajar secara ringkasnya ialah kematangan, kemahiran asas dan pengalaman sedia ada, motivasi dalaman serta perhatian. 3.1 Kematangan Kematangan merujuk kepada perubahan yang berlaku hasil daripada perubahan fizikal dan biologi dalam badan individu. Kematangan tidak ada kaitan dengan pengalaman seorang individu. Kematangan sebenarnya ditentukan oleh pengaruh baka daripada ibu bapa. Terdapat beberapa jenis kematangan dan ia juga merupakan tahap perkembangan dan pertumbuhan: 3.1.1 Kematangan Fizikal (Tahap Perkembangan Psikomotor) Dalam topik jenis-jenis kesediaan belajar1 , terdapat pernyataan tentang kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah berbeza bergantung kepada perkembangannya fizikalnya. Perkembangan fizikal atau perkembangan psikomotor inilah jugalah yang menunjukkan kematangan fizikal seseorang. 1 Nota 2.3 Kesediaan Psikomotor di halaman 5.
  9. 9. H a l a m a n | 9 Berikut merupakan huraian ringkas mengenai aspek perkembangan psikomotor kanak-kanak yang dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu: Peringkat Umur (Tahun) Aspek Perkembangan Psikomotor Bayi 0-2  Mula memperolehi koordinasi dan kawalan otot. Tulang masih lembut.  Mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan.  Mula membezakan suara daripada keluarga dan orang lain.  Penglihatan dan pendengaran masih belum dikembangkan dengan sempurna. Awal Kanak- Kanak 2-6  Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih tegap dan lebih tinggi.  Mempunyai satu set gigi susu.  Semakin aktif menggunakan kaki dan tangannya.  Otak berkembang menjadi lebih besar dan lebih terkawal. Kanak- Kanak 6-12  Penyelarasan motor dan kawalan tubuh badan bertambah baik.  Otot mata sudah matang untuk membaca.  Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan bunyi-bunyi yang berlainan.  Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang dewasa. Kematangan fizikal berlaku dengan cepat pada peringkat bayi dan kanak-kanak. Proses pertumbuhan dalaman yang berlaku adalah asas, dan harus ada untuk pembelajaran yang efisyen. Guru tidak boleh memaksa pelajar untuk membuat sesuatu aktiviti jika pelajar tidak bersedia untuk melakukannya. Sebaliknya, guru haruslah menyediakan aktiviti pembelajaran yang selaras dengan kematangan fizikal pelajar. Misalnya, pelajar Tahun Satu dan Dua tidak mempunyai kematangan untuk bermain tenis kerana otot-ototnya belum berkembang untuk bermain tenis. Kematangan fizikal akan sempurna apabila pelajar mencapai umur 17 hingga 18 tahun.
  10. 10. H a l a m a n | 10 Oleh itu, kematangan fizikal akan mempengaruhi kesediaan belajar mengikut peringkat perkembangan psikomotor. 3.1.2 Kematangan Mental (Tahap Perkembangan Kognitif) Perkembangan mental tidak ada hadnya dan ia akan berterusan sepanjang hidup individu. Mengikut konsep yang diutarakan oleh Piaget dalam Teori Perkembangannya, perkembangan intelek seseorang adalah berkadar secara terus dengan pertambahan umurnya. Piaget membahagikan empat peringkat ini seperti berikut:
  11. 11. H a l a m a n | 11 Peringkat Umur (Tahun) Aspek Perkembangan Mental Deria motor 0-2  Mula mengenal objek dalam alam sekitar dengan menggunakan organ deria dan gerak-geri.  Mula mengaitkan objek dengan kata-kata. Pra Operasi 2-6  Mula menggunakan bahasa sebagai ganti gambaran benda.  Boleh membentuk konsep yang mudah.  Mempunyai imaginasi yang fantastik dalam dunia pura-pura.  Mula boleh mengelaskan objek berdasarkan ciri-ciri amnya. Operasi Formal 6-12  Menguasai konsep pengekalan tentang nombor, berat dan isipadu.  Boleh mengenal pasti objek dalam alam sekitar dan hubungannya dengan simbol bahasa. Operasi Formal Selepas 12  Boleh berfikir secara abstrak dan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.  Boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak.  Menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.  Perkembangan kognitif biasanya mencapai kemuncak di penghujung umur 18-20 tahun.
  12. 12. H a l a m a n | 12 Berdasarkan Kajian Piaget, kematangan kognitif kanak-kanak berkembang dan semakin meningkat dengan umurnya daripada operasi konkrit (mudah) kepada operasi kompleks. Kematangan kognitif ini mempengaruhi kesediaan belajar dan menjadi pra syarat untuk mempelajari mata pelajaran yang memerlukan kemahiran berfikir. Oleh itu, guru mesti memastikan yang objektif dan isi pelajaran yang dirancang sejajar dengan kematangan mental pelajar kerana kematangan mempengaruhi kesediaan belajar pelajar untuk menerima pembelajaran yang baru. 3.1.3 Kematangan Sosial dan Emosi Kematangan sosial berkaitan dengan kebolehan pelajar untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan pelajar lain dalam pembelajaran. Kematangan sosial merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar kerana kematangan sosial menentukan kesanggupan pelajar untuk berkongsi pengalaman dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru. Kematangan sosial ini boleh dikembangkan dengan cara menggalakkan kegiatan sosial seperti aktiviti berkumpulan yang terdiri daripad pelajar yang mempunyai kematangan sosial yang tinggi dan rendah.
  13. 13. H a l a m a n | 13 Kematangan emosi pula merujuk kepada darjah pencapaian kestabilan dalam perasaan yang berkaitan dengan minat, keinginan dan kepuasan dalaman pelajar terhadap pembelajaran. Kematangan emosi ini mempengaruhi kesediaan belajar pelajar. Berikut merupakan huraian ringkas tentang aspek kematangan emosi dan sosial berdasarkan peringkat perkembangan kanak-kanak. Peringkat Umur (Tahun) Aspek Perkembangan Emosi dan Sosial Bayi 0-2  Mempunyai rasa senang, rasa gelisah dan rasa keselamatan.  Mula ada perasaan cemburu dan iri hati. Awal Kanak- Kanak 2-6  Emosinya cepat berubah dan tidak kekal lama.  Mempunyai perasaan takut apabila menghadapi situasi baru.  Perasaan cemburu semakin bertambah.  Suka bermain sendiri.  Hanya suka bergaul dengan saudara mara yang berumur sama. Kanak- Kanak 6-12  Mula sedar tentang perasaan lain.  Emosi semakin stabil.  Suka bergaul dengan rakan sebaya.  Suka bermian secara berpasukan. 3.2 Kemahiran Asas dan Pengalaman Sedia Ada Sebelum mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran baru, pelajar hendaklah memperoleh kemahiran asas atau pengalaman yang berkaitan. Pengalaman ditentukan oleh persekitaran individu. Misalnya, pelajar yang mempunyai pengalaman tinggal di luar bandar akan lebih bersedia belajar topik pertanian daripada pelajar yang hanya tinggal di bandar. Jesteru itu, kemahiran asas dan pengalaman sedia ada merupakan faktor penting yang mempengaruhi kesediaan belajar pelajar. 3.3 Motivasi Dalaman Motivasi dalaman juga disebut dengan motivasi intrinsik. Motivasi dalaman yang merupakan faktor kesediaan belajar ini telah dihurai dalam topik jenis-jenis kesediaan belajar2 . Motivasi dalaman berkait rapat dengan minat dan sikap pelajar. Guru perlu memastikan pelajar mempunyai minat yang tinggi, sikap yang positif dan berusaha mendorong pelajar ke arah 2 Nota 3.3 Motivasi Dalaman di halaman 4.
  14. 14. H a l a m a n | 14 mencapai sesuatu matlamat pembelajaran dengan cara menyediakan ransangan yang pelbagai dan menarik serta mengekalkan motivasi dalaman (intrinsik) pelajar agar mereka mempunyai kesediaan belajar. Mengikut Bruner (1966), kanak-kanak yang baru memasuki sekolah telah mempunyai dua jenis motivasi dalaman, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Kedua-dua intrinsik ini merupakan motivasi dalaman yang kuat untuk menggerakkan dan meningkatkan kesediaan belajar kanak- kanak supaya aktiviti pembelajaran berjalan dengan lebih aktif, mudah, seronok dan berkesan. 3.4 Perhatian Perhatian dan penumpuan pelajar yang tinggi dapat meningkatkan kesediaan belajar pelajar. Guru perlu meransang pelajar melalui strategi pembelajaran dengan pelbagai cara. Misalnya, guru perlu menggunakan set induksi yang menarik, alat bantuan mengajar yang canggih serta kaedah dan teknik pengajaran yang berkaitan dengan minat pelajar kerana ini akan mengekalkan perhatian dan kesediaan belajar mereka seterusnya bersedia untuk menerima ilmu pembelajaran yang baru. 4.0 Implikasi Kesediaan Belajar Terhadap Pengajaran & Pembelajaran Daripada segi bahasa, implikasi bermaksud kesan, akibat, hasil, ekoran, dan pengaruh. Kesediaan belajar memberikan beberapa implikasi terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid. Antara implikasi kesediaan belajar terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah: 4.1 Guru dapat menyelesaikan masalah perbezaan. a) Perbezaan individu. b) Perbezaan jantina. c) Perbezaan keyakinan diri. d) Perbezaan perkembangan mental. e) Perbezaan perkembangan fizikal. 4.2 Guru dapat mengambil langkah-langkah berikut untuk memenuhi perbezaan kesediaan belajar pelajar yang berlainan.
  15. 15. H a l a m a n | 15 a) Strategi pembelajaran. Antara strategi pengajaran yang boleh dilaksanakan seperti pengajaran berkumpulan, pengajaran individu untuk melayani perbezaan individu, teknik peneguhan untuk memupuk kendiri positif murid, teknik menyoal dan kaedah inkuiri penemuan bagi membangkitkan naluri ingin tahu murid, serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. b) Isi kandungan pembelajaran. Guru dapat merancang isi kandungan pembelajaran yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat memberi kemahiran asas yang kukuh melalui aktiviti pengukuhan sebelum pelajar mempelajari pembelajaran kemahiran yang baru dan kompleks. c) Pemeringkatan isi pelajaran. Perkembangan intelek seseorang pelajar adalah berkadar secara terus dengan pertambahan umurnya. Maka, guru perlu menyusun isi pelajaran mengikut perkembangan kognitif (mudah kepada kompleks, pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru, dekat kepada jauh, umum kepada spesifik) kanak-kanak berdasarkan konsep yang diutarakan oleh Piaget dalam Teori Perkembangannya. d) Pelbagai alat bantuan mengajar. Menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan serta dapat menarik perhatian, mengekalkan minat dan menambah penumpuan pelajar. Perhatian dan penumpuan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar pelajar bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. 5.0 Kesimpulan
  16. 16. H a l a m a n | 16 Daripada setiap isi yang telah dihuraikan, dapat disimpulkan bahawa kesediaan belajar pelajar adalah sangat penting bagi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Kesedaran guru tentang pentingnya kesediaan belajar pelajar dapat menjamin kesan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berjaya. Bibliografi 1. Mok Soon Sang (2010) : Siri Pengajian Profesional : Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran (Edisi Kedua). Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong. 2. Boon Pong Ying & Ragbir Kaur (1998) : Siri Bimbingan Diploma Perguruan : Psikologi II (Semester II). Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam. 3. Ee Ah Meng (1999) : Siri Bimbingan Diploma Perguruan : Psikologi Pendidikan (Semester II). Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam.

×