SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
1


1.0 PENGENALAN



Manusia merupakan sebaik-baik kejadian yang dicipta oleh Allah subhanawataa’la (S.W.T).
Firman Allah S.W.T:




       Al-Quran. At- Tinn 95:4

Maksudnya:

“ Sesungguhnya Kami mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”. Berdasarkan ayat
ini, manusia sebagai ciptaan-Nya sepatutnya berasa bersyukur di atas kurniaan ini. Oleh itu,
salah satu cara menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T adalah melakukan segala
suruhan dan meninggalkan segala kemungkaran seperti menutup aurat. Menutup aurat
merupakan tuntutan yang wajib dalam Islam. Jadi, apabila seseorang itu tidak menutup aurat
pasti mengundang kemurkaan Allah S.W.T. Sebab itulah agama Islam menitikberatkan
mengenai menutup aurat. Tetapi masyarakat Islam sekarang seolah-olah mengabaikan dan
membelakangkan soal menutup aurat terutamanya cara berpakaian. Oleh sebab itu, kertas kerja
ini akan membincangkan tuntutan menutup aurat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia
antaranya adalah untuk mengetahui definisi aurat dari segi bahasa. Selain itu, kertas kerja ini
juga akan menyatakan hukum menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut islam. Di samping itu,
kertas kerja ini akan membincangkan punca-punca masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup
aurat dan cadangan-cadangan ke arah masyarakat yang menutup aurat.
2


2.0 TUJUAN KAJIAN




Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui definisi sebenar aurat. Selain itu, kajian ini akan
membincangkan tentang hukum menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut Islam terhadap
lelaki dan wanita. Di samping itu, kajian ini akan mengkaji punca-punca masyarakat Islam di
Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat Islam            di Malaysia yang
menutup aurat.




3.0 SKOP KAJIAN




Kajian ini tertumpu kepada masyarakat Islam di Malaysia. Ini kerana, masyarakat Islam di
Malaysia sekarang semakin mengabaikan aspek menutup aurat tidak kira lelaki mahupun wanita.
Dalam Islam, kedua-dua golongan sama ada lelaki atau wanita wajib menutup aurat tidak kira di
mana berada.




4.0 KAEDAH KAJIAN




Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah         resensi perpustakaan di mana penyelidikan
dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan. Bahan- bahan terdiri daripada buku, artikel, al-
Quran dan hadis.
3


5.0 HASIL KAJIAN




5.1 Pendahuluan




Setiap syariat yang ditetapkan Allah S.W.T itu telah lengkap dan indah. Ini kerana, setiap syariat
itu pasti membawa kebaikan dan kemudahan kepada manusia. Setiap syariat yang dilarang pula
pasti mengandungi keburukan. Namun begitu, pada akhir zaman ini manusia seolah- olah tidak
mempedulikan lagi tuntutan Allah S.W.T dan Al- Quran. Contohnya dalam isu berpakaian.
Ramai yang mengaku sebagai Islam tetapi batas- batas anggota badan yang perlu ditutup mereka
abaikan. Ramai juga yang tahu menutup aurat, tetapi adakah mereka menutupnya dengan betul
seperti yang ditetapkan oleh Allah S.W.T dan Rasul? Dengan pertambahan fesyen pakaian yang
banyak khususnya tudung, maka aspek- aspek menutup aurat perlu dititikberatkan. Malah, ada
kain tudung hanya gah setakat nama sahaja tetapi masih dikategorikan tidak menutup aurat
apabila seseorang memakainya. Melihat senario ini, maka konsep berfesyen dan menutup aurat
perlu ditekankan supaya masyarakat Islam mendapat penjelasan mengenai menutup aurat
mengikut Islam dan perkara-perkara yang berkaitan dengan aurat yang betul dan menurut
kehendak syarak. Dalam Islam fesyen tidak menjadi persoalan. Apa yang penting adalah
menutup aurat. Berdasarkan situasi ini, penyelidik telah melakukan rujukan berpandukan resensi
perpustakaan. Hasil daripada resensi perpustakaan, penyelidik telah mengenal pasti definisi
sebenar aurat dari segi bahasa. Selain itu, penyelidik juga telah mengenal pasti hukum menutup
aurat dan ciri-ciri pakaian menurut Islam. Di samping itu, penyelidik juga telah menjumpai
punca-puna masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat
Islam yang menutup aurat.
4


5.2 Penemuan hasil kajian




5.2.1 Definisi




Perkataan aurat berasal daripada bahasa Arab iaitu menerusi kata dasar “aar” yang bermaksud
“sesuatu yang aib, cela dan dikeji dan patut disembunyikan sama ada ia berbentuk perbuatan,
sifat atau perkataan” (Badawi, 1991). Selain daripada itu, aurat juga boleh didefinisikan sebagai
“ bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat atau wajib ditutup menurut hukum Islam” (Kamus
Dewan, 1994). Dapat disimpulkan di sini bahawa aurat adalah bahagian yang wajib ditutup dan
haram dipandang. Apabila dikatakan wajib, maka perbuatan yang bertentangan dengannya
adalah dikira berdosa.




5.3 Hukum menutup aurat




Menutup aurat adalah wajib. Firman allah s.w.t:




      Al-Quran, Al-A’raf 7:26.




Maksudnya:
5


Wahai anak- anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan
untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa
itulah yang sebaik- baiknya. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (limpahan kurnia) Allah (dan
rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangNya (dan bersyukur).




5.4 Ciri-ciri pakaian menurut islam




5.4.1 Lelaki




Dalam Islam, kaum lelaki juga harus menjaga aurat mereka untuk mencapai “kesucian yang
lebih baik” (Shaik Kadir, 2009). Ramai para ulama berpendapat bahawa aurat lelaki adalah
antara pusat dan lutut sahaja. Mengikut (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004), antara
ciri-ciri pakaian lelaki adalah:

  I.    Mestilah menutup seluruh auratnya iaitu bahagian di antara pusat dan lutut.

 II.    Mestilah longgar sehingga tidak menampakkan apa yang dilindungi (aurat).

III.    Tidak memakai pakaian dan perhiasan daripada sutera dan emas.
        Islam sememangnya mengharamkan kaum lelaki memakai perhiasan daripada sutera dan
        emas.




5.4.2 Wanita
6




Mengikut (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004), antara ciri-ciri pakaian wanita yang
telah digariskan oleh Islam adalah:

 I.      Menutup seluruh bahagian anggota badan yang telah diperintahkan oleh syarak dan
         membuka bahagian yang dibenarkan sahaja.
 II.     Pakaian longgar dan tidak jarang.

III.     Tidak menyerupai pakaian lelaki bagi wanita dan sebaliknya.




5.5 Punca-punca masyarakat Islam di Malaysia memakai pakaian yang tidak menutup
aurat

Antara punca-punca masyarakat Islam di Malaysia memakai pakaian yang tidak menutup aurat
ialah:




5.51 Pengetahuan agama yang lemah




Secara umumnya, masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menutup aurat berpunca daripada
kekurangan pengetahuan agama. Walaupun ada pengetahuan tetapi masih lemah. Seperti sedia
maklum, seseorang mendapat pendidikan agama secara tidak formal daripada ibu bapa mereka
sendiri. Seterusnya mendapat didikan agama secara formal apabila memasuki alam persekolahan.
Sikap ibu bapa yang hanya mementingkan pencapaian akademik sehingga aspek agama
diabaikan menjauhkan lagi anak-anak dengan kepentingan menutup aurat. Menurut Shofian
Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 ini menyebabkan anak-anak beranggapan bahawa soal
agama tidak penting dalam kegiatan seharian.

5.5.2 Pengaruh media massa
7




Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan apa yang dipaparkan di dalam media massa
seperti majalah-majalah dan televisyen (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Malah
kebanyakan majalah-majalah dan televisyen sering menampilkan wanita yang tidak menutup
aurat untuk mendapat publisiti. Kesannya masyarakat yang kurang pegangan agama terikut-ikut
dengan budaya tidak menutup aurat. Tidak dinafikan media cetak dan elektronik memainkan
peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat dan berita-berita dengan cepat, tetapi
apabila melibatkan soal aurat, tidak sepatutnya gambar-gambar model yang tidak menutup aurat
disiarkan.




5.5.3 Modenisasi




Proses modenisasi yang dibawa oleh barat berjaya mempengaruhi masyarakat Islam khususnya,
(Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Setiap perkara yang dibawa oleh barat
mempunyai agenda tersendiri. Barat menganggap menutup aurat telah mengongkong kebebasan
wanita (Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, 2004). Bagi masyarakat Islam yang berfikiran
sempit, mereka dengan yakin menerima dan bersetuju dengan apa yang dibawa oleh barat.
Negara barat cuba sedaya upaya mencari jalan supaya masyarakat mengikut gaya hidup mereka.
Bukan semua perkara yang dibawa negara barat tidak elok. Masyarakat Islam perlu mengekalkan
budaya ketimuran yang mana lebih baik daripada negara barat.




6.0 Cadangan ke arah masyarakat Islam di Malaysia menutup aurat
8


Pakaian menutup aurat merupakan jaminan Allah S.W.T ke atas hamba-Nya daripada sebarang
perkara yang tidak diingini. Di samping itu pakaian Islam merupakan lambang identiti seorang
muslim dan muslimah. Pada zaman sekarang, penutupan aurat menjadi lebih penting kerana
banyak unsur-unsur fitnah telah berlaku seperti jenayah rogol, sumbang mahram, seks sejenis
dan bermacam-macam lagi (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Antara
cadangannya adalah melibatkan:




6.1 Ibu bapa dan keluarga




Ibu bapa memainkan peranan yang penting ke arah memastikan dan mendidik anak-anaknya
berpakaian menutup aurat bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ini kerana
kanak-kanak cepat belajar dan mudah untuk diajar berkaitan menutup aurat. Menurut Shofian
Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 mengatakan suami pula bertanggungjawab ke atas
isterinya. Seandainya ada bapa atau suami yang tidak melarang anak atau isteri mendedahkan
aurat maka mereka termasuk golongan yang dayus. Berpakaian menutup aurat bukanlah
diamalkan dalam beberapa keadaan tertentu atau terhad pada sesuatu waktu yang tertentu atau
dipaksa apabila mencapai usia baligh. Suruhan menutup aurat hendaklah disertai dengan
penerangan tentang perkaitannya dengan tuntutan agama. Tanpa pengetahuan agama, amalan
menutup aurat ini mungkin bersifat sementara dan tidak memberi kesan yang baik kepada
keperibadian anak tersebut bak kata pepatah “bagai mencurah air ke daun keladi”. Cara ini
memberi kesan jangka masa panjang kerana apabila anak-anak mencapai usia baligh, mereka
tidak akan berasa kekok, janggal, malu, rimas dan terbeban untuk berpakaian menutup aurat.
Sebaliknya mereka akan berasa takut dan malu untuk mendedahkan aurat.




6.2 Masyarakat sekeliling
9


Masyarakat sekitar juga berperanan ke arah mewujudkan pemakaian menutup aurat. Menurut
Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 setiap anggota masyarakat juga perlu
mempraktikkan pakaian yang menutup aurat agar pemakaiannya akan menjadi majoriti yang
besar. Selain itu, apabila setiap anggota masyarakat mementingkan kewajipan Islam ini, maka
akan wujud kekuatan untuk menghalang atau menegur individu yang masih mendedahkan aurat.
Selain itu, masyarakat yang prihatin akan menjadikan anak-anak jiran seperti anak-anak mereka
sendiri. Mereka akan berasa bertanggungjawab menegur anak-anak jiran yang mendedahkan
aurat di luar rumah ataupun di luar pengetahuan ibu bapa mereka.




6.3 Diri sendiri




Diri sendiri merupakan faktor yang paling penting ke arah menerapkan kesedaran untuk
berpakain menutup aurat (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Walaupun semua
pihak telah memainkan peranan masing-masing tetapi jika individu itu dengan sendiri tidak
berusaha untuk menutup aurat maka usaha ke arah mewujudkan masyarakat yang berpakaian
menutup aurat akan gagal. Ini samalah dengan perumpamaan “hendak seribu daya, tidak hendak
seribu dalih”. Berpakain menutup aurat sepatutnya dilakukan kerana Allah S.W.T. Sekiranya
tidak kerana Allah S.W.T maka ia akan bersifat sementara dan berpakaian tersebut tidak dapat
menghalang mereka daripada melakukan maksiat lain. Antara cara-cara adalah dengan berdoa
kepada Allah S.wW.T agar diberi taufik dan hidayah selain daripada meminta di jauhkan
daripada segala kemaksiatan. Mereka perlulah mempertingkatkan kefahaman tentang kewajipan
menutup aurat dan cara-cara menutup aurat dengan betul. Kefahaman ini dapat dipertingkatkan
dengan mengikuti kelas agama, membaca buku-buku agama dan membaca al-quran serta hadis.




7.0 Rumusan kajian
10


Kajian yang bertajuk “Tuntutan menutup aurat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia”
telah dijalankan untuk mengetahui definisi sebenar menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut
Islam. Di samping itu, kajian ini juga telah dijalankan adalah untuk mengenal pasti punca-punca
masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat yang
menutup aurat. Dalam proses menyiapkan kertas kerja ini, penyelidik menghadapi beberapa
batasan ataupun kekangan. Antaranya adalah sumber rujukan yang terhad. Penyelidik hanya
membuat rujukan kepada buku-buku dan juga al-Quran. Hal ini telah menghadkan penyelidik
untuk mengetahui lebih mendalam berkaitan tajuk yang telah dipilih. Selain itu, batasan lain
yang penyelidik hadapi ialah penyelidik tidak mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai
masalah tidak menutup aurat. Ini disebabkan rujukan penyelidik hanya tertumpu kepada resensi
perpustakaan sahaja iaitu berdasarkan buku-buku dan al-Quran.




8.0 PENUTUP




Kesimpulannya, aurat merupakan sesuatu yang perlu dijaga dengan baik agar kehidupan di dunia
ini dipenuhi dengan keberkatan dan tergolong dalam golongan yang terpuji di akhirat kelak.
Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani umatnya. Segeralah memohon keampunan
Allah S.W.T. Syaitan merupakan musuh utama umat Islam. Jadi janganlah masyarakat Islam di
Malaysia pada hari ini mudah tertipu dengan godaan syaitan. Semua pihak seperti yang
dibincangkan sebelum ini perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam mewujudkan
masyarakat Islam yang menutup aurat supaya kehidupan di dunia ini diberkati Allah S.W.T.
Yakinlah bahawa Allah S.W.T Maha Adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan
wanita.




9.0   RUJUKAN
11


Al- Quran. Al- A’raf 7:26. Cetakan kedua belas. 2001. Kuala Lumpur: Darul Fikir.




Al- Quran. At –Tinn 95: 4. Cetakan kedua belas. 2001. Kuala Lumpur: Darul Fikir.




K.H.M. Ali Usman. Hadis Qudsi. 2002. Kuala Lumpur: Victory Agencie.




Mohd Asri Zainul Abidin. 2004. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah.
       Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.



Shaik Kadir. 2009. Pendekatan Islam. Selangor: Marshall Cavendish Editions.




Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. 2004. Aurat Kod Pakaian Islam. Kuala Lumpur:
       Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Contenu connexe

Tendances

Keindahan Sabar
Keindahan SabarKeindahan Sabar
Keindahan Sabarilmihusna
 
Ulum al quran lengkap pt 4
Ulum al quran lengkap pt 4Ulum al quran lengkap pt 4
Ulum al quran lengkap pt 4Amiruddin Ahmad
 
Pel. 13 unit 1 beriman kepada malaikat
Pel. 13 unit 1 beriman kepada malaikatPel. 13 unit 1 beriman kepada malaikat
Pel. 13 unit 1 beriman kepada malaikatZuraihi Razali
 
tamadun malaysia
tamadun malaysiatamadun malaysia
tamadun malaysiaGomaze Lang
 
Konsep Kebebasan Beragama Dalam Islam
Konsep Kebebasan Beragama Dalam IslamKonsep Kebebasan Beragama Dalam Islam
Konsep Kebebasan Beragama Dalam IslamLyricojaeCassie
 
Pel. 16 unit 2 golongan yang harus berbuka puasa
Pel. 16 unit 2 golongan yang harus berbuka puasaPel. 16 unit 2 golongan yang harus berbuka puasa
Pel. 16 unit 2 golongan yang harus berbuka puasaIzzat Hakim
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   PengenalanBab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalanwanarizwan
 
Konsep toharah
Konsep toharahKonsep toharah
Konsep toharahAjaa Tahir
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawi
Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawiGlobalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawi
Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawisukimas
 
HADIS SEM 2 : HALAL DAN HARAM
HADIS SEM 2 : HALAL DAN HARAMHADIS SEM 2 : HALAL DAN HARAM
HADIS SEM 2 : HALAL DAN HARAManuar2u
 
Beriman kepada malaikat tingkatan 2
Beriman kepada malaikat tingkatan 2Beriman kepada malaikat tingkatan 2
Beriman kepada malaikat tingkatan 2NURUL HAMIMI
 
Aurat Menurut Perspektif Islam
Aurat Menurut Perspektif IslamAurat Menurut Perspektif Islam
Aurat Menurut Perspektif IslamKaiyisah Yusof
 
Perbandingan pengurusan
Perbandingan pengurusanPerbandingan pengurusan
Perbandingan pengurusanfadz dila
 

Tendances (20)

Keindahan Sabar
Keindahan SabarKeindahan Sabar
Keindahan Sabar
 
Ulum al quran lengkap pt 4
Ulum al quran lengkap pt 4Ulum al quran lengkap pt 4
Ulum al quran lengkap pt 4
 
Imam 'Asim
Imam 'AsimImam 'Asim
Imam 'Asim
 
Pel. 13 unit 1 beriman kepada malaikat
Pel. 13 unit 1 beriman kepada malaikatPel. 13 unit 1 beriman kepada malaikat
Pel. 13 unit 1 beriman kepada malaikat
 
tamadun malaysia
tamadun malaysiatamadun malaysia
tamadun malaysia
 
Konsep Kebebasan Beragama Dalam Islam
Konsep Kebebasan Beragama Dalam IslamKonsep Kebebasan Beragama Dalam Islam
Konsep Kebebasan Beragama Dalam Islam
 
soal jawab isu syiah di malaysia
soal jawab isu syiah di malaysiasoal jawab isu syiah di malaysia
soal jawab isu syiah di malaysia
 
Pel. 16 unit 2 golongan yang harus berbuka puasa
Pel. 16 unit 2 golongan yang harus berbuka puasaPel. 16 unit 2 golongan yang harus berbuka puasa
Pel. 16 unit 2 golongan yang harus berbuka puasa
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   PengenalanBab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan
 
jenis-jenis qada dan qadar
jenis-jenis qada dan qadarjenis-jenis qada dan qadar
jenis-jenis qada dan qadar
 
Konsep toharah
Konsep toharahKonsep toharah
Konsep toharah
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Pengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayuPengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayu
 
Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawi
Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawiGlobalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawi
Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawi
 
02 tamadun islam
02 tamadun islam02 tamadun islam
02 tamadun islam
 
HADIS SEM 2 : HALAL DAN HARAM
HADIS SEM 2 : HALAL DAN HARAMHADIS SEM 2 : HALAL DAN HARAM
HADIS SEM 2 : HALAL DAN HARAM
 
Beriman kepada malaikat tingkatan 2
Beriman kepada malaikat tingkatan 2Beriman kepada malaikat tingkatan 2
Beriman kepada malaikat tingkatan 2
 
Aurat Menurut Perspektif Islam
Aurat Menurut Perspektif IslamAurat Menurut Perspektif Islam
Aurat Menurut Perspektif Islam
 
Al nubuwwah
Al nubuwwahAl nubuwwah
Al nubuwwah
 
Perbandingan pengurusan
Perbandingan pengurusanPerbandingan pengurusan
Perbandingan pengurusan
 

En vedette

Ceramah batasan aurat
Ceramah batasan auratCeramah batasan aurat
Ceramah batasan auratSiti Rahmah
 
Hukum menutup aurat
Hukum menutup auratHukum menutup aurat
Hukum menutup auratMunirah Muni
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaAbdullah Mokhti
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programmkazree
 
Tugasan Folio DVM Auto Prima College Kohort 1
Tugasan Folio DVM Auto Prima College Kohort 1Tugasan Folio DVM Auto Prima College Kohort 1
Tugasan Folio DVM Auto Prima College Kohort 18arbi8
 
Adab Berpakaian dalam Islam
Adab Berpakaian dalam IslamAdab Berpakaian dalam Islam
Adab Berpakaian dalam IslamAnna Fawzie
 
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1Rozaiman Makmun
 
Soal evaluasi ulang fiqih semester i kelas vii m ts
Soal evaluasi ulang fiqih semester i kelas vii m tsSoal evaluasi ulang fiqih semester i kelas vii m ts
Soal evaluasi ulang fiqih semester i kelas vii m tsradenheddyherdhiana
 
Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian
Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian
Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian Siswan Afandi
 
PENUTUP AURAT WANITA
PENUTUP AURAT WANITAPENUTUP AURAT WANITA
PENUTUP AURAT WANITALisna M
 
Hadits, Sunnah, Atsar, Khabar, dan Hadits Qudsi
Hadits, Sunnah, Atsar, Khabar, dan Hadits QudsiHadits, Sunnah, Atsar, Khabar, dan Hadits Qudsi
Hadits, Sunnah, Atsar, Khabar, dan Hadits QudsiNur Hanifah Ahmad
 
ART PROJECT :Kertas kerja melukis mural
ART PROJECT :Kertas kerja melukis muralART PROJECT :Kertas kerja melukis mural
ART PROJECT :Kertas kerja melukis muralNic Firdaus
 
Kajian Fabrik - Gentian Asli
Kajian Fabrik - Gentian AsliKajian Fabrik - Gentian Asli
Kajian Fabrik - Gentian AsliMaziah Adnan
 
02 contoh kertas cadangan
02 contoh kertas cadangan02 contoh kertas cadangan
02 contoh kertas cadanganChon Seong Hoo
 

En vedette (20)

Aurat dan pakaian
Aurat dan pakaianAurat dan pakaian
Aurat dan pakaian
 
Batasan aurat
Batasan auratBatasan aurat
Batasan aurat
 
Ceramah batasan aurat
Ceramah batasan auratCeramah batasan aurat
Ceramah batasan aurat
 
Hukum menutup aurat
Hukum menutup auratHukum menutup aurat
Hukum menutup aurat
 
Menjaga aurat
Menjaga auratMenjaga aurat
Menjaga aurat
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerja
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 
Pakaian tradisional (psk)
Pakaian tradisional (psk)Pakaian tradisional (psk)
Pakaian tradisional (psk)
 
Tugasan Folio DVM Auto Prima College Kohort 1
Tugasan Folio DVM Auto Prima College Kohort 1Tugasan Folio DVM Auto Prima College Kohort 1
Tugasan Folio DVM Auto Prima College Kohort 1
 
Adab Berpakaian dalam Islam
Adab Berpakaian dalam IslamAdab Berpakaian dalam Islam
Adab Berpakaian dalam Islam
 
Tugasan Ekspedisi kanak kanak
Tugasan Ekspedisi kanak kanakTugasan Ekspedisi kanak kanak
Tugasan Ekspedisi kanak kanak
 
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1
 
Kertaskerjagotongroyong big
Kertaskerjagotongroyong  bigKertaskerjagotongroyong  big
Kertaskerjagotongroyong big
 
Soal evaluasi ulang fiqih semester i kelas vii m ts
Soal evaluasi ulang fiqih semester i kelas vii m tsSoal evaluasi ulang fiqih semester i kelas vii m ts
Soal evaluasi ulang fiqih semester i kelas vii m ts
 
Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian
Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian
Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian
 
PENUTUP AURAT WANITA
PENUTUP AURAT WANITAPENUTUP AURAT WANITA
PENUTUP AURAT WANITA
 
Hadits, Sunnah, Atsar, Khabar, dan Hadits Qudsi
Hadits, Sunnah, Atsar, Khabar, dan Hadits QudsiHadits, Sunnah, Atsar, Khabar, dan Hadits Qudsi
Hadits, Sunnah, Atsar, Khabar, dan Hadits Qudsi
 
ART PROJECT :Kertas kerja melukis mural
ART PROJECT :Kertas kerja melukis muralART PROJECT :Kertas kerja melukis mural
ART PROJECT :Kertas kerja melukis mural
 
Kajian Fabrik - Gentian Asli
Kajian Fabrik - Gentian AsliKajian Fabrik - Gentian Asli
Kajian Fabrik - Gentian Asli
 
02 contoh kertas cadangan
02 contoh kertas cadangan02 contoh kertas cadangan
02 contoh kertas cadangan
 

Similaire à Menutup Aurat Penting

makalah agama
makalah agamamakalah agama
makalah agamajgesik
 
1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptx
1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptx1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptx
1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptxssuser3b7e84
 
Ahlak berpakaian
Ahlak berpakaianAhlak berpakaian
Ahlak berpakaianjuniftha
 
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
Jawaban  s oal metodologi studi keislamanJawaban  s oal metodologi studi keislaman
Jawaban s oal metodologi studi keislamanHamba La'eh
 
kelompok 6 agama.pptx
kelompok 6 agama.pptxkelompok 6 agama.pptx
kelompok 6 agama.pptxFauziahPane
 
141-Article Text-919-1-10-20231001.pdf
141-Article Text-919-1-10-20231001.pdf141-Article Text-919-1-10-20231001.pdf
141-Article Text-919-1-10-20231001.pdfLiaMeida
 
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASIPEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASIyizreel nicholas
 
Kontroversi hijab dalam al qur'an
Kontroversi hijab dalam al qur'anKontroversi hijab dalam al qur'an
Kontroversi hijab dalam al qur'anDodyk Fallen
 
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Tamadun Islam dan Tamadun AsiaTamadun Islam dan Tamadun Asia
Tamadun Islam dan Tamadun Asiasitimuthiah5
 
ANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPS
ANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPSANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPS
ANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPSEs Es Mamamia
 
Tata Krama dalam berpakaian menurut islam
Tata Krama dalam berpakaian menurut islamTata Krama dalam berpakaian menurut islam
Tata Krama dalam berpakaian menurut islamDinda R P
 
Ajaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnyaAjaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnyaFaizah Yahya
 
Aliran Islam Dan Pembangunan Manusia Kontemporari
Aliran Islam Dan Pembangunan Manusia KontemporariAliran Islam Dan Pembangunan Manusia Kontemporari
Aliran Islam Dan Pembangunan Manusia Kontemporariaikhwan5
 
Tugas ke 4
Tugas ke 4Tugas ke 4
Tugas ke 4ligardk
 

Similaire à Menutup Aurat Penting (20)

makalah agama
makalah agamamakalah agama
makalah agama
 
1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptx
1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptx1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptx
1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptx
 
Ahlak berpakaian
Ahlak berpakaianAhlak berpakaian
Ahlak berpakaian
 
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
Jawaban  s oal metodologi studi keislamanJawaban  s oal metodologi studi keislaman
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
 
Busana muslim
Busana muslimBusana muslim
Busana muslim
 
Kep.islami edit.pptx
Kep.islami edit.pptxKep.islami edit.pptx
Kep.islami edit.pptx
 
kelompok 6 agama.pptx
kelompok 6 agama.pptxkelompok 6 agama.pptx
kelompok 6 agama.pptx
 
141-Article Text-919-1-10-20231001.pdf
141-Article Text-919-1-10-20231001.pdf141-Article Text-919-1-10-20231001.pdf
141-Article Text-919-1-10-20231001.pdf
 
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASIPEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
 
Makalah agama
Makalah agamaMakalah agama
Makalah agama
 
Kontroversi hijab dalam al qur'an
Kontroversi hijab dalam al qur'anKontroversi hijab dalam al qur'an
Kontroversi hijab dalam al qur'an
 
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Tamadun Islam dan Tamadun AsiaTamadun Islam dan Tamadun Asia
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
 
ANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPS
ANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPSANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPS
ANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPS
 
Tata Krama dalam berpakaian menurut islam
Tata Krama dalam berpakaian menurut islamTata Krama dalam berpakaian menurut islam
Tata Krama dalam berpakaian menurut islam
 
Ajaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnyaAjaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnya
 
Busana syari
Busana syariBusana syari
Busana syari
 
Adab berpakaian muslim
Adab berpakaian muslimAdab berpakaian muslim
Adab berpakaian muslim
 
Modul 4 x
Modul 4 xModul 4 x
Modul 4 x
 
Aliran Islam Dan Pembangunan Manusia Kontemporari
Aliran Islam Dan Pembangunan Manusia KontemporariAliran Islam Dan Pembangunan Manusia Kontemporari
Aliran Islam Dan Pembangunan Manusia Kontemporari
 
Tugas ke 4
Tugas ke 4Tugas ke 4
Tugas ke 4
 

Dernier

PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxPERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxAfifahNuri
 
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANKHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANGilbertFibriyantAdan
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Adam Hiola
 
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...RobertusLolok1
 
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxMateri akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxWahyuSolehudin1
 
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxSosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxMarto Marbun
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Adam Hiola
 
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxPRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxSaeful Malik
 

Dernier (8)

PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxPERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
 
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANKHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
 
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
 
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxMateri akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
 
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxSosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
 
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxPRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
 

Menutup Aurat Penting

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Manusia merupakan sebaik-baik kejadian yang dicipta oleh Allah subhanawataa’la (S.W.T). Firman Allah S.W.T: Al-Quran. At- Tinn 95:4 Maksudnya: “ Sesungguhnya Kami mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”. Berdasarkan ayat ini, manusia sebagai ciptaan-Nya sepatutnya berasa bersyukur di atas kurniaan ini. Oleh itu, salah satu cara menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T adalah melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala kemungkaran seperti menutup aurat. Menutup aurat merupakan tuntutan yang wajib dalam Islam. Jadi, apabila seseorang itu tidak menutup aurat pasti mengundang kemurkaan Allah S.W.T. Sebab itulah agama Islam menitikberatkan mengenai menutup aurat. Tetapi masyarakat Islam sekarang seolah-olah mengabaikan dan membelakangkan soal menutup aurat terutamanya cara berpakaian. Oleh sebab itu, kertas kerja ini akan membincangkan tuntutan menutup aurat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia antaranya adalah untuk mengetahui definisi aurat dari segi bahasa. Selain itu, kertas kerja ini juga akan menyatakan hukum menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut islam. Di samping itu, kertas kerja ini akan membincangkan punca-punca masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan-cadangan ke arah masyarakat yang menutup aurat.
  • 2. 2 2.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui definisi sebenar aurat. Selain itu, kajian ini akan membincangkan tentang hukum menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut Islam terhadap lelaki dan wanita. Di samping itu, kajian ini akan mengkaji punca-punca masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat Islam di Malaysia yang menutup aurat. 3.0 SKOP KAJIAN Kajian ini tertumpu kepada masyarakat Islam di Malaysia. Ini kerana, masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin mengabaikan aspek menutup aurat tidak kira lelaki mahupun wanita. Dalam Islam, kedua-dua golongan sama ada lelaki atau wanita wajib menutup aurat tidak kira di mana berada. 4.0 KAEDAH KAJIAN Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan di mana penyelidikan dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan. Bahan- bahan terdiri daripada buku, artikel, al- Quran dan hadis.
  • 3. 3 5.0 HASIL KAJIAN 5.1 Pendahuluan Setiap syariat yang ditetapkan Allah S.W.T itu telah lengkap dan indah. Ini kerana, setiap syariat itu pasti membawa kebaikan dan kemudahan kepada manusia. Setiap syariat yang dilarang pula pasti mengandungi keburukan. Namun begitu, pada akhir zaman ini manusia seolah- olah tidak mempedulikan lagi tuntutan Allah S.W.T dan Al- Quran. Contohnya dalam isu berpakaian. Ramai yang mengaku sebagai Islam tetapi batas- batas anggota badan yang perlu ditutup mereka abaikan. Ramai juga yang tahu menutup aurat, tetapi adakah mereka menutupnya dengan betul seperti yang ditetapkan oleh Allah S.W.T dan Rasul? Dengan pertambahan fesyen pakaian yang banyak khususnya tudung, maka aspek- aspek menutup aurat perlu dititikberatkan. Malah, ada kain tudung hanya gah setakat nama sahaja tetapi masih dikategorikan tidak menutup aurat apabila seseorang memakainya. Melihat senario ini, maka konsep berfesyen dan menutup aurat perlu ditekankan supaya masyarakat Islam mendapat penjelasan mengenai menutup aurat mengikut Islam dan perkara-perkara yang berkaitan dengan aurat yang betul dan menurut kehendak syarak. Dalam Islam fesyen tidak menjadi persoalan. Apa yang penting adalah menutup aurat. Berdasarkan situasi ini, penyelidik telah melakukan rujukan berpandukan resensi perpustakaan. Hasil daripada resensi perpustakaan, penyelidik telah mengenal pasti definisi sebenar aurat dari segi bahasa. Selain itu, penyelidik juga telah mengenal pasti hukum menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut Islam. Di samping itu, penyelidik juga telah menjumpai punca-puna masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat Islam yang menutup aurat.
  • 4. 4 5.2 Penemuan hasil kajian 5.2.1 Definisi Perkataan aurat berasal daripada bahasa Arab iaitu menerusi kata dasar “aar” yang bermaksud “sesuatu yang aib, cela dan dikeji dan patut disembunyikan sama ada ia berbentuk perbuatan, sifat atau perkataan” (Badawi, 1991). Selain daripada itu, aurat juga boleh didefinisikan sebagai “ bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat atau wajib ditutup menurut hukum Islam” (Kamus Dewan, 1994). Dapat disimpulkan di sini bahawa aurat adalah bahagian yang wajib ditutup dan haram dipandang. Apabila dikatakan wajib, maka perbuatan yang bertentangan dengannya adalah dikira berdosa. 5.3 Hukum menutup aurat Menutup aurat adalah wajib. Firman allah s.w.t: Al-Quran, Al-A’raf 7:26. Maksudnya:
  • 5. 5 Wahai anak- anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik- baiknya. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (limpahan kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangNya (dan bersyukur). 5.4 Ciri-ciri pakaian menurut islam 5.4.1 Lelaki Dalam Islam, kaum lelaki juga harus menjaga aurat mereka untuk mencapai “kesucian yang lebih baik” (Shaik Kadir, 2009). Ramai para ulama berpendapat bahawa aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut sahaja. Mengikut (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004), antara ciri-ciri pakaian lelaki adalah: I. Mestilah menutup seluruh auratnya iaitu bahagian di antara pusat dan lutut. II. Mestilah longgar sehingga tidak menampakkan apa yang dilindungi (aurat). III. Tidak memakai pakaian dan perhiasan daripada sutera dan emas. Islam sememangnya mengharamkan kaum lelaki memakai perhiasan daripada sutera dan emas. 5.4.2 Wanita
  • 6. 6 Mengikut (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004), antara ciri-ciri pakaian wanita yang telah digariskan oleh Islam adalah: I. Menutup seluruh bahagian anggota badan yang telah diperintahkan oleh syarak dan membuka bahagian yang dibenarkan sahaja. II. Pakaian longgar dan tidak jarang. III. Tidak menyerupai pakaian lelaki bagi wanita dan sebaliknya. 5.5 Punca-punca masyarakat Islam di Malaysia memakai pakaian yang tidak menutup aurat Antara punca-punca masyarakat Islam di Malaysia memakai pakaian yang tidak menutup aurat ialah: 5.51 Pengetahuan agama yang lemah Secara umumnya, masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menutup aurat berpunca daripada kekurangan pengetahuan agama. Walaupun ada pengetahuan tetapi masih lemah. Seperti sedia maklum, seseorang mendapat pendidikan agama secara tidak formal daripada ibu bapa mereka sendiri. Seterusnya mendapat didikan agama secara formal apabila memasuki alam persekolahan. Sikap ibu bapa yang hanya mementingkan pencapaian akademik sehingga aspek agama diabaikan menjauhkan lagi anak-anak dengan kepentingan menutup aurat. Menurut Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 ini menyebabkan anak-anak beranggapan bahawa soal agama tidak penting dalam kegiatan seharian. 5.5.2 Pengaruh media massa
  • 7. 7 Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan apa yang dipaparkan di dalam media massa seperti majalah-majalah dan televisyen (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Malah kebanyakan majalah-majalah dan televisyen sering menampilkan wanita yang tidak menutup aurat untuk mendapat publisiti. Kesannya masyarakat yang kurang pegangan agama terikut-ikut dengan budaya tidak menutup aurat. Tidak dinafikan media cetak dan elektronik memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat dan berita-berita dengan cepat, tetapi apabila melibatkan soal aurat, tidak sepatutnya gambar-gambar model yang tidak menutup aurat disiarkan. 5.5.3 Modenisasi Proses modenisasi yang dibawa oleh barat berjaya mempengaruhi masyarakat Islam khususnya, (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Setiap perkara yang dibawa oleh barat mempunyai agenda tersendiri. Barat menganggap menutup aurat telah mengongkong kebebasan wanita (Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, 2004). Bagi masyarakat Islam yang berfikiran sempit, mereka dengan yakin menerima dan bersetuju dengan apa yang dibawa oleh barat. Negara barat cuba sedaya upaya mencari jalan supaya masyarakat mengikut gaya hidup mereka. Bukan semua perkara yang dibawa negara barat tidak elok. Masyarakat Islam perlu mengekalkan budaya ketimuran yang mana lebih baik daripada negara barat. 6.0 Cadangan ke arah masyarakat Islam di Malaysia menutup aurat
  • 8. 8 Pakaian menutup aurat merupakan jaminan Allah S.W.T ke atas hamba-Nya daripada sebarang perkara yang tidak diingini. Di samping itu pakaian Islam merupakan lambang identiti seorang muslim dan muslimah. Pada zaman sekarang, penutupan aurat menjadi lebih penting kerana banyak unsur-unsur fitnah telah berlaku seperti jenayah rogol, sumbang mahram, seks sejenis dan bermacam-macam lagi (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Antara cadangannya adalah melibatkan: 6.1 Ibu bapa dan keluarga Ibu bapa memainkan peranan yang penting ke arah memastikan dan mendidik anak-anaknya berpakaian menutup aurat bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ini kerana kanak-kanak cepat belajar dan mudah untuk diajar berkaitan menutup aurat. Menurut Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 mengatakan suami pula bertanggungjawab ke atas isterinya. Seandainya ada bapa atau suami yang tidak melarang anak atau isteri mendedahkan aurat maka mereka termasuk golongan yang dayus. Berpakaian menutup aurat bukanlah diamalkan dalam beberapa keadaan tertentu atau terhad pada sesuatu waktu yang tertentu atau dipaksa apabila mencapai usia baligh. Suruhan menutup aurat hendaklah disertai dengan penerangan tentang perkaitannya dengan tuntutan agama. Tanpa pengetahuan agama, amalan menutup aurat ini mungkin bersifat sementara dan tidak memberi kesan yang baik kepada keperibadian anak tersebut bak kata pepatah “bagai mencurah air ke daun keladi”. Cara ini memberi kesan jangka masa panjang kerana apabila anak-anak mencapai usia baligh, mereka tidak akan berasa kekok, janggal, malu, rimas dan terbeban untuk berpakaian menutup aurat. Sebaliknya mereka akan berasa takut dan malu untuk mendedahkan aurat. 6.2 Masyarakat sekeliling
  • 9. 9 Masyarakat sekitar juga berperanan ke arah mewujudkan pemakaian menutup aurat. Menurut Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 setiap anggota masyarakat juga perlu mempraktikkan pakaian yang menutup aurat agar pemakaiannya akan menjadi majoriti yang besar. Selain itu, apabila setiap anggota masyarakat mementingkan kewajipan Islam ini, maka akan wujud kekuatan untuk menghalang atau menegur individu yang masih mendedahkan aurat. Selain itu, masyarakat yang prihatin akan menjadikan anak-anak jiran seperti anak-anak mereka sendiri. Mereka akan berasa bertanggungjawab menegur anak-anak jiran yang mendedahkan aurat di luar rumah ataupun di luar pengetahuan ibu bapa mereka. 6.3 Diri sendiri Diri sendiri merupakan faktor yang paling penting ke arah menerapkan kesedaran untuk berpakain menutup aurat (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Walaupun semua pihak telah memainkan peranan masing-masing tetapi jika individu itu dengan sendiri tidak berusaha untuk menutup aurat maka usaha ke arah mewujudkan masyarakat yang berpakaian menutup aurat akan gagal. Ini samalah dengan perumpamaan “hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih”. Berpakain menutup aurat sepatutnya dilakukan kerana Allah S.W.T. Sekiranya tidak kerana Allah S.W.T maka ia akan bersifat sementara dan berpakaian tersebut tidak dapat menghalang mereka daripada melakukan maksiat lain. Antara cara-cara adalah dengan berdoa kepada Allah S.wW.T agar diberi taufik dan hidayah selain daripada meminta di jauhkan daripada segala kemaksiatan. Mereka perlulah mempertingkatkan kefahaman tentang kewajipan menutup aurat dan cara-cara menutup aurat dengan betul. Kefahaman ini dapat dipertingkatkan dengan mengikuti kelas agama, membaca buku-buku agama dan membaca al-quran serta hadis. 7.0 Rumusan kajian
  • 10. 10 Kajian yang bertajuk “Tuntutan menutup aurat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia” telah dijalankan untuk mengetahui definisi sebenar menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut Islam. Di samping itu, kajian ini juga telah dijalankan adalah untuk mengenal pasti punca-punca masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat yang menutup aurat. Dalam proses menyiapkan kertas kerja ini, penyelidik menghadapi beberapa batasan ataupun kekangan. Antaranya adalah sumber rujukan yang terhad. Penyelidik hanya membuat rujukan kepada buku-buku dan juga al-Quran. Hal ini telah menghadkan penyelidik untuk mengetahui lebih mendalam berkaitan tajuk yang telah dipilih. Selain itu, batasan lain yang penyelidik hadapi ialah penyelidik tidak mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai masalah tidak menutup aurat. Ini disebabkan rujukan penyelidik hanya tertumpu kepada resensi perpustakaan sahaja iaitu berdasarkan buku-buku dan al-Quran. 8.0 PENUTUP Kesimpulannya, aurat merupakan sesuatu yang perlu dijaga dengan baik agar kehidupan di dunia ini dipenuhi dengan keberkatan dan tergolong dalam golongan yang terpuji di akhirat kelak. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani umatnya. Segeralah memohon keampunan Allah S.W.T. Syaitan merupakan musuh utama umat Islam. Jadi janganlah masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini mudah tertipu dengan godaan syaitan. Semua pihak seperti yang dibincangkan sebelum ini perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam mewujudkan masyarakat Islam yang menutup aurat supaya kehidupan di dunia ini diberkati Allah S.W.T. Yakinlah bahawa Allah S.W.T Maha Adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. 9.0 RUJUKAN
  • 11. 11 Al- Quran. Al- A’raf 7:26. Cetakan kedua belas. 2001. Kuala Lumpur: Darul Fikir. Al- Quran. At –Tinn 95: 4. Cetakan kedua belas. 2001. Kuala Lumpur: Darul Fikir. K.H.M. Ali Usman. Hadis Qudsi. 2002. Kuala Lumpur: Victory Agencie. Mohd Asri Zainul Abidin. 2004. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Shaik Kadir. 2009. Pendekatan Islam. Selangor: Marshall Cavendish Editions. Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. 2004. Aurat Kod Pakaian Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.