2. `
BIL PERKARA
• Lebih kurang 21 – 24 halaman (tidak termasuk muka surat
tajuk, abstrak, rujukan dan lampiran)
• 1.5 langkau (spacing) dan font New Times Roman saiz = 12
poin
• ‘comb’ binding dengan kulit nipis (soft cover) berwarna biru tua.
i Muka surat Tajuk (Title Page)
ii Abstrak (Abstract)
Bab
1 PENGENALAN (INTRODUCTION) [kira-kira 6-7 halaman]
• Penyataan Masalah Kajian (Statement of Research Problem)
• Soalan Penyelidikan atau Kajian (Research Question)
• Objektif Penyelidikan atau Kajian (Objectives of the Research)
• Kepentingan Penyelidikan atau Kajian (Significance of the
Research)
• Batasan Penyelidikan atau Kajian (Limitation of the Study)
Bab
2
TINJAUAN LITERATUR (LITERATURE REVIEW) [kira-kira 8-9
halaman]
Bab
3
METODOLOGI PENYELIDIKAN (RESEARCH METHODOLOGY)
[kira-kira 7-8 halaman]
• Rekabentuk Penyelidikan atau Kajian (Research Design)
• Sampel (Sample)
• Instrumen (Instuments) Contoh: soal selidik, ujian pencapaian,
skala sikap, senarai semak permerhatian, senarai semak temu bual
(perlu dilampirkan)
• Prosedur Pengumpulan Data (Data Collection Procedure)
3. • Analisis Data (Data Analysis)
Rujukan (References)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan kaedah talaqqi musyafahah dengan
menggunakan ICT terhadap penguasaan bacaan Al Quran kepada murid-murid tahun
satu di Sekolah Kebangsaan Taman Ria, Padang Serai. Kajian ini dijalankan kerana
terdapat murid yang lambat menguasai bacaan Al Quran walau pun sebelum memasuki
alam persekolahan di tahun satu mereka telah didedahkan dengan pelbagai kaedah bacaan
Al Quran seperti kaedah Baghdadi, kaedah Hattawiyah, kaedah Qiraati dan bermacam
lagi, tetapi tahap penguasaan bacaan mereka masih lagi rendah. Oleh itu kajian ini
diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan mereka dalam bacaan Al Quran.
Tinjauan awal akan dibuat kepada murid-murid Tahun satu yang berpencapaian rendah di
dalam peperiksaan pertengahan penggal. Hasil dari tinjauan itu seramai 40 orang murid
akan dipilih sebagai responden. Kemudian satu perancangan tindakan yang sesuai dengan
kemahiran tersebut akan dilaksanakan bagi membantu responden terbabit. Tindakan yang
telah dirancang mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid yang telah dipilih.
Tindakan tersebut akan dibahagikan kepada 3 peringkat. Peringkat pertama melalui
pemerhatian, peringkat kedua ujian pra dan peringkat yang ketiga ujian pos. Fokus utama
kajian ini ialah melalui kaedah Talaqqi musyafahah dengan menggunakan ICT . Adalah
4. diharapkan agar kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi panduan
kepada para pendidik khasnya.
BAB 1
1.1 PENGENALAN MASALAH KAJIAN
Pembelajaran Tilawah Al Quran di sekolah rendah merupakan sebahagian daripada
kandungan matapelajaran pendidikan Islam yang berasaskan Kurikulum Bersepadu
sekolah Rendah yang mengandungi 3 bahagian. Bahagian pertama ialah Tilawah Al
Quran yang memfokuskan aspek mengenal, menyebut, membaca, menulis huruf dan
perkataan. Aspek kedua membaca dan menghafaz ayat-ayat lazim dan aspek ketiga ialah
pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al Quran. Kini, penekanan kepada bidang Tilawah
al-Quran dalam kurikulum Pendidikan Islam semakin ketara berikutan daripada
keprihatinan tentang penguasaan Al Quran oleh mantan Perdana Menteri Malaysia
semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003
yang membawa kepada tercetusnya program j-QAF. Antara objektif program j-Qaf ialah,
semua pelajar Islam diharapkan dapat khatam Al Quran semasa berada pada peringkat
sekolah rendah lagi. Sebelum ini bidang Tilawah al-Quran hanya menjurus kepada
kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi
menyerahkan kepada masyarakat (Halim Na’am 2005).
Semasa di tahun satu dalam bidang tilawah Al Quran murid didedahkan dengan pelbagai
kemahiran seperti kemahiran mengenal, menyebut , menulis dan membaca, yang meliputi
5. Huruf Hijaiyah tunggal dari ا-ي , mengenal huruf hijaiyah tunggal pelbagai baris, huruf
hijaiyah bersambung yang pelbagai baris dan tanwin, membaca kalimah dan potongan
ayat pelbagai baris, bacaan surah, hafazan dan kefahaman surah. Walaubagaimana pun,
setelah di beri pendedahan selama 6 bulan masih terdapat murid yang tidak menguasai
kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan bagi
mengetahui dan mengesan bagaimana cara yang terbaik untuk meningkatkan kemahiran
murid-murid tahun 1 Teratai dalam penguasaan pembacaan Tilawah Al Quran dengan
fasih dan mengikut hukum tajwid.
1.2 MASALAH KAJIAN
Murid- murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Taman Ria, Padang Serai datang dari latar
belakang keluarga yang berbeza. 60% pelajar tinggal di kawasan taman perumahan kos
rendah di sekitar sekolah, manakala 40% lagi tinggal di kawasan kampung yang
berdekatan dengan sekolah. Pekerjaan ibu bapa juga berbeza antara satu sama lain.
Faktor-faktor ini memainkan peranan yang sangat penting terhadap pencapaian mereka di
sekolah. Terdapat sesetengah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap pembelajaran Al
Quran di rumah. Anak-anak mereka tidak pernah di ajar membaca Al Quran, sama ada
diajar sendiri atau pun dihantar mengikuti kelas Al Quran, mereka hanya mengharapkan
anak-anak belajar di sekolah. Terdapat juga murid yang telah didedahkan dengan
pembelajaran Al Quran semenjak berumur 4, 5 dan 6 tahun lagi, tetapi tahap penguasaan
Al Quran mereka masih belum mantap.
Masalah utama murid tahun 1 Teratai di Sekolah Kebangsaan Taman Ria ialah tidak
dapat membaca kalimah yang mempunyai pelbagai baris dengan betul dan fasih. Ingatan
mereka tidak terlalu lama, tambahan pula waktu yang diperuntukkan terlalu sedikit iaitu
2 jam seminggu. Sewajarnya ibu bapa perlu mengambil berat dalam masalah ini.Sabda
Rasulullah S.A.W “ Tidak ada suatu keuntungan bagi seseorang yang telah menjadikan
6. anaknya pandai membaca Al Quran, kecuali baginya pada hari kiamat akan diberkan
satu mahkota dari syurga”.
Bilangan murid di dalam kelas 1 teratai seramai 48 orang , jadi sukarlah guru untuk
memberi tumpuan. Mereka juga mudah jemu ketika proses pembelajaran berlaku.
Keadaan mudah lupa ketika proses mengulangkaji juga menjadi salah satu masalah
kepada pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al Quran.
Masalah ini boleh diatasi dengan menyediakan pemikiran, yang tenang serta berusaha
lebih dari sepatutnya. Ingatan boleh diperkuatkan dengan minat dan menumpukan kepada
maklumat yang disampaikan oleh guru. Guru pula perlu kreatif dalam menyediakan
bahan bantu mengajar yang boleh menarik minat murid seperti peralatan ICT. Kaedah
pengajaran yang berpusatkan guru akan menyebabkan pelajar kurang berpeluang melibatkan
diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Hal ini disokong oleh Azmi Ismail (2004).
Bonwell dan Eison (1991), Siegfried (1991) dalam Salemi, Siegfried, Kim Sosin, Walstad
dan Watts (2000) menyatakan bahawa pembelajaran aktif perlu dilaksanakan untuk
membantu pelajar untuk berfikir.
1.3 DEFINISI ATAU ISTILAH
Perkataan “ kaedah” bermaksud cara atau sistem dalam melakukan sesuatu
perbuatan ( Kamus Dewan, 2005:557). Mak Soon Sang (2002:51-52) pula
mendefinisakan kaedah sebagai cara atau peraturan untuk membuat sesuatu, kaedah juga
bermaksud satu siri tindakan guru yang sistematik, ia bercorak jangka pendek dan
merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan
yang dipilih. Tanpa kaedah yang terancang dan bersesuaian, sesuatu yang diusahakan itu
tidak mungkin sempurna hasilnya.
Talaqqi pada bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.
Talaqqi pada istilah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.
7. Musyafahah pada bahasa ialah sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari
pergerakan dua bibir, dan dari segi istilah pula bermaksud murid menerima pengajaran
secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir dan menyebutnya.
Menurut Mohd Alwi Yusoff (2001:6) Talaqqi dan Musyafahah bermaksud yang
belajar adalah murid, bukan gurunya, jadi setelah guru menerangkan pokok pengajaran
dan murid sudah jelas mengulangi beberapa kali, maka murid disuruh membaca sendiri
bahan berikutnya. Dalam mempelajari bacaan Al-Quran murid mesti berhadapan secara
langsung dengan gurunya. Haji Abdul Qadir Leong (Al Azhari) (1998:109) Syarat yang
Wajib untuk mempelajari membaca Al Quran adalah secara Talaqqi dan Musayfahah
yakni pengambilan bacaan dari mulut ke mulut. Terdapat dua cara pengambilan bacaan
Al Quran:
Pengajaran berasaskan ICT ialah satu kaedah atau media penyampaian guru kepada para
pelajar bermasalah dengan menggunakan pakej perisian multimedia dengan sokongan
perkakasan ICT seperti komputer riba, projektor paparan cecair kristal (LCD) dan skrin
papan putih supaya persembahan multimedia tersebut dapat dipaparkan kepada
keseluruhan pelajar bermasalah dalam sesebuah kelas.
1.4 SOALAN KAJIAN
1.5 OJEKTIF KAJIAN
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu,
beriman, berketrampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan Al
Quran dan As Sunnah sebagai hamba dan Khalifah Allah yang bertaqwa dan
menyumbang kepada tamaddun bangsa dan negara. Oleh itu model Tasmik yang
menekankan kaedah talaqqi musyafahah adalah sebahagian daripada usaha khusus ke
arah memenuhi matlamat dasar-dasar kerajaan dan hasrat Kementerian Pelajaran
8. Malaysia yang mahukan model-model j-QAF ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah Talaqqi dan Musayafahah
sebagai kaedah pembelajaran membaca Al Quran di sekolah rendah. Hasil daripada
kajian yang akan dijalankan ini kemudiannya akan dijadikan suatu rumusan bagi
menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran kaedah talaqqi dan musyafahah
berasaskan buku Iqra’ melalui pendekatan ciri-ciri kaedah Iqra’, di dalam usaha
memantapkan lagi penguasaan bacaan Al Quran dikalangan pelajar, juga dilihat dapat
memberi pengukuhan dan pengayaan dalam memastikan murid tahap satu menguasai
objektif dan sukatan pelajaran Pendidikan Islam.
1.7 BATASAN KAJIAN
…………………………………………………………………………………………………
Mengikut sumber dan literatur berkaitan, pengajaran menggunakan multimedia dipercayai
mampu merangsang pembelajaran dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar.
Namun, bukti nyata yang menyokong atau menyangkal pernyataan ini khususnya di kalangan
pelajar berisiko masih lagi kurang. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji perbandingan
pengajaran Matematik berasaskan multimedia dan tradisional ke atas pencapaian Matematik dan
sikap Matematik khususnya di kalangan para pelajar berisiko. Kaedah yang digunakan dalam
kajian ini berbentuk eksperimen kuasi yang berlangsung selama 10 minggu dan melibatkan 54
orang pelajar. Ujian pencapaian Matematik dan soal selidik sikap Matematik digunakan sebagai
instrumen. Data dianalisis menggunakan teknik ujian-t berpasangan dan ANCOVA. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam
kedua-dua kelas Matematik berasaskan multimedia dan tradisional. Namun, pencapaian
Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia tidak berbeza secara
signifikan dengan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan
tradisional. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sikap terhadap
Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia, sebaliknya berlaku
penurunan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan
9. tradisional. Walau bagaimanapun, kajian mendapati sikap Matematik pelajar berisiko dalam kelas
Matematik berasaskan multimedia juga tidak berbeza secara signifikan dengan sikap Matematik
pelajar berisiko di dalam kelas Matematik berasaskan tradisional.
Kata Kunci: Pengajaran Berasaskan Multimedia, Pengajaran Berasakan Tradisional, Pencapaian
Matematik, Sikap Matematik, Pelajar Berisiko
ABSTRACT
PENGENALAN
Pencapaian yang rendah sering dikaitkan dengan pelajar berisiko di mana secara langsung mereka
ini tidak dapat mencapai matlamat program pendidikan (Solon Community School District,
2003). Menurut sumber Pembangunan Pendidikan 2001-2010, salah satu punca masalah ini
adalah kerana majoriti guru masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional dan kurang
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menarik minat dan tidak mampu
merangsang proses pembelajaran pelajar di dalam mata pelajaran tersebut (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2001). Malah strategi pengajaran ini juga dikenal pasti menjadi punca para
pelajar lemah akademik atau berisiko menjadi kurang bermotivasi terhadap pelajaran yang
dikendalikan secara tradisional (Zaidatol Akmaliah 2005).
Sebaliknya, kajian pengajaran dan pembelajaran menggunakan multimedia sering dikatakan
amat berkesan berbanding dengan kaedah tradisional (Bagui 1998; Flecther 2003; Mayer 2002).
Kajian dalam dan luar negara juga menunjukkan bahawa penggunaan multimedia seperti perisian
pengajaran multimedia mampu meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam akademik
(Jamalludin dan Zaidatun 2003; Macaulay 2002; Al-Mikhlafi 2006). Dapatan kajian ini seolah-
olah memberi suatu penunjuk, andaian dan gambaran berita gembira bagi membantu para pelajar
yang berpencapaian rendah dalam akademik khususnya bagi mata pelajaran yang penting seperti
Matematik.
Namun, dakwaan yang menyatakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia
adalah berkesan pada hakikatnya, tidak menyeluruh kepada segenap lapisan pelajar termasuklah
pelajar yang lemah pencapaian akademik yang dilabelkan sebagai pelajar berisiko. Ini kerana,
dalam konteks kajian di Malaysia, banyak kajian pengajaran dan pembelajaran berasakan
multimedia hanya memfokuskan kepada para pelajar yang berada di sekolah-sekolah Bestari yang
sudah sedia maklum bahawa sekolah ini adalah berasaskan penggunaan ICT dan multimedia
(Shiung & Ling 2005). Malah, pelbagai kajian yang telah dilanjutkan sekalipun banyak memberi
tumpuan kepada pelajar aliran kelas pandai yang sudah sedia maklum bahawa mereka ini tidak
mempunyai masalah dalam pencapaian akademik.
Al-Mikhlafi (2006), menyatakan bahawa kesan penggunaan multimedia terhadap
pembelajaran tidak semestinya berkesan dan konsisten sebagaimana yang diperoleh daripada
hasil dapatan kajian lepas kerana keberkesanannya juga, bergantung kepada kumpulan pelajar
yang menggunakannya. Justeru, dapatan kajian tentang penggunaan multimedia di dalam kelas
adalah lebih baik berbanding kaedah tradisional ke atas pencapaian dan sikap pelajar, hakikatnya
masih lagi belum jelas dan tidak menyeluruh seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan dapatan
kajian sebelum ini.
Bertitik tolak berasaskan masalah tersebut, maka kajian pengajaran dan pembelajaran
menggunakan multimedia diketengahkan bagi melihat sejauh mana kesannya ke atas pencapaian,
sikap Matematik khususnya bagi pelajar berisiko yang terdiri daripada pelajar aliran kelas paling
lemah. Seterusnya, kajian ini boleh dijadikan kajian perintis bagi menjawab isu keberkesanan
penggunaan multimedia yang lebih konsisten dan bersifat global di mana keberkesanannya
mencakupi segenap lapisan pelajar tidak kira sama ada pelajar aliran lemah mahupun pandai.
OBJEKTIF
10. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kesan perbandingan pengajaran Matematik
berasaskan multimedia dan tradisional terhadap pencapaian dan sikap pelajar berisiko terhadap
Matematik.
11. 81
KERANGKA TEORI
MODEL SALURAN DUAAN PEMBELAJARAN MULTIMEDIA
Sistem kognitif manusia mengandungi dua saluran berbeza untuk mewakili dan memanipulasi
pengetahuan iaitu saluran visual-bergambar dan saluran lisan-pendengaran. Mayer dan Sims
(1994), menyatakan bahawa gambar memasuki sistem kognitif melalui deria mata
berkemungkinan akan diproses sebagai perwakilan visual dalam saluran visual-bergambar,
manakala percakapan perkataan pula, memasuki sistem kognitif melalui telinga dan
berkemungkinan akan diproses sebagai perwakilan lisan dalam saluran lisan-pendengaran.
Justeru, ia akan mengekalkan daya ingatan dalam tempoh lama dan seterusnya dapat meningkatan
prestasi seseorang individu (lihat Rajah 1).
Rajah1. Model Saluran Duaan Pembelajaran Multimedia
(Sumber: Mayer & Sims, 1994)
Ingatan Kerja
Sistem perwakilan mental lisan
Persembahan lisan
Prestasi
Sistem perwakilan mental visual
Persembahan visual
Ingatan jangka panjang
KONSEP MULTIMEDIA DENGAN DOMAIN PENGETAHUAN DAN
KECENDERUNGAN BELAJAR YANG RENDAH
Maklumat berasaskan multimedia didapati lebih efektif untuk pelajar yang mempunyai
pengetahuan lepas atau kecenderungan belajar yang rendah dalam bidang yang dipelajari. Mayer
(1993) mempercayai bahawa ini adalah kerana multimedia membantu pelajar yang mempunyai
domain pengetahuan yang rendah untuk menghubungkan pengetahuan baru yang akan dipelajari
dengan pengetahuan yang lepas. Sebaliknya, pelajar yang mempunyai domain pengetahuan yang
tinggi tidak memerlukan bantuan multimedia kerana mereka mempunyai sumber yang kaya
dengan pengetahuan lepas yang boleh dihubungkan terus dengan pengetahuan yang baru. Pelajar
ini juga lebih gemar untuk mengetahui yang mana satu maklumat yang penting dan yang mana
satu maklumat yang mereka perlu fokus dan memberi perhatian tanpa memerlukan bantuan
maklumat berasaskan multimedia.
Menurut Singh (2003), pengajaran multimedia adalah bersesuaian:
1. Apabila pelajar mempunyai domain pengetahuan lepas dan kecenderungan pembelajaran yang
rendah.
Apabila multimedia digunakan dengan pelajar yang mempunyai domain pengetahuan lepas yang
rendah, multimedia membantu pelajar bagi membentuk model mental dan menghubungkan
dengan domain pengetahuan yang baru. Mereka akan menjadi lebih baik untuk
menggambarkan aktiviti dalam domain pengetahuan dan mempelajari daripadanya. Dengan
kata lain, pelajar dengan domain pengetahuan lepas dan berkecenderungan tinggi akan lebih
berupaya membina model mental domain pengetahun tanpa bantuan luaran seperti
penggunaan multimedia. Jadi, kos dan hasil dalam pengajaran multimedia akan menjadi tidak
bermakna bagi mereka.
2. Apabila pelajar mempunyai motivasi yang rendah
Pembelajaran yang menyeronokkan adalah sangat penting bagi pelajar mempunyai motivasi
belajar yang rendah. Pembelajaran yang menyeronokkan akan menjadikan pelajar lebih
seronok untuk belajar dengan cara atau gaya pembelajaran mereka sendiri (Tan & Leong
2003). Penggunaan gambar, animasi dan bunyi boleh membantu pelajar belajar dengan lebih
12. seronok tentang domain pengetahuan yang baru. Pengajaran berasaskan multimedia boleh
membantu pelajar lebih bermotivasi dalam pembelajarannya. Sebaliknya, pelajar yang
bermotivasi tinggi tidak semestinya memerlukan bantuan elemen multimedia bagi membantu
mereka belajar dengan lebih seronok tetapi cukup sekadar pengajaran yang membolehkan
mereka memahami sesuatu domain pengetahuan yang baru walaupun pengajaran yang
diberikan adalah dalam bentuk teks sahaja.
DEFINISI ISTILAH
PENGAJARAN BERASASKAN MULTIMEDIA
Secara amnya, multimedia menggunakan pelbagai format media untuk mempersembahkan
sesuatu maklumat (Hede dan Hede 2002; Havice 1999). Ramai pendidik melihat bahawa
multimedia adalah sebahagian daripada kombinasi sumber teknologi, di mana termasuklah
elemen media seperti teks, grafik, animasi, video, bunyi, sistem pengajaran dan sistem sokongan
berasaskan komputer (Neo dan Rafi, 2007). Dalam kajian ini, pengajaran berasaskan multimedia
ialah satu kaedah atau media penyampaian guru kepada para pelajar berisiko dengan
menggunakan pakej perisian multimedia kursus Matematik tingkatan dua yang telah disediakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan sokongan perkakasan ICT yang lain seperti
komputer riba, projektor paparan cecair kristal (LCD) dan skrin papan putih supaya persembahan
multimedia tersebut dapat dipaparkan kepada keseluruhan pelajar berisiko dalam sesebuah kelas.
PENGAJARAN BERASASKAN TRADISIONAL
Havice (1999) mengklasifikasikan bahawa pengajaran secara tradisional melibatkan penggunaan
buku teks dan kaedah pengkuliahan sahaja. Stinson & Claus (2000) menyatakan bahawa
peralatan dalam kelas tradisional dilengkapi dengan barisan kerusi dan meja berserta dengan
papan tulis di hadapannya. Menurut Neo & Rafi (2007) pula, pengajaran dan pembelajaran secara
tradisional merupakan kaedah ‘kapur dan cakap’ atau kaedah menggunakan transperansi (OHP),
manakala media yang digunakan adalah buku bercetak. Dalam kajian ini, pengajaran berasaskan
tradisional merupakan kaedah penyampaian guru bagi mata pelajaran Matematik kepada para
pelajar berisiko, menggunakan peralatan yang lazim terdapat di semua sekolah seperti papan
hitam, kapur tulis dan buku teks Matematik tingkatan dua.
PENCAPAIAN
Pencapaian adalah ukuran seseorang individu tentang apa yang diketahuinya setelah mengikuti
sesuatu kursus ataupun latihan (Glossary of Terms 2008). Mengikut Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM), pencapaian akademik seseorang pelajar bagi peringkat Penilaian Menengah
Rendah (PMR) bermaksud skor atau gred yang diperoleh berdasarkan sistem piawaian gred
(ABCDE) bagi setiap mata pelajaran melalui sebuah peperiksaan khusus. Dalam kajian ini,
pencapaian yang ingin dilihat secara khusus ialah pencapaian Matematik pelajar yang diperoleh
daripada skor dan gred mengikut sistem pengredan A,B,C,D (lulus) dan E (gagal) berdasarkan
status atau takrif yang ditetapkan oleh LPM seperti yang dilihat dalam Jadual 1. Julat
permarkahan pula adalah berdasarkan sistem pemarkahan yang ditetapkan oleh kebanyakan
sekolah di Malaysia seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Serdang dan SMK Sri
Indah, Serdang di Selangor. Pencapaian Matematik yang diukur dalam kajian ini adalah
berdasarkan soalan ujian yang diberikan kepada para pelajar berisiko berkaitan tiga topik khusus
yang terdapat dalam CD-ROM
13. 83
multimedia dan buku teks Matematik tingkatan 2 iaitu Chapter 1: Directed Numbers;
http://www.scribd.com/doc/36171753/Pendidikan#fullscreen:on
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
BAB3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 REKABENTUK KAJIAN
3.2 SAMPEL KAJIAN
3.3 INSTRUMEN KAJIAN
SOAL SELIDIK, UJIAN PENCAPAIAN, SKALA SIKAP, SENARAI SEMAK
PEMERHATIAN, SENARAI SEMAK TEMU BUAL PERLU LAMPIRAN
3.4 PROSES PENGUMPULAN DATA