1. Amalan pemakanan yang berlebihan dan gaya hidup yang kurang teratur boleh
mendedahkan seseorang kepada pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis,sakit
jantung, kegemukan, kanser dan darah tinggi.
Pengambilan gula yang berlebihan menyebabkan seseorang itu menghidap
penyakit kencing manis. Penyakit ini tiada penawarnya. Pesakit hanya boleh mengawal
kandungan gula dalam darah dengan mengurangkan pengambilan makanan yang
mengandungi gula.
Memakan makanan yang mengandungi lemak dan garam yang berlebihkan pula
boleh menyebabkan penyakit darah tinggi. Makanan yang mengandungi lemak yang
tinggi boleh menyebabkan kegemukan dan sakit jantung. Perjalanan darah dari jantung ke
seluruh badan boleh tersekat apabila lemak yang melekat pada saluran darah menebal. Ini
merupakan punca seseorang itu diserang sakit jantung.
Sudah diketahui umum bahawa asap rokok mengandungi bahan beracun. Bahan
tersebut yang terdapat dalam asap rokok akan melekat pada paru-paru. Ini menyebabkan
proses penyerapan oksigen dalam paru-paru terganggu. Daripada maklumat yang
diperolehi, kebanyakan penghisap rokok menghidapi kanser paru-paru.
Kecergasan juga merupakan faktor utama dalam menentukan kesihatan seseorang.
Untuk mencapai kecergasan yang tinggi, seseorang itu harus bersenam. Apabila
bersenam, kita dapat menukar lemak an gula dlam badan kepada tenaga. Jika ini
dilakukan berterusan maka pengambilan lemak dan gula dapat diseimbangkan dengan
penggunaan tenaga. Senaman bolen menjadikan jantung kita sihat dan kuat. Jantung yang
sihat dapat mengepam darah ke seluruh bandan dengan lebih cepat dan lacar. Kita
hendaklan sentisa menjaga makanan dan kesihatan agar kita sentiasa sihat.