SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
Konsep tamadun islam
Tamadun Islam tidak berlaku atau terbina melalui proses yang lazim seperti tamadun - tamadun lain,
tamadun islam Terbina di atas prinsip yang luhur dan merangkumi matlamat yg jelas sepertimenekankan
pencapaian hidup manusia dan kesejahteraan di akhirat.
Asas-asastamadun islam
Tamadun Islam mempunyai asas-asas yang kukuh yang membolehkannya menjadi satu tamadun yang
hebat di dunia. Antara asas tersebut adalah :
Akidah
Merupakan iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah.
Akidah merupakan asas tamadun islam yang paling utama sekali. Kekuatan akidah dapat membantu
manusia membezakan antara yang buruk dan yang baik dan dapat membina tamadun dengan cara yang
diredhai.
Syariah
Syariah pula merupakan asas Tamadun Islam yang kedua penting selepas akidah. Ia mengandungi
peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dipatuhi dan
dilaksanakan oleh manusia. Sifatnya yang muktamad menyebabkan manusia tidak berhak mengubahnya.
Segala masalah yang timbul semasa proses pertamadunan dapat diatasi dengan adanya syariah.
Akhlak
Menurut Islam, akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk praktis. Segala perilaku
dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk membina tamadun yang kukuh dan disegani.
Ilmu pengetahuan
Ilmu menurut perspektif Islam hendaklah bermula dari ilmu yang sifatnya rabbani ( ketuhanan ).
Keilmuan mengikut Tamadun Islam merupakan nilai yang tidak terpisah dari Islam. Akidah Islam tegak
di atas keilmuan. Perhatian Islam terhadap kepentingan ilmu jelas di dalam Al-quran. Dalam surah Al-
Alaq, terdapat perkataan Iqra’ ( bacalah ) dan Qalam ( pena ). Ilmu yang tinggi dapat menyuburkan daya
keimanan dan pemikiran seorang pembina tamadun. Oleh kerana kepentingan ilmu memberi kebaikan
masa hidup dan mati manusia, Islam mewajibkan ke atas setiap muslim menuntut ilmu pengetahuan (3).
Sumber - sumber tamadun islam
Al – Quran
merupakan sumber utama kepada kelahiran tamadun islam, Al – Quran merupakan sumber hukum yang
paling utama yang diberikan kepada manusia oleh Allah S.W.T. Selain itu, Al – Quran juga merupakan
kalam Allah yang berbentuk saranan,suruhan, larangan, kisah tauladan sumber rujukan ilmu dan
sebagainya. Seterusnya,Al – Quran mengandungi syariah islam yang merangkumi semua aspek
kehidupan, ketuhanan, ibadah, alam ghaib dan sebagainya.
Sunnah
Al-Sunnah adalah segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu perbuatan,
perkataan dan sifat keperibadian baginda. Al-Sunnah berperanan menjelaskan perkara-perkara yang tidak
dijelaskan dalam Al-Quran. Selain itu, peranan Al-Sunnah adalah untuk memberi tafsiran bagaimana
untuk melaksanakan sesuatu yang kurang jelas di dalam Al-Quran.
Ijmak
ijmak ialah persetujuan atau permuafakatan para mujahidin umat Nabi Muhammad SAW selepas
kewafatan baginda untuk mengeluarkan hokum atau fatwa bagi mnyelesaikan masalah umat islam.
Selaraslah dengan firmah Allah SWT dalam surah an – Nisa’ ayat 59 yang bermaksud :
“ kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika
kamu benar – benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih
baik akibatnya.”
Qias
Qias bermaksud penetapan sesuatu hokum yang tertentu pada masa yang lain kerana persamaan kedua –
duanya dari segi ‘ilah.
Ijtihad
Merupakan penyelesaian sesuatu isu atau masalah oleh para mujtahidin apabila terdapat beberapa masalah
baharu yang melibatkan kehidupan umat islam yang Al – Quran dan hadis hanya menyebut dalil secara
umum sahaja. Para mujtahid merupakan sekumpulan pakar atau pemikir islam yang sangat tinggi ahklak
dan ilmunya dan diberikan autoriti dalam mengeluarkan fatwa dan pendapat.
Akal atau pemikiran
Selepas Al – Quran dan sunnah, akal pemikiran pula adalah sumber kedua terpenting selepas kedua
sumber tersebut, bagi membentuk tamadun islam. Ini kerana ilmu pengetahuan yang dikuasai oleh
seseorang melalui akal fikirannya dapat menghasilkan tamadun dengan membentuk dan melahirkan
sesuatu idea yang baharu.
Tamadun lain dan penemuan baharu
Penemuan baru dalam berbagai bidang hasil penemuan dan penyelidikan boleh dijadikan sumber
Tamadun Islam. Sains dan teknologi boleh diterima selagi tidak melanggar prinsip-prinsip Islam. Warisan
yang baik boleh diambil dan diterima untuk Tamadun Islam. Contohnya bentuk-bentuk bangunan yang
berunsur / lambang sesuatu bangsa. Boleh diterima dalam Tamadun Islam setelah diubah sesuai dengan
kehendak dan acuan Islam sendiri. Banyak ciptaan-ciptaan baru dihasilkan pada zaman kegemilangan
kerajaan Abbasiah dan kerajaan Islam di Sepanyol. Sejarah membuktikan bahawa banyak monumen-
monumen tamadun daripada Greek, Rom, China, Iran dan India telah diterima sebagai sumber Tamadun
Islam, Sumber-sumber tersebut menjadi bahan pemikiran untuk menghasilkan Tamadun baru. Semua
bahan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam diterima sebagaisumber tamadun.
Penemuan dan Penciptaan Baru
Allah menganugerahkan kepada setiap hamba-Nya dengan bakat tertentu. Kepelbagaian bakat yang ada
pada manusia membolehkan mereka merekacipta sesuatu mengikut kebolehan masing-masing. Umat
Islam telah berjaya menghasilkan pelbagai ciptaan yang berpaksikan aqidah, syarak, dan akhlak serta
bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah sepertiteknologi pelayaran, penyelidikan angkasa lepas (falak),
pertanian, saliran, timbangan, perubatan, dan lain-lain (Mustapha KamalAhmad Kassim & Zahiah Haris
@ Harith, 2012). Kreativiti umat Islam meliputi penghasilan baru dalam bidang sains dan teknologi.
Penemuan ini adalah hasil daripada penyelidikan, penjelajahan, dan penerokaan seluruh alam dari bumi
hinggalah ke angkasa lepas. Penemuan ini merupakan sebahagian sunnatullah atau undang-undang Allah.
Akhirnya, segala penemuan ini akan menghasilkan penciptaan baru yang juga anugerah Allah terhadap
manusia.
Pengubahsuauaian dan penyempurnaan semula
Pengubahsuaian dan penyempurnaan semula merupakan sumber terakhir Tamadun Islam. Umpamanya,
setelah wilayah Islam berkembang luas, umat Islam terdedah kepada pelbagai tamadun asing yang tinggi
mutunya seperti tamadun Rom dan Parsi(Iran). Mereka telah melalui pencapaian yang tinggi seperti
dalam bidang sains, perubatan, seni bina, pengurusan, dan pentadbiran. Umat Islam tiada pilihan lain,
melainkan mempelajari dan menguasai pencapaian mereka itu. Selepas itu mereka melakukan
pengubahsuaian dan penyempurnaan semula agar sesuaidengan aqidah, syarak,dan akhlak Islam. Inilah
beberapa keistimewaan dan uniknya sumber Tamadun Islam. Tamadun lain lahir daripada satu sumber
sahaja, iaitu sumber alam. Sebaliknya, tamadun Islam lahir daripada pelbagai sumber yang disebut di atas.
Matlamattamadun islam
Hubungan Manusia dengan Allah
Manusia dapat mengenal Allah melalui rukun iman yang enam dan berhubung dengannya melalui rukun
Islam yang lima. Pelaksanaan rukun Islam yang lima membuktikan ketinggian iman dan daya kegigihan
untuk mematuhi , menyembah dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Hubungan Manusia Dengan Manusia
Allah S.W.T mengatur cara bagaimana manusia itu berinteraksi di antara satu sama lain dalam
membentuk keluarga , jiran , masyarakat , negara , ekonomi kebudayaan dan pendidikan. Pematuhan
syarak penting ke arah pembentukan masyarakat dan tamadun khalifah Allah di muka bumi.
Kesempurnaan masyarakat hanya dapat disempurnakan dengan adanya tolong-menolong , kerjasama dan
perpaduan.
Hubungan Manusia Dengan Alam
Allah menetapkan bagaimana manusia harus bertingkahlaku apabila berhadapan dengan alam. Segala
yang ada di lautan dan di daratan dijadikan oleh Allah untuk kepentingan dan kebahagiaan manusia.
Penerokaan angkasa lepas , cari gali di perut bumi dan lain-lain.
Konsep tamadun melayu
Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan
secara luas sebagaikumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara.
Wilayah ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan
Melayu-Indonesia, Nusantara,Alam Melayu dan Tanah Jawi(Azam Hamzah, 1997). Menurut Tenas
Effendy (2004) Istilah Melayu mempunyai maksud yang dalam dan luas. Sebahagian pengkaji
menegaskan, pada istilah Melayu terdapat dua pengertian, iaitu ‘Melayu’ dan ‘kemelayuan’. ‘Melayu’
dimaksudkan sebagai satu rumpun bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu, sementara
‘kemelayuan’ mengandungi erti ‘nilai anutan’ dan ‘jati diri Melayu’. istilah Melayu juga boleh ditakrifkan
berdasarkan kriteria mengikut rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu. Pelbagai suku yang tergolong
dalam Melayu-Indonesia seperti Jawa,Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau, Murut, Bugis, Sasak,
Melanau, Iban, Sulu dan sebagainya.
Sumber - sumber tamadun melayu
Tamadun Melayu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
(a) wujudnya sistem perundangan yang jelas dan teratur serta sistem nilai melalui etika dan moral yang
berwibawa, dikuatkuasakan untuk kemakmuran dari semua perlakuan dan tindak tanduk masyarakat
Melayu dalam segala aktiviti.
(b) kemajuan ilmu pengetuahan melalui lahir dan berkembangnya daya kreativiti dalam pencipataan sains,
teknologi, kesenian, kesusasteraan, falsafah, dan sebagainya.
(c) terdapat penempatan masyarakat Melayu di sesuatu atau beberapa kawasan yang disatukan menjadi
bandar, kota atau negara kota serta mempunyai pusat pentadbiran yang tersusun.
(d) jangka hayat tamadun Melayu yang stabil dan panjang.
(e) wujudnya sistem organisasi sosial dan institusi sosial yang kukuh dalam bidang pentadbiran, ekonomi,
politik, pendidikan, agama dan sebagainya.
(f) penggunaan sistem tulisan, komunikasi dan bahasa yang sama atau serumpun.
(g) peningkatan kualiti hidup melalui pendidikan, kesihatanperekonomian
(h) terdapatnya sistem kepercayaan agama (Islam) dan amalan beragama.
Tamadun melayu asas tamadun Malaysia
Tamadun Melayu yang sedang kita saksikan sekarang ini adalah bertunjangkan kepada Tamadun Melayu
yang telah dibina sekian lama berdasarkan kepada kronologi persejarahan. Tamadun Melayu adalah
tamadun yang bersifat sejagag, dibangunkan oleh bangsa Melayu itu sendiri berteraskan bahasa Melayu,
berbudaya Melayu dan beragama Islam. Pemahaman terhadap Tamadun Melayu sebagai satu tamadun
bangsa di rantau Alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman terhadap Tamadun Islam. Ini kerana
kemunculan Tamadun Melayu bertitik tolak dari penerimaan Islam oleh masyarakat rantau Alam Melayu
secara keseluruhannya. Manakala Tamadun Malaysia pula dibentuk berdasarkan unsur-unsur Melayu yang
dikaitkan dengan keagamaan,keunggulan identiti diri, kesenian dan budaya, nilai politik dan perundangan.
Agama Islam
Agama Islam telah memainkan peranan yang penting dalam membina Tamadun Melayu. Tanpa kemasukan
agama Islam ke alam Melayu sudah tentunya pengaruh dan nilai Hinduisme-Buddhisme akan menjadi
anutan kepada masyarakat Melayu. Islam datang membawa perubahan secara drastik dengan menekankan
unsur-unsur akidah, akliah, persamaan sosial, keadilan, dan kemulian insan. Agama Islam yang bersifat
murunah sangat sesuaidengan jiwa dan budaya masyarakat Melayu yang bersifat lemah lembut dan saling
bertolak ansur. Dorongan belajar yang diketengahkan oleh Islam bermula dengan pengajaran membaca al-
Quran dan diselangselikan dengan membaca dan menyelongkar isi kandungan naskhah-naskhah kitab yang
telah ditulis oleh ulama terdahulu. Fahaman ini memberi ruang kepada masyarakat Melayu untuk lebih
banyak berfikir dan berdaya maju. Situasi ini telah mencetuskan fenomena baru
kepada perkembangan intelektual masyarakat Melayu. Pendidikan Islam yang bermula diistana telah
dikembangkan di masjid, madrasah, pondok, sekolah dan universiti.
Penerapan Nilai Jatidiri
Kelangsungan tamadun sesuatu bangsa terletak kepada kekuatan nilai jati diri. Jatidiri Melayu diasuh
melalui pengamalan lima rukun negara dan nilai patriotisme melalui persejarahanbangsa. Antara nilai yang
diketengahkan dan menjadi asas kepada pembentukan tamadun bangsa Melayu sebagai asas kepada
pembentukan Tamadun Malaysia seperti bertanggungjawab, jihad, istiqamah, ihsan, jujur dan ikhlas, adil,
bijaksana, bertolak ansur, cekap, produktif, dedikasi dan kerjasama. Jika diperhatikan secara halus,
pembentukan jati diri dan peribadi Melayu bertitik tolak daripada keluarga. Keluarga dilihat sebagai agen
sosialisasi utama dalam masyarakat. Apabila keluarga telah menjalankan tanggungjawab, ia telah
menyelesaikan sebahagian tuntutan dalam pembinaan ketamadunan bangsa. Oleh kerana masyarakat
Melayu telah dipengaruhi oleh Islam sebagai teras kehidupan, mereka telah menjadikan ajaran ini sebagai
nadi pembentukan nilai dan peradaban di samping nilai-nilai asalyang sedia ada dalam masyarakat Melayu
yang terkenal dengan sopan santun, hormat-menghormati, taat setia dan mesra.
Pemupukan Nilai Estetika dan Budaya
Masyarakat Melayu sangat terkenal dengan dengan seni estetika seperti seni sastera,seni lagu, seni tari,
seni ukiran, seni bina, seni hias serta seni drama. Sebagai contohnya, seni bina masjid banyak menerima
pengaruh dan kesan daripada seni reka Islam daripada Timur Tengah dari reka bentuk kubah, hiasan
mimbar, dan hiasan dalamannya. Selain itu seni ukir batu nisan dengan seni tulisan khat yang dihias indah
dengan bunga kerawang,seni lukisan yang dihasilkan daripada manifistasi alam. Warisan kesenian budaya
Melayu ini juga boleh dilihat dalam pelbagai bentuk hasil seni seperti pada tenunan, arca, ukiran, dan
barang-barang hiasan rumah. Seni lagu dan muzik di Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima
pengaruh Islam di samping seni kontemporari semasa seperti muzik dakwah, nasyid, qasidah, muzik
kroncong, muzik Melayu asli dan sebagainya. Keindahan melodi dan senikata mengenai unsur-unsur alam,
kemasyarakatandan unsur humanisme mampu meningkatkan imej dan keperibadian diri agarmendekatkan
diri kepada nilai-nilai murni. Begitu juga masyarakat Melayu terkenal dengan penciptaan peralatan seperti
rebana, kompang, kecapi, seruling, gambus, gambang, dan gong. Masyarakat Melayu juga kaya dengan
keindahan seni sastera seperti sajak, gurindam, syair, puisi, prosa, cerpen, cerita-cerita pedoman dan
nobel, juga kaligrafi tulisan Melayu klasik yang terpancar melalui tulisan
khat ayat-ayat al-Qur’an atau hadis-hadis Nabi.
Pembinaan Nilai Politik dan Perundangan
Kedatangan Islam di Alam Melayu turut merubah aspek politik dan perundangan. Pentadbiran negara mula
ditandai melalui kesulatanan Melayu Melaka. Melaka pada abad ke 13M terkenalsebagai pusat pentadiran
dan perundangan di kepulaun Melayu. Politik Islam melalui musyawwarah dalam membuat sebarang
keputusan telah diimplimentasikan disetiap jawbatan kerajaan di samping politik demokrasi dalam
menentukan dan memilih kepimpinan negara. Islam telah mempengaruhi perundangan Malaysia sejak
pemerintahan KerajaanMelayu Melaka. Sistem perundangan Islam yang dilaksana oleh Kesultanan Melaka
bukan sahaja berkisar dalam bidang kekeluargaan (munakahat), jual beli (muamalat), jenayah (jinayat) dan
kemasyarakatan (muamalat) malah melangkaui bidang-bidang sivil. Hal ini dibuktikan dengan adanya
naskhah Melayu dalam perundangan sepertiHukum Kanun Melaka,teks ini mengandungi 27 fasalundang-
undang, sementara Undang-undang Melaka yang tercatat pada naskhah yang terdapat dalam koleksi di
Muzium British mengandungi 44 fasal(Mahmood Saedon: 219). Menerusiteks ini dapat dibuat kesimpulan
bahawa undang-undang Kanun Melaka berdasarkan undang-undang Islam dari aliran mazhab Syafie,
namun unsur-unsur adat Melayu tidak dinafikan kewujudan dalam undang-undang Melayu.
Pembinaan Pembangunan Ekonomi
Dari aspek perekonomian, sekali lagi Melaka telah mencatatkan sejarah kegemilanganya dalam urusan
perdagananya dengan negara-negara penjajah daripada Eropah seperti; Belanda dan Inggeris, juga tidak
ketinggalan perdangannya dengan negara-negara daripada Timur tengah (Arab). Pelbagaijenis dan barang
perdanganan diperniagakan bagi memenuhi keperluan domistik sehingga ke peringkat antarabangsa seperti
barangan logam, rempah ratus, pembinaan, kayu kayan dan pertanian. Perkembangan pesat ekonomi
Semenanjung Tanah Melayu telah mencetuskan keperluan tenaga kerja di sektor-sektor perladangan dan
perlombongan. Bagi mengatasimasalah ini penjajah Inggeris telah membawa buruh-buruh asing khususnya
dari India dan Cina untuk memenuhi keperluan tenaga buruh. Tiga kelompok bangsa ini mudah dikenali
menerusi kegiatan ekonomi yang mereka usahakan dan penempatan warisan mereka sehingga membentuk
masyarakat majmuk. Pada tahun 1970 kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi
merapatkan jurang perbezaan ekonomi kalangan masyarakat Melayu (pertanian), masyarakat Cina
(Perniagaan) dan masyarakat India (Perladangan). Pengekspotan pertanian negara seperti timah, getah,
kelapa sawit, kelapa, juga perindusterian turut menyumbang kepada hasilnegara. Buat masa ini FELDA
dan PETRONAS menjadi peneraju utama dalam mengukuhkan pendapatan negara.
Pembinaan Institusi Pendidikan
Menurut Winstedt, bahasa Melayu sebelum kewujudan Islam di Alam Melayu ditulis dengan menggunakan
huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Pallava, India. Manakala tulisan Jawi mulai terkenal dalam
Tamadun Melayu selepas kedatangan Islam. Huruf Arab yang berasal dari al-Qur’an telah menggantikan
huruf Kawidan Nagari. Oleh itu, kedatanganIslam ke Alam Melayu ini telah melahirkan satubentuk tulisan
baru bagi masyarakat rantau ini yang dikenali sebagai tulisan jawi. Tulisan ini kemudiannya telah
digunakan secara meluas dalam bidang penulisan kitab-kitab agama Islam yang menjadi medium utama
penyebaran ajaran Islam di daerah Nusantara ini. Kedatangan penjajah Inggeris dengan membawa tulisan
rumi turut menjadi cabaran kepada tulisan jawi. Pihak British enggan mengiktiraf tulisan jawi kerana ia
mirip tulisan Arab yang dikaitkan dengan agama Islam. Kehadiran Inggeris dengan misi kristianisasi telah
gagal mengubah akidah orang Melayu yang sangat kuat perpegang dengan akidah Islam tetapi telah berjaya
menggantikan tulisan jawi dengan tulisan rumi. Asas penguasaan tulis-baca inilah yang menyebabkan
institusi pendidikan terus berkembang bermula daripada pendidikan di istana, rumah tok guru, sistem
pondok, sekolah Arab/agama, pendidikan Inggeris dan seterusnya tertubuhnya sekolah rendah dan
menengah, kolej, maktab dan universiti.
Konsep tamadun China
Sebagai mana tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia atau Sumeria
(Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), tamadun India (Lembah Sungai Indus), dan
tamadun Yunani (Eropah), tamadun Cinajuga merupakan salah sebuah tamadun yang tertua dan
berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka bumi ini. Tamadun Cina memiliki sifat-sifat
terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamik
walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan- perubahan
dalam proses perkembangan yang panjang. Namun, jauh daripada terserap oleh tamadun lain,
tamadun Cina mengekalkan identitinya sebagai suatu tamadun berkesinambungan dan kekal
pada keseluruhannya.
Sumber – sumber tamadun china
Bandar dan pertumbuhan penduduk, pertanian dan perniagaan
Majority penduduk china ialah petani yang mengusahakan tanah pertanian. Penanaman bijirin seperti
gandum, jaging dan sekoi telah ditemui ditanam di tanah tinggi china seperti di dataran Loes tinggi,
manakala padi telah ditanam di lembah Sungai Yangtze di bahagian utara dan selatan china.
Kerajaan atau pentadbiran yang teratur
Wilayah di Negara china yang luas telah dikecilkan melalui system negeri yang setiap negerinya
diperintah oleh seorang maharaja yang membentuk system dinasti. Bagi memudahkan pentadbiran negeri,
telah dipecahkan negeri ke beberapa bahagian. Rakyat pula membayar cukai hasil tanaman mereka
kepada maharaja sebagaibalasan keaamanan dan kesejahteraan hidup.
Organisasi sosial yang tersusun
Masyarakat china mempunyai organisasi sosial yang tersusun serta mempunyai lebih dari 56 etnik. Etnik
Han yang terkenal dengan sifat nasionalismenya merupakan etnik yang terbesar di china. Masyarakat
china juga akan menggunakan nama sebelah lelaki bagi mengekalkan identity keturunan mereka.
Manakala dari strafikasi sosial mereka,golongan pemerintah dan tentera mempunyai hirerki tertinggi dan
diikuti pengawal maharaja dan di akhiri dengan rakyat jelata.
Kemajuan sains dan teknologi
Ilmu sains dan teknologi china telah wujud seawall sebelum kota Melaka. Hal ini dapat dibuktikan
dengan kemahiran mereka dalam ilmu perkapalan. Ketika kota Melaka berada di zaman seawalnya, kaum
pedagang china telah sampai ke Melaka. Mengikut catatan,pada tahun 1720, dinasti Ming telah memiliki
1,350 kapal perang dan 400 buah kubu besar. Selain itu, kemajuan sains dan teknologi china juga dapat
dilihat dari pembinaan terusan,mencipta kompas bermagnet, pembinaan tembok besar China,
perindustrian pelaburan besi dan penciptaan senjata perang seperti meriam.
Sistem bahasa dan tulisan
Bahasa cina merupakan satu – satunya bahasa yang tidak berubah dari zaman kuno dan masih digunakan
sehingga ke hari ini. China juga hanya mempunyai satu sistem tulisan tunggal. Oleh itu, semua orang
china menggunakan satu bahasa penghantar sahaja untuk berkomunikasi dengan dialek yang berbeza.
Selain bangsa china, tulisan cina juga digunakan oleh bangsa lain di asia timur sepertiNegara Jepun,
Vietnam dan Korea.walaupun mereka mempunyai bahasa sendiri, tulisan cina juga digunakan sebagai
sebahagian tulisan mereka.
Institusi agama dan kepercayaan yang wujud
Mengikut Lok Ching Hoe (1998), konfusianisme ialah agama terbesar di china seperti yang termaktub
dalam pengajaran konfusius. Asas konfusiaisme ini berasaldari tulisan klasik yang diterbitkan atas nama
konfusius. Pengajaran utama konfusius sepertiyang terkandung didalam kitam Analects, menekankan
pengalaman sifat serta nilai moral yang mulia seperti perikemanusiaan (ren),kesusilaan (li), kewajaran
(yi), kemaafan (zhi) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Seterusnya, agama yang telah berkembang
china adalah agama Buddhisme, agama ini telah diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (dari 563
SM hingga 483 SM). Agama ini berasaldaripada india pada kurun ke-6 SM dan telah tersebar ke china
pada kurun pertama masihi. Namun setelah tersebar ke china, agama ini telah mengalami pelbagai
pengubahsuaian sehingga menjadi sistem keagamaan yang mempunyai ciri – ciri kecinaan sehingga ia
dikenali buddhisme cina. Selepas Buddhisme, agama ketiga yang berpengaruh di china ialah agama
Daoisme yang diasaskan oleh Lao Zi dan Zhuang Zi yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi
serta konsep wuweiatau melakukan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Seterusnya, Moisme yang
merupakan satukepercayaan yang telah Diasaskan oleh Mo Tzu (Mozi) (479-381 SM). Konsep penting di
dalam kepercayaan ini adalah kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong),
menyerah kepada nasib (feiming), dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Di samping
itu, ajaran Taoisme ialah agama yang telah diasaskan oleh Laozi dan Chuang Tzu yang menekankan
keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk
mencapai materialistic dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan
dengan cara meditasi. Akhir sekali kepercayaan Legalisme yang Diasaskan oleh Han Fei dan
dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin. Tiga cabang utama dalam sistem
pemerintahan ini adalah kuasa (Shi), cara (Shu) dan perundangan (Fa). Aliran ini mengutamakan
pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya serta pemerintahan
berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika .
Pusat utama kebudayaan bangsa
Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran tinggi Loes dan tapak kebudayaan Hemudu
terletak di bahagian bawah lembah Yangtze.
Dari aspek kenegaraan,China merupakan sebuah negara besar yang mengandungi masyarakat yang
berbilang kaum. Menurut sejarahnya, melalui proses peredaran zaman dan kerjasama antara semua kaum,
maka terbentuk suatu bangsa Tionghoa dalam erti kata nation (rninzu) yang moden, yang mengandungi
pelbagai kaum di negara China.
Pembentukan bangsa Tionghua
Melalui penemuan arkeologi dan catatan-catatan sejarah purba negara China yang begitu banyak
menunjukkan bahawa terdapat suku-suku yang berbilang kaum pada zaman Neolitik dan zaman purba
yang berikutnya. Di kalangan suku-suku im mereka tiru-meniru, berkahwin campur, bersengketa dan
berperang, dan berintegrasi, sehingga menjadi satu suku bangsa yang kuat. Seterusnya, mereka memimpin
suku-suku kecil di sekitar wilayahnya dan mendirikan negara yang berbentuk primitif. Perkembangan ini
merupakan asas kepada struktur pembentukan bangsa Tionghoa.
Menurut para sarjana China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman purba Cina iaitu
pertama, kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di yang dikatakan berasal dari kawasan
loes di Provinsi Shaanxi di bahagian barat China; kedua, kumpulan Feng-Yang yang tersebar di sekitar
dataran-dataran yang terletak di bahagian timur China dan ketiga, kumpulan Miao-Man yang terdiri dari
suku-suku bangsa di Selatan China. Hasil daripada integrasi ketiga-tiga kumpulan bangsa utama yang
tersebut di atas,di samping suku-suku bangsa yang lain selama beberapa ribu tahun maka terbentuklah
suatu entiti bersepadu yang diberi nama bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu) pada hari ini.
Konsep tamadun India
Sejarah India sebelum 500 S.M agak kurang jelas kerana tidak banyak kajian yang dapat membantu
dalam menerangkan pembentukan Tamadun India. Tamadun India terbentuk melalui berberapa fasa
seperti yang dijelaskan oleh Azharudin Mohd Dali (2004).
Nilai tamadun india
Menurut Bahree dan Patricia (1977), Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk
membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan,menggalakkan sifat bertanggungjawab dan
mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan
kepada unsur-unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma,Ahimsa, Satya, perpaduan
dan sistem kekeluargaan.
Dharma
Konsep Dharma diperkenalkan untuk menandakan sifat benar individu dan masyarakat. Dharma berfungsi
sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku). Dharma
masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan
oleh siapa. Dharma individu memerlukan apa yangharus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran
dan peringkat dalam kehidupan.Dharma khas bagi individu atau svadharma yang ditentukan mengikut
kedudukan (varna) dan peringkat dalam kehidupan (asrama) harus dilakukan walaupun ia tidak sempurna.
Visesa dharma merujuk kepada dharma yang dikaitkan dengan sesuatu kumpulan sepertivamadharma
(bagi vama), jatidharma (bagi jan), rajadharma (bagi raja-raja) dan stridharma (bagi isteri). Misalnya,
rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seorang pemerintah. Kuasa yang
dipegang oleh seorang raja dikaitkan dengan kedudukannya dalam masyarakat bukan sebagai seorang
individu berasingan atau sebagai wakil rakyat tetapi tugasnya adalah melindungi undang-undang sosial.
Rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan raja yang menyeleweng dalam tugasnya iaitu mengambil
cukai tetapi tidak melindungi mereka. Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan rakyat dan
rajadharma memerlukan seorang pemerintah menganggap kebahagiaan rakyat sebagaikebahagiaannya
dan kebajikan rakyat sebagai tugas utamanya.
Kepercayaan kepada Tuhan
Dalam karya-karya Upanishad konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam dan dikenali sebagai
Brahman. Brahman mempunyai dua aspek iaitu Saguna (mempunyai sifat) dan Nirguna (tanpa aspek).
Dalam aspek Saguna, Brahman adalah ketua bagi semua Tuhan, mengetahui segala-galanya dan
pemerintah bagi pemikiran dalaman. Brahman adalah pemerintah alam semesta,Dialah yang mencipta,
memelihara dan akhirnya memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan takdir bagi semua makhluk dan
yang tinggal di dalamnya. Dia menganugerahkan kebahagiaan berdasarkan pahala dan memimpin mereka
ke arah kesejahteraan dan kebebasan,sebaliknya menghukum mereka yang jahat. Dia digelar sebagai
Isvara dan badannya adalah jumlah campuran badan di alam semesta. Dalam aspek Nirguna
kewujudannya mutlak, pengetahuannya mutlak dan kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua ini tidak
merupakan sifat-sifatnya. Dialah yang menerangkan kesemua dan Nirguna Brahman hanya dapat
diterangkan dalam bentuk penyangkalan seperti tidak panjang dan tidak pendek, tidak terbayang atau
gelap, tiada rasa atau berbau dan sebagainya (N. Rajendran dan Ee Ah Meng,1995)..
Karma
Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan seseorang dalam
kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula (Reincernation). Perbuatan yang
baik membantu seseorang individu mengumpulkan Punya Karma dan perbuatan sebaliknya
mengumpulkan Pava Karma. Kepercayaan bahawa seseorang yang mempunyai banyak Pava Karma akan
lahir semula dalam keadaan di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan supaya tidak membuat
sesuatu yang tidak baik. Jadi ini menggalakkan setiap manusia berbuat baik kepada semua makhluk di
dunia ini supaya menentukan bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa. Membantu
orang lain, menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan kata-kata yang tidak melukakan hati orang
lain, memikirkan tentang perkara-perkara yang baik dan sentiasa berbakti kepada Tuhan ialah unsur-unsur
cara hidup yang disyorkan bagi seseorang yang menuju ke Punya Karma.
Ahimsa
Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, ditegaskan oleh pemikiran falsafah India bahawa
orang yang mencari kebenaran mesti mempunyai kuasa untuk mengawal emosi-emosi dan keinginan,
beransur- ansur melepaskan diri dari ikatan kepada badan. Tindakan melakukan kekejaman bukan sahaja
melibatkan manusia tetapi juga makhluk-makhluk lain. Oleh yang demikian, amalan tidak memakan
daging menjadi satu unsur penting dalam budaya India sejak zaman purba. Di dalam semua benda yang
bernyawa wujudnya roh dan perbuatan membunuh benda itu bererti mengganggu roh yang bersemadi
dalam badan itu. Ini dianggap sebagai perbuatan dosa yang menyebabkan pengumpulan Pava Karma yang
menjauh individu dari mencapai Nirvana atau pelepasan
Satya
Satya adalah kebenaran atau undang-undang mengenai kehidupan yang kekal abadi, tidak berubah dan
terdapat dalam sifat semulajadi semua manusi. Nilai Satya mempercayai bahawa wujudnya suatu kuasa
di peringkat duniawi dan kewujudannya dirasai oleh manusia, Satya juga dianggap sebagaikuasa
kebaikan. Oleh itu Satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yang
benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.
Perpaduan
Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama,dan adalah penting kepada
kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat.
Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah mengeratkan hubungan antara Hindu dan Muslim.
Sistem kekeluargaan
Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu Ashrama Dharma,iaitu
tahap yang harus dilalui oleh manusia dan Purusartha iaitu empat objektif mulia yang mesti ada bagi
setiap insan. Apa yang dimaksudkan dengan empat objektif mulia ini ialah:
i. Aramldharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan moral
dan etika ianya merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini.
ii. Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan mencari dan
mengumpul kekayaan melalui cara yang halal.
iii. Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halalhendaklah menikmati kekayaan
tersebut dan berlandaskan moral dan etika. Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi makanan pakaian
ahli keluarga.
iv. Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang menunggu saat
kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi. Mereka melakukan
kerja amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama.
Sumber - sumber tamadun india
Pada umumnya Stutley & Margerat (1985) menjelaskan unsur-unsur utama dalam Tamadun India
bersubjekkan kepada pengaruh Hinduisme dan Buddhisme mengenai amalan-amalan yang menjadi teras
dalam kehidupan seharian masyarakat India. Secara ringkasnya unsur-unsur utama Tamadun India adalah
seperti berikut:
Sistem Pemerintahan
Salah satu unsur Tamadun India ialah sistem pemerintahan. Sistem pemerintahan Tamadun India
bercorak monarki sejak kerajaan awalsehingga kemasukan British ke India. Pemimpin tertinggi dikenali
sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja,Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar dan Mannar yang
dikenali sebagai Ketua Negara. Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri. Raja
dilantik secara turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah bakal raja. Raja biasanya mempunyai
hubungan yang rapat dengan golongan Brahmin. Setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang
kuat. Unit infantry mereka adalah unit gajah dan unit kuda.
Pentadbiran Wilayah
Oleh kerana India merupakan sebuah negara juga sebuah benua yang besar maka bagi memudahkan
urusan pentadbiran negara telah dibuat secara pentadbiran wilayah. Wilayah-wilayah ini pula
dibahagikan kepada kampung-kampung besar (Kurram) dan paling kecil dinamakan kampung (Kottam).
Apabila Britisih datang menjajah Selatan India, British telah memperkenalkan sistem ‘presidensi’ seperti
yang diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay.
Agama
India mempunyai sifat multi-racial dari segi penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik,
kepelbagaikan kaum ini membawa kepada kepelbagaian agama yang terdiri daripada Hindu, Buddha,
Jaina, Sikhisme dan juga Islam.
Ilmu Sains dan Matematik
Ilmu Sains dan Matematik India sangat maju setanding dengan negara-negara lain yang bertamadun. Dari
segi Fizik dan Kimia, konsep jirim diperkenalkan. Alam ini terdiri daripada 5 elemen iaitu; tanah, angin,
api, air dan angkasa. Dari segi perubatan, Tamadun India memiliki bidang-bidang perubatan seperti
Fisiologi, pembedahan, seni pernafasan (Yoga) reproduksi manusia, farmakalogi serta perubatan
binatang. Buku perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta. Dari segi Matematik pula, konsep Geometri
telah digunakan dalam upacara-upacara keagamaan dan memperkanalkan sistem perpuluhan. Karya
matematik yang terkenal ialah ialah Bakshalidan Aryabhatiya. Dari segi Astronomi pula, India
merupakan pelopor bidang astronomi.
Konsep tamadun

Contenu connexe

Tendances

SEJARAH: Kerajaan Bani Abbasiyah
SEJARAH: Kerajaan Bani AbbasiyahSEJARAH: Kerajaan Bani Abbasiyah
SEJARAH: Kerajaan Bani AbbasiyahNajiha Mohammad Nor
 
Tamadun indus
Tamadun indus  Tamadun indus
Tamadun indus dzul76
 
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunanBab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunanmdnasiry
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografinaninami
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeSiti Zulaikha
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamshah din
 
Al ghazali
Al  ghazaliAl  ghazali
Al ghazalinurAkhma
 
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahNur Zaki
 
Tamadun islam bahagian 1 - TITAS
Tamadun islam bahagian 1 - TITASTamadun islam bahagian 1 - TITAS
Tamadun islam bahagian 1 - TITASAkma Iman
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   Pengenalan Bab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan wanarizwan
 
Bab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun CinaBab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun Cinawanarizwan
 
PENGERTIAN SEJARAH DAN OBJEKTIVITI SEJARAH
PENGERTIAN SEJARAH DAN OBJEKTIVITI SEJARAHPENGERTIAN SEJARAH DAN OBJEKTIVITI SEJARAH
PENGERTIAN SEJARAH DAN OBJEKTIVITI SEJARAHZICCHUA
 
Kerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahKerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahIzzat Amir
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuRaja Rosenani
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme Ct Muna
 
Empayar umayyah pt 2 sebab2 kejatuhan
Empayar umayyah pt 2   sebab2 kejatuhanEmpayar umayyah pt 2   sebab2 kejatuhan
Empayar umayyah pt 2 sebab2 kejatuhanAmiruddin Ahmad
 
Isu dan cabaran dunia
Isu dan cabaran duniaIsu dan cabaran dunia
Isu dan cabaran duniaAidil Syazwan
 

Tendances (20)

SEJARAH: Kerajaan Bani Abbasiyah
SEJARAH: Kerajaan Bani AbbasiyahSEJARAH: Kerajaan Bani Abbasiyah
SEJARAH: Kerajaan Bani Abbasiyah
 
Tamadun indus
Tamadun indus  Tamadun indus
Tamadun indus
 
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunanBab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
 
Al ghazali
Al  ghazaliAl  ghazali
Al ghazali
 
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
 
Tamadun islam bahagian 1 - TITAS
Tamadun islam bahagian 1 - TITASTamadun islam bahagian 1 - TITAS
Tamadun islam bahagian 1 - TITAS
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   Pengenalan Bab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan
 
Asal usul tamadun china
Asal usul tamadun chinaAsal usul tamadun china
Asal usul tamadun china
 
Bab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun CinaBab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun Cina
 
PENGERTIAN SEJARAH DAN OBJEKTIVITI SEJARAH
PENGERTIAN SEJARAH DAN OBJEKTIVITI SEJARAHPENGERTIAN SEJARAH DAN OBJEKTIVITI SEJARAH
PENGERTIAN SEJARAH DAN OBJEKTIVITI SEJARAH
 
Kerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahKerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani Ummayah
 
ilmu ketamadunan (TITAS)
ilmu ketamadunan (TITAS)ilmu ketamadunan (TITAS)
ilmu ketamadunan (TITAS)
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme
 
Hegemoni barat
Hegemoni baratHegemoni barat
Hegemoni barat
 
Empayar umayyah pt 2 sebab2 kejatuhan
Empayar umayyah pt 2   sebab2 kejatuhanEmpayar umayyah pt 2   sebab2 kejatuhan
Empayar umayyah pt 2 sebab2 kejatuhan
 
Isu dan cabaran dunia
Isu dan cabaran duniaIsu dan cabaran dunia
Isu dan cabaran dunia
 

Similaire à Konsep tamadun

Rb pengajian islam
Rb pengajian islamRb pengajian islam
Rb pengajian islambudakslumber
 
Kebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamKebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamAbdul Hadi
 
Definisi tamadun islam
Definisi tamadun islamDefinisi tamadun islam
Definisi tamadun islamizzati03
 
TITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun IslamTITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun IslamAmirah Basir
 
BAB 2 Tamadun Islam.pptx
BAB 2 Tamadun Islam.pptxBAB 2 Tamadun Islam.pptx
BAB 2 Tamadun Islam.pptxHellenLam1
 
Bab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islamBab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islamninawariz
 
Bab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun IslamBab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun Islamwan arizwnb
 
Dinamika kebudayaan dan peradaban islam
Dinamika kebudayaan dan peradaban islamDinamika kebudayaan dan peradaban islam
Dinamika kebudayaan dan peradaban islamasriss
 
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Yanese Ayne
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamIzzat Najmi
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratsakura rena
 
Kebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamKebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamNUR DIANA
 
Sekularisme
SekularismeSekularisme
Sekularismedr2200s
 
Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah
Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah   Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah
Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah Fazril Saleh
 
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136subairD1
 

Similaire à Konsep tamadun (20)

Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151
 
Rb pengajian islam
Rb pengajian islamRb pengajian islam
Rb pengajian islam
 
Nota bab-2
Nota bab-2Nota bab-2
Nota bab-2
 
Ulang Kaji Ujian TITAS
Ulang Kaji Ujian TITAS Ulang Kaji Ujian TITAS
Ulang Kaji Ujian TITAS
 
Kebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamKebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islam
 
Definisi tamadun islam
Definisi tamadun islamDefinisi tamadun islam
Definisi tamadun islam
 
TITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun IslamTITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun Islam
 
BAB 2 Tamadun Islam.pptx
BAB 2 Tamadun Islam.pptxBAB 2 Tamadun Islam.pptx
BAB 2 Tamadun Islam.pptx
 
Bab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islamBab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islam
 
Bab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun IslamBab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun Islam
 
Dinamika kebudayaan dan peradaban islam
Dinamika kebudayaan dan peradaban islamDinamika kebudayaan dan peradaban islam
Dinamika kebudayaan dan peradaban islam
 
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islam
 
Presentasi agama islam..
Presentasi agama islam..Presentasi agama islam..
Presentasi agama islam..
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
 
Kebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamKebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islam
 
Sekularisme
SekularismeSekularisme
Sekularisme
 
Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah
Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah   Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah
Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah
 
Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151
 
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
 

Dernier

Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 

Dernier (20)

Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 

Konsep tamadun

  • 1. Konsep tamadun islam Tamadun Islam tidak berlaku atau terbina melalui proses yang lazim seperti tamadun - tamadun lain, tamadun islam Terbina di atas prinsip yang luhur dan merangkumi matlamat yg jelas sepertimenekankan pencapaian hidup manusia dan kesejahteraan di akhirat. Asas-asastamadun islam Tamadun Islam mempunyai asas-asas yang kukuh yang membolehkannya menjadi satu tamadun yang hebat di dunia. Antara asas tersebut adalah : Akidah Merupakan iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah. Akidah merupakan asas tamadun islam yang paling utama sekali. Kekuatan akidah dapat membantu manusia membezakan antara yang buruk dan yang baik dan dapat membina tamadun dengan cara yang diredhai. Syariah Syariah pula merupakan asas Tamadun Islam yang kedua penting selepas akidah. Ia mengandungi peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia. Sifatnya yang muktamad menyebabkan manusia tidak berhak mengubahnya. Segala masalah yang timbul semasa proses pertamadunan dapat diatasi dengan adanya syariah. Akhlak Menurut Islam, akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk praktis. Segala perilaku dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk membina tamadun yang kukuh dan disegani. Ilmu pengetahuan Ilmu menurut perspektif Islam hendaklah bermula dari ilmu yang sifatnya rabbani ( ketuhanan ). Keilmuan mengikut Tamadun Islam merupakan nilai yang tidak terpisah dari Islam. Akidah Islam tegak di atas keilmuan. Perhatian Islam terhadap kepentingan ilmu jelas di dalam Al-quran. Dalam surah Al- Alaq, terdapat perkataan Iqra’ ( bacalah ) dan Qalam ( pena ). Ilmu yang tinggi dapat menyuburkan daya keimanan dan pemikiran seorang pembina tamadun. Oleh kerana kepentingan ilmu memberi kebaikan masa hidup dan mati manusia, Islam mewajibkan ke atas setiap muslim menuntut ilmu pengetahuan (3). Sumber - sumber tamadun islam Al – Quran merupakan sumber utama kepada kelahiran tamadun islam, Al – Quran merupakan sumber hukum yang paling utama yang diberikan kepada manusia oleh Allah S.W.T. Selain itu, Al – Quran juga merupakan kalam Allah yang berbentuk saranan,suruhan, larangan, kisah tauladan sumber rujukan ilmu dan sebagainya. Seterusnya,Al – Quran mengandungi syariah islam yang merangkumi semua aspek kehidupan, ketuhanan, ibadah, alam ghaib dan sebagainya. Sunnah Al-Sunnah adalah segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu perbuatan, perkataan dan sifat keperibadian baginda. Al-Sunnah berperanan menjelaskan perkara-perkara yang tidak
  • 2. dijelaskan dalam Al-Quran. Selain itu, peranan Al-Sunnah adalah untuk memberi tafsiran bagaimana untuk melaksanakan sesuatu yang kurang jelas di dalam Al-Quran. Ijmak ijmak ialah persetujuan atau permuafakatan para mujahidin umat Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan baginda untuk mengeluarkan hokum atau fatwa bagi mnyelesaikan masalah umat islam. Selaraslah dengan firmah Allah SWT dalam surah an – Nisa’ ayat 59 yang bermaksud : “ kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar – benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” Qias Qias bermaksud penetapan sesuatu hokum yang tertentu pada masa yang lain kerana persamaan kedua – duanya dari segi ‘ilah. Ijtihad Merupakan penyelesaian sesuatu isu atau masalah oleh para mujtahidin apabila terdapat beberapa masalah baharu yang melibatkan kehidupan umat islam yang Al – Quran dan hadis hanya menyebut dalil secara umum sahaja. Para mujtahid merupakan sekumpulan pakar atau pemikir islam yang sangat tinggi ahklak dan ilmunya dan diberikan autoriti dalam mengeluarkan fatwa dan pendapat. Akal atau pemikiran Selepas Al – Quran dan sunnah, akal pemikiran pula adalah sumber kedua terpenting selepas kedua sumber tersebut, bagi membentuk tamadun islam. Ini kerana ilmu pengetahuan yang dikuasai oleh seseorang melalui akal fikirannya dapat menghasilkan tamadun dengan membentuk dan melahirkan sesuatu idea yang baharu. Tamadun lain dan penemuan baharu Penemuan baru dalam berbagai bidang hasil penemuan dan penyelidikan boleh dijadikan sumber Tamadun Islam. Sains dan teknologi boleh diterima selagi tidak melanggar prinsip-prinsip Islam. Warisan yang baik boleh diambil dan diterima untuk Tamadun Islam. Contohnya bentuk-bentuk bangunan yang berunsur / lambang sesuatu bangsa. Boleh diterima dalam Tamadun Islam setelah diubah sesuai dengan kehendak dan acuan Islam sendiri. Banyak ciptaan-ciptaan baru dihasilkan pada zaman kegemilangan kerajaan Abbasiah dan kerajaan Islam di Sepanyol. Sejarah membuktikan bahawa banyak monumen- monumen tamadun daripada Greek, Rom, China, Iran dan India telah diterima sebagai sumber Tamadun Islam, Sumber-sumber tersebut menjadi bahan pemikiran untuk menghasilkan Tamadun baru. Semua bahan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam diterima sebagaisumber tamadun. Penemuan dan Penciptaan Baru Allah menganugerahkan kepada setiap hamba-Nya dengan bakat tertentu. Kepelbagaian bakat yang ada pada manusia membolehkan mereka merekacipta sesuatu mengikut kebolehan masing-masing. Umat Islam telah berjaya menghasilkan pelbagai ciptaan yang berpaksikan aqidah, syarak, dan akhlak serta bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah sepertiteknologi pelayaran, penyelidikan angkasa lepas (falak), pertanian, saliran, timbangan, perubatan, dan lain-lain (Mustapha KamalAhmad Kassim & Zahiah Haris @ Harith, 2012). Kreativiti umat Islam meliputi penghasilan baru dalam bidang sains dan teknologi.
  • 3. Penemuan ini adalah hasil daripada penyelidikan, penjelajahan, dan penerokaan seluruh alam dari bumi hinggalah ke angkasa lepas. Penemuan ini merupakan sebahagian sunnatullah atau undang-undang Allah. Akhirnya, segala penemuan ini akan menghasilkan penciptaan baru yang juga anugerah Allah terhadap manusia. Pengubahsuauaian dan penyempurnaan semula Pengubahsuaian dan penyempurnaan semula merupakan sumber terakhir Tamadun Islam. Umpamanya, setelah wilayah Islam berkembang luas, umat Islam terdedah kepada pelbagai tamadun asing yang tinggi mutunya seperti tamadun Rom dan Parsi(Iran). Mereka telah melalui pencapaian yang tinggi seperti dalam bidang sains, perubatan, seni bina, pengurusan, dan pentadbiran. Umat Islam tiada pilihan lain, melainkan mempelajari dan menguasai pencapaian mereka itu. Selepas itu mereka melakukan pengubahsuaian dan penyempurnaan semula agar sesuaidengan aqidah, syarak,dan akhlak Islam. Inilah beberapa keistimewaan dan uniknya sumber Tamadun Islam. Tamadun lain lahir daripada satu sumber sahaja, iaitu sumber alam. Sebaliknya, tamadun Islam lahir daripada pelbagai sumber yang disebut di atas. Matlamattamadun islam Hubungan Manusia dengan Allah Manusia dapat mengenal Allah melalui rukun iman yang enam dan berhubung dengannya melalui rukun Islam yang lima. Pelaksanaan rukun Islam yang lima membuktikan ketinggian iman dan daya kegigihan untuk mematuhi , menyembah dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Hubungan Manusia Dengan Manusia Allah S.W.T mengatur cara bagaimana manusia itu berinteraksi di antara satu sama lain dalam membentuk keluarga , jiran , masyarakat , negara , ekonomi kebudayaan dan pendidikan. Pematuhan syarak penting ke arah pembentukan masyarakat dan tamadun khalifah Allah di muka bumi. Kesempurnaan masyarakat hanya dapat disempurnakan dengan adanya tolong-menolong , kerjasama dan perpaduan. Hubungan Manusia Dengan Alam Allah menetapkan bagaimana manusia harus bertingkahlaku apabila berhadapan dengan alam. Segala yang ada di lautan dan di daratan dijadikan oleh Allah untuk kepentingan dan kebahagiaan manusia. Penerokaan angkasa lepas , cari gali di perut bumi dan lain-lain. Konsep tamadun melayu Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagaikumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara,Alam Melayu dan Tanah Jawi(Azam Hamzah, 1997). Menurut Tenas Effendy (2004) Istilah Melayu mempunyai maksud yang dalam dan luas. Sebahagian pengkaji menegaskan, pada istilah Melayu terdapat dua pengertian, iaitu ‘Melayu’ dan ‘kemelayuan’. ‘Melayu’ dimaksudkan sebagai satu rumpun bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu, sementara ‘kemelayuan’ mengandungi erti ‘nilai anutan’ dan ‘jati diri Melayu’. istilah Melayu juga boleh ditakrifkan berdasarkan kriteria mengikut rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu. Pelbagai suku yang tergolong
  • 4. dalam Melayu-Indonesia seperti Jawa,Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau, Murut, Bugis, Sasak, Melanau, Iban, Sulu dan sebagainya. Sumber - sumber tamadun melayu Tamadun Melayu mempunyai ciri-ciri seperti berikut: (a) wujudnya sistem perundangan yang jelas dan teratur serta sistem nilai melalui etika dan moral yang berwibawa, dikuatkuasakan untuk kemakmuran dari semua perlakuan dan tindak tanduk masyarakat Melayu dalam segala aktiviti. (b) kemajuan ilmu pengetuahan melalui lahir dan berkembangnya daya kreativiti dalam pencipataan sains, teknologi, kesenian, kesusasteraan, falsafah, dan sebagainya. (c) terdapat penempatan masyarakat Melayu di sesuatu atau beberapa kawasan yang disatukan menjadi bandar, kota atau negara kota serta mempunyai pusat pentadbiran yang tersusun. (d) jangka hayat tamadun Melayu yang stabil dan panjang. (e) wujudnya sistem organisasi sosial dan institusi sosial yang kukuh dalam bidang pentadbiran, ekonomi, politik, pendidikan, agama dan sebagainya. (f) penggunaan sistem tulisan, komunikasi dan bahasa yang sama atau serumpun. (g) peningkatan kualiti hidup melalui pendidikan, kesihatanperekonomian (h) terdapatnya sistem kepercayaan agama (Islam) dan amalan beragama. Tamadun melayu asas tamadun Malaysia Tamadun Melayu yang sedang kita saksikan sekarang ini adalah bertunjangkan kepada Tamadun Melayu yang telah dibina sekian lama berdasarkan kepada kronologi persejarahan. Tamadun Melayu adalah tamadun yang bersifat sejagag, dibangunkan oleh bangsa Melayu itu sendiri berteraskan bahasa Melayu, berbudaya Melayu dan beragama Islam. Pemahaman terhadap Tamadun Melayu sebagai satu tamadun bangsa di rantau Alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman terhadap Tamadun Islam. Ini kerana kemunculan Tamadun Melayu bertitik tolak dari penerimaan Islam oleh masyarakat rantau Alam Melayu secara keseluruhannya. Manakala Tamadun Malaysia pula dibentuk berdasarkan unsur-unsur Melayu yang dikaitkan dengan keagamaan,keunggulan identiti diri, kesenian dan budaya, nilai politik dan perundangan. Agama Islam Agama Islam telah memainkan peranan yang penting dalam membina Tamadun Melayu. Tanpa kemasukan agama Islam ke alam Melayu sudah tentunya pengaruh dan nilai Hinduisme-Buddhisme akan menjadi anutan kepada masyarakat Melayu. Islam datang membawa perubahan secara drastik dengan menekankan unsur-unsur akidah, akliah, persamaan sosial, keadilan, dan kemulian insan. Agama Islam yang bersifat murunah sangat sesuaidengan jiwa dan budaya masyarakat Melayu yang bersifat lemah lembut dan saling bertolak ansur. Dorongan belajar yang diketengahkan oleh Islam bermula dengan pengajaran membaca al- Quran dan diselangselikan dengan membaca dan menyelongkar isi kandungan naskhah-naskhah kitab yang telah ditulis oleh ulama terdahulu. Fahaman ini memberi ruang kepada masyarakat Melayu untuk lebih banyak berfikir dan berdaya maju. Situasi ini telah mencetuskan fenomena baru kepada perkembangan intelektual masyarakat Melayu. Pendidikan Islam yang bermula diistana telah dikembangkan di masjid, madrasah, pondok, sekolah dan universiti. Penerapan Nilai Jatidiri Kelangsungan tamadun sesuatu bangsa terletak kepada kekuatan nilai jati diri. Jatidiri Melayu diasuh melalui pengamalan lima rukun negara dan nilai patriotisme melalui persejarahanbangsa. Antara nilai yang
  • 5. diketengahkan dan menjadi asas kepada pembentukan tamadun bangsa Melayu sebagai asas kepada pembentukan Tamadun Malaysia seperti bertanggungjawab, jihad, istiqamah, ihsan, jujur dan ikhlas, adil, bijaksana, bertolak ansur, cekap, produktif, dedikasi dan kerjasama. Jika diperhatikan secara halus, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu bertitik tolak daripada keluarga. Keluarga dilihat sebagai agen sosialisasi utama dalam masyarakat. Apabila keluarga telah menjalankan tanggungjawab, ia telah menyelesaikan sebahagian tuntutan dalam pembinaan ketamadunan bangsa. Oleh kerana masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh Islam sebagai teras kehidupan, mereka telah menjadikan ajaran ini sebagai nadi pembentukan nilai dan peradaban di samping nilai-nilai asalyang sedia ada dalam masyarakat Melayu yang terkenal dengan sopan santun, hormat-menghormati, taat setia dan mesra. Pemupukan Nilai Estetika dan Budaya Masyarakat Melayu sangat terkenal dengan dengan seni estetika seperti seni sastera,seni lagu, seni tari, seni ukiran, seni bina, seni hias serta seni drama. Sebagai contohnya, seni bina masjid banyak menerima pengaruh dan kesan daripada seni reka Islam daripada Timur Tengah dari reka bentuk kubah, hiasan mimbar, dan hiasan dalamannya. Selain itu seni ukir batu nisan dengan seni tulisan khat yang dihias indah dengan bunga kerawang,seni lukisan yang dihasilkan daripada manifistasi alam. Warisan kesenian budaya Melayu ini juga boleh dilihat dalam pelbagai bentuk hasil seni seperti pada tenunan, arca, ukiran, dan barang-barang hiasan rumah. Seni lagu dan muzik di Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima pengaruh Islam di samping seni kontemporari semasa seperti muzik dakwah, nasyid, qasidah, muzik kroncong, muzik Melayu asli dan sebagainya. Keindahan melodi dan senikata mengenai unsur-unsur alam, kemasyarakatandan unsur humanisme mampu meningkatkan imej dan keperibadian diri agarmendekatkan diri kepada nilai-nilai murni. Begitu juga masyarakat Melayu terkenal dengan penciptaan peralatan seperti rebana, kompang, kecapi, seruling, gambus, gambang, dan gong. Masyarakat Melayu juga kaya dengan keindahan seni sastera seperti sajak, gurindam, syair, puisi, prosa, cerpen, cerita-cerita pedoman dan nobel, juga kaligrafi tulisan Melayu klasik yang terpancar melalui tulisan khat ayat-ayat al-Qur’an atau hadis-hadis Nabi. Pembinaan Nilai Politik dan Perundangan Kedatangan Islam di Alam Melayu turut merubah aspek politik dan perundangan. Pentadbiran negara mula ditandai melalui kesulatanan Melayu Melaka. Melaka pada abad ke 13M terkenalsebagai pusat pentadiran dan perundangan di kepulaun Melayu. Politik Islam melalui musyawwarah dalam membuat sebarang keputusan telah diimplimentasikan disetiap jawbatan kerajaan di samping politik demokrasi dalam menentukan dan memilih kepimpinan negara. Islam telah mempengaruhi perundangan Malaysia sejak pemerintahan KerajaanMelayu Melaka. Sistem perundangan Islam yang dilaksana oleh Kesultanan Melaka bukan sahaja berkisar dalam bidang kekeluargaan (munakahat), jual beli (muamalat), jenayah (jinayat) dan kemasyarakatan (muamalat) malah melangkaui bidang-bidang sivil. Hal ini dibuktikan dengan adanya naskhah Melayu dalam perundangan sepertiHukum Kanun Melaka,teks ini mengandungi 27 fasalundang- undang, sementara Undang-undang Melaka yang tercatat pada naskhah yang terdapat dalam koleksi di Muzium British mengandungi 44 fasal(Mahmood Saedon: 219). Menerusiteks ini dapat dibuat kesimpulan bahawa undang-undang Kanun Melaka berdasarkan undang-undang Islam dari aliran mazhab Syafie, namun unsur-unsur adat Melayu tidak dinafikan kewujudan dalam undang-undang Melayu. Pembinaan Pembangunan Ekonomi Dari aspek perekonomian, sekali lagi Melaka telah mencatatkan sejarah kegemilanganya dalam urusan perdagananya dengan negara-negara penjajah daripada Eropah seperti; Belanda dan Inggeris, juga tidak ketinggalan perdangannya dengan negara-negara daripada Timur tengah (Arab). Pelbagaijenis dan barang perdanganan diperniagakan bagi memenuhi keperluan domistik sehingga ke peringkat antarabangsa seperti
  • 6. barangan logam, rempah ratus, pembinaan, kayu kayan dan pertanian. Perkembangan pesat ekonomi Semenanjung Tanah Melayu telah mencetuskan keperluan tenaga kerja di sektor-sektor perladangan dan perlombongan. Bagi mengatasimasalah ini penjajah Inggeris telah membawa buruh-buruh asing khususnya dari India dan Cina untuk memenuhi keperluan tenaga buruh. Tiga kelompok bangsa ini mudah dikenali menerusi kegiatan ekonomi yang mereka usahakan dan penempatan warisan mereka sehingga membentuk masyarakat majmuk. Pada tahun 1970 kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi kalangan masyarakat Melayu (pertanian), masyarakat Cina (Perniagaan) dan masyarakat India (Perladangan). Pengekspotan pertanian negara seperti timah, getah, kelapa sawit, kelapa, juga perindusterian turut menyumbang kepada hasilnegara. Buat masa ini FELDA dan PETRONAS menjadi peneraju utama dalam mengukuhkan pendapatan negara. Pembinaan Institusi Pendidikan Menurut Winstedt, bahasa Melayu sebelum kewujudan Islam di Alam Melayu ditulis dengan menggunakan huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Pallava, India. Manakala tulisan Jawi mulai terkenal dalam Tamadun Melayu selepas kedatangan Islam. Huruf Arab yang berasal dari al-Qur’an telah menggantikan huruf Kawidan Nagari. Oleh itu, kedatanganIslam ke Alam Melayu ini telah melahirkan satubentuk tulisan baru bagi masyarakat rantau ini yang dikenali sebagai tulisan jawi. Tulisan ini kemudiannya telah digunakan secara meluas dalam bidang penulisan kitab-kitab agama Islam yang menjadi medium utama penyebaran ajaran Islam di daerah Nusantara ini. Kedatangan penjajah Inggeris dengan membawa tulisan rumi turut menjadi cabaran kepada tulisan jawi. Pihak British enggan mengiktiraf tulisan jawi kerana ia mirip tulisan Arab yang dikaitkan dengan agama Islam. Kehadiran Inggeris dengan misi kristianisasi telah gagal mengubah akidah orang Melayu yang sangat kuat perpegang dengan akidah Islam tetapi telah berjaya menggantikan tulisan jawi dengan tulisan rumi. Asas penguasaan tulis-baca inilah yang menyebabkan institusi pendidikan terus berkembang bermula daripada pendidikan di istana, rumah tok guru, sistem pondok, sekolah Arab/agama, pendidikan Inggeris dan seterusnya tertubuhnya sekolah rendah dan menengah, kolej, maktab dan universiti. Konsep tamadun China Sebagai mana tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), tamadun India (Lembah Sungai Indus), dan tamadun Yunani (Eropah), tamadun Cinajuga merupakan salah sebuah tamadun yang tertua dan berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka bumi ini. Tamadun Cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamik walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan- perubahan dalam proses perkembangan yang panjang. Namun, jauh daripada terserap oleh tamadun lain, tamadun Cina mengekalkan identitinya sebagai suatu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya. Sumber – sumber tamadun china Bandar dan pertumbuhan penduduk, pertanian dan perniagaan Majority penduduk china ialah petani yang mengusahakan tanah pertanian. Penanaman bijirin seperti gandum, jaging dan sekoi telah ditemui ditanam di tanah tinggi china seperti di dataran Loes tinggi, manakala padi telah ditanam di lembah Sungai Yangtze di bahagian utara dan selatan china. Kerajaan atau pentadbiran yang teratur
  • 7. Wilayah di Negara china yang luas telah dikecilkan melalui system negeri yang setiap negerinya diperintah oleh seorang maharaja yang membentuk system dinasti. Bagi memudahkan pentadbiran negeri, telah dipecahkan negeri ke beberapa bahagian. Rakyat pula membayar cukai hasil tanaman mereka kepada maharaja sebagaibalasan keaamanan dan kesejahteraan hidup. Organisasi sosial yang tersusun Masyarakat china mempunyai organisasi sosial yang tersusun serta mempunyai lebih dari 56 etnik. Etnik Han yang terkenal dengan sifat nasionalismenya merupakan etnik yang terbesar di china. Masyarakat china juga akan menggunakan nama sebelah lelaki bagi mengekalkan identity keturunan mereka. Manakala dari strafikasi sosial mereka,golongan pemerintah dan tentera mempunyai hirerki tertinggi dan diikuti pengawal maharaja dan di akhiri dengan rakyat jelata. Kemajuan sains dan teknologi Ilmu sains dan teknologi china telah wujud seawall sebelum kota Melaka. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemahiran mereka dalam ilmu perkapalan. Ketika kota Melaka berada di zaman seawalnya, kaum pedagang china telah sampai ke Melaka. Mengikut catatan,pada tahun 1720, dinasti Ming telah memiliki 1,350 kapal perang dan 400 buah kubu besar. Selain itu, kemajuan sains dan teknologi china juga dapat dilihat dari pembinaan terusan,mencipta kompas bermagnet, pembinaan tembok besar China, perindustrian pelaburan besi dan penciptaan senjata perang seperti meriam. Sistem bahasa dan tulisan Bahasa cina merupakan satu – satunya bahasa yang tidak berubah dari zaman kuno dan masih digunakan sehingga ke hari ini. China juga hanya mempunyai satu sistem tulisan tunggal. Oleh itu, semua orang china menggunakan satu bahasa penghantar sahaja untuk berkomunikasi dengan dialek yang berbeza. Selain bangsa china, tulisan cina juga digunakan oleh bangsa lain di asia timur sepertiNegara Jepun, Vietnam dan Korea.walaupun mereka mempunyai bahasa sendiri, tulisan cina juga digunakan sebagai sebahagian tulisan mereka. Institusi agama dan kepercayaan yang wujud Mengikut Lok Ching Hoe (1998), konfusianisme ialah agama terbesar di china seperti yang termaktub dalam pengajaran konfusius. Asas konfusiaisme ini berasaldari tulisan klasik yang diterbitkan atas nama konfusius. Pengajaran utama konfusius sepertiyang terkandung didalam kitam Analects, menekankan pengalaman sifat serta nilai moral yang mulia seperti perikemanusiaan (ren),kesusilaan (li), kewajaran (yi), kemaafan (zhi) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Seterusnya, agama yang telah berkembang china adalah agama Buddhisme, agama ini telah diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (dari 563 SM hingga 483 SM). Agama ini berasaldaripada india pada kurun ke-6 SM dan telah tersebar ke china pada kurun pertama masihi. Namun setelah tersebar ke china, agama ini telah mengalami pelbagai pengubahsuaian sehingga menjadi sistem keagamaan yang mempunyai ciri – ciri kecinaan sehingga ia dikenali buddhisme cina. Selepas Buddhisme, agama ketiga yang berpengaruh di china ialah agama Daoisme yang diasaskan oleh Lao Zi dan Zhuang Zi yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuweiatau melakukan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Seterusnya, Moisme yang merupakan satukepercayaan yang telah Diasaskan oleh Mo Tzu (Mozi) (479-381 SM). Konsep penting di dalam kepercayaan ini adalah kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming), dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Di samping itu, ajaran Taoisme ialah agama yang telah diasaskan oleh Laozi dan Chuang Tzu yang menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk
  • 8. mencapai materialistic dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Akhir sekali kepercayaan Legalisme yang Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin. Tiga cabang utama dalam sistem pemerintahan ini adalah kuasa (Shi), cara (Shu) dan perundangan (Fa). Aliran ini mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya serta pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika . Pusat utama kebudayaan bangsa Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran tinggi Loes dan tapak kebudayaan Hemudu terletak di bahagian bawah lembah Yangtze. Dari aspek kenegaraan,China merupakan sebuah negara besar yang mengandungi masyarakat yang berbilang kaum. Menurut sejarahnya, melalui proses peredaran zaman dan kerjasama antara semua kaum, maka terbentuk suatu bangsa Tionghoa dalam erti kata nation (rninzu) yang moden, yang mengandungi pelbagai kaum di negara China. Pembentukan bangsa Tionghua Melalui penemuan arkeologi dan catatan-catatan sejarah purba negara China yang begitu banyak menunjukkan bahawa terdapat suku-suku yang berbilang kaum pada zaman Neolitik dan zaman purba yang berikutnya. Di kalangan suku-suku im mereka tiru-meniru, berkahwin campur, bersengketa dan berperang, dan berintegrasi, sehingga menjadi satu suku bangsa yang kuat. Seterusnya, mereka memimpin suku-suku kecil di sekitar wilayahnya dan mendirikan negara yang berbentuk primitif. Perkembangan ini merupakan asas kepada struktur pembentukan bangsa Tionghoa. Menurut para sarjana China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman purba Cina iaitu pertama, kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di yang dikatakan berasal dari kawasan loes di Provinsi Shaanxi di bahagian barat China; kedua, kumpulan Feng-Yang yang tersebar di sekitar dataran-dataran yang terletak di bahagian timur China dan ketiga, kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku-suku bangsa di Selatan China. Hasil daripada integrasi ketiga-tiga kumpulan bangsa utama yang tersebut di atas,di samping suku-suku bangsa yang lain selama beberapa ribu tahun maka terbentuklah suatu entiti bersepadu yang diberi nama bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu) pada hari ini. Konsep tamadun India Sejarah India sebelum 500 S.M agak kurang jelas kerana tidak banyak kajian yang dapat membantu dalam menerangkan pembentukan Tamadun India. Tamadun India terbentuk melalui berberapa fasa seperti yang dijelaskan oleh Azharudin Mohd Dali (2004). Nilai tamadun india Menurut Bahree dan Patricia (1977), Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan,menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan
  • 9. kepada unsur-unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma,Ahimsa, Satya, perpaduan dan sistem kekeluargaan. Dharma Konsep Dharma diperkenalkan untuk menandakan sifat benar individu dan masyarakat. Dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku). Dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh siapa. Dharma individu memerlukan apa yangharus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan.Dharma khas bagi individu atau svadharma yang ditentukan mengikut kedudukan (varna) dan peringkat dalam kehidupan (asrama) harus dilakukan walaupun ia tidak sempurna. Visesa dharma merujuk kepada dharma yang dikaitkan dengan sesuatu kumpulan sepertivamadharma (bagi vama), jatidharma (bagi jan), rajadharma (bagi raja-raja) dan stridharma (bagi isteri). Misalnya, rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seorang pemerintah. Kuasa yang dipegang oleh seorang raja dikaitkan dengan kedudukannya dalam masyarakat bukan sebagai seorang individu berasingan atau sebagai wakil rakyat tetapi tugasnya adalah melindungi undang-undang sosial. Rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan raja yang menyeleweng dalam tugasnya iaitu mengambil cukai tetapi tidak melindungi mereka. Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan rakyat dan rajadharma memerlukan seorang pemerintah menganggap kebahagiaan rakyat sebagaikebahagiaannya dan kebajikan rakyat sebagai tugas utamanya. Kepercayaan kepada Tuhan Dalam karya-karya Upanishad konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam dan dikenali sebagai Brahman. Brahman mempunyai dua aspek iaitu Saguna (mempunyai sifat) dan Nirguna (tanpa aspek). Dalam aspek Saguna, Brahman adalah ketua bagi semua Tuhan, mengetahui segala-galanya dan pemerintah bagi pemikiran dalaman. Brahman adalah pemerintah alam semesta,Dialah yang mencipta, memelihara dan akhirnya memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan takdir bagi semua makhluk dan yang tinggal di dalamnya. Dia menganugerahkan kebahagiaan berdasarkan pahala dan memimpin mereka ke arah kesejahteraan dan kebebasan,sebaliknya menghukum mereka yang jahat. Dia digelar sebagai Isvara dan badannya adalah jumlah campuran badan di alam semesta. Dalam aspek Nirguna kewujudannya mutlak, pengetahuannya mutlak dan kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua ini tidak merupakan sifat-sifatnya. Dialah yang menerangkan kesemua dan Nirguna Brahman hanya dapat diterangkan dalam bentuk penyangkalan seperti tidak panjang dan tidak pendek, tidak terbayang atau gelap, tiada rasa atau berbau dan sebagainya (N. Rajendran dan Ee Ah Meng,1995).. Karma Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula (Reincernation). Perbuatan yang baik membantu seseorang individu mengumpulkan Punya Karma dan perbuatan sebaliknya mengumpulkan Pava Karma. Kepercayaan bahawa seseorang yang mempunyai banyak Pava Karma akan lahir semula dalam keadaan di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan supaya tidak membuat sesuatu yang tidak baik. Jadi ini menggalakkan setiap manusia berbuat baik kepada semua makhluk di dunia ini supaya menentukan bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa. Membantu orang lain, menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan kata-kata yang tidak melukakan hati orang lain, memikirkan tentang perkara-perkara yang baik dan sentiasa berbakti kepada Tuhan ialah unsur-unsur cara hidup yang disyorkan bagi seseorang yang menuju ke Punya Karma.
  • 10. Ahimsa Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, ditegaskan oleh pemikiran falsafah India bahawa orang yang mencari kebenaran mesti mempunyai kuasa untuk mengawal emosi-emosi dan keinginan, beransur- ansur melepaskan diri dari ikatan kepada badan. Tindakan melakukan kekejaman bukan sahaja melibatkan manusia tetapi juga makhluk-makhluk lain. Oleh yang demikian, amalan tidak memakan daging menjadi satu unsur penting dalam budaya India sejak zaman purba. Di dalam semua benda yang bernyawa wujudnya roh dan perbuatan membunuh benda itu bererti mengganggu roh yang bersemadi dalam badan itu. Ini dianggap sebagai perbuatan dosa yang menyebabkan pengumpulan Pava Karma yang menjauh individu dari mencapai Nirvana atau pelepasan Satya Satya adalah kebenaran atau undang-undang mengenai kehidupan yang kekal abadi, tidak berubah dan terdapat dalam sifat semulajadi semua manusi. Nilai Satya mempercayai bahawa wujudnya suatu kuasa di peringkat duniawi dan kewujudannya dirasai oleh manusia, Satya juga dianggap sebagaikuasa kebaikan. Oleh itu Satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan. Perpaduan Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama,dan adalah penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat. Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah mengeratkan hubungan antara Hindu dan Muslim. Sistem kekeluargaan Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu Ashrama Dharma,iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan Purusartha iaitu empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan. Apa yang dimaksudkan dengan empat objektif mulia ini ialah: i. Aramldharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan moral dan etika ianya merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini. ii. Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara yang halal. iii. Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halalhendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan etika. Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi makanan pakaian ahli keluarga. iv. Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi. Mereka melakukan kerja amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama. Sumber - sumber tamadun india
  • 11. Pada umumnya Stutley & Margerat (1985) menjelaskan unsur-unsur utama dalam Tamadun India bersubjekkan kepada pengaruh Hinduisme dan Buddhisme mengenai amalan-amalan yang menjadi teras dalam kehidupan seharian masyarakat India. Secara ringkasnya unsur-unsur utama Tamadun India adalah seperti berikut: Sistem Pemerintahan Salah satu unsur Tamadun India ialah sistem pemerintahan. Sistem pemerintahan Tamadun India bercorak monarki sejak kerajaan awalsehingga kemasukan British ke India. Pemimpin tertinggi dikenali sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja,Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar dan Mannar yang dikenali sebagai Ketua Negara. Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri. Raja dilantik secara turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah bakal raja. Raja biasanya mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan Brahmin. Setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang kuat. Unit infantry mereka adalah unit gajah dan unit kuda. Pentadbiran Wilayah Oleh kerana India merupakan sebuah negara juga sebuah benua yang besar maka bagi memudahkan urusan pentadbiran negara telah dibuat secara pentadbiran wilayah. Wilayah-wilayah ini pula dibahagikan kepada kampung-kampung besar (Kurram) dan paling kecil dinamakan kampung (Kottam). Apabila Britisih datang menjajah Selatan India, British telah memperkenalkan sistem ‘presidensi’ seperti yang diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay. Agama India mempunyai sifat multi-racial dari segi penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, kepelbagaikan kaum ini membawa kepada kepelbagaian agama yang terdiri daripada Hindu, Buddha, Jaina, Sikhisme dan juga Islam. Ilmu Sains dan Matematik Ilmu Sains dan Matematik India sangat maju setanding dengan negara-negara lain yang bertamadun. Dari segi Fizik dan Kimia, konsep jirim diperkenalkan. Alam ini terdiri daripada 5 elemen iaitu; tanah, angin, api, air dan angkasa. Dari segi perubatan, Tamadun India memiliki bidang-bidang perubatan seperti Fisiologi, pembedahan, seni pernafasan (Yoga) reproduksi manusia, farmakalogi serta perubatan binatang. Buku perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta. Dari segi Matematik pula, konsep Geometri telah digunakan dalam upacara-upacara keagamaan dan memperkanalkan sistem perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah ialah Bakshalidan Aryabhatiya. Dari segi Astronomi pula, India merupakan pelopor bidang astronomi.