2. KATA TUGAS
Suatu kata kerja yang
berfungsi untuk mengarah
dan memandu calon
memberikan respons yang
sejajar dengan tugasan
item
3. CONTOH KATA TUGAS
APAKAH
Memberikan maklumat
yang khusus atau
spesifik
4. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
APAKAH belanjawan peribadi? (1m)
Belanjawan peribadi ialah anggaran
pendapatan dan perbelanjaan individu
untuk suatu tempoh tertentu.
5. CONTOH KATA TUGAS
NYATAKAN
Memberi jawapan yang
spesifik tanpa memerlukan
penerangan lanjutan /
huraian / sokongan
6. CONTOH KATA TUGAS
SENARAIKAN
Memberi beberapa fakta / ciri /
konsep / prinsip / teori secara
spesifik / berbentuk poin tanpa
memberi hubungan / perkaitan /
penerangan lanjutan bagi setiap
satunya
7. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
NYATAKAN / SENARAIKAN dua ciri
barang awam. (2m)
Dua ciri barang awam ialah disediakan
oleh kerajaan (1) dan mempunyai kos
lepas (1)
Dua ciri barang awam ialah
1. disediakan oleh kerajaan (1)
2. mempunyai kos lepas (1)
8. CONTOH KATA TUGAS
DEFINISIKAN
Memberi keterangan yang
singkat tetapi jelas tentang
makna suatu perkataan
khusus / istilah / terminologi
9. CONTOH KATA TUGAS
TAKRIFKAN
Memberi keterangan yang
singkat tetapi jelas tentang
makna suatu perkataan
khusus / istilah / terminologi
10. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
TAKRIFKAN upah benar. (1m)
Upah benar ialah kuasa beli upah wang
(1)
DEFINISIKAN upah benar. (1m)
Upah benar ialah kuasa beli upah wang
(1)
12. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
BERAPAKAH nilai X? (1m)
Nilai X ialah 1.5 (1)
13. CONTOH KATA TUGAS
HITUNGKAN
Memberi nilai kuantitatif
dengan melaksanakan
langkah-langkah tertentu
atau menggunakan rumus
14. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
HITUNGKAN nilai X (2m)
Nilai X ialah
Peratus perubahan kuantiti
Peratus perubahan harga
= 45%
15% (1)
= 1.5 (1)
15. CONTOH KATA TUGAS
JELASKAN
Memberi penerangan tentang
sesuatu dengan sokongan
supaya mudah difahami
16. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
JELASKAN fungsi wang. (4m)
Fungsi wang ialah sebagai alat perantaraan
pertukaran (1) yang dapat memudahkan
urusan jual beli (1) Wang juga berfungsi
sebagai alat pengukur nilai (1) dengan
meletakkan harga pada barang tersebut (1)
Wang membolehkan urusniaga dijalankan
secara kredit (1) dan wang juga stabil
nilainya (1)
17. CONTOH KATA TUGAS
TERANGKAN
Menyatakan fakta dengan
sokongan atau menjelaskan
sesuatu dengan sebab
18. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
TERANGKAN dua fungsi wang. (4m)
Fungsi wang ialah
Alat perantaraan pertukaran (1)
Wang memudahkan urusan jual beli (1)
Alat pengukur nilai (1)
Alat penyimpan nilai (1)
Wang membolehkan urusniaga dijalankan
secara kredit (1)
19. CONTOH KATA TUGAS
HURAIKAN
Memperihalkan / menceritakan
sesuatu dengan panjang
lebar / terperinci secara
teratur
20. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
HURAIKAN dua fungsi wang. (6m)
Fungsi wang ialah
Alat perantaraan pertukaran (1)
Wang memudahkan urusan jual beli (1)
Alat pengukur nilai (1)
Alat penyimpan nilai (1)
Wang membolehkan urusniaga dijalankan
secara kredit (1)
21. CONTOH KATA TUGAS
BAGAIMANAKAH
Memperihalkan / memberikan
penerangan tentang cara /
keadaan / langkah / kejadian
22. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
BAGAIMANAKAH firma menyelesaikan
masalah kekurangan yang dihadapinya?
(4m)
Firma menghadapi masalah kekurangan
faktor pengeluaran (1) Oleh itu firma
terpaksa membuat pilihan output (1) yang
dapat memberi keuntungan maksimum (1)
dan menghadapi kos lepas (1) iaitu
melepaskan output kedua terbaik. (1)
24. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
MENGAPAKAH individu menyediakan
belanjawan peribadi? (4m)
Individu menyediakan belanjawan peribadi
untuk mengelakkan pembaziran (1)
Individu dapat mengutamakan barang
penting (1) Di samping itu dapat
menabung (1) dan mengelakkan
berhutang (1)
25. CONTOH KATA TUGAS
BANDINGKAN
Menyatakan persamaan dan
perbezaan antara dua atau
lebih perkara
26. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
BANDINGKAN perdagangan dalam negeri
dan perdagangan antarabangsa. (4m)
Persamaan PDN dan PAB ialah kedua-duanya
bermotifkan keuntungan (1) dan mengguna
kan dokumen dalam urusniaga (1)
Perbezaan PDN dan PAB ialah PDN
menggunakan dokumen yang sedikit tetapi
PAB menggunakan dokumen yang banyak (2)
27. CONTOH KATA TUGAS
BEZAKAN
Menyatakan kelainan /
ketidaksamaan antara dua
atau lebih perkara
28. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
BEZAKAN perdagangan dalam negeri dan
perdagangan antarabangsa. (4m)
Perbezaan PDN dan PAB ialah PDN
menggunakan dokumen yang sedikit
tetapi PAB menggunakan dokumen yang
banyak (2)
PDN menggunakan mata wang yang sama
tetapi PAB menggunakan mata wang
yang berbeza (2)
29. CONTOH KATA TUGAS
LUKISKAN
Memberi persembahan berbentuk
grafik / rajah / gambar rajah /
graf bagi menggambarkan suatu
benda atau perkara dengan
menggunakan alat dan mengikut
ukuran atau skala tertentu
30. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
LUKISKAN keluk permintaan individu (3m)
Harga (RM) (1)
D
6
4
2
D (1)
0 5 10 15 Kuantiti (1)
Keluk Permintaan Individu
31. CONTOH KATA TUGAS
LAKARKAN
Memberi persembahan berbentuk
rajah / gambar rajah / graf
secara kasar dan tidak
memerlukan perincian
32. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
LAKARKAN keluk permintaan individu dan
jelaskan hukum permintaan
Harga D
5
3
D
0 7 10 Kuantiti
Keluk Permintaan Individu
33. CONTOH KATA TUGAS
TAFSIRKAN
Mengulas sesuatu berdasarkan
maklumat yang diberi
34. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
TAFSIRKAN nilai pekali keanjalan harga
penawaran 2.3 (3m)
Pekali keanjalan harga penawaran 2.3
menunjukkan barang itu adalah anjal (1)
Peratus perubahan harga yang kecil akan
menyebabkan peratus perubahan kuantiti
ditawar yang lebih besar (1) Apabila harga
barang itu berubah 1% kuantiti ditawar
akan berubah 2.3 % (1)
35. CONTOH KATA TUGAS
CADANGKAN
Memberi pandangan / idea /
pendapat dengan
mempertimbangkan perkara
positif atau negatif
36. CONTOH SOALAN dan JAWAPAN
CADANGKAN dua cara individu boleh
menambahkan pendapatannya. (4m)
Individu boleh menambahkan
pendapatannya dengan menabung
wangnya dalam bank (1) dan memperoleh
faedah (1)
Individu yang membeli aset tetap (1) boleh
mendapat sewa (1)