SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  19
……..INFOrmation…..
Rukun Negara

Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha
membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-
Pertuan Agong keempat.

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

       Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya

       Memelihara cara hidup demokratik

       Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
       secara adil dan saksama

       Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
       berbagai-bagai corak

       Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
       moden.

Ikrar Rukun Negara adalah seperti berikut:

"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang
lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

       Kepercayaan kepada Tuhan

       Kesetiaan kepada Raja dan Negara

       Keluhuran Perlembagaan

       Kedaulatan Undang-undang
 Kesopanan dan Kesusilaan




    Kepercayaan kepada Tuhan

   Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu
bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam
ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan
tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah
dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya
agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa
pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing,
prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

    Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

   Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan
kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga
diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri
Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan
rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang
di-Pertuan Agong.

    Keluhuran Perlembagaan

   Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran
atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan
yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak
dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki
menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang
sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu
kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan
kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang
berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

    Kedaulatan Undang-Undang

   Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di
sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu
diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak
aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa
sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak
semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta
perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari
kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan
sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

    Kesopanan dan Kesusilaan

   Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila
selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu
yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap
bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan
yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku
sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan
persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
SEKADAR RENUNGAN…………………….


                              Teknik Pengajaran dan Pembelajaran


Definisi


       Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni
       seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
       Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi
       atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada
       waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
       Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian
       Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
       organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
       mencapai sesuatu objektif.
       Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
       bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih
       haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang
       dianuti.

 Jenis teknik-teknik dalam p&p

    1. Teknik main peranan
    2. Teknik permainan bahasa
    3. Teknik latih tubi
    4. Teknik bercerita
    5. Teknik inkuiri
    6. Teknik perbahasan
    7. Teknik kuiz
    8. Teknik sumbangsaran
    9. Teknik soal jawab
    10. Teknik simulasi
    11. Teknik drama
    12. Teknik perbincangan
    13. Teknik forum
    14. Teknik dialog
Tujuan Penggunaan Teknik P&P


           1. Menarik Minat murid
           2. Mengekalkan perhatian
           3. Membangkitkan rasa ingin tahu




TEKNIK LATIH - TUBI


        Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
        Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
        kekekalannya.
        Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
        Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
        perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
        Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
        maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-
        perkataan itu.
        Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan
        dalam pengajaran bahasa kedua.
        Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan
        bahasa iaitu :

  I.    Sebutan (accent)

                menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk
                   intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

  II.   Tatabahasa (grammer)


                penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada
                   semua aspek.

 III.   Perbendaharaan kata (vocabulary)

                meluaskannya       dengan    penggunaan      imbuhan    yang   sesuai   mengikut
                   konteksnya dalam situasi tertentu.
IV.   Kefasihan (fluency)


              menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan
                  apakah maksudnya.

 V.   Kefahaman (comprehension)

              latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.


      Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
      Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan
      daya kreativiti murid.
      Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang
      memerlukan ikutan dan ulangan.




TEKNIK SIMULASI


      Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan
      sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
      masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan
      semula.
      Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
      mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
      mencatat isi-isi penting.
      Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat
      keputusan      dan       menyelesaikan   masalah    berdasarkan    peranan     yang
      dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan
      masalah.
      Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
      terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
      Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada
      pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
TEKNIK MAIN PERANAN


      Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang
      dianggap penting.
      Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu
      situasi yang disediakan.
      Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
      pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-
      pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang
      dimainkan secara spontan.
      Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini
      dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya
      melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.




TEKNIK SUMBANGSARAN

      Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan
      satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan
      pendapat dan idea.
      Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan
      berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat
      sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
      Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan
      pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran

      Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
      Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
      Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan
      dalam sesi umum.
      Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
      Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
      Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
      Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
     Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
     Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
     Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan




TEKNIK PERMAINAN BAHASA


     Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
     permainan.
     Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi
     latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
     Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa
     pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
     Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam
     sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju
     ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
     merangsang interaksi verbal pelajar
     menambah kefasihan dan keyakinan
     menyediakan konteks pembelajaran
     bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
     bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan




TEKNIK SOAL – JAWAB

     Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
     pendidikan
     Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang
     berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
     Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
     dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
     Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan
     menilai apa yang diajar.
     Tujuan utama teknik soal jawab ialah :


  1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
  3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.


     Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di
     samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.




TEKNIK BERCERITA

     Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
     berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
     pelajar.
     Latihan    pemahaman,      perluasan    perbendaharaan      kata   dan    tatabahasa   dapat
     disampaikan.
     Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
     menulis dikalangan pelajar.
     Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
     kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
     suara, gerak laku dan kawalan mata.
     Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
     mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
     Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
     Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,
     sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
     Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
     Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
     Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya
     sekali sebelum menggunakan teknik ini.
     Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
     Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
     Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-
     aspek bahasa yang hendak disampaikan.




TEKNIK DRAMA
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan
      induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
      Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
      paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan,
      kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
      Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan
      perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
      Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi
      sesuatu.
      Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
      pengajaran dan pembelajaran.
      Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar,
      disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.




TEKNIK INKUIRI


      Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
      Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan
      yang berorientasikan masalah.
      Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
      Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan
      daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan
      ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
      Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam
      proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
      Pengendalian teknik inkuiri ialah :

         1. Proses mengenali masalah
         2. Mengkaji ramalan
         3. Mengumpul maklumat
         4. Menganalisis
         5. Membuat rumusan
TEKNIK PERBINCANGAN


  1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas
     pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran
     dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).
  2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk
     perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang
     guru.
  3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan
     pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya
     bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
  4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap
     terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar
     mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan
     mengeluarkan pendapat.
  5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.
  6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
  7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
  8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang
     ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan
     dapat dijalankan dan dicapai.
  9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara
     berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
  10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang
     lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan
     perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
  11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan.
     Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting.
     Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.




TEKNIK FORUM


  1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk
     mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan
     secara formal.
2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan
     berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan
     kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
  3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan
     mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
  4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

TEKNIK PERBAHASAN

  1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian
     dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
  2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
  3. Antara manfaat teknik ini ialah :
  4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
  5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur
  6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan
     laras bahasa yang sesuai.
  7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
  8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
  9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan
     pelajar.
  10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada
     perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan
     ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

TEKNIK KUIZ

     Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British
     (B.B.C).
     Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa
     Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
     Tujuannya ialah :
     Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai
     topik-topik tertentu.
     Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
     Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan
     secara teka-teki.
     Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna
dan penggunaan bahasa yang tepat.
Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini
bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan
pengukuhan.
Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.
INFO SEMASA………

Guru KU Sayang…

Ikrar dan janji seorang guru ialah untuk mendidik dan membimbing anak bangsa. Menjadikan
mereka insan yang berguna suatu masa nanti. Berusaha menuju ke arah pembentukan anak
bangsa yang berilmu , yang taat setia , yang bertanggungjawab dan berkebolehan. Sebagai
seorang guru , kita perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan , menjadi
pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh terbaik
kepada para pelajar . Oleh yang demikian ,pada setiap masa seorang guru itu perlulah
menampilkan watak terpuji,berimej ,berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang
unggul.

Dalam sebuah kerjaya keguruan , ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti
kod etika dan sebagainya yang bertujuan untuk melahirkan modal insan guru yang benar-benar
berkualiti, berketrampilan , terpuji dan terbaik dan dapat menjadi ikon serta model yang unggul
kepada para pelajar. Menurut Fenny , Christensen ( 1979 ), kualiti-kualiti yang perlu dimiliki
oleh seorang guru ialah mempunyai ilmu dan berjaya mempraktikkannya serta mempunyai rasa
hormat dan bersikap penyayang kepada anak-anak muridnya.           Berperawakan yang baik ,
bertenaga , bersifat humor , fleksibel dan peka ( Feeny , Christensen & Moravic ,1996).
Sementara Bottery (dalam Cribb , Gewirtz , 2001) mencadangkan guru-guru bertindak sebagai
penjaga dan pengantara nilai kepada kanak-kanak.Menurut Hassan (2002) pula , guru perlu
mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang
baik.

Apa itu Etika ??

Etika berasal dari perkataan ethos dalam bahasa Yunani. Mengikut Kamus Dwibahasa Dewan
(2002) , ethos bermaksud nilai moral , sistem kepercayaan, budaya atau keperibadian sesuatu
bangsa.    Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari
bahasa Latin , iaitu ‘Mos’ dan dalam bahasa jamaknya ‘Mores’ yang bererti juga adat kebiasaan
atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik ( kesusilaan ) dan
menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk ( Keith , 2006 ) . Menurut Thiroux ( 2001 ) ,
etika dilihat sebagai satu teori mengenai tindakan individu, penafsirannya terhadap sesuatu
kejadian dan mengapa individu bertindak sedemikian.

Etika juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi
sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang
baik dan yang buruk , serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan
kepada ahli-ahli berkenaan. Dalam pergaulan hidup bermasyarakat , bernegara hingga
pergaulan hidup peringkat global diperlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnya
manusia bertingkah laku.

Menurut para sarjana, etika adalah aturan perilaku , adat kebiasaan manusia dalam pergaulan
antara sesamanya dan menegaskan mana yang benar dan mana yang buruk. Etika berkaitan
dengan norma-norma , nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia
yang baik dan buruk yang boleh atau tidak boleh di ikuti. Menurut William ( 1971 ) , etika ialah
‘The normative science of the conduct of human beings living in societies – a science which
judges tihis conduct to be right or wrong , to be good or bad or in some similar way’ ( Sains
normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat di mana sains ini menentukan sesuatu
perilaku sebagai betul atau salah, baik atau buruk dan lain-lain) .

Moral pula mengikut Keith ( 2006 ) , merujuk ’to that part of human behavior that can be
evaluated in terms of right or wrong. Manakala menurut The Oxford School Dictionary ( 1994 ),
Science of Moral. Morals itself is defined as concerned with goodness or badness of character
or disposition or with the distinction between right or wrong. Jadi secara keseluruhannya , jelas
bahawa etika dan moral adalah saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Etika dan moral
adalah lebih kurang sama pengertiannya, tetapi dalam kegiatan seharian terdapat perbezaan,
iaitu moral atau moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah
pengkajian system nilai-nilai yang berlaku. Dari aspek kerjaya pula , ia merupakan aturan-aturan
yang disepakati bersama-sama oleh ahli –ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti
guaman, keguruan , pengubatan dan sebagainya ( Hassan Langgulung , 2002 ) .

Etika secara keseluruhannya adalah sebagai satu landasan nilai-nilai mulia yang harus dipatuhi
oleh kelompok-kelompok umum yang mana nilai-nilai baik atau salah itu bersafat sejagat.
Merupakan disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap
norma dan garis panduan tindakan individu yang piawai , yang mewajarkan tindakannya. Etika
bertindak melicinkan dan memperkukuhkan nilai-nilai , kepercayaan dan tanggungjawab dalam
sesuatu profesion. Di samping itu , etika juga menjadi satu norma dan standard perlakuan-
perlakuan ahli organisasi dan interaksi .

Etika Profesion Perguruan

Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas
mendidik. Guru-guru perlu mengetahui kod etika perguruan serta mematuhinya demi menjamin
martabat profesion perguruan dipandang mulia.

Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan ‘Tatasusila
Profesion Perguruan’. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu dihayati dan diikuti oleh
para guru di Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi
kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu lagi. Kejayaan
dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan
etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan ( Kamus
Dewan , 2005 ). Ia juga merupakan satu prinsip moral dan juga tanggungjawab dan akibat
tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.         Dari perspektif Islam , etika
merujuk kepada tingkah laku yang betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Etika profesion perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara , pelajar , rakan sejawat dan juga ibu bapa pelajar. Sebagai seorang
guru , kita sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan
modal insan yang berkualiti dan berketrampilan.      Sebelum dapat membentuk individu yang
sempurna dari pelbagai aspek , pembentukan sahsiah diri guru itu terlebih dahulu perlu dicapai.
Guru perlu menjadi contoh yang terbaik di hadapan anak didiknya . Menjadi ikutan dan panduan
mereka secara keseluruhannya. Untuk memenuhi criteria-kriteria seorang guru yang terbaik dan
cemerlang dalam pelbagai aspek , etika-etika itulah yang perlu dipatuhi dan diamalkan
sepanjang masa. Ini sekaligus dapat membentuk seorang guru yang sebenar-benarnya di mata
pelajar dan masyarakat secara umumnya.




Etika Seorang Guru

Antara etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan ditaati oleh setiap orang guru ialah tidak
harus bertingkah laku yang boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan
hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Tidak seharusnya juga seorang
guru itu bertingkah laku yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan
amanah berhubung dengan kewangan. Seorang guru itu haruslah menjalankan tugas dan
tanggungjawab dengan jujur dan seikhlasnya. Kita sedia maklum bahawa tanggungjawab utama
seorang guru ialah terhadap para pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi
semua kepentingan – kepentingan masyarakat , persatuan atau persendirian.             Guru harus
menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap pelajarnya.

Selain itu seorang guru itu haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua pelajarnya
tanpa mengira bangsa dan anutan agama mereka. Adil dan saksama kepada semua pelajarnya
tanpa menyisihkan atau memilih-milih mereka. Guru sesungguhnya menjadi pengganti ibu
bapa dalam usaha untuk membantu membentuk tingkah laku pelajar-pelajar kearah matlamat-
matlamat yang diterima oleh masyarakat secara keseluruhannya. Bertindak untuk mendidik
pelajar-pelajar dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira
bangsa,jantina , bahasa , agama, kepercayaan politik , tempat asal , asal keluarga , intelek ,
akademik dan status-status lain. Guru seharusnya mengesan dan menerima perbezaan individu
dalam kalangan pelajar-pelajarnya dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka
dari segi jasmani , intelek , daya cipta dan rohani.

Di samping itu , seorang guru haruslah menghormati hak tiap-tiap pelajar supaya maklumat-
maklumat sulit mengenai diri pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak
berkenaan. Guru juga seharusnya tidak mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar-pelajarnya, masyarakat awam dan negara keseluruhannya. Tanggungjawab guru untuk
menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang
menjadi warganegara dan anak bangsa yang taat setia dan berguna di masa hadapan . Tidak
seharusnya seorang guru itu menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri para pelajarnya dan ibu bapa mereka.

Seorang guru mestilah bertingkah laku untuk menjadi contoh yang terbaik terhadap para
pelajarnya. Seorang guru yang ikhlas , tidak akan menerima apa-apa bayaran daripada para
pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah
atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. Tidak akan juga mengiklankan
dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Seorang guru itu juga tidak
seharusnya meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajarnya atau ahli-ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya,

Penting bagi seorang guru itu untuk tidak memaksakan kepercayaan, keagamaan , politik
persendirian terhadap para pelajarnya. Seorang guru yang baik itu juga tidak akan sesekali
menjatuhkan maruah dan nama baik rakan gurunya yang lain. Sekiranya untuk mendapatkan
pekerjaan atau kenaikan pangkat , guru haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ,
iaitu berdasarkan kecekapan dan kemajuan diri sendiri. Tidak perlu mengiklankan dirinya
dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dan nama
dalam profesion perguruan.

Yang tersebut di atas adalah antara etika-etika sebagai seorang guru . Bagi mencapai status
guru berkesan , yang terbaik , cemerlang dan terbilang seharusnya seorang guru itu mentaati
,mematuhi dan mengikuti etika-etika profesion perguruan tersebut. Sesungguhnya ia menjadi
garis panduan seseorang guru untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah
diamanahkan      dan untuk mengekalkan mereka pada landasan yang betul. Sesungguhnya
tanggungjawab kita guru bukan sekadar untuk mengajar di dalam bilik darjah. Kita harus perlu
bertindak secara professional mengikut kod etika perguruan yang telah ditetapkan.
Tangggungjawab Seorang Guru

Berdasarkan kepada Etika Profesion Peguruan juga          termasuklah berkaitan dengan

tanggungjawab -tanggungjawab kita sebagai seorang guru . Antaranya ialah :


i/      Tanggungjawab terhadap pelajar


Sebagai seorang guru , tanggungjawab kita terhadap pelajar ialah kita mesti bersikap adil
terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan,anutan agama, politik, sosial, emosi , ekonomi ,
jasmani dan mental mereka.. Kita sebagai guru juga perlu lebih mengutamakan kebajikan dan
keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.

 Di samping itu, kita guru juga mesti menunjukkan perawakan yang terbaik dari segi berpakaian,
pertututuran dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh kepada para pelajar. Selain daripada
itu kita hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian,
penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar
supaya proses pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

ii/    Tanggungjawab terhadap ibubapa

Kita perlu     memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa dengan menghormati
tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.           Sentiasalah berusaha
untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumah tangga.      Di samping itu, kita mestilah sentiasa menganggap
maklumat yang diberi oleh ibubapa berkaitan rumahtangga mereka sebagai sulit dan
tidak membocorkan rahsia kecuali kepada orang yang berkenaan.        Sekiranya diminta,
kita akan memberikan maklumat berkenaan pelajar kepada ibubapa mereka.             Akhir
sekali, kita sepatutnya sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada dipengaruhi oleh
kedudukan ekonomi dan sosial ibubapa pelajar dalam membuat sebarang keputusan
dan juga daripada mengeluarkan kata-kata yang menjejaskan kepercayaan pelajar
terhadap ibu bapa mereka.

iii/   Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

Kita perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau
negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.             Kita juga hendaklah sering
memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi
warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.             Di samping itu hormatilah masyarakat tempat kita
berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat Seterusnya, kita juga perlu
menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan
tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat .




iv/    Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan, kita
perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama
seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibibapa, atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan    martabat seorang guru.     Kita juga tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang
menjejaskan kecekapan kami sebagai guru , contohnya berniaga di waktu perskolahan.        Di
samping itu kita juga berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-
sungguh sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Seterusnya kita perlu sentiasa bersedia
untuk membantu rakan sejawat terutananya mereka yang baru menjadi seorang guru. Akhir
sekali, kita perlu menjadi ahli bagi sebuah pertubuhan guru.

Contenu connexe

Tendances

Politik Strategi Pertahanan Keamanan
Politik Strategi Pertahanan KeamananPolitik Strategi Pertahanan Keamanan
Politik Strategi Pertahanan Keamananpjj_kemenkes
 
1. Modul Wawasan kebangsaan dan Nilai BN_baru.pdf
1. Modul Wawasan kebangsaan dan Nilai BN_baru.pdf1. Modul Wawasan kebangsaan dan Nilai BN_baru.pdf
1. Modul Wawasan kebangsaan dan Nilai BN_baru.pdfssuser476881
 
Pkn materi semester 1
Pkn materi semester 1Pkn materi semester 1
Pkn materi semester 1jhon korse
 
Wawasan Nusantara
Wawasan Nusantara Wawasan Nusantara
Wawasan Nusantara pjj_kemenkes
 
Pendidikan kewarganegaraan ( More on augussiahaan.com )
Pendidikan kewarganegaraan ( More on augussiahaan.com )Pendidikan kewarganegaraan ( More on augussiahaan.com )
Pendidikan kewarganegaraan ( More on augussiahaan.com )AugusSiahaan
 
Makalah teori nasional
Makalah teori nasionalMakalah teori nasional
Makalah teori nasionalRobet Saputra
 
Silabus PKN
Silabus PKNSilabus PKN
Silabus PKNIqbalrmd
 
PKn sebagai MPK Matakuliah Pengembangan Kepribadian
PKn sebagai MPK Matakuliah Pengembangan KepribadianPKn sebagai MPK Matakuliah Pengembangan Kepribadian
PKn sebagai MPK Matakuliah Pengembangan KepribadianRisdawati Hutabarat
 
Bahan tayang diklatsar-wasbang-gol iii-2018
Bahan tayang diklatsar-wasbang-gol iii-2018Bahan tayang diklatsar-wasbang-gol iii-2018
Bahan tayang diklatsar-wasbang-gol iii-2018hadiarnowo
 
Pentingnya wawasan nusantara
Pentingnya wawasan nusantaraPentingnya wawasan nusantara
Pentingnya wawasan nusantaraDedy Setiady
 
PPT Bab Wawasan Nusantara (PPKn Kelas 10 Semester 2)
PPT Bab Wawasan Nusantara (PPKn Kelas 10 Semester 2)PPT Bab Wawasan Nusantara (PPKn Kelas 10 Semester 2)
PPT Bab Wawasan Nusantara (PPKn Kelas 10 Semester 2)Aura Tsabita Camalia
 
Modul Wawasan Kebangsaan Golongan III K1/K2 Tahun 2018
Modul Wawasan Kebangsaan Golongan III K1/K2 Tahun 2018Modul Wawasan Kebangsaan Golongan III K1/K2 Tahun 2018
Modul Wawasan Kebangsaan Golongan III K1/K2 Tahun 2018Eko Supriyadi
 
Learning journal nasionalisme
Learning journal nasionalismeLearning journal nasionalisme
Learning journal nasionalismeRakhmad Khumaidi
 
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa MelayuKenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa MelayuMohamed Nazul Ismail
 
Makalah kewarganegaraan
Makalah kewarganegaraanMakalah kewarganegaraan
Makalah kewarganegaraandinasep
 

Tendances (20)

Politik Strategi Pertahanan Keamanan
Politik Strategi Pertahanan KeamananPolitik Strategi Pertahanan Keamanan
Politik Strategi Pertahanan Keamanan
 
1. Modul Wawasan kebangsaan dan Nilai BN_baru.pdf
1. Modul Wawasan kebangsaan dan Nilai BN_baru.pdf1. Modul Wawasan kebangsaan dan Nilai BN_baru.pdf
1. Modul Wawasan kebangsaan dan Nilai BN_baru.pdf
 
Pkn materi semester 1
Pkn materi semester 1Pkn materi semester 1
Pkn materi semester 1
 
BMP MKDU4111
BMP MKDU4111BMP MKDU4111
BMP MKDU4111
 
Wawasan Nusantara
Wawasan Nusantara Wawasan Nusantara
Wawasan Nusantara
 
Pendidikan kewarganegaraan ( More on augussiahaan.com )
Pendidikan kewarganegaraan ( More on augussiahaan.com )Pendidikan kewarganegaraan ( More on augussiahaan.com )
Pendidikan kewarganegaraan ( More on augussiahaan.com )
 
Makalah teori nasional
Makalah teori nasionalMakalah teori nasional
Makalah teori nasional
 
Silabus PKN
Silabus PKNSilabus PKN
Silabus PKN
 
PKn sebagai MPK Matakuliah Pengembangan Kepribadian
PKn sebagai MPK Matakuliah Pengembangan KepribadianPKn sebagai MPK Matakuliah Pengembangan Kepribadian
PKn sebagai MPK Matakuliah Pengembangan Kepribadian
 
Bahan tayang diklatsar-wasbang-gol iii-2018
Bahan tayang diklatsar-wasbang-gol iii-2018Bahan tayang diklatsar-wasbang-gol iii-2018
Bahan tayang diklatsar-wasbang-gol iii-2018
 
Makalah wawasan-nusantara
Makalah wawasan-nusantaraMakalah wawasan-nusantara
Makalah wawasan-nusantara
 
Wawasan Nusantara
Wawasan NusantaraWawasan Nusantara
Wawasan Nusantara
 
Pentingnya wawasan nusantara
Pentingnya wawasan nusantaraPentingnya wawasan nusantara
Pentingnya wawasan nusantara
 
Ais sofskil
Ais sofskilAis sofskil
Ais sofskil
 
PPT Bab Wawasan Nusantara (PPKn Kelas 10 Semester 2)
PPT Bab Wawasan Nusantara (PPKn Kelas 10 Semester 2)PPT Bab Wawasan Nusantara (PPKn Kelas 10 Semester 2)
PPT Bab Wawasan Nusantara (PPKn Kelas 10 Semester 2)
 
Modul Wawasan Kebangsaan Golongan III K1/K2 Tahun 2018
Modul Wawasan Kebangsaan Golongan III K1/K2 Tahun 2018Modul Wawasan Kebangsaan Golongan III K1/K2 Tahun 2018
Modul Wawasan Kebangsaan Golongan III K1/K2 Tahun 2018
 
Learning journal nasionalisme
Learning journal nasionalismeLearning journal nasionalisme
Learning journal nasionalisme
 
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa MelayuKenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu
Kenali Bentuk & Fungsi Bahasa Melayu
 
Makalah kewarganegaraan
Makalah kewarganegaraanMakalah kewarganegaraan
Makalah kewarganegaraan
 
implementasi
implementasi implementasi
implementasi
 

Similaire à Information - ct hafsyah

Implementasi politik strategi nasional di bidang hukum di indonesia
Implementasi politik strategi nasional di bidang hukum di indonesiaImplementasi politik strategi nasional di bidang hukum di indonesia
Implementasi politik strategi nasional di bidang hukum di indonesiaVesgi Irlin
 
Hsp bm f3
Hsp bm f3Hsp bm f3
Hsp bm f382328
 
Rencana pelaksanaan pembelajaran pkn xii kur 2013 bab 3
Rencana pelaksanaan pembelajaran pkn xii kur 2013 bab 3Rencana pelaksanaan pembelajaran pkn xii kur 2013 bab 3
Rencana pelaksanaan pembelajaran pkn xii kur 2013 bab 3eli priyatna laidan
 
Laporan pp demokrasi pancasila (smk taruna mandiri)
Laporan pp demokrasi pancasila (smk taruna mandiri)Laporan pp demokrasi pancasila (smk taruna mandiri)
Laporan pp demokrasi pancasila (smk taruna mandiri)Kiki Nurcahyo
 
Implementasi wawasan nusantara dibidang politik dan hukum
Implementasi wawasan nusantara  dibidang politik dan hukumImplementasi wawasan nusantara  dibidang politik dan hukum
Implementasi wawasan nusantara dibidang politik dan hukumnatal kristiono
 
Peranan lembaga peradilan dalam pelaksanaan kekuasaan kehakiman di indonesia
Peranan lembaga peradilan dalam pelaksanaan kekuasaan kehakiman di indonesiaPeranan lembaga peradilan dalam pelaksanaan kekuasaan kehakiman di indonesia
Peranan lembaga peradilan dalam pelaksanaan kekuasaan kehakiman di indonesiaNurfa de ImoeLa
 
Pelangaran terhadap polstranas di bidang hukum
Pelangaran terhadap polstranas di bidang hukumPelangaran terhadap polstranas di bidang hukum
Pelangaran terhadap polstranas di bidang hukumFuji Lestari
 
Makalah PKN tentang Demokrasi Islam dan Barat
Makalah PKN tentang Demokrasi Islam dan BaratMakalah PKN tentang Demokrasi Islam dan Barat
Makalah PKN tentang Demokrasi Islam dan BaratReeda Imuet
 
Pengembangan Nilai-Nilai Demokrasi Pancasila.docx
Pengembangan Nilai-Nilai Demokrasi Pancasila.docxPengembangan Nilai-Nilai Demokrasi Pancasila.docx
Pengembangan Nilai-Nilai Demokrasi Pancasila.docxZukét Printing
 

Similaire à Information - ct hafsyah (20)

Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
 
E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )
 
Materi pkn kls xii bab 3
Materi pkn kls xii bab 3Materi pkn kls xii bab 3
Materi pkn kls xii bab 3
 
Implementasi politik strategi nasional di bidang hukum di indonesia
Implementasi politik strategi nasional di bidang hukum di indonesiaImplementasi politik strategi nasional di bidang hukum di indonesia
Implementasi politik strategi nasional di bidang hukum di indonesia
 
Rukun negara -
Rukun negara - Rukun negara -
Rukun negara -
 
Hsp bm f3
Hsp bm f3Hsp bm f3
Hsp bm f3
 
Rencana pelaksanaan pembelajaran pkn xii kur 2013 bab 3
Rencana pelaksanaan pembelajaran pkn xii kur 2013 bab 3Rencana pelaksanaan pembelajaran pkn xii kur 2013 bab 3
Rencana pelaksanaan pembelajaran pkn xii kur 2013 bab 3
 
Laporan pp demokrasi pancasila (smk taruna mandiri)
Laporan pp demokrasi pancasila (smk taruna mandiri)Laporan pp demokrasi pancasila (smk taruna mandiri)
Laporan pp demokrasi pancasila (smk taruna mandiri)
 
Rukun negara 1
Rukun negara 1Rukun negara 1
Rukun negara 1
 
Implementasi wawasan nusantara dibidang politik dan hukum
Implementasi wawasan nusantara  dibidang politik dan hukumImplementasi wawasan nusantara  dibidang politik dan hukum
Implementasi wawasan nusantara dibidang politik dan hukum
 
Makalah.docx
Makalah.docxMakalah.docx
Makalah.docx
 
Negara dan konstitusi
Negara dan konstitusiNegara dan konstitusi
Negara dan konstitusi
 
Negara dan konstitusi
Negara dan konstitusiNegara dan konstitusi
Negara dan konstitusi
 
Peranan lembaga peradilan dalam pelaksanaan kekuasaan kehakiman di indonesia
Peranan lembaga peradilan dalam pelaksanaan kekuasaan kehakiman di indonesiaPeranan lembaga peradilan dalam pelaksanaan kekuasaan kehakiman di indonesia
Peranan lembaga peradilan dalam pelaksanaan kekuasaan kehakiman di indonesia
 
Pelangaran terhadap polstranas di bidang hukum
Pelangaran terhadap polstranas di bidang hukumPelangaran terhadap polstranas di bidang hukum
Pelangaran terhadap polstranas di bidang hukum
 
Makalah PKN tentang Demokrasi Islam dan Barat
Makalah PKN tentang Demokrasi Islam dan BaratMakalah PKN tentang Demokrasi Islam dan Barat
Makalah PKN tentang Demokrasi Islam dan Barat
 
Geopolitik
GeopolitikGeopolitik
Geopolitik
 
Pengembangan Nilai-Nilai Demokrasi Pancasila.docx
Pengembangan Nilai-Nilai Demokrasi Pancasila.docxPengembangan Nilai-Nilai Demokrasi Pancasila.docx
Pengembangan Nilai-Nilai Demokrasi Pancasila.docx
 

Information - ct hafsyah

  • 1. ……..INFOrmation….. Rukun Negara Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di- Pertuan Agong keempat. Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Ikrar Rukun Negara adalah seperti berikut: "Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:  Kepercayaan kepada Tuhan  Kesetiaan kepada Raja dan Negara  Keluhuran Perlembagaan  Kedaulatan Undang-undang
  • 2.  Kesopanan dan Kesusilaan  Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.  Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.  Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
  • 3. individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.  Kedaulatan Undang-Undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.  Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
  • 4. SEKADAR RENUNGAN……………………. Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Definisi Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Jenis teknik-teknik dalam p&p 1. Teknik main peranan 2. Teknik permainan bahasa 3. Teknik latih tubi 4. Teknik bercerita 5. Teknik inkuiri 6. Teknik perbahasan 7. Teknik kuiz 8. Teknik sumbangsaran 9. Teknik soal jawab 10. Teknik simulasi 11. Teknik drama 12. Teknik perbincangan 13. Teknik forum 14. Teknik dialog
  • 5. Tujuan Penggunaan Teknik P&P 1. Menarik Minat murid 2. Mengekalkan perhatian 3. Membangkitkan rasa ingin tahu TEKNIK LATIH - TUBI Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan- perkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : I. Sebutan (accent)  menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. II. Tatabahasa (grammer)  penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. III. Perbendaharaan kata (vocabulary)  meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
  • 6. IV. Kefasihan (fluency)  menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. V. Kefahaman (comprehension)  latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. TEKNIK SIMULASI Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 7. TEKNIK MAIN PERANAN Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar- pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya. TEKNIK SUMBANGSARAN Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis. Tujuan Sumbangsaran Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
  • 8. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan TEKNIK PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan TEKNIK SOAL – JAWAB Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah : 1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
  • 9. 2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. 3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. TEKNIK BERCERITA Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek- aspek bahasa yang hendak disampaikan. TEKNIK DRAMA
  • 10. Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. TEKNIK INKUIRI Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengendalian teknik inkuiri ialah : 1. Proses mengenali masalah 2. Mengkaji ramalan 3. Mengumpul maklumat 4. Menganalisis 5. Membuat rumusan
  • 11. TEKNIK PERBINCANGAN 1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). 2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. 3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. 4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. 5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. 6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : 7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. 8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. 9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. 10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. 11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya. TEKNIK FORUM 1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.
  • 12. 2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. 3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. 4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti. TEKNIK PERBAHASAN 1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. 2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. 3. Antara manfaat teknik ini ialah : 4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan 5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur 6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. 7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. 8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. 9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. 10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan. TEKNIK KUIZ Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Tujuannya ialah : Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
  • 13. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu : Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.
  • 14. INFO SEMASA……… Guru KU Sayang… Ikrar dan janji seorang guru ialah untuk mendidik dan membimbing anak bangsa. Menjadikan mereka insan yang berguna suatu masa nanti. Berusaha menuju ke arah pembentukan anak bangsa yang berilmu , yang taat setia , yang bertanggungjawab dan berkebolehan. Sebagai seorang guru , kita perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan , menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh terbaik kepada para pelajar . Oleh yang demikian ,pada setiap masa seorang guru itu perlulah menampilkan watak terpuji,berimej ,berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul. Dalam sebuah kerjaya keguruan , ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang bertujuan untuk melahirkan modal insan guru yang benar-benar berkualiti, berketrampilan , terpuji dan terbaik dan dapat menjadi ikon serta model yang unggul kepada para pelajar. Menurut Fenny , Christensen ( 1979 ), kualiti-kualiti yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah mempunyai ilmu dan berjaya mempraktikkannya serta mempunyai rasa hormat dan bersikap penyayang kepada anak-anak muridnya. Berperawakan yang baik , bertenaga , bersifat humor , fleksibel dan peka ( Feeny , Christensen & Moravic ,1996). Sementara Bottery (dalam Cribb , Gewirtz , 2001) mencadangkan guru-guru bertindak sebagai penjaga dan pengantara nilai kepada kanak-kanak.Menurut Hassan (2002) pula , guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik. Apa itu Etika ?? Etika berasal dari perkataan ethos dalam bahasa Yunani. Mengikut Kamus Dwibahasa Dewan (2002) , ethos bermaksud nilai moral , sistem kepercayaan, budaya atau keperibadian sesuatu bangsa. Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin , iaitu ‘Mos’ dan dalam bahasa jamaknya ‘Mores’ yang bererti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik ( kesusilaan ) dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk ( Keith , 2006 ) . Menurut Thiroux ( 2001 ) , etika dilihat sebagai satu teori mengenai tindakan individu, penafsirannya terhadap sesuatu kejadian dan mengapa individu bertindak sedemikian. Etika juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk , serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Dalam pergaulan hidup bermasyarakat , bernegara hingga
  • 15. pergaulan hidup peringkat global diperlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku. Menurut para sarjana, etika adalah aturan perilaku , adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara sesamanya dan menegaskan mana yang benar dan mana yang buruk. Etika berkaitan dengan norma-norma , nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik dan buruk yang boleh atau tidak boleh di ikuti. Menurut William ( 1971 ) , etika ialah ‘The normative science of the conduct of human beings living in societies – a science which judges tihis conduct to be right or wrong , to be good or bad or in some similar way’ ( Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat di mana sains ini menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah, baik atau buruk dan lain-lain) . Moral pula mengikut Keith ( 2006 ) , merujuk ’to that part of human behavior that can be evaluated in terms of right or wrong. Manakala menurut The Oxford School Dictionary ( 1994 ), Science of Moral. Morals itself is defined as concerned with goodness or badness of character or disposition or with the distinction between right or wrong. Jadi secara keseluruhannya , jelas bahawa etika dan moral adalah saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Etika dan moral adalah lebih kurang sama pengertiannya, tetapi dalam kegiatan seharian terdapat perbezaan, iaitu moral atau moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah pengkajian system nilai-nilai yang berlaku. Dari aspek kerjaya pula , ia merupakan aturan-aturan yang disepakati bersama-sama oleh ahli –ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti guaman, keguruan , pengubatan dan sebagainya ( Hassan Langgulung , 2002 ) . Etika secara keseluruhannya adalah sebagai satu landasan nilai-nilai mulia yang harus dipatuhi oleh kelompok-kelompok umum yang mana nilai-nilai baik atau salah itu bersafat sejagat. Merupakan disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan garis panduan tindakan individu yang piawai , yang mewajarkan tindakannya. Etika bertindak melicinkan dan memperkukuhkan nilai-nilai , kepercayaan dan tanggungjawab dalam sesuatu profesion. Di samping itu , etika juga menjadi satu norma dan standard perlakuan- perlakuan ahli organisasi dan interaksi . Etika Profesion Perguruan Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Guru-guru perlu mengetahui kod etika perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan ‘Tatasusila Profesion Perguruan’. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu dihayati dan diikuti oleh para guru di Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi
  • 16. kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu lagi. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan ( Kamus Dewan , 2005 ). Ia juga merupakan satu prinsip moral dan juga tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari perspektif Islam , etika merujuk kepada tingkah laku yang betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Etika profesion perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara , pelajar , rakan sejawat dan juga ibu bapa pelajar. Sebagai seorang guru , kita sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan. Sebelum dapat membentuk individu yang sempurna dari pelbagai aspek , pembentukan sahsiah diri guru itu terlebih dahulu perlu dicapai. Guru perlu menjadi contoh yang terbaik di hadapan anak didiknya . Menjadi ikutan dan panduan mereka secara keseluruhannya. Untuk memenuhi criteria-kriteria seorang guru yang terbaik dan cemerlang dalam pelbagai aspek , etika-etika itulah yang perlu dipatuhi dan diamalkan sepanjang masa. Ini sekaligus dapat membentuk seorang guru yang sebenar-benarnya di mata pelajar dan masyarakat secara umumnya. Etika Seorang Guru Antara etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan ditaati oleh setiap orang guru ialah tidak harus bertingkah laku yang boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Tidak seharusnya juga seorang guru itu bertingkah laku yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Seorang guru itu haruslah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan jujur dan seikhlasnya. Kita sedia maklum bahawa tanggungjawab utama seorang guru ialah terhadap para pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan – kepentingan masyarakat , persatuan atau persendirian. Guru harus menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap pelajarnya. Selain itu seorang guru itu haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua pelajarnya tanpa mengira bangsa dan anutan agama mereka. Adil dan saksama kepada semua pelajarnya tanpa menyisihkan atau memilih-milih mereka. Guru sesungguhnya menjadi pengganti ibu bapa dalam usaha untuk membantu membentuk tingkah laku pelajar-pelajar kearah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyarakat secara keseluruhannya. Bertindak untuk mendidik pelajar-pelajar dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira
  • 17. bangsa,jantina , bahasa , agama, kepercayaan politik , tempat asal , asal keluarga , intelek , akademik dan status-status lain. Guru seharusnya mengesan dan menerima perbezaan individu dalam kalangan pelajar-pelajarnya dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani , intelek , daya cipta dan rohani. Di samping itu , seorang guru haruslah menghormati hak tiap-tiap pelajar supaya maklumat- maklumat sulit mengenai diri pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. Guru juga seharusnya tidak mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar-pelajarnya, masyarakat awam dan negara keseluruhannya. Tanggungjawab guru untuk menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara dan anak bangsa yang taat setia dan berguna di masa hadapan . Tidak seharusnya seorang guru itu menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibu bapa mereka. Seorang guru mestilah bertingkah laku untuk menjadi contoh yang terbaik terhadap para pelajarnya. Seorang guru yang ikhlas , tidak akan menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. Tidak akan juga mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Seorang guru itu juga tidak seharusnya meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajarnya atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya, Penting bagi seorang guru itu untuk tidak memaksakan kepercayaan, keagamaan , politik persendirian terhadap para pelajarnya. Seorang guru yang baik itu juga tidak akan sesekali menjatuhkan maruah dan nama baik rakan gurunya yang lain. Sekiranya untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat , guru haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja , iaitu berdasarkan kecekapan dan kemajuan diri sendiri. Tidak perlu mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dan nama dalam profesion perguruan. Yang tersebut di atas adalah antara etika-etika sebagai seorang guru . Bagi mencapai status guru berkesan , yang terbaik , cemerlang dan terbilang seharusnya seorang guru itu mentaati ,mematuhi dan mengikuti etika-etika profesion perguruan tersebut. Sesungguhnya ia menjadi garis panduan seseorang guru untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan untuk mengekalkan mereka pada landasan yang betul. Sesungguhnya tanggungjawab kita guru bukan sekadar untuk mengajar di dalam bilik darjah. Kita harus perlu bertindak secara professional mengikut kod etika perguruan yang telah ditetapkan.
  • 18. Tangggungjawab Seorang Guru Berdasarkan kepada Etika Profesion Peguruan juga termasuklah berkaitan dengan tanggungjawab -tanggungjawab kita sebagai seorang guru . Antaranya ialah : i/ Tanggungjawab terhadap pelajar Sebagai seorang guru , tanggungjawab kita terhadap pelajar ialah kita mesti bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan,anutan agama, politik, sosial, emosi , ekonomi , jasmani dan mental mereka.. Kita sebagai guru juga perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Di samping itu, kita guru juga mesti menunjukkan perawakan yang terbaik dari segi berpakaian, pertututuran dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh kepada para pelajar. Selain daripada itu kita hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya proses pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. ii/ Tanggungjawab terhadap ibubapa Kita perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa dengan menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Sentiasalah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Di samping itu, kita mestilah sentiasa menganggap maklumat yang diberi oleh ibubapa berkaitan rumahtangga mereka sebagai sulit dan tidak membocorkan rahsia kecuali kepada orang yang berkenaan. Sekiranya diminta, kita akan memberikan maklumat berkenaan pelajar kepada ibubapa mereka. Akhir sekali, kita sepatutnya sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dan sosial ibubapa pelajar dalam membuat sebarang keputusan dan juga daripada mengeluarkan kata-kata yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka. iii/ Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Kita perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Kita juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu hormatilah masyarakat tempat kita
  • 19. berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat Seterusnya, kita juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat . iv/ Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan, kita perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibibapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang guru. Kita juga tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapan kami sebagai guru , contohnya berniaga di waktu perskolahan. Di samping itu kita juga berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh- sungguh sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Seterusnya kita perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat terutananya mereka yang baru menjadi seorang guru. Akhir sekali, kita perlu menjadi ahli bagi sebuah pertubuhan guru.