Ringkasan dokumen ini membahas proses memahami orang lain melalui persepsi sosial yang kompleks dan bergantung pada petunjuk luaran dan non-verbal seperti ekspresi wajah, bahasa tubuh, dan kontak mata. Proses mengatribut juga dipaparkan untuk menilai tret seseorang berdasarkan perlakuannya serta kesilapan yang berlaku dalam proses tersebut. Pemahaman proses-proses ini penting untuk memahami individu lain.
2. Persepsi sosial:
Proses bagaimana kita memahami orang lain
Satu proses yang kompleks – kadang kala telahan
kita tepat, tetapi ada ketikanya kita gagal
memahami manusia
Bergantung kepada perlakuan dan aspek luaran
untuk kita membuat telahan/jangkaan
Kunci kepada perlakuan dan pemikiran sosial
3. Sumber maklumat utama:
Untuk mengetahui perasaan dan emosi
a. bertanya secara terus – kurang tepat
b. komunikasi non-verbal – komunikasi bukan verbal
antara individu yang merangkumi ekspresi wajah,
kontak mata serta bahasa tubuh
4. Komunikasi non-verbal: Saluran Asas
1. Ekspresi wajah sebagai petunjuk emosi
Enam emosi asas – marah, takut, gembira, sedih,
terkejut dan tidak suka (menyampah, meluat)
(Izard, 1991; Rozin, Lowery & Ebert, 1994)
Tidak universal serta bergantung kepada situasi
5. Komunikasi non-verbal: Saluran Asas (Sambung)
2. Kontak mata – pandangan dan renungan
Mata memberikan input tentang individu – aras
pandangan, melihat mata, memandang ke atas
atau ke bawah, cara renungan, mengelakan
pandangan
6. Komunikasi non-verbal: Saluran Asas (Sambung)
3. Bahasa tubuh – gestures, postur dan pergerakan
menyerlahkan keadaan emosi
pergerakan anggota tubuh serta postur –
kebangkitan emosi
gestures – serlahkan perasaan
7. Komunikasi non-verbal: Saluran Asas (Sambung)
4. Sentuhan – reaksi bila disentuh, maksud sentuhan
bergantung kepada siapa menyentuh (rakan, ahli
keluarga, orang asing, jantina)
keadaan sentuhan (tempoh masa, lokasi
sentuhan)
konteks sentuhan (dalam kelas, tempat awam,
pemeriksaan perubatan)
mesej – simpati, ambil berat, marah, dominasi,
sayang, keinginan seksual
8. Memberikan tumpuan kepada petunjuk non-verbal
akan membantu kita untuk mengenal pasti tingkah
laku kepura-puraan (deception)
Gabungan maklumat non-verbal akan memberikan
maklumat yang lebih tepat berbanding hanya satu
atau dua saluran sahaja
Wanita lebih cekap dalam menyampai dan
mentafsir petunjuk non-verbal – gerak hati/naluri
wanita (women’s intuition)
9. Untuk mengetahui dan memahami orang lain, kita
melihat dan mengkaji tret, motif dan niat seseorang
menerusi proses mengatribut - mengapa individu
bertindak sedemikian….
10. Menurut Jones & Davis (1965), Theory of correspondent
inference:
Penilaian tentang tret seseorang individu dibuat
berdasarkan aspek perlakuan atau tindakan yang
dipilih secara bebas/rawak mengenai individu tersebut
serta kesan yang dihasilkan oleh satu faktor yang
spesifik.
11. Teori Causal Attribution Kelley (1972):
perlakuan berpunca dari sebab dalaman atau luaran
dinilai berdasarkan consensus, consistency, and
distinctiveness sesuatu perlakuan
Pendekatan Weiner (1985, 1995)- yang melihat dimensi
kestabilan dan aspek kawalan
12. Kesilapan asas dalam proses mengatribut:
1. Bias perkaitan (correspondence bias)-
kecenderungan menyimpulkan perlakuan
berdasarkan tret individu, walaupun wujud
penyebab yang lain yang berasaskan situasi
2. Kesan pelaku-pemerhati – atributkan perlakuan kita
berdasarkan faktor situasi (luaran) dan perlakuan
orang lain berdasarkan faktor individu (dalaman)
3. Self-serving bias – atribut hasil positif secara dalaman
dan hasil negative secara luaran
13. Kepentingan memahami proses mengatribut:
1. Membantu individu yang menghadapi kemurungan
– yang mempunyai corak atribut yang berlawanan
dengan self-serving bias – atribut sesuatu yang positif
kepada faktor luaran dan yang negatif kepada
faktor dalaman
2. Mengurangkan gangguan seksual (sexual
harassment)- melihat pelaku sebagai bersalah tanpa
mengira jantina
14. Pembentukan dan pengurusan penampilan diri:
- ramai orang mementingkan penampilan pertama
(first impressions) – meninggalkan kesan yang
mendalam
- kajian mengesahkan tanggapan ini
- membentuk penampilan perlu menjurus kepada tret,
nilai serta jati diri, dan bukannya kecekapan
- Ramai mementingkan aspek pengurusan penampilan
diri
15. Dua aspek penampilan diri yang utama:
1. Penampilan kendiri – menampilkan diri agar dilihat
hebat dan menarik
2. Penampilan orang lain – usaha untuk mengambil
hati, memberikan kesan positif kepada orang lain.
Perlu berhati-hati agar tidak keterlaluan
16. Pemahaman tentang beberapa perkara berkaitan
persepsi sosial ini akan dapat membantu kita
memahami individu lain di sekeliling kita, matlamat
utama bidang psikologi sosial.