SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  23
Télécharger pour lire hors ligne
TAJUK:
Panduan Membaca Label
Makanan
NAMA KURSUS: BAHASA MELAYU KERJAYA
(SAINS DAN TEKNOLOGI)
KOD KURSUS: LM 2026K
PROGRAM: Ijazah Sarjana Muda Dietetik (kepujian)
2
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
Abstrak 3
Senarai Tajuk Bahan Grafik 4
Pengenalan 5
1. Panduan Pelabelan Makanan : 6-9
1.1 Bahasa yang Digunakan
1.2 Berat Bersih / Isipadu / Bilangan Minimum Isi Bungkusan
1.3 Nama & Alamat Pengilang/ Pengimport / Negeri Asal
1.4 Pengisytiharan Jumlah & Jenis Acid Lemak
2. Elemen dalam Label Makanan yang perlu diambil
perhatian oleh pengguna: 10-20
2.1 Maklumat Pemakanan
2.2 Logo Halal
2.3 Logo GMP
2.4 Logo HACCP
2.5 Alamat pengilang & Tarikh Luput
Rumusan 21
Rujukan 22-23
3
ABSTRAK
Panduan membaca label makanan yang tepat dapat membantu pengguna dalam membuat
pilihan makanan yang berkhasiat dengan bijak berdasarkan kepada pelabelan makanan di bawah
undang-undang di Malaysia dengan melihat kepada syarat-syarat pelabelan yang perlu dipatuhi
oleh pengeluar makanan bagi memberi pengetahuan kepada pengguna untuk memilih barangan
terbaik. Selain daripada maklumat pemakanan, terdapat beberapa perkara penting yang harus
dilihat apabila membeli produk makanan. Antaranya ialah logo halal, tarikh luput, logo HACCP
dan juga logo GMP. Kebanyakan pembeli hanya menitikberatkan tentang tarikh luput
berbanding dengan aspek-aspek yang lain. Pengguna perlulah mengetahui hak mereka dalam
mengenal pasti maklumat terperinci mengenai produk yang hendak dibeli.
4
SENARAI TAJUK BAHAN GRAFIK
RAJAH HALAMAN
1. Berat Bersih 7
2. Contoh alamat pengilang/pengimport 8
3. Jumlah dan jenis asid lemak 9
4. Contoh label makanan pek oat 3 dalam 1 11
5. Garisan panduan jumlah tenaga 12
6. Garis panduan kadar pengambilan yang
disarankan 12
7. Logo halal yang diiktiraf Jakim
8. Logo GMP
15
17
9. Logo HACCP 18
5
PENGENALAN
Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian. Secara amnya, makanan
boleh didapati dari sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Apabila teknologi semakin
berkembang dan dunia semakin maju, keperluan terhadap sumber makanan semakin meningkat
seiring dengan penambahan bilangan penduduk dunia. Maka, teknologi makanan semakin
berkembang pesat hari demi hari. Pelbagai produk makanan dikeluarkan setiap hari demi
memenuhi keperluan pengguna. Antara ciri-ciri makanan yang sering menjadi pilihan pengguna
pada masa kini ialah produk makanan yang cepat, mudah,dan sedap. Produk-produk makanan ini
melalui pelbagai proses untuk menjadikannya mudah dan ringkas untuk dimakan atau dimasak
oleh pengguna, bersesuaian dengan gaya hidup masyarakat kini yang semakin sibuk dengan
tugas harian.
Makanan yang telah diproses biasanya akan mempunyai kandungan nutrisi yang kurang
jika dibandingkan dengan makanan yang segar dari sumber semulajadi. Oleh yang demikian,
bilangan nutrisi yang akan kita peroleh daripada makanan yang diproses mengandungi peratus
yang amat sedikit.Sebagai pengguna,kita haruslah bijak memilih produk makanan supaya kita
dapat menikmati nutrisi makanan sesuatu produk tersebut. Pemakanan yang sihat bermula
dengan perancangan yang baik. Antara perkara yang paling penting ketika memilh sesuatu
produk makanan ialah membaca label makanan. Membaca label pemakanan adalah penting dan
memainkan peranan dalam membuat perbandingan maklumat pemakanan sebelum membeli
sesuatu barang. Langkah ini membantu untuk mengetahui kandungan sesuatu nutrien sama ada ia
lebih tinggi atau rendah. Label makanan berfungsi sebagai perantara komunikasi dengan pihak
pengeluar makanan yang ingin menerangkan kepada pengguna akan kebaikan produknya
daripada sudut kesihatan. Ia memberi maklumat mengenai jumlah dan jenis nutrien yang
terkandung dalam makanan tersebut.
Selain daripada label makanan, terdapat beberapa perkara penting yang harus dilihat
apabila membeli produk makanan. Antaranya ialah maklumat pemakanan, logo halal, tarikh
luput, logo HACCP dan juga logo GMP. Kebanyakan pembeli hanya menitikberatkan tentang
tarikh luput berbanding dengan aspek yang lain. Sebenarnya, pengetahuan tentang elemen lain
6
juga amatlah penting bagi pengguna supaya pengguna dapat membuat pilihan yang bijak dan
untuk menjamin keselamatan dan kualiti produk yang dipilih.
1. PANDUAN PELABELAN MAKANAN
Pelabelan makanan bertujuan untuk membekalkan maklumat yang betul dan jelas tentang
sesuatu produk makanan. Label makanan hendaklah mematuhi semua peruntukan pelabelan
makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Garis panduan ini disediakan untuk
memberi panduan kepada industri makanan dan pengguna mengenai keperluan pelabelan
makanan berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Dibawah disertakan beberapa
panduan pelabelan makanan:
1.1 BAHASA YANG DIGUNAKAN
1.1.1 Semua maklumat yang perlu ada pada label hendaklah dinyatakan dalam Bahasa
Malaysia atau Bahasa English berdasarkan kepada keperluan berikut:
1.1.1.1 Bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di
Malaysia,hendaklah di dalam Bahasa Malaysia dan boleh termasuk
terjemahannya dalam mana-mana bahasa lain.
1.1.1.2 Bagi produk makanan yang diimport, hendaklah di dalam Bahasa
Malaysia atau Bahsa Inggeris dan boleh termasuk terjemahannya dalam
mana-mana bahasa lain.
1.1.1.3 Bagi makanan bertujuan khas sama ada yang diimport atau dikeluarkan,
disediakan atau dibungkus di Malaysia hendaklah di dalam Bahasa
Malaysia dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana bahasa
lain.
1.1.2 Terjemahan ke dalam dalam mana-mana bahasa lain mestilah memberi maksud
yang sama dengan maklumat yang asal.
1.2 BERAT BERSIH/ISIPADU/BILANGAN MINIMUM ISI BUNGKUSAN
1.2.1 Semua label makanan hendaklah mempunyai penyataan mengenai berat bersih
atau isipadu atau bilangan minimum isi bungkusan.
1.2.2 Penyataan tersebut hendaklah dinyatakan mengikut ketinggian penghurufan
yang sama.
7
Berat Bersih : 450g
Isipadu Minimum 250ml
Rajah 1: Berat bersih
1.3 NAMA DAN ALAMAT PENGILANG/PENGIMPORT/ NEGARA ASAL
Semua label makanan hendaklah mempunyai penyataan mengenai nama dan alamat
pengilang/ pengimport/negara asal berdasarkan berikut:
a. Bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di Malaysia,
label makanan hendaklah menyatakan salah satu daripada yang berikut :
i. nama dan alamat pengilang atau pembungkus atau
ii. nama dan alamat pemunya hak untuk mengilang atau membungkus atau
iii. nama ada alamat ejen daripada I dan II
b. Bagi makanan yang import, label makanan hendaklah menyatakan :
i. nama dan alamat pengilang di luar negara atau
ii. nama dan alamat pemunya hak untuk mengilang atau membungkus atau
iii. nama ada alamat ejen daripada I dan II dan
iv. nama dan alamat peniagann pengimport di Malaysia dan
v. nama negeri dari mana makanan itu berasal.
Berat 1 kg
Isipadu Minimum 500ml
8
1.4 PENGISYTIHARAN JUMLAH DAN JENIS ASID LEMAK
Jika nilai asid lemak dinyatakan pada label, keempat-empat jenis asid lemak, iaitu asid lemak
tepu, mono tidaktepu, politidaktepu, dan asid trans lemak hendaklah dinyatakan dalam
bentuk seperti berikut :
Lemak yang terdiri daripada
Asid Lemak Monotidaktepu … g
Asid Lemak Politidaktepu … g
Asid Lemak Tepu … g
Asid Trans Lemak … g
Contoh produk tempatan:
Dikilangkan oleh :
ABC Sdn. Bhd.
No 81, Jalan Puteri 5/3
Bandar Puteri, 47100
Puchong
Selangor
Contoh produk import :
Dikilangkan oleh:
XYZ International
10 Mahunga Drive, Mangere Bridge 1
Auckland 2012, New Zealand
Diimport oleh :
XYZ Sdn. Bhd.
Lot 16, Jalan 19/11
46300 Petaling Jaya
Selangor
Produk New ZealandRajah 2: Contoh alamat
pengilang/pengimport
9
Contoh :
Rajah 3: Jumlah dan jenis asid lemak
10
2. ELEMEN DALAM LABEL MAKANAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
OLEH PENGGUNA
Terdapat banyak elemen yang perlu dimuatkan pada label makanan seperti yang
digariskan dalam akta pelabelan makanan. Sebagai seorang pengguna yang prihatin, terdapat
beberapa aspek yang perlu diambil kira semasa meneliti label makanan sesebuah produk.
Antaranya;
1. fakta nutrisi makanan
2. logo halal
3. logo GMP
4. logo HACCP
5. alamat pengilang makanan
6. tarikh luput.
2.1 MAKLUMAT NUTRISI
Maklumat nutrisi merupakan antara elemen terpenting yang harus dimuatkan dalam label
makanan sesebuah produk. Namun, aspek ini jugalah yang sering dipandang enteng oleh
masyarakat. Faktor utama perkara ini berlaku adalah kerana tidak faham bagaimana hendak
membaca label tersebut dan tidak mengetahui apa kepentingannya mengambil tahu maklumat
nutrisi sesebuah makanan yang hendak dijamah.
Darsawarsa ini, cara hidup sihat semakin diabaikan. Timbalan Menteri Kesihatan
Malaysia, Datuk Rosnah Shirlin berkata, tiga juta daripada 28 juta rakyat Malaysia didiagnos
dengan penyakit diabetes yang merupakan komplikasi daripada obesiti (BERNAMA, 2011).
Pemakanan yang kurang bernutrisi adalah antara penyumbang kemelut ini. Oleh itu, label
maklumat nutrisi dalam sebuah makanan sangat penting untuk kita ketahui bagi mencegah
penyakit tersebut.
Terdapat beberapa jenis zat yang wajib dimuatkan dalam label maklumat nutrisi seperti
karbohidrat, protein, lemak, natrium, serat makanan dan gula (Mahan, Escott-Stump, Raymond,
2012, ms.280). Mineral lain seperti vitamin, kolesterol serta jenis-jenis lemak turut dipaparkan.
Beberapa istilah digunakan dalam label tersebut seperti „tenaga‟ dan „saiz hidangan‟.
11
Gambar berikut akan digunakan sebagai
rujukan garisan panduan membaca maklumat
nutrisi. Perkara pertama yang perlu dikenal pasti
adalah sukatan sajian (serving size). Sukatan sajian
kebiasaannya seragam untuk produk yang sama.
Contohnya, minuman kotak, roti gandum atau mi
segera. Menurut gambar tersebut, sukatan sajian
setiap pek kecil ialah 29g dan satu pek besar
mempunyai 22 pek kecil. Sukatan sajian kita akan
mepengaruhi maklumat nutrisi yang dipaparkan.
Maklumat yang diberikan adalah untuk setiap pek
kecil. Oleh itu, kita harus mengambil kira berapa
pek yang kitahendak makan. Jika dua pek, semua
kandungan tersebut harus di darab dua.
„Tenaga‟ atau kalori merupakan jumlah
tenaga yang kita dapat dengan memakan sesebuah
produk (U.S Food and Drug Administration, 2000) . Ramai pengguna memakan makanan yang
mengandungi kalori yang tinggi melebihi keperluan tenaga badan. Tabiat ini akan mangundang
risiko berat badan berlebihan atau obesiti (Mahan, Escott-Stump, Raymond, 2012, ms.469).
Makanlah makanan yang mengandungi kalori yang rendah dan tidak melebihi keperluan badan
kita. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengetahui kalori yang diperlukan oleh badan kita
dalam sehari. Untuk mengetahuinya, kita boleh menggunakan kalkulator kalori yang banyak
terdapat di laman sesawang internet. U.S Food and Drug Administration telah menetapkan
kalori rujukan untuk semua makanan sebanyak 2000 kalori sehari sebagai penanda aras kerana ia
merupakan purata kalori yang diperlukan oleh semua lapisan umur (Nestle, 2011). Jadual di
bawah adalah garis panduan kadar jumlah tenaga untuk satu makanan (rujukan untuk keperluan
2000 kalori sehari):
Rajah 4: Contoh Label Makanan Pek Oat 3 dalam 1
12
Jumlah Tenaga (kcal) Tahap
40 Rendah
100 Sederhana
400 ke atas Tinggi
RAJAH 5: garis panduan kadar jumlah tenaga
(Sumber: http://www.fda.gov/food/ResourcesForYou/Consumers/NFLPM/ucm274593.htm)
Contoh pada Rajah 4, setiap pek kecil akan memberikan kita 120.1 kalori.
Seterusnya, mengenal pasti kadar mineral yang terkandung dalam makanan tersebut.
Apabila kita hendak menelitinya, kita perlu memisahkan mineral-mineral tersebut kepada dua
kumpulan;
Kumpulan 1: Kurangkan Pengambilan
Lemak (semua jenis), Sodium, Kolesterol (tiada dalam gambar)
Pengambilan berlebihan mineral tersebut memberi risiko penyakit jantung, darah tinggi dan
kanser.
Kumpulan 2: Ambil secukupnya
Serat makanan, Kalsium, Vitamin (tiada dalam gambar).
Serat makanan akan melancarkan sistem penghadaman. Manakala, kalsium penting untuk
kekuatan tulang dan vitamin pula dapat memberikan banyak kebaikan kepada badan kita.
Berikut adalah garis panduan kadar pengambilan yang disarankan (rujukan untuk keperluan 2000
kalori sehari sahaja):
Mineral Kadar Pengambilan yang Disarankan
Jumlah lemak Kurang daripada 65g
Kolesterol Kurang daripada 20g
Natrium Kurang daripada 2400mg
Jumlah Karbohidrat 300g atau lebih
Serat Makanan 25g atau lebih
RAJAH 6: Garis panduan kadar pengambilan yang disarankan (Sumber:
http://www.fda.gov/food/ResourcesForYou/Consumers/NFLPM/ucm274593.htm)
13
Maklumat nutrisi ini sangat penting kepada pengguna yang mempunyai masalah
kesihatan. Jika mempunyai masalah tulang seperti osteoporosis (pereputan tulang), mineral yang
perlu tinggi dalam makanan adalah kalsium. Jika mempunyai penyakit anemia (kurang sel darah
merah), mineral yang diperlukan dalam jumlah yang tinggi adalah ferum. Mempunyai masalah
darah tinggi pula, jumlah natrium perlulah rendah. Tapi perlu diingatkan, setiap orang
mempunyai keperluan kalori sehari yang berbeza terutamanya pengguna yang menghidapi
penyakit, keperluan kalori pasti lebih rendah. Oleh itu, garis panduan ini tidak boleh digunakan
sebagai rujukan utama. Berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat
pemakanan yang sesuai.
Jika anda perasan, ada satu kolum dalam jadual pada gambar menunjukkan maklumat
nutrisi untuk hidangan sukatan 100g. Apakah kepentingan sukatan tersebut? Sebenarnya, semua
produk makanan harus meletakkan maklumat nutrisi untuk sukatan 100g. Ini akan memudahkan
pengguna membuat perbandingan makanan yang sama daripada jenama yang berbeza bagi
mengenal pasti mana satu yang lebih berkhasiat.
Secara tuntasnya, kemahiran dalam membaca dan mentafsir label makanan sangat
penting untuk dikuasai semua orang kerana ia dapat mengawal cara pemakanan kita. Pastikan
makanan yang dimakan mempunyai jumlah kalori yang rendah, kurang lemak, kolesterol dan
natrium sebaliknya tinggi serat, vitamin dan kalsium. Pemakanan yang sihat akan mencegah kita
daripada pelbagai penyakit.
2.2 LOGO HALAL
Malaysia merupakan negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama.
Sehubungan itu, isu halal dan haram perlu dipandang serius kerana ramai penganut agama lain
tidak memahami tuntutan makanan orang Islam. Menentukan kehalalan sesuatu makanan bukan
sekadar memastikan ia tidak mengandungi daging atau bahan berasaskan babi yang
sememangnya haram dalam Islam, malah merangkumi banyak bahan atau unsur lain yang
diharamkan. Selain itu, negara kita juga adalah pengimport pelbagai jenis makanan dan barangan
pengguna dari negara –negara bukan Islam yang mana status kehalalannya itu tidak diketahui.
Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan membabitkan semua umat Islam di
seluruh dunia . Makanan dan barangan pengguna seumpamanya boleh mengandungi bahan-
14
bahan haram kerana pengimport atau pengeksport , umumnya tidak memahami jenis makanan
yang selaras dengan tuntutan Islam. Kehalalan sesuatu makanan juga terletak dari segi cara
pemprosesan makanan. Hal ini kerana, kaedah ini mendedahkan para pengguna kepada pelbagai
jenis makanan yang mungkin mengandungi bahan ramuan yang haram.
Namun begitu, sejauh mana tahap keprihatinan umat Islam negara ini terhadap status
halal sesuatu produk terutama makanan? Jawapannya sangat tinggi. Setiap kali kita mahu
membeli makanan, pasti kita akan tercari-cari logo halal di bungkusan selain melihat harga atau
tarikh luput. Kita mungkin tidak tahu apa kandungan sesuatu produk kerana sering kali istilah
digunakan saintifik, tetapi kalau disertakan logo halal, kita pasti membelinya tanpa ragu-ragu.
Begitu juga kalau makan di restoran, kita akan melihat sama ada peniaga menampal logo halal
atau sekurang-kurangnya menilai ia sebagai halal apabila pekerjanya memakai kopiah atau
bertudung. Jadi, ciri- ciri sebegitu sangat penting untuk pengguna menilai kehalalan sesuatu
produk demi menjaga kesihatan badan dan juga rohani diri. Pun begitu, pengguna terlebih dahulu
perlu mengetahui maksud sebenar halal.
Hakikatnya, halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau
dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan
Perbahasaan “Halal”) 1975 ialah apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa
juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau
sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu,
perbahasaan-perbahasaan „Halal‟, „Ditanggung Halal‟ atau „Makanan Islam‟ atau apa-apa
perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa
orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka
perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan
perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan sekiranya makanan bukanlah terdiri
daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam
dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak.
Selain itu, makanan juga tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis
mengikut Hukum Syarak dan tidaklah disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-
apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak dan tidaklah dalam
masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-
15
apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak seperti yang telah disebut itu atau apa-
apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
Tetapi, persoalannya sekarang ialah
sama ada logo halal yang ditampal itu
diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) atau Majlis Agama Islam Negeri
(Main). Isu ini sudah lama berlarutan, di
sebalik aduan orang ramai serta pendedahan
media, masih terdapat ribuan restoran dan
produk makanan menggunakan logo halal
yang tidak diiktiraf Jakim. Alasan mereka
mudah, mahu menjimatkan masa dengan
membeli logo halal daripada syarikat swasta.
Jika menerusi Jakim ia melalui proses lama
kerana pihak berkuasa akan meneliti dan
memeriksa semua aspek termasuk kebersihan
premis. Bermula tahun 2012, alasan itu tidak
boleh dipakai lagi kerana menerusi Akta
Perihal Dagangan (APD) 2011 yang
diluluskan Parlimen pada 11 Julai 2011 meletakkan Jakim dan Main sebagai agensi berwibawa
yang mengeluarkan sijil dan logo halal di Malaysia. Logo halal yang perlu ada pada setiap
produk dan juga premis mestilah mengandungi elemen-elemen seperti bintang berbucu lapan di
tengah-tengah bulatan, perkataan Arab – “‫”حآلل‬ di tengah bintang , diikuti tulisan rumi
“HALAL”, bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ‫ماليزيا‬ dalam
perkataan Arab serta dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi
dan perkataan Arab tersebut.
Kesimpulannya, pengusaha produk dan premis makanan serta perkhidmatan
dinasihatkan mendapatkan sijil dan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
atau majlis agama Islam negeri-negeri (MAIN) sahaja bagi meningkatkan keyakinan pengguna
terhadap produk mereka sejajar dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang telah
Rajah 7: Logo halal yang diiktiraf JAKIM dan MAIN
(sumber: www.halal.gov.my)
16
diluluskan Parlimen. Bukan itu sahaja, pengguna juga perlu memeriksa logo halal dengan betul
sewaktu membeli sesuatu produk agar dapat mengelakkan daripada makan makanan yang tidak
pasti kehalalannya.
2.3 AMALAN PENGILANGAN YANG BAIK;
GOOD MANUFACTURING PRACTISE (GMP)
Keselamatan makanan merupakan satu isu yang sangat penting bagi pengguna di serata
dunia. Penyediaan makanan dengan cara yang tidak selamat dan tidak berkualiti di premis-
premis makanan dan kilang-kilang juga akan menyebabkan makanan yang dihasilkan tidak
selamat. Standard merupakan satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan bagi sesuatu
produk dan perkhidmatan.Dalam industri makanan juga memerlukan satu standard untuk
memastikan tahap keselamatan dan kualiti sesuatu produk makanan yang dikeluarkan dan
disediakan oleh premis makanan. Pengeluar, pengilang dan penyedia makanan harus mengikut
standard keselamatan yang ditetapkan bagi memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat.
Standard makanan yang telah ditetapkan bagi memastikan penghasilan makanan yang
selamat dikenali sebagai Amalan Pengilangan yang Baik, Good Manufacturing Practise (GMP).
Secara umumnya, Standard GMP adalah satu panduan antarabangsa bagi kilang-kilang dan
premis makanan dalam menyediakan tempat yang bersih, selamat dan berkualiti dalam
pembuatan makanan. Namun begitu, GMP telah diubahsuai mengikut konteks Malaysia supaya
pengunaannya lebih sesuai. GMP diwujudkan bagi membantu industri untuk mencapai piawai
pengeluaran makanan yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak-kehendak keselamatan
makanan dan kehendak pengguna. Ianya mengandungi langkah- langkah universal yang
mengawal operasi sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang
selamat. Antara kepentingan lain pelaksanaan GMP ialah untuk mengurangkan risiko
pencemaran dalam makanan yang sedang disediakan di kilang-kilang dan premis-premis
makanan. Selain itu, pelaksanaan GMP juga merupakan satu keperluan bagi pengguna kerana
pengguna juga mempunyai hak untuk memastikan produk makanan yang dibeli selamat daripada
sebarang pencemaran yang akan menjejaskan kualiti sesuatu produk makanan tersebut.
Di bawah Kemanterian Kesihatan Malaysia,terdapat 8 elemen penting dalam pelaksanaan
GMP. Antara elemen-elemen tersebut adalah bangunan dan kemudahan, kawalan operasi,
17
penyelenggaraan dan sanitasi, pekerja, pengangkutan dan pengedaran, pengesanan, audit
dalaman, dan juga latihan. Di bawah setiap elemen GMP pula mengandungi beberapa sub-
elemen . Bagi elemen bangunan dan kemudahan,antara elemen-elemen yang berada di bawahnya
ialah lokasi, reka bentuk dan struktur bangunan ,siling,lantai,tingkap,dapur,stor penyimpanan,
pengudaraan,pencahayaan,perparitan, dan bekalan air. Bagi kawalan operasi pula,melibatkan
penerimaan bahan mentah, pemprosesan,pembungkusan, penyimpanan, dan sistem penarikan
balik produk.Di bawah elemen penyelenggaraan dan sanitasi pula,antara elemen yang ditekankan
ialah program penyelenggaraan, pembersihan dan sanitasi,kawalan makhluk perosak,kawalan
bahan kimia,dan juga pengurusan sisa cecair dan pepejal.
Manakala bagi elemen pekerja pula,kebersihan diri dan pelawat merupakan sub-elemen
yang penting di bawahnya.Bagi elemen pengangkutan dan
pengedaran,su-elemennya adalah program dan rekod kawalan
dan pemantauan.Di bawah elemen pengesanan pula ialah
pengenalpastian batch/lot dan maklumat berkaitan produk-
pelabelan. Audit dalaman pula meliputi aspek-aspek
prosedur dan rekod,dan akhir sekali ialah elemen latihan
yang mengandungi aspek-aspek rekod dan jadual.
Setiap premis makanan perlu memohon sijil Good
Manufacturing Practise (GMP) daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM). Permohonan tersebut terbuka kepada semua jenis pengusaha premis
makanan dan pemohon hendaklah melaksanakan dan mengamalkan semua elemen GMP yang
terkandung di dalam buku Garis Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik. Sijil GMP hanya sah
digunakan selama 3 tahun sahaja daripada tarikh sijil dikeluarkan,dan selepas itu,sijil perlu
diperbaharui. Sijil tersebut akan terbatal dengan sendirinya sekiranya pemohon gagal mematuhi
syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Skim Pensijilan.Penggunaan logo GMP
dilarang digunakan sekiranya sijil tersebut telah terbatal.
Rajah 8: Logo GMP
(Sumber:http://vectorise.net/logo/2011/06/22/
gmp-certified-good-manufacturing-practice/)
18
Rajah 9: Logo HACCP
2.4 ANALISIS BAHAYA KAWALAN TITIK KRITIKAL;
HAZARD ANALYSIS CRITICAL CONTROL POINT (HACCP)
Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) diperkenalkan pada tahun 1960 yang
bertujuan untuk menghasilkan produk makanan yang selamat untuk angkasawan-angkasawan
daripada National Aeronautic and Space Administration (NASA). Sejak itu, HACCP mula
digunakan di dalam industri makanan dan mula diperkenalkan secara meluas di seluruh dunia
pada tahun 1971. Sejak 1980-an, Codex Alimentarius Commission (CAC) dan International
Commission Microbiology Specification For Food
(ICMSF) mula menggalakkan perlaksanaan sistem
HACCP di dalam industri makanan malah negara-negara
Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat turut
menetapkan bahawa sistem HACCP wajib bagi industri-
industri yang mahu mengeksport produk hasilan laut ke
negara mereka. Bagi pegusaha-pengusaha bumiputera
yang mahu mengeksport makanan ke negara tersebut
perlu memperoleh sijil HACCP dari Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
HACCP adalah satu sistem mengenalpasti, menilai, dan mengawal bahaya untuk
memastikan tahap risiko sesuatu produk adalah mimima. Selain itu, ia mementingkan teknik
pengurusan yang efektif bagi melindungi keselamatan makanan dari bahaya seperti biological,
kimia dan fizikal. Malah, ia merupakan satu sistem yang berstruktur dan mencegah produk
daripada sebarang bahaya. Tambahan pula, dengan adanya sijil HACCP dalam sesuatu produk,
ia penting dalam meningkatkan keyakinan pengguna terutama negara-negara luar seterusnya
mencegah kehilangan pelanggan.
Terdapat tujuh prinsip HACCP iaitu mengenalpasti bahaya dalam sesuatu produk dengan
mengenalpasti potensi bahaya yang berkaitan dengan pengeluaran makanan pada semua
peringkat iaitu bermula dari usaha tani, pengendalian, pemprosesan di kilang dan pengedaran,
sehingga kepada titik produk makanan diambil. HACCP juga menentukan tahap prosedur operasi
19
yang boleh dikendalikan untuk menghilangkan bahaya atau mengurangkan kemungkinan
berlakunya bahaya tersebut. Seterusnya,HACCP turut menetapkan batas kritis yang perlu dicapai
dalam memastikan bahawa kawalan titik kritikal berada dalam kawalan. Mereka juga
menetapkan sistem pemantauan pengendalian dari kawalan titik kritikal dengan menjalankan
ujian atau pemerhatian. Seterusnya, menetapkan tindakan pembaikan yang dilaksanakan jika
hasil pemantauan menunjukkan bahawa kawalan titik kritikal tidak terkawal. Menetapkan
prosedur pengesahan yang merangkumi dari ujian tambahan dan prosedur penyesuaian yang
menyatakan bahawa sistem HACCP berjalan dengan efektif dan mengembangkan dokumentasi
mengenai semua prosedur dan rekod yang tepat untuk prinsip-prinsip ini dan penerapannya.
2.5 ALAMAT PENGILANG DAN TARIKH LUPUT
Alamat pengilang atau alamat pengusaha makanan amat penting untuk dipamerkan di
label makanan supaya pengguna boleh memberi maklum balas dan maklumat tentang
penglabelan barangan yang tidak mencukupi atau memperdaya. Pengguna perlu bersikap
proaktif dalam menyampaikan maklum balas tentang kelemahan yang terdapat pada label
makanan dan kerosakan yang berlaku pada makanan. (Bishan Singh, 2002).
Alamat pengilang produk makanan penting untuk mendapat maklum balas dari pengguna
atau komentar pengguna tentang produk syarikat makanan tersebut. Komentar-komentar ini
boleh memperbaiki mutu dan kualiti produk yang dihasilkan. Oleh itu, pengguna boleh
membantu syarikat untuk lebih maju dan pada masa yang sama memuaskan hati pelanggan.
Tarikh luput ialah tarikh tamat tempoh makanan tersebut masih mengekalkan kestabilan
mikrobiologi dan fizikal serta kandungan nutrient yang diisytiharkan pada label. Secara
ringkasnya, tarikh luput ialah satu tarikh selepas makanan tidak dijamin ciri-ciri kualitinya.
Tarikh luput ini boleh ditunjukkan dalam beberapa bentuk. Antaranya ialah “tarikh akhir”, “guna
sebelum”, “makan sebelum”, atau “minum sebelum”.
Mengikut Bahagian Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Bahagian Kawalan Mutu
Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (2002), antara senarai makanan yang memerlukan
penandaan tarikh luput ialah biskut, roti, makanan berasaskan coklat, makanan berasaskan kelapa,
makanan yang berunsur telur, susu dan hasil susu kecuali keju keras, sos, seri kaya, mentega
20
kacang, makanan berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak, minuman ringan Pasteur tak
berkarbonat dan minuman ringan U.H.T tak berkarbonat, jus buah Pasteur dan juga jus sayur
Pasteur.
Tarikh luput makanan amat penting untuk diteliti bagi memastikan nilai nutrisi makanan
masih kekal dan pengguna tidak akan makan makanan yang sudah rosak. Pengguna perlu
sentiasa menyedari tarikh luput dan mengambil makanan sebelum tarikh yang dinyatakan kerana
kualiti dan kandungan nutrien makanan akan merosot atau rosak jika diambil selepas tarikh luput.
Semak “guna sebelum” atau “tarikh luput” pada label makanan adalah perkara pertama yang
perlu dilakukan oleh pengguna sebelum membeli sesuatu produk makan.
Pengambilan makanan yang telah luput tarikh akan menyebabkan pengguna mengalami
beberapa masalah kesihatan tanpa mengira umur. Antaranya, sakit perut, tidak sedap badan,
ataupun muntah-muntah. Lebih membimbangkan adalah apabila ibu bapa membeli makanan
bayi yang telah tamat tempoh tanpa menyedarinya dan boleh memudaratkan kesihatan bayi
mereka. Bagi golongan kanak-kanak pula khususnya pelajar-pelajar sekolah sering kali
terpampang di dada-dada akhbar tentang kes keracunan makanan. Apabila disiasat oleh
Kementerian Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kes
keracunan makanan berlaku dalam kalangan pelajar sekolah disebabkan oleh makanan yang
disediakan oleh pihak kantin sekolah telah tamat tempoh.
Kedua-dua label makanan ini amat penting untuk diteliti oleh para pengguna dan juga
pengilang makanan. Sekiranya setiap pengguna dan pengilang mempunyai kesedaran yang tinggi
tentang kepentingan label makanan, sesebuah syarikat akan lebih maju dan pengguna akan lebih
selamat dan sihat.
21
RUMUSAN
Maklumat pelabelan makanan sangat penting untuk pengguna dalam membuat pilihan
yang bijak ketika hendak membeli sesebuah produk makanan. Pengilang harus mematuhi akta
pelabelan makanan yang telah ditetapkan bagi memastikan pengguna mendapat maklumat yang
lengkap mengenai barang yang hendak dibeli. Pengguna juga perlu mengambil kira faktor
kesihatan dengan meneliti maklumat pemakanan dipaparkan. Elakkan membeli makanan yang
mempunyai jumlah lemak, kolesterol, natrium (garam) dan gula yang tinggi untuk menghindari
penyakit obesiti, diabetes dan sebagainya.
Bagi pengguna yang beragama Islam pula, kehalalan sesebuah produk adalah perkara
yang sangat penting. Pastikan logo Halal yang dicetak pada produk adalah asli dan dikeluarkan
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)
sahaja. Makanan yang halal tidak akan diredhai oleh Allah SWT. Dalam pada itu, walaupun logo
GMP dan HACCP bukanlah satu perkara yang wajib untuk dipohon oleh pengilang, namun
pelabelan logo ini dapat memberi keyakinan kepada pengguna akan keselamatan dan kebersihan
produk yang dihasilkan.
Seterusnya, tarikh luput sesebuah produk makanan juga sangat penting untuk diambil kira.
Sebelum membeli sesuatu barang makanan, pengguna perlulah memastikan makanan tersebut
masih berada dalam keadaan yang baik dan belum melewati tarikh luput. Elakkan daripada
membeli makanan yang telah tamat tempoh walaupun ditawarkan pada harga yang murah.
Makanan tersebut mungkin telah rosak dan boleh membahayakan kesihatan. Selain itu, alamat
pengilang dapat memudahkan pengguna untuk memberi maklum balas kepada syarikat pengilang
makanan bagi menambah baik produk makanan yang dihasilkan.
Secara tuntasnya, kemahiran meneliti produk makanan haruslah dikuasai oleh masyarakat
bagi memastikan hak sebagai pengguna dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Pengusaha pula
perlulah menanam sikap tanggungjawab ketika hendak menghasilkan sesebuah produk. Kedua-
dua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar masyarakat yang sihat dapat dilahirkan.
22
RUJUKAN
Bishan Sigh, (2002). Kepentingan pengguna untuk hak-hak dan tanggungjawab pengguna kod
etika amalan perniagaan kepentingan penglabelan barangan. Panduan Maklumat
tentang Penglabelan Barangan. Diperoleh pada 7 Disember 2012 daripada
http://www.fomca.org.my/v2/index.php/penerbitan/category/
Bahagian Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Bahagian Kawalan Mutu Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2002). Baca label: teliti dan fahami label makanan.
[Brochure].
How to Understand and Use the Nutrition Facts Label (2000). U.S Food and Drug
Administration. Diperoleh pada 8 Disember 2012 daripada
http://www.fda.gov/food/ResourcesForYou/Consumers/NFLPM/ucm274593.htm
Konsultan ISO., (2009). Prinsip dasar HACCP. Diperoleh pada 10 Disember 2012 daripada
http://konsultaniso22000.wordpress.com/2009/02/25/prinsip-dasar-haccp/
Mahan, L. K., Escott-Stump, S., Raymond, J. L. (2012). Krause’ Food and the Nutrition
Care Process (ed. 13). St. Louis, MS: Elsevier.
Muhd Izawan Baharin. Logo Halal 1 Malaysia : Dimensi Baru 2012. Diperoleh pada 6 Disember
2012 daripada
http://www.ppim.org.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=466:lo
go-halal-1-malaysia--dimensi-baru-2012&catid=60:top-news
Nestle, M. (2011). Where did the 2,000 calorie diet idea come from. Food Politics. Diperoleh
pada 11 Disember 2012 daripada
http://www.foodpolitics.com/2011/08/where-did-the-2000-calorie-diet-idea-come- from/
Portal Rasmi Halal Malaysia . Takrifan Halal . Diperoleh pada 6 Disember 2012 daripada
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/mengenai-pensijilan-halal/takrifan-halal
23
Perniagaan makanan tarikh luput. (2008). Diperoleh pada 8 Disember 2012 daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/9778-
awas-perniagaan-makanan-luput-tarikh.html
Quaker® (n.d). Maklumat Pemakanan. Oat Cereal Drink 3 in 1 (Vanilla). Subang Jaya,
Selangor: Pepsico.
Universiti Putra Malaysia.(n.d). Hazard analysis critical control point (HACCP). FSM 3001
Sistem kualiti makanan. Diperoleh pada 10 Disember 2012 daripada
http://www.food.upm.edu.my/kuliah/lectures/foodserv/fsm3001/Quality%20Systems.pdf
Zamanhuri Umordin. ( November 2011) . Garis Panduan Am Pelabelan Makanan. Diperoleh
pada 10 Disember 2012 daripada
http://fsq.moh.gov.my/v3/component/k2/item/428-garis-panduan-am-pelabelan
makanan/428-garis-panduan-am-pelabelan-makanan

Contenu connexe

Tendances

Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridfiro HAR
 
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan muridProposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan muridtimi fatimah
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikanJalalludin Ibrahim
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...FaFai S.
 
(EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah
(EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah (EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah
(EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah Nadiah Husna Zaini
 
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaranCompiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaranHashimah68
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahAsyikin4996
 
Plus minus-interesting implikasi teori behavirous
Plus minus-interesting implikasi teori behavirousPlus minus-interesting implikasi teori behavirous
Plus minus-interesting implikasi teori behavirousfiro HAR
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIAiniNazihah
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionKomuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionMokhzani Fadir
 
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitarRph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitarsyazwanie suhaimi
 
Mari mengenal jenis jenis air mutlak Tahun 1
Mari mengenal jenis jenis air mutlak Tahun 1Mari mengenal jenis jenis air mutlak Tahun 1
Mari mengenal jenis jenis air mutlak Tahun 1Mohd Haris
 
Elemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulumElemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulumHerney Aqilah Kay
 
Contoh Laporan Aktiviti Mingguan PBSM
Contoh Laporan Aktiviti Mingguan PBSMContoh Laporan Aktiviti Mingguan PBSM
Contoh Laporan Aktiviti Mingguan PBSMSherly Jewinly
 
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCIRPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCIEzah Arif
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)Suhaida Anior
 
SRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRI
SRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRISRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRI
SRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRIMyu 21
 

Tendances (20)

Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
 
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran KontekstualPembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Kontekstual
 
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan muridProposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
 
(EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah
(EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah (EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah
(EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah
 
Pengawetan makanan
Pengawetan makananPengawetan makanan
Pengawetan makanan
 
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaranCompiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAHKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
 
Plus minus-interesting implikasi teori behavirous
Plus minus-interesting implikasi teori behavirousPlus minus-interesting implikasi teori behavirous
Plus minus-interesting implikasi teori behavirous
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionKomuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
 
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitarRph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
 
Mari mengenal jenis jenis air mutlak Tahun 1
Mari mengenal jenis jenis air mutlak Tahun 1Mari mengenal jenis jenis air mutlak Tahun 1
Mari mengenal jenis jenis air mutlak Tahun 1
 
Elemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulumElemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulum
 
Contoh Laporan Aktiviti Mingguan PBSM
Contoh Laporan Aktiviti Mingguan PBSMContoh Laporan Aktiviti Mingguan PBSM
Contoh Laporan Aktiviti Mingguan PBSM
 
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCIRPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
 
SRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRI
SRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRISRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRI
SRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRI
 

En vedette

20140216100212 label makanan 2014-tugasan & nota 1 (1)
20140216100212 label makanan 2014-tugasan & nota 1 (1)20140216100212 label makanan 2014-tugasan & nota 1 (1)
20140216100212 label makanan 2014-tugasan & nota 1 (1)Daniel Hilmi
 
Cerebral Palsy
Cerebral Palsy Cerebral Palsy
Cerebral Palsy Hafizah R
 
Islamic Perspective on Nutrigenomic intervention in Postmenopausal Osteoporos...
Islamic Perspective on Nutrigenomic intervention in Postmenopausal Osteoporos...Islamic Perspective on Nutrigenomic intervention in Postmenopausal Osteoporos...
Islamic Perspective on Nutrigenomic intervention in Postmenopausal Osteoporos...Hafizah R
 
Colliers Advantage brochure
Colliers Advantage brochureColliers Advantage brochure
Colliers Advantage brochureAmber Terriaco
 
Innovating mental health at Europe - Catalonia (Spain)
Innovating mental health at Europe - Catalonia (Spain)Innovating mental health at Europe - Catalonia (Spain)
Innovating mental health at Europe - Catalonia (Spain)PARC DE SALUT
 
彭勇Edit ouc-china-2013
彭勇Edit ouc-china-2013彭勇Edit ouc-china-2013
彭勇Edit ouc-china-2013Yong Peng
 
NeuroRescescue EU Cluster of Excellence on Neuroscience
NeuroRescescue EU Cluster of Excellence on NeuroscienceNeuroRescescue EU Cluster of Excellence on Neuroscience
NeuroRescescue EU Cluster of Excellence on NeurosciencePARC DE SALUT
 
24th International Conference of Society for Medical Innovation and Technolog...
24th International Conference of Society for Medical Innovation and Technolog...24th International Conference of Society for Medical Innovation and Technolog...
24th International Conference of Society for Medical Innovation and Technolog...PARC DE SALUT
 
2. febrin-dkk-vol.18-no.2
2. febrin-dkk-vol.18-no.22. febrin-dkk-vol.18-no.2
2. febrin-dkk-vol.18-no.2ferwan98
 
Endocrinological basis-of-seasonal-infertility-in-pigs3604(1)
Endocrinological basis-of-seasonal-infertility-in-pigs3604(1)Endocrinological basis-of-seasonal-infertility-in-pigs3604(1)
Endocrinological basis-of-seasonal-infertility-in-pigs3604(1)Julie Delabbio
 
урок по вулканам исправлен
урок по вулканам исправленурок по вулканам исправлен
урок по вулканам исправленMarinaOstraeva
 
順丁烯二酸與澱粉作用的推測
順丁烯二酸與澱粉作用的推測順丁烯二酸與澱粉作用的推測
順丁烯二酸與澱粉作用的推測Tom Finn
 

En vedette (14)

20140216100212 label makanan 2014-tugasan & nota 1 (1)
20140216100212 label makanan 2014-tugasan & nota 1 (1)20140216100212 label makanan 2014-tugasan & nota 1 (1)
20140216100212 label makanan 2014-tugasan & nota 1 (1)
 
Cerebral Palsy
Cerebral Palsy Cerebral Palsy
Cerebral Palsy
 
Islamic Perspective on Nutrigenomic intervention in Postmenopausal Osteoporos...
Islamic Perspective on Nutrigenomic intervention in Postmenopausal Osteoporos...Islamic Perspective on Nutrigenomic intervention in Postmenopausal Osteoporos...
Islamic Perspective on Nutrigenomic intervention in Postmenopausal Osteoporos...
 
Colliers Advantage brochure
Colliers Advantage brochureColliers Advantage brochure
Colliers Advantage brochure
 
Innovating mental health at Europe - Catalonia (Spain)
Innovating mental health at Europe - Catalonia (Spain)Innovating mental health at Europe - Catalonia (Spain)
Innovating mental health at Europe - Catalonia (Spain)
 
彭勇Edit ouc-china-2013
彭勇Edit ouc-china-2013彭勇Edit ouc-china-2013
彭勇Edit ouc-china-2013
 
NeuroRescescue EU Cluster of Excellence on Neuroscience
NeuroRescescue EU Cluster of Excellence on NeuroscienceNeuroRescescue EU Cluster of Excellence on Neuroscience
NeuroRescescue EU Cluster of Excellence on Neuroscience
 
Strategy illustrated frameworks
Strategy illustrated frameworksStrategy illustrated frameworks
Strategy illustrated frameworks
 
24th International Conference of Society for Medical Innovation and Technolog...
24th International Conference of Society for Medical Innovation and Technolog...24th International Conference of Society for Medical Innovation and Technolog...
24th International Conference of Society for Medical Innovation and Technolog...
 
2. febrin-dkk-vol.18-no.2
2. febrin-dkk-vol.18-no.22. febrin-dkk-vol.18-no.2
2. febrin-dkk-vol.18-no.2
 
Endocrinological basis-of-seasonal-infertility-in-pigs3604(1)
Endocrinological basis-of-seasonal-infertility-in-pigs3604(1)Endocrinological basis-of-seasonal-infertility-in-pigs3604(1)
Endocrinological basis-of-seasonal-infertility-in-pigs3604(1)
 
Pancasila
PancasilaPancasila
Pancasila
 
урок по вулканам исправлен
урок по вулканам исправленурок по вулканам исправлен
урок по вулканам исправлен
 
順丁烯二酸與澱粉作用的推測
順丁烯二酸與澱粉作用的推測順丁烯二酸與澱粉作用的推測
順丁烯二酸與澱粉作用的推測
 

Similaire à A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

Food Safety and Quality Plan of Action at District Health Office
Food Safety and Quality Plan of Action at District Health OfficeFood Safety and Quality Plan of Action at District Health Office
Food Safety and Quality Plan of Action at District Health OfficeMohd Farhan Ismail
 
2.4 industri makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
2.4 industri  makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }2.4 industri  makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
2.4 industri makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }Nurul Atikah
 
Global Food Safety Issue-Diethylhexyl phthalate (DEHP)
Global Food Safety Issue-Diethylhexyl phthalate (DEHP)Global Food Safety Issue-Diethylhexyl phthalate (DEHP)
Global Food Safety Issue-Diethylhexyl phthalate (DEHP)Mohd Farhan Ismail
 
KONSEP KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRI
KONSEP KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRIKONSEP KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRI
KONSEP KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRIKoh Kok An
 
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptx
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptxTopik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptx
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptxILKKM SG BULOH
 
Strategi & Elemen Penjagaan Kesihatan Asas (Primer)
Strategi & Elemen Penjagaan Kesihatan Asas (Primer)Strategi & Elemen Penjagaan Kesihatan Asas (Primer)
Strategi & Elemen Penjagaan Kesihatan Asas (Primer)Muhammad Nasrullah
 
Panduan hidangan sihat di kantin sekolah
Panduan hidangan sihat di kantin sekolahPanduan hidangan sihat di kantin sekolah
Panduan hidangan sihat di kantin sekolahJessWongHuiJuan1
 
Slaid refresher kospen elemen pemakanan petaling 19 mac 2017
Slaid refresher kospen elemen  pemakanan petaling 19 mac 2017Slaid refresher kospen elemen  pemakanan petaling 19 mac 2017
Slaid refresher kospen elemen pemakanan petaling 19 mac 2017JessWongHuiJuan1
 
KERTAS PENERANGAN: PROSEDUR MENGENDALI ALAHAN TETAMU
KERTAS PENERANGAN: PROSEDUR MENGENDALI ALAHAN TETAMUKERTAS PENERANGAN: PROSEDUR MENGENDALI ALAHAN TETAMU
KERTAS PENERANGAN: PROSEDUR MENGENDALI ALAHAN TETAMUMUMTAZUL ILYANI AZHAR
 
farmfresh susu kurma
farmfresh susu kurma farmfresh susu kurma
farmfresh susu kurma Afiq Izzudin
 
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Joyce Robert
 
Pentaksiran Berterusan KV Kajian Kes Sains
Pentaksiran Berterusan KV Kajian Kes  SainsPentaksiran Berterusan KV Kajian Kes  Sains
Pentaksiran Berterusan KV Kajian Kes Sainsjamrah
 
240431206 rencana-sce-3143
240431206 rencana-sce-3143240431206 rencana-sce-3143
240431206 rencana-sce-3143Ramlah Lanlah
 
Bahagian 3 senarai semak pjkm
Bahagian 3 senarai semak pjkmBahagian 3 senarai semak pjkm
Bahagian 3 senarai semak pjkmAsif Yahya
 

Similaire à A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan) (20)

Food Safety and Quality Plan of Action at District Health Office
Food Safety and Quality Plan of Action at District Health OfficeFood Safety and Quality Plan of Action at District Health Office
Food Safety and Quality Plan of Action at District Health Office
 
rancangan perniagaan
rancangan perniagaan rancangan perniagaan
rancangan perniagaan
 
2.4 industri makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
2.4 industri  makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }2.4 industri  makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
2.4 industri makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
 
Global Food Safety Issue-Diethylhexyl phthalate (DEHP)
Global Food Safety Issue-Diethylhexyl phthalate (DEHP)Global Food Safety Issue-Diethylhexyl phthalate (DEHP)
Global Food Safety Issue-Diethylhexyl phthalate (DEHP)
 
KONSEP KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRI
KONSEP KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRIKONSEP KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRI
KONSEP KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRI
 
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptx
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptxTopik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptx
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptx
 
BBPW3203
BBPW3203BBPW3203
BBPW3203
 
Strategi & Elemen Penjagaan Kesihatan Asas (Primer)
Strategi & Elemen Penjagaan Kesihatan Asas (Primer)Strategi & Elemen Penjagaan Kesihatan Asas (Primer)
Strategi & Elemen Penjagaan Kesihatan Asas (Primer)
 
Panduan hidangan sihat di kantin sekolah
Panduan hidangan sihat di kantin sekolahPanduan hidangan sihat di kantin sekolah
Panduan hidangan sihat di kantin sekolah
 
Notagbp8233
Notagbp8233Notagbp8233
Notagbp8233
 
Slaid refresher kospen elemen pemakanan petaling 19 mac 2017
Slaid refresher kospen elemen  pemakanan petaling 19 mac 2017Slaid refresher kospen elemen  pemakanan petaling 19 mac 2017
Slaid refresher kospen elemen pemakanan petaling 19 mac 2017
 
Pengurusan kantin sekolah
Pengurusan kantin sekolahPengurusan kantin sekolah
Pengurusan kantin sekolah
 
KERTAS PENERANGAN: PROSEDUR MENGENDALI ALAHAN TETAMU
KERTAS PENERANGAN: PROSEDUR MENGENDALI ALAHAN TETAMUKERTAS PENERANGAN: PROSEDUR MENGENDALI ALAHAN TETAMU
KERTAS PENERANGAN: PROSEDUR MENGENDALI ALAHAN TETAMU
 
farmfresh susu kurma
farmfresh susu kurma farmfresh susu kurma
farmfresh susu kurma
 
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
 
Pentaksiran Berterusan KV Kajian Kes Sains
Pentaksiran Berterusan KV Kajian Kes  SainsPentaksiran Berterusan KV Kajian Kes  Sains
Pentaksiran Berterusan KV Kajian Kes Sains
 
240431206 rencana-sce-3143
240431206 rencana-sce-3143240431206 rencana-sce-3143
240431206 rencana-sce-3143
 
KENALI UBAT ANDA
KENALI UBAT ANDAKENALI UBAT ANDA
KENALI UBAT ANDA
 
Maha
MahaMaha
Maha
 
Bahagian 3 senarai semak pjkm
Bahagian 3 senarai semak pjkmBahagian 3 senarai semak pjkm
Bahagian 3 senarai semak pjkm
 

A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

  • 1. TAJUK: Panduan Membaca Label Makanan NAMA KURSUS: BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS DAN TEKNOLOGI) KOD KURSUS: LM 2026K PROGRAM: Ijazah Sarjana Muda Dietetik (kepujian)
  • 2. 2 SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT Abstrak 3 Senarai Tajuk Bahan Grafik 4 Pengenalan 5 1. Panduan Pelabelan Makanan : 6-9 1.1 Bahasa yang Digunakan 1.2 Berat Bersih / Isipadu / Bilangan Minimum Isi Bungkusan 1.3 Nama & Alamat Pengilang/ Pengimport / Negeri Asal 1.4 Pengisytiharan Jumlah & Jenis Acid Lemak 2. Elemen dalam Label Makanan yang perlu diambil perhatian oleh pengguna: 10-20 2.1 Maklumat Pemakanan 2.2 Logo Halal 2.3 Logo GMP 2.4 Logo HACCP 2.5 Alamat pengilang & Tarikh Luput Rumusan 21 Rujukan 22-23
  • 3. 3 ABSTRAK Panduan membaca label makanan yang tepat dapat membantu pengguna dalam membuat pilihan makanan yang berkhasiat dengan bijak berdasarkan kepada pelabelan makanan di bawah undang-undang di Malaysia dengan melihat kepada syarat-syarat pelabelan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar makanan bagi memberi pengetahuan kepada pengguna untuk memilih barangan terbaik. Selain daripada maklumat pemakanan, terdapat beberapa perkara penting yang harus dilihat apabila membeli produk makanan. Antaranya ialah logo halal, tarikh luput, logo HACCP dan juga logo GMP. Kebanyakan pembeli hanya menitikberatkan tentang tarikh luput berbanding dengan aspek-aspek yang lain. Pengguna perlulah mengetahui hak mereka dalam mengenal pasti maklumat terperinci mengenai produk yang hendak dibeli.
  • 4. 4 SENARAI TAJUK BAHAN GRAFIK RAJAH HALAMAN 1. Berat Bersih 7 2. Contoh alamat pengilang/pengimport 8 3. Jumlah dan jenis asid lemak 9 4. Contoh label makanan pek oat 3 dalam 1 11 5. Garisan panduan jumlah tenaga 12 6. Garis panduan kadar pengambilan yang disarankan 12 7. Logo halal yang diiktiraf Jakim 8. Logo GMP 15 17 9. Logo HACCP 18
  • 5. 5 PENGENALAN Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian. Secara amnya, makanan boleh didapati dari sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Apabila teknologi semakin berkembang dan dunia semakin maju, keperluan terhadap sumber makanan semakin meningkat seiring dengan penambahan bilangan penduduk dunia. Maka, teknologi makanan semakin berkembang pesat hari demi hari. Pelbagai produk makanan dikeluarkan setiap hari demi memenuhi keperluan pengguna. Antara ciri-ciri makanan yang sering menjadi pilihan pengguna pada masa kini ialah produk makanan yang cepat, mudah,dan sedap. Produk-produk makanan ini melalui pelbagai proses untuk menjadikannya mudah dan ringkas untuk dimakan atau dimasak oleh pengguna, bersesuaian dengan gaya hidup masyarakat kini yang semakin sibuk dengan tugas harian. Makanan yang telah diproses biasanya akan mempunyai kandungan nutrisi yang kurang jika dibandingkan dengan makanan yang segar dari sumber semulajadi. Oleh yang demikian, bilangan nutrisi yang akan kita peroleh daripada makanan yang diproses mengandungi peratus yang amat sedikit.Sebagai pengguna,kita haruslah bijak memilih produk makanan supaya kita dapat menikmati nutrisi makanan sesuatu produk tersebut. Pemakanan yang sihat bermula dengan perancangan yang baik. Antara perkara yang paling penting ketika memilh sesuatu produk makanan ialah membaca label makanan. Membaca label pemakanan adalah penting dan memainkan peranan dalam membuat perbandingan maklumat pemakanan sebelum membeli sesuatu barang. Langkah ini membantu untuk mengetahui kandungan sesuatu nutrien sama ada ia lebih tinggi atau rendah. Label makanan berfungsi sebagai perantara komunikasi dengan pihak pengeluar makanan yang ingin menerangkan kepada pengguna akan kebaikan produknya daripada sudut kesihatan. Ia memberi maklumat mengenai jumlah dan jenis nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut. Selain daripada label makanan, terdapat beberapa perkara penting yang harus dilihat apabila membeli produk makanan. Antaranya ialah maklumat pemakanan, logo halal, tarikh luput, logo HACCP dan juga logo GMP. Kebanyakan pembeli hanya menitikberatkan tentang tarikh luput berbanding dengan aspek yang lain. Sebenarnya, pengetahuan tentang elemen lain
  • 6. 6 juga amatlah penting bagi pengguna supaya pengguna dapat membuat pilihan yang bijak dan untuk menjamin keselamatan dan kualiti produk yang dipilih. 1. PANDUAN PELABELAN MAKANAN Pelabelan makanan bertujuan untuk membekalkan maklumat yang betul dan jelas tentang sesuatu produk makanan. Label makanan hendaklah mematuhi semua peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Garis panduan ini disediakan untuk memberi panduan kepada industri makanan dan pengguna mengenai keperluan pelabelan makanan berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Dibawah disertakan beberapa panduan pelabelan makanan: 1.1 BAHASA YANG DIGUNAKAN 1.1.1 Semua maklumat yang perlu ada pada label hendaklah dinyatakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa English berdasarkan kepada keperluan berikut: 1.1.1.1 Bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di Malaysia,hendaklah di dalam Bahasa Malaysia dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana bahasa lain. 1.1.1.2 Bagi produk makanan yang diimport, hendaklah di dalam Bahasa Malaysia atau Bahsa Inggeris dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana bahasa lain. 1.1.1.3 Bagi makanan bertujuan khas sama ada yang diimport atau dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di Malaysia hendaklah di dalam Bahasa Malaysia dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana bahasa lain. 1.1.2 Terjemahan ke dalam dalam mana-mana bahasa lain mestilah memberi maksud yang sama dengan maklumat yang asal. 1.2 BERAT BERSIH/ISIPADU/BILANGAN MINIMUM ISI BUNGKUSAN 1.2.1 Semua label makanan hendaklah mempunyai penyataan mengenai berat bersih atau isipadu atau bilangan minimum isi bungkusan. 1.2.2 Penyataan tersebut hendaklah dinyatakan mengikut ketinggian penghurufan yang sama.
  • 7. 7 Berat Bersih : 450g Isipadu Minimum 250ml Rajah 1: Berat bersih 1.3 NAMA DAN ALAMAT PENGILANG/PENGIMPORT/ NEGARA ASAL Semua label makanan hendaklah mempunyai penyataan mengenai nama dan alamat pengilang/ pengimport/negara asal berdasarkan berikut: a. Bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di Malaysia, label makanan hendaklah menyatakan salah satu daripada yang berikut : i. nama dan alamat pengilang atau pembungkus atau ii. nama dan alamat pemunya hak untuk mengilang atau membungkus atau iii. nama ada alamat ejen daripada I dan II b. Bagi makanan yang import, label makanan hendaklah menyatakan : i. nama dan alamat pengilang di luar negara atau ii. nama dan alamat pemunya hak untuk mengilang atau membungkus atau iii. nama ada alamat ejen daripada I dan II dan iv. nama dan alamat peniagann pengimport di Malaysia dan v. nama negeri dari mana makanan itu berasal. Berat 1 kg Isipadu Minimum 500ml
  • 8. 8 1.4 PENGISYTIHARAN JUMLAH DAN JENIS ASID LEMAK Jika nilai asid lemak dinyatakan pada label, keempat-empat jenis asid lemak, iaitu asid lemak tepu, mono tidaktepu, politidaktepu, dan asid trans lemak hendaklah dinyatakan dalam bentuk seperti berikut : Lemak yang terdiri daripada Asid Lemak Monotidaktepu … g Asid Lemak Politidaktepu … g Asid Lemak Tepu … g Asid Trans Lemak … g Contoh produk tempatan: Dikilangkan oleh : ABC Sdn. Bhd. No 81, Jalan Puteri 5/3 Bandar Puteri, 47100 Puchong Selangor Contoh produk import : Dikilangkan oleh: XYZ International 10 Mahunga Drive, Mangere Bridge 1 Auckland 2012, New Zealand Diimport oleh : XYZ Sdn. Bhd. Lot 16, Jalan 19/11 46300 Petaling Jaya Selangor Produk New ZealandRajah 2: Contoh alamat pengilang/pengimport
  • 9. 9 Contoh : Rajah 3: Jumlah dan jenis asid lemak
  • 10. 10 2. ELEMEN DALAM LABEL MAKANAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN OLEH PENGGUNA Terdapat banyak elemen yang perlu dimuatkan pada label makanan seperti yang digariskan dalam akta pelabelan makanan. Sebagai seorang pengguna yang prihatin, terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira semasa meneliti label makanan sesebuah produk. Antaranya; 1. fakta nutrisi makanan 2. logo halal 3. logo GMP 4. logo HACCP 5. alamat pengilang makanan 6. tarikh luput. 2.1 MAKLUMAT NUTRISI Maklumat nutrisi merupakan antara elemen terpenting yang harus dimuatkan dalam label makanan sesebuah produk. Namun, aspek ini jugalah yang sering dipandang enteng oleh masyarakat. Faktor utama perkara ini berlaku adalah kerana tidak faham bagaimana hendak membaca label tersebut dan tidak mengetahui apa kepentingannya mengambil tahu maklumat nutrisi sesebuah makanan yang hendak dijamah. Darsawarsa ini, cara hidup sihat semakin diabaikan. Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Shirlin berkata, tiga juta daripada 28 juta rakyat Malaysia didiagnos dengan penyakit diabetes yang merupakan komplikasi daripada obesiti (BERNAMA, 2011). Pemakanan yang kurang bernutrisi adalah antara penyumbang kemelut ini. Oleh itu, label maklumat nutrisi dalam sebuah makanan sangat penting untuk kita ketahui bagi mencegah penyakit tersebut. Terdapat beberapa jenis zat yang wajib dimuatkan dalam label maklumat nutrisi seperti karbohidrat, protein, lemak, natrium, serat makanan dan gula (Mahan, Escott-Stump, Raymond, 2012, ms.280). Mineral lain seperti vitamin, kolesterol serta jenis-jenis lemak turut dipaparkan. Beberapa istilah digunakan dalam label tersebut seperti „tenaga‟ dan „saiz hidangan‟.
  • 11. 11 Gambar berikut akan digunakan sebagai rujukan garisan panduan membaca maklumat nutrisi. Perkara pertama yang perlu dikenal pasti adalah sukatan sajian (serving size). Sukatan sajian kebiasaannya seragam untuk produk yang sama. Contohnya, minuman kotak, roti gandum atau mi segera. Menurut gambar tersebut, sukatan sajian setiap pek kecil ialah 29g dan satu pek besar mempunyai 22 pek kecil. Sukatan sajian kita akan mepengaruhi maklumat nutrisi yang dipaparkan. Maklumat yang diberikan adalah untuk setiap pek kecil. Oleh itu, kita harus mengambil kira berapa pek yang kitahendak makan. Jika dua pek, semua kandungan tersebut harus di darab dua. „Tenaga‟ atau kalori merupakan jumlah tenaga yang kita dapat dengan memakan sesebuah produk (U.S Food and Drug Administration, 2000) . Ramai pengguna memakan makanan yang mengandungi kalori yang tinggi melebihi keperluan tenaga badan. Tabiat ini akan mangundang risiko berat badan berlebihan atau obesiti (Mahan, Escott-Stump, Raymond, 2012, ms.469). Makanlah makanan yang mengandungi kalori yang rendah dan tidak melebihi keperluan badan kita. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengetahui kalori yang diperlukan oleh badan kita dalam sehari. Untuk mengetahuinya, kita boleh menggunakan kalkulator kalori yang banyak terdapat di laman sesawang internet. U.S Food and Drug Administration telah menetapkan kalori rujukan untuk semua makanan sebanyak 2000 kalori sehari sebagai penanda aras kerana ia merupakan purata kalori yang diperlukan oleh semua lapisan umur (Nestle, 2011). Jadual di bawah adalah garis panduan kadar jumlah tenaga untuk satu makanan (rujukan untuk keperluan 2000 kalori sehari): Rajah 4: Contoh Label Makanan Pek Oat 3 dalam 1
  • 12. 12 Jumlah Tenaga (kcal) Tahap 40 Rendah 100 Sederhana 400 ke atas Tinggi RAJAH 5: garis panduan kadar jumlah tenaga (Sumber: http://www.fda.gov/food/ResourcesForYou/Consumers/NFLPM/ucm274593.htm) Contoh pada Rajah 4, setiap pek kecil akan memberikan kita 120.1 kalori. Seterusnya, mengenal pasti kadar mineral yang terkandung dalam makanan tersebut. Apabila kita hendak menelitinya, kita perlu memisahkan mineral-mineral tersebut kepada dua kumpulan; Kumpulan 1: Kurangkan Pengambilan Lemak (semua jenis), Sodium, Kolesterol (tiada dalam gambar) Pengambilan berlebihan mineral tersebut memberi risiko penyakit jantung, darah tinggi dan kanser. Kumpulan 2: Ambil secukupnya Serat makanan, Kalsium, Vitamin (tiada dalam gambar). Serat makanan akan melancarkan sistem penghadaman. Manakala, kalsium penting untuk kekuatan tulang dan vitamin pula dapat memberikan banyak kebaikan kepada badan kita. Berikut adalah garis panduan kadar pengambilan yang disarankan (rujukan untuk keperluan 2000 kalori sehari sahaja): Mineral Kadar Pengambilan yang Disarankan Jumlah lemak Kurang daripada 65g Kolesterol Kurang daripada 20g Natrium Kurang daripada 2400mg Jumlah Karbohidrat 300g atau lebih Serat Makanan 25g atau lebih RAJAH 6: Garis panduan kadar pengambilan yang disarankan (Sumber: http://www.fda.gov/food/ResourcesForYou/Consumers/NFLPM/ucm274593.htm)
  • 13. 13 Maklumat nutrisi ini sangat penting kepada pengguna yang mempunyai masalah kesihatan. Jika mempunyai masalah tulang seperti osteoporosis (pereputan tulang), mineral yang perlu tinggi dalam makanan adalah kalsium. Jika mempunyai penyakit anemia (kurang sel darah merah), mineral yang diperlukan dalam jumlah yang tinggi adalah ferum. Mempunyai masalah darah tinggi pula, jumlah natrium perlulah rendah. Tapi perlu diingatkan, setiap orang mempunyai keperluan kalori sehari yang berbeza terutamanya pengguna yang menghidapi penyakit, keperluan kalori pasti lebih rendah. Oleh itu, garis panduan ini tidak boleh digunakan sebagai rujukan utama. Berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat pemakanan yang sesuai. Jika anda perasan, ada satu kolum dalam jadual pada gambar menunjukkan maklumat nutrisi untuk hidangan sukatan 100g. Apakah kepentingan sukatan tersebut? Sebenarnya, semua produk makanan harus meletakkan maklumat nutrisi untuk sukatan 100g. Ini akan memudahkan pengguna membuat perbandingan makanan yang sama daripada jenama yang berbeza bagi mengenal pasti mana satu yang lebih berkhasiat. Secara tuntasnya, kemahiran dalam membaca dan mentafsir label makanan sangat penting untuk dikuasai semua orang kerana ia dapat mengawal cara pemakanan kita. Pastikan makanan yang dimakan mempunyai jumlah kalori yang rendah, kurang lemak, kolesterol dan natrium sebaliknya tinggi serat, vitamin dan kalsium. Pemakanan yang sihat akan mencegah kita daripada pelbagai penyakit. 2.2 LOGO HALAL Malaysia merupakan negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Sehubungan itu, isu halal dan haram perlu dipandang serius kerana ramai penganut agama lain tidak memahami tuntutan makanan orang Islam. Menentukan kehalalan sesuatu makanan bukan sekadar memastikan ia tidak mengandungi daging atau bahan berasaskan babi yang sememangnya haram dalam Islam, malah merangkumi banyak bahan atau unsur lain yang diharamkan. Selain itu, negara kita juga adalah pengimport pelbagai jenis makanan dan barangan pengguna dari negara –negara bukan Islam yang mana status kehalalannya itu tidak diketahui. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan membabitkan semua umat Islam di seluruh dunia . Makanan dan barangan pengguna seumpamanya boleh mengandungi bahan-
  • 14. 14 bahan haram kerana pengimport atau pengeksport , umumnya tidak memahami jenis makanan yang selaras dengan tuntutan Islam. Kehalalan sesuatu makanan juga terletak dari segi cara pemprosesan makanan. Hal ini kerana, kaedah ini mendedahkan para pengguna kepada pelbagai jenis makanan yang mungkin mengandungi bahan ramuan yang haram. Namun begitu, sejauh mana tahap keprihatinan umat Islam negara ini terhadap status halal sesuatu produk terutama makanan? Jawapannya sangat tinggi. Setiap kali kita mahu membeli makanan, pasti kita akan tercari-cari logo halal di bungkusan selain melihat harga atau tarikh luput. Kita mungkin tidak tahu apa kandungan sesuatu produk kerana sering kali istilah digunakan saintifik, tetapi kalau disertakan logo halal, kita pasti membelinya tanpa ragu-ragu. Begitu juga kalau makan di restoran, kita akan melihat sama ada peniaga menampal logo halal atau sekurang-kurangnya menilai ia sebagai halal apabila pekerjanya memakai kopiah atau bertudung. Jadi, ciri- ciri sebegitu sangat penting untuk pengguna menilai kehalalan sesuatu produk demi menjaga kesihatan badan dan juga rohani diri. Pun begitu, pengguna terlebih dahulu perlu mengetahui maksud sebenar halal. Hakikatnya, halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 ialah apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan „Halal‟, „Ditanggung Halal‟ atau „Makanan Islam‟ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan sekiranya makanan bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak. Selain itu, makanan juga tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak dan tidaklah disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa- apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak dan tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-
  • 15. 15 apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak seperti yang telah disebut itu atau apa- apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak. Tetapi, persoalannya sekarang ialah sama ada logo halal yang ditampal itu diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Majlis Agama Islam Negeri (Main). Isu ini sudah lama berlarutan, di sebalik aduan orang ramai serta pendedahan media, masih terdapat ribuan restoran dan produk makanan menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim. Alasan mereka mudah, mahu menjimatkan masa dengan membeli logo halal daripada syarikat swasta. Jika menerusi Jakim ia melalui proses lama kerana pihak berkuasa akan meneliti dan memeriksa semua aspek termasuk kebersihan premis. Bermula tahun 2012, alasan itu tidak boleh dipakai lagi kerana menerusi Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang diluluskan Parlimen pada 11 Julai 2011 meletakkan Jakim dan Main sebagai agensi berwibawa yang mengeluarkan sijil dan logo halal di Malaysia. Logo halal yang perlu ada pada setiap produk dan juga premis mestilah mengandungi elemen-elemen seperti bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan, perkataan Arab – “‫”حآلل‬ di tengah bintang , diikuti tulisan rumi “HALAL”, bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ‫ماليزيا‬ dalam perkataan Arab serta dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut. Kesimpulannya, pengusaha produk dan premis makanan serta perkhidmatan dinasihatkan mendapatkan sijil dan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau majlis agama Islam negeri-negeri (MAIN) sahaja bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk mereka sejajar dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang telah Rajah 7: Logo halal yang diiktiraf JAKIM dan MAIN (sumber: www.halal.gov.my)
  • 16. 16 diluluskan Parlimen. Bukan itu sahaja, pengguna juga perlu memeriksa logo halal dengan betul sewaktu membeli sesuatu produk agar dapat mengelakkan daripada makan makanan yang tidak pasti kehalalannya. 2.3 AMALAN PENGILANGAN YANG BAIK; GOOD MANUFACTURING PRACTISE (GMP) Keselamatan makanan merupakan satu isu yang sangat penting bagi pengguna di serata dunia. Penyediaan makanan dengan cara yang tidak selamat dan tidak berkualiti di premis- premis makanan dan kilang-kilang juga akan menyebabkan makanan yang dihasilkan tidak selamat. Standard merupakan satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan bagi sesuatu produk dan perkhidmatan.Dalam industri makanan juga memerlukan satu standard untuk memastikan tahap keselamatan dan kualiti sesuatu produk makanan yang dikeluarkan dan disediakan oleh premis makanan. Pengeluar, pengilang dan penyedia makanan harus mengikut standard keselamatan yang ditetapkan bagi memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat. Standard makanan yang telah ditetapkan bagi memastikan penghasilan makanan yang selamat dikenali sebagai Amalan Pengilangan yang Baik, Good Manufacturing Practise (GMP). Secara umumnya, Standard GMP adalah satu panduan antarabangsa bagi kilang-kilang dan premis makanan dalam menyediakan tempat yang bersih, selamat dan berkualiti dalam pembuatan makanan. Namun begitu, GMP telah diubahsuai mengikut konteks Malaysia supaya pengunaannya lebih sesuai. GMP diwujudkan bagi membantu industri untuk mencapai piawai pengeluaran makanan yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna. Ianya mengandungi langkah- langkah universal yang mengawal operasi sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang selamat. Antara kepentingan lain pelaksanaan GMP ialah untuk mengurangkan risiko pencemaran dalam makanan yang sedang disediakan di kilang-kilang dan premis-premis makanan. Selain itu, pelaksanaan GMP juga merupakan satu keperluan bagi pengguna kerana pengguna juga mempunyai hak untuk memastikan produk makanan yang dibeli selamat daripada sebarang pencemaran yang akan menjejaskan kualiti sesuatu produk makanan tersebut. Di bawah Kemanterian Kesihatan Malaysia,terdapat 8 elemen penting dalam pelaksanaan GMP. Antara elemen-elemen tersebut adalah bangunan dan kemudahan, kawalan operasi,
  • 17. 17 penyelenggaraan dan sanitasi, pekerja, pengangkutan dan pengedaran, pengesanan, audit dalaman, dan juga latihan. Di bawah setiap elemen GMP pula mengandungi beberapa sub- elemen . Bagi elemen bangunan dan kemudahan,antara elemen-elemen yang berada di bawahnya ialah lokasi, reka bentuk dan struktur bangunan ,siling,lantai,tingkap,dapur,stor penyimpanan, pengudaraan,pencahayaan,perparitan, dan bekalan air. Bagi kawalan operasi pula,melibatkan penerimaan bahan mentah, pemprosesan,pembungkusan, penyimpanan, dan sistem penarikan balik produk.Di bawah elemen penyelenggaraan dan sanitasi pula,antara elemen yang ditekankan ialah program penyelenggaraan, pembersihan dan sanitasi,kawalan makhluk perosak,kawalan bahan kimia,dan juga pengurusan sisa cecair dan pepejal. Manakala bagi elemen pekerja pula,kebersihan diri dan pelawat merupakan sub-elemen yang penting di bawahnya.Bagi elemen pengangkutan dan pengedaran,su-elemennya adalah program dan rekod kawalan dan pemantauan.Di bawah elemen pengesanan pula ialah pengenalpastian batch/lot dan maklumat berkaitan produk- pelabelan. Audit dalaman pula meliputi aspek-aspek prosedur dan rekod,dan akhir sekali ialah elemen latihan yang mengandungi aspek-aspek rekod dan jadual. Setiap premis makanan perlu memohon sijil Good Manufacturing Practise (GMP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Permohonan tersebut terbuka kepada semua jenis pengusaha premis makanan dan pemohon hendaklah melaksanakan dan mengamalkan semua elemen GMP yang terkandung di dalam buku Garis Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik. Sijil GMP hanya sah digunakan selama 3 tahun sahaja daripada tarikh sijil dikeluarkan,dan selepas itu,sijil perlu diperbaharui. Sijil tersebut akan terbatal dengan sendirinya sekiranya pemohon gagal mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Skim Pensijilan.Penggunaan logo GMP dilarang digunakan sekiranya sijil tersebut telah terbatal. Rajah 8: Logo GMP (Sumber:http://vectorise.net/logo/2011/06/22/ gmp-certified-good-manufacturing-practice/)
  • 18. 18 Rajah 9: Logo HACCP 2.4 ANALISIS BAHAYA KAWALAN TITIK KRITIKAL; HAZARD ANALYSIS CRITICAL CONTROL POINT (HACCP) Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) diperkenalkan pada tahun 1960 yang bertujuan untuk menghasilkan produk makanan yang selamat untuk angkasawan-angkasawan daripada National Aeronautic and Space Administration (NASA). Sejak itu, HACCP mula digunakan di dalam industri makanan dan mula diperkenalkan secara meluas di seluruh dunia pada tahun 1971. Sejak 1980-an, Codex Alimentarius Commission (CAC) dan International Commission Microbiology Specification For Food (ICMSF) mula menggalakkan perlaksanaan sistem HACCP di dalam industri makanan malah negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat turut menetapkan bahawa sistem HACCP wajib bagi industri- industri yang mahu mengeksport produk hasilan laut ke negara mereka. Bagi pegusaha-pengusaha bumiputera yang mahu mengeksport makanan ke negara tersebut perlu memperoleh sijil HACCP dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). HACCP adalah satu sistem mengenalpasti, menilai, dan mengawal bahaya untuk memastikan tahap risiko sesuatu produk adalah mimima. Selain itu, ia mementingkan teknik pengurusan yang efektif bagi melindungi keselamatan makanan dari bahaya seperti biological, kimia dan fizikal. Malah, ia merupakan satu sistem yang berstruktur dan mencegah produk daripada sebarang bahaya. Tambahan pula, dengan adanya sijil HACCP dalam sesuatu produk, ia penting dalam meningkatkan keyakinan pengguna terutama negara-negara luar seterusnya mencegah kehilangan pelanggan. Terdapat tujuh prinsip HACCP iaitu mengenalpasti bahaya dalam sesuatu produk dengan mengenalpasti potensi bahaya yang berkaitan dengan pengeluaran makanan pada semua peringkat iaitu bermula dari usaha tani, pengendalian, pemprosesan di kilang dan pengedaran, sehingga kepada titik produk makanan diambil. HACCP juga menentukan tahap prosedur operasi
  • 19. 19 yang boleh dikendalikan untuk menghilangkan bahaya atau mengurangkan kemungkinan berlakunya bahaya tersebut. Seterusnya,HACCP turut menetapkan batas kritis yang perlu dicapai dalam memastikan bahawa kawalan titik kritikal berada dalam kawalan. Mereka juga menetapkan sistem pemantauan pengendalian dari kawalan titik kritikal dengan menjalankan ujian atau pemerhatian. Seterusnya, menetapkan tindakan pembaikan yang dilaksanakan jika hasil pemantauan menunjukkan bahawa kawalan titik kritikal tidak terkawal. Menetapkan prosedur pengesahan yang merangkumi dari ujian tambahan dan prosedur penyesuaian yang menyatakan bahawa sistem HACCP berjalan dengan efektif dan mengembangkan dokumentasi mengenai semua prosedur dan rekod yang tepat untuk prinsip-prinsip ini dan penerapannya. 2.5 ALAMAT PENGILANG DAN TARIKH LUPUT Alamat pengilang atau alamat pengusaha makanan amat penting untuk dipamerkan di label makanan supaya pengguna boleh memberi maklum balas dan maklumat tentang penglabelan barangan yang tidak mencukupi atau memperdaya. Pengguna perlu bersikap proaktif dalam menyampaikan maklum balas tentang kelemahan yang terdapat pada label makanan dan kerosakan yang berlaku pada makanan. (Bishan Singh, 2002). Alamat pengilang produk makanan penting untuk mendapat maklum balas dari pengguna atau komentar pengguna tentang produk syarikat makanan tersebut. Komentar-komentar ini boleh memperbaiki mutu dan kualiti produk yang dihasilkan. Oleh itu, pengguna boleh membantu syarikat untuk lebih maju dan pada masa yang sama memuaskan hati pelanggan. Tarikh luput ialah tarikh tamat tempoh makanan tersebut masih mengekalkan kestabilan mikrobiologi dan fizikal serta kandungan nutrient yang diisytiharkan pada label. Secara ringkasnya, tarikh luput ialah satu tarikh selepas makanan tidak dijamin ciri-ciri kualitinya. Tarikh luput ini boleh ditunjukkan dalam beberapa bentuk. Antaranya ialah “tarikh akhir”, “guna sebelum”, “makan sebelum”, atau “minum sebelum”. Mengikut Bahagian Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Bahagian Kawalan Mutu Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (2002), antara senarai makanan yang memerlukan penandaan tarikh luput ialah biskut, roti, makanan berasaskan coklat, makanan berasaskan kelapa, makanan yang berunsur telur, susu dan hasil susu kecuali keju keras, sos, seri kaya, mentega
  • 20. 20 kacang, makanan berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak, minuman ringan Pasteur tak berkarbonat dan minuman ringan U.H.T tak berkarbonat, jus buah Pasteur dan juga jus sayur Pasteur. Tarikh luput makanan amat penting untuk diteliti bagi memastikan nilai nutrisi makanan masih kekal dan pengguna tidak akan makan makanan yang sudah rosak. Pengguna perlu sentiasa menyedari tarikh luput dan mengambil makanan sebelum tarikh yang dinyatakan kerana kualiti dan kandungan nutrien makanan akan merosot atau rosak jika diambil selepas tarikh luput. Semak “guna sebelum” atau “tarikh luput” pada label makanan adalah perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pengguna sebelum membeli sesuatu produk makan. Pengambilan makanan yang telah luput tarikh akan menyebabkan pengguna mengalami beberapa masalah kesihatan tanpa mengira umur. Antaranya, sakit perut, tidak sedap badan, ataupun muntah-muntah. Lebih membimbangkan adalah apabila ibu bapa membeli makanan bayi yang telah tamat tempoh tanpa menyedarinya dan boleh memudaratkan kesihatan bayi mereka. Bagi golongan kanak-kanak pula khususnya pelajar-pelajar sekolah sering kali terpampang di dada-dada akhbar tentang kes keracunan makanan. Apabila disiasat oleh Kementerian Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kes keracunan makanan berlaku dalam kalangan pelajar sekolah disebabkan oleh makanan yang disediakan oleh pihak kantin sekolah telah tamat tempoh. Kedua-dua label makanan ini amat penting untuk diteliti oleh para pengguna dan juga pengilang makanan. Sekiranya setiap pengguna dan pengilang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kepentingan label makanan, sesebuah syarikat akan lebih maju dan pengguna akan lebih selamat dan sihat.
  • 21. 21 RUMUSAN Maklumat pelabelan makanan sangat penting untuk pengguna dalam membuat pilihan yang bijak ketika hendak membeli sesebuah produk makanan. Pengilang harus mematuhi akta pelabelan makanan yang telah ditetapkan bagi memastikan pengguna mendapat maklumat yang lengkap mengenai barang yang hendak dibeli. Pengguna juga perlu mengambil kira faktor kesihatan dengan meneliti maklumat pemakanan dipaparkan. Elakkan membeli makanan yang mempunyai jumlah lemak, kolesterol, natrium (garam) dan gula yang tinggi untuk menghindari penyakit obesiti, diabetes dan sebagainya. Bagi pengguna yang beragama Islam pula, kehalalan sesebuah produk adalah perkara yang sangat penting. Pastikan logo Halal yang dicetak pada produk adalah asli dan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sahaja. Makanan yang halal tidak akan diredhai oleh Allah SWT. Dalam pada itu, walaupun logo GMP dan HACCP bukanlah satu perkara yang wajib untuk dipohon oleh pengilang, namun pelabelan logo ini dapat memberi keyakinan kepada pengguna akan keselamatan dan kebersihan produk yang dihasilkan. Seterusnya, tarikh luput sesebuah produk makanan juga sangat penting untuk diambil kira. Sebelum membeli sesuatu barang makanan, pengguna perlulah memastikan makanan tersebut masih berada dalam keadaan yang baik dan belum melewati tarikh luput. Elakkan daripada membeli makanan yang telah tamat tempoh walaupun ditawarkan pada harga yang murah. Makanan tersebut mungkin telah rosak dan boleh membahayakan kesihatan. Selain itu, alamat pengilang dapat memudahkan pengguna untuk memberi maklum balas kepada syarikat pengilang makanan bagi menambah baik produk makanan yang dihasilkan. Secara tuntasnya, kemahiran meneliti produk makanan haruslah dikuasai oleh masyarakat bagi memastikan hak sebagai pengguna dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Pengusaha pula perlulah menanam sikap tanggungjawab ketika hendak menghasilkan sesebuah produk. Kedua- dua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar masyarakat yang sihat dapat dilahirkan.
  • 22. 22 RUJUKAN Bishan Sigh, (2002). Kepentingan pengguna untuk hak-hak dan tanggungjawab pengguna kod etika amalan perniagaan kepentingan penglabelan barangan. Panduan Maklumat tentang Penglabelan Barangan. Diperoleh pada 7 Disember 2012 daripada http://www.fomca.org.my/v2/index.php/penerbitan/category/ Bahagian Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Bahagian Kawalan Mutu Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia. (2002). Baca label: teliti dan fahami label makanan. [Brochure]. How to Understand and Use the Nutrition Facts Label (2000). U.S Food and Drug Administration. Diperoleh pada 8 Disember 2012 daripada http://www.fda.gov/food/ResourcesForYou/Consumers/NFLPM/ucm274593.htm Konsultan ISO., (2009). Prinsip dasar HACCP. Diperoleh pada 10 Disember 2012 daripada http://konsultaniso22000.wordpress.com/2009/02/25/prinsip-dasar-haccp/ Mahan, L. K., Escott-Stump, S., Raymond, J. L. (2012). Krause’ Food and the Nutrition Care Process (ed. 13). St. Louis, MS: Elsevier. Muhd Izawan Baharin. Logo Halal 1 Malaysia : Dimensi Baru 2012. Diperoleh pada 6 Disember 2012 daripada http://www.ppim.org.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=466:lo go-halal-1-malaysia--dimensi-baru-2012&catid=60:top-news Nestle, M. (2011). Where did the 2,000 calorie diet idea come from. Food Politics. Diperoleh pada 11 Disember 2012 daripada http://www.foodpolitics.com/2011/08/where-did-the-2000-calorie-diet-idea-come- from/ Portal Rasmi Halal Malaysia . Takrifan Halal . Diperoleh pada 6 Disember 2012 daripada http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/mengenai-pensijilan-halal/takrifan-halal
  • 23. 23 Perniagaan makanan tarikh luput. (2008). Diperoleh pada 8 Disember 2012 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/9778- awas-perniagaan-makanan-luput-tarikh.html Quaker® (n.d). Maklumat Pemakanan. Oat Cereal Drink 3 in 1 (Vanilla). Subang Jaya, Selangor: Pepsico. Universiti Putra Malaysia.(n.d). Hazard analysis critical control point (HACCP). FSM 3001 Sistem kualiti makanan. Diperoleh pada 10 Disember 2012 daripada http://www.food.upm.edu.my/kuliah/lectures/foodserv/fsm3001/Quality%20Systems.pdf Zamanhuri Umordin. ( November 2011) . Garis Panduan Am Pelabelan Makanan. Diperoleh pada 10 Disember 2012 daripada http://fsq.moh.gov.my/v3/component/k2/item/428-garis-panduan-am-pelabelan makanan/428-garis-panduan-am-pelabelan-makanan