SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  28
KUALA LUMPUR, 23 Julai 2014 – Ketika membentangkan usul mengenai tragedi 
malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat, Perdana 
Menteri mengatakan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun, 
tidak berperikemanusiaan dan ganas oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat 
Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di timur Ukraine, minggu lepas. 
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia 
sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai 
ditembak dan terhempas di wilayah Donetsk pada 17-7-2014. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia kecewa dan marah 
apabila kawasan tragedi itu tidak dihormati sebagai kawasan larangan, selain kelewatan 
mengendalikan mayat mangsa kejadian itu. Namun demikian, buat masa ini Malaysia 
tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sehinggalah bukti benar-benar sahih 
diperoleh. 
Najib berkata Malaysia juga menggesa Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa 
(ICAO) selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia supaya mengeluarkan 
resolusi mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17, sebagaimana yang 
telah dibuat dalam kes-kes seumpama itu sebelum ini. Tambahan pula, menembak jatuh 
pesawat komersial MH17 ini suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang 
sangat kejam dan sangat ganas. 
Selain mengalu-alukan siasatan oleh badan bebas antarabangsa, Malaysia juga mendesak 
semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan mengenai punca tragedi yang 
menimpa pesawat MH17 dapat diselesaikan. Malaysia menuntut dan menyokong siasatan 
antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini. Pihak yang bertanggungjawab terhadap 
berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan. 
Perdana Menteri menegaskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini 
telah menerima secara sebulat suara resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses 
tanpa halangan ke kawasan kejadian, selain menghentikan serta-merta semua kegiatan 
ketenteraan di kawasan itu. 
Najib juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji tragedi itu dengan teliti, 
bagi memastikan sebarang tindakan yang akan Malaysia ambil kelak adalah selaras 
dengan undang-undang antarabangsa. 
Beliau bagaimanapun turut menarik perhatian bahawa persetujuan yang dicapai dengan 
Alexander Borodai, ketua wilayah lokasi MH17 terhempas, mengenai akses pasukan 
penyiasat bebas antarabangsa ke kawasan nahas dan jaminan keselamatan mereka, masih 
belum tercapai sepenuhnya. 
Dalam pada itu, Najib turut menggariskan beberapa persoalan yang memerlukan jawapan 
segera mengenai insiden itu termasuk sama ada ia benar-benar ditembak dengan peluru 
berpandu, dalang di sebaliknya dan motif yang sebenarnya. 
Najib mengulangi pendiriannya bahawa pergolakan geopolitik tidak menguntungkan 
sesiapa, malah hanya menyebabkan manusia semakin menderita kerana kehilangan orang 
tersayang. 
Perdana Menteri memberi jaminan kepada keluarga mangsa tragedi MH17 bahawa 
kerajaan akan terus menuntut keadilan dan tidak akan berhenti mencari kebenaran
walaupun berdepan kesukaran dan kepayahan. 
“Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani 
tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam 
kesedihan. 
“Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya 
penyelesaian di hujung,” katanya. 
Najib menyifatkan tragedi MH17 seumpama pembunuhan beramai-ramai dan menuntut 
pembunuhnya dibawa ke muka pengadilan. 
Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua 
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit 
Siang serta ketua-ketua parti yang lain, kerana turut mengutuk insiden itu. 
Error: Reference source not found 
PM mengutuk keganasan ke atas MH17 
Error: Reference source not found 
We Are One. Satu bangsa satu negara
Error: Reference source not found Error: 
Reference source not found Error: Reference 
source not found 
Leave a comment 
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, Karangan Pengajian Am STPM 
Penggal 3 
Masalah gelandangan di Kota-Kota Besar 
Posted on July 10, 2014 | Leave a comment 
Error: Reference source not found 
Error: Reference source not found 
Error: Reference source not found 9-7-2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah tempat khas untuk 
menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan 
akan datang. 
PM berkata sedemikian selepas melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti dapur 
jalanan di sekitar Jalan Tun Perak malam 8-7-2014. 
Selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat khas itu 
juga akan dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan barangan 
golongan kurang bernasib baik itu. Golongan ini boleh tidur di pusat sedemikian supaya 
tidak tidur di tepi jalan. 
Najib turut melahirkan penghargaan kerajaan terhadap peranan yang dimainkan 
sukarelawan khususnya yang terlibat dalam menyediakan makanan dan minuman serta 
bantuan kesihatan kepada golongan gelandangan di ibu kota. Perdana menteri 
meluangkan masa kira-kira sejam melihat sendiri aktiviti pengagihan makanan dan 
minuman oleh sukarelawan Dapur Jalanan, selain turut berjalan kaki melihat keadaan di 
sekitar Bangunan Cahaya Suria. 
Najib, yang turut ditemani Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan 
Tengku Mansor serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk 
Seri Rohani Abdul Karim, meluangkan masa untuk beramah mesra dengan beberapa 
gelandangan yang tidur di tepi jalan, termasuk di perhentian bas. 
Isu gelandangan di ibu kota menjadi topik hangat kebelakangan ini termasuk apabila 
Kementerian Wilayah Persekutuan membuat keputusan melarang Dapur Jalanan daripada 
beroperasi dalam lingkungan 2km dari pusat beli belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit 
Bintang minggu lepas. 
Namun, Tengku Adnan menarik balik arahan tersebut dan memberi peluang kepada 
badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti dapur jalanan untuk beroperasi 
di kawasan itu sehingga 16 Ogos ini, iaitu selepas sambutan Aidilfitri. 
Perdana menteri telah meninjau aktiviti sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen yang 
mengedarkan nasi berlauk ayam bersama buah epal, kopi O panas, sirap, roti bun, biskut 
wafer dan minuman kotak kepada gelandangan, kebanyakannya warga emas di kawasan 
tersebut. 
Najib turut diberi penerangan mengenai aktiviti Pertiwi Soup Kitchen oleh pengasasnya 
Munirah Abdul Hamid. 
Ketika mengadakan tinjauan di sekitar Bangunan Cahaya Suria, Najib turut menegur 
seorang lelaki warga emas yang sedang tidur di sebuah perhentian bas dan beliau terkejut 
apabila menyedari Perdana Menteri berdiri di sebelahnya. 
Najib turut meluangkan masa hampir 10 minit bertanya khabar kepada bekas pemandu 
teksi Lim Kim Hua, 63, yang terpaksa hidup bergelandangan kerana tiada keluarga untuk 
menjaganya. 
Perdana menteri juga sempat menjenguk seorang ayah dan anak lelakinya yang berusia 
kira-kira du
Error: Reference source not found 
DATUK Seri Najib Razak melihat Lim Kim Hua, 63, yang tidur di pondok hentian bas, 
Kuala Lumpur. 
Error: Reference source not found 
Makanan diagihkan kepada gelandangan, tengah malam oleh PERTIWI Soup Kitchen 
Error: Reference source not found a tahun 
yang sedang nyenyak tidur beralaskan plastik di siar kaki Jalan Silang. 
Najib turut bertanya khabar dengan satu-satunya wanita yang ditemui tidur di tepi Jalan 
Silang itu iaitu Norliza Mat Zain, 42, yang berasal dari Teluk Intan dan datang ke Kuala 
Lumpur untuk menemani suaminya mendapatkan pekerjaan. Bagaimanapun suaminya 
kini berada dalam penjara dan bakal dibebaskan sebelum Aidilfitri ini. 
Najib juga turut mendengar luahan hati bekas penjual kereta Tan Yap Heng, 70-an yang 
mendakwa sudah 20 tahun hidup bergelandangan berikutan tidak mampu untuk 
mendapatkan pekerjaan kerana faktor usia dan pernah dirompak. Tan memberitahu 
perdana menteri bahawa setiap kali beliau memohon bantuan dari agensi kebajikan 
kerajaan, permohonan beliau sering ditolak kerana beliau tidak mempunyai alamat tempat 
tinggal tetap.
Leave a comment 
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, KARANGAN TAJUK SOSIAL 
KEMASYARAKATAN 
Esscom menjamin kedaulatan Malaysia di Sabah 
Posted on June 2, 2014 | Leave a comment 
Error: Reference source not found 
Pasukan keselamatan mengawal resort pelancongan 
Esscom tekad pastikan kawasan Pantai Timur Sabah selamat 
Insiden penculikan di Singamata Adventures and Reef Resort Semporna bulan Mei 2014 
memberi mesej jelas kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) 
bahawa masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap keselamatan di Zon 
Selamat Timur Sabah (ESSZONE). 
Ancaman keselamatan berikutan pencerobohan pengganas Sulu dan kes penculikan 
menuntut Esscom mengambil tindakan drastik dan langkah proaktif bagi menjaga 
kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur Sabah ekoran krisis di Tanduo, Lahad 
Datu pada tahun 2013. 
Jenayah rentas sempadan di perairan timur Sabah, yang tujuh daripada 362 pulau di 
kawasan itu menempatkan pusat peranginan dan aktiviti marin, boleh mencemarkan imej 
Malaysia dan memberi kesan kepada industri pelancongan negara serta aktiviti ekonomi. 
Menyedari impak negatif ancaman keselamatan di kawasan sepanjang 1,733.7 kilometer 
itu, Esscom mengambil beberapa langkah drastik bagi memastikan keadaan di kawasan 
pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal kepada penduduk dan pelancong. 
Esscom kini melarang pergerakan keluar masuk ke kawasan resort selepas pukul 6 petang 
bagi mengelakkan insiden penculikan yang modus operandinya dilakukan pada waktu 
malam dan awal pagi daripada berulang. 
Esscom memutuskan tiada sebarang aktiviti di laut dan sungai selepas matahari terbenam 
(semua aktiviti hanya dilakukan pada waktu siang). Pengusaha resort yang mempunyai 
aktiviti unik pada waktu malam hendaklah memohon kebenaran daripada Esscom terlebih 
dahulu. 
Selain itu, pasukan keselamatan akan mengadakan rondaan dan pemeriksaan dari semasa 
ke semasa di setiap resort dan pengusaha yang gagal mematuhi arahan berkenaan akan 
dirujuk kepada Kementerian Pelancongan dan pihak berkuasa tempatan untuk tujuan 
digantung lesen perniagaannya. 
TAMBAH ASET KESELAMATAN 
Insiden penculikan seorang pelancong China dan seorang pekerja resort berasal dari 
Filipina mengejutkan banyak pihak kerana ia berlaku selang hanya empat bulan daripada 
insiden pembunuhan dan penculikan pelancong di Pulau Pom-Pom. 
Insiden penculikan itu adalah kes jenayah rentas sempadan atau kes penculikan dan
bukan kejadian yang pertama kerana beberapa penculikan sedemikian pernah berlaku di 
kawasan Semporna dan Lahad Datu. 
Esscom tidak menolak kegiatan penculikan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas 
dari selatan Filipina sejak tahun 2000 itu bertujuan mendapatkan sumber kewangan. 
Bagi membanteras kegiatan penculikan berleluasa khususnya di kawasan perairan 
Semporna dan Lahad Datu yang terletak hampir dengan sempadan Filipina, pasukan 
keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menambah 30 peratus bilangan aset 
seperti bot dan kapal di kawasan perairan Semporna tanpa menjejaskan kawalan rondaan 
di kawasan lain. 
PERBAIKI KELEMAHAN 
Tidak menafikan masih banyak penambahbaikkan yang perlu dilakukan Esscom untuk 
memastikan sektor pelancongan tidak terjejas akibat aspek keselamatan. Esscom mampu 
memperbaikinya dan berupaya membentuk persefahaman lebih mantap pada masa akan 
datang. 
Memang agak sukar untuk Esscom memberi jaminan bahawa penculikan tidak akan 
berlaku di ESSZONE memandangkan beberapa faktor dikenal pasti mendorong 
berlakunya kes penculikan. 
Dari awal, Esscom tidak dapat disamakan dengan Rascom (Rajang Area Security 
Command). Rascom diwujudkan untuk memerangi komunis di Sarawak pada awal tahun 
70an sehingga 90an sementara Esscom berperanan menjaga dan mengawal kawasan yang 
jauh lebih luas meliputi laut dan daratan. 
Tambahan lagi pantai yang panjang sejauh 1,733.7km dari Kudat sehingga ke Tawau 
membuatkan tentera kita sukar mengenal pasti musuh memandangkan mereka 
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan penduduk negeri ini di samping 
mengamalkan budaya hidup yang sama dengan penduduk Sabah. Ada di antara mereka 
yang terlibat dengan jenayah penculikan sudah tinggal di Sabah bertahun-tahun lamanya 
dan hal itu adalah satu cabaran besar Esscom untuk mengatasinya. 
KERJASAMA ESSCOM DAN PENGUSAHA PELANCONGAN 
Justeru, bagi tujuan menjaga keselamatan pelancong dan pelanggan, Esscom menetapkan 
beberapa syarat penting untuk dipatuhi semua pengusaha pusat peranginan di ESSZONE. 
Antara inisiatif itu ialah menggaji pengawal keselamatan terlatih yang akan mengawal 
premis perniagaan 24 jam sehari selain menugaskan seorang pegawai bertanggungjawab 
untuk melapor terus kepada polis atau Esscom sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang 
mendatangkan ancaman terhadap keselamatan pelanggan resort. 
Langkah itu membolehkan tindakan segera diambil kerana sebelum ini pekerja resort 
terlebih dahulu memaklumkan kejadian kepada pengurus resort dan kemudian barulah 
pengurus melaporkannya kepada polis. Setiap resort di ESSZONE hendaklah memasang 
peralatan keselamatan seperti CCTV (kamera litar tertutup), menara tinjau, lampu sorot 
dan peralatan komunikasi. Semua pengusaha resort juga dikehendaki memberi kerjasama 
kepada pasukan keselamatan dengan membenarkan anggota keselamatan membuat 
rondaan di kawasan resort. Mereka juga boleh melaporkan kepada Esscom sekiranya ada 
anggota keselamatan yang tidak serius ketika menjalankan tugas di resort. 
Pada masa ini terdapat 362 buah pulau di ESSZONE. Daripada jumlah itu, tujuh pulau 
mempunyai pusat peranginan iaitu Kapalai, Mabul, Pulau Bum-Bum, Pom-Pom, 
Mataking, Langkayan dan Billean.
HUBUNGAN KERJASAMA ANTARA AGENSI 
Esscom, sebagai agensi penyelaras, menempatkan pasukan keselamatan dan aset 
pertahanan di kawasan-kawasan strategik yang menjadi laluan masuk di kawasan 
perairan melibatkan semua komponen keselamatan dan tugas-tugas pertahanan secara 
holistik dan bersepadu. 
Arahan penugasan masih terletak di bawah ketua perkhidmatan dan agensi masing-masing. 
Bagi mencapai matlamat penubuhannya, Esscom dari semasa ke semasa 
meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain antaranya Jabatan 
Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan agensi 
Persekutuan dan negeri yang berkaitan. Persefahaman itu menjadi asas kekuatan Esscom 
untuk menghadapi ancaman jenayah rentas sempadan atau jenayah penculikan. 
Esscom merupakan entiti yang berjaya merealisasikan program Strategi Lautan Biru 
Kebangsaan hasil penggabungan komponen pertahanan, keselamatan dan awam. 
Esscom turut mengukuhkan pelaksanaan program peningkatan semangat patriotisme 
masyarakat di ESSZONE serta menyelaras dan memantapkan program pembangunan 
sosial ekonomi berteraskan keselamatan kepada kumpulan sasar di ESSZONE. 
Esscom ditubuhkan pada 1 April 2013 di bawah Peraturan-Peraturan Pemeliharaan 
Keselamatan Awam 2013 selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung 
Tanduao, Lahad Datu Sabah pada awal Mac 2013. 
Dianggotai empat komponen utama iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan 
Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan 
Pegawai Awam, asas penubuhannya ialah mempertahankan kedaulatan dan keselamatan 
rakyat Sabah susulan pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu. 
Matlamat Esscom antaranya memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan 
kesejahteraan rakyat, memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan 
bersama, memastikan, memelihara dan memudahkan penjalanan secara bebas serta 
melaksanakan tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau 
kumpulan orang di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). 
ESSZONE meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Kinabatangan, 
Beluran, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau 
Error: Reference source not found 
Pantai Timur Sabah sentiasa jadi sasaran kumpulan pengganas dari selatan Filipina yang 
gemar melakukan penculikan.
Error: Reference source not found 
Leave a comment 
Posted in KARANGAN TAJUK SOSIAL KEMASYARAKATAN, STPM Penggal 
3(Bhg A) Malaysia dan Negara Luar 
Teknologi Hijau 
Posted on April 9, 2014 | Leave a comment 
Teknologi Hijau 
Definisi 
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk 
memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan 
kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau 
sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: 
? Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah 
Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan 
persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; 
? Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan 
? Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. 
Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara 
• Tenaga – Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga 
• Alam sekitar – Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar 
• Ekonomi – Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan 
teknologi; dan 
• Sosial – Meningkatkan kualiti hidup untuk semua. 
Objektif 
• Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama 
meningkatkan pembangunan ekonomi; 
• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan 
sumbangannya kepada ekonomi negara; 
• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan 
meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa; 
• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi 
akan datang; dan 
• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan 
menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau. 
Sektor Utama 
Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama yang 
berikut:
i) Sektor Tenaga 
• Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan 
pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor 
industri dan komersial; dan 
• Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan 
tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga. 
ii) Sektor Bangunan: Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, 
pemuliharaan dan pemusnahan bangunan 
iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa 
• Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, 
rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan 
iv) Sektor Pengangkutan 
• Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, 
khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam. 
Matlamat 
i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10) 
• Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan 
komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau; 
• Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, 
peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan; 
• Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung 
Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor 
pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan 
• Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan 
penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah 
pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai. 
ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11) 
• Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan; 
• Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan 
teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran 
serantau; 
• Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan; 
• Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh 
universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama 
dengan industri tempatan dan syarikat multinasional; 
• Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran 
global; dan 
• Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi. 
iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya) 
• Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia; 
• Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara 
keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara; 
• Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara; 
• Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;
• Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan 
• Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi 
penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau. 
Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian: 
• risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano 
• risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano 
lain) 
• risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri. 
Teras Strategik 
i) Teras Strategik 1 
Mengukuhkan kerangka institusi 
Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi 
yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui: 
Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau 
Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian, 
agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi 
Hijau yang efektif; 
Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana 
Menteri atau Timbalan Perdana Menteri; 
Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan 
usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif; 
Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat 
pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan 
Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan 
tanggungjawab masing-masing. 
ii) Teras Strategik 2 
Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif 
Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau 
perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau. Industri ini 
menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global, menyediakan peluang 
pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh dicapai melalui: 
Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong oleh 
langkah-langkah kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan pertumbuhan 
Teknologi Hijau selaras dengan objektif dan matlamatnya; 
Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan 
rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri; 
Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang 
membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan 
pembangunan industri tempatan; 
Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang 
dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama; dan 
Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.
iii) Teras Strategik 3 
Memperkukuh Pembangunan 
Modal Insan dalam Teknologi Hijau 
Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk 
pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui; 
Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan 
kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau; 
Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi Hijau 
di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah; 
Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber 
manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau; 
Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam bidang 
Teknologi Hijau; dan 
Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam 
sektor Teknologi Hijau. 
iv) Teras Strategik 4 
Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau 
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam 
penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos 
Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan dan 
Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui: 
Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC; 
Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan; 
Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan atau 
institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau; 
Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan;dan, 
Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan serantau 
dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau. 
v) Teras Strategik 5 
Promosi dan Kesedaran Awam 
Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang 
mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana perkara 
tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan 
termasuklah: 
Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program 
yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi Hijau; 
Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang efektif 
untuk mempromosikan Teknologi Hijau; 
Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap 
peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif; 
Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau; dan 
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entiti yang
berhubung dengan kerajaan 
Lima langkah strategik jayakan Dasar Teknologi Hijau Negara 
BANGI: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima langkah strategik bagi 
menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara. 
Perdana Menteri berkata, langkah pertama adalah mengukuhkan rangka kerja institusi 
terutama di kalangan Menteri manakala langkah kedua mensasarkan untuk menyediakan 
persekitaran yang kondusif bagi Pembangunan Teknologi Hijau. 
Katanya, langkah ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan modal insan menerusi 
pemberian latihan dan program pendidikan. 
“Langkah keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan inovasi Tekologi Hijau 
menerusi pengkomersialan. 
“Langkah terakhir adalah memantapkan usaha mempromosi dan meningkatkan kesedaran 
rakyat terhadap Teknologi Hijau,” katanya berucap melancarkan Dasar Teknologi Hijau 
Negara di sini, hari ini. 
Sumber: Berita Harian 
Temubual Galeri@1, RTM 1 
Y. Bhg. Dato’ Dr Halim Bin Man 
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 
1. Apakah maksud ‘teknologi hijau’? 
Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam 
semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah 
teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. 
Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti 
tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh 
yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas 
Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang 
menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui 
kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. 
Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan 
(sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi 
keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, 
kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya 
menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang 
lebih baik dari sekarang. 
2. Mengapakah teknologi hijau diberi penekanan dalam pentadbiran negara? 
Pada 9 April lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Kementerian 
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air dan 
Komunikasi. Saya percaya penekanan terhadap “teknologi hijau” adalah pendekatan yang 
tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras 
dengan agenda utama Kerajaan-Kerajaan di seluruh dunia pada masa kini yang memberi 
prioriti kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita 
sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan
peranan dalam menjadikan dunia ini a better place to live in. 
Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti 
hidup rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, 
air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah 
tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif 
terhadap alam sekitar adalah minima. 
Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. 
Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat 
menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh juga 
meneroka peluang mengeksport produk ’hijau’ yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk 
teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharu 
atau renewable energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai 
sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita. Mengikut unjuran kami, 
menjelang tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan 
daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). 
Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk mempromosikan teknologi hijau. 
Pihak swasta, para profesional serta penyelidik harus bekerjasama untuk mencipta dan 
mengkomersilkan teknologi hijau. 
3. Apakah kepentingan aplikasi teknologi dan amalan hijau dalam kehidupan kita sebagai 
orang awam? 
Seperti yang telah saya katakan tadi, secara amnya, Teknologi Hijau merupakan satu 
teknologi yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi 
mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya 
fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia 
yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan cuaca panas 
yang sedang kita hadapi pada masa ini. Selain itu, kejadian bencana alam seperti ribut 
taufan, kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, 
kepupusan spesis flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena 
perubahan cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang. Oleh yang demikian, mitigasi 
fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat dunia 
pada masa kini. 
Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang. Walau 
bagaimanapun, usaha-usaha boleh dilakukan untuk melambatkan proses ini. Oleh yang 
demikian, aplikasi Teknologi Hijau merupakan salah satu langkah yang diambil bagi 
melambatkan proses perubahan cuaca dunia. Kita sebagai pengguna merupakan salah 
satu daripada penyumbang terbesar dalam pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti 
harian dan pilihan yang kita buat sebagai contohnya penggunaan kereta, tenaga elektrik, 
penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan sebagainya. 
Sehubungan itu, aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat elektrik 
cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, penjimatan 
penggunaan air merupakan antara perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan dalam 
melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun amalan-amalan hijau bukan merupakan satu 
kebiasaan pada sebahagian daripada kita pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita 
bagi memastikan kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari
ini dalam jangka masa panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat 
oleh kita pada hari ini akan menentukan masa depan yang akan dilalui oleh anak-anak 
kita di masa akan datang. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini 
untuk menyeru kepada semua agar mula mendekati amalan-amalan hijau yang kecil 
seperti mengitar semula sampah, menggunakan peralatan cekap tenaga, mengamalkan 
penjimatan tenaga dan air dan sebagainya. 
4. Boleh Y.Bhg Dato’ berikan sedikit saranan dan harapan Datuk kepada masyarakat ke 
arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengutamakan teknologi hijau? 
Usaha Kerajaan untuk menerapkan teknologi hijau perlu dilihat dari dua aspek. Pertama 
ialah aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan teknologi hijau. Kita tidak 
semestinya mencipta sesuatu yang komplikated atau kompleks. Produk mudah yang 
mesra alam serta praktikal untuk negara kita boleh dihasilkan. Adalah penting supaya 
pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah lagi untuk mencipta sesuatu. Pada 
peringkat yang lebih tinggi pula, para penyelidik kita boleh menghasilkan teknologi yang 
dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir sumber-sumber seperti tenaga dan 
air. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang boleh dikomersilkan untuk penggunaan 
tempatan dan untuk tujuan eksport. 
Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan 
proses kerja atau amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan amalan hijau sebanyak 
yang boleh, bermula dengan perkara-perkara mudah yang boleh kita laksanakan. 
Contohnya, kita boleh membawa air minum dalam bekas tanpa keperluan membeli botol-botol 
air. Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita 
menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakan bekas styrofoam atau 
plastik yang tidak mesra alam. Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah. 
Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga. 
Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian akan menghasilkan 
penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan cekap tenaga lebih mahal sedikit 
berbanding peralatan biasa, namun penjimatan tenaga adalah banyak dan kurang 
menjejaskan alam sekitar. Yang penting adalah supaya kita mulakan dengan langkah-langkah 
yang mudah dan murah dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidup. Ibubapa 
harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka akan turut 
terdorong untuk mengamalkan budaya hijau. 
Sebenarnya perubahan gaya hidup dan perubahan minda akan mengorak langkah ke arah 
penghayatan dan pengamalan teknologi hijau. Perubahan kecil yang kita buat pada hari 
ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. 
5. Adakah sebarang galakan disediakan oleh Kerajaan untuk menggalakkan teknologi 
hijau? 
Untuk bidang kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharu, Kerajaan telah 
memperkenalkan pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat yang 
menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau Renewable Energy 
(RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga Energy 
Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment 
Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer Status).
Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian duti import 
dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti 
import yang digunakan secara terus dalam penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE 
dan dan aktiviti EE. Insentif-insentif ini telah ditambah baik di bawah Bajet 2009 dimana 
pengecualian boleh diberikan bagi: 
i- duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak ketiga 
diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang diluluskan 
oleh ST; 
ii- pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar daripada 
pengilang tempatan; 
iii- Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor 
cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi 
kepada pengimport termasuk agen yang diluluskan oleh ST. 
iv- Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods yang 
diluluskan oleh ST seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu 
fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman udara. 
6. Boleh Y.Bhg Dato’ terangkan langkah-langkah yang diambil atau contoh-contoh 
program yang dijalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat? 
Kementerian telah mula menjalankan program-program kesedaran mengenai Kecekapan 
Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharu yang merupakan salah satu daripada cabang 
Teknologi Hijau sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Centre for Education, Training 
and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE) oleh Universiti 
Sains Malaysia. Program-program ini disasarkan kepada golongan profesional, sekolah, 
institusi pengajian tinggi dan orang awam di Malaysia. Antara program yang telah 
dilaksanakan oleh CETREE ialah Pameran program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam 
Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan 
Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan dan sebagainya. 
Selain daripada itu, CETREE juga telah membangunkan Modul Tenaga Boleh 
Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga Merentasi Kurikulum Sekolah Rendah di seluruh 
Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid sekolah di peringkat awal dalam Tenaga 
Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga. 
Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan program Energy Month peringkat 
Kebangsaan secara tahunan bagi meningkatkan kesedaran mengenai Tenaga Boleh 
Diperbaharu dan mempromosikan amalan Kecekapan Tenaga di kalangan orang awam 
dan sektor swasta. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program Energy Month 
adalah mengadakan ceramah-ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga, menerbitkan buku 
panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah, menerbitkan siri artikel di surat khabar dan 
menggunakan media massa untuk menggalakkan amalan Kecekapan Tenaga. 
Di masa akan datang, Kementerian akan melaksanakan kempen Teknologi Hijau yang 
akan melibatkan stake-holders yang berkaitan termasuk orang awam dan Kementerian/ 
Jabatan Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi 
mendidik dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua pihak mengenai 
kepentingan Teknologi Hijau dalam kehidupan kita. Ini bagi memastikan program-program 
lain yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan dalam mempromosi dan 
membangunkan Teknologi Hijau tempatan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan
dihayati oleh semua lapisan masyarakat. 
Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 
Leave a comment 
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, KARANGAN TAJUK SAINS 
DAN TEKNOLOGI 
Dasar Angkasa Negara penentu hala tuju 
Posted on April 6, 2014 | Leave a comment 
Dasar Angkasa Negara penentu hala tuju 
Error: Reference source not found 
Error: Reference source not found 
Error: Reference source not found 
Selain pertambahan infrastruktur berkaitan angkasa yang dimiliki oleh Agensi Angkasa 
Negara (Angkasa) seperti Observatori Negara Langkawi (ONL) tahun 2011, 
pembangunan sektor angkasa negara mengorak langkah ke hadapan dengan Dasar 
Angkasa Negara. 
Dasar Angkasa menjadi pemangkin bagi pembangunan sektor angkasa negara masa 
hadapan, termasuk pembangunan sektor industri angkasa, yang mana Angkasa akan
bertindak sebagai agensi penggerak utama. 
Dasar itu penting sebagai memenuhi keperluan rangka kerja dan hala tuju dalam 
membangunkan sektor angkasa yang strategik dan penting bagi negara. Dasar ini 
merupakan kerangka dan garis panduan untuk memandu industri angkasa negara dalam 
tempoh 10 tahun akan datang iaitu sehingga 2020. 
Dengan adanya dasar baru itu, sektor angkasa akan diiktiraf sebagai sektor baru yang 
strategik yang boleh menjana ekonomi baru bagi negara di samping meningkatkan 
keupayaan negara di dalam teknologi tinggi bagi tujuan keselamatan. 
Dasar ini meliputi bidang satelit komunikasi, satelit navigasi, remote sensing (penderiaan 
jauh atau pencerapan bumi), undang-undang angkasa, sumber manusia, pendidikan dan 
kesedaran awam, penyelidikan dan pembangunan (R&D), industri angkasa dan teknologi 
angkasa. 
Dengan adanya dasar angkasa itu, pembangunan sektor angkasa akan memberi tumpuan 
kepada aktiviti-aktiviti hiliran seperti aplikasi bagi satelit telekomunikasi, satelit navigasi 
dan satelit atau remote sensing, yang dijangka menjadi industri penting bagi penjanaan 
ekonomi baru negara. Sebagai contoh, penggunaan Sistem Penentu Kedudukan Global 
(GPS) begitu meluas kerana ada pihak yang bersedia menjualnya secara komersial untuk 
pengguna. 
Jawatankuasa Angkasa Negara (Jangka) itu dipengerusikan oleh Menteri Sains, 
Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili. Ia turut dianggotai oleh 
Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Penerangan, 
Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan 
Industri (MITI), Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komuniti (KPPK), 
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Kementerian Pertanian dan 
Industri Asas Tani (MOA). 
Turut terlibat ialah Kementerian Luar, Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian 
Kewangan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Unit Perancang Ekonomi (EPU), 
Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Jabatan 
Penerbangan Awam dan wakil Industri – Aeronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB), dan 
MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. 
Jangka yang akan membincang dan mencadangkan program berkaitan angkasa bagi 
negara akan melaporkan kepada hasil perbincangan kepada Majlis Aeroangkasa Malaysia 
( MAC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. 
Akta Angkasa untuk mengawal selia aktiviti dan operasi berkaitan sektor angkasa seperti 
pelancaran dan pengoperasian satelit, pendaftaran objek yang dilancarkan ke angkasa 
lepas, pengoperasian stesen Bumi dan aktiviti lain yang berkaitan juga digubal. Setiap 
pelancaran dan pengoperasian satelit yang dimiliki oleh rakyat ataupun syarikat Malaysia 
perlu diberi lesen dan Angkasa bertanggungjawab pengeluaran lesen pada masa akan 
datang selepas akta tersebut diwartakan.Ketika ini, Suruhanjaya Komunikasi dan 
Multimedia Malaysia (SKMM) merupakan badan yang bertanggungjawab mengeluarkan 
lesen untuk kebenaran menggunakan julat frekuensi gelombang sahaja. 
Dalam pada itu, program kesedaran dan pendidikan juga terus dilaksanakan untuk 
pelbagai peringkat lapisan kumpulan sasar termasuk sekolah rendah, sekolah menengah 
dan pelajar universiti. 
Leave a comment 
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, KARANGAN TAJUK SAINS
DAN TEKNOLOGI 
11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor 
awam 
Posted on January 1, 2014 | Leave a comment 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah bagi 
mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri 
dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan 2014. 
Tindakan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih 
berhemah pada tahun 2014. Keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya 
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 
Error: Reference source not found 
1. Kerajaan akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi 
pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas. 
2. Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred Jusa juga akan dikurangkan 
sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus. 
3. Kerajaan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi 
penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah 
ialah Kelas Ekonomi. 
4. Kerajaan mengurangkan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, 
agensi dan premis kerajaan. 
5. Membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan. 
6. Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan 
premis pejabat. 
7. Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk 
dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan. 
8. Cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa 
Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk
kelulusan. 
9. Kerajaan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau ‘event 
management’ serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran 
persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan 
penjawat awam. 
10. Kerajaan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan 
penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, 
mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan. 
11. Kerajaan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan 
mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan 
di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar 
dan bengkel. 
Leave a comment 
Posted in Ekonomi Malaysia dan antarabangsa, KARANGAN TAJUK SOSIAL 
KEMASYARAKATAN, KENEGARAAN: ISU SEMASA 
Ancaman Terhadap Keselamatan dan Kedaulatan 
Negara 
Posted on November 19, 2013 | 1 comment 
Dipetik dan disesuaikan daripada Bernama 15-11-2013 
Error: Reference source not found 
Pulau Pom Pom di Sipadan, Sabah 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan laporan kejadian culik dan 
bunuh membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, 
Semporna, Sabah awal pagi ini. 
Polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira 
pukul 1 pagi itu. Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China yang
ditembak mati, manakala seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai isteri mangsa 
telah dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan. Kedua-dua mangsa menginap di resort di 
pulau berkenaan bermula Selasa lepas dan dijangka mendaftar keluar Rabu depan. 
Dipetik dan disesuaikan daripada Bernama 19-11-2013 
Error: Reference source not found 
Pasukan keselamatan mengawal resort pelancongan 
Error: Reference source not found 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta pihak media tidak mendedahkan 
identiti mangsa culik warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah pada Jumaat 
lepas demi keselamatan mangsa. Setiap laporan yang mendedahkan identiti mangsa boleh 
mengancam nyawanya kerana mangsa diculik pengganas dari Selatan Filipina yang 
terkenal dengan kekejamannya. Justeru, media tempatan perlu mengutamakan 
keselamatan mangsa dalam membuat laporan berita. 
Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pelancong lelaki berusia 57 tahun terbabit ditemui mati 
dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun 
hilang, dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas lelaki yang menggunakan senjata 
berat dari Selatan Filipina. 
Polis menjalin kerjasama erat dengan Polis Filipina dan Aseanapol untuk membebaskan 
mangsa culik itu. 
IPSOM dizahirkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 
pada 20 Mei lepas dan ia adalah sebuah institusi yang berfungsi memberikan cadangan 
kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri melalui kajian-kajian berkaitan keselamatan 
awam. 
Katanya, IPSOM dipengerusikan Ahmad Zahid dan terdapat empat pusat utama dalam 
institusi itu yang diketuai seorang pengarah iaitu Pusat Penyelidikan Keselamatan dan 
Ketenteraman Awam, Pusat Strategi Lautan Biru Kebangsaan, Pusat Latihan dan 
Pembangunan Modal Insan dan Unit Pentadbiran dan Kewangan 
1 Comment 
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 3, KARANGAN TAJUK SOSIAL 
KEMASYARAKATAN 
INTEGRITI 
Posted on September 12, 2013 | Leave a comment
Faktor-faktor yang menjejaskan integriti boleh dibahagikan kepada lima kategori 
iaitu, kepimpinan, sistem dan prosedur, struktur dan institusi, budaya dan individu. 
1. Kepimpinan 
• Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakat serta 
tahap integriti. 
• Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk 
memberikan pedoman, dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan. 
• Iltizam yang lemah akan menyebabkan merosotnya integriti. 
• Begitu juga pemimpin yang tidak memberikan teladan yang baik, lebih-lebih lagi 
mereka yang “cakap tidak serupa bikin”. 
• Pemimpin juga mesti mematuhi undang-undang, prosedur dan peraturan yang 
ditetapkan. 
• Sebarang tindakan pemimpin mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang, 
prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan akan menjejaskan integriti. 
2. Sistem dan Prosedur 
• Sistem dan prosedur merangkumi pelbagai dimensi. 
• Enam aspek sistem dan prosedur yang boleh menjejaskan integriti ialah: 
• Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam 
urusan tender. 
• Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas. 
• Kelemahan ini boleh menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan dan perselisihan 
pendapat dalam kalangan petugas. 
• Penguatkuasaan yang tidak berkesan dan ada kalanya dilakukan secara berpilih. 
• Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi atau program. 
• Keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material sehingga 
menjejaskan keupayaan penguatkuasaan. 
• Kerangka undang-undang yang lapuk, kurang jelas dan adanya percanggahan dalam 
sesetengah undang-undang. 
3. Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran 
pentadbiran Kerajaan, swasta dan masyarakat umum. 
• Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang 
jelas dan munasabah. 
• Bahagian-bahagian di dalamnya haruslah sesuai dengan tugasnya. 
• Struktur organisasi juga perlu diubah dan diperkemas dari semasa ke semasa bagi 
menangani tuntutan dan cabaran baru. 
• Struktur yang tidak kemas, kurang fokus dan lapuk akan membazirkan sumber dan 
menyebabkan tidak berkesan untuk mencapai matlamatnya. 
• Institusi memainkan peranan yang amat penting dalam keseluruhan sistem pentadbiran. 
• Skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi perlu diperincikan dan dikoordinasi 
dengan baik. 
• Pertindihan dalam skop, tugas dan tanggungjawab boleh mengakibatkan persaingan 
tidak sihat ataupun konflik antara institusi, serta pengabaian tanggungjawab. 
• Kurang koordinasi antara institusi pula boleh menyebabkan pembaziran sumber dan 
tugas yang dilakukan tidak sempurna. 
• Institusi yang mempunyai matlamat atau kepentingan yang bertentangan antara satu
sama lain juga boleh menjejaskan integriti. 
• Misalnya, ada institusi yang memupuk nilai-nilai murni, sedangkan ada institusi lain 
menyebarkan nilai-nilai sebaliknya. 
• Pertentangan kepentingan antara institusi yang berlaku secara berterusan serta nilai-nilai 
yang berlawanan itu boleh menimbulkan kecelaruan dan krisis nilai. 
• Dengan demikian, integriti individu, masyarakat dan negara turut terjejas. 
4. Budaya 
• Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai 
dan tingkah laku. 
• Salah satu komponen persekitaran ialah budaya. 
• Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa. 
• Justeru, budaya berubah dan boleh diubah. 
• Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang sesuai kepada 
individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya. 
• Budaya yang sebaliknya akan mempengaruhi mereka untuk bersikap tidak ambil peduli, 
tidak bertanggungjawab dan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. 
• Salah satu kesan sikap di atas ialah keengganan membuat laporan atau menegurapabila 
melihat sesuatu kesalahan berlaku. 
• Kebimbangan terhadap akibat tindakan menegur atau melapur adalah antara punca 
keengganan tersebut. 
• Contohnya, individu yang mempunyai maklumat mengenai atau menyaksikan sesuatu 
salah laku, bimbang akan keselamatan dirinya sekiranya membuat aduan. 
• Maka timbullah sikap dan amalan ’angguk’ dan ‘ampu’ lebih-lebih lagi terhadap 
pemimpin. 
5. Individu 
• Akhir sekali, penentu kepada kejayaan pengukuhan integriti ialah diri sendiri. 
• Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah disiplin 
diri dan etika kerja, serta tamak dan mementingkan diri akan melibatkan diri dalam 
pelbagai bentuk salah laku. 
• Kemerosotan integriti juga boleh berlaku sekiranya individu itu hanya meihat 
kelemahan orang lain, enggan memeriksa kelemahan diri sendiri, lantaran itu jauh sekali 
untuk mengakui dan mengatasinya. 
• Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terjerumus ke dalam kancah rasuah, 
penyelewengan, salah guna kuasa dan gejala tidak bermoral. 
• Hal ini berkemungkinan lebih besar berlaku sekiranya pegangan kepada nilai-nilai 
murni itu sendiri adalah lemah. 
Leave a comment 
Posted in Dasar Dalam Negara, KARANGAN TAJUK SOSIAL 
KEMASYARAKATAN, STPM Penggal 2(Bhg A) Malaysia Maju dan Sejahtera 
Senjata Pemusnah Besar-Besaran 
Posted on August 25, 2013 | Leave a comment 
Malaysia Gesa PBB Siasat Penggunaan Senjata Kimia Di Syria 
25 Ogos 2013
Media antarabangsa melaporkan satu serangan yang menggunakan senjata kimia 
berlaku di daerah Ghouta berdekatan Damsyik pada Rabu lepas, yang 
menyebabkan kematian beratus rakyat Syria serta mencederakan ramai lagi 
penduduk. 
Error: Reference source not found 
Kanak-kanak yang terkorban akibat serangan gas saraf/senjata kimia 
Error: Reference source not found 
Keganasan akibat pergolakan politik 
Error: Reference source not found 
Ada kemajuan tamadun manusia????? 
Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat laporan yang 
mendakwa wujud penggunaan senjata kimia, yang menyebabkan kematian dan 
kecederaan di Syria. 
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga menyeru pihak yang 
terbabit agar memberi akses serta pelindungan keselamatan kepada pasukan pakar kimia 
PBB untuk menjalankan tugas mereka. 
Malaysia amat prihatin terhadap laporan itu dan mengutuk tindakan berkenaan, sekiranya 
dibuktikan benar. Hal ini kerana kekejaman itu jelas melanggari undang-undang 
antarabangsa dan mendesak agar mereka yang bertanggungjawab ke atas tindakan kejam 
dan tidak berperikemanusiaan ini dibawa ke muka pengadilan. 
Maklumat tambahan: 
Penggunaan senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of mass destruction-WMD) 
seperti senjata kimia (gas saraf), biologi (virus anthrax), radioaktif dan nuklear 
(CBRN) dalam peperangan serta serangan-serangan keganasan sudah berkembang 
menjadi ancaman global yang terbaru kepada dunia sejagat. Penggunaan senjata 
pemusnah besar-besaran ini akan menyebabkan kemusnahan paling maksimum 
terhadap sasaran. 
Leave a comment 
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, Karangan Pengajian Am STPM
Penggal 3 
Kebebasan Dan Hak Asasi Manusia mesti ada batasnya 
Posted on August 22, 2013 | Leave a comment 
Pada masa kini terdapat sesetengah kumpulan di Malaysia bangkit mempersoalkan 
kebebasan dan hak asasi manusia tanpa menyedari kesan kepada pembangunan negara 
dan rakyat keseluruhannya. 
Persepsi mereka mengenai kebebasan dan hak asasi manusia telah berubah. Kalau dahulu 
kebebasan dimaksudkan bebas daripada cengkaman penjajah tetapi kini ia lebih kepada 
kebebasan mutlak dalam konteks asas hak asasi manusia. Jadi kebebasan dalam bersuara 
dan ekspresi, beragama, berkumpul dan seumpamanya kini dianggap sebagai sebahagian 
daripada hak asasi manusia. Inilah antara yang menjadi cabaran negara dalam proses 
pembangunan negara di samping mengisi dan mengekalkan semangat kemerdekaan yang 
telah dicapai sejak 56 tahun yang lepas. 
Error: Reference source not found 
Error: Reference source not found 
Anarki di banyak negara yang tiada batasan undang-undang dan hak asasi 
Error: Reference source not found 
Kebangkitan Arab Spring yang meghancurkan negara sendiri 
PENGARUH BARAT 
Dakyah dan ideologi yang dimainkan barat itu, kini menjadi topik di mana-mana negara 
dan kini menjadikan isu kebebasan sebagai isu sejagat. Masyarakat dunia termasuk di 
Malaysia semakin menerima norma-norma kehidupan di barat yang lebih mengutamakan 
hak individu dan kumpulan kecil tertentu berbanding kepentingan umum. 
Kerana itu di barat, mereka tidak peduli jika segelintir individu atau kumpulan kecil 
memilih gaya hidup yang bercanggah dengan norma kehidupan masyarakatnya kerana 
mereka bebas untuk melakukan apa sahaja atas nama demokrasi. Contohnya isu 
hubungan seks luar nikah, perkahwinan sejenis dan seumpamanya. 
Ini jugalah yang pernah diperjuangkan golongan aktivis sosial di Malaysia dalam
Program Seksualiti Merdeka dua tahun lepas yang secara terbuka menuntut hak golongan 
lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). 
Pemikiran liberalisme dan pluralisme juga semakin menular dalam masyarakat hari ini 
terutama dalam isu kebebasan beragama. Bagi mereka agama menjadi satu kongkongan 
dan untuk menuju kemajuan caranya ialah dengan membebaskan diri daripada 
kongkongan agama dengan membawa prinsip semua ideologi dan fahaman dianggap 
setara, sama benar dan sah. 
Kebebasan bersuara yang diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 
Pengistiharan Hak Asasi Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang Hak Asasi Manusia 
Antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik 
(ICCPP) turut mengundang konflik kepada masyarakat. 
Penggunaan media sosial sebagai medan kebebasan bersuara hingga melangkaui 
sempadan terutama menyentuh nilai-nilai berkaitan budaya, agama, institusi raja jelas 
memberi impak yang buruk kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini. Hal ini 
kerana, walaupun ada golongan liberal dan terbuka untuk membicarakan soal tersebut, 
namun majoriti masyarakat Malaysia masih lagi teguh dengan adat dan budaya serta 
berpegang kepada agama. 
Kebebasan di alam maya yang sukar dikawal ini jugalah menjadi ancaman pengisian 
kemerdekaan dan tamadun yang dibina. 
HAK ASASI PERLU SEKATAN 
Kemerdekaan memberi ruang sesebuah negara membina tamadun dan peradabannya. 
Untuk mengisi kemerdekaan, rakyat dan pemimpin harus memahami nilai kemerdekaan 
itu sendiri. Namun apa yang berlaku hari ini, terdapat segelintir pihak dalam masyarakat 
yang terlalu terikut-ikut dengan globalisasi terutama isu berkaitan hak asasi yang boleh 
memberi kesan baik dan buruk. 
Konsep hak asasi harus difahami dengan menggunakan neraca yang tepat sekiranya kita 
mahu menjaga dan mengekalkan serta mengisi kemerdekaan yang ada. Ia harus 
menggunakan piawaian dan standard pembangunan serta perkembangannya mengikut 
acuan kita sendiri dan bukan mengikut peradaban lain. Walau apapun perubahan falsafah, 
ideologi hak asasi itu, namun tidak boleh meninggalkan perkara-perkara yang boleh 
menjamin dan menjaga kelangsungan peradaban dan tamadun yang dibina. Selama mana 
kita mahu menjaga kemerdekaan ini, selama itu jugalah adanya sekatan-sekatan tertentu 
terhadap hak asasi. Had ini harus diletakkan dalam budaya dan adat sopan kita seperti 
hormat menghormati antara satu sama lain serta menghormati agama yang menjadi ciri-ciri 
terpenting. 
KEMATANGAN DAN JATI DIRI 
Jati diri harus dibina atas warna dan cat yang kita berikan kepada demokrasi dengan 
mengambil keadaan diri kita sendiri. Jika mahu mengambil hak asasi dari negara lain, ia 
harus dilihat bagaimana ia boleh disesuaikan dengan keadaan di negara ini. British sendiri 
tidak pernah memaksa Malaysia menggunakan undang-undang mereka. Ketika itu British 
meletakkan syarat, undang-undang itu hanya diterima sekiranya ia bersesuaian dengan 
keadaan masyarakat di negara ini. Jelas di sini walaupun British itu penjajah, namun 
mereka menghormati pandangan dan keadaan masyarakat di Tanah Melayu ketika itu.
Sekarang ramai yang berhujah perlu ikut arus permodenan hak asasi dengan mengikut 
apa yang ada di barat. Kita tanya semula… adakah ia bersesuaian dengan keadaan budaya 
dan masyarakat di sini? 
Di sinilah perlunya kekentalan jiwa masyarakat Malaysia untuk menghadapi dan 
memerangi apa yang tidak sesuai kerana sedia maklum, perkembangan di luar tidak dapat 
dihindari kerana ia adalah lumrah alam. Kematangan dan jati diri penting kerana dapat 
menjaga maruah, harga diri negara dan bangsa supaya tidak mudah dipengaruhi elemen-elemen 
luar. Dalam peperangan memerlukan senjata sebagai benteng dan perisai. Ia boleh 
diumpamakan jati diri kita. Jika kita tidak mampu menyediakan perisai itu, hanya 
undang-undang sahaja yang boleh membantu memastikan keselamatan terus terjamin. 
PENTINGNYA AGAMA 
Hakikat yang terpaksa diterima, setelah 56 tahun merdeka, kita masih lagi dalam 
persimpangan dan tercari-cari untuk membentuk jati diri. Kekuatan agama dan bangsa 
sebenarnya telah menjadi asas jati diri yang dipegang sejak dulu. Bangsa Malaysia akan 
lemah dan lumpuh jika tidak berpegang kepada kedua-dua ini. Jika paksi ini tidak dituruti 
dan mahu mengambil nilai orang lain kerana tuntutan globalisasi, pasti kita tidak akan 
berjaya mengisi kemerdekaan itu. 
Pentingnya agama kerana tidak ada agama di dunia ini mengajar ke arah keburukan dan 
perpecahan. Malah kejayaan Malaysia, sebagai sebuah negara yang kecil menjadi maju 
dan makmur seperti hari ini adalah kerana pegangan agama yang masih kukuh yang 
menjadi benteng keutuhan bangsa. Tempoh lebih 50 tahun merdeka, bukanlah tempoh 
yang terlalu panjang. Jika kita bandingkan dengan Amerika yang mencapai kemerdekaan 
lebih 200 tahun. Kita kini baru sampai suku atau 1/4 dan jika dibandingkan kemajuan 
yang kita capai kini, mungkin kita lebih cepat lagi daripada Amerika. Semuanya kerana 
kita mempunyai asas agama yang mengajak kita untuk hormat menghormati. Malah jika 
semua rakyat tidak kira agama menghayati agama masing-masing, walau 10 bangsa 
sekalipun hidup di dalam negara ini, kita tidak akan bersengketa. Hal ini kerana emosi 
dan perasaan dikawal oleh agama yang boleh meredakan persengketaan serta 
menifestasikan cinta dan kasih kepada negara dengan menjaga kemerdekaan yang ada. 
UNDANG-UNDANG SEBAGAI PERISAI 
Rakyat sesebuah negara yang masih belum matang dari segi jati diri, emosi dan 
pemikirannya hanya akan menggunakan sentimen apabila membangkitkan soal 
demokrasi, kebebasan bersuara atau hak asasi. Ini menyebabkan kadangkala kebebasan 
dan hak asasi disalahgunakan secara emosi hingga menimbulkan kegelisahan dan 
ketegangan rakyat yang boleh membawa kehancuran kepada sesebuah negara. Apabila 
perisai dalam kalangan rakyat masih belum kukuh, hanya sistem perundangan yang 
mantap sahaja dapat menjaga rakyat dan menjadi mekanisme untuk mengekalkan dan 
mengisi kemerdekaan. 
Mengambil contoh Akta Hasutan yang diperkenalkan bagi mengekang kegiatan komunis 
yang mengancam keselamatan negara pada tahun 1948. Sumbangan Akta Hasutan sangat 
jelas bagi menjaga keharmonian kaum, agama, insitusi raja-raja yang membolehkan kita 
hidup dalam keadaan aman damai seperti hari ini, katanya yang berharap penelitian rapi 
dilakukan kerajaan sebelum menggantikannya. Setiap individu itu harus menjaga diri 
mereka melalui agama, nilai-nilai budaya yang ada. Namun jika rakyat tidak mampu
menjaganya, maka undang-undang dan penguatkuasaan sahaja yang boleh mengekang 
kebebasan melampau. Janganlah bangsa Malaysia menunggu sehingga berlaku detik 
sukar untuk menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat kerana cabaran berterusan 
terus berlaku terutama penghinaan rakyat, liberalisasi, tuntutan kesamarataan yang boleh 
mencabar hubungan kaum dan agama di negara ini. 
Tegasnya, Malaysia masih belum mampu untuk membuang semua undang-undang yang 
boleh menjaga keharmonian kaum yang dikatakan menyekat hak asasi manusia. Sentimen 
bangsa yang ada di Malaysia berbeza dengan apa yang ada di barat. Bangsa barat sudah 
berkurangan nilai dari segi moral, namun kita di sini lagi kekal dan kukuh. Lantaran itu, 
undang-undang yang ketat perlu bagi menjadi semangat dan roh yang boleh menjaga 
keamanan kita di dunia dan akhirat.

Contenu connexe

Tendances

Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)azam_hazel
 
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)Pricilla Tan
 
Pengajian AM Majlis
Pengajian AM MajlisPengajian AM Majlis
Pengajian AM MajlisShahrilAiman
 
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)munnianwar
 
P.AM SEM 3 kerjasama asean politik dan keselamatan
P.AM SEM 3 kerjasama asean politik dan keselamatanP.AM SEM 3 kerjasama asean politik dan keselamatan
P.AM SEM 3 kerjasama asean politik dan keselamatanSITI HAJAR
 
pengajian Am:Dasar pembangunan nasional
pengajian Am:Dasar pembangunan nasionalpengajian Am:Dasar pembangunan nasional
pengajian Am:Dasar pembangunan nasionalathirah zainudin
 
Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18
Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18
Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18hasfazera hassan
 
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsasejarahkkb
 
Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan
Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan
Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan Ara Dot
 
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL NurZahidah22
 
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)Durratun Dian
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaMuhamad Saifullah
 
Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)Amir Hyung
 
Dasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysiaDasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysiafiro HAR
 
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAPENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAsmka wataniah machang, kelantan
 

Tendances (20)

Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
 
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
 
Pengajian AM Majlis
Pengajian AM MajlisPengajian AM Majlis
Pengajian AM Majlis
 
Sektor perhutanan
Sektor perhutananSektor perhutanan
Sektor perhutanan
 
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
 
P.AM SEM 3 kerjasama asean politik dan keselamatan
P.AM SEM 3 kerjasama asean politik dan keselamatanP.AM SEM 3 kerjasama asean politik dan keselamatan
P.AM SEM 3 kerjasama asean politik dan keselamatan
 
pengajian Am:Dasar pembangunan nasional
pengajian Am:Dasar pembangunan nasionalpengajian Am:Dasar pembangunan nasional
pengajian Am:Dasar pembangunan nasional
 
Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18
Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18
Faktor -faktor perkembangan pertanian di Belanda pd abad 17-18
 
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
 
Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan
Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan
Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan
 
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
 
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
 
Piagam asean & pbb
Piagam asean & pbbPiagam asean & pbb
Piagam asean & pbb
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
 
Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)
 
Dasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysiaDasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysia
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAPENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
 
Persidangan rio
Persidangan rioPersidangan rio
Persidangan rio
 

Karangan pengajian am penggal 1

  • 1. KUALA LUMPUR, 23 Julai 2014 – Ketika membentangkan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat, Perdana Menteri mengatakan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun, tidak berperikemanusiaan dan ganas oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di timur Ukraine, minggu lepas. Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak dan terhempas di wilayah Donetsk pada 17-7-2014. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia kecewa dan marah apabila kawasan tragedi itu tidak dihormati sebagai kawasan larangan, selain kelewatan mengendalikan mayat mangsa kejadian itu. Namun demikian, buat masa ini Malaysia tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sehinggalah bukti benar-benar sahih diperoleh. Najib berkata Malaysia juga menggesa Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia supaya mengeluarkan resolusi mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17, sebagaimana yang telah dibuat dalam kes-kes seumpama itu sebelum ini. Tambahan pula, menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas. Selain mengalu-alukan siasatan oleh badan bebas antarabangsa, Malaysia juga mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan mengenai punca tragedi yang menimpa pesawat MH17 dapat diselesaikan. Malaysia menuntut dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini. Pihak yang bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan. Perdana Menteri menegaskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini telah menerima secara sebulat suara resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke kawasan kejadian, selain menghentikan serta-merta semua kegiatan ketenteraan di kawasan itu. Najib juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji tragedi itu dengan teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan Malaysia ambil kelak adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa. Beliau bagaimanapun turut menarik perhatian bahawa persetujuan yang dicapai dengan Alexander Borodai, ketua wilayah lokasi MH17 terhempas, mengenai akses pasukan penyiasat bebas antarabangsa ke kawasan nahas dan jaminan keselamatan mereka, masih belum tercapai sepenuhnya. Dalam pada itu, Najib turut menggariskan beberapa persoalan yang memerlukan jawapan segera mengenai insiden itu termasuk sama ada ia benar-benar ditembak dengan peluru berpandu, dalang di sebaliknya dan motif yang sebenarnya. Najib mengulangi pendiriannya bahawa pergolakan geopolitik tidak menguntungkan sesiapa, malah hanya menyebabkan manusia semakin menderita kerana kehilangan orang tersayang. Perdana Menteri memberi jaminan kepada keluarga mangsa tragedi MH17 bahawa kerajaan akan terus menuntut keadilan dan tidak akan berhenti mencari kebenaran
  • 2. walaupun berdepan kesukaran dan kepayahan. “Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam kesedihan. “Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya penyelesaian di hujung,” katanya. Najib menyifatkan tragedi MH17 seumpama pembunuhan beramai-ramai dan menuntut pembunuhnya dibawa ke muka pengadilan. Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang serta ketua-ketua parti yang lain, kerana turut mengutuk insiden itu. Error: Reference source not found PM mengutuk keganasan ke atas MH17 Error: Reference source not found We Are One. Satu bangsa satu negara
  • 3. Error: Reference source not found Error: Reference source not found Error: Reference source not found Leave a comment Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, Karangan Pengajian Am STPM Penggal 3 Masalah gelandangan di Kota-Kota Besar Posted on July 10, 2014 | Leave a comment Error: Reference source not found Error: Reference source not found Error: Reference source not found 9-7-2014
  • 4. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang. PM berkata sedemikian selepas melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti dapur jalanan di sekitar Jalan Tun Perak malam 8-7-2014. Selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat khas itu juga akan dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan barangan golongan kurang bernasib baik itu. Golongan ini boleh tidur di pusat sedemikian supaya tidak tidur di tepi jalan. Najib turut melahirkan penghargaan kerajaan terhadap peranan yang dimainkan sukarelawan khususnya yang terlibat dalam menyediakan makanan dan minuman serta bantuan kesihatan kepada golongan gelandangan di ibu kota. Perdana menteri meluangkan masa kira-kira sejam melihat sendiri aktiviti pengagihan makanan dan minuman oleh sukarelawan Dapur Jalanan, selain turut berjalan kaki melihat keadaan di sekitar Bangunan Cahaya Suria. Najib, yang turut ditemani Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, meluangkan masa untuk beramah mesra dengan beberapa gelandangan yang tidur di tepi jalan, termasuk di perhentian bas. Isu gelandangan di ibu kota menjadi topik hangat kebelakangan ini termasuk apabila Kementerian Wilayah Persekutuan membuat keputusan melarang Dapur Jalanan daripada beroperasi dalam lingkungan 2km dari pusat beli belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang minggu lepas. Namun, Tengku Adnan menarik balik arahan tersebut dan memberi peluang kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti dapur jalanan untuk beroperasi di kawasan itu sehingga 16 Ogos ini, iaitu selepas sambutan Aidilfitri. Perdana menteri telah meninjau aktiviti sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen yang mengedarkan nasi berlauk ayam bersama buah epal, kopi O panas, sirap, roti bun, biskut wafer dan minuman kotak kepada gelandangan, kebanyakannya warga emas di kawasan tersebut. Najib turut diberi penerangan mengenai aktiviti Pertiwi Soup Kitchen oleh pengasasnya Munirah Abdul Hamid. Ketika mengadakan tinjauan di sekitar Bangunan Cahaya Suria, Najib turut menegur seorang lelaki warga emas yang sedang tidur di sebuah perhentian bas dan beliau terkejut apabila menyedari Perdana Menteri berdiri di sebelahnya. Najib turut meluangkan masa hampir 10 minit bertanya khabar kepada bekas pemandu teksi Lim Kim Hua, 63, yang terpaksa hidup bergelandangan kerana tiada keluarga untuk menjaganya. Perdana menteri juga sempat menjenguk seorang ayah dan anak lelakinya yang berusia kira-kira du
  • 5. Error: Reference source not found DATUK Seri Najib Razak melihat Lim Kim Hua, 63, yang tidur di pondok hentian bas, Kuala Lumpur. Error: Reference source not found Makanan diagihkan kepada gelandangan, tengah malam oleh PERTIWI Soup Kitchen Error: Reference source not found a tahun yang sedang nyenyak tidur beralaskan plastik di siar kaki Jalan Silang. Najib turut bertanya khabar dengan satu-satunya wanita yang ditemui tidur di tepi Jalan Silang itu iaitu Norliza Mat Zain, 42, yang berasal dari Teluk Intan dan datang ke Kuala Lumpur untuk menemani suaminya mendapatkan pekerjaan. Bagaimanapun suaminya kini berada dalam penjara dan bakal dibebaskan sebelum Aidilfitri ini. Najib juga turut mendengar luahan hati bekas penjual kereta Tan Yap Heng, 70-an yang mendakwa sudah 20 tahun hidup bergelandangan berikutan tidak mampu untuk mendapatkan pekerjaan kerana faktor usia dan pernah dirompak. Tan memberitahu perdana menteri bahawa setiap kali beliau memohon bantuan dari agensi kebajikan kerajaan, permohonan beliau sering ditolak kerana beliau tidak mempunyai alamat tempat tinggal tetap.
  • 6. Leave a comment Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, KARANGAN TAJUK SOSIAL KEMASYARAKATAN Esscom menjamin kedaulatan Malaysia di Sabah Posted on June 2, 2014 | Leave a comment Error: Reference source not found Pasukan keselamatan mengawal resort pelancongan Esscom tekad pastikan kawasan Pantai Timur Sabah selamat Insiden penculikan di Singamata Adventures and Reef Resort Semporna bulan Mei 2014 memberi mesej jelas kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bahawa masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Ancaman keselamatan berikutan pencerobohan pengganas Sulu dan kes penculikan menuntut Esscom mengambil tindakan drastik dan langkah proaktif bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur Sabah ekoran krisis di Tanduo, Lahad Datu pada tahun 2013. Jenayah rentas sempadan di perairan timur Sabah, yang tujuh daripada 362 pulau di kawasan itu menempatkan pusat peranginan dan aktiviti marin, boleh mencemarkan imej Malaysia dan memberi kesan kepada industri pelancongan negara serta aktiviti ekonomi. Menyedari impak negatif ancaman keselamatan di kawasan sepanjang 1,733.7 kilometer itu, Esscom mengambil beberapa langkah drastik bagi memastikan keadaan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal kepada penduduk dan pelancong. Esscom kini melarang pergerakan keluar masuk ke kawasan resort selepas pukul 6 petang bagi mengelakkan insiden penculikan yang modus operandinya dilakukan pada waktu malam dan awal pagi daripada berulang. Esscom memutuskan tiada sebarang aktiviti di laut dan sungai selepas matahari terbenam (semua aktiviti hanya dilakukan pada waktu siang). Pengusaha resort yang mempunyai aktiviti unik pada waktu malam hendaklah memohon kebenaran daripada Esscom terlebih dahulu. Selain itu, pasukan keselamatan akan mengadakan rondaan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa di setiap resort dan pengusaha yang gagal mematuhi arahan berkenaan akan dirujuk kepada Kementerian Pelancongan dan pihak berkuasa tempatan untuk tujuan digantung lesen perniagaannya. TAMBAH ASET KESELAMATAN Insiden penculikan seorang pelancong China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina mengejutkan banyak pihak kerana ia berlaku selang hanya empat bulan daripada insiden pembunuhan dan penculikan pelancong di Pulau Pom-Pom. Insiden penculikan itu adalah kes jenayah rentas sempadan atau kes penculikan dan
  • 7. bukan kejadian yang pertama kerana beberapa penculikan sedemikian pernah berlaku di kawasan Semporna dan Lahad Datu. Esscom tidak menolak kegiatan penculikan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas dari selatan Filipina sejak tahun 2000 itu bertujuan mendapatkan sumber kewangan. Bagi membanteras kegiatan penculikan berleluasa khususnya di kawasan perairan Semporna dan Lahad Datu yang terletak hampir dengan sempadan Filipina, pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menambah 30 peratus bilangan aset seperti bot dan kapal di kawasan perairan Semporna tanpa menjejaskan kawalan rondaan di kawasan lain. PERBAIKI KELEMAHAN Tidak menafikan masih banyak penambahbaikkan yang perlu dilakukan Esscom untuk memastikan sektor pelancongan tidak terjejas akibat aspek keselamatan. Esscom mampu memperbaikinya dan berupaya membentuk persefahaman lebih mantap pada masa akan datang. Memang agak sukar untuk Esscom memberi jaminan bahawa penculikan tidak akan berlaku di ESSZONE memandangkan beberapa faktor dikenal pasti mendorong berlakunya kes penculikan. Dari awal, Esscom tidak dapat disamakan dengan Rascom (Rajang Area Security Command). Rascom diwujudkan untuk memerangi komunis di Sarawak pada awal tahun 70an sehingga 90an sementara Esscom berperanan menjaga dan mengawal kawasan yang jauh lebih luas meliputi laut dan daratan. Tambahan lagi pantai yang panjang sejauh 1,733.7km dari Kudat sehingga ke Tawau membuatkan tentera kita sukar mengenal pasti musuh memandangkan mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan penduduk negeri ini di samping mengamalkan budaya hidup yang sama dengan penduduk Sabah. Ada di antara mereka yang terlibat dengan jenayah penculikan sudah tinggal di Sabah bertahun-tahun lamanya dan hal itu adalah satu cabaran besar Esscom untuk mengatasinya. KERJASAMA ESSCOM DAN PENGUSAHA PELANCONGAN Justeru, bagi tujuan menjaga keselamatan pelancong dan pelanggan, Esscom menetapkan beberapa syarat penting untuk dipatuhi semua pengusaha pusat peranginan di ESSZONE. Antara inisiatif itu ialah menggaji pengawal keselamatan terlatih yang akan mengawal premis perniagaan 24 jam sehari selain menugaskan seorang pegawai bertanggungjawab untuk melapor terus kepada polis atau Esscom sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang mendatangkan ancaman terhadap keselamatan pelanggan resort. Langkah itu membolehkan tindakan segera diambil kerana sebelum ini pekerja resort terlebih dahulu memaklumkan kejadian kepada pengurus resort dan kemudian barulah pengurus melaporkannya kepada polis. Setiap resort di ESSZONE hendaklah memasang peralatan keselamatan seperti CCTV (kamera litar tertutup), menara tinjau, lampu sorot dan peralatan komunikasi. Semua pengusaha resort juga dikehendaki memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dengan membenarkan anggota keselamatan membuat rondaan di kawasan resort. Mereka juga boleh melaporkan kepada Esscom sekiranya ada anggota keselamatan yang tidak serius ketika menjalankan tugas di resort. Pada masa ini terdapat 362 buah pulau di ESSZONE. Daripada jumlah itu, tujuh pulau mempunyai pusat peranginan iaitu Kapalai, Mabul, Pulau Bum-Bum, Pom-Pom, Mataking, Langkayan dan Billean.
  • 8. HUBUNGAN KERJASAMA ANTARA AGENSI Esscom, sebagai agensi penyelaras, menempatkan pasukan keselamatan dan aset pertahanan di kawasan-kawasan strategik yang menjadi laluan masuk di kawasan perairan melibatkan semua komponen keselamatan dan tugas-tugas pertahanan secara holistik dan bersepadu. Arahan penugasan masih terletak di bawah ketua perkhidmatan dan agensi masing-masing. Bagi mencapai matlamat penubuhannya, Esscom dari semasa ke semasa meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain antaranya Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan agensi Persekutuan dan negeri yang berkaitan. Persefahaman itu menjadi asas kekuatan Esscom untuk menghadapi ancaman jenayah rentas sempadan atau jenayah penculikan. Esscom merupakan entiti yang berjaya merealisasikan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan hasil penggabungan komponen pertahanan, keselamatan dan awam. Esscom turut mengukuhkan pelaksanaan program peningkatan semangat patriotisme masyarakat di ESSZONE serta menyelaras dan memantapkan program pembangunan sosial ekonomi berteraskan keselamatan kepada kumpulan sasar di ESSZONE. Esscom ditubuhkan pada 1 April 2013 di bawah Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduao, Lahad Datu Sabah pada awal Mac 2013. Dianggotai empat komponen utama iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pegawai Awam, asas penubuhannya ialah mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah susulan pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu. Matlamat Esscom antaranya memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan bersama, memastikan, memelihara dan memudahkan penjalanan secara bebas serta melaksanakan tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau kumpulan orang di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). ESSZONE meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau Error: Reference source not found Pantai Timur Sabah sentiasa jadi sasaran kumpulan pengganas dari selatan Filipina yang gemar melakukan penculikan.
  • 9. Error: Reference source not found Leave a comment Posted in KARANGAN TAJUK SOSIAL KEMASYARAKATAN, STPM Penggal 3(Bhg A) Malaysia dan Negara Luar Teknologi Hijau Posted on April 9, 2014 | Leave a comment Teknologi Hijau Definisi Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: ? Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; ? Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan ? Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara • Tenaga – Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga • Alam sekitar – Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar • Ekonomi – Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan • Sosial – Meningkatkan kualiti hidup untuk semua. Objektif • Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi; • Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; • Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa; • Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan • Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau. Sektor Utama Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama yang berikut:
  • 10. i) Sektor Tenaga • Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan • Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga. ii) Sektor Bangunan: Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa • Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan iv) Sektor Pengangkutan • Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam. Matlamat i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10) • Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau; • Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan; • Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan • Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai. ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11) • Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan; • Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau; • Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan; • Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional; • Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan • Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi. iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya) • Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia; • Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara; • Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara; • Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;
  • 11. • Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan • Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau. Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian: • risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano • risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain) • risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri. Teras Strategik i) Teras Strategik 1 Mengukuhkan kerangka institusi Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui: Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif; Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri; Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif; Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing. ii) Teras Strategik 2 Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau. Industri ini menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global, menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh dicapai melalui: Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong oleh langkah-langkah kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan pertumbuhan Teknologi Hijau selaras dengan objektif dan matlamatnya; Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri; Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan pembangunan industri tempatan; Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama; dan Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.
  • 12. iii) Teras Strategik 3 Memperkukuh Pembangunan Modal Insan dalam Teknologi Hijau Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui; Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau; Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi Hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah; Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau; Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam bidang Teknologi Hijau; dan Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam sektor Teknologi Hijau. iv) Teras Strategik 4 Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui: Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC; Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan; Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan atau institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau; Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan;dan, Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan serantau dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau. v) Teras Strategik 5 Promosi dan Kesedaran Awam Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah: Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi Hijau; Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau; Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif; Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau; dan Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entiti yang
  • 13. berhubung dengan kerajaan Lima langkah strategik jayakan Dasar Teknologi Hijau Negara BANGI: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima langkah strategik bagi menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara. Perdana Menteri berkata, langkah pertama adalah mengukuhkan rangka kerja institusi terutama di kalangan Menteri manakala langkah kedua mensasarkan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi Pembangunan Teknologi Hijau. Katanya, langkah ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan modal insan menerusi pemberian latihan dan program pendidikan. “Langkah keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan inovasi Tekologi Hijau menerusi pengkomersialan. “Langkah terakhir adalah memantapkan usaha mempromosi dan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap Teknologi Hijau,” katanya berucap melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara di sini, hari ini. Sumber: Berita Harian Temubual Galeri@1, RTM 1 Y. Bhg. Dato’ Dr Halim Bin Man Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 1. Apakah maksud ‘teknologi hijau’? Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang. 2. Mengapakah teknologi hijau diberi penekanan dalam pentadbiran negara? Pada 9 April lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Saya percaya penekanan terhadap “teknologi hijau” adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras dengan agenda utama Kerajaan-Kerajaan di seluruh dunia pada masa kini yang memberi prioriti kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan
  • 14. peranan dalam menjadikan dunia ini a better place to live in. Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima. Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk ’hijau’ yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharu atau renewable energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita. Mengikut unjuran kami, menjelang tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk mempromosikan teknologi hijau. Pihak swasta, para profesional serta penyelidik harus bekerjasama untuk mencipta dan mengkomersilkan teknologi hijau. 3. Apakah kepentingan aplikasi teknologi dan amalan hijau dalam kehidupan kita sebagai orang awam? Seperti yang telah saya katakan tadi, secara amnya, Teknologi Hijau merupakan satu teknologi yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan cuaca panas yang sedang kita hadapi pada masa ini. Selain itu, kejadian bencana alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang. Oleh yang demikian, mitigasi fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat dunia pada masa kini. Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang. Walau bagaimanapun, usaha-usaha boleh dilakukan untuk melambatkan proses ini. Oleh yang demikian, aplikasi Teknologi Hijau merupakan salah satu langkah yang diambil bagi melambatkan proses perubahan cuaca dunia. Kita sebagai pengguna merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar dalam pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti harian dan pilihan yang kita buat sebagai contohnya penggunaan kereta, tenaga elektrik, penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan sebagainya. Sehubungan itu, aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun amalan-amalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari
  • 15. ini dalam jangka masa panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat oleh kita pada hari ini akan menentukan masa depan yang akan dilalui oleh anak-anak kita di masa akan datang. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua agar mula mendekati amalan-amalan hijau yang kecil seperti mengitar semula sampah, menggunakan peralatan cekap tenaga, mengamalkan penjimatan tenaga dan air dan sebagainya. 4. Boleh Y.Bhg Dato’ berikan sedikit saranan dan harapan Datuk kepada masyarakat ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengutamakan teknologi hijau? Usaha Kerajaan untuk menerapkan teknologi hijau perlu dilihat dari dua aspek. Pertama ialah aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan teknologi hijau. Kita tidak semestinya mencipta sesuatu yang komplikated atau kompleks. Produk mudah yang mesra alam serta praktikal untuk negara kita boleh dihasilkan. Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah lagi untuk mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para penyelidik kita boleh menghasilkan teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir sumber-sumber seperti tenaga dan air. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang boleh dikomersilkan untuk penggunaan tempatan dan untuk tujuan eksport. Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan proses kerja atau amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan perkara-perkara mudah yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh membawa air minum dalam bekas tanpa keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakan bekas styrofoam atau plastik yang tidak mesra alam. Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah. Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga. Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian akan menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan cekap tenaga lebih mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun penjimatan tenaga adalah banyak dan kurang menjejaskan alam sekitar. Yang penting adalah supaya kita mulakan dengan langkah-langkah yang mudah dan murah dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidup. Ibubapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka akan turut terdorong untuk mengamalkan budaya hijau. Sebenarnya perubahan gaya hidup dan perubahan minda akan mengorak langkah ke arah penghayatan dan pengamalan teknologi hijau. Perubahan kecil yang kita buat pada hari ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. 5. Adakah sebarang galakan disediakan oleh Kerajaan untuk menggalakkan teknologi hijau? Untuk bidang kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharu, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer Status).
  • 16. Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian duti import dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan secara terus dalam penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE. Insentif-insentif ini telah ditambah baik di bawah Bajet 2009 dimana pengecualian boleh diberikan bagi: i- duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang diluluskan oleh ST; ii- pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar daripada pengilang tempatan; iii- Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi kepada pengimport termasuk agen yang diluluskan oleh ST. iv- Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods yang diluluskan oleh ST seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman udara. 6. Boleh Y.Bhg Dato’ terangkan langkah-langkah yang diambil atau contoh-contoh program yang dijalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat? Kementerian telah mula menjalankan program-program kesedaran mengenai Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharu yang merupakan salah satu daripada cabang Teknologi Hijau sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE) oleh Universiti Sains Malaysia. Program-program ini disasarkan kepada golongan profesional, sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang awam di Malaysia. Antara program yang telah dilaksanakan oleh CETREE ialah Pameran program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan dan sebagainya. Selain daripada itu, CETREE juga telah membangunkan Modul Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga Merentasi Kurikulum Sekolah Rendah di seluruh Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid sekolah di peringkat awal dalam Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga. Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan program Energy Month peringkat Kebangsaan secara tahunan bagi meningkatkan kesedaran mengenai Tenaga Boleh Diperbaharu dan mempromosikan amalan Kecekapan Tenaga di kalangan orang awam dan sektor swasta. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program Energy Month adalah mengadakan ceramah-ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga, menerbitkan buku panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah, menerbitkan siri artikel di surat khabar dan menggunakan media massa untuk menggalakkan amalan Kecekapan Tenaga. Di masa akan datang, Kementerian akan melaksanakan kempen Teknologi Hijau yang akan melibatkan stake-holders yang berkaitan termasuk orang awam dan Kementerian/ Jabatan Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua pihak mengenai kepentingan Teknologi Hijau dalam kehidupan kita. Ini bagi memastikan program-program lain yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan dalam mempromosi dan membangunkan Teknologi Hijau tempatan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan
  • 17. dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Leave a comment Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, KARANGAN TAJUK SAINS DAN TEKNOLOGI Dasar Angkasa Negara penentu hala tuju Posted on April 6, 2014 | Leave a comment Dasar Angkasa Negara penentu hala tuju Error: Reference source not found Error: Reference source not found Error: Reference source not found Selain pertambahan infrastruktur berkaitan angkasa yang dimiliki oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa) seperti Observatori Negara Langkawi (ONL) tahun 2011, pembangunan sektor angkasa negara mengorak langkah ke hadapan dengan Dasar Angkasa Negara. Dasar Angkasa menjadi pemangkin bagi pembangunan sektor angkasa negara masa hadapan, termasuk pembangunan sektor industri angkasa, yang mana Angkasa akan
  • 18. bertindak sebagai agensi penggerak utama. Dasar itu penting sebagai memenuhi keperluan rangka kerja dan hala tuju dalam membangunkan sektor angkasa yang strategik dan penting bagi negara. Dasar ini merupakan kerangka dan garis panduan untuk memandu industri angkasa negara dalam tempoh 10 tahun akan datang iaitu sehingga 2020. Dengan adanya dasar baru itu, sektor angkasa akan diiktiraf sebagai sektor baru yang strategik yang boleh menjana ekonomi baru bagi negara di samping meningkatkan keupayaan negara di dalam teknologi tinggi bagi tujuan keselamatan. Dasar ini meliputi bidang satelit komunikasi, satelit navigasi, remote sensing (penderiaan jauh atau pencerapan bumi), undang-undang angkasa, sumber manusia, pendidikan dan kesedaran awam, penyelidikan dan pembangunan (R&D), industri angkasa dan teknologi angkasa. Dengan adanya dasar angkasa itu, pembangunan sektor angkasa akan memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti hiliran seperti aplikasi bagi satelit telekomunikasi, satelit navigasi dan satelit atau remote sensing, yang dijangka menjadi industri penting bagi penjanaan ekonomi baru negara. Sebagai contoh, penggunaan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) begitu meluas kerana ada pihak yang bersedia menjualnya secara komersial untuk pengguna. Jawatankuasa Angkasa Negara (Jangka) itu dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili. Ia turut dianggotai oleh Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komuniti (KPPK), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Turut terlibat ialah Kementerian Luar, Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Kewangan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Jabatan Penerbangan Awam dan wakil Industri – Aeronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB), dan MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. Jangka yang akan membincang dan mencadangkan program berkaitan angkasa bagi negara akan melaporkan kepada hasil perbincangan kepada Majlis Aeroangkasa Malaysia ( MAC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Akta Angkasa untuk mengawal selia aktiviti dan operasi berkaitan sektor angkasa seperti pelancaran dan pengoperasian satelit, pendaftaran objek yang dilancarkan ke angkasa lepas, pengoperasian stesen Bumi dan aktiviti lain yang berkaitan juga digubal. Setiap pelancaran dan pengoperasian satelit yang dimiliki oleh rakyat ataupun syarikat Malaysia perlu diberi lesen dan Angkasa bertanggungjawab pengeluaran lesen pada masa akan datang selepas akta tersebut diwartakan.Ketika ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merupakan badan yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen untuk kebenaran menggunakan julat frekuensi gelombang sahaja. Dalam pada itu, program kesedaran dan pendidikan juga terus dilaksanakan untuk pelbagai peringkat lapisan kumpulan sasar termasuk sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar universiti. Leave a comment Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, KARANGAN TAJUK SAINS
  • 19. DAN TEKNOLOGI 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam Posted on January 1, 2014 | Leave a comment Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan 2014. Tindakan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun 2014. Keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Error: Reference source not found 1. Kerajaan akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas. 2. Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred Jusa juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus. 3. Kerajaan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi. 4. Kerajaan mengurangkan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan. 5. Membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan. 6. Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat. 7. Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan. 8. Cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk
  • 20. kelulusan. 9. Kerajaan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau ‘event management’ serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam. 10. Kerajaan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan. 11. Kerajaan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel. Leave a comment Posted in Ekonomi Malaysia dan antarabangsa, KARANGAN TAJUK SOSIAL KEMASYARAKATAN, KENEGARAAN: ISU SEMASA Ancaman Terhadap Keselamatan dan Kedaulatan Negara Posted on November 19, 2013 | 1 comment Dipetik dan disesuaikan daripada Bernama 15-11-2013 Error: Reference source not found Pulau Pom Pom di Sipadan, Sabah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan laporan kejadian culik dan bunuh membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah awal pagi ini. Polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu. Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China yang
  • 21. ditembak mati, manakala seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai isteri mangsa telah dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan. Kedua-dua mangsa menginap di resort di pulau berkenaan bermula Selasa lepas dan dijangka mendaftar keluar Rabu depan. Dipetik dan disesuaikan daripada Bernama 19-11-2013 Error: Reference source not found Pasukan keselamatan mengawal resort pelancongan Error: Reference source not found Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta pihak media tidak mendedahkan identiti mangsa culik warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah pada Jumaat lepas demi keselamatan mangsa. Setiap laporan yang mendedahkan identiti mangsa boleh mengancam nyawanya kerana mangsa diculik pengganas dari Selatan Filipina yang terkenal dengan kekejamannya. Justeru, media tempatan perlu mengutamakan keselamatan mangsa dalam membuat laporan berita. Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pelancong lelaki berusia 57 tahun terbabit ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang, dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas lelaki yang menggunakan senjata berat dari Selatan Filipina. Polis menjalin kerjasama erat dengan Polis Filipina dan Aseanapol untuk membebaskan mangsa culik itu. IPSOM dizahirkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 20 Mei lepas dan ia adalah sebuah institusi yang berfungsi memberikan cadangan kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri melalui kajian-kajian berkaitan keselamatan awam. Katanya, IPSOM dipengerusikan Ahmad Zahid dan terdapat empat pusat utama dalam institusi itu yang diketuai seorang pengarah iaitu Pusat Penyelidikan Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Pusat Strategi Lautan Biru Kebangsaan, Pusat Latihan dan Pembangunan Modal Insan dan Unit Pentadbiran dan Kewangan 1 Comment Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 3, KARANGAN TAJUK SOSIAL KEMASYARAKATAN INTEGRITI Posted on September 12, 2013 | Leave a comment
  • 22. Faktor-faktor yang menjejaskan integriti boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu, kepimpinan, sistem dan prosedur, struktur dan institusi, budaya dan individu. 1. Kepimpinan • Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap integriti. • Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman, dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan. • Iltizam yang lemah akan menyebabkan merosotnya integriti. • Begitu juga pemimpin yang tidak memberikan teladan yang baik, lebih-lebih lagi mereka yang “cakap tidak serupa bikin”. • Pemimpin juga mesti mematuhi undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan. • Sebarang tindakan pemimpin mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang, prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan akan menjejaskan integriti. 2. Sistem dan Prosedur • Sistem dan prosedur merangkumi pelbagai dimensi. • Enam aspek sistem dan prosedur yang boleh menjejaskan integriti ialah: • Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender. • Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas. • Kelemahan ini boleh menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan dan perselisihan pendapat dalam kalangan petugas. • Penguatkuasaan yang tidak berkesan dan ada kalanya dilakukan secara berpilih. • Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi atau program. • Keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material sehingga menjejaskan keupayaan penguatkuasaan. • Kerangka undang-undang yang lapuk, kurang jelas dan adanya percanggahan dalam sesetengah undang-undang. 3. Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran Kerajaan, swasta dan masyarakat umum. • Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah. • Bahagian-bahagian di dalamnya haruslah sesuai dengan tugasnya. • Struktur organisasi juga perlu diubah dan diperkemas dari semasa ke semasa bagi menangani tuntutan dan cabaran baru. • Struktur yang tidak kemas, kurang fokus dan lapuk akan membazirkan sumber dan menyebabkan tidak berkesan untuk mencapai matlamatnya. • Institusi memainkan peranan yang amat penting dalam keseluruhan sistem pentadbiran. • Skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi perlu diperincikan dan dikoordinasi dengan baik. • Pertindihan dalam skop, tugas dan tanggungjawab boleh mengakibatkan persaingan tidak sihat ataupun konflik antara institusi, serta pengabaian tanggungjawab. • Kurang koordinasi antara institusi pula boleh menyebabkan pembaziran sumber dan tugas yang dilakukan tidak sempurna. • Institusi yang mempunyai matlamat atau kepentingan yang bertentangan antara satu
  • 23. sama lain juga boleh menjejaskan integriti. • Misalnya, ada institusi yang memupuk nilai-nilai murni, sedangkan ada institusi lain menyebarkan nilai-nilai sebaliknya. • Pertentangan kepentingan antara institusi yang berlaku secara berterusan serta nilai-nilai yang berlawanan itu boleh menimbulkan kecelaruan dan krisis nilai. • Dengan demikian, integriti individu, masyarakat dan negara turut terjejas. 4. Budaya • Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah laku. • Salah satu komponen persekitaran ialah budaya. • Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa. • Justeru, budaya berubah dan boleh diubah. • Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang sesuai kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya. • Budaya yang sebaliknya akan mempengaruhi mereka untuk bersikap tidak ambil peduli, tidak bertanggungjawab dan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. • Salah satu kesan sikap di atas ialah keengganan membuat laporan atau menegurapabila melihat sesuatu kesalahan berlaku. • Kebimbangan terhadap akibat tindakan menegur atau melapur adalah antara punca keengganan tersebut. • Contohnya, individu yang mempunyai maklumat mengenai atau menyaksikan sesuatu salah laku, bimbang akan keselamatan dirinya sekiranya membuat aduan. • Maka timbullah sikap dan amalan ’angguk’ dan ‘ampu’ lebih-lebih lagi terhadap pemimpin. 5. Individu • Akhir sekali, penentu kepada kejayaan pengukuhan integriti ialah diri sendiri. • Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah disiplin diri dan etika kerja, serta tamak dan mementingkan diri akan melibatkan diri dalam pelbagai bentuk salah laku. • Kemerosotan integriti juga boleh berlaku sekiranya individu itu hanya meihat kelemahan orang lain, enggan memeriksa kelemahan diri sendiri, lantaran itu jauh sekali untuk mengakui dan mengatasinya. • Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terjerumus ke dalam kancah rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan gejala tidak bermoral. • Hal ini berkemungkinan lebih besar berlaku sekiranya pegangan kepada nilai-nilai murni itu sendiri adalah lemah. Leave a comment Posted in Dasar Dalam Negara, KARANGAN TAJUK SOSIAL KEMASYARAKATAN, STPM Penggal 2(Bhg A) Malaysia Maju dan Sejahtera Senjata Pemusnah Besar-Besaran Posted on August 25, 2013 | Leave a comment Malaysia Gesa PBB Siasat Penggunaan Senjata Kimia Di Syria 25 Ogos 2013
  • 24. Media antarabangsa melaporkan satu serangan yang menggunakan senjata kimia berlaku di daerah Ghouta berdekatan Damsyik pada Rabu lepas, yang menyebabkan kematian beratus rakyat Syria serta mencederakan ramai lagi penduduk. Error: Reference source not found Kanak-kanak yang terkorban akibat serangan gas saraf/senjata kimia Error: Reference source not found Keganasan akibat pergolakan politik Error: Reference source not found Ada kemajuan tamadun manusia????? Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat laporan yang mendakwa wujud penggunaan senjata kimia, yang menyebabkan kematian dan kecederaan di Syria. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga menyeru pihak yang terbabit agar memberi akses serta pelindungan keselamatan kepada pasukan pakar kimia PBB untuk menjalankan tugas mereka. Malaysia amat prihatin terhadap laporan itu dan mengutuk tindakan berkenaan, sekiranya dibuktikan benar. Hal ini kerana kekejaman itu jelas melanggari undang-undang antarabangsa dan mendesak agar mereka yang bertanggungjawab ke atas tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan ini dibawa ke muka pengadilan. Maklumat tambahan: Penggunaan senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of mass destruction-WMD) seperti senjata kimia (gas saraf), biologi (virus anthrax), radioaktif dan nuklear (CBRN) dalam peperangan serta serangan-serangan keganasan sudah berkembang menjadi ancaman global yang terbaru kepada dunia sejagat. Penggunaan senjata pemusnah besar-besaran ini akan menyebabkan kemusnahan paling maksimum terhadap sasaran. Leave a comment Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, Karangan Pengajian Am STPM
  • 25. Penggal 3 Kebebasan Dan Hak Asasi Manusia mesti ada batasnya Posted on August 22, 2013 | Leave a comment Pada masa kini terdapat sesetengah kumpulan di Malaysia bangkit mempersoalkan kebebasan dan hak asasi manusia tanpa menyedari kesan kepada pembangunan negara dan rakyat keseluruhannya. Persepsi mereka mengenai kebebasan dan hak asasi manusia telah berubah. Kalau dahulu kebebasan dimaksudkan bebas daripada cengkaman penjajah tetapi kini ia lebih kepada kebebasan mutlak dalam konteks asas hak asasi manusia. Jadi kebebasan dalam bersuara dan ekspresi, beragama, berkumpul dan seumpamanya kini dianggap sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia. Inilah antara yang menjadi cabaran negara dalam proses pembangunan negara di samping mengisi dan mengekalkan semangat kemerdekaan yang telah dicapai sejak 56 tahun yang lepas. Error: Reference source not found Error: Reference source not found Anarki di banyak negara yang tiada batasan undang-undang dan hak asasi Error: Reference source not found Kebangkitan Arab Spring yang meghancurkan negara sendiri PENGARUH BARAT Dakyah dan ideologi yang dimainkan barat itu, kini menjadi topik di mana-mana negara dan kini menjadikan isu kebebasan sebagai isu sejagat. Masyarakat dunia termasuk di Malaysia semakin menerima norma-norma kehidupan di barat yang lebih mengutamakan hak individu dan kumpulan kecil tertentu berbanding kepentingan umum. Kerana itu di barat, mereka tidak peduli jika segelintir individu atau kumpulan kecil memilih gaya hidup yang bercanggah dengan norma kehidupan masyarakatnya kerana mereka bebas untuk melakukan apa sahaja atas nama demokrasi. Contohnya isu hubungan seks luar nikah, perkahwinan sejenis dan seumpamanya. Ini jugalah yang pernah diperjuangkan golongan aktivis sosial di Malaysia dalam
  • 26. Program Seksualiti Merdeka dua tahun lepas yang secara terbuka menuntut hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Pemikiran liberalisme dan pluralisme juga semakin menular dalam masyarakat hari ini terutama dalam isu kebebasan beragama. Bagi mereka agama menjadi satu kongkongan dan untuk menuju kemajuan caranya ialah dengan membebaskan diri daripada kongkongan agama dengan membawa prinsip semua ideologi dan fahaman dianggap setara, sama benar dan sah. Kebebasan bersuara yang diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Pengistiharan Hak Asasi Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik (ICCPP) turut mengundang konflik kepada masyarakat. Penggunaan media sosial sebagai medan kebebasan bersuara hingga melangkaui sempadan terutama menyentuh nilai-nilai berkaitan budaya, agama, institusi raja jelas memberi impak yang buruk kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini. Hal ini kerana, walaupun ada golongan liberal dan terbuka untuk membicarakan soal tersebut, namun majoriti masyarakat Malaysia masih lagi teguh dengan adat dan budaya serta berpegang kepada agama. Kebebasan di alam maya yang sukar dikawal ini jugalah menjadi ancaman pengisian kemerdekaan dan tamadun yang dibina. HAK ASASI PERLU SEKATAN Kemerdekaan memberi ruang sesebuah negara membina tamadun dan peradabannya. Untuk mengisi kemerdekaan, rakyat dan pemimpin harus memahami nilai kemerdekaan itu sendiri. Namun apa yang berlaku hari ini, terdapat segelintir pihak dalam masyarakat yang terlalu terikut-ikut dengan globalisasi terutama isu berkaitan hak asasi yang boleh memberi kesan baik dan buruk. Konsep hak asasi harus difahami dengan menggunakan neraca yang tepat sekiranya kita mahu menjaga dan mengekalkan serta mengisi kemerdekaan yang ada. Ia harus menggunakan piawaian dan standard pembangunan serta perkembangannya mengikut acuan kita sendiri dan bukan mengikut peradaban lain. Walau apapun perubahan falsafah, ideologi hak asasi itu, namun tidak boleh meninggalkan perkara-perkara yang boleh menjamin dan menjaga kelangsungan peradaban dan tamadun yang dibina. Selama mana kita mahu menjaga kemerdekaan ini, selama itu jugalah adanya sekatan-sekatan tertentu terhadap hak asasi. Had ini harus diletakkan dalam budaya dan adat sopan kita seperti hormat menghormati antara satu sama lain serta menghormati agama yang menjadi ciri-ciri terpenting. KEMATANGAN DAN JATI DIRI Jati diri harus dibina atas warna dan cat yang kita berikan kepada demokrasi dengan mengambil keadaan diri kita sendiri. Jika mahu mengambil hak asasi dari negara lain, ia harus dilihat bagaimana ia boleh disesuaikan dengan keadaan di negara ini. British sendiri tidak pernah memaksa Malaysia menggunakan undang-undang mereka. Ketika itu British meletakkan syarat, undang-undang itu hanya diterima sekiranya ia bersesuaian dengan keadaan masyarakat di negara ini. Jelas di sini walaupun British itu penjajah, namun mereka menghormati pandangan dan keadaan masyarakat di Tanah Melayu ketika itu.
  • 27. Sekarang ramai yang berhujah perlu ikut arus permodenan hak asasi dengan mengikut apa yang ada di barat. Kita tanya semula… adakah ia bersesuaian dengan keadaan budaya dan masyarakat di sini? Di sinilah perlunya kekentalan jiwa masyarakat Malaysia untuk menghadapi dan memerangi apa yang tidak sesuai kerana sedia maklum, perkembangan di luar tidak dapat dihindari kerana ia adalah lumrah alam. Kematangan dan jati diri penting kerana dapat menjaga maruah, harga diri negara dan bangsa supaya tidak mudah dipengaruhi elemen-elemen luar. Dalam peperangan memerlukan senjata sebagai benteng dan perisai. Ia boleh diumpamakan jati diri kita. Jika kita tidak mampu menyediakan perisai itu, hanya undang-undang sahaja yang boleh membantu memastikan keselamatan terus terjamin. PENTINGNYA AGAMA Hakikat yang terpaksa diterima, setelah 56 tahun merdeka, kita masih lagi dalam persimpangan dan tercari-cari untuk membentuk jati diri. Kekuatan agama dan bangsa sebenarnya telah menjadi asas jati diri yang dipegang sejak dulu. Bangsa Malaysia akan lemah dan lumpuh jika tidak berpegang kepada kedua-dua ini. Jika paksi ini tidak dituruti dan mahu mengambil nilai orang lain kerana tuntutan globalisasi, pasti kita tidak akan berjaya mengisi kemerdekaan itu. Pentingnya agama kerana tidak ada agama di dunia ini mengajar ke arah keburukan dan perpecahan. Malah kejayaan Malaysia, sebagai sebuah negara yang kecil menjadi maju dan makmur seperti hari ini adalah kerana pegangan agama yang masih kukuh yang menjadi benteng keutuhan bangsa. Tempoh lebih 50 tahun merdeka, bukanlah tempoh yang terlalu panjang. Jika kita bandingkan dengan Amerika yang mencapai kemerdekaan lebih 200 tahun. Kita kini baru sampai suku atau 1/4 dan jika dibandingkan kemajuan yang kita capai kini, mungkin kita lebih cepat lagi daripada Amerika. Semuanya kerana kita mempunyai asas agama yang mengajak kita untuk hormat menghormati. Malah jika semua rakyat tidak kira agama menghayati agama masing-masing, walau 10 bangsa sekalipun hidup di dalam negara ini, kita tidak akan bersengketa. Hal ini kerana emosi dan perasaan dikawal oleh agama yang boleh meredakan persengketaan serta menifestasikan cinta dan kasih kepada negara dengan menjaga kemerdekaan yang ada. UNDANG-UNDANG SEBAGAI PERISAI Rakyat sesebuah negara yang masih belum matang dari segi jati diri, emosi dan pemikirannya hanya akan menggunakan sentimen apabila membangkitkan soal demokrasi, kebebasan bersuara atau hak asasi. Ini menyebabkan kadangkala kebebasan dan hak asasi disalahgunakan secara emosi hingga menimbulkan kegelisahan dan ketegangan rakyat yang boleh membawa kehancuran kepada sesebuah negara. Apabila perisai dalam kalangan rakyat masih belum kukuh, hanya sistem perundangan yang mantap sahaja dapat menjaga rakyat dan menjadi mekanisme untuk mengekalkan dan mengisi kemerdekaan. Mengambil contoh Akta Hasutan yang diperkenalkan bagi mengekang kegiatan komunis yang mengancam keselamatan negara pada tahun 1948. Sumbangan Akta Hasutan sangat jelas bagi menjaga keharmonian kaum, agama, insitusi raja-raja yang membolehkan kita hidup dalam keadaan aman damai seperti hari ini, katanya yang berharap penelitian rapi dilakukan kerajaan sebelum menggantikannya. Setiap individu itu harus menjaga diri mereka melalui agama, nilai-nilai budaya yang ada. Namun jika rakyat tidak mampu
  • 28. menjaganya, maka undang-undang dan penguatkuasaan sahaja yang boleh mengekang kebebasan melampau. Janganlah bangsa Malaysia menunggu sehingga berlaku detik sukar untuk menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat kerana cabaran berterusan terus berlaku terutama penghinaan rakyat, liberalisasi, tuntutan kesamarataan yang boleh mencabar hubungan kaum dan agama di negara ini. Tegasnya, Malaysia masih belum mampu untuk membuang semua undang-undang yang boleh menjaga keharmonian kaum yang dikatakan menyekat hak asasi manusia. Sentimen bangsa yang ada di Malaysia berbeza dengan apa yang ada di barat. Bangsa barat sudah berkurangan nilai dari segi moral, namun kita di sini lagi kekal dan kukuh. Lantaran itu, undang-undang yang ketat perlu bagi menjadi semangat dan roh yang boleh menjaga keamanan kita di dunia dan akhirat.