SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  25
October 27
CONTOH PENGAJARAN DAN NILAI-NILAI MURNI
(BAHAGIAN C)
Penulisan Bahagian C (1)
Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Klinik 1
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak
sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah
Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di
sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka.
Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa
lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang
berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke
rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.
Pengajaran
1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.
Contoh jawapan
Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah.
Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal
dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran.
Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan
mencemarkan nama baik keluarga.
KLINIK 2
TEMA : KELUARGA
Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir
untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan
pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat,
rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku
iaitu lontong.
Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun
kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang
sambil bermain bunga api di halaman rumah.
“Baik-baik bermain bunga api itu!” jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam
kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas
membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang
telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku
gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.
Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga
akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama
dengan sanak saudara di kampung.
Contoh jawapan
Sikap suka membantu keluarga yang merupakan sikap yang terpuji. Ini kerana dengan bantu-
membantu dapat meringankan beban keluarga dan seterusnya menambah kasih-sayang. Selain
itu akiviti bergotong-royong dalam keluarga juga baik, memandangkan banyak kerja dapat
disiapkan dengan segera. Bermain bunga api pula, boleh mendatangkan kecederaan dan
merupakan satu kesalahan. Menghantar kad-kad ucapan hari raya dapat mengeratkan tali
silaturahim dan kasih sayang selain kad-kad yang diterima dapat menghias rumah dengan cantik.
.Berziarah merupaka amalan yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan sanak-saudara yang
jauh.
KLINIK 3
Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya
menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-
adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah,
memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah
melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh
kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban
Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan
tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik
dan adik-adik yang ringan tulang.
JAWAPAN
1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.
2. Rajin membantu dan ringan tulang
3. Pandai menguruskan rumah
4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.
5. Budaya mengucapkan terima kasih.
6. Bersyukur.
KLINIK 4
Izzat seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah
meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh
dengan Ali, jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat
demikian. Selain itu, Izzat juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh
tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap
Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi
oleh Izzat. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan
yang seimbang.
JAWAPAN
1. Menghormati ibu bapa/ orang lain
2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan.
3. Kasih saying – memberi nasihat / teguran
4. Menjaga kebersihan – makanan
5. Menjaga kesihatan – dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat
KLINIK 5
Tema : Murid yang bersikap negative
Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan
tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh
guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak
menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh
guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka
hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga
berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid
dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.
JAWAPAN
1. Kita perlu menepati masa
2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru
KLINIK 6
Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Melati
menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah
tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan
aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke
rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran
lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di
rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan.
Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke
rumah jirannya semula.
JAWAPAN
1. Menghormati ibu
2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan
3. Menghargai masa
4. Perlu jujur dan amanah
5. Bercakap benar /
0 comments |
December 2
PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA "DARI" DAN
"DARIPADA"
Kita sering terkeliru bilakah kata sendi nama "dari" dan "daripada" sesuai digunakan.
Saya paparkan sedikit info mengenainya.
Secara mudahnya,kata sendi nama "dari" digunakan untuk menyatakan tempat,masa
dan arah.
Anda boleh juga menggunakan formula ATM (A=arah)(T=tempat)(M=masa)
Contoh penggunaan kata sendi nama dari:
1. Cikgu Ahmad Rafie berasal dari Bukit Merah, sebuah lokasi yang terkenal dengan
industri ikan arowana. - (Tempat)
2. Dari pagi tadi lagi ibu masih belum menjamah walaupun sesuap nasi. - (Masa)
3. Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. - (Arah)
Kata sendi nama'daripada' pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan
asal kejadian.
Contoh penggunaan kata sendi nama "daripada":
1. Kasut itu diperbuat daripada campuran getah dan plastik. - (asal-usul)
2. Muhammad menerima kiriman baju raya daripada tunangnya, Erma. - (orang)
3. Walaupun badannya kecil, Hasif mempunyai pemikiran yang lebih matang daripada
kakaknya, Zaleha. - (Perbandingan)
0 comments |
December 2
TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C
1. Baca sekali untuk memahami petikan secara umum.
2. Baca sekali lagi dan gariskan perkataan atau ayat yang mempunyai nilai murni atau
pengajaran.
3. Senarai semua nilai murni atau pengajaran untuk dibuat ulasan.
4. Gunakan penanda wacana bagi setiap nilai murni atau pengajaran yang diulas.
5. Pastikan tiada nilai murni atau pengajaran yang diulas berulang-ulang.
6. Setiap nilai murni atau pengajaran perlu disertai dengan huraian yang baik.
7. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa apabila membina ayat.
8. Elakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang.
9. Jawapan yang bersifat positif.Mulakan ayat seperti berikut:
i. Kita mestilah….........................................
ii. Kita sepatutnya…....................................
iii. Kita seharusnya..................................….
iv. Kita dikehendaki….................................
v. Kita sewajarnya .....................................
CONTOH PENULISAN:
1. Nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas, antaranya kita mestilah..............
2. Selain itu, kita sepatutnya......................................................
3. Seterusnya, kita seharusnya .....................................................
4. Kita juga dikehendaki............................................................
5. Akhir sekali kita sewajarnya ....................................................
Setiap Nilai Murni perlu dihuraikan dalam ayat lengkap. Sebagai contoh, perhatikan rumusan
berikut:
Nilai murni yang dapat diambil dari petikan di atas antaranya, kita mestilah mematuhi
peraturan walaupun di mana juapun kita berada. Selain itu kita juga sepatutnya melaksanakan
tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Seterusnya,kita juga seharusnya
perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita. Kita juga dikehendaki
berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan
bantuan. Akhir sekali, Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.
(Bilangan perkataan lebih kurang 55-60 patah )
0 comments |
December 2
PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN
Contoh Keterangan /Ayat Yang Dipadankan Dengan Nilai Murni
CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN
Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada
nilai murni tersebut .
1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.
Nilai Murni: mematuhi peraturan.
Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.
2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.
Nilai Murni: bertanggungjawab
Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab.
3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.“Mengapakah
adik menangis? “ tanya pengawas itu.
Nilai Murni: perihatin
Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.
4. “ Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan
saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan,“ jawab budak itu sambil
menangis.
Nilai Murni: berterus-terang.
Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib
dapat menghulurkan bantuan.
5. “Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut
abang. “ kata pengawas itu.
Nilai Murni: memberi pertolongan.
Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.
Kepulangan Wira Negara Disambut Meriah
Tahniah kepada pasukan wushu negara. Itulah kata-kata yang
wajar diucapkan kepada pasukan wushu negara yang baru pulang petang
tadi. Sambutan bagi menyambut wira negara ini diberikan kepada
mereka setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), petang tadi.
Kejayaan merangkul tujuh pingat emas dalam Kejohanan
Wushu Dunia ke-4 di China, tiga hari lalu, di luar jangkaan. Sasaran awal
untuk mendapatkan tiga pingat emas pada kejohanan kali ini sudah
melebihi jangkaan. Yang lebih membanggakan kesemua empat acara yang
disertai telah menyumbang pingat emas kepada negara. Acara-acara itu
ialah Quan Shu tradisional, acara Qiang Shu, beregu dan berpasukan.
Sewaktumengulas kejayaan pasukan Negara ini, Menteri Belia
dan Sukan turut menyatakan rasa bangga atas kejayaan yang dicapai.
Beliau mengharapkan kejayaan ini dapat dijadikan perangsang dan
semangat “Malaysia Boleh” di kalangan pasukan sukan yang lain.
Aktiviti 1
1 Berapakah jumlah pingat yang dimenangi dalam Kejohanan Wushu Dunia ke-4?
2 Bagaimanakah cara-cara menarik minat orang ramai mempelajari wushu?
3 Jelaskan makna perkataan yang dicetak berwarna mengikut konteks.
a. wajar =
b. wira =
c. merangkul =
d. jangkaan =
e. mengulas =
Petikan 2 Seni Pertahanan Diri
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Kaum utama di negara kita mempelajari seni pertahanan diri sejak
dahulu lagi. Antara yang terkenal hingga kini ialah silat, wushu, dan
silambam. Karate dan tae kwon do pula berasal dari Jepun dan Korea.
Silat merupakan warisan budaya kaum Melayu. Silat
terbahagi kepada dua jenis: silat tradisional dan silat olahraga.
Antara senjata yang digunakan dalam seni silat ialah keris, tombak,
tongkat, tekpi, pedang, dan parang.
Wushu ialah seni pertahanan diri masyarakat Cina. Seni ini
memang berasal dari negara China. Wusyu mempunyai lima gaya
persilatan. Gaya-gaya tersebut ialah Changquan (tinju utara),
Nanquan (tinju selatan), Daoshu (seni parang), Jiangshu (seni pedang),
dan Qiangshu (seni tombak).
Silambam pula dibawa ke Negara ini dari India oleh kaum
India. Silambam bermaksud pertempuran dengan menggunakan
tongkat. Namun begitu, mereka juga diajar menggunakan pednang,
kayu, serta tombak.
Sebenarnya, seni pertahanan diri ini memerlukan
pergerakan yang tangkas. Seni ini dipelajari untuk kesihatan selain
untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh.
Aktiviti 2
1 Seni pertahanan diri berikut milik asal kaum utam Negara kita, Kecuali
A Taewondo B Silambam
C Wusyu D Silat
2 Dari manakah seni pertahanan diri Wusyu berasal ?
A Korea B Jepun
C China D India
3 Senjata dalam silat Melayu berbeza sedikit kerana menggunakan
_______________ .
A tongkat B tombak
C parang D keris
4 Antara penyataan berikut yang manakah benar ?
A Daoshu – seni parang B Jiangshu – seni tombak
C Nanquan – tinju utara D Changquan – tinju selatan
5 Frasa tangkas dalam petikan bermaksud ____________.
A lekas B pantas
C berkesan D sempurna
Petikan 3 - Silambam
Baca dan nyatakan fakta.
Silambam
Silambam ialah seni mempertahankan diri masyarakat India. Seni ini dikatakan
berasal dari negara India. Walaupun tidak diketahui orang yang mula-mula membawanya ke
negara ini, silambam tetap menjadi warisan seni dan budaya masyarakat India.
Silambam mementingkan kelincahan menggerakkan anggota badan. Pergerakan ini
dibuat sama ada dengan menggunakan senjata atau tanpa menggunakan senjata. Senjata
yang biasa digunakan dalam silambam adalah seperti tongkat kayu, pedang, tombak, dan
sebagainya.
Anggota silambam diajar kemahiran dan teknik menggunakan senjata. Kemahiran ini
digunakan untuk mempertahankan diri dan menguasai lawan. Seseorang yang benar-benar
mahir dalam seni ini boleh memusingkan senjata dengan lincah tanpa jatuh.
Silambam adalah baik untuk menjaga kesihatan badan. Silambam dapat
mengelakkan pengamalnya daripada serangan penyakit seperti sakit perut, masalah buang
air besar, penyakit angin, selesema, paru-paru, dan sebagainya. Silambam juga dipercayai
boleh membantu menaikkan selera makan.
Aktiviti 3
1 Silambam berasal dari mana ?
2 Apakah faedah mempelajari silambam?
3 Kenal pasti maklumat dan susun mengikut perenggan.
Perenggan
Maklumat
Perenggan
1
Silambam ialah seni mempertahankan diri masyarakat India.
Perenggan 2
Perenggan 3
Perenggan 4
4 Pada pendapat kamu, perlukah setiap orang mempelajar seni mempertahankan diri ?
Mengapa ?
Aktiviti 4
Namakan jenis seni mempertahankan diri berpandukan gambar :
( Silat / Taekwando / Karate / Wushu / Silambam )
1.
____________________________
2.
___________________________
3.
_______________________________
4.
_______________________________
5.
____________________________
UPSR BM012 Bahagian C
Teknik Mencari Nilai / Pengajaran Daripada Petikan :
1.Baca dan fahami arahan.
2.Baca dan fahami keseluruhan petikan/puisi.
3.Baca petikan/puisi secara ayat demi ayat serta kenal pasti sama ada ayat tersebut
mengandungi nilai/pengajaran atau tidak.
4.Jika terdapat nilai/pengajaran garisi ayat atau rangkai kata tersebut.
5.Catat nilai/pengajaran di tepi petikan.Jika terdapat nilai yang negatif , jadikan nilai itu
kepada yang positif.Catatkan seberapa banyak nilai/pengajaran.
6.Tulis nilai berserta huraian yang berkaitan dalam petikan/puisi dalam satu perenggan.
Skima Pemarkahan:
1.Cemerlang ( 18 hingga 20 markah )
5 nilai diperlukan
Ayat gramatis,penggunaan kata dan kosa kata yang luas, betul penggunaan ejaan dan
tanda baca, pengolahan idea yang baik serta menggunakan penanda wacana.
2.Baik (12 hingga 17 markah )
4 nilai diperlukan
3.Memuaskan ( 06 hingga 11 markah )
2 atau 3 nilai diperlukan
4.Pencapaian Tahap Minimum ( 01 hingga 05 markah )
1 nilai sahaja.
Panduan Menulis Ulasan :
Terdapat beberapa pengajaran /nilai-nilai murni daripada petikan/puisi.
Antaranya , kita hendaklah ............................................... Selain itu , kita mestilah .............
..................................................................... Di samping itu , kita haruslah ........................
........................................................ Seterusnya , kita hendaklah .......................................
............................................... Akhirnya , kita wajarlah ....................................................
Contoh Bahagian C UPSR 2005 :
Terdapat beberapa pengajaran daripada petikan.Antaranya, kita hendaklah
rajin seperti kakak yang pergi bekerja.Selain itu, kita mestilah meminta kebenaran
sebelum kita masuk ke bilik kakak. Di samping itu, kita haruslah menasihati seperti
penulis yang melarang adiknya bermain-main dengan cendera mata kepunyaan
kakak. Seterusnya, kita hendaklah mendengar kata tidak seperti adik yang tidak
mengendahkan teguran kakak.Akhirnya , kita wajarlah berasa insaf seperti adik
yang meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak.
Contoh jawapan Petikan Buku Teks Tahun 5 (ms :136-137)
Terdapat beberapa pengajaran daripada petikan. Antaranya, kita hendaklah mempunyai perasaan belas
kasihan tidak seperti tentera Jepun yang bertindak sewenang-wenangnya.Selain itu, kita mestilah mempunyai
semangat patriotik menentang tentera Jepun.Di samping itu,kita haruslah bijak melakukan sesuatu seperti Leftanen
Adnan yang menukar strategi dalam peperangan.Seterusnya , kita haruslah gigih untuk terus menyerang tentera
Jepun walaupun Leftanen Adnan tercedera.Akhirnya,kita wajarlah mengenang budi kepada Leftanen Adnan yang
menggadai nyawa demi membebaskan negara daripada cengkaman musuh.
Nilai Murni :
1. Adil :
Mempertimbangkan sesuatu secara objektif ,menyeluruh, tepat
dan wajar.
2. Amanah :
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan kepada orang lain.
3. Baik hati :
Sikap yang sentiasa mengambil berat akan perasaan dan kebaikan orang lain.Sikap ini boleh dinilai berdasarkan
tindak tanduk orang lain terhadap kita.
4. Belas kasihan :
Perasaan simpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.
5. Berani bertanggungjawab :
Sanggup bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah diambil.
6. Berani tidak mambuta tuli :
Sanggup dan bersedia menghadapi cabaran dengan mengambil kira kemampuan diri dan akibat daripada tindakan
yang diambil.
7. Berani kerana benar :
Sanggup mempertahankan sesuatu yang diakui benar dengan memberikan bukti-bukti yang nyata.
8. Berani mempertahankan pendirian :
Sanggup mempertahankan sesuatu yang diyakini benar dengan alasan-alasan yang munasabah.
9. Bercakap benar :
Menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah dan tidak berselindung.
10. Berdikari :
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
11. Berfikiran logik dan terbuka :
Sikap dan pandangan yang boleh diterima akal dan munasabah.
12. Bermuafakat :
Sentiasa mengutamakan persetujuan dan bekerjasama dalam menjalankan sesuatu pekerjaan bagi kepentingan
bersama.
13. Bertanggungjawab :
Kesanggupan seseorang untuk memikul tugas atau kewajipan dan melaksanakannya dengan sempurna.
14. Berterima kasih ;
Perasaan yang dilahirkan untuk menunjukkan pengiktirafan terhadap sesuatu jasa,sumbangan dan pemberian.
15. Bertimbang rasa :
Mengabil kira keperluan dan perasaan orang lain.
16. Berupaya bertindak sendiri:
Sanggup dan boleh melakukan sesuatu untuk diri sendiri dan bertindak tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
17. Boleh membuat pertimbangan:
Berupaya mengambil kira baik buruk sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.
18. Boleh melakukan penaakulan:
Mempu berfikir dan dapat memberikan alasan yang munasabah.
19. Cekal :
Teguh,tetap dan tabah hati.
20. Cinta kepada keamanan dan keharmonian:
Suka hidup berbaik-baik antara satu dengan lain dan mengutamakan kedamaian serta kesejahteraan hidup.
21. Cinta kepada negara:
Bangga dan taat setia kepada negara.
22. Daya usaha:
Berusaha bersungguh-sungguh dengan semangat inisiatif,inovatif dan kreatif untuk mencapai kejayaan.
23. Dedikasi :
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga melakukan sesuatu perkara.
24. Gigih :
Usaha dengan penuh semangat tanpa mengenal putus asa.
25. Gotong-royong:
Turut serta dan membantu dalam melaksanakan sesuatu tugas secara beramai-ramai tanpa menerima sebarang upah.
26. Hemah tinggi :
Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh
individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.
27. Hormat-menghormati:
Menghargai dan memuliakan seseorang dalam institusi sosial dengan memberi layanan yang sopan.
28. Hormat dan taat kepada ibu bapa:
Kewajipan dan tanggungjawab seseorang anak bagi memuliakan ibu bapa.
29. Hormat kepada hak asasi:
Menghormati hak dan keperluan asasi seseorang seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.
30. Mengenang budi
Mengingati jasa baik seseorang serta berharsat untuk membalasnya.
31. Menghargai Kebijaksanaan , Pengalaman dan Jasa
Menghargai seseorang kerana pengetahuaan, pengalaman, pengorbanan, dan jasanya dalam sesuatu lapangan.
32. Menghargai Maruah Diri
Menghargai maruah diri setiap individu tanpa mengambil kira taraf dan kedudukan sosialnya.
33. Murah Hati
Sedia memberikan bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan atau
sokongan moral
34. Patuh Kepada Ketepatan Masa
Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah.
35. Patuh Kepada Undang-undang
Menerima dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu
berada.
36. Peka
Sentiasa sedar,mengambil berat,dan berusaha mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah yang berkaitan
37. Penghargaan :
Pengakuan seseorang terhadap jasa dan sumbangan yang diterima.
38. Perpaduan :
39. Suasana persefahamaan dan kerjasama peringkat keluarga,komuniti, masyarakat,Negara,dan antarabangsa.
40. Tekun
Sabar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.
41. Semangat bermasyarakat
Bersedia melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian
hidup bermasyarakat
42. Sedia memaafkan
Tidak menaruh dendam terhadap seseorang yang telah insaf akan kesalahannya
43. Cintai alam
Sentiasa ingin memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk kesejahteraan hidup
44. Sayang akan nyawa
Menghargai dan tidak menganiayai makhluk yang bernyawa
45. Saling Memahami
Kesanggupan untuk saling menerima pendapat serta perasaan dan keperluan masing-masing.
46. Saksama
Tidak berat sebelah dan berpatutan dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran
atau hukuman
47. Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang menyatakan dan mendapat mengambil tindakan yang sewajarnya
tanpa dipengaruhi oleh perasaan.
48. Toleransi
Sanggup bertolak ansur,sabar serta dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan.
49. Pertuturan dan kelakuan yang sopan
Peraturan dan kelakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain
kearah mencapai kebersihan rohani dan jasmani.
50. Persaudaraan:
Hubungan mesra sesama manusia tanpa mengira keturunan atau bangsa yang dapat melahirkan kerjasama yang erat
untuk kesejahteraan sejagat.
51. Yakin
Percaya pada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
52. Keberanian
Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati.Keberanian itu perlu ada pada
setiap orang,tetapi dia harus tahu batas dan keupayaan sendiri kerana keberanian yang melulu boleh mengakibatkan
bencana.
53. Kesopanan
Bersopan santun,berbudi pekerti yang tinggi,tidak angkuh,tidak menunjuk-nunjuk, dan tidak sombong.
54. Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh.
55. Mengakui kesalahan diri
Sikap bersedia menyatakan kesilapan dan kelemahan diri sendiri.
56. Hormat-menghormati
Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia.
Menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada setiap individu,terutama golongan yang kurang bernasib baik.
Menunjukkan rasa hormat kepada orang yang lebih tua,guru,rakan,jiran,pemimpin dengan memberikan layanan
yang baik.
57. Kejiranan
Hidup berbaik-baik,bertolak ansur,tolong-menolong,dan bekerjasama dengan jiran tetangga.
58. Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik,amanah,dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
59. Kerajinan
Usaha berterusan penuh dengan semangat ketekunan,kecekalan,kegigihan,dedikasi,
dan daya usaha dalam melakukan sesuatu.
60. Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu,komuniti,masyarakat atau
Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor
Posted on Tuesday, April 01 @ 19:52:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Pada tahun yang lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berjaya membida
nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM 748,000.00 dan diletakkan pada Proton
Suprima S.
Di sebalik ‘keghairahan’ Sultan Johor membida nombor-nombor istimewa itu, pastinya baginda
memiliki koleksi kereta-kereta mewah yang menarik. Di bawah adalah antara kereta kepunyaan
baginda antaranya Bentley, Hummer, dan Bugatti Veyron merupakan kereta paling laju di dunia
setakat ini (pengiktirafan daripada Guinness Of World Record).
Jom tengok kereta-kereta mahal di bawah:
sumber

Contenu connexe

Tendances

Pelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 BmPelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 Bmamoi286
 
Pelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 BmPelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 Bmamoi286
 
Kesalahan umum tatabahasa 2
Kesalahan umum tatabahasa 2Kesalahan umum tatabahasa 2
Kesalahan umum tatabahasa 2suhaimi rahim
 
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapanBengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapanCIKGU A.J.ZAMRI MZ@KPM MALAYSIA
 
Kataseerti 2016 sudah mantap
Kataseerti 2016 sudah mantapKataseerti 2016 sudah mantap
Kataseerti 2016 sudah mantapzuraini ghazali
 
Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN
Unit 1 keluarga kreatif LATIHANUnit 1 keluarga kreatif LATIHAN
Unit 1 keluarga kreatif LATIHANNoor Jehan Mustapa
 
Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasaKesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasasuhaimi rahim
 
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)wykheng
 
Soalan ramalan upsr 2016 johor bm k1 + skema jawapan
Soalan ramalan upsr 2016 johor   bm k1 + skema jawapanSoalan ramalan upsr 2016 johor   bm k1 + skema jawapan
Soalan ramalan upsr 2016 johor bm k1 + skema jawapanjunaidi othman
 

Tendances (19)

Pelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 BmPelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 Bm
 
Pelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 BmPelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 Bm
 
Bahagian C
Bahagian CBahagian C
Bahagian C
 
Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013
 
BM TAHUN 5
BM TAHUN 5BM TAHUN 5
BM TAHUN 5
 
Kesalahan umum tatabahasa 2
Kesalahan umum tatabahasa 2Kesalahan umum tatabahasa 2
Kesalahan umum tatabahasa 2
 
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapanBengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
 
Cerpen Ibu dan ceper
Cerpen Ibu dan ceperCerpen Ibu dan ceper
Cerpen Ibu dan ceper
 
Lembaran bm bhgn c
Lembaran bm bhgn cLembaran bm bhgn c
Lembaran bm bhgn c
 
Buku bina ayat
Buku bina ayat  Buku bina ayat
Buku bina ayat
 
Kataseerti 2016 sudah mantap
Kataseerti 2016 sudah mantapKataseerti 2016 sudah mantap
Kataseerti 2016 sudah mantap
 
Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN
Unit 1 keluarga kreatif LATIHANUnit 1 keluarga kreatif LATIHAN
Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN
 
Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasaKesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasa
 
Bm thun 5 pksr 2 2013
Bm thun 5 pksr 2 2013Bm thun 5 pksr 2 2013
Bm thun 5 pksr 2 2013
 
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Nilai murni
Nilai murniNilai murni
Nilai murni
 
Soalan ramalan upsr 2016 johor bm k1 + skema jawapan
Soalan ramalan upsr 2016 johor   bm k1 + skema jawapanSoalan ramalan upsr 2016 johor   bm k1 + skema jawapan
Soalan ramalan upsr 2016 johor bm k1 + skema jawapan
 
Latihan memilih ayat yang betul
Latihan memilih ayat yang betulLatihan memilih ayat yang betul
Latihan memilih ayat yang betul
 

Similaire à Bahan bm th 4

Similaire à Bahan bm th 4 (20)

Nilai murni std 5
Nilai murni std 5Nilai murni std 5
Nilai murni std 5
 
Bahagian c 1
Bahagian c 1Bahagian c 1
Bahagian c 1
 
Bm thn 5
Bm thn 5Bm thn 5
Bm thn 5
 
Tingkatan 1bm
Tingkatan 1bmTingkatan 1bm
Tingkatan 1bm
 
Bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]Bm bahagian c  16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
Bm bahagian c 16 modul (pn arasi sjkt changkat)[1]
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
bimingan kelompok
bimingan kelompokbimingan kelompok
bimingan kelompok
 
Bhg c
Bhg cBhg c
Bhg c
 
Dari Pengembala Bebek Hingga Manager
Dari Pengembala Bebek Hingga ManagerDari Pengembala Bebek Hingga Manager
Dari Pengembala Bebek Hingga Manager
 
Intervensi bm
Intervensi bmIntervensi bm
Intervensi bm
 
Contoh
ContohContoh
Contoh
 
bahagian c upsr
bahagian c upsrbahagian c upsr
bahagian c upsr
 
Bahagian C
Bahagian CBahagian C
Bahagian C
 
Nilai-nilai Murni
Nilai-nilai MurniNilai-nilai Murni
Nilai-nilai Murni
 
B. Indonesia Kelas 2
B. Indonesia Kelas 2B. Indonesia Kelas 2
B. Indonesia Kelas 2
 
Presentation1 ( cerpen , novel, roman)
Presentation1 ( cerpen , novel,  roman) Presentation1 ( cerpen , novel,  roman)
Presentation1 ( cerpen , novel, roman)
 

Dernier

AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Dernier (20)

AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Bahan bm th 4

  • 1. October 27 CONTOH PENGAJARAN DAN NILAI-NILAI MURNI (BAHAGIAN C) Penulisan Bahagian C (1) Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Klinik 1 Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah. Pengajaran 1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa. 2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri 3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah. 4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita. 5. Jangan mencuri harta benda orang. 6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran. Contoh jawapan Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga. KLINIK 2 TEMA : KELUARGA
  • 2. Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong. Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah. “Baik-baik bermain bunga api itu!” jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga. Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama dengan sanak saudara di kampung. Contoh jawapan Sikap suka membantu keluarga yang merupakan sikap yang terpuji. Ini kerana dengan bantu- membantu dapat meringankan beban keluarga dan seterusnya menambah kasih-sayang. Selain itu akiviti bergotong-royong dalam keluarga juga baik, memandangkan banyak kerja dapat disiapkan dengan segera. Bermain bunga api pula, boleh mendatangkan kecederaan dan merupakan satu kesalahan. Menghantar kad-kad ucapan hari raya dapat mengeratkan tali silaturahim dan kasih sayang selain kad-kad yang diterima dapat menghias rumah dengan cantik. .Berziarah merupaka amalan yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan sanak-saudara yang jauh. KLINIK 3 Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik- adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.
  • 3. JAWAPAN 1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa. 2. Rajin membantu dan ringan tulang 3. Pandai menguruskan rumah 4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan. 5. Budaya mengucapkan terima kasih. 6. Bersyukur. KLINIK 4 Izzat seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Izzat juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Izzat. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang. JAWAPAN 1. Menghormati ibu bapa/ orang lain 2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan. 3. Kasih saying – memberi nasihat / teguran 4. Menjaga kebersihan – makanan 5. Menjaga kesihatan – dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat KLINIK 5 Tema : Murid yang bersikap negative Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil. JAWAPAN 1. Kita perlu menepati masa 2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran 3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
  • 4. 4. Mesti bersikap jujur dan amanah 5. Mesti menghormati guru KLINIK 6 Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Melati menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula. JAWAPAN 1. Menghormati ibu 2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan 3. Menghargai masa 4. Perlu jujur dan amanah 5. Bercakap benar / 0 comments | December 2 PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA "DARI" DAN "DARIPADA" Kita sering terkeliru bilakah kata sendi nama "dari" dan "daripada" sesuai digunakan. Saya paparkan sedikit info mengenainya. Secara mudahnya,kata sendi nama "dari" digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah. Anda boleh juga menggunakan formula ATM (A=arah)(T=tempat)(M=masa) Contoh penggunaan kata sendi nama dari: 1. Cikgu Ahmad Rafie berasal dari Bukit Merah, sebuah lokasi yang terkenal dengan industri ikan arowana. - (Tempat) 2. Dari pagi tadi lagi ibu masih belum menjamah walaupun sesuap nasi. - (Masa) 3. Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. - (Arah)
  • 5. Kata sendi nama'daripada' pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian. Contoh penggunaan kata sendi nama "daripada": 1. Kasut itu diperbuat daripada campuran getah dan plastik. - (asal-usul) 2. Muhammad menerima kiriman baju raya daripada tunangnya, Erma. - (orang) 3. Walaupun badannya kecil, Hasif mempunyai pemikiran yang lebih matang daripada kakaknya, Zaleha. - (Perbandingan) 0 comments | December 2 TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C 1. Baca sekali untuk memahami petikan secara umum. 2. Baca sekali lagi dan gariskan perkataan atau ayat yang mempunyai nilai murni atau pengajaran. 3. Senarai semua nilai murni atau pengajaran untuk dibuat ulasan. 4. Gunakan penanda wacana bagi setiap nilai murni atau pengajaran yang diulas. 5. Pastikan tiada nilai murni atau pengajaran yang diulas berulang-ulang. 6. Setiap nilai murni atau pengajaran perlu disertai dengan huraian yang baik. 7. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa apabila membina ayat. 8. Elakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang. 9. Jawapan yang bersifat positif.Mulakan ayat seperti berikut: i. Kita mestilah…......................................... ii. Kita sepatutnya….................................... iii. Kita seharusnya..................................…. iv. Kita dikehendaki…................................. v. Kita sewajarnya ..................................... CONTOH PENULISAN: 1. Nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas, antaranya kita mestilah.............. 2. Selain itu, kita sepatutnya...................................................... 3. Seterusnya, kita seharusnya ..................................................... 4. Kita juga dikehendaki............................................................ 5. Akhir sekali kita sewajarnya ....................................................
  • 6. Setiap Nilai Murni perlu dihuraikan dalam ayat lengkap. Sebagai contoh, perhatikan rumusan berikut: Nilai murni yang dapat diambil dari petikan di atas antaranya, kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana juapun kita berada. Selain itu kita juga sepatutnya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Seterusnya,kita juga seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita. Kita juga dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan. Akhir sekali, Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan. (Bilangan perkataan lebih kurang 55-60 patah ) 0 comments | December 2 PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN Contoh Keterangan /Ayat Yang Dipadankan Dengan Nilai Murni
  • 7. CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada nilai murni tersebut . 1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin. Nilai Murni: mematuhi peraturan. Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana. 2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing. Nilai Murni: bertanggungjawab Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab. 3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.“Mengapakah adik menangis? “ tanya pengawas itu. Nilai Murni: perihatin Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita. 4. “ Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan,“ jawab budak itu sambil menangis. Nilai Murni: berterus-terang. Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan. 5. “Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut abang. “ kata pengawas itu. Nilai Murni: memberi pertolongan. Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.
  • 8. Kepulangan Wira Negara Disambut Meriah Tahniah kepada pasukan wushu negara. Itulah kata-kata yang wajar diucapkan kepada pasukan wushu negara yang baru pulang petang tadi. Sambutan bagi menyambut wira negara ini diberikan kepada mereka setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi. Kejayaan merangkul tujuh pingat emas dalam Kejohanan Wushu Dunia ke-4 di China, tiga hari lalu, di luar jangkaan. Sasaran awal untuk mendapatkan tiga pingat emas pada kejohanan kali ini sudah melebihi jangkaan. Yang lebih membanggakan kesemua empat acara yang disertai telah menyumbang pingat emas kepada negara. Acara-acara itu ialah Quan Shu tradisional, acara Qiang Shu, beregu dan berpasukan. Sewaktumengulas kejayaan pasukan Negara ini, Menteri Belia dan Sukan turut menyatakan rasa bangga atas kejayaan yang dicapai. Beliau mengharapkan kejayaan ini dapat dijadikan perangsang dan semangat “Malaysia Boleh” di kalangan pasukan sukan yang lain. Aktiviti 1 1 Berapakah jumlah pingat yang dimenangi dalam Kejohanan Wushu Dunia ke-4? 2 Bagaimanakah cara-cara menarik minat orang ramai mempelajari wushu? 3 Jelaskan makna perkataan yang dicetak berwarna mengikut konteks. a. wajar = b. wira = c. merangkul = d. jangkaan =
  • 9. e. mengulas = Petikan 2 Seni Pertahanan Diri Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kaum utama di negara kita mempelajari seni pertahanan diri sejak dahulu lagi. Antara yang terkenal hingga kini ialah silat, wushu, dan silambam. Karate dan tae kwon do pula berasal dari Jepun dan Korea. Silat merupakan warisan budaya kaum Melayu. Silat terbahagi kepada dua jenis: silat tradisional dan silat olahraga. Antara senjata yang digunakan dalam seni silat ialah keris, tombak, tongkat, tekpi, pedang, dan parang. Wushu ialah seni pertahanan diri masyarakat Cina. Seni ini memang berasal dari negara China. Wusyu mempunyai lima gaya persilatan. Gaya-gaya tersebut ialah Changquan (tinju utara), Nanquan (tinju selatan), Daoshu (seni parang), Jiangshu (seni pedang), dan Qiangshu (seni tombak). Silambam pula dibawa ke Negara ini dari India oleh kaum India. Silambam bermaksud pertempuran dengan menggunakan
  • 10. tongkat. Namun begitu, mereka juga diajar menggunakan pednang, kayu, serta tombak. Sebenarnya, seni pertahanan diri ini memerlukan pergerakan yang tangkas. Seni ini dipelajari untuk kesihatan selain untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh. Aktiviti 2 1 Seni pertahanan diri berikut milik asal kaum utam Negara kita, Kecuali A Taewondo B Silambam C Wusyu D Silat 2 Dari manakah seni pertahanan diri Wusyu berasal ? A Korea B Jepun C China D India 3 Senjata dalam silat Melayu berbeza sedikit kerana menggunakan _______________ . A tongkat B tombak
  • 11. C parang D keris 4 Antara penyataan berikut yang manakah benar ? A Daoshu – seni parang B Jiangshu – seni tombak C Nanquan – tinju utara D Changquan – tinju selatan 5 Frasa tangkas dalam petikan bermaksud ____________. A lekas B pantas C berkesan D sempurna Petikan 3 - Silambam Baca dan nyatakan fakta. Silambam Silambam ialah seni mempertahankan diri masyarakat India. Seni ini dikatakan berasal dari negara India. Walaupun tidak diketahui orang yang mula-mula membawanya ke
  • 12. negara ini, silambam tetap menjadi warisan seni dan budaya masyarakat India. Silambam mementingkan kelincahan menggerakkan anggota badan. Pergerakan ini dibuat sama ada dengan menggunakan senjata atau tanpa menggunakan senjata. Senjata yang biasa digunakan dalam silambam adalah seperti tongkat kayu, pedang, tombak, dan sebagainya. Anggota silambam diajar kemahiran dan teknik menggunakan senjata. Kemahiran ini digunakan untuk mempertahankan diri dan menguasai lawan. Seseorang yang benar-benar mahir dalam seni ini boleh memusingkan senjata dengan lincah tanpa jatuh. Silambam adalah baik untuk menjaga kesihatan badan. Silambam dapat mengelakkan pengamalnya daripada serangan penyakit seperti sakit perut, masalah buang air besar, penyakit angin, selesema, paru-paru, dan sebagainya. Silambam juga dipercayai boleh membantu menaikkan selera makan. Aktiviti 3 1 Silambam berasal dari mana ? 2 Apakah faedah mempelajari silambam? 3 Kenal pasti maklumat dan susun mengikut perenggan. Perenggan Maklumat Perenggan 1 Silambam ialah seni mempertahankan diri masyarakat India. Perenggan 2 Perenggan 3 Perenggan 4 4 Pada pendapat kamu, perlukah setiap orang mempelajar seni mempertahankan diri ? Mengapa ?
  • 13. Aktiviti 4 Namakan jenis seni mempertahankan diri berpandukan gambar : ( Silat / Taekwando / Karate / Wushu / Silambam ) 1. ____________________________ 2. ___________________________ 3. _______________________________
  • 14. 4. _______________________________ 5. ____________________________ UPSR BM012 Bahagian C Teknik Mencari Nilai / Pengajaran Daripada Petikan : 1.Baca dan fahami arahan. 2.Baca dan fahami keseluruhan petikan/puisi. 3.Baca petikan/puisi secara ayat demi ayat serta kenal pasti sama ada ayat tersebut mengandungi nilai/pengajaran atau tidak. 4.Jika terdapat nilai/pengajaran garisi ayat atau rangkai kata tersebut. 5.Catat nilai/pengajaran di tepi petikan.Jika terdapat nilai yang negatif , jadikan nilai itu kepada yang positif.Catatkan seberapa banyak nilai/pengajaran. 6.Tulis nilai berserta huraian yang berkaitan dalam petikan/puisi dalam satu perenggan. Skima Pemarkahan: 1.Cemerlang ( 18 hingga 20 markah ) 5 nilai diperlukan Ayat gramatis,penggunaan kata dan kosa kata yang luas, betul penggunaan ejaan dan
  • 15. tanda baca, pengolahan idea yang baik serta menggunakan penanda wacana. 2.Baik (12 hingga 17 markah ) 4 nilai diperlukan 3.Memuaskan ( 06 hingga 11 markah ) 2 atau 3 nilai diperlukan 4.Pencapaian Tahap Minimum ( 01 hingga 05 markah ) 1 nilai sahaja. Panduan Menulis Ulasan : Terdapat beberapa pengajaran /nilai-nilai murni daripada petikan/puisi. Antaranya , kita hendaklah ............................................... Selain itu , kita mestilah ............. ..................................................................... Di samping itu , kita haruslah ........................ ........................................................ Seterusnya , kita hendaklah ....................................... ............................................... Akhirnya , kita wajarlah .................................................... Contoh Bahagian C UPSR 2005 : Terdapat beberapa pengajaran daripada petikan.Antaranya, kita hendaklah rajin seperti kakak yang pergi bekerja.Selain itu, kita mestilah meminta kebenaran sebelum kita masuk ke bilik kakak. Di samping itu, kita haruslah menasihati seperti penulis yang melarang adiknya bermain-main dengan cendera mata kepunyaan kakak. Seterusnya, kita hendaklah mendengar kata tidak seperti adik yang tidak mengendahkan teguran kakak.Akhirnya , kita wajarlah berasa insaf seperti adik yang meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak. Contoh jawapan Petikan Buku Teks Tahun 5 (ms :136-137) Terdapat beberapa pengajaran daripada petikan. Antaranya, kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan tidak seperti tentera Jepun yang bertindak sewenang-wenangnya.Selain itu, kita mestilah mempunyai semangat patriotik menentang tentera Jepun.Di samping itu,kita haruslah bijak melakukan sesuatu seperti Leftanen Adnan yang menukar strategi dalam peperangan.Seterusnya , kita haruslah gigih untuk terus menyerang tentera Jepun walaupun Leftanen Adnan tercedera.Akhirnya,kita wajarlah mengenang budi kepada Leftanen Adnan yang menggadai nyawa demi membebaskan negara daripada cengkaman musuh.
  • 16. Nilai Murni : 1. Adil : Mempertimbangkan sesuatu secara objektif ,menyeluruh, tepat dan wajar. 2. Amanah : Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan kepada orang lain. 3. Baik hati : Sikap yang sentiasa mengambil berat akan perasaan dan kebaikan orang lain.Sikap ini boleh dinilai berdasarkan tindak tanduk orang lain terhadap kita. 4. Belas kasihan : Perasaan simpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain. 5. Berani bertanggungjawab : Sanggup bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah diambil. 6. Berani tidak mambuta tuli : Sanggup dan bersedia menghadapi cabaran dengan mengambil kira kemampuan diri dan akibat daripada tindakan yang diambil. 7. Berani kerana benar : Sanggup mempertahankan sesuatu yang diakui benar dengan memberikan bukti-bukti yang nyata. 8. Berani mempertahankan pendirian : Sanggup mempertahankan sesuatu yang diyakini benar dengan alasan-alasan yang munasabah. 9. Bercakap benar : Menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah dan tidak berselindung. 10. Berdikari : Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. 11. Berfikiran logik dan terbuka : Sikap dan pandangan yang boleh diterima akal dan munasabah. 12. Bermuafakat :
  • 17. Sentiasa mengutamakan persetujuan dan bekerjasama dalam menjalankan sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama. 13. Bertanggungjawab : Kesanggupan seseorang untuk memikul tugas atau kewajipan dan melaksanakannya dengan sempurna. 14. Berterima kasih ; Perasaan yang dilahirkan untuk menunjukkan pengiktirafan terhadap sesuatu jasa,sumbangan dan pemberian. 15. Bertimbang rasa : Mengabil kira keperluan dan perasaan orang lain. 16. Berupaya bertindak sendiri: Sanggup dan boleh melakukan sesuatu untuk diri sendiri dan bertindak tanpa mengharapkan bantuan orang lain. 17. Boleh membuat pertimbangan: Berupaya mengambil kira baik buruk sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. 18. Boleh melakukan penaakulan: Mempu berfikir dan dapat memberikan alasan yang munasabah. 19. Cekal : Teguh,tetap dan tabah hati. 20. Cinta kepada keamanan dan keharmonian: Suka hidup berbaik-baik antara satu dengan lain dan mengutamakan kedamaian serta kesejahteraan hidup. 21. Cinta kepada negara: Bangga dan taat setia kepada negara. 22. Daya usaha: Berusaha bersungguh-sungguh dengan semangat inisiatif,inovatif dan kreatif untuk mencapai kejayaan. 23. Dedikasi : Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga melakukan sesuatu perkara. 24. Gigih : Usaha dengan penuh semangat tanpa mengenal putus asa. 25. Gotong-royong: Turut serta dan membantu dalam melaksanakan sesuatu tugas secara beramai-ramai tanpa menerima sebarang upah.
  • 18. 26. Hemah tinggi : Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. 27. Hormat-menghormati: Menghargai dan memuliakan seseorang dalam institusi sosial dengan memberi layanan yang sopan. 28. Hormat dan taat kepada ibu bapa: Kewajipan dan tanggungjawab seseorang anak bagi memuliakan ibu bapa. 29. Hormat kepada hak asasi: Menghormati hak dan keperluan asasi seseorang seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. 30. Mengenang budi Mengingati jasa baik seseorang serta berharsat untuk membalasnya. 31. Menghargai Kebijaksanaan , Pengalaman dan Jasa Menghargai seseorang kerana pengetahuaan, pengalaman, pengorbanan, dan jasanya dalam sesuatu lapangan. 32. Menghargai Maruah Diri Menghargai maruah diri setiap individu tanpa mengambil kira taraf dan kedudukan sosialnya. 33. Murah Hati Sedia memberikan bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan atau sokongan moral 34. Patuh Kepada Ketepatan Masa Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah. 35. Patuh Kepada Undang-undang Menerima dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada. 36. Peka Sentiasa sedar,mengambil berat,dan berusaha mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah yang berkaitan 37. Penghargaan : Pengakuan seseorang terhadap jasa dan sumbangan yang diterima. 38. Perpaduan : 39. Suasana persefahamaan dan kerjasama peringkat keluarga,komuniti, masyarakat,Negara,dan antarabangsa. 40. Tekun Sabar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. 41. Semangat bermasyarakat Bersedia melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup bermasyarakat 42. Sedia memaafkan Tidak menaruh dendam terhadap seseorang yang telah insaf akan kesalahannya 43. Cintai alam Sentiasa ingin memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk kesejahteraan hidup 44. Sayang akan nyawa Menghargai dan tidak menganiayai makhluk yang bernyawa 45. Saling Memahami Kesanggupan untuk saling menerima pendapat serta perasaan dan keperluan masing-masing.
  • 19. 46. Saksama Tidak berat sebelah dan berpatutan dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman 47. Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang menyatakan dan mendapat mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan. 48. Toleransi Sanggup bertolak ansur,sabar serta dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan. 49. Pertuturan dan kelakuan yang sopan Peraturan dan kelakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain kearah mencapai kebersihan rohani dan jasmani. 50. Persaudaraan: Hubungan mesra sesama manusia tanpa mengira keturunan atau bangsa yang dapat melahirkan kerjasama yang erat untuk kesejahteraan sejagat. 51. Yakin Percaya pada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak. 52. Keberanian Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati.Keberanian itu perlu ada pada setiap orang,tetapi dia harus tahu batas dan keupayaan sendiri kerana keberanian yang melulu boleh mengakibatkan bencana. 53. Kesopanan Bersopan santun,berbudi pekerti yang tinggi,tidak angkuh,tidak menunjuk-nunjuk, dan tidak sombong. 54. Kesyukuran Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh. 55. Mengakui kesalahan diri Sikap bersedia menyatakan kesilapan dan kelemahan diri sendiri. 56. Hormat-menghormati Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia. Menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada setiap individu,terutama golongan yang kurang bernasib baik. Menunjukkan rasa hormat kepada orang yang lebih tua,guru,rakan,jiran,pemimpin dengan memberikan layanan yang baik. 57. Kejiranan Hidup berbaik-baik,bertolak ansur,tolong-menolong,dan bekerjasama dengan jiran tetangga. 58. Kejujuran Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik,amanah,dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. 59. Kerajinan Usaha berterusan penuh dengan semangat ketekunan,kecekalan,kegigihan,dedikasi, dan daya usaha dalam melakukan sesuatu. 60. Kerjasama Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu,komuniti,masyarakat atau Negara untuk mencapai sesuatu matlamat. 10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor Posted on Tuesday, April 01 @ 19:52:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
  • 20. Pada tahun yang lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berjaya membida nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM 748,000.00 dan diletakkan pada Proton Suprima S. Di sebalik ‘keghairahan’ Sultan Johor membida nombor-nombor istimewa itu, pastinya baginda memiliki koleksi kereta-kereta mewah yang menarik. Di bawah adalah antara kereta kepunyaan baginda antaranya Bentley, Hummer, dan Bugatti Veyron merupakan kereta paling laju di dunia setakat ini (pengiktirafan daripada Guinness Of World Record). Jom tengok kereta-kereta mahal di bawah:
  • 21.
  • 22.
  • 23.
  • 24.