Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
3K_BERSIH_SIHAT_SELAMAT
1. 6.0 PENGURUSAN 3K
A. TAKRIFAN
a. KEBERSIHAN - Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan
persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.
b. KESIHATAN - Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek supaya murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu
meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri.
c. KESELAMATAN - Suasana yang selamat sama ada di dalam atau di
luar sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri
(jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.
B. OBJEKTIF
a. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan
pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan,
kesihatan dan keselamatan.
b. Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan
selamat.
c. Meningkatkan jalinan permuafakatan strategik antara Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membentuk
jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Pelaksanaan Program 3K.
1