1. Pengenalan
Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan,
kaedah, dan teknik. Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang
untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa,
strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan pada pencapaian
atau hasil pembelajaran.
Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa,
pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Pendekatan yang terdapat di dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialahPendekatan Induktif, Pendekatan
Deduktif, Pendekatan Eklektik danPendekatan Komunikatif.
Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi
melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah
merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan
yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.
Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran guru adalah Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan,
Kaedah Terus, Kaedah Ajuk Hafaz, Kaedah Linguistik, Kaedah Kod – Kognitif,
Kaedah Bahasa Komuniti dan Kaedah Oral – Aural.
Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku
di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik
yang dicadangkan adalahTeknik Drama,Teknik Permainan Bahasa,Teknik
Perbincangan, Teknik Bercerita danTeknik Latih Tubi.
Strategi, kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.
Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh
diklasifikasikan dalam tiga jenis, iaitu strategi berpusatkan murid, berpusatkan guru
dan strategi berpusatkan bahan.Strategi yang digunakan dalam rancangan
pengajaran harian yang dibuat ialah strategi berpusatkan murid. Dalam
pembelajaran berpusatkan murid menekankan tanggungjawab murid sepenuhnya
2. untuk menentukan hala tuju dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ini murid telah banyak memainkan peranan
yang sangat penting. Berdasarkan strategi yang digunakan ini terjadi komunikasi
dua hala di antara murid dan guru, dimana guru sentiasa menyoal dan membimbing
murid.Murid juga sangat memberi respon yang baik terhadap setiap soalan, arahan
dan pandangan guru sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Berdasarkan
strategi ini juga kepimpinan guru adalah secara demokratik. Guru mengadakan
perbincangan dengan murid dan menggalakkan murid memberikan pendapat
masing-masing sama ada secara kumpulan atau individu.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran strategi ini mengutamakan
pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid untuk mengembangkan
potensi secara menyeluruh dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Pemilihan strategi ini telah memberi peluang
kepada muriduntuk berinteraksi secara positif kerana mereka dapat bekerjasama,
tolong menolong dan bertolak ansur semasa menjalankan aktiviti.Pemilihan strategi
ini telah menjadikan penyampaian guru adalah untuk pembelajaran bermakna,
memahami dan membuat kesimpulan.Ujian formatif juga boleh diadakan bagi
mengatasi kelemahan murid dimana dalam rancangan pengajaran harian yang telah
dirancang ini terdapat ujian formatif di akhir pengajaran dan pembelajaran.
Dalam rancangan pengajaran harian yang telah saya rancang dan jalankan di
dalam kelas adalah menggunakan strategi berpusatkan murid.Ia memang jelas
dimana semasa pelaksanaannya berlaku komunikasi dua hala antara guru dan
murid. Setiap soalan yang diutarakan kepada murid mendapat respon yang baik
daripada murid.Komunikasi dua hala ini menjadikan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran lebih berkesan dan bermakna. Guru dapat menggalakkan keyakinan diri
murid untuk cuba menjawab setiap soalan yang diutarakan dan dapat meningkatkan
kemahiran murid dalam berkomunikasi. Setiap langkah pengajaran yang dijalankan
mengandungi komunikasi dua hala.Melalui strategi yang dijalankan ini saya dapat
mengesan kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran yang diajar.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 ), kaedah bermaksud cara atau
aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah itu terdiri
daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai
sesuatu matlamat.Ini bermakna, guru menggunakan sesuatu kaedah secara tidak
3. langsung di dalam bilik darjah.Oleh itu, apa-apa sahaja cara yang dilakukan guru
adalah untuk memberikan kefahaman kepada murid untuk mencapai sesuatu
objektif pengajaran, maka itu disebut kaedah.
Hasan Langgulung ( 1981 ) mengatakan bahawa kaedah ialah satu aktiviti
pengajaran yang mempunyai langkah-langkah yang tersusun. Dalam tiap-tiap
langkah pula terdapat kemahiran dan latihan yang terancang.Baginya, kaedah
pengajaran bukanlah aspek utama dalam pengajaran, tetapi merupakan wasilah
atau satu jalan untuk mencapai sesuatu objektif. Jadi, apa-apa sahaja cara tindakan
dan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang guru untuk memberikan kefahaman
kepada seseorang murid, maka itu ialah kaedah walaupun tidak mempunyai nama-
nama khas.
Kaedah yang telah saya gunakan di dalan rancangan pengajaran harian yang
telah dilaksanakan ialah kaedah natural.Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa
dalam situasi komunikatif.Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis
gramatikal, latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa tertentu.Kaedah ini melihat
bahasa itu sebagai alat yang digunakan untuk menghubungkan makna dengan
mesej. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang telah dijalankan jelas
menggunakan kaedah ini kerana dalam setiap sesi soal jawab bersama murid, murid
bebas untuk menggunakan ayat yang mereka bina sendiri tanpa perlu mematuhi
teori bahasa tertentu. Guru boleh menerima apa sahaja pendapat atau jawaban dari
murid. Guru hanya perlu memperbetulkan dan membimbing murid
sekiranya perlu apabila ayat yang diucapkan mengandungi kesalahan tatabahasa
yang sangat ketara.
Kaedah kedua yang saya gunakan dalam pengajaran ini adalah kaedah
bahasa komuniti.Dalam kaedah bahasa komuniti, murid-murid akan menjadi ahli
dalam komuniti. Mereka akan melalui proses interaksi dengan rakan-rakan dalam
komuniti tersebut. Matlamatnya adalah untuk memastikan murid-murid belajar cara-
cara berkomunikasi menggunakan bahasa yang ingin dipelajari mengikut gaya
sendiri. Dalam rancangan pengajaran yang dibuat murid terlibat dalam sesi
perbincangan pada langkah pengajaran yang keempat.Murid telah dibahagikan
kepada sepuluh kumpulan untuk menghasilkan buku cerita. Dalam proses
perbincangan murid berinteraksi menggunakan bahasa komunikasi mengikut gaya
sendiri bersesuaian dengan komuniti tersebut.
4. Kamus Dewan mendefinisikan pendekatan sebagai kaedah, cara atau
langkah-langkah yang digunakan bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas
untuk mengatasi masalah dan sebagainya. Dalam konteks bahasa, konsep
pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Manakala dalam konteks
pendiddikan, pendekatan merujuk kepada bagaimana cara sesuatu matapelajaran
diajarkan untuk mencapai objektif. Pendekatan pengajaran boleh digolongkan
kepada beberapa aspek iaitu, mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta
disampaikan, keaktifan murid dan pengajaran bahasa. Dalam pengajaran bahasa,
pendekatan diertikan sebagai satu kumpulan andaian yang berhubungan, yang
memperkatakan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat
pembelajaran bahasa.Justeru itu, terjelmalah pendekatan induktif, deduktif, eklektik
dan komunikatif dalam pengajaran bahasa.
Pendekatan yang dipilih dalam rancangan pengajaran yang telah saya buat
ialah pendekatan induktif. Pendekatan ini memerlukan proses penaakulan yang
tinggi. Dalam konteks ini , iaitu pembelajaran dan pengajaran bahasa guru-guru
akan mengumpul contoh-contoh daripada teks, kemudian menerangkan dan
menunjukkan bagaimana guru berfungsi dan membantu murid untuk membuat satu
kesimpulan yang sesuai berdasarkan contoh-contoh yang diberikan. Dalam
pengajaran bahasa pendekatan ini lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal,
iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa
yang dipelajari kemudian membuat kesimpulan mengenainya.
Dalam langkah pengajaran yang keempat ini saya telah menggunakan bahan
seperti gambar-gambar dan juga kad perkataan untuk membantu murid-murid
membuat satu kesimpulan diakhir pembelajaran. Melalui gambar-gambar yang
ditunjukkan murid diberi peluang untuk mentafsirkan apa yang dilihat dan cuba
mengujarkan cerita berdasarkan gambar. Manakala kad-kad perkataan yang
digunakan telah membantu murid untuk membina ayat yang betul. Gabungan
penggunaan kedua-dua bahan bantu belajar ini menggalakkan murid untuk
membuat satu kesimpulan berkaitan tajuk yang diajar di akhir pembelajaran.
Teknik merupakan satu set himpunan kelakuan atau caradalam kaedah.
Contohnya, jika kaedah yang hendak disampaikan oleh guru ialah kaedah
penerangan, maka teknik yang boleh digunakan oleh guru bagi menyampaikan
penerangan tersebut ialah melalui teknik bercerita, syarahan, taklimat dan
sebagainya.Sebarang bentuk perlakuan yang mengandungi kemahiran dan
5. melibatkan aspek keterampilan, disebut sebagai teknik mengajar. Justeru
kebanyakan guru menganggap teknik itu sama dengan kaedah yang pernah disebut
juga sebagai kaedah kecil mengajar. Hal ini disebabkan semasa melaksanakan
sesuatu kaedah, guru akan menggunakan teknik yang pelbagai. Ada teknik yang
berkesan dan ada juga yang kurang atau tidak berkesan.Keberkesanan teknik
pengajaran dan pembelajaran ini sebahagian besarnya bergantung kepada
pengalaman, ketokohan, kewibawaan, kebijaksanaan dan keterampilan serta
keperibadian seseorang guru.
Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa teknik merupakan pelaksanaan
kaedah dalam bilik darjah. Teknik juga digunakan untuk mencapai satu-satu objektif
dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, teknik merupakan ‘strategi’
atau muslihat yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah apabila berhadapan
dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan akibat daripada penerapan atau
teori. Setiap teknik yang digunakan harus seirama atau selaras dengan
kaedah.Ringkasnya teknik bermaksud amalan strategi yang diguna pakai oleh guru
dalam bilik darjah.
Teknik yang telah saya pilih di dalam rancangan pengajaran ini ialah teknik
bercerita.Teknik ini sesuai untuk digunakan bagi membina kecekapan berbahasa
kerana cerita merupakan sessuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
murid.Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan menerusi teknik ini. Teknik ini telah digunakan sejak dari awal proses
pembelajaran dan pengajaran iaitu bermula di set induksi. Dalam sesi pembeljaran
ini murid dikehendaki untuk menceritakan apa yang mereka lihat berkaitan dengan
gambar yang ditunjukkan. Murid akan bercerita berdasarkan gambar yang dilihat
mengikut tafsiran mereka sendiri.
Teknik bercerita ini dipanjangkan lagi pada langkah pengajaran yang pertama
dan juga pada langkah yang keempat. Murid ditunjukkan dengan gambar-gambar
yang lain yang berfokus kepada pengajaran yang hendak disampaikan. Murid akan
menjadi lebih kreatif lagi untuk mengujarkan cerita yang berkaitan dengan gambar
yang ditunjukkan. Pada langkah yang keempat murid akan membacakan buku cerita
yang telah siap dihasilkan melalui proses perbincangan dalam kumpulan.
Kesimpulannya, kesemua istilah yang dibincangkan di atas iaitu strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik membawa pengertian yang berbeza tetapi
terangkum dalam satu pengertian yangbesar. Kesemua elemen-elemen di atas
6. mempunyai matlamat yang sama , iaitu menjadikan proses pembelajaran dan
pengajaran berjalan dengan lancar, berkesan dan menarik serta mencapai objektif.
Sebagai penyampai ilmu pengetahuan, guru harus bijak mengintegrasikan elemen-
elemen seperti di atas dan dipilih mengikut kesesuaian dengan kemahiran-
kemahiran lain khususnya kemahiran Abad ke-21 supaya proses pembelajaran dan
pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menyeronokkan murid-murid.
7. Refleksi
Dalam setiap rancangan pengajaran harian yang dirancang mestilah
mengandungi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik. Dalam sesuatu proses
pembelajaran dan pengajaran juga, langkah pemilihan strategi, pendekatan, kaedah
dan teknik perlu dijadikan keutamaan kea rah penentuan sasaran sesuatu objektif
pembelajaran. Oleh itu, saya sebagai seorang guru, persediaan rapi adalah wajar
untuk berdepan dengan murid-murid ke arah penyerapan strategi melatih mereka
bekerjasama, berinteraksi dan berfikir dalam suasana pembelajaran yang kondusif.
Saya sebagai guru sains sepenuhnya telah diberi peluang untuk mengajar
Bahasa Melayu merupakan satu pengalaman baru yang tidak harus dilepaskan.
Semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu ini
terdapat beberapa kekuatan yang diperoleh.
Pertama sekali, kekuatan yang ada ialah murid-murid yang diajar semuanya
adalah murid berbangsa Melayu. Kelebihan ini telah memudahkan proses
pembelajaran dan pengajaran kerana murid-murid adalah penutur jati Bahasa
Melayu. Mereka telah biasa membina ayat berdasarkan pola ayat yang betul dan
menggunakan intonasi yang betul.Kedua, bilangan murid mengikut jantina adalah
seimbang telah memudahkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran
kerana murid mudah untuk diuruskan dan mendengar arahan. Ketiga, keadaan kelas
yang kondusif juga telah membantu melancarkan perjalanan proses pembelajaran
dan pengajaran.Keempat, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang
dipilih bersesuaian dengan kemahiran yang hendak disampaikan kepada murid.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap proses pembelajaran dan pengajaran
juga mempunyai kelemahan. Antara kelemahan yang dapat saya jelaskan di sini
ialah cara penyampaian saya sendiri kerana kadang-kadang sukar untuk
menggunakan pola ayat dan istilah dengan betul dalam pengajaran Bahasa
Melayu.Ia berbeza dengan cara penyampaian dalam subjek Sains kerana banyak
melibatkan fakta. Kelemahan yang kedua, terdapat juga murid yang pasif tidak mahu
mencuba untuk menjawab soalan yang diajukan secara lisan.Ada juga murid yang
tidak aktif untuk berinteraksi dan berkomunikasi bersama rakan di dalam aktiviti
berkumpulan.
8. Dapatan yang saya peroleh selepas menjalankan sendiri proses
pembelajaran dan pengajaran dalam subjek Bahasa melayu ialah pemilihan strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik mestilah bersesuaian dengan kemahiran yang
hendak diajar dan mengikut tahap penguasaan murid. Saya sebagai guru subjek
Sains juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk menguasai kemahiran berbahasa
Melayu dengan betul dari segi penggunaan pola ayat dan juga istilah