Majlis makan malam tahunan program sains kimia dan teknologi kimia UKM akan diadakan pada 20 Mei 2014 di Bangi Golf Resort. Majlis ini bertujuan untuk menghargai sumbangan pensyarah dan ahli kelab serta mempererat hubungan antara mereka. Acara ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan lancar dengan bantuan dana daripada Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM.
1. MAJLIS MAKAN MALAM
PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014
1 | P a g e
KERTAS KERJA
MAJLIS MAKAN MALAM
PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH
TEMPAT
ANJURAN
KELAB SAINS KIMIA
Dan
KELAB TEKNOLOGI KIMIA
TEMA
2. MAJLIS MAKAN MALAM
PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014
2 | P a g e
KERTAS KERJA
MAJLIS MAKAN MALAM
PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2013/2014
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan kelulusan dan pertimbangan serta bantuan
dana daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Majlis Makan
Malam Program Sains Kimia dan Teknologi Kimia sesi 2013/2014, anjuran Kelab Sains
Kimia dan Kelab Teknologi Kimia.
2.0 PENGENALAN
Majlis Makan Malam Program Sains Kimia dan Teknologi Kimia merupakan suatu majlis besar
yang secara gahnya diadakan di Bangi Golf Resort pada 20 May 2014. Ungkapan penuh
bermakna ‘Ikatan Kimia Jalinan Abadi’ dipilih sebagai tema majlis makan malam pada
kali ini dan dipadankan dengan konsep ‘Retro Moden’ di mana tetamu yang hadir akan
mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan tema mengikut kreativiti masing-
masing.Ungkapan tersebut juga memberikan gambaran bahawa tidak kira apapun
penampilan pada Majlis Makan Malam Program Sains Kimia dan Teknologi Kimia sesi
2013/2014 diharapkan di penghujung majlis ini, setiap tetamu dapat menikmati saat yang
berlalu dan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Tujuan utama majlis
inidiadakan adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga
kepada setiap pensyarah dan ahli kelab yang selama ini telah berusaha bersungguh-
sungguh menyumbangkan tenaga dan buah fikiran mahupun wang ringgit dalam
menjayakan setiap aktiviti kelab sepanjang sesi ini. Di samping itu, ia juga bertujuan
untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan sesama ahli kelab
dengan pihak pentadbiran yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan kepercayaan.
3. MAJLIS MAKAN MALAM
PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014
3 | P a g e
Selain itu, majlis ini juga diadakan untuk meningkatkan lagi interaksi antara ahli agar
lebih memahami antara satu sama lain seterusnya bukan sahaja saling bantu membantu
dalam pelajaran, malah juga dalam kerjasama berpersatuan. Oleh yang demikian, adalah
diharapkan agar majlis makan malam ini akan berjalan dengan lancer dan jayanya
sekaligus memberi kesan yang amat mendalam kepada semua ahli kelabdalam usaha
untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persefahaman seterusnya
meninggalkan satu kenangan indah yang sentiasa diingati dan ukhuwah yang lebih jitu
dan kukuh. Manakala bagi mahasiswa/i tahun akhir, penganjuran majlis makan malam ini
secara tidak langsung merupakan acara untuk meraikan mereka yang bakal memulakan
kehidupan di alam pekerjaan kelak.
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, menjadi tanggungjawab untuk memastikan
kelancaran program ini dengan :
Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya
dapat membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdisiplin.
Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang
ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.
Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas
pelaksanaan program.
4.0 MATLAMAT PROGRAM
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran majlis adalah
Menjadikan majlis ini sebagai salah satu majlis tahunan bagi menghargai dan
memberi penghargaan kepada para pensyarah dan ahli-ahli yang banyak
menyumbang dalam aktiviti yang dijalankan.
Menjadikan majlis ini sebagai salah satu platform bagi setiap pensyarah serta
pelajar yang lebih senior berinteraksi dan mengenali ahli-ahli baru.
4. MAJLIS MAKAN MALAM
PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014
4 | P a g e
Memberi peluang kepada pelajar tahun 1 membentuk organisasi bagi menjayakan
sesuatu program.
5.0 OBJEKTIF
Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana
menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai :
Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan
kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang
sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan
cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai
keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.
Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada
pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus,
memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi
dimensi , membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja berpasukan
untuk mencapai matlamat yang disepakati.
Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan
pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka
isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri.
Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan
idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh
menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan
rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan
sebagainya.
5. MAJLIS MAKAN MALAM
PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014
5 | P a g e
Mendedahkan kepada pelajar kemahiranpengurusan dan keusahawanan dalam
mencari dana bagi melancarkan majlis.
Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar
melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,menunjukkan tingkah
laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.
Melahirkan sifat sosial dan kebertanggungjawaban dengan melahirkan
kepekaan terhadap alam sekitar dan situasi sosial seperti perpaduan dan
kebajikan pelajar.
Menilai tahap pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan
saintifik setiap ahli jawatankuasa dalam mengenal pasti masalah tersurat dan
tersirat serta mensintesiskan masalah dengan tapat.
6.0 TEMA
“IKATAN KIMIA JALINAN ABADI”
7.0 ANJURAN
Kelab Sains Kimia dan Kelab Teknologi Kimia,
Sesi 2013/2014,
Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia
6. MAJLIS MAKAN MALAM
PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014
6 | P a g e
8.0 TARIKH DAN MASA
Majlis ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh :
Hari :
Masa : 8:00 malam – 11:30 malam
9.0 TEMPAT PROGRAM
Lokasi bagi program ini dijalankan ialah di Bangi Golf Resort.
10.0 PUBLISITI
Bagi menghebahkan majlis makan malam ini, publisiti yang dicadangkan ialah menerusi
Poster
Bunting
Banner
Digital Board
Poster dan bunting akan ditampal di setiap bangunan Fakulti Sains dan Teknologi.
11.0 CADANGAN PERASMI
Cadangan perasmi bagi Majlis Makan Malam Program Sains Kimia dan Teknologi Kimia
sesi 2012/2013 adalah seperti berikut :
1.
7. MAJLIS MAKAN MALAM
PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014
7 | P a g e
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Bilangan ahli yang terlibat:
Pelajar Program Kimia dan Teknologi Kimia ;
Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 sesi 2012/2013
Alumni Kelab Sains Kimia dan Kelab Teknologi Kimia
Barisan tenaga pengajar Pusat Sains Kimia dan Teknologi Makanan.
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
16.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat , sila hubungi
8. MAJLIS MAKAN MALAM
PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014
8 | P a g e
17.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar kertas kerja Majlis Makan Malam Program Sains Kimia dan
Teknologi Kimia sesi 2013/2014 ini mendapat kelulusan dan juga amat diharapkan pihak
Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan
permohonan bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu,adalah menjadi
harapan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang
telah digariskan. Penganjuran majlis seumpama ini jugadiharapkan dapat memberi manfaat
kepada barisan Jawatankuasa yang akan sedaya upaya memerah tenaga dan buah fikiran
yang juga merupakan suatu pengalaman yang sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang
ringgit, sekaligus menjadi mangkin dan batu loncatan buat mereka dalam menempuh alam
pekerjaan kelak. Secara tidak langsung, pihak Universiti akan dapat melahirkan pemimpin
yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu,
segala sokongan, komitmen dan pengembelingan tenaga daripada semua pihak amat dialu-
alukan. Semoga segala bentukilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya
agar sesi 2013/2013 dapatdijayakan dengan sempurna.
9. MAJLIS MAKAN MALAM
PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014
9 | P a g e
Disediakan oleh
………………………………………………..
( )
Ketua Pengarah
Majlis Makan Malam Kelab Kimia
Sesi 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia
Disemak Oleh
………………………………………………..
( )
Yang Dipertua
Kelab Kimia
Sesi 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia
Disokong Oleh
……………………………………………….
( )
Penasihat
Kelab Sains Kimia
Sesi 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia