SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  57
1
PUISI MODEN
1. Virus dari Langit Global ( Nur Suhada Sayuti)
2. Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy)
3. Selamat Tinggal Eropah ll (Muhamad Hj. Salleh)
4. Menterjemah Bahasa (Abd. Rahim Omar)
5. Citra Pelangi 1Malaysia (A.Halim Ali)
6. Mencintai Tanah Ini (Lim Swee Tin)
7. Ini Tanah Kita (Salman Sulaiman)
8. Sekeping Kartu Kecil (Mohd Aidid Abd. Rahman)
9. Kubentang Sehelai Peta (T.Alias Taib)
10.Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain)
11.Kata Bukit kepada Jentolak (Mohd Faizal Said)
12.Lidah Anakku Berbelang-belang (Abizai)
13.Ingatan kepada Kawan XXIV (Zaen Kasturi)
14.Jalur Yang Tidak Pernah Padam (Jasni Mat Lani S)
15.Pancang Kenangan (Khadijah Hashim)
16.Kolek Bonda (Aminah Mokhtar)
17.Kuntum Rahsia dari Taman Takdir (WB Rendra)
18.Aku Tidak Berani Berjanji (Rosli K. Matari)
19.Aku Hanya Mahu ke Seberang (Hashim Yaacob)
20.Wanita dan Laut (Mahaya Mohd Yassin)
21.Ranting (Hilmi Rindu)
22.Belajarlah Memahaminya Gunung Lagenda (Shapiai Muhamad Ramly)
23.Pada Glaukoma ke Ahmar (Abd. Razak @ Rezeki Othman)
24.Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai (Naapie Mat)
25.Mari Kita Ciptakan Alam Lestari (Nimoiz T.Y.)
26.Kembali ke Rumah Nurani (Husna Nazri)
2
Virus dari Langit Global
(Nur Suhada Sayuti)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak menyatakan tentang budaya atau anasir yang tidak sihat telah mempengaruhi
fikiran dan hati generasi kini. Budaya mementingkan keseronokan diri telah menjadi
darah daging generasi muda.
Rangkap 2
Nilai yang seiring pembangunan fizikal generasi muda telah musnah. Generasi muda
kini telah dipengaruh dan dilanda pelbagai budaya serta nilai negatif.
Rangkap 3
Anasir yang datang dari luar telah memusnahkan nilai ketulusan dan menjajah minda
generasi muda kini. Nilai kesusilaan dan budaya tidak lagi dipedulikan oleh generasi
muda akibat pengaruh nilai yang tidak baik. Anasir yang tidak sihat telah menyebabkan
harapan kepada generasi muda semakin musnah.
Tema
Jati diri generasi muda yang semakin terhakis akibat pengaruh budaya moden.
Persoalan
1. Persoalan tentang kerapuhan minda generasi muda yang mudah dipengaruhi oleh
budaya yang mementingkan keseronokan.
2. Keruntuhan jati diri generasi muda akibat anasir negatif yang datang dari dunia luar..
3. Dunia tanpa sempadan telah menyebabkan segala anasir negatif mudah
mempengaruhi generasi muda masa kini.
3
Seorang Tua di Kaki Tamadun
(Fadh Razy)
Maksud
Rangkap 1
Seorang yang memerah keringatnya di bawah matahari terik untuk mengusahakan
sawah padi.
Rangkap 2
Dalam musim yang panas, orang tua itu tetap membawa cangkul untuk mengusahakan
sawah sedaya upaya.
Rangkap 3
Orang tua itu membersihkan sawahnya daripada semak.Dalam sawah terdapat padi
yang sedang masak dan terdapat banyak tikus yang ingin memusnahkan padi.
Rangkap 4
Petani tua itu melaksanakan amanah orang tuanya untuk mengerjakan sawah itu,
walaupun sukar.
Rangkap 5
Sewaktu petang Pak tua bersandar di surau usang, Pak Tua merasa sedih ketika azan
dilaungkan kerana di dalam hatinya terpendam rasa yang marah yang tidak ditahannya.
Rangkap 6
Usaha untuk mempertahankan tanah sawahnya jadi sia-sia kerana telah ditipu oleh
golongan yang tidak bertanggungjawab.
Rangkap 7
Sawahnya yang selama ini digunakan untuk menyara mereka sekeluarga telah
dibangunkan dengan perubahan pemodenan.
4
Tema
Tema sajak ini ialah kemasyarakatan.Pembangunan yang dijalankan telah melenyapkan
warisan tradisi nenek moyang iaitu sawah padi.
Persoalan
1. Persoalan kegigihan mengusahakan sawah. Contohnya walaupun cuaca panas
dan menggunakan cangkul yang tumpul petani tetap gigih mengusahakan
sawahnya.
2. Persoalan tipu muslihat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya
sawah petani tua telah dieksplotasikan oleh golongan yang tidak
bertanggungjawab untuk pembangunan.
3. Persoalan ketaatan menunaikan ajaran agama. Contohnya petani tua sentiasa
menunaikan suruhan Tuhan dengan melaksanakan solat di surau usang itu.
5
Selamat Tinggal Eropah II
(Muhammad Haji Salleh)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak berharap agar negara-negara Eropah yang dahulunya menjajah negara lain
kini insaf akan perbuatan mereka. Nilai yang dilaungkan/didoktrinkan/dipegang oleh
mereka sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata. Mereka juga diingatkan agar tidak
memperlekeh/mengata/merendah-rendahkan negara yang telah dijajah itu sebagai
pembelot. Pada hal mereka yang memanipulasi setiap peristiwa yang melakar sejarah
itu dengan kekejaman dan penipuan secara bermuka-muka/melaga-lagakan.
Rangkap 2
Penyajak melihat bahawa negara Eropah kini sedang menanggung sengsara akibat
perbuatan mereka yang lalu, namun mereka cuba menyembunyikan masalah yang
dihadapi.
Rangkap 3
Kini, penyajak mendesak negara-negara Eropah supaya bercakap benar dengan seluruh
dunia tentang pembohongan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini.
Rangkap 4
Segala penindasan, kekejaman dan penipuan yang dilakukan oleh negara-negara
Eropah ini disedari oleh penyajak dan penyajak akan mengingati segala peristiwa
hitam yang dicipta oleh mereka sampai bila-bila.
Tema
Sajak ini bertemakan keamanan sejagat. Penyajak mengharapkan agar negara-negara
Eropah tidak lagi menindas negara-negara lain kerana mereka sebenarnya telah banyak
6
melakukan kekejaman kepada dunia. Semoga dengan itu, sejarah hitam yang pernah
berlaku tidak akan berulang lagi dan dunia akan aman damai.
Persoalan
1. Kesedaran atas perkara yang telah dilakukan
Contoh: aku harap ingatanmu masih
luas untuk menakung sejarah
yang kaukuasai dengan darah dan helah
2. Kejujuran dalam menjalin hubungan sejagat
Contoh: sekarang kau harus berkata
3. Kekejaman untuk mendapatkan kuasa
Contoh: pembakaran rumah Turki di Jerman
4. Kesan atas perlakuan yang telah dilakukan
Contoh: di mukamu kulihat luka baru
senyummu dibelah seksa
7
Menterjemah Bahasa
(Abd. Rahim Omar)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahasa kita telah melalui proses kematangan dan telah tersebar
ke serata benua di dunia ini. Bahasa kita telah menjadi jambatan penghubung dan
penyatuan pelbagai bangsa dan budaya yang berlainan.
Rangkap 2
Bahasa kita telah diangkat sejak abad ke-7 masihi bermula dari kerajaan Sriwijaya hingga
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa kita mampu menjadi medium ilmu dan
mengangkat maruah sesuatu bangsa sehingga ke peringkat antarabangsa.
Rangkap 3
Tanpa henti bahasa kita telah berazam menjadi wadah ilmu untuk membentuk jati diri
bangsa sehingga melahirkan tokoh cendekiawan dan pendeta yang bijaksana.
Rangkap 4
Bahasa kita telah menjadi bahasa ilmu untuk menerokai segala teori dan masalah.
Walaupun penjajah memperkecil-kecilkan bahasa kita dengan alasan bahasa kita tiada
kepentingan ekonomi. Namun bahasa kita tetap maju dan hebat menjadi warisan negara
bangsa.
Tema
Bertemakan patriotisme iaitu mencintai dan mengangkat martabat bahasa kita.
8
Persoalan
1. Persoalan kepentingan bahasa kepada sesuatu bangsa. Ianya menjadi ikatan
pelbagai bangsa dan budaya.
2. Persoalan bahasa sebagai wadah ilmu dan mampu membina sesuatu peradaban
bangsa.
3. Persoalan kegemilangan bahasa itu bukan hanya menjadi sejarah tetapi akan terus
berkembang menjadi bahasa ilmu dan telah melahirkan ramai tokoh cendekiawan
yang bijaksana.
4. Persoalan tekanan dan cabaran daripada musuh bahasa kita. Walaupun telah
dijajah bahasa kita tidak akan lupus malah akan tetap terus berkembang.
9
Citra Pelangi 1 Malaysia
(A.Halim Ali)
Maksud
Rangkap 1
Impian dan angan-angan perlu ada pada setiap orang untuk direalisasikan pada masa
hadapan.
Rangkap 2
Walaupun mempunyai pelbagai perbezaan pendapat, penyajak berharap perbezaan itu
dapat mencapai satu tujuan yang sama. Penyajak berharap dengan wadah satu bahasa,
perpaduan dapat dicapai walaupun mempunyai pelbagai bangsa.
Rangkap 3
Penyajak berharap kita semua dapat saling bermaafan dan saling kasihmengasihi antara
satu sama lain di bawah rumpun Melayu, walaupun kita mempunyai kepelbagaian
bangsa. Penyajak berharap kepelbagaian bangsa dapat memupuk kesefahaman dalam
kehidupan bermasyarakat. Perbezaan pendapat hanyalah perkara biasa dan diharapkan
kita akan dapat bersatu demi tanah air tercinta.
Tema
Bertemakan perpaduan nasional antara pelbagai kaum di Malaysia untuk bersama-sama
memajukan dan membangunkan negara.
Persoalan
1. Persoalan impian dan angan-angan perpaduan pelbagai bangsa akan menjadi
kenyataan jika diusahakan dengan penuh kegigihan.
10
2. Persoalan bahasa kebangsaaan boleh dijadikan jambatan untuk mengeratkan
hubungan antara kaum. Bahasa juga boleh dijadikan sebagai alat komunikasi
untuk saling mengenal dan memahami.
3. Persoalan kasih sayang perlulah dipupuk antara pelbagai bangsa di negara
melalui satu bahasa.
4. Persoalan perbincangan untuk mencari kesepakatan perlu ada dalam sebuah
negara yang mempunyai pelbagai bangsa.
5. Persoalan bersatu-padu untuk satu tujuan dan demi negara yang tercinta.
6. Persoalan saling bermaafan-maafan dan bertolak ansur antara satu sama lain di
bawah satu negara.
7. Persoalan estetika iaitu warisan budaya rumpun Melayu yang berhemah dalam
menangani sesuatu perkara.
8. Persoalan perpaduan antara kaum penting untuk kemakmuran dan keamanan
negara.
11
Mencintai Tanah Ini
(Lim Swee Tin)
Maksud
Rangkap 1
Penyair mencabar sesiapa sahaja yang berani mencemarkan/menimbulkan
ketegangan/menghapuskan kedamaian dalam keadaan negara yang sejahtera ini.
Penyair turut mempersoalkan mereka yang sentiasa menyusun strategi dan bertindak
agresif/ganas/tidak berperikemanusiaan/ melanggar peraturan/peraturan rimba dengan
membangkitkan dendam dan menabur bibit-bibit kebencian dalam negara yang damai
lagi sejahtera.
Rangkap 2
Penyair menegaskan bahawa sejarah yang dilakukan oleh pahlawan bangsa. Masih
tetap dikenang walaupun zaman telah silih berganti. Masih terkesan kezaliman dan
penindasan yang menyebabkan penderitaan yang dilalui semasa zaman penjajahan
yang silih berganti (Portugis, British, Jepun, Komunis…) Walaupun zaman telah berganti
namun kepedihan itu tetap terasa seolah-olah baru sahaja berlaku.
Rangkap 3
Setiap detik anak-anak bangsa masih teguh dan sentiasa menaruh harapan untuk terus
mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara bangsa tercinta. Mereka
sanggup berjuang dan berkorban nyawa tanpa mengharapkan ganjaran demi kasih
sayang yang suci dan murni.
Tema
Bertemakan semangat patriotik dan sentiasa bersemangat dan bersedia
mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara bangsa tercinta.
Persoalan
12
1. Jati diri dan patriotisme. Penceroboh keamanan negara perlu ditentang dengan
tegas oleh setiap anak bangsa yang menghuni sesebuah negara. Menentang
mereka yang menimbulkan ketegangan dan konflik dalam negara melambangkan
perasaan cinta dan kasih sayang kepada negara bangsa.
Contoh : - Siapakah berani merobek angin musim sentosa ini
Contoh :- Siapakah berani memancung damai negeri bertuah ini
2. Mengenang kembali sejarah bangsa zaman silam. Kita perlu mengenang jasa
nenek-moyang/ generasi terdahulu yang sanggup berkorban harta dan nyawa
menentang penjajah yang datang silihberganti. Kini negara berada dalam
keadaan sentosa, sejahtera dan bertuah
Contoh : - sejarah pertiwi masih cermat tersimpan
dalam album purbanya
ngilu hiris cengkam penjajah
berganti silih
mencakar sukma ibunda
hari ini pun terasa lagi akan pedih siatnya.
3. Pasti ada rakyat yang tidak berpuas hati dan sentiasa berusaha menyebarkan
rasa dendam dan kebencian secara agresif tanpa memikirkan kesan kepada
negara bangsa. Oleh itu kita berlu berwaspada untuk mengelak menyumbang
kepada ketidakharmonian negara bangsa.
Contoh:- siapakah berani merobek angin musim sentosa
sayapnya menebar jauh hingga ke lereng bukit
dan denai-denai desa
dengan pedang terhunus dendam
berpercikan silau kebencian
13
4. Kasih sayang anak bangsa kepada negara tercinta. Kita perlu mengimbau sejarah
silam perjuangan waris terdahulu yang membebaskan diri dari belenggu
penindasan dan kezaliman penjajah. Oleh itu keamanan yang ada kini perlulah
dikekalkan dan mengelakkan diri daripada mencetuskan konflik berdarah demi
mengelak sejarah pahit zaman silam berulang kembali. Janganlah pula kita yang
menjadi dalang di tanah air sendiri.
Contoh:- degup ingin anak-anak bangsa
masih kental mengisi mimpi
membenteng tanah yang sesusuk ini
dengan harga cinta tak tertawarkan
dengan anyam kasih tak tercelakan.
5. Masih ada anak-anak bangsa generasi yang mewarisi semangat perjuangan
generasi silam yang kental jiwanya dan sanggup berjuang dan berkorban untuk
mempertahankan kedaulatan dan keharmonian negara bangsa.
Contoh:- degup ingin anak-anak bangsa
masih kental mengisi mimpi
membenteng tanah yang sesusuk ini
dengan harga cinta tak tertawarkan
dengan anyam kasih tak tercelakan
14
Ini Tanah Kita
(Salman Sulaiman)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak ingat akan pesan bondanya bahawa suatu hari nanti penyajak atau anaknya
akan menempuhi kematian. Bonda mengingatkan penyajak supaya sentiasa mengingati
Tuhan dan berzikir kepada Tuhan dengan penuh keinsafan seolah-olah seperti seorang
tua yang hampir meninggal dunia.
Rangkap 2
Pesan bonda lagi, liang lahad ini akan diisi dengan jasad-jasad yang bersedia
menghadapi kematian. Penyajak termenung seketika memikirkan bagaimana untuk
menjadi lelaki yang bersedia untuk hidup dalam alam liang lahad tersebut.
Rangkap 3
Bonda berpesan lagi supaya kita sentiasa mengingati hari kematian kita kerana
kemungkinan kita akan mati pada hari esoknya.
Rangkap 4
Kita tidak hanya perlu melilitkan kepala dengan kain serban untuk menunjukkan alim di
hadapan malaikat Munkar dan tidak perlu mempunyai ilmu sihir untuk bersembunyi
daripada malaikat Nakir. Namun kita perlu tahu bahawa kita berasal daripada tanah.
Rangkap 5
Tanah (kubur) ini sentiasa menunggu bakal-bakal penghuninya.
15
Rangkap 6
Penyajak berimiginasi terdapat seorang lelaki tua di bawah sepohon kemboja sedang
menggali liang lahad untuk jasadnya sendiri. (Menggambarkan seseorang itu telah
bersedia untuk kembali kepada Penciptanya)
Tema
Sajak ini bertemakan keagamaan, sentiasa mengingati kematian kerana setiap yang
hidup akan berakhir dengan kematian.
Persoalan
1. Persediaan menghadapi kematian. Kita sebagai manusia yang akan menempuh
alam kematian suatu hari nanti perlu bersedia dan membawa bekalan menuju
akhirat.
2. Nasihat seorang ibu kepada anaknya. Ibu menasihati anaknya supaya sentiasa
bersedia mengingati kematian yang akan dilalui oleh setiap manusia.
3. Keinsafan di dalam diri manusia. Kematian yang berlaku setiap hari dapat
menyedarkan dan menginsafkan penyajak bahawa suatu hari nanti dia juga akan
menempuhi kematian.
16
Sekeping Kartu Kecil
(Mohd. Aidid Abd Rahman)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak menyangka bahawa kekasihnya telah melupakannya kerana mereka telah
lama berpisah.
Rangkap 2
Penyajak menerima kad ucapan hari raya daripada kekasihnya.
Rangkap 3
Kad tersebut menggembirakan penyajak dan terkenang akan hubungan mereka pada
masa lampau.
Rangkap 4
Penyajak ingin berkunjung ke rumah sahabatnya pada hari raya nanti. Bukan sebagai
kekasih tetapi sebagai sahabat. Penyajak meminta kekasihnya melayannya sebagai
sahabat.
Tema
Bertemakan persahabatan. Penyajak mengharapkan hubungan yang terputus antara dia
dan kekasihnya akan tetap berkekalan tetapi sebagai sahabat.
17
Persoalan
1. Kesetiaan dalam memupuk persahabatan.
Contoh: ya, ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu
bukan lagi sebagai kekasih seperti kelmarin
2. Kasih sayang dalam keluarga
Contoh: dan tiga orang anak tercinta
3. Melayan tetamu dengan baik
Contoh: sambutlah sebagaimana kebiasaan
engkau menyambut tetamu
18
Kubentang Sehelai Peta
(T. Alias Taib)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak mula menyatakan perjalanan hidupnya dari kecil sehingga berusia 60 tahun.
Rangkap 2
Penyajak terkenangkan semasa kecilnya. Dia banyak menghabiskan masa di sawah
dan kesabarannya dibentuk semasa aktiviti memancing.
Rangkap 3
Penyajak mengalami kesukaran untuk menuntut ilmu. Beliau terpaksa berkaki ayam
dan melalui kawasan hutan semasa ke sekolah.
Rangkap 4
Semasa remaja juga beliau menghadapi cabaran/masalah/dugaan untuk mencapai
impiannya sebagai penulis/karyawan.
Rangkap 5
Apabila semakin berusia, penulis semakin matang dan mengenal diri sendiri serta
peranannya dalam masyarakat.
19
Rangkap 6
Penulis akhirnya berjaya mencapai impiannya namun tetap mengekalkan warisan
budaya nenek moyang.
Tema
Bertemakan jati diri. Penyajak menceritakan pengalaman pahit getirnya mengharungi
kehidupan.
Persoalan
1. Ketabahan dalam mengharungi cabaran hidup
Contoh: Di atas rakit ini kurempuh kesulitan
2. Gigih berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran
Contoh: menajamkan kalam dan berkaki ayam
menyusur denai basah ke sekolah
3. Kegigihan mencapai cita-cita
Contoh: antara bakat menulis puisi
dengan mengasah perasaan
4. Mengenal diri sendiri
Contoh: Di atas rakit ini kukayuh usiaku
Mudik ke hulu hari mencari diri
20
Sepi Syawal Tanpa Bonda
(Amylia Hussain)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak melahirkan perasaan kecewa dan dukacitanya yang bercampur gaul dalam hati
dan membiarkan kesedihan dan kesunyian yang dialami seterusnya tergambar pada
wajah penyajak
Rangkap 2
Penyajak berasa amat gembira sewaktu mendengar alunan takbir bergema kerana dapat
bersama-sama ibunya, seorang wanita tua yang penuh kesabaran dan baik hati.
Rangkap 3
Setelah kematian ibunya, penyajak berasa amat sunyi dan pilu. Namun, kenangan
sewaktu bersama-sama ibunya dahulu tetap dalam ingatannya.
Tema
Sajak ini bertemakan kasih sayang. Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya tetap
utuh walaupun ibunya telah meninggal dunia. Hal ini amat menyentuh hati penyajak
terutama sewaktu menyambut kedatangan syawal, penyajak berasa amat sunyi.
Persoalan
1. Kematian orang yang tersayang – penyajak menerima kematian ibunya walaupun
dalam masa yang sama beliau amat terasa dengan kehilangan tersebut.
2. Kesepian menjalani kehidupan – penyajak berasa sunyi selepas kematian ibunya
dan sentiasa terkenangkan ibunya.
3. Kesabaran menjalani kehidupan – ibu penyajak merupakan seorang yang penyabar
kerana menyimpan sendiri kesusahannya daripada pengetahuan penyajak.
21
Kata Bukit Kepada Jentolak
(Mohd Faizal Said)
Maksud
Rangkap 1
Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia pernah mencatat sejarah, iaitu pernah berlaku
persengketaan antara dua beradik sehingga membawa kepada peperangan. Pertanyaan
daripada bukit kepada jentolak yang datang dengan hingar dengan deruman dan boleh
menguburkan sejarah yang pernah berlaku di bukit itu.
Rangkap 2
Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak
mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang.
Rangkap 3
Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia adalah pasak kepada alam dan disebabkan
sikap rakus manusia yang memusnahkan alam maka berlakulah kejadian tanah runtuh.
Rangkap 4
Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak
mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang.
Tema
Sajak ini bertemakan alam sekitar. Penjagaan alam sekitar penting bagi menjamin
kelestarian alam. Alam sekitar adalah sumber penting dalam kehidupan manusia.
Kemusnahan alam sekitar boleh mendatangkan bencana kepada kita.
22
Persoalan
1. Kuasa wang – Penyajak menimbulkan isu mengenai sesetengah pihak yang lebih
mementingkan keuntungan berbanding menjaga kelestarian alam.
2. Peristiwa bersejarah – Peristiwa bersejarah, iaitu perang saudara yang pernah
berlaku di bukit itu akan terkubur sekiranya bukit ini dimusnahkan oleh jentolak.
3. Kemusnahan alam sekitar – Kerakusan sesetengah pihak yang cuba mengaut
keuntungan akan mendatangkan kemusnahan kepada alam sekitar, iaitu boleh
menyebabkan kejadian tanah runtuh.
23
Lidah Anakku Berbelang-Belang
(Abizai)
Maksud
Rangkap 1
Pengaruh daripada pendidikan sekular telah menyebabkan generasi hari ini
mengagungkan perkara-perkara yang dihasilkan oleh orang barat. Anak-anak hari ini
lebih suka kepada gaya hidup moden dan tidak mengamalkan warisan budaya sendiri.
Penyajak mengharapkan agar anak-anak muda hari ini kembali ke pangkal jalan sebelum
masa terlambat.
Tema
Sajak ini bertemakan kesan dan pengaruh budaya moden terhadap perkembangan gaya
hidup anak-anak muda hari ini. Contohnya, anak-anak muda hari ini telah mula
mengagungkan bahasa barat berbanding menggunakan bahasa ibunda.
Persoalan
1. Kepentingan bahasa ibunda . Anak-anak muda keliru tentang kelebihan antara
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Bahasa asing lebih diagungkan berbanding
bahasa ibunda.
Contoh : hasil didikan serampang bermata dua
keliru menilai martabat bahasa ibunda
2. Mengagungkan budaya barat berbanding budaya sendiri
Contoh: memuja kuntuman tulip di taman seberang
melupakan haruman melur di laman
belakang
24
3. Amalan budi bahasa yang semakin terhakis
Contoh : teduh budi bahasa tiada lagi terasa
ditawan terik mentari langit terbuka
4. Seruan kembali ke pangkal jalan
Contoh: segeralah pulang sebelum menghilang
setia menghadam kulit dan isi warisan
25
Ingatan Kepada Kawan XXIV
(Zaen Kasturi)
Maksud
Rangkap 1
Walaupun peralihan waktu dan musim. Saban waktu penyajak mengingati kawannya
dan diharapkan menjadi ingatan di hati kawannya juga.
Rangkap 2
Penyajak menggambarkan kemungkinan dirinya hanya bayangan atau kenyataan buat
sementara selagi dia masih hidup. Mungkin setelah melalui dan mengalami semuanya
maka kita akan lebih tahu rencah kehidupan ini. Dalam kehidupan ini kita akan sentiasa
dibuai mimpi jika kita tidur dan akan berjumpa seorang kawan yang baik jika ditakdirkan
oleh Tuhan dalam kehidupan.
Rangkap 3
Dalam hubungan yang wujud ini, akan membawa kita mengharungi kehidupan yang
lebih baik dan akan menjadi sahabat yang akan sentiasa menjaga kawannya serta
menganggap kawannya menjadi sebahagian dirinya yang penting dalam hidup ini.
Rangkap 4
Dalam hubungan persahabatan, kita harus ikhlas menjaga kawan dan bukan mempunyai
keinginan tersirat untuk memilikinya. Kawan atau sahabat kita mungkin ada yang
menghadapi pelbagai masalah.
Rangkap 5
26
Penyajak menganggap kawannya tempat dia meluahkan masalah dan perkongsian
masalah dapat diselesaikan. Dalam kehidupan ini kita sering dilambung pelbagai dugaan
dan masalah. Namun semua itu adalah sesuatu yang indah.
Tema
Bertemakan kasih sayang seorang rakan yang menyayangi rakannya dan sanggup
berkongsi masalah bersama-sama.
Persoalan
1. Persoalan sikap kawan yang mengambil berat masalah kawannya.
2. Persoalan saling mengingati antara satu sama lain tanpa ada hasrat yang
tersembunyi di sebaliknya.
3. Persoalan keikhlasan dan jujur dalam persahabatan tanpa ada niat untuk
mengkhianati sahabat atau kawan.
27
Jalur yang Tidak Pernah Padam
(Jasni Matlani)
Maksud
Rangkap 1
Cahaya matahari mula menyinari, menerangi bumi pada waktu pagi ke seluruh pelusuk
dunia sama ada di atas bumbung, di atas pokok-pokok rendang, di kawasan taman, di
kawasan kota yang sibuk ataupun kawasan desa yang suram.
Rangkap 2
Apabila hari semakin tinggi, maka cahaya matahari semakin bersinar dan menerangi ke
seluruh alam. Malahan cahaya matahari yang berkaca-kaca ini turut diraikan dalam satu
pesta untuk mengalu-alukan turunnya hujan setelah tujuh tahun mengalami musim
kemarau.
Rangkap 3
Sinar matahari tidak pernah padam malah terus memancarkan cahayanya walaupun
telah sampai ke penghujung petang. Sinarnya tidak akan berakhir pada waktu itu sahaja
kerana cahayanya akan menerangi bahagian lain di muka bumi ini. Matahari tidak akan
hilang atau terhapus daripada dunia ini walaupun tidak kelihatan pada pandangan mata.
Tema
Kepentingan alam semula jadi kepada manusia. Matahari telah membantu penduduk
bumi menerangi alam ini dengan pancaran cahayanya yang berterusan tanpa ada
penghujung.
28
Persoalan
1. Berbuat jasa – Matahari telah berbuat jasa kepada alam ini tanpa mengira
manusia, haiwan atau tumbuhan dengan menerangi bumi ini secara berterusan.
2. Kesetiaan dalam perhubungan – Perhubungan manusia dengan matahari sangat
rapat sehinggakan kehadiran matahari turut dirasai pada waktu malam walaupun
jasadnya sudah tidak kelihatan lagi.
3. Kesyukuran – Hujan yang turun telah disambut dengan gembira dan penuh
kesyukuran akibat musim kemarau yang berlaku selama tujuh tahun.
29
Pancang Kenangan
(Khadijah Hashim)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak menyuarakan keluhan kerana terdapat banyak pihak yang tidak menghiraukan
/ tidak prihatin dengan suara-suara pendapat / bantahan tentang kemusnahan alam
akibat proses pembangunan.
Rangkap 2
Keadaan yang berlaku menyebabkan banyak pihak yang kecewa dan berputus asa
kerana terpaksa tunduk menurut arahan pihak atasan / pihak berkuasa. Mereka terpaksa
akur dengan membiarkan alam semula jadi diteroka secara meluas demi pembangunan.
Rangkap 3
Terdapat golongan yang berkuasa semakin lantang bersuara dan sanggup mendengar
suara bantahan golongan pencinta alam. Mereka memberi janji dan mengadakan
kempen/slogan namun semua itu tidak dapat membersihkan sungai yang telah tercemar
dan menyelamatkan flora dan fauna. Golongan bawahan tidak mampu menghalang
semua itu daripada berlaku. Alam sekitar ini bakal menjadi satu kenangan sahaja suatu
hari nanti jika masalah ini terus berlaku.
Tema
Bertemakan proses pembangunan yang banyak mengorbankan alam sekitar.
Persoalan
1. Kepupusan flora dan fauna akibat proses pembangunan.
2. Sikap manusia yang mementingkan diri sehingga mengabaikan alam sekitar.
3. Golongan bawahan yang terpaksa akur dengan tindakan golongan atasan yang
bersifat negatif.
4. Usaha-usaha yang dilakukan untuk mempertahankan alam sekitar daripada pupus.
30
Kolek Bonda
(Aminah Mokhtar)
Maksud
Rangkap 1
Pak Tua (generasi tua) berasa risau sebelum anak-anak (generasi baru) pulang dari
tanah seberang (menuntut ilmu, bekerja). Dia menjangka akan berlaku perubahan sikap
dan pemikiran yang ketara berbanding sebelumnya (generasi muda) setelah pulang
nanti.
Rangkap 2
Pak Tua begitu berhati-hati berbicara ketika generasi baru ke tanah air. Pak Tua
berpesan supaya terus mempertahankan jati diri bangsa dan tidak menggadaikan
maruah bangsa yang selama ini menjadi amalan/pegangan generasi silam. Amalan ini
telah mempertahankan kedaulatan negara bangsa sejak sekian lama.
Rangkap 3
Pak Tua bertindak penuh hemah dengan memperindah dan memperkukuh kolek bonda
apabila diminta secara paksa oleh anak-anaknya. Diadengan penuh hemah meyakinkan
mereka bahawa kolek itu bercirikan berdaya tahan dan berdaya saing yang tinggi.
Rangkap 4
Pak Tua mendahului anak-anaknya (sebelum anak-anaknya bertindak selanjutnya)
memulakan bicara penuh syahdu dengan kias dan ibarat berkaitan, tunjuk ajar dan
penyelesaian masalah kehidupan. Namun nasihat itu telah mencetuskan kemarahan
mereka. Pak Tua lantas mengusungkan koleknya ke kuala untuk mengelilingi dunia.
Rangkap 5
Di setiap benua yang disinggahinya, Pak Tua berkias tentang generasinya / bangsanya.
Pak Tua penuh yakin dan menegaskan berkenaan kolek bondanya yang berlantaikan
jiwa hanya berdindingkan bangsanya yang berdaya tahan dan berdaya saing yang
hebat/tinggi. Tahan diuji. Dia kemudiannya membawa kolek bondanya mengelilingi
dunia.
31
Rangkap 6
Pak Tua berjaya membuktikan kata-katanya tentang kelebihan / keistimewaan kolek
bonda sehingga anak-anak tiada alasan menidakkan kebenarannya. Pak Tua
kemudiannya telah beberapa kali berjaya mengeliling dunia menaiki kolek bonda.
(menjuarai / mendapat ranking dunia/ pengiktirafan dunia)
Tema
Kepimpinan melalui teladan/Identiti Nasional/Jati Diri. Pemimpin yang berwawasan
berkerampilan berhemah tinggi perlu untuk kepentingan negara bangsa dan menjadi
contoh kepada orang yang dipimpinnya. Mengotakan kata. Futuristik. Meyakinkan dan
memberikan kesan emosi dan merealisasikan visi dalam melaksanakan misi.
Persoalan
1. Generasi tua perlu memastikan jati bangsa dihayati dalam jiwa generasi muda
dalam mencorak wawasan negara.
2. Setiap kata-kata/nasihat/tunjuk ajar perlu dibuktikan untuk mendapat kesan emosi
dan keyakinan/ kepercayaan yang mendalam.
3. Generasi tua perlu mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi dalam
mempertahankan kelestarian budaya bangsa.
4. Pertembungan pemikiran/budaya/pendidikan antara generasi tua dan generasi
muda perlu ditangani secara berhemah untuk mengelakkan konflik yang boleh
menjejaskan kelestarian budaya warisan.
5. Setiap warganegara perlu berwawasan dengan berpaksikan kepentingan negara
serta menyedari akan realiti semasa dan berkebolehan membuat ramalan/
perancangan masa depan dalam menentukan kemenjadian wawasan tersebut.
6. Sentiasa peka dan mengenali diri setiap ahli organisasi.
7. Mengotakan apa yang dikata.
8. Berkongsi pengalaman bersama-sama dengan memanfaatkan pengalaman dan
kepakaran serta kecekapan dalam membuat keputusan dengan tangkas dan tepat
9. Dapat menentukan tindakan masa depan secara optima dengan merancang,
mengelola, mendorong dan mengawal secara sistematik
32
Kuntum Rahsia dari Taman Takdir
(WB. Rendra)
Maksud
Rangkap 1
Pengarang menyatakan bahawa nilai kepercayaan dalam persahabatan akan memupuk
kesetiaan sehingga membentuk satu hubungan yang akrab dalam kehidupan. Hubungan
yang akrab ini akan menjadikan kehidupan lebih bahagia.
Rangkap 2
Seorang pemuda berjanji dengan sepenuh jiwa akan setia terhadap persahabatan ini,
walaupun janji tersebut bukan mudah ditepati seperti yang dilafazkan.
Rangkap 3
Terdapat gangguan dari luar yang berusaha untuk memusnahkan perjanjian itu. Kita
hanya bergantung harap pada Allah melalui doa untuk menghadapi ujian dan semua
ini memerlukan kesabaran. Akhirnya, kesabaran itu akan membina sebuah kebahagiaan.
Tema
Bertemakan kepentingan kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Setiap perhubungan
perlu disemai dengan kesetiaan.
Persoalan
1. Persoalan kebahagiaan dalam kehidupan.
Sebagai contoh: adalah baja-baja bahagia
2. Persoalan ketabahan menghadapi ujian.
sebagai contoh: denai- dilalui- ditempa
3. Persoalan menyerah diri kepada Tuhan
Sebagai contoh: Dipelihara dalam dakapan doa
33
Aku Tidak Berani Berjanji
(Rosli K. Matari)
Maksud
Rangkap 1
Seorang pemimpin yang tetap pendiriannya dan bebas melakukan apa sahaja yang
difikirkannya.
Rangkap 2
Walaupun ada waktunya pemimpin berasa gembira tetapi tidak dapat dizahirkan atau
pun ketika dia sedih dan hanya menerima keadaan tersebut.
Rangkap 3
Pemimpin tetap tabah dan teguh pendirian ketika ditimpa pelbagai ujian yang cuba
menggugat dirinya.
Rangkap 4
Pemimpin lebih takut akan balasan yang akan diterimanya sesudah mati berbanding
ancaman daripada orang lain.
Rangkap 5
Kadang-kadang pemimpin berasa bimbang untuk menyuarakan sesuatu dan dibiarkan
begitu sahaja.
Rangkap 6
Ada kalanya pemimpin terpaksa mengikut kehendak mereka yang di bawah
kepimpinannya walaupun terpaksa berpura-pura.
Rangkap 7
34
Sesekali terpaksa pula menjadi seorang pemimpin yang tegas dan bertindak keras
namun masih menghormati mereka yang di bawah kepimpinannya.
Rangkap 8
Begitulah rutin harian yang dijalani oleh seorang pemimpin.
Rangkap 9
Pemimpin tidak berani berjanji bahawa semua perkara akan dapat diatasinya.
Tema
Sajak ini bertemakan kejelasan prinsip seseorang pemimpin. Contohnya, Sang Pelita
membiarkan sahaja bayangnya bermain sepuas-puasnya atau membebel sekehendak
hatinya.
Persoalan
1. Jati diri seorang pemimpin. Pemimpin tetap dengan pendiriannya walaupun
menerima pelbagai kritikan atau cemuhan daripada orang bawahannya.
Contoh: Seperti tiap-tiap malam, yang sudah-sudah
Sang Pelita membiarkan sahaja
Bayangnya bermain sepuas-puasnya
Atau membebel sekehendak hatinya
2. Tabah dalam menghadapi dugaan. Pemimpin tetap tabah dengan pelbagai
dugaan yang mendatang.
Contoh: Bahkan, ketika angin mencuri-curi masuk
Sang Pelita berdiam diri sahaja
Tidak peduli sekuat-kuat mana
Bayangnya menjerit-jerit cemas
35
3. Keinsafan dalam menjalankan tanggungjawab. Pemimpin sedar dan berasa insaf
akan mendapat balasan sekiranya tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai
seorang pemimpin.
Contoh: “Aku ngeri pada maut,
Lebih daripada jeritan mu”
4. Sifat rendah diri dalam diri seorang pemimpin. Pemimpin sedar bahawa dia tidak
mungkin dapat melakukan semua yang diharapkan oleh orang bawahannya.
Contoh: Hanya sekali, ia pernah menjawab:
“Aku tidak berani berjanji apa-apa.”
5. Pengorbanan seorang pemimpin. Pemimpin terpaksa berkorban demi
kepentingan mereka yang di bawah pimpinannya.
Contoh: Menjadi helang mengepak-ngepak sayap
Meniru orang tua terbongkok-bongkok
Merungut atau berdekah-dekah
Menjelma atau menyelinap sementara
6. Kebebasan bersuara. Rakyat diberi kebebasan bersuara dan memberi
pandangan terhadap pemimpin mereka.
Contoh: Sang Pelita membiarkan sahaja
Bayangnya bermain sepuas-puasnya
Atau membebel sekehendak hatinya
36
Aku Hanya Mahu ke Seberang
(Hashim Yaacob)
Maksud
Rangkap 1
Persediaan dan persiapan rapi dan teliti daripada setiap aspek fizikal, mental dan emosi
untuk mencapai impian yang murni dalam merancang kehidupan masa hadapan.
Rangkap 2
Bersedia untuk berhadapan/menempuh cabaran yang telah dijangka dan tidak terduga
sepanjang perjalanan untuk meraih kejayaan.
Rangkap 3
Penyair akur akan keupayaannya yang masih banyak kekurangan/kelemahannya
sedangkan halangan sangat mencabar keupayaannya fizikal dan mental dan emosinya.
Rangkap 4
Penyair berharap agar segala cabaran sepanjang perjuangannya dalam keadaan
terkawal. Demikian juga dengan segala persiapan fizikal, mental dan emosi supaya
berfungsi dengan sempurna dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini yang
boleh menggagalkan usahanya sekian lama untuk mencapai impiannya.
Rangkap 5
Bertawakal dan berserah kepada Tuhan semoga cita-cita/impian yang kecil itu
dimakbulkan.
37
Tema
Bertemakan persediaan yang menyeluruh (emosi, mental dan fizikal) dengan keazaman
yang mantap, pengetahuan ilmu yang menyeluruh dalam pelbagai dan ketelitian dalam
mengubah kehidupan. Keyakinan dalam doa dan bertawakal kepada Tuhan agar segala
usaha tidak sia-sia dan sangat perlu dalam merealisasikan cita-cita.
Persoalan
1. Setiap orang perlu mengetahui dan menyediakan perkara-perkara yang terbaik
(sebaik-baiknya) untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan.
Contoh:-
Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung
Panjinya kain suluk atma
2. Setiap orang yang hendak mengubah kehidupan / mencapai cita-cita perlu berilmu
pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi tentang bidang yang ingin diceburinya.
Contoh :-
Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung
Panjinya kain suluk atma
3. Pengetahuan dan persediaan yang mantap mengenai keadaan persekitaran yang
menjadi cabaran dan halangan perlu diketahui dengan sebaik-baiknya.
Contoh :-
mengharung samudera
38
melawan ombak dan pantai
4. Mengetahui keupayaan diri dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
persekitaran supaya dapat terus berdaya tahan.
Contoh :-
Perahuku kecil, lautnya ganas.
5. Bertawakal dan berdoa serta memberi pengharapan yang tinggi kepada Tuhan yang
maha menguasai alam semesta, sangat perlu untuk meredakan tekanan dan
mengawal emosi supaya dapat terus bertahan (sebagai terapi - tidak hilang punca/
dapat mengawal keadaan) dalam menghadapi saat-saat genting dalam kehidupan.
Contoh :-
Tenanglah laut, kuala dan muara.
Ombak jangan gila melanda
Tiuplah bayu pada layarku laju
Dayung jangan patah.
Layar jangan rekah
Tiang jangan rebah
6. Tidak mudah patah semangat walaupun menemui pelbagai kesukaran dalam
merealisasikan cita-cita.
Contoh :-
Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang
39
Wanita dan Laut
(Mahaya Mohd Yassin)
Maksud
Rangkap 1
Wanita digambarkan sebagai laut yang tenang disuluhi cahaya matahari tetapi boleh
bertukar bergelombang jika perasaannya terusik.
Rangkap 2
Wanita juga mempunyai sikap yang sopan santun tetapi dalam masa yang sama turut
menyimpan dendam.
Rangkap 3
Wanita memiliki perasaan yang indah saat bertemu muka, namun menyimpan rahsia dan
penuh misteri.
Rangkap 4
Wanita yang diumpamakan sebagai laut digambarkan sangat indah tetapi pada masa
yang sama bersuara lantang dalam diam, sukar ditafsir tindak-tanduknya dan kadangkala
menjadi pendiam.
Rangkap 5
40
Segala tindak-tanduknya bersebab dan rasional. Mempunyai kesungguhan dalam
menyemai perasaan kasih dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, memiliki peribadi
yang mulia.
Rangkap 6
Ibu, kakak, nenek dan penyajak sendiri ialah wanita anugerah Allah yang amat istimewa
untuk seluruh umat manusia
Tema
Sajak ini bertemakan kekuatan peribadi wanita. Wanita yang digambarkan sebagai laut
mempunyai keistimewaan yang tersendiri disebabkan sifat laut yang tenang dan juga
bergelora. Keistimewaan yang ada pada wanita adalah anugerah daripada maha
pencipta untuk seluruh umat manusia.
Persoalan
1. Kasih sayang seorang wanita – Wanita digambarkan sebagai insan yang
mempunyai perasaan kasih sayang yang sangat melimpah-ruah.
2. Kesetiaan kaum wanita – Kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi adalah satu
keistimewaan yang dimiliki oleh wanita.
3. Wanita adalah anugerah Tuhan – Wanita yang terdiri daripada nenek, ibu, kakak
adalah anugerah istimewa untuk manusia sejagat.
41
Ranting
(Hilmi Rindu)
Maksud
Rangkap 1
Tidak semua masyarakat kita mempercayai kemajuan yang dikecapi disebabkan oleh
peranan individu atau organisasi.
Rangkap 2
Hasil kejayaan dan kenikmatan yang diperoleh hari ini disebabkan oleh usaha dan
sumbangan individu atau organisasi tertentu yang banyak membantu tanpa
mengharapkan balasan.
Rangkap 3
Masyarakat selalu menyanjung tinggi setiap kejayaan secara luaran tetapi tidak
menyedari sebenarnya terdapat peranan besar yang dimainkan oleh golongan tertentu
dalam kejayaan tersebut. Sebaliknya, masyarakat menikmati hasil kejayaan itu dengan
perasaan gembira tanpa menyedari disebalik kejayaan itu terdapat golongan tertentu
yang membantu.
Rangkap 4
Individu dan organisasi yang ikhlas membantu dalam memberi sumbangan idea dan
tenaga mempunyai perasaan rendah diri dan memahami erti kehidupan bahawa setiap
yang disumbangkan tidak semestinya mendapat kejayaan dan mengharapkan
perhargaan orang lain
Rangkap 5
Individu yang ikhlas mengharapkan sumbangan yang diberikan dapat memberi
kebahagiaan kepada orang lain agar kemajuan negara akan terus dikecapi selama-
lamanya.
42
Tema
Bertemakan integriti seorang individu atau masyarakat dalam sesebuah organisasi
dengan memberi sumbangan tanpa mengharapkan balasan untuk kepentingan orang
lain.
Persoalan
1. Persoalan sikap masyarakat yang kurang sedar kemajuan yang dimiliki atas
sumbangan orang lain atau pihak tertentu.
2. Persoalan kemajuan yang dinikmati adalah disebabkan oleh usaha pihak tertentu.
3. Persoalan keikhlasan seseorang individu atau organisasi memberi sumbangan
tanpa mengharapkan sanjungan daripada orang lain.
43
Belajarlah Memahaminya - Gunung Legenda
(Shapiai Muhammad Ramly)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak tahu bahawa daun-daun yang kelihatan diam sebenarnya sedang berzikir.
Suasana di kawasan gunung tersebut memberikan ketenangan kepada penyajak yang
rimas dengan kesibukan kota sebelum ini. Gunung ini merupakan tempat yang
meninggalkan peristiwa sejarah dan menimbulkan pelbagai misteri yang tidak terjawab.
Suasana di sana menyedarkan penyajak betapa pentingnya menjaga alam sekitar
daripada menjadi mangsa kemusnahan akibat pembangunan.
Rangkap 2
Ketika tidur di kaki gunung tersebut, penyajak mengimbas kembali tentang peristiwa
sejarah yang pernah berlaku di gunung tersebut. Sejarah yang banyak memberikan
sindirian. Sejarah tentang legenda seorang puteri.
Rangkap 3
Semasa berada di puncak gunung, penyajak berasa terpegun melihat suasana dan
keindahan alam semula jadi.
Rangkap 4
Ketika menuruni gunung tersebut, penyajak masih terasa seolah-olah alam sekitar
disekeliling begitu mesra dengannya.
44
Rangkap 5
Penyajak mengajak kita semua agar belajar dan memahami diri melalui alam semula jadi
yang terdapat di gunung legenda ini.
Tema
Bertemakan hubungan antara alam sekitar dengan manusia.
Persoalan
1. Keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan.
2. Peristiwa sejarah yang penting di sesuatu kawasan/tempat.
3. Suasana alam sekitar di kawasan pergunungan dapat memberi ketenangan kepada
orang ramai.
4. Sejarah yang sudah berlalu banyak memberi sindiran dan iktibar kepada
masyarakat.
45
Pada Glaukoma ke Ahmar
(Abd Razak@Rezeki Othman)
Maksud
Rangkap 1
Pengarang menggambarkan suasana yang dirasai/kesan emosi melibatkan perubahan
fungsi/kemerosotan deria penglihatan seseorang yang turut melibatkan perubahan masa.
Rangkap 2
Pengarang menggambarkan emosi seseorang yang tertekan kerana kehidupannya tidak
lagi dapat berfungsi/membataskan pergerakan dalam menjalani rutin harian disebabkan
kemerosotan fungsi deria penglihatan. Sedangkan usia semakin mendekati kematian.
Rangkap 3
Malang menimpa bonda pengarang kerana dia tiba-tiba diserang penyakit angin ahmar
pula. Selama ini dia yang masih dapat melaksanakan rutin ibadah solat walaupun dalam
keadaan pergerakan yang terbatas. Namun serangan penyakit ahmar ini telah
melumpuhkan setiap pergerakannya.
Rangkap 4
Pengarang menyatakan ibunya telah menanggung penyakit glaukoma yang telah
menghilangkan deria penglihatan ibunya selama hampir tiga puluh tahun. Namun
menyatakan keresahannya/kerisauannya jika dengan serangan penyakit angin ahmar
ini nantinya akan menghilangkan/mengambil/meragut pula keseluruhan hayat ibunya
yang tiada galang gantinya. Mendapat sakit berat yang bertimpa-timpa.
46
Rangkap 5
Pengarang berdoa agar ibunya terus reda dan sabar menghadapi penyakitnya kerana
dia tidak mahu kehilangan ibunya. Pengarang tidak berasa terbeban menjaga ibunya
sebaliknya ingin terus diberi peluang untuk berbakti dan membalas jasa ibunya yang
tidak ternilaikan itu.
Tema
Bertemakan kasih sayang dan empati seorang anak terhadap ibunya yang begitu tabah
dan reda menanggung penderitaan akibat penyakit glaukoma selama hampir tiga dekad
dan yang terkini diserang penyakit angin ahmar pula. Kasih sayang yang begitu ampuh
seorang anak yang begitu takut jika hayat kehidupan ibunya tidak panjang berikutan
serangan penyakit angin ahmar. Ini kerana si anak masih tidak puas berbakti dan
membalas budi ibunya selama ini.
Persoalan
1. Malang tidak berbau kerana tiada sesiapa pun yang ingin berpenyakit. Serangan
penyakit turut menjejaskan rutin dan suasana kehidupan manusia. Meragut
kebahagiaan manusia dan menjejaskan diri manusia secara zahir dan batin.
Contoh : - Dari ruang cahaya
kini ke sudut suram
Contoh :- Bagai bayu siang bertiup bebas
kemudian terkurung
menjadi udara pengap
dinding kehidupan diikat ruang
Contoh:- Sesudah glaukoma
pada usia delapan puluh
kamu diterpa ahmar pula
47
ia mengunci bahasa kaki
dan mengekang bahasa tangan
2. Manusia perlu reda dan tabah menghadapi penyakit/musibah dengan meneruskan
kehidupan setakat yang terdaya. Masih tetap mengerjakan ibadah solat walaupun
cacat penglihatan selama hampir tiga dekad.
Contoh : - Sesudah glaukoma
pada usia delapan puluh
kamu diterpa ahmar pula
ia mengunci bahasa kaki
dan mengekang bahasa tangan
yang selama ini menggerakkan
ke wuduk dan solatmu
Contoh:- Pun glaukoma itu
telah hampir tiga dekad
membawa pergi
indera kau miliki
3. Bersyukur dengan nikmat dan anugerah kesihatan yang baik dan pancaindera yang
berfungsi yang memberi kebahagiaan dan harapan kepada kehidupan. Oleh itu
kita perlu berbakti semasa kita masih sihat.
Contoh:- Dari ruang cahaya
Contoh:- Bagai bayu siang bertiup bebas
Contoh:- ke seri taman budimu
48
yang tak tertanam olehku
4. Seorang anak perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa. Oleh itu perlu
berempati terhadap keuzuran ibu bapa mereka. Hal ini dapat mengurangkan
tekanan emosi mereka untuk meneruskan hari-hari yang mendatang sebelum
tibanya saat kematian.
Contoh:- dan mungkinkah deru ahmar ini
bakal membawa pergi
satu-satunya yang aku miliki
betapa baki kesempatan ini
biar kusisip bunga bakti
ke seri taman budimu
yang tak tertanam olehku
5. Seseorang anak tidak boleh menganggap ibu bapa yang tidak sihat/cacat sebagai
beban. Sebaliknya perlu berusaha mengurangkan tekanan yang sedang
ditanggung. Anak-anak perlu reda dan sabar menghadapi dan sama-sama
menanggung penderitaan ibu bapa mereka. Supaya ibu bapa tidak berasa tersisih
atau membebankan sebaliknya berasa sentiasa diperlukan oleh anak-anak. Hal ini
dapat memberikan mereka kekuatan untuk meneruskan kehidupan seadanya.
Contoh:- Ibu, pada glaukoma ke ahmar
teruji lagi reda dan sabar
betapa baki kesempatan ini
biar kusisip bunga bakti
ke seri taman budimu
49
yang tak tertanam olehku
6. Penyakit boleh menyerang secara tiba-tiba dan bertimpa-timpa dan menjadi
penghalang kepada kebahagiaan. Persediaan spiritual, mental, emosi dan fizikal
perlu kuat untuk menanganinya dalam meneruskan kehidupan.
Contoh:- kini ke sudut suram
Contoh:- kemudian terkurung
menjadi udara pengap
dinding kehidupan diikat ruang
Contoh:- ia mengunci bahasa kaki
dan mengekang bahasa tangan
Contoh:- Ibu, pada glaukoma ke ahmar
teruji lagi reda dan sabar
50
Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai
(Napie Mat)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak melambangkan kehidupan di sungai seperti kehidupan manusia di dunia.
Penyajak pernah diasuh tentang kehidupan manusia dan secara tidak langsung dia
memahami cara hidup manusia yang bekerja sebagai nelayan yang melaksanakan
fitrah Allah untuk mencari rezeki.
Rangkap 2
Penyajak memahami bahawa keadaan yang tenang tidak semestinya tiada masalah
yang timbul dan kadang-kadang masalah yang timbul datang tanpa petanda. Masalah
yang datang bagi golongan nelayan seperti musim tengkujuh memberi kesan yang
teruk kepada golongan tersebut. Hal ini menyebabkan golongan bawahan seperti
nelayan tidak dapat meneruskan pekerjaan mereka untuk mencari rezeki.
Rangkap 3
Penyajak memahami perasaan yang dialami oleh golongan nelayan yang hidup
mencari rezeki di kawasan sungai yang bergantung kepada musim-musim tertentu.
Nasib golongan ini sebenarnya telah ditakdirkan dan mereka merupakan golongan
masayrakat yang hidup dalam kesusahan.
Rangkap 4
51
Kadang-kadang penyajak terlalu asyik memerhatikan masalah yang timbul dalam
masyarakat di dunia ini.
Rangkap 5
Kesusahan yang dialami oleh golongan ini biasanya merupakan kesusahan yang
dialami selama-lamanya.
Tema
Bertemakan kehidupan masyarakat golongan nelayan yang hidup dalam kesusahan
dalam mencari rezeki.
Persoalan
1. Fitrah manusia mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.
2. Keadaan yang tenang tidak semestinya tiada pergolakan dalam masyarakat.
3. Musim tengkujuh merupakan cabaran dan dugaan kepada golongan nelayan
untuk mencari rezeki.
4. Persengketaan sering berlalu di mana-mana sahaja di dunia ini.
52
Mari Kita Cipta Alam Lestari
(Nimoiz T.Y.)
Maksud
Rangkap 1
Pengarang mengajak masyarakat mencipta alam lestari bersumberkan kehijauan
pepohonan dibumi yang subur dan makmur hasilnya.
Pengarang juga mengajak kita bersama-sama bersepakat menjayakan transformasi
atas dasar kebijaksanaan/kebitaraan yang bertempat di landskap indah universiti
ternama/terulung negara. Hal ini demikian kerana di situlah tempat lahirnya para
cendekiawan/ilmuan negara.
Pengarang menegaskan tiada gunanya pembangunan negara jika kita dengan sesuka
hati memusnahkan alam sekitar tanpa memikirkan risikonya pada masa akan datang.
Pengarang dengan sinis mempersoalkan tiada ertinya kemajuan/perubahan jika kita
menggunakan teknologi moden untuk memusnahkan alam sekitar dengan rakus.
Rangkap 2
Pengarang menjelaskan bahawa kitalah sepatutnya sebagai masyarakat era teknologi
yang menjadi pemaju negara berdaulat pada masa hadapan. Hakikatnya kejayaan dan
pencapaian cemerlang kita telah mencipta nama dan mengharumkan nama negara di
pesada dunia adalah kerana kita masih sayang akan bumi dan sumber alamnya.
Rangkap 3
53
Penyair menyeru kepada masyarakat supaya dapat membentuk tali silaturahim/ ukhwah
atas nama anjakan paradigma dalam mencapai wawasan negara yang akan
mengharumkan nama negara sepanjang peradaban. Oleh itu kita patut berterima kasih
kepada semua anugerah alam/ sumber dan unsur alam yang pelbagai dan menarik serta
unik itu yang telah mensejahterakan rakyat di negara ini.
Rangkap 4
Setelah segala usaha kita berjaya mencapai kecemerlangan dengan mendapat
pengiktirafan tertinggi dunia dalam pencapaian yang diperoleh daripada universiti
terulung negara. Penyair juga mengingatkan supaya kita seharusnya tidak lupa atau
berwaspada akan kelestarian dan keseimbangan alam supaya dipelihara untuk
mengelakkan daripada berlakunya bencana alam yang boleh membawa malapetaka,
kehilangan nyawa dan harta benda serta kemusnahan berskala besar sebagaimana
yang pernah berlaku di serata dunia.
Rangkap 5
Penyair menyeru supaya kita/ahli masyarakat dapat membudayakan sikap melestarikan
alamnya supaya kekal keindahan dan keunikannya. Harapan supaya masyarakat
Malaysia dan antara bangsa dapat mengagumi keunikan dan keindahan tersebut.
Tema
Menghargai dan memelihara keunikan dan keseimbangan alam sekitar agar terus lestari
dan dapat dinikmati oleh seluruh manusia di dunia seiring dengan peradaban dan
kemajuan zaman.
Persoalan
1. Alam sekitar :
Para intelektual, ahli korporat, golongan profesional dan ilmuan seharusnya
memainkan peranan penting dengan menghargai dan terus memelihara
keseimbangan alam sekitar seiring dengan perkembangan zaman dalam
melakukan anjakan paradigma negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang
memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan negara.
54
Contoh:-
Mari kita jabat tangan transformasi
Membingkis salam segar atas nama bestari
Di landskap indah universiti berkualiti
Kerana di sini lahirnya graduan berjaya
Di menara gading yang tersohor dan ternama.
2. Jati diri dan moral
Kita perlu menanamkan rasa bertanggungjawab yang tinggi untuk terus memelihara
alam sekitar dan sumber alam supaya terus lestari dan boleh dinikmati bukan
sahaja oleh anak watan malah oleh penduduk dunia yang lain.
Contoh:-
Setelah berdiri di podium ternama menggenggam jaya
Segulung ijazah dari universiti ternama
Jangan kita lupa bahawa alam sentiasa mengajar kita
Sentiasa waspada tidak leka dengan gegar gempita
Pekik tsunami kejam pernah menyampai gelombang
Laung gunung berapi pernah mengutus salam
Raung gempa bumi pernah menghantar pesan walang
Dari marsum luka episod tragis sebuah perjalanan.
3. Wawasan Negara
Kita seharusnya menggunakan teknologi terkini secara berhemah dan perlu
mengambil kira kelangsungan hayat sumber alam walaupun dalam memacu pesat
pembangunan negara.
Contoh:-
Bahawa transformasi; apalah maknanya pembangunan
Jika alam binasa kerana tangan-tangan kejam
Apalah maknanya kemajuan
Jika alam tumbang kerana jentera-jentera hitam
55
Apalah maknanya perubahan
Jika segalanya penuh dengan sisa-sisa kemusnahan
4. Khazanah warisan negara harus dipelihara
Kita perlu maklum bahawa ketidakseimbangan alam akibat kerakusan manusia
akan mengakibat bencana alam yang boleh/telah/akan mengakibatkan
kemusnahan bentuk muka bumi, sumber alam, spesies, kemalangan/kehilangan
nyawa, harta benda/pembangunan / kemajuan yang diciptakan/ yang dibangunkan
oleh manusia sebelumnya.
Contoh:
Ayuhai; kitalah teknokrat pemaju
Hari muka bumi berdaulat
Pada mencium puspita dari bunga persada
Kita masih sayang akan alam dan sumbernya.
5. Tekad yang padu ke arah perkongsian bersama keunikan khazanah alam dan
kemajuan negara secara lokal dan global.
Contoh:-
Bahawa marilah, mari kita semat azam memugar impian
Ayuhai; kita cipta sebuah alam lestari
Cantik di mata anggun di atma, nantinya
Untuk semua pencinta pesona
56
Kembali ke Rumah Nurani
(Husna Nazri)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak mengajak kita semua berusaha mencari cahaya Illahi agar kita mempunyai hati
yang murni dalam diri. Hati yang lahir berlandaskan akal fikiran dan budi pekerti serta
bersifat kemanusiaan. Walaupun sentiasa digoda oleh nafsu namun kita tetap tidak
dipengaruhi. Mempunyai hati yang murni bukan sahaja menyenangkan orang disekeliling
kita malah membantu kita mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan.
Rangkap 2
Sikapdan tatasusila dalam diri merupakan faktor yang dapat membentuk hati yang murni.
Kita perlulah berpegang kepada adab dan juga cara hidup warisan nenek moyang.
Walaupun kita sering diddedahkan dengan keseronokan yang boleh melekakan namun
kita tidak akan terpengaruh kerana hati yang murni dapat membentuk iman yang kuat
dalam diri. Dengan iman yang kukuh maka kita akan berjaya mendepani dugaan dan
cabaran.
Rangkap 3
Penyajak meminta kita membentuk diri dan hati berasaskan tradisi warisan bangsa.
Dengan ini kita dapat melahirkan masyarakat harmoni yang penuh dengan perasaan
kasih dan sayang di dunia yang sementara ini.
57
Tema
Bertemakan hati yang murni akan dapat membentuk peribadi seseorang membawanya
ke jalan yang benar.
Persoalan
1. Akal fikiran dan budi pekerti yang tinggi menjadi tanda orang yang berhati mulia.
2. Hati yang murni dapat menghindarkan diri kita daripada terpengaruh dengan nafsu
yang boleh membawa kepada keburukan.
3. Warisan tradisi nenek moyang kita perlu dipertahankan daripada dipengaruhi oleh
pengaruh dari luar.
4. Kedamaian dan keharmonian dalam negara dapat diwujudkan seandainya setiap
masyarakat mempunyai hati yang murni.

Contenu connexe

Tendances

Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
firo HAR
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme
firo HAR
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
firo HAR
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
HT Hong
 
Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3
Amir Zul
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)
Ummu Khair
 

Tendances (20)

Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
 
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
 
Subjek & Predikat
Subjek & PredikatSubjek & Predikat
Subjek & Predikat
 
Frasa adjektif
Frasa adjektifFrasa adjektif
Frasa adjektif
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme
 
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPMTeknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
 
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
 
Ayat pasif dan aktif
Ayat pasif dan aktifAyat pasif dan aktif
Ayat pasif dan aktif
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Kata Ganda
Kata GandaKata Ganda
Kata Ganda
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 
Bandingan semacam
Bandingan semacamBandingan semacam
Bandingan semacam
 
Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3
 
Kata terbitan
Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitan
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)
 

En vedette

Sastera panji
Sastera panjiSastera panji
Sastera panji
lauchen32
 
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
Kamal Muchtar
 
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayuKelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
shamarsetia
 
Maksud, persoalan & tema
Maksud, persoalan & temaMaksud, persoalan & tema
Maksud, persoalan & tema
Meniti Waktu
 

En vedette (20)

Soalan kesusasteraan melayu
Soalan kesusasteraan melayuSoalan kesusasteraan melayu
Soalan kesusasteraan melayu
 
Sastera panji
Sastera panjiSastera panji
Sastera panji
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Terjemahan teks sastera puisi
Terjemahan teks sastera   puisiTerjemahan teks sastera   puisi
Terjemahan teks sastera puisi
 
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
 
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYUKESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
 
ARKITEK KOTA (SAJAK): ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU
ARKITEK KOTA (SAJAK): ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKUARKITEK KOTA (SAJAK): ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU
ARKITEK KOTA (SAJAK): ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU
 
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayuKelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
 
Res judicata
Res  judicataRes  judicata
Res judicata
 
sajak
sajaksajak
sajak
 
Sajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek KotaSajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek Kota
 
(Slideshare)adab lesson#8[h]-adab-towards-our-prophet-[25-january-2012]
(Slideshare)adab lesson#8[h]-adab-towards-our-prophet-[25-january-2012](Slideshare)adab lesson#8[h]-adab-towards-our-prophet-[25-january-2012]
(Slideshare)adab lesson#8[h]-adab-towards-our-prophet-[25-january-2012]
 
Sajak Tingkatan 3 - Keusangan Budaya
Sajak Tingkatan 3 - Keusangan BudayaSajak Tingkatan 3 - Keusangan Budaya
Sajak Tingkatan 3 - Keusangan Budaya
 
Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia
Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah DiaKesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia
Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia
 
10 classement 2015
10 classement 201510 classement 2015
10 classement 2015
 
MENGUNGKAP MAKNA NASIONALISME DALAM KUMPULAN PUISI PERJAKA TUA KARYA SYAM S T...
MENGUNGKAP MAKNA NASIONALISME DALAM KUMPULAN PUISI PERJAKA TUA KARYA SYAM S T...MENGUNGKAP MAKNA NASIONALISME DALAM KUMPULAN PUISI PERJAKA TUA KARYA SYAM S T...
MENGUNGKAP MAKNA NASIONALISME DALAM KUMPULAN PUISI PERJAKA TUA KARYA SYAM S T...
 
Kaedah Menterjemah Puisi
Kaedah Menterjemah PuisiKaedah Menterjemah Puisi
Kaedah Menterjemah Puisi
 
Maksud, persoalan & tema
Maksud, persoalan & temaMaksud, persoalan & tema
Maksud, persoalan & tema
 
Panduan pengajaran tahun 5 edit 5 april 2014
Panduan pengajaran tahun 5 edit 5 april 2014Panduan pengajaran tahun 5 edit 5 april 2014
Panduan pengajaran tahun 5 edit 5 april 2014
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012
 

Similaire à 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Azwira Ariwana
 
Sajak warkah kepada generasi
Sajak warkah kepada generasiSajak warkah kepada generasi
Sajak warkah kepada generasi
shikinabdaziz
 
Sajak: warkah kepada generasi tingkatan 2
Sajak: warkah kepada generasi tingkatan 2Sajak: warkah kepada generasi tingkatan 2
Sajak: warkah kepada generasi tingkatan 2
shikinabdaziz
 
Peta minda antologi spm (harga remaja & dirgahayu bahasaku
Peta minda antologi spm (harga remaja & dirgahayu   bahasakuPeta minda antologi spm (harga remaja & dirgahayu   bahasaku
Peta minda antologi spm (harga remaja & dirgahayu bahasaku
z_awiyah
 
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang SamaSajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Azwira Ariwana
 
Di bawah langit yang sama
Di bawah langit yang samaDi bawah langit yang sama
Di bawah langit yang sama
nurul othman
 
MATERI-MOS-kesadaran-berbangsa-dan-bernegara.pptx
MATERI-MOS-kesadaran-berbangsa-dan-bernegara.pptxMATERI-MOS-kesadaran-berbangsa-dan-bernegara.pptx
MATERI-MOS-kesadaran-berbangsa-dan-bernegara.pptx
ElaNurlelaSafitri
 
Nota lengkap dirgahayu bahasaku
Nota lengkap dirgahayu bahasakuNota lengkap dirgahayu bahasaku
Nota lengkap dirgahayu bahasaku
A'dilah Hanum
 
Cerpen memori seorang tua
Cerpen memori seorang tuaCerpen memori seorang tua
Cerpen memori seorang tua
rozianahartini
 
Negara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarahNegara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarah
faizah12
 

Similaire à 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm (20)

Di bawah langit yang sama
Di bawah langit yang samaDi bawah langit yang sama
Di bawah langit yang sama
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
 
Sajak Bangkitlah
Sajak BangkitlahSajak Bangkitlah
Sajak Bangkitlah
 
Sajak warkah kepada generasi
Sajak warkah kepada generasiSajak warkah kepada generasi
Sajak warkah kepada generasi
 
Sajak: warkah kepada generasi tingkatan 2
Sajak: warkah kepada generasi tingkatan 2Sajak: warkah kepada generasi tingkatan 2
Sajak: warkah kepada generasi tingkatan 2
 
Peta minda antologi spm (harga remaja & dirgahayu bahasaku
Peta minda antologi spm (harga remaja & dirgahayu   bahasakuPeta minda antologi spm (harga remaja & dirgahayu   bahasaku
Peta minda antologi spm (harga remaja & dirgahayu bahasaku
 
Imbasan komsas tingkatan 4
Imbasan komsas tingkatan 4Imbasan komsas tingkatan 4
Imbasan komsas tingkatan 4
 
Sivik b4 d5e1
Sivik b4 d5e1Sivik b4 d5e1
Sivik b4 d5e1
 
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang SamaSajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang Sama
 
1
11
1
 
Majas pertautan
Majas pertautanMajas pertautan
Majas pertautan
 
03 pdf kunci suplemen ktsp kelas 12 2015
03 pdf kunci suplemen ktsp kelas 12 201503 pdf kunci suplemen ktsp kelas 12 2015
03 pdf kunci suplemen ktsp kelas 12 2015
 
Di bawah langit yang sama
Di bawah langit yang samaDi bawah langit yang sama
Di bawah langit yang sama
 
MATERI-MOS-kesadaran-berbangsa-dan-bernegara.pptx
MATERI-MOS-kesadaran-berbangsa-dan-bernegara.pptxMATERI-MOS-kesadaran-berbangsa-dan-bernegara.pptx
MATERI-MOS-kesadaran-berbangsa-dan-bernegara.pptx
 
3. materi mpls kesadaran berbangsa dan bernegara
3. materi mpls kesadaran berbangsa dan bernegara3. materi mpls kesadaran berbangsa dan bernegara
3. materi mpls kesadaran berbangsa dan bernegara
 
Sajak bangkitlah
Sajak bangkitlahSajak bangkitlah
Sajak bangkitlah
 
Nota lengkap dirgahayu bahasaku
Nota lengkap dirgahayu bahasakuNota lengkap dirgahayu bahasaku
Nota lengkap dirgahayu bahasaku
 
Makalah Perbudakan atau diskriminasi yang dilakukan secara sistematis
Makalah Perbudakan atau diskriminasi yang dilakukan secara sistematisMakalah Perbudakan atau diskriminasi yang dilakukan secara sistematis
Makalah Perbudakan atau diskriminasi yang dilakukan secara sistematis
 
Cerpen memori seorang tua
Cerpen memori seorang tuaCerpen memori seorang tua
Cerpen memori seorang tua
 
Negara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarahNegara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarah
 

Dernier

Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Dernier (20)

MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 

308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

  • 1. 1 PUISI MODEN 1. Virus dari Langit Global ( Nur Suhada Sayuti) 2. Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy) 3. Selamat Tinggal Eropah ll (Muhamad Hj. Salleh) 4. Menterjemah Bahasa (Abd. Rahim Omar) 5. Citra Pelangi 1Malaysia (A.Halim Ali) 6. Mencintai Tanah Ini (Lim Swee Tin) 7. Ini Tanah Kita (Salman Sulaiman) 8. Sekeping Kartu Kecil (Mohd Aidid Abd. Rahman) 9. Kubentang Sehelai Peta (T.Alias Taib) 10.Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain) 11.Kata Bukit kepada Jentolak (Mohd Faizal Said) 12.Lidah Anakku Berbelang-belang (Abizai) 13.Ingatan kepada Kawan XXIV (Zaen Kasturi) 14.Jalur Yang Tidak Pernah Padam (Jasni Mat Lani S) 15.Pancang Kenangan (Khadijah Hashim) 16.Kolek Bonda (Aminah Mokhtar) 17.Kuntum Rahsia dari Taman Takdir (WB Rendra) 18.Aku Tidak Berani Berjanji (Rosli K. Matari) 19.Aku Hanya Mahu ke Seberang (Hashim Yaacob) 20.Wanita dan Laut (Mahaya Mohd Yassin) 21.Ranting (Hilmi Rindu) 22.Belajarlah Memahaminya Gunung Lagenda (Shapiai Muhamad Ramly) 23.Pada Glaukoma ke Ahmar (Abd. Razak @ Rezeki Othman) 24.Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai (Naapie Mat) 25.Mari Kita Ciptakan Alam Lestari (Nimoiz T.Y.) 26.Kembali ke Rumah Nurani (Husna Nazri)
  • 2. 2 Virus dari Langit Global (Nur Suhada Sayuti) Maksud Rangkap 1 Penyajak menyatakan tentang budaya atau anasir yang tidak sihat telah mempengaruhi fikiran dan hati generasi kini. Budaya mementingkan keseronokan diri telah menjadi darah daging generasi muda. Rangkap 2 Nilai yang seiring pembangunan fizikal generasi muda telah musnah. Generasi muda kini telah dipengaruh dan dilanda pelbagai budaya serta nilai negatif. Rangkap 3 Anasir yang datang dari luar telah memusnahkan nilai ketulusan dan menjajah minda generasi muda kini. Nilai kesusilaan dan budaya tidak lagi dipedulikan oleh generasi muda akibat pengaruh nilai yang tidak baik. Anasir yang tidak sihat telah menyebabkan harapan kepada generasi muda semakin musnah. Tema Jati diri generasi muda yang semakin terhakis akibat pengaruh budaya moden. Persoalan 1. Persoalan tentang kerapuhan minda generasi muda yang mudah dipengaruhi oleh budaya yang mementingkan keseronokan. 2. Keruntuhan jati diri generasi muda akibat anasir negatif yang datang dari dunia luar.. 3. Dunia tanpa sempadan telah menyebabkan segala anasir negatif mudah mempengaruhi generasi muda masa kini.
  • 3. 3 Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy) Maksud Rangkap 1 Seorang yang memerah keringatnya di bawah matahari terik untuk mengusahakan sawah padi. Rangkap 2 Dalam musim yang panas, orang tua itu tetap membawa cangkul untuk mengusahakan sawah sedaya upaya. Rangkap 3 Orang tua itu membersihkan sawahnya daripada semak.Dalam sawah terdapat padi yang sedang masak dan terdapat banyak tikus yang ingin memusnahkan padi. Rangkap 4 Petani tua itu melaksanakan amanah orang tuanya untuk mengerjakan sawah itu, walaupun sukar. Rangkap 5 Sewaktu petang Pak tua bersandar di surau usang, Pak Tua merasa sedih ketika azan dilaungkan kerana di dalam hatinya terpendam rasa yang marah yang tidak ditahannya. Rangkap 6 Usaha untuk mempertahankan tanah sawahnya jadi sia-sia kerana telah ditipu oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Rangkap 7 Sawahnya yang selama ini digunakan untuk menyara mereka sekeluarga telah dibangunkan dengan perubahan pemodenan.
  • 4. 4 Tema Tema sajak ini ialah kemasyarakatan.Pembangunan yang dijalankan telah melenyapkan warisan tradisi nenek moyang iaitu sawah padi. Persoalan 1. Persoalan kegigihan mengusahakan sawah. Contohnya walaupun cuaca panas dan menggunakan cangkul yang tumpul petani tetap gigih mengusahakan sawahnya. 2. Persoalan tipu muslihat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya sawah petani tua telah dieksplotasikan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk pembangunan. 3. Persoalan ketaatan menunaikan ajaran agama. Contohnya petani tua sentiasa menunaikan suruhan Tuhan dengan melaksanakan solat di surau usang itu.
  • 5. 5 Selamat Tinggal Eropah II (Muhammad Haji Salleh) Maksud Rangkap 1 Penyajak berharap agar negara-negara Eropah yang dahulunya menjajah negara lain kini insaf akan perbuatan mereka. Nilai yang dilaungkan/didoktrinkan/dipegang oleh mereka sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata. Mereka juga diingatkan agar tidak memperlekeh/mengata/merendah-rendahkan negara yang telah dijajah itu sebagai pembelot. Pada hal mereka yang memanipulasi setiap peristiwa yang melakar sejarah itu dengan kekejaman dan penipuan secara bermuka-muka/melaga-lagakan. Rangkap 2 Penyajak melihat bahawa negara Eropah kini sedang menanggung sengsara akibat perbuatan mereka yang lalu, namun mereka cuba menyembunyikan masalah yang dihadapi. Rangkap 3 Kini, penyajak mendesak negara-negara Eropah supaya bercakap benar dengan seluruh dunia tentang pembohongan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini. Rangkap 4 Segala penindasan, kekejaman dan penipuan yang dilakukan oleh negara-negara Eropah ini disedari oleh penyajak dan penyajak akan mengingati segala peristiwa hitam yang dicipta oleh mereka sampai bila-bila. Tema Sajak ini bertemakan keamanan sejagat. Penyajak mengharapkan agar negara-negara Eropah tidak lagi menindas negara-negara lain kerana mereka sebenarnya telah banyak
  • 6. 6 melakukan kekejaman kepada dunia. Semoga dengan itu, sejarah hitam yang pernah berlaku tidak akan berulang lagi dan dunia akan aman damai. Persoalan 1. Kesedaran atas perkara yang telah dilakukan Contoh: aku harap ingatanmu masih luas untuk menakung sejarah yang kaukuasai dengan darah dan helah 2. Kejujuran dalam menjalin hubungan sejagat Contoh: sekarang kau harus berkata 3. Kekejaman untuk mendapatkan kuasa Contoh: pembakaran rumah Turki di Jerman 4. Kesan atas perlakuan yang telah dilakukan Contoh: di mukamu kulihat luka baru senyummu dibelah seksa
  • 7. 7 Menterjemah Bahasa (Abd. Rahim Omar) Maksud Rangkap 1 Penyajak menyatakan bahasa kita telah melalui proses kematangan dan telah tersebar ke serata benua di dunia ini. Bahasa kita telah menjadi jambatan penghubung dan penyatuan pelbagai bangsa dan budaya yang berlainan. Rangkap 2 Bahasa kita telah diangkat sejak abad ke-7 masihi bermula dari kerajaan Sriwijaya hingga zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa kita mampu menjadi medium ilmu dan mengangkat maruah sesuatu bangsa sehingga ke peringkat antarabangsa. Rangkap 3 Tanpa henti bahasa kita telah berazam menjadi wadah ilmu untuk membentuk jati diri bangsa sehingga melahirkan tokoh cendekiawan dan pendeta yang bijaksana. Rangkap 4 Bahasa kita telah menjadi bahasa ilmu untuk menerokai segala teori dan masalah. Walaupun penjajah memperkecil-kecilkan bahasa kita dengan alasan bahasa kita tiada kepentingan ekonomi. Namun bahasa kita tetap maju dan hebat menjadi warisan negara bangsa. Tema Bertemakan patriotisme iaitu mencintai dan mengangkat martabat bahasa kita.
  • 8. 8 Persoalan 1. Persoalan kepentingan bahasa kepada sesuatu bangsa. Ianya menjadi ikatan pelbagai bangsa dan budaya. 2. Persoalan bahasa sebagai wadah ilmu dan mampu membina sesuatu peradaban bangsa. 3. Persoalan kegemilangan bahasa itu bukan hanya menjadi sejarah tetapi akan terus berkembang menjadi bahasa ilmu dan telah melahirkan ramai tokoh cendekiawan yang bijaksana. 4. Persoalan tekanan dan cabaran daripada musuh bahasa kita. Walaupun telah dijajah bahasa kita tidak akan lupus malah akan tetap terus berkembang.
  • 9. 9 Citra Pelangi 1 Malaysia (A.Halim Ali) Maksud Rangkap 1 Impian dan angan-angan perlu ada pada setiap orang untuk direalisasikan pada masa hadapan. Rangkap 2 Walaupun mempunyai pelbagai perbezaan pendapat, penyajak berharap perbezaan itu dapat mencapai satu tujuan yang sama. Penyajak berharap dengan wadah satu bahasa, perpaduan dapat dicapai walaupun mempunyai pelbagai bangsa. Rangkap 3 Penyajak berharap kita semua dapat saling bermaafan dan saling kasihmengasihi antara satu sama lain di bawah rumpun Melayu, walaupun kita mempunyai kepelbagaian bangsa. Penyajak berharap kepelbagaian bangsa dapat memupuk kesefahaman dalam kehidupan bermasyarakat. Perbezaan pendapat hanyalah perkara biasa dan diharapkan kita akan dapat bersatu demi tanah air tercinta. Tema Bertemakan perpaduan nasional antara pelbagai kaum di Malaysia untuk bersama-sama memajukan dan membangunkan negara. Persoalan 1. Persoalan impian dan angan-angan perpaduan pelbagai bangsa akan menjadi kenyataan jika diusahakan dengan penuh kegigihan.
  • 10. 10 2. Persoalan bahasa kebangsaaan boleh dijadikan jambatan untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Bahasa juga boleh dijadikan sebagai alat komunikasi untuk saling mengenal dan memahami. 3. Persoalan kasih sayang perlulah dipupuk antara pelbagai bangsa di negara melalui satu bahasa. 4. Persoalan perbincangan untuk mencari kesepakatan perlu ada dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa. 5. Persoalan bersatu-padu untuk satu tujuan dan demi negara yang tercinta. 6. Persoalan saling bermaafan-maafan dan bertolak ansur antara satu sama lain di bawah satu negara. 7. Persoalan estetika iaitu warisan budaya rumpun Melayu yang berhemah dalam menangani sesuatu perkara. 8. Persoalan perpaduan antara kaum penting untuk kemakmuran dan keamanan negara.
  • 11. 11 Mencintai Tanah Ini (Lim Swee Tin) Maksud Rangkap 1 Penyair mencabar sesiapa sahaja yang berani mencemarkan/menimbulkan ketegangan/menghapuskan kedamaian dalam keadaan negara yang sejahtera ini. Penyair turut mempersoalkan mereka yang sentiasa menyusun strategi dan bertindak agresif/ganas/tidak berperikemanusiaan/ melanggar peraturan/peraturan rimba dengan membangkitkan dendam dan menabur bibit-bibit kebencian dalam negara yang damai lagi sejahtera. Rangkap 2 Penyair menegaskan bahawa sejarah yang dilakukan oleh pahlawan bangsa. Masih tetap dikenang walaupun zaman telah silih berganti. Masih terkesan kezaliman dan penindasan yang menyebabkan penderitaan yang dilalui semasa zaman penjajahan yang silih berganti (Portugis, British, Jepun, Komunis…) Walaupun zaman telah berganti namun kepedihan itu tetap terasa seolah-olah baru sahaja berlaku. Rangkap 3 Setiap detik anak-anak bangsa masih teguh dan sentiasa menaruh harapan untuk terus mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara bangsa tercinta. Mereka sanggup berjuang dan berkorban nyawa tanpa mengharapkan ganjaran demi kasih sayang yang suci dan murni. Tema Bertemakan semangat patriotik dan sentiasa bersemangat dan bersedia mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara bangsa tercinta. Persoalan
  • 12. 12 1. Jati diri dan patriotisme. Penceroboh keamanan negara perlu ditentang dengan tegas oleh setiap anak bangsa yang menghuni sesebuah negara. Menentang mereka yang menimbulkan ketegangan dan konflik dalam negara melambangkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada negara bangsa. Contoh : - Siapakah berani merobek angin musim sentosa ini Contoh :- Siapakah berani memancung damai negeri bertuah ini 2. Mengenang kembali sejarah bangsa zaman silam. Kita perlu mengenang jasa nenek-moyang/ generasi terdahulu yang sanggup berkorban harta dan nyawa menentang penjajah yang datang silihberganti. Kini negara berada dalam keadaan sentosa, sejahtera dan bertuah Contoh : - sejarah pertiwi masih cermat tersimpan dalam album purbanya ngilu hiris cengkam penjajah berganti silih mencakar sukma ibunda hari ini pun terasa lagi akan pedih siatnya. 3. Pasti ada rakyat yang tidak berpuas hati dan sentiasa berusaha menyebarkan rasa dendam dan kebencian secara agresif tanpa memikirkan kesan kepada negara bangsa. Oleh itu kita berlu berwaspada untuk mengelak menyumbang kepada ketidakharmonian negara bangsa. Contoh:- siapakah berani merobek angin musim sentosa sayapnya menebar jauh hingga ke lereng bukit dan denai-denai desa dengan pedang terhunus dendam berpercikan silau kebencian
  • 13. 13 4. Kasih sayang anak bangsa kepada negara tercinta. Kita perlu mengimbau sejarah silam perjuangan waris terdahulu yang membebaskan diri dari belenggu penindasan dan kezaliman penjajah. Oleh itu keamanan yang ada kini perlulah dikekalkan dan mengelakkan diri daripada mencetuskan konflik berdarah demi mengelak sejarah pahit zaman silam berulang kembali. Janganlah pula kita yang menjadi dalang di tanah air sendiri. Contoh:- degup ingin anak-anak bangsa masih kental mengisi mimpi membenteng tanah yang sesusuk ini dengan harga cinta tak tertawarkan dengan anyam kasih tak tercelakan. 5. Masih ada anak-anak bangsa generasi yang mewarisi semangat perjuangan generasi silam yang kental jiwanya dan sanggup berjuang dan berkorban untuk mempertahankan kedaulatan dan keharmonian negara bangsa. Contoh:- degup ingin anak-anak bangsa masih kental mengisi mimpi membenteng tanah yang sesusuk ini dengan harga cinta tak tertawarkan dengan anyam kasih tak tercelakan
  • 14. 14 Ini Tanah Kita (Salman Sulaiman) Maksud Rangkap 1 Penyajak ingat akan pesan bondanya bahawa suatu hari nanti penyajak atau anaknya akan menempuhi kematian. Bonda mengingatkan penyajak supaya sentiasa mengingati Tuhan dan berzikir kepada Tuhan dengan penuh keinsafan seolah-olah seperti seorang tua yang hampir meninggal dunia. Rangkap 2 Pesan bonda lagi, liang lahad ini akan diisi dengan jasad-jasad yang bersedia menghadapi kematian. Penyajak termenung seketika memikirkan bagaimana untuk menjadi lelaki yang bersedia untuk hidup dalam alam liang lahad tersebut. Rangkap 3 Bonda berpesan lagi supaya kita sentiasa mengingati hari kematian kita kerana kemungkinan kita akan mati pada hari esoknya. Rangkap 4 Kita tidak hanya perlu melilitkan kepala dengan kain serban untuk menunjukkan alim di hadapan malaikat Munkar dan tidak perlu mempunyai ilmu sihir untuk bersembunyi daripada malaikat Nakir. Namun kita perlu tahu bahawa kita berasal daripada tanah. Rangkap 5 Tanah (kubur) ini sentiasa menunggu bakal-bakal penghuninya.
  • 15. 15 Rangkap 6 Penyajak berimiginasi terdapat seorang lelaki tua di bawah sepohon kemboja sedang menggali liang lahad untuk jasadnya sendiri. (Menggambarkan seseorang itu telah bersedia untuk kembali kepada Penciptanya) Tema Sajak ini bertemakan keagamaan, sentiasa mengingati kematian kerana setiap yang hidup akan berakhir dengan kematian. Persoalan 1. Persediaan menghadapi kematian. Kita sebagai manusia yang akan menempuh alam kematian suatu hari nanti perlu bersedia dan membawa bekalan menuju akhirat. 2. Nasihat seorang ibu kepada anaknya. Ibu menasihati anaknya supaya sentiasa bersedia mengingati kematian yang akan dilalui oleh setiap manusia. 3. Keinsafan di dalam diri manusia. Kematian yang berlaku setiap hari dapat menyedarkan dan menginsafkan penyajak bahawa suatu hari nanti dia juga akan menempuhi kematian.
  • 16. 16 Sekeping Kartu Kecil (Mohd. Aidid Abd Rahman) Maksud Rangkap 1 Penyajak menyangka bahawa kekasihnya telah melupakannya kerana mereka telah lama berpisah. Rangkap 2 Penyajak menerima kad ucapan hari raya daripada kekasihnya. Rangkap 3 Kad tersebut menggembirakan penyajak dan terkenang akan hubungan mereka pada masa lampau. Rangkap 4 Penyajak ingin berkunjung ke rumah sahabatnya pada hari raya nanti. Bukan sebagai kekasih tetapi sebagai sahabat. Penyajak meminta kekasihnya melayannya sebagai sahabat. Tema Bertemakan persahabatan. Penyajak mengharapkan hubungan yang terputus antara dia dan kekasihnya akan tetap berkekalan tetapi sebagai sahabat.
  • 17. 17 Persoalan 1. Kesetiaan dalam memupuk persahabatan. Contoh: ya, ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu bukan lagi sebagai kekasih seperti kelmarin 2. Kasih sayang dalam keluarga Contoh: dan tiga orang anak tercinta 3. Melayan tetamu dengan baik Contoh: sambutlah sebagaimana kebiasaan engkau menyambut tetamu
  • 18. 18 Kubentang Sehelai Peta (T. Alias Taib) Maksud Rangkap 1 Penyajak mula menyatakan perjalanan hidupnya dari kecil sehingga berusia 60 tahun. Rangkap 2 Penyajak terkenangkan semasa kecilnya. Dia banyak menghabiskan masa di sawah dan kesabarannya dibentuk semasa aktiviti memancing. Rangkap 3 Penyajak mengalami kesukaran untuk menuntut ilmu. Beliau terpaksa berkaki ayam dan melalui kawasan hutan semasa ke sekolah. Rangkap 4 Semasa remaja juga beliau menghadapi cabaran/masalah/dugaan untuk mencapai impiannya sebagai penulis/karyawan. Rangkap 5 Apabila semakin berusia, penulis semakin matang dan mengenal diri sendiri serta peranannya dalam masyarakat.
  • 19. 19 Rangkap 6 Penulis akhirnya berjaya mencapai impiannya namun tetap mengekalkan warisan budaya nenek moyang. Tema Bertemakan jati diri. Penyajak menceritakan pengalaman pahit getirnya mengharungi kehidupan. Persoalan 1. Ketabahan dalam mengharungi cabaran hidup Contoh: Di atas rakit ini kurempuh kesulitan 2. Gigih berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran Contoh: menajamkan kalam dan berkaki ayam menyusur denai basah ke sekolah 3. Kegigihan mencapai cita-cita Contoh: antara bakat menulis puisi dengan mengasah perasaan 4. Mengenal diri sendiri Contoh: Di atas rakit ini kukayuh usiaku Mudik ke hulu hari mencari diri
  • 20. 20 Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain) Maksud Rangkap 1 Penyajak melahirkan perasaan kecewa dan dukacitanya yang bercampur gaul dalam hati dan membiarkan kesedihan dan kesunyian yang dialami seterusnya tergambar pada wajah penyajak Rangkap 2 Penyajak berasa amat gembira sewaktu mendengar alunan takbir bergema kerana dapat bersama-sama ibunya, seorang wanita tua yang penuh kesabaran dan baik hati. Rangkap 3 Setelah kematian ibunya, penyajak berasa amat sunyi dan pilu. Namun, kenangan sewaktu bersama-sama ibunya dahulu tetap dalam ingatannya. Tema Sajak ini bertemakan kasih sayang. Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya tetap utuh walaupun ibunya telah meninggal dunia. Hal ini amat menyentuh hati penyajak terutama sewaktu menyambut kedatangan syawal, penyajak berasa amat sunyi. Persoalan 1. Kematian orang yang tersayang – penyajak menerima kematian ibunya walaupun dalam masa yang sama beliau amat terasa dengan kehilangan tersebut. 2. Kesepian menjalani kehidupan – penyajak berasa sunyi selepas kematian ibunya dan sentiasa terkenangkan ibunya. 3. Kesabaran menjalani kehidupan – ibu penyajak merupakan seorang yang penyabar kerana menyimpan sendiri kesusahannya daripada pengetahuan penyajak.
  • 21. 21 Kata Bukit Kepada Jentolak (Mohd Faizal Said) Maksud Rangkap 1 Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia pernah mencatat sejarah, iaitu pernah berlaku persengketaan antara dua beradik sehingga membawa kepada peperangan. Pertanyaan daripada bukit kepada jentolak yang datang dengan hingar dengan deruman dan boleh menguburkan sejarah yang pernah berlaku di bukit itu. Rangkap 2 Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang. Rangkap 3 Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia adalah pasak kepada alam dan disebabkan sikap rakus manusia yang memusnahkan alam maka berlakulah kejadian tanah runtuh. Rangkap 4 Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang. Tema Sajak ini bertemakan alam sekitar. Penjagaan alam sekitar penting bagi menjamin kelestarian alam. Alam sekitar adalah sumber penting dalam kehidupan manusia. Kemusnahan alam sekitar boleh mendatangkan bencana kepada kita.
  • 22. 22 Persoalan 1. Kuasa wang – Penyajak menimbulkan isu mengenai sesetengah pihak yang lebih mementingkan keuntungan berbanding menjaga kelestarian alam. 2. Peristiwa bersejarah – Peristiwa bersejarah, iaitu perang saudara yang pernah berlaku di bukit itu akan terkubur sekiranya bukit ini dimusnahkan oleh jentolak. 3. Kemusnahan alam sekitar – Kerakusan sesetengah pihak yang cuba mengaut keuntungan akan mendatangkan kemusnahan kepada alam sekitar, iaitu boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.
  • 23. 23 Lidah Anakku Berbelang-Belang (Abizai) Maksud Rangkap 1 Pengaruh daripada pendidikan sekular telah menyebabkan generasi hari ini mengagungkan perkara-perkara yang dihasilkan oleh orang barat. Anak-anak hari ini lebih suka kepada gaya hidup moden dan tidak mengamalkan warisan budaya sendiri. Penyajak mengharapkan agar anak-anak muda hari ini kembali ke pangkal jalan sebelum masa terlambat. Tema Sajak ini bertemakan kesan dan pengaruh budaya moden terhadap perkembangan gaya hidup anak-anak muda hari ini. Contohnya, anak-anak muda hari ini telah mula mengagungkan bahasa barat berbanding menggunakan bahasa ibunda. Persoalan 1. Kepentingan bahasa ibunda . Anak-anak muda keliru tentang kelebihan antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Bahasa asing lebih diagungkan berbanding bahasa ibunda. Contoh : hasil didikan serampang bermata dua keliru menilai martabat bahasa ibunda 2. Mengagungkan budaya barat berbanding budaya sendiri Contoh: memuja kuntuman tulip di taman seberang melupakan haruman melur di laman belakang
  • 24. 24 3. Amalan budi bahasa yang semakin terhakis Contoh : teduh budi bahasa tiada lagi terasa ditawan terik mentari langit terbuka 4. Seruan kembali ke pangkal jalan Contoh: segeralah pulang sebelum menghilang setia menghadam kulit dan isi warisan
  • 25. 25 Ingatan Kepada Kawan XXIV (Zaen Kasturi) Maksud Rangkap 1 Walaupun peralihan waktu dan musim. Saban waktu penyajak mengingati kawannya dan diharapkan menjadi ingatan di hati kawannya juga. Rangkap 2 Penyajak menggambarkan kemungkinan dirinya hanya bayangan atau kenyataan buat sementara selagi dia masih hidup. Mungkin setelah melalui dan mengalami semuanya maka kita akan lebih tahu rencah kehidupan ini. Dalam kehidupan ini kita akan sentiasa dibuai mimpi jika kita tidur dan akan berjumpa seorang kawan yang baik jika ditakdirkan oleh Tuhan dalam kehidupan. Rangkap 3 Dalam hubungan yang wujud ini, akan membawa kita mengharungi kehidupan yang lebih baik dan akan menjadi sahabat yang akan sentiasa menjaga kawannya serta menganggap kawannya menjadi sebahagian dirinya yang penting dalam hidup ini. Rangkap 4 Dalam hubungan persahabatan, kita harus ikhlas menjaga kawan dan bukan mempunyai keinginan tersirat untuk memilikinya. Kawan atau sahabat kita mungkin ada yang menghadapi pelbagai masalah. Rangkap 5
  • 26. 26 Penyajak menganggap kawannya tempat dia meluahkan masalah dan perkongsian masalah dapat diselesaikan. Dalam kehidupan ini kita sering dilambung pelbagai dugaan dan masalah. Namun semua itu adalah sesuatu yang indah. Tema Bertemakan kasih sayang seorang rakan yang menyayangi rakannya dan sanggup berkongsi masalah bersama-sama. Persoalan 1. Persoalan sikap kawan yang mengambil berat masalah kawannya. 2. Persoalan saling mengingati antara satu sama lain tanpa ada hasrat yang tersembunyi di sebaliknya. 3. Persoalan keikhlasan dan jujur dalam persahabatan tanpa ada niat untuk mengkhianati sahabat atau kawan.
  • 27. 27 Jalur yang Tidak Pernah Padam (Jasni Matlani) Maksud Rangkap 1 Cahaya matahari mula menyinari, menerangi bumi pada waktu pagi ke seluruh pelusuk dunia sama ada di atas bumbung, di atas pokok-pokok rendang, di kawasan taman, di kawasan kota yang sibuk ataupun kawasan desa yang suram. Rangkap 2 Apabila hari semakin tinggi, maka cahaya matahari semakin bersinar dan menerangi ke seluruh alam. Malahan cahaya matahari yang berkaca-kaca ini turut diraikan dalam satu pesta untuk mengalu-alukan turunnya hujan setelah tujuh tahun mengalami musim kemarau. Rangkap 3 Sinar matahari tidak pernah padam malah terus memancarkan cahayanya walaupun telah sampai ke penghujung petang. Sinarnya tidak akan berakhir pada waktu itu sahaja kerana cahayanya akan menerangi bahagian lain di muka bumi ini. Matahari tidak akan hilang atau terhapus daripada dunia ini walaupun tidak kelihatan pada pandangan mata. Tema Kepentingan alam semula jadi kepada manusia. Matahari telah membantu penduduk bumi menerangi alam ini dengan pancaran cahayanya yang berterusan tanpa ada penghujung.
  • 28. 28 Persoalan 1. Berbuat jasa – Matahari telah berbuat jasa kepada alam ini tanpa mengira manusia, haiwan atau tumbuhan dengan menerangi bumi ini secara berterusan. 2. Kesetiaan dalam perhubungan – Perhubungan manusia dengan matahari sangat rapat sehinggakan kehadiran matahari turut dirasai pada waktu malam walaupun jasadnya sudah tidak kelihatan lagi. 3. Kesyukuran – Hujan yang turun telah disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran akibat musim kemarau yang berlaku selama tujuh tahun.
  • 29. 29 Pancang Kenangan (Khadijah Hashim) Maksud Rangkap 1 Penyajak menyuarakan keluhan kerana terdapat banyak pihak yang tidak menghiraukan / tidak prihatin dengan suara-suara pendapat / bantahan tentang kemusnahan alam akibat proses pembangunan. Rangkap 2 Keadaan yang berlaku menyebabkan banyak pihak yang kecewa dan berputus asa kerana terpaksa tunduk menurut arahan pihak atasan / pihak berkuasa. Mereka terpaksa akur dengan membiarkan alam semula jadi diteroka secara meluas demi pembangunan. Rangkap 3 Terdapat golongan yang berkuasa semakin lantang bersuara dan sanggup mendengar suara bantahan golongan pencinta alam. Mereka memberi janji dan mengadakan kempen/slogan namun semua itu tidak dapat membersihkan sungai yang telah tercemar dan menyelamatkan flora dan fauna. Golongan bawahan tidak mampu menghalang semua itu daripada berlaku. Alam sekitar ini bakal menjadi satu kenangan sahaja suatu hari nanti jika masalah ini terus berlaku. Tema Bertemakan proses pembangunan yang banyak mengorbankan alam sekitar. Persoalan 1. Kepupusan flora dan fauna akibat proses pembangunan. 2. Sikap manusia yang mementingkan diri sehingga mengabaikan alam sekitar. 3. Golongan bawahan yang terpaksa akur dengan tindakan golongan atasan yang bersifat negatif. 4. Usaha-usaha yang dilakukan untuk mempertahankan alam sekitar daripada pupus.
  • 30. 30 Kolek Bonda (Aminah Mokhtar) Maksud Rangkap 1 Pak Tua (generasi tua) berasa risau sebelum anak-anak (generasi baru) pulang dari tanah seberang (menuntut ilmu, bekerja). Dia menjangka akan berlaku perubahan sikap dan pemikiran yang ketara berbanding sebelumnya (generasi muda) setelah pulang nanti. Rangkap 2 Pak Tua begitu berhati-hati berbicara ketika generasi baru ke tanah air. Pak Tua berpesan supaya terus mempertahankan jati diri bangsa dan tidak menggadaikan maruah bangsa yang selama ini menjadi amalan/pegangan generasi silam. Amalan ini telah mempertahankan kedaulatan negara bangsa sejak sekian lama. Rangkap 3 Pak Tua bertindak penuh hemah dengan memperindah dan memperkukuh kolek bonda apabila diminta secara paksa oleh anak-anaknya. Diadengan penuh hemah meyakinkan mereka bahawa kolek itu bercirikan berdaya tahan dan berdaya saing yang tinggi. Rangkap 4 Pak Tua mendahului anak-anaknya (sebelum anak-anaknya bertindak selanjutnya) memulakan bicara penuh syahdu dengan kias dan ibarat berkaitan, tunjuk ajar dan penyelesaian masalah kehidupan. Namun nasihat itu telah mencetuskan kemarahan mereka. Pak Tua lantas mengusungkan koleknya ke kuala untuk mengelilingi dunia. Rangkap 5 Di setiap benua yang disinggahinya, Pak Tua berkias tentang generasinya / bangsanya. Pak Tua penuh yakin dan menegaskan berkenaan kolek bondanya yang berlantaikan jiwa hanya berdindingkan bangsanya yang berdaya tahan dan berdaya saing yang hebat/tinggi. Tahan diuji. Dia kemudiannya membawa kolek bondanya mengelilingi dunia.
  • 31. 31 Rangkap 6 Pak Tua berjaya membuktikan kata-katanya tentang kelebihan / keistimewaan kolek bonda sehingga anak-anak tiada alasan menidakkan kebenarannya. Pak Tua kemudiannya telah beberapa kali berjaya mengeliling dunia menaiki kolek bonda. (menjuarai / mendapat ranking dunia/ pengiktirafan dunia) Tema Kepimpinan melalui teladan/Identiti Nasional/Jati Diri. Pemimpin yang berwawasan berkerampilan berhemah tinggi perlu untuk kepentingan negara bangsa dan menjadi contoh kepada orang yang dipimpinnya. Mengotakan kata. Futuristik. Meyakinkan dan memberikan kesan emosi dan merealisasikan visi dalam melaksanakan misi. Persoalan 1. Generasi tua perlu memastikan jati bangsa dihayati dalam jiwa generasi muda dalam mencorak wawasan negara. 2. Setiap kata-kata/nasihat/tunjuk ajar perlu dibuktikan untuk mendapat kesan emosi dan keyakinan/ kepercayaan yang mendalam. 3. Generasi tua perlu mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi dalam mempertahankan kelestarian budaya bangsa. 4. Pertembungan pemikiran/budaya/pendidikan antara generasi tua dan generasi muda perlu ditangani secara berhemah untuk mengelakkan konflik yang boleh menjejaskan kelestarian budaya warisan. 5. Setiap warganegara perlu berwawasan dengan berpaksikan kepentingan negara serta menyedari akan realiti semasa dan berkebolehan membuat ramalan/ perancangan masa depan dalam menentukan kemenjadian wawasan tersebut. 6. Sentiasa peka dan mengenali diri setiap ahli organisasi. 7. Mengotakan apa yang dikata. 8. Berkongsi pengalaman bersama-sama dengan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran serta kecekapan dalam membuat keputusan dengan tangkas dan tepat 9. Dapat menentukan tindakan masa depan secara optima dengan merancang, mengelola, mendorong dan mengawal secara sistematik
  • 32. 32 Kuntum Rahsia dari Taman Takdir (WB. Rendra) Maksud Rangkap 1 Pengarang menyatakan bahawa nilai kepercayaan dalam persahabatan akan memupuk kesetiaan sehingga membentuk satu hubungan yang akrab dalam kehidupan. Hubungan yang akrab ini akan menjadikan kehidupan lebih bahagia. Rangkap 2 Seorang pemuda berjanji dengan sepenuh jiwa akan setia terhadap persahabatan ini, walaupun janji tersebut bukan mudah ditepati seperti yang dilafazkan. Rangkap 3 Terdapat gangguan dari luar yang berusaha untuk memusnahkan perjanjian itu. Kita hanya bergantung harap pada Allah melalui doa untuk menghadapi ujian dan semua ini memerlukan kesabaran. Akhirnya, kesabaran itu akan membina sebuah kebahagiaan. Tema Bertemakan kepentingan kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Setiap perhubungan perlu disemai dengan kesetiaan. Persoalan 1. Persoalan kebahagiaan dalam kehidupan. Sebagai contoh: adalah baja-baja bahagia 2. Persoalan ketabahan menghadapi ujian. sebagai contoh: denai- dilalui- ditempa 3. Persoalan menyerah diri kepada Tuhan Sebagai contoh: Dipelihara dalam dakapan doa
  • 33. 33 Aku Tidak Berani Berjanji (Rosli K. Matari) Maksud Rangkap 1 Seorang pemimpin yang tetap pendiriannya dan bebas melakukan apa sahaja yang difikirkannya. Rangkap 2 Walaupun ada waktunya pemimpin berasa gembira tetapi tidak dapat dizahirkan atau pun ketika dia sedih dan hanya menerima keadaan tersebut. Rangkap 3 Pemimpin tetap tabah dan teguh pendirian ketika ditimpa pelbagai ujian yang cuba menggugat dirinya. Rangkap 4 Pemimpin lebih takut akan balasan yang akan diterimanya sesudah mati berbanding ancaman daripada orang lain. Rangkap 5 Kadang-kadang pemimpin berasa bimbang untuk menyuarakan sesuatu dan dibiarkan begitu sahaja. Rangkap 6 Ada kalanya pemimpin terpaksa mengikut kehendak mereka yang di bawah kepimpinannya walaupun terpaksa berpura-pura. Rangkap 7
  • 34. 34 Sesekali terpaksa pula menjadi seorang pemimpin yang tegas dan bertindak keras namun masih menghormati mereka yang di bawah kepimpinannya. Rangkap 8 Begitulah rutin harian yang dijalani oleh seorang pemimpin. Rangkap 9 Pemimpin tidak berani berjanji bahawa semua perkara akan dapat diatasinya. Tema Sajak ini bertemakan kejelasan prinsip seseorang pemimpin. Contohnya, Sang Pelita membiarkan sahaja bayangnya bermain sepuas-puasnya atau membebel sekehendak hatinya. Persoalan 1. Jati diri seorang pemimpin. Pemimpin tetap dengan pendiriannya walaupun menerima pelbagai kritikan atau cemuhan daripada orang bawahannya. Contoh: Seperti tiap-tiap malam, yang sudah-sudah Sang Pelita membiarkan sahaja Bayangnya bermain sepuas-puasnya Atau membebel sekehendak hatinya 2. Tabah dalam menghadapi dugaan. Pemimpin tetap tabah dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Contoh: Bahkan, ketika angin mencuri-curi masuk Sang Pelita berdiam diri sahaja Tidak peduli sekuat-kuat mana Bayangnya menjerit-jerit cemas
  • 35. 35 3. Keinsafan dalam menjalankan tanggungjawab. Pemimpin sedar dan berasa insaf akan mendapat balasan sekiranya tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin. Contoh: “Aku ngeri pada maut, Lebih daripada jeritan mu” 4. Sifat rendah diri dalam diri seorang pemimpin. Pemimpin sedar bahawa dia tidak mungkin dapat melakukan semua yang diharapkan oleh orang bawahannya. Contoh: Hanya sekali, ia pernah menjawab: “Aku tidak berani berjanji apa-apa.” 5. Pengorbanan seorang pemimpin. Pemimpin terpaksa berkorban demi kepentingan mereka yang di bawah pimpinannya. Contoh: Menjadi helang mengepak-ngepak sayap Meniru orang tua terbongkok-bongkok Merungut atau berdekah-dekah Menjelma atau menyelinap sementara 6. Kebebasan bersuara. Rakyat diberi kebebasan bersuara dan memberi pandangan terhadap pemimpin mereka. Contoh: Sang Pelita membiarkan sahaja Bayangnya bermain sepuas-puasnya Atau membebel sekehendak hatinya
  • 36. 36 Aku Hanya Mahu ke Seberang (Hashim Yaacob) Maksud Rangkap 1 Persediaan dan persiapan rapi dan teliti daripada setiap aspek fizikal, mental dan emosi untuk mencapai impian yang murni dalam merancang kehidupan masa hadapan. Rangkap 2 Bersedia untuk berhadapan/menempuh cabaran yang telah dijangka dan tidak terduga sepanjang perjalanan untuk meraih kejayaan. Rangkap 3 Penyair akur akan keupayaannya yang masih banyak kekurangan/kelemahannya sedangkan halangan sangat mencabar keupayaannya fizikal dan mental dan emosinya. Rangkap 4 Penyair berharap agar segala cabaran sepanjang perjuangannya dalam keadaan terkawal. Demikian juga dengan segala persiapan fizikal, mental dan emosi supaya berfungsi dengan sempurna dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini yang boleh menggagalkan usahanya sekian lama untuk mencapai impiannya. Rangkap 5 Bertawakal dan berserah kepada Tuhan semoga cita-cita/impian yang kecil itu dimakbulkan.
  • 37. 37 Tema Bertemakan persediaan yang menyeluruh (emosi, mental dan fizikal) dengan keazaman yang mantap, pengetahuan ilmu yang menyeluruh dalam pelbagai dan ketelitian dalam mengubah kehidupan. Keyakinan dalam doa dan bertawakal kepada Tuhan agar segala usaha tidak sia-sia dan sangat perlu dalam merealisasikan cita-cita. Persoalan 1. Setiap orang perlu mengetahui dan menyediakan perkara-perkara yang terbaik (sebaik-baiknya) untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan. Contoh:- Kupahat cengal menjadi perahu dayungnya teras tembusu Layar bertingkat kapas gulung tiangnya tegap kayu nibung Panjinya kain suluk atma 2. Setiap orang yang hendak mengubah kehidupan / mencapai cita-cita perlu berilmu pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi tentang bidang yang ingin diceburinya. Contoh :- Kupahat cengal menjadi perahu dayungnya teras tembusu Layar bertingkat kapas gulung tiangnya tegap kayu nibung Panjinya kain suluk atma 3. Pengetahuan dan persediaan yang mantap mengenai keadaan persekitaran yang menjadi cabaran dan halangan perlu diketahui dengan sebaik-baiknya. Contoh :- mengharung samudera
  • 38. 38 melawan ombak dan pantai 4. Mengetahui keupayaan diri dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran supaya dapat terus berdaya tahan. Contoh :- Perahuku kecil, lautnya ganas. 5. Bertawakal dan berdoa serta memberi pengharapan yang tinggi kepada Tuhan yang maha menguasai alam semesta, sangat perlu untuk meredakan tekanan dan mengawal emosi supaya dapat terus bertahan (sebagai terapi - tidak hilang punca/ dapat mengawal keadaan) dalam menghadapi saat-saat genting dalam kehidupan. Contoh :- Tenanglah laut, kuala dan muara. Ombak jangan gila melanda Tiuplah bayu pada layarku laju Dayung jangan patah. Layar jangan rekah Tiang jangan rebah 6. Tidak mudah patah semangat walaupun menemui pelbagai kesukaran dalam merealisasikan cita-cita. Contoh :- Tuhan, Aku hanya mahu ke seberang
  • 39. 39 Wanita dan Laut (Mahaya Mohd Yassin) Maksud Rangkap 1 Wanita digambarkan sebagai laut yang tenang disuluhi cahaya matahari tetapi boleh bertukar bergelombang jika perasaannya terusik. Rangkap 2 Wanita juga mempunyai sikap yang sopan santun tetapi dalam masa yang sama turut menyimpan dendam. Rangkap 3 Wanita memiliki perasaan yang indah saat bertemu muka, namun menyimpan rahsia dan penuh misteri. Rangkap 4 Wanita yang diumpamakan sebagai laut digambarkan sangat indah tetapi pada masa yang sama bersuara lantang dalam diam, sukar ditafsir tindak-tanduknya dan kadangkala menjadi pendiam. Rangkap 5
  • 40. 40 Segala tindak-tanduknya bersebab dan rasional. Mempunyai kesungguhan dalam menyemai perasaan kasih dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, memiliki peribadi yang mulia. Rangkap 6 Ibu, kakak, nenek dan penyajak sendiri ialah wanita anugerah Allah yang amat istimewa untuk seluruh umat manusia Tema Sajak ini bertemakan kekuatan peribadi wanita. Wanita yang digambarkan sebagai laut mempunyai keistimewaan yang tersendiri disebabkan sifat laut yang tenang dan juga bergelora. Keistimewaan yang ada pada wanita adalah anugerah daripada maha pencipta untuk seluruh umat manusia. Persoalan 1. Kasih sayang seorang wanita – Wanita digambarkan sebagai insan yang mempunyai perasaan kasih sayang yang sangat melimpah-ruah. 2. Kesetiaan kaum wanita – Kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi adalah satu keistimewaan yang dimiliki oleh wanita. 3. Wanita adalah anugerah Tuhan – Wanita yang terdiri daripada nenek, ibu, kakak adalah anugerah istimewa untuk manusia sejagat.
  • 41. 41 Ranting (Hilmi Rindu) Maksud Rangkap 1 Tidak semua masyarakat kita mempercayai kemajuan yang dikecapi disebabkan oleh peranan individu atau organisasi. Rangkap 2 Hasil kejayaan dan kenikmatan yang diperoleh hari ini disebabkan oleh usaha dan sumbangan individu atau organisasi tertentu yang banyak membantu tanpa mengharapkan balasan. Rangkap 3 Masyarakat selalu menyanjung tinggi setiap kejayaan secara luaran tetapi tidak menyedari sebenarnya terdapat peranan besar yang dimainkan oleh golongan tertentu dalam kejayaan tersebut. Sebaliknya, masyarakat menikmati hasil kejayaan itu dengan perasaan gembira tanpa menyedari disebalik kejayaan itu terdapat golongan tertentu yang membantu. Rangkap 4 Individu dan organisasi yang ikhlas membantu dalam memberi sumbangan idea dan tenaga mempunyai perasaan rendah diri dan memahami erti kehidupan bahawa setiap yang disumbangkan tidak semestinya mendapat kejayaan dan mengharapkan perhargaan orang lain Rangkap 5 Individu yang ikhlas mengharapkan sumbangan yang diberikan dapat memberi kebahagiaan kepada orang lain agar kemajuan negara akan terus dikecapi selama- lamanya.
  • 42. 42 Tema Bertemakan integriti seorang individu atau masyarakat dalam sesebuah organisasi dengan memberi sumbangan tanpa mengharapkan balasan untuk kepentingan orang lain. Persoalan 1. Persoalan sikap masyarakat yang kurang sedar kemajuan yang dimiliki atas sumbangan orang lain atau pihak tertentu. 2. Persoalan kemajuan yang dinikmati adalah disebabkan oleh usaha pihak tertentu. 3. Persoalan keikhlasan seseorang individu atau organisasi memberi sumbangan tanpa mengharapkan sanjungan daripada orang lain.
  • 43. 43 Belajarlah Memahaminya - Gunung Legenda (Shapiai Muhammad Ramly) Maksud Rangkap 1 Penyajak tahu bahawa daun-daun yang kelihatan diam sebenarnya sedang berzikir. Suasana di kawasan gunung tersebut memberikan ketenangan kepada penyajak yang rimas dengan kesibukan kota sebelum ini. Gunung ini merupakan tempat yang meninggalkan peristiwa sejarah dan menimbulkan pelbagai misteri yang tidak terjawab. Suasana di sana menyedarkan penyajak betapa pentingnya menjaga alam sekitar daripada menjadi mangsa kemusnahan akibat pembangunan. Rangkap 2 Ketika tidur di kaki gunung tersebut, penyajak mengimbas kembali tentang peristiwa sejarah yang pernah berlaku di gunung tersebut. Sejarah yang banyak memberikan sindirian. Sejarah tentang legenda seorang puteri. Rangkap 3 Semasa berada di puncak gunung, penyajak berasa terpegun melihat suasana dan keindahan alam semula jadi. Rangkap 4 Ketika menuruni gunung tersebut, penyajak masih terasa seolah-olah alam sekitar disekeliling begitu mesra dengannya.
  • 44. 44 Rangkap 5 Penyajak mengajak kita semua agar belajar dan memahami diri melalui alam semula jadi yang terdapat di gunung legenda ini. Tema Bertemakan hubungan antara alam sekitar dengan manusia. Persoalan 1. Keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan. 2. Peristiwa sejarah yang penting di sesuatu kawasan/tempat. 3. Suasana alam sekitar di kawasan pergunungan dapat memberi ketenangan kepada orang ramai. 4. Sejarah yang sudah berlalu banyak memberi sindiran dan iktibar kepada masyarakat.
  • 45. 45 Pada Glaukoma ke Ahmar (Abd Razak@Rezeki Othman) Maksud Rangkap 1 Pengarang menggambarkan suasana yang dirasai/kesan emosi melibatkan perubahan fungsi/kemerosotan deria penglihatan seseorang yang turut melibatkan perubahan masa. Rangkap 2 Pengarang menggambarkan emosi seseorang yang tertekan kerana kehidupannya tidak lagi dapat berfungsi/membataskan pergerakan dalam menjalani rutin harian disebabkan kemerosotan fungsi deria penglihatan. Sedangkan usia semakin mendekati kematian. Rangkap 3 Malang menimpa bonda pengarang kerana dia tiba-tiba diserang penyakit angin ahmar pula. Selama ini dia yang masih dapat melaksanakan rutin ibadah solat walaupun dalam keadaan pergerakan yang terbatas. Namun serangan penyakit ahmar ini telah melumpuhkan setiap pergerakannya. Rangkap 4 Pengarang menyatakan ibunya telah menanggung penyakit glaukoma yang telah menghilangkan deria penglihatan ibunya selama hampir tiga puluh tahun. Namun menyatakan keresahannya/kerisauannya jika dengan serangan penyakit angin ahmar ini nantinya akan menghilangkan/mengambil/meragut pula keseluruhan hayat ibunya yang tiada galang gantinya. Mendapat sakit berat yang bertimpa-timpa.
  • 46. 46 Rangkap 5 Pengarang berdoa agar ibunya terus reda dan sabar menghadapi penyakitnya kerana dia tidak mahu kehilangan ibunya. Pengarang tidak berasa terbeban menjaga ibunya sebaliknya ingin terus diberi peluang untuk berbakti dan membalas jasa ibunya yang tidak ternilaikan itu. Tema Bertemakan kasih sayang dan empati seorang anak terhadap ibunya yang begitu tabah dan reda menanggung penderitaan akibat penyakit glaukoma selama hampir tiga dekad dan yang terkini diserang penyakit angin ahmar pula. Kasih sayang yang begitu ampuh seorang anak yang begitu takut jika hayat kehidupan ibunya tidak panjang berikutan serangan penyakit angin ahmar. Ini kerana si anak masih tidak puas berbakti dan membalas budi ibunya selama ini. Persoalan 1. Malang tidak berbau kerana tiada sesiapa pun yang ingin berpenyakit. Serangan penyakit turut menjejaskan rutin dan suasana kehidupan manusia. Meragut kebahagiaan manusia dan menjejaskan diri manusia secara zahir dan batin. Contoh : - Dari ruang cahaya kini ke sudut suram Contoh :- Bagai bayu siang bertiup bebas kemudian terkurung menjadi udara pengap dinding kehidupan diikat ruang Contoh:- Sesudah glaukoma pada usia delapan puluh kamu diterpa ahmar pula
  • 47. 47 ia mengunci bahasa kaki dan mengekang bahasa tangan 2. Manusia perlu reda dan tabah menghadapi penyakit/musibah dengan meneruskan kehidupan setakat yang terdaya. Masih tetap mengerjakan ibadah solat walaupun cacat penglihatan selama hampir tiga dekad. Contoh : - Sesudah glaukoma pada usia delapan puluh kamu diterpa ahmar pula ia mengunci bahasa kaki dan mengekang bahasa tangan yang selama ini menggerakkan ke wuduk dan solatmu Contoh:- Pun glaukoma itu telah hampir tiga dekad membawa pergi indera kau miliki 3. Bersyukur dengan nikmat dan anugerah kesihatan yang baik dan pancaindera yang berfungsi yang memberi kebahagiaan dan harapan kepada kehidupan. Oleh itu kita perlu berbakti semasa kita masih sihat. Contoh:- Dari ruang cahaya Contoh:- Bagai bayu siang bertiup bebas Contoh:- ke seri taman budimu
  • 48. 48 yang tak tertanam olehku 4. Seorang anak perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa. Oleh itu perlu berempati terhadap keuzuran ibu bapa mereka. Hal ini dapat mengurangkan tekanan emosi mereka untuk meneruskan hari-hari yang mendatang sebelum tibanya saat kematian. Contoh:- dan mungkinkah deru ahmar ini bakal membawa pergi satu-satunya yang aku miliki betapa baki kesempatan ini biar kusisip bunga bakti ke seri taman budimu yang tak tertanam olehku 5. Seseorang anak tidak boleh menganggap ibu bapa yang tidak sihat/cacat sebagai beban. Sebaliknya perlu berusaha mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung. Anak-anak perlu reda dan sabar menghadapi dan sama-sama menanggung penderitaan ibu bapa mereka. Supaya ibu bapa tidak berasa tersisih atau membebankan sebaliknya berasa sentiasa diperlukan oleh anak-anak. Hal ini dapat memberikan mereka kekuatan untuk meneruskan kehidupan seadanya. Contoh:- Ibu, pada glaukoma ke ahmar teruji lagi reda dan sabar betapa baki kesempatan ini biar kusisip bunga bakti ke seri taman budimu
  • 49. 49 yang tak tertanam olehku 6. Penyakit boleh menyerang secara tiba-tiba dan bertimpa-timpa dan menjadi penghalang kepada kebahagiaan. Persediaan spiritual, mental, emosi dan fizikal perlu kuat untuk menanganinya dalam meneruskan kehidupan. Contoh:- kini ke sudut suram Contoh:- kemudian terkurung menjadi udara pengap dinding kehidupan diikat ruang Contoh:- ia mengunci bahasa kaki dan mengekang bahasa tangan Contoh:- Ibu, pada glaukoma ke ahmar teruji lagi reda dan sabar
  • 50. 50 Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai (Napie Mat) Maksud Rangkap 1 Penyajak melambangkan kehidupan di sungai seperti kehidupan manusia di dunia. Penyajak pernah diasuh tentang kehidupan manusia dan secara tidak langsung dia memahami cara hidup manusia yang bekerja sebagai nelayan yang melaksanakan fitrah Allah untuk mencari rezeki. Rangkap 2 Penyajak memahami bahawa keadaan yang tenang tidak semestinya tiada masalah yang timbul dan kadang-kadang masalah yang timbul datang tanpa petanda. Masalah yang datang bagi golongan nelayan seperti musim tengkujuh memberi kesan yang teruk kepada golongan tersebut. Hal ini menyebabkan golongan bawahan seperti nelayan tidak dapat meneruskan pekerjaan mereka untuk mencari rezeki. Rangkap 3 Penyajak memahami perasaan yang dialami oleh golongan nelayan yang hidup mencari rezeki di kawasan sungai yang bergantung kepada musim-musim tertentu. Nasib golongan ini sebenarnya telah ditakdirkan dan mereka merupakan golongan masayrakat yang hidup dalam kesusahan. Rangkap 4
  • 51. 51 Kadang-kadang penyajak terlalu asyik memerhatikan masalah yang timbul dalam masyarakat di dunia ini. Rangkap 5 Kesusahan yang dialami oleh golongan ini biasanya merupakan kesusahan yang dialami selama-lamanya. Tema Bertemakan kehidupan masyarakat golongan nelayan yang hidup dalam kesusahan dalam mencari rezeki. Persoalan 1. Fitrah manusia mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. 2. Keadaan yang tenang tidak semestinya tiada pergolakan dalam masyarakat. 3. Musim tengkujuh merupakan cabaran dan dugaan kepada golongan nelayan untuk mencari rezeki. 4. Persengketaan sering berlalu di mana-mana sahaja di dunia ini.
  • 52. 52 Mari Kita Cipta Alam Lestari (Nimoiz T.Y.) Maksud Rangkap 1 Pengarang mengajak masyarakat mencipta alam lestari bersumberkan kehijauan pepohonan dibumi yang subur dan makmur hasilnya. Pengarang juga mengajak kita bersama-sama bersepakat menjayakan transformasi atas dasar kebijaksanaan/kebitaraan yang bertempat di landskap indah universiti ternama/terulung negara. Hal ini demikian kerana di situlah tempat lahirnya para cendekiawan/ilmuan negara. Pengarang menegaskan tiada gunanya pembangunan negara jika kita dengan sesuka hati memusnahkan alam sekitar tanpa memikirkan risikonya pada masa akan datang. Pengarang dengan sinis mempersoalkan tiada ertinya kemajuan/perubahan jika kita menggunakan teknologi moden untuk memusnahkan alam sekitar dengan rakus. Rangkap 2 Pengarang menjelaskan bahawa kitalah sepatutnya sebagai masyarakat era teknologi yang menjadi pemaju negara berdaulat pada masa hadapan. Hakikatnya kejayaan dan pencapaian cemerlang kita telah mencipta nama dan mengharumkan nama negara di pesada dunia adalah kerana kita masih sayang akan bumi dan sumber alamnya. Rangkap 3
  • 53. 53 Penyair menyeru kepada masyarakat supaya dapat membentuk tali silaturahim/ ukhwah atas nama anjakan paradigma dalam mencapai wawasan negara yang akan mengharumkan nama negara sepanjang peradaban. Oleh itu kita patut berterima kasih kepada semua anugerah alam/ sumber dan unsur alam yang pelbagai dan menarik serta unik itu yang telah mensejahterakan rakyat di negara ini. Rangkap 4 Setelah segala usaha kita berjaya mencapai kecemerlangan dengan mendapat pengiktirafan tertinggi dunia dalam pencapaian yang diperoleh daripada universiti terulung negara. Penyair juga mengingatkan supaya kita seharusnya tidak lupa atau berwaspada akan kelestarian dan keseimbangan alam supaya dipelihara untuk mengelakkan daripada berlakunya bencana alam yang boleh membawa malapetaka, kehilangan nyawa dan harta benda serta kemusnahan berskala besar sebagaimana yang pernah berlaku di serata dunia. Rangkap 5 Penyair menyeru supaya kita/ahli masyarakat dapat membudayakan sikap melestarikan alamnya supaya kekal keindahan dan keunikannya. Harapan supaya masyarakat Malaysia dan antara bangsa dapat mengagumi keunikan dan keindahan tersebut. Tema Menghargai dan memelihara keunikan dan keseimbangan alam sekitar agar terus lestari dan dapat dinikmati oleh seluruh manusia di dunia seiring dengan peradaban dan kemajuan zaman. Persoalan 1. Alam sekitar : Para intelektual, ahli korporat, golongan profesional dan ilmuan seharusnya memainkan peranan penting dengan menghargai dan terus memelihara keseimbangan alam sekitar seiring dengan perkembangan zaman dalam melakukan anjakan paradigma negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan negara.
  • 54. 54 Contoh:- Mari kita jabat tangan transformasi Membingkis salam segar atas nama bestari Di landskap indah universiti berkualiti Kerana di sini lahirnya graduan berjaya Di menara gading yang tersohor dan ternama. 2. Jati diri dan moral Kita perlu menanamkan rasa bertanggungjawab yang tinggi untuk terus memelihara alam sekitar dan sumber alam supaya terus lestari dan boleh dinikmati bukan sahaja oleh anak watan malah oleh penduduk dunia yang lain. Contoh:- Setelah berdiri di podium ternama menggenggam jaya Segulung ijazah dari universiti ternama Jangan kita lupa bahawa alam sentiasa mengajar kita Sentiasa waspada tidak leka dengan gegar gempita Pekik tsunami kejam pernah menyampai gelombang Laung gunung berapi pernah mengutus salam Raung gempa bumi pernah menghantar pesan walang Dari marsum luka episod tragis sebuah perjalanan. 3. Wawasan Negara Kita seharusnya menggunakan teknologi terkini secara berhemah dan perlu mengambil kira kelangsungan hayat sumber alam walaupun dalam memacu pesat pembangunan negara. Contoh:- Bahawa transformasi; apalah maknanya pembangunan Jika alam binasa kerana tangan-tangan kejam Apalah maknanya kemajuan Jika alam tumbang kerana jentera-jentera hitam
  • 55. 55 Apalah maknanya perubahan Jika segalanya penuh dengan sisa-sisa kemusnahan 4. Khazanah warisan negara harus dipelihara Kita perlu maklum bahawa ketidakseimbangan alam akibat kerakusan manusia akan mengakibat bencana alam yang boleh/telah/akan mengakibatkan kemusnahan bentuk muka bumi, sumber alam, spesies, kemalangan/kehilangan nyawa, harta benda/pembangunan / kemajuan yang diciptakan/ yang dibangunkan oleh manusia sebelumnya. Contoh: Ayuhai; kitalah teknokrat pemaju Hari muka bumi berdaulat Pada mencium puspita dari bunga persada Kita masih sayang akan alam dan sumbernya. 5. Tekad yang padu ke arah perkongsian bersama keunikan khazanah alam dan kemajuan negara secara lokal dan global. Contoh:- Bahawa marilah, mari kita semat azam memugar impian Ayuhai; kita cipta sebuah alam lestari Cantik di mata anggun di atma, nantinya Untuk semua pencinta pesona
  • 56. 56 Kembali ke Rumah Nurani (Husna Nazri) Maksud Rangkap 1 Penyajak mengajak kita semua berusaha mencari cahaya Illahi agar kita mempunyai hati yang murni dalam diri. Hati yang lahir berlandaskan akal fikiran dan budi pekerti serta bersifat kemanusiaan. Walaupun sentiasa digoda oleh nafsu namun kita tetap tidak dipengaruhi. Mempunyai hati yang murni bukan sahaja menyenangkan orang disekeliling kita malah membantu kita mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan. Rangkap 2 Sikapdan tatasusila dalam diri merupakan faktor yang dapat membentuk hati yang murni. Kita perlulah berpegang kepada adab dan juga cara hidup warisan nenek moyang. Walaupun kita sering diddedahkan dengan keseronokan yang boleh melekakan namun kita tidak akan terpengaruh kerana hati yang murni dapat membentuk iman yang kuat dalam diri. Dengan iman yang kukuh maka kita akan berjaya mendepani dugaan dan cabaran. Rangkap 3 Penyajak meminta kita membentuk diri dan hati berasaskan tradisi warisan bangsa. Dengan ini kita dapat melahirkan masyarakat harmoni yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang di dunia yang sementara ini.
  • 57. 57 Tema Bertemakan hati yang murni akan dapat membentuk peribadi seseorang membawanya ke jalan yang benar. Persoalan 1. Akal fikiran dan budi pekerti yang tinggi menjadi tanda orang yang berhati mulia. 2. Hati yang murni dapat menghindarkan diri kita daripada terpengaruh dengan nafsu yang boleh membawa kepada keburukan. 3. Warisan tradisi nenek moyang kita perlu dipertahankan daripada dipengaruhi oleh pengaruh dari luar. 4. Kedamaian dan keharmonian dalam negara dapat diwujudkan seandainya setiap masyarakat mempunyai hati yang murni.