SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  14
Télécharger pour lire hors ligne
Tinjauan Terhadap Halangan Penggunaan Peralatan Dan Perisian ICT Di Kalangan Pensyarah
Jabatan Pengajian Am Di Politeknik Merlimau
Oleh :
Asnuurien Najma Binti Ahmad
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Merlimau Melaka
asnuurien@pmm.edu.my
Munirah Binti Mustaffa
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Merlimau, Melaka
munirah@pmm.edu.my
Siti Noor Binti Hussain
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Merlimau, Melaka
sitinoor@pmm.edu.my

ABSTRAK
Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor halangan dalam penggunaan
peralatan dan perisian Information and Communication Technologies (ICT) di kalangan pensyarah
Jabatan Pengajian Am (JPA). Kajian ini juga melihat kepada faktor halangan memberi kesan terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kuantitatif di mana
ia melibatkan penggunaan instrumen soal selidik berskala likert dan kaedah pemerhatian. Seramai 35
orang pensyarah JPA yang telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Maklumat yang diperoleh
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows
yang dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan skor min. Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa faktor utama penghalang dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT adalah peruntukan
pembelian peralatan dan perisian ICT adalah mahal, terhad dan tidak berfungsi dengan baik atau rosak.
Cadangan untuk mengatasi halangan tersebut juga dikemukakan oleh pengkaji.
Kata kunci : halangan, penggunaan peralatan dan perisian ICT dalam pembelajaran & pengajaran
(P&P)
1.0

PENGENALAN

Isu pengajaran dan pembelajaran (P&P) banyak dibincangkan dalam seminar atau
menjadi isu utama dalam kajian. Proses P&P biasanya akan melibatkan interaksi secara
bersemuka di antara guru dan pelajar (Koh Boh Boon 1992). Walau bagaimanapun,
dengan berlakunya perubahan dalam teknologi maklumat, aspek secara bersemuka
tidak lagi relevan sepenuhnya malah P&P boleh berlaku melalui manipulasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) malah ianya menjadi suatu pemangkin dalam P&P
(Ehwan Supangat, 2005).

Menurut

Buyong

(2002),

cabaran

dunia

pendidikan

dalam

meneroka

dan

mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa para
pengajar dan pelajar mengenali dan seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang
yang diingini. Keberkesanan TMK dalam P&P dapat dilihat dari awal peringkat pra-sekolah,
sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke institusi pendidikan tinggi. Oleh itu, wujudlah
istilah pendidikan dan TMK yang sering dilaung-laungkan oleh Mantan Menteri Pelajaran
Malaysia. Ini dibuktikan dengan petikan kata-kata dari Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein:
‘kementerian ini sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyahut hasrat kerajaan untuk
memajukan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam pendidikan’

Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan peralatan dan perisian ICT (Information and
Communication Technologies) dalam dunia pendidikan bukan lagi dianggap sesuatu yang
asing. Ia adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan serta sesuai
untuk dijadikan alat bagi membantu pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Malah ICT juga turut mampu
membantu pengajar untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika
digunakan dengan lebih sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar
terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran.
2.0

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kemahiran ICT di peringkat institusi pengajian tinggi sememangnya tidak dapat disangkal lagi
kepentingannya dalam sistem pendidikan negara masa kini. Oleh yang demikian, pengetahuan
ICT di kalangan pensyarah adalah penting untuk memberikan maklumat dan informasi kepada
para pelajar. Pada zaman yang serba canggih ini, dunia pendidikan juga menuntut para
pendidik terutama pensyarah memperbaharui cara penyampaian dalam pengajaran dengan lebih
efektif, kreatif dan berinovatif. Dengan adanya kecanggihan teknologi, ia dapat membantu para
pensyarah dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan serta menarik minat pelajar dalam
pembelajaran. Ia juga dapat menggantikan sistem P&P secara tradisional kepada kaedah yang
lebih canggih dan bersistematik serta efektif.
Pada hari ini, sistem pendidikan yang berasaskan ICT menggesa pihak Kementerian
Pengajian Tinggi menyediakan satu kemudahan serta prasarana yang lengkap dan
membekalkan pelbagai peralatan atau perisian ICT untuk kegunaan para pensyarah bagi
memastikan objektif pendidikan pada hari ini tercapai. Para pensyarah juga diberikan
pendedahan mengenai pengetahuan pengendalian peralatan dan perisian ICT melalui latihan
dan kursus yang dianjurkan oleh pihak kementerian bagi memastikan para pensyarah
berkemahiran tinggi serta menguasai dunia teknologi.
Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) juga dilihat telah banyak mengaplikasikan
penggunaan TMK dalam P&P. Secara umumnya, proses P&P yang dijalankan masih
menggunakan cara tradisional iaitu kuliah syarahan dan tutorial. Namun, TMK memainkan
peranan penting sebagai satu alat bantu mengajar dan belajar yang serba canggih dan lebih
berkesan daripada pendekatan ’Paper & Chalk’. Dengan ini jelaslah penggunaan TMK dalam
P&P bererti menggunakan teknologi maklumat secara efisien, terancang dan bersesuaian
dengan objektif pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan P&P.
3.0

PERNYATAAN MASALAH

Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat
Malaysia hari ini. Sama seperti lain-lain perkara yang baru diperkenalkan dalam kehidupan
sesuatu masyarakat ianya tentu menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi
sebahagian dari budaya hidup. Penerimaan ICT ini banyak bergantung kepada faktor-faktor
seperti kemudahan untuk mendapatkannya, kecanggihannya serta manfaat yang boleh
diperolehi darinya. Pada hari ini juga Kementerian Pelajaran banyak membekalkan
kemudahan-kemudahan peralatan ICT untuk melaksanakan proses P&P. Sebagai contoh
pengagihan komputer riba kepada sebahagian tenaga pengajar malah setiap institusi pendidikan
dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan perisian ICT seperti Pemancar LCD dan OHP.

Namun begitu, pengkaji melihat ramai pensyarah lebih berminat menggunakan kaedah
tradisional daripada menggunakan peralatan dan perisian ICT dalam P&P walaupun mereka
mengetahui hakikat sebenar kebaikan pengaplikasian ICT dalam P&P. Howell (1971) di mana
beliau melihat pelajar lebih tertarik untuk mempelajari sesuatu subjek (bahasa Perancis) dengan
menggunakan komputer berbanding cara konvensional. Pengkaji juga sering melihat
kemudahan ICT hanyalah digunakan oleh pensyarah yang sama di mana mereka lebih maju
dari segi pengendalian peralatan dan perisian ICT jika dibandingkan pensyarah yang lain.

Oleh itu pengkaji ingin menyelidik faktor halangan yang wujud dalam penggunaan
peralatan dan perisian ICT dalam proses P&P serta melihat perkaitan sejauh manakah faktor
halangan mempengaruhi kekerapan dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT. Pengkaji
juga melihat kesan ke atas proses P&P apabila wujudnya faktor halangan dalam penggunaan
peralatan dan perisian ICT di Jabatan Pengajian Am (JPA), Politeknik Merlimau, Melaka
(PMM).

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

4.1

Mengenal pasti faktor halangan dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT di
kalangan pensyarah JPA dalam proses P&P.

4.2

Mengenal pasti kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran P&P.

4.3

Mengenal pasti cara mengatasi halangan-halangan terhadap penggunaan peralatan dan
perisian ICT di kalangan pensyarah.
5.0

PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut :

5.1

Apakah halangan-halangan terhadap keperluan dan kemahiran serta penggunaan ICT
dalam pengajaran pensyarah.

5.2

Apakah kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran P&P.

5.3

Apakah cara untuk mengatasi halangan-halangan terhadap penggunaan peralatan dan
perisian ICT di kalangan pensyarah.

6.0

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini diharapkan akan dapat memberi manfaat kepada pihak pengurusan
PMM, khususnya para pensyarah JPA. Pengkaji juga mengharapkan agar kajian ini dapat
memberikan maklum balas kepada pihak pengurusan PMM untuk dinilai akan kebenarannya.
Adalah diharapkan juga agar kajian ini menjadi salah satu saluran kepada pengurusan
politeknik untuk mengetahui perkembangan semasa pensyarah dalam proses P&P di PMM dan
dengan itu pihak pengurusan boleh menilai semula atau membuat perancangan pada masa
hadapan dengan lebih teliti bagi mengatasi halangan yang wujud dalam penggunaan peralatan
dan perisian ICT ini.

Selain itu, kajian ini juga diharapkan agar dapat mengemukakan cara bagaimana untuk
mengatasi halangan-halangan terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT di kalangan
pensyarah. Secara tidak langsung, kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pensyarahpensyarah yang menghadapi masalah dalam menggunakan peralatan dan perisian sebagai
medium penyampaian ilmu sekaligus cuba untuk mengatasi masalah tersebut.

7.0

KAJIAN LEPAS

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh Johari Bin Hassan dan Siti Norazlina Binti
Kamisan (2008) terhadap halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran di kalangan guru di Kulai Jaya, Johor menunjukkan bahawa antara halangan
yang telah dikenal pasti dalam halangan ini ialah faktor masa, faktor sikap, faktor latihan dan
faktor kemudahan.
Kajian yang seterusnya dijalankan oleh Noor Azean Bt Atan dan Beatrice Andrew
terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap guru pelatih
menunjukkan kebanyakan guru pelatih merasakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran
mereka dapat meningkatkan kualiti pengajaran dengan lebih jelas dan efektif seiring dengan
peningkatan kemahiran generik mereka.

Hasil kajian yang dilaksanakan oleh Koni Md Taha et.al

2006, (UiTM) pula

menunjukkan bahawa penggunaan komputer dan internet dalam pengajaran dan pembelajaran
menggambarkan seseorang pensyarah itu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang amat
istimewa. Beliau menambah bahawa seseorang pensyarah perlulah menjadikan amalan
penggunaan peralatan ICT seperti komputer, internet dan lain-lain yang berkaitan dengannya
dijadikan sebagai satu budaya yang perlu dipraktikkan seharian.

Berdasarkan kajian-kajian lepas, faktor-faktor seperti umur, jantina, latihan, galakan
pentadbir, dan kemudahan komputer di sekolah telah di kenal pasti menjadi halangan terhadap
pengunaan komputer dan ICT di kalangan guru-guru di sekolah. Justeru, pengkaji ingin
mengenal pasti halangan-halangan baru yang timbul dan halangan utama yang menjadi
penyumbang terbesar terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT di Politeknik Merlimau
khususnya di Jabatan Pengajian Am.

8.0

SKOP KAJIAN

Tempat kajian yang dilakukan adalah di JPA, PMM. Kajian ini hanya terbatas kepada
pensyarah-pensyarah JPA sahaja yang terdiri daripada 35 orang pensyarah iaitu dalam bidang
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta bidang Bahasa Inggeris. Dapatan kajian ini hanya
releven untuk aspek tempat dan kajian yang dikaji oleh pengkaji sahaja.

9.0

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian
Bentuk kajian penyelidikan yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif dengan
menggunakan borang soal selidik dan kaedah pemerhatian. Penyelidikan deskriptif adalah satu
kaedah kuantitatif. Mengikut Azizi Yahaya et al.(2007), statistik deskriptif digunakan bagi
menghurai ataupun membuat ringkasan pada maklumat ataupun data yang diperolehi bagi
populasi ataupun sampel, ia biasanya digunakan oleh para penyelidik bagi membuat ringkasan
pada data yang mempunyai kuantiti yang besar. Set soal selidik disediakan dan diedarkan
kepada responden bagi mendapatkan maklumat.

Penggunaan soal selidik bagi penyelidik adalah mudah dan sesuai dengan masa
malahan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Dalam kajian ini, data-data telah
dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbirkan oleh pengkaji sendiri di
tempat kajian. Data mentah yang diperoleh telah dianalisa dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows. Maklumat yang diperoleh
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for
Windows yang dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan skor min.

Sampel Kajian
Populasi ialah sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri yang spesifik (Azizi Yahaya
et. al., 2007). Seseorang penyelidik mungkin tidak berupaya menggunakan semua anggota
populasi dalam kajian. Oleh itu, wakil atau contoh am populasi yang dikenali sebagai sampel
sahaja yang akan digunakan dalam kajian (Mohd. Majid Konting, 2000)

Mohd Majid Konting (2005), mendefinisikan populasi sebagai satu set ciri yang
menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek.
Individu atau objek yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat
yang sama antara satu sama lain. Tugas pertama dalam persampelan ialah mengenalpasti dan
mendefinisikan populasi yang disampel secara spesifik (Azizi et. al., 2007). Sampel kajian
adalah terdiri daripada pensyarah Jabatan Pengajian Am sahaja.

10.0

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan daripada set soal selidik yang telah diedarkan kepada responden akan dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows. Hasil
daripada analisis data tersebut kemudian akan dipaparkan dalam bentuk jadual yang
menunjukkan min bagi setiap item yang diperoleh.
Bagi analisis min, pengkaji telah mengklasifikasikan min kepada 3 tahap responden
sama ada rendah, sederhana, atau tinggi. Kategori pertama iaitu min antara 3.81 ≤ min ≤ 5.00
ditafsirkan kepada tinggi. Kategori kedua iaitu min 2.41 ≤ min ≤ 3.80 ditafsirkan kepada
sederhana manakala kategori ketiga iaitu min 1.00 ≤ min ≤ 2.40 ditafsirkan kepada rendah.
Ringkasan Nilai Skor Min adalah seperti jadual berikut :Jadual 1: Jadual Nilai Skor Min Untuk Tahap Halangan
Skor Min

Tahap Halangan

1.00 ≤ min ≤ 2.40

Rendah

2.41 ≤ min ≤ 3.80

Sederhana

3.81 ≤ min ≤ 5.00

Tinggi

Taburan responden mengikut jantina dan umur
Jadual 2 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut jantina di JPA, PMM. Seramai
35 orang responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini dengan jumlah responden lelaki
mewakili 40% daripada responden manakala selebihnya adalah responden perempuan. Jadual 1
juga menunjukkan taburan responden mengikut umur.

Kebanyakan responden dalam kajian ini adalah dalam lingkungan umur 26 hingga 30
tahun dengan responden perempuan mewakili 31.4% (11) manakala seramai 14.3% (5) adalah
terdiri daripada responden lelaki. Daripada kajian juga mendapati bahawa responden yang
paling sedikit mewakili sebanyak 8.6% (3) iaitu dalam lingkungan umur 20 hingga 25 tahun
yang terdiri daripada perempuan.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan majoriti responden di JPA mempunyai
pengalaman mengajar dari 1 hingga 5 tahun pengalaman mengajar iaitu sebanyak 34.3% (12)
mewakili perempuan dan sebanyak 20% (7) responden yang mewakili lelaki. Jadual 2 juga
menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai pengalaman 15 tahun ke atas amat sedikit
bilangannya jika dibandingkan dengan lain-lain iaitu seramai 5.7% (2) responden yang
mewakili lelaki dan sebanyak 2.9% (1) yang mewakili responden perempuan.
Jadual 2:

Jadual menunjukkan taburan responden mengikut jantina, umur dan
pengalaman mengajar
Umur

Pengalaman Mengajar

(%)

20 –
25 thn

26 – 30
thn

31 –
35 thn

36 thn
ke
atas

<5
thn

1–5
thn

6 - 10
thn

11 –
15 thn

15 thn
ke
atas

Lelaki

40%

0

14.3 %

17.2%

8.6 %

0%

20%

5.7%

8.6%

5.7%

Perempuan

60%

8.6 %

31.4 %

5.7 %

14.3%

11.4%

34.3%

2.9 %

8.6 %

2.9 %

Jantina

* N = 35 orang
Taburan responden mengikut bidang mengajar
Jadual 3 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut bidang mengajar di JPA, PMM.
Responden yang terdiri dari bidang Pendidikan Islam & Moral adalah mewakili 57.1% (20)
manakala responden yang terdiri dari bidang Bahasa Inggeris pula adalah mewakili 42.9% (15).
Jadual 3: Jadual Menunjukkan taburan responden mengikut bidang mengajar
Bidang Mengajar

Peratus

Pendidikan Islam & Moral

57.1 %

Bahasa Inggeris

42.9 %

* N = 35 orang

Faktor halangan dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT di kalangan pensyarah
Jabatan Pengajian Am dalam melaksanakan proses P&P?
Jadual 4 : Jadual Menunjukkan taburan responden mengikut bidang mengajar
Peratus
Item Kajian

Min

Tahap

SP

1.14

Rendah

0.36

17.1%

1.83

Rendah

0.38

85.3%

14.7%

1.86

Rendah

0.36

94.3%

5.7%

1.94

Rendah

0.24

Tahap kemahiran penggunaan ICT adalah terhad.

60%

40%

1.60

Rendah

0.50

Tahap kesedaran tentang kelebihan penggunaan ICT dalam

40%

60%

1.40

Rendah

0.50

Kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran

65.7%

34.3%

1.66

Rendah

0.48

Kes penipuan dan peniruan hasil kerja pelajar lain.

65.7%

34.3%

1.66

Rendah

0.48

Pelajar lebih berminat memberi tumpuan kepada audio/visual

51.4%

48.6%

1.51

Rendah

0.51

77.1%

22.9%

1.77

Rendah

0.43

Ya

Tidak

Item

Faktor usia yang semakin meningkat.

14.3%

85.7%

Faktor peralatan yang disediakan terhad

82.9%

Kebanyakan peralatan yang disediakan tidak berfungsi/rosak
Peruntukan pembelian peralatan, perkakasan dan perisian adalah
mahal.

pengajaran adalah rendah.

yang dipaparkan daripada penerangan pensyarah
Kelas yang kurang sesuai untuk pancaran visual dalam P&P.

* N = 35 orang

Melalui hasil kajian ini didapati bahawa terdapat 10 item yang menjadi pernyataan halanganhalangan yang dihadapi oleh responden terhadap penggunaan ICT.

Berdasarkan Jadual 4, faktor usia yang semakin meningkat (85.7%) mewakili mereka
yang mengatakan ianya bukanlah menjadi faktor penghalang dalam pengunaan peralatan dan
perisian ICT dalam P&P. Manakala tahap kesedaran tentang kelebihan penggunaan ICT dalam
pengajaran adalah rendah (40%) mewakili responden yang menyatakan bahawa ia adalah satu
penghalang terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT dalam P&P.

Jadual 4 juga menunjukkan faktor utama yang mendorong responden tidak
menggunakan peralatan dan perisian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Majoriti
responden iaitu seramai 33 orang (94.3%) menyatakan bahawa faktor utama yang mendorong
mereka tidak menggunakan peralatan dan perisian dalam proses P&P adalah disebabkan oleh
peruntukan pembelian peralatan, perkakasan dan perisian adalah mahal. Manakala responden
yang menyatakan mereka tidak menggunakan peralatan dan perisian dalam proses P&P adalah
disebabkan oleh kebanyakan peralatan yang disediakan tidak berfungsi atau rosak iaitu seramai
30 orang (85.3%).

Ini diikuti seramai 29 orang (82.9%) menyatakan sebab mereka tidak menggunakan
peralatan dan perisian ICT adalah disebabkan peralatan-peralatan yang disediakan begitu
terhad, 27 orang (77.1%) disebabkan kelas yang kurang sesuai untuk pancaran visual P&P, 23
orang (65.7%) menyatakan disebabkan kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran, 23
orang (65.7% orang) disebabkan penipuan dan peniruan hasil kerja pelajar lain, 21 orang (60%)
merasakan tahap kemahiran penggunaan ICT adalah terhad dan 18 orang (51.4%) disebabkan
pelajar lebih berminat memberikan tumpuan terhadap audio atau visual yang ditayangkan
berbanding dengan pengajaran pensyarah.
Kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran P&P.

Dapatan kajian daripada kaedah pemerhatian yang dibuat, faktor halangan yang dihadapi oleh
pensyarah banyak memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kesan
yang dilihat adalah pensyarah lebih berminat menyampaikan pengajaran secara tradisional iaitu
”Chalk and talk” berbanding penggunaan peralatan teknologi. Kesan ini adalah salah satu
penyumbang kepada kegagalan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk
mencapai objektif pendidikan ke arah penggunaan teknologi. Ia juga mempunyai perkaitan
dengan kemahiran pensyarah dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT,

di mana

pengetahuan dan kemahiran pensyarah akan terbatas kerana penggunaan peralatan dan perisian
ICT tidak diaplikasikan dalam P&P. Malah penggunaan peralatan ICT yang sedia ada hanya
digunakan oleh pensyarah yang mempunyai kemahiran ICT yang tinggi sahaja.
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa faktor halangan peralatan yang terhad dan tidak
berfungsi juga memberi kesan terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT dalam P&P.
Peralatan dan perisian ICT yang terhad mengganggu proses P&P di mana pensyarah terpaksa
melupakan hasrat untuk menggunakan peralatan ICT sekiranya peralatan sedia ada telah
digunakan oleh pensyarah lain. Manakala perisian sedia ada seperti high class yang terdapat di
makmal bahasa juga tidak dapat digunakan dalam P&P kerana mengalami beberapa masalah
yang mengakibatkan perisian tersebut tidak berfungsi. Oleh yang demikian pensyarah tidak
berpeluang mempelbagaikan kaedah pengajaran dan ia memberi impak di mana pensyarah akan
kelihatan ketinggalan dalam bidang teknologi pada zaman yang serba canggih ini.

Kajian juga menunjukkan faktor halangan bilik kuliah yang tidak praktikal juga adalah
penyumbang kepada kegagalan pensyarah dalam menggunakan peralatan dan perisian ICT
dalam P&P. Pengkaji mendapati kebanyakan bilik kuliah tidak disediakan peralatan teknologi
seperti layar skrin untuk paparan visual yang dipancarkan melalui LCD. Malah situasi bilik
kuliah tidak berada dalam keadaan yang kondusif. Ini menyebabkan hasil pancaran melalui
LCD menjadi kabur dan tidak jelas. Ini menyebabkan penyampaian P&P kelihatan tidak
menarik malah pelajar kurang memberi tumpuan terhadap penyampaian pengajaran pensyarah.
Ini mengakibatkan penyampaian pengajaran adalah tidak berkesan.

Cadangan untuk mengatasi halangan-halangan terhadap penggunaan peralatan dan
perisian ICT di kalangan pensyarah.

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan ini, pengkaji menyarankan beberapa cadangan
untuk dipertimbangkan oleh pihak Pengurusan Politeknik dan pihak Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia (KPTM), para pensyarah khususnya pensyarah Jabatan Pengajian Am dan
pihak-pihak yang berkenaan.

Cadangan kepada Pengurusan Politeknik & KPTM
(i)

Memberi galakan kepada warga politeknik dengan memandang serius setiap
permasalahan yang ditimbulkan serta menyediakan infrasruktur yang bersesuaian dan
mencukupi seperti pembinaan bilik-bilik kuliah yang bersesuaian untuk penggunaan
ICT dalam P&P.

(ii)

Memastikan peralatan dan perisian ICT serta kemudahan perkhidmatan internet
memenuhi keperluan pensyarah.
Cadangan kepada pihak pensyarah

(i)

Memberi sokongan penuh terhadap usaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
untuk mencapai objektif pendidikan berteraskan teknologi dengan mempertingkatkan
kemahiran ICT untuk pengajaran secara berterusan di kalangan tenaga pengajar
politeknik.

(ii)

Pengajar atau pensyarah perlulah menerima kemahiran penggunaan ICT sebagai salah
satu kemahiran pengajaran yang perlu ada pada diri mereka.

11.0

KESIMPULAN

Pembelajaran elektronik atau lebih kerap dipanggil e-learning adalah merupakan menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi menjadi pemudah cara dalam pembelajaran.
Kemajuan ICT seterusnya telah meningkatkan penggunaan internet, laman web (web page) dan
jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan satu
persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan
pembelajaran, di samping mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih
meluas dalam proses pendidikan.(Baharuddin, 2000).

Hasil kajian ini telah dapat mengenal pasti beberapa faktor halangan terhadap
penggunaan peralatan dan perisian ICT dalam proses P&P. Antara halangan tersebut ialah
peruntukan pembelian peralatan, perkakasan dan perisian adalah mahal, peralatan yang tidak
berfingsi atau rosak, pembelian peralatan perkasaan dan perisisan yang mahal, peralatanperalatan yang disediakan tidak berfungsi atau rosak, kemahiran penggunaan ICT yang terhad,
kelas yang kurang sesuai untuk pancaran visual P&P, kekangan masa dalam penyediaan bahan
pengajaran, kes penipuan dan peniruan hasil kerja pelajar lain dan pelajar lebih berminat
memberikan tumpuan terhadap audio atau visual yang ditayangkan berbanding dengan
pengajaran pensyarah.
Hal ini menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya pelajar, pensyarah, pentadbir
politeknik dan Bahagian Pengurusan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(KPTM) untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Seterusnya dapat mewujudkan warga
politeknik yang berkemahiran dalam ICT sekaligus memenuhi hasrat kerajaan bagi melahirkan
tenaga kerja yang berdaya saing, kompeten, progresif, dinamik dan bersifat glokal.
RUJUKAN
Abdul Wahab Ismail Gani et al 2006, Penggunaan Komputer Dalam PengajaranPembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau
Pinang, Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2
Azahar Bin Muhammad & Nurul Huda Binti Abdul Wahab.2005, Aplikasi ICT Dalam
Pengajaran Pendidikan Islam Semasa Latihan Mengajar, Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan. 2007, Menguasai
Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Badrul Hisham, 2000, Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Berbantukan Komputer (PPBK) di Sekolah Menengah, Ipoh: Maktab Perguruan Ipoh.
Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali, (2008), Penggunaan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah
Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Johor Bahru. Tesis
Sarjana Muda.
Ellington. H, Percival & Race (1993). Handbook of Educational Technology, London, Kogan
Page Limite,
Hishamuddin Md Som (2005). Panduan Mudah Analisis Data Menggunakan Data SPSS
Windows. Johor Bahru : UTM, Skudai.
Hafizah Binti Che Ahmad et al. Tahap Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Guru-Guru Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Dan Kelengkapan Kemudahan Di Sekolah-Sekolah. Tesis Ijazah Sarjana Muda.
UPSI
Johari Bin Hassan & Siti Norazlina Binti Kamisan. Halangan Terhadap Penggunaan
Komputer Dan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Di Kalangan
Guru Di Sekolah Menengah Kebangsaan LuarBandar Di Daerah Kulai Jaya, Johor.
Tesis Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pendidikan UTM : Skudai
Johari Bin Hassan & Norhayati Edje. Penggunaan Internet Di Dalam Mempertingkatkan
Proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Dalam Kalangan Pensyarah Fakulti
Pendidikan, UTM Skudai
Lim Bee Yeok & Zaidatun Tasir. 2008, Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan
Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Universiti
Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Mohd Majid Konting. 2005, Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Ketujuh, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan . Johor Bahru: Penerbitan
Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammad Sukri Saud et al. Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) Di
Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institusi Pengajian
Tinggi (IPTA) Negeri Johor. 1st International Malaysian Educational Technology
Convention. Fakulti Pendidikan. UTM : Skudai.
Nurul Ain Bin Mohamad Amin. 2007, Tinjauan Penggunaan Komputer dalam kalangan Guru
di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik dalam Johor. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana Muda.
Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad, (2007), ICT dalam Pendidikan: Prospek dan
Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007) UKM.
Zainudin Bin Hassan & Muhamad Azam Bin Jaafar. Penggunaan Komputer Dan Internet
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Di
Daerah Pasir Mas, Kelantan Fakulti Pendidikan . Universiti Teknologi Malaysia

Contenu connexe

Tendances

Penggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikanPenggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikandigitalsejarah
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Ety Sue
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiTee Teh
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPRain_Ain
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Ety Sue
 
kajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemikkajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemiknooriza kassim
 
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikPenggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikFarah Waheeda
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranZaini Nie
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Kumpulan 8 Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdP
Kumpulan 8   Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdPKumpulan 8   Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdP
Kumpulan 8 Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdPIrma Gurlz
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikanazharisuboh
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)rabiatulnazari
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranMohamad Ishak
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)Letchumi Perumal
 

Tendances (19)

Penggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikanPenggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikan
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdP
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
 
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&pAmalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
 
kajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemikkajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemik
 
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikPenggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaran
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Kumpulan 8 Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdP
Kumpulan 8   Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdPKumpulan 8   Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdP
Kumpulan 8 Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdP
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
 
tmk dalam pdp
tmk dalam pdptmk dalam pdp
tmk dalam pdp
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
 
Untitled 1
Untitled 1Untitled 1
Untitled 1
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaran
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
 

Similaire à ICT Penggunaan Halangan

Tesis Maths
Tesis MathsTesis Maths
Tesis MathsTee Teh
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Ety Sue
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054shamsuhaila85
 
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...Setiawan Wibowo
 
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN Shemila Elaine Ambrose
 
Information And Communication Technology ( I C T)
Information And  Communication  Technology ( I C T)Information And  Communication  Technology ( I C T)
Information And Communication Technology ( I C T)Alexius
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Sivaneswari Muniandy
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranFarah Liyana Sholehhuddin
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanMunirah Sobri
 
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan webUlasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan webcekgu Azam
 

Similaire à ICT Penggunaan Halangan (20)

Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tesis Maths
Tesis MathsTesis Maths
Tesis Maths
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Assignment 3
Assignment 3Assignment 3
Assignment 3
 
Assignment 3
Assignment 3Assignment 3
Assignment 3
 
Assignment 3
Assignment 3Assignment 3
Assignment 3
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
 
Latihan1.docx
Latihan1.docxLatihan1.docx
Latihan1.docx
 
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
 
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
 
Laporan dapatan kajian
Laporan dapatan kajianLaporan dapatan kajian
Laporan dapatan kajian
 
Information And Communication Technology ( I C T)
Information And  Communication  Technology ( I C T)Information And  Communication  Technology ( I C T)
Information And Communication Technology ( I C T)
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
 
Phototalk rosmawani
Phototalk rosmawaniPhototalk rosmawani
Phototalk rosmawani
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
 
Esei siap
Esei siapEsei siap
Esei siap
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikan
 
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan webUlasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
 

Plus de As Nuurien Najma

Ceramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badan
Ceramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badanCeramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badan
Ceramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badanAs Nuurien Najma
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
Pemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alPemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alAs Nuurien Najma
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamAs Nuurien Najma
 
AC301- Tamadun Melayu dan Nusantara
AC301- Tamadun Melayu dan NusantaraAC301- Tamadun Melayu dan Nusantara
AC301- Tamadun Melayu dan NusantaraAs Nuurien Najma
 

Plus de As Nuurien Najma (20)

Proses kemerdekaan
Proses kemerdekaanProses kemerdekaan
Proses kemerdekaan
 
Komunis dan darurat
Komunis dan daruratKomunis dan darurat
Komunis dan darurat
 
Ceramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badan
Ceramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badanCeramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badan
Ceramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badan
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
Mercy malaysia
Mercy malaysiaMercy malaysia
Mercy malaysia
 
Perpaduan kaum
Perpaduan kaumPerpaduan kaum
Perpaduan kaum
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
Pemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alPemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut al
 
KURIKULUM AL FARABI
KURIKULUM AL FARABIKURIKULUM AL FARABI
KURIKULUM AL FARABI
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
 
AC301- Tamadun Melayu dan Nusantara
AC301- Tamadun Melayu dan NusantaraAC301- Tamadun Melayu dan Nusantara
AC301- Tamadun Melayu dan Nusantara
 
Tamadun islam
Tamadun islamTamadun islam
Tamadun islam
 

Dernier

PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 

Dernier (20)

PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 

ICT Penggunaan Halangan

  • 1. Tinjauan Terhadap Halangan Penggunaan Peralatan Dan Perisian ICT Di Kalangan Pensyarah Jabatan Pengajian Am Di Politeknik Merlimau Oleh : Asnuurien Najma Binti Ahmad Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau Melaka asnuurien@pmm.edu.my Munirah Binti Mustaffa Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau, Melaka munirah@pmm.edu.my Siti Noor Binti Hussain Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau, Melaka sitinoor@pmm.edu.my ABSTRAK Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor halangan dalam penggunaan peralatan dan perisian Information and Communication Technologies (ICT) di kalangan pensyarah Jabatan Pengajian Am (JPA). Kajian ini juga melihat kepada faktor halangan memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kuantitatif di mana ia melibatkan penggunaan instrumen soal selidik berskala likert dan kaedah pemerhatian. Seramai 35 orang pensyarah JPA yang telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Maklumat yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows yang dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan skor min. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor utama penghalang dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT adalah peruntukan pembelian peralatan dan perisian ICT adalah mahal, terhad dan tidak berfungsi dengan baik atau rosak. Cadangan untuk mengatasi halangan tersebut juga dikemukakan oleh pengkaji. Kata kunci : halangan, penggunaan peralatan dan perisian ICT dalam pembelajaran & pengajaran (P&P)
  • 2. 1.0 PENGENALAN Isu pengajaran dan pembelajaran (P&P) banyak dibincangkan dalam seminar atau menjadi isu utama dalam kajian. Proses P&P biasanya akan melibatkan interaksi secara bersemuka di antara guru dan pelajar (Koh Boh Boon 1992). Walau bagaimanapun, dengan berlakunya perubahan dalam teknologi maklumat, aspek secara bersemuka tidak lagi relevan sepenuhnya malah P&P boleh berlaku melalui manipulasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) malah ianya menjadi suatu pemangkin dalam P&P (Ehwan Supangat, 2005). Menurut Buyong (2002), cabaran dunia pendidikan dalam meneroka dan mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa para pengajar dan pelajar mengenali dan seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang yang diingini. Keberkesanan TMK dalam P&P dapat dilihat dari awal peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke institusi pendidikan tinggi. Oleh itu, wujudlah istilah pendidikan dan TMK yang sering dilaung-laungkan oleh Mantan Menteri Pelajaran Malaysia. Ini dibuktikan dengan petikan kata-kata dari Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein: ‘kementerian ini sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyahut hasrat kerajaan untuk memajukan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam pendidikan’ Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan peralatan dan perisian ICT (Information and Communication Technologies) dalam dunia pendidikan bukan lagi dianggap sesuatu yang asing. Ia adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan serta sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Malah ICT juga turut mampu membantu pengajar untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan lebih sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran.
  • 3. 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Kemahiran ICT di peringkat institusi pengajian tinggi sememangnya tidak dapat disangkal lagi kepentingannya dalam sistem pendidikan negara masa kini. Oleh yang demikian, pengetahuan ICT di kalangan pensyarah adalah penting untuk memberikan maklumat dan informasi kepada para pelajar. Pada zaman yang serba canggih ini, dunia pendidikan juga menuntut para pendidik terutama pensyarah memperbaharui cara penyampaian dalam pengajaran dengan lebih efektif, kreatif dan berinovatif. Dengan adanya kecanggihan teknologi, ia dapat membantu para pensyarah dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan serta menarik minat pelajar dalam pembelajaran. Ia juga dapat menggantikan sistem P&P secara tradisional kepada kaedah yang lebih canggih dan bersistematik serta efektif. Pada hari ini, sistem pendidikan yang berasaskan ICT menggesa pihak Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan satu kemudahan serta prasarana yang lengkap dan membekalkan pelbagai peralatan atau perisian ICT untuk kegunaan para pensyarah bagi memastikan objektif pendidikan pada hari ini tercapai. Para pensyarah juga diberikan pendedahan mengenai pengetahuan pengendalian peralatan dan perisian ICT melalui latihan dan kursus yang dianjurkan oleh pihak kementerian bagi memastikan para pensyarah berkemahiran tinggi serta menguasai dunia teknologi. Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) juga dilihat telah banyak mengaplikasikan penggunaan TMK dalam P&P. Secara umumnya, proses P&P yang dijalankan masih menggunakan cara tradisional iaitu kuliah syarahan dan tutorial. Namun, TMK memainkan peranan penting sebagai satu alat bantu mengajar dan belajar yang serba canggih dan lebih berkesan daripada pendekatan ’Paper & Chalk’. Dengan ini jelaslah penggunaan TMK dalam P&P bererti menggunakan teknologi maklumat secara efisien, terancang dan bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.
  • 4. 3.0 PERNYATAAN MASALAH Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. Sama seperti lain-lain perkara yang baru diperkenalkan dalam kehidupan sesuatu masyarakat ianya tentu menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian dari budaya hidup. Penerimaan ICT ini banyak bergantung kepada faktor-faktor seperti kemudahan untuk mendapatkannya, kecanggihannya serta manfaat yang boleh diperolehi darinya. Pada hari ini juga Kementerian Pelajaran banyak membekalkan kemudahan-kemudahan peralatan ICT untuk melaksanakan proses P&P. Sebagai contoh pengagihan komputer riba kepada sebahagian tenaga pengajar malah setiap institusi pendidikan dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan perisian ICT seperti Pemancar LCD dan OHP. Namun begitu, pengkaji melihat ramai pensyarah lebih berminat menggunakan kaedah tradisional daripada menggunakan peralatan dan perisian ICT dalam P&P walaupun mereka mengetahui hakikat sebenar kebaikan pengaplikasian ICT dalam P&P. Howell (1971) di mana beliau melihat pelajar lebih tertarik untuk mempelajari sesuatu subjek (bahasa Perancis) dengan menggunakan komputer berbanding cara konvensional. Pengkaji juga sering melihat kemudahan ICT hanyalah digunakan oleh pensyarah yang sama di mana mereka lebih maju dari segi pengendalian peralatan dan perisian ICT jika dibandingkan pensyarah yang lain. Oleh itu pengkaji ingin menyelidik faktor halangan yang wujud dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT dalam proses P&P serta melihat perkaitan sejauh manakah faktor halangan mempengaruhi kekerapan dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT. Pengkaji juga melihat kesan ke atas proses P&P apabila wujudnya faktor halangan dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT di Jabatan Pengajian Am (JPA), Politeknik Merlimau, Melaka (PMM). 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.1 Mengenal pasti faktor halangan dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT di kalangan pensyarah JPA dalam proses P&P. 4.2 Mengenal pasti kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran P&P. 4.3 Mengenal pasti cara mengatasi halangan-halangan terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT di kalangan pensyarah.
  • 5. 5.0 PERSOALAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut : 5.1 Apakah halangan-halangan terhadap keperluan dan kemahiran serta penggunaan ICT dalam pengajaran pensyarah. 5.2 Apakah kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran P&P. 5.3 Apakah cara untuk mengatasi halangan-halangan terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT di kalangan pensyarah. 6.0 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian yang dijalankan ini diharapkan akan dapat memberi manfaat kepada pihak pengurusan PMM, khususnya para pensyarah JPA. Pengkaji juga mengharapkan agar kajian ini dapat memberikan maklum balas kepada pihak pengurusan PMM untuk dinilai akan kebenarannya. Adalah diharapkan juga agar kajian ini menjadi salah satu saluran kepada pengurusan politeknik untuk mengetahui perkembangan semasa pensyarah dalam proses P&P di PMM dan dengan itu pihak pengurusan boleh menilai semula atau membuat perancangan pada masa hadapan dengan lebih teliti bagi mengatasi halangan yang wujud dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT ini. Selain itu, kajian ini juga diharapkan agar dapat mengemukakan cara bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT di kalangan pensyarah. Secara tidak langsung, kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pensyarahpensyarah yang menghadapi masalah dalam menggunakan peralatan dan perisian sebagai medium penyampaian ilmu sekaligus cuba untuk mengatasi masalah tersebut. 7.0 KAJIAN LEPAS Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh Johari Bin Hassan dan Siti Norazlina Binti Kamisan (2008) terhadap halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di Kulai Jaya, Johor menunjukkan bahawa antara halangan yang telah dikenal pasti dalam halangan ini ialah faktor masa, faktor sikap, faktor latihan dan faktor kemudahan.
  • 6. Kajian yang seterusnya dijalankan oleh Noor Azean Bt Atan dan Beatrice Andrew terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap guru pelatih menunjukkan kebanyakan guru pelatih merasakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran mereka dapat meningkatkan kualiti pengajaran dengan lebih jelas dan efektif seiring dengan peningkatan kemahiran generik mereka. Hasil kajian yang dilaksanakan oleh Koni Md Taha et.al 2006, (UiTM) pula menunjukkan bahawa penggunaan komputer dan internet dalam pengajaran dan pembelajaran menggambarkan seseorang pensyarah itu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang amat istimewa. Beliau menambah bahawa seseorang pensyarah perlulah menjadikan amalan penggunaan peralatan ICT seperti komputer, internet dan lain-lain yang berkaitan dengannya dijadikan sebagai satu budaya yang perlu dipraktikkan seharian. Berdasarkan kajian-kajian lepas, faktor-faktor seperti umur, jantina, latihan, galakan pentadbir, dan kemudahan komputer di sekolah telah di kenal pasti menjadi halangan terhadap pengunaan komputer dan ICT di kalangan guru-guru di sekolah. Justeru, pengkaji ingin mengenal pasti halangan-halangan baru yang timbul dan halangan utama yang menjadi penyumbang terbesar terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT di Politeknik Merlimau khususnya di Jabatan Pengajian Am. 8.0 SKOP KAJIAN Tempat kajian yang dilakukan adalah di JPA, PMM. Kajian ini hanya terbatas kepada pensyarah-pensyarah JPA sahaja yang terdiri daripada 35 orang pensyarah iaitu dalam bidang Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta bidang Bahasa Inggeris. Dapatan kajian ini hanya releven untuk aspek tempat dan kajian yang dikaji oleh pengkaji sahaja. 9.0 METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian Bentuk kajian penyelidikan yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik dan kaedah pemerhatian. Penyelidikan deskriptif adalah satu kaedah kuantitatif. Mengikut Azizi Yahaya et al.(2007), statistik deskriptif digunakan bagi menghurai ataupun membuat ringkasan pada maklumat ataupun data yang diperolehi bagi populasi ataupun sampel, ia biasanya digunakan oleh para penyelidik bagi membuat ringkasan
  • 7. pada data yang mempunyai kuantiti yang besar. Set soal selidik disediakan dan diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklumat. Penggunaan soal selidik bagi penyelidik adalah mudah dan sesuai dengan masa malahan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Dalam kajian ini, data-data telah dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbirkan oleh pengkaji sendiri di tempat kajian. Data mentah yang diperoleh telah dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows. Maklumat yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows yang dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan skor min. Sampel Kajian Populasi ialah sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri yang spesifik (Azizi Yahaya et. al., 2007). Seseorang penyelidik mungkin tidak berupaya menggunakan semua anggota populasi dalam kajian. Oleh itu, wakil atau contoh am populasi yang dikenali sebagai sampel sahaja yang akan digunakan dalam kajian (Mohd. Majid Konting, 2000) Mohd Majid Konting (2005), mendefinisikan populasi sebagai satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Individu atau objek yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat yang sama antara satu sama lain. Tugas pertama dalam persampelan ialah mengenalpasti dan mendefinisikan populasi yang disampel secara spesifik (Azizi et. al., 2007). Sampel kajian adalah terdiri daripada pensyarah Jabatan Pengajian Am sahaja. 10.0 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN Dapatan daripada set soal selidik yang telah diedarkan kepada responden akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows. Hasil daripada analisis data tersebut kemudian akan dipaparkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan min bagi setiap item yang diperoleh. Bagi analisis min, pengkaji telah mengklasifikasikan min kepada 3 tahap responden sama ada rendah, sederhana, atau tinggi. Kategori pertama iaitu min antara 3.81 ≤ min ≤ 5.00 ditafsirkan kepada tinggi. Kategori kedua iaitu min 2.41 ≤ min ≤ 3.80 ditafsirkan kepada
  • 8. sederhana manakala kategori ketiga iaitu min 1.00 ≤ min ≤ 2.40 ditafsirkan kepada rendah. Ringkasan Nilai Skor Min adalah seperti jadual berikut :Jadual 1: Jadual Nilai Skor Min Untuk Tahap Halangan Skor Min Tahap Halangan 1.00 ≤ min ≤ 2.40 Rendah 2.41 ≤ min ≤ 3.80 Sederhana 3.81 ≤ min ≤ 5.00 Tinggi Taburan responden mengikut jantina dan umur Jadual 2 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut jantina di JPA, PMM. Seramai 35 orang responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini dengan jumlah responden lelaki mewakili 40% daripada responden manakala selebihnya adalah responden perempuan. Jadual 1 juga menunjukkan taburan responden mengikut umur. Kebanyakan responden dalam kajian ini adalah dalam lingkungan umur 26 hingga 30 tahun dengan responden perempuan mewakili 31.4% (11) manakala seramai 14.3% (5) adalah terdiri daripada responden lelaki. Daripada kajian juga mendapati bahawa responden yang paling sedikit mewakili sebanyak 8.6% (3) iaitu dalam lingkungan umur 20 hingga 25 tahun yang terdiri daripada perempuan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan majoriti responden di JPA mempunyai pengalaman mengajar dari 1 hingga 5 tahun pengalaman mengajar iaitu sebanyak 34.3% (12) mewakili perempuan dan sebanyak 20% (7) responden yang mewakili lelaki. Jadual 2 juga menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai pengalaman 15 tahun ke atas amat sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan lain-lain iaitu seramai 5.7% (2) responden yang mewakili lelaki dan sebanyak 2.9% (1) yang mewakili responden perempuan. Jadual 2: Jadual menunjukkan taburan responden mengikut jantina, umur dan pengalaman mengajar Umur Pengalaman Mengajar (%) 20 – 25 thn 26 – 30 thn 31 – 35 thn 36 thn ke atas <5 thn 1–5 thn 6 - 10 thn 11 – 15 thn 15 thn ke atas Lelaki 40% 0 14.3 % 17.2% 8.6 % 0% 20% 5.7% 8.6% 5.7% Perempuan 60% 8.6 % 31.4 % 5.7 % 14.3% 11.4% 34.3% 2.9 % 8.6 % 2.9 % Jantina * N = 35 orang
  • 9. Taburan responden mengikut bidang mengajar Jadual 3 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut bidang mengajar di JPA, PMM. Responden yang terdiri dari bidang Pendidikan Islam & Moral adalah mewakili 57.1% (20) manakala responden yang terdiri dari bidang Bahasa Inggeris pula adalah mewakili 42.9% (15). Jadual 3: Jadual Menunjukkan taburan responden mengikut bidang mengajar Bidang Mengajar Peratus Pendidikan Islam & Moral 57.1 % Bahasa Inggeris 42.9 % * N = 35 orang Faktor halangan dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT di kalangan pensyarah Jabatan Pengajian Am dalam melaksanakan proses P&P? Jadual 4 : Jadual Menunjukkan taburan responden mengikut bidang mengajar Peratus Item Kajian Min Tahap SP 1.14 Rendah 0.36 17.1% 1.83 Rendah 0.38 85.3% 14.7% 1.86 Rendah 0.36 94.3% 5.7% 1.94 Rendah 0.24 Tahap kemahiran penggunaan ICT adalah terhad. 60% 40% 1.60 Rendah 0.50 Tahap kesedaran tentang kelebihan penggunaan ICT dalam 40% 60% 1.40 Rendah 0.50 Kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran 65.7% 34.3% 1.66 Rendah 0.48 Kes penipuan dan peniruan hasil kerja pelajar lain. 65.7% 34.3% 1.66 Rendah 0.48 Pelajar lebih berminat memberi tumpuan kepada audio/visual 51.4% 48.6% 1.51 Rendah 0.51 77.1% 22.9% 1.77 Rendah 0.43 Ya Tidak Item Faktor usia yang semakin meningkat. 14.3% 85.7% Faktor peralatan yang disediakan terhad 82.9% Kebanyakan peralatan yang disediakan tidak berfungsi/rosak Peruntukan pembelian peralatan, perkakasan dan perisian adalah mahal. pengajaran adalah rendah. yang dipaparkan daripada penerangan pensyarah Kelas yang kurang sesuai untuk pancaran visual dalam P&P. * N = 35 orang Melalui hasil kajian ini didapati bahawa terdapat 10 item yang menjadi pernyataan halanganhalangan yang dihadapi oleh responden terhadap penggunaan ICT. Berdasarkan Jadual 4, faktor usia yang semakin meningkat (85.7%) mewakili mereka yang mengatakan ianya bukanlah menjadi faktor penghalang dalam pengunaan peralatan dan perisian ICT dalam P&P. Manakala tahap kesedaran tentang kelebihan penggunaan ICT dalam
  • 10. pengajaran adalah rendah (40%) mewakili responden yang menyatakan bahawa ia adalah satu penghalang terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT dalam P&P. Jadual 4 juga menunjukkan faktor utama yang mendorong responden tidak menggunakan peralatan dan perisian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Majoriti responden iaitu seramai 33 orang (94.3%) menyatakan bahawa faktor utama yang mendorong mereka tidak menggunakan peralatan dan perisian dalam proses P&P adalah disebabkan oleh peruntukan pembelian peralatan, perkakasan dan perisian adalah mahal. Manakala responden yang menyatakan mereka tidak menggunakan peralatan dan perisian dalam proses P&P adalah disebabkan oleh kebanyakan peralatan yang disediakan tidak berfungsi atau rosak iaitu seramai 30 orang (85.3%). Ini diikuti seramai 29 orang (82.9%) menyatakan sebab mereka tidak menggunakan peralatan dan perisian ICT adalah disebabkan peralatan-peralatan yang disediakan begitu terhad, 27 orang (77.1%) disebabkan kelas yang kurang sesuai untuk pancaran visual P&P, 23 orang (65.7%) menyatakan disebabkan kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran, 23 orang (65.7% orang) disebabkan penipuan dan peniruan hasil kerja pelajar lain, 21 orang (60%) merasakan tahap kemahiran penggunaan ICT adalah terhad dan 18 orang (51.4%) disebabkan pelajar lebih berminat memberikan tumpuan terhadap audio atau visual yang ditayangkan berbanding dengan pengajaran pensyarah. Kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran P&P. Dapatan kajian daripada kaedah pemerhatian yang dibuat, faktor halangan yang dihadapi oleh pensyarah banyak memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kesan yang dilihat adalah pensyarah lebih berminat menyampaikan pengajaran secara tradisional iaitu ”Chalk and talk” berbanding penggunaan peralatan teknologi. Kesan ini adalah salah satu penyumbang kepada kegagalan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk mencapai objektif pendidikan ke arah penggunaan teknologi. Ia juga mempunyai perkaitan dengan kemahiran pensyarah dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT, di mana pengetahuan dan kemahiran pensyarah akan terbatas kerana penggunaan peralatan dan perisian ICT tidak diaplikasikan dalam P&P. Malah penggunaan peralatan ICT yang sedia ada hanya digunakan oleh pensyarah yang mempunyai kemahiran ICT yang tinggi sahaja.
  • 11. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa faktor halangan peralatan yang terhad dan tidak berfungsi juga memberi kesan terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT dalam P&P. Peralatan dan perisian ICT yang terhad mengganggu proses P&P di mana pensyarah terpaksa melupakan hasrat untuk menggunakan peralatan ICT sekiranya peralatan sedia ada telah digunakan oleh pensyarah lain. Manakala perisian sedia ada seperti high class yang terdapat di makmal bahasa juga tidak dapat digunakan dalam P&P kerana mengalami beberapa masalah yang mengakibatkan perisian tersebut tidak berfungsi. Oleh yang demikian pensyarah tidak berpeluang mempelbagaikan kaedah pengajaran dan ia memberi impak di mana pensyarah akan kelihatan ketinggalan dalam bidang teknologi pada zaman yang serba canggih ini. Kajian juga menunjukkan faktor halangan bilik kuliah yang tidak praktikal juga adalah penyumbang kepada kegagalan pensyarah dalam menggunakan peralatan dan perisian ICT dalam P&P. Pengkaji mendapati kebanyakan bilik kuliah tidak disediakan peralatan teknologi seperti layar skrin untuk paparan visual yang dipancarkan melalui LCD. Malah situasi bilik kuliah tidak berada dalam keadaan yang kondusif. Ini menyebabkan hasil pancaran melalui LCD menjadi kabur dan tidak jelas. Ini menyebabkan penyampaian P&P kelihatan tidak menarik malah pelajar kurang memberi tumpuan terhadap penyampaian pengajaran pensyarah. Ini mengakibatkan penyampaian pengajaran adalah tidak berkesan. Cadangan untuk mengatasi halangan-halangan terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT di kalangan pensyarah. Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan ini, pengkaji menyarankan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak Pengurusan Politeknik dan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), para pensyarah khususnya pensyarah Jabatan Pengajian Am dan pihak-pihak yang berkenaan. Cadangan kepada Pengurusan Politeknik & KPTM (i) Memberi galakan kepada warga politeknik dengan memandang serius setiap permasalahan yang ditimbulkan serta menyediakan infrasruktur yang bersesuaian dan mencukupi seperti pembinaan bilik-bilik kuliah yang bersesuaian untuk penggunaan ICT dalam P&P. (ii) Memastikan peralatan dan perisian ICT serta kemudahan perkhidmatan internet memenuhi keperluan pensyarah.
  • 12. Cadangan kepada pihak pensyarah (i) Memberi sokongan penuh terhadap usaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mencapai objektif pendidikan berteraskan teknologi dengan mempertingkatkan kemahiran ICT untuk pengajaran secara berterusan di kalangan tenaga pengajar politeknik. (ii) Pengajar atau pensyarah perlulah menerima kemahiran penggunaan ICT sebagai salah satu kemahiran pengajaran yang perlu ada pada diri mereka. 11.0 KESIMPULAN Pembelajaran elektronik atau lebih kerap dipanggil e-learning adalah merupakan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi menjadi pemudah cara dalam pembelajaran. Kemajuan ICT seterusnya telah meningkatkan penggunaan internet, laman web (web page) dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan satu persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran, di samping mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan.(Baharuddin, 2000). Hasil kajian ini telah dapat mengenal pasti beberapa faktor halangan terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT dalam proses P&P. Antara halangan tersebut ialah peruntukan pembelian peralatan, perkakasan dan perisian adalah mahal, peralatan yang tidak berfingsi atau rosak, pembelian peralatan perkasaan dan perisisan yang mahal, peralatanperalatan yang disediakan tidak berfungsi atau rosak, kemahiran penggunaan ICT yang terhad, kelas yang kurang sesuai untuk pancaran visual P&P, kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran, kes penipuan dan peniruan hasil kerja pelajar lain dan pelajar lebih berminat memberikan tumpuan terhadap audio atau visual yang ditayangkan berbanding dengan pengajaran pensyarah. Hal ini menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya pelajar, pensyarah, pentadbir politeknik dan Bahagian Pengurusan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Seterusnya dapat mewujudkan warga politeknik yang berkemahiran dalam ICT sekaligus memenuhi hasrat kerajaan bagi melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing, kompeten, progresif, dinamik dan bersifat glokal.
  • 13. RUJUKAN Abdul Wahab Ismail Gani et al 2006, Penggunaan Komputer Dalam PengajaranPembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang, Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2 Azahar Bin Muhammad & Nurul Huda Binti Abdul Wahab.2005, Aplikasi ICT Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Semasa Latihan Mengajar, Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan. 2007, Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Badrul Hisham, 2000, Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer (PPBK) di Sekolah Menengah, Ipoh: Maktab Perguruan Ipoh. Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali, (2008), Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Johor Bahru. Tesis Sarjana Muda. Ellington. H, Percival & Race (1993). Handbook of Educational Technology, London, Kogan Page Limite, Hishamuddin Md Som (2005). Panduan Mudah Analisis Data Menggunakan Data SPSS Windows. Johor Bahru : UTM, Skudai. Hafizah Binti Che Ahmad et al. Tahap Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Guru-Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Dan Kelengkapan Kemudahan Di Sekolah-Sekolah. Tesis Ijazah Sarjana Muda. UPSI Johari Bin Hassan & Siti Norazlina Binti Kamisan. Halangan Terhadap Penggunaan Komputer Dan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Kebangsaan LuarBandar Di Daerah Kulai Jaya, Johor. Tesis Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pendidikan UTM : Skudai Johari Bin Hassan & Norhayati Edje. Penggunaan Internet Di Dalam Mempertingkatkan Proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Dalam Kalangan Pensyarah Fakulti Pendidikan, UTM Skudai Lim Bee Yeok & Zaidatun Tasir. 2008, Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Mohd Majid Konting. 2005, Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Ketujuh, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan . Johor Bahru: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Muhammad Sukri Saud et al. Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institusi Pengajian
  • 14. Tinggi (IPTA) Negeri Johor. 1st International Malaysian Educational Technology Convention. Fakulti Pendidikan. UTM : Skudai. Nurul Ain Bin Mohamad Amin. 2007, Tinjauan Penggunaan Komputer dalam kalangan Guru di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik dalam Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad, (2007), ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007) UKM. Zainudin Bin Hassan & Muhamad Azam Bin Jaafar. Penggunaan Komputer Dan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Mas, Kelantan Fakulti Pendidikan . Universiti Teknologi Malaysia