SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  22
Télécharger pour lire hors ligne
Top i k                        Pendekatan
       9                       Bertema

    HASIL PEMBELAJARAN
  Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
  1. Menyatakan tujuan pendekatan bertema;
  2. Menerangkan kelebihan pendekatan bertema;
  3. Menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan pendekatan bertema;
  4. Menjelaskan hubung kait tema dengan mata pelajaran; dan
  5. Membincangkan tiga jenis tema.



     PENGENALAN
Pendekatan bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan
pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan
efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman
dan kepakaran artistik. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran,
mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Tema bukan sahaja sebagai
tajuk atau subjek tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi
pandangan atau perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Ia merupakan
kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk
memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi
makna dan tujuan untuk pembelajaran.


9.1       PENDEKATAN BERTEMA
Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang
disusun di sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang
memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA        171



akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian
yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar
menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga
bidang-bidang kurikulum.

Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema,
pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang
mengekspresikan sesuatu tema yang diterimapakai.


9.1.1        Pemilihan dan Penentuan Tema
Justeru itu, memilih tema merupakan langkah yang penting untuk
memperkembangkan unit pembelajaran. Ini adalah kerana banyak masa dan
usaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema dan
cara untuk mengkategorikan pendekatan itu. Di sini, disenaraikan panduan
untuk memilih tema yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran pelajar:

(a)   Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan            dalam   pengajaran   dan
      pembelajaran adalah seperti berikut:
      (i)    Berasaskan konsep;
      (ii)   Berasaskan kemahiran;
      (iii) Berasaskan kandungan dan kemahiran;
      (iv) Berfokus kepada isu;
      (v)    Berfokus kepada projek; dan
      (vi) Berorientasikan kajian kes.

(b)   Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut:
      (i)    Boleh merentas semua matapelajaran
             Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua
             mata pelajaran. Contoh: tema „pokok‰. Oleh yang demikian, semua
             mata pelajaran akan menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran
             matematik misalnya, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira
             beberapa batang pokok di sesuatu tempat. Manakala dalam mata
             pelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu berkaitan pokok dan
             membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan
             sebagainya.
172          TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA



      (ii)    Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan
              pelajar
              Pastikan tema yang dipilih ada kaitannya dengan pengalaman
              kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat
              interaksi dan aktiviti Seni dalam Pendidikan dapat dijalankan dengan
              berkesan.

      (iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa
            Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi,
            masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak
            langsung ianya dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan
            antara perkara yang diajar dengan keadaan situasi yang sebenar.

      (iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan
           digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
           Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema,
           terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperoleh
           bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan
           pembelajaran supaya guru dapat mengajar dengan menunjukkan
           contoh-contoh yang sebenar dan Êhands onÊ. Tidak wajar sekiranya
           guru cuma bercerita tanpa memberi pengalaman langsung kepada
           pelajar.

      (v)     Guru berminat terhadap tema yang dipilih
              Guru hendaklah berminat dengan tema yang dipilih dan ini akan
              dapat memotivasikan dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar
              terhadap aktiviti yang dijalankan.

      (vi) Pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada yang lebih
           mencabar
           Pastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan
           pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran
           daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar.


9.1.2         Kelebihan, Kekuatan dan Isu / Cabaran
Tahukah anda terdapat kelebihan, kekuatan dan isu/cabaran dalam melaksanakan
Pendekatan Bertema?

(a)   Kelebihan pendekatan bertema kepada pelajar adalah seperti berikut;
      (i)     Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif
              dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA           173



      (ii)   Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan;
      (iii) Membolehkan pelajar meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti
            berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu;
      (iv) Dapat menghadapi cabaran;
      (v)    Dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan;
      (vi) Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal;
      (vii) Menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang
            pelbagai budaya; dan
      (viii) Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait
             pengetahuan dengan kemahiran.

(b)   Kekuatan
      (i)    Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan
             pengalaman verbal dan bukan verbal, sama ada dalam bentuk
             pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang
             diberi;
      (ii)   Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti
             dan kreativiti yang tinggi;
      (iii) Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan;
      (iv) Berpeluang untuk       menyemai    dan   mengaitkan   idea-idea   dan
           imaginasi baru;
      (v)    Dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang
             dijalankan; dan
      (vi) Dapat menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran.

(c)   Isu/Cabaran
      (i)    Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran;
      (ii)   Untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan;
      (iii) Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang
            berbeza-beza;
      (iv) Sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas; dan
      (v)    Kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza.
174        TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA




          AKTIVITI 9.1
      Senaraikan lima cara memulakan pelajaran menggunakan
      pendekatan bertema untuk menjalankan proses pengajaran dan
      pembelajaran kepada pelajar.



 9.2         PENGHUBUNGKAITAN TEMA DENGAN
             MATA PELAJARAN
Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui
satu topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan
latar belakang pelajar.

Tema yang dipilih dijadikan sebagai bahan untuk menguasai sesuatu kemahiran
seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir dan
emosi serta sosial. Selain itu, pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar
meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih.


9.2.1        Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran
(a)   Bagaimana memilih tema yang sesuai untuk digunakan dalam proses
      pengajaran dan pembelajaran
      Pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam
      perkembangan sesuatu unit. Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk
      improvisasi ialah mudah dan berfungsi. Tema wujud dalam kehidupan
      seharian. Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan
      cuba terokainya.

      Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk memilih
      tema:
      •    Apakah konsep atau isu utama yang penting pada tema yang dipilih?
      •    Apakah hasil pembelajaran yang sering ada pada setiap sukatan?
      •    Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan?
      •    Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pelajar berfikir?.
      •    Mampukah pelajar membuat perkaitan yang signifikan di antara
           disiplin-disiplin yang lain?
      •    Adakah tema yang dipilih itu menarik dan sesuai kepada pelajar?
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA       175



      •      Adakah bahan-bahan sumber mencukupi untuk mengajar unit ini?

(b)   Cara menjalankan Pendekatan Bertema
      Ada beberapa cara yang berbeza untuk memperkenalkan unit ini:
      (i)     Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru
              untuk memperkenalkan pendekatan bertema.
              •   K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?
              •   W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?
              •   L (learn) --- Apa yang saya belajar daripada tajuk ini?
      (ii)    Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu
              tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi, perakaunan, iklim, puisi
              dan lain-lain seperti sains, agama, moral dan kemahiran hidup.
      (iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan
            membacakan sebuah cerita kepada kelas,
      (iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan
           sesuatu unit jika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian, sebuah kolaj
           tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di atas papan buletin bagi
           menunjukkan pelbagai contoh mengenai manusia dan mesin.
      (v)     Mainkan sebuah rakaman atau kaset.
      (vi)    Dedahkan pelajar kepada puisi, contohnya bahasa dan muzik.
      (vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian, contohnya sains dan
            matematik.
      (viii) Bawa bahan bantu mengajar, contohnya batu karang.

      Tema daripada mata pelajaran sains, matematik, kajian tempatan dan
      bahasa boleh diajar dengan menggabungjalinkan muzik seni visual dan
      pergerakan bagi membolehkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran
      menjadi satu proses yang bermakna.


9.2.2         Tema dengan Kemahiran
Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan
kemahiran diri pelajar terutamanya kemahiran 3M (membaca, menulis dan
mengira). Kemahiran tersebut merupakan tunjang falsafah pendidikan negara
yang dapat memperkembangan tahap potensi pelajar yang menyeluruh dari segi
intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial.
176     TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA




9.2.3    Penggabungjalinan Aktiviti dengan
         Menggunakan Pendekatan Bertema
Rajah 9.1 berikut adalah peta minda penggabungjalinan aktiviti dengan
menggunakan pendekatanan bertema.




               Rajah 9.1: Penggabungjalinan pendekatan bertema
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA      177



9.3       JENIS TEMA
Rajah 9.2 menunjukkan jenis-jenis tema.




                            Rajah 9.2: Jenis-jenis tema


9.3.1     Tema Persekitaran
Organisma hidup dengan persekitaran yang tidak dapat dipisahkan dan sentiasa
berinteraksi di antara satu sama lain. Persekitaran merangkumi elemen fizikal
dan sosial. Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan
cukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak
bermain. Persekitaran sosial pula dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa,
interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Elemen-elemen fizikal dan sosial
ini berinteraksi dengan tahap perkembangan kanak-kanak, pengalaman lalu,
masa dan ruang perlindungan.

Dalam kajian permainan merentas budaya mendapati permainan olok-olok akan
menjadi lebih kompleks apabila kanak-kanak didedahkan dengan bahan dan
alatan permainan yang mencerminkan persekitaran yang spesifik terhadap
budaya dan berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak.

Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalah
alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi. Ekosistem akan mengimbangi
alam sekitar supaya semua kehidupan hidup dengan harmoni. Perubahan akibat
aktiviti manusia terhadap persekitaran seperti penerokaan hutan seperti dalam
Rajah 9.3, tapak pembinaan perumahan dan lain-lain akan mengakibatkan kesan
positif dan negatif terhadap kehidupan manusia. Teknologi telah membawa
perkembangan dan perubahan kepada manusia. Teknologi juga melahirkan dunia
tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Dalam seni,
teknologi menawarkan cara untuk mencapai matlamat-matlamat artistik,
cendekiawan, penghasilan dan persembahan. Teknologi yang menarik dan hebat
178     TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA



mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri
dalam bidang kesenian.




                        Rajah 9.3: Kesan penerokaan hutan

Dalam pengajaran dan pembelajaran, tema berkaitan dengan persekitaran boleh
digunakan untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman di kalangan
murid. Tajuk ÂpersekitaranÊ boleh diajar melalui mata pelajaran lain seperti
muzik, seni visual dan pendidikan jasmani. Pada masa yang sama, tema
berkaitan dengan persekitaran juga boleh digunakan untuk mengajar mata
pelajaran lain seperti sains, bahasa, matematik dengan menggunakan mata
pelajaran lain iaitu muzik, seni visual dan pendidikan jasmani.

Berikut adalah satu contoh pelajaran sains yang mengintegrasikan aktiviti-
aktiviti muzik, seni visual dan pendidikan jasmani:

Tajuk             : Bahagian-bahagian pokok.
Tema persekitaran : Hutan

Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui
gambar, rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta
melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan
dengan pelbagai alat perkusi.

Pergerakan          :   (a)   Cara dahan-dahan        bergerak   semasa   angin
                              bertiup,
                        (b)   Memungut daun-daun yang gugur pada aras
                              yang berbeza: tinggi, rendah, berterbangan.
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA            179



Muzik                 :   (a)   Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
                          (b)   Bunyi yang lembut --- daun gugur, angin bertiup

Seni Visual           :   (a)   Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti
                                gembira atau marah dengan menggunakan
                                sapuan berus dengan pelbagai warna.

Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam
kumpulan, sumbang saran tentang aktiviti yang telah dibuat.




Rajah 9.4 : Menunjukkan alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi yang memberi
                             kesan kepada persekitaran

(a)   Persekitaran Alam Semula Jadi
      Melalui persekitaran alam semula jadi adalah diharapkan murid-murid
      akan dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang peranan dan kefahaman
      tentang persekitaran alam semula jadi. Alam ini meliputi segala aspek yang
      berada di persekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan dan
      berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang.
      Pelajaran tentang alam juga, mendidik masyarakat agar lebih peka dan
      bertanggungjawab dalam menangani isu-isu alam sekitar dan memupuk
      rasa cinta terhadap alam sekitar kepada murid serta akan dapat membantu
      mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
      Pernahkan anda bersiar-siar di hutan? Bayangkan anda berada di situ
      sekarang. Bolehkah anda merasakan kedamaian dan ketenangan
      persekitaran? Perhatikan flora dan fauna yang berlainan di kawasan
      tersebut. Cuba anda lakarkan jenis-jenisnya di atas sehelai kertas.
      Bincangkan dalam kelas semasa sesi tutorial.
      Kesimpulan dari perbincangan itu secara tidak langsung akan dapat
      membantu,
      (i)    Untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)
      (ii)   Mengeluarkan satu urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran
             (Muzik)
180          TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA



      (iii) Menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang
            berbeza-beza (Seni Visual)
      (iv) Melakukan pergerakan lokomotor (Pendidikan Jasmani)

(b)   Persekitaran Alam Buatan manusia
      Di samping alam semula jadi, persekitaran buatan manusia juga
      memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Persekitaran buatan
      manusia ini termasuklah rumah, pembinaan bangunan, jentera pembinaan,
      perabot dan lain-lain lagi. Untuk itu pelajar akan dapat mengenal pasti
      (i)     Kesan bahan kitar semula (Sains)
      (ii)    Menghasilkan bunyi yang kuat dan lembut (Muzik)
      (iii) Mendemonstrasikan sapuan berus mengikut bunyi yang dikeluarkan
            di tapak pembinaan (Seni Visual)
      (iv) Mendemonstrasikan pergerakan manipulatif menggunakan bahan-
           bahan kitar semula (Pendidkan Jasmani)

(c)   Persekitaran Teknologi
      Tema yang terkandung dalam persekitaran teknologi adalah bercorak
      globalisasi, dunia tanpa sempadan, komunikasi melalui Internet, pelbagai
      jenis pengangkutan dan lain-lain. Tema ini boleh digunakan dalam
      mengajar topik-topik daripada mata pelajaran lain seperti bahasa, sains,
      kajian tempatan dan lain-lain lagi.


        AKTIVITI 9.2

       Senaraikan jenis-jenis pengangkutan yang menggunakan teknologi
       moden. Cuba bayangkan dan hasilkan bunyi-bunyi kenderaan dengan
       menggunakan pelbagai alat perkusi iringan dengan pergerakan
       lokomotor dan bukan lokomotor.

       Buat satu model kenderaan dalam bentuk tiga dimensi dengan
       menggunakan kotak, botol dengan saiz dan warna yang berbeza. Cuba
       kaitkan model ini dengan ukuran seperti besar, kecil, lambat, berat dan
       ringan.



Sebagai rumusan kepada tema persekitaran membolehkan anda memahami
konsep persekitaran bersama dengan kelebihan dan penggunaan elemen-elemen
yang terlibat. Ia juga bertujuan untuk melahirkan kesedaran tentang kepentingan
muzik, pergerakan dan seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA          181



persekitaran contoh tajuk ‰pokok‰ dalam mata pelajaran sains, dan dalam mata
pelajaran lain dengan menggunakan tema persekitaran contoh tema ‰hutan‰
dalam menulis karangan. Tema persekitaran ini juga dapat membantu anda untuk
meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta membantu murid untuk
meluahkan perasaan mereka secara bebas.


9.3.2      Tema Masyarakat
Masyarakat dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan besar iaitu;
(a)   Masyarakat zaman purba;
(b)   Zaman batu; dan
(c)   Masa kini.

Manusia telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Kita semua termasuk pelajar
adalah makhluk sosial dan berkongsi keperluan asas yang sama. Oleh itu kita
perlu untuk dimiliki, rasa selamat, dikasihi, merasai kejayaan dan memperolehi
pengiktirafan. Dalam masyarakat manusia, aspek-aspek sosial dan budaya tidak
dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat.
Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada mereka mencipta aktiviti-aktiviti
untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejak turun temurun
dan menjadi sebati dalam masyarakat sehingga menjadi budaya dalam
masyarakat.

Kanak-kanak memulakan penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudian
berkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan
yang lebih besar dalam masyarakat. Dalam hubungan ini, kita perlu fleksibel
dengan memberi pertimbangan tertentu kepada ciri-ciri kematangan sosial dan
memikirkan bagaimana fenomena tersebut wajar ditangani dengan sebaik
mungkin di semua peringkat perkembangannya.

Mari kita lihat situasi masyarakat yang memberi penekanan terhadap manusia,
sosial dan budaya. Kanak-kanak tidak dapat hidup secara bersendirian. Mereka
perlu bergantung kepada masyarakat. Banyak pihak perlu memberi sokongan
sebagai contoh, pihak polis, pemandu bas, pegawai bank. Kanak-kanak
mempelajari pelbagai peranan yang dimainkan oleh manusia dan mereka
lakonkan peranan-peranan ini dalam kehidupan seharian mereka.

Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak.
Setiap insan juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan
masyarakat seperti pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah,
tukang kebun menjaga taman bunga, tukang masak memasak makanan di
182        TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA



kantin, pemandu bas membawa kanak-kanak ke sekolah. Selain interaksi sosial
dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi dalam
pergaulan kanak-kanak.

Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaan
mengikut latar belakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaan
menjadikan individu itu unik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur,
jantina, kebolehan, bangsa, status sosial, agama, saiz dan perwatakan.
Kepelbagaian dan perbezaan ini boleh menyeronokkan dan mengecewakan
dalam usaha kita mencari kehendak individu, minat dan kebolehan. Guru perlu
memastikan bahan-bahan budaya yang pelbagai boleh diperolehi untuk
permainan kanak-kanak.


          SEMAK KENDIRI 9.1

      Apakah yang anda faham tentang tema masyarakat dalam
      pendekatan bertema?


(a)   Apakah Tujuan Pendekatan Bertema Masyarakat?
      •    Pengajaran dan pembelajaran muzik, seni visual dan pergerakan akan
           memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya kognitif,
           efektif dan psikomotor
      •    Pendekatan bertemakan masyarakat akan membantu murid memilih
           dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan.
      •    Murid mengaplikasikan kemahiran seperti memilih dan memindahkan
           idea, mengolah, sintesis dan penghargaan untuk mengembangkan
           pengetahuan muzik, seni dan pergerakan dan penghasilan karya
           kreatif.
      •    Murid memahami bahawa penghasilan dan tindak balas membuat
           karya muzik, seni dan pergerakan adalah terjalin di antara persepsi
           analisis dan kritikan.
      •    Pendekatan bertemakan masyarakat juga memberi peluang secara
           mendalam untuk memahami peranan yang dimainkan oleh muzik, seni
           dan pergerakan dalam kejayaan insan.
      •    Murid memperolehi pendekatan yang mendalam terhadap nilai-nilai
           murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain. Mereka juga dapat
           menghubungkaitkan muzik, seni dan pergerakan dengan nilai,
           kepercayaan dan kehendak manusia sejagat.
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA         183



      •   Mereka akhirnya dapat memahami bahawa kesenian setiap budaya
          adalah dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik, ekonomi
          dan lain-lain.
      •   Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui
          pendekatan bertema masyarakat dengan pengetahuan budaya dan
          sejarah dapat membantu memainkan peranan dalam menyesuaikan diri
          secara berkesan.

(b)   Menggabungkan Tema Masyarakat dengan Mata Pelajaran Lain
      Terdapat beberapa langkah penting dalam menggabungkan                tema
      masyarakat dengan pelbagai mata pelajaran yang lain.
      •   Menghayati tema masyarakat dengan beberapa cara untuk mencapai
          tujuan utama.
      •   Pelajaran perlu dibuat secara bersepadu supaya pelajar dapat
          menguasai pelbagai konsep dan kemahiran.
      •   Menggunakan tema masyarakat untuk menggabungkan pembelajaran
          merentasi disiplin dan tindak balas pengalaman melalui Seni dalam
          Pendidikan.
      •   Penghubungkaitan kurikulum adalah aktiviti yang terdapat dalam
          bidang kurikulum lain yang boleh berlaku secara serentak.

      Contoh aktiviti: Pohon Keluarga
      Ini adalah di antara contoh-contoh aktiviti yang menggunakan tema
      masyarakat dalam pendekatan bertema. Pendekatan ini boleh digunakan
      dalam pengajaran konsep ÂkeluargaÊ dalam mata pelajaran lain.

      Dalam pembelajaran sains, penghasilan pohon keluarga sebagai suatu
      projek dapat membantu pelajar memahami proses sains seperti memerhati,
      membuat inferens, berkomunikasi dan menginterpretasi data. Pohon
      keluarga dipamerkan sebagai gambar rajah membentuk suatu
      persembahan grafik yang dapat berkomunikasi secara terus kepada pelajar
      dengan memberi pelbagai maklumat mengenai ahli-ahli keluarga dalam
      bentuk yang ringkas, secara langsung dan mudah difahami.

      Contoh: Kekeluargaan
      •   Manusia tinggal dalam kumpulan keluarga yang berbeza
      •   Setiap keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri
      •   Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk
          berkomunikasi
184         TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA




      •     Keluarga mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu
      •     Keluarga saling bantu-membantu.

      Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya.
      Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
      dapat membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan
      untuk lebih mendalami tentang masyarakat bersama dan juga pengalaman
      di samping menghargai pelbagai budaya yang wujud di dalam masyarakat
      kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar Tema
      Masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan
      pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.


           AKTIVITI 9.3

      1.     Apakah tujuan pendekatan bertemakan masyarakat?
      2.     Berdasarkan contoh Kekeluargaan di atas, bincang dengan rakan
             pemerhatian anda terhadap pernyataan yang terdapat dalam
             tema masyarakat yang boleh digabungkan ke dalam kurikulum.
      3.     Apakah cara menggabungkan tema masyarakat dengan mata
             pelajaran lain?



9.3.3        Tema Komunikasi
                                                      Agaknya, dia
                                                      mengata akulah tu




Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk
menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai
kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi
berlaku dalam konteks yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi
iaitu fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal.
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA         185



Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata di mana komunikasi berlaku
seperti di dalam bilik atau ruang legar atau di taman. Konteks budaya pula
merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang
dipindah dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Konteks sosio-
psikologikal pula merangkumi seperti contoh hubungan status di kalangan
peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu
masyarakat di mana komunikasi berlaku. Manakala dalam konteks temporal
ianya merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telah berlaku.

Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan
menerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria.
Walau pun anda biasanya menganggap mesej sebagai verbal, anda juga boleh
berkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda pakai, cara
anda berjalan, berjabat tangan, mengangguk kepala, menyisir rambut, duduk
dan senyum. Kesemuanya mengenai anda adalah satu bentuk komunikasi.

Komunikasi sering mendatangkan sedikit kesan ke atas seseorang atau beberapa
orang yang terlibat semasa berkomunikasi. Sebagai contoh, anda boleh
mendapat pengetahuan atau mempelajari bagaimana untuk menganalisa,
membuat sintesis atau menilai sesuatu. Semua ini merupakan kesan intelektual
atau kognitif. Anda mungkin boleh mendapat atau mengubah sikap,
kepercayaan, emosi dan perasaan anda. Semua ini adalah kesan afektif. Anda
mungkin akan belajar pergerakan badan yang baru seperti melontar bola atau
mengecat lukisan serta perlakuan verbal dan bukan verbal yang sesuai. Ini
merupakan kesan-kesan psikomotor.

Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna dengan
orang lain. Sistem ini mengandungi aspek verbal dan bukan verbal. Bahagian
verbal adalah bahasa- perkataan, frasa dan ayat-ayat yang hendak digunakan.
Manakala bentuk bukan verbal merangkumi pelbagai elemen hubungan ruang,
orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan
variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

(a)   Komunikasi Verbal
      Komunikasi verbal merupakan satu sistem penyampaian mesej yang
      dilakukan dalam bentuk bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat.

(b)   Komunikasi Bukan Verbal
      Bentuk bukan verbal mengandungi pelbagai elemen: hubungan ruang,
      orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan
      variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.
186        TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA



Strategi Pengajaran-pembelajaran
Guna gamitan (gesture) atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di antara
satu sama lain ketika memerhati haiwan.

(i)    Seni visual
       •   Pada sekeping kertas, anda dikehendaki melukis pelbagai haiwan yang
           dilihat semasa mengembara di hutan.
       •   Aplikasikan teknik kolaj pada lukisan haiwan itu dengan mengkhusus
           pada jenis jalinannya sama ada jalinan tampak atau jalinan sentuh.

(ii)   Pergerakan
       • Minta pelajar meniru perlakuan haiwan berbeza yang mereka jumpa
          dalam hutan. Gunakan stail „Ikut Macam Saya‰ agar pelajar menerima
          pengukuhan dalam konsep perbezaan antara haiwan.

(iii) Sains dan pergerakan
      • Dengan menggunakan badan tunjukkan pergerakan berlainan yang
          dilakukan oleh haiwan yang berbeza: memanjat, merangkak,
          menyusur, berjalan perlahan dan melompat.

(iv) Muzik dan matematik
     • Di atas lantai yang bertanda, semasa membuat pergerakan haiwan yang
       berbeza dengan iringan pelbagai tempo daripada instrumen perkusi,
       pelajar mengikut ketua untuk menekap rupa-rupa geometri berikut:
           −   Segi tiga sama;
           −   Segi empat sama;
           −   Segi empat tepat;
           −   Pentagon;
           −   Heksagon;
           −   Oktagon; dan
           −   Bulatan.

(v)    Matematik dan sains
       • Kelaskan haiwan yang anda jumpa. Guna tanda gundalan untuk
          menunjukkan bilangan haiwan yang anda telah kelaskan.
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA   187



(vi) Matematik dan seni visual
     • Lukiskan piktograf untuk menunjukkan haiwan yang berbeza
        berdasarkan ciri-ciri fizikal. Lukis ikon-ikon yang sesuai untuk
        mewakili haiwan yang berbeza untuk digunakan dalam membina
        piktograf.


         AKTIVITI 9.4

    1.     Nyatakan dan berikan contoh-contoh bentuk-bentuk mesej
           komunikasi.
    2.     Apakah yang anda faham dengan istilah „Komunikasi verbal‰?
           Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah menunjukkan
           komunikasi verbal dengan betul?


             Bil              Pernyataan                 Ya       Tidak

             1.    Memberi kuliah

              2    Membalas surat rakan

              3    Bercakap melalui telefon

              4    Melukis gambar

              5    Memberi khidmat kaunseling

              6    Bermain bola keranjang

              7    Bermain alat muzik

              8    Mempersembahkan drama

              9    Mengenyit mata

             10    Berbisik
188       TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA



Rajah 9.5 menunjukkan Contoh Pembelajaran Matematik Melalui Seni dalam
Pendidikan.

Tajuk Aktiviti: Teselasi

Objektif Pembelajaran:
Pelajar akan diajar untuk;
1.    Memahami dan menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan
      bentuk-bentuk dua matra (2-M) dan
2.    Menghuraikan dan mengelaskan bentuk-bentuk 2-M yang biasa

Hasil Pembelajaran:
Pelajar akan dapat:
1.    Menghuraikan ciri-ciri bentuk 2-M
2.    Menyusun bentuk 2-M dan
3.    Mencipta reka bentuk dengan bentuk-bentuk 2-M

Penilaian:
Matematik : Pelajar boleh mereka cipta teselasi dengan menggunakan bentuk-bentuk 2-M
            (seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang)
Seni Visual : Mereka cipta corak teselasi/mereka cipta corak dengan menggunakan bentuk 2-
              M (seperti seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang)
Pergerakan : Menggunakan isyarat atau gerakan badan untuk menunjukkan bentuk-bentuk
             2-M seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang.
Muzik        : Menyanyi lagu berjudul „shapes‰, sama ada secara individu atau berkumpulan.
ICT          : Mengguna perisian komputer (MS Paint) untuk melukis dan membuat reka
               bentuk 2-M/teselasi.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Permulaan/Warm up
1.    Guna isyarat atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain
      tentang bentuk 2-M yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian seperti bentuk
      dan corak dalam kain, kain langsir, kertas pembungkus.
                                                               • Matematik dan pergerakan
2.    Secara individu atau dalam kumpulan sepuluh orang, pegang tangan dan bentuk
      formasi untuk menunjukkan bentuk-bentuk 2-M seperti seperti segi empat sama,
      segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang sambil menyanyikan lagu ‰shape‰
      (Rajah 9.6).
                                                       • Matematik, muzik dan pergerakan

        Rajah 9.5: Contoh Pembelajaran Matematik Melalui Seni dalam Pendidikan
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA   189




Nota Sambungan dengan seni kata berikut.
I like to draw a square like this
ItÊs a two-D shape like this
LetÊs move our bodies just like this
Now we are a square in shape
Chorus:
O cute square, O cute square
I have four sides to my shape

                               Rajah 9.6 : Skor lagu „Shapes‰
190        TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA



Rajah 9.7 adalah satu contoh pembelajaran menggunakan isyarat dan pergerakan
badan.




      Perkembangan Pelajaran
      1.    Di atas sehelai kertas , minta murid melukis:
            (v)    Pelbagai bentuk 2-M yang mereka pernah lihat dalam kehidupan
                   seharian mereka (papan tanda, jam, carta dinding, jendela, dsb.)
            (vi)   Reka bentuk mudah atau corak yang mengandungi bentuk-bentuk 2-M
                   seperti yang terdapat pada kain langsir, kertas pembalut.
                                                       Matematik dan seni visual

      2.    Dengan bantuan perisian komputer yang sesuai (seperti MS Paint), reka cipta
            teselasi yang mengadungi bentuk 2-M dan cetakkannya.
                                                       ICT, matematik dan seni visual

      Rajah 9.7: Contoh isyarat dan pergerakan badan untuk membuat bentuk-bentuk

Rajah 9.8 menunjukkan contoh teselasi yang boleh dihasilkan di akhir pelajaran.




                                Rajah 9.8: Contoh teselasi
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA          191




•   Topik ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-
    aktiviti yang berkaitan dengan tema persekitaran, masyarakat dan
    komunikasi.

•   Topik ini meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran pelajar-pelajar
    untuk lebih mendalami tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk
    meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan
    dan seni visual.




Gamitan                                  Teselasi




Dauer, V. P. & Prangrazi R. P. (1989). Dynamic physical education for elementary
   school children. New York: Macmillan Publishing Company.
Edwards, L. C. (1997). The creative arts: A process approach for teachers and
  children. New Jersey: Prentice Hall.
Freeland, K., & Hammond, K. (1998). Curriculum for Integrated Learning: A
   lesson based approach. New York: Delma Publishers.
Goldberg, M. R. (1992). Expressing and assessing understanding through the arts
   in phi delta kappa. April, pp. 619-623.
Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar.
   Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Salmah, Ayob. (1998). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya: Flo
   Enterprise Sdn. Bhd.

Contenu connexe

Tendances

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfssuser3f4b32
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniLaila Wati Johari
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...Mohd Suhaimin Isnen
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROkeryman313
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018NANAPOYO
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruAhmad Fahmi
 

Tendances (20)

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
 
PLC
PLCPLC
PLC
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seni
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
Program pengayaan
Program pengayaanProgram pengayaan
Program pengayaan
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 

Similaire à Topik 9 pendekatan bertema

118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertemaHerney Aqilah Kay
 
Ciri ciri video dokumentari p&p
Ciri ciri video dokumentari p&pCiri ciri video dokumentari p&p
Ciri ciri video dokumentari p&pNorazliah Ani
 
Metode belajar mengajar
Metode belajar mengajarMetode belajar mengajar
Metode belajar mengajarsahabatmuslim
 
Aplikasi pedagogi pengajaran sejarah (1)
Aplikasi pedagogi pengajaran sejarah (1)Aplikasi pedagogi pengajaran sejarah (1)
Aplikasi pedagogi pengajaran sejarah (1)Siti Hasliza
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajarannanasupriatna
 
1. BERBAGI Praktek baik - rev 2.pptx
1.  BERBAGI Praktek baik - rev 2.pptx1.  BERBAGI Praktek baik - rev 2.pptx
1. BERBAGI Praktek baik - rev 2.pptxlie2406
 
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustamiNur Halimah
 
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustamiNur Halimah
 
Buku ajar-pengemb-bahan-ajar-paud
Buku ajar-pengemb-bahan-ajar-paudBuku ajar-pengemb-bahan-ajar-paud
Buku ajar-pengemb-bahan-ajar-paudKijoko Gebleg
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranTugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranFenny Radinal
 
669617770-Model-Pembelajaran-Versi-Kurikulum-Merdeka.pdf
669617770-Model-Pembelajaran-Versi-Kurikulum-Merdeka.pdf669617770-Model-Pembelajaran-Versi-Kurikulum-Merdeka.pdf
669617770-Model-Pembelajaran-Versi-Kurikulum-Merdeka.pdfsaptari3
 
Presentation BU AISYAH-1.pptx
Presentation BU AISYAH-1.pptxPresentation BU AISYAH-1.pptx
Presentation BU AISYAH-1.pptxHasanHasan245487
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaranitanurhayati
 
Model pembelajaran tematik
Model pembelajaran tematikModel pembelajaran tematik
Model pembelajaran tematikKeren Punk
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaranitanurhayati
 
Model pembelajaran kur 2013
Model pembelajaran kur 2013Model pembelajaran kur 2013
Model pembelajaran kur 2013Mansyur Eppe
 

Similaire à Topik 9 pendekatan bertema (20)

118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
 
Pendekatan bertema
Pendekatan bertemaPendekatan bertema
Pendekatan bertema
 
Ciri ciri video dokumentari p&p
Ciri ciri video dokumentari p&pCiri ciri video dokumentari p&p
Ciri ciri video dokumentari p&p
 
2
22
2
 
Metode belajar mengajar
Metode belajar mengajarMetode belajar mengajar
Metode belajar mengajar
 
Aplikasi pedagogi pengajaran sejarah (1)
Aplikasi pedagogi pengajaran sejarah (1)Aplikasi pedagogi pengajaran sejarah (1)
Aplikasi pedagogi pengajaran sejarah (1)
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaran
 
1. BERBAGI Praktek baik - rev 2.pptx
1.  BERBAGI Praktek baik - rev 2.pptx1.  BERBAGI Praktek baik - rev 2.pptx
1. BERBAGI Praktek baik - rev 2.pptx
 
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
 
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
 
Buku ajar-pengemb-bahan-ajar-paud
Buku ajar-pengemb-bahan-ajar-paudBuku ajar-pengemb-bahan-ajar-paud
Buku ajar-pengemb-bahan-ajar-paud
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranTugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaran
 
tematik sd
tematik sdtematik sd
tematik sd
 
669617770-Model-Pembelajaran-Versi-Kurikulum-Merdeka.pdf
669617770-Model-Pembelajaran-Versi-Kurikulum-Merdeka.pdf669617770-Model-Pembelajaran-Versi-Kurikulum-Merdeka.pdf
669617770-Model-Pembelajaran-Versi-Kurikulum-Merdeka.pdf
 
Presentation BU AISYAH-1.pptx
Presentation BU AISYAH-1.pptxPresentation BU AISYAH-1.pptx
Presentation BU AISYAH-1.pptx
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaran
 
Model pembelajaran tematik
Model pembelajaran tematikModel pembelajaran tematik
Model pembelajaran tematik
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaran
 
Pembelajaran Tematik
Pembelajaran TematikPembelajaran Tematik
Pembelajaran Tematik
 
Model pembelajaran kur 2013
Model pembelajaran kur 2013Model pembelajaran kur 2013
Model pembelajaran kur 2013
 

Plus de Wany Hardy

Tugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxTugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxWany Hardy
 
Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Wany Hardy
 
Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Wany Hardy
 
Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Wany Hardy
 
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Wany Hardy
 
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Wany Hardy
 
Pendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifPendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifWany Hardy
 
3 tamadun islam
3   tamadun islam3   tamadun islam
3 tamadun islamWany Hardy
 
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
2   pembinaan dan kejatuhan tamadun2   pembinaan dan kejatuhan tamadun
2 pembinaan dan kejatuhan tamadunWany Hardy
 
1 pengenalan tamadun
1   pengenalan tamadun1   pengenalan tamadun
1 pengenalan tamadunWany Hardy
 
4 masyarakat jahiliah
4  masyarakat jahiliah4  masyarakat jahiliah
4 masyarakat jahiliahWany Hardy
 
Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Wany Hardy
 
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERTeori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERWany Hardy
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasiWany Hardy
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanWany Hardy
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiWany Hardy
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikWany Hardy
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 

Plus de Wany Hardy (20)

Tugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxTugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptx
 
Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2
 
Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1
 
Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Word card for English Year 1
Word card for English Year 1
 
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
 
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
 
2 bahan audio
2   bahan audio2   bahan audio
2 bahan audio
 
1 asas grafik
1  asas grafik1  asas grafik
1 asas grafik
 
Pendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifPendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatif
 
3 tamadun islam
3   tamadun islam3   tamadun islam
3 tamadun islam
 
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
2   pembinaan dan kejatuhan tamadun2   pembinaan dan kejatuhan tamadun
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
 
1 pengenalan tamadun
1   pengenalan tamadun1   pengenalan tamadun
1 pengenalan tamadun
 
4 masyarakat jahiliah
4  masyarakat jahiliah4  masyarakat jahiliah
4 masyarakat jahiliah
 
Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008
 
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERTeori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasi
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitan
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 

Topik 9 pendekatan bertema

  • 1. Top i k Pendekatan 9 Bertema HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan tujuan pendekatan bertema; 2. Menerangkan kelebihan pendekatan bertema; 3. Menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan pendekatan bertema; 4. Menjelaskan hubung kait tema dengan mata pelajaran; dan 5. Membincangkan tiga jenis tema. PENGENALAN Pendekatan bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistik. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Tema bukan sahaja sebagai tajuk atau subjek tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi pandangan atau perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran. 9.1 PENDEKATAN BERTEMA Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun di sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini
  • 2. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 171 akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum. Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema, pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang diterimapakai. 9.1.1 Pemilihan dan Penentuan Tema Justeru itu, memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit pembelajaran. Ini adalah kerana banyak masa dan usaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan pendekatan itu. Di sini, disenaraikan panduan untuk memilih tema yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar: (a) Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut: (i) Berasaskan konsep; (ii) Berasaskan kemahiran; (iii) Berasaskan kandungan dan kemahiran; (iv) Berfokus kepada isu; (v) Berfokus kepada projek; dan (vi) Berorientasikan kajian kes. (b) Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut: (i) Boleh merentas semua matapelajaran Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua mata pelajaran. Contoh: tema „pokok‰. Oleh yang demikian, semua mata pelajaran akan menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran matematik misalnya, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok di sesuatu tempat. Manakala dalam mata pelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu berkaitan pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.
  • 3. 172 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA (ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar Pastikan tema yang dipilih ada kaitannya dengan pengalaman kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti Seni dalam Pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. (iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung ianya dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan keadaan situasi yang sebenar. (iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema, terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperoleh bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat mengajar dengan menunjukkan contoh-contoh yang sebenar dan Êhands onÊ. Tidak wajar sekiranya guru cuma bercerita tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar. (v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih Guru hendaklah berminat dengan tema yang dipilih dan ini akan dapat memotivasikan dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan. (vi) Pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar Pastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar. 9.1.2 Kelebihan, Kekuatan dan Isu / Cabaran Tahukah anda terdapat kelebihan, kekuatan dan isu/cabaran dalam melaksanakan Pendekatan Bertema? (a) Kelebihan pendekatan bertema kepada pelajar adalah seperti berikut; (i) Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
  • 4. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 173 (ii) Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan; (iii) Membolehkan pelajar meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu; (iv) Dapat menghadapi cabaran; (v) Dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan; (vi) Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal; (vii) Menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang pelbagai budaya; dan (viii) Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran. (b) Kekuatan (i) Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal, sama ada dalam bentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi; (ii) Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi; (iii) Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan; (iv) Berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru; (v) Dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan; dan (vi) Dapat menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran. (c) Isu/Cabaran (i) Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran; (ii) Untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan; (iii) Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza; (iv) Sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas; dan (v) Kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza.
  • 5. 174 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA AKTIVITI 9.1 Senaraikan lima cara memulakan pelajaran menggunakan pendekatan bertema untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. 9.2 PENGHUBUNGKAITAN TEMA DENGAN MATA PELAJARAN Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang pelajar. Tema yang dipilih dijadikan sebagai bahan untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir dan emosi serta sosial. Selain itu, pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih. 9.2.1 Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran (a) Bagaimana memilih tema yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam perkembangan sesuatu unit. Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk improvisasi ialah mudah dan berfungsi. Tema wujud dalam kehidupan seharian. Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan cuba terokainya. Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk memilih tema: • Apakah konsep atau isu utama yang penting pada tema yang dipilih? • Apakah hasil pembelajaran yang sering ada pada setiap sukatan? • Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan? • Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pelajar berfikir?. • Mampukah pelajar membuat perkaitan yang signifikan di antara disiplin-disiplin yang lain? • Adakah tema yang dipilih itu menarik dan sesuai kepada pelajar?
  • 6. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 175 • Adakah bahan-bahan sumber mencukupi untuk mengajar unit ini? (b) Cara menjalankan Pendekatan Bertema Ada beberapa cara yang berbeza untuk memperkenalkan unit ini: (i) Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk memperkenalkan pendekatan bertema. • K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini? • W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini? • L (learn) --- Apa yang saya belajar daripada tajuk ini? (ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi, perakaunan, iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama, moral dan kemahiran hidup. (iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan membacakan sebuah cerita kepada kelas, (iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan sesuatu unit jika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian, sebuah kolaj tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di atas papan buletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai manusia dan mesin. (v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset. (vi) Dedahkan pelajar kepada puisi, contohnya bahasa dan muzik. (vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian, contohnya sains dan matematik. (viii) Bawa bahan bantu mengajar, contohnya batu karang. Tema daripada mata pelajaran sains, matematik, kajian tempatan dan bahasa boleh diajar dengan menggabungjalinkan muzik seni visual dan pergerakan bagi membolehkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses yang bermakna. 9.2.2 Tema dengan Kemahiran Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan kemahiran diri pelajar terutamanya kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Kemahiran tersebut merupakan tunjang falsafah pendidikan negara yang dapat memperkembangan tahap potensi pelajar yang menyeluruh dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial.
  • 7. 176 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 9.2.3 Penggabungjalinan Aktiviti dengan Menggunakan Pendekatan Bertema Rajah 9.1 berikut adalah peta minda penggabungjalinan aktiviti dengan menggunakan pendekatanan bertema. Rajah 9.1: Penggabungjalinan pendekatan bertema
  • 8. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 177 9.3 JENIS TEMA Rajah 9.2 menunjukkan jenis-jenis tema. Rajah 9.2: Jenis-jenis tema 9.3.1 Tema Persekitaran Organisma hidup dengan persekitaran yang tidak dapat dipisahkan dan sentiasa berinteraksi di antara satu sama lain. Persekitaran merangkumi elemen fizikal dan sosial. Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran sosial pula dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Elemen-elemen fizikal dan sosial ini berinteraksi dengan tahap perkembangan kanak-kanak, pengalaman lalu, masa dan ruang perlindungan. Dalam kajian permainan merentas budaya mendapati permainan olok-olok akan menjadi lebih kompleks apabila kanak-kanak didedahkan dengan bahan dan alatan permainan yang mencerminkan persekitaran yang spesifik terhadap budaya dan berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak. Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalah alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi. Ekosistem akan mengimbangi alam sekitar supaya semua kehidupan hidup dengan harmoni. Perubahan akibat aktiviti manusia terhadap persekitaran seperti penerokaan hutan seperti dalam Rajah 9.3, tapak pembinaan perumahan dan lain-lain akan mengakibatkan kesan positif dan negatif terhadap kehidupan manusia. Teknologi telah membawa perkembangan dan perubahan kepada manusia. Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Dalam seni, teknologi menawarkan cara untuk mencapai matlamat-matlamat artistik, cendekiawan, penghasilan dan persembahan. Teknologi yang menarik dan hebat
  • 9. 178 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dalam bidang kesenian. Rajah 9.3: Kesan penerokaan hutan Dalam pengajaran dan pembelajaran, tema berkaitan dengan persekitaran boleh digunakan untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman di kalangan murid. Tajuk ÂpersekitaranÊ boleh diajar melalui mata pelajaran lain seperti muzik, seni visual dan pendidikan jasmani. Pada masa yang sama, tema berkaitan dengan persekitaran juga boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain seperti sains, bahasa, matematik dengan menggunakan mata pelajaran lain iaitu muzik, seni visual dan pendidikan jasmani. Berikut adalah satu contoh pelajaran sains yang mengintegrasikan aktiviti- aktiviti muzik, seni visual dan pendidikan jasmani: Tajuk : Bahagian-bahagian pokok. Tema persekitaran : Hutan Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui gambar, rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat perkusi. Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup, (b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza: tinggi, rendah, berterbangan.
  • 10. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 179 Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang (b) Bunyi yang lembut --- daun gugur, angin bertiup Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira atau marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna. Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan, sumbang saran tentang aktiviti yang telah dibuat. Rajah 9.4 : Menunjukkan alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi yang memberi kesan kepada persekitaran (a) Persekitaran Alam Semula Jadi Melalui persekitaran alam semula jadi adalah diharapkan murid-murid akan dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang peranan dan kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi. Alam ini meliputi segala aspek yang berada di persekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan dan berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang. Pelajaran tentang alam juga, mendidik masyarakat agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam menangani isu-isu alam sekitar dan memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar kepada murid serta akan dapat membantu mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran. Pernahkan anda bersiar-siar di hutan? Bayangkan anda berada di situ sekarang. Bolehkah anda merasakan kedamaian dan ketenangan persekitaran? Perhatikan flora dan fauna yang berlainan di kawasan tersebut. Cuba anda lakarkan jenis-jenisnya di atas sehelai kertas. Bincangkan dalam kelas semasa sesi tutorial. Kesimpulan dari perbincangan itu secara tidak langsung akan dapat membantu, (i) Untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains) (ii) Mengeluarkan satu urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (Muzik)
  • 11. 180 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA (iii) Menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza (Seni Visual) (iv) Melakukan pergerakan lokomotor (Pendidikan Jasmani) (b) Persekitaran Alam Buatan manusia Di samping alam semula jadi, persekitaran buatan manusia juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Persekitaran buatan manusia ini termasuklah rumah, pembinaan bangunan, jentera pembinaan, perabot dan lain-lain lagi. Untuk itu pelajar akan dapat mengenal pasti (i) Kesan bahan kitar semula (Sains) (ii) Menghasilkan bunyi yang kuat dan lembut (Muzik) (iii) Mendemonstrasikan sapuan berus mengikut bunyi yang dikeluarkan di tapak pembinaan (Seni Visual) (iv) Mendemonstrasikan pergerakan manipulatif menggunakan bahan- bahan kitar semula (Pendidkan Jasmani) (c) Persekitaran Teknologi Tema yang terkandung dalam persekitaran teknologi adalah bercorak globalisasi, dunia tanpa sempadan, komunikasi melalui Internet, pelbagai jenis pengangkutan dan lain-lain. Tema ini boleh digunakan dalam mengajar topik-topik daripada mata pelajaran lain seperti bahasa, sains, kajian tempatan dan lain-lain lagi. AKTIVITI 9.2 Senaraikan jenis-jenis pengangkutan yang menggunakan teknologi moden. Cuba bayangkan dan hasilkan bunyi-bunyi kenderaan dengan menggunakan pelbagai alat perkusi iringan dengan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Buat satu model kenderaan dalam bentuk tiga dimensi dengan menggunakan kotak, botol dengan saiz dan warna yang berbeza. Cuba kaitkan model ini dengan ukuran seperti besar, kecil, lambat, berat dan ringan. Sebagai rumusan kepada tema persekitaran membolehkan anda memahami konsep persekitaran bersama dengan kelebihan dan penggunaan elemen-elemen yang terlibat. Ia juga bertujuan untuk melahirkan kesedaran tentang kepentingan muzik, pergerakan dan seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai
  • 12. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 181 persekitaran contoh tajuk ‰pokok‰ dalam mata pelajaran sains, dan dalam mata pelajaran lain dengan menggunakan tema persekitaran contoh tema ‰hutan‰ dalam menulis karangan. Tema persekitaran ini juga dapat membantu anda untuk meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta membantu murid untuk meluahkan perasaan mereka secara bebas. 9.3.2 Tema Masyarakat Masyarakat dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan besar iaitu; (a) Masyarakat zaman purba; (b) Zaman batu; dan (c) Masa kini. Manusia telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Kita semua termasuk pelajar adalah makhluk sosial dan berkongsi keperluan asas yang sama. Oleh itu kita perlu untuk dimiliki, rasa selamat, dikasihi, merasai kejayaan dan memperolehi pengiktirafan. Dalam masyarakat manusia, aspek-aspek sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat. Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada mereka mencipta aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejak turun temurun dan menjadi sebati dalam masyarakat sehingga menjadi budaya dalam masyarakat. Kanak-kanak memulakan penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudian berkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan yang lebih besar dalam masyarakat. Dalam hubungan ini, kita perlu fleksibel dengan memberi pertimbangan tertentu kepada ciri-ciri kematangan sosial dan memikirkan bagaimana fenomena tersebut wajar ditangani dengan sebaik mungkin di semua peringkat perkembangannya. Mari kita lihat situasi masyarakat yang memberi penekanan terhadap manusia, sosial dan budaya. Kanak-kanak tidak dapat hidup secara bersendirian. Mereka perlu bergantung kepada masyarakat. Banyak pihak perlu memberi sokongan sebagai contoh, pihak polis, pemandu bas, pegawai bank. Kanak-kanak mempelajari pelbagai peranan yang dimainkan oleh manusia dan mereka lakonkan peranan-peranan ini dalam kehidupan seharian mereka. Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak. Setiap insan juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan masyarakat seperti pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah, tukang kebun menjaga taman bunga, tukang masak memasak makanan di
  • 13. 182 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA kantin, pemandu bas membawa kanak-kanak ke sekolah. Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi dalam pergaulan kanak-kanak. Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaan mengikut latar belakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaan menjadikan individu itu unik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur, jantina, kebolehan, bangsa, status sosial, agama, saiz dan perwatakan. Kepelbagaian dan perbezaan ini boleh menyeronokkan dan mengecewakan dalam usaha kita mencari kehendak individu, minat dan kebolehan. Guru perlu memastikan bahan-bahan budaya yang pelbagai boleh diperolehi untuk permainan kanak-kanak. SEMAK KENDIRI 9.1 Apakah yang anda faham tentang tema masyarakat dalam pendekatan bertema? (a) Apakah Tujuan Pendekatan Bertema Masyarakat? • Pengajaran dan pembelajaran muzik, seni visual dan pergerakan akan memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya kognitif, efektif dan psikomotor • Pendekatan bertemakan masyarakat akan membantu murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan. • Murid mengaplikasikan kemahiran seperti memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan untuk mengembangkan pengetahuan muzik, seni dan pergerakan dan penghasilan karya kreatif. • Murid memahami bahawa penghasilan dan tindak balas membuat karya muzik, seni dan pergerakan adalah terjalin di antara persepsi analisis dan kritikan. • Pendekatan bertemakan masyarakat juga memberi peluang secara mendalam untuk memahami peranan yang dimainkan oleh muzik, seni dan pergerakan dalam kejayaan insan. • Murid memperolehi pendekatan yang mendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain. Mereka juga dapat menghubungkaitkan muzik, seni dan pergerakan dengan nilai, kepercayaan dan kehendak manusia sejagat.
  • 14. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 183 • Mereka akhirnya dapat memahami bahawa kesenian setiap budaya adalah dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik, ekonomi dan lain-lain. • Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui pendekatan bertema masyarakat dengan pengetahuan budaya dan sejarah dapat membantu memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secara berkesan. (b) Menggabungkan Tema Masyarakat dengan Mata Pelajaran Lain Terdapat beberapa langkah penting dalam menggabungkan tema masyarakat dengan pelbagai mata pelajaran yang lain. • Menghayati tema masyarakat dengan beberapa cara untuk mencapai tujuan utama. • Pelajaran perlu dibuat secara bersepadu supaya pelajar dapat menguasai pelbagai konsep dan kemahiran. • Menggunakan tema masyarakat untuk menggabungkan pembelajaran merentasi disiplin dan tindak balas pengalaman melalui Seni dalam Pendidikan. • Penghubungkaitan kurikulum adalah aktiviti yang terdapat dalam bidang kurikulum lain yang boleh berlaku secara serentak. Contoh aktiviti: Pohon Keluarga Ini adalah di antara contoh-contoh aktiviti yang menggunakan tema masyarakat dalam pendekatan bertema. Pendekatan ini boleh digunakan dalam pengajaran konsep ÂkeluargaÊ dalam mata pelajaran lain. Dalam pembelajaran sains, penghasilan pohon keluarga sebagai suatu projek dapat membantu pelajar memahami proses sains seperti memerhati, membuat inferens, berkomunikasi dan menginterpretasi data. Pohon keluarga dipamerkan sebagai gambar rajah membentuk suatu persembahan grafik yang dapat berkomunikasi secara terus kepada pelajar dengan memberi pelbagai maklumat mengenai ahli-ahli keluarga dalam bentuk yang ringkas, secara langsung dan mudah difahami. Contoh: Kekeluargaan • Manusia tinggal dalam kumpulan keluarga yang berbeza • Setiap keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri • Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk berkomunikasi
  • 15. 184 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA • Keluarga mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu • Keluarga saling bantu-membantu. Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya. Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan untuk lebih mendalami tentang masyarakat bersama dan juga pengalaman di samping menghargai pelbagai budaya yang wujud di dalam masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar Tema Masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual. AKTIVITI 9.3 1. Apakah tujuan pendekatan bertemakan masyarakat? 2. Berdasarkan contoh Kekeluargaan di atas, bincang dengan rakan pemerhatian anda terhadap pernyataan yang terdapat dalam tema masyarakat yang boleh digabungkan ke dalam kurikulum. 3. Apakah cara menggabungkan tema masyarakat dengan mata pelajaran lain? 9.3.3 Tema Komunikasi Agaknya, dia mengata akulah tu Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku dalam konteks yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal.
  • 16. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 185 Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata di mana komunikasi berlaku seperti di dalam bilik atau ruang legar atau di taman. Konteks budaya pula merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang dipindah dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Konteks sosio- psikologikal pula merangkumi seperti contoh hubungan status di kalangan peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu masyarakat di mana komunikasi berlaku. Manakala dalam konteks temporal ianya merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telah berlaku. Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan menerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria. Walau pun anda biasanya menganggap mesej sebagai verbal, anda juga boleh berkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda pakai, cara anda berjalan, berjabat tangan, mengangguk kepala, menyisir rambut, duduk dan senyum. Kesemuanya mengenai anda adalah satu bentuk komunikasi. Komunikasi sering mendatangkan sedikit kesan ke atas seseorang atau beberapa orang yang terlibat semasa berkomunikasi. Sebagai contoh, anda boleh mendapat pengetahuan atau mempelajari bagaimana untuk menganalisa, membuat sintesis atau menilai sesuatu. Semua ini merupakan kesan intelektual atau kognitif. Anda mungkin boleh mendapat atau mengubah sikap, kepercayaan, emosi dan perasaan anda. Semua ini adalah kesan afektif. Anda mungkin akan belajar pergerakan badan yang baru seperti melontar bola atau mengecat lukisan serta perlakuan verbal dan bukan verbal yang sesuai. Ini merupakan kesan-kesan psikomotor. Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna dengan orang lain. Sistem ini mengandungi aspek verbal dan bukan verbal. Bahagian verbal adalah bahasa- perkataan, frasa dan ayat-ayat yang hendak digunakan. Manakala bentuk bukan verbal merangkumi pelbagai elemen hubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan. (a) Komunikasi Verbal Komunikasi verbal merupakan satu sistem penyampaian mesej yang dilakukan dalam bentuk bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat. (b) Komunikasi Bukan Verbal Bentuk bukan verbal mengandungi pelbagai elemen: hubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.
  • 17. 186 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA Strategi Pengajaran-pembelajaran Guna gamitan (gesture) atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain ketika memerhati haiwan. (i) Seni visual • Pada sekeping kertas, anda dikehendaki melukis pelbagai haiwan yang dilihat semasa mengembara di hutan. • Aplikasikan teknik kolaj pada lukisan haiwan itu dengan mengkhusus pada jenis jalinannya sama ada jalinan tampak atau jalinan sentuh. (ii) Pergerakan • Minta pelajar meniru perlakuan haiwan berbeza yang mereka jumpa dalam hutan. Gunakan stail „Ikut Macam Saya‰ agar pelajar menerima pengukuhan dalam konsep perbezaan antara haiwan. (iii) Sains dan pergerakan • Dengan menggunakan badan tunjukkan pergerakan berlainan yang dilakukan oleh haiwan yang berbeza: memanjat, merangkak, menyusur, berjalan perlahan dan melompat. (iv) Muzik dan matematik • Di atas lantai yang bertanda, semasa membuat pergerakan haiwan yang berbeza dengan iringan pelbagai tempo daripada instrumen perkusi, pelajar mengikut ketua untuk menekap rupa-rupa geometri berikut: − Segi tiga sama; − Segi empat sama; − Segi empat tepat; − Pentagon; − Heksagon; − Oktagon; dan − Bulatan. (v) Matematik dan sains • Kelaskan haiwan yang anda jumpa. Guna tanda gundalan untuk menunjukkan bilangan haiwan yang anda telah kelaskan.
  • 18. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 187 (vi) Matematik dan seni visual • Lukiskan piktograf untuk menunjukkan haiwan yang berbeza berdasarkan ciri-ciri fizikal. Lukis ikon-ikon yang sesuai untuk mewakili haiwan yang berbeza untuk digunakan dalam membina piktograf. AKTIVITI 9.4 1. Nyatakan dan berikan contoh-contoh bentuk-bentuk mesej komunikasi. 2. Apakah yang anda faham dengan istilah „Komunikasi verbal‰? Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah menunjukkan komunikasi verbal dengan betul? Bil Pernyataan Ya Tidak 1. Memberi kuliah 2 Membalas surat rakan 3 Bercakap melalui telefon 4 Melukis gambar 5 Memberi khidmat kaunseling 6 Bermain bola keranjang 7 Bermain alat muzik 8 Mempersembahkan drama 9 Mengenyit mata 10 Berbisik
  • 19. 188 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA Rajah 9.5 menunjukkan Contoh Pembelajaran Matematik Melalui Seni dalam Pendidikan. Tajuk Aktiviti: Teselasi Objektif Pembelajaran: Pelajar akan diajar untuk; 1. Memahami dan menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan bentuk-bentuk dua matra (2-M) dan 2. Menghuraikan dan mengelaskan bentuk-bentuk 2-M yang biasa Hasil Pembelajaran: Pelajar akan dapat: 1. Menghuraikan ciri-ciri bentuk 2-M 2. Menyusun bentuk 2-M dan 3. Mencipta reka bentuk dengan bentuk-bentuk 2-M Penilaian: Matematik : Pelajar boleh mereka cipta teselasi dengan menggunakan bentuk-bentuk 2-M (seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang) Seni Visual : Mereka cipta corak teselasi/mereka cipta corak dengan menggunakan bentuk 2- M (seperti seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang) Pergerakan : Menggunakan isyarat atau gerakan badan untuk menunjukkan bentuk-bentuk 2-M seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang. Muzik : Menyanyi lagu berjudul „shapes‰, sama ada secara individu atau berkumpulan. ICT : Mengguna perisian komputer (MS Paint) untuk melukis dan membuat reka bentuk 2-M/teselasi. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Permulaan/Warm up 1. Guna isyarat atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain tentang bentuk 2-M yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian seperti bentuk dan corak dalam kain, kain langsir, kertas pembungkus. • Matematik dan pergerakan 2. Secara individu atau dalam kumpulan sepuluh orang, pegang tangan dan bentuk formasi untuk menunjukkan bentuk-bentuk 2-M seperti seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang sambil menyanyikan lagu ‰shape‰ (Rajah 9.6). • Matematik, muzik dan pergerakan Rajah 9.5: Contoh Pembelajaran Matematik Melalui Seni dalam Pendidikan
  • 20. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 189 Nota Sambungan dengan seni kata berikut. I like to draw a square like this ItÊs a two-D shape like this LetÊs move our bodies just like this Now we are a square in shape Chorus: O cute square, O cute square I have four sides to my shape Rajah 9.6 : Skor lagu „Shapes‰
  • 21. 190 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA Rajah 9.7 adalah satu contoh pembelajaran menggunakan isyarat dan pergerakan badan. Perkembangan Pelajaran 1. Di atas sehelai kertas , minta murid melukis: (v) Pelbagai bentuk 2-M yang mereka pernah lihat dalam kehidupan seharian mereka (papan tanda, jam, carta dinding, jendela, dsb.) (vi) Reka bentuk mudah atau corak yang mengandungi bentuk-bentuk 2-M seperti yang terdapat pada kain langsir, kertas pembalut. Matematik dan seni visual 2. Dengan bantuan perisian komputer yang sesuai (seperti MS Paint), reka cipta teselasi yang mengadungi bentuk 2-M dan cetakkannya. ICT, matematik dan seni visual Rajah 9.7: Contoh isyarat dan pergerakan badan untuk membuat bentuk-bentuk Rajah 9.8 menunjukkan contoh teselasi yang boleh dihasilkan di akhir pelajaran. Rajah 9.8: Contoh teselasi
  • 22. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 191 • Topik ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti- aktiviti yang berkaitan dengan tema persekitaran, masyarakat dan komunikasi. • Topik ini meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran pelajar-pelajar untuk lebih mendalami tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual. Gamitan Teselasi Dauer, V. P. & Prangrazi R. P. (1989). Dynamic physical education for elementary school children. New York: Macmillan Publishing Company. Edwards, L. C. (1997). The creative arts: A process approach for teachers and children. New Jersey: Prentice Hall. Freeland, K., & Hammond, K. (1998). Curriculum for Integrated Learning: A lesson based approach. New York: Delma Publishers. Goldberg, M. R. (1992). Expressing and assessing understanding through the arts in phi delta kappa. April, pp. 619-623. Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd. Salmah, Ayob. (1998). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.