SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  20
950719-10-5858 
1 
1. LATAR BELAKANG KAJIAN 
1.1. Pengenalan Akaun Semasa 
Sejajar dengan kenaikan harga komoditi pada tahun 2008, lebihan akaun semasa 
mencatat paras tertinggi pada 17.6% daripada PNK pada tahun tersebut. Namun, Krisis 
Kewangan Global (Global Financial Crisis, GFC), menandakan permulaan trend yang lebih 
sederhana dalam lebihan akaun semasa. Permintaan global yang lebih lembap dan harga 
komoditi yang lebih rendah menyebabkan eksport Malaysia menurun beberapa tahun 
kebelakangan ini. Import sebaliknya meningkat dengan ketara, didorong oleh permintaan 
dalam negeri yang lebih kukuh.Hasil daripada trend tersebut ialah lebihan simpanan-pelaburan 
yang lebih kecil.1 
Meskipun imbangan akaun semasa mencerminkan lebihan eksport berbanding dengan 
import, namun imbangan ini turut memaparkan lebihan simpanan-pelaburan dalam sesebuah 
ekonomi. Dalam kata lain,imbangan akaun semasa boleh dinilai dari sudut perdagangan 
antarabangsa dan juga tingkahlaku simpanan-pelaburan dalam ekonomi. Dalam ekonomi 
tertutup, aktiviti pelaburan dibiayai oleh simpanan dalam negeri sahaja.Walaubagaimanapun, 
dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia, aktiviti pelaburan boleh dibiayai melalui simpanan 
dalam negeri atau luar negeri. 
Jika sesebuah ekonomi lebih banyak menyimpan daripada melabur, ekonomi itu akan 
mencatat lebihan akaun semasa. Simpanan lebihan ini boleh digunakan untuk mengumpul rizab 
yang berfungsi sebagai penampan terhadap ketidaktentuan luar atau disalurkan ke luar negeri 
untuk membiayai aktiviti penggunaan dan pelaburan ekonomi lain, sama ada dalam bentuk 
pemberian pinjaman atau pelaburan di luar negeri. Defisit akaun semasa sebaliknya
950719-10-5858 
2 
menandakan bahawa sesebuah ekonomi lebih banyak melabur daripada menyimpan. Dalam hal 
ini, ekonomi tersebut sama ada akan meminjam dana dari luar negeri atau menerima aliran 
masuk pelaburan asing untuk membiayai keperluan penggunaan dan pelaburan dalam 
negerinya. 
Lebihan akaun semasa yang menjadi semakin kecil di Malaysia dan beberapa negara 
Asia lain baru- baru ini adalah sejajar dengan pengimbangan semula persekitaran global yang 
berterusan, disokong oleh peralihan dalam sumber pertumbuhan ekonomi serantau. Bagi 
Malaysia, permintaan dalam negeri yang berdaya tahan telah menyokong pertumbuhan import 
yang teguh, dengan itu mengatasi empat sektor awam merujuk kepada Kerajaan Am dan 
perusahaan awam. Lima sektor awam mencatat defisit 2.2% daripada PNK dalam tempoh 
2000-2002. 
Akaun ini ialah rekod transaksi antarabangsa bagi barangan, perkhidmatan, pendapatan 
dan pindahan semasa.Ia mencerminkan pendapatan dan perbelanjaan Malaysia dari segi 
tukaran asing dalam tempoh tertentu. Lebihan akaun semasa berlaku apabila pendapatan 
melebihi perbelanjaan, jika sebaliknya, maka berlaku defisit. 
Anggaran imbangan pembayaran Malaysia memaparkan prestasi ekonomi Malaysia 
berbanding negara-negara lain dari segi magnitud dan jenis transaksi dalam Akaun Semasa dan 
juga di dalam aliran Akaun Modal serta Kewangan. Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan 
bahawa imbangan akaun semasa mencatatkan lebihan dari tahun ke tahun.Secara khususnya, 
kedudukan Akaun Semasa menunjukkan ringkasan tentang transaksi yang berlaku dalam item/ 
komponen barangan, perkhidmatan, pendapatan primer dan pendapatan sekunder, dan 
menggambarkan tentang pendapatan dan perbelanjaan yang dinilai dari segi pertukaran asing 
keseluruhan Malaysia bagi tempoh di bawah kajian. 
Akaun semasa mencatatkan semua urus niaga barangan (dagangan), perkhidmatan, 
pendapatan dan pindahan semasa. Segala hasil yang diterima dari luar negara kerana 
mengeksport barang dan perkhidmatan akan dikreditkan ke dalam akaun semasa. Sebagai 
contoh, Malaysia mengeksport minyak kelapa sawit dan barang elektronik ke luar negara serta 
pelajar asing melanjutkan pelajaran di Negara kita. 
Segala pembayaran ke luar Negara akibat mengimport barang dan perkhidmatan akan 
didebitkan ke dalam akaun semasa. Contohnya, Malaysia mengimport barang perantaraan 
seperti makanan dan minuman yang diproses, bahan api dan pelincir serta alat ganti dan
950719-10-5858 
3 
aksesori. Barang modal pula seperti jentera dan mesin serta menggunakan perkhidmatan 
perkapalan dan insurans dari negara lain. Segala pendapatan yang diterima dari luar Negara 
seperti pendapatan pelaburan dalam bentuk faedah dan dividen , pampasan pekerja, urus niaga 
kerajaan akan dikreditkan ke dalam akaun semasa dan semua pendapatan yang dibayar ke luar 
negara akan didebitkan ke dalam akaun semasa. 
Semua bayaran pindahan rasmi dan swasta yang diterima dari luar negara akan 
dikreditkan ke dalam akaun semasa. Sebaliknya, semua bayaran pindahan rasmi dan swasta ke 
luar Negara akan didebitkan ke dalam akaun semasa. Contohnya, bayaran pindahan seperti 
bantuan kewangan, ekonomi dan ketenteraan (pindahan rasmi)dan kiriman individu (pindahan 
swasta) kepada negara luar. 
Akaun semasa merangkumi komponen berikut: 
(i) Barangan 
(ii) Perkhidmatan 
(iii) Pendapatan 
(iv) Pindahan semasa 
1.2 Pengenalan Akaun Dagangan( Barangan ) 
Imbangan perdagangan membentuk sebahagian daripada akaun semasa yang juga 
termasuk transaksi lain seperti pendapatan daripada kedudukan pelaburan antarabangsa dan 
juga bantuan antarabangsa. Jika akaun semasa berada dalam lebihan, kedudukan aset 
antarabangsa negara bersih meningkat dan juga sebaliknya. 
Imbangan perdagangan sama seperti perbezaan antara keluaran negara dan permintaan 
domestik (perbezaan antara barangan yang dikeluaran oleh negara dan barangan yang dibeli 
dari luar ini tidak termasuk wang yang diguna semula untuk saham asing juga tidak termasuk 
import barangan yang digunakan untuk mengeluarkan barangan bagi pasaran 
tempatan).Pengiraan imbangan perdagangan boleh menimbulkan masalah kerana masalah 
merekod dan mengumpul data. 
Imbangan perdagangan atau eksport bersih, juga kadangkala diwakilkan dengan simbol 
NX adalah perbezaan antara nilai eksportbarang nampak dengan nilai import barang nampak
950719-10-5858 
4 
bagi sesebuah negara dalam masa-masa tertentu.Imbangan perdagangan yang positif dikenali 
sebagai lebihan perdagangan dan menunjukkan eksport melebihi import, sementara imbangan 
perdagangan negatif dikenali sebagai defisit perdagangan atau jurang perdagangan. 
Barangan meliputi komponen dagangan am, barangan untuk diproses, perkhidmatan 
penyelenggaraan atas barangan, barangan diperoleh oleh pesawat di lapangan terbang dan 
kapal di pelabuhan dan emas bukan monetari. 
Kredit merupakandagangan eksport yang diperoleh daripada data perdagangan luar 
negeri (pengisytiharan kastam) perlu dibuat penyesuaian liputan yang tidak diliputi dalam 
perangkaan perdagangan tetapi melibatkan pertukaran hak milikseperti air yang dieksport ke 
Singapura dan penjualan kapal dan pesawat udara komersial oleh syarikat residen yang 
dihantar ke luar Malaysia. Ia juga tidak termasuk barangan yang tidak melibatkan pertukaran 
hak milik. Barangan tersebut adalah seperti barangan yang dikembalikan. Barangan ini telah 
diimport dan dikembalikan semula kerana didapati rosak atau tidak menepati spesifikasidan 
kenderaan terpakai yang dieksport untuk kegunaan persendirian. 
Debit merupakan nilai barangan diimport yang diperoleh daripada dokumen 
pengisytiharan kastam, dibuat penyesuaian liputan termasuk item yang tidak diliputi dalam 
perangkaan perdagangan tetapi melibatkan pertukaran hak milik sepertibarangan 
tentera,pembelian kapal dan pesawat udara komersial oleh syarikat residen yang dihantar ke 
luar Malaysia dan air yang diproses diimport dari Singapura. Ia juga tidak termasuk tambang 
(muatan) dan insurans untuk mendapatkan nilai import bersih. Sebaliknya, tambang (muatan) 
dan insurans diklasifikasikasi di bawah komponen „Pengangkutan‟.Ia tidak termasuk barangan 
yang tidak melibatkan pertukaran hak miliksepertibarangan yang dikembalikan. Barangan ini 
telah dieksport tetapi telah dikembalikan semula kerana didapati rosak atau tidak menepati 
spesifikasi dan kenderaan terpakai bagi kegunaan persendirian.
950719-10-5858 
5 
Berdasarkan rajah di atas, jumlah eksport barangan bersih menunjukkan peningkatan 
dalam peratusan dari tahun 1978 hingga tahun 2012.Hal ini menunjukkan bahawa eksport 
barangan bersih memberi sumbangan terbanyak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar 
(KDNK) Malaysia 
Jadual 1 : Contoh eksport dan import barang Nampak 
Eksport barang Nampak Import barang nampak 
*Elektrik dan elektronik 
*Tekstil, pakaian, dan kasut 
*Keluaran Kayu 
*Keluaran Getah 
*Makanan, minuman, dan tembakau 
*keluaran petroleum 
*kimia, keluaran kimia, dan plastic 
*Besi,keluli, dan keluaran logam 
*Kelengkapan pengangkutan 
*Minyak sawit 
*Kayu Gergaji 
*Getah 
*Kayu Balak 
*Minyak isirung kelapa sawit 
*Lada hitam 
*koko 
*barang penggunaan 
*barang perantaran 
*barang pelaburan (modal) 
*barang import untuk dieksport semula 
*barang import lain
950719-10-5858 
6 
2. PENYATAAN MASALAH 
Sejak dilanda krisis kewangan Asia, imbangan akaun semasa Malaysia telah mencatat 
lebihan secara konsisten dan sentiasa meningkat. Eksport barangan telah mengatasi import, dan 
lebih daripada mengimbangi defisit dalam akaun perkhidmatan dan pendapatan.Prestasi kukuh 
eksport Malaysia sebahagian besarnya disebabkan oleh pempelbagaian produk yang meluas 
dan pengembangan perdagangan dalam pasaran baharu. Secara khusus, eksport komoditi, yang 
mempunyai kandungan import yang rendah memainkan peranan penting dalam menyumbang 
kepada pertambahan lebihan akaun semasa. 
Seterusnya , arah aliran akaun dagangan menunjukkan data yang tidak konsisten iaitu 
mengalami turun naik pada setiap tahun. Imbangan akaun dagangan meningkat disebabkan 
oleh peningkatan jumlah eksport barang melebihi peningkatan jumlah import barang manakala 
imbangan akaun dagangan menurun kerana peningkatan jumlah import melebihi peningkatan 
jumlah eksport. 
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti jumlah eksport dan jumlah import 
Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012 dan mengenalpasti arah aliran jumlah dagangan 
Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012. 
Eksport barangan yang terjejas oleh permintaan luar negeri yang lemah dan harga 
komoditi yang lebih rendah. Pertumbuhan aktiviti pelaburan yang lebih kukuh dan simpanan 
yang lebih rendah juga menyebabkan lebihan akaun semasa menjadi lebih kecil. Eksport 
barangan tumbuh 4.2 peratus pada 2011 selepas merekodkan pertumbuhan dua digit 11.3% 
pada 2010. Pertumbuhan ini disokong oleh permintaan bagi Produk Petroleum, Barangan 
Perkilangan dan Minyak , Lemak Binatang serta Sayur-sayuran. Eksport barangan meningkat 
RM5.8 bilion (3.5 %) kepada RM170.9 bilion berbanding RM165.0 bilion pada suku 
lalu.Pertumbuhan dalam eksport disebabkan oleh peningkatan eksport dalam petroleum 
mentah, cecair gas asli dan getah.Republik Rakyat China, Singapura dan Jepun adalah tiga 
destinasi eksport utama. 
Sementara itu, Import mengalami pertumbuhan 6.2 % berbanding 15.6 % pada 
2010.Barang-barang perantaraan, modal dan penggunaan telah mendorong pertumbuhan dalam 
Import. Import barangan menurun RM4.2 bilion atau 3.2% kepadaRM128.5 bilion daripada 
RM132.7 bilion yang dicatatkan pada S4 2010. Penurunan ini disebabkan oleh permintaan 
yang berkurangan bagi tiga kategori utama import penggunaan-akhir iaitu barang modal, 
barang penggunaan dan barang pengantara yang menurun, masing-masing sebanyak
950719-10-5858 
7 
17.7 %, 3.4 % dan 2.1%. Tiga sumber import utama adalah Singapura, Jepun dan Republik 
Rakyat China. 
Tahun-ke-tahun, kedua-dua eksport barangan dan import barangan meningkat masing-masing 
sebanyak 7.5 % dan 12.2 %. Peningkatan import pada kadar yang lebih pantas daripada 
eksport menyebabkan penurunan dalam lebihan akaun barangan sebanyak RM2.1 bilion atau 
4.6 % daripada RM44.4 bilion dicatatkan dalam tempoh yang sama setahun lalu. 
Melangkah ke hadapan, dalam keadaan pemulihan pertumbuhan global yang sederhana 
dan pengembangan berterusan dalam permintaan dalam negeri, kajian ini diharapkan lebihan 
akaun semasa Malaysia dijangka menjadi lebih kecil dalam tempoh terdekat. Sebagai ekonomi 
yang sangat terbuka, perubahan dalam akaun semasa Malaysia, terutamanya eksport, banyak 
bergantung pada faktor luaran (exogenous) terhadap ekonomi. 
Diharapkan pihak kerajaan mengambil langkah efektif dalam menangani masalah di 
yang dinyatakan. Antara langkah yang boleh diambil adalah mengurangkan kebergantungan 
pada pinjaman daripada negara luar dan mengawal selia aliran keluar mata wang ke luar negara 
melalui bank-bank tempatan. Seterusnya, tekanan harga barangan mentah dan siap di pasaran 
domestik perlu dikawal ketat untuk memastikan tidak berlaku lambakan barangan di pasaran 
domestik , mengurangkan defisit fiskal kerajaan persekutuan secara beransur-ansur tanpa 
menjejaskan pertumbuhan keseluruhan dan sentiasa mengekalkan imbangan pembayaran dan 
kedudukan rizab yang kukuh. 
Konklusinya, kajian ini amat penting untuk mengetahui jumlah import dan eksport 
Negara serta masalah eksport barangan melebihi import perlu diatasi supaya imbangan akaun 
semasa atau akaun dagangan Malaysia tidak mencapai tahap defisit yang akan menyebabkan 
hutang Negara semakin bertambah ekoran pinjaman Negara kian meningkat serta peningkatan 
dalam lebihan akaun dagangan dapat diatasi.
950719-10-5858 
8 
3. OBJEKTIF KAJIAN 
i. Mengenalpasti jumlah eksport dan jumlah import Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 
2012 
ii. Mengenalpasti arah aliran jumlah dagangan Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012 
4. KAEDAH KAJIAN 
Data sekunder merupakan kaedah mengumpul, merekod, menyalin, kajian kepustakaan, 
mengumpul laporan agensi kerajaan dan swasta serta muat turun sumber daripada Internet . 
Pengumpulan data sekunder tidak melibatkan kos yang tinggi serta menjimatkan masa dan 
tenaga kerja berbanding pengumpulan data primer. 
i. Data sekunder 
Penyelidik banyak mendapatkan maklumat daripada sumber internet dan 
kebanyakannya sumber melalui rencana tentang akaun dagangan Malaysia seperti Laman 
Sesawang Jabatan Perangkaan Malaysia dan buku rujukan Ekonomi Malaysia. Penyelidik 
memuat turun data-data terkini tentang jumlah dagangan Malaysia supaya maklumat yang 
ditampilkan dalam tugasan ini adalah benar. 
ii. Penganalisisan data 
Kaedah diskriptif dalam bentuk nilai peratusan dan graf telah digunakan untuk 
menganalisis data yang telah dikumpul. Analisis data telah dilakukan selepas memperolehi data 
sekunder daripada Laporan Ekonomi Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012, Imbangan 
Pembayaran (BPM6), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Mulai tahun 2013, format 
imbangan akaun semasa telah disusun berdasarkan Manual Imbangan Pembayaran Edisi 
Keenam yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa pada tahun 2009. Data-data 
yang diperolehi akan dipastikan, disunting, dan ditukarkan kepada analisis dalam bentuk 
angkabagi mencapai tahap analisis yang tepat.
950719-10-5858 
9 
5. HASIL DAN PERBINCANGAN KAJIAN 
5.1. Jumlah Eksport dan Import Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012 
Tahun 
Akaun 
Semasa 
( RM/juta ) 
Akaun 
Barangan 
( RM/juta ) Peratus ( % ) 
Eksport Import Eksport Import 
2005 78,367 540,681 410,529 56.84 % 43.16 % 
2006 96,029 592,215 452,726 56.67 % 43.32 % 
2007 102,190 606,512 475,687 56.04 % 43.95 % 
2008 131,414 662,455 492,076 57.37 % 42.62 % 
2009 110,727 552,920 412,565 57.26 % 42.73 % 
2010 87,183 641,135 504,384 55.96 % 44.03 % 
2011 102,426 699,591 548,026 56.07 % 43.92 % 
2012 57,348 703,152 577,538 54.90 % 45.09 % 
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia; Bank Negara Malaysia 
Jadual 2 :Jadual perangkaan imbangan pembayaran malaysia 2005-2012 
(RM juta) 
Perkembangan dalam imbangan akaun semasa boleh dinilai dari segi perubahan dalam 
eksport serta import barangan dan perkhidmatan, dan juga imbangan bersih pendapatan dan 
pemindahan semasa. Di Malaysia, lebihan akaun semasa didorong terutamanya oleh lebihan 
dalam akaun barangan, manakala komponen lain kekal dalam defisit. 
Berdasarkan jadual 2 di atas, secara keseluruhannya , didapati bahawa peratusan jumlah 
eksport dan import barangan adalah tidak konsisten namun tidak mempunyai jurang yang 
besar. Jika dapat kita lihat, jumlah eksport barangan semakin meningkat dari tahun 2005 
hingga tahun 2008 namun menurun pada tahun 2009 dan kemudiannya meningkat kembali 
pada tahun seterusnya hinga tahun 2012. 
Seterusnya, jumlah import barangan pula mengalami peningkatan dari tahun 2005 
hingga tahun 2008 kemudian menurun pada tahun 2009 dan meningkat pada tahun seterusya 
hingga tahun 2012.
950719-10-5858 
10 
Eksport dan Import Barangan 2005 
57% 
43% 
Eksport 
Import 
Rajah 1 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2005 
Berdasarkan rajah 2, pada tahun 2005, Malaysia mencatatkan nilai dagangan sebanyak 
RM 1.3 juta di mana jumlah eksport barangan sebanyak RM 540 juta bersamaan 57 % dan 
jumlah import barangn sebanyak RM 410 juta bersamaan 43 %. 
Eksport dan Import Barangan 2006 
57% 
43% 
Eksport 
Import 
Rajah 2: Eksport dan Import barangan pada tahun 2006 
Pada tahun 2006 , Malaysia telah mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM 139 juta 
iaitu jumlah eksport barangan RM 592 juta besamaan 57 % dan jumlah import barangan 
sebanyakRM 452 juta bersamaan 43 %.
950719-10-5858 
11 
Eksport dan Import Barangan 2007 
56% 
44% 
Eksport 
Import 
Rajah 3 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2007 
Nilai dagangan pada tahun 2007 mencatatkan jumlah sebanyak RM130 juta di mana 
jumlah eksport barangan RM 606 juta bersamaan 56 % dan jumlah import barangan RM 475 
juta bersamaan 44 %. 
Eksport dan Import Barangan 2008 
57% 
43% 
Eksport 
Import 
Rajah 4 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2008 
Pada tahun 2008, nilai dagangan Malaysia mencatatkan sebanyak RM 170 juta di mana 
jumlah eksport barangan sebanyak RM 662 juta bersamaan 57 % dan jumlah import barangan 
sebanyak RM 492 juta bersamaan 43 %.
950719-10-5858 
12 
Eksport dan Import Barangan 2009 
57% 
43% 
Eksport 
Import 
Rajah 5 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2009 
Malaysia mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM 140 juta pada tahun 2009 dengan 
jumlah eksport barangan sebanyak RM 552 juta bersamaan 57 % dan jumlah import barangan 
sebanyak RM 412 juta bersamaan 43 %. 
Eksport dan Import Barangan 2010 
56% 
44% 
Eksport 
Import 
Rajah 6 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2010 
Nilai dagangan Malaysia pada tahun 2010 pula mencatatkan sebanyak RM 136 juta 
dengan jumlah eksport barangan sebanyak RM 641 juta barsamaan 56 % dan jumlah import 
barangan RM 504 juta bersamaan 44 %.
950719-10-5858 
13 
Eksport dan Import Barangan 2011 
56% 
44% 
Eksport 
Import 
Rajah 7 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2011 
Pada tahun 2011 pula, nilai dagangan Malaysia mencatatkan nilai dagangan sebanyak 
RM 152 juta dengan jumlah eksport barangan sebanyak RM 699 bersamaan 56 % dan jumlah 
import barangan sebanyak RM 548 juta bersamaan 44 %. 
Eksport dan Import Barangan 2012 
55% 
45% 
Eksport 
Import 
Rajah 8 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2012 
Malaysia mencatatkan nilai dagangan berjumlahRM1.3 trilion pada tahun 2012. 
Walaupunberhadapan dengan situasi yang mencabardaripada luar negara, eksport barangan 
mencapai tahap barupada RM702.2 bilion bersamaan 55 % dan import barangan meningkat 
kepadaRM607.4 bilion bersamaan 45 %.
950719-10-5858 
14 
Malaysia juga berjaya menarikRM162.4 bilion pelaburan langsung pada tahun2012, 
melebihi nilai tahun-tahun sebelum ini.Secara keseluruhannya, pencapaian Malaysia didalam 
perdagangan dan pelaburan adalahmembanggakan, di sebalik keadaan ekonomi duniayang 
tidak menentu. Negara kita telahmenunjukkan perkembangan yang memuaskandi dalam 
pembangunan industri bagi teknologibaru dan baru muncul, dan pada masa yang sama,negara 
juga berupaya meningkatkan tarikannyasebagai hab global dan serantau bagi pembuatandan 
perkhidmatan. 
5.2 Arah aliran akaun dagangan Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012 
Tahun 
Akaun 
Semasa 
( RM/juta ) 
Akaun 
Barangan 
( RM/juta ) 
Jumlah lebihan akaun 
Eksport Import barangan ( RM/ juta ) 
2005 78,367 540,681 410,529 130,152 
2006 96,029 592,215 452,726 139,489 
2007 102,190 606,512 475,687 130,825 
2008 131,414 662,455 492,076 170,380 
2009 110,727 552,920 412,565 140,355 
2010 87,183 641,135 504,384 136,751 
2011 102,426 699,591 548,026 151,565 
2012 57,348 703,152 577,538 125,190 
Imbangan akaun barangan dari tahun 2005 hingga tahun 2012 adalah tidak konsisten. 
Pada tahun 2005, jumlah lebihannya ialah RM 130,152 juta meningkat kepada RM 139,489 
juta pada tahun 2006. Akaun barangan mengalami penurunan kepada RM 130,825 juta pada 
tahun 2007 dan menunjukkan peningkatan yang banyak pada tahun 2008 kepada RM 170,380 
juta seterusnya menurun kepada RM 140,355 juta pada tahun 2009 begitu juga bagi tahun 2010 
RM 136,751 juta. Pada tahun 2011 , mencatatkan lebihan sebanyak RM 151,565 dan menurun 
kepada RM 125,190 juta pada tahun 2012. 
Secara keseluruhannya, jumlah akaun barangan mengalami turun naik dan mengalami 
kenaikan apabila peningkatan jumlah eksport barang melebihi peningkatan jumlah import 
barang serta mengalami penurunan apabila peningkatan jumlah import barang melebihi 
peningkatan jumlah eksport barang.
950719-10-5858 
15 
6. CADANGAN 
Nilai dagangan Malaysia sentiasa mengalami lebihan manakala arah aliran akaun 
dagangan pula tidak konsisten serta sentiasa mengalami turun naik pada setiap tahun. Pihak 
kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih efektif bagi mengatasi masalah berikut. 
Antara langkah bernas yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah mengurangkan 
kebergantungan pada pinjaman daripada negara luar bagi mengurangkan risiko pembayaran 
balik pinjaman berkenaan Pada masa yang sama, pihak kerajaan boleh mengawal selia aliran 
keluar mata wang ke luar negara melalui bank-bank tempatan. Bank-bank tempatan disarankan 
untuk meningkatkan kadar bunga dalam usaha untuk meningkatkan simpanan. Ini secara tidak 
langsung dapat menarik pelaburan tempatan dan asing. Simpanan tersebut boleh digunakan 
untuk melabur dalam aktiviti yang melibatkan eksport. Pihak kerajaan boleh mengambil 
langkah mempromosikan dan mempelbagaikan aktiviti eksport dalam usaha untuk 
menstabilkan akaun semasa. Langkah ini akan dapat membantu menambah permintaan 
barangan eksport dalam jangka masa panjang. Perancangan dan perlaksanaan dasar fiskal yang 
sesuai perlu diaplikasikan seperti mengurangkan cukai pendapatan dan korporat untuk 
menggalakkan mereka melabur dalam pasaran domestik terutama aktiviti yang melibatkan 
eksport. 
Selain itu, tekanan harga barangan mentah dan siap di pasaran domestik perlu dikawal 
ketat untuk memastikan tidak berlaku lambakan barangan di pasaran domestik. Pihak kerajaan 
perlu mengurangkan defisit fiskal kerajaan persekutuan secara beransur-ansur tanpa 
menjejaskan pertumbuhan keseluruhan dan sentiasa mengekalkan imbangan pembayaran dan 
kedudukan rizab yang kukuh. 
Seterusnya, langkah untuk mengatasi krisis kegawatan ekonomi ialah kerajaan 
mengawal pengaliran keluar wang negara ke negara lain. Jika sebelum ini, masyarakat 
Malaysia gemar melancong ke negara asing, maka sekarang mereka seharusnya melancong di 
dalam negara sendiri dan membatalkan rancangan untuk melancong di luar negara. Dengan 
berbuat demikian, kita dapat mengelakkan pengaliran mata wang ke negara yang kita lawati 
kerana salah satu penyebab dan punca kegawatan ekonomi ialah pengaliran wang yang banyak 
ke negara lain. Pengaliran mata wang Malaysia juga dapat dikurangkan dengan mengurangkan
950719-10-5858 
16 
import dan menambahkan eksport. Ini perlu diberi penekanan yang sewajarnya kepada sektor 
tertentu seperti sektor perindustrian. Sektor pelancongan negara juga memainkan peranan 
penting, terutamanya di kawasan pedalaman yang belum diusahakan sepenuhnya oleh arus 
pembangunan. Mereka harus meningkatkan atau meluaskan promosi ke seluruh dunia untuk 
menggalakkan pelancong asing datang ke negara ini. Di samping itu, kita harus meningkatkan 
eksport negara yang dapat membantu kerajaan menangani krisis ini dan dapat menambah 
tabungan negara. 
Akhirnya, rakyat Malaysia perlu bijak berbelanja dan lebih mengutamakan barangan 
tempatan. Kesedaran ini wajar disemai dan dipupuk dalam sanubari setiap rakyat kerana 
pembelian barang import akan menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara kita ke 
negara pengeksport. Oleh hal yang demikian, media massa memainkan peranan penting bagi 
mengatasi krisis ini dengan mengadakan kempen “Belilah Barangan Buatan Malaysia”. 
Sebenarnya, penduduk Malaysia kini lebih terpengaruh dengan barangan buatan luar negara, 
iaitu barangan import yang dikatakan lebih tahan lama. Hal ini merupakan pemikiran yang 
tidak sihat kerana telah disalahtafsirkan, terutamanya oleh suri rumah.
950719-10-5858 
17 
7. RUMUSAN KAJIAN 
Kesimpulan , hail kajian mendapati bahawa jumlah eksport sentiasa melebihi import 
barangan dari tahun ke tahun. Hal ini disebabkan adanya sekatan perdagangan antarabangsa di 
mana nilai import dapat dikurangkan dengan mengadakan sekatan terhadap kemasukan barang 
import melalui tarif import, kuota dan kawalan pertukaran asing. Galakan-galakan eksport 
seperti subsidi eksport digunakan untuk menambahkan nilai eksport. Jika nilai eksport melebihi 
nilai import barang, maka lebihan dagangan akan berlaku seperti data yang ditunjukkan dalam 
hasil kajian didapati bahawa lebihan akaun dagangan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. 
Selain itu, arah aliran akaun dagangan juga sentiasa mengalami turun naik dan ini 
menunjukkan bahawa arah aliran akaun dagangan Malaysia tidak konsisten. 
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan dalam negeri muncul sebagai 
pemacu utama pertumbuhan. Penggunaan swasta dan jumlah pelaburan adalah berdaya tahan, 
lantas membolehkan ekonomi berkembang meskipun berdepan dengan prestasi eksport yang 
lembap. Pertumbuhan dan guna tenaga telah disokong oleh sektor berorientasikan dalam 
negeri, lalu mengimbangi kelemahan dalam industri berorientasikan eksport. Keadaan ini 
sebahagiannya dicapai susulan wujudnya pembaharuan struktur serta dasar ekonomi yang 
teguh sejak bertahun-tahun lamanya. 
Walau bagaimanapun, Malaysia kekal sebagai ekonomi yang sangat terbuka dengan 
eksport menjadi sumber utama permintaan. Oleh itu, pelaburan strategik dalam industri 
pertumbuhan yang tepat adalah amat penting bagi memastikan Malaysia berada pada 
kedudukan yang baik supaya dapat memanfaatkan peluang baharu dalam landskap global yang 
berubah-ubah. Yang ketara, keluaran dan pasaran eksport telah menjadi lebih pelbagai, 
berorientasikan ke arah industri pertumbuhan baharu dan ekonomi serantau yang pesat 
berkembang.Ini membolehkan Malaysia bergerak lebih tinggi dalam rantaian nilai di samping 
memanfaatkan pertumbuhan global yang utama. 
Melangkah ke hadapan, usaha menjana pertumbuhan yang kukuh, mampan dan 
seimbang akan memerlukan pembaharuan yang selanjutnya. Pertumbuhan yang mampan perlu 
disokong oleh peningkatan dalam produktiviti dan inovasi, bagi membolehkan peralihan ke 
arah ekonomi bernilai tambah lebih tinggi dan berpendapatan lebih tinggi. Langkah terkini
950719-10-5858 
18 
seperti pengenalan dasar gaji minimum dan liberalisasi selanjutnya dalam industri terpilih akan 
menyokong peralihan ini, sekali gus menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi, yang 
seterusnya menyokong pertumbuhan yang berterusan dalam penggunaan. Pewujudan jaring 
keselamatan sosial yang komprehensif, termasuk penambahbaikan dalam sistem persaraan dan 
penjagaan kesihatan, serta usaha berterusan untuk menggalakkan rangkuman kewangan akan 
mengurangkan keperluan tabungan bagi tujuan kecemasan dan akan meningkatkan 
penggunaan. 
Oleh yang demikian, pihak kerajaan mengambil langkah efektif dalam menangani 
masalah di yang dinyatakan. Antara langkah yang boleh diambil adalah mengurangkan 
kebergantungan pada pinjaman daripada negara luar dan mengawal selia aliran keluar mata 
wang ke luar negara melalui bank-bank tempatan. Seterusnya, tekanan harga barangan mentah 
dan siap di pasaran domestik perlu dikawal ketat untuk memastikan tidak berlaku lambakan 
barangan di pasaran domestik , mengurangkan defisit fiskal kerajaan persekutuan secara 
beransur-ansur tanpa menjejaskan pertumbuhan keseluruhan dan sentiasa mengekalkan 
imbangan pembayaran dan kedudukan rizab yang kukuh. 
Kejayaan mengekalkan magnitud dan kualiti pelaburan akan bergantung pada kemajuan 
reformasi struktur, pembangunan sektor kewangan yang berterusan, keadaan perniagaan yang 
baik dan ketersediaan pekerja mahir. Pembaharuan ini, bersama-sama dengan pempelbagaian 
dalam pasaran dan keluaran eksport perlu diteruskan bagi memastikan pertumbuhan yang 
mampan pada masa hadapan.
950719-10-5858 
19 
8. SENARAI RUJUKAN 
Imbangan akaun semasa di malaysia : perkembangan terkini 
http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2012/cp01_001_rencana.pdf 
Laman Web Bank Negara Malaysia ( 14 Julai 2014 ) 
http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2012/cp01_001_rencana.pdf 
Laman Web Laporan Ekonomi Malaysia ( 19 Julai 2014 ) 
http://www.treasury.gov.my/ 
Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia ( 14 Julai 2014 ) 
http://statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view 
Suhiliah Mohd Salleh, 2014. Ace Ahead Teks STPM Ekonomi Penggal 3 (Ekonomi Malaysia 
). Arah aliran Akaun Semasa , halaman 77 : Penerbitan Oxford Fajar 
Zaini Hassan dan Hassan Mohd Noor . Utusan Malaysia. 26 oktober 2013
950719-10-5858 
20 
LAMPIRAN

Contenu connexe

Tendances

Belajawan negara
Belajawan negaraBelajawan negara
Belajawan negara
amirulhafiq
 
Segi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpmSegi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpm
sakiminie
 
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & manFaktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
fazrul
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsa
Rodiyah Sulaiman
 
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasionalPengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
umishahirah
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
grace anzelletha
 
KERJASAMA SERANTAU - APEC DAN ASEAN
KERJASAMA SERANTAU - APEC DAN ASEANKERJASAMA SERANTAU - APEC DAN ASEAN
KERJASAMA SERANTAU - APEC DAN ASEAN
Asmawi Abdullah
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di Malaysia
Awatif Atif
 
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailandJelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Faizah Yahya
 

Tendances (20)

Belajawan negara
Belajawan negaraBelajawan negara
Belajawan negara
 
Segi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpmSegi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpm
 
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & manFaktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsa
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
 
Imbangan akaun dagangan dalam akaun semasa
Imbangan akaun dagangan dalam akaun semasaImbangan akaun dagangan dalam akaun semasa
Imbangan akaun dagangan dalam akaun semasa
 
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasionalPengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
 
1-POLA PERUBAHAN.pdf
1-POLA PERUBAHAN.pdf1-POLA PERUBAHAN.pdf
1-POLA PERUBAHAN.pdf
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
 
Bm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorikBm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorik
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
 
KERJASAMA SERANTAU - APEC DAN ASEAN
KERJASAMA SERANTAU - APEC DAN ASEANKERJASAMA SERANTAU - APEC DAN ASEAN
KERJASAMA SERANTAU - APEC DAN ASEAN
 
Esei penggal 3 (2) (1)
Esei penggal 3 (2) (1)Esei penggal 3 (2) (1)
Esei penggal 3 (2) (1)
 
Segi 3 pertumbuhan
Segi 3 pertumbuhanSegi 3 pertumbuhan
Segi 3 pertumbuhan
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di Malaysia
 
Pakatan Perniagaan Antarabangsa (Pengajian Perniagaan Penggal 3)
Pakatan Perniagaan Antarabangsa (Pengajian Perniagaan Penggal 3)Pakatan Perniagaan Antarabangsa (Pengajian Perniagaan Penggal 3)
Pakatan Perniagaan Antarabangsa (Pengajian Perniagaan Penggal 3)
 
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailandJelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
 
Dasar sogoshosha presentation
Dasar sogoshosha presentationDasar sogoshosha presentation
Dasar sogoshosha presentation
 
Makroekonomi
MakroekonomiMakroekonomi
Makroekonomi
 

En vedette

Pbs ekonomi fazrul
Pbs ekonomi fazrulPbs ekonomi fazrul
Pbs ekonomi fazrul
fazrul
 
Industrialisasi dan pembangunan ekonomi
Industrialisasi dan pembangunan ekonomiIndustrialisasi dan pembangunan ekonomi
Industrialisasi dan pembangunan ekonomi
zuhri5590
 
02) slaid modul transformasi t6 2014 (1)
02) slaid modul transformasi t6 2014 (1)02) slaid modul transformasi t6 2014 (1)
02) slaid modul transformasi t6 2014 (1)
sakinah282
 
Teknologi dan fesyen muslimah latest
Teknologi dan fesyen muslimah latestTeknologi dan fesyen muslimah latest
Teknologi dan fesyen muslimah latest
ana hawa
 
Perniagaan import,eksport & entrepot
Perniagaan import,eksport & entrepotPerniagaan import,eksport & entrepot
Perniagaan import,eksport & entrepot
Willmar Lozen
 
Bab 4 pembangunan_ekonomi
Bab 4 pembangunan_ekonomiBab 4 pembangunan_ekonomi
Bab 4 pembangunan_ekonomi
TAN KEW
 

En vedette (20)

Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
 
Pbs ekonomi fazrul
Pbs ekonomi fazrulPbs ekonomi fazrul
Pbs ekonomi fazrul
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia
 
Ass ekonomi
Ass ekonomiAss ekonomi
Ass ekonomi
 
Imbangan dagangan
Imbangan daganganImbangan dagangan
Imbangan dagangan
 
134802185 ekonomi-tradisional
134802185 ekonomi-tradisional134802185 ekonomi-tradisional
134802185 ekonomi-tradisional
 
Industrialisasi dan pembangunan ekonomi
Industrialisasi dan pembangunan ekonomiIndustrialisasi dan pembangunan ekonomi
Industrialisasi dan pembangunan ekonomi
 
02) slaid modul transformasi t6 2014 (1)
02) slaid modul transformasi t6 2014 (1)02) slaid modul transformasi t6 2014 (1)
02) slaid modul transformasi t6 2014 (1)
 
Teknologi dan fesyen muslimah latest
Teknologi dan fesyen muslimah latestTeknologi dan fesyen muslimah latest
Teknologi dan fesyen muslimah latest
 
Arah dan Tujuan Sektor Perindustrian dalam RMK-10
Arah dan Tujuan Sektor Perindustrian dalam RMK-10Arah dan Tujuan Sektor Perindustrian dalam RMK-10
Arah dan Tujuan Sektor Perindustrian dalam RMK-10
 
Future Trends - Recycling - Refrigerants
Future Trends -  Recycling - RefrigerantsFuture Trends -  Recycling - Refrigerants
Future Trends - Recycling - Refrigerants
 
Bab 6 perniagaan keluarga
Bab 6   perniagaan keluargaBab 6   perniagaan keluarga
Bab 6 perniagaan keluarga
 
Pengajianampenggal2la
Pengajianampenggal2laPengajianampenggal2la
Pengajianampenggal2la
 
(9) INDUSTRIALISASI DAN PERKEMBANGAN SEKTOR INDUSTRI
(9) INDUSTRIALISASI DAN PERKEMBANGAN SEKTOR INDUSTRI(9) INDUSTRIALISASI DAN PERKEMBANGAN SEKTOR INDUSTRI
(9) INDUSTRIALISASI DAN PERKEMBANGAN SEKTOR INDUSTRI
 
6 isu isu ekonomi
6 isu isu ekonomi6 isu isu ekonomi
6 isu isu ekonomi
 
Pembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi Malaysia
Pembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi MalaysiaPembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi Malaysia
Pembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi Malaysia
 
Perniagaan import,eksport & entrepot
Perniagaan import,eksport & entrepotPerniagaan import,eksport & entrepot
Perniagaan import,eksport & entrepot
 
Bab 4 pembangunan_ekonomi
Bab 4 pembangunan_ekonomiBab 4 pembangunan_ekonomi
Bab 4 pembangunan_ekonomi
 
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM BaharuHasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
 
Pai hijab dan busana muslim
Pai hijab dan busana muslimPai hijab dan busana muslim
Pai hijab dan busana muslim
 

Similaire à Kajian Ilmiah ekonomi STPM

Neraca pembayaran 2
Neraca pembayaran 2Neraca pembayaran 2
Neraca pembayaran 2
Ninjas Saga
 
Sukma,modal asing &hutang luar negeri
Sukma,modal asing &hutang luar negeriSukma,modal asing &hutang luar negeri
Sukma,modal asing &hutang luar negeri
Sukma Wijaya
 
Aplikasi neraca pembayaran dalam bisnis
Aplikasi neraca pembayaran dalam bisnisAplikasi neraca pembayaran dalam bisnis
Aplikasi neraca pembayaran dalam bisnis
Wahono Diphayana
 
Mohamad amsanudin,11140583,5v ma,materi 12
Mohamad amsanudin,11140583,5v ma,materi 12Mohamad amsanudin,11140583,5v ma,materi 12
Mohamad amsanudin,11140583,5v ma,materi 12
mohamad amsanudin
 
Analisis neraca pembayaran indonesia (full)
Analisis neraca pembayaran indonesia (full)Analisis neraca pembayaran indonesia (full)
Analisis neraca pembayaran indonesia (full)
Arief Anzarullah
 
Neraca_Pembayaran_Internasional.pptx
Neraca_Pembayaran_Internasional.pptxNeraca_Pembayaran_Internasional.pptx
Neraca_Pembayaran_Internasional.pptx
riskirajab
 

Similaire à Kajian Ilmiah ekonomi STPM (20)

Neraca pembayaran 2
Neraca pembayaran 2Neraca pembayaran 2
Neraca pembayaran 2
 
Neraca pembayaran
Neraca pembayaranNeraca pembayaran
Neraca pembayaran
 
Kelompok 17
Kelompok 17Kelompok 17
Kelompok 17
 
Sukma,modal asing &hutang luar negeri
Sukma,modal asing &hutang luar negeriSukma,modal asing &hutang luar negeri
Sukma,modal asing &hutang luar negeri
 
Aplikasi neraca pembayaran dalam bisnis
Aplikasi neraca pembayaran dalam bisnisAplikasi neraca pembayaran dalam bisnis
Aplikasi neraca pembayaran dalam bisnis
 
(12) NERACA PEMBAYARAN
(12) NERACA PEMBAYARAN(12) NERACA PEMBAYARAN
(12) NERACA PEMBAYARAN
 
Mohamad amsanudin,11140583,5v ma,materi 12
Mohamad amsanudin,11140583,5v ma,materi 12Mohamad amsanudin,11140583,5v ma,materi 12
Mohamad amsanudin,11140583,5v ma,materi 12
 
Tugas 12 ppt neraca pembayaran
Tugas 12 ppt neraca pembayaranTugas 12 ppt neraca pembayaran
Tugas 12 ppt neraca pembayaran
 
Peranan sektor luar negri pada perekonomian
Peranan sektor luar negri pada perekonomianPeranan sektor luar negri pada perekonomian
Peranan sektor luar negri pada perekonomian
 
ANALISIS STRUKTUR DAN PERKEMBANGAN NERACA PEMBAYARAN INDONESIA(NPI) 2014 - 20...
ANALISIS STRUKTUR DAN PERKEMBANGAN NERACA PEMBAYARAN INDONESIA(NPI) 2014 - 20...ANALISIS STRUKTUR DAN PERKEMBANGAN NERACA PEMBAYARAN INDONESIA(NPI) 2014 - 20...
ANALISIS STRUKTUR DAN PERKEMBANGAN NERACA PEMBAYARAN INDONESIA(NPI) 2014 - 20...
 
12 neraca pembayaran indonesia
12 neraca pembayaran indonesia12 neraca pembayaran indonesia
12 neraca pembayaran indonesia
 
12 neraca pembayaran
12 neraca pembayaran12 neraca pembayaran
12 neraca pembayaran
 
Analisis neraca pembayaran indonesia (full)
Analisis neraca pembayaran indonesia (full)Analisis neraca pembayaran indonesia (full)
Analisis neraca pembayaran indonesia (full)
 
artikel Neraca pembayaran dan perdagangan
artikel Neraca pembayaran dan perdaganganartikel Neraca pembayaran dan perdagangan
artikel Neraca pembayaran dan perdagangan
 
Neraca pembayaran internasional
Neraca pembayaran internasionalNeraca pembayaran internasional
Neraca pembayaran internasional
 
neraca pembayaran
neraca pembayaranneraca pembayaran
neraca pembayaran
 
14 neraca pembayaran
14 neraca pembayaran14 neraca pembayaran
14 neraca pembayaran
 
14 neraca pembayaran
14 neraca pembayaran14 neraca pembayaran
14 neraca pembayaran
 
Neraca_Pembayaran_Internasional.pptx
Neraca_Pembayaran_Internasional.pptxNeraca_Pembayaran_Internasional.pptx
Neraca_Pembayaran_Internasional.pptx
 
perekonomian indonesia neraca pembayaran
perekonomian indonesia neraca pembayaranperekonomian indonesia neraca pembayaran
perekonomian indonesia neraca pembayaran
 

Plus de aynuranajwa

Arab ا,ب,ج,د
Arab ا,ب,ج,دArab ا,ب,ج,د
Arab ا,ب,ج,د
aynuranajwa
 
Malaysia dan oic new
Malaysia dan oic newMalaysia dan oic new
Malaysia dan oic new
aynuranajwa
 

Plus de aynuranajwa (17)

Presentation takaful
Presentation takafulPresentation takaful
Presentation takaful
 
Fiqh muamalat
Fiqh muamalatFiqh muamalat
Fiqh muamalat
 
Zakat pendapatan
Zakat pendapatanZakat pendapatan
Zakat pendapatan
 
Pengetahuan Am
Pengetahuan Am Pengetahuan Am
Pengetahuan Am
 
Kemajuan industri perkapalan
Kemajuan industri perkapalanKemajuan industri perkapalan
Kemajuan industri perkapalan
 
Perkembangan sektor pertanian
Perkembangan sektor pertanianPerkembangan sektor pertanian
Perkembangan sektor pertanian
 
Kajian Ilmiah Bahasa arab
Kajian Ilmiah Bahasa arab Kajian Ilmiah Bahasa arab
Kajian Ilmiah Bahasa arab
 
Ayat ahkam :PERANAN PEMERINTAH :SURAH AL-NAHL
Ayat ahkam :PERANAN PEMERINTAH :SURAH AL-NAHLAyat ahkam :PERANAN PEMERINTAH :SURAH AL-NAHL
Ayat ahkam :PERANAN PEMERINTAH :SURAH AL-NAHL
 
Arab ا,ب,ج,د
Arab ا,ب,ج,دArab ا,ب,ج,د
Arab ا,ب,ج,د
 
Malaysia dan oic new
Malaysia dan oic newMalaysia dan oic new
Malaysia dan oic new
 
التشبيه Bahasa arab
التشبيه Bahasa arabالتشبيه Bahasa arab
التشبيه Bahasa arab
 
Slide pam esei
Slide  pam eseiSlide  pam esei
Slide pam esei
 
Syariah STPM Sem 3 : Hadis kelima
Syariah STPM Sem 3 : Hadis kelimaSyariah STPM Sem 3 : Hadis kelima
Syariah STPM Sem 3 : Hadis kelima
 
Syariah STPM Sem 3 : Kewajipan jihad dalam islam
Syariah STPM Sem 3 : Kewajipan jihad dalam islamSyariah STPM Sem 3 : Kewajipan jihad dalam islam
Syariah STPM Sem 3 : Kewajipan jihad dalam islam
 
Syariah STPM semester 3 : Berpegang teguh pada tali allah
Syariah STPM semester 3 : Berpegang teguh pada tali allahSyariah STPM semester 3 : Berpegang teguh pada tali allah
Syariah STPM semester 3 : Berpegang teguh pada tali allah
 
Pengajian Am STPM Penggal 3 , 2014
Pengajian Am STPM Penggal 3 , 2014 Pengajian Am STPM Penggal 3 , 2014
Pengajian Am STPM Penggal 3 , 2014
 
Qiyas
QiyasQiyas
Qiyas
 

Dernier

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 

Dernier (20)

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 

Kajian Ilmiah ekonomi STPM

  • 1. 950719-10-5858 1 1. LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1. Pengenalan Akaun Semasa Sejajar dengan kenaikan harga komoditi pada tahun 2008, lebihan akaun semasa mencatat paras tertinggi pada 17.6% daripada PNK pada tahun tersebut. Namun, Krisis Kewangan Global (Global Financial Crisis, GFC), menandakan permulaan trend yang lebih sederhana dalam lebihan akaun semasa. Permintaan global yang lebih lembap dan harga komoditi yang lebih rendah menyebabkan eksport Malaysia menurun beberapa tahun kebelakangan ini. Import sebaliknya meningkat dengan ketara, didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh.Hasil daripada trend tersebut ialah lebihan simpanan-pelaburan yang lebih kecil.1 Meskipun imbangan akaun semasa mencerminkan lebihan eksport berbanding dengan import, namun imbangan ini turut memaparkan lebihan simpanan-pelaburan dalam sesebuah ekonomi. Dalam kata lain,imbangan akaun semasa boleh dinilai dari sudut perdagangan antarabangsa dan juga tingkahlaku simpanan-pelaburan dalam ekonomi. Dalam ekonomi tertutup, aktiviti pelaburan dibiayai oleh simpanan dalam negeri sahaja.Walaubagaimanapun, dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia, aktiviti pelaburan boleh dibiayai melalui simpanan dalam negeri atau luar negeri. Jika sesebuah ekonomi lebih banyak menyimpan daripada melabur, ekonomi itu akan mencatat lebihan akaun semasa. Simpanan lebihan ini boleh digunakan untuk mengumpul rizab yang berfungsi sebagai penampan terhadap ketidaktentuan luar atau disalurkan ke luar negeri untuk membiayai aktiviti penggunaan dan pelaburan ekonomi lain, sama ada dalam bentuk pemberian pinjaman atau pelaburan di luar negeri. Defisit akaun semasa sebaliknya
  • 2. 950719-10-5858 2 menandakan bahawa sesebuah ekonomi lebih banyak melabur daripada menyimpan. Dalam hal ini, ekonomi tersebut sama ada akan meminjam dana dari luar negeri atau menerima aliran masuk pelaburan asing untuk membiayai keperluan penggunaan dan pelaburan dalam negerinya. Lebihan akaun semasa yang menjadi semakin kecil di Malaysia dan beberapa negara Asia lain baru- baru ini adalah sejajar dengan pengimbangan semula persekitaran global yang berterusan, disokong oleh peralihan dalam sumber pertumbuhan ekonomi serantau. Bagi Malaysia, permintaan dalam negeri yang berdaya tahan telah menyokong pertumbuhan import yang teguh, dengan itu mengatasi empat sektor awam merujuk kepada Kerajaan Am dan perusahaan awam. Lima sektor awam mencatat defisit 2.2% daripada PNK dalam tempoh 2000-2002. Akaun ini ialah rekod transaksi antarabangsa bagi barangan, perkhidmatan, pendapatan dan pindahan semasa.Ia mencerminkan pendapatan dan perbelanjaan Malaysia dari segi tukaran asing dalam tempoh tertentu. Lebihan akaun semasa berlaku apabila pendapatan melebihi perbelanjaan, jika sebaliknya, maka berlaku defisit. Anggaran imbangan pembayaran Malaysia memaparkan prestasi ekonomi Malaysia berbanding negara-negara lain dari segi magnitud dan jenis transaksi dalam Akaun Semasa dan juga di dalam aliran Akaun Modal serta Kewangan. Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan bahawa imbangan akaun semasa mencatatkan lebihan dari tahun ke tahun.Secara khususnya, kedudukan Akaun Semasa menunjukkan ringkasan tentang transaksi yang berlaku dalam item/ komponen barangan, perkhidmatan, pendapatan primer dan pendapatan sekunder, dan menggambarkan tentang pendapatan dan perbelanjaan yang dinilai dari segi pertukaran asing keseluruhan Malaysia bagi tempoh di bawah kajian. Akaun semasa mencatatkan semua urus niaga barangan (dagangan), perkhidmatan, pendapatan dan pindahan semasa. Segala hasil yang diterima dari luar negara kerana mengeksport barang dan perkhidmatan akan dikreditkan ke dalam akaun semasa. Sebagai contoh, Malaysia mengeksport minyak kelapa sawit dan barang elektronik ke luar negara serta pelajar asing melanjutkan pelajaran di Negara kita. Segala pembayaran ke luar Negara akibat mengimport barang dan perkhidmatan akan didebitkan ke dalam akaun semasa. Contohnya, Malaysia mengimport barang perantaraan seperti makanan dan minuman yang diproses, bahan api dan pelincir serta alat ganti dan
  • 3. 950719-10-5858 3 aksesori. Barang modal pula seperti jentera dan mesin serta menggunakan perkhidmatan perkapalan dan insurans dari negara lain. Segala pendapatan yang diterima dari luar Negara seperti pendapatan pelaburan dalam bentuk faedah dan dividen , pampasan pekerja, urus niaga kerajaan akan dikreditkan ke dalam akaun semasa dan semua pendapatan yang dibayar ke luar negara akan didebitkan ke dalam akaun semasa. Semua bayaran pindahan rasmi dan swasta yang diterima dari luar negara akan dikreditkan ke dalam akaun semasa. Sebaliknya, semua bayaran pindahan rasmi dan swasta ke luar Negara akan didebitkan ke dalam akaun semasa. Contohnya, bayaran pindahan seperti bantuan kewangan, ekonomi dan ketenteraan (pindahan rasmi)dan kiriman individu (pindahan swasta) kepada negara luar. Akaun semasa merangkumi komponen berikut: (i) Barangan (ii) Perkhidmatan (iii) Pendapatan (iv) Pindahan semasa 1.2 Pengenalan Akaun Dagangan( Barangan ) Imbangan perdagangan membentuk sebahagian daripada akaun semasa yang juga termasuk transaksi lain seperti pendapatan daripada kedudukan pelaburan antarabangsa dan juga bantuan antarabangsa. Jika akaun semasa berada dalam lebihan, kedudukan aset antarabangsa negara bersih meningkat dan juga sebaliknya. Imbangan perdagangan sama seperti perbezaan antara keluaran negara dan permintaan domestik (perbezaan antara barangan yang dikeluaran oleh negara dan barangan yang dibeli dari luar ini tidak termasuk wang yang diguna semula untuk saham asing juga tidak termasuk import barangan yang digunakan untuk mengeluarkan barangan bagi pasaran tempatan).Pengiraan imbangan perdagangan boleh menimbulkan masalah kerana masalah merekod dan mengumpul data. Imbangan perdagangan atau eksport bersih, juga kadangkala diwakilkan dengan simbol NX adalah perbezaan antara nilai eksportbarang nampak dengan nilai import barang nampak
  • 4. 950719-10-5858 4 bagi sesebuah negara dalam masa-masa tertentu.Imbangan perdagangan yang positif dikenali sebagai lebihan perdagangan dan menunjukkan eksport melebihi import, sementara imbangan perdagangan negatif dikenali sebagai defisit perdagangan atau jurang perdagangan. Barangan meliputi komponen dagangan am, barangan untuk diproses, perkhidmatan penyelenggaraan atas barangan, barangan diperoleh oleh pesawat di lapangan terbang dan kapal di pelabuhan dan emas bukan monetari. Kredit merupakandagangan eksport yang diperoleh daripada data perdagangan luar negeri (pengisytiharan kastam) perlu dibuat penyesuaian liputan yang tidak diliputi dalam perangkaan perdagangan tetapi melibatkan pertukaran hak milikseperti air yang dieksport ke Singapura dan penjualan kapal dan pesawat udara komersial oleh syarikat residen yang dihantar ke luar Malaysia. Ia juga tidak termasuk barangan yang tidak melibatkan pertukaran hak milik. Barangan tersebut adalah seperti barangan yang dikembalikan. Barangan ini telah diimport dan dikembalikan semula kerana didapati rosak atau tidak menepati spesifikasidan kenderaan terpakai yang dieksport untuk kegunaan persendirian. Debit merupakan nilai barangan diimport yang diperoleh daripada dokumen pengisytiharan kastam, dibuat penyesuaian liputan termasuk item yang tidak diliputi dalam perangkaan perdagangan tetapi melibatkan pertukaran hak milik sepertibarangan tentera,pembelian kapal dan pesawat udara komersial oleh syarikat residen yang dihantar ke luar Malaysia dan air yang diproses diimport dari Singapura. Ia juga tidak termasuk tambang (muatan) dan insurans untuk mendapatkan nilai import bersih. Sebaliknya, tambang (muatan) dan insurans diklasifikasikasi di bawah komponen „Pengangkutan‟.Ia tidak termasuk barangan yang tidak melibatkan pertukaran hak miliksepertibarangan yang dikembalikan. Barangan ini telah dieksport tetapi telah dikembalikan semula kerana didapati rosak atau tidak menepati spesifikasi dan kenderaan terpakai bagi kegunaan persendirian.
  • 5. 950719-10-5858 5 Berdasarkan rajah di atas, jumlah eksport barangan bersih menunjukkan peningkatan dalam peratusan dari tahun 1978 hingga tahun 2012.Hal ini menunjukkan bahawa eksport barangan bersih memberi sumbangan terbanyak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia Jadual 1 : Contoh eksport dan import barang Nampak Eksport barang Nampak Import barang nampak *Elektrik dan elektronik *Tekstil, pakaian, dan kasut *Keluaran Kayu *Keluaran Getah *Makanan, minuman, dan tembakau *keluaran petroleum *kimia, keluaran kimia, dan plastic *Besi,keluli, dan keluaran logam *Kelengkapan pengangkutan *Minyak sawit *Kayu Gergaji *Getah *Kayu Balak *Minyak isirung kelapa sawit *Lada hitam *koko *barang penggunaan *barang perantaran *barang pelaburan (modal) *barang import untuk dieksport semula *barang import lain
  • 6. 950719-10-5858 6 2. PENYATAAN MASALAH Sejak dilanda krisis kewangan Asia, imbangan akaun semasa Malaysia telah mencatat lebihan secara konsisten dan sentiasa meningkat. Eksport barangan telah mengatasi import, dan lebih daripada mengimbangi defisit dalam akaun perkhidmatan dan pendapatan.Prestasi kukuh eksport Malaysia sebahagian besarnya disebabkan oleh pempelbagaian produk yang meluas dan pengembangan perdagangan dalam pasaran baharu. Secara khusus, eksport komoditi, yang mempunyai kandungan import yang rendah memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertambahan lebihan akaun semasa. Seterusnya , arah aliran akaun dagangan menunjukkan data yang tidak konsisten iaitu mengalami turun naik pada setiap tahun. Imbangan akaun dagangan meningkat disebabkan oleh peningkatan jumlah eksport barang melebihi peningkatan jumlah import barang manakala imbangan akaun dagangan menurun kerana peningkatan jumlah import melebihi peningkatan jumlah eksport. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti jumlah eksport dan jumlah import Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012 dan mengenalpasti arah aliran jumlah dagangan Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012. Eksport barangan yang terjejas oleh permintaan luar negeri yang lemah dan harga komoditi yang lebih rendah. Pertumbuhan aktiviti pelaburan yang lebih kukuh dan simpanan yang lebih rendah juga menyebabkan lebihan akaun semasa menjadi lebih kecil. Eksport barangan tumbuh 4.2 peratus pada 2011 selepas merekodkan pertumbuhan dua digit 11.3% pada 2010. Pertumbuhan ini disokong oleh permintaan bagi Produk Petroleum, Barangan Perkilangan dan Minyak , Lemak Binatang serta Sayur-sayuran. Eksport barangan meningkat RM5.8 bilion (3.5 %) kepada RM170.9 bilion berbanding RM165.0 bilion pada suku lalu.Pertumbuhan dalam eksport disebabkan oleh peningkatan eksport dalam petroleum mentah, cecair gas asli dan getah.Republik Rakyat China, Singapura dan Jepun adalah tiga destinasi eksport utama. Sementara itu, Import mengalami pertumbuhan 6.2 % berbanding 15.6 % pada 2010.Barang-barang perantaraan, modal dan penggunaan telah mendorong pertumbuhan dalam Import. Import barangan menurun RM4.2 bilion atau 3.2% kepadaRM128.5 bilion daripada RM132.7 bilion yang dicatatkan pada S4 2010. Penurunan ini disebabkan oleh permintaan yang berkurangan bagi tiga kategori utama import penggunaan-akhir iaitu barang modal, barang penggunaan dan barang pengantara yang menurun, masing-masing sebanyak
  • 7. 950719-10-5858 7 17.7 %, 3.4 % dan 2.1%. Tiga sumber import utama adalah Singapura, Jepun dan Republik Rakyat China. Tahun-ke-tahun, kedua-dua eksport barangan dan import barangan meningkat masing-masing sebanyak 7.5 % dan 12.2 %. Peningkatan import pada kadar yang lebih pantas daripada eksport menyebabkan penurunan dalam lebihan akaun barangan sebanyak RM2.1 bilion atau 4.6 % daripada RM44.4 bilion dicatatkan dalam tempoh yang sama setahun lalu. Melangkah ke hadapan, dalam keadaan pemulihan pertumbuhan global yang sederhana dan pengembangan berterusan dalam permintaan dalam negeri, kajian ini diharapkan lebihan akaun semasa Malaysia dijangka menjadi lebih kecil dalam tempoh terdekat. Sebagai ekonomi yang sangat terbuka, perubahan dalam akaun semasa Malaysia, terutamanya eksport, banyak bergantung pada faktor luaran (exogenous) terhadap ekonomi. Diharapkan pihak kerajaan mengambil langkah efektif dalam menangani masalah di yang dinyatakan. Antara langkah yang boleh diambil adalah mengurangkan kebergantungan pada pinjaman daripada negara luar dan mengawal selia aliran keluar mata wang ke luar negara melalui bank-bank tempatan. Seterusnya, tekanan harga barangan mentah dan siap di pasaran domestik perlu dikawal ketat untuk memastikan tidak berlaku lambakan barangan di pasaran domestik , mengurangkan defisit fiskal kerajaan persekutuan secara beransur-ansur tanpa menjejaskan pertumbuhan keseluruhan dan sentiasa mengekalkan imbangan pembayaran dan kedudukan rizab yang kukuh. Konklusinya, kajian ini amat penting untuk mengetahui jumlah import dan eksport Negara serta masalah eksport barangan melebihi import perlu diatasi supaya imbangan akaun semasa atau akaun dagangan Malaysia tidak mencapai tahap defisit yang akan menyebabkan hutang Negara semakin bertambah ekoran pinjaman Negara kian meningkat serta peningkatan dalam lebihan akaun dagangan dapat diatasi.
  • 8. 950719-10-5858 8 3. OBJEKTIF KAJIAN i. Mengenalpasti jumlah eksport dan jumlah import Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012 ii. Mengenalpasti arah aliran jumlah dagangan Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012 4. KAEDAH KAJIAN Data sekunder merupakan kaedah mengumpul, merekod, menyalin, kajian kepustakaan, mengumpul laporan agensi kerajaan dan swasta serta muat turun sumber daripada Internet . Pengumpulan data sekunder tidak melibatkan kos yang tinggi serta menjimatkan masa dan tenaga kerja berbanding pengumpulan data primer. i. Data sekunder Penyelidik banyak mendapatkan maklumat daripada sumber internet dan kebanyakannya sumber melalui rencana tentang akaun dagangan Malaysia seperti Laman Sesawang Jabatan Perangkaan Malaysia dan buku rujukan Ekonomi Malaysia. Penyelidik memuat turun data-data terkini tentang jumlah dagangan Malaysia supaya maklumat yang ditampilkan dalam tugasan ini adalah benar. ii. Penganalisisan data Kaedah diskriptif dalam bentuk nilai peratusan dan graf telah digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Analisis data telah dilakukan selepas memperolehi data sekunder daripada Laporan Ekonomi Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012, Imbangan Pembayaran (BPM6), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Mulai tahun 2013, format imbangan akaun semasa telah disusun berdasarkan Manual Imbangan Pembayaran Edisi Keenam yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa pada tahun 2009. Data-data yang diperolehi akan dipastikan, disunting, dan ditukarkan kepada analisis dalam bentuk angkabagi mencapai tahap analisis yang tepat.
  • 9. 950719-10-5858 9 5. HASIL DAN PERBINCANGAN KAJIAN 5.1. Jumlah Eksport dan Import Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012 Tahun Akaun Semasa ( RM/juta ) Akaun Barangan ( RM/juta ) Peratus ( % ) Eksport Import Eksport Import 2005 78,367 540,681 410,529 56.84 % 43.16 % 2006 96,029 592,215 452,726 56.67 % 43.32 % 2007 102,190 606,512 475,687 56.04 % 43.95 % 2008 131,414 662,455 492,076 57.37 % 42.62 % 2009 110,727 552,920 412,565 57.26 % 42.73 % 2010 87,183 641,135 504,384 55.96 % 44.03 % 2011 102,426 699,591 548,026 56.07 % 43.92 % 2012 57,348 703,152 577,538 54.90 % 45.09 % Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia; Bank Negara Malaysia Jadual 2 :Jadual perangkaan imbangan pembayaran malaysia 2005-2012 (RM juta) Perkembangan dalam imbangan akaun semasa boleh dinilai dari segi perubahan dalam eksport serta import barangan dan perkhidmatan, dan juga imbangan bersih pendapatan dan pemindahan semasa. Di Malaysia, lebihan akaun semasa didorong terutamanya oleh lebihan dalam akaun barangan, manakala komponen lain kekal dalam defisit. Berdasarkan jadual 2 di atas, secara keseluruhannya , didapati bahawa peratusan jumlah eksport dan import barangan adalah tidak konsisten namun tidak mempunyai jurang yang besar. Jika dapat kita lihat, jumlah eksport barangan semakin meningkat dari tahun 2005 hingga tahun 2008 namun menurun pada tahun 2009 dan kemudiannya meningkat kembali pada tahun seterusnya hinga tahun 2012. Seterusnya, jumlah import barangan pula mengalami peningkatan dari tahun 2005 hingga tahun 2008 kemudian menurun pada tahun 2009 dan meningkat pada tahun seterusya hingga tahun 2012.
  • 10. 950719-10-5858 10 Eksport dan Import Barangan 2005 57% 43% Eksport Import Rajah 1 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2005 Berdasarkan rajah 2, pada tahun 2005, Malaysia mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM 1.3 juta di mana jumlah eksport barangan sebanyak RM 540 juta bersamaan 57 % dan jumlah import barangn sebanyak RM 410 juta bersamaan 43 %. Eksport dan Import Barangan 2006 57% 43% Eksport Import Rajah 2: Eksport dan Import barangan pada tahun 2006 Pada tahun 2006 , Malaysia telah mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM 139 juta iaitu jumlah eksport barangan RM 592 juta besamaan 57 % dan jumlah import barangan sebanyakRM 452 juta bersamaan 43 %.
  • 11. 950719-10-5858 11 Eksport dan Import Barangan 2007 56% 44% Eksport Import Rajah 3 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2007 Nilai dagangan pada tahun 2007 mencatatkan jumlah sebanyak RM130 juta di mana jumlah eksport barangan RM 606 juta bersamaan 56 % dan jumlah import barangan RM 475 juta bersamaan 44 %. Eksport dan Import Barangan 2008 57% 43% Eksport Import Rajah 4 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2008 Pada tahun 2008, nilai dagangan Malaysia mencatatkan sebanyak RM 170 juta di mana jumlah eksport barangan sebanyak RM 662 juta bersamaan 57 % dan jumlah import barangan sebanyak RM 492 juta bersamaan 43 %.
  • 12. 950719-10-5858 12 Eksport dan Import Barangan 2009 57% 43% Eksport Import Rajah 5 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2009 Malaysia mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM 140 juta pada tahun 2009 dengan jumlah eksport barangan sebanyak RM 552 juta bersamaan 57 % dan jumlah import barangan sebanyak RM 412 juta bersamaan 43 %. Eksport dan Import Barangan 2010 56% 44% Eksport Import Rajah 6 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2010 Nilai dagangan Malaysia pada tahun 2010 pula mencatatkan sebanyak RM 136 juta dengan jumlah eksport barangan sebanyak RM 641 juta barsamaan 56 % dan jumlah import barangan RM 504 juta bersamaan 44 %.
  • 13. 950719-10-5858 13 Eksport dan Import Barangan 2011 56% 44% Eksport Import Rajah 7 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2011 Pada tahun 2011 pula, nilai dagangan Malaysia mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM 152 juta dengan jumlah eksport barangan sebanyak RM 699 bersamaan 56 % dan jumlah import barangan sebanyak RM 548 juta bersamaan 44 %. Eksport dan Import Barangan 2012 55% 45% Eksport Import Rajah 8 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2012 Malaysia mencatatkan nilai dagangan berjumlahRM1.3 trilion pada tahun 2012. Walaupunberhadapan dengan situasi yang mencabardaripada luar negara, eksport barangan mencapai tahap barupada RM702.2 bilion bersamaan 55 % dan import barangan meningkat kepadaRM607.4 bilion bersamaan 45 %.
  • 14. 950719-10-5858 14 Malaysia juga berjaya menarikRM162.4 bilion pelaburan langsung pada tahun2012, melebihi nilai tahun-tahun sebelum ini.Secara keseluruhannya, pencapaian Malaysia didalam perdagangan dan pelaburan adalahmembanggakan, di sebalik keadaan ekonomi duniayang tidak menentu. Negara kita telahmenunjukkan perkembangan yang memuaskandi dalam pembangunan industri bagi teknologibaru dan baru muncul, dan pada masa yang sama,negara juga berupaya meningkatkan tarikannyasebagai hab global dan serantau bagi pembuatandan perkhidmatan. 5.2 Arah aliran akaun dagangan Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012 Tahun Akaun Semasa ( RM/juta ) Akaun Barangan ( RM/juta ) Jumlah lebihan akaun Eksport Import barangan ( RM/ juta ) 2005 78,367 540,681 410,529 130,152 2006 96,029 592,215 452,726 139,489 2007 102,190 606,512 475,687 130,825 2008 131,414 662,455 492,076 170,380 2009 110,727 552,920 412,565 140,355 2010 87,183 641,135 504,384 136,751 2011 102,426 699,591 548,026 151,565 2012 57,348 703,152 577,538 125,190 Imbangan akaun barangan dari tahun 2005 hingga tahun 2012 adalah tidak konsisten. Pada tahun 2005, jumlah lebihannya ialah RM 130,152 juta meningkat kepada RM 139,489 juta pada tahun 2006. Akaun barangan mengalami penurunan kepada RM 130,825 juta pada tahun 2007 dan menunjukkan peningkatan yang banyak pada tahun 2008 kepada RM 170,380 juta seterusnya menurun kepada RM 140,355 juta pada tahun 2009 begitu juga bagi tahun 2010 RM 136,751 juta. Pada tahun 2011 , mencatatkan lebihan sebanyak RM 151,565 dan menurun kepada RM 125,190 juta pada tahun 2012. Secara keseluruhannya, jumlah akaun barangan mengalami turun naik dan mengalami kenaikan apabila peningkatan jumlah eksport barang melebihi peningkatan jumlah import barang serta mengalami penurunan apabila peningkatan jumlah import barang melebihi peningkatan jumlah eksport barang.
  • 15. 950719-10-5858 15 6. CADANGAN Nilai dagangan Malaysia sentiasa mengalami lebihan manakala arah aliran akaun dagangan pula tidak konsisten serta sentiasa mengalami turun naik pada setiap tahun. Pihak kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih efektif bagi mengatasi masalah berikut. Antara langkah bernas yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah mengurangkan kebergantungan pada pinjaman daripada negara luar bagi mengurangkan risiko pembayaran balik pinjaman berkenaan Pada masa yang sama, pihak kerajaan boleh mengawal selia aliran keluar mata wang ke luar negara melalui bank-bank tempatan. Bank-bank tempatan disarankan untuk meningkatkan kadar bunga dalam usaha untuk meningkatkan simpanan. Ini secara tidak langsung dapat menarik pelaburan tempatan dan asing. Simpanan tersebut boleh digunakan untuk melabur dalam aktiviti yang melibatkan eksport. Pihak kerajaan boleh mengambil langkah mempromosikan dan mempelbagaikan aktiviti eksport dalam usaha untuk menstabilkan akaun semasa. Langkah ini akan dapat membantu menambah permintaan barangan eksport dalam jangka masa panjang. Perancangan dan perlaksanaan dasar fiskal yang sesuai perlu diaplikasikan seperti mengurangkan cukai pendapatan dan korporat untuk menggalakkan mereka melabur dalam pasaran domestik terutama aktiviti yang melibatkan eksport. Selain itu, tekanan harga barangan mentah dan siap di pasaran domestik perlu dikawal ketat untuk memastikan tidak berlaku lambakan barangan di pasaran domestik. Pihak kerajaan perlu mengurangkan defisit fiskal kerajaan persekutuan secara beransur-ansur tanpa menjejaskan pertumbuhan keseluruhan dan sentiasa mengekalkan imbangan pembayaran dan kedudukan rizab yang kukuh. Seterusnya, langkah untuk mengatasi krisis kegawatan ekonomi ialah kerajaan mengawal pengaliran keluar wang negara ke negara lain. Jika sebelum ini, masyarakat Malaysia gemar melancong ke negara asing, maka sekarang mereka seharusnya melancong di dalam negara sendiri dan membatalkan rancangan untuk melancong di luar negara. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengelakkan pengaliran mata wang ke negara yang kita lawati kerana salah satu penyebab dan punca kegawatan ekonomi ialah pengaliran wang yang banyak ke negara lain. Pengaliran mata wang Malaysia juga dapat dikurangkan dengan mengurangkan
  • 16. 950719-10-5858 16 import dan menambahkan eksport. Ini perlu diberi penekanan yang sewajarnya kepada sektor tertentu seperti sektor perindustrian. Sektor pelancongan negara juga memainkan peranan penting, terutamanya di kawasan pedalaman yang belum diusahakan sepenuhnya oleh arus pembangunan. Mereka harus meningkatkan atau meluaskan promosi ke seluruh dunia untuk menggalakkan pelancong asing datang ke negara ini. Di samping itu, kita harus meningkatkan eksport negara yang dapat membantu kerajaan menangani krisis ini dan dapat menambah tabungan negara. Akhirnya, rakyat Malaysia perlu bijak berbelanja dan lebih mengutamakan barangan tempatan. Kesedaran ini wajar disemai dan dipupuk dalam sanubari setiap rakyat kerana pembelian barang import akan menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara kita ke negara pengeksport. Oleh hal yang demikian, media massa memainkan peranan penting bagi mengatasi krisis ini dengan mengadakan kempen “Belilah Barangan Buatan Malaysia”. Sebenarnya, penduduk Malaysia kini lebih terpengaruh dengan barangan buatan luar negara, iaitu barangan import yang dikatakan lebih tahan lama. Hal ini merupakan pemikiran yang tidak sihat kerana telah disalahtafsirkan, terutamanya oleh suri rumah.
  • 17. 950719-10-5858 17 7. RUMUSAN KAJIAN Kesimpulan , hail kajian mendapati bahawa jumlah eksport sentiasa melebihi import barangan dari tahun ke tahun. Hal ini disebabkan adanya sekatan perdagangan antarabangsa di mana nilai import dapat dikurangkan dengan mengadakan sekatan terhadap kemasukan barang import melalui tarif import, kuota dan kawalan pertukaran asing. Galakan-galakan eksport seperti subsidi eksport digunakan untuk menambahkan nilai eksport. Jika nilai eksport melebihi nilai import barang, maka lebihan dagangan akan berlaku seperti data yang ditunjukkan dalam hasil kajian didapati bahawa lebihan akaun dagangan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Selain itu, arah aliran akaun dagangan juga sentiasa mengalami turun naik dan ini menunjukkan bahawa arah aliran akaun dagangan Malaysia tidak konsisten. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan dalam negeri muncul sebagai pemacu utama pertumbuhan. Penggunaan swasta dan jumlah pelaburan adalah berdaya tahan, lantas membolehkan ekonomi berkembang meskipun berdepan dengan prestasi eksport yang lembap. Pertumbuhan dan guna tenaga telah disokong oleh sektor berorientasikan dalam negeri, lalu mengimbangi kelemahan dalam industri berorientasikan eksport. Keadaan ini sebahagiannya dicapai susulan wujudnya pembaharuan struktur serta dasar ekonomi yang teguh sejak bertahun-tahun lamanya. Walau bagaimanapun, Malaysia kekal sebagai ekonomi yang sangat terbuka dengan eksport menjadi sumber utama permintaan. Oleh itu, pelaburan strategik dalam industri pertumbuhan yang tepat adalah amat penting bagi memastikan Malaysia berada pada kedudukan yang baik supaya dapat memanfaatkan peluang baharu dalam landskap global yang berubah-ubah. Yang ketara, keluaran dan pasaran eksport telah menjadi lebih pelbagai, berorientasikan ke arah industri pertumbuhan baharu dan ekonomi serantau yang pesat berkembang.Ini membolehkan Malaysia bergerak lebih tinggi dalam rantaian nilai di samping memanfaatkan pertumbuhan global yang utama. Melangkah ke hadapan, usaha menjana pertumbuhan yang kukuh, mampan dan seimbang akan memerlukan pembaharuan yang selanjutnya. Pertumbuhan yang mampan perlu disokong oleh peningkatan dalam produktiviti dan inovasi, bagi membolehkan peralihan ke arah ekonomi bernilai tambah lebih tinggi dan berpendapatan lebih tinggi. Langkah terkini
  • 18. 950719-10-5858 18 seperti pengenalan dasar gaji minimum dan liberalisasi selanjutnya dalam industri terpilih akan menyokong peralihan ini, sekali gus menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi, yang seterusnya menyokong pertumbuhan yang berterusan dalam penggunaan. Pewujudan jaring keselamatan sosial yang komprehensif, termasuk penambahbaikan dalam sistem persaraan dan penjagaan kesihatan, serta usaha berterusan untuk menggalakkan rangkuman kewangan akan mengurangkan keperluan tabungan bagi tujuan kecemasan dan akan meningkatkan penggunaan. Oleh yang demikian, pihak kerajaan mengambil langkah efektif dalam menangani masalah di yang dinyatakan. Antara langkah yang boleh diambil adalah mengurangkan kebergantungan pada pinjaman daripada negara luar dan mengawal selia aliran keluar mata wang ke luar negara melalui bank-bank tempatan. Seterusnya, tekanan harga barangan mentah dan siap di pasaran domestik perlu dikawal ketat untuk memastikan tidak berlaku lambakan barangan di pasaran domestik , mengurangkan defisit fiskal kerajaan persekutuan secara beransur-ansur tanpa menjejaskan pertumbuhan keseluruhan dan sentiasa mengekalkan imbangan pembayaran dan kedudukan rizab yang kukuh. Kejayaan mengekalkan magnitud dan kualiti pelaburan akan bergantung pada kemajuan reformasi struktur, pembangunan sektor kewangan yang berterusan, keadaan perniagaan yang baik dan ketersediaan pekerja mahir. Pembaharuan ini, bersama-sama dengan pempelbagaian dalam pasaran dan keluaran eksport perlu diteruskan bagi memastikan pertumbuhan yang mampan pada masa hadapan.
  • 19. 950719-10-5858 19 8. SENARAI RUJUKAN Imbangan akaun semasa di malaysia : perkembangan terkini http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2012/cp01_001_rencana.pdf Laman Web Bank Negara Malaysia ( 14 Julai 2014 ) http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2012/cp01_001_rencana.pdf Laman Web Laporan Ekonomi Malaysia ( 19 Julai 2014 ) http://www.treasury.gov.my/ Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia ( 14 Julai 2014 ) http://statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view Suhiliah Mohd Salleh, 2014. Ace Ahead Teks STPM Ekonomi Penggal 3 (Ekonomi Malaysia ). Arah aliran Akaun Semasa , halaman 77 : Penerbitan Oxford Fajar Zaini Hassan dan Hassan Mohd Noor . Utusan Malaysia. 26 oktober 2013