SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  41
1
KANDUNGAN
1. PENGHARGAAN
2. ISI KANDUNGAN
3. SOALAN TUGASAN
4. JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN
5. PENULISAN
6. RUJUKAN
2
PENGAKUAN
Saya dengan ini mengaku bahawa semua tugasan saya dalam kerja kursus ini adalah kerja
asal yang saya sediakan sendiri dengan perkataan saya dan tidak menciplak mahupun
memplagiat mana-mana bahagian dalam tugasan yang dihantar. Saya dengan ini mengaku
bahawa :
i. setiap kerja dan idea dalam tugasan saya diambil dari bahan bercetak dan
sumber elektronik yang didaftarkan.
ii. saya tidak menyalin terus daripada sebarang sumber ataupun pelajar lain.
iii. saya tidak membenarkan mana-mana pelajar menyalin kerja kursus saya.
iv. saya dengan ikhlas hati mengungkap setiap perkataan yang diucapkan oleh
penulis tertentu dalam kerja kursus saya.
Dengan ini, saya faham sekiranya perkara di atas tidak dipatuhi atau didapati menipu,
mana-mana bahagian, pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis mempunyai
hak sepenuhnya untuk mengambil tindakan tatatertib, seperti mana yang dinyatakan dalam
Buku Panduan Pelajar terkini.
......................................... ……………………………..
Nama : RUSDEE B. ZAINOL AZAIDI B. RAZAR
No. Matrik : 0611/2254 0611/2250
No. K.P : 731118-02-5959 740511-09-5149
3
PENGHARGAAN
Assalamualaikum.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami
menyiapkan tugasan untuk subjek Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian yang telah
diusahakan selama ini.Tugasan ini amat penting buat kami kerana ia merupakan
sebahagian daripada kerja-kerja yang dilakukan di sekolah, secara tidak langsung ia
menambahkan lagi pengetahuan kami berkaitan tugasan yang diberi. Ribuan terima kasih
kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini.
Pertama sekali kepada Tn. Hj. Ismail bin Baharudin selaku pensyarah untuk subjek
ini kerana beliau telah banyak memberikan penerangan mengenai tugasan yang perlu
dibuat walaupun dapat berjumpa beliau dalam masa yang terhad penerangan beliau sedikit
sebanyak telah membuka minda saya dalam menyiapkan tugasan ini, rakan-rakan sekelas
yang banyak membantu memberi pendapat dan pandangan melalui ‘email’ dan ‘face book’
,seterusnya kepada rakan sekerja yang juga membantu dalam memberi pandangan dan
pendapat.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang kami menyiapkan tugasan yang diberi.
Sekian, wassalam.
4
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR : RUSDEE B. ZAINOL
NO. K/P : 731118-02-5959
NO. MATRIK : 0611/2254
NAMA PELAJAR : AZAIDI B. RAZAR
NO. K/P : 740511-09-5149
NO. MATRIK : 0611/2250
KUMPULAN : BAHASA MELAYU C
M. PELAJARAN : TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN
PENSYARAH : TN. HJ. ISMAIL BIN BAHARUDIN
TARIKH PERKARA KOMEN T/TANGAN
PELAJAR
T/TANGAN
PENSYARAH
15 Feb
20 Feb
25 Feb
1 Mac
7 Mac
25 Mac
5 April
Mendapat soalan
tugasan daripada
pensyarah.
Mendengar taklimat
daripada pensyarah.
Berbincang dengan ahli
kumpulan.
Mencari dan mengumpul
bahan projek.
Membaca dan
memahami bahan.
Menyiapkan kerja projek
dan amali
Menaip dan memurnikan
tugasan.
Menyerah kerja kursus
kepada pensyarah.
Berjumpa
pensyarah.
Berbincang
dengan
pensyarah.
Pembahagian
tugas.
Bahan diperoleh
dari buku-buku
rujukan dan alam
maya.
Menghias dan
mengemaskini
Mengedit kerja
kursus.
Serahan tugasan.
5
PENGENALAN
Ikan hiasan merupakan ikan yang hidup dalam air tawar seperti di sungai, kolam, dan tasik.
Ikan air masin pula hidup dalam lautan. Dianggarkan lebih 250 spesis berbagai jenis ikan air
tawar di Malaysia.1/3 daripadanya berpotensi sebagai ikan hiasan. Ikan hiasan yang
dihasilkan di Malaysia adalah daripada jenis eksotik seperti dari famili Characidae (Amerika
Selatan), ikan Chichlidae (Afrika) dan sebahagian ikan daripada famili Cyprinidae (dari
Negara Asia). Jenis Indegenous sangat terhad.
Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan mampu
memberii pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan. Kebanyakkan
ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bacteria
dan serangan penyakit. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel
yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat
melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan dan jantina.
Ikan hiasan dipelihara untuk mengindahkan ruang tempat kediaman. Peminat ikan
hiasan dapat menghayati keindahan alam akuatik seperti yang ditontonkan dalam National
Geographic. Ia juga mampu memberi ketenangan perasaan setelah penat bekerja di
pejabat. Selain itu, kita mampu menyemai perasaan sayangkan binatang peliharaan.
Pemeliharaan ikan hiasan membolehkan kita menambah pengetahuan berkaitan alam
akuatik.
Ikan membiak melalui dua cara iaitu bertelur dan beranak. Contoh ikan yang beranak
ialah ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail. Manakal contoh bagi ikan yang bertelur ialah
ikan Emas, Barb, Rosbora, Danio, Minnow dan Labeo; ikan Tetra dan ikan Charachid; jenis
ikan yang bernafas di udara; serta ikan Cichlidae. Terdapat beberapa faktor utama untuk
memilih ikan hiasan untuk dipelihara dalam akuarium iaitu jenis ikan (mudah diperolehi dan
senang dijaga), saiz ikan, kesihatan ikan, harga ikan, serta pengurusan dan penjagaan ikan
yang hendak dipilih.
Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan
disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya
akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan
penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan
hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat.
Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan
agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.
6
Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut
peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan
kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa
keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina
pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya.
Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran
kepada pemelihara ikan hiasan.
Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan
hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan
memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium
yang yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan hiasi dengan
eksessori lain.
Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar
yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam
akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari
habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat
menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam
akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang
unik dan cantik.
Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah
penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan
pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu
sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan
yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi
pelbagai jenis ikan.
7
MENGENAL IKAN HIASAN
a) Sisik
Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh,
kecederaan dan penyakit .
b) Sirip
Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari
dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah
seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan
bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah
seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan
mengapung.
c) Garis lateral
Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang
hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ
deria ini juga berfungsi sebagai telinga.
d) Insang
Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan
keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang
oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.
Mata
Penutup insang
Sirip kaudal /
ekor
Sirip anal
Sirip pelvikSirip
pektoral
Sirip dorsal Garisan lateral
Mulut
Sisi
k
8
JENIS-JENIS IKAN
Bil Famili Spesies Ciri-ciri Utama
1. Cyprinidae Contoh: Seluang(rasbora), ikan mas,
barb
Ikan seluang
Ikan mas
Ikan Barb
> Kecil, berbadan
mampat,bersesungut
> ekor terbuka dan
bentuk fork
>Badan bersisik ,
bergerak pantas
> kepala tanpa sisik
>Terdapat di Afrika,
Amerika Utara dan
sebahagian besar
Asia Tenggara.
2. Chichildea Contoh: Ikan Angel, Discus, Oscar Ikan
Angel
Ikan Discus
Ikan Oscar
>Hanya sepasang
lubang hidung
>Sirip ekor bulat
>Satu dorsal fin
3. Charachidae Semua jenis ikan tetra
Blue tetra
>Seakan ikan Barb
>Tiada sesungut
>Ada gigi dan
adiposfin
>Berasal dari
Amerika Selatan dan
9
Green neon tetra
Afrika Tengah
4. Belontiidea Contoh: Ikan pelaga Siam (Betta
splenden), Gourami biru (Trichogaster
trichopterus)
Ikan pelaga Siam
Gourami biru
Dwarf Gourami
>Badan lebar dan
mampat
>Sirip anal panjang
>Mempunyai
aksesori respiratory
organ untk bernafas
di udara
>Terdapat di Koprea
Selatan, Asia
Tenggara,Afrika
Barat
6. Catfish
Families
Coridoras sp. Ikan bandaran
(Rinelloricaria parva)
>Suckermouth
>bersesungut
10
Contoh-contoh ikan hiasan yang terdapat di pasaran.
Ikan Guppy Ikan Swordtail
Ikan Molly Ikan Platy
Ikan Angel Ikan Tiger barb
11
Ikan Pelaga Ikan Sepat
Ikan Koi Ikan Emas
Ikan Harlequin Ikan Oskar
12
Ciri-ciri istimewa ikan hiasan
Sifat luar dan dalam
Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya:
a. Pergerakan
Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak
perlahan dan mengasyikkan apabila kita memerhatikannya.
b. Sisik
Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut
spesis.Sisik nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria
dan serangan penyakit.
c. Saiz
Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa
mempunyai saiz badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz
yang kecil.
d. Sirip
Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang
e. Bentuk badan
Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk,
pendek dan panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih.
f. Warna badan
Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.
g. Cara makan
Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan
hiasan yang makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger
Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup.
h. Jantina
Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti
bentuk badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk
badan.Ikan jantan lebih besar dan perut pipih.
i. Cara pembiakan
Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan
Guppy merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran
sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil.Ikan Arowana bertelur dan di eram di
dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak ikan. Ikan hiasan biasanya bertelur
di celah-celah tumbuhan akuatik.
13
MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN
Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk
mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel.
Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut
yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.
Pemakanan ikan Hiasan
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis
permakanannya.
a. Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali
sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar,
mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti
cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar
dan ikan Arowana.
b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan
plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan
semasa peringkat anak.
c. Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor.
Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik.
Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.
d. Ikan omnivor
Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton,
tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini
kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan
omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.
14
Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium.
Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering,
cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis
ikan yang dipelihara.
Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan
juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang
dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki,
pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa
sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.
Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan
 Makanan hidup
 Makanan kering
 Makanan basah
 Makanan rumusan.
a. Makanan hidup
Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing,
ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.
Blood worm Ulat roti
Plankton
15
b. Makanan kering
Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.
c. Makanan basah
Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.
d. Makanan rumusan
Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh
kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal
makanan haiwan.
Pellet Emping
16
MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN
Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :
 Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
 Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
 Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:
a. Penyakit rintik putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu
air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh
dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke
dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.
b. Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal.
Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka.
Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh
dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau
menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu
diasingkan dari ikan sihat.
17
c. Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya
mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan
disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan
mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli
dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.
Penyakit-penyakit ikan dan ubat.
Bil Penyakit Sebab / Kesan Ubat
1 Jangkitan bakteria Dikesan apabila matanya
kabur, ekornya layu,
kulitnya serba tak kena
atau berwarna merah,
dan nafasnya kencang.
Tetracycline atau
MarOxy
2 Ekor layu Selalunya akibat tertekan
dan keadaan air yang
teruk. Kadangkala akibat
daripada jangkitan
bakteria.
Aquarisol atau
akuarium
bergaram
3 Badan berkulat Benda keputihan yang
melekit tergantung
menyelubungi badan
Maracyn atau
Furacyn
4 Sembelit Dikesan apabila ikan
betta mengambil masa
yang lama untuk
membuang najisnya atau
najisnya tergantung lama
dan tidak jatuh. Ini akibat
ikan diberikan makanan
Makan bersukat
atau diberi
makanan yang
dibeku/hidup
18
berkanji kering dan
kurang kepelbagaian
makanan
5 Dropsy Pembentukan bendalir
yang keterlaluan dalam
badan. Akibatnya ikan
hilang selera makan,
bengkak badan, sisiknya
teruk dan kelihatan
lembap. Selalunya
menyebabkan kematian.
Tetracycline
6 Ekor memburuk Kerana bakteria di luar.
Akibatnya ekor semakin
memburuk, pecah serta
berbulu.
BettaMax atau
MelaFix
7 Mulut berkulat Mulut betta kelihatan
ditumbuhi benda putih
atau kelabu.
Penyingkir kulat
atau Furanase
8 Penyakit insang Tidak mengembang dan
insang berwarna merah
atau berkilau. Ikan akan
9selalu berada di
permukaan atas bekas
apabila dijangkiti
Maracyn
9 Lubang di kepala Terdapat lubang kecil
pada kepala ikan betta
Hexamit
10 Ich Penyakit berjangkit.
Dikesan melalui bintik
putih kecil yang
menyelubungi badan
ikan.
Aquarisol atau
rawatan cepat
11 Parasit Parasit kecil seperti
cacing sauh melekat
pada badan ikan betta
dan menyebabkannya
menggosokkan badannya
CopperSafe atau
fluke tab
19
pada sesuatu benda
untuk membuangnya.
12 Tiada selera
Makan
Dikesan apabila ikan
betta menjadi lembap
dan murung.
BettaMax
13 Penyakit mata Matanya membesar,
mengabur atau mungkin
tertonjol keluar
Maracyn
14 Berenang dengan
Hodoh
Dikesan apabila ikan
betta berenang
mengereng ke sisi,
menggeselkan perutnya
atau selalu berada di
permukaan bawah bekas.
Penyakit yang berbahaya
dan boleh membawa
maut.
Tiada ubat, tetapi
jika diberi makan
selalu, ia mungkin
dapat membantu
15 Fish lice Dijangkiti bakteria yang
menyebabkan bintik
berwarna merah seperti
demam campak pada
badan atau ekor ikan
CopperSafe atau
akuarium
bergaram
16 Velvet Penyakit yang selalu
dihadapi oleh anak ikan
pelaga. Penyakit yang
berjangkit dan boleh
membawa maut. Dikesan
apabila terdapat bintik
coklat atau warna karat
pada badan dan warna
badannya semakin
pudar. Jika diteliti dengan
betul dapat diperhatikan
bahawa badannya telah
ditumbuhi kulat.
Akriflavin
aquarisol
CopperSafe, Had-
A-Snail atau
garam mengikut
sukatan
20
BAHAN DAN KEPERLUAN
Alat kelengkapan dan bahan serta ciri-cirinya :
Akuarium/bekas
Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan
para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan
pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis
berdasarkan:
i. saiz akuarium;
ii. bentuk akuarium;
iii. bahan buatan akuarium;dan
iv. jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan.
a Saiz akuarium.
Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana
besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz
akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium
besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai
isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga
40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air
(250-900 liter)
Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar
sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti
ekosistem hutan ‘kelp’ (‘kelp’ ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia).
b. Bentuk akuarium.
Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di
Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu,
bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium
empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium),
akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata
(flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan
akuarium silinder (cylindrical aquarium)
21
Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia.
Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan
sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di
Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan
sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala
akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai
namanya.
Rajah 1: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat
sama (A), berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi
sama(D) separa silinder (E) dan silinder (F)
c. Bahan buatan akuarium.
Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium:
i. akuarium kaca (glass aquarium); dan
ii. akuarium akrilik (acrylic aquarium).
Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam
silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di
samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu
22
sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat
dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium.
Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih
juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai
bentuk.
Sistem penapis
Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah 2).
Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini
mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan
partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati.
Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air,
kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan
oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan
ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan).
Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem
penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma
mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan
menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Sistem penapisan mekanikal pula
menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media
penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan
mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari
akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air kembali bersih
dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus
menerus.
Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering
ump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran
penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama
penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa
elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible
filtering pump).
23
Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke
penapis. Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi
media penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut,
umumnya dipanggil ‘kapas penapis’ (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat
daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis
air yang dihantar oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media
penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses
penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan.
Rajah 2: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A),
penapis (B) dan ’kapas penapis’, sejenis media penapisan (C).
Sistem pengudaraan
Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air
apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem
pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi
(Rajah 3). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump),
batu udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing)
dan injap-injap akuarium (aquarium valves).
Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah
memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air.
Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan
ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu
udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub
udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi,
udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air
akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan
oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air
akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem
pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.
24
Rajah 3: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A),
batu udara (B) dan tiub udara (C).
Aksesori
Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium
dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam
akuarium tersebut.
Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah:
i. membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan;
ii. mempastikan pH air pada tahap optima;
iii. memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan
makanan dapat dipam keluar daripada akuarium;
iv. mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih
dan bersih; dan
v. lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai
sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium.
Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat
sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah
akuarium ialah:
i. aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium;
ii. aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium;
iii. aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium;
iv. tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan
v. pasir untuk lantai akurium.
25
Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara
tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris.
Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup
dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna
badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa
dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu,
ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat
makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan
akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari.
Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya
untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti
mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan
cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah
sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua
perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness)
cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna
cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum
warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk
ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna
cahaya.
Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang
cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik
ialah akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat ‘luxmeter’ boleh digunakan
untuk mengukur kuantiti cahaya dalam unit ‘lux’. Secara kasar, ikan hiasan air tawar
memerlukan 5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux.
Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent
tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah 4). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai
spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen
juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis ‘tungsten’ dan ‘halogen’ tidak begitu sesuai.
Lampu jenis-jenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang
sesuai untuk tumbuhan.
26
Rajah 4: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan
akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C).
Tumbuhan akuatik
Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium.
Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan
hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan
Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran
yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan
akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara
komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri.
Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa
faktor, antaranya ialah: (i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, (ii) sama ada ikan
hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, (iii) tahap pencahayaan akuarium, (iv)
tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan (iv) kesan
tumbuhan terhadap kualiti air akuarium.
Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang
digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut,
misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya.
Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan
tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu,
pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau
sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan.
Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium
dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan
lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan.
Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara
dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta
tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas
27
kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air
akuarium.
Fungsi tumbuhan akuatik dalam akuarium
Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium.
Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik
daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh
membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini bukan fungsi penting kerana sistem
pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan
dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air.
Jenis-jenis tumbuhan hiasan akuarium
Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah
Hydrilla verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla
sangat mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan
lasak dalam akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp
dan Callitriche sp. Jadual 1 memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat
dalam pasaran.
Jadual 2: Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium
Spesis
1. Anubias sp
2. Aponogeton sp
3. Azolla sp
4. Bacopa sp
5. Cabomba sp
6. Hydrocotyle sp
7. Hygrophila sp
8. Hydrilla verticiliata
9. Elodea sp
28
MENGHIAS AKUARIUM
Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium, langkah-langkah berikut
perlu diikuti :
1. bersihkan bekas terlebih dahulu
2. pasangkan penapis
3. masukkan pasir
4. masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas
5. masukkan aksesori yang dikehendaki
6. masukkan tumbuhan hiasan
7. masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya
8. pasang dan hidupkan pam, biarkan selama 2 jam
9. masukkan ikan hiasan
Aksesori tambahan :
1. Pam udara
2. Penapis
3. Lampu
Jenis-jenis pam dan penapis
Pemasangan penapis “under gravel
filter”
Atas : Masukan hiasan dan aksesori
Bawah : Masukkan air
29
Kos Penyediaan bahan.
Untuk persediaan sesebuah akuarium asas ,beberapa peralatan diperlukan .Berikut
disenaraikan alatan dan aksesori bagi akuarium hiasan.
Bil Bahan / Alatan Kos
1 Akuarium 1 biji ( RM 65.00)
2 Batu hiasan 1 kampit (RM 12.00)
3 Tumbuhan hiasan plastic 1 batang ( RM 5.00)
4 Gambar hiasan luaran 1 keping (RM 5.00)
5 Anti Klorin 1 botol (RM3.50)
6 Tiub getah 15 cm ( RM 1.00)
7 Pam udara / penapis 1 biji (RM 35.00)
8 Hiasan aksesori gelembung udara ( siput) 1 biji ( RM 12.00)
9 Kayu hiasan 1 batang (RM 7.00)
10 Penapis under gravel 1 keping (RM 5.00)
11 Pasir berwarna 1 kampit (RM 7.50)
12 3 jenis ikan pelbagai kategori (tiger
barb,bawal,ikan lumut@guppy)
RM 23.00
13 Jumlah RM 181.00
Jadual Penyeliaan / Penjagaan akuarium.
Bagi memastikan akuarium dan hidupan ikan selesa dan selamat beberapa langkah
penjagaan serta penyeliaan akuarium perlu dilakukan agar akuarium terjaga. Jika tidak
akuarium kotor dan boleh menyebabkan ikan mati. Disiplin penjagaan ini perlu dibuat
sepanjang masa. Berikut disenaraikan beberapa langkah dan tugasan yang perlu
dilakukan oleh setiap peminat ikan dan akuarium.
Bil Tugasan Tindakan
1 Membersihkan akuarium /tukar air (1/3) Seminggu sekali
2 Beri makanan 2 kali sehari
3 Periksa kesihatan ikan Seminggu sekali
4 Tukar @ basuh penapis / span Seminggu sekali
5 Periksa lampu Sebulan sekali
6 Keselamatan akuarium Sepanjang masa
7 Periksa pam Sepanjang masa ikut sesuai
30
LAPORAN AMALI IKAN HIASAN
Pada semester 6 ini, kami telah diberikan tugasan iaitu merekabentuk projek ikan hiasan.
Kami telah memilih tema alam semulajadi untuk projek ini. Setelah diberi maklumat yang
secukupnya oleh pensyarah untuk melaksanakan tugasan ini, kami telah merancang proses
kerja projek ini supaya dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut jadual.
Langkah pertama untuk menghasilkan akuarium ini ialah kami mencari dan
mengumpul bahan-bahan yang diperlukan seperti akuarium, pasir, batu kecil, batu besar,
pokok hiasan, tunggul kayu dan alat penapis air. Semua bahan-bahan ini perlu dicuci dahulu
sebelum dimasukkan ke dalam akuarium.
Kami meletakkan under gravel di dalam akuarium sebagai tapak asas. Kami
menggunakan pasir yang dicampur dengan batu-batu kecil sebagai tapak utama akuarium.
Kami menyusun batu-batu kecil dan sederhana besar di dasar akuarium dan meletakkan
tunggul kayu di sebelah tepi bagi menimbulkan keseimbangan.
Kami telah menyusun pokok-pokok hiasan yang sesuai di dalam akuarium. Alat
penapis kotoran telah dipasang untuk menapis kotoran yang terdapat dalam air. Ia juga
berfungsi membekalkan oksigen kepada ikan hiasan. Selepas itu, kami memasukkan air ke
dalam akuarium perlahan-lahan supaya arus air tidak mengubah kedudukan bahan-bahan di
dalam akuarium.
Setelah air dimasukkan dengan secukupnya, kami memasukkan ubat anti klorin dan
anti cloudness ke dalam air. Air yang ditakung ini dibiarkan dahulu selama sehari sebelum
dimasukkan ikan hiasan.
Kami telah merujuk modul projek dan membuat perbincangan untuk memilih ikan
yang sesuai untuk diletakkan di dalam akuarium. Ikan dibiarkan dalam plastik dan
dimasukkan ke dalam akuarium untuk stabilkan suhu air. Kejutan suhu dan suasana
membawa kepada trauma kepada ikan hiasan. Setelah seketika ,Ikan hiasan yang dipilih
dimasukkan secara perlahan-lahan sekali dengan air dari bekas plastik. Ikan dibiarkan
berenang keluar dari bekas plastik sendiri masuk ke dalam akuarium. Kami juga telah
mengenal pasti ikan-ikan yang boleh hidup bersama. Agar sesuai dengan akuarium yang
telah dibina. Yang penting 3 kategori jenis habitat ikan iaitu atas, bawah dan dasar .
Hidupan akuarium yang sempurna perlu ada 3 jenis kategori ini. Minat dan impian
melihat ikan hidup selesa tentu memberi kesan positif kepada minda pembela dan peminat
ikan hiasan.
31
LANGKAH KERJA BERGAMBAR
Memotong span sebagai tempat pelapik akuarium.
Bahan –bahan stiker,tiub, penapis
32
Basuh dan bersih bekas akuarium.
Batang Kayu yang sudah dibasuh dan direndam..
Batu kecil dan pasir halus dibersihkan.
33
Memasang penapis .
Menuang dan merata pasir hitam halus.
34
Meletak batang kayu.
Menyusun batu dan meletak pokok hiasan.
35
Memasukkan air bersih perlahan-lahan.
36
Siap memasukkan air ke dalam akuarium.
Tema yang dipilih : Hidupan Di Dasar Sungai
37
Memasukan Ikan hiasan dan melabel.
Hiasan batu berwarna ditambah..
38
Selesai Sudah proses menyiapkan tugasan projek.
39
KESIMPULAN.
Tugasan projek kali ini agak mencabar tetapi sangat seronok dilakukan. Masa tak terasa
dihabiskan untuk menyiapkan tugasan yang betul-betul merihatkan minda.
Fasa pertama menyediakan akuarium dan menyusun kedudukan batu serta pasir agak
mencabar.Pelbagai lakaran dan impian untuk menghasilkan akuarium yang menarik.
Akhirnya, habitat ikan itu juga yang perlu dihasilkan agar ikan selesa berada di dalam
akuarium.Pada mula nya susun atur agak kurang menarik tetapi sentuhan terakhir perlu
dibuat bagi menghasilkan akuarium yang benar-benar menarik.
Fasa memasukkan ikan yang menjadi
REFLEKSI
Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan rahmatNya dapat saya dan rakan kumpulan menyiapkan amali dengan lancar.
Saya akui bahawa projek ikan hiasan ini agak sukar juga untuk dilaksanakan kerana
pelbagai tugas perlu dirancang, disusun dan dibincang supaya berjalan lancar mengikut
jadual. Pelbagai cabaran yang telah diharungi sepanjang amali ini dilaksanakan. Sebagai
seorang warga penuntut PPG, amali ini banyak membantu saya untuk menempuh alam
pendidikan yang telah dilaksanakan di sekolah.
Sepanjang amali dilaksanakan, banyak kemahiran dan pengetahuan telah saya
pelajari berkaitan dengan ikan hiasan ini. Untuk menyediakan akuarium ikan hiasan yang
menarik memerlukan kreativiti dan kesabaran yang tinggi supaya mendapat hasil yang baik.
Perbincangan dengan rakan kumpulan juga banyak membantu dalam melaksanakan projek
ikan hiasan ini.
Saya sentiasa memastikan agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar.
Selepas memasukkan air ke dalam akuarium, saya memastikan ikan yang dimasukkan ke
dalam akuarium dapat menyesuaikan dengan keadaan di dalam akuarium. Saya juga
mendapati ikan hiasan yang pelbagai jenis ini dapat hidup bersama setelah membuat
pemantauan beberapa hari bersama-sama rakan kumpulan.
Setelah tugasan ini selesai, saya berasa bersyukur dan lega. Banyak pengalaman
yang diperolehi sepanjang menjalankan tugasan ini. Semua ini juga adalah hasil
perbincangan dengan pensyarah kami yang telah memberikan panduan dan tunjuk cara
untuk menyiapkan projek ini. Saya juga mendapat kerjasama yang padu daripada rakan
kumpulan yang bersama-sama menjayakan tugasan ini.
40
Kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
projek ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.
Sekian, wassalam.
Disediakan oleh,
……………………….
(RUSDEE B. ZAINOL)
REFLEKSI KENDIRI
Pertama sekali syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada rakan kumpulan kerana
tugasan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan kali ini ingin mencungkil
minat dan kerjasama berpasukan dalam menghasilkan sesuatu projek Ikan Hiasan yang
kreatif dan inovatif.
Saya agak berminat dengan tugasan ini tetapi langkah pelaksanaannya amat rumit
dan perlu penjagaan serta perhatian yang lebih bagi menghasilkan satu projek yang
boleh dibanggakan. Tetapi pepatah ada mengatakan “ Tak kenal, maka tak cinta “.
Hal ini mencetuskan semangat untuk menyelidik dan memahami citarasa serta
melihat sendiri secara dekat ke lokasi galeri ikan , melayari internet dan bertanya
pendapat kepada penjual ikan dan sebagainya.
Rupa-rupanya, bukan mudah dalam menghasilkan akuarium yang benar-benar
menimbulkan keselesaan kepada ikan serta susun letak aksesori hiasan agar kena
pada tempatnya.Mujurlah pensyarah serta rakan kumpulan banyak berkongsi idea
membantu menyelesaikan masalah serta cabaran yang mendatang.
Situasi di sekolah agak berbeza , secara asas sahaja guru dan murid cuba
menghasilkan akuarium .Berbanding di IPG , saya terutamanya dapat belajar pelbagai
kemahiran dan teknik yang betul dalam penyediaan projek ikan hiasan ini.Secara teori
dan dikukuhkan lagi dengan tindakan amali menyiapakan tugasan ini.
Di samping itu, penerapan nilai kerjasama dan bantu-membantu dapat diterapkan
dan disemai dalam diri mahupun kepada kumpulan hendaknya. Pelaksanaan tugasan
dilakukan sebaiknya. Bagi langkah penyediaan akuarium lah yang perlu diberi
penekanan.Bermula penyusunan susun atur akuarium dan aksesori hinggalah kepada
langkah memasukkan air ke dalam akuarium. Air perlu dibiarkan beberapa hari, barulah
41
pilihan ikan yang sesuai pula didapatkan. Proses memasukkan ikan perlu ada tempoh
bertenang agar ikan tidak terkejut dengan tempat yang baru.Suhu air amat mustahak.
Setelah siap terpancarlah wajah gembira melihat ikan berenang di dalam akuarium
dengan selesa.Terima kasih rakan kumpulan juga teristimewa buat pensyarah
pembimbing Tuan Haji Ismail B. Baharuddin yang banyak mencurah ilmu buat saya
khususnya. Semoga usaha murni ini berterusan dan pengalaman yang saya kutip amat
bermakna. Terima kasih buat semua.
Sekian.
(AZAIDI BIN RAZAR)
RUJUKAN
Aisyah Abdul Rashid,Faizah Ismail,Daud Kamsany, (2010).Kemahiran Hidup
Tahun 5: Dewan Bahasa dan Pustaka: K.L
Aizam Zainal Abidin,Siti jalilah Muhammad, ( 2013). Aspek Pengurusan Dalam
Kultur Ikan Hiasan air Tawar : Universiti Malaysia Terengganu
Yasir Mohd,( 2012)Penternakan Ikan Hiasan Air Tawar Di Malaysia.Synergy
Media :K.L
LAMAN SESAWANG
http://roundbeauty.blogspot.com/
http://www2.dof.gov.my/perak/ms/programmes/enggorcentre4
http://projek-ikan-hiasan.blogspot.com/p/unit-plan.html

Contenu connexe

Tendances

Prinsip prinsip memasak
Prinsip prinsip memasakPrinsip prinsip memasak
Prinsip prinsip memasak
jauhariah
 
Pembiakan tumbuhan secara seks
Pembiakan tumbuhan secara seksPembiakan tumbuhan secara seks
Pembiakan tumbuhan secara seks
WISMARIZAH
 
160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit
160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit
160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit
zngeneration
 
Kancing dan-butang
Kancing dan-butangKancing dan-butang
Kancing dan-butang
SaZwa Nie
 
Cara jahit belah kelepet sama lebar
Cara jahit belah kelepet sama lebarCara jahit belah kelepet sama lebar
Cara jahit belah kelepet sama lebar
Il Firaz
 
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITANNAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN
nicksamyhah
 
Jenis mata jahitan tahun 5
Jenis mata jahitan tahun 5Jenis mata jahitan tahun 5
Jenis mata jahitan tahun 5
ezan7122
 
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptxUNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
onezainal
 
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
Nor Hafiz
 

Tendances (20)

LAPIK JAHITAN KH TINGAKTAN 1
LAPIK JAHITAN KH TINGAKTAN 1LAPIK JAHITAN KH TINGAKTAN 1
LAPIK JAHITAN KH TINGAKTAN 1
 
Prinsip prinsip memasak
Prinsip prinsip memasakPrinsip prinsip memasak
Prinsip prinsip memasak
 
Pembiakan tumbuhan secara seks
Pembiakan tumbuhan secara seksPembiakan tumbuhan secara seks
Pembiakan tumbuhan secara seks
 
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanPengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
 
160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit
160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit
160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit
 
Alatan menjahit
Alatan menjahitAlatan menjahit
Alatan menjahit
 
KHB TING 1 - Bab 5 Jahitan
KHB TING 1 - Bab 5 JahitanKHB TING 1 - Bab 5 Jahitan
KHB TING 1 - Bab 5 Jahitan
 
Tanaman Hiasan : Pemasuan semula
Tanaman Hiasan : Pemasuan semulaTanaman Hiasan : Pemasuan semula
Tanaman Hiasan : Pemasuan semula
 
Kancing dan-butang
Kancing dan-butangKancing dan-butang
Kancing dan-butang
 
Cara jahit belah kelepet sama lebar
Cara jahit belah kelepet sama lebarCara jahit belah kelepet sama lebar
Cara jahit belah kelepet sama lebar
 
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITANNAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN
 
Asimen jahitan
Asimen jahitanAsimen jahitan
Asimen jahitan
 
RPH tahun 5 RBT
RPH tahun 5 RBT RPH tahun 5 RBT
RPH tahun 5 RBT
 
Jenis mata jahitan tahun 5
Jenis mata jahitan tahun 5Jenis mata jahitan tahun 5
Jenis mata jahitan tahun 5
 
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptxUNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
 
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
 
Rbt
RbtRbt
Rbt
 
Jenis jahitan
Jenis jahitanJenis jahitan
Jenis jahitan
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
SISTEM FERTIGASI T1.pdf
SISTEM FERTIGASI T1.pdfSISTEM FERTIGASI T1.pdf
SISTEM FERTIGASI T1.pdf
 

En vedette (16)

PENYEDIAAN BEKAS IKAN HIASAN
PENYEDIAAN BEKAS IKAN HIASANPENYEDIAAN BEKAS IKAN HIASAN
PENYEDIAAN BEKAS IKAN HIASAN
 
Ikan hiasan
Ikan hiasanIkan hiasan
Ikan hiasan
 
makanan ikan
makanan ikanmakanan ikan
makanan ikan
 
Ikan hiasan
Ikan hiasanIkan hiasan
Ikan hiasan
 
MODUL PENGAJARAN RBT TAHUN 4 (TERBARU) DSKP
MODUL PENGAJARAN RBT TAHUN 4 (TERBARU)  DSKPMODUL PENGAJARAN RBT TAHUN 4 (TERBARU)  DSKP
MODUL PENGAJARAN RBT TAHUN 4 (TERBARU) DSKP
 
Makanan ikan
Makanan ikanMakanan ikan
Makanan ikan
 
Hsp ikan hisan
Hsp ikan hisanHsp ikan hisan
Hsp ikan hisan
 
Tumbuhan akuatik
Tumbuhan akuatikTumbuhan akuatik
Tumbuhan akuatik
 
Ppt kh ikan hiasan
Ppt kh ikan hiasanPpt kh ikan hiasan
Ppt kh ikan hiasan
 
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkelRbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
 
Jenis jenis ikan air tawar
Jenis jenis ikan air tawarJenis jenis ikan air tawar
Jenis jenis ikan air tawar
 
KHB TING 2 - Bab 1.2 Bahan Dan Pengikat
KHB TING 2 - Bab 1.2 Bahan Dan PengikatKHB TING 2 - Bab 1.2 Bahan Dan Pengikat
KHB TING 2 - Bab 1.2 Bahan Dan Pengikat
 
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4
 
KHB TING 1 - Bab 2 (2) Jenis Bahan Dan Pengikat
KHB TING 1 - Bab 2 (2) Jenis Bahan Dan PengikatKHB TING 1 - Bab 2 (2) Jenis Bahan Dan Pengikat
KHB TING 1 - Bab 2 (2) Jenis Bahan Dan Pengikat
 
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 2 BAB 1
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 2 BAB 1NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 2 BAB 1
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 2 BAB 1
 
2 sistem pengudaraan
2 sistem pengudaraan2 sistem pengudaraan
2 sistem pengudaraan
 

Similaire à Rbt ikan hiasan 2014

MAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docx
MAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docxMAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docx
MAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docx
Shelsyalesiyah2906
 
NOTA IKAN HIASAN 1
NOTA IKAN HIASAN 1NOTA IKAN HIASAN 1
NOTA IKAN HIASAN 1
Ct Noreha
 
Kelas02 ipa heri-sulistyanto
Kelas02 ipa heri-sulistyantoKelas02 ipa heri-sulistyanto
Kelas02 ipa heri-sulistyanto
Widya Dewi
 

Similaire à Rbt ikan hiasan 2014 (20)

Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
 
contoh skripsi (BUDIDAYA IKAN LELE)
contoh skripsi (BUDIDAYA IKAN LELE)contoh skripsi (BUDIDAYA IKAN LELE)
contoh skripsi (BUDIDAYA IKAN LELE)
 
Ilmu Pengetahuan Alam Paket BSE kelas 2 SD dan MI
Ilmu Pengetahuan Alam Paket BSE kelas 2 SD dan MIIlmu Pengetahuan Alam Paket BSE kelas 2 SD dan MI
Ilmu Pengetahuan Alam Paket BSE kelas 2 SD dan MI
 
Ipa untuk kelas 2 - heri sulistyanto
Ipa untuk kelas 2  - heri sulistyantoIpa untuk kelas 2  - heri sulistyanto
Ipa untuk kelas 2 - heri sulistyanto
 
Makalah budidaya ikan lele
Makalah budidaya ikan leleMakalah budidaya ikan lele
Makalah budidaya ikan lele
 
Laporanjadi 120731173149-phpapp01
Laporanjadi 120731173149-phpapp01Laporanjadi 120731173149-phpapp01
Laporanjadi 120731173149-phpapp01
 
Tugas budidaya ikan komet prakarya dan kewirausahaan-halim-xitkj
Tugas budidaya ikan komet prakarya dan kewirausahaan-halim-xitkjTugas budidaya ikan komet prakarya dan kewirausahaan-halim-xitkj
Tugas budidaya ikan komet prakarya dan kewirausahaan-halim-xitkj
 
Karya Ilmiah
Karya IlmiahKarya Ilmiah
Karya Ilmiah
 
Rpp budidaya ikan Kurikulum 2013
Rpp budidaya ikan Kurikulum 2013Rpp budidaya ikan Kurikulum 2013
Rpp budidaya ikan Kurikulum 2013
 
Laporan pembudidayaan ikan konsumsi air tawar (pembenihan ikan nila)
Laporan pembudidayaan ikan konsumsi air tawar (pembenihan ikan nila)Laporan pembudidayaan ikan konsumsi air tawar (pembenihan ikan nila)
Laporan pembudidayaan ikan konsumsi air tawar (pembenihan ikan nila)
 
MAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docx
MAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docxMAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docx
MAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docx
 
Rpp budidaya kelas 8
Rpp budidaya kelas 8Rpp budidaya kelas 8
Rpp budidaya kelas 8
 
Asyiknya belajar ilmu pengetahuan alam untuk kelas 2
Asyiknya belajar ilmu pengetahuan alam untuk kelas 2Asyiknya belajar ilmu pengetahuan alam untuk kelas 2
Asyiknya belajar ilmu pengetahuan alam untuk kelas 2
 
Makalah budidaya ikan gurame
Makalah budidaya ikan gurameMakalah budidaya ikan gurame
Makalah budidaya ikan gurame
 
Buku panduan dan log book survei hiu
Buku panduan dan log book survei hiuBuku panduan dan log book survei hiu
Buku panduan dan log book survei hiu
 
NOTA IKAN HIASAN 1
NOTA IKAN HIASAN 1NOTA IKAN HIASAN 1
NOTA IKAN HIASAN 1
 
Kelas02 ipa heri-sulistyanto
Kelas02 ipa heri-sulistyantoKelas02 ipa heri-sulistyanto
Kelas02 ipa heri-sulistyanto
 
Laporan praktikum ikhtiologi
Laporan praktikum ikhtiologiLaporan praktikum ikhtiologi
Laporan praktikum ikhtiologi
 
Ikan Hiasan 1
Ikan Hiasan 1Ikan Hiasan 1
Ikan Hiasan 1
 
Rpp prakarya 9 pengolahan 1 covid
Rpp prakarya 9 pengolahan 1 covidRpp prakarya 9 pengolahan 1 covid
Rpp prakarya 9 pengolahan 1 covid
 

Dernier

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 

Dernier (20)

Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 

Rbt ikan hiasan 2014

  • 1. 1 KANDUNGAN 1. PENGHARGAAN 2. ISI KANDUNGAN 3. SOALAN TUGASAN 4. JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN 5. PENULISAN 6. RUJUKAN
  • 2. 2 PENGAKUAN Saya dengan ini mengaku bahawa semua tugasan saya dalam kerja kursus ini adalah kerja asal yang saya sediakan sendiri dengan perkataan saya dan tidak menciplak mahupun memplagiat mana-mana bahagian dalam tugasan yang dihantar. Saya dengan ini mengaku bahawa : i. setiap kerja dan idea dalam tugasan saya diambil dari bahan bercetak dan sumber elektronik yang didaftarkan. ii. saya tidak menyalin terus daripada sebarang sumber ataupun pelajar lain. iii. saya tidak membenarkan mana-mana pelajar menyalin kerja kursus saya. iv. saya dengan ikhlas hati mengungkap setiap perkataan yang diucapkan oleh penulis tertentu dalam kerja kursus saya. Dengan ini, saya faham sekiranya perkara di atas tidak dipatuhi atau didapati menipu, mana-mana bahagian, pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis mempunyai hak sepenuhnya untuk mengambil tindakan tatatertib, seperti mana yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pelajar terkini. ......................................... …………………………….. Nama : RUSDEE B. ZAINOL AZAIDI B. RAZAR No. Matrik : 0611/2254 0611/2250 No. K.P : 731118-02-5959 740511-09-5149
  • 3. 3 PENGHARGAAN Assalamualaikum. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan untuk subjek Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian yang telah diusahakan selama ini.Tugasan ini amat penting buat kami kerana ia merupakan sebahagian daripada kerja-kerja yang dilakukan di sekolah, secara tidak langsung ia menambahkan lagi pengetahuan kami berkaitan tugasan yang diberi. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali kepada Tn. Hj. Ismail bin Baharudin selaku pensyarah untuk subjek ini kerana beliau telah banyak memberikan penerangan mengenai tugasan yang perlu dibuat walaupun dapat berjumpa beliau dalam masa yang terhad penerangan beliau sedikit sebanyak telah membuka minda saya dalam menyiapkan tugasan ini, rakan-rakan sekelas yang banyak membantu memberi pendapat dan pandangan melalui ‘email’ dan ‘face book’ ,seterusnya kepada rakan sekerja yang juga membantu dalam memberi pandangan dan pendapat. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami menyiapkan tugasan yang diberi. Sekian, wassalam.
  • 4. 4 BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS NAMA PELAJAR : RUSDEE B. ZAINOL NO. K/P : 731118-02-5959 NO. MATRIK : 0611/2254 NAMA PELAJAR : AZAIDI B. RAZAR NO. K/P : 740511-09-5149 NO. MATRIK : 0611/2250 KUMPULAN : BAHASA MELAYU C M. PELAJARAN : TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN PENSYARAH : TN. HJ. ISMAIL BIN BAHARUDIN TARIKH PERKARA KOMEN T/TANGAN PELAJAR T/TANGAN PENSYARAH 15 Feb 20 Feb 25 Feb 1 Mac 7 Mac 25 Mac 5 April Mendapat soalan tugasan daripada pensyarah. Mendengar taklimat daripada pensyarah. Berbincang dengan ahli kumpulan. Mencari dan mengumpul bahan projek. Membaca dan memahami bahan. Menyiapkan kerja projek dan amali Menaip dan memurnikan tugasan. Menyerah kerja kursus kepada pensyarah. Berjumpa pensyarah. Berbincang dengan pensyarah. Pembahagian tugas. Bahan diperoleh dari buku-buku rujukan dan alam maya. Menghias dan mengemaskini Mengedit kerja kursus. Serahan tugasan.
  • 5. 5 PENGENALAN Ikan hiasan merupakan ikan yang hidup dalam air tawar seperti di sungai, kolam, dan tasik. Ikan air masin pula hidup dalam lautan. Dianggarkan lebih 250 spesis berbagai jenis ikan air tawar di Malaysia.1/3 daripadanya berpotensi sebagai ikan hiasan. Ikan hiasan yang dihasilkan di Malaysia adalah daripada jenis eksotik seperti dari famili Characidae (Amerika Selatan), ikan Chichlidae (Afrika) dan sebahagian ikan daripada famili Cyprinidae (dari Negara Asia). Jenis Indegenous sangat terhad. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan mampu memberii pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan. Kebanyakkan ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bacteria dan serangan penyakit. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan dan jantina. Ikan hiasan dipelihara untuk mengindahkan ruang tempat kediaman. Peminat ikan hiasan dapat menghayati keindahan alam akuatik seperti yang ditontonkan dalam National Geographic. Ia juga mampu memberi ketenangan perasaan setelah penat bekerja di pejabat. Selain itu, kita mampu menyemai perasaan sayangkan binatang peliharaan. Pemeliharaan ikan hiasan membolehkan kita menambah pengetahuan berkaitan alam akuatik. Ikan membiak melalui dua cara iaitu bertelur dan beranak. Contoh ikan yang beranak ialah ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail. Manakal contoh bagi ikan yang bertelur ialah ikan Emas, Barb, Rosbora, Danio, Minnow dan Labeo; ikan Tetra dan ikan Charachid; jenis ikan yang bernafas di udara; serta ikan Cichlidae. Terdapat beberapa faktor utama untuk memilih ikan hiasan untuk dipelihara dalam akuarium iaitu jenis ikan (mudah diperolehi dan senang dijaga), saiz ikan, kesihatan ikan, harga ikan, serta pengurusan dan penjagaan ikan yang hendak dipilih. Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.
  • 6. 6 Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan hiasi dengan eksessori lain. Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang unik dan cantik. Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.
  • 7. 7 MENGENAL IKAN HIASAN a) Sisik Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit . b) Sirip Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung. c) Garis lateral Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga. d) Insang Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan. Mata Penutup insang Sirip kaudal / ekor Sirip anal Sirip pelvikSirip pektoral Sirip dorsal Garisan lateral Mulut Sisi k
  • 8. 8 JENIS-JENIS IKAN Bil Famili Spesies Ciri-ciri Utama 1. Cyprinidae Contoh: Seluang(rasbora), ikan mas, barb Ikan seluang Ikan mas Ikan Barb > Kecil, berbadan mampat,bersesungut > ekor terbuka dan bentuk fork >Badan bersisik , bergerak pantas > kepala tanpa sisik >Terdapat di Afrika, Amerika Utara dan sebahagian besar Asia Tenggara. 2. Chichildea Contoh: Ikan Angel, Discus, Oscar Ikan Angel Ikan Discus Ikan Oscar >Hanya sepasang lubang hidung >Sirip ekor bulat >Satu dorsal fin 3. Charachidae Semua jenis ikan tetra Blue tetra >Seakan ikan Barb >Tiada sesungut >Ada gigi dan adiposfin >Berasal dari Amerika Selatan dan
  • 9. 9 Green neon tetra Afrika Tengah 4. Belontiidea Contoh: Ikan pelaga Siam (Betta splenden), Gourami biru (Trichogaster trichopterus) Ikan pelaga Siam Gourami biru Dwarf Gourami >Badan lebar dan mampat >Sirip anal panjang >Mempunyai aksesori respiratory organ untk bernafas di udara >Terdapat di Koprea Selatan, Asia Tenggara,Afrika Barat 6. Catfish Families Coridoras sp. Ikan bandaran (Rinelloricaria parva) >Suckermouth >bersesungut
  • 10. 10 Contoh-contoh ikan hiasan yang terdapat di pasaran. Ikan Guppy Ikan Swordtail Ikan Molly Ikan Platy Ikan Angel Ikan Tiger barb
  • 11. 11 Ikan Pelaga Ikan Sepat Ikan Koi Ikan Emas Ikan Harlequin Ikan Oskar
  • 12. 12 Ciri-ciri istimewa ikan hiasan Sifat luar dan dalam Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya: a. Pergerakan Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak perlahan dan mengasyikkan apabila kita memerhatikannya. b. Sisik Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut spesis.Sisik nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan penyakit. c. Saiz Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa mempunyai saiz badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz yang kecil. d. Sirip Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang e. Bentuk badan Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk, pendek dan panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih. f. Warna badan Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik. g. Cara makan Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan hiasan yang makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup. h. Jantina Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti bentuk badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan.Ikan jantan lebih besar dan perut pipih. i. Cara pembiakan Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan Guppy merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil.Ikan Arowana bertelur dan di eram di dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak ikan. Ikan hiasan biasanya bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik.
  • 13. 13 MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach. Pemakanan ikan Hiasan Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya. a. Ikan karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana. b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air) Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak. c. Ikan herbivor Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb. d. Ikan omnivor Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.
  • 14. 14 Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium. Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar. Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan  Makanan hidup  Makanan kering  Makanan basah  Makanan rumusan. a. Makanan hidup Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya. Blood worm Ulat roti Plankton
  • 15. 15 b. Makanan kering Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti. c. Makanan basah Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam. d. Makanan rumusan Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan. Pellet Emping
  • 16. 16 MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :  Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk  Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.  Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat. Antara penyakit penting ikan hiasan ialah: a. Penyakit rintik putih Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium. b. Penyakit kulat Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.
  • 17. 17 c. Penyakit bakteria Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan. Penyakit-penyakit ikan dan ubat. Bil Penyakit Sebab / Kesan Ubat 1 Jangkitan bakteria Dikesan apabila matanya kabur, ekornya layu, kulitnya serba tak kena atau berwarna merah, dan nafasnya kencang. Tetracycline atau MarOxy 2 Ekor layu Selalunya akibat tertekan dan keadaan air yang teruk. Kadangkala akibat daripada jangkitan bakteria. Aquarisol atau akuarium bergaram 3 Badan berkulat Benda keputihan yang melekit tergantung menyelubungi badan Maracyn atau Furacyn 4 Sembelit Dikesan apabila ikan betta mengambil masa yang lama untuk membuang najisnya atau najisnya tergantung lama dan tidak jatuh. Ini akibat ikan diberikan makanan Makan bersukat atau diberi makanan yang dibeku/hidup
  • 18. 18 berkanji kering dan kurang kepelbagaian makanan 5 Dropsy Pembentukan bendalir yang keterlaluan dalam badan. Akibatnya ikan hilang selera makan, bengkak badan, sisiknya teruk dan kelihatan lembap. Selalunya menyebabkan kematian. Tetracycline 6 Ekor memburuk Kerana bakteria di luar. Akibatnya ekor semakin memburuk, pecah serta berbulu. BettaMax atau MelaFix 7 Mulut berkulat Mulut betta kelihatan ditumbuhi benda putih atau kelabu. Penyingkir kulat atau Furanase 8 Penyakit insang Tidak mengembang dan insang berwarna merah atau berkilau. Ikan akan 9selalu berada di permukaan atas bekas apabila dijangkiti Maracyn 9 Lubang di kepala Terdapat lubang kecil pada kepala ikan betta Hexamit 10 Ich Penyakit berjangkit. Dikesan melalui bintik putih kecil yang menyelubungi badan ikan. Aquarisol atau rawatan cepat 11 Parasit Parasit kecil seperti cacing sauh melekat pada badan ikan betta dan menyebabkannya menggosokkan badannya CopperSafe atau fluke tab
  • 19. 19 pada sesuatu benda untuk membuangnya. 12 Tiada selera Makan Dikesan apabila ikan betta menjadi lembap dan murung. BettaMax 13 Penyakit mata Matanya membesar, mengabur atau mungkin tertonjol keluar Maracyn 14 Berenang dengan Hodoh Dikesan apabila ikan betta berenang mengereng ke sisi, menggeselkan perutnya atau selalu berada di permukaan bawah bekas. Penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut. Tiada ubat, tetapi jika diberi makan selalu, ia mungkin dapat membantu 15 Fish lice Dijangkiti bakteria yang menyebabkan bintik berwarna merah seperti demam campak pada badan atau ekor ikan CopperSafe atau akuarium bergaram 16 Velvet Penyakit yang selalu dihadapi oleh anak ikan pelaga. Penyakit yang berjangkit dan boleh membawa maut. Dikesan apabila terdapat bintik coklat atau warna karat pada badan dan warna badannya semakin pudar. Jika diteliti dengan betul dapat diperhatikan bahawa badannya telah ditumbuhi kulat. Akriflavin aquarisol CopperSafe, Had- A-Snail atau garam mengikut sukatan
  • 20. 20 BAHAN DAN KEPERLUAN Alat kelengkapan dan bahan serta ciri-cirinya : Akuarium/bekas Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan: i. saiz akuarium; ii. bentuk akuarium; iii. bahan buatan akuarium;dan iv. jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan. a Saiz akuarium. Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter) Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem hutan ‘kelp’ (‘kelp’ ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia). b. Bentuk akuarium. Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu, bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical aquarium)
  • 21. 21 Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai namanya. Rajah 1: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A), berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama(D) separa silinder (E) dan silinder (F) c. Bahan buatan akuarium. Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium: i. akuarium kaca (glass aquarium); dan ii. akuarium akrilik (acrylic aquarium). Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu
  • 22. 22 sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium. Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk. Sistem penapis Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah 2). Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan). Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus menerus. Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering ump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump).
  • 23. 23 Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis. Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya dipanggil ‘kapas penapis’ (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan. Rajah 2: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A), penapis (B) dan ’kapas penapis’, sejenis media penapisan (C). Sistem pengudaraan Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi (Rajah 3). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injap-injap akuarium (aquarium valves). Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.
  • 24. 24 Rajah 3: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A), batu udara (B) dan tiub udara (C). Aksesori Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium tersebut. Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah: i. membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan; ii. mempastikan pH air pada tahap optima; iii. memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan dapat dipam keluar daripada akuarium; iv. mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan bersih; dan v. lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium. Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium ialah: i. aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium; ii. aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium; iii. aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium; iv. tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan v. pasir untuk lantai akurium.
  • 25. 25 Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari. Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya. Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat ‘luxmeter’ boleh digunakan untuk mengukur kuantiti cahaya dalam unit ‘lux’. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan 5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux. Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah 4). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis ‘tungsten’ dan ‘halogen’ tidak begitu sesuai. Lampu jenis-jenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang sesuai untuk tumbuhan.
  • 26. 26 Rajah 4: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C). Tumbuhan akuatik Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri. Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah: (i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, (ii) sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, (iii) tahap pencahayaan akuarium, (iv) tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan (iv) kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium. Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya. Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan. Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan. Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas
  • 27. 27 kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium. Fungsi tumbuhan akuatik dalam akuarium Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium. Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini bukan fungsi penting kerana sistem pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air. Jenis-jenis tumbuhan hiasan akuarium Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah Hydrilla verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla sangat mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan lasak dalam akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp dan Callitriche sp. Jadual 1 memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat dalam pasaran. Jadual 2: Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium Spesis 1. Anubias sp 2. Aponogeton sp 3. Azolla sp 4. Bacopa sp 5. Cabomba sp 6. Hydrocotyle sp 7. Hygrophila sp 8. Hydrilla verticiliata 9. Elodea sp
  • 28. 28 MENGHIAS AKUARIUM Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium, langkah-langkah berikut perlu diikuti : 1. bersihkan bekas terlebih dahulu 2. pasangkan penapis 3. masukkan pasir 4. masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas 5. masukkan aksesori yang dikehendaki 6. masukkan tumbuhan hiasan 7. masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya 8. pasang dan hidupkan pam, biarkan selama 2 jam 9. masukkan ikan hiasan Aksesori tambahan : 1. Pam udara 2. Penapis 3. Lampu Jenis-jenis pam dan penapis Pemasangan penapis “under gravel filter” Atas : Masukan hiasan dan aksesori Bawah : Masukkan air
  • 29. 29 Kos Penyediaan bahan. Untuk persediaan sesebuah akuarium asas ,beberapa peralatan diperlukan .Berikut disenaraikan alatan dan aksesori bagi akuarium hiasan. Bil Bahan / Alatan Kos 1 Akuarium 1 biji ( RM 65.00) 2 Batu hiasan 1 kampit (RM 12.00) 3 Tumbuhan hiasan plastic 1 batang ( RM 5.00) 4 Gambar hiasan luaran 1 keping (RM 5.00) 5 Anti Klorin 1 botol (RM3.50) 6 Tiub getah 15 cm ( RM 1.00) 7 Pam udara / penapis 1 biji (RM 35.00) 8 Hiasan aksesori gelembung udara ( siput) 1 biji ( RM 12.00) 9 Kayu hiasan 1 batang (RM 7.00) 10 Penapis under gravel 1 keping (RM 5.00) 11 Pasir berwarna 1 kampit (RM 7.50) 12 3 jenis ikan pelbagai kategori (tiger barb,bawal,ikan lumut@guppy) RM 23.00 13 Jumlah RM 181.00 Jadual Penyeliaan / Penjagaan akuarium. Bagi memastikan akuarium dan hidupan ikan selesa dan selamat beberapa langkah penjagaan serta penyeliaan akuarium perlu dilakukan agar akuarium terjaga. Jika tidak akuarium kotor dan boleh menyebabkan ikan mati. Disiplin penjagaan ini perlu dibuat sepanjang masa. Berikut disenaraikan beberapa langkah dan tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap peminat ikan dan akuarium. Bil Tugasan Tindakan 1 Membersihkan akuarium /tukar air (1/3) Seminggu sekali 2 Beri makanan 2 kali sehari 3 Periksa kesihatan ikan Seminggu sekali 4 Tukar @ basuh penapis / span Seminggu sekali 5 Periksa lampu Sebulan sekali 6 Keselamatan akuarium Sepanjang masa 7 Periksa pam Sepanjang masa ikut sesuai
  • 30. 30 LAPORAN AMALI IKAN HIASAN Pada semester 6 ini, kami telah diberikan tugasan iaitu merekabentuk projek ikan hiasan. Kami telah memilih tema alam semulajadi untuk projek ini. Setelah diberi maklumat yang secukupnya oleh pensyarah untuk melaksanakan tugasan ini, kami telah merancang proses kerja projek ini supaya dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut jadual. Langkah pertama untuk menghasilkan akuarium ini ialah kami mencari dan mengumpul bahan-bahan yang diperlukan seperti akuarium, pasir, batu kecil, batu besar, pokok hiasan, tunggul kayu dan alat penapis air. Semua bahan-bahan ini perlu dicuci dahulu sebelum dimasukkan ke dalam akuarium. Kami meletakkan under gravel di dalam akuarium sebagai tapak asas. Kami menggunakan pasir yang dicampur dengan batu-batu kecil sebagai tapak utama akuarium. Kami menyusun batu-batu kecil dan sederhana besar di dasar akuarium dan meletakkan tunggul kayu di sebelah tepi bagi menimbulkan keseimbangan. Kami telah menyusun pokok-pokok hiasan yang sesuai di dalam akuarium. Alat penapis kotoran telah dipasang untuk menapis kotoran yang terdapat dalam air. Ia juga berfungsi membekalkan oksigen kepada ikan hiasan. Selepas itu, kami memasukkan air ke dalam akuarium perlahan-lahan supaya arus air tidak mengubah kedudukan bahan-bahan di dalam akuarium. Setelah air dimasukkan dengan secukupnya, kami memasukkan ubat anti klorin dan anti cloudness ke dalam air. Air yang ditakung ini dibiarkan dahulu selama sehari sebelum dimasukkan ikan hiasan. Kami telah merujuk modul projek dan membuat perbincangan untuk memilih ikan yang sesuai untuk diletakkan di dalam akuarium. Ikan dibiarkan dalam plastik dan dimasukkan ke dalam akuarium untuk stabilkan suhu air. Kejutan suhu dan suasana membawa kepada trauma kepada ikan hiasan. Setelah seketika ,Ikan hiasan yang dipilih dimasukkan secara perlahan-lahan sekali dengan air dari bekas plastik. Ikan dibiarkan berenang keluar dari bekas plastik sendiri masuk ke dalam akuarium. Kami juga telah mengenal pasti ikan-ikan yang boleh hidup bersama. Agar sesuai dengan akuarium yang telah dibina. Yang penting 3 kategori jenis habitat ikan iaitu atas, bawah dan dasar . Hidupan akuarium yang sempurna perlu ada 3 jenis kategori ini. Minat dan impian melihat ikan hidup selesa tentu memberi kesan positif kepada minda pembela dan peminat ikan hiasan.
  • 31. 31 LANGKAH KERJA BERGAMBAR Memotong span sebagai tempat pelapik akuarium. Bahan –bahan stiker,tiub, penapis
  • 32. 32 Basuh dan bersih bekas akuarium. Batang Kayu yang sudah dibasuh dan direndam.. Batu kecil dan pasir halus dibersihkan.
  • 33. 33 Memasang penapis . Menuang dan merata pasir hitam halus.
  • 34. 34 Meletak batang kayu. Menyusun batu dan meletak pokok hiasan.
  • 35. 35 Memasukkan air bersih perlahan-lahan.
  • 36. 36 Siap memasukkan air ke dalam akuarium. Tema yang dipilih : Hidupan Di Dasar Sungai
  • 37. 37 Memasukan Ikan hiasan dan melabel. Hiasan batu berwarna ditambah..
  • 38. 38 Selesai Sudah proses menyiapkan tugasan projek.
  • 39. 39 KESIMPULAN. Tugasan projek kali ini agak mencabar tetapi sangat seronok dilakukan. Masa tak terasa dihabiskan untuk menyiapkan tugasan yang betul-betul merihatkan minda. Fasa pertama menyediakan akuarium dan menyusun kedudukan batu serta pasir agak mencabar.Pelbagai lakaran dan impian untuk menghasilkan akuarium yang menarik. Akhirnya, habitat ikan itu juga yang perlu dihasilkan agar ikan selesa berada di dalam akuarium.Pada mula nya susun atur agak kurang menarik tetapi sentuhan terakhir perlu dibuat bagi menghasilkan akuarium yang benar-benar menarik. Fasa memasukkan ikan yang menjadi REFLEKSI Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat saya dan rakan kumpulan menyiapkan amali dengan lancar. Saya akui bahawa projek ikan hiasan ini agak sukar juga untuk dilaksanakan kerana pelbagai tugas perlu dirancang, disusun dan dibincang supaya berjalan lancar mengikut jadual. Pelbagai cabaran yang telah diharungi sepanjang amali ini dilaksanakan. Sebagai seorang warga penuntut PPG, amali ini banyak membantu saya untuk menempuh alam pendidikan yang telah dilaksanakan di sekolah. Sepanjang amali dilaksanakan, banyak kemahiran dan pengetahuan telah saya pelajari berkaitan dengan ikan hiasan ini. Untuk menyediakan akuarium ikan hiasan yang menarik memerlukan kreativiti dan kesabaran yang tinggi supaya mendapat hasil yang baik. Perbincangan dengan rakan kumpulan juga banyak membantu dalam melaksanakan projek ikan hiasan ini. Saya sentiasa memastikan agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Selepas memasukkan air ke dalam akuarium, saya memastikan ikan yang dimasukkan ke dalam akuarium dapat menyesuaikan dengan keadaan di dalam akuarium. Saya juga mendapati ikan hiasan yang pelbagai jenis ini dapat hidup bersama setelah membuat pemantauan beberapa hari bersama-sama rakan kumpulan. Setelah tugasan ini selesai, saya berasa bersyukur dan lega. Banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalankan tugasan ini. Semua ini juga adalah hasil perbincangan dengan pensyarah kami yang telah memberikan panduan dan tunjuk cara untuk menyiapkan projek ini. Saya juga mendapat kerjasama yang padu daripada rakan kumpulan yang bersama-sama menjayakan tugasan ini.
  • 40. 40 Kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Sekian, wassalam. Disediakan oleh, ………………………. (RUSDEE B. ZAINOL) REFLEKSI KENDIRI Pertama sekali syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada rakan kumpulan kerana tugasan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan kali ini ingin mencungkil minat dan kerjasama berpasukan dalam menghasilkan sesuatu projek Ikan Hiasan yang kreatif dan inovatif. Saya agak berminat dengan tugasan ini tetapi langkah pelaksanaannya amat rumit dan perlu penjagaan serta perhatian yang lebih bagi menghasilkan satu projek yang boleh dibanggakan. Tetapi pepatah ada mengatakan “ Tak kenal, maka tak cinta “. Hal ini mencetuskan semangat untuk menyelidik dan memahami citarasa serta melihat sendiri secara dekat ke lokasi galeri ikan , melayari internet dan bertanya pendapat kepada penjual ikan dan sebagainya. Rupa-rupanya, bukan mudah dalam menghasilkan akuarium yang benar-benar menimbulkan keselesaan kepada ikan serta susun letak aksesori hiasan agar kena pada tempatnya.Mujurlah pensyarah serta rakan kumpulan banyak berkongsi idea membantu menyelesaikan masalah serta cabaran yang mendatang. Situasi di sekolah agak berbeza , secara asas sahaja guru dan murid cuba menghasilkan akuarium .Berbanding di IPG , saya terutamanya dapat belajar pelbagai kemahiran dan teknik yang betul dalam penyediaan projek ikan hiasan ini.Secara teori dan dikukuhkan lagi dengan tindakan amali menyiapakan tugasan ini. Di samping itu, penerapan nilai kerjasama dan bantu-membantu dapat diterapkan dan disemai dalam diri mahupun kepada kumpulan hendaknya. Pelaksanaan tugasan dilakukan sebaiknya. Bagi langkah penyediaan akuarium lah yang perlu diberi penekanan.Bermula penyusunan susun atur akuarium dan aksesori hinggalah kepada langkah memasukkan air ke dalam akuarium. Air perlu dibiarkan beberapa hari, barulah
  • 41. 41 pilihan ikan yang sesuai pula didapatkan. Proses memasukkan ikan perlu ada tempoh bertenang agar ikan tidak terkejut dengan tempat yang baru.Suhu air amat mustahak. Setelah siap terpancarlah wajah gembira melihat ikan berenang di dalam akuarium dengan selesa.Terima kasih rakan kumpulan juga teristimewa buat pensyarah pembimbing Tuan Haji Ismail B. Baharuddin yang banyak mencurah ilmu buat saya khususnya. Semoga usaha murni ini berterusan dan pengalaman yang saya kutip amat bermakna. Terima kasih buat semua. Sekian. (AZAIDI BIN RAZAR) RUJUKAN Aisyah Abdul Rashid,Faizah Ismail,Daud Kamsany, (2010).Kemahiran Hidup Tahun 5: Dewan Bahasa dan Pustaka: K.L Aizam Zainal Abidin,Siti jalilah Muhammad, ( 2013). Aspek Pengurusan Dalam Kultur Ikan Hiasan air Tawar : Universiti Malaysia Terengganu Yasir Mohd,( 2012)Penternakan Ikan Hiasan Air Tawar Di Malaysia.Synergy Media :K.L LAMAN SESAWANG http://roundbeauty.blogspot.com/ http://www2.dof.gov.my/perak/ms/programmes/enggorcentre4 http://projek-ikan-hiasan.blogspot.com/p/unit-plan.html