SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  14
Télécharger pour lire hors ligne
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Sukatan Pelajaran
PENDIDIKAN SIVIK
DAN
KEWARGANEGARAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Sukatan Pelajaran
PENDIDIKAN SIVIK
DAN
KEWARGANEGARAAN
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
iii
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil
di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip berikut :-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iv
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
v
KATA PENGANTAR
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang. Penggubalan kurikulum mata pelajaran ini bertujuan memantapkan
Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan
menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21.
Penggubalan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan ini, memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat
patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir,
berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan
dan berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijaksana.
Diharapkan kurikulum ini dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan
dan tabah dalam mengatasi segala rintangan dan cabaran hidup.
Mata pelajaran ini ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah
menengah. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan merangkumi aspek-aspek pengetahuan sivik, kemahiran
sivik dan nilai sivik.
Adalah diharapkan guru akan menghayati dan melaksanakan kehendak-
kehendak sukatan pelajaran ini agar matlamat dan objektif yang telah
ditetapkan akan tercapai.
Kementerian Pelajaran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sumbangan kepakaran,
masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.
(TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
1
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
Pendahuluan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yan
memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah menenga
bagi melahirkan murid yang patriotik dan bertanggungjawab sebaga
warganegara Malaysia. Kandungan mata pelajaran ini memberi tumpuan kepad
hubungan murid dengan masyarakat, peranan, hak dan tanggungjawab muri
sebagai warganegara dan pemupukan nilai yang perlu untuk membentuk individ
yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara. Justeru, unsur-unsu
patriotisme dan perpaduan menjadi intipati dalam perancangan kurikulum
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan peringkat menengah. Mata pelajaran in
membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik da
kewarganegaraan melalui pengajaran dan pembelajaran yang berinteraktif da
berpusatkan murid.
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsi
pendidikan yang penting iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know)
belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning t
live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Belaja
untuk mengetahui dapat mengembangkan kebolehan murid menguasai ilmu da
membantu mempengaruhi perasaan dan tingkah laku sivik. Belajar untu
bertindak merujuk kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam
kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan d
luar bilik darjah. Prinsip ini membolehkan murid menguasai kemahiran untu
kerjaya masa depan dan kemahiran menghadapi serta menangani cabaran
Belajar untuk membentuk peribadi penting bagi perkembangan menyeluru
setiap individu yang merangkumi aspek rohani, fizikal, intelek, emosi dan sosia
Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mengekalka
keamanan dan keharmonian dan amat bersesuaian dengan latar masyaraka
berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, unsur perpaduan dalam keluarga
komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk.
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untu
semua murid sekolah menengah. Selaras dengan ini, pihak sekola
bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan
kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak da
tanggungjawab sivik dan kewarganegaraan. Murid perlu dipupuk denga
pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik dan kewarganegaraan untu
melahirkan warganegara yang patriotik dan dapat memainkan peranan yan
konstruktif dalam pembangunan negara.
2
Matlamat
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedara
kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam
masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegar
yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraa
masyarakat, negara dan dunia.
Objektif
Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan
kemahiran dan nilai.
Objektif Pengetahuan:
i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhada
pembangunan masyarakat dan negara.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentuka
masyarakat yang sejahtera.
iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untu
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresi
dinamik dan patriotik.
v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhada
pembangunan negara.
vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang bole
menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.
Objektif Kemahiran:
i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.
ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirka
keluarga yang bahagia.
iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudka
perpaduan negara.
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat.
v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama.
vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara.
vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.
3
Objektif Nilai:
i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat da
negara.
ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yan
mapan.
iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaa
masyarakat Malaysia.
iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.
v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantua
demi kesejahteraan bersama.
vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegar
yang bertanggungjawab.
vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.
viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan da
keharmonian negara dan sejagat.
Organisasi Kandungan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhada
penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik. Pengetahuan sivik terdi
daripada maklumat dan idea asas yang murid harus tahu serta menggunakanny
untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan produktif. Makluma
asas ini merangkumi aspek pencapaian kendiri, hubungan kekeluargaan
masyarakat pelbagai kaum dan budaya di Malaysia, sistem politik da
perundangan, ekonomi dan cabaran masa depan.
Kemahiran sivik terdiri daripada kemahiran intelektual dan partisipator
Penguasaan kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid membuat keputusan
menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivik dan membe
sumbangan terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
Komponen nilai sivik terdiri daripada nilai murni yang perlu untuk melahirka
insan yang berakhlak mulia dan warganegara yang bertanggungjawab. Nilai sivi
ini, antara lain merangkumi toleransi, menghormati hak orang lain, adil, saksama
patriotisme dan integriti. Nilai sivik juga menekankan komitmen untu
memelihara proses demokrasi dan menghargai persamaan dan kelainan dalam
masyarakat pelbagai budaya.
1. Kandungan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Kandungan mata pelajaran ini digubal secara tematik. Penggubalan tema in
mengambil kira dimensi peribadi dan sosial murid yang berkembang dari di
individu, hubungan dengan keluarga, masyarakat sekolah, komuniti luar sekolah
negara dan cabaran masa depan yang juga merangkumi masyarakat globa
4
Dalam konteks ini unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik menjadi foku
pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.
Tema yang ditetapkan adalah seperti berikut:
i. Pencapaian Kendiri
Tema ini menghuraikan tentang perkembangan diri ke ara
kecemerlangan yang meliputi aspek identiti dan wawasan diri, sifat-sifa
peribadi mulia, kebolehan membuat keputusan, pemilihan kerjaya da
pendidikan sepanjang hayat. Topik dalam tema ini ialah:
• Identiti diri
• Penyelesaian konflik
• Kecemerlangan diri
• Pilihan kerjaya
• Keputusan yang bijak dan adil
• Wawasan diri
• Perkembangan diri yang seimbang
• Pendidikan sepanjang hayat untuk pembangunan negara
• Perikemanusiaan ke arah kesejahteraan negara
ii. Hubungan Kekeluargaan
Tema ini menghuraikan pembinaan keluarga bahagia, keperlua
berkeluarga dan persiapan hidup berkeluarga. Topik dalam tema in
ialah:
• Keluarga bahagia
• Perpaduan dalam keluarga
• Tanggungjawab terhadap keluarga
• Keperluan berkeluarga
• Persiapan membina keluarga ke arah pembentukan masyaraka
mapan
5
iii. Hidup Bermasyarakat
Tema ini menghuraikan aspek hubungan individu dengan anggot
masyarakat dan alam sekitar, cara menangani isu-isu sosial da
sumbangan individu terhadap pembangunan masyarakat dan negara
Topik dalam tema ini ialah:
• Bangga terhadap sekolah
• Penjagaan dan peningkatan imej sekolah
• Hormati hak orang lain
• Pemupukan semangat kekitaan
• Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
• Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah alam sekitar
• Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah sosial dalam
masyarakat
• Peraturan dan undang-undang dalam masyarakat
• Sumbangan terhadap pembangunan masyarakat melalui
penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
iv. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia
Tema ini menghuraikan aspek pengekalan dan penghargaan terhada
warisan budaya dan pemahaman tentang ajaran dan amalan pelbaga
agama masyarakat Malaysia. Topik dalam tema ini ialah:
• Cerita rakyat pelbagai kaum
• Warisan kesenian pelbagai kaum
• Adat resam dan pantang larang pelbagai kaum
• Prinsip-prinsip penting dalam ajaran agama
• Kepentingan amalan-amalan tertentu dalam perayaan
pelbagai kaum
• Sumbangan pelbagai pihak terhadap warisan budaya Malaysia
• Mempromosikan warisan budaya Malaysia di dalam dan di luar
negara
v. Malaysia Negara Berdaulat
Tema ini menghuraikan unsur patriotik dan kedaulatan negara, sistem
pemerintahan negara dan hak dan tanggungjawab warganegara. Topi
dalam tema ini ialah:
• Kerajaan demokrasi
• Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia
• Raja Berperlembagaan
• Tugas dan tanggungjawab warganegara dalam kerajaan demokras
• Jentera pentadbiran Negara Malaysia
• Kenali kementerian-kementerian di Malaysia
• Kepentingan Perlembagaan Malaysia
• Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia
• Mengekalkan kedaulatan negara
• Melengkapkan diri untuk mewarisi negara
6
vi. Cabaran Masa Depan
Tema ini menghuraikan tanggungjawab dan sumbangan masyaraka
terhadap negara dan keamanan sejagat serta kesediaan menghadap
cabaran globalisasi. Topik dalam tema ini ialah:
• Kesinambungan kesejahteraan rakyat
• Kestabilan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara
• Bekerjasama dan bersatu padu dalam menghadapi pelbagai
cabaran
• Mengekalkan keamanan negara dan sejagat
• Memastikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa
dipraktikkan
• Membina budaya kerja yang cemerlang ke arah kemakmuran nega
• Pengguna yang rasional
• Menjana pembangunan negara
• Menangani cabaran globalisasi
• Mengekalkan dan meningkatkan pengiktirafan dunia terhada
negara
Tema dalam mata pelajaran ini tidak terikat dengan urutan dan guru bole
menyesuaikan tema-tema ini dengan aktiviti dan isu semasa yang berlaku dalam
sekolah, masyarakat, negara atau di peringkat antarabangsa. Misalnya, tem
Malaysia Negara Berdaulat boleh diajar dalam konteks sambutan bula
kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabny
sebagai warganegara dengan lebih berkesan dan bermakna.
2. Khidmat Masyarakat
Khidmat Masyarakat merupakan komponen penting dalam kurikulum
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Khidmat Masyarakat ialah kerja ama
yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Murid dikehendak
menjalankan satu projek Khidmat Masyarakat sekurang-kurangnya 10 jam
setahun dan menyediakan laporan. Melalui Khidmat Masyarakat ini, muri
diharapkan dapat merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik
Penyertaan murid dalam kerja projek ini juga dapat menyediakan warganegar
yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan muri
menjalankan kerja projek mengikut tingkatan dan tema seperti dalam senara
cadangan di bawah. Namun begitu, murid boleh memilih projek Khidma
Masyarakat lain yang difikirkan sesuai.
7
Tingkatan Tema Cadangan Khidmat Masyarakat
1 • Pencapaian
Kendiri
• Hubungan
Kekeluargaan
- Projek Learning to Say No
- Projek Kaunseling Rakan Sebaya
- Projek penjagaan kesihatan dan
keselamatan diri
- Kajian kehidupan keluarga pada masa
depan
- Profil keluarga asas dan kembangan
2 • Hidup
Bermasyarakat
- Projek mengindahkan kawasan tempat
tinggal
- Projek rekreasi tempat tinggal
- Projek kenali jiran tetangga
- Projek job week
- Projek membantu warga tua di rumah
kebajikan
- Projek membersihkan tempat beribadat/
rumah orang tua/rumah kebajikan
- Cadangan meningkatkan kemudahan awam
untuk golongan kurang upaya
- Projek khidmat sukarela di rumah anak
yatim/kanak-kanak istimewa
3 • Warisan
Kepelbagaian
Budaya
Malaysia
- Persembahan kebudayaan pelbagai kaum
- Projek jualan makanan pelbagai kaum
- Pameran pelbagai budaya Malaysia
- Cadangan pemuliharaan bangunan/artifak
bersejarah
- Kajian seni bina bangunan bersejarah
- Projek stesen radio sekolah
8
Tingkatan Tema Cadangan Khidmat Masyarakat
4 • Malaysia
Negara
Berdaulat
- Kajian tentang sumbangan pemimpin
- Pengumpulan episod menarik dalam sejarah
- Pengumpulan kisah/cerita patriotik
- Pameran maksud/erti Merdeka
- Kajian latar belakang dan maksud
bendera/jata negeri dan negara
- Kajian tentang flora dan fauna di Malaysia
- Cadangan meningkatkan kualiti hidup
masyarakat setempat:
Contohnya:-
› Meningkatkan sistem pengangkutan
awam
› Menempatkan semula setinggan
› Membersihkan sungai/jalan/pantai/
kawasan rekreasi
› Menghijaukan kawasan setempat
5 • Cabaran Masa
Depan
- Merancang mata pelajaran futuristik untuk
sumber manusia masa depan
- Projek merekacipta sistem pengangkutan
mesra alam
- Cadangan menyelesaikan masalah
perumahan/kesesakan lalu lintas/
pengangkutan
- Kajian punca dan cara mengatasi gejala
gengsterisme di sekolah
- Kajian tentang cabaran sistem kekeluargaan
masa depan
- Kajian kes isu sosial di kawasan setempat
- Merancang khemah pelarian atau
perkhidmatan kecemasan bencana alam
- Merancang projek kerjasama serantau
ke arah keamanan sejagat
9
Strategi Pelaksanaan
Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebaga
mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi pengajaran da
pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus membe
penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid da
berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu
strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan muri
tentang isu sivik dan kewarganegaraan, menerapkan pelbagai kemahiran da
memupuk nilai sivik dan kewarganegaraan ke arah melahirkan warganegar
yang bertanggungjawab, patriotik dan dapat menyumbang ke ara
pembangunan negara.
Penilaian
Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik da
Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, guru digalakka
menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara cadangan bentuk penilaian yan
boleh dijalankan ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan
dan laporan.

Contenu connexe

Tendances (14)

Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar sma
Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar smaKurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar sma
Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar sma
 
141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikan141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikan
 
Makalah pendidikan berkarakter
Makalah pendidikan berkarakterMakalah pendidikan berkarakter
Makalah pendidikan berkarakter
 
Uu sisdiknas no 20 tahun 2003
Uu sisdiknas no 20 tahun 2003Uu sisdiknas no 20 tahun 2003
Uu sisdiknas no 20 tahun 2003
 
Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)
Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)
Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)
 
Sp kbsr kt
Sp kbsr ktSp kbsr kt
Sp kbsr kt
 
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)
 
Uu20 2003-sisdiknas
Uu20 2003-sisdiknasUu20 2003-sisdiknas
Uu20 2003-sisdiknas
 
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknas
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknasUndang undang-no-20-tentang-sisdiknas
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknas
 
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas
 
Uu 20 2003
Uu 20 2003Uu 20 2003
Uu 20 2003
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
 
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
 
Draft kurikulum-2013
Draft kurikulum-2013Draft kurikulum-2013
Draft kurikulum-2013
 

Similaire à Sp psk kbsm (20)

Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan KewarganegaraanSukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
 
Sp moral kbsm
Sp moral kbsmSp moral kbsm
Sp moral kbsm
 
Hsp moral y2
Hsp moral y2Hsp moral y2
Hsp moral y2
 
Hsp moral y3
Hsp moral y3Hsp moral y3
Hsp moral y3
 
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdfSIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
 
Hsp moral y1
Hsp moral y1Hsp moral y1
Hsp moral y1
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
 
Hsp moral f5
Hsp moral f5Hsp moral f5
Hsp moral f5
 
Sp moral kbsr
Sp moral kbsrSp moral kbsr
Sp moral kbsr
 
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdfMODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
 
Hsp psk thn5
Hsp psk thn5Hsp psk thn5
Hsp psk thn5
 
Sp moral kbsr
Sp moral kbsrSp moral kbsr
Sp moral kbsr
 
Sukatan Moral Kbsr
Sukatan Moral KbsrSukatan Moral Kbsr
Sukatan Moral Kbsr
 
Hsp moral ting 1
Hsp moral ting 1Hsp moral ting 1
Hsp moral ting 1
 
Complete falsafah
Complete falsafahComplete falsafah
Complete falsafah
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 
Hsp moral f2
Hsp moral f2Hsp moral f2
Hsp moral f2
 

Dernier

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
furqanridha
 

Dernier (20)

power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMPenyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 

Sp psk kbsm

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
  • 2. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
  • 3. iii RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 4. iv FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 5. v KATA PENGANTAR Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penggubalan kurikulum mata pelajaran ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Penggubalan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini, memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Diharapkan kurikulum ini dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatasi segala rintangan dan cabaran hidup. Mata pelajaran ini ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah menengah. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merangkumi aspek-aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik. Adalah diharapkan guru akan menghayati dan melaksanakan kehendak- kehendak sukatan pelajaran ini agar matlamat dan objektif yang telah ditetapkan akan tercapai. Kementerian Pelajaran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini. (TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 6. 1 SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH Pendahuluan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yan memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah menenga bagi melahirkan murid yang patriotik dan bertanggungjawab sebaga warganegara Malaysia. Kandungan mata pelajaran ini memberi tumpuan kepad hubungan murid dengan masyarakat, peranan, hak dan tanggungjawab muri sebagai warganegara dan pemupukan nilai yang perlu untuk membentuk individ yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara. Justeru, unsur-unsu patriotisme dan perpaduan menjadi intipati dalam perancangan kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan peringkat menengah. Mata pelajaran in membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik da kewarganegaraan melalui pengajaran dan pembelajaran yang berinteraktif da berpusatkan murid. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsi pendidikan yang penting iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know) belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning t live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Belaja untuk mengetahui dapat mengembangkan kebolehan murid menguasai ilmu da membantu mempengaruhi perasaan dan tingkah laku sivik. Belajar untu bertindak merujuk kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan d luar bilik darjah. Prinsip ini membolehkan murid menguasai kemahiran untu kerjaya masa depan dan kemahiran menghadapi serta menangani cabaran Belajar untuk membentuk peribadi penting bagi perkembangan menyeluru setiap individu yang merangkumi aspek rohani, fizikal, intelek, emosi dan sosia Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mengekalka keamanan dan keharmonian dan amat bersesuaian dengan latar masyaraka berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, unsur perpaduan dalam keluarga komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untu semua murid sekolah menengah. Selaras dengan ini, pihak sekola bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak da tanggungjawab sivik dan kewarganegaraan. Murid perlu dipupuk denga pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik dan kewarganegaraan untu melahirkan warganegara yang patriotik dan dapat memainkan peranan yan konstruktif dalam pembangunan negara.
  • 7. 2 Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedara kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegar yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraa masyarakat, negara dan dunia. Objektif Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan kemahiran dan nilai. Objektif Pengetahuan: i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhada pembangunan masyarakat dan negara. ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentuka masyarakat yang sejahtera. iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untu mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresi dinamik dan patriotik. v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhada pembangunan negara. vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang bole menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara. Objektif Kemahiran: i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirka keluarga yang bahagia. iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudka perpaduan negara. iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.
  • 8. 3 Objektif Nilai: i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat da negara. ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yan mapan. iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaa masyarakat Malaysia. iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantua demi kesejahteraan bersama. vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegar yang bertanggungjawab. vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan da keharmonian negara dan sejagat. Organisasi Kandungan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhada penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik. Pengetahuan sivik terdi daripada maklumat dan idea asas yang murid harus tahu serta menggunakanny untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan produktif. Makluma asas ini merangkumi aspek pencapaian kendiri, hubungan kekeluargaan masyarakat pelbagai kaum dan budaya di Malaysia, sistem politik da perundangan, ekonomi dan cabaran masa depan. Kemahiran sivik terdiri daripada kemahiran intelektual dan partisipator Penguasaan kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid membuat keputusan menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivik dan membe sumbangan terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Komponen nilai sivik terdiri daripada nilai murni yang perlu untuk melahirka insan yang berakhlak mulia dan warganegara yang bertanggungjawab. Nilai sivi ini, antara lain merangkumi toleransi, menghormati hak orang lain, adil, saksama patriotisme dan integriti. Nilai sivik juga menekankan komitmen untu memelihara proses demokrasi dan menghargai persamaan dan kelainan dalam masyarakat pelbagai budaya. 1. Kandungan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Kandungan mata pelajaran ini digubal secara tematik. Penggubalan tema in mengambil kira dimensi peribadi dan sosial murid yang berkembang dari di individu, hubungan dengan keluarga, masyarakat sekolah, komuniti luar sekolah negara dan cabaran masa depan yang juga merangkumi masyarakat globa
  • 9. 4 Dalam konteks ini unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik menjadi foku pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Tema yang ditetapkan adalah seperti berikut: i. Pencapaian Kendiri Tema ini menghuraikan tentang perkembangan diri ke ara kecemerlangan yang meliputi aspek identiti dan wawasan diri, sifat-sifa peribadi mulia, kebolehan membuat keputusan, pemilihan kerjaya da pendidikan sepanjang hayat. Topik dalam tema ini ialah: • Identiti diri • Penyelesaian konflik • Kecemerlangan diri • Pilihan kerjaya • Keputusan yang bijak dan adil • Wawasan diri • Perkembangan diri yang seimbang • Pendidikan sepanjang hayat untuk pembangunan negara • Perikemanusiaan ke arah kesejahteraan negara ii. Hubungan Kekeluargaan Tema ini menghuraikan pembinaan keluarga bahagia, keperlua berkeluarga dan persiapan hidup berkeluarga. Topik dalam tema in ialah: • Keluarga bahagia • Perpaduan dalam keluarga • Tanggungjawab terhadap keluarga • Keperluan berkeluarga • Persiapan membina keluarga ke arah pembentukan masyaraka mapan
  • 10. 5 iii. Hidup Bermasyarakat Tema ini menghuraikan aspek hubungan individu dengan anggot masyarakat dan alam sekitar, cara menangani isu-isu sosial da sumbangan individu terhadap pembangunan masyarakat dan negara Topik dalam tema ini ialah: • Bangga terhadap sekolah • Penjagaan dan peningkatan imej sekolah • Hormati hak orang lain • Pemupukan semangat kekitaan • Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar • Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah alam sekitar • Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat • Peraturan dan undang-undang dalam masyarakat • Sumbangan terhadap pembangunan masyarakat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan iv. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia Tema ini menghuraikan aspek pengekalan dan penghargaan terhada warisan budaya dan pemahaman tentang ajaran dan amalan pelbaga agama masyarakat Malaysia. Topik dalam tema ini ialah: • Cerita rakyat pelbagai kaum • Warisan kesenian pelbagai kaum • Adat resam dan pantang larang pelbagai kaum • Prinsip-prinsip penting dalam ajaran agama • Kepentingan amalan-amalan tertentu dalam perayaan pelbagai kaum • Sumbangan pelbagai pihak terhadap warisan budaya Malaysia • Mempromosikan warisan budaya Malaysia di dalam dan di luar negara v. Malaysia Negara Berdaulat Tema ini menghuraikan unsur patriotik dan kedaulatan negara, sistem pemerintahan negara dan hak dan tanggungjawab warganegara. Topi dalam tema ini ialah: • Kerajaan demokrasi • Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia • Raja Berperlembagaan • Tugas dan tanggungjawab warganegara dalam kerajaan demokras • Jentera pentadbiran Negara Malaysia • Kenali kementerian-kementerian di Malaysia • Kepentingan Perlembagaan Malaysia • Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia • Mengekalkan kedaulatan negara • Melengkapkan diri untuk mewarisi negara
  • 11. 6 vi. Cabaran Masa Depan Tema ini menghuraikan tanggungjawab dan sumbangan masyaraka terhadap negara dan keamanan sejagat serta kesediaan menghadap cabaran globalisasi. Topik dalam tema ini ialah: • Kesinambungan kesejahteraan rakyat • Kestabilan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara • Bekerjasama dan bersatu padu dalam menghadapi pelbagai cabaran • Mengekalkan keamanan negara dan sejagat • Memastikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dipraktikkan • Membina budaya kerja yang cemerlang ke arah kemakmuran nega • Pengguna yang rasional • Menjana pembangunan negara • Menangani cabaran globalisasi • Mengekalkan dan meningkatkan pengiktirafan dunia terhada negara Tema dalam mata pelajaran ini tidak terikat dengan urutan dan guru bole menyesuaikan tema-tema ini dengan aktiviti dan isu semasa yang berlaku dalam sekolah, masyarakat, negara atau di peringkat antarabangsa. Misalnya, tem Malaysia Negara Berdaulat boleh diajar dalam konteks sambutan bula kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabny sebagai warganegara dengan lebih berkesan dan bermakna. 2. Khidmat Masyarakat Khidmat Masyarakat merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Khidmat Masyarakat ialah kerja ama yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Murid dikehendak menjalankan satu projek Khidmat Masyarakat sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan. Melalui Khidmat Masyarakat ini, muri diharapkan dapat merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik Penyertaan murid dalam kerja projek ini juga dapat menyediakan warganegar yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan muri menjalankan kerja projek mengikut tingkatan dan tema seperti dalam senara cadangan di bawah. Namun begitu, murid boleh memilih projek Khidma Masyarakat lain yang difikirkan sesuai.
  • 12. 7 Tingkatan Tema Cadangan Khidmat Masyarakat 1 • Pencapaian Kendiri • Hubungan Kekeluargaan - Projek Learning to Say No - Projek Kaunseling Rakan Sebaya - Projek penjagaan kesihatan dan keselamatan diri - Kajian kehidupan keluarga pada masa depan - Profil keluarga asas dan kembangan 2 • Hidup Bermasyarakat - Projek mengindahkan kawasan tempat tinggal - Projek rekreasi tempat tinggal - Projek kenali jiran tetangga - Projek job week - Projek membantu warga tua di rumah kebajikan - Projek membersihkan tempat beribadat/ rumah orang tua/rumah kebajikan - Cadangan meningkatkan kemudahan awam untuk golongan kurang upaya - Projek khidmat sukarela di rumah anak yatim/kanak-kanak istimewa 3 • Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia - Persembahan kebudayaan pelbagai kaum - Projek jualan makanan pelbagai kaum - Pameran pelbagai budaya Malaysia - Cadangan pemuliharaan bangunan/artifak bersejarah - Kajian seni bina bangunan bersejarah - Projek stesen radio sekolah
  • 13. 8 Tingkatan Tema Cadangan Khidmat Masyarakat 4 • Malaysia Negara Berdaulat - Kajian tentang sumbangan pemimpin - Pengumpulan episod menarik dalam sejarah - Pengumpulan kisah/cerita patriotik - Pameran maksud/erti Merdeka - Kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan negara - Kajian tentang flora dan fauna di Malaysia - Cadangan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat: Contohnya:- › Meningkatkan sistem pengangkutan awam › Menempatkan semula setinggan › Membersihkan sungai/jalan/pantai/ kawasan rekreasi › Menghijaukan kawasan setempat 5 • Cabaran Masa Depan - Merancang mata pelajaran futuristik untuk sumber manusia masa depan - Projek merekacipta sistem pengangkutan mesra alam - Cadangan menyelesaikan masalah perumahan/kesesakan lalu lintas/ pengangkutan - Kajian punca dan cara mengatasi gejala gengsterisme di sekolah - Kajian tentang cabaran sistem kekeluargaan masa depan - Kajian kes isu sosial di kawasan setempat - Merancang khemah pelarian atau perkhidmatan kecemasan bencana alam - Merancang projek kerjasama serantau ke arah keamanan sejagat
  • 14. 9 Strategi Pelaksanaan Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebaga mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi pengajaran da pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus membe penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid da berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan muri tentang isu sivik dan kewarganegaraan, menerapkan pelbagai kemahiran da memupuk nilai sivik dan kewarganegaraan ke arah melahirkan warganegar yang bertanggungjawab, patriotik dan dapat menyumbang ke ara pembangunan negara. Penilaian Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik da Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, guru digalakka menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara cadangan bentuk penilaian yan boleh dijalankan ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan dan laporan.