SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  23
Bulat air kerana pembetung,
    Bulat manusia kerana muafakat.




Zaman beralih, musim bertukar
Aa
1.
             Air setitik dilautkan,

             Tanah sekepal digunungkan.




 Maknanya   : Memperbesar perkara yang kecil.
 Ayat       : Perbuatan Kalsom ibarat air setitik dilautkan, tanah
             sekepal digunungkan apabila sengaja
             memperbesarkan kesalahan kecil yang dilakukan oleh Hanim.


 2.
            Apa peduli pada kukuran,

            Nyiur juga yang akan habis.




Maknanya    : Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja
             tetapi orang yang melakukan kerja itu yang akan menghadapi
             kesukaran.


Ayat        : Memang mudah bagi Sani mengarahkan rakan-rakannya
             membersihkan kawasan hutan itu tetapi dia sendiri tidak turut
             serta. Sikap Sani itu ibarat apa peduli pada kukuran, nyiur juga
             yang akan habis.
3.
              Ayam ditambat disambar helang,

              Padi di tangan tumbuh lalang.


 Maknanya   : Nasib yang malang

 Ayat       : Nasib Ismail umpama ayam ditambat disambar helang, padi di
             tangan tumbuh lalang apabila kereta yang baru dibelinya telah
             dicuri orang.




                                                               Bb
4.

                  Berakit-rakit ke hulu,
                  Berenang-renang ke tepian,
                  Bersakit- sakit dahulu,
                  Bersenang-senang kemudian.




Maknanya    : Menempah kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan

Ayat        : Dahulu Mak Cik Hasnah hanya menjual kuih di sebuah gerai
             tetapi kini dia mempunyai restoran di pecan itu. Mak Cik Hasnah
             sentiasa mengamalkan prinsip berakit- rakit ke hulu, berenang-
             renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
             kemudian.
5.
               Berat mata memandang,

               Berat lagi bahu memikul.


Maknanya   : Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan,
             susah lagi orang yang mengalaminya.

 Ayat      : Penduduk Kampung Berembang bersimpati terhadap keluarga

            Yaacob yang kehilangan harta benda dalam kebakaran itu tetapi
            bagi Yaacob dan keluarganya , berat mata memandang, berat
            lagi bahu memikul.


6.

                    Berat sama dipikul,

                    Ringan sama dijinjing.



Maknanya   : Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja sama ada susah
            atau senang.


 Ayat      : “Perniagaan ayah menghadapi masalah kewangan. Serbagai
             anak kita harus berusaha untuk membantu ayah kerana berat
             sama dipikul, ringan sama dijinjing” kata Chandran kepada adik-
             adiknya.
6.

                 Bulat air kerana pembetung,

                 Bulat manusia kerana muafakat.



Maknanya   : Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan
             kerjasama yang erat.

Ayat       : Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup dengan aman
             dan damai kerana mereka mengamalkan sikap bulat air kerana
             pembetung, bulat manusia kerana muafakat.




                                                                   Cc
7.

                 Condong yang akan menongkat,

                 Rebah yang akan menegakkkan



Maknanya   : Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada
            kesusahan yang menimpa rakyatnya.

Ayat       : Selepas pilihan raya itu, rakyat berharap pemimpin yang terpilih
            akan berpegang pada kata-kata yang dilaungkan mereka dahulu
            kerana condong yang akan menongkat, rebah yang akan
            menegakkkan.
Dd
8.
                       Dengar cakap enggang,
                       Makan buah beluluk;
                       Dengar cakap orang,
                       Terjun masuk lubuk.


          Maknanya : Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah diusahakan
                      dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar
                      cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya.


      Ayat           : Shahrul mudah mendengar cakap kawan-kawannya dan akhirnya
                       perniagaan yang diusahakannya itu menerima kerugian yang
                       besar . Perbuatannya itu ibarat dengar cakap enggang, makan
                       buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk.


     9.
                                Dibakar tidak hangus,
                                dijemur tidak kering,
                                direndam tidak basah,
                                ditetak tidak putus.


      Maknanya       : Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras

          Ayat       : Puas sudah ibu Kamil menasihatinya tetapi dia tetap berdegil.
                      Sudah beberapa kali Kamil ditangkap polis tetapi apabila
                      dibebaskan, dia mengulangi perbuatan jahatnya itu. Kamil
                      memang dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam
                      tidak basah, ditetak tidak putus.
Ee
10.



              Elok kata dalam muafakat,

              Buruk kata di luar muafakat,



       Maknanya   : Sesuatu yang hendak dilakukan , elok dibicarakan dahulu dengan
                   kaum keluarga dan sebagainyasupaya pekerjaan itu selamat.


       Ayat       : Jais meminta pendapat ahli keluarganya tentang pilihan hatinya,
                    Aini yang akan dinikahinya. Dia gembira kerana mereka
                    menyetujui pilihan hatinya itu. Tindakannya itu tidak ubah seperti
                    elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat.



 11.

                  Enak lauk dikunyah-kunyah,

                   Enak kata diulang-ulang.

       Maknanya   : Nasihat untuk kebaikan perlu diulang berkali-kali.

      Ayat        : Mak Siah selalu menasihati anak-anaknya supaya rajin belajar

                   kerana pelajaran itu merupakan bekalan untuk masa hadapan.
                   ,Mak Siah akan terus menasihati anak-anaknya kerana baginya,
                   enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
Gg
12.

           Gajah mati meninggalkan tulang,

           Harimau mati meninggalkan belang,

           Manusia mati meninggalkan nama.




Maknanya      : Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah

               meninggal dunia.

Ayat          : Almarhum Tunku Abdul Rahman tetap dikenang oleh rakyat

               kerana jasa dan bakti beliau kepada negara seperti gajah mati

                meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang,

                manusia mati meninggalkan nama.

13.
              Gantung tak bertali,

              Salai tak berapi.




       Maknanya     : Seorang suami yang meninggalkan isteri tanpa memberi
                      nafkah atau menceraikannya.

       Ayat         : Oleh sebab isterinya tidak setia kepadanya, Amir telah

                     meninggalkan isterinya itu dengan gantung tak bertali,

                     salai tak berapi.
Hh
14.

                   Hati gajah sama dilapah,

                   Hati kuman sama dicecah.


  Maknanya   : Pembahagian yang sama rata, beruntung banyak sama-sama
              mendapat banyak, beruntung sedikit sama-samamendapat sedikit

  Ayat       : Pelabur-pelabur saham itu mendapat keuntungan yang banyak

              pada tahun lalu tetapi pada tahun ini mereka mendapat

              keuntungan yang sedikit. Walaubagaimanapun mereka berpuas

              hati kerana hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah.



 15.
                     Hidup dikandung adat,

                     Mati dikandung tanah.




  Maknanya   : Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang
              ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan


  Ayat       : Walaupun kadangkala Ramli tidak bersetuju dengan peraturan-
               peraturan yang telah ditetapkan oleh ibu dan bapanya tetapi
               sebagai anak dia terpaksa mematuhinya kerana hidup dikandung
               adat, mati dikandung tanah.
Hujan emas di negeri orang,
      16.
                               hujan batu di negeri sendiri,

                               baik di negeri sendiri




                 Maknanya     : Walau lebih baik negera orang dengan negara sendiri,
                                lebih baik berada di negara sendiri.


                 Ayat         : Selama empat tahun Amri berada di Jepun yang terkenal
                                sebagai sebuah negara maju tetapi dia tetap merindui
                               negara Malaysia. Bagi Rosli hujan emas di negeri
                               orang, hujan batu di negeri sendiri, baik di negeri
                               sendiri.




17.
                         Hutang darah dibayar darah,

      .                  Hutang nyawa dibalas nyawa.



          Maknanya : Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan
                         kesalahannya.


          Ayat          : Penjahat yang telah banyak melakukan rompakan dan
                         pembunuhan itu telah dihukum gantung sampai mati keranah
                         hutang darah dibayar darah, hutang nyawa dibalas nyawa.
Jj
18.
              Jauh perjalanan banyak pemandangan,

              Lama hidup banyak dirasa.




 Maknanya    : Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita

              lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup banyaklah
              pengalamannya.

 Ayat        : Pemuda yang telah lama merantau itu mempunyai pelbagai

              pengalaman hidup. Begitulah, jika jauh perjalanan banyak

              pemandangan, lama hidup banyak dirasa.




 19.

            Kasihkan anak tangan-tangankan,
                                                                    Kk
            kasihkan isteri tinggal- tinggalkan



  Maknanya : Jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi.

  Ayat       : Puan Normah amat menyayangi anak tunggalnya tetapi dia juga
               tahu bahawa kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan
               isteri tinggal-tinggalkan. Oleh itu, dia tidak teragak-agak
               memarahi anaknya jika dia melakukan kesalahan
20.                    Kata seorang dibulati,
                       Kata bersama diperiakan.

 Maknanya        : Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri, tetapi urusan orang
                   ramai perlu dirundingkan bersama-sama

 Ayat            : Pak Dolah memang setuju dengan segelintir penduduk kampunya

                   yang ingin merobohkan surau lama itu. Walau bagaimanapun,

                   sebagai ketua kampung dia perlu membincangkan hal itu kerana

                   kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan.



  21.
                               Ke bukit sama didaki,
                                Ke lurah sama dituruni.


      Maknanya : Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan.

       Ayat      : Amin dan Ali sentiasa bersama-sama dalam hal syarikatnya
                  kerana baginya ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
  22.

                           Kerbau dipegang pada talinya,

                           Manusia dipegang pada janjinya.



      Maknanya : Segala janji yang telah dilafaz mestilah ditepati.

      Ayat       : Setelah memenangi pilihan raya di kawasannya, wakil rakyat itu

                   telah menunaikan janjinya kepada penduduk kampong tersebut

                   kerana dia sedar bahawa kerbau dipegang pada talinya,

                   manusia dipegang pada janjinya.
23.            Kuman di seberang laut nampak,

                Gajah di bibir mata tak kelihatan.


 Maknanya : Kesalahan orang walaupun kecil Nampak tetapi kesalahan sendiri
            yang besar tidak disedari.


 Ayat       : Dia nampak akan kesalahan yang dilakukan oleh jirannya

              sedangkan kesalahannya mengumpat orang tidak disedari,

              seperti kuman di seberang laut Nampak, gajah di bibir mata

             tak kelihatan.




24.
                                                             Ll
                     Lain dulang lain kakinya,
                     lain orang lain hati.




Maknanya    : Manusia mempunyai kehendak dan kemahuan yang berbeza.

Ayat        : Kok Liong dan Kok Siang adik-beradik kembar tetapi mereka

             meminati sukan dan hobi yang berlainan kerana lain dulang lain

             kaki, lain orang laian hati.
25.
                Laut mana yang tidak berombak,

                Bumi mana yang tak ditimpa hujan.



Maknanya : Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

 Ayat      : Kita tidak harus mudah berputus asa apabila menghadapi

             masalah dalam perniagaan kerana laut mana yang tak

             berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan.




26.            Lengkuas di tepi kandang,

               Tegak puas badan menyandang.


 Makna     : Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung akibatnya.

 Ayat      : “Tindakan yang bakal kamu ambil itu menyalahi undang-undang.

             Oleh itu, berfikir dengan teliti sebelum bertindak kerana lengkuas

             di tepi kandang, tegak puas badan menyandang,” kata Leman

             kepada kawannya.
27.
                                                                Mn
                   Masuk kandang kambing mengembek,
                   Masuk kandang kerbau menguak.




      Maknanya: Apabila kiata berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut

                 adat resam masyarakat di situ.

      Ayat      : Kalau kita berada di negara asing, kita hendaklah patut
                  menyesuaikan diri dengan adat resam negara itu kerana masuk
                  kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.




28.
                                                                  Nn
                   Nasi sama ditanak,

                   Kerak dimakan seorang.




  Maknanya      : Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya
                  diambil seorang.

  Ayat          : Khairuddin berkongsi perniagaan dengan Fauzan. Malangnya
                   Khairuddin mengaut keuntungan perniagaan itu seorang diri.
                   Perbuatan Khairuddin umpama nasi sama ditanak, kerak
                   dimakan seorang.
Oo
 29

                        Orang berbudi kita berbahasa,

                        Orang memberi kita merasa.



      Maknanya   : Kalau orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya
                   dengan baik.

      Ayat       : Segala jasa dan pertolongan yang kita terima daripada seseorang
                  hendaklah dibalas dengan menolongnya apabila dia
                  memerlukannya kerana orang berbudi kita berbahasa, orang
                  memberi kita merasa.




                                                               Pp
30.

             Putus tali boleh disambung,

             patah arang patah sekali.

      Maknanya   : Bercerai hidup masih ada peluang berjumpa, tetapi berserai mati
                  bercerai selama-lamanya.

  Ayat           : “Janganlah kamu merajuk dengan suamimu, Intan. Putus tali
                   boleh disambung, patah arang patah sekali,” kata kakak
                   kepada Intan yang merajuk kerana perbuatan suaminya itu.
31.


             Patah lidah alamat kalah,
             patah keris alamat mati.




  Maknanya : Apabila alat-alat kerja sudah rosak atau hilang, maka kerja-kerja

                  akan tergendala.

  Ayat          : Kerja Pak Ali untuk membaiki pondok tersebut tergendala apabila

                  beberapa alatan kerjanya telah hilang umpama patah lidah

                  alamat kalah, patah keris alamat mati.




 32.
                                                                 Rr
                    Raja adil raja disembah,
                    raja zalim raja disanggah.



      Makananya: Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi

                  rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci rakyatnya.


      Ayat      : Rakyat negeri ini amat menyanjung raja mereka kerana
                  pemerintahan baginda yang adil lagi saksama, bak kata pepatah
                  raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
33.

                 Ringan sama dijinjing,

                 berat sama dipikul.



 Maknanya        : Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama

 Ayat            : Masyarakat kampong itu hidup bermuafakat. Mereka akan

                  bergotong-royong untuk membuat sesuatu pekerjaan kerana

                  mereka berpegang teguh pada prinsip ringan sama dijinjing,

                  berat sama dipikul.




34.                                                            Ss
               Sedangkan bah kapal tak hanyut,

               Inikan pula kemarau panjang.




      Maknanya : Pada masa ada mata pencarian tidak boleh hidup senang, inikan
                       Sama-sama ikut
                 pula tanpa pekerjaan.
                      bertanggungjawab.

      Ayat       : Semasa Pak Tabrani bekerja dahulu, hidupnya tidak pernah

                  senang kerana banyak hutang. Inikan pula selepas bersara

                  kerana sedangkan bah kapal tak hanyut. Inikan pula kemarau

                  panjang.
35.
                   Syarak yang mengata,
                   Adat yang memaksa


Maknanya   : Hukum agama dan adat tidak dapat dipisahkkan.

                     Sama-sama ikut
 Ayat               bertanggungjawab.
           : Keluarga Azim berpegang teguh kepada ajaran agama namun
            adat resam yang tidak bertentangan tetap dipelihara kerana
            syarak yang mengata, adat yang memaksa.




                                                      Tt
36.          Tak lekang dek panas,

             tak lapuk dek hujan.


Maknanya   : Sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa.

Ayat       : Batik merupakan seni warisan orang Melayu sejak zaman dahulu
            lagi dan masih diminati oleh ramai orang kerana buatannya yang
                     Sama-sama ikut
            halus seperti peribahasa tak lekang dek panas tak lapuk dek
                    bertanggungjawab.
            hujan.
37.


              Tembak yang beralamat,

              Tujuan yang bermaksud.


Maknanya      : Segala perbuatan dan kata-kata tertentu ada tujuan dan maksud

                  sebaliknya.

Ayat          :   Pagi-pagi lagi Amin mengucapkan salam dan menolong ibunya
                  mengemas rumah. Amin ingin meminta kebenaran daripada
                       Sama-sama ikut
                      bertanggungjawab.
                  ibunya untuk menyertai perkhemahan bersama
                  keluarganya.Tingkah lakunya umpama tembak yang beralamat,
                  tujuan yang bermaksud.


38

                      Tutup lutut terbuka pusat,

                      Lepas kaki leher terjerat.



       Makananya :Terlalu banyak melakukan kesilapan atau kesalahan, lepas

                       satu tapi tertangkap pada yang lain.

       Ayat          : Walaupun Azli terlepas daripada tuduhan memberi rasuah,
                             Sama-sama ikut
                       namaun dia tidak terlepas daripada tuduhan pecah
                            bertanggungjawab.
                       amanah yang dilakaukan di pejabatnya.
Uu
39.
                      Usahlah aku aku tak endah,
                      Ada aku dipandang hadap,
                      Tiada aku dipandang belakang



Maknanya       : Jangan pura-pura kasih.

 Ayat          : Aminah sudah meluat melihat perangai suaminya yang buat-buat

                sayang Sama-sama sedangkan dia suka bermain kayu tiga ibarat
                       kepadanya ikut bertanggungjawab.

                pepatah usahlah aku aku tak endah,ada aku dipandang hadap,

               tiada aku dipandang belakang


40.                     Ular dipalu biarlah mati,
                        pemalu janganlah patah,
                        tanah janganlah lembang.


        Makananya : Apabila membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan
                      cermat, bijak, dan berhati-hati.


        Ayat                    Sama-sama ikut
                     : Usah kamu hendak mendamaikan dua kumpulan yang
                               bertanggungjawab.
                       berlainan pendapat dan fahaman. Jalan
                       penyelesaiannnya hendaklah dilakukan dengan bijaksana
                       ibarat Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah,
                       tanah janganlah lembang.
41.
                      Usul menunjukkan asal,
                      bahasa menunjukkan bangsa.


Maknanya    : Dengan memerhatikan perangai seseorang dapatlah kita menilai

             asal keturunannya sama ada daripada baka yang baik atau

              daripada baka yang tidak baik.
                         Sama-sama ikut bertanggungjawab.
Ayat        : Daripada percakapan dan budi bahasanya yang halus itu,

             dapatlah kita mengagak bahawa dia berasal daripada baka yang

             baik atau daripada keluarga yang baik-baik kerana sesungguhnya

             usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa.




                                                            Ww
42.
                  Walau disepuh emas lancang,
                  kilat tembaga tampak juga.




 Maknanya : Bagaimana diajar sekalipun, orang yang biadab itu kelihatan
             juga perangainya yang kurang baik.
                    Sama-sama ikut bertanggungjawab.


 Ayat       : Sudah puas Cikgu Hanim menasihati Ali yang nakal itu agar
              berhenti bercakap semasa guru mengajar di hadapan kelas,
              tetapi dia tetap tidak berub ah kerana walau disepuh emas
              lancang, kilat tembaga tampak juga.
Zz
43.

             Zaman beralih,

             Musim bertukar.


                      Sama-sama ikut
                     bertanggungjawab.
 Maknanya   : Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan masa.

 Ayat       : Pendapat kebanyakan generasi tua tidak selaras dengan

            kemajuan semasa dan kehendak generasi muda kerana zaman

            beralih, musim bertukar.

Contenu connexe

Tendances

14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayuAan Samad
 
Kata kata hikmat
Kata kata hikmatKata kata hikmat
Kata kata hikmatok
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)Ummu Khair
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat MajmukMat Yuih
 
Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifKata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifTuty Erahayu
 
Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.
Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.
Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.Mohd Fadil Talib
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Jessyca Ungat
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...Normarjana Ibrahim
 
Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifly infinitryx
 
Sajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum MawarSajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum MawarTanusia Nantha
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaamiraaa96
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmMuhammad Syahir
 

Tendances (20)

Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Peribahasa tahun 5
Peribahasa tahun 5Peribahasa tahun 5
Peribahasa tahun 5
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu
 
Kata kata hikmat
Kata kata hikmatKata kata hikmat
Kata kata hikmat
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat Majmuk
 
Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifKata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitif
 
Pola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokalPola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokal
 
Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.
Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.
Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.
 
Drama Hadiah
Drama HadiahDrama Hadiah
Drama Hadiah
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
 
1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektif
 
Sajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum MawarSajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum Mawar
 
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bm
 

En vedette

Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2azmega12
 
1.dokumen perniagaan
1.dokumen perniagaan1.dokumen perniagaan
1.dokumen perniagaanIntan Anwar
 
Mari belajar membaca
Mari belajar membacaMari belajar membaca
Mari belajar membacaazmega12
 
Kaedah Latihan Fartlek
Kaedah Latihan FartlekKaedah Latihan Fartlek
Kaedah Latihan Fartleksyafiqahharris
 
Kesihatan & Kecergasan Diri
Kesihatan & Kecergasan DiriKesihatan & Kecergasan Diri
Kesihatan & Kecergasan Dirisyafiqahharris
 
ukuran berangka sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakan
ukuran berangka sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakanukuran berangka sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakan
ukuran berangka sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakansyafiqahharris
 
Kertas Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1 Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1 Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1 Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1 Tahun 5 KSSRar-rifke.com
 
Perkataan kv + kv + kv
Perkataan kv + kv + kvPerkataan kv + kv + kv
Perkataan kv + kv + kvFarhan Yusoff
 
Kamus perbilangan
Kamus perbilanganKamus perbilangan
Kamus perbilanganazmega12
 
Fiqh solat nabi ebook
Fiqh solat nabi ebookFiqh solat nabi ebook
Fiqh solat nabi ebookPojieGanu
 
Soalan jawi tahun 1 6 bulan pertama
Soalan jawi tahun 1  6 bulan pertamaSoalan jawi tahun 1  6 bulan pertama
Soalan jawi tahun 1 6 bulan pertamaSuraya Hassan
 
Mtap grade 3 session 4 5 6
Mtap grade  3 session 4 5 6Mtap grade  3 session 4 5 6
Mtap grade 3 session 4 5 6qnie26 Moncada
 
01 isi kandungan t4 spm2013
01 isi kandungan t4 spm201301 isi kandungan t4 spm2013
01 isi kandungan t4 spm2013Intan Anwar
 
Bacaan mudah pyramid
Bacaan mudah pyramidBacaan mudah pyramid
Bacaan mudah pyramidFarhan Yusoff
 

En vedette (20)

Vokalsamlan
VokalsamlanVokalsamlan
Vokalsamlan
 
Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2
 
1.dokumen perniagaan
1.dokumen perniagaan1.dokumen perniagaan
1.dokumen perniagaan
 
Mari belajar membaca
Mari belajar membacaMari belajar membaca
Mari belajar membaca
 
Kaedah Latihan Fartlek
Kaedah Latihan FartlekKaedah Latihan Fartlek
Kaedah Latihan Fartlek
 
Kesihatan & Kecergasan Diri
Kesihatan & Kecergasan DiriKesihatan & Kecergasan Diri
Kesihatan & Kecergasan Diri
 
Latihan kv + kv
Latihan kv + kvLatihan kv + kv
Latihan kv + kv
 
ukuran berangka sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakan
ukuran berangka sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakanukuran berangka sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakan
ukuran berangka sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakan
 
Kvkkvk
KvkkvkKvkkvk
Kvkkvk
 
Kertas Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1 Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1 Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1 Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1 Tahun 5 KSSR
 
Perkataan kv + kv + kv
Perkataan kv + kv + kvPerkataan kv + kv + kv
Perkataan kv + kv + kv
 
Kamus perbilangan
Kamus perbilanganKamus perbilangan
Kamus perbilangan
 
Kvkvkv
KvkvkvKvkvkv
Kvkvkv
 
Fiqh solat nabi ebook
Fiqh solat nabi ebookFiqh solat nabi ebook
Fiqh solat nabi ebook
 
Soalan jawi tahun 1 6 bulan pertama
Soalan jawi tahun 1  6 bulan pertamaSoalan jawi tahun 1  6 bulan pertama
Soalan jawi tahun 1 6 bulan pertama
 
Mtap grade 3 session 4 5 6
Mtap grade  3 session 4 5 6Mtap grade  3 session 4 5 6
Mtap grade 3 session 4 5 6
 
Sistem Otot
Sistem OtotSistem Otot
Sistem Otot
 
01 isi kandungan t4 spm2013
01 isi kandungan t4 spm201301 isi kandungan t4 spm2013
01 isi kandungan t4 spm2013
 
Bacaan mudah pyramid
Bacaan mudah pyramidBacaan mudah pyramid
Bacaan mudah pyramid
 
E.L.A - Verbs
E.L.A - VerbsE.L.A - Verbs
E.L.A - Verbs
 

Similaire à Bulat air kerana pembetung

Similaire à Bulat air kerana pembetung (13)

Peribahasa
Peribahasa Peribahasa
Peribahasa
 
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
 
Peribahasa melayu
Peribahasa melayuPeribahasa melayu
Peribahasa melayu
 
Tingkatan 3-peribahasa
Tingkatan 3-peribahasaTingkatan 3-peribahasa
Tingkatan 3-peribahasa
 
Kumpulan Peribahasa
Kumpulan PeribahasaKumpulan Peribahasa
Kumpulan Peribahasa
 
Slaid Peribahasa Men 4
Slaid Peribahasa Men 4Slaid Peribahasa Men 4
Slaid Peribahasa Men 4
 
PEPATAH TAHUN 8 Maksud dan contoh ayat..
PEPATAH TAHUN 8 Maksud dan contoh ayat..PEPATAH TAHUN 8 Maksud dan contoh ayat..
PEPATAH TAHUN 8 Maksud dan contoh ayat..
 
Peribahasa menengah 2 faridmohd
Peribahasa menengah 2 faridmohdPeribahasa menengah 2 faridmohd
Peribahasa menengah 2 faridmohd
 
Latihan peribahasa
Latihan peribahasaLatihan peribahasa
Latihan peribahasa
 
Sajak Kecek
Sajak KecekSajak Kecek
Sajak Kecek
 
Kamus perumpamaan
Kamus perumpamaanKamus perumpamaan
Kamus perumpamaan
 
Kamus Perumpamaan
Kamus PerumpamaanKamus Perumpamaan
Kamus Perumpamaan
 
02 unit 1
02 unit 102 unit 1
02 unit 1
 

Bulat air kerana pembetung

  • 1. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Zaman beralih, musim bertukar
  • 2. Aa 1. Air setitik dilautkan, Tanah sekepal digunungkan. Maknanya : Memperbesar perkara yang kecil. Ayat : Perbuatan Kalsom ibarat air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan apabila sengaja memperbesarkan kesalahan kecil yang dilakukan oleh Hanim. 2. Apa peduli pada kukuran, Nyiur juga yang akan habis. Maknanya : Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu yang akan menghadapi kesukaran. Ayat : Memang mudah bagi Sani mengarahkan rakan-rakannya membersihkan kawasan hutan itu tetapi dia sendiri tidak turut serta. Sikap Sani itu ibarat apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis.
  • 3. 3. Ayam ditambat disambar helang, Padi di tangan tumbuh lalang. Maknanya : Nasib yang malang Ayat : Nasib Ismail umpama ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang apabila kereta yang baru dibelinya telah dicuri orang. Bb 4. Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit- sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian. Maknanya : Menempah kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan Ayat : Dahulu Mak Cik Hasnah hanya menjual kuih di sebuah gerai tetapi kini dia mempunyai restoran di pecan itu. Mak Cik Hasnah sentiasa mengamalkan prinsip berakit- rakit ke hulu, berenang- renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
  • 4. 5. Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul. Maknanya : Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya. Ayat : Penduduk Kampung Berembang bersimpati terhadap keluarga Yaacob yang kehilangan harta benda dalam kebakaran itu tetapi bagi Yaacob dan keluarganya , berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 6. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Maknanya : Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja sama ada susah atau senang. Ayat : “Perniagaan ayah menghadapi masalah kewangan. Serbagai anak kita harus berusaha untuk membantu ayah kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” kata Chandran kepada adik- adiknya.
  • 5. 6. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Maknanya : Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat. Ayat : Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup dengan aman dan damai kerana mereka mengamalkan sikap bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Cc 7. Condong yang akan menongkat, Rebah yang akan menegakkkan Maknanya : Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya. Ayat : Selepas pilihan raya itu, rakyat berharap pemimpin yang terpilih akan berpegang pada kata-kata yang dilaungkan mereka dahulu kerana condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkkan.
  • 6. Dd 8. Dengar cakap enggang, Makan buah beluluk; Dengar cakap orang, Terjun masuk lubuk. Maknanya : Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah diusahakan dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya. Ayat : Shahrul mudah mendengar cakap kawan-kawannya dan akhirnya perniagaan yang diusahakannya itu menerima kerugian yang besar . Perbuatannya itu ibarat dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk. 9. Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus. Maknanya : Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras Ayat : Puas sudah ibu Kamil menasihatinya tetapi dia tetap berdegil. Sudah beberapa kali Kamil ditangkap polis tetapi apabila dibebaskan, dia mengulangi perbuatan jahatnya itu. Kamil memang dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus.
  • 7. Ee 10. Elok kata dalam muafakat, Buruk kata di luar muafakat, Maknanya : Sesuatu yang hendak dilakukan , elok dibicarakan dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainyasupaya pekerjaan itu selamat. Ayat : Jais meminta pendapat ahli keluarganya tentang pilihan hatinya, Aini yang akan dinikahinya. Dia gembira kerana mereka menyetujui pilihan hatinya itu. Tindakannya itu tidak ubah seperti elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat. 11. Enak lauk dikunyah-kunyah, Enak kata diulang-ulang. Maknanya : Nasihat untuk kebaikan perlu diulang berkali-kali. Ayat : Mak Siah selalu menasihati anak-anaknya supaya rajin belajar kerana pelajaran itu merupakan bekalan untuk masa hadapan. ,Mak Siah akan terus menasihati anak-anaknya kerana baginya, enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
  • 8. Gg 12. Gajah mati meninggalkan tulang, Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama. Maknanya : Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah meninggal dunia. Ayat : Almarhum Tunku Abdul Rahman tetap dikenang oleh rakyat kerana jasa dan bakti beliau kepada negara seperti gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. 13. Gantung tak bertali, Salai tak berapi. Maknanya : Seorang suami yang meninggalkan isteri tanpa memberi nafkah atau menceraikannya. Ayat : Oleh sebab isterinya tidak setia kepadanya, Amir telah meninggalkan isterinya itu dengan gantung tak bertali, salai tak berapi.
  • 9. Hh 14. Hati gajah sama dilapah, Hati kuman sama dicecah. Maknanya : Pembahagian yang sama rata, beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-samamendapat sedikit Ayat : Pelabur-pelabur saham itu mendapat keuntungan yang banyak pada tahun lalu tetapi pada tahun ini mereka mendapat keuntungan yang sedikit. Walaubagaimanapun mereka berpuas hati kerana hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah. 15. Hidup dikandung adat, Mati dikandung tanah. Maknanya : Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan Ayat : Walaupun kadangkala Ramli tidak bersetuju dengan peraturan- peraturan yang telah ditetapkan oleh ibu dan bapanya tetapi sebagai anak dia terpaksa mematuhinya kerana hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
  • 10. Hujan emas di negeri orang, 16. hujan batu di negeri sendiri, baik di negeri sendiri Maknanya : Walau lebih baik negera orang dengan negara sendiri, lebih baik berada di negara sendiri. Ayat : Selama empat tahun Amri berada di Jepun yang terkenal sebagai sebuah negara maju tetapi dia tetap merindui negara Malaysia. Bagi Rosli hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik di negeri sendiri. 17. Hutang darah dibayar darah, . Hutang nyawa dibalas nyawa. Maknanya : Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan kesalahannya. Ayat : Penjahat yang telah banyak melakukan rompakan dan pembunuhan itu telah dihukum gantung sampai mati keranah hutang darah dibayar darah, hutang nyawa dibalas nyawa.
  • 11. Jj 18. Jauh perjalanan banyak pemandangan, Lama hidup banyak dirasa. Maknanya : Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup banyaklah pengalamannya. Ayat : Pemuda yang telah lama merantau itu mempunyai pelbagai pengalaman hidup. Begitulah, jika jauh perjalanan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa. 19. Kasihkan anak tangan-tangankan, Kk kasihkan isteri tinggal- tinggalkan Maknanya : Jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi. Ayat : Puan Normah amat menyayangi anak tunggalnya tetapi dia juga tahu bahawa kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan. Oleh itu, dia tidak teragak-agak memarahi anaknya jika dia melakukan kesalahan
  • 12. 20. Kata seorang dibulati, Kata bersama diperiakan. Maknanya : Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri, tetapi urusan orang ramai perlu dirundingkan bersama-sama Ayat : Pak Dolah memang setuju dengan segelintir penduduk kampunya yang ingin merobohkan surau lama itu. Walau bagaimanapun, sebagai ketua kampung dia perlu membincangkan hal itu kerana kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan. 21. Ke bukit sama didaki, Ke lurah sama dituruni. Maknanya : Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan. Ayat : Amin dan Ali sentiasa bersama-sama dalam hal syarikatnya kerana baginya ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. 22. Kerbau dipegang pada talinya, Manusia dipegang pada janjinya. Maknanya : Segala janji yang telah dilafaz mestilah ditepati. Ayat : Setelah memenangi pilihan raya di kawasannya, wakil rakyat itu telah menunaikan janjinya kepada penduduk kampong tersebut kerana dia sedar bahawa kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.
  • 13. 23. Kuman di seberang laut nampak, Gajah di bibir mata tak kelihatan. Maknanya : Kesalahan orang walaupun kecil Nampak tetapi kesalahan sendiri yang besar tidak disedari. Ayat : Dia nampak akan kesalahan yang dilakukan oleh jirannya sedangkan kesalahannya mengumpat orang tidak disedari, seperti kuman di seberang laut Nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan. 24. Ll Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hati. Maknanya : Manusia mempunyai kehendak dan kemahuan yang berbeza. Ayat : Kok Liong dan Kok Siang adik-beradik kembar tetapi mereka meminati sukan dan hobi yang berlainan kerana lain dulang lain kaki, lain orang laian hati.
  • 14. 25. Laut mana yang tidak berombak, Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Maknanya : Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Ayat : Kita tidak harus mudah berputus asa apabila menghadapi masalah dalam perniagaan kerana laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan. 26. Lengkuas di tepi kandang, Tegak puas badan menyandang. Makna : Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung akibatnya. Ayat : “Tindakan yang bakal kamu ambil itu menyalahi undang-undang. Oleh itu, berfikir dengan teliti sebelum bertindak kerana lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang,” kata Leman kepada kawannya.
  • 15. 27. Mn Masuk kandang kambing mengembek, Masuk kandang kerbau menguak. Maknanya: Apabila kiata berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ. Ayat : Kalau kita berada di negara asing, kita hendaklah patut menyesuaikan diri dengan adat resam negara itu kerana masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. 28. Nn Nasi sama ditanak, Kerak dimakan seorang. Maknanya : Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya diambil seorang. Ayat : Khairuddin berkongsi perniagaan dengan Fauzan. Malangnya Khairuddin mengaut keuntungan perniagaan itu seorang diri. Perbuatan Khairuddin umpama nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang.
  • 16. Oo 29 Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa. Maknanya : Kalau orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya dengan baik. Ayat : Segala jasa dan pertolongan yang kita terima daripada seseorang hendaklah dibalas dengan menolongnya apabila dia memerlukannya kerana orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Pp 30. Putus tali boleh disambung, patah arang patah sekali. Maknanya : Bercerai hidup masih ada peluang berjumpa, tetapi berserai mati bercerai selama-lamanya. Ayat : “Janganlah kamu merajuk dengan suamimu, Intan. Putus tali boleh disambung, patah arang patah sekali,” kata kakak kepada Intan yang merajuk kerana perbuatan suaminya itu.
  • 17. 31. Patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati. Maknanya : Apabila alat-alat kerja sudah rosak atau hilang, maka kerja-kerja akan tergendala. Ayat : Kerja Pak Ali untuk membaiki pondok tersebut tergendala apabila beberapa alatan kerjanya telah hilang umpama patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati. 32. Rr Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Makananya: Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci rakyatnya. Ayat : Rakyat negeri ini amat menyanjung raja mereka kerana pemerintahan baginda yang adil lagi saksama, bak kata pepatah raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
  • 18. 33. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Maknanya : Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama Ayat : Masyarakat kampong itu hidup bermuafakat. Mereka akan bergotong-royong untuk membuat sesuatu pekerjaan kerana mereka berpegang teguh pada prinsip ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. 34. Ss Sedangkan bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. Maknanya : Pada masa ada mata pencarian tidak boleh hidup senang, inikan Sama-sama ikut pula tanpa pekerjaan. bertanggungjawab. Ayat : Semasa Pak Tabrani bekerja dahulu, hidupnya tidak pernah senang kerana banyak hutang. Inikan pula selepas bersara kerana sedangkan bah kapal tak hanyut. Inikan pula kemarau panjang.
  • 19. 35. Syarak yang mengata, Adat yang memaksa Maknanya : Hukum agama dan adat tidak dapat dipisahkkan. Sama-sama ikut Ayat bertanggungjawab. : Keluarga Azim berpegang teguh kepada ajaran agama namun adat resam yang tidak bertentangan tetap dipelihara kerana syarak yang mengata, adat yang memaksa. Tt 36. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Maknanya : Sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa. Ayat : Batik merupakan seni warisan orang Melayu sejak zaman dahulu lagi dan masih diminati oleh ramai orang kerana buatannya yang Sama-sama ikut halus seperti peribahasa tak lekang dek panas tak lapuk dek bertanggungjawab. hujan.
  • 20. 37. Tembak yang beralamat, Tujuan yang bermaksud. Maknanya : Segala perbuatan dan kata-kata tertentu ada tujuan dan maksud sebaliknya. Ayat : Pagi-pagi lagi Amin mengucapkan salam dan menolong ibunya mengemas rumah. Amin ingin meminta kebenaran daripada Sama-sama ikut bertanggungjawab. ibunya untuk menyertai perkhemahan bersama keluarganya.Tingkah lakunya umpama tembak yang beralamat, tujuan yang bermaksud. 38 Tutup lutut terbuka pusat, Lepas kaki leher terjerat. Makananya :Terlalu banyak melakukan kesilapan atau kesalahan, lepas satu tapi tertangkap pada yang lain. Ayat : Walaupun Azli terlepas daripada tuduhan memberi rasuah, Sama-sama ikut namaun dia tidak terlepas daripada tuduhan pecah bertanggungjawab. amanah yang dilakaukan di pejabatnya.
  • 21. Uu 39. Usahlah aku aku tak endah, Ada aku dipandang hadap, Tiada aku dipandang belakang Maknanya : Jangan pura-pura kasih. Ayat : Aminah sudah meluat melihat perangai suaminya yang buat-buat sayang Sama-sama sedangkan dia suka bermain kayu tiga ibarat kepadanya ikut bertanggungjawab. pepatah usahlah aku aku tak endah,ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang 40. Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang. Makananya : Apabila membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan berhati-hati. Ayat Sama-sama ikut : Usah kamu hendak mendamaikan dua kumpulan yang bertanggungjawab. berlainan pendapat dan fahaman. Jalan penyelesaiannnya hendaklah dilakukan dengan bijaksana ibarat Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang.
  • 22. 41. Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa. Maknanya : Dengan memerhatikan perangai seseorang dapatlah kita menilai asal keturunannya sama ada daripada baka yang baik atau daripada baka yang tidak baik. Sama-sama ikut bertanggungjawab. Ayat : Daripada percakapan dan budi bahasanya yang halus itu, dapatlah kita mengagak bahawa dia berasal daripada baka yang baik atau daripada keluarga yang baik-baik kerana sesungguhnya usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa. Ww 42. Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga. Maknanya : Bagaimana diajar sekalipun, orang yang biadab itu kelihatan juga perangainya yang kurang baik. Sama-sama ikut bertanggungjawab. Ayat : Sudah puas Cikgu Hanim menasihati Ali yang nakal itu agar berhenti bercakap semasa guru mengajar di hadapan kelas, tetapi dia tetap tidak berub ah kerana walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga.
  • 23. Zz 43. Zaman beralih, Musim bertukar. Sama-sama ikut bertanggungjawab. Maknanya : Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan masa. Ayat : Pendapat kebanyakan generasi tua tidak selaras dengan kemajuan semasa dan kehendak generasi muda kerana zaman beralih, musim bertukar.