SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
RUPA BENTUK KURIKULUM ABAD KE 21


                            PENGENALAN

Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu
rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan,
kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada
ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan
pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan engara.
Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)
kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :

 " Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina
perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan
emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang
diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks
negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat
yang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yang
berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang
terlatih untuk keperluan negara. "

[ Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ]



Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan
yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu
dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti.
Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan
keperluan dan berkualiti cemerlang.

Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21
tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang
berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja.
Y.A.B. Perdana Menteri telah menghuraikan bentuk, corak dan tumpuan
yang perlu dilakukan.
"Kita mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai taraf yang setinggi-
tingginya dari segi ketrampilan pada rakyat kita, dari segi penghargaan
mereka akan kemahiran dan pengetahuan serta kemajuan diri, dari segi
kemampuan diri, dari segi kemampuan berbahasa, dari segi sikap mereka
terhadap kerja dan disiplin, dari segi motivasi mereka terhadap
kecemerlangan dan terhadap mendorongkan semangat keusahawanan".

[ Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ]

 "Kita mestilah memastikan bahawa terdapat satu adunan yang seimbang
antara golongan profesional, separa-profesional dan ahli ketukangan,
selain terdapatnya imbangan yang wajar antara orang-orang mempunyai
kemahiran dalam bidang sains dan teknologi, sastera dan ilmu-ilmu sosial".

[ Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ]

Kurikulum bagi abad ke 21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran
dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat
yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan
kurikulum itu pastinya ditentukan (dictated) oleh senario yang dapat dilihat
dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.

Perancangan kurikulum abad ke 21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel
dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil
bangsa dan warganegara Malaysia.

Warganegara Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat menangani
cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan
maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan
mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan
nilai-nilai semasa.
FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM

Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang
bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah
mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya
lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi
kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-

     kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
     kemahiran berkomunikasi secara berkesan
     kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
     kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
     kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
     kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
     kemahiran kepimpinan dan pengurusan



Di dalam usaha ini kurikulum perlu memberi penekanan kepada perkara-
perkara berikut :

(a) Pembelajaran Koperatif

Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang
dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap
kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumi
kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan
hubungan baik antara ahli kumpulan.

(b) Berfikir Secara Kritis dan Reflektif

Fokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan
berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis
berupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan membawa
kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan
produk baru.
(c) Pengembangan Kreativiti

Kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif
termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh
memberi pandangan. Kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila individu
tersebut diberi galakan.

(d) Kemahiran Generik

Kemahiran-kemahiran generik bolehguna dapat menyediakan tenaga
pekerja yang mahir, cekap dan berketrampilan di tempat kerja dan alam
pekerjaan. Pekerja yang berketrampilan menjadi aset kepada majikan,
dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi
negara. Pekerja yang mempunyai kepakaran akan begitu mobile dan kerap
bertukar kerja. Penguasaan kemahiran generik memberi peluang
kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan.

(e) ‘Multilinggualism’

Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai
bahasa untuk Rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih
(selain daripada Bahasa Melayu) supaya boleh berkomunikasi dengan
berkesan, dan berupaya menggunakan segala maklumat dalam pelbagai
bahasa.

(f) Patriotisme dan Ketatanegaraan

Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaan
dilanjutkan. Kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi nasional akan
dapat mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan membentuk bangsa
Malaysia yang berwibawa dan bermoral tinggi.

(g) Penghayatan Nilai-Nilai Murni

Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia dilanjutkan
di samping nilai-nilai baru masyarakat moden. Hanya insan baik, beradab
dan bermoral tinggi mampu menguasai ilmu-ilmu baru tanpa
mengorbankan agama, akhlak dan kebudayaan bangsa. Insan baik, sedar
insaf bahawa ia perlu menguasai ilmu bagi melaksanakan tugas terhadap
dirinya, Tuhan, keluarga dan masyarakat manusia serta alam sekelilingnya.
(h) Pelbagai Kecerdasan

Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang berbagai.
Kesemua potensi seperti yang disarankan dalam teori Pelbagai
Kecerdasan (Multiple Intelligences) iaitu verbal-linguistik, logiko-matematik,
muzik, spatial, bodily-kinesthetic, inter-personal, dan intrapersonal diberi
tumpuan. Ini dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang.

(i) Kemahiran Belajar Untuk Belajar

Kemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaran
sesuatu mata pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari dan
memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, bercakap
di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.




ORGANISASI KURIKULUM

Pendidikan Prasekolah

Penekanan kurikulum kepada kemahiran dan pengetahuan, di samping
menurut 'graded objectives' (konsep Mastery Learning) dan 'activity-based'.
Program yang anjal, (flexible) dan tidak formal. Proses pembelajaran
secara tidak formal melalui konsep bermain sambil belajar. Bermain-
menjalankan aktiviti secara terancang dan tidak terancang (bebas)
mengikut objektif yang disarankan dalam garis kurikulum. Pembelajaran
berlaku semasa aktiviti dijalankan sama ada dalam bentuk pengalaman,
hasil kerja dan lain-lain. Penekanan kesediaan yang kukuh bagi kemahiran
3M (membaca, menulis, mengira) melalui bermain. Ini merupakan
kesediaan bagi kanak-kanak yang akan menghadapi ujian diagnostik pada
tahun 3 (program Lompat Kelas). Kawalan harus dititikberatkan supaya
guru tidak mengajar 3M 'right away'.

Perlunya ada kesinambungan prasekolah- tahun 1 dijalankan agar
pengalaman prasekolah tidak disia-siakan di tahun 1. Kemahiran yang
telah dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah patut disambung di tahun 1,
serta diulang dan dipulihkan pada tahun 1 jika kanak-kanak tidak
menguasainya. Bagi mereka yang telah bersedia, pengukuhan dijalankan
untuk mengayakan pengalaman mereka di samping mengurangkan
kebosanan mempelajari perkara yang sama.

Pendidikan Rendah

Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun. Keanjalan
tempoh belajarnya ini memungkinkan kanak-kanak cerdas pintar
menamatkan pendidikan rendah dalam tempoh 5 tahun dan kanak-kanak
yang kurang berkeupayaan dalam tempoh 7 tahun. Walau bagaimanapun,
umumnya, tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun.

Matlamat

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan
perkembangan potensi kanak-kanak secara bersepadu, menyeluruh dan
seimbang. Aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diperkembang
ke arah melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Struktur Organisasi

Struktur organisasi kurikulum mengandungi komponen-komponen yang
membantu perkembangan kanak-kanak secara bersepadu. Komponen-
komponen yang dicadangkan ialah :

      Komunikasi
      Matematik, sains dan teknologi
      Kerohanian, nilai dan sikap
      Kemanusiaan dan kesenian
      Perkembangan diri
      Kokurikulum

 i.   Komunikasi

Fokus utama kurikulum merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Ketrampilan berbahasa seperti bertutur,
membaca dan menulis dengan berkesan ditekankan terutama dalam
bahasa pengantar sekolah (Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil). Kemahiran-kemahiran asas dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil juga diberi penekanan.
(ii) Matematik, Sains dan Teknologi

Berfokus kepada kemahiran asas-asas operasi matematik, kemahiran
proses sains dan teknologi penguasaan pengetahuan asas diberi
perhatian.

(iii) Kerohanian, Nilai dan Sikap

Tumpuan kepada pemupukan sikap dan nilai murni masyarakat.
Pengetahuan dan amalan agama Islam dilanjutkan seperti sedia kala.

(iv) Kemanusiaan dan Kesenian

Ilmu pegetahuan tentang kemasyarakatan dan kemanusiaan setempat dan
global didedahkan. Melalui kesenian kreativiti bakat dan daya appresiasi
dipupuk.

(v) Perkembangan Diri

Merangkumi perkembangan jasmani dan kesihatan dan mental.
Perkembangan mental seperti pemikiran kritis, menyelesai masalah dan
membuat keputusan gaya kehidupan yang sihat merentas kurikulum.

(vi) Kokurikulum

Lanjutan kepada kurikulum bilik darjah, dalam bentuk pelbagai aktiviti.
Keigatan-kegiatan persatuan, sukan dan pasukan pakaian seragam
dilanjutkan.

Oleh kerana tempoh persekolahan lebih anjal, dicadangkan supaya
kandungan kurikulum dipertingkatkan mengikut kebolehan dan keupayaan
pelajar seperti berikut :

Peringkat Asas : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan lemah]

Peringkat Umum : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan
sederhana]

Peringkat Tinggi : [untuk kumpulan cerdas pintar sahaja] (advances)
Pendidikan Menengah

Pendidikan di peringkat ini diberi dalam jangkamasa lima tahun. Pelajar
diberi peluang bersekolah sehingga mereka berumur 17 tahun supaya
lebih bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. Ia memberi peluang
murid-murid mengikuti beberapa jenis kursus agar dalam tahun-tahun
kesepuluh mereka boleh belajar berdasarkan bakat dan kemampuan serta
menentukan bidang pekerjaannya untuk masa depan.

Matlamat

Matlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan potensi
individu secara bersepadu dan menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani ke arah melahirkan insan yang seimbang, berakhlak mulia dan
berketrampilan untuk pembangunan negara.

Struktur Organisasi

Kurikulum peringkat menengah digubal tiga peringkat iaitu :

Kursus Peringkat Asas :

     Mengembangkan kemahiran untuk kehidupan positif dan produktif
     Mengajar mata pelajaran akademik dan kemahiran sehubungan
     untuk alam pekerjaan

Kursus Peringkat Umum

     Mengembangkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran peribadi dan
     aplikasi praktikal
     Mengajar kemahiran akademik dan kemahiran sehubungan untuk
     alam pekerjaan taupun untuk melanjutkan program pendidikan di
     peringkat maktab/politeknik

Kursus Peringkat Tinggi

     Mengembangkan kefahaman tentang prinsip, teori, aplikasi praktikal
     dan isi kandungan kursus pengajian
     Mengajar kefahaman akademik untuk kemasukan institusi pengajian
     tinggi
Kursus-kursus pengajian dibahagikan kepada dua kumpulan

1. Kumpulan Teras

     Komunikasi
     Matematik, sains dan teknologi
     Kerohanian, nilai dan sikap
     Perkembangan diri

2. Kumpulan Elektif

 Pelbagai mata pelajaran elektif ke arah pengkhususan ataupun alam
pekerjaan.



PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam
pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat
segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam
proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang
berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti
komputer, multi media, cakera padat dan lebuh raya maklumat seperti
'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah
diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantu
sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru
dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan
lebih bermakna kepada pelajar.

(a) Teknologi Maklumat/Komputer

Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan
teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh
digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan
menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti INTERNET atau
MULTIMEDIA atau HYPERMEDIA untuk membantu proses pengajaran
dan pembelajaran.
Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan
manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar
maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej
atau suara.

Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi
maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana
komputer berupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai
ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat
rendah, menengah dan lepasan menengah.

Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningkatkan
penguasaan pelajar dalam pembelajaran. Ini kerana sesebuah CD-ROM
mampu menyimpan lebih kurang 20 buah ensklopedia yang tebal. Malah
penggunaan CD-ROM dalam menggalakkan pelajar lebih berdikari untuk
memperolehi ilmu.

Semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain
melalui JARING dan seterusnya INTERNET. Pelajar kita akan tergolong
dalam 'global classroom'. Mereka berpeluang bersidang dan bertukar
pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah
dengan pelajar lain di seluruh dunia.

Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, pengunaan teknologi
komputer menyemarakkan pelajar menyusun maklumat dan pada masa
yang sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas.



(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap
berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang
diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada
pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua
aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi
berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan
sebagai pembekal maklumat.

Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru
bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran.
Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya
untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih
untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa
tanggungjawab.

Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga
pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurang-kurangnya terdiri daripada
seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang
tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru
dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan
mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
pelajar.

(c) Pendidikan Jarak Jauh

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif
dalam pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya
sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-
pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran
dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut :

     Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga
     hari seminggu)
     Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer
     Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai
     asas untuk pelajar
     Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar
     individu
     Kebolehubahan      (flexibility) kandungan      kurikulum     bahan
     pembelajaran melalui struktur modular
     Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik
     mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktiviti
     pembelajaran dan maklum balas pelajar.



(d) Pendekatan Modular

Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk
disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu
tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di
semua peringkat persekolahan.

Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan
modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul
ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu
ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.

(e) Mastery Learning

Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap
sesuatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar
ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada
mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun
di akhir setiap pembelajaran.

(f) 'Tracking' dan 'Banding'

Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan
dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan
umum (general) atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga
dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'.
Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata
pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari
matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik
Tahun 2.

(g) Sistem Kredit

Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh
pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi
setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri
kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali.
Pelajar dibenarkan mengulang mata-mata pelajaran yang tidak mencapai
asas yang ditetapkan.
PENILAIAN

Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap
penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap
penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan
pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan
penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan
dan keupayaan pelajar.

(a) Penilaian Berasaskan Sekolah

Sekolah terus diberi mandat untuk mengendalikan penilaiannya sendiri. Ini
memandangkan hanya pihak sekolah sahaja yang tahu tahap pencapaian
muridnya. Pelajar dinilai mengikut tahap masing-masing. Pelajar cemerlang
akan naik ke tahap yang lebih tinggi manakala pelajar yang sederhana dan
lemah diberi tindakan susulan melalui program pemulihan dan pengayaan.

(b) Penilaian Berterusan

Penilaian berterusan dijalankan untuk mempastikan pelajar benar-benar
sudah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki (mastery
learning). Penilaian berterusan dapat mengenal pasti tahap penguasaan
pelajar supaya kelemahan pelajar diatasi dan tidak terhimpun sehingga
akhir pembelajaran.

(c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek

Setiap subjek (mata pelajaran) mengandungi pelbagai elemen, selain
daripada pengetahuan dan kemahiran. Elemen-elemen sesuatu subjek
perlu diberi penekanan untuk menilai sama ada pelajar benar-benar
mengetahui dan menguasai subjeknya. Misalnya dalam subjek Pengajian
Kejuruteraan Awam, elemen-elemen seperti kebolehan berkomunikasi,
kebolehan mereka (design), kebolehan praktik, kebolehan menyiasat,
kebolehan mengurus dan kebolehan membuat anggaran dinilai bersama
dengan pengetahuan.

(d) Penilaian Proses Di Samping Penilaian Hasil

Proses yang diambil untuk menghasilkan sesuatu projek perlulah dinilai.
Sekarang ini penilaian hanya dibuat apabila projek itu siap tanpa
mengambilkira prosesnya. Sebagai contoh jika seseorang murid
dikehendaki membuat praktikal di sesebuah kilang sebagai penyelia, guru
perlu membuat penilaian dari hari pertama hinggalah tamat tempoh
praktikalnya. Alat penilaian perlulah dibuat mengikut situasi, tugasan dan
bidang yang dinilai.

(e) 'Authentic Assessment'

'Authentic Assessment' bermaksud murid-murid dinilai mengikut perilaku
yang dikehendaki oleh guru. Murid-murid telah tahu apa yang dikehendaki
daripada mereka dan bagaimana mereka akan dinilai. Penilaian ini
menonjolkan kekuatan murid-murid dan intergrasi antara pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari dari pelbagai sumber. Satu penilaian individu
dan rakan sebaya menggunakan folio, ujian amali dan penilaian
berasaskan prestasi menggunakan faktor, konsep, pengetahuan dan
kemahiran berfikir yang tinggi.

(f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)

Hasil pembelajaran adalah pengetahuan, kemahiran dan nilai yang boleh
diukur ataupun diperhatikan seperti yang telah ditetapkan pada sesuatu
peringkat persekolah/pembelajaran. Hasil pembelajaran menerangkan
tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sepatutnya telah dikuasai.
Kriteria-kriteria tahap   penguasaan     dikenalpasti   dan   penilaian
menggunakan Ujian Rujukan Kriteria (CRT).

(g) 'Bench Marking'

'Bench Marking' merupakan satu proses pengukuran ke atas hasil, proses
dan prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang memuaskan tinggi.
Penilaian dibuat secara berterusan sehinggalah pelajar sudah dapat
mencapai satu tahap penguasaan pembelajaran yang sesuai dengan
kebolehan dan keupayaannya. Tahap pencapaian boleh ditetapkan di
peringkat sekolah, daerah, negeri ataupun negara.

(h) Ujian / Peperiksaan Secara On-Line

Ujian dan peperiksaan perlu untuk menentukan piawaian yang dibuat
berdasarkan kepada hasilan pembelajaran yang terbaik. Peratusan pelajar
yang dapat mencapai atau mengatasi piawaian yang ditetapkan memberi
petunjuk kepada kualiti pembelajaran. Bagi memastikan kualiti
pembelajaran sentiasa tinggi, pelajar digalakkan menduduki ujian penilaian
apabila mereka sudah bersedia dan sudah menguasai hasil pembelajaran
yang ditetapkan.




PENUTUP

Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang
dianjurkan tidak akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan
penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antara
agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang
berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan
Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya diberikan kepada
pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru,
penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan
pihak swasta, ibubapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar
ini.

Contenu connexe

Tendances

Program Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal InsanProgram Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal InsanRasean Hamzah
 
Pendidikan karakter...Apaan Tuch!
Pendidikan karakter...Apaan Tuch!Pendidikan karakter...Apaan Tuch!
Pendidikan karakter...Apaan Tuch!Fauzan Gusdurian
 
Pengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulum
Pengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulumPengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulum
Pengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulumsman 2 mataram
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaTopik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaAzizi Ahmad
 
Pengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulum
Pengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulumPengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulum
Pengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulumsman 2 mataram
 
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-gurualexander alexander
 
Integrasi pendidikan karakter
Integrasi pendidikan karakterIntegrasi pendidikan karakter
Integrasi pendidikan karakterSutikno Java
 
2013 09-10 dsk sejarah th 4
2013 09-10 dsk sejarah th 42013 09-10 dsk sejarah th 4
2013 09-10 dsk sejarah th 4nasuhashaufi
 
Panduan pendidikan karakter di sd
Panduan pendidikan karakter di sdPanduan pendidikan karakter di sd
Panduan pendidikan karakter di sdNia Piliang
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
Dskp sejarah t4
Dskp sejarah t4Dskp sejarah t4
Dskp sejarah t4JENNY WONG
 
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)Sifu Laden
 

Tendances (16)

Program Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal InsanProgram Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal Insan
 
Pendidikan karakter...Apaan Tuch!
Pendidikan karakter...Apaan Tuch!Pendidikan karakter...Apaan Tuch!
Pendidikan karakter...Apaan Tuch!
 
Penulisan Ilmiah
Penulisan IlmiahPenulisan Ilmiah
Penulisan Ilmiah
 
Pengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulum
Pengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulumPengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulum
Pengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulum
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaTopik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
 
Pengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulum
Pengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulumPengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulum
Pengintegrasian pendidikan karakter dalam pengembangan kurikulum
 
Makalah pendidikan berkarakter
Makalah pendidikan berkarakterMakalah pendidikan berkarakter
Makalah pendidikan berkarakter
 
Pengantar Pengajian Profesional
Pengantar Pengajian ProfesionalPengantar Pengajian Profesional
Pengantar Pengajian Profesional
 
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
 
Integrasi pendidikan karakter
Integrasi pendidikan karakterIntegrasi pendidikan karakter
Integrasi pendidikan karakter
 
2013 09-10 dsk sejarah th 4
2013 09-10 dsk sejarah th 42013 09-10 dsk sejarah th 4
2013 09-10 dsk sejarah th 4
 
Panduan pendidikan karakter di sd
Panduan pendidikan karakter di sdPanduan pendidikan karakter di sd
Panduan pendidikan karakter di sd
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
Dskp sejarah t4
Dskp sejarah t4Dskp sejarah t4
Dskp sejarah t4
 
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
 

En vedette

En vedette (8)

Spi bil 4 1986
Spi bil 4 1986Spi bil 4 1986
Spi bil 4 1986
 
Ama (darab)
Ama (darab)Ama (darab)
Ama (darab)
 
Ama (tambah)
Ama (tambah)Ama (tambah)
Ama (tambah)
 
Ama (tolak)
Ama (tolak)Ama (tolak)
Ama (tolak)
 
Ama (bahagi)
Ama (bahagi)Ama (bahagi)
Ama (bahagi)
 
Ama (pengenalan)
Ama (pengenalan)Ama (pengenalan)
Ama (pengenalan)
 
Kemahiran abad 21
Kemahiran abad 21Kemahiran abad 21
Kemahiran abad 21
 
Teori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaiTeori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai
 

Similaire à Pembelajaran abad 21

Pembelajaran abad 21 thn2
Pembelajaran abad 21 thn2Pembelajaran abad 21 thn2
Pembelajaran abad 21 thn2Raja Segaran
 
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulum
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulumKerangka dasar dan_struktur_kurikulum
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulumGus Fendi
 
BMM3043 TAJUK 1 & 2.pptx
BMM3043 TAJUK 1 & 2.pptxBMM3043 TAJUK 1 & 2.pptx
BMM3043 TAJUK 1 & 2.pptxMohdSafuan19
 
Dskp matematik tahun 6
Dskp matematik tahun 6Dskp matematik tahun 6
Dskp matematik tahun 6farahana77
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanGayatri Gayu
 
Kssr
KssrKssr
Kssrguru
 
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdfDSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdfYaldaf Lee
 
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1Momoe Meiji
 
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)marshiza
 
Kurikulum standard thn1
Kurikulum standard thn1Kurikulum standard thn1
Kurikulum standard thn1ros niza
 
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)Sifu Laden
 
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)Use Man
 
141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikan141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikanMar Tunis
 
Data bem unpatti
Data bem unpattiData bem unpatti
Data bem unpattiAfif Faith
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 

Similaire à Pembelajaran abad 21 (20)

Pembelajaran abad 21 thn2
Pembelajaran abad 21 thn2Pembelajaran abad 21 thn2
Pembelajaran abad 21 thn2
 
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulum
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulumKerangka dasar dan_struktur_kurikulum
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulum
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
BMM3043 TAJUK 1 & 2.pptx
BMM3043 TAJUK 1 & 2.pptxBMM3043 TAJUK 1 & 2.pptx
BMM3043 TAJUK 1 & 2.pptx
 
Dskp matematik tahun 6
Dskp matematik tahun 6Dskp matematik tahun 6
Dskp matematik tahun 6
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insan
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdfDSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
 
DSKP SAINS PEND.KHAS TAHUN 6
DSKP SAINS PEND.KHAS TAHUN 6DSKP SAINS PEND.KHAS TAHUN 6
DSKP SAINS PEND.KHAS TAHUN 6
 
8 Dokumen KBAT
8 Dokumen KBAT8 Dokumen KBAT
8 Dokumen KBAT
 
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
 
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
 
Kurikulum standard thn1
Kurikulum standard thn1Kurikulum standard thn1
Kurikulum standard thn1
 
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
 
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
Dokumen kssr matematik tahun 1 (b malaysia)
 
141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikan141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikan
 
Konsep kbk
Konsep kbkKonsep kbk
Konsep kbk
 
Data bem unpatti
Data bem unpattiData bem unpatti
Data bem unpatti
 
Ktsp farmasi
Ktsp farmasiKtsp farmasi
Ktsp farmasi
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 

Dernier

MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxfitriaoskar
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 

Dernier (20)

MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 

Pembelajaran abad 21

  • 1. RUPA BENTUK KURIKULUM ABAD KE 21 PENGENALAN Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan engara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut : " Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. " [ Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ] Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja. Y.A.B. Perdana Menteri telah menghuraikan bentuk, corak dan tumpuan yang perlu dilakukan.
  • 2. "Kita mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai taraf yang setinggi- tingginya dari segi ketrampilan pada rakyat kita, dari segi penghargaan mereka akan kemahiran dan pengetahuan serta kemajuan diri, dari segi kemampuan diri, dari segi kemampuan berbahasa, dari segi sikap mereka terhadap kerja dan disiplin, dari segi motivasi mereka terhadap kecemerlangan dan terhadap mendorongkan semangat keusahawanan". [ Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ] "Kita mestilah memastikan bahawa terdapat satu adunan yang seimbang antara golongan profesional, separa-profesional dan ahli ketukangan, selain terdapatnya imbangan yang wajar antara orang-orang mempunyai kemahiran dalam bidang sains dan teknologi, sastera dan ilmu-ilmu sosial". [ Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ] Kurikulum bagi abad ke 21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan (dictated) oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi. Perancangan kurikulum abad ke 21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.
  • 3. FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :- kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif kemahiran berkomunikasi secara berkesan kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain kemahiran kepimpinan dan pengurusan Di dalam usaha ini kurikulum perlu memberi penekanan kepada perkara- perkara berikut : (a) Pembelajaran Koperatif Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan. (b) Berfikir Secara Kritis dan Reflektif Fokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan produk baru.
  • 4. (c) Pengembangan Kreativiti Kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila individu tersebut diberi galakan. (d) Kemahiran Generik Kemahiran-kemahiran generik bolehguna dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketrampilan menjadi aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pekerja yang mempunyai kepakaran akan begitu mobile dan kerap bertukar kerja. Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan. (e) ‘Multilinggualism’ Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa untuk Rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih (selain daripada Bahasa Melayu) supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan, dan berupaya menggunakan segala maklumat dalam pelbagai bahasa. (f) Patriotisme dan Ketatanegaraan Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaan dilanjutkan. Kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi nasional akan dapat mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan membentuk bangsa Malaysia yang berwibawa dan bermoral tinggi. (g) Penghayatan Nilai-Nilai Murni Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia dilanjutkan di samping nilai-nilai baru masyarakat moden. Hanya insan baik, beradab dan bermoral tinggi mampu menguasai ilmu-ilmu baru tanpa mengorbankan agama, akhlak dan kebudayaan bangsa. Insan baik, sedar insaf bahawa ia perlu menguasai ilmu bagi melaksanakan tugas terhadap dirinya, Tuhan, keluarga dan masyarakat manusia serta alam sekelilingnya.
  • 5. (h) Pelbagai Kecerdasan Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang berbagai. Kesemua potensi seperti yang disarankan dalam teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) iaitu verbal-linguistik, logiko-matematik, muzik, spatial, bodily-kinesthetic, inter-personal, dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang. (i) Kemahiran Belajar Untuk Belajar Kemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, bercakap di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ORGANISASI KURIKULUM Pendidikan Prasekolah Penekanan kurikulum kepada kemahiran dan pengetahuan, di samping menurut 'graded objectives' (konsep Mastery Learning) dan 'activity-based'. Program yang anjal, (flexible) dan tidak formal. Proses pembelajaran secara tidak formal melalui konsep bermain sambil belajar. Bermain- menjalankan aktiviti secara terancang dan tidak terancang (bebas) mengikut objektif yang disarankan dalam garis kurikulum. Pembelajaran berlaku semasa aktiviti dijalankan sama ada dalam bentuk pengalaman, hasil kerja dan lain-lain. Penekanan kesediaan yang kukuh bagi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) melalui bermain. Ini merupakan kesediaan bagi kanak-kanak yang akan menghadapi ujian diagnostik pada tahun 3 (program Lompat Kelas). Kawalan harus dititikberatkan supaya guru tidak mengajar 3M 'right away'. Perlunya ada kesinambungan prasekolah- tahun 1 dijalankan agar pengalaman prasekolah tidak disia-siakan di tahun 1. Kemahiran yang telah dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah patut disambung di tahun 1, serta diulang dan dipulihkan pada tahun 1 jika kanak-kanak tidak
  • 6. menguasainya. Bagi mereka yang telah bersedia, pengukuhan dijalankan untuk mengayakan pengalaman mereka di samping mengurangkan kebosanan mempelajari perkara yang sama. Pendidikan Rendah Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun. Keanjalan tempoh belajarnya ini memungkinkan kanak-kanak cerdas pintar menamatkan pendidikan rendah dalam tempoh 5 tahun dan kanak-kanak yang kurang berkeupayaan dalam tempoh 7 tahun. Walau bagaimanapun, umumnya, tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun. Matlamat Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi kanak-kanak secara bersepadu, menyeluruh dan seimbang. Aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diperkembang ke arah melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Struktur Organisasi Struktur organisasi kurikulum mengandungi komponen-komponen yang membantu perkembangan kanak-kanak secara bersepadu. Komponen- komponen yang dicadangkan ialah : Komunikasi Matematik, sains dan teknologi Kerohanian, nilai dan sikap Kemanusiaan dan kesenian Perkembangan diri Kokurikulum i. Komunikasi Fokus utama kurikulum merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Ketrampilan berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis dengan berkesan ditekankan terutama dalam bahasa pengantar sekolah (Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil). Kemahiran-kemahiran asas dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga diberi penekanan.
  • 7. (ii) Matematik, Sains dan Teknologi Berfokus kepada kemahiran asas-asas operasi matematik, kemahiran proses sains dan teknologi penguasaan pengetahuan asas diberi perhatian. (iii) Kerohanian, Nilai dan Sikap Tumpuan kepada pemupukan sikap dan nilai murni masyarakat. Pengetahuan dan amalan agama Islam dilanjutkan seperti sedia kala. (iv) Kemanusiaan dan Kesenian Ilmu pegetahuan tentang kemasyarakatan dan kemanusiaan setempat dan global didedahkan. Melalui kesenian kreativiti bakat dan daya appresiasi dipupuk. (v) Perkembangan Diri Merangkumi perkembangan jasmani dan kesihatan dan mental. Perkembangan mental seperti pemikiran kritis, menyelesai masalah dan membuat keputusan gaya kehidupan yang sihat merentas kurikulum. (vi) Kokurikulum Lanjutan kepada kurikulum bilik darjah, dalam bentuk pelbagai aktiviti. Keigatan-kegiatan persatuan, sukan dan pasukan pakaian seragam dilanjutkan. Oleh kerana tempoh persekolahan lebih anjal, dicadangkan supaya kandungan kurikulum dipertingkatkan mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut : Peringkat Asas : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan lemah] Peringkat Umum : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan sederhana] Peringkat Tinggi : [untuk kumpulan cerdas pintar sahaja] (advances)
  • 8. Pendidikan Menengah Pendidikan di peringkat ini diberi dalam jangkamasa lima tahun. Pelajar diberi peluang bersekolah sehingga mereka berumur 17 tahun supaya lebih bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. Ia memberi peluang murid-murid mengikuti beberapa jenis kursus agar dalam tahun-tahun kesepuluh mereka boleh belajar berdasarkan bakat dan kemampuan serta menentukan bidang pekerjaannya untuk masa depan. Matlamat Matlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah melahirkan insan yang seimbang, berakhlak mulia dan berketrampilan untuk pembangunan negara. Struktur Organisasi Kurikulum peringkat menengah digubal tiga peringkat iaitu : Kursus Peringkat Asas : Mengembangkan kemahiran untuk kehidupan positif dan produktif Mengajar mata pelajaran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam pekerjaan Kursus Peringkat Umum Mengembangkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran peribadi dan aplikasi praktikal Mengajar kemahiran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam pekerjaan taupun untuk melanjutkan program pendidikan di peringkat maktab/politeknik Kursus Peringkat Tinggi Mengembangkan kefahaman tentang prinsip, teori, aplikasi praktikal dan isi kandungan kursus pengajian Mengajar kefahaman akademik untuk kemasukan institusi pengajian tinggi
  • 9. Kursus-kursus pengajian dibahagikan kepada dua kumpulan 1. Kumpulan Teras Komunikasi Matematik, sains dan teknologi Kerohanian, nilai dan sikap Perkembangan diri 2. Kumpulan Elektif Pelbagai mata pelajaran elektif ke arah pengkhususan ataupun alam pekerjaan. PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas. Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multi media, cakera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantu sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. (a) Teknologi Maklumat/Komputer Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti INTERNET atau MULTIMEDIA atau HYPERMEDIA untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 10. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer berupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran. Ini kerana sesebuah CD-ROM mampu menyimpan lebih kurang 20 buah ensklopedia yang tebal. Malah penggunaan CD-ROM dalam menggalakkan pelajar lebih berdikari untuk memperolehi ilmu. Semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui JARING dan seterusnya INTERNET. Pelajar kita akan tergolong dalam 'global classroom'. Mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh dunia. Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, pengunaan teknologi komputer menyemarakkan pelajar menyusun maklumat dan pada masa yang sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas. (b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran.
  • 11. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab. Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurang-kurangnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. (c) Pendidikan Jarak Jauh Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat- pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut : Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu) Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur modular Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktiviti pembelajaran dan maklum balas pelajar. (d) Pendekatan Modular Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu
  • 12. tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan. Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar. (e) Mastery Learning Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesuatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran. (f) 'Tracking' dan 'Banding' Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2. (g) Sistem Kredit Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata-mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan.
  • 13. PENILAIAN Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar. (a) Penilaian Berasaskan Sekolah Sekolah terus diberi mandat untuk mengendalikan penilaiannya sendiri. Ini memandangkan hanya pihak sekolah sahaja yang tahu tahap pencapaian muridnya. Pelajar dinilai mengikut tahap masing-masing. Pelajar cemerlang akan naik ke tahap yang lebih tinggi manakala pelajar yang sederhana dan lemah diberi tindakan susulan melalui program pemulihan dan pengayaan. (b) Penilaian Berterusan Penilaian berterusan dijalankan untuk mempastikan pelajar benar-benar sudah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki (mastery learning). Penilaian berterusan dapat mengenal pasti tahap penguasaan pelajar supaya kelemahan pelajar diatasi dan tidak terhimpun sehingga akhir pembelajaran. (c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek Setiap subjek (mata pelajaran) mengandungi pelbagai elemen, selain daripada pengetahuan dan kemahiran. Elemen-elemen sesuatu subjek perlu diberi penekanan untuk menilai sama ada pelajar benar-benar mengetahui dan menguasai subjeknya. Misalnya dalam subjek Pengajian Kejuruteraan Awam, elemen-elemen seperti kebolehan berkomunikasi, kebolehan mereka (design), kebolehan praktik, kebolehan menyiasat, kebolehan mengurus dan kebolehan membuat anggaran dinilai bersama dengan pengetahuan. (d) Penilaian Proses Di Samping Penilaian Hasil Proses yang diambil untuk menghasilkan sesuatu projek perlulah dinilai. Sekarang ini penilaian hanya dibuat apabila projek itu siap tanpa mengambilkira prosesnya. Sebagai contoh jika seseorang murid
  • 14. dikehendaki membuat praktikal di sesebuah kilang sebagai penyelia, guru perlu membuat penilaian dari hari pertama hinggalah tamat tempoh praktikalnya. Alat penilaian perlulah dibuat mengikut situasi, tugasan dan bidang yang dinilai. (e) 'Authentic Assessment' 'Authentic Assessment' bermaksud murid-murid dinilai mengikut perilaku yang dikehendaki oleh guru. Murid-murid telah tahu apa yang dikehendaki daripada mereka dan bagaimana mereka akan dinilai. Penilaian ini menonjolkan kekuatan murid-murid dan intergrasi antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari pelbagai sumber. Satu penilaian individu dan rakan sebaya menggunakan folio, ujian amali dan penilaian berasaskan prestasi menggunakan faktor, konsep, pengetahuan dan kemahiran berfikir yang tinggi. (f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes) Hasil pembelajaran adalah pengetahuan, kemahiran dan nilai yang boleh diukur ataupun diperhatikan seperti yang telah ditetapkan pada sesuatu peringkat persekolah/pembelajaran. Hasil pembelajaran menerangkan tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sepatutnya telah dikuasai. Kriteria-kriteria tahap penguasaan dikenalpasti dan penilaian menggunakan Ujian Rujukan Kriteria (CRT). (g) 'Bench Marking' 'Bench Marking' merupakan satu proses pengukuran ke atas hasil, proses dan prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang memuaskan tinggi. Penilaian dibuat secara berterusan sehinggalah pelajar sudah dapat mencapai satu tahap penguasaan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaannya. Tahap pencapaian boleh ditetapkan di peringkat sekolah, daerah, negeri ataupun negara. (h) Ujian / Peperiksaan Secara On-Line Ujian dan peperiksaan perlu untuk menentukan piawaian yang dibuat berdasarkan kepada hasilan pembelajaran yang terbaik. Peratusan pelajar yang dapat mencapai atau mengatasi piawaian yang ditetapkan memberi petunjuk kepada kualiti pembelajaran. Bagi memastikan kualiti pembelajaran sentiasa tinggi, pelajar digalakkan menduduki ujian penilaian
  • 15. apabila mereka sudah bersedia dan sudah menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. PENUTUP Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru, penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak swasta, ibubapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.