SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
1
Karangan Jenis tindakan
(1) Petang ini aku pulang dari perpustakaan seorang diri. Ketika itu hujan renyai-
renyai. Setiba di perhentian bas, aku terdengar bunyi tangisan bayi. Aku
pun ……………
(mulakan karangan dengan… Aku pun ...
BAYI YANG DITINGGALKAN
Aku pun terdiam sejenak. Aku cuba untuk pastikan bunyi itu betul-betul suara bayi. Hatiku
bercampur-baur. Takut pun ada, gementar pun ada. Namun aku memberanikan diri untuk
mendekati suara itu.
Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati seorang bayi yang baru lahir telah
ditinggalkan disitu seorang diri. Perkara paling menyedihkanku ialah bayi tersebut diletakkan di
tepi longkang dan dibalut kain putih. Bisik hatiku, “Ibu bayi ini umpama binatang, binatang pun
kadang-kadang sangat menyayangi anak-anaknya.’’
Perasaan takut tadi bertukar menjadi belas. Aku mengambil tindakan segera. Aku
mendukung bayi tersebut dan membersihkan kotoran yang melekat padanya. Aku juga mengelap
bayi yang basah kuyup itu.
Kemudian, aku cuba menahan teksi yang lalu lalang di situ. Namun, kesemua teksi yang
kutahan tidak berhenti. Aku cuba menanti ketibaan bas. Tetapi bas yang kunantikan tidak juga
muncul.
Tiba-tiba aku mendapat satu fikiran. Kuhampiri telefon awam yang terdapat berhampiran
dengan stesen bas itu,. Dalam keadaan kelam-kabut dengan tangisan bayi itu, aku cuba menelefon
ke rumahku. Namun, segala-galannya hampa belaka, kerana panggilanku tidak berjawab.
‘Mungkin ,ibu dan bapaku tidak ada di rumah’’,bisikku.
Walaupun kecewa, kucuba sedaya upaya juga. Kali ini, aku cuba menahan kereta sesiapa
sahaja. Nasib menyebelahiku apabila sebuah kereta telah berhenti dan menanyakan masalahku.
Aku menceritakan apa yang berlaku. Pemuda tersebut membawa aku dan bayi tersebut ke sebuah
hospital berhampiran. Kemudian, kuceritakan semua yang berlaku kepada doktor yang bertugas.
Doktor tersebut telah menelefon pihak polis dan ibu bapaku.
Lebih kurang sepuluh minit kemudian, pihak polis serta ibu bapaku tiba di hospital. Pihak
polis telah memberikan pujian terhadap tindakanku itu. Ibu bapaku juga amat gembira dan
bangga terhadap tindakanku itu.
2
(2) Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak
seorang tua terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya
bertaburan.Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.
Saya dan kawan-kawan saya menuju ke pondok perhentian bas. Kami bercadang hendak pergi
ke bandar. Saya berhasrat untuk membeli barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan
UPSR.
Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang lelaki tua. Dengan tidak semena-mena,
lelaki tua itu terjatuh. Semua barang yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya.
Saya segera membantunya, saya mengutip barang-barang yang bertaburan diatas jalan raya.
Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik
kerana mengalami luka kecil sahaja.
Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumahanaknya. Saya
berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.
Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia mempelawa saya masuk kedalam rumah.
Dia menghidangi saya segelas minuman sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan
terima kasih atas pertolongan saya tadi.
Sungguhpun rancangan untuk membeli peralatan sekolah dan buku rujukan tidak kesampaian,
namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu orang yang dalam kesusahan.
3
(3)Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba kamu terlihat
seorang buaian. Ceritakan bagaimana kamu dapat membantu kanak-kanak tersebut.kanak-
kanak terjatuh daripadabuaian ketika bermain.
Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba aku terlihat seorang kanak-
kanak terjatuh daripada buaian. Kanak-kanak tersebut tersembam di atas tanah.
Aku dan rakan-rakanku bergegas menghampiri kanak-kanak tersebut. Beberapa orang rakan
kanak-kanak tersebut kelihatan ketakutan dan ada yang menangis. Lebih-lebih lagi apabila
mendengar rakannya yang terjatuh itu meraung kesakitan. Kulihat lutut dan siku kanak-kanak itu
berdarah.
Aku menyuruh Amar segera mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Aku dan Faizal pula
mengangkat kanak-kanak itu ke tempat yang redup di bawah pokok tidak jauh dari situ. Ketika
aku mengangkatnya, kanak-kanak itu meraung kesakitan. Aku pasti tangan kanak-kanak itu
terseliuh atau mungkin patah.
Sementara menunggu ibu bapa kanak-kanak itu sampai, aku menyuruh Ahmad menahan kereta di
jalan besar yang tidak jauh dari situ. Dengan pengalaman dan pengetahuan sebagai ahli persatuan
bulan sabit merah di sekolah, aku segera membuat anduh daripada bajuku untuk mengampu
tangannya yang cedera.
Sejurus kemudian, ibu kanak-kanak itu sampai. Dia terkejut melihat anaknya yang cedera itu. Aku
terus menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Ibu kanak-kanak itu kelihatan cemas
kerana anaknya tidak sedarkan diri.
Ahamad dan seorang pemuda muncul dan bersedia untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital.
Ibu kanak-kanak itu, tanpa berlengah-lengah, terus mengangkat anaknya ke dalam kereta pemuda
tersebut. Aku mengingatkan rakan-kanak-kanak yang malang itu, supaya berhati-hati ketika
bermain.
4
(4) Kamu dan rakan-rakan kamu sedang menyiapkan tugasan di Bilik Kemahiran Hidup. Tiba-
tiba salah seorang daripada rakan kamu tercedera kerana terkena benda tajam. Ceritakan
tindakan-tindakan yang kamu lakukan.
Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas Kemahiran Hidup. Tiba-tiba
seorang rakanku tercedera akibat terkena pahat. Pada waktu itu, Cikgu Ali iaitu guru Kemahiran
Hidup kami pergi ke tandas.
Justeru, aku terus ke bilik guru untuk memberitahu guru tentang kejadian itu. Aku turut
mendapatkan peti pertolongan cemas yang terletak di situ. Kami bergegas ke bilik Kemahiran
Hidup.
Pada mulanya aku menyapu ubat antiseptik untuk membunuh kuman yang terdapat pada luka
tersebut. Kemudian, aku membalut luka tersebut mengikut cara yang aku pelajari semasa aku
menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah pada tahun lalu.
Selepas itu, aku dan guruku memapah rakanku ke bilik rehat dan menelefon kedua-dua ibu
bapa rakanku untuk memaklumkan mereka tentang peristiwa tersebut. Kemudian, kami
membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.
Beberapa minggu kemudian, luka rakanku semakin pulih. Dia berterima kasih atas pertolongan
yang aku berikan semasa dia tercedera di Bilik Kemahiran Hidup tempoh hari. Aku bersyukur
kerana luka kawanku tidak serius dan sudah semakin pulih.
Dia berjanji akan mematuhi segala peraturan semasa berada di Bilik kemahiran Hidup dan
berhati-hati ketika menggunakan benda-benda yang tajam semasa pengajaran dan pembelajaran
5
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku.
Pada hari Sabtu 29 Februari 2012 yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan
Padang Air, Kemaman telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku, di Dewan Pusat
Dagangan Terengganu. Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan duaorang guru
penasihat.
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mengenali buku-buku bermutu yang sesuai dibeli
oleh murid.Selain itu murid-murid juga dapat menimba pengetahuan tentang perjalanan pameran
buku.Di samping itu murid juga dapat menambah pengalaman semasa mengikuti lawatan sambil
belajar.
Kami tiba di Dewan Pusat Dagangan Terengganu pukul 9.30 pagi. Tempat pertama yang menjadi
destinasi kami adalah sudut pameran buku terbaharu. Semasa berada di bahagian ini kami
berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP dan syarikat penerbitan
buku yang lain.
Selepas itu, kami menuju ke setiap gerai buku yang disediakan.Di situ terdapat penerbit yang
mempamerkan dan mempromosikan buku daripada syarikat masing-masing.Kami meluangkan masa
untuk melihat dan membelek-belek buku yang dipamerkan di setiap gerai.
Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku rujukan
UPSR dan buku cerita. Kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak penerbit buku
tersebut.Ada juga rakan kami yang menyertai pertandingan kuiz sempena pameran buku tersebut.
Sesungguhnya pameran buku kali ini amat berbeza dengan pameran buku yang pernah dianjurkan
sekolah kami.Hal ini demikian kerana terdapat beebrapa acara menarik seperti pertandingan
bercerita dan mewarna yang disediakan untuk pengunjung khususnya murid-murid sekolah.Oleh
itu lawatan ini memberi pengetahuan dan dapat menambahkan pengalaman kepada semua
ahli. Harapan kami agar lebih ramai murid di sekolah ini akan menyertai lawatan sambil belajar
pada masa depan.
Laporan disediakan oleh, 2 MAC 2013.
………………………………
(MUHAMMAD AIMAN BIN ALI)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Padang Air.
6
( 5) Kamu dan seorang rakan pergi ke sekolah pada pagi Jumaat untuk latihan bola sepak.
Tiba-tiba kamu ternampak beberapa orang murid sekolah kamu sedang menconteng dinding
bangunan sekolah.Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk menghentikan perbuatan itu.
Rangka Karangan :
Pendahuluan - pergi ke sekolah , menjalani latihan bola sepak - mewakili sekolah ke pertandingan
peringkat zon - ternampak beberapa orang murid sedang menconteng dinding bangunan sekolah.
Idea 1
- menghampiri - bertanya -menasihati supaya tidak melakukan perbuatan tersebut- tidak
menghiraukan nasihat - meneruskan perbuatan mereka.
Idea 2
-menggertak untuk memberitahu guru - murid tersebut melawan -menggugut akan memukul aku
dan rakanku - berasa agak takut kerana mereka ramai.
Idea 3
- turun ke padang -mencari guru - beliau belum tiba -memanggil beberapa orang rakan -
menceritakan perkara yang berlaku -meminta bantuan rakan-rakan- menghentikan kejadian
tersebut- rakan-rakan bersetuju - kembali ke tempat kejadian.
Idea 4
-menangkap murid-murid tersebut - tidak dapat melawan - menyuruh seorang rakan memanggil
guru- terkejut dengan kejadian tersebut - marah dan kesal
Penutup
-guru mencatat nama murid-murid tersebut - tindakan diambil ke atas mereka - rasa gembira
dapat membanteras perbuatan vandalisme -pergi ke padang meneruskan latihan.
7
Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri
Pendahuluan :
Semua orang perlu menjaga kesihatan diri- terdapat pelbagai cara menjaga kesihatan diri.
Idea 1
Makan makanan berzat dan berkhasiat-kurangkan makanan segera-banyakkan sayur-sayuran-
kekacang dan sebagainya.
Idea 2
Menjaga kebersihan tubuh - mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari- memakai pakaian yang
bersih.
Idea 3
Berjumpa doktor dua kali setahun-buat pemeriksaan kesihatan- ketahui penyakit-buat rawatan
segera.
Penutup
Kebersihan amat dituntut agama-hidup sihat-bebas penyakit

Contenu connexe

Tendances

A for english upsr penulisan
A for english upsr penulisanA for english upsr penulisan
A for english upsr penulisan
Adie's Sediey
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
Syazwani Mohd
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
Vivian Wmn
 
Laporan sambutan bulan kemerdekaan
Laporan sambutan bulan kemerdekaanLaporan sambutan bulan kemerdekaan
Laporan sambutan bulan kemerdekaan
naimache
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
An Hawa
 
Karangan jenis surat kiriman rasmi tidak hadir ke sekolah-2
Karangan jenis surat kiriman rasmi   tidak hadir ke sekolah-2Karangan jenis surat kiriman rasmi   tidak hadir ke sekolah-2
Karangan jenis surat kiriman rasmi tidak hadir ke sekolah-2
Ministry of Education
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
An Hawa
 
Tajuk karangan upsr sjkc
Tajuk karangan upsr sjkcTajuk karangan upsr sjkc
Tajuk karangan upsr sjkc
rohaharis
 
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA
Michael Chin
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
ku d pulau Mahsuri
 

Tendances (20)

A for english upsr penulisan
A for english upsr penulisanA for english upsr penulisan
A for english upsr penulisan
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
 
20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluarga20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluarga
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
Laporan sambutan bulan kemerdekaan
Laporan sambutan bulan kemerdekaanLaporan sambutan bulan kemerdekaan
Laporan sambutan bulan kemerdekaan
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014
 
Cerita pendek kanak
Cerita pendek kanakCerita pendek kanak
Cerita pendek kanak
 
Karangan jenis surat kiriman rasmi tidak hadir ke sekolah-2
Karangan jenis surat kiriman rasmi   tidak hadir ke sekolah-2Karangan jenis surat kiriman rasmi   tidak hadir ke sekolah-2
Karangan jenis surat kiriman rasmi tidak hadir ke sekolah-2
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Surat tidak rasmi upsr
Surat tidak rasmi upsrSurat tidak rasmi upsr
Surat tidak rasmi upsr
 
Tajuk karangan upsr sjkc
Tajuk karangan upsr sjkcTajuk karangan upsr sjkc
Tajuk karangan upsr sjkc
 
Latihan tatabahasa thn 5
Latihan tatabahasa thn 5Latihan tatabahasa thn 5
Latihan tatabahasa thn 5
 
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERBUKA
 
Cerita tahap 1
Cerita tahap 1Cerita tahap 1
Cerita tahap 1
 
Ayat Aktif Dan Ayat Pasif By Kelvin - Latihan pengukuhan - ayat aktif kepada ...
Ayat Aktif Dan Ayat Pasif By Kelvin - Latihan pengukuhan - ayat aktif kepada ...Ayat Aktif Dan Ayat Pasif By Kelvin - Latihan pengukuhan - ayat aktif kepada ...
Ayat Aktif Dan Ayat Pasif By Kelvin - Latihan pengukuhan - ayat aktif kepada ...
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
rangka-karangan Thn 5 Kssr
rangka-karangan Thn 5 Kssrrangka-karangan Thn 5 Kssr
rangka-karangan Thn 5 Kssr
 

En vedette (20)

Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacana
 
Karangan 2014
Karangan 2014Karangan 2014
Karangan 2014
 
Uppm1 (mac 2014) bahagian a
Uppm1 (mac 2014) bahagian aUppm1 (mac 2014) bahagian a
Uppm1 (mac 2014) bahagian a
 
Peraturan lawatan sambil belajar
Peraturan lawatan sambil belajarPeraturan lawatan sambil belajar
Peraturan lawatan sambil belajar
 
Bm k1 2009
Bm k1 2009Bm k1 2009
Bm k1 2009
 
Teraju kejayaan Bahasa Melayu
Teraju kejayaan Bahasa MelayuTeraju kejayaan Bahasa Melayu
Teraju kejayaan Bahasa Melayu
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
catatan mingguan
catatan mingguancatatan mingguan
catatan mingguan
 
Proses kerja melancung dan lawatan
Proses kerja melancung dan lawatanProses kerja melancung dan lawatan
Proses kerja melancung dan lawatan
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
 
Karangan catatan
Karangan catatanKarangan catatan
Karangan catatan
 
Contoh surat rasmi and tidak rasmi
Contoh surat rasmi and tidak rasmiContoh surat rasmi and tidak rasmi
Contoh surat rasmi and tidak rasmi
 
Fokus utama bahasa melayu penulisan 2016
Fokus utama bahasa melayu penulisan 2016Fokus utama bahasa melayu penulisan 2016
Fokus utama bahasa melayu penulisan 2016
 
Surat rasmi pameranpenjagaangigi
Surat rasmi pameranpenjagaangigiSurat rasmi pameranpenjagaangigi
Surat rasmi pameranpenjagaangigi
 
Petikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmiPetikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmi
 
Petikan surat rasmi
Petikan surat rasmiPetikan surat rasmi
Petikan surat rasmi
 
Jenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kirimanJenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kiriman
 
Surat Kiriman Rasmi - Teknik & Format
Surat Kiriman Rasmi - Teknik & FormatSurat Kiriman Rasmi - Teknik & Format
Surat Kiriman Rasmi - Teknik & Format
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 

Similaire à Karangan berbentukk tindakan

Bahasa indonesia kelas 3
Bahasa indonesia kelas 3Bahasa indonesia kelas 3
Bahasa indonesia kelas 3
galyh12005219
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsr
Edward Ngu
 
4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b
Kamarudin Jaafar
 

Similaire à Karangan berbentukk tindakan (20)

Bhg c
Bhg cBhg c
Bhg c
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan b
 
Ibu
IbuIbu
Ibu
 
Pembetulan kesalahan
Pembetulan kesalahanPembetulan kesalahan
Pembetulan kesalahan
 
Kado terakhir untuk bunda
Kado terakhir untuk bundaKado terakhir untuk bunda
Kado terakhir untuk bunda
 
Cerita pra
Cerita praCerita pra
Cerita pra
 
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johorBm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
 
Bedah buku andy noya kisah hidupku-
Bedah buku andy noya  kisah hidupku-Bedah buku andy noya  kisah hidupku-
Bedah buku andy noya kisah hidupku-
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Bahasa indonesia kelas 3
Bahasa indonesia kelas 3Bahasa indonesia kelas 3
Bahasa indonesia kelas 3
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsr
 
Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak Desa
 
Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak Desa
 
5. astri simarmata kepedulian
5. astri simarmata kepedulian5. astri simarmata kepedulian
5. astri simarmata kepedulian
 
4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b
 
Berdiri diatas impian
Berdiri diatas impianBerdiri diatas impian
Berdiri diatas impian
 
Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasa Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasa
 
Autobiografi
AutobiografiAutobiografi
Autobiografi
 
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
 
B. indo
B. indoB. indo
B. indo
 

Karangan berbentukk tindakan

  • 1. 1 Karangan Jenis tindakan (1) Petang ini aku pulang dari perpustakaan seorang diri. Ketika itu hujan renyai- renyai. Setiba di perhentian bas, aku terdengar bunyi tangisan bayi. Aku pun …………… (mulakan karangan dengan… Aku pun ... BAYI YANG DITINGGALKAN Aku pun terdiam sejenak. Aku cuba untuk pastikan bunyi itu betul-betul suara bayi. Hatiku bercampur-baur. Takut pun ada, gementar pun ada. Namun aku memberanikan diri untuk mendekati suara itu. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati seorang bayi yang baru lahir telah ditinggalkan disitu seorang diri. Perkara paling menyedihkanku ialah bayi tersebut diletakkan di tepi longkang dan dibalut kain putih. Bisik hatiku, “Ibu bayi ini umpama binatang, binatang pun kadang-kadang sangat menyayangi anak-anaknya.’’ Perasaan takut tadi bertukar menjadi belas. Aku mengambil tindakan segera. Aku mendukung bayi tersebut dan membersihkan kotoran yang melekat padanya. Aku juga mengelap bayi yang basah kuyup itu. Kemudian, aku cuba menahan teksi yang lalu lalang di situ. Namun, kesemua teksi yang kutahan tidak berhenti. Aku cuba menanti ketibaan bas. Tetapi bas yang kunantikan tidak juga muncul. Tiba-tiba aku mendapat satu fikiran. Kuhampiri telefon awam yang terdapat berhampiran dengan stesen bas itu,. Dalam keadaan kelam-kabut dengan tangisan bayi itu, aku cuba menelefon ke rumahku. Namun, segala-galannya hampa belaka, kerana panggilanku tidak berjawab. ‘Mungkin ,ibu dan bapaku tidak ada di rumah’’,bisikku. Walaupun kecewa, kucuba sedaya upaya juga. Kali ini, aku cuba menahan kereta sesiapa sahaja. Nasib menyebelahiku apabila sebuah kereta telah berhenti dan menanyakan masalahku. Aku menceritakan apa yang berlaku. Pemuda tersebut membawa aku dan bayi tersebut ke sebuah hospital berhampiran. Kemudian, kuceritakan semua yang berlaku kepada doktor yang bertugas. Doktor tersebut telah menelefon pihak polis dan ibu bapaku. Lebih kurang sepuluh minit kemudian, pihak polis serta ibu bapaku tiba di hospital. Pihak polis telah memberikan pujian terhadap tindakanku itu. Ibu bapaku juga amat gembira dan bangga terhadap tindakanku itu.
  • 2. 2 (2) Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak seorang tua terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan.Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya. Saya dan kawan-kawan saya menuju ke pondok perhentian bas. Kami bercadang hendak pergi ke bandar. Saya berhasrat untuk membeli barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan UPSR. Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang lelaki tua. Dengan tidak semena-mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua barang yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya. Saya segera membantunya, saya mengutip barang-barang yang bertaburan diatas jalan raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik kerana mengalami luka kecil sahaja. Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumahanaknya. Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia mempelawa saya masuk kedalam rumah. Dia menghidangi saya segelas minuman sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan saya tadi. Sungguhpun rancangan untuk membeli peralatan sekolah dan buku rujukan tidak kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu orang yang dalam kesusahan.
  • 3. 3 (3)Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba kamu terlihat seorang buaian. Ceritakan bagaimana kamu dapat membantu kanak-kanak tersebut.kanak- kanak terjatuh daripadabuaian ketika bermain. Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba aku terlihat seorang kanak- kanak terjatuh daripada buaian. Kanak-kanak tersebut tersembam di atas tanah. Aku dan rakan-rakanku bergegas menghampiri kanak-kanak tersebut. Beberapa orang rakan kanak-kanak tersebut kelihatan ketakutan dan ada yang menangis. Lebih-lebih lagi apabila mendengar rakannya yang terjatuh itu meraung kesakitan. Kulihat lutut dan siku kanak-kanak itu berdarah. Aku menyuruh Amar segera mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Aku dan Faizal pula mengangkat kanak-kanak itu ke tempat yang redup di bawah pokok tidak jauh dari situ. Ketika aku mengangkatnya, kanak-kanak itu meraung kesakitan. Aku pasti tangan kanak-kanak itu terseliuh atau mungkin patah. Sementara menunggu ibu bapa kanak-kanak itu sampai, aku menyuruh Ahmad menahan kereta di jalan besar yang tidak jauh dari situ. Dengan pengalaman dan pengetahuan sebagai ahli persatuan bulan sabit merah di sekolah, aku segera membuat anduh daripada bajuku untuk mengampu tangannya yang cedera. Sejurus kemudian, ibu kanak-kanak itu sampai. Dia terkejut melihat anaknya yang cedera itu. Aku terus menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Ibu kanak-kanak itu kelihatan cemas kerana anaknya tidak sedarkan diri. Ahamad dan seorang pemuda muncul dan bersedia untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital. Ibu kanak-kanak itu, tanpa berlengah-lengah, terus mengangkat anaknya ke dalam kereta pemuda tersebut. Aku mengingatkan rakan-kanak-kanak yang malang itu, supaya berhati-hati ketika bermain.
  • 4. 4 (4) Kamu dan rakan-rakan kamu sedang menyiapkan tugasan di Bilik Kemahiran Hidup. Tiba- tiba salah seorang daripada rakan kamu tercedera kerana terkena benda tajam. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan. Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas Kemahiran Hidup. Tiba-tiba seorang rakanku tercedera akibat terkena pahat. Pada waktu itu, Cikgu Ali iaitu guru Kemahiran Hidup kami pergi ke tandas. Justeru, aku terus ke bilik guru untuk memberitahu guru tentang kejadian itu. Aku turut mendapatkan peti pertolongan cemas yang terletak di situ. Kami bergegas ke bilik Kemahiran Hidup. Pada mulanya aku menyapu ubat antiseptik untuk membunuh kuman yang terdapat pada luka tersebut. Kemudian, aku membalut luka tersebut mengikut cara yang aku pelajari semasa aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah pada tahun lalu. Selepas itu, aku dan guruku memapah rakanku ke bilik rehat dan menelefon kedua-dua ibu bapa rakanku untuk memaklumkan mereka tentang peristiwa tersebut. Kemudian, kami membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut. Beberapa minggu kemudian, luka rakanku semakin pulih. Dia berterima kasih atas pertolongan yang aku berikan semasa dia tercedera di Bilik Kemahiran Hidup tempoh hari. Aku bersyukur kerana luka kawanku tidak serius dan sudah semakin pulih. Dia berjanji akan mematuhi segala peraturan semasa berada di Bilik kemahiran Hidup dan berhati-hati ketika menggunakan benda-benda yang tajam semasa pengajaran dan pembelajaran
  • 5. 5 Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku. Pada hari Sabtu 29 Februari 2012 yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Padang Air, Kemaman telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku, di Dewan Pusat Dagangan Terengganu. Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan duaorang guru penasihat. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mengenali buku-buku bermutu yang sesuai dibeli oleh murid.Selain itu murid-murid juga dapat menimba pengetahuan tentang perjalanan pameran buku.Di samping itu murid juga dapat menambah pengalaman semasa mengikuti lawatan sambil belajar. Kami tiba di Dewan Pusat Dagangan Terengganu pukul 9.30 pagi. Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah sudut pameran buku terbaharu. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP dan syarikat penerbitan buku yang lain. Selepas itu, kami menuju ke setiap gerai buku yang disediakan.Di situ terdapat penerbit yang mempamerkan dan mempromosikan buku daripada syarikat masing-masing.Kami meluangkan masa untuk melihat dan membelek-belek buku yang dipamerkan di setiap gerai. Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku rujukan UPSR dan buku cerita. Kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak penerbit buku tersebut.Ada juga rakan kami yang menyertai pertandingan kuiz sempena pameran buku tersebut. Sesungguhnya pameran buku kali ini amat berbeza dengan pameran buku yang pernah dianjurkan sekolah kami.Hal ini demikian kerana terdapat beebrapa acara menarik seperti pertandingan bercerita dan mewarna yang disediakan untuk pengunjung khususnya murid-murid sekolah.Oleh itu lawatan ini memberi pengetahuan dan dapat menambahkan pengalaman kepada semua ahli. Harapan kami agar lebih ramai murid di sekolah ini akan menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan. Laporan disediakan oleh, 2 MAC 2013. ……………………………… (MUHAMMAD AIMAN BIN ALI) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Padang Air.
  • 6. 6 ( 5) Kamu dan seorang rakan pergi ke sekolah pada pagi Jumaat untuk latihan bola sepak. Tiba-tiba kamu ternampak beberapa orang murid sekolah kamu sedang menconteng dinding bangunan sekolah.Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk menghentikan perbuatan itu. Rangka Karangan : Pendahuluan - pergi ke sekolah , menjalani latihan bola sepak - mewakili sekolah ke pertandingan peringkat zon - ternampak beberapa orang murid sedang menconteng dinding bangunan sekolah. Idea 1 - menghampiri - bertanya -menasihati supaya tidak melakukan perbuatan tersebut- tidak menghiraukan nasihat - meneruskan perbuatan mereka. Idea 2 -menggertak untuk memberitahu guru - murid tersebut melawan -menggugut akan memukul aku dan rakanku - berasa agak takut kerana mereka ramai. Idea 3 - turun ke padang -mencari guru - beliau belum tiba -memanggil beberapa orang rakan - menceritakan perkara yang berlaku -meminta bantuan rakan-rakan- menghentikan kejadian tersebut- rakan-rakan bersetuju - kembali ke tempat kejadian. Idea 4 -menangkap murid-murid tersebut - tidak dapat melawan - menyuruh seorang rakan memanggil guru- terkejut dengan kejadian tersebut - marah dan kesal Penutup -guru mencatat nama murid-murid tersebut - tindakan diambil ke atas mereka - rasa gembira dapat membanteras perbuatan vandalisme -pergi ke padang meneruskan latihan.
  • 7. 7 Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri Pendahuluan : Semua orang perlu menjaga kesihatan diri- terdapat pelbagai cara menjaga kesihatan diri. Idea 1 Makan makanan berzat dan berkhasiat-kurangkan makanan segera-banyakkan sayur-sayuran- kekacang dan sebagainya. Idea 2 Menjaga kebersihan tubuh - mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari- memakai pakaian yang bersih. Idea 3 Berjumpa doktor dua kali setahun-buat pemeriksaan kesihatan- ketahui penyakit-buat rawatan segera. Penutup Kebersihan amat dituntut agama-hidup sihat-bebas penyakit