SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  27
EMM 333 KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU
TUGASAN
SEMESTER MEI 2014
KOD KURSUS : EMM 333
NAMA KURSUS : KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU
PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR : NORMAH BTI MOHAMAD
NO. MATRIK : E30209120155
NAMA FASILITATOR
AKADEMIK
:
ENCIK SYED HASAN BIN SYED ABDUL
RAHMAN
PUSAT
PEMBELAJARAN
: MICOST @ RUMAH MEDIA , MITC, MELAKA
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN A MUKA SURAT
1. Tujuan dan Rasional Kajian 3-4
2. Rumusan penyelidik tentang jadual 3 4-6
3. Pandangan Jadual 3 6-9
3.1. Skor Min Secara Keseluruhan bagi Semua Pemboleh Ubah
3.2.Tahap Pembacaan Murid terhadap Elemen Sastera
3.3.Manfaat Pelaksanaan Elemen Sastera dalam P&P Seni Bahasa
3.4.Pengajaran Seni Bahasa Guru Berdasarkan KSSR
3.5.Penggunaan Teks Sastera dan Bahan Mengajar dalam
Pembelajaran Seni Bahasa
3.6.Pandangan Guru terhadap Pelaksanaan Seni Bahasa dalam
Sistem KSSR
4. Huraikan rumusan penyelidik Jadual 4 9-11
BAHAGIAN B
1. Pengenalan 12
2. Bagaimana Mempertingkatkan Kemahiran Berfikir 13-14
3. Aktiviti Penyelesaian Masalah 14-16
4. Kesimpulan 17-18
BAHAGIAN C
Sediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH ) 19-30
LAMPIRAN
RUJUKAN
BAHAGIAN A
Baca artikel yang bertajuk “Kepelbagaian Kaedah penyoalan Lisan dalam Pengajaran Guru
Bahasa Melayu : Kaedah Pemerhatian ”, oleh Zamri Mahmod dan Nor Razah Lim.
a) Nyatakan tujuan dan rasional kajian.
b) Apakah rumusan penyelidik tentang jadual 3, halaman 57?
c) Apakah pandangan anda tentang jadual 3 ? – tumpukan perhatian kepada kemahiran
penyoalan nombor 6, 7, 8, 10 dan 11 yang agak rendah kekerapan.
d) Huraikan rumusan penyelidik tentang jadual 4, halaman 58. Sejauh manakah keadaan
ini wujud di sekolah anda ? Beri sebab,
1.0 TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN
Artikel bertajuk “Kepelbagaian kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa
Melayu : Kaedah Pemerhatian” yang ditulis oleh Zamri Mahmod dan Nor Razah Lim. Setiap
artikel yang ditulis pasti ada tujuan dan rasionalnya. Begitulah juga dengan artikel ini bertujuan
untuk mengetahui kaedah penyolan lisan yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu ketika
mengajar di sekolah. Penggunaan soalan merupakan salah satucara menyampaikan kandungan
pelajaran kepad para pelajarnya. Soalan-solalan yan g dikemukan berppontensiAspek yang
dikaji ialah kekerapan soalan yang dikemukakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&
P), aras kognitif soalan, komponen kemahiran penyoalan dan lingkaran soalan. Penulis telah
memilih dua orang guru berpengalaman mengajar lebih 10 tahun sebagai peserta kajian. Penulis
telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengumpul data dan di analisis menggunakan
statistic deskriptif. Dapatan kajian menun jukkan bahawa guru bahasa Melayu lebih tertumpu
pada soalan aras rendah dan sederhana berbanding dengan soalan aras tinggi. Lingkaran soalan
yang digunakan oleh guru bahasa Melayu lebih tertumpu pada lingkaran individu dan
masyarakat, tetapi kurang pada lingkaran soalan yang berkaitan negara atau global. Pelajar
kurang diberi peluang untuk berfikir kerana guru lebih suka menggunakan aras penyoalan di
dalam bilik darjah. Implikasi kajian ialah apabila soalan aras tinggi kurang digunakan semasa P
& P, budaya berfikir dan penglibatan pelajar menjadi terbatas.
Kaedah menggunakan soalan merupakan salah satu cara guru menyampaikan kandungan
pelajaran kepada pelajar. Soalan yang dikemukakan berpotensi untuk membantu pelajar
mencapai keupayaan kognitif optimum. Seterusnya kaedah ini dapat mendedahkan pelajar
menggunakan pengetahuan sedia ada dan memnamdingkan maklumat yang diperolehi dan
seterusnya dapat menyelesaikan masalah. Pelajar dapat bertindak secara aktif dan bukannnya
bertindak secara pasif dalam proses pembelajaran mereka.
Menurut Omardin 1999 , penggunaan soalan di dalam kelas merupakan salah satu cara
guru menyampaikan pengajaran yang popular dan merupakan salah satu cara yang paling mudah
untuk dilaksanakan. Kemahiran menyoal sebahagian daripada kemahiran komunikasi lisan.
Menurut M. Mojibur 2010, kemahiran komunikasi lisan dapat mengukur keupayaan dan
kebolehan seseorang pelajar untuk berkomunikasi dengan baik atau sebaliknya. Ini bermakna ia
dapat menggalakkan interaksi guru dan pelajar dengan berkesan. Soalan yang dikemukan dapat
mencungkil pengetahuan pelajar dan mengukuhkan pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Tegasnya , seorang guru yang mahir ialah penyoal yang berkesan keran beliau dapat
menggunakan soalan-soalan yang membimbing para pelajar memberikan idea yang jelas,
mengembangkan potensi berfikir, serta dapat menggerakkan daya imaginasi pelajar.
2.0 RUMUSAN PENYELIDIK TENTANG JADUAL 3
Antara hasil rumusan kajian penulis yang dibuat dapat dilihat di dalam jadual 3 yang
bertajuk “Kekerapan Penggunaan Kemahiran Penyoalan Guru” . Sebanyak 80 soalan yang
telah dikemukan oleh guru 1 dan hasilnya 97.5 peratus merupakan soalan yang jelas, ringkas
dan tepat cara penyoalannya dan dapat difahami setrusnya boleg dijawab oleh pelajar beliau.
Secara keseluruhan, Guru 1 menggunakan ayat-ayat yang mudah untuk mendapat respon yang
segera darpada pelajar. Hampir 85 peratus soalan yang dikemukan oleh Guru 1 ialah soalan
yang mempunyai cirri-ciri tunggal ataupun lebih daripada satu idea. Sepenjang pemerhatian
yang dilakukan oleh pengkaji, Seterunya sebanyak 78.7 peratus kaedah penyoalan telah
dilakukan oleh Guru 1 iaitu menyebarkan soalan yang diajukan kepada seluruh kelas dahulu
sebelum memanggil nama-nama tertentu untuk menjawab soalan beliau. Semasa mengemukan
soalan juga Guru 1 telah menggunakan kemahiran hentian sebanyak 67.5 peratus untuk
memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tentang jawapan bagi soalan beliau. Guru 1 juga
melayani jawapan pelajar dengan baik sebanyak 67.5 peratus dengan memberikan pujian atau
motivai kepada pelajar yang menjawab.
Dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 81.2 peratus soalan telah dijawab oleh
pelajar apabila Guru 1 memanggil nama mereka untuk menjawab soalan. Sepanjang
pemerhatian pengkaji, Guru 1 memanggil kampir separuh daripada jumlah pelajar yang ada
sama ada lelaki atau perempuan. Guru1 juga kerap memberikan soalan kepada pelejar yang
lemah atau yang tidak menumpukan perhatian untuk menarik perhatian mereka terhadap
pelajaran. Guru 1 juga sangat kurang menggunakan kemahiran penyoalan yang menggalakkan
pelajar menyoal sama ada kepada guru mahupun pelajar sekelas. Sepanjang pemerhataian yang
dilakukan, hanya 2.5 peratus sahaja berlaku situasi tersebut. Guru 1 menguasai aktiviti
penyoalan dengan banyak bertanya solan kepada pelajar yang mendengar pembentangan atau
kepada ahli pembentangan tajuk pelajaran pada hari tersebut. Oleh sebab Guru 1 lebih banayak
mengemuka soalan, pelajar juga tidak diberi peluang untuk bertanya kepada pelajar lain yang
melakukan sesi pembentangan untuk menguji pengetahuan dan kefahaman serta pandangan
mereka terhadap tajuk pelajaran. Walaupun terdapat usaha guru menggalakkan pelajar bertanya
seperti ‘ Ada tak yang kamu tak faham ? Ada apa-apa pertanyaan? Guru 1 seolah-olah tidak
Berjaya membangkitkan ransangan untuk menanyakan soalan kepada pelajar.
Sebaliknya daripada 73 soalan yang dikemukan oleh Guru 2 pula, 98.6 peratus
merupakan soalan yang jelas dan tepat serta dapat difahami oleh pelajar beliau. Ayat-ayat Tanya
yang diajauakn mudah dan ringkas. Sama seperti Guru 1 , Guru 2 juga menggunakan kemahiran
penyoalan fokus kepada satu idea atau lebih semasa mengemukan solan, iaitu sebanyak 83.5
peratus. Guru 2 juga menyebarkan soalan kepada seleuru kelas , iaitu sebanyak 77.7 peratus.
Dan guru melakukan hentian yang sepatutnya untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
memikirkan jawapan yang tepat. Guru 1 dan Guru 2 menggunakan kaedah yang sama ketika
memanggil nama pelajar untuk menjawab soalan –soalan mereka.
Secara keseluruhan kajian, walaupun terdapat kumpulan pelajar yang melakukan
pembentangan, aspek kemahiran yang dinyatakan, iaatu memberi petunjuk, mencungkil fikiran
dan menggalakkan pelajar menyoal tidak dilaksanakan dengan baik oleh kedua-dua guru Bahasa
Melayu. Guru-guru Bahasa Melayu ini juga lebih banyak menguasai penggunaan soalan semasa
P&P guru Bahasa Melayu. Guru lebih banayak menyoal untuk menguji pengetahuan dan
kefahaman kumpulan pembentang dan pelajar yang mendengar.
3.0 APAKAH PANDANGAN ANDA TENTANG JADUAL 3?
Hasil dari dapatan kajian mengenai kekerapan penggunaan kemahiran penyoalan guru
yang ditujukkan di dalam jadual 3 telah menjelaskan kita bahawa terdapat banyak kemahiran
menyoal yang telah dilakukan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Berdasarkan secara keseluruhan kajian didapati guru Bahasa Melayu lebih banyak
mengemukakan soalan yang menumpukan tajuk yang dipelajari. Peratusan bagi lingkaran soalan
yang berkisar pada tajuk ialah 81.4 peratus. Ini menunjukkan bahawa antara kedua-duanya (guru
dan tajuk) tidak menunjukkan perbezaan yang sangat ketara. Begitu juga lingkaran soalan yang
mengaitkan tajuk dan individu. Peratusan bagi lingkaran soalan individu ialah 9.9 peratus dan
lingkaran soalan persekitaran ialah 3.24 peratus. Kedua-dua guru mengemukakan jumlah soalan
yang sedikit yang memfokuskan lingkaran soalan individu dan persekitaran. Lingkaran soalan
individu dan persekitaran lebih banyak ditanya pada tajuk rumusan berbanding dengan tajuk
Komsas. Secara keseluruhan, penggunaan penyoalan dalam kalangan guru yang dikaji adalah
pada tahap yang sangat kerap. Tidak terdapat perbezaan yang ketara antara guru yang dikaji
dengan kekerapan penggunaan penyoalan berdasarkan tempoh pengalaman mengajar. Dapatan
ini berbeza dengan dapatan Waheedawati (2003) yang mendapati terdapat perbezaan min yang
signifikan antara kekerapan penggunaan penyoalan guru dengan tempoh pengalaman mengajar
guru.
Berdasarkan dapatan tersebut juga, pengkaji telah mengenal pasti sebab-sebab yang
mempengaruhi penggunaan penyoalan dalam kalangan guru tersebut. Kajian ini mendapati
kedua-dua guru banyak mengajukan soalan kepada pelajar-pelajar sepanjang sesi P&P. Guru-
guru kerap bertanya soalan kepada pelajar untuk menguji pengetahuan dan kefahaman tentang
tajuk yang dipelajari. Dapatan kajian ini sama dengan dapatan Roselan (2001) yang mendapati
guru mengemukakan banyak soalan kerana semakin banyak reaksi pelajar diperoleh, semakin
jelas akan status kefahaman pelajar tentang kandungan pelajaran. Pengkaji mendapati sepanjang
pemerhatian, soalan-soalan lebih banyak dikemukakan dalam tajuk Komponen Kesusasteraan
Komsas berbanding tajuk Rumusan. Hal ini kerana dalam tajuk Komsas, penggunaan lebih kerap
soalan yang diajukan oleh guru adalah untuk menguji daya ingatan dan kefahaman pelajar.
Soalan- soalan yang menguji daya ingatan dan kefahaman pelajar dalam tajuk Komsas memang
mendapat reaksi yang positif dan lebih banyak.
Selain daripada itu, pelajar- pelajar juga telah bersedia dengan nota masing-masing dan
kertas pembentangan di papan putih. Pelajar boleh merujuk nota dan kertas pembentangan yang
ditampal untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan guru. Kajian juga mendapati guru-
guru yang dikaji menguasai aktiviti penyoalan dalam sesi P&P. Hanya 4.7 peratus aktiviti yang
menggalakkan pelajar menyoal dan 2.6 peratus pelajar menyoal di dalam kelas. Keadaan ini
tidak mencapai tujuan soalan dan penyoalan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (2002) yang menggalakkan penglibatan yang aktif dalam P&P dan perkongsiaan idea
antara guru dan pelajar. Pengkaji mendapati walaupun guru sudah menggalakkan pelajar
bertanya, respon yang diberikan oleh pelajar sangat kurang. Guru-guru didapati hanya
menggalakkan pelajar menyoal dengan soalan seperti “Ada apa-apa pertanyaan?” (Guru2) atau
“Ada apa-apa soalan kepada pembentang?” (Guru 2). Pelajar tidak mengambil bahagian yang
aktif walaupun guru sudah memberikan ruang kepada mereka untuk berienteraksi lisan. Dapatan
kajian yang memperlihatkan penglibatan pelajar yang kurang ini sama dengan dapatan Seman
(2005) yang mendapati interaksi lisan berlaku apabila pelajar menjawab soalan guru ataupun
apabila diarahkan oleh guru.
Kajian Waheedawati (2003) mendapati pola interaksi pelajar-pelajar atau pelajar-guru
juga sangat kurang berlaku. Kajian juga mendapati guru Bahasa Melayu jarang meminta pelajar
bertanya kepada pelajar yang lain walaupun terdapat kumpulan pelajar yang membuat
pembentangan tentang tajuk pada hari tersebut. Aktiviti penyoalan lebih banyak dikawal oleh
guru BM. Dapatan kajian juga telah menunjukkan terdapat beberapa komponen kemahiran
penyoalan yang terabai dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang ketara. Dapatan ini
sama dengan dapatan kajian Waheedawati (2003), Muhundhan (2002) dan Maimunah (1997)
yang menunjukkan aktiviti penyoalan guru lebih dikuasai oleh guru. Beberapa komponen
kemahiran penyoalan ini kurang diberikan penekanan oleh peserta kajian. Dapatan kajian
menunjukkan komponen kemahiran penyoalan yang ketara terabai ialah menggalakkan pelajar
menyoal, pelajar menyoal, memberi petunjuk dan mencungkil fikiran. Sepanjang pemerhatian
yang dilakukan, hanya terdapat dua soalan yang dikemukakan oleh pelajar terhadap guru Bahasa
Melayu (peserta kajian ini). Walaupun pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar pintar,
nampaknya guru-guru Bahasa Melayu tidak mengambil peluang yang sebaik-baiknya untuk
mencungkil fikiran pelajar dan pelajar-pelajar ini sangat kurang bersoal jawab dengan guru atau
dengan pelajar yang lain.
Dalam hal ini, guru cuba untuk mencungkil fikiran pelajar untuk mendapatkan jawapan
yang lebih terpeinci dan meluas, jika mendapati jawapan pelajar masih tidak menepati kehendak
guru. Sebagai contoh soalan yang mencungkil fikiran pelajar hanya berbentuk pendek sahaja
seperti ‘contohnya?’, ‘Yang kedua ialah?’, ‘contoh lain?’ dan ‘keperitan perang?’ Dapatan ini
selaras dengan dapatan Muhundhan (2002) yang menunjukkan guru hanya menggunakan soalan
yang berbentuk ‘apa’ dan soalan yang mengkehendaki jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’. Hal ini
menyebabkan guru tidak mencungkil fikiran pelajar sepenuhnya dan ditambah lagi dengan latar
belakang pelajar yang berpencapaian rendah. Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai latar
belakang akademik yang cemerlang, soalan-soalan beraras tinggi kurang diajukan menyebabkan
jawapan yang memerlukan aras pemikiran yang tinggi tidak diperoleh daripada pelajar. Soalan-
soalan guru hanya tertumpu pada bentuk ‘Huraikan’ atau ‘Berikan contoh’. Jawapan ini boleh
diberikan oleh pelajar dengan merujuk nota atau menggunakan daya ingatan mereka sahaja.
Soalan lisan berbentuk penilaian seperti ‘Berikan pendapat anda’ sangat kurang diajukan kepada
pelajar khususnya dalam tajuk Komsas. Dalam kajian ini, guru mengunakan kemahiran
penyoalan untuk mencungkil fikiran pelajar, pelajar akan memberikan respon yang lebih kepada
soalan guru terutamanya pada soalan yang beraras kognitif tinggi. Kesimpulannya, kemahiran
penyoalan yang terabai oleh guru Bahasa Melayu di dalam kelas turut ditemui dalam kajian ini.
Guru Bahasa Melayu kurang menggunakan kemahiran penyoalan seperti kemahiran memberi
petunjuk, mencungkil fikiran menggalakkan pelajar menyoal atau pelajar menyoal. Hal ini akan
memberi kesan kepada pelajar seperti pelajar tidak menggunakan kemahiran berfikir secara
optimum, pelajar tidak mendapat kemahiran mengemukakan soalan kepada guru atau rakan-
rakan dan pelajar akan mengambil sikap berdiam diri kerana bimbang , tidak yakin diri dan
malu.
4.0 HURAIKAN RUMUSAN PENYELIDIK TENTANG JADUAL 4. SEJAUH
MANAKAH KEADAAN INI WUJUD DISEKOLAH ANDA ? BERI SEBAB.
Rumusan penyelidik hasil darpada dapatan kajian kali ini dapat dilihat didalam jadual 4
yang menerangkan ‘ Kekerapan Penggunaan Enam Aras Soaln Kognitif Bloom dan Bnetuk
Soalan Wilen oleh Guru Bahasa Melayu’. Daripada 80 soalan yang diajukan oleh Guru 1,
sebanyak 33 soalan iaitu 41.3 peratus terdiri daripada soalan aras pengetahuan, iaitu soalan
bertumpu atau berpusat. Soalan-soalan pada aras ini hanya untuk melihat daya ingatan pelajar
terhadap tajuk yang dipelajari dalam Komsas seperti nama watak, peristiwa dan sebagainya.
Guru 1 telah mengemukakan soalan aras kefahaman sebanyak 30 soalan iaitu bersamaan 37.5
peratus . Seterusnya 7 soalan bersamaan 8.8 peratus berbentuk aplikasi. Soalan aras aplikasi
banyak dilihat apabila guru meminta pelajar menuliskan isi-isi rumusan yang telah digariskan
oleh pelajar di papan putih. Guru 1 juga telah menggunakan bentuk soalan bercapah atau aras
tingi. Sebanyak enam soalan aras analisis bersamaan 7.5 peratus, tiga soalan sintesis
bersamaan 3.8 peratus dan dua soalan penilaian bersamaan 2.5 peratus telah dikemukakan oleh
Guru 1.
Seterusnya hasil dapatan kajian telah mendapati Guru 2 pula telah mengemukakan
sebanyak 21 soalan aras pengetahuan bersamaan 28.7 peratus daripada keseluruhan 73 solan
yang dikemukakan kepada pelajar. Sama seperti guru 1, soalan pada aras ini dikemukan oleh
Guru 2 kepada pelajar untuk menguji daya ingatan pelajar terhadap fakta yang telah dipelajari
oleh mereka seperti watak, perwatakan atau latar peristiwa dalam Komsa. Sebanyak 27 soalan
aras kefahaman bersamaan 36.9 peratus dan tujuh soalan aras aplikasi bersamaan 9.6 peratus
telah dikemukakan oleh Guru 2. Guru 2 juga telah mengemukakan soalan bercapah atau aras
tinggi. Sebanyak enam soalan arasanalisis bersamaan 8.2 peratus, satu soalan aras sintensis
dan 4 soalan aras penilaian bersamaan 5.5 peratus telah dikemukakan oleh Guru 2.
Berdasarkan hasil dapatan kajian kedua-dua guru ini, didapati kedua-dua peserta kajian
lebih banyak menggunakakan soalan bertumpu, iaitu aras pengetahuan dan kefahaman. Soalan-
soalan bercapah atau pada ars tinggi sangat kurang diajukan kepada pelajar oleh kedua-dua orang
guru. Secara keseluruhan, tidak terdapat perbezaan yang sangat besar dalam menggunakan aras
soalan kognitif Bloom atau bentuk soalan yang dikemukan oleh kedua-dua peserta kajian.
Sejak akhir-akhir ini banyak persoalan dikemukakan oleh ibu bapa dan masyarakat
tentang sejauh manakah masalah ini berlaku di sekolah- sekolah dan apakah sebab –sebab
keadaan ini berlaku. Banyak faktor yang menyebabkan ini berlaku antaranya faktor dalaman
dan luaran. Faktor pertama yang dapat kita lihat ialah sikap pelajar itu sendiri. Pelajar melayu
mengambil sikap sambil lewa. Mereka seolah – olah sudah pandai kerana bahasa Melayu
bahasa ibunda. Penerangan dan maklumat yang diberi tidak di buat ulangkaji. Masalah timbul
apabila tiba hari ujian dan peperiksaan. Bagi pelajar bukan Melayu pula mereka menganggap
bahasa Melayu tidak penting dan sangat susah untuk difahami. Perkara ini tersemat di dalam
fikiran mereka kerana kurangnya pendedahan tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu
dalam kehidupan seharian. Sikap pelajar juga agak malas dan tidak bersungguh- sungguh
membuat latihan yang diberikan . Sikap meniru latihan daripada rakan-rakan akan
menambahkan kesulitan dalam menguadai subjek bahasa Melayu. Sikap malu bertanya kepada
guru tentang sesuatu yang tidak difahami turut menyumbang kepada permasalahan ini.
Faktor seterusnya yang menyumbang ialah persekitaran kehidupan pelajar sendiri. Jika
diambil sejarah pembelajaran Bahasa Melayu, pelajar-pelajar ini hanya didedahkan dengan
penggunaan Bahasa Melayu hanya dalam subjek Bahasa Melayu. Kebanayakan sebjek sekolah
rendah di SRJKC atau SRJKT seperti Matematik, Sains dan Pendidikan Moral menggunakan
bahasa ibinda mereka iaitu bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Guru-gurubertutur dengan
menggunakan bahasa Cina semasa proses P&P kerana bahasa ini lebih mudah difahami oleh
pelajar-pelajar. Selain itu hamper 95 % percakapan atau pertuturan mereka di sekolah
menggunakan bahasa Cina atau Tamil. Justeru itu jelas bahawa persekitaran amat
mempengaruhi kelemahan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar berbangsa
Cina atau India .
Selain itu faktor media masa iaitu media cetak dan media elektronik. Kerancuan bahasa
banyak berlaku. Ini kerana sikap penulis dan penerbit yang mementingkan keuntungan.
Penggunaan bahasa pasar , bahasa yang bercampur dengan bahasa lain yang memudahkan
mereka faham apabila membacanya. Hasilnya pelajar menggunaka bahasa yang salah dalam
pembelajaran bahasa Melayu. Dewasa kini masalah kerancuan bahasa yang teruk di kalangan
pelajar ialah penggunaan bahasa SMS. Singkatan dalam perkataan dilakukan bukan sahaja
dalam terlefon tetapi dalam menjawab soalan. Guru hanya mampu memberi nasihat dan
peringatan tetapi pihak-pihak lain seperti keluarga , masyarakat dan pihak berkuasa juga harus
membantu menagani masalah.
Seterusnya sikap guru sebagai pendidik yang harus berubah. Guru hendaklah
mempunyai sikap dan prinsip mementingkan peningkatan ilmu sepanjang hayat. Dalam dunia
globalisasi kini penambahbaikan kaedah pedagogi dan teknik kemahiran belajar dan mengajar
sentiasa dipertingkatkan. Ini menggelakkan pelajar cepat bosan dan memandang rendah
kreabiliti seorang guru. Penggunaan bahan yang terkini dan pemahan isu-isu semasa yang
menarik akan menimbulkan minat dan menguji minda mereka.
Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan kaedah penyolan merupaka proses yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu. Dapatan merumuskan guru-
guru kerap menggunakan penyoalan, mengaplikasikan kemahiran penyoalan, aras soalan dan
lingkaran soalan. Namun, terdapat juga penggunaan aspek-aspek kemahiran penyoalan, aras
soalan dan lingkaran terabai dan kurang diberikan penekanan oleh guru-guru. Dapatan kajian
yang dihuraikan memberikan implikasi dalam beberapa aspek dalam aktiviti penyoalan lisan
guru semasa proses P&P. Saranan yang dikemukan juga harus diberi perhatian agar
peningkatan dalam memperkasakan pengajaran guru dan mengembangkan pemikiran pelajar
supaya pembelajaran mereka menjadi lebih bermakna serta meningkatkan kecermelangan
mereka dalam pencapaian Bahasa Melayu.
BAHAGIAN B
“Fokus pengajaran kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru terikat dengan langkah-
langkah dan peruntukan masa yang terbatas sehingga guru-guru tidak “mampu” untuk
berinteraksi dengan murid”.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan penulis ? Bincangkan dengan merujuk kepada sekolah
anda.
1.0 PENGENALAN
Proses penilaian dan pentaksiran sentiasa berlaku melalui proses pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat
berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita, Stufflebeam
(1971). Penilaian juga boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk
menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai. Pentaksiran pula adalah
suatu proses meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang
diperolehi seseorang individu. Pengajaran berfokuskan peperiksaan menjadi isu penting pada
masa kini. Hasil dari data kajian yang diperolehi melalui soal selidik, pemerhatian dan temu
bual jelas menunjukkan guru – guru sentiasa memberi fokus kepada peperiksaan. Oleh sebab
itu, dalan pengajaran bahasa Melayu didapati guru-guru juga menggunakan format peperiksaan
semasa menjalankan aktiviti ataupun semasa menyediakan latihan. Fokus kepada peperiksaan
menyebabkan guru-guru terikat dengan langkah-langkah dan peruntukan masa yang terbatas
sehingga guru-guru tidak “ mampu” untuk berinteraksi dengan murid. Kaedah pengajaran yang
berfokus kepada peperiksaan memberi implikasi kepada suasana pengajaran dan pembelajaran
pada hari ini contoh aktiviti tidak banyak dapat dijalankan, latihan sentiasa berdasarkan format
peperiksaan, penglibatan murid terbatas, dan murid yang lemah tidak menerima hasil
pembelajaran.
Kita terlebih dahulu memahami makna kata sebenar ‘ berorientasikan peperiksaan’ atau
exam-oriented. Kerana ramai yang menganggap apabila ada sahaja peperiksaan, dan pelajar
tekun belajar menghafal buku maka itulah berorientasikan peperiksaan. Pada pandangan saya,
peperiksaan adalah satu keperluan dalam sistem pendidikan mana-mana negara untuk mengukur
tahap pencapian pendidikan yang melibatkan dasar-dasar serta belanjawan negara. Tanpa
adanya peperiksaan, maka adalah sukar malah mungkin juga mustahil untuk kita mengetahui
sejauh mana tahap pencapaian anak-anak di sekolah terutamanya ketika mana kita mahu
membentuk ‘ benchmark’ kepada sekolah lain.
Pada pandangan saya fokus pengajaran kepada peperiksaan bukan penyebab utama guru-
guru terikat dengan langkah-langkah dan peruntukan masa yang terbatas sehingga guru-guru
tidak mampu berinteraksi dengan murid. Ini kerana setiap individu yang lahir berbeza antara
satu sama lain. Hal ini jelas kerana setiap individu asalah unik dan tidak ada seratus-peratus
sama dengannya meskipun bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007),
perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan
yang sama dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat . Oleh
itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh
mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah
mengikut subjek .
Sekolah merupakan intitusi pelajaran yang mengasah bakat dan kemahiran pelajar. Oleh
kerana masa pengajaran yang panjang dan silibus yang luas dan adanya ujian dan peperiksaan
adalah tidak mencukupi bagi guru untuk menilai kefahaman murid secara terperinci mahupun
keseluruhan. Justeru itu pihak kerajaan telah melakukan kajian dan perubahan dalam sistem
pentaksiran pelajar berasakan sekolah (PBS) yang dapat menilai dari masa ke semasa. PBS
merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirnnya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (LPM 2010).
Fokus kepada peperiksaan bukan isu utama pelajar dan guru kurang berinteraksi dengan
murid. Ini kerana pembelajaran yang menyeronokan dalam konteks pengajaran bhasa , unsure
humor akan menjadikan hasil pembelajaran lebih bermakna kepada murid. Guru perlu
mengunakan bahasa yang berupaya menzahirkan perasaan lucu, pengunaan grafik seperti kartun
dan bahasa tubuh yang boleh menimbulkan suasana yang menyeronokkan kepada murid.
Pandangan Yahya (2012), mengaitkan humor dengan kelucuan yang boleh meneybabkan
sesorang menjadi seronok apabila mendengarnya. Pengajaran Bahasa Melayu tidak boleh hanya
menekankan kepada penguasaan isi kandungan semata-mata untuk peperiksaan. Menurut
Shafee et al (2011), amalan jenaka guru pelatih dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang menyeronokkan dan lebih berkesan.
Selain itu, pembelajaran yang menyeronokkan juga berkait dengan penggunaan bahan
bantu mengajar yang menarik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan.
Hal ini disokong oleh Yahya dan Dayang Raini (2011). Menggunakan aplikasi computer
secara interatif dengan murid-murid berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran
menggunakan kaedah tradisional dalam ujian pasca. Kesmpilannya kreativiti guru mampu
memberi kesan terhadap pembelajaran di bilik darjah.
Antara sebab yang menyebabkan kurang interaksi guru dan pelajar ialah tingkah laku
bermasalah pelajar seperti hiperaktif, kelakuan nakal serta menggangu rakan ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah disiplin yang sering menjadi isu dalam
kalangan guru-guru di sekolah. Dalam era globalisasi kini, murid-murid mendapat pengaruh
daripada pelbagai saluran sama ada siaran televisyen mahupun melayari internet yang
memungkinkan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa sempadan. Oleh itu guru di sekolah tidak
relevan untuk menggunakan set peraturan yang autokratik dan tegas dengan cara memaksa,
megherdik, meninggikan suara ataupun menggunakan bahasa yang kasar untuk mendisiplinkan
murid. Sebaliknya guru perlu mewujudkan hubungan yang lebih akrab dengan murid-murid.
Salah satu caranya melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Unsur didik hibur
yang diterapkan dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris adalah
satu langkah bijak Kementerian Pendidikan Malaysia.
BAHAGIAN C
Sediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)- mengajar salah satu aspek kemahiran
membaca, menulis, mendengar atau bertutur.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : 1 Berlian
Hari : Jumaat
Tarikh : 11 Julai 2014
Masa : 9.15-10.15 pagi
Bilangan Pelajar : 30 orang
Tema : Hidup Selamat
Tajuk : Kata Adjektif Warna
Lampu Isyarat
Fokus Utama: Standard Kandungan
3.4 Menulis imlak dengan tepat.
Standard Pembelajaran
3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi
suku kata terbuka dan tertutup dengan tepat.
Fokus Sampingan : Standard Kandungan
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul
mengikut konteks.
Standard Pembelajaran
5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna dengan
betul mengikut konteks.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
(i) menyatakan lima kata adjektif warna.
(ii) menggunakan kata adjektif warna dengan betul mengikut konteks.
Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Seni Visual, Nilai – Sayangi Keluarga,
KBT : KB- Mengenal pasti. dan KP -Verbal – Lingustik.
Kemahiran bahasa : Mendengar : pantun yang ditayangkan.
Bertutur : Tanya – jawab secara bertatasusila.
Membaca : Ayat-ayat kata adjektif yang ditunjukkan. Menulis
Jawapan dengan kata adjektif yang betul.
Sistem Bahasa : Kosa Kata :
Tatabahasa : KataHubung , Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, Kata Nama Khas
Pengisian Kurikulum : Ilmu- Pendidikan Moral & Muzik. Nilai : Kasih sayang,
keberanian
KBT : Verval Lingustik, visul ruang, kinestik, kbkk, didik hibur.
Media : Komputer, lembaran kerja, gambar kemalangan, lirik lagu
Pengetahuan Sedia Ada : Murid menaiki kenderaan seperti kereta, motorsikal, basikal,
bas, van lain-lain.
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
Langkah/
Masa
Isi
Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
1.1 Murid
menonton
video
kempen
keselamatan
jalan raya.
1. Guru menayangkan
video kempen
keselamatan jalan
raya.
2. Guru bersoal jawab
dengan murid.
Contoh soalan:
Apakah langkah
keselamatan yang
diambil semasa
menaiki kereta atau
motorsikal?
3. Guru masukkkan
tajuk hari ini iaitu
Tema :Hidup Selamat
Tajuk : Kata
Adjektif Warna
Lampu Isyarat
1. Murid melihat
tayangan video.
2. Murid menjawab
tali pinggang keledar,
topi keledar,
mematuhi lampu
isyarat dan peraturan
jalan raya, tidak
menggunakan telefon
bimbit dan lain-lain.
Strategi/ Teknik:
pemerhatian dan
soal jawab
Sumber
pengajaran:
Tayangan video
Penglibatan
murid yang aktif
Langkah 1
(8 minit)
Gambar-
gambar
kemalangan
jalan raya di
Malaysia.
1.Guru
menayangkan
Power Point di
hadapan kelas.
2. Guru menyoal
pelajar :
a. Apa yang kamu
lihat?
b. Apa yang berlaku
kepada pemandu
itu?
c. Mengapa perkara
ini berlaku?
d. Apa perasaan
kamu jika berlaku
kepada keluarga
kamu?
e. Guru mengaitkan
peristiwa dengan
1. Murid memberi
perhatian.
2. Murid
memerhatikan paparan
power point tentang
gambar-gambar
kemalangan jalan raya.
Murid menjawab
pemandu cedera, patah
, luka dan berdarah,
kereta rosak
meninggal.
Pandu laju ,
melanggar peraturan
jalan raya, mabuk .
Sedih, takut ,cacat,
kereta rosak, banyak
guna duit.
Strategi/ Teknik:
Pemerhatian dan
sumbangsaran
pelajar
Sumber
pengajaran:
Slaid Power Point
Sikap
Murid:Ketelitian,
sifat ingin tahu,
takut, sedih dan
berhati-hati
Penglibatan
murid yang aktif
pelajaran hari ini.
f. Kita mesti patuhi
peraturan jalan raya
terutama sekali
patuhi lampu
isyarat.
Guru bertanya lagi
ingat tak pesan
ibu…? Jika
kemana-mana kita
mesti berhati-hati.
Bukan sahaja
pemandu kenderaan
yang perlu
berwaspada, pejalan
kaki pun mesti
berhati-hati. Cuba
kamu nyanyikan
lagu “Pesan Ibu”.
Murid menyanyikan
lagu “Pesan Ibu”
bersama –sama.
Langkah 2
(5 minit)
Melihat
contoh-contoh
lampu isyarat.
1.Guru
menunjukkan
gambar-gambar
lampu isyarat.
2. Guru bertanya :
a. Di manakah
1.Murid memerhatikan
gambar lampu isyarat.
2. Murid menjawab :
a. Di simpang jalan.
Strategi/ Teknik:
Pemerhatian dan
pengetahuan
sedia ada
Sumber
pengajaran:
terdapatnya lampu
isyarat?
b. Berapakah warna
lampu isyarat?
c. Apakah warna-
warna lampu
isyarat?
3. Guru memberi
penerangan tentang
warna merah
bermaksud
…..(berhenti)
Guru minta murid
cuba eja merah.
Warna kuning
bermaksud ……..
bersedia berhenti.
Guru minta murid
cuba eja kuning.
Warna hijau
bermaksud…….
Kereta jalan
Guru minta murid
eja hijau.
b. Lampu isyarat ada
tiga warna.
c. Merah, kuning, dan
hijau.
Murid memberi
respon- berhenti.
Murid eja –merah
Murid memberi respon
– bersedia berhenti
Murid eja – kuning
Murid memberi
respon- jalan
Murid eja - hijau
Gambar
Sikap
Murid:Ketelitian
Penglibatan
murid yang aktif
Langkah
3
(10minit)
Membaca ayat
tunggal dan
ayat majmuk
dalam petikan
pantun yang
dipaparkan.
1.Guru meminta
murid bersama-
sama membaca
pantun yang
disediakan.
Pantun jalan raya
Merah putih si
bunga raya,
Dipetik gadis untuk
disemat,
Hati-hati di jalan
raya,
Biar lambat asal
selamat.
Berbaju hijau ke
rumah Manan,
Berjalan kaki
dengan pantas,
Pandang ke kiri
dan ke kanan,
Tiada kenderaan
baru melintas.
2. Guru bertanya
kepada murid
1. Murid membaca
bersama-sama guru.
Murid ulangi bacaan
pantun tanpa guru.
Nilai dan sikap
murid:
Bekerjasama,
sifat ingin tahu,
ketelitian dan
kekemasan
KG: kemahiran
belajar-
membuat
pemerhatian,
meulis.
- kemahiran
berfikir –
menjana idea.
KBT: belajar
menulis,
mengingat.
-teori kecerdasan
pelbagai-
interpersonal.
Langkah
4
(10 minit)
Melengkapkan
ayat dengan
kata adjektif
warna.
‘Siapa boleh
tunjukkan kata
adjektif warna yang
terdapat dalam
pantun ini’.
1. Guru memberi
penerangan dan
arahan latihan
melengkapkan ayat.
2. Guru meminta
murid yang tahu
jawapan ke hadapan
untuk menaip
jawapan.
1. Guru meminta
murid duduk dalam
2. Murid datang ke
depan, tunjuk kata
adjektif warna dan eja.
Ulangi dengan murid
yang lain sehingga
selesai.
1.Murid yang tahu
jawapan ke hadapan
untuk menjawab.
2. Murid- murid
membaca soalan yang
telah dilengkapi
dengan jawapan .
KG: kemahiran
belajar dalam
kumpulan ,
-merancang dan
menguruskan
aktiviti dan
bekerjasama
dalam kumpulan.
KBT:
konstruktivisme-
meneroka.
Nilai:
bekerjasama,
teliti
Langkah
5
(10 minit)
Murid
lengkapkan
latihan bertulis
(B3 DB1 E2)
dan kolaj
‘lampu isyarat’
kumpulan yang
telah ditetapkan.
2. guru meminta
murid menjawab
soalan lembaran
kerja yang perlu
dilengkapkan
dengan kata adjektif
‘warna’.
Contoh soalan di
lampiran.
3. Guru meminta
pelajar selesai
menjawab membuat
lampu isyarat
menggunakan
kepingan kertas
yang telah
disediakan.
1. Murid dalam
kumpulan berbincang
untuk menjawab
dengan betul.
2. Selesai menjawab
dilembaran kerja murid
–murid bekerjasama
membuat kolaj lampu
isyarat.
Ilmu: pendidikan
seni visual,
matematik
BSPP: lembaran
kerja , kertas
warna
Penutup
(3 minit)
Mempamerkan
hasil kerja dan
membuat
rumusan.
1. Guru bertanya
secara kelas:
Apa pelajaran yang
kamu pelajari hari
1. Murid menjawab
warna , kita mesti
berhati-hati di jalan
raya, patuhi lampu
isyarat.
KG:
-kemahiran
belajar menilai
maklumat
ini?
2. Guru memuji
hasil kerja murid
pandai atau bagus.
3. Guru meminta
murid menyayikan
sekali lagi lagu
“Pesan Ibu” secara
kelas .
2. Murid bertepuk
tangan sambil mengeja
warna merah, kuning,
hijau.
3. Muird menyanyi
bersama-sama dengan
aksi.
-kemahiran
berfikir.
Nilai : kasih
sayang, berhati-
hati, gembira
LATIHAN PENGAYAAN :
1. Isi manggis berwarna
2. Kenderaan hendaklah berhenti apabila
lampu isyarat berwarna
3. Warna dan dan
ialah warna kegemaran ibu saya.
4. Adik bersongkok
pada Hari Raya.
5. Bunga kebangsaan kita bunga raya
berwarna .
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

Contenu connexe

Tendances

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
Rasit Masrii
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membaca
ijam
 
Kemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasaKemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasa
nuar nani
 
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membacaInstrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
Wan Nur Aziemah Izyan
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
pikaosman
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pensil Dan Pemadam
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANSEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
Farah Elriani
 

Tendances (20)

Bacaan ekstensif
Bacaan ekstensifBacaan ekstensif
Bacaan ekstensif
 
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
 
Bacaan intensif
Bacaan intensifBacaan intensif
Bacaan intensif
 
Teori psikolinguistik
Teori psikolinguistikTeori psikolinguistik
Teori psikolinguistik
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Pentafsiran Pembelajaran KPN 4053
Pentafsiran Pembelajaran KPN 4053Pentafsiran Pembelajaran KPN 4053
Pentafsiran Pembelajaran KPN 4053
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membaca
 
Kemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasaKemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasa
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
 
41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik
 
tugasan morfologi
tugasan morfologi  tugasan morfologi
tugasan morfologi
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BM TAHUN 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BM TAHUN 1RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BM TAHUN 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BM TAHUN 1
 
Semantik sem.6
Semantik sem.6Semantik sem.6
Semantik sem.6
 
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membacaInstrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
 
Contoh RPH Pemulihan
Contoh RPH Pemulihan Contoh RPH Pemulihan
Contoh RPH Pemulihan
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
Kaedah pandang sebut
Kaedah pandang sebutKaedah pandang sebut
Kaedah pandang sebut
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANSEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
 

En vedette

Rancangan harian bahasa melayu
Rancangan harian bahasa melayuRancangan harian bahasa melayu
Rancangan harian bahasa melayu
Saya Menang Moto
 
International business management & global marketing management
International business management & global marketing managementInternational business management & global marketing management
International business management & global marketing management
NMIMS ASSIGNMENTS HELP
 
Principles and practices of management 250613
Principles and practices of management 250613Principles and practices of management 250613
Principles and practices of management 250613
NMIMS ASSIGNMENTS HELP
 

En vedette (20)

Rancangan harian bahasa melayu
Rancangan harian bahasa melayuRancangan harian bahasa melayu
Rancangan harian bahasa melayu
 
Telecom management 1
Telecom management 1Telecom management 1
Telecom management 1
 
Sap consultancy
Sap consultancySap consultancy
Sap consultancy
 
latihan Power point 1
latihan Power point 1latihan Power point 1
latihan Power point 1
 
It for management
It for managementIt for management
It for management
 
General management
General managementGeneral management
General management
 
Examination paper business communication
Examination paper business communicationExamination paper business communication
Examination paper business communication
 
Hrm1
Hrm1Hrm1
Hrm1
 
Telecom management
Telecom managementTelecom management
Telecom management
 
International business management & global marketing management
International business management & global marketing managementInternational business management & global marketing management
International business management & global marketing management
 
Iibm organisational behaviour
Iibm organisational behaviourIibm organisational behaviour
Iibm organisational behaviour
 
Muscle d
Muscle   dMuscle   d
Muscle d
 
Management information systems (1)
Management information systems (1)Management information systems (1)
Management information systems (1)
 
Managerial economics
Managerial economicsManagerial economics
Managerial economics
 
Human resource management 251613
Human resource management 251613Human resource management 251613
Human resource management 251613
 
Iibm human resourse_management
Iibm human resourse_managementIibm human resourse_management
Iibm human resourse_management
 
Principles and practices of management 250613
Principles and practices of management 250613Principles and practices of management 250613
Principles and practices of management 250613
 
Consumer behavior 1
Consumer behavior 1Consumer behavior 1
Consumer behavior 1
 
Exam paper organizational behaviour
Exam paper organizational behaviourExam paper organizational behaviour
Exam paper organizational behaviour
 
International business
International businessInternational business
International business
 

Similaire à Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Ahmad NazRi
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Muhri Badri
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakan
hajizul
 
Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'
Mohd Al-Malizi
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012
Rohani Othman
 
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Rafiza Diy
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Cik BaCo
 

Similaire à Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu (20)

Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm
 
Jurnal bm
Jurnal bm Jurnal bm
Jurnal bm
 
Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakan
 
Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
 
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Proposal 2013 (aidil)
Proposal 2013 (aidil)Proposal 2013 (aidil)
Proposal 2013 (aidil)
 
Proposal 2013
Proposal 2013Proposal 2013
Proposal 2013
 

Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

  • 1. EMM 333 KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU TUGASAN SEMESTER MEI 2014 KOD KURSUS : EMM 333 NAMA KURSUS : KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : NORMAH BTI MOHAMAD NO. MATRIK : E30209120155 NAMA FASILITATOR AKADEMIK : ENCIK SYED HASAN BIN SYED ABDUL RAHMAN PUSAT PEMBELAJARAN : MICOST @ RUMAH MEDIA , MITC, MELAKA
  • 2. ISI KANDUNGAN BAHAGIAN A MUKA SURAT 1. Tujuan dan Rasional Kajian 3-4 2. Rumusan penyelidik tentang jadual 3 4-6 3. Pandangan Jadual 3 6-9 3.1. Skor Min Secara Keseluruhan bagi Semua Pemboleh Ubah 3.2.Tahap Pembacaan Murid terhadap Elemen Sastera 3.3.Manfaat Pelaksanaan Elemen Sastera dalam P&P Seni Bahasa 3.4.Pengajaran Seni Bahasa Guru Berdasarkan KSSR 3.5.Penggunaan Teks Sastera dan Bahan Mengajar dalam Pembelajaran Seni Bahasa 3.6.Pandangan Guru terhadap Pelaksanaan Seni Bahasa dalam Sistem KSSR 4. Huraikan rumusan penyelidik Jadual 4 9-11 BAHAGIAN B 1. Pengenalan 12 2. Bagaimana Mempertingkatkan Kemahiran Berfikir 13-14 3. Aktiviti Penyelesaian Masalah 14-16 4. Kesimpulan 17-18 BAHAGIAN C Sediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH ) 19-30 LAMPIRAN RUJUKAN
  • 3. BAHAGIAN A Baca artikel yang bertajuk “Kepelbagaian Kaedah penyoalan Lisan dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu : Kaedah Pemerhatian ”, oleh Zamri Mahmod dan Nor Razah Lim. a) Nyatakan tujuan dan rasional kajian. b) Apakah rumusan penyelidik tentang jadual 3, halaman 57? c) Apakah pandangan anda tentang jadual 3 ? – tumpukan perhatian kepada kemahiran penyoalan nombor 6, 7, 8, 10 dan 11 yang agak rendah kekerapan. d) Huraikan rumusan penyelidik tentang jadual 4, halaman 58. Sejauh manakah keadaan ini wujud di sekolah anda ? Beri sebab, 1.0 TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN Artikel bertajuk “Kepelbagaian kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu : Kaedah Pemerhatian” yang ditulis oleh Zamri Mahmod dan Nor Razah Lim. Setiap artikel yang ditulis pasti ada tujuan dan rasionalnya. Begitulah juga dengan artikel ini bertujuan untuk mengetahui kaedah penyolan lisan yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu ketika mengajar di sekolah. Penggunaan soalan merupakan salah satucara menyampaikan kandungan pelajaran kepad para pelajarnya. Soalan-solalan yan g dikemukan berppontensiAspek yang dikaji ialah kekerapan soalan yang dikemukakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P& P), aras kognitif soalan, komponen kemahiran penyoalan dan lingkaran soalan. Penulis telah memilih dua orang guru berpengalaman mengajar lebih 10 tahun sebagai peserta kajian. Penulis telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengumpul data dan di analisis menggunakan statistic deskriptif. Dapatan kajian menun jukkan bahawa guru bahasa Melayu lebih tertumpu pada soalan aras rendah dan sederhana berbanding dengan soalan aras tinggi. Lingkaran soalan yang digunakan oleh guru bahasa Melayu lebih tertumpu pada lingkaran individu dan masyarakat, tetapi kurang pada lingkaran soalan yang berkaitan negara atau global. Pelajar kurang diberi peluang untuk berfikir kerana guru lebih suka menggunakan aras penyoalan di dalam bilik darjah. Implikasi kajian ialah apabila soalan aras tinggi kurang digunakan semasa P & P, budaya berfikir dan penglibatan pelajar menjadi terbatas.
  • 4. Kaedah menggunakan soalan merupakan salah satu cara guru menyampaikan kandungan pelajaran kepada pelajar. Soalan yang dikemukakan berpotensi untuk membantu pelajar mencapai keupayaan kognitif optimum. Seterusnya kaedah ini dapat mendedahkan pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada dan memnamdingkan maklumat yang diperolehi dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah. Pelajar dapat bertindak secara aktif dan bukannnya bertindak secara pasif dalam proses pembelajaran mereka. Menurut Omardin 1999 , penggunaan soalan di dalam kelas merupakan salah satu cara guru menyampaikan pengajaran yang popular dan merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk dilaksanakan. Kemahiran menyoal sebahagian daripada kemahiran komunikasi lisan. Menurut M. Mojibur 2010, kemahiran komunikasi lisan dapat mengukur keupayaan dan kebolehan seseorang pelajar untuk berkomunikasi dengan baik atau sebaliknya. Ini bermakna ia dapat menggalakkan interaksi guru dan pelajar dengan berkesan. Soalan yang dikemukan dapat mencungkil pengetahuan pelajar dan mengukuhkan pelajaran yang disampaikan oleh guru. Tegasnya , seorang guru yang mahir ialah penyoal yang berkesan keran beliau dapat menggunakan soalan-soalan yang membimbing para pelajar memberikan idea yang jelas, mengembangkan potensi berfikir, serta dapat menggerakkan daya imaginasi pelajar. 2.0 RUMUSAN PENYELIDIK TENTANG JADUAL 3 Antara hasil rumusan kajian penulis yang dibuat dapat dilihat di dalam jadual 3 yang bertajuk “Kekerapan Penggunaan Kemahiran Penyoalan Guru” . Sebanyak 80 soalan yang telah dikemukan oleh guru 1 dan hasilnya 97.5 peratus merupakan soalan yang jelas, ringkas dan tepat cara penyoalannya dan dapat difahami setrusnya boleg dijawab oleh pelajar beliau. Secara keseluruhan, Guru 1 menggunakan ayat-ayat yang mudah untuk mendapat respon yang segera darpada pelajar. Hampir 85 peratus soalan yang dikemukan oleh Guru 1 ialah soalan yang mempunyai cirri-ciri tunggal ataupun lebih daripada satu idea. Sepenjang pemerhatian
  • 5. yang dilakukan oleh pengkaji, Seterunya sebanyak 78.7 peratus kaedah penyoalan telah dilakukan oleh Guru 1 iaitu menyebarkan soalan yang diajukan kepada seluruh kelas dahulu sebelum memanggil nama-nama tertentu untuk menjawab soalan beliau. Semasa mengemukan soalan juga Guru 1 telah menggunakan kemahiran hentian sebanyak 67.5 peratus untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tentang jawapan bagi soalan beliau. Guru 1 juga melayani jawapan pelajar dengan baik sebanyak 67.5 peratus dengan memberikan pujian atau motivai kepada pelajar yang menjawab. Dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 81.2 peratus soalan telah dijawab oleh pelajar apabila Guru 1 memanggil nama mereka untuk menjawab soalan. Sepanjang pemerhatian pengkaji, Guru 1 memanggil kampir separuh daripada jumlah pelajar yang ada sama ada lelaki atau perempuan. Guru1 juga kerap memberikan soalan kepada pelejar yang lemah atau yang tidak menumpukan perhatian untuk menarik perhatian mereka terhadap pelajaran. Guru 1 juga sangat kurang menggunakan kemahiran penyoalan yang menggalakkan pelajar menyoal sama ada kepada guru mahupun pelajar sekelas. Sepanjang pemerhataian yang dilakukan, hanya 2.5 peratus sahaja berlaku situasi tersebut. Guru 1 menguasai aktiviti penyoalan dengan banyak bertanya solan kepada pelajar yang mendengar pembentangan atau kepada ahli pembentangan tajuk pelajaran pada hari tersebut. Oleh sebab Guru 1 lebih banayak mengemuka soalan, pelajar juga tidak diberi peluang untuk bertanya kepada pelajar lain yang melakukan sesi pembentangan untuk menguji pengetahuan dan kefahaman serta pandangan mereka terhadap tajuk pelajaran. Walaupun terdapat usaha guru menggalakkan pelajar bertanya seperti ‘ Ada tak yang kamu tak faham ? Ada apa-apa pertanyaan? Guru 1 seolah-olah tidak Berjaya membangkitkan ransangan untuk menanyakan soalan kepada pelajar. Sebaliknya daripada 73 soalan yang dikemukan oleh Guru 2 pula, 98.6 peratus merupakan soalan yang jelas dan tepat serta dapat difahami oleh pelajar beliau. Ayat-ayat Tanya yang diajauakn mudah dan ringkas. Sama seperti Guru 1 , Guru 2 juga menggunakan kemahiran penyoalan fokus kepada satu idea atau lebih semasa mengemukan solan, iaitu sebanyak 83.5 peratus. Guru 2 juga menyebarkan soalan kepada seleuru kelas , iaitu sebanyak 77.7 peratus. Dan guru melakukan hentian yang sepatutnya untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memikirkan jawapan yang tepat. Guru 1 dan Guru 2 menggunakan kaedah yang sama ketika memanggil nama pelajar untuk menjawab soalan –soalan mereka.
  • 6. Secara keseluruhan kajian, walaupun terdapat kumpulan pelajar yang melakukan pembentangan, aspek kemahiran yang dinyatakan, iaatu memberi petunjuk, mencungkil fikiran dan menggalakkan pelajar menyoal tidak dilaksanakan dengan baik oleh kedua-dua guru Bahasa Melayu. Guru-guru Bahasa Melayu ini juga lebih banyak menguasai penggunaan soalan semasa P&P guru Bahasa Melayu. Guru lebih banayak menyoal untuk menguji pengetahuan dan kefahaman kumpulan pembentang dan pelajar yang mendengar. 3.0 APAKAH PANDANGAN ANDA TENTANG JADUAL 3? Hasil dari dapatan kajian mengenai kekerapan penggunaan kemahiran penyoalan guru yang ditujukkan di dalam jadual 3 telah menjelaskan kita bahawa terdapat banyak kemahiran menyoal yang telah dilakukan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berdasarkan secara keseluruhan kajian didapati guru Bahasa Melayu lebih banyak mengemukakan soalan yang menumpukan tajuk yang dipelajari. Peratusan bagi lingkaran soalan yang berkisar pada tajuk ialah 81.4 peratus. Ini menunjukkan bahawa antara kedua-duanya (guru dan tajuk) tidak menunjukkan perbezaan yang sangat ketara. Begitu juga lingkaran soalan yang mengaitkan tajuk dan individu. Peratusan bagi lingkaran soalan individu ialah 9.9 peratus dan lingkaran soalan persekitaran ialah 3.24 peratus. Kedua-dua guru mengemukakan jumlah soalan yang sedikit yang memfokuskan lingkaran soalan individu dan persekitaran. Lingkaran soalan individu dan persekitaran lebih banyak ditanya pada tajuk rumusan berbanding dengan tajuk Komsas. Secara keseluruhan, penggunaan penyoalan dalam kalangan guru yang dikaji adalah pada tahap yang sangat kerap. Tidak terdapat perbezaan yang ketara antara guru yang dikaji dengan kekerapan penggunaan penyoalan berdasarkan tempoh pengalaman mengajar. Dapatan ini berbeza dengan dapatan Waheedawati (2003) yang mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan antara kekerapan penggunaan penyoalan guru dengan tempoh pengalaman mengajar guru.
  • 7. Berdasarkan dapatan tersebut juga, pengkaji telah mengenal pasti sebab-sebab yang mempengaruhi penggunaan penyoalan dalam kalangan guru tersebut. Kajian ini mendapati kedua-dua guru banyak mengajukan soalan kepada pelajar-pelajar sepanjang sesi P&P. Guru- guru kerap bertanya soalan kepada pelajar untuk menguji pengetahuan dan kefahaman tentang tajuk yang dipelajari. Dapatan kajian ini sama dengan dapatan Roselan (2001) yang mendapati guru mengemukakan banyak soalan kerana semakin banyak reaksi pelajar diperoleh, semakin jelas akan status kefahaman pelajar tentang kandungan pelajaran. Pengkaji mendapati sepanjang pemerhatian, soalan-soalan lebih banyak dikemukakan dalam tajuk Komponen Kesusasteraan Komsas berbanding tajuk Rumusan. Hal ini kerana dalam tajuk Komsas, penggunaan lebih kerap soalan yang diajukan oleh guru adalah untuk menguji daya ingatan dan kefahaman pelajar. Soalan- soalan yang menguji daya ingatan dan kefahaman pelajar dalam tajuk Komsas memang mendapat reaksi yang positif dan lebih banyak. Selain daripada itu, pelajar- pelajar juga telah bersedia dengan nota masing-masing dan kertas pembentangan di papan putih. Pelajar boleh merujuk nota dan kertas pembentangan yang ditampal untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan guru. Kajian juga mendapati guru- guru yang dikaji menguasai aktiviti penyoalan dalam sesi P&P. Hanya 4.7 peratus aktiviti yang menggalakkan pelajar menyoal dan 2.6 peratus pelajar menyoal di dalam kelas. Keadaan ini tidak mencapai tujuan soalan dan penyoalan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2002) yang menggalakkan penglibatan yang aktif dalam P&P dan perkongsiaan idea antara guru dan pelajar. Pengkaji mendapati walaupun guru sudah menggalakkan pelajar bertanya, respon yang diberikan oleh pelajar sangat kurang. Guru-guru didapati hanya menggalakkan pelajar menyoal dengan soalan seperti “Ada apa-apa pertanyaan?” (Guru2) atau “Ada apa-apa soalan kepada pembentang?” (Guru 2). Pelajar tidak mengambil bahagian yang aktif walaupun guru sudah memberikan ruang kepada mereka untuk berienteraksi lisan. Dapatan kajian yang memperlihatkan penglibatan pelajar yang kurang ini sama dengan dapatan Seman (2005) yang mendapati interaksi lisan berlaku apabila pelajar menjawab soalan guru ataupun apabila diarahkan oleh guru. Kajian Waheedawati (2003) mendapati pola interaksi pelajar-pelajar atau pelajar-guru juga sangat kurang berlaku. Kajian juga mendapati guru Bahasa Melayu jarang meminta pelajar bertanya kepada pelajar yang lain walaupun terdapat kumpulan pelajar yang membuat
  • 8. pembentangan tentang tajuk pada hari tersebut. Aktiviti penyoalan lebih banyak dikawal oleh guru BM. Dapatan kajian juga telah menunjukkan terdapat beberapa komponen kemahiran penyoalan yang terabai dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang ketara. Dapatan ini sama dengan dapatan kajian Waheedawati (2003), Muhundhan (2002) dan Maimunah (1997) yang menunjukkan aktiviti penyoalan guru lebih dikuasai oleh guru. Beberapa komponen kemahiran penyoalan ini kurang diberikan penekanan oleh peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan komponen kemahiran penyoalan yang ketara terabai ialah menggalakkan pelajar menyoal, pelajar menyoal, memberi petunjuk dan mencungkil fikiran. Sepanjang pemerhatian yang dilakukan, hanya terdapat dua soalan yang dikemukakan oleh pelajar terhadap guru Bahasa Melayu (peserta kajian ini). Walaupun pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar pintar, nampaknya guru-guru Bahasa Melayu tidak mengambil peluang yang sebaik-baiknya untuk mencungkil fikiran pelajar dan pelajar-pelajar ini sangat kurang bersoal jawab dengan guru atau dengan pelajar yang lain. Dalam hal ini, guru cuba untuk mencungkil fikiran pelajar untuk mendapatkan jawapan yang lebih terpeinci dan meluas, jika mendapati jawapan pelajar masih tidak menepati kehendak guru. Sebagai contoh soalan yang mencungkil fikiran pelajar hanya berbentuk pendek sahaja seperti ‘contohnya?’, ‘Yang kedua ialah?’, ‘contoh lain?’ dan ‘keperitan perang?’ Dapatan ini selaras dengan dapatan Muhundhan (2002) yang menunjukkan guru hanya menggunakan soalan yang berbentuk ‘apa’ dan soalan yang mengkehendaki jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’. Hal ini menyebabkan guru tidak mencungkil fikiran pelajar sepenuhnya dan ditambah lagi dengan latar belakang pelajar yang berpencapaian rendah. Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang, soalan-soalan beraras tinggi kurang diajukan menyebabkan jawapan yang memerlukan aras pemikiran yang tinggi tidak diperoleh daripada pelajar. Soalan- soalan guru hanya tertumpu pada bentuk ‘Huraikan’ atau ‘Berikan contoh’. Jawapan ini boleh diberikan oleh pelajar dengan merujuk nota atau menggunakan daya ingatan mereka sahaja. Soalan lisan berbentuk penilaian seperti ‘Berikan pendapat anda’ sangat kurang diajukan kepada pelajar khususnya dalam tajuk Komsas. Dalam kajian ini, guru mengunakan kemahiran penyoalan untuk mencungkil fikiran pelajar, pelajar akan memberikan respon yang lebih kepada soalan guru terutamanya pada soalan yang beraras kognitif tinggi. Kesimpulannya, kemahiran penyoalan yang terabai oleh guru Bahasa Melayu di dalam kelas turut ditemui dalam kajian ini. Guru Bahasa Melayu kurang menggunakan kemahiran penyoalan seperti kemahiran memberi
  • 9. petunjuk, mencungkil fikiran menggalakkan pelajar menyoal atau pelajar menyoal. Hal ini akan memberi kesan kepada pelajar seperti pelajar tidak menggunakan kemahiran berfikir secara optimum, pelajar tidak mendapat kemahiran mengemukakan soalan kepada guru atau rakan- rakan dan pelajar akan mengambil sikap berdiam diri kerana bimbang , tidak yakin diri dan malu. 4.0 HURAIKAN RUMUSAN PENYELIDIK TENTANG JADUAL 4. SEJAUH MANAKAH KEADAAN INI WUJUD DISEKOLAH ANDA ? BERI SEBAB. Rumusan penyelidik hasil darpada dapatan kajian kali ini dapat dilihat didalam jadual 4 yang menerangkan ‘ Kekerapan Penggunaan Enam Aras Soaln Kognitif Bloom dan Bnetuk Soalan Wilen oleh Guru Bahasa Melayu’. Daripada 80 soalan yang diajukan oleh Guru 1, sebanyak 33 soalan iaitu 41.3 peratus terdiri daripada soalan aras pengetahuan, iaitu soalan bertumpu atau berpusat. Soalan-soalan pada aras ini hanya untuk melihat daya ingatan pelajar terhadap tajuk yang dipelajari dalam Komsas seperti nama watak, peristiwa dan sebagainya. Guru 1 telah mengemukakan soalan aras kefahaman sebanyak 30 soalan iaitu bersamaan 37.5 peratus . Seterusnya 7 soalan bersamaan 8.8 peratus berbentuk aplikasi. Soalan aras aplikasi banyak dilihat apabila guru meminta pelajar menuliskan isi-isi rumusan yang telah digariskan oleh pelajar di papan putih. Guru 1 juga telah menggunakan bentuk soalan bercapah atau aras tingi. Sebanyak enam soalan aras analisis bersamaan 7.5 peratus, tiga soalan sintesis bersamaan 3.8 peratus dan dua soalan penilaian bersamaan 2.5 peratus telah dikemukakan oleh Guru 1. Seterusnya hasil dapatan kajian telah mendapati Guru 2 pula telah mengemukakan sebanyak 21 soalan aras pengetahuan bersamaan 28.7 peratus daripada keseluruhan 73 solan yang dikemukakan kepada pelajar. Sama seperti guru 1, soalan pada aras ini dikemukan oleh Guru 2 kepada pelajar untuk menguji daya ingatan pelajar terhadap fakta yang telah dipelajari oleh mereka seperti watak, perwatakan atau latar peristiwa dalam Komsa. Sebanyak 27 soalan aras kefahaman bersamaan 36.9 peratus dan tujuh soalan aras aplikasi bersamaan 9.6 peratus
  • 10. telah dikemukakan oleh Guru 2. Guru 2 juga telah mengemukakan soalan bercapah atau aras tinggi. Sebanyak enam soalan arasanalisis bersamaan 8.2 peratus, satu soalan aras sintensis dan 4 soalan aras penilaian bersamaan 5.5 peratus telah dikemukakan oleh Guru 2. Berdasarkan hasil dapatan kajian kedua-dua guru ini, didapati kedua-dua peserta kajian lebih banyak menggunakakan soalan bertumpu, iaitu aras pengetahuan dan kefahaman. Soalan- soalan bercapah atau pada ars tinggi sangat kurang diajukan kepada pelajar oleh kedua-dua orang guru. Secara keseluruhan, tidak terdapat perbezaan yang sangat besar dalam menggunakan aras soalan kognitif Bloom atau bentuk soalan yang dikemukan oleh kedua-dua peserta kajian. Sejak akhir-akhir ini banyak persoalan dikemukakan oleh ibu bapa dan masyarakat tentang sejauh manakah masalah ini berlaku di sekolah- sekolah dan apakah sebab –sebab keadaan ini berlaku. Banyak faktor yang menyebabkan ini berlaku antaranya faktor dalaman dan luaran. Faktor pertama yang dapat kita lihat ialah sikap pelajar itu sendiri. Pelajar melayu mengambil sikap sambil lewa. Mereka seolah – olah sudah pandai kerana bahasa Melayu bahasa ibunda. Penerangan dan maklumat yang diberi tidak di buat ulangkaji. Masalah timbul apabila tiba hari ujian dan peperiksaan. Bagi pelajar bukan Melayu pula mereka menganggap bahasa Melayu tidak penting dan sangat susah untuk difahami. Perkara ini tersemat di dalam fikiran mereka kerana kurangnya pendedahan tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Sikap pelajar juga agak malas dan tidak bersungguh- sungguh membuat latihan yang diberikan . Sikap meniru latihan daripada rakan-rakan akan menambahkan kesulitan dalam menguadai subjek bahasa Melayu. Sikap malu bertanya kepada guru tentang sesuatu yang tidak difahami turut menyumbang kepada permasalahan ini. Faktor seterusnya yang menyumbang ialah persekitaran kehidupan pelajar sendiri. Jika diambil sejarah pembelajaran Bahasa Melayu, pelajar-pelajar ini hanya didedahkan dengan penggunaan Bahasa Melayu hanya dalam subjek Bahasa Melayu. Kebanayakan sebjek sekolah rendah di SRJKC atau SRJKT seperti Matematik, Sains dan Pendidikan Moral menggunakan bahasa ibinda mereka iaitu bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Guru-gurubertutur dengan menggunakan bahasa Cina semasa proses P&P kerana bahasa ini lebih mudah difahami oleh pelajar-pelajar. Selain itu hamper 95 % percakapan atau pertuturan mereka di sekolah
  • 11. menggunakan bahasa Cina atau Tamil. Justeru itu jelas bahawa persekitaran amat mempengaruhi kelemahan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar berbangsa Cina atau India . Selain itu faktor media masa iaitu media cetak dan media elektronik. Kerancuan bahasa banyak berlaku. Ini kerana sikap penulis dan penerbit yang mementingkan keuntungan. Penggunaan bahasa pasar , bahasa yang bercampur dengan bahasa lain yang memudahkan mereka faham apabila membacanya. Hasilnya pelajar menggunaka bahasa yang salah dalam pembelajaran bahasa Melayu. Dewasa kini masalah kerancuan bahasa yang teruk di kalangan pelajar ialah penggunaan bahasa SMS. Singkatan dalam perkataan dilakukan bukan sahaja dalam terlefon tetapi dalam menjawab soalan. Guru hanya mampu memberi nasihat dan peringatan tetapi pihak-pihak lain seperti keluarga , masyarakat dan pihak berkuasa juga harus membantu menagani masalah. Seterusnya sikap guru sebagai pendidik yang harus berubah. Guru hendaklah mempunyai sikap dan prinsip mementingkan peningkatan ilmu sepanjang hayat. Dalam dunia globalisasi kini penambahbaikan kaedah pedagogi dan teknik kemahiran belajar dan mengajar sentiasa dipertingkatkan. Ini menggelakkan pelajar cepat bosan dan memandang rendah kreabiliti seorang guru. Penggunaan bahan yang terkini dan pemahan isu-isu semasa yang menarik akan menimbulkan minat dan menguji minda mereka. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan kaedah penyolan merupaka proses yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu. Dapatan merumuskan guru- guru kerap menggunakan penyoalan, mengaplikasikan kemahiran penyoalan, aras soalan dan lingkaran soalan. Namun, terdapat juga penggunaan aspek-aspek kemahiran penyoalan, aras soalan dan lingkaran terabai dan kurang diberikan penekanan oleh guru-guru. Dapatan kajian yang dihuraikan memberikan implikasi dalam beberapa aspek dalam aktiviti penyoalan lisan guru semasa proses P&P. Saranan yang dikemukan juga harus diberi perhatian agar peningkatan dalam memperkasakan pengajaran guru dan mengembangkan pemikiran pelajar supaya pembelajaran mereka menjadi lebih bermakna serta meningkatkan kecermelangan mereka dalam pencapaian Bahasa Melayu.
  • 12. BAHAGIAN B “Fokus pengajaran kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru terikat dengan langkah- langkah dan peruntukan masa yang terbatas sehingga guru-guru tidak “mampu” untuk berinteraksi dengan murid”. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penulis ? Bincangkan dengan merujuk kepada sekolah anda. 1.0 PENGENALAN Proses penilaian dan pentaksiran sentiasa berlaku melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita, Stufflebeam (1971). Penilaian juga boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai. Pentaksiran pula adalah suatu proses meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengajaran berfokuskan peperiksaan menjadi isu penting pada masa kini. Hasil dari data kajian yang diperolehi melalui soal selidik, pemerhatian dan temu bual jelas menunjukkan guru – guru sentiasa memberi fokus kepada peperiksaan. Oleh sebab itu, dalan pengajaran bahasa Melayu didapati guru-guru juga menggunakan format peperiksaan semasa menjalankan aktiviti ataupun semasa menyediakan latihan. Fokus kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru terikat dengan langkah-langkah dan peruntukan masa yang terbatas sehingga guru-guru tidak “ mampu” untuk berinteraksi dengan murid. Kaedah pengajaran yang berfokus kepada peperiksaan memberi implikasi kepada suasana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini contoh aktiviti tidak banyak dapat dijalankan, latihan sentiasa berdasarkan format peperiksaan, penglibatan murid terbatas, dan murid yang lemah tidak menerima hasil pembelajaran.
  • 13. Kita terlebih dahulu memahami makna kata sebenar ‘ berorientasikan peperiksaan’ atau exam-oriented. Kerana ramai yang menganggap apabila ada sahaja peperiksaan, dan pelajar tekun belajar menghafal buku maka itulah berorientasikan peperiksaan. Pada pandangan saya, peperiksaan adalah satu keperluan dalam sistem pendidikan mana-mana negara untuk mengukur tahap pencapian pendidikan yang melibatkan dasar-dasar serta belanjawan negara. Tanpa adanya peperiksaan, maka adalah sukar malah mungkin juga mustahil untuk kita mengetahui sejauh mana tahap pencapaian anak-anak di sekolah terutamanya ketika mana kita mahu membentuk ‘ benchmark’ kepada sekolah lain. Pada pandangan saya fokus pengajaran kepada peperiksaan bukan penyebab utama guru- guru terikat dengan langkah-langkah dan peruntukan masa yang terbatas sehingga guru-guru tidak mampu berinteraksi dengan murid. Ini kerana setiap individu yang lahir berbeza antara satu sama lain. Hal ini jelas kerana setiap individu asalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya meskipun bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan yang sama dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat . Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek . Sekolah merupakan intitusi pelajaran yang mengasah bakat dan kemahiran pelajar. Oleh kerana masa pengajaran yang panjang dan silibus yang luas dan adanya ujian dan peperiksaan adalah tidak mencukupi bagi guru untuk menilai kefahaman murid secara terperinci mahupun keseluruhan. Justeru itu pihak kerajaan telah melakukan kajian dan perubahan dalam sistem pentaksiran pelajar berasakan sekolah (PBS) yang dapat menilai dari masa ke semasa. PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirnnya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (LPM 2010).
  • 14. Fokus kepada peperiksaan bukan isu utama pelajar dan guru kurang berinteraksi dengan murid. Ini kerana pembelajaran yang menyeronokan dalam konteks pengajaran bhasa , unsure humor akan menjadikan hasil pembelajaran lebih bermakna kepada murid. Guru perlu mengunakan bahasa yang berupaya menzahirkan perasaan lucu, pengunaan grafik seperti kartun dan bahasa tubuh yang boleh menimbulkan suasana yang menyeronokkan kepada murid. Pandangan Yahya (2012), mengaitkan humor dengan kelucuan yang boleh meneybabkan sesorang menjadi seronok apabila mendengarnya. Pengajaran Bahasa Melayu tidak boleh hanya menekankan kepada penguasaan isi kandungan semata-mata untuk peperiksaan. Menurut Shafee et al (2011), amalan jenaka guru pelatih dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih berkesan. Selain itu, pembelajaran yang menyeronokkan juga berkait dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan. Hal ini disokong oleh Yahya dan Dayang Raini (2011). Menggunakan aplikasi computer secara interatif dengan murid-murid berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran menggunakan kaedah tradisional dalam ujian pasca. Kesmpilannya kreativiti guru mampu memberi kesan terhadap pembelajaran di bilik darjah. Antara sebab yang menyebabkan kurang interaksi guru dan pelajar ialah tingkah laku bermasalah pelajar seperti hiperaktif, kelakuan nakal serta menggangu rakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah disiplin yang sering menjadi isu dalam kalangan guru-guru di sekolah. Dalam era globalisasi kini, murid-murid mendapat pengaruh daripada pelbagai saluran sama ada siaran televisyen mahupun melayari internet yang memungkinkan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa sempadan. Oleh itu guru di sekolah tidak relevan untuk menggunakan set peraturan yang autokratik dan tegas dengan cara memaksa, megherdik, meninggikan suara ataupun menggunakan bahasa yang kasar untuk mendisiplinkan murid. Sebaliknya guru perlu mewujudkan hubungan yang lebih akrab dengan murid-murid. Salah satu caranya melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Unsur didik hibur yang diterapkan dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris adalah satu langkah bijak Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • 15. BAHAGIAN C Sediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)- mengajar salah satu aspek kemahiran membaca, menulis, mendengar atau bertutur. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Kelas : 1 Berlian Hari : Jumaat Tarikh : 11 Julai 2014 Masa : 9.15-10.15 pagi Bilangan Pelajar : 30 orang Tema : Hidup Selamat Tajuk : Kata Adjektif Warna Lampu Isyarat Fokus Utama: Standard Kandungan 3.4 Menulis imlak dengan tepat. Standard Pembelajaran 3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan tepat.
  • 16. Fokus Sampingan : Standard Kandungan 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. Standard Pembelajaran 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna dengan betul mengikut konteks. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:- (i) menyatakan lima kata adjektif warna. (ii) menggunakan kata adjektif warna dengan betul mengikut konteks. Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Seni Visual, Nilai – Sayangi Keluarga, KBT : KB- Mengenal pasti. dan KP -Verbal – Lingustik. Kemahiran bahasa : Mendengar : pantun yang ditayangkan. Bertutur : Tanya – jawab secara bertatasusila. Membaca : Ayat-ayat kata adjektif yang ditunjukkan. Menulis Jawapan dengan kata adjektif yang betul. Sistem Bahasa : Kosa Kata : Tatabahasa : KataHubung , Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, Kata Nama Khas Pengisian Kurikulum : Ilmu- Pendidikan Moral & Muzik. Nilai : Kasih sayang, keberanian KBT : Verval Lingustik, visul ruang, kinestik, kbkk, didik hibur. Media : Komputer, lembaran kerja, gambar kemalangan, lirik lagu Pengetahuan Sedia Ada : Murid menaiki kenderaan seperti kereta, motorsikal, basikal, bas, van lain-lain.
  • 17. RANCANGAN MENGAJAR HARIAN Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Set Induksi (5 minit) 1.1 Murid menonton video kempen keselamatan jalan raya. 1. Guru menayangkan video kempen keselamatan jalan raya. 2. Guru bersoal jawab dengan murid. Contoh soalan: Apakah langkah keselamatan yang diambil semasa menaiki kereta atau motorsikal? 3. Guru masukkkan tajuk hari ini iaitu Tema :Hidup Selamat Tajuk : Kata Adjektif Warna Lampu Isyarat 1. Murid melihat tayangan video. 2. Murid menjawab tali pinggang keledar, topi keledar, mematuhi lampu isyarat dan peraturan jalan raya, tidak menggunakan telefon bimbit dan lain-lain. Strategi/ Teknik: pemerhatian dan soal jawab Sumber pengajaran: Tayangan video Penglibatan murid yang aktif
  • 18. Langkah 1 (8 minit) Gambar- gambar kemalangan jalan raya di Malaysia. 1.Guru menayangkan Power Point di hadapan kelas. 2. Guru menyoal pelajar : a. Apa yang kamu lihat? b. Apa yang berlaku kepada pemandu itu? c. Mengapa perkara ini berlaku? d. Apa perasaan kamu jika berlaku kepada keluarga kamu? e. Guru mengaitkan peristiwa dengan 1. Murid memberi perhatian. 2. Murid memerhatikan paparan power point tentang gambar-gambar kemalangan jalan raya. Murid menjawab pemandu cedera, patah , luka dan berdarah, kereta rosak meninggal. Pandu laju , melanggar peraturan jalan raya, mabuk . Sedih, takut ,cacat, kereta rosak, banyak guna duit. Strategi/ Teknik: Pemerhatian dan sumbangsaran pelajar Sumber pengajaran: Slaid Power Point Sikap Murid:Ketelitian, sifat ingin tahu, takut, sedih dan berhati-hati Penglibatan murid yang aktif
  • 19. pelajaran hari ini. f. Kita mesti patuhi peraturan jalan raya terutama sekali patuhi lampu isyarat. Guru bertanya lagi ingat tak pesan ibu…? Jika kemana-mana kita mesti berhati-hati. Bukan sahaja pemandu kenderaan yang perlu berwaspada, pejalan kaki pun mesti berhati-hati. Cuba kamu nyanyikan lagu “Pesan Ibu”. Murid menyanyikan lagu “Pesan Ibu” bersama –sama. Langkah 2 (5 minit) Melihat contoh-contoh lampu isyarat. 1.Guru menunjukkan gambar-gambar lampu isyarat. 2. Guru bertanya : a. Di manakah 1.Murid memerhatikan gambar lampu isyarat. 2. Murid menjawab : a. Di simpang jalan. Strategi/ Teknik: Pemerhatian dan pengetahuan sedia ada Sumber pengajaran:
  • 20. terdapatnya lampu isyarat? b. Berapakah warna lampu isyarat? c. Apakah warna- warna lampu isyarat? 3. Guru memberi penerangan tentang warna merah bermaksud …..(berhenti) Guru minta murid cuba eja merah. Warna kuning bermaksud …….. bersedia berhenti. Guru minta murid cuba eja kuning. Warna hijau bermaksud……. Kereta jalan Guru minta murid eja hijau. b. Lampu isyarat ada tiga warna. c. Merah, kuning, dan hijau. Murid memberi respon- berhenti. Murid eja –merah Murid memberi respon – bersedia berhenti Murid eja – kuning Murid memberi respon- jalan Murid eja - hijau Gambar Sikap Murid:Ketelitian Penglibatan murid yang aktif
  • 21. Langkah 3 (10minit) Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dalam petikan pantun yang dipaparkan. 1.Guru meminta murid bersama- sama membaca pantun yang disediakan. Pantun jalan raya Merah putih si bunga raya, Dipetik gadis untuk disemat, Hati-hati di jalan raya, Biar lambat asal selamat. Berbaju hijau ke rumah Manan, Berjalan kaki dengan pantas, Pandang ke kiri dan ke kanan, Tiada kenderaan baru melintas. 2. Guru bertanya kepada murid 1. Murid membaca bersama-sama guru. Murid ulangi bacaan pantun tanpa guru. Nilai dan sikap murid: Bekerjasama, sifat ingin tahu, ketelitian dan kekemasan KG: kemahiran belajar- membuat pemerhatian, meulis. - kemahiran berfikir – menjana idea. KBT: belajar menulis, mengingat. -teori kecerdasan pelbagai- interpersonal.
  • 22. Langkah 4 (10 minit) Melengkapkan ayat dengan kata adjektif warna. ‘Siapa boleh tunjukkan kata adjektif warna yang terdapat dalam pantun ini’. 1. Guru memberi penerangan dan arahan latihan melengkapkan ayat. 2. Guru meminta murid yang tahu jawapan ke hadapan untuk menaip jawapan. 1. Guru meminta murid duduk dalam 2. Murid datang ke depan, tunjuk kata adjektif warna dan eja. Ulangi dengan murid yang lain sehingga selesai. 1.Murid yang tahu jawapan ke hadapan untuk menjawab. 2. Murid- murid membaca soalan yang telah dilengkapi dengan jawapan . KG: kemahiran belajar dalam kumpulan , -merancang dan menguruskan aktiviti dan bekerjasama dalam kumpulan. KBT: konstruktivisme- meneroka. Nilai: bekerjasama, teliti
  • 23. Langkah 5 (10 minit) Murid lengkapkan latihan bertulis (B3 DB1 E2) dan kolaj ‘lampu isyarat’ kumpulan yang telah ditetapkan. 2. guru meminta murid menjawab soalan lembaran kerja yang perlu dilengkapkan dengan kata adjektif ‘warna’. Contoh soalan di lampiran. 3. Guru meminta pelajar selesai menjawab membuat lampu isyarat menggunakan kepingan kertas yang telah disediakan. 1. Murid dalam kumpulan berbincang untuk menjawab dengan betul. 2. Selesai menjawab dilembaran kerja murid –murid bekerjasama membuat kolaj lampu isyarat. Ilmu: pendidikan seni visual, matematik BSPP: lembaran kerja , kertas warna Penutup (3 minit) Mempamerkan hasil kerja dan membuat rumusan. 1. Guru bertanya secara kelas: Apa pelajaran yang kamu pelajari hari 1. Murid menjawab warna , kita mesti berhati-hati di jalan raya, patuhi lampu isyarat. KG: -kemahiran belajar menilai maklumat
  • 24. ini? 2. Guru memuji hasil kerja murid pandai atau bagus. 3. Guru meminta murid menyayikan sekali lagi lagu “Pesan Ibu” secara kelas . 2. Murid bertepuk tangan sambil mengeja warna merah, kuning, hijau. 3. Muird menyanyi bersama-sama dengan aksi. -kemahiran berfikir. Nilai : kasih sayang, berhati- hati, gembira
  • 25. LATIHAN PENGAYAAN : 1. Isi manggis berwarna 2. Kenderaan hendaklah berhenti apabila lampu isyarat berwarna 3. Warna dan dan
  • 26. ialah warna kegemaran ibu saya. 4. Adik bersongkok pada Hari Raya. 5. Bunga kebangsaan kita bunga raya berwarna .