1. OBJEK ASING DALAM ORGAN
DERIA
DISEDIAKAN OLEH:
AHMAD NOORNIZAM BIN SHAMSUDIN
2. ISI KANDUNGAN
DEFINISI OBJEK ASING DALAM ORGAN DERIA
MATA
Anatomi Mata
Objek Asing Dalam Mata
Simptom objek asing dalam mata
Bagaimana objek asing masuk ke dalam mata?
Bantu mula
- Rawatan bagi objek asing yang tidak boleh dikeluarkan
3. TELINGA
Anatomi Telinga
Objek Asing Dalam Telinga
Bantu mula
Serangga Dalam Telinga
Kaedah Menggunakan Minyak Zaitun
Kaedah Menggunakan Air
4. HIDUNG
Anatomi Hidung
Objek Asing Dalam Hidung
Simptom objek asing dalam hidung
Bantu mula
6. DEFINISI OBJEK ASING DALAM
ORGAN DERIA
Objek asing ialah bahan atau benda
yang tidak sepatutnya berada
dalam organ deria seperti mata,
hidung dan telinga.
Contoh:
Debu, serpihan batu bata, serpihan
kayu, serpihan kaca, serangga atau
sebarang objek yang kecil.
7.
8. Objek Asing Dalam Mata
Mata dilindungi oleh kelopak mata, bulu
mata dan air mata.
Objek asing dalam mata bermaksud objek
kecil berada di bawah kelopak mata yang
tidak menembusi bola mata , cuma
memasuki atau terlekat pada bola mata.
9. Simptom objek asing dalam mata
i. Pendarahan dari salur darah pada
permukaan mata
ii. Pandangan menjadi kabur
iii. Terasa seperti ada sesuatu dalam mata
iv. Rasa sakit dan kadang kala keterlaluan
v. Mata menjadi merah
vi. Sensitif pada cahaya
vii. Mata berair
viii. Berdarah
10. Bagaimana objek asing masuk ke dalam
mata?
Habuk atau debu yang diterbangkan angin
terperangkap dalam mata
Bekerja di persekitaran yang berhabuk,
(habuk kayu gergaji atau habuk daripada
kerja mencanai besi)
Melakukan kerja- kerja membersihkan
halaman rumah
Bekerja di bawah kenderaan
Langkah pencegahan - pakai pelindung mata semasa melakukan
kerja yang berisiko menyebabkan benda asing boleh terperangkap
dalam mata.
11. Bantu mula
1. Nasihatkan mangsa supaya jangan
menggosok mata. Dudukkan dia
dengan menghadap ke arah cahaya.
3. Buka kelopak mata perlahan –lahan
dengan menggunakan ibu jari dan
jejari anda. Periksa setiap bahagian
mata mangsa.
12.
13. 1. Buka kelopak mata perlahan –lahan
dengan menggunakan ibu jari dan
jejari anda. Periksa setiap bahagian
mata mangsa.
3. Jika objek asing itu boleh dilihat,
cuci mata dengan air yang dituang
dari dalam gelas atau air terus
daripada paip yang dialirkan secara
perlahan- lahan.
14.
15. 5. Sekiranya tidak berjaya, cuba
keluarkan dengan menggunakan
kapas yang lembab, sudut tisu yang
lembab atau tuala yang bersih,
dengan syarat benda asing itu tidak
melekat.
6. Sekiranya objek berada di bawah
kelopak mata, tarik bulu mata dan
kelopak mata ke atas kelopak mata
bawah. Kerdipkan mata bawah air
mungkin akan membuat objek yang
berada di dalam mata terapung.
16.
17. Rawatan bagi objek asing yang tidak boleh
dikeluarkan
1. Tutup mata yang cedera dengan pad dan
pembalut supaya terdapat tekanan
lembut pada mata itu.
2. Balut kedua-dua belah mata untuk
mengelakkan pergerakan pada mata
yang baik yang boleh menyebabkan
pergerakan pada mata yang cedera.
3. Tenangkan pesakit.
4. Bawa mangsa ke hospital.
20. Objek Asing Dalam Telinga
Objek atau serangga yang memasuki telinga
boleh mengakibatkan hilang pendengaran
seketika dan boleh merosakkan gegendang
telinga.
Ia sering berlaku di kalangan kanak- kanak
kerana mereka sering memasukkan objek-
objek kecil atau menjolok telinga dengan
objek tertentu.
Objek asing ini akan menutup salur telinga
atau merosakkan gegendang telinga.
21. Bantu Mula
I. Tenangkan mangsa.
III. Sekiranya objek tersebut dapat dilihat
dari luar dan boleh dikeluarkan dengan
mudah, keluarkan objek tersebut
dengan cermat menggunakan tangan
atau pengepit.
V. Dapatkan rawatan doktor bagi
memastikan keseluruhan objek
berkenaan telah dikeluarkan.
22. Sekiranya didapati objek
yang agak kecil tersekat di
dalam telinga, jangan cuba
untuk mengeluarkannya
menggunakan pengepit
atau objek lain kerana ia
menyebabkan
kececederaan yang lebih
serius
25. Gunakan bantuan daya
tarikan graviti bagi
mengeluarkan objek
tersebut.
Telengkan kepala agar
telinga yang berkenaan
menghadap ke bawah.
Jangan mengetuk kepala
mangsa, gerakkan kepala
mangsa secara perlahan-
lahan dalam keadaan
telinga menghadap ke
bawah.
Jika objek tersebut gagal
Telengkan kepala mangsa ke bawah
dikeluarkan bawa mangsa
ke hospital.
26. Serangga Dalam Telinga
Jangan biarkan mangsa
mengorek telinga
dengan jari kerana ini
akan
menyebabkan serangga
menyengat.
Telengkan kepala agar
telinga mangsa
menghadap ke atas,
perhatikan sekiranya
serangga itu terbang
atau merayap keluar
Telengkan kepala mangsa ke atas
27. Kaedah Menggunakan Minyak Zaitun
Tuangkan minyak zaiton atau ‘baby oil’ ke dalam
telinga.
Tarik cuping telinga dengan cermat ke belakang
dan ke atas bagi orang dewasa dan tarik ke
belakang dan ke bawah bagi kanak-kanak.
Serangga itu akan lemas dan terapung dalam
minyak.
Jangan gunakan minyak bagi mengeluarkan objek
lain selain daripada serangga kerana minyak boleh
menyebabkan objek berkenaan mengembang.
28. Kaedah Menggunakan Air
Suruh mangsa duduk
Pegang kepalanya
dengan telinga yang sakit
menghala ke atas.
Tuangkan air suam-suam
kuku secara perlahan-
lahan ke dalam telinga
supaya serangga
terapung keluar.
30. Objek Asing Dalam Hidung
Kanak- kanak suka memasukkan manik
atau objek kecil daripada bahan mainan ke
dalam hidung.
Hidung boleh tersumbat atau tersekat
secara tiba- tiba oleh objek atau benda
asing.
Objek-objek yang tajam boleh
mencederakan tisu-tisu hidung. Manakala
objek-objek yang licin boleh menyebabkan
hidung tersumbat dan infeksi.
31. Simptom objek asing dalam hidung
Kesukaran untuk bernafas melalui
hidung
Mengalami kegagalan untuk menghidu
(bau) sekiranya objek itu tertinggal atau
tersekat di dalam hidung
Rasa hendak bersin
Hidung berair
Hidung berbau atau hingus yang
berdarah jika objek asing tersebut sudah
agak lama berada di dalam hidung
32. Bantu mula
Tenangkan mangsa dan nasihatkan agar
bernafas secara perlahan-lahan melalui
mulut.
Perlahan – lahan tutup lubang hidung yang
sebelah lagi dan minta mangsa menghembus
nafas atau objek yang terperangkap di dalam
hidung itu keluar.
Elakkan menghembus melalui lubang hidung
tersebut dengan kuat atau kerap.
Dapatkan rawatan di hospital sekiranya cara
yang dilakukan di atas tidak berkesan.
34. Kesimpulan
Organ deria merupakan bahagian yang sangat
lembut dan sensitif .
Kemasukan benda asing memberi kesan yang
serius.
Langkah- langkah keselamatan perlu diambil
bagi melindungi organ deria daripada
dimasuki benda asing kerana ia
mengakibatkan buta atau hilang
pendengaran.
Sebarang masalah yang wujud akibat
kemasukan benda asing ke dalam organ deria,
perlu dirujuk kepada pakar perubatan dalam
usaha untuk menyelamatkan mangsa.