SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  64
INDIA 
DISEDIAKAN OLEH 
PISMP SEM 5 PENDIDIKAN ISLAM (A) 
NUR ATIKAH SHAHRUDDIN 
SITI AISAH IBRAHIM 
FATIN NUR ALYANI BT SUKUR 
SITI NUR SYAHIRAH BT SUKRI
KEPERCAYAAN KAUM INDIA 
KEPERCAYAAN 
/ PEGANGAN 
AGAMA 
PANTANG 
LARANG
KEPERCAYAAN / PEGANGAN 
• Percaya kepada banyak Tuhan ( politeisme ). 
1. Tuhan Indra (tuhan perwira), 
2. Vayu, 
3. Agni (tuhan api), 
4. Dyaus (tuhan langit) 
5. Varuna ( tuhan hujan). 
6. Tuhan Ibu
AGAMA 
AGAMA HINDU 
• Terdapat 2 mazhab penting dalam agama Hindu 
iaitu Saivanisme yang menyembah Dewa Siva 
manakala mazhab Vaishnavisme yang 
menyembah Dewa Vishnu. 
• Dalam agama Hindu, Dewa bukanlah Tuhan 
tersendiri. Menurut umat Hindu, Tuhan itu Maha 
Esa tiada duanya. Dalam salah satu ajaran filsafat 
Hindu, Adwaita Wedanta menegaskan bahwa 
hanya ada satu kekuatan dan menjadi sumber 
dari segala yang ada (Brahman), yang 
memanifestasikan diri-Nya kepada manusia 
dalam beragam bentuk.
• Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan 
yang disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan 
keyakinan dasar umat Hindu. Kelima keyakinan tersebut, 
yakni: 
1. Widhi Tattwa – percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa 
dan segala aspeknya 
2. Atma Tattwa – percaya dengan adanya jiwa dalam 
setiap makhluk 
3.Karmaphala Tattwa – percaya dengan adanya hukum 
sebab-akibat dalam setiap perbuatan 
4. Punarbhava Tattwa – percaya dengan adanya proses 
kelahiran kembali (reinkarnasi) 
5. Moksa Tattwa – percaya bahwa kebahagiaan tertinggi 
merupakan tujuan akhir manusia.
AGAMA BUDDHA 
• Agama ini menekankan kepada konsep 
kelahiran semula reincarnation dan nirvana 
iaitu peringkat paling bahagia. 
• Buddha juga mengajar tentang ahimsa 
(tidakboleh memusnahkan/merosakkan segala 
benda hidup).
PANTANG LARANG 
Semasa 
Mengandung 
Semasa 
Perkahwinan 
Semasa 
Deepavali
Pantang Larang Semasa Mengandung 
SEMASA 
• Ibu dilarang keluar pada waktu malam secara 
berseorangan. 
• Ibu dilarang tidur pada waktu siang dan berjaga pada 
waktu malam ( tidur berlebihan ) 
• Ibu dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk 
seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, 
menyembelih. 
• Suami dilarang memukul atau mengasari isteri. 
• Suami dilarang menyembelih/ membunuh binatang & 
menebang pokok khasnya pokok pisang. 
SELEPAS 
• Dlm tempoh 2 bulan, ibu perlu hindarkan diri daripada 
melakukan kerja-kerja berat.
SELEPAS KELAHIRAN 
Potong Tali Pusat 
• Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan 
tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit 
tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. 
• Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak 
dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh 
ahli sihir.
Menyapu Madu 
• Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur minyak 
sapi pada lidahnya. 
• Air gula juga boleh digunakan. 
• Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan 
supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. 
• Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan 
memudahkan bayi bertutur. 
• Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan 
disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam 
sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi.
Membawa Bayi Pulang Ke Rumah 
• Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke 
pada bilangan hari ganjil. 
• Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati 
dilakukan untuk mengelakkan bala atau sebarang 
malapetaka dari pada berlaku. 
• Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk 
kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur 
barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali 
mengikut arah jam dan juga lawan jam. 
• Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para 
cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam 
dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. 
• Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang 
aalati dibuang.
Mandi Selepas Bersalin 
• Bayi diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas. 
• dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk 
tujuan perubatan. 
• Pembedahan ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua 
minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana 
pembedahan dan kesan kelahiran. 
• Normal ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. 
• Bayi dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita yang 
berpengalaman. 
• Bayi disiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang 
kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba untuk mengelak penyakit 
sawan atau kuning. 
• Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.
• Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada 
tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. 
• Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut 
diurut. 
• Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas 
dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai 
pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit 
kulit dan melicinkan kulit bayi. 
• Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat 
kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk 
mengeluarkan kahak. 
• Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu 
dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak 
dihinggapi ruam. 
• Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk 
meluruskan anggota badan bayi.
Memberi Nama 
• Hari ke 16 
• Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian 
dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif 
tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan 
dewa-dewa. 
• Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak 
dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama 
tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan 
dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut 
kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi 
perwatakannya kelak.
Pantang Larang Semasa Perkahwinan 
SEBELUM 
• Bakal pengantin akan saling membalas kunjungan 
ketika merisik. Tetapi, ketika rombongan 
pengantin perempuan, bakal pengantin dilarang 
ikut serta kerana dianggap tidak sopan. 
• Kad jemputan perlu disiapkan dan dibuat tanpa 
kesilapan. 
SEMASA 
• Jika jamuan dilakukan dikuil, hanya sayur-sayuran 
boleh dihidangkan kpd tetamu. Dan makanan lain 
tidak dibenarkan terutamanya daging lembu.
21 JENIS PERAYAAN 
Deepavali 
Thaipusam 
 Thaiponggal
PERAYAAN UTAMA INDIA 
DEEPAVALI 
‘Perayaan cahaya’ sebagai 
tanda kejayaan ‘cahaya’ ke 
atas ‘gelap’ atau ‘ilmu’ ke atas 
‘kejahilan’ ataupun ‘keadilan’ 
mengatasi ‘kezaliman’. 
Inilah perayaan paling utama 
bagi masyarakat India. 
Pada hari ini sembahyang 
akan diadakan terutama 
untuk mendoakan roh 
keluarga yang sudah 
meninggal dunia. 
THAIPUSAM 
Perayaan bulan “Thai” untuk 
membersihkan diri dengan 
menggunakan susu, madu 
dan bunga di kuil dan 
membuat persembahan 
kepada Dewa Subramaniam. 
Pada masa perayaan ini 
diadakan, ‘kavadi’ yang berisi 
buah-buahan, susu dan akan 
dibawa pelbagai 
persembahan. 
THAIPONGGAL 
Perayaan menuai dan ‘masak padi 
baru’ serta ‘memuja semangat 
padi’. 
Masa yang amat baik untuk 
mangadakan perkahwinan dan 
upacara lain. 
Rumah akan dibersihkan dan 
dihiasi, 
‘ponggal’ pula akan dimasak di 
dalam periuk baru untuk 
dipersembahkan kepada Dewa 
Matahari dan juga disedekahkan 
kepada jiran tetangga.
PERAYAAN DEEPAVALI 
Malam sebelum Perayaan Deepavali 
Memasang Vilakku Kolam atau Rangoli 
Hari Deepavali 
Persiapan 
Pagi 
Manisan & 
Juadah 
Pakaian 
Upacara 
Sembahyang
Malam Sebelum Perayaan Deepavali: 
- Upacara memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. 
- Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' 
iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang 
telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. 
- Kaum wanita akan mengenakan inai pada jari tangan dan 
kaki mereka untuk menghias diri. 
• Mereka akan memasang lampu “vilakku”. Lampu 
“vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang 
diperbuat daripada tanah liat 
• Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah 
dengan adanya lampu-lampu moden 
• Penganut agama Hindu percaya akan Dewa 
kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi 
yang akan datang melawat rumah mereka pada 
masa itu 
• Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan 
untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi 
Memasang 
Vilakku
Kolam atau Rangoli 
• Mereka akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ” atau “rangoli” iaitu 
hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum terbit 
matahari 
• Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan 
rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan 
• Kemahiran diwarisi secara turun-temurun 
• Susah tapi cantik, unik dan menarik bermotifkan tumbuhan 
• Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak 
hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia 
• Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi (Dewa 
Kekayaan) yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang 
mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah
Persiapan Pagi Deepavali 
•Bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit 
•Mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf 
• Upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum 
matahari terbit untuk penyucian badan dan semangat serta 
membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. 
• Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga 
oleh mereka yang lebih tua 
•Memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali 
bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam 
diri 
• Bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil 
• Berkunjung ke rumah kaum keluarga. 
• Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu 
akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Manisan dan Juadah Deepavali 
• Manisan menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu 
majlis, acara atau hari perayaan. 
• Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, 
keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang 
berpanjangan. 
• Dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang 
terkenal. 
• Malah 9 jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada 
pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi 
kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama 
yourgart dan kari dal. 
• Kuih-muih tradisional lain
Pakaian 
Tradisional 
Deepavali 
• “Sari” untuk kaum wanita 
• “Dhoti” untuk kaum lelaki. 
• Pakaian yang dipilih mestilah warna yang 
garang. 
Upacara 
Sembahyang 
• Penganut Hindu akan mengunjungi kuil 
untuk bersembahyang selepas 
menjalankan upacara penyucian. 
• Penganut Hindu akan mengalungkan 
Patung Dewa Hindu dengan kalungan 
bunga untuk mendapatkan kesejahteraan 
diri, keluarga dan yang telah meninggal 
dunia. 
• Selepas sembahyang, mereka akan 
dihidangkan dengan pelbagai manisan 
yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang 
ke rumah.
MAKANAN TRADISI INDIA 
Thosai Idhili 
Roti 
Canai 
Putu 
Mayam 
Maruku 
Nasi 
Beriani
Thosai 
- Makanan kegemaran orang India 
- Makanan ini menjadi menu utama dalam hidang Hari 
Deepavali. 
- Sedap dimakan dengan kuah yang digelar 'sandhini'. 
Idhili 
- Makanan sampingan dalam menu hidangan kaum India 
pada Hari Deepavali 
- Idhili sedap dimakan dengan ' sandhini' atau kari ayam, 
kari dal dan sebagainya.
Roti Canai 
- Sama taraf dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan 
besar rakyat Malaysia. 
- Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan 
sambal. 
Putu Mayam 
- Tepung beras atau tepung idiyappam dengan air 
atau santan 
- Ia dikukus dengan tambahan air pandan wangi sebagai 
perisa 
- Dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau 
gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan. 
- Dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau 
motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk.
Maruku 
- Makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan 
murah kosnya 
- Ramuan: Tepung Kacang Tosai atau Urad dhal dan Tepung 
beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti 
yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili 
- Biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. 
Nasi Beriani 
- Yang terkenal nasi beriani gam 
- Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama 
di Johor. 
- Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya 
(ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi 
bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di 
sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan 
haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur 
nasi.
KUIH TRADISI INDIA 
Rawa 
Urundai 
Nei 
Urundai 
Athirasam Adhirasam Jillebhi 
Ladhu Alva Paal Guva 
Maisur 
Pahku
Kuih Rawa Urundai 
- merupakan kuih yang kurang manis 
- Ramuan: Tepung suji, gula, garam, buah kismis, buah 
pelaga dan minyak sapi 
Kuih Rawa Urundai 
- Hidangan tradisi di Selatan India 
- Kurang manis 
- Ramuan kuih : Tepung suji, gula, garam, buah kismis, 
buah pelaga dan minyak sapi. 
- Kaya dengan protein 
- Boleh dibuat dengan hanya satu jenis dal atau kombinasi 
dua jenis dal
Kuih Athirasam 
- Merupakan kuih manis 
- Bentuknya sama seperti kuih donat 
- Ramuan: Tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam, 
kelapa parut dan minyak masak 
- Kuih tahan sehingga enam bulan 
Kuih Adhirasam 
- Menjadi hidangan di hampir setiap rumah di selatan India 
- Bahagian yang paling penting dalam menghasilkan 
adhirasam adalah bahagian PAAGU (sirap) 
- Jika adunan paagu betul, adhirasam dapat dihasilkan dengan 
rasa yang sangat lazat
Kuih Jillebhi 
- Sangat manis 
- Rupanya seperti muruku 
- Sedap untuk dimakan 
Kuih Ladhu 
- Manis 
- Mudah rapuh apabila dipegang 
- Ramuan: Tepung kuda, buah ceri, buah gajus, 
buah kismis, pewarna, gual, garam dan minyak 
sapi.
Kuih Alva 
- Manis 
- Rupanya seperti kuih dodol 
- Warna kuih ini ialah merah 
Kuih Paal Guva 
- Manis dan lembut 
- Ramuan: Susu segar lembu, gula dan garam
ETIKA MAKAN 
KAUM INDIA 
Makan dengan tertib Guna tangan kanan 
Lauk-pauk diletakkan 
di dalam bekas besi 
yang tahan karat. 
Menggunakan daun 
pisang bagi 
menggantikan 
pinggan makan. 
Tidak bercakap 
dengan kuat semasa 
makan 
Sebelum dan selepas 
makan, tangan dicuci 
dengan menggunakan 
kendi air.
PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA 
• Perkahwinan masyarakat India di Malaysia 
diklafikasikan kepada beberapa jenis, iaitu : 
Vaitiikat tirumanam 
Perkahwinan 
masyarakat 
India 
Tamil 
tirumanam 
Eliyat 
tirumanam
• Perkahwinan masyarakat India biasanya 
dilaksanakan mengikut golongan etnik, iaitu : 
etnik 
• Tamil 
• Malayalam 
• Telugu 
Sub etnik 
• Chetti 
• Mutaliyar 
• Veelaalar 
• Teevar
Peringkat 1 : merisik 
• Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti 
- etnik 
- sub etnik 
- kasta 
- agama 
• Selain itu, status ekonomi dan status sosial 
merangkumi 
- umur 
- tahap pendidikan 
- jenis pekerjaan diambil 
- etika dan moral kira 
- rupa paras 
- latar belakang keluarga
Kunjungan ke rumah pengantin 
• Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. 
Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal 
pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras 
rupa dan perawakan calon isterinya 
• Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam 
bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal 
isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang 
dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut 
ramai
• Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, 
buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum 
akan dibawa. 
• Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan 
mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan 
lagi hubungan kekeluargaan. 
• Pihak perempuan akan menerima hantaran 
tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka 
hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu 
dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.
• Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan 
dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. 
• Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang 
melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. 
• Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani 
para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. 
• Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. 
Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. 
• Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga 
bertujuan untuk mengetahui latarbelakang bakal 
pengantin lelaki
Peringkat 2 : Ikat Janji 
• Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas 
mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. 
• Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak 
perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil 
dengan membawa beberapa barangan seperti 
kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, 
cendana dan kum kum untuk diberikan 
kepada wakil perempuan.
• Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin 
perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan 
berbincang mengenai perkahwinan tersebut. 
• Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah 
meninggal dunia, perbincangan akan diadakan 
dengan saudara-mara. 
• Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin 
bersetuju, mereka akan mengikat janji.
• Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat 
janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini 
bakal pengantin perempuan. 
• Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan 
kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua 
pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan 
taambuulan marrutal. 
• Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari 
perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin 
perempuan, kad jemputan dan sebagainya. 
• Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan 
lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar 
kalungan bunga.
Peringkat 3 : Adat Parisam 
• Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu : 
Parisam 
Parisam biasa 
pemberian hadiah yang 
dijalankan lebih awal 
daripada hari perkahwinan 
Udan parisam 
pemberian hadiah yang 
dilakukan pada hari yang 
samadi sebelah pagi sebelum 
perkahwinan dilangsungkan.
• Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah 
majlis pertunangan. 
• Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari 
yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. 
• Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa 
jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini 
perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami 
sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.
• Parisam akan dibawa ke rumah pengantin 
perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki 
dengan memakai pakaian tradisional masyarakat 
India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional 
seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. 
• Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang 
dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan 
di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil 
sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan 
puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan 
tuhan
• Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan 
dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin 
perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari 
dan diberi kepada anaknya. 
• Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu 
dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada 
tuhan. Setelah itu, barulah pihak lelaki dan jemputan lain 
boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. 
• Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari 
parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke 
ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara 
boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin 
perempuan. 
• Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal.
• Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua 
pihak pengantin. Kad jemputan memainkan peranan penting 
dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini 
dibuat berdasarkan almanak Hindu. 
• Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak 
dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah 
dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang 
keharmonian. 
• Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin 
(pen paartal ), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian 
hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh 
masyarakat India. 
• Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi 
melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran
Peringkat 4 : Adat Mukuurtta kaal 
• Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari 
perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal 
ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat 
masyarakat India. 
• Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok 
yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk 
dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut 
berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai 
lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter .
• Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan 
perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. 
• Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan 
sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan 
bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat 
dilangsungkan tanpa gangguan. 
• Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. 
Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan 
menyapukan kunyit cair dan kum kum pada batang kayu 
tersebut dari pangkal hingga hujung. 
• Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga 
menggunakan kain berwarna merah. Kayu akan dipacak 
sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan 
dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang 
kekayaan.
• Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh 
pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. 
Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang 
kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang 
sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar 
sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. 
• Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal 
dilakukan di rumah pengantin lelaki 
• Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci 
melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar 
kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis 
perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat 
Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya 
Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan 
adalah berlandaskan aspek suku kaum.
• Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara 
niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah 
seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu 
dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil 
sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.
Peringkat 5 : Upacara Kanggenam 
• Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang 
pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit 
tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. 
Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga 
hari sebelum hari perkahwinan. 
• Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda 
dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia 
hingga hari tua.
• Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin 
setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin 
lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat 
daripada benang yang disapu dengan kunyit dan 
hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada 
pengantin perempuan hingga aras dada. 
• Kedua – dua mempelai memberi hormat kepada ibu 
bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi 
buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi 
pengantin.
• Dewan perkahwinan 
• Kereta pengantin
• Ketibaan pengantin lelaki 
• Sami memulakan upacara perkahwinan
Pakaian Tradisional Kaum India 
• Terbahagi kepada 3 iaitu : 
SARI 
PAKAIAN 
INDIA 
KURTA PUNJABI
SARI 
• Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah 
dikenali di seluruh dunia. 
• Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang 
dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan 
kain sari tersebut. 
• Kain sari dililit pada badan dengan bahagian 
hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain 
dalam dipakai di atas atau dibawah pusat dan 
berfungsi menyokong kain sari tersebut daripada 
terlucut.
• Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan 
warna kain yang sememangnya indah.
PUNJABI 
• Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, juga 
popular dikalangan wanita di utara India. 
• Terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan 
dengan seluar panjang yang longgar serta tudung 
kepala yang sesuai warnanya. 
• Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu 
mereka ketika memakai salwar kameez.
Salwar kameez Punjabi yang dimodenkan
KURTA 
• Kurta merupakan pakaian tradisional bagi lelaki 
kaum India. 
• Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang 
diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. 
• Pada kebiasaannya, kurta dipakai bersama salwar 
longgar, seluar longgar atau seluar churidar
• Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh 
pemakainya bersama pijama yng mana kurta pijama 
ini kebanyakkan dipakai ketika mjlis-majlis rasmi. 
• Kurta juga boleh dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah 
sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang 
dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar 
pinggang dan kaki
Kurta dan kurta pijama
RUJUKAN 
• http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/1149- 
kebudayaan-di-malaysia.html 
• http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/1149- 
kebudayaan-di-malaysia.html 
• http://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/maka 
nan-tradisi-kaum-india/ 
• http://vanillachocolate233.blogspot.com/p/perkahwinan 
-masyarakat-india.html 
• http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3244- 
perkahwinan-masyarakat-india-.html 
• http://cikguimah-lamborian. 
blogspot.com/2012/11/pakaian-tradisional-kaum- 
india-sari.html

Contenu connexe

Tendances

Baba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportBaba Nyonya Report
Baba Nyonya Report
Pang Shuen
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
Est
 
Warisan budaya malaysia
Warisan budaya malaysiaWarisan budaya malaysia
Warisan budaya malaysia
Nur Syafika
 
Kepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaKepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysia
Mages Panjaman
 
Teori kedatangan islam ke tanah melayu
Teori kedatangan islam ke tanah melayuTeori kedatangan islam ke tanah melayu
Teori kedatangan islam ke tanah melayu
Melisa Amirullah
 
Adat dan kepercayaan orang asli
Adat dan kepercayaan orang asliAdat dan kepercayaan orang asli
Adat dan kepercayaan orang asli
Tika Daud
 
Makanan tradisional kaum cina
Makanan tradisional kaum cinaMakanan tradisional kaum cina
Makanan tradisional kaum cina
Iskandar Abbas
 

Tendances (20)

Adat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat ibanAdat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat iban
 
Bab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun IndiaBab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun India
 
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA
 
Baba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportBaba Nyonya Report
Baba Nyonya Report
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Tamadun melayu
 
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayuPengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
 
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah MelayuTeori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
 
Bab 6 prinsip penting dalam ajaran pelbagai agama
Bab 6   prinsip penting dalam ajaran pelbagai agamaBab 6   prinsip penting dalam ajaran pelbagai agama
Bab 6 prinsip penting dalam ajaran pelbagai agama
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
Warisan budaya malaysia
Warisan budaya malaysiaWarisan budaya malaysia
Warisan budaya malaysia
 
Kepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaKepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysia
 
Perayaan di Malaysia
Perayaan di MalaysiaPerayaan di Malaysia
Perayaan di Malaysia
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
 
Teori kedatangan islam ke tanah melayu
Teori kedatangan islam ke tanah melayuTeori kedatangan islam ke tanah melayu
Teori kedatangan islam ke tanah melayu
 
Adat dan kepercayaan orang asli
Adat dan kepercayaan orang asliAdat dan kepercayaan orang asli
Adat dan kepercayaan orang asli
 
Taoisme dan Konfusianisme
Taoisme dan KonfusianismeTaoisme dan Konfusianisme
Taoisme dan Konfusianisme
 
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA  SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKAPERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA  SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
 
Makanan tradisional kaum cina
Makanan tradisional kaum cinaMakanan tradisional kaum cina
Makanan tradisional kaum cina
 
SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSASEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
 

Similaire à Budaya Kaum India

Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bblAspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Tyas Mlik Dy S'org
 
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-ibanAdat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
Renee Evelyn
 

Similaire à Budaya Kaum India (20)

Kelahiran
KelahiranKelahiran
Kelahiran
 
Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)
 
Agama Hindu
Agama HinduAgama Hindu
Agama Hindu
 
ISBD.ppt
ISBD.pptISBD.ppt
ISBD.ppt
 
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bblAspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
 
Perayaan di malaysia
Perayaan di malaysiaPerayaan di malaysia
Perayaan di malaysia
 
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-ibanAdat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
 
Pantang
PantangPantang
Pantang
 
Adat kelahiran
Adat kelahiranAdat kelahiran
Adat kelahiran
 
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptxKelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
 
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
 
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptxAdat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
 
budayapadamasanifas.pptx
budayapadamasanifas.pptxbudayapadamasanifas.pptx
budayapadamasanifas.pptx
 
Edu 3106 tutorial 2
Edu 3106 tutorial 2Edu 3106 tutorial 2
Edu 3106 tutorial 2
 
Perayaan dan hari kebesaran agama hindu dan buddha
Perayaan dan hari kebesaran agama hindu dan buddhaPerayaan dan hari kebesaran agama hindu dan buddha
Perayaan dan hari kebesaran agama hindu dan buddha
 
kelahiran
kelahirankelahiran
kelahiran
 
Kb 1
Kb 1Kb 1
Kb 1
 
Isbd klp 2
Isbd klp 2Isbd klp 2
Isbd klp 2
 
Lembar Balik PHBS.pdf
Lembar Balik PHBS.pdfLembar Balik PHBS.pdf
Lembar Balik PHBS.pdf
 
SARAWAK
SARAWAKSARAWAK
SARAWAK
 

Dernier

Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 

Dernier (20)

Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 

Budaya Kaum India

  • 1. INDIA DISEDIAKAN OLEH PISMP SEM 5 PENDIDIKAN ISLAM (A) NUR ATIKAH SHAHRUDDIN SITI AISAH IBRAHIM FATIN NUR ALYANI BT SUKUR SITI NUR SYAHIRAH BT SUKRI
  • 2. KEPERCAYAAN KAUM INDIA KEPERCAYAAN / PEGANGAN AGAMA PANTANG LARANG
  • 3. KEPERCAYAAN / PEGANGAN • Percaya kepada banyak Tuhan ( politeisme ). 1. Tuhan Indra (tuhan perwira), 2. Vayu, 3. Agni (tuhan api), 4. Dyaus (tuhan langit) 5. Varuna ( tuhan hujan). 6. Tuhan Ibu
  • 4. AGAMA AGAMA HINDU • Terdapat 2 mazhab penting dalam agama Hindu iaitu Saivanisme yang menyembah Dewa Siva manakala mazhab Vaishnavisme yang menyembah Dewa Vishnu. • Dalam agama Hindu, Dewa bukanlah Tuhan tersendiri. Menurut umat Hindu, Tuhan itu Maha Esa tiada duanya. Dalam salah satu ajaran filsafat Hindu, Adwaita Wedanta menegaskan bahwa hanya ada satu kekuatan dan menjadi sumber dari segala yang ada (Brahman), yang memanifestasikan diri-Nya kepada manusia dalam beragam bentuk.
  • 5. • Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Kelima keyakinan tersebut, yakni: 1. Widhi Tattwa – percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya 2. Atma Tattwa – percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk 3.Karmaphala Tattwa – percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan 4. Punarbhava Tattwa – percaya dengan adanya proses kelahiran kembali (reinkarnasi) 5. Moksa Tattwa – percaya bahwa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia.
  • 6. AGAMA BUDDHA • Agama ini menekankan kepada konsep kelahiran semula reincarnation dan nirvana iaitu peringkat paling bahagia. • Buddha juga mengajar tentang ahimsa (tidakboleh memusnahkan/merosakkan segala benda hidup).
  • 7. PANTANG LARANG Semasa Mengandung Semasa Perkahwinan Semasa Deepavali
  • 8. Pantang Larang Semasa Mengandung SEMASA • Ibu dilarang keluar pada waktu malam secara berseorangan. • Ibu dilarang tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam ( tidur berlebihan ) • Ibu dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih. • Suami dilarang memukul atau mengasari isteri. • Suami dilarang menyembelih/ membunuh binatang & menebang pokok khasnya pokok pisang. SELEPAS • Dlm tempoh 2 bulan, ibu perlu hindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja berat.
  • 9. SELEPAS KELAHIRAN Potong Tali Pusat • Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. • Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.
  • 10. Menyapu Madu • Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. • Air gula juga boleh digunakan. • Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. • Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. • Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi.
  • 11. Membawa Bayi Pulang Ke Rumah • Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke pada bilangan hari ganjil. • Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dari pada berlaku. • Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. • Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. • Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.
  • 12. Mandi Selepas Bersalin • Bayi diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas. • dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan. • Pembedahan ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. • Normal ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. • Bayi dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita yang berpengalaman. • Bayi disiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. • Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.
  • 13. • Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. • Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. • Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. • Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. • Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. • Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.
  • 14. Memberi Nama • Hari ke 16 • Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. • Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.
  • 15. Pantang Larang Semasa Perkahwinan SEBELUM • Bakal pengantin akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi, ketika rombongan pengantin perempuan, bakal pengantin dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan. • Kad jemputan perlu disiapkan dan dibuat tanpa kesilapan. SEMASA • Jika jamuan dilakukan dikuil, hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kpd tetamu. Dan makanan lain tidak dibenarkan terutamanya daging lembu.
  • 16. 21 JENIS PERAYAAN Deepavali Thaipusam  Thaiponggal
  • 17. PERAYAAN UTAMA INDIA DEEPAVALI ‘Perayaan cahaya’ sebagai tanda kejayaan ‘cahaya’ ke atas ‘gelap’ atau ‘ilmu’ ke atas ‘kejahilan’ ataupun ‘keadilan’ mengatasi ‘kezaliman’. Inilah perayaan paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini sembahyang akan diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia. THAIPUSAM Perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai persembahan. THAIPONGGAL Perayaan menuai dan ‘masak padi baru’ serta ‘memuja semangat padi’. Masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ‘ponggal’ pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.
  • 18. PERAYAAN DEEPAVALI Malam sebelum Perayaan Deepavali Memasang Vilakku Kolam atau Rangoli Hari Deepavali Persiapan Pagi Manisan & Juadah Pakaian Upacara Sembahyang
  • 19. Malam Sebelum Perayaan Deepavali: - Upacara memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. - Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. - Kaum wanita akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk menghias diri. • Mereka akan memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat • Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden • Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu • Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi Memasang Vilakku
  • 20. Kolam atau Rangoli • Mereka akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum terbit matahari • Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan • Kemahiran diwarisi secara turun-temurun • Susah tapi cantik, unik dan menarik bermotifkan tumbuhan • Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia • Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi (Dewa Kekayaan) yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah
  • 21. Persiapan Pagi Deepavali •Bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit •Mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf • Upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit untuk penyucian badan dan semangat serta membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. • Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua •Memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri • Bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil • Berkunjung ke rumah kaum keluarga. • Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
  • 22. Manisan dan Juadah Deepavali • Manisan menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. • Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. • Dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal. • Malah 9 jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. • Kuih-muih tradisional lain
  • 23. Pakaian Tradisional Deepavali • “Sari” untuk kaum wanita • “Dhoti” untuk kaum lelaki. • Pakaian yang dipilih mestilah warna yang garang. Upacara Sembahyang • Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. • Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri, keluarga dan yang telah meninggal dunia. • Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke rumah.
  • 24. MAKANAN TRADISI INDIA Thosai Idhili Roti Canai Putu Mayam Maruku Nasi Beriani
  • 25. Thosai - Makanan kegemaran orang India - Makanan ini menjadi menu utama dalam hidang Hari Deepavali. - Sedap dimakan dengan kuah yang digelar 'sandhini'. Idhili - Makanan sampingan dalam menu hidangan kaum India pada Hari Deepavali - Idhili sedap dimakan dengan ' sandhini' atau kari ayam, kari dal dan sebagainya.
  • 26. Roti Canai - Sama taraf dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. - Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal. Putu Mayam - Tepung beras atau tepung idiyappam dengan air atau santan - Ia dikukus dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa - Dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan. - Dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk.
  • 27. Maruku - Makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya - Ramuan: Tepung Kacang Tosai atau Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili - Biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Nasi Beriani - Yang terkenal nasi beriani gam - Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. - Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi.
  • 28. KUIH TRADISI INDIA Rawa Urundai Nei Urundai Athirasam Adhirasam Jillebhi Ladhu Alva Paal Guva Maisur Pahku
  • 29. Kuih Rawa Urundai - merupakan kuih yang kurang manis - Ramuan: Tepung suji, gula, garam, buah kismis, buah pelaga dan minyak sapi Kuih Rawa Urundai - Hidangan tradisi di Selatan India - Kurang manis - Ramuan kuih : Tepung suji, gula, garam, buah kismis, buah pelaga dan minyak sapi. - Kaya dengan protein - Boleh dibuat dengan hanya satu jenis dal atau kombinasi dua jenis dal
  • 30. Kuih Athirasam - Merupakan kuih manis - Bentuknya sama seperti kuih donat - Ramuan: Tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam, kelapa parut dan minyak masak - Kuih tahan sehingga enam bulan Kuih Adhirasam - Menjadi hidangan di hampir setiap rumah di selatan India - Bahagian yang paling penting dalam menghasilkan adhirasam adalah bahagian PAAGU (sirap) - Jika adunan paagu betul, adhirasam dapat dihasilkan dengan rasa yang sangat lazat
  • 31. Kuih Jillebhi - Sangat manis - Rupanya seperti muruku - Sedap untuk dimakan Kuih Ladhu - Manis - Mudah rapuh apabila dipegang - Ramuan: Tepung kuda, buah ceri, buah gajus, buah kismis, pewarna, gual, garam dan minyak sapi.
  • 32. Kuih Alva - Manis - Rupanya seperti kuih dodol - Warna kuih ini ialah merah Kuih Paal Guva - Manis dan lembut - Ramuan: Susu segar lembu, gula dan garam
  • 33. ETIKA MAKAN KAUM INDIA Makan dengan tertib Guna tangan kanan Lauk-pauk diletakkan di dalam bekas besi yang tahan karat. Menggunakan daun pisang bagi menggantikan pinggan makan. Tidak bercakap dengan kuat semasa makan Sebelum dan selepas makan, tangan dicuci dengan menggunakan kendi air.
  • 34. PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA • Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklafikasikan kepada beberapa jenis, iaitu : Vaitiikat tirumanam Perkahwinan masyarakat India Tamil tirumanam Eliyat tirumanam
  • 35. • Perkahwinan masyarakat India biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik, iaitu : etnik • Tamil • Malayalam • Telugu Sub etnik • Chetti • Mutaliyar • Veelaalar • Teevar
  • 36. Peringkat 1 : merisik • Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti - etnik - sub etnik - kasta - agama • Selain itu, status ekonomi dan status sosial merangkumi - umur - tahap pendidikan - jenis pekerjaan diambil - etika dan moral kira - rupa paras - latar belakang keluarga
  • 37. Kunjungan ke rumah pengantin • Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya • Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai
  • 38. • Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. • Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. • Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.
  • 39. • Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. • Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. • Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. • Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. • Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latarbelakang bakal pengantin lelaki
  • 40. Peringkat 2 : Ikat Janji • Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. • Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kum kum untuk diberikan kepada wakil perempuan.
  • 41. • Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. • Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. • Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.
  • 42. • Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. • Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. • Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. • Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.
  • 43. Peringkat 3 : Adat Parisam • Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu : Parisam Parisam biasa pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan Udan parisam pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang samadi sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan.
  • 44. • Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. • Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. • Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.
  • 45. • Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. • Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan
  • 46. • Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. • Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu, barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. • Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. • Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal.
  • 47. • Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Kad jemputan memainkan peranan penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. • Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. • Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal ), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. • Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran
  • 48. Peringkat 4 : Adat Mukuurtta kaal • Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. • Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter .
  • 49. • Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. • Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. • Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kum kum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. • Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain berwarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan.
  • 50. • Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. • Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki • Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.
  • 51. • Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.
  • 52. Peringkat 5 : Upacara Kanggenam • Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. • Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua.
  • 53. • Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. • Kedua – dua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
  • 54. • Dewan perkahwinan • Kereta pengantin
  • 55. • Ketibaan pengantin lelaki • Sami memulakan upacara perkahwinan
  • 56. Pakaian Tradisional Kaum India • Terbahagi kepada 3 iaitu : SARI PAKAIAN INDIA KURTA PUNJABI
  • 57. SARI • Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. • Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut. • Kain sari dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau dibawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut daripada terlucut.
  • 58. • Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
  • 59. PUNJABI • Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, juga popular dikalangan wanita di utara India. • Terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar serta tudung kepala yang sesuai warnanya. • Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.
  • 60. Salwar kameez Punjabi yang dimodenkan
  • 61. KURTA • Kurta merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum India. • Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. • Pada kebiasaannya, kurta dipakai bersama salwar longgar, seluar longgar atau seluar churidar
  • 62. • Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama yng mana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika mjlis-majlis rasmi. • Kurta juga boleh dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki
  • 63. Kurta dan kurta pijama
  • 64. RUJUKAN • http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/1149- kebudayaan-di-malaysia.html • http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/1149- kebudayaan-di-malaysia.html • http://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/maka nan-tradisi-kaum-india/ • http://vanillachocolate233.blogspot.com/p/perkahwinan -masyarakat-india.html • http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3244- perkahwinan-masyarakat-india-.html • http://cikguimah-lamborian. blogspot.com/2012/11/pakaian-tradisional-kaum- india-sari.html