KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
Kertas Kerja ISSF 2010
1. KERTAS KERJA
PENYERTAAN
th
6 International Students Science Fair 2010
Australian Science and Mathematics School
Flinders University, Australia
SM Sains Alam Shah
Kuala Lumpur, Malaysia
Disediakan oleh
En. Adura Azlin bin Ishak
2. KERTAS KERJA PENYERTAAN
th
6 International Students Science Fair 2010
Di Australian Science and Mathematics School
Flinders University, Australia
1.0. Pengenalan
International Students Science Fair 2010 merupakan acara berprestij dalam
kalangan pelajar sekolah antarabangsa yang telah masuk tahun ke-6. Pihak
Sekolah Menengah Sains Alam Shah amat berbangga kerana telah dijemput
oleh pihak penganjur iaitu Australian Science and Mathematics School
Flinders University, Australia untuk menyertai acara ini. Acara ini amat
bersesuaian dengan hasrat sekolah untuk menggalakkan para pelajar
Sekolah Menengah Sains Alam Shah menyertai program di peringkat
antarabangsa.
2.0. Objektif
Penyertaan dalam cara ini diharapkan para pelajar dan guru dapat :
a. Bertukar-tukar ilmu dalam aspek inovasi dan rekaan bidang
sains.
b. Memperoleh ilmu dalam menjayakan sesuatu penganjuran
diperingkat antarabngsa
c. Mendedahkan pelajar dan guru dalam situasi akademik di
peringkat antarabangsa
d. Menjadikan acara ini sebagai penanda aras tahap keupayaan
pelajar dan guru dalam bidang sains dan inovasi.
e. Menyediakan pelajar untuk bersaing di peringkat global terutama
dalam bidang sains dan inovasi.
2
3. 3.0. Tarikh, Tempat Dan Peserta
Tarikh : 12 hingga 17 September 2010
Tempat : Australian Science and Mathematics School
Flinders University, Australia
Bilangan peserta : Lima (5)
Dua (2) guru [ Pengetua dan Guru Pengiring ]
Tiga (3) pelajar
4.0. Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Penasihat (Pengurus Kewangan dan Perbelanjaan)
Tn Haji Mohd Idrus Bin Abd. Hamid
Guru Pengiring (Pengurus Projek, Perhubungan Luar, Pameran, Tiket,
Paspot, Visa dan Kebajikan)
En Adura Azlin bin Ishak
5.0. Anggaran Perbelanjaan
Item Harga/RM Kuantiti Jumlah/RM
Tambang Kapal Terbang 3 100.00 5 17 500.00
Kos Penyediaan Projek Sains 1 000.00 1 1 000.00
Bahan 500.00 1 500.00
Dokumentasi 100.00 5 500.00
‘Banner’ 500.00 1 500.00
Cenderamata 16.00 30 500.00
Insuran pelajar 22.00 3 66.00
Luar jangka - - 500.00
Jumlah 21 066.00
3
4. Nota : Penginapan, Makanan dan Pengankutan di Australia disediakan oleh
penganjur.
Sumber kewangan
Item Harga/RM Kuantiti Jumlah/RM
Sumbangan pelajar 3 100.00 3 9 300.00
Sumbangan guru 3 000.00 2 6 000.00
Sumbangan PIBG 1 000.00 5 5 000.00
Penaja - 1 1 066.00
Jumlah 21 066.00
6.0. Tentatif Program
Sila lihat lampiran
7.0. Senarai Peserta
Sila lihat lampiran
8.0. Penutup
Diharapkan dengan penyertaan pelajar dan guru dalam acara ini akan
dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan juga para
pelajar dan guru yang menyertai acara ini akan dapat juga berkongsi
pengalaman dan ilmu yang diperolehi dengan rakan-rakan yang tidak turut
serta dalam acara ini. Akhirnya, acara ini merupakan salah satu program
yang dapat membantu pihak sekolah merealisasikan visi sekolah untuk
‘Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia Pada 2010’.
4