SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
Télécharger pour lire hors ligne
SULIT*

900/2                                                                STPM 2005




                         JABATAN PELAJARAN PERAK

                                  PENGAJIAN AM
                                 KERTAS 2 SET 2
                               LEARNING TO SCORE

                                         (Tiga jam)




                 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA



Arahan kepada calon :

        Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tipa bahagian A, B, D dan E,
        dan dua soalan dalam bahagian C.
        Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap -tiap bahagian.
        Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].




                  Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak
                          Jabatan Pe lajaran Negeri Perak 2005



                                                                           HALAMAN 1
SULIT*

                                        Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk -tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan .                                                              [25]

1.    Sesebuah negara akan maju dalam sektor ekonomi sekiranya wujud iklim pelaburan
yang memberangsang daripada pelabur-pelabur negara maju dan syarikat multinasional.
Malaysia telah mengatur strategi dalam menarik pelabur asing bagi menjana pertumbuhan
ekonomi negara.
Bincangkan sumbangan pelaburan asing terhadap pembangunan negara.



2.     Kaum wanita telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu membangunkan
negara dalam pelbagai bidang, walaupun pada hakikatnya mereka juga menghadapi krisis
dwikerjaya yang menyumbang kepada beberapa masalah sosial.
Bincangkan.


                                        Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan .                                                            [25]

3.     Pembuangan bahan-bahan sisa pertanian yang tidak terancang akan mencetuskan
pencemaran alam sekitar. Namun demikian, kaedah-kaedah pengurusan bahan buangan
pertanian yang lebih sistematik akan mendatangkan manfaat kepada manusia.
Jelaskan pernyataan ini.


4.     Penyakit bawaan n yamuk seperti Japanese Encephalitis (JE) oleh nyamuk Culex,
demam denggi oleh nyamuk Aedes dan malaria oleh nyamuk Tiruk dan Anopheles adalah
sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
Jelaskan punca dan langkah -langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengawal
penyakit ini.

                                        Bahagian C

Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini, satu daripada soalan 5 dan satu daripada
soalan 6                                                                             [20]

5(a) Sistem pengenalan diri biometrik dalam pengambilan pekerja Indonesia akan
dilaksanakan tidak lama lagi bertujuan membendung kemasukan semula pendatang asing
tanpa izin (PATI) menggunakan nama lain. Perkembangan ini bukan bermakna bahawa
Malaysia mengamalkan dasar pintu tertutup. Sebaliknya kerajaan sentiasa menerima baik
kehadiran orang luar asalkan kemasukan mereka adalah secara sah dan mematuhi undang-
undang. Kini kerajaan beralih kepada pengambilan pekerja asing dari negara lain misalnya
Pakistan bagi memastikan kelangsungan kemajuan ekonomi negara.

                                                         (Dipetik dan diubahsuai daripada
                                                 Utusan Malaysia, Selasa 15 Februari 2005)

(i)    Apakah kelebihan sistem biometrik dalam membendung kemasukan PATI?


                                                                               HALAMAN 2
SULIT*

(ii)         Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan
       bagaimana pengambilan pekerja asing dapat membantu perkembangan ekonomi
       negara.

                                         ATAU

5(b) Nyamuk berada di mana-mana dan kehadirannya kelihatan bersahaja seperti
serangga perosak yang lain walhal ia sebenarnya pembunuh atau pembawa pelbagai jenis
penyakit yang boleh mencetuskan kegemparan. Antara yang paling ditakuti kini ialah
nyamuk Aedes. Ia paling aktif pada waktu pagi dari jam 5 hingga 7 pagi dan waktu petang
dari jam 5 hingga 7 petang dan situasi ini mendedahkan kanak-kanak dan pelajar sekolah
kepada bahaya denggi. Berdasarkan statistik, sebanyak 33,203 kes denggi dilaporkan di
seluruh negara dan 30% daripadanya membabitkan pelajar sekolah. Kini semakin banyak
laman web percutian memaparkan ancaman denggi di rantau ini. Ketiadaan vaksin
pencegahan denggi boleh menakutkan pelancong untuk datang ke negara kita.


                                           (Dipetik dan diubahsuai daripada Harian Metro,
                                                                 Rabu, 26 Januari 2005.)

(i)    Mengapa kanak-kanak dan pelajar sekolah adalah golongan yang paling terdedah
       kepada ancaman denggi?

(ii)   Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana
       penularan penyakit demam denggi boleh mempengaruhi sektor pelancongan di
       negara kita.


6(a) Lebih 8,000 hektar hutan musnah terbakar di 5 kawasan di Semenanjung ketika
panas sekarang yang memaksa Pasukan Bomba dan Penyelamat berhempas pulas
mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut. Keadaan diburukkan lagi ekoran cuaca
yang panas sekarang. Dijangka negara akan menghadapi suhu yang panas tahun ini pada
21 Mac 2005 iaitu menjangkau sehingga 40 darjah celcius. Kebakaran hutan yang berlaku di
negara ini turut akan menjejaskan ekonomi dan ekologi negara.

                                                     (Utusan Malaysia, 25 Februari 2005)

(i)    Apakah pemangkin kepada kejadian kebakaran hutan di negara kita?

(ii)   Dengan menggunakan tidak lebih dari 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana
       kebakaran hutan boleh memberi kesan negatif ke atas eko logi negara ini.

                                         ATAU

6(b) Pada amnya, kadar kejadian kanser meningkat dalam masyarakat yang maju.
Kemajuan yang dicapai bukanlah faktor penyebab kanser tetapi faktor gaya hidup tertentu
berkaitan dengan kemajuan tersebutlah yang membantu kejadian kanser. Sebilangan kecil
kes kanser adalah berkaitan dengan baka seperti kanser mata yang diperturunkan secara
genetik oleh ibu bapa kepada generasi yang seterusnya. Selain itu,sikap masyarakat yang
enggan mendapatkan rawatan awal turut menyumbang kepada merebaknya penyakit ini.


                                                          (Dewan Kosmik, Oktober 1996)


                                                                          HALAMAN 3
SULIT*

(i)    Apakah faktor yang menyebabkan penyakit kanser merebak?


(ii)   Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana
       faktor gaya hidup menjadi pemangkin kepada kejadian kanser.


                                     Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
                                                                                   [15]

7.      Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang
sesuai bagi membandingkan guna tenaga dalam sektor pembuatan mengikut kategori
pekerja bagi tempoh tahun 2000 dan tahun 2002.

Dalam tempoh kajian semula, sumbangan sektor pembuatan dalam pewujudan pekerjaan
kekal tertinggi dengan kadar pertumbuhan purata 3.4% setahun berbanding dengan sektor
ekonomi lain.

       Sektor pembuatan telah mewujudkan 270,700 pekerjaan baru atau 30.9 peratus
daripada jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan. Daripada jumlah 2,679,800 guna tenaga
dalam sektor pembuatan pada tahun 2002 sebanyak 1,717,800 orang atau 64.1 peratus
adalah dalam kategori pekerja mahir. Walaupun bilangan pekerja dalam kategori ini
bertambah sebanyak 203,300 gunatenaga pada tahun 2002 berbanding dengan tahun 2000,
namun peningkatan tersebut tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang meningkat
bagi pekerja dalam kategori ini.

         Bagi pekerja tidak mahir, peratusan guna tenaga dalam sektor pembuatan kekal
statik iaitu 5.9 peratus bagi kedua-dua tempoh tersebut. Jumlah guna tenaga kerja dalam
kumpulan pekerjaan Pengurusan dan Profesional, dan Teknikal dan Penyeliaan
menunjukkan peningkatan, walaupun terdapat penurunan dari segi peratusan. Jumlah guna
tenaga dalam kumpulan pekerja Pengurusan dan Profesional pada tahun 2000 sebanyak
184,200 orang meningkat sebanyak 6,100 orang pada tahun 2002. Guna tenaga kerja
dalam kumpulan Teknikal dan Penyeliaan juga mengalami peningkatan pada tahun 2002
menjadi 343,000 orang.

       Guna tenaga dalam sektor pembuatan bagi kategori pekerja am mengalami
penurunan yang ketara pada tahun 2002. Pengenalan teknologi moden dalam sektor
tersebut telah menyebabkan penguncupan pekerjaan am sebanyak 74,500 orang pada
tahun 2002.

       Dalam tempoh kajian semula, produktiviti keseluruhan sektor pembuatan
berkurangan pada kadar 1.9 peratus berikutan daripada kemerosotan ekonomi yang
mengakibatkan pekerja tidak digunakan sepenuhnya. Guna tenaga dalam kumpulan
pekerjaan perkeranian juga berkurang daripada 245,600 orang pada tahun 2000 menurun
sebanyak 0.6 peratus menjadi 219,700 orang pada tahun 2002.

        Bagi meningkatkan peluang mendapat pekerjaan, pekerja yang diberhentikan telah
diberi latihan semula sementara siswazah yang menganggur diberi latihan prapekerjaan
termasuk menempatkan mereka di syarikat bagi memperoleh kemahiran baru yang
diperlukan oleh usahawan.
                       (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Kajian Separuh Penggal
                                             Rancangan Malaysia Kelapan, 2001 – 2005)

                                                                         HALAMAN 4
SULIT*



8.     Berdasarkan petikan berikut, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan
jumlah antara bidang profesional di Malaysia mengikut etnik bagi tahun 1998 dan tahun
2002.

Negara memerlukan tenaga professional yang terdiri daripada rakyat tempatan untuk
menjana pembangunan negara. Pada tahun 2002, bilangan arkitek Bumiputera hanya terdiri
daripada 1406 orang sahaja, manakala kaum Cina melebihi kaum Bumip utera sebanyak 356
orang. Walau bagaimanapun bilangan arkitek Bumiputera yang dicatat pada tahun 1998
hanya sebanyak 1146 orang iaitu berkurang sebanyak 260 orang berbanding tahun 2002.

       Kaum Cina tetap mengatasi kaum-kaum lain dalam profesion arkitek pada tahun
1998 sebanyak 1664 orang. Dalam profesion yang sama , kaum India hanya mencatat 49
orang pada tahun1998. Bilangan kaum India telah menurun sebanyak 2 orang pada tahun
2002. Lain-lain kaum yang terlibat dalam profesion ini pada tahun 1998 dan 2002, masing-
masing sebanyak 7 dan 9 orang sahaja. Semua warganegara Malaysia yang terlibat dalam
profesion arkitek berjumlah 2866 orang pada tahun 1998 dan meningkat kepada 3224 orang
pada tahun 2002.

       Jumlah akauntan di negara kita pada tahun 1998 sebanyak 12128 orang dan
meningkat sebanyak 6243 ora ng pada tahun 2002. Kaum Cina telah mencatat sebanyak
77.93% daripada jumlah keseluruhan pada tahun 1998. Kaum Bumiputera pula berjumlah
1840 orang, kaum India 704 orang dan bakinya diwakili oleh lain-lain kaum.

       Pertumbuhan ekonomi negara turut menggalakkan peningkatan dalam bilangan
akauntan di Malaysia. Bilangan kaum Bumiputera meskipun hanya menyumbang sebanyak
19.0% daripada jumlah keseluruhan tetapi telah meningkat sebanyak 1656 orang menjadi
3496 orang pada tahun 2002. Bilangan akauntan Cina mencatatkan adalah sebanyak 13707
orang pada tahun 2002 iaitu melebihi sebanyak 12766 orang berbanding kaum India.
Manakala lain-lain kaum hanya mencatat sebanyak 227 orang sahaja.

         Bidang kejuruteraan semakin diminati di kalangan pelajar-pelajar Pusat Pengajian
Tinggi. Keadaan ini dibuktikan dengan jumlah Jurutera pada tahun 2002 sebanyak 41762
orang, berbanding hanya 32101 orang tahun 1998. Kaum Bumiputera yang terlibat dalam
profesion jurutera pada tahun 2002 adalah sebanyak 18229 orang dan pada tahun 1998
sebanyak 13526 orang sahaja. Sementara itu, kaum Cina telah mencatat sebanyak 16553
orang tahun 1998 dan 20901 orang pada tahun 2002. Kaum India dan lain-lain kaum pula
adalah sebanyak 1634 orang dan 388 orang pada tahun 1998. Bilangan kaum India dan
lain-lain kaum turut mengalami peningkatan pada tahun 2002 iaitu masing-masing 2201 dan
431 orang.

       Dalam profesion kedoktoran pula, pada tahun 1998 kaum Bumiputera yang terlibat
adalah sebanyak 4138 orang atau 35.8% daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak
11565 orang. Manakala pada tahun 2002, bilangan doktor di kalangan bumiputera adalah
5346 orang. Bilangan kaum Cina dalam bidang yang sama pada tahun 1998 adalah
sebanyak 3594 orang dan terus meningkat kepada 4151 orang pada tahun 2002. Bilangan
kaum India pula adalah sebanyak 3507 orang pada tahun 1998 dan lain-lain kaum sebanyak
326 orang. Kaum India terus meningkat kepada 3546 orang pada tahun 2002 dan lain -lain
kaum bagi tahun yang sama adalah sebanyak 334 orang.

                                        (Sumber:Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan
                                                          Statistik ,tahun 1999 dan 2003)


                                                                          HALAMAN 5
SULIT*

                                     Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.                                        [15]


9.    Berdasarkan jadual di bawah, huraikan perubahan kadar guna tenaga mengikut
kumpulan pekerjaan utama dari tahun 2000 hingga tahun 2005 dan berikan sebab -sebab
wujudnya keadaan yang demikian.


      MALAYSIA : GUNA TENAGA MENGIKUT KUMPULAN PEKERJAAN UTAMA,
                    2000-2005 (’000 orang )

                Tahun               2000                  2003               2005
                                                                            (Jangkaan)
                                ’000       %         ’000        %      ’000       %
Kumpulan Pekerjaan              orang                orang              orang
Penggubal Undang-undang ,
Pegawai Kanan & Pengurus         639.7      6.9      771.3       7.6    845.7      7.8
Profesional                      528.5      5.7       548.0      5.4    628.8      5.8
Juruteknik & Profesional
Bersekutu                       1103.3      11.9     1268.5      12.5   1409.5     13.0
Pekerja Perkeranian              890.0       9.6      974.2      9.6    1008.3     9.3
Pekerja Perkhidmatan,
Pekerja Kedai & Jurujual        1205.3      13.0     1420.7      14.0   1593.8     14.7
Pekerja Mahir Pertanian &
Perikanan                       1390.7      15.0     1288.8      12.7   1268.5     11.7
Pekerja Pertukangan & Yang
Berkaitan                       843.7          9.1   1085.8      10.7   1246.2     11.5
Operator Loji & Mesin &
Pemasang                        1492.7      16.1 1623.7          16.0  1691.4      15.6
Pekerja Asas                    1177.4      12.7 1167.0          11.5  1149.3      10.6
Jumlah                          9271.2     100.0 10148.1         100.0 10842.3     100.0

                                           ( Sumber : Kajian Separuh Penggal Rancangan
                                                            Malaysia Kelapan 2001-2005 )




                                                                           HALAMAN 6
SULIT*

10.    Dunia kini menghadapi dilema sama ada ingin meneruskan pembangunan atau
memelihara alam sekitar. Hal ini semakin membimbangkan terutamanya pencemaran yang
mungkin mengugat kestabilan sistem ekologi di dunia ini. Huraikan impak pencemaran
udara terhadap kepelbagaian biologi.

            IMPAK PENCEMARAN UDAR TERHADAP KEPELBAGAIAN BIOLOGI



                                         Pencemaran Udara



      Peningkatan gas Sulfur Dioksida                      Peningkatan Karbon Dioksida
               dan Nitrogen

                                                                    Peningkatan suhu global
                                                                       – perubahan iklim
     Gangguan proses psikologi                Hujan asid
      dan pertumbuhan pokok


                                                                        Perubahan komposisi dan
                                        Pengasidan tanah dan air            struktur tumbuhan




      Perubahan komposisi hutan          Kemerosotan populasi
                                           hidupan akuatik




                                    Kemerosotan kepelbagaian biologi

                                                                       (Sumber : Era Hijau, 2002)




                                                                                   HALAMAN 7

Contenu connexe

En vedette

Rabo Mobiel - Product Development Overview
Rabo Mobiel - Product Development OverviewRabo Mobiel - Product Development Overview
Rabo Mobiel - Product Development OverviewDan Armstrong
 
Social Media Marketing Approaches & Outcomes
Social Media Marketing Approaches & OutcomesSocial Media Marketing Approaches & Outcomes
Social Media Marketing Approaches & OutcomesMargaret Stangl
 
Gwp Week13
Gwp Week13Gwp Week13
Gwp Week13I M
 
Jarrera eta Ikaskuntza Donostia 2011 3. gaia (1)
Jarrera eta Ikaskuntza Donostia 2011 3. gaia (1)Jarrera eta Ikaskuntza Donostia 2011 3. gaia (1)
Jarrera eta Ikaskuntza Donostia 2011 3. gaia (1)KirolPsikologia
 
Perspective: the maths of seeing
Perspective: the maths of seeingPerspective: the maths of seeing
Perspective: the maths of seeingAbhranil Das
 
Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1Kay Aniza
 
Linked In Mc Kee Consulting Llc Ata 09 Pca Final
Linked In Mc Kee Consulting Llc Ata 09 Pca FinalLinked In Mc Kee Consulting Llc Ata 09 Pca Final
Linked In Mc Kee Consulting Llc Ata 09 Pca FinalSally Cordova
 
Skema Bm Kertas2 Set1
Skema Bm Kertas2 Set1Skema Bm Kertas2 Set1
Skema Bm Kertas2 Set1Kay Aniza
 
Community eindhoven 13dec2011
Community eindhoven 13dec2011Community eindhoven 13dec2011
Community eindhoven 13dec2011Bart Brouwers
 
Wings™ Brochure Uk
Wings™ Brochure UkWings™ Brochure Uk
Wings™ Brochure Ukshaunlovett
 
C:\documents and settings\beheerder\my documents\hyperlocal\10rules
C:\documents and settings\beheerder\my documents\hyperlocal\10rulesC:\documents and settings\beheerder\my documents\hyperlocal\10rules
C:\documents and settings\beheerder\my documents\hyperlocal\10rulesBart Brouwers
 
Pmr Bm Skema Jawapan Set 2
Pmr Bm Skema Jawapan Set 2Pmr Bm Skema Jawapan Set 2
Pmr Bm Skema Jawapan Set 2Kay Aniza
 
Payroll And Personal Services
Payroll And Personal ServicesPayroll And Personal Services
Payroll And Personal ServicesAnthony Rainey
 
Прикладной коннективизм
Прикладной коннективизмПрикладной коннективизм
Прикладной коннективизмIvan Travkin
 
e-politics project
e-politics projecte-politics project
e-politics projectjasonmeyers
 

En vedette (20)

081222 51 Samples
081222 51 Samples081222 51 Samples
081222 51 Samples
 
Rabo Mobiel - Product Development Overview
Rabo Mobiel - Product Development OverviewRabo Mobiel - Product Development Overview
Rabo Mobiel - Product Development Overview
 
Social Media Marketing Approaches & Outcomes
Social Media Marketing Approaches & OutcomesSocial Media Marketing Approaches & Outcomes
Social Media Marketing Approaches & Outcomes
 
Gwp Week13
Gwp Week13Gwp Week13
Gwp Week13
 
Jarrera eta Ikaskuntza Donostia 2011 3. gaia (1)
Jarrera eta Ikaskuntza Donostia 2011 3. gaia (1)Jarrera eta Ikaskuntza Donostia 2011 3. gaia (1)
Jarrera eta Ikaskuntza Donostia 2011 3. gaia (1)
 
Perspective: the maths of seeing
Perspective: the maths of seeingPerspective: the maths of seeing
Perspective: the maths of seeing
 
Amphibians
AmphibiansAmphibians
Amphibians
 
Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1
 
Linked In Mc Kee Consulting Llc Ata 09 Pca Final
Linked In Mc Kee Consulting Llc Ata 09 Pca FinalLinked In Mc Kee Consulting Llc Ata 09 Pca Final
Linked In Mc Kee Consulting Llc Ata 09 Pca Final
 
Skema Bm Kertas2 Set1
Skema Bm Kertas2 Set1Skema Bm Kertas2 Set1
Skema Bm Kertas2 Set1
 
Community eindhoven 13dec2011
Community eindhoven 13dec2011Community eindhoven 13dec2011
Community eindhoven 13dec2011
 
1204csharp
1204csharp1204csharp
1204csharp
 
Wings™ Brochure Uk
Wings™ Brochure UkWings™ Brochure Uk
Wings™ Brochure Uk
 
TTE i spy
TTE i spyTTE i spy
TTE i spy
 
C:\documents and settings\beheerder\my documents\hyperlocal\10rules
C:\documents and settings\beheerder\my documents\hyperlocal\10rulesC:\documents and settings\beheerder\my documents\hyperlocal\10rules
C:\documents and settings\beheerder\my documents\hyperlocal\10rules
 
Tableauxprez
TableauxprezTableauxprez
Tableauxprez
 
Pmr Bm Skema Jawapan Set 2
Pmr Bm Skema Jawapan Set 2Pmr Bm Skema Jawapan Set 2
Pmr Bm Skema Jawapan Set 2
 
Payroll And Personal Services
Payroll And Personal ServicesPayroll And Personal Services
Payroll And Personal Services
 
Прикладной коннективизм
Прикладной коннективизмПрикладной коннективизм
Прикладной коннективизм
 
e-politics project
e-politics projecte-politics project
e-politics project
 

Plus de Kay Aniza

LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENGLAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENGKay Aniza
 
Stpm Pam Kertas1 Set3
Stpm Pam Kertas1 Set3Stpm Pam Kertas1 Set3
Stpm Pam Kertas1 Set3Kay Aniza
 
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2Kay Aniza
 
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2Kay Aniza
 
Stpm Pam Kertas1 Set2
Stpm Pam Kertas1 Set2Stpm Pam Kertas1 Set2
Stpm Pam Kertas1 Set2Kay Aniza
 
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1Kay Aniza
 
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1Kay Aniza
 
Stpm Pam Kertas1 Set1
Stpm Pam Kertas1 Set1Stpm Pam Kertas1 Set1
Stpm Pam Kertas1 Set1Kay Aniza
 
Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Kay Aniza
 
Bm Kertas1 Set2
Bm Kertas1 Set2Bm Kertas1 Set2
Bm Kertas1 Set2Kay Aniza
 
Bm Kertas1 Set3
Bm Kertas1 Set3Bm Kertas1 Set3
Bm Kertas1 Set3Kay Aniza
 
Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Kay Aniza
 
Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas1 Set2
Skema Bm Kertas1 Set2Skema Bm Kertas1 Set2
Skema Bm Kertas1 Set2Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas2 Set1
Skema Bm Kertas2 Set1Skema Bm Kertas2 Set1
Skema Bm Kertas2 Set1Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas2 Set2
Skema Bm Kertas2 Set2Skema Bm Kertas2 Set2
Skema Bm Kertas2 Set2Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1Kay Aniza
 

Plus de Kay Aniza (20)

LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENGLAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
 
Stpm Pam Kertas1 Set3
Stpm Pam Kertas1 Set3Stpm Pam Kertas1 Set3
Stpm Pam Kertas1 Set3
 
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
 
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
 
Stpm Pam Kertas1 Set2
Stpm Pam Kertas1 Set2Stpm Pam Kertas1 Set2
Stpm Pam Kertas1 Set2
 
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
 
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
 
Stpm Pam Kertas1 Set1
Stpm Pam Kertas1 Set1Stpm Pam Kertas1 Set1
Stpm Pam Kertas1 Set1
 
Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3
 
Bm Kertas1 Set2
Bm Kertas1 Set2Bm Kertas1 Set2
Bm Kertas1 Set2
 
Bm Kertas1 Set3
Bm Kertas1 Set3Bm Kertas1 Set3
Bm Kertas1 Set3
 
Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1
 
Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2
 
Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3
 
Skema Bm Kertas1 Set2
Skema Bm Kertas1 Set2Skema Bm Kertas1 Set2
Skema Bm Kertas1 Set2
 
Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3
 
Skema Bm Kertas2 Set1
Skema Bm Kertas2 Set1Skema Bm Kertas2 Set1
Skema Bm Kertas2 Set1
 
Skema Bm Kertas2 Set2
Skema Bm Kertas2 Set2Skema Bm Kertas2 Set2
Skema Bm Kertas2 Set2
 
Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3
 
Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1
 

Dernier

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 

Dernier (11)

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 

Stpm Pam Kertas2 Set2

  • 1. SULIT* 900/2 STPM 2005 JABATAN PELAJARAN PERAK PENGAJIAN AM KERTAS 2 SET 2 LEARNING TO SCORE (Tiga jam) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon : Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tipa bahagian A, B, D dan E, dan dua soalan dalam bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap -tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak Jabatan Pe lajaran Negeri Perak 2005 HALAMAN 1
  • 2. SULIT* Bahagian A Pilih satu daripada tajuk -tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan . [25] 1. Sesebuah negara akan maju dalam sektor ekonomi sekiranya wujud iklim pelaburan yang memberangsang daripada pelabur-pelabur negara maju dan syarikat multinasional. Malaysia telah mengatur strategi dalam menarik pelabur asing bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara. Bincangkan sumbangan pelaburan asing terhadap pembangunan negara. 2. Kaum wanita telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu membangunkan negara dalam pelbagai bidang, walaupun pada hakikatnya mereka juga menghadapi krisis dwikerjaya yang menyumbang kepada beberapa masalah sosial. Bincangkan. Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan . [25] 3. Pembuangan bahan-bahan sisa pertanian yang tidak terancang akan mencetuskan pencemaran alam sekitar. Namun demikian, kaedah-kaedah pengurusan bahan buangan pertanian yang lebih sistematik akan mendatangkan manfaat kepada manusia. Jelaskan pernyataan ini. 4. Penyakit bawaan n yamuk seperti Japanese Encephalitis (JE) oleh nyamuk Culex, demam denggi oleh nyamuk Aedes dan malaria oleh nyamuk Tiruk dan Anopheles adalah sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Jelaskan punca dan langkah -langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengawal penyakit ini. Bahagian C Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini, satu daripada soalan 5 dan satu daripada soalan 6 [20] 5(a) Sistem pengenalan diri biometrik dalam pengambilan pekerja Indonesia akan dilaksanakan tidak lama lagi bertujuan membendung kemasukan semula pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan nama lain. Perkembangan ini bukan bermakna bahawa Malaysia mengamalkan dasar pintu tertutup. Sebaliknya kerajaan sentiasa menerima baik kehadiran orang luar asalkan kemasukan mereka adalah secara sah dan mematuhi undang- undang. Kini kerajaan beralih kepada pengambilan pekerja asing dari negara lain misalnya Pakistan bagi memastikan kelangsungan kemajuan ekonomi negara. (Dipetik dan diubahsuai daripada Utusan Malaysia, Selasa 15 Februari 2005) (i) Apakah kelebihan sistem biometrik dalam membendung kemasukan PATI? HALAMAN 2
  • 3. SULIT* (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana pengambilan pekerja asing dapat membantu perkembangan ekonomi negara. ATAU 5(b) Nyamuk berada di mana-mana dan kehadirannya kelihatan bersahaja seperti serangga perosak yang lain walhal ia sebenarnya pembunuh atau pembawa pelbagai jenis penyakit yang boleh mencetuskan kegemparan. Antara yang paling ditakuti kini ialah nyamuk Aedes. Ia paling aktif pada waktu pagi dari jam 5 hingga 7 pagi dan waktu petang dari jam 5 hingga 7 petang dan situasi ini mendedahkan kanak-kanak dan pelajar sekolah kepada bahaya denggi. Berdasarkan statistik, sebanyak 33,203 kes denggi dilaporkan di seluruh negara dan 30% daripadanya membabitkan pelajar sekolah. Kini semakin banyak laman web percutian memaparkan ancaman denggi di rantau ini. Ketiadaan vaksin pencegahan denggi boleh menakutkan pelancong untuk datang ke negara kita. (Dipetik dan diubahsuai daripada Harian Metro, Rabu, 26 Januari 2005.) (i) Mengapa kanak-kanak dan pelajar sekolah adalah golongan yang paling terdedah kepada ancaman denggi? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana penularan penyakit demam denggi boleh mempengaruhi sektor pelancongan di negara kita. 6(a) Lebih 8,000 hektar hutan musnah terbakar di 5 kawasan di Semenanjung ketika panas sekarang yang memaksa Pasukan Bomba dan Penyelamat berhempas pulas mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut. Keadaan diburukkan lagi ekoran cuaca yang panas sekarang. Dijangka negara akan menghadapi suhu yang panas tahun ini pada 21 Mac 2005 iaitu menjangkau sehingga 40 darjah celcius. Kebakaran hutan yang berlaku di negara ini turut akan menjejaskan ekonomi dan ekologi negara. (Utusan Malaysia, 25 Februari 2005) (i) Apakah pemangkin kepada kejadian kebakaran hutan di negara kita? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih dari 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana kebakaran hutan boleh memberi kesan negatif ke atas eko logi negara ini. ATAU 6(b) Pada amnya, kadar kejadian kanser meningkat dalam masyarakat yang maju. Kemajuan yang dicapai bukanlah faktor penyebab kanser tetapi faktor gaya hidup tertentu berkaitan dengan kemajuan tersebutlah yang membantu kejadian kanser. Sebilangan kecil kes kanser adalah berkaitan dengan baka seperti kanser mata yang diperturunkan secara genetik oleh ibu bapa kepada generasi yang seterusnya. Selain itu,sikap masyarakat yang enggan mendapatkan rawatan awal turut menyumbang kepada merebaknya penyakit ini. (Dewan Kosmik, Oktober 1996) HALAMAN 3
  • 4. SULIT* (i) Apakah faktor yang menyebabkan penyakit kanser merebak? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana faktor gaya hidup menjadi pemangkin kepada kejadian kanser. Bahagian D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15] 7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi membandingkan guna tenaga dalam sektor pembuatan mengikut kategori pekerja bagi tempoh tahun 2000 dan tahun 2002. Dalam tempoh kajian semula, sumbangan sektor pembuatan dalam pewujudan pekerjaan kekal tertinggi dengan kadar pertumbuhan purata 3.4% setahun berbanding dengan sektor ekonomi lain. Sektor pembuatan telah mewujudkan 270,700 pekerjaan baru atau 30.9 peratus daripada jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan. Daripada jumlah 2,679,800 guna tenaga dalam sektor pembuatan pada tahun 2002 sebanyak 1,717,800 orang atau 64.1 peratus adalah dalam kategori pekerja mahir. Walaupun bilangan pekerja dalam kategori ini bertambah sebanyak 203,300 gunatenaga pada tahun 2002 berbanding dengan tahun 2000, namun peningkatan tersebut tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang meningkat bagi pekerja dalam kategori ini. Bagi pekerja tidak mahir, peratusan guna tenaga dalam sektor pembuatan kekal statik iaitu 5.9 peratus bagi kedua-dua tempoh tersebut. Jumlah guna tenaga kerja dalam kumpulan pekerjaan Pengurusan dan Profesional, dan Teknikal dan Penyeliaan menunjukkan peningkatan, walaupun terdapat penurunan dari segi peratusan. Jumlah guna tenaga dalam kumpulan pekerja Pengurusan dan Profesional pada tahun 2000 sebanyak 184,200 orang meningkat sebanyak 6,100 orang pada tahun 2002. Guna tenaga kerja dalam kumpulan Teknikal dan Penyeliaan juga mengalami peningkatan pada tahun 2002 menjadi 343,000 orang. Guna tenaga dalam sektor pembuatan bagi kategori pekerja am mengalami penurunan yang ketara pada tahun 2002. Pengenalan teknologi moden dalam sektor tersebut telah menyebabkan penguncupan pekerjaan am sebanyak 74,500 orang pada tahun 2002. Dalam tempoh kajian semula, produktiviti keseluruhan sektor pembuatan berkurangan pada kadar 1.9 peratus berikutan daripada kemerosotan ekonomi yang mengakibatkan pekerja tidak digunakan sepenuhnya. Guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan perkeranian juga berkurang daripada 245,600 orang pada tahun 2000 menurun sebanyak 0.6 peratus menjadi 219,700 orang pada tahun 2002. Bagi meningkatkan peluang mendapat pekerjaan, pekerja yang diberhentikan telah diberi latihan semula sementara siswazah yang menganggur diberi latihan prapekerjaan termasuk menempatkan mereka di syarikat bagi memperoleh kemahiran baru yang diperlukan oleh usahawan. (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan, 2001 – 2005) HALAMAN 4
  • 5. SULIT* 8. Berdasarkan petikan berikut, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan jumlah antara bidang profesional di Malaysia mengikut etnik bagi tahun 1998 dan tahun 2002. Negara memerlukan tenaga professional yang terdiri daripada rakyat tempatan untuk menjana pembangunan negara. Pada tahun 2002, bilangan arkitek Bumiputera hanya terdiri daripada 1406 orang sahaja, manakala kaum Cina melebihi kaum Bumip utera sebanyak 356 orang. Walau bagaimanapun bilangan arkitek Bumiputera yang dicatat pada tahun 1998 hanya sebanyak 1146 orang iaitu berkurang sebanyak 260 orang berbanding tahun 2002. Kaum Cina tetap mengatasi kaum-kaum lain dalam profesion arkitek pada tahun 1998 sebanyak 1664 orang. Dalam profesion yang sama , kaum India hanya mencatat 49 orang pada tahun1998. Bilangan kaum India telah menurun sebanyak 2 orang pada tahun 2002. Lain-lain kaum yang terlibat dalam profesion ini pada tahun 1998 dan 2002, masing- masing sebanyak 7 dan 9 orang sahaja. Semua warganegara Malaysia yang terlibat dalam profesion arkitek berjumlah 2866 orang pada tahun 1998 dan meningkat kepada 3224 orang pada tahun 2002. Jumlah akauntan di negara kita pada tahun 1998 sebanyak 12128 orang dan meningkat sebanyak 6243 ora ng pada tahun 2002. Kaum Cina telah mencatat sebanyak 77.93% daripada jumlah keseluruhan pada tahun 1998. Kaum Bumiputera pula berjumlah 1840 orang, kaum India 704 orang dan bakinya diwakili oleh lain-lain kaum. Pertumbuhan ekonomi negara turut menggalakkan peningkatan dalam bilangan akauntan di Malaysia. Bilangan kaum Bumiputera meskipun hanya menyumbang sebanyak 19.0% daripada jumlah keseluruhan tetapi telah meningkat sebanyak 1656 orang menjadi 3496 orang pada tahun 2002. Bilangan akauntan Cina mencatatkan adalah sebanyak 13707 orang pada tahun 2002 iaitu melebihi sebanyak 12766 orang berbanding kaum India. Manakala lain-lain kaum hanya mencatat sebanyak 227 orang sahaja. Bidang kejuruteraan semakin diminati di kalangan pelajar-pelajar Pusat Pengajian Tinggi. Keadaan ini dibuktikan dengan jumlah Jurutera pada tahun 2002 sebanyak 41762 orang, berbanding hanya 32101 orang tahun 1998. Kaum Bumiputera yang terlibat dalam profesion jurutera pada tahun 2002 adalah sebanyak 18229 orang dan pada tahun 1998 sebanyak 13526 orang sahaja. Sementara itu, kaum Cina telah mencatat sebanyak 16553 orang tahun 1998 dan 20901 orang pada tahun 2002. Kaum India dan lain-lain kaum pula adalah sebanyak 1634 orang dan 388 orang pada tahun 1998. Bilangan kaum India dan lain-lain kaum turut mengalami peningkatan pada tahun 2002 iaitu masing-masing 2201 dan 431 orang. Dalam profesion kedoktoran pula, pada tahun 1998 kaum Bumiputera yang terlibat adalah sebanyak 4138 orang atau 35.8% daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 11565 orang. Manakala pada tahun 2002, bilangan doktor di kalangan bumiputera adalah 5346 orang. Bilangan kaum Cina dalam bidang yang sama pada tahun 1998 adalah sebanyak 3594 orang dan terus meningkat kepada 4151 orang pada tahun 2002. Bilangan kaum India pula adalah sebanyak 3507 orang pada tahun 1998 dan lain-lain kaum sebanyak 326 orang. Kaum India terus meningkat kepada 3546 orang pada tahun 2002 dan lain -lain kaum bagi tahun yang sama adalah sebanyak 334 orang. (Sumber:Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Statistik ,tahun 1999 dan 2003) HALAMAN 5
  • 6. SULIT* Bahagian E Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15] 9. Berdasarkan jadual di bawah, huraikan perubahan kadar guna tenaga mengikut kumpulan pekerjaan utama dari tahun 2000 hingga tahun 2005 dan berikan sebab -sebab wujudnya keadaan yang demikian. MALAYSIA : GUNA TENAGA MENGIKUT KUMPULAN PEKERJAAN UTAMA, 2000-2005 (’000 orang ) Tahun 2000 2003 2005 (Jangkaan) ’000 % ’000 % ’000 % Kumpulan Pekerjaan orang orang orang Penggubal Undang-undang , Pegawai Kanan & Pengurus 639.7 6.9 771.3 7.6 845.7 7.8 Profesional 528.5 5.7 548.0 5.4 628.8 5.8 Juruteknik & Profesional Bersekutu 1103.3 11.9 1268.5 12.5 1409.5 13.0 Pekerja Perkeranian 890.0 9.6 974.2 9.6 1008.3 9.3 Pekerja Perkhidmatan, Pekerja Kedai & Jurujual 1205.3 13.0 1420.7 14.0 1593.8 14.7 Pekerja Mahir Pertanian & Perikanan 1390.7 15.0 1288.8 12.7 1268.5 11.7 Pekerja Pertukangan & Yang Berkaitan 843.7 9.1 1085.8 10.7 1246.2 11.5 Operator Loji & Mesin & Pemasang 1492.7 16.1 1623.7 16.0 1691.4 15.6 Pekerja Asas 1177.4 12.7 1167.0 11.5 1149.3 10.6 Jumlah 9271.2 100.0 10148.1 100.0 10842.3 100.0 ( Sumber : Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005 ) HALAMAN 6
  • 7. SULIT* 10. Dunia kini menghadapi dilema sama ada ingin meneruskan pembangunan atau memelihara alam sekitar. Hal ini semakin membimbangkan terutamanya pencemaran yang mungkin mengugat kestabilan sistem ekologi di dunia ini. Huraikan impak pencemaran udara terhadap kepelbagaian biologi. IMPAK PENCEMARAN UDAR TERHADAP KEPELBAGAIAN BIOLOGI Pencemaran Udara Peningkatan gas Sulfur Dioksida Peningkatan Karbon Dioksida dan Nitrogen Peningkatan suhu global – perubahan iklim Gangguan proses psikologi Hujan asid dan pertumbuhan pokok Perubahan komposisi dan Pengasidan tanah dan air struktur tumbuhan Perubahan komposisi hutan Kemerosotan populasi hidupan akuatik Kemerosotan kepelbagaian biologi (Sumber : Era Hijau, 2002) HALAMAN 7