1. 4 Bidang Kegiatan
Salam..
Ini adalah kegiatan2 asas dlm pembelajaran Seni
1. Menggambar
2. Membuat corak dan rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal kraf Tradisional
fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:11
Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid
terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang
menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi,kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan ini merangkumi
penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan.
Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka
seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:12
ANTARA KEGIATAN BIDANG MENGGAMBAR:
1. Lukisan
2. Catan
3. Kolaj
4. Montaj
5. Cetakan
6. Resis
7. Gosokan
8. Stensilan
9. Percikan
10. Gurisan
11. Capan
12. Mozek
13. Poster
fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:13
Membuat Corak dan Rekaan
Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikan menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada
2. mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dsb. Corak terhasil daripada
pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:15
CORAK TIDAK TERANCANG
1. Pualaman
2. Tiupan
3. Titisan
4. Ikatan dan celupan
5. Renjisan dan percikan
fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:16
CORAK TERANCANG :
1. Lukisan
2. Catan
3. Cetakan
4. Capan
5. Lipatan dan
guntingan
6. Resis
7. Kolaj
8. Kaligrafi
fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:17
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan
seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan
rekaan corak tertentu.
Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang
dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu
proses pembelajaran . Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan
dan lakonan.
fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:19
MEMBENTUK DAN MEMBINA
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk,
ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tesebut murid dapat memahami
lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.
fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:19
Bidang kegiatan membentuk dan membina juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai
bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif
dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.
3. fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:20
BIDANG KEGIATAN MEMBENTUK & MEMBINA
3 DIMENSI MERANGKUMI AKTIVITI SEPERTI :
1. Arca Timbul
2. Assemblaj
3. Mobail
4. Stabail
5. Model
6. Diorama
7. Boneka
8. Topeng
9. Origami
fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:20
Kegiatan membentuk dan membina memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek
sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi
dan makna.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan
dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:22
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Kraf tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja
tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarkat yang diwarisi turun- temurun.
1 Alat domestik 2. Alat permainan
3. Alat pertahanan diri 4. Perhiasan diri
5. Batik 6. Tekat
7. Ukiran 8. Tenunan
9. Anyaman 10. Tembikar
fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:22
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.
Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan,
motif, corak dan hiasan.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan,
proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini
boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
fleurzsa Hantar pada 6-7-2007 22:23
Gambar2 byk tapi tak leh nak upload... my photobucket kena block... nanti la..
4. kitul Hantar pada 10-7-2007 10:47
di mana letaknya wau saya? :D
fleurzsa Hantar pada 13-7-2007 16:37
Reply #15 kitul's post
Kraf tradisional...
Ur wau masih kat atas almari he he he he
kitul Hantar pada 16-7-2007 14:58
kena melukis lagi lee saya... :lol:
fleurzsa Hantar pada 17-4-2008 12:06
bump
Tgh bengkel program bestari ni...kat hotel somewhere in KL... ambil balik nota2 dlm board ni...;P
Muka surat: [1]
Versi Penuh: 4 Bidang Kegiatan
PROGRAM PENGHAYATAAN SENI-
KREATIVITI DAN SENSITIVITI
1. Mukadimah
Pendidikan Seni adalah satu cabang pendidikan yang perlu diterapkan kepada murid-murid.
Ia berperanan memupuk minat dan bakat dalam diri pelajar terhadap keindahan seni itu
sendiri dan hubungkaitnya dengan alam sekeliling. Untuk itu, adalah diharapkan program ini
dapat menghasilkan murid-murid yang kreatif dan sensitif terhadap seni.
2. Matlamat
Pendidikan Seni bertujuan untuk memupuk asas kemahiran seni bagi melahirkan murid
yang harmonis, kreatif dan produktif, peka terhadap nilai seni dalam kehidupan budaya dan
alam sekitar
3. Objektif
3.1 Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar,
mencorak, membina,dan membuat kraf
3.2 Menghubungkaitkan idea-idea dan maklumat melalui kegiatan seni
3.3 Melatih murid membiasakan diri membuat aktiviti seni secara teratur, cermat dan
selamat
3.4 Mengetahui istilah dan laras bahasa seni serta menggunakannya dalam kegiatan
operasi
3.5 Memahami dan menggabungkan pelbagai teknik dalam menghasilkan sesuatu
ciptaan yang kreatif
3.6 Mengamalkan perbincangan dengan guru dan rakan dalam membuat perancangan
5. sesuatu kegiatan seni
4. Sasaran
Semua murid
5. Jangkamasa
Sepanjang tahun
6. Jadual Pelaksanaan
6.1 Masa Pendidikan Seni yang ditetapkan dalam jadual
6.2 Minggu Pendidikan Seni
7. Sumber Kewangan
7.1 Peruntukan sekolah
7.2 Hasil jualan kerja murid
8. Penilaian
8.1 Pertandingan
8.2 Semakan semasa ( guru-guru Pendidikan Seni )
8.3 Pameran
9. Strategi dan Aktiviti
9.1 Tahun 1
9.1.1 Pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berkumpulan
Tunjukcara dari guru dengan menggunakan bahan yang berkaitan dengan
9.1.2
tajuk
9.1.3 Mengadakan pertandingan mewarna di antara kelas
9.1.4 Membuat rekaan dan corak
9.1.5 Lawatan sekitar sekolah - memperkenalkan alam sekeliling
9.1.6 Mempamerkan hasil kerja murid yang terbaik di dalam kelas
9.1.7 Membuat binaan yang mudah dari bahan terbuang
9.1.8 Mengadakan kegiatan melukis dan membuat gambar yang mudah
9.2 Tahun 2
9.2.1 Pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti secara kumpulan
9.2.2 Tunjukcara dari guru
9.2.3 Penilaian
9.2.4 Mengadakan kegiatan melukis dan membuat gambar
9.2.5 Membuat rekaan dan corak
9.2.6 Mengadakan pertandingan antara kelas-kelas
Mengadakan pertandingan sudut Seni untuk mempamerkan hasil kerja
9.2.7
murid
6. Membentuk binaan yang mudah dengan menggunakan bahan-bahan
9.2.8
terbuang
9.2.9 Membuat benda-benda berunsurkan kraf tradisional
9.3 Tahun 3
9.3.1 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dijalankan di dalam
kumpulan
9.3.2 Tunjukcara dan penerangan dari guru menggunakan gambar, model atau
bahan yang sesuai
9.3.3 Penilaian yang berterusan
9.3.4 Mengadakan kegiatan melukis dan membuat gambar
9.3.5 Membuat rekaan dan corak
9.3.6 Menyertai Pertandingan Melukis
9.3.7 Mewujudkan Sudut Seni untuk mempamerkan hasil kerja murid
9.3.8 Mengadakan aktiviti seni yang menggunakan bahan-bahan terbuang
9.4 Tahun 4
9.4.1 Menumpukan dan melatih menguasai kemahiran membuat garisan lurus
tanpa menggunakan pembaris
9.4.2 Memerhati dan memahami kedudukan dan lokasi benda-benda ( objek )
yang terdapat di persekitaran tentang jarak ( jauh / dekat ), warna ( terang /
gelap )
9.4.3 Mewarna gambar dengan warna yang cerah dan gelap supaya dapat
membezakan jarak jauh dan dekat
9.4.5 Mengadakan kegiatan lawatan sambil melukis
9.4.6 Mendedahkan murid dengan semangat dan menilai hasil seni
9.4.7 Membuat penilaian daripada hasil kerja yang berterusan
9.4.8 Mempamer dan membincangkan hasil kerja
9.5 Tahun 5
9.5.1 Mengadakan sudut-sudut seni di dalam kelas
9.5.2 Mengambil bahagian dalam pertandingan seni di peringkat sekolah dan luar
sekolah
9.5.3 Mengadakan pameran hasil kerja murid
7. 9.6 Tahun 6
9.6.1 Mengadakan sudut seni di dalam kelas untuk mempamerkan hasil-hasil
kerja murid
9.6.2 Melukis dan membuat gambar
9.6.2.1 poster
9.6.2.2 pemandangan
9.6.2.3 kulit buku
9.6.2.4 potret
9.6.3 Membuat rekaan dan corak, bermotifkan alam semulajadi dan imaginasi
murid
9.6.3.1 mozek
9.6.3.2 kolaj
9.6.3.3 lipatan guntingan
9.6.3.4 cetakan
9.6.4 Membuat binaan / kraftangan
9.6.4.1 hiasan dinding
9.6.4.2 model haiwan
9.6.4.3 kuda kepang
9.6.4.4 anyaman 3D
9.6.4.5 tembikar