SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  27
Télécharger pour lire hors ligne
PANDUAN PELAKSANAAN
Smart School Qualification Standards:
METODOLOGI PEMANTAUAN
SECARA ‘ON-SITE’ SEKOLAH BESTARI
KANDUNGAN
1.	 PENGENALAN	 	 1
2.	 METODOLOGI PEMANTAUAN	 2
	 2.1	 Persediaan Pemantau	 3
	 2.2	 Penggunaan ICT di Sekolah	 4
	 	 2.2.1	 Strategi	 	 4
	 2.3	 Modal Insan	 	 5
	           2.3.1	 Strategi bagi Guru	 6
	           2.3.2	 Strategi bagi Murid	 6
	           2.3.3	 Strategi bagi Pentabir	 6
	 2.4	 Aplikasi	 	 7
	           2.4.1	 Strategi	 	 7
	           2.4.2	 Penyelesaian Masalah	 8
	 2.5	 Infrastruktur Teknologi	 8
	           2.5.1	 Strategi	 	 8
	 	 	 2.5.1.1	 Keadaan Peralatan dan Kemudahan	
	 	 	 	 P&P Berasaskan ICT	 8
	 	 	 2.5.1.2	 Penyelenggaraan 	 9
	 	 2.5.2	 Penyelesaian Masalah	 9
3.	 PELAPORAN		 	 9
4.	 PENUTUP	 	 	 10
RUJUKAN	 	 	 11
LAMPIRAN	 	 	 11
1. Pengenalan
Metodologi pemantauan secara ‘on-site’ ini adalah bertujuan
untuk memberi garis panduan kepada pemantau yang dilantik oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjalankan pemantauan
penggunaan ICT dengan berkesan supaya sekolah dapat meningkatkan
serta memaksimumkan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah. Tujuan
pembudayaan ICT di sekolah-sekolah bestari adalah untuk menjadikan
sekolah bestari sebagai ‘role-model’ kepada 10,000 sekolah lain yang
ingin menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P),
dan pengurusan sekolah. Pemantauan dijalankan untuk membimbing
dan membantu sekolah mencapai kedudukan 5-bintang dari segi
empat (4) aspek utama, iaitu penggunaan ICT, modal insan, aplikasi
dan juga infrastruktur. Secara keseluruhannya, pemantauan yang baik
dan komprehensif perlu melaksanakan perkara-perkara seperti di dalam
Rajah 1.
Selain yang tercatat di atas, pemantau juga perlu membimbing sekolah
melaksanakan aktiviti seperti latihan pengintegrasian ICT dalam P&P	
bagi guru dan pembinaan bahan-bahan P&P berasaskan ICT.
Rajah 1: Bimbingan untuk peningkatan ICT sekolah
=	 Melaksanakan Pelan Tindakan Sekolah
dalam konteks penggunaan ICT
berkaitan dengan usaha pembudayaan
ICT sekolah,
=	 Menjalankan aktiviti-aktiviti atau
program-program untuk mengatasi
jurang/kelemahan yang dikenal pasti
dalam tinjauan (survey)/situasi semasa,
dan
=	 Mempertahan atau menambahbaik taraf bintang berdasarkan Piawaian
Kelayakan Sekolah Bestari (PKSB) (Smart School Qualification Standards,
SSQS).
2. METODOLOGI PEMANTAUAN
Metodologi pemantauan merangkumi beberapa fasa yang perlu
diambil oleh pemantau seperti yang dikemukaan dalam Rajah 2.
Sebelum lawatan
=	 Melengkapkan diri dengan:
8	memahami dengan mendalam
konsep pembestarian sekolah serta
pembudayaan ICT sekolah
8	mendapat dan memahami semua
maklumat sekolah yang dipantau
daripada KPM
8	memahami kandungan SSQS
=	 Urusan pentadbiran:
8	mendapat surat rasmi daripada KPM
8	memaklumkan kepada Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN)/Pusat Sumber
Pendidikan Negeri (PSPN) dan
bahagian di KPM yang berkenaan
seminggu sebelum lawatan ke
sekolah
8	memaklumkan kepada pengetua/
guru besar seminggu sebelum
lawatan ke sekolah
8	membuat temujanji lebih awal untuk
berjumpa dengan pentadbir sekolah/
Guru Penyelaras Bestari (GPB)/ketua
dan panitia/guru-guru/Jawatankuasa
Pembestarian Sekol��ah
Lawatan seterusnya
=	 Memfokuskan perbincangan kepada 4 komponen SSQS
=	 Menelitikan setiap indikator dalam setiap komponen
SSQS
=	 Mengumpul data ’baseline’ (contoh: infrastruktur, staf yang
telah menghadiri kursus, sebagainya),
=	 Mengenal pasti kelemahan dan jurang (gap) berkaitan
komponen SSQS
=	 Membangun strategi-strategi yang realistik dan
membimbing sekolah untuk mengurang­kan jurang di atas
=	 Memberi bimbingan latihan yang diperlukan secara
’hands-on’ kepada sekolah
Lepas lawatan
sekolah
=	 Membuat
pelaporan
kepada MDeC
=	 Merancang
tindakan
susulan
Lawatan pertama
=	 Berjumpa dengan pengetua/guru
besar
=	 Menerangkan SSQS dan tujuan
pemantauan kepada pentadbir
sekolah/GPB/ketua panitia/guru-
guru/Jawatankuasa Pembestarian
Sekolah
=	 Berbincang tentang perancangan
sekolah sepanjang tahun menge­
nai bahagian perlaksanaan pem­
budayaan ICT sekolah (fokus
kepada 4 komponen SSQS dan
setiap indikatornya)
=	 Membantu sekolah menyediakan
Pelan Tindakan Pembudayaan ICT
Sekolah
Rajah 2: Carta alir fasa metodologi pemantauan secara ‘on-site’
Secara terperinci, tugas pemantau dijelaskan dalam carta alir pemantauan
di Rajah 3.
Rajah 3: Carta alir pemantauan
Membantu
membangun 
membimbing
aktiviti/program
Mengenal pasti jurang
kelemahan komponen
SSQS berkenaan
Mendapat maklumat
setiap komponen SSQS
Menentukan tahap
pencapaian setiap komponen
SSQS – 5 bintang
Memastikan tahap 	
5 bintang dikekalkan
2.1	Persediaan Pemantau
Sebelum menjalankan tugas, pemantau mesti memahami tiga perkara
yang penting:
=	 konsep pembudayaan ICT dan pembestarian sekolah,
=	 dokumen Smart School Qualification Standards (SSQS) dan
=	 program pemantauan (Lampiran 1)
Tumpuan pemantauan berfokus kepada EMPAT komponen dan
indikatornya (Key Performance Indicators, KPI) yang berkait rapat dengan
kedudukan ranking (taraf satu bintang ke lima bintang). Empat komponen
itu terdiri daripada:
=	 Penggunaan ICT di sekolah (pengintegrasian ICT dalam PP dan peng­
urusan),
=	 Modal insan (kemahiran pentadbir dan guru mengintegrasi ICT dalam
pengurusan dan PP, kemahiran ICT murid),
=	 Aplikasi sistem (kandungan PP dan sistem berasaskan ICT), dan
=	 Infrastruktur teknologi (peralatan-peralatan teknologi yang sedia ada).
MULA
Ya
Tidak
Pemantau perlu memberi fokus kepada empat komponen SSQS dengan
meneliti setiap indikator. Kedudukan penggunaan ICT di sekolah perlu
sentiasa ditaksir mengikut SSQS ini. Usaha untuk memastikan setiap
program dan aktiviti yang dirancangkan nanti akan menjurus kepada
pencapaian keempat-empat komponen SSQS.
2.2	Penggunaan ICT di Sekolah
Komponen penggunaan ICT merujuk kepada proses PP dan pengurusan
sekolah. Dalam proses pemantauan penggunaan ICT ini, pemantau perlu
mengenal pasti kekuatan serta kelemahan dalam penggunaan ICT dan
faktor-faktor yang menimbulkannya. Seterusnya, strategi-strategi yang
berasaskan sekolah perla dibina untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
ini untuk meningkatkan penggunaan ICT di sekolah. Amalan-amalan
terbaik penggunaan ICT boleh di dapati di dalam buku panduan amalan
terbaik sekolah bestari.
2.2.1  Strategi
Untuk memantau penggunaan ICT, pemantau digalakkan mengikut tiga
strategi iaitu,
=	 menganalisis dokumen,
=	 mencerap pengajaran guru,
=	 mengadakan interaksi dengan staf sekolah
Rajah 4 menunjukkan strategi tersebut serta senarai semakan bagi proses
peman­tauan penggunaan ICT di sekolah.
Pemantau boleh menggunakan:
=	 senarai semak untuk mengira tempoh penggunaan ICT dalam PP.
Instrumen ini boleh diubahsuai mengikut keperluan sekolah seperti di
Lampiran 2.
=	 senarai semak audit dalaman untuk menentukan status penggunaan
ICT boleh d���������������������������������������������i dapati di Lampiran 3 (bahagian penggunaan).
2.3	Modal Insan
Komponen modal insan melibatkan tiga kumpulan warga sekolah, iaitu
guru, murid dan pentadbir.
Menganalisis dokumen
Pemantau bersama GPB perlu menyemak dokumen-dokumen berikut
untuk menentukan penggunaan ICT dalam PP:
=	 Log penggunaan komputer di semua makmal komputer,
=	 Log peminjaman Liquid Crystal Display (LCD),
=	 Log peminjaman perisian kursus (CD) dan TV Pendidikan (TVP),
=	 Log peminjaman lain-lain peralatan ICT dalam PP (OHP, LCD,
notebook, pengimbas dan printer),
=	 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam buku rekod sekolah,
(guru mencatat jenis ICT dan tempoh masa penggunaannya),
=	 Tugasan pelajar berasaskan ICT, dan
=	 Rekod penggunaan ICT (seperti e-mel, SMS dan sebagainya) untuk
penyebaran maklumat oleh pihak pentadbir.
Interaksi dengan staf sekolah
Pemantau digalakkan berinteraski dengan
warga sekolah tersebut di bawah untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan:
=	 Pentadbir sekolah tentang pembudayaan
ICT dan pengurusan perubahan,
=	 GPB tentang penggunaan Makmal
Komputer di sekolah,
=	 Guru sumber/media tentang penggunaan
bahan ICT (CD KPM/CD TVP/CD lain)
oleh guru dan murid,
=	 GurutentangpenggunaanbahanICT(peng­
gunaanWSMS/LCMS,ModulPembelajaran
Kendiri, tugasan murid) dalam PP,
=	 Guruselepassetiappencerapanpengajaran
untuk membimbing guru meningkatkan
penggunaan ICT dalam PP dengan lebih
berkesan, dan
=	 Murid untuk mendapat maklum balas
mereka tentang penggunaan ICT dalam
PP.
Mencerap pengajaran guru
Pemantau mencerap pengajaran
guru (di Makmal Komputer/Makmal
Sains/Kelas biasa) seberapa kerap
yang boleh semasa lawatan ke
sekolah untuk menentukan:
=	 Penggunaan bahan ICT (CD
KPM/CD TVP/CD lain) dalam
PP,
=	 Pengintegrasian ICT (CD KPM/
CD TVP/LCMS/alternatif) dalam
PP,
=	 Bahan PP berasaskan ICT
(multimedia) yang dibangunkan
oleh guru, dan
=	 Kekerapan penggunaan bahan
ICT dalam PP.
Rajah 4: Strategi dan senarai semakan penggunaan ICT
2.3.1  Strategi bagi Guru
Pemantau perlu mengambil tindakan berikut:
(a)	 Berbincang dengan pihak pentadbir (PK), GPB dan/atau Jawatankuasa
(J/K) perkembangan profesionalisme staf tentang tahap indikator Modal
Insan sekolah yang telah dicapai dan tindakan sewajarnya,
(b)	 Membimbing dan membantu pihak sekolah untuk menyediakan satu
rancangan Latihan Perkembangan Profesional Staf Sekolah sepanjang
tahun untuk meningkatkan ketrampilan penggunaan ICT dalam PP
dan pengurusan di kalangan guru dan pentadbir (staff sokongan dan
jurulatih IT),
(c)	 Memastikan semua guru/pentadbir yang telah menghadiri kursus KPM/
badan lain mesti menjalankan bengkel/kursus perkhidmatan dalaman
di sekolah masing-masing,
(d)	 Menentukan latihan ICT tambahan untuk menambahkan kemahiran
ICT guru dalam PP, dan
(e)	 Memastikan satu laporan disediakan selepas setiap bengkel/latihan
dalaman atau program Perkembangan Profesional Staf Sekolah
diadakan. Kandungan laporan perlu mengandungi maklumat seperti
nama dan jenis bengkel/latihan/program, tempat, tempoh masa, nama
peserta dan ringkasan bengkel/latihan.
2.3.2  Strategi bagi Murid
Pemantau perlu memastikan:
(a)	 Kelas ICT untuk mempertingkatkan kemahiran murid dijalankan,
(b)	 Murid menggunakan ICT seperti Microsoft Word, PowerPoint, CD KPM,
CD TVP, Internet dalam tugasan,
(c)	 Murid menggunakan kemudahan ICT di dalam setiap aspek
pembelajaran,
(d)	 Murid dapat m�������������������������������������������������embuat tugasan secara online atau menggunakan CD.
2.3.3  Strategi bagi Pentabir
Pemantau perlu memastikan:
(a)	 Program pengurusan perubahan (change management programme)
telah dijalankan oleh pentadbir setiap minggu,
(b)	 Pentadbir menyebarkan maklumat kepada semua staf sekolah melalui
e-mel atau komunikasi ICT alternatif setiap hari,
(c)	 Pentadbirmengadakanprogramrakanpintar”Smart-partnership”dengan
komuniti seperti Program Komuniti Sekolah Angkat yang melibatkan
aktiviti ICT, Program Pembangunan Bahan-Bahan PP menggunakan
ICT untuk sekolah-sekolah yang berdekatan dan sebagainya.
Semua strategi tersebut dijalankan seperti yang dirancang untuk
meningkatkan kemahiran ICT staf sekolah berpandukan indikator-indikator
komponen Modal Insan SSQS.
Pemantau boleh menggunakan senarai semakan audit dalaman untuk
menentukan status modal insan seperti di Lampiran 3 (bahagian modal
insan).
2.4	Aplikasi
Komponen aplikasi bertujuan untuk melihat kewujudan pelbagai perisian
aplikasi sama ada atas talian (online) atau luar talian (standalone) di sekolah
supaya penggunaan ICT tidak terhalang dan tiada batasan.
2.4.1  Strategi
Untuk memantau status aplikasi, pemantau perlu menyemak sama ada
perkara berikut wujud:
(a)	 Akses kepada modul-modul sistem pengurusan sekolah dalam Web-
based School Management System (WSMS) atau sistem lain yang
dibekalkan oleh KPM,
(b)	 Akses kepada modul-modul sistem pengurusan pengajaran dan
pembelajaran (LCMS) atau sistem lain yang dibekalkan oleh KPM,
(c)	 Perisian aplikasi untuk menyediakan/menyunting bahan pengajaran
berasas­kan ICT,
(d)	 Perisian kursus/bahan pembelajaran berasaskan ICT,
(e)	 Laman web sekolah yang interaktif, dan
(f)	 Sistem e-mel sekolah ya�������������ng berfungsi.
Pemantau boleh menggunakan instrumen seperti di Lampiran 4 dan 5 untuk
menyemak aplikasi di sekolah.
2.4.2	 Penyelesaian Masalah
Sekiranya sekolah tidak mempunyai aplikasi/sistem maklumat seperti yang
dinyatakan dalam jadual dan borang lampiran yang disertakan, tindakan
menghubungi pihak-pihak berkaitan perlu dilakukan dan direkodkan
untuk tujuan semakan.
2.5	Infrastruktur teknologi
Infrastruktur teknologi merujuk kepada peralatan, kemudahan dan
penyelenggaraan ICT yang terdapat di sekolah, khasnya peralatan ICT
yang dibekalkan oleh KPM. Kesediaan infrastruktur yang mantap dapat
meningkatkan pembudayaan ICT di sekolah.
2.5.1  Strategi
Strategi untuk menyemak status infrastruktur adalah:
=	 Menyemak keadaan peralatan dan kemudahan berasaskan ICT
(berfungsi atau tidak), dan
=	 Menyemak rekod penyelenggaraan peralatan ICT.
2.5.1.1  Keadaan Peralatan dan Kemudahan PP Berasaskan ICT
Pemantau perlu memastikan,
(a)	 peralatan, kemudahan dan rangkaian yang dibekalkan sama ada
berfungsi atau tidak.Antara peralatan yang dipantau adalah komputer
desktop atau komputer riba, projektor LCD, pengimbas (scanner),
skrin, troli dan pelayan (server) dan lain-lain (rujuk Lampiran 6).
(b)	 kemudahan PP berasaskan ICT mengandungi kemudahan fizikal
dan rangkaian. Bagi aspek rangkaian, perkara yang perlu disemak
adalah seperti berikut:
	 (i)	 pengguna dapat mengakses Internet pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja dengan mudah,
	 (ii)	 perkhidmatan rangkaian secara talian (wired) dan tanpa talian
(wireless) boleh diakses di makmal sains, bilik guru, bilik darjah,
makmal komputer, koridor, kantin, sudut pembelajaran, kawasan
rehat murid, pusat sumber, bilik media, pusat akses kendiri dan
pejabat pendtabiran (rujuk Lampiran 7).
(iii)	 peralatan komunikasi ICT seperti ADSL modem, router, switch/
hub, dan kabel UTP/fiber optik dapat berfungsi dengan baik,
dan
	 (iv)	 bilangan gangguan (downtime) yang berlaku dalam seminggu
yang menghalang warga sekolah menggunakan perkhidmatan
rangkaian.
Pemantau boleh menggunakan instrumen seperti di Lampiran 3 untuk
menyemak infrastruktur di sekolah.
2.5.1.2	Penyelenggaraan (maintenance)
Pemantau perlu memastikan,
=	 segala kerosakan dan gangguan yang dialami dilaporkan dengan segera
kepada Centralised Service Desk (CSD) dan akan diambil tindakan
oleh vendor atau KPM.
2.5.2  Penyelesaian masalah
Jika didapati kelemahan dalam aspek peralatan dan jalinan rangkaian,
pemantau boleh membantu pihak sekolah mempercepatkan penyelesaian
masalah ini dengan merujuk terus kepada badan-badan berkenaan
(contoh: JPN, BTPN). Sekiranya sekolah tidak mempunyai infrastruktur
yang diperlukan, tindakan menghubungi pihak-pihak berkaitan perlu
dilakukan dengan segera dan dan direkodkan untuk tujuan semakan.
3. PELAPORAN
Satu laporan bertulis perlu dibuat oleh pemantau bagi setiap lawatan
ke sekolah. Laporan ini diserahkan kepada KPM dan satu salinan diberi
kepada sekolah. Format laporan berfokus kepada empat komponen SSQS.
Bagi setiap komponen berpandukan SSQS, pemantau perlu melaporkan
aspek penting seperti:
(a)	 Tahap penggunaan ICT dalam PP semasa dengan rujukan kepada
kedudukan bintang SSQS
(b)	 Kelemahan penggunaan ICT dalam PP pada bulan semasa
10
(c)	 Strategi-strategi yang dicadangkan untuk meningkatkan penggunaan
ICT dalam PP
(d)	 Tempoh masa untuk mencapai tujuan yang dikehendaki
(e)	 Impak tindakan yang diambil terhadap murid dan guru
Pada lawatan sekolah bulan berikutnya, pemantau perlu menyemak;
(a)	 Sejauh mana strategi-strategi yang dirancang berjalan secara
berkesan
(b)	 Kekangan yang wujud
(c)	 Kelemahan yang timbul
(d)	 Cadangan���������������������������������������������������strategi-strategi lanjut sebagai tindakan susulan
PENUTUP
Panduan yang dicadangkan dalam Metodologi Pemantauan Secara ’On-
Site’ ini perlu digunakan bersama dengan buku-buku panduan yang
berkaitan yang terdapat di dalam program ini seperti Buku Panduan
Mengisi Penilaian SSQS dan Buku Panduan Amalan Terbaik Sekolah
Bestari.
11
RUJUKAN
Malaysia Smart School – Educating hearts and minds. 	
Available – http://www.msc.com.my/smartschool/
MDeC. (2005). Smart School Impact Assessment.
MDeC. (2005). Smart School Roadmap 2005-2020: An Educational
Odyssey.
MDeC. (2007). Smart School Qualification Standards (SSQS).
Mohammed Sani B. Hj. Ibrahim. �����������������������������������(2003). Pembestarian sekolah dalam
era globalisasi: satu pemikiran baru dalam sistem pendidikan Malaysia.
Jurnal BTP, Siri 5, IBSN 1511-5925, m.s. 21-40.
Pembestarian sekolah.
Available – http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/projek/bestari
LAMPIRAN
Lampiran 1	 MDeC. (2007). Monitoring programmes flow-chart
Lampiran 2	 ��������������������������������������������������������Log pelaksanaan piawai kelayakan sekolah bestari (SSQS)
bagi elemen penggunaan ICT
Lampiran 3	 Senarai semakan untuk audit dalaman/Checklist for
internal audit
Lampiran 4	 ����������������������������������������Sistem maklumat yang dibekalkan oleh KPM
Lampiran 5	 Senarai perisian kursus/bahan pembelajaran berasaskan
ICT
Lampiran 6	 �����������������������Bilangan perkakasan ICT
Lampiran 7	 �����������������������Lokasi capaian Internet
Lampiran 8	 Pelan tindakan akademik/Academic action plan
Lampiran 9	 ����������������������������������������Laporan tugasan yang diberi dalam talian
Lampiran 10	 ������������������������������������Laporan penghasilan bahan multimedia
12
LAMPIRAN 1
REPORTS
On-Line
On-Site
THE
TOOLS
Quarterly
Exercise
IMPLEMENTATION
STRUCTURE
STRATEGIES OUTPUT
• Overall and
individual
schools’ star
ranking
• Monthly on-site
monitoring
reports
• School-based
action plans and
strategies
REPORTS
• ICT Enculturisation in schools
• Enhance schools’ Optimisation of ICT provisions
THE
APPROACH
Coach schools to develop and
implement unique school-based
action plans i.e. in-house training
by teachers in integrating ICT in
TL, ICT integration competitions
among students etc.
Monitor the process of ICT
integration by teachers in
Teaching and Learning
Teachers’ Professional
Development Programmes
MDeC/MoE
SMEs from
IPTA
JPN/PPD/PSPN/PKG
(ICT Coordinators)
School ICT Committee
(88 Schools)
MONITORING PROGRAMMES
Broad Objectives:
• To monitor the schools’ implementation
of their action plans
• To ensure activities and programmes
are addressing the gaps/weaknesses
identified in the survey forms
• To maintain and improve the schools’
star ranking performance
KPI Survey
SSQS
Star Ranking
13
LAMPIRAN 2
LOG PELAKSANAAN PIAWAI KELAYAKAN SEKOLAH BESTARI (SSQS)
BAGI ELEMEN PENGGUNAAN ICT
SMK XXXX
BAGI BULAN: __________________ , 2007
NAMA GURU	 :	
MATAPELAJARAN	 :	                
(diajar)
MINGGU (bulatkan) : 1 / 2 / 3 / 4
1.	Status penggunaan perisian kursus dan pengintegrasian ICT bagi setiap kelas yang diajar.
Items KELAS
Jumlah Jam/
Bahan/Tajuk
seminggu
1 Jumlah minit mengguna bahan berasas ICT.*
2 Jumlah minit mengintegrasi perisian kursus dalam
PP
3 Jumlah bahan PP multimedia yang dibina dalam
seminggu.
4 Jumlah minit guru mengguna LCMS atau alternatif
dalam PP seminggu.
5 Jumlah masa (periods) mengguna bahan TV
Pendidikan dlm PP seminggu.
6 Jumlah minit contact hours pelajar-PC seminggu.
7 Bilangan tugasan dibuat oleh pelajar guna LCMS/
alternatif seminggu.**
8 Bilangan tajuk tugasan pembelajaran kendiri
dilengkapkan oleh pelajar seminggu.***
Contoh:
	 ����������� �� ������� �� ���������*      (40 x 2 masa = 80 minit)
	 **    (2 x 1 kelas x 1 minggu = 2 tugasan)
	 ***  (2 tajuk x 2 kelas x 1 minggu = 4 tajuk)
2.	 Kekerapan mengemas kini data dalam WSMS bulan 07: kali.
	     Tarikh:
   Tandatangan Guru
14
LAMPIRAN 3
CHECK LIST FOR INTERNAL AUDIT
DATE:
Utilisation (40%)
No. Indicator Evidence/Location Status Action
1 Usage of ICT-based content
320 minutes/month
2 Teachers integrate courseware
(select and modify relevant
topics from the courseware at
least 320 minutes/month for
each core subject
3 Teachers develop TL
materials – multimedia weekly
4 Usage of LCMS by teacher
320 minutes/monthly
5 Usage of Ed TV – 4 periods a
month
6 Student PC contact hours 320
minutes (any subject)/month
7 Usage of LCMS(student) =/8
assignments/month
8 Students complete =/8 titles
of self-learning modules/month
9 Updates of activities and data
on the relevant modules in
WSMS/daily
15
Human Capital (40%)
No. Indicator Evidence/Location Status Action
1 ICT competency level of IT
Coordinator: Advanced Plus (4-5)
2 ICT competency level of
Technician: Advanced Plus (4-5)
3 Teachers have basic ICT
competency level: Level 5 ( 4.5)
4 Teachers have advanced ICT
competency level: Level 5 ( 3.0)
5 Teachers have advanced plus
competency level in using ICT-
based content in teaching and
learning: Level 5 ( 4.5)
6 Teachers have advanced plus
competency level in integrating
ICT-based content in teaching
and learning: Level 5 ( 4.5)
7 Teachers have advanced plus
competency level in developing
teaching learning materials in a
form of multimedia for teaching
and learning: Level 5 ( 4.5)
8  80% of students have the
knowledge of the ICT-based
content and know how to use
them in learning
9 Frequency of ICT Smart-
partnership program with
community: Weekly
10 Conducted in-house ICT training:
5 trainings
11 Usage of Email: Daily
12 Dissemination of information via
ICT: Daily
13 Conducted change management
programme: Weekly
16
Application (10%)
No. Indicator Evidence/Location Status Action
1  than 8 modules for
management
2  than 3 ICT-based
applications ICT-based
applications beyond Smart
School
3 Management System/Web
Based School Management
System i.e. attendance and
canteen
4 Must have Learning Content
Management System for
teaching and learning
5 Must have the Ministry of
Education courseware and
ICT-based content:  4
6 Schools must have
maintained, updated,
accessible  advanced
interactive website
17
Infrastructure (10%)
No. Indicator Evidence/Location Status Action
1 PC:Student Ratio (1:17)
2 PC/Notebook:Teacher Ratio
(12)
3 Local Area Network, Wide
Area Network, Wireless and
value-added
4 Standard maximum
downtime 2 hours/month
5 Internet accessibility
(Advanced availability and
location)
6 100% of the Teaching of
Mathematics and Science in
English (PPSMI) ICT facilities
in good working condition
7 LCD Projector:Class Ratio
(1:10)
8  4 operational computer
labs
18
LAMPIRAN 4
SISTEM MAKLUMAT YANG DIBEKALKAN OLEH KPM
No. Nama Aplikasi
Sekolah mempunyai
aplikasi ini Catatan
YA TIDAK
1 Sistem Maklumat Murid (SMM)
2 Sistem Maklumat Disiplin Murid (SMDM)
3 Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar
Teknik (SMPPT)
4 Sistem Kemasukan Pelajar Berasrama
Penuh Tingkatan 1 (SST1)
5 Sistem Kemasukan Pelajar Berasrama
Penuh Tingkatan 4 (SST4)
6 Sistem Kemasukan Pelajar Sekolah
Menengah Teknik (SPTV)
7 Sistem Pendaftaran dan Kemasukan
Markah Kerja Kursus UPSR/PMR/SPM
Sistem Pendaftaran UPSR/PMR/SPM
Sistem Percubaan UPSR/PMR/SPM
Sistem Kemasukan Markah Kerja Kursus
PEKA/PAFA/UPSR/PMR
8 Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan
(SMPP)
9 Sistem Pendaftaran Peperiksaan Atas
Talian (SPM)
10 Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
berasaskan Web (WSMS)
– Sila isikan maklumat terperinci pada
lampiran A1
11 Sistem Pengurusan Kandungan
Pembelajaran (LCMS)
12 e-Sistem Pengurusan Kewangan
Bersepadu (Espkp)
13 Sistem Pinjaman Buku Teks (SPBT)
19
LAMPIRAN 5
SENARAI PERISIAN KURSUS/BAHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT
No. Perisian Kursus
Sekolah mempunyai
bahan ini Catatan
YA TIDAK
1 Perisian pembelajaran yang
dibekalkan oleh BTP (CDRI)
2 Perisian pembelajaran yang
dibekalkan oleh BTP [E-Bahan
(atas talian)]
3 Perisian pengajaran yang
dibekalkan oleh PPK (PPSMI)
4 Perisian yang dibekalkan oleh
Bahagian Buku Teks (My CD)
5 Perisian Sekolah Bestari yang
dibekalkan oleh PPK
6 CD Kandungan TV Pendidikan
7 Perisian kursus/bahan pengajaran
berasaskan ICT lain
20
LAMPIRAN 6
BILANGAN PERKAKASAN ICT
Bil.
Komputer
Desktop
Komputer
Notebook
LCD Skrin Troli Scanner
1 Pejabat
Pentadbiran
2 Bilik Guru
3 Asrama
4 Makmal
Sains
5 Bilik Darjah
6 Koridor
7 Makmal
Komputer
8 Pusat Sumber/
Bilik Media
9 Pusat Akses
10 Kantin
11 Kawasan
Rehat
12 Taman
Bacaan
13 Lain-lain
21
LAMPIRAN 7
LOKASI CAPAIAN INTERNET
Bil. Lokasi
Bentuk Rangkaian Capaian Internet
LAN WAN
Tanpa Kabel
(wireless)
Berkabel
(wired)
1 Pejabat
Pentadbiran
2 Bilik Guru
3 Asrama
4 Makmal Sains
5 Bilik Darjah
6 Koridor
7 Makmal Komputer
8 Pusat Sumber/	
Bilik Media
9 Pusat Akses
10 Kantin
11 Kawasan Rehat
12 Taman Bacaan
13 Lain-lain
22
LAMPIRAN 8
CONTOH
ACADEMIC ACTION PLAN – SM XXX
 
Panel:     Science      Month :   June     2007
Utilization of ICT in TL Activities
 
1.	 Name of teacher	 :	 XXX
 
2.	 Date/Day/Time	 :	 11 July 2007 / Wednesday / 7.40am–9.00am
 
3.	 Subject	 :	 Science Form 2: Chapter 5
	 	 	 5.5 Acid and Alkali
 
4.	 Class	 :	 2 Iltizam
 
5.	 ICT use/integration	 :	 Text book (Acid and Alkali), MS Word, 	
	 	 	 MS PowerPoint
 
6.	 Post lesson	 :	 Students surf the courseware to find more	
	 	 	 information about acid and alkali
23
LAMPIRAN 9
NAMA SEKOLAH:  
PENGGUNAAN ICT 200X
LAPORAN TUGASAN YANG DIBERI DALAM TALIAN*
Nama Guru
Tingkatan/
Subjek
Tajuk tugasan
dan
Sistem online
Julai Ogos Sept Okt Nov
Jumlah
waktu
Jumlah
waktu
Jumlah
waktu
Jumlah
waktu
Jumlah
waktu
Jumlah besar
tugasan
mengikut bulan
* Tugasan yang diberi oleh guru dalam Internet/talian (contoh WSMS, LCMS, NiceNet,
SchoolNet,Yahoo messenger, dan lain-lain.) yang diakses oleh pelajar dalam talian untuk
tujuan pengurusan dan PP. Sila selaraskan tajuk tugasan dan sistem dalam rancangan
pengajaran anda.
(Yh @ 2007)
24
LAMPIRAN 10
NAMA SEKOLAH:  
	 PENGGUNAAN ICT 	 LPBM
LAPORAN PENGHASILAN BAHAN MULTIMEDIA*
Nama Guru Subjek Nama Tajuk
Bulan
Julai
(√)
Ogos
(√)
Sept
(√)
Okt
(√)
Nov
(√)
Jumlah besar tajuk
mengikut bulan
* Bahan yang dihasilkan sendiri oleh guru menggunakan PowerPoint dan lain-lain. Sila
nyatakan tajuk bahan dalam rancangan mengajar.
(Yh @ 2007)
25
PenghargaanPENYUMBANG UTAMA
Kementerian Pelajaran Malaysia
Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC), MSC Malaysia
Dr Lee Siew Eng, Universiti Malaya
Ms Low Suan Neo, Konsultan Bebas
En Zolkefli Bahador, Universiti Utara Malaysia
Mr. Joseph Ramanair, Universiti Malaysia Sarawak
Dr Abdul Halim Mohamed, Universiti Utara Malaysia
AHLI-AHLI
Mr. Chi Teck Cheng, Konsultan Bebas
Dr Santhi Raghavan, Open University
Associate Professor Dr Yusup Hashim, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Dr Soubakeavathi Rethinasamy, Universiti Malaysia Sarawak
Associate Professor Dr. Tunku Mohani Tunku Mohtar, Universiti Malaya
Associate Professor Dr. Esther Daniel, Universiti Malaya
Associate Professor Dr. Raja Maznah Raja Hussein, Universiti Malaya
Dr Sabariah Sharif, Universiti Malaysia Sabah
En Abd Samad Hanif, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Dr Mohd Rashid Mohd Saad, Universiti Malaya
Pn Noriza Nayan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tn Hj Ismail Hj Raduan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Encik Mahizer bin Hamzah, Universiti Pendidikan Sultan Idris
En Abdul Razak Idris, Universiti Teknologi Malaysia
En Sulaiman Sarkawi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Associate Professor Khalid Abdullah, Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr Norazman Abdul Majid, Universiti Teknologi Malaysia

Contenu connexe

Tendances

Perancangan strategik pjpk 2017
Perancangan strategik pjpk 2017Perancangan strategik pjpk 2017
Perancangan strategik pjpk 2017
Shidie Luffy
 
Perancangan strategik mped 2014
Perancangan strategik mped 2014Perancangan strategik mped 2014
Perancangan strategik mped 2014
tonotreza
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
wmzuri
 
Kertas makluman untuk pelaksanaan program pro tim
Kertas makluman untuk pelaksanaan program pro timKertas makluman untuk pelaksanaan program pro tim
Kertas makluman untuk pelaksanaan program pro tim
Azlizan Abdul Aziz
 
08042021 ipgm-ppk-mk-01 (manual eoms ipg kpm)
08042021 ipgm-ppk-mk-01 (manual eoms ipg kpm)08042021 ipgm-ppk-mk-01 (manual eoms ipg kpm)
08042021 ipgm-ppk-mk-01 (manual eoms ipg kpm)
Khairull
 
9. instrumen pemantauan ppbpsh2016
9. instrumen pemantauan ppbpsh20169. instrumen pemantauan ppbpsh2016
9. instrumen pemantauan ppbpsh2016
Sanusi Mohd
 
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
Suparman Suparman
 
Laporan btp 2011 pdf
Laporan btp 2011 pdfLaporan btp 2011 pdf
Laporan btp 2011 pdf
karlz016
 

Tendances (18)

Perancangan strategik pjpk 2014
Perancangan strategik pjpk 2014Perancangan strategik pjpk 2014
Perancangan strategik pjpk 2014
 
Perancangan strategik pjpk 2017
Perancangan strategik pjpk 2017Perancangan strategik pjpk 2017
Perancangan strategik pjpk 2017
 
Perancangan strategik mped 2014
Perancangan strategik mped 2014Perancangan strategik mped 2014
Perancangan strategik mped 2014
 
Panduan pelaksanaan mmi
Panduan pelaksanaan mmiPanduan pelaksanaan mmi
Panduan pelaksanaan mmi
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Pelan taktikal ert 2015
Pelan taktikal ert 2015Pelan taktikal ert 2015
Pelan taktikal ert 2015
 
Instrumen pemantauan pra sekolah
Instrumen pemantauan pra sekolahInstrumen pemantauan pra sekolah
Instrumen pemantauan pra sekolah
 
Kertas makluman untuk pelaksanaan program pro tim
Kertas makluman untuk pelaksanaan program pro timKertas makluman untuk pelaksanaan program pro tim
Kertas makluman untuk pelaksanaan program pro tim
 
08042021 ipgm-ppk-mk-01 (manual eoms ipg kpm)
08042021 ipgm-ppk-mk-01 (manual eoms ipg kpm)08042021 ipgm-ppk-mk-01 (manual eoms ipg kpm)
08042021 ipgm-ppk-mk-01 (manual eoms ipg kpm)
 
9. instrumen pemantauan ppbpsh2016
9. instrumen pemantauan ppbpsh20169. instrumen pemantauan ppbpsh2016
9. instrumen pemantauan ppbpsh2016
 
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
 
Fail Meja Ketua Panitia TMK
Fail Meja Ketua Panitia TMKFail Meja Ketua Panitia TMK
Fail Meja Ketua Panitia TMK
 
Fail Meja DGA32 UIKPP
Fail Meja DGA32 UIKPPFail Meja DGA32 UIKPP
Fail Meja DGA32 UIKPP
 
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
 
Pelan strategik rbt 2017 2020
Pelan strategik rbt 2017 2020Pelan strategik rbt 2017 2020
Pelan strategik rbt 2017 2020
 
Fail meja-ketua-panitia
Fail meja-ketua-panitiaFail meja-ketua-panitia
Fail meja-ketua-panitia
 
Perancangan strategik panitia (ert terkini)
Perancangan strategik panitia (ert terkini)Perancangan strategik panitia (ert terkini)
Perancangan strategik panitia (ert terkini)
 
Laporan btp 2011 pdf
Laporan btp 2011 pdfLaporan btp 2011 pdf
Laporan btp 2011 pdf
 

Similaire à Panduan pelaksanaan ssqs

Amalanterbaikpembudayaanict 130705224122-phpapp02
Amalanterbaikpembudayaanict 130705224122-phpapp02Amalanterbaikpembudayaanict 130705224122-phpapp02
Amalanterbaikpembudayaanict 130705224122-phpapp02
En Ayun Ayun
 
Pelan strategik hem 2018-2020
Pelan strategik hem 2018-2020Pelan strategik hem 2018-2020
Pelan strategik hem 2018-2020
Ali Adon
 
Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03
Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03
Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03
Aidah Sumaa
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
juelieyza
 
Plan stategik panitia_sains__2014-2016
Plan stategik panitia_sains__2014-2016Plan stategik panitia_sains__2014-2016
Plan stategik panitia_sains__2014-2016
Ajis Kadir Ajis Kadir
 
Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan dig...
Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan dig...Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan dig...
Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan dig...
Mahesh Hesh
 

Similaire à Panduan pelaksanaan ssqs (20)

Amalan terbaik pembudayaan_ict
Amalan terbaik pembudayaan_ictAmalan terbaik pembudayaan_ict
Amalan terbaik pembudayaan_ict
 
Amalanterbaikpembudayaanict 130705224122-phpapp02
Amalanterbaikpembudayaanict 130705224122-phpapp02Amalanterbaikpembudayaanict 130705224122-phpapp02
Amalanterbaikpembudayaanict 130705224122-phpapp02
 
Penggunaan TMK dalam P&P
Penggunaan TMK dalam P&PPenggunaan TMK dalam P&P
Penggunaan TMK dalam P&P
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikan
 
Fail meja guru penyelaras ict
Fail meja guru penyelaras ictFail meja guru penyelaras ict
Fail meja guru penyelaras ict
 
Pelan strategik hem 2018-2020
Pelan strategik hem 2018-2020Pelan strategik hem 2018-2020
Pelan strategik hem 2018-2020
 
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
 
Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020
 
Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03
Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03
Aidah sumaa persembahan multimedia 2 07-03
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020
 
Plan stategik panitia_sains__2014-2016
Plan stategik panitia_sains__2014-2016Plan stategik panitia_sains__2014-2016
Plan stategik panitia_sains__2014-2016
 
Pelanstrategikskbandarbarubangi
PelanstrategikskbandarbarubangiPelanstrategikskbandarbarubangi
Pelanstrategikskbandarbarubangi
 
ts25.pptx
ts25.pptxts25.pptx
ts25.pptx
 
fail meja-gpb-penyelaras-ict 2020
fail meja-gpb-penyelaras-ict 2020fail meja-gpb-penyelaras-ict 2020
fail meja-gpb-penyelaras-ict 2020
 
Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan dig...
Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan dig...Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan dig...
Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan dig...
 
Panduan urus pusat akses sekolah
Panduan urus pusat akses sekolahPanduan urus pusat akses sekolah
Panduan urus pusat akses sekolah
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
Tugasan 3
Tugasan 3 Tugasan 3
Tugasan 3
 

Plus de Cikgu Syahidon

Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
Cikgu Syahidon
 
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Cikgu Syahidon
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
Cikgu Syahidon
 
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
Cikgu Syahidon
 
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah RendahPentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
Cikgu Syahidon
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg21. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
Cikgu Syahidon
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
Cikgu Syahidon
 
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bombaPindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
Cikgu Syahidon
 
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
Cikgu Syahidon
 
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
Cikgu Syahidon
 

Plus de Cikgu Syahidon (20)

Takwim2017@smaja
Takwim2017@smajaTakwim2017@smaja
Takwim2017@smaja
 
Takwim2017
Takwim2017Takwim2017
Takwim2017
 
Exam@smaja
Exam@smajaExam@smaja
Exam@smaja
 
Info 5 minit PPPM (September 2014)
Info 5 minit PPPM (September 2014)Info 5 minit PPPM (September 2014)
Info 5 minit PPPM (September 2014)
 
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
 
SPS Lite Modul Kehadiran Murid
SPS Lite Modul Kehadiran MuridSPS Lite Modul Kehadiran Murid
SPS Lite Modul Kehadiran Murid
 
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
 
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah RendahPentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
 
Pengurusan evidens
Pengurusan evidens Pengurusan evidens
Pengurusan evidens
 
Overview PBS
Overview PBS Overview PBS
Overview PBS
 
Jadual waktu spm 2013
Jadual waktu spm 2013Jadual waktu spm 2013
Jadual waktu spm 2013
 
1. guru akademik
1. guru akademik1. guru akademik
1. guru akademik
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg21. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
 
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bombaPindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
 
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
 
Brochure kokurikulum SMKJK 2013
Brochure kokurikulum SMKJK 2013Brochure kokurikulum SMKJK 2013
Brochure kokurikulum SMKJK 2013
 
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
 

Panduan pelaksanaan ssqs

  • 1. PANDUAN PELAKSANAAN Smart School Qualification Standards: METODOLOGI PEMANTAUAN SECARA ‘ON-SITE’ SEKOLAH BESTARI
  • 2. KANDUNGAN 1. PENGENALAN 1 2. METODOLOGI PEMANTAUAN 2 2.1 Persediaan Pemantau 3 2.2 Penggunaan ICT di Sekolah 4 2.2.1 Strategi 4 2.3 Modal Insan 5 2.3.1 Strategi bagi Guru 6 2.3.2 Strategi bagi Murid 6 2.3.3 Strategi bagi Pentabir 6 2.4 Aplikasi 7 2.4.1 Strategi 7 2.4.2 Penyelesaian Masalah 8 2.5 Infrastruktur Teknologi 8 2.5.1 Strategi 8 2.5.1.1 Keadaan Peralatan dan Kemudahan P&P Berasaskan ICT 8 2.5.1.2 Penyelenggaraan 9 2.5.2 Penyelesaian Masalah 9 3. PELAPORAN 9 4. PENUTUP 10 RUJUKAN 11 LAMPIRAN 11
  • 3. 1. Pengenalan Metodologi pemantauan secara ‘on-site’ ini adalah bertujuan untuk memberi garis panduan kepada pemantau yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjalankan pemantauan penggunaan ICT dengan berkesan supaya sekolah dapat meningkatkan serta memaksimumkan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah. Tujuan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah bestari adalah untuk menjadikan sekolah bestari sebagai ‘role-model’ kepada 10,000 sekolah lain yang ingin menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan pengurusan sekolah. Pemantauan dijalankan untuk membimbing dan membantu sekolah mencapai kedudukan 5-bintang dari segi empat (4) aspek utama, iaitu penggunaan ICT, modal insan, aplikasi dan juga infrastruktur. Secara keseluruhannya, pemantauan yang baik dan komprehensif perlu melaksanakan perkara-perkara seperti di dalam Rajah 1. Selain yang tercatat di atas, pemantau juga perlu membimbing sekolah melaksanakan aktiviti seperti latihan pengintegrasian ICT dalam P&P bagi guru dan pembinaan bahan-bahan P&P berasaskan ICT. Rajah 1: Bimbingan untuk peningkatan ICT sekolah = Melaksanakan Pelan Tindakan Sekolah dalam konteks penggunaan ICT berkaitan dengan usaha pembudayaan ICT sekolah, = Menjalankan aktiviti-aktiviti atau program-program untuk mengatasi jurang/kelemahan yang dikenal pasti dalam tinjauan (survey)/situasi semasa, dan = Mempertahan atau menambahbaik taraf bintang berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (PKSB) (Smart School Qualification Standards, SSQS).
  • 4. 2. METODOLOGI PEMANTAUAN Metodologi pemantauan merangkumi beberapa fasa yang perlu diambil oleh pemantau seperti yang dikemukaan dalam Rajah 2. Sebelum lawatan = Melengkapkan diri dengan: 8 memahami dengan mendalam konsep pembestarian sekolah serta pembudayaan ICT sekolah 8 mendapat dan memahami semua maklumat sekolah yang dipantau daripada KPM 8 memahami kandungan SSQS = Urusan pentadbiran: 8 mendapat surat rasmi daripada KPM 8 memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan bahagian di KPM yang berkenaan seminggu sebelum lawatan ke sekolah 8 memaklumkan kepada pengetua/ guru besar seminggu sebelum lawatan ke sekolah 8 membuat temujanji lebih awal untuk berjumpa dengan pentadbir sekolah/ Guru Penyelaras Bestari (GPB)/ketua dan panitia/guru-guru/Jawatankuasa Pembestarian Sekol��ah Lawatan seterusnya = Memfokuskan perbincangan kepada 4 komponen SSQS = Menelitikan setiap indikator dalam setiap komponen SSQS = Mengumpul data ’baseline’ (contoh: infrastruktur, staf yang telah menghadiri kursus, sebagainya), = Mengenal pasti kelemahan dan jurang (gap) berkaitan komponen SSQS = Membangun strategi-strategi yang realistik dan membimbing sekolah untuk mengurang­kan jurang di atas = Memberi bimbingan latihan yang diperlukan secara ’hands-on’ kepada sekolah Lepas lawatan sekolah = Membuat pelaporan kepada MDeC = Merancang tindakan susulan Lawatan pertama = Berjumpa dengan pengetua/guru besar = Menerangkan SSQS dan tujuan pemantauan kepada pentadbir sekolah/GPB/ketua panitia/guru- guru/Jawatankuasa Pembestarian Sekolah = Berbincang tentang perancangan sekolah sepanjang tahun menge­ nai bahagian perlaksanaan pem­ budayaan ICT sekolah (fokus kepada 4 komponen SSQS dan setiap indikatornya) = Membantu sekolah menyediakan Pelan Tindakan Pembudayaan ICT Sekolah Rajah 2: Carta alir fasa metodologi pemantauan secara ‘on-site’
  • 5. Secara terperinci, tugas pemantau dijelaskan dalam carta alir pemantauan di Rajah 3. Rajah 3: Carta alir pemantauan Membantu membangun membimbing aktiviti/program Mengenal pasti jurang kelemahan komponen SSQS berkenaan Mendapat maklumat setiap komponen SSQS Menentukan tahap pencapaian setiap komponen SSQS – 5 bintang Memastikan tahap 5 bintang dikekalkan 2.1 Persediaan Pemantau Sebelum menjalankan tugas, pemantau mesti memahami tiga perkara yang penting: = konsep pembudayaan ICT dan pembestarian sekolah, = dokumen Smart School Qualification Standards (SSQS) dan = program pemantauan (Lampiran 1) Tumpuan pemantauan berfokus kepada EMPAT komponen dan indikatornya (Key Performance Indicators, KPI) yang berkait rapat dengan kedudukan ranking (taraf satu bintang ke lima bintang). Empat komponen itu terdiri daripada: = Penggunaan ICT di sekolah (pengintegrasian ICT dalam PP dan peng­ urusan), = Modal insan (kemahiran pentadbir dan guru mengintegrasi ICT dalam pengurusan dan PP, kemahiran ICT murid), = Aplikasi sistem (kandungan PP dan sistem berasaskan ICT), dan = Infrastruktur teknologi (peralatan-peralatan teknologi yang sedia ada). MULA Ya Tidak
  • 6. Pemantau perlu memberi fokus kepada empat komponen SSQS dengan meneliti setiap indikator. Kedudukan penggunaan ICT di sekolah perlu sentiasa ditaksir mengikut SSQS ini. Usaha untuk memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancangkan nanti akan menjurus kepada pencapaian keempat-empat komponen SSQS. 2.2 Penggunaan ICT di Sekolah Komponen penggunaan ICT merujuk kepada proses PP dan pengurusan sekolah. Dalam proses pemantauan penggunaan ICT ini, pemantau perlu mengenal pasti kekuatan serta kelemahan dalam penggunaan ICT dan faktor-faktor yang menimbulkannya. Seterusnya, strategi-strategi yang berasaskan sekolah perla dibina untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini untuk meningkatkan penggunaan ICT di sekolah. Amalan-amalan terbaik penggunaan ICT boleh di dapati di dalam buku panduan amalan terbaik sekolah bestari. 2.2.1 Strategi Untuk memantau penggunaan ICT, pemantau digalakkan mengikut tiga strategi iaitu, = menganalisis dokumen, = mencerap pengajaran guru, = mengadakan interaksi dengan staf sekolah Rajah 4 menunjukkan strategi tersebut serta senarai semakan bagi proses peman­tauan penggunaan ICT di sekolah. Pemantau boleh menggunakan: = senarai semak untuk mengira tempoh penggunaan ICT dalam PP. Instrumen ini boleh diubahsuai mengikut keperluan sekolah seperti di Lampiran 2. = senarai semak audit dalaman untuk menentukan status penggunaan ICT boleh d���������������������������������������������i dapati di Lampiran 3 (bahagian penggunaan).
  • 7. 2.3 Modal Insan Komponen modal insan melibatkan tiga kumpulan warga sekolah, iaitu guru, murid dan pentadbir. Menganalisis dokumen Pemantau bersama GPB perlu menyemak dokumen-dokumen berikut untuk menentukan penggunaan ICT dalam PP: = Log penggunaan komputer di semua makmal komputer, = Log peminjaman Liquid Crystal Display (LCD), = Log peminjaman perisian kursus (CD) dan TV Pendidikan (TVP), = Log peminjaman lain-lain peralatan ICT dalam PP (OHP, LCD, notebook, pengimbas dan printer), = Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam buku rekod sekolah, (guru mencatat jenis ICT dan tempoh masa penggunaannya), = Tugasan pelajar berasaskan ICT, dan = Rekod penggunaan ICT (seperti e-mel, SMS dan sebagainya) untuk penyebaran maklumat oleh pihak pentadbir. Interaksi dengan staf sekolah Pemantau digalakkan berinteraski dengan warga sekolah tersebut di bawah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan: = Pentadbir sekolah tentang pembudayaan ICT dan pengurusan perubahan, = GPB tentang penggunaan Makmal Komputer di sekolah, = Guru sumber/media tentang penggunaan bahan ICT (CD KPM/CD TVP/CD lain) oleh guru dan murid, = GurutentangpenggunaanbahanICT(peng­ gunaanWSMS/LCMS,ModulPembelajaran Kendiri, tugasan murid) dalam PP, = Guruselepassetiappencerapanpengajaran untuk membimbing guru meningkatkan penggunaan ICT dalam PP dengan lebih berkesan, dan = Murid untuk mendapat maklum balas mereka tentang penggunaan ICT dalam PP. Mencerap pengajaran guru Pemantau mencerap pengajaran guru (di Makmal Komputer/Makmal Sains/Kelas biasa) seberapa kerap yang boleh semasa lawatan ke sekolah untuk menentukan: = Penggunaan bahan ICT (CD KPM/CD TVP/CD lain) dalam PP, = Pengintegrasian ICT (CD KPM/ CD TVP/LCMS/alternatif) dalam PP, = Bahan PP berasaskan ICT (multimedia) yang dibangunkan oleh guru, dan = Kekerapan penggunaan bahan ICT dalam PP. Rajah 4: Strategi dan senarai semakan penggunaan ICT
  • 8. 2.3.1 Strategi bagi Guru Pemantau perlu mengambil tindakan berikut: (a) Berbincang dengan pihak pentadbir (PK), GPB dan/atau Jawatankuasa (J/K) perkembangan profesionalisme staf tentang tahap indikator Modal Insan sekolah yang telah dicapai dan tindakan sewajarnya, (b) Membimbing dan membantu pihak sekolah untuk menyediakan satu rancangan Latihan Perkembangan Profesional Staf Sekolah sepanjang tahun untuk meningkatkan ketrampilan penggunaan ICT dalam PP dan pengurusan di kalangan guru dan pentadbir (staff sokongan dan jurulatih IT), (c) Memastikan semua guru/pentadbir yang telah menghadiri kursus KPM/ badan lain mesti menjalankan bengkel/kursus perkhidmatan dalaman di sekolah masing-masing, (d) Menentukan latihan ICT tambahan untuk menambahkan kemahiran ICT guru dalam PP, dan (e) Memastikan satu laporan disediakan selepas setiap bengkel/latihan dalaman atau program Perkembangan Profesional Staf Sekolah diadakan. Kandungan laporan perlu mengandungi maklumat seperti nama dan jenis bengkel/latihan/program, tempat, tempoh masa, nama peserta dan ringkasan bengkel/latihan. 2.3.2 Strategi bagi Murid Pemantau perlu memastikan: (a) Kelas ICT untuk mempertingkatkan kemahiran murid dijalankan, (b) Murid menggunakan ICT seperti Microsoft Word, PowerPoint, CD KPM, CD TVP, Internet dalam tugasan, (c) Murid menggunakan kemudahan ICT di dalam setiap aspek pembelajaran, (d) Murid dapat m�������������������������������������������������embuat tugasan secara online atau menggunakan CD. 2.3.3 Strategi bagi Pentabir Pemantau perlu memastikan: (a) Program pengurusan perubahan (change management programme) telah dijalankan oleh pentadbir setiap minggu,
  • 9. (b) Pentadbir menyebarkan maklumat kepada semua staf sekolah melalui e-mel atau komunikasi ICT alternatif setiap hari, (c) Pentadbirmengadakanprogramrakanpintar”Smart-partnership”dengan komuniti seperti Program Komuniti Sekolah Angkat yang melibatkan aktiviti ICT, Program Pembangunan Bahan-Bahan PP menggunakan ICT untuk sekolah-sekolah yang berdekatan dan sebagainya. Semua strategi tersebut dijalankan seperti yang dirancang untuk meningkatkan kemahiran ICT staf sekolah berpandukan indikator-indikator komponen Modal Insan SSQS. Pemantau boleh menggunakan senarai semakan audit dalaman untuk menentukan status modal insan seperti di Lampiran 3 (bahagian modal insan). 2.4 Aplikasi Komponen aplikasi bertujuan untuk melihat kewujudan pelbagai perisian aplikasi sama ada atas talian (online) atau luar talian (standalone) di sekolah supaya penggunaan ICT tidak terhalang dan tiada batasan. 2.4.1 Strategi Untuk memantau status aplikasi, pemantau perlu menyemak sama ada perkara berikut wujud: (a) Akses kepada modul-modul sistem pengurusan sekolah dalam Web- based School Management System (WSMS) atau sistem lain yang dibekalkan oleh KPM, (b) Akses kepada modul-modul sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran (LCMS) atau sistem lain yang dibekalkan oleh KPM, (c) Perisian aplikasi untuk menyediakan/menyunting bahan pengajaran berasas­kan ICT, (d) Perisian kursus/bahan pembelajaran berasaskan ICT, (e) Laman web sekolah yang interaktif, dan (f) Sistem e-mel sekolah ya�������������ng berfungsi. Pemantau boleh menggunakan instrumen seperti di Lampiran 4 dan 5 untuk menyemak aplikasi di sekolah.
  • 10. 2.4.2 Penyelesaian Masalah Sekiranya sekolah tidak mempunyai aplikasi/sistem maklumat seperti yang dinyatakan dalam jadual dan borang lampiran yang disertakan, tindakan menghubungi pihak-pihak berkaitan perlu dilakukan dan direkodkan untuk tujuan semakan. 2.5 Infrastruktur teknologi Infrastruktur teknologi merujuk kepada peralatan, kemudahan dan penyelenggaraan ICT yang terdapat di sekolah, khasnya peralatan ICT yang dibekalkan oleh KPM. Kesediaan infrastruktur yang mantap dapat meningkatkan pembudayaan ICT di sekolah. 2.5.1 Strategi Strategi untuk menyemak status infrastruktur adalah: = Menyemak keadaan peralatan dan kemudahan berasaskan ICT (berfungsi atau tidak), dan = Menyemak rekod penyelenggaraan peralatan ICT. 2.5.1.1 Keadaan Peralatan dan Kemudahan PP Berasaskan ICT Pemantau perlu memastikan, (a) peralatan, kemudahan dan rangkaian yang dibekalkan sama ada berfungsi atau tidak.Antara peralatan yang dipantau adalah komputer desktop atau komputer riba, projektor LCD, pengimbas (scanner), skrin, troli dan pelayan (server) dan lain-lain (rujuk Lampiran 6). (b) kemudahan PP berasaskan ICT mengandungi kemudahan fizikal dan rangkaian. Bagi aspek rangkaian, perkara yang perlu disemak adalah seperti berikut: (i) pengguna dapat mengakses Internet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan mudah, (ii) perkhidmatan rangkaian secara talian (wired) dan tanpa talian (wireless) boleh diakses di makmal sains, bilik guru, bilik darjah, makmal komputer, koridor, kantin, sudut pembelajaran, kawasan rehat murid, pusat sumber, bilik media, pusat akses kendiri dan pejabat pendtabiran (rujuk Lampiran 7).
  • 11. (iii) peralatan komunikasi ICT seperti ADSL modem, router, switch/ hub, dan kabel UTP/fiber optik dapat berfungsi dengan baik, dan (iv) bilangan gangguan (downtime) yang berlaku dalam seminggu yang menghalang warga sekolah menggunakan perkhidmatan rangkaian. Pemantau boleh menggunakan instrumen seperti di Lampiran 3 untuk menyemak infrastruktur di sekolah. 2.5.1.2 Penyelenggaraan (maintenance) Pemantau perlu memastikan, = segala kerosakan dan gangguan yang dialami dilaporkan dengan segera kepada Centralised Service Desk (CSD) dan akan diambil tindakan oleh vendor atau KPM. 2.5.2 Penyelesaian masalah Jika didapati kelemahan dalam aspek peralatan dan jalinan rangkaian, pemantau boleh membantu pihak sekolah mempercepatkan penyelesaian masalah ini dengan merujuk terus kepada badan-badan berkenaan (contoh: JPN, BTPN). Sekiranya sekolah tidak mempunyai infrastruktur yang diperlukan, tindakan menghubungi pihak-pihak berkaitan perlu dilakukan dengan segera dan dan direkodkan untuk tujuan semakan. 3. PELAPORAN Satu laporan bertulis perlu dibuat oleh pemantau bagi setiap lawatan ke sekolah. Laporan ini diserahkan kepada KPM dan satu salinan diberi kepada sekolah. Format laporan berfokus kepada empat komponen SSQS. Bagi setiap komponen berpandukan SSQS, pemantau perlu melaporkan aspek penting seperti: (a) Tahap penggunaan ICT dalam PP semasa dengan rujukan kepada kedudukan bintang SSQS (b) Kelemahan penggunaan ICT dalam PP pada bulan semasa
  • 12. 10 (c) Strategi-strategi yang dicadangkan untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam PP (d) Tempoh masa untuk mencapai tujuan yang dikehendaki (e) Impak tindakan yang diambil terhadap murid dan guru Pada lawatan sekolah bulan berikutnya, pemantau perlu menyemak; (a) Sejauh mana strategi-strategi yang dirancang berjalan secara berkesan (b) Kekangan yang wujud (c) Kelemahan yang timbul (d) Cadangan���������������������������������������������������strategi-strategi lanjut sebagai tindakan susulan PENUTUP Panduan yang dicadangkan dalam Metodologi Pemantauan Secara ’On- Site’ ini perlu digunakan bersama dengan buku-buku panduan yang berkaitan yang terdapat di dalam program ini seperti Buku Panduan Mengisi Penilaian SSQS dan Buku Panduan Amalan Terbaik Sekolah Bestari.
  • 13. 11 RUJUKAN Malaysia Smart School – Educating hearts and minds. Available – http://www.msc.com.my/smartschool/ MDeC. (2005). Smart School Impact Assessment. MDeC. (2005). Smart School Roadmap 2005-2020: An Educational Odyssey. MDeC. (2007). Smart School Qualification Standards (SSQS). Mohammed Sani B. Hj. Ibrahim. �����������������������������������(2003). Pembestarian sekolah dalam era globalisasi: satu pemikiran baru dalam sistem pendidikan Malaysia. Jurnal BTP, Siri 5, IBSN 1511-5925, m.s. 21-40. Pembestarian sekolah. Available – http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/projek/bestari LAMPIRAN Lampiran 1 MDeC. (2007). Monitoring programmes flow-chart Lampiran 2 ��������������������������������������������������������Log pelaksanaan piawai kelayakan sekolah bestari (SSQS) bagi elemen penggunaan ICT Lampiran 3 Senarai semakan untuk audit dalaman/Checklist for internal audit Lampiran 4 ����������������������������������������Sistem maklumat yang dibekalkan oleh KPM Lampiran 5 Senarai perisian kursus/bahan pembelajaran berasaskan ICT Lampiran 6 �����������������������Bilangan perkakasan ICT Lampiran 7 �����������������������Lokasi capaian Internet Lampiran 8 Pelan tindakan akademik/Academic action plan Lampiran 9 ����������������������������������������Laporan tugasan yang diberi dalam talian Lampiran 10 ������������������������������������Laporan penghasilan bahan multimedia
  • 14. 12 LAMPIRAN 1 REPORTS On-Line On-Site THE TOOLS Quarterly Exercise IMPLEMENTATION STRUCTURE STRATEGIES OUTPUT • Overall and individual schools’ star ranking • Monthly on-site monitoring reports • School-based action plans and strategies REPORTS • ICT Enculturisation in schools • Enhance schools’ Optimisation of ICT provisions THE APPROACH Coach schools to develop and implement unique school-based action plans i.e. in-house training by teachers in integrating ICT in TL, ICT integration competitions among students etc. Monitor the process of ICT integration by teachers in Teaching and Learning Teachers’ Professional Development Programmes MDeC/MoE SMEs from IPTA JPN/PPD/PSPN/PKG (ICT Coordinators) School ICT Committee (88 Schools) MONITORING PROGRAMMES Broad Objectives: • To monitor the schools’ implementation of their action plans • To ensure activities and programmes are addressing the gaps/weaknesses identified in the survey forms • To maintain and improve the schools’ star ranking performance KPI Survey SSQS Star Ranking
  • 15. 13 LAMPIRAN 2 LOG PELAKSANAAN PIAWAI KELAYAKAN SEKOLAH BESTARI (SSQS) BAGI ELEMEN PENGGUNAAN ICT SMK XXXX BAGI BULAN: __________________ , 2007 NAMA GURU : MATAPELAJARAN : (diajar) MINGGU (bulatkan) : 1 / 2 / 3 / 4 1. Status penggunaan perisian kursus dan pengintegrasian ICT bagi setiap kelas yang diajar. Items KELAS Jumlah Jam/ Bahan/Tajuk seminggu 1 Jumlah minit mengguna bahan berasas ICT.* 2 Jumlah minit mengintegrasi perisian kursus dalam PP 3 Jumlah bahan PP multimedia yang dibina dalam seminggu. 4 Jumlah minit guru mengguna LCMS atau alternatif dalam PP seminggu. 5 Jumlah masa (periods) mengguna bahan TV Pendidikan dlm PP seminggu. 6 Jumlah minit contact hours pelajar-PC seminggu. 7 Bilangan tugasan dibuat oleh pelajar guna LCMS/ alternatif seminggu.** 8 Bilangan tajuk tugasan pembelajaran kendiri dilengkapkan oleh pelajar seminggu.*** Contoh: ����������� �� ������� �� ���������* (40 x 2 masa = 80 minit) ** (2 x 1 kelas x 1 minggu = 2 tugasan) *** (2 tajuk x 2 kelas x 1 minggu = 4 tajuk) 2. Kekerapan mengemas kini data dalam WSMS bulan 07: kali. Tarikh: Tandatangan Guru
  • 16. 14 LAMPIRAN 3 CHECK LIST FOR INTERNAL AUDIT DATE: Utilisation (40%) No. Indicator Evidence/Location Status Action 1 Usage of ICT-based content 320 minutes/month 2 Teachers integrate courseware (select and modify relevant topics from the courseware at least 320 minutes/month for each core subject 3 Teachers develop TL materials – multimedia weekly 4 Usage of LCMS by teacher 320 minutes/monthly 5 Usage of Ed TV – 4 periods a month 6 Student PC contact hours 320 minutes (any subject)/month 7 Usage of LCMS(student) =/8 assignments/month 8 Students complete =/8 titles of self-learning modules/month 9 Updates of activities and data on the relevant modules in WSMS/daily
  • 17. 15 Human Capital (40%) No. Indicator Evidence/Location Status Action 1 ICT competency level of IT Coordinator: Advanced Plus (4-5) 2 ICT competency level of Technician: Advanced Plus (4-5) 3 Teachers have basic ICT competency level: Level 5 ( 4.5) 4 Teachers have advanced ICT competency level: Level 5 ( 3.0) 5 Teachers have advanced plus competency level in using ICT- based content in teaching and learning: Level 5 ( 4.5) 6 Teachers have advanced plus competency level in integrating ICT-based content in teaching and learning: Level 5 ( 4.5) 7 Teachers have advanced plus competency level in developing teaching learning materials in a form of multimedia for teaching and learning: Level 5 ( 4.5) 8 80% of students have the knowledge of the ICT-based content and know how to use them in learning 9 Frequency of ICT Smart- partnership program with community: Weekly 10 Conducted in-house ICT training: 5 trainings 11 Usage of Email: Daily 12 Dissemination of information via ICT: Daily 13 Conducted change management programme: Weekly
  • 18. 16 Application (10%) No. Indicator Evidence/Location Status Action 1 than 8 modules for management 2 than 3 ICT-based applications ICT-based applications beyond Smart School 3 Management System/Web Based School Management System i.e. attendance and canteen 4 Must have Learning Content Management System for teaching and learning 5 Must have the Ministry of Education courseware and ICT-based content: 4 6 Schools must have maintained, updated, accessible advanced interactive website
  • 19. 17 Infrastructure (10%) No. Indicator Evidence/Location Status Action 1 PC:Student Ratio (1:17) 2 PC/Notebook:Teacher Ratio (12) 3 Local Area Network, Wide Area Network, Wireless and value-added 4 Standard maximum downtime 2 hours/month 5 Internet accessibility (Advanced availability and location) 6 100% of the Teaching of Mathematics and Science in English (PPSMI) ICT facilities in good working condition 7 LCD Projector:Class Ratio (1:10) 8 4 operational computer labs
  • 20. 18 LAMPIRAN 4 SISTEM MAKLUMAT YANG DIBEKALKAN OLEH KPM No. Nama Aplikasi Sekolah mempunyai aplikasi ini Catatan YA TIDAK 1 Sistem Maklumat Murid (SMM) 2 Sistem Maklumat Disiplin Murid (SMDM) 3 Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar Teknik (SMPPT) 4 Sistem Kemasukan Pelajar Berasrama Penuh Tingkatan 1 (SST1) 5 Sistem Kemasukan Pelajar Berasrama Penuh Tingkatan 4 (SST4) 6 Sistem Kemasukan Pelajar Sekolah Menengah Teknik (SPTV) 7 Sistem Pendaftaran dan Kemasukan Markah Kerja Kursus UPSR/PMR/SPM Sistem Pendaftaran UPSR/PMR/SPM Sistem Percubaan UPSR/PMR/SPM Sistem Kemasukan Markah Kerja Kursus PEKA/PAFA/UPSR/PMR 8 Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (SMPP) 9 Sistem Pendaftaran Peperiksaan Atas Talian (SPM) 10 Sistem Pengurusan Sekolah Bestari berasaskan Web (WSMS) – Sila isikan maklumat terperinci pada lampiran A1 11 Sistem Pengurusan Kandungan Pembelajaran (LCMS) 12 e-Sistem Pengurusan Kewangan Bersepadu (Espkp) 13 Sistem Pinjaman Buku Teks (SPBT)
  • 21. 19 LAMPIRAN 5 SENARAI PERISIAN KURSUS/BAHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT No. Perisian Kursus Sekolah mempunyai bahan ini Catatan YA TIDAK 1 Perisian pembelajaran yang dibekalkan oleh BTP (CDRI) 2 Perisian pembelajaran yang dibekalkan oleh BTP [E-Bahan (atas talian)] 3 Perisian pengajaran yang dibekalkan oleh PPK (PPSMI) 4 Perisian yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks (My CD) 5 Perisian Sekolah Bestari yang dibekalkan oleh PPK 6 CD Kandungan TV Pendidikan 7 Perisian kursus/bahan pengajaran berasaskan ICT lain
  • 22. 20 LAMPIRAN 6 BILANGAN PERKAKASAN ICT Bil. Komputer Desktop Komputer Notebook LCD Skrin Troli Scanner 1 Pejabat Pentadbiran 2 Bilik Guru 3 Asrama 4 Makmal Sains 5 Bilik Darjah 6 Koridor 7 Makmal Komputer 8 Pusat Sumber/ Bilik Media 9 Pusat Akses 10 Kantin 11 Kawasan Rehat 12 Taman Bacaan 13 Lain-lain
  • 23. 21 LAMPIRAN 7 LOKASI CAPAIAN INTERNET Bil. Lokasi Bentuk Rangkaian Capaian Internet LAN WAN Tanpa Kabel (wireless) Berkabel (wired) 1 Pejabat Pentadbiran 2 Bilik Guru 3 Asrama 4 Makmal Sains 5 Bilik Darjah 6 Koridor 7 Makmal Komputer 8 Pusat Sumber/ Bilik Media 9 Pusat Akses 10 Kantin 11 Kawasan Rehat 12 Taman Bacaan 13 Lain-lain
  • 24. 22 LAMPIRAN 8 CONTOH ACADEMIC ACTION PLAN – SM XXX   Panel:     Science      Month :   June     2007 Utilization of ICT in TL Activities   1. Name of teacher : XXX   2. Date/Day/Time : 11 July 2007 / Wednesday / 7.40am–9.00am   3. Subject : Science Form 2: Chapter 5 5.5 Acid and Alkali   4. Class : 2 Iltizam   5. ICT use/integration : Text book (Acid and Alkali), MS Word, MS PowerPoint   6. Post lesson : Students surf the courseware to find more information about acid and alkali
  • 25. 23 LAMPIRAN 9 NAMA SEKOLAH: PENGGUNAAN ICT 200X LAPORAN TUGASAN YANG DIBERI DALAM TALIAN* Nama Guru Tingkatan/ Subjek Tajuk tugasan dan Sistem online Julai Ogos Sept Okt Nov Jumlah waktu Jumlah waktu Jumlah waktu Jumlah waktu Jumlah waktu Jumlah besar tugasan mengikut bulan * Tugasan yang diberi oleh guru dalam Internet/talian (contoh WSMS, LCMS, NiceNet, SchoolNet,Yahoo messenger, dan lain-lain.) yang diakses oleh pelajar dalam talian untuk tujuan pengurusan dan PP. Sila selaraskan tajuk tugasan dan sistem dalam rancangan pengajaran anda. (Yh @ 2007)
  • 26. 24 LAMPIRAN 10 NAMA SEKOLAH: PENGGUNAAN ICT LPBM LAPORAN PENGHASILAN BAHAN MULTIMEDIA* Nama Guru Subjek Nama Tajuk Bulan Julai (√) Ogos (√) Sept (√) Okt (√) Nov (√) Jumlah besar tajuk mengikut bulan * Bahan yang dihasilkan sendiri oleh guru menggunakan PowerPoint dan lain-lain. Sila nyatakan tajuk bahan dalam rancangan mengajar. (Yh @ 2007)
  • 27. 25 PenghargaanPENYUMBANG UTAMA Kementerian Pelajaran Malaysia Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC), MSC Malaysia Dr Lee Siew Eng, Universiti Malaya Ms Low Suan Neo, Konsultan Bebas En Zolkefli Bahador, Universiti Utara Malaysia Mr. Joseph Ramanair, Universiti Malaysia Sarawak Dr Abdul Halim Mohamed, Universiti Utara Malaysia AHLI-AHLI Mr. Chi Teck Cheng, Konsultan Bebas Dr Santhi Raghavan, Open University Associate Professor Dr Yusup Hashim, Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Soubakeavathi Rethinasamy, Universiti Malaysia Sarawak Associate Professor Dr. Tunku Mohani Tunku Mohtar, Universiti Malaya Associate Professor Dr. Esther Daniel, Universiti Malaya Associate Professor Dr. Raja Maznah Raja Hussein, Universiti Malaya Dr Sabariah Sharif, Universiti Malaysia Sabah En Abd Samad Hanif, Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Mohd Rashid Mohd Saad, Universiti Malaya Pn Noriza Nayan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tn Hj Ismail Hj Raduan, Universiti Kebangsaan Malaysia Encik Mahizer bin Hamzah, Universiti Pendidikan Sultan Idris En Abdul Razak Idris, Universiti Teknologi Malaysia En Sulaiman Sarkawi, Universiti Pendidikan Sultan Idris Associate Professor Khalid Abdullah, Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Norazman Abdul Majid, Universiti Teknologi Malaysia