SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  3
CONTOH KARANGAN 1
Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum
namun hidup rukun damai sejak kemerdekaannya 52 tahun lalu. Inilah yang menjadi
resepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang prihatin,
di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian ini.
Di antara kepentingan memelihara perpaduan kaum ialah untuk mewujudkan suasana
kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling menghormati dan
memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang perasaan negatif seperti
hasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin erat
bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara.
Sebagai contoh, setelah melewati setengah abad negara Malaysia mencapai
kemerdekaan, telah banyak perubahan positif yang berlaku. Malah negara
malaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah negara membangun.
Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan.
Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang meningkatkan taraf
hidup. Semua pihak dapat berganding bahu memikul tugas masing-masing tanpa
sebarang perasaan syak wasangka. Hasilnya, negara kita akan membangun dengan
stabil merangkumi segenak aspek kehidupan. Pembangunan pesat negara kita
setanding dengan negara-negara maju di dunia.
Menyedari kepentingan perpaduan kaum maka beberapa langkah yang efisien perlu
dijalankan bagi mengekalkannya. Antara lain, kerajaan telah mewujudkan Sekolah
Wawasan. Konsep sekolah wawasan ini adalah untuk memelihara perpaduan kaum yang
dipupuk sejak awal lagi iaitu dalam kalangan kanak-kanak. Institusi pendidikan dengan
corak perpaduan kaum ini membantu masyarakat untuk saling mengenali dan
menghormati kebudayaan serta adat resam kaum-kaum yang lain. Hal ini secara
tuntasnya menjamin kestabilan negara dengan adanya hubungan yang erat di
antara kaum.
Selain itu, kemakmuran negara yang wujud dengan resepi perpaduan ini juga adalah hasil
daripada matlamat misi dan visi negara. Sebagai contoh, kerajaan melancarkan Dasar
Ekonomi baru dan Wawasan 2020. Cetusan visi para pemimpin ini menyemarakkan lagi
usaha mengekalkan perpaduan kaum. Ini jelas dibuktikan dengan konsep keadilan dari
segi memperolehi kekayaan. Semua kaum berpeluang menceburi bidang ekonomi
mengikut kemahiran dan usaha masing-masing. Kesannya, kestabilan dari segi
ekonomi turut memperkembangkan kemajuan negara sehingga menjadi contoh
kepada negara jiran iaitu Indonesia.
Kesimpulannya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat bergantung pada
hubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Perumpaan; ‘bersatu teguh, bercerai
roboh’ begitu sinonim dengan usaha mengekalkan perpaduan kaum demi kesejahteraan
hidup .
KARANGAN MODEL 2
Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang
paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia
wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai
langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.
Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah
untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia
yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi
kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.
Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapat
mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara
iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa
keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.
Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan
negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatupadu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi
ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada
hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa.
Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan
mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan
dan rakyat menderita kemiskinan.
Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka pelbagai
usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak
dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini,
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1
Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian
sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.
Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab
masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi
menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu.
Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat
menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama
rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi
media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita
nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.
Tuntasnya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang
sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila
masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja
setelah hampir 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.
PANDUAN:
Tulisan yang digaris = ISI, italic = Huraian + Contoh, Bold = Contoh/Fakta/Bukti.

Contenu connexe

Tendances

Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuJANGAN TINGGAL DAKU
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3Umizah Khamis
 
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduanCara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduangoogle
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahFez Na
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Yfook Ng
 
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Jeya Kumar
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Thanushah Soniyasee
 
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Ujian Bertutur  Bahasa MelayuUjian Bertutur  Bahasa Melayu
Ujian Bertutur Bahasa MelayuNur Syafika
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Thanushah Soniyasee
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2Fitriah Gi Kwang
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutanNinie Aziz
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukkyoryo
 
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...NurZahidah22
 

Tendances (20)

Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduanCara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
 
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Ujian Bertutur  Bahasa MelayuUjian Bertutur  Bahasa Melayu
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
 
Kata ganda penuh
Kata ganda penuhKata ganda penuh
Kata ganda penuh
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
 
Perpaduan kaum
Perpaduan kaumPerpaduan kaum
Perpaduan kaum
 
Gerakan islah
Gerakan islahGerakan islah
Gerakan islah
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan penduduk
 
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
 

En vedette

Dalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysiaDalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysiaLina Abu Bakar
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Maliza Mah
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf BaruCabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf BaruTinagaran Magisparan
 
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )cikguwanida
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisSyazwani Mohd
 
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMILCONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMILlogaraja
 

En vedette (7)

Dalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysiaDalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysia
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf BaruCabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
 
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
 
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMILCONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
 

Similaire à 26499208 contoh-karangan-1

CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA Pushpanantini Iswaran
 
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaPerpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaShazira Yazik
 
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuSpm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuディー アン
 
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptxKelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptxrifasabila
 
Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisJamilah Abd Halim
 
ppt raull teori pembangunan.pptx
ppt raull teori pembangunan.pptxppt raull teori pembangunan.pptx
ppt raull teori pembangunan.pptxRaulGonzalez98900
 
Dinamika 1 malaysia
Dinamika 1 malaysiaDinamika 1 malaysia
Dinamika 1 malaysiasitinurhanna
 
Politik Dan Strategi Pembangunan Nasional Jokowi - JK
Politik Dan Strategi Pembangunan Nasional Jokowi - JKPolitik Dan Strategi Pembangunan Nasional Jokowi - JK
Politik Dan Strategi Pembangunan Nasional Jokowi - JKYayu Ferdian
 
Startegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara maju
Startegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara majuStartegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara maju
Startegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara majuadinsaputra1
 
Membangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan Pancasila
Membangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan PancasilaMembangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan Pancasila
Membangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan Pancasilamusniumar
 
Musni Umar di Kabupaten Berau, Membangun Wawasan Kebangsaan Mengimplementasik...
Musni Umar di Kabupaten Berau, Membangun Wawasan Kebangsaan Mengimplementasik...Musni Umar di Kabupaten Berau, Membangun Wawasan Kebangsaan Mengimplementasik...
Musni Umar di Kabupaten Berau, Membangun Wawasan Kebangsaan Mengimplementasik...musniumar
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaanwk_aiman
 

Similaire à 26499208 contoh-karangan-1 (20)

CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
 
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaPerpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
 
Agenda dalam sistem ekonomi indonesia
Agenda dalam sistem ekonomi indonesiaAgenda dalam sistem ekonomi indonesia
Agenda dalam sistem ekonomi indonesia
 
1 malaysiabooklet
1 malaysiabooklet1 malaysiabooklet
1 malaysiabooklet
 
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuSpm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
 
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptxKelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
 
Buku jingga
Buku jinggaBuku jingga
Buku jingga
 
A
AA
A
 
Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakis
 
1 malaysia b
1 malaysia b1 malaysia b
1 malaysia b
 
ppt raull teori pembangunan.pptx
ppt raull teori pembangunan.pptxppt raull teori pembangunan.pptx
ppt raull teori pembangunan.pptx
 
Dinamika 1 malaysia
Dinamika 1 malaysiaDinamika 1 malaysia
Dinamika 1 malaysia
 
Politik Dan Strategi Pembangunan Nasional Jokowi - JK
Politik Dan Strategi Pembangunan Nasional Jokowi - JKPolitik Dan Strategi Pembangunan Nasional Jokowi - JK
Politik Dan Strategi Pembangunan Nasional Jokowi - JK
 
GEOGRAFI
GEOGRAFIGEOGRAFI
GEOGRAFI
 
Startegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara maju
Startegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara majuStartegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara maju
Startegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara maju
 
Kump7
Kump7Kump7
Kump7
 
Membangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan Pancasila
Membangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan PancasilaMembangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan Pancasila
Membangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan Pancasila
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysia
 
Musni Umar di Kabupaten Berau, Membangun Wawasan Kebangsaan Mengimplementasik...
Musni Umar di Kabupaten Berau, Membangun Wawasan Kebangsaan Mengimplementasik...Musni Umar di Kabupaten Berau, Membangun Wawasan Kebangsaan Mengimplementasik...
Musni Umar di Kabupaten Berau, Membangun Wawasan Kebangsaan Mengimplementasik...
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan
 

Plus de Kementerian Pelajaran Malaysia (17)

Rph seni,,,,2015
Rph seni,,,,2015Rph seni,,,,2015
Rph seni,,,,2015
 
Minit mesyuarat pengurusan hal ehwal murid kali ke 1
Minit mesyuarat pengurusan hal ehwal murid kali ke 1Minit mesyuarat pengurusan hal ehwal murid kali ke 1
Minit mesyuarat pengurusan hal ehwal murid kali ke 1
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Apom balik
Apom balikApom balik
Apom balik
 
Tugas harian2
Tugas harian2Tugas harian2
Tugas harian2
 
Jadual tugas
Jadual tugasJadual tugas
Jadual tugas
 
Laporan orientasi program pembangunan guru baharu
Laporan orientasi program pembangunan guru baharuLaporan orientasi program pembangunan guru baharu
Laporan orientasi program pembangunan guru baharu
 
06 pengenalan
06 pengenalan06 pengenalan
06 pengenalan
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
51657850 amali-1
51657850 amali-151657850 amali-1
51657850 amali-1
 
Gambar rantai makanan
Gambar rantai makananGambar rantai makanan
Gambar rantai makanan
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Lembarankerjasainstahun5 110623194736-phpapp01
Lembarankerjasainstahun5 110623194736-phpapp01Lembarankerjasainstahun5 110623194736-phpapp01
Lembarankerjasainstahun5 110623194736-phpapp01
 
Gambar rantai makanan
Gambar rantai makananGambar rantai makanan
Gambar rantai makanan
 
Jenis jenis stok dan buku rekod
Jenis jenis stok dan buku rekodJenis jenis stok dan buku rekod
Jenis jenis stok dan buku rekod
 
Bentuk kurikulum
Bentuk kurikulumBentuk kurikulum
Bentuk kurikulum
 

26499208 contoh-karangan-1

  • 1. CONTOH KARANGAN 1 Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum namun hidup rukun damai sejak kemerdekaannya 52 tahun lalu. Inilah yang menjadi resepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang prihatin, di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian ini. Di antara kepentingan memelihara perpaduan kaum ialah untuk mewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang perasaan negatif seperti hasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara. Sebagai contoh, setelah melewati setengah abad negara Malaysia mencapai kemerdekaan, telah banyak perubahan positif yang berlaku. Malah negara malaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah negara membangun. Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan. Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang meningkatkan taraf hidup. Semua pihak dapat berganding bahu memikul tugas masing-masing tanpa sebarang perasaan syak wasangka. Hasilnya, negara kita akan membangun dengan stabil merangkumi segenak aspek kehidupan. Pembangunan pesat negara kita setanding dengan negara-negara maju di dunia. Menyedari kepentingan perpaduan kaum maka beberapa langkah yang efisien perlu dijalankan bagi mengekalkannya. Antara lain, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan. Konsep sekolah wawasan ini adalah untuk memelihara perpaduan kaum yang dipupuk sejak awal lagi iaitu dalam kalangan kanak-kanak. Institusi pendidikan dengan corak perpaduan kaum ini membantu masyarakat untuk saling mengenali dan menghormati kebudayaan serta adat resam kaum-kaum yang lain. Hal ini secara tuntasnya menjamin kestabilan negara dengan adanya hubungan yang erat di antara kaum. Selain itu, kemakmuran negara yang wujud dengan resepi perpaduan ini juga adalah hasil daripada matlamat misi dan visi negara. Sebagai contoh, kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi baru dan Wawasan 2020. Cetusan visi para pemimpin ini menyemarakkan lagi usaha mengekalkan perpaduan kaum. Ini jelas dibuktikan dengan konsep keadilan dari segi memperolehi kekayaan. Semua kaum berpeluang menceburi bidang ekonomi mengikut kemahiran dan usaha masing-masing. Kesannya, kestabilan dari segi ekonomi turut memperkembangkan kemajuan negara sehingga menjadi contoh kepada negara jiran iaitu Indonesia. Kesimpulannya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat bergantung pada hubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Perumpaan; ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ begitu sinonim dengan usaha mengekalkan perpaduan kaum demi kesejahteraan hidup .
  • 2. KARANGAN MODEL 2 Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan. Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan. Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatupadu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan. Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka pelbagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu. Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara. Tuntasnya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.
  • 3. PANDUAN: Tulisan yang digaris = ISI, italic = Huraian + Contoh, Bold = Contoh/Fakta/Bukti.