SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  3
Télécharger pour lire hors ligne
1
CONTOH KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN
Nama dan Alamat Sekolah:
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR AKAR JALAN TENGKU MUHAMMAD 25050
KUANTAN, PAHANG.
Nama Pengkaji:
SALMIAH BT. SIDEK
Tajuk Kajian
MEMPERKAYA KOSA KATA PELAJAR TINGKATAN 4 BESTARI DENGAN
MENGGUNAKAN PROGRAM SEHARI SELEMBAR BENANG DAN PROGRAM 2004.
1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Sewaktu saya menanda karangan pelajar Tingkatan 4 Bestari, saya rasa sungguh terkejut kerana
saya dapati walaupun mereka telah berada di menengah atas, tahap penguasaan kosa kata di
kalangan pelajar ini sungguh terhadap. Isi yang ditulis juga tidak berkembang. Selain itu, masih ramai
pelajar yang melakukan kesilapan ejaan. Banyak ayat tergantung dibina oleh pelajar. Mereka
menggunakan perkataan yang biasa mereka gunakan dan berulang-ulang apabila ingin
menghuraikan tentang sesuatu perkara. Dalam ujian Topikal 1 iaitu soalan 2 yang hanya meminta
pelajar menulis ayat berasaskan perkataan yang diberi, saya dapati 37% daripada jumlah pelajar dari
kelas ini tidak menjawab soalan ini. Apabila saya tanyakan kepada para pelajar tentang keadaan ini,
jawapan yang diberikan oleh mereka mudah sahaja iaitu "cikgu tak ajar pun perkataan tu...". Ada juga
di kalangan pelajar yang menanyakan kepada saya markah bagi bahagiab membina ayat itu. Saya
lihat seolah-olah mereka telah patah semangat untuk memahami dan memperkaya kosa kata
mereka. Apabila saya tanyakan kepada mereka, jawapan yang mereka berikan ialah "terlalu banyak
perkataan baru... susah untuk kami faham maksudnya." Saya menyedari ramai di kalangan pelajar
bukan Melayu di kelas ini mempunyai asas bahasa yang agak lemah.
Perlukah saya ajar semua kosa kata yang terdapat dalam Kamus Dewan untuk memperkaya kosa
kata pelajar? Adakah cara saya mengajarselama ini dapat membantu pelajar menambah kosa kata
mereka? Aapakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar memperkaya kosa kata
mereka? Mampukah saya menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar saya?
Apabila saya bincangkan perkara ini dengan rakan-rakan dalam mesyuarat panitia, ada guru
mengatakan yang pelajar hari ini malas membaca dan suka disuapkan apa-apa sahaja ilmu yang
diperlukan untuk membolehkan mereka cemerlang apabila menjawab soalan. Namun begitu, apakah
tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini?
Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai
pelajar yang mempunyai kosa kata yang amat terhad. Saya berpendapat lemahnya penguasaan kosa
kata di kalangan mereka ialah disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan terhadap pentingnya
aspek kosa kata yang saya berikan sama ada semasa proses P&P atau aktiviti sampingan di luar bilik
darjah. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada pengabaian guru termasuklah saya
terhadap kepentingan penguasaan kosa kata. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya
pasti pelajar kelas ini tidak dapat menjawab dengan baik soalan karangan dan juga soalan membina
ayat bagi kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan nilai GNP sekolah saya.
2. Fokus Kajian
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan
fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata. Pelajar saya mempunyai kosa kata yang
sangat terhad. Mereka hanya mampu menggunakan perkataan yang biasa mereka temui dan
gunakan semasa di sekolah rendah. Mereka melakukan banyak kesilapan apabila menulis ayat.
Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:
• Kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat.
• Pelajar menggunakan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat menjadikan ayat itu tidak
gramatis.
• Pelajar tidak menjawab soalan bina ayat kerana tidak faham maksud perkataan yang diberi.
2
Dengan membantu pelajar memperkaya kosa kata, saya yakin pelajar boleh membina ayat yang
tepat, jelas dan gramatis. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan
baik dalam Kertas Bahasa Melayu SPM. Keadaan ini juga pasti akan meningkatkan nilai GNP
sekolah saya.
3. Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:
i. Objektif Umum
Meningkatkan nilai GNP sekolah dengan peningkatan peratus kelulusan Bahasa Melayu.
ii. Objektif Khusus
• Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami oleh para pelajar.
• Meningkatkan keupayaan mengaplikasi perkataan baru dalam ayat yang dibina oleh pelajar
• Membantu pelajar mengusai kemahiran belajar dengan merujuk kamus bagi meningkatkan
pengusaan kosa kata mereka
• Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang cemerlang bagi bahasa dalam
penulisan karangan.
4. Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 4 Bestari yang terdiri daripada 10 orang pelajar
Melayu, 2 orang pelajar India dan 18 orang pelajar Cina.
5. Tindakan Yang Dicadangkan
5.1. Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti
akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan
dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:
Ujian khas membina ayat berasaskan perkataan yang diberi bagi menganalisis kelemahan
penguasaan kosa kata.
Latihan karangan pelajar bagi mengesan kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat
penggunaan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat.
Ujian Lisan Berasaskan Sekolah bagi mengesan penguasaan kosa kata pelajar.
5.2 Program " Sehari Selembar Benang"
Cara Pelaksanaan:
i. Guru mengumumkan sepatah perkataan sehari berserta definisi dan contoh ayat dalam
perhimpunan pagi.
ii. Pelajar mencatat dalam buku catatan khas.
iii. Guru menampal perkataan pada papan kenyataan.
iv. Guru meminta pelajar mengaplikasikan penggunaan perkataan dalam karangan yang ditulis - 2
minggu sekali.
v. Guru menganalisis karangan pelajar.
5.3 Program 200-4 (200 perkataan dalam tempoh 4 minggu)
Cara Pelaksanaan
i. Guru meminta pelajar mencatat perkataan sukar daripada teks yang dibaca serta mencatat
perkataan tersebut dalam buku catatan.
ii. Pelajar merujuk kamus untuk mengetahui maksud dan mencatatkannya dalam buku catatan.
iii. Pelajar membina ayat berasaskan perkataan yang dicari maksud
iv. Selepas 4 minggu guru menggabungkan semua perkataan yang dikumpul oleh 30 orang pelajar
serta mencetakkannya untuk diedarkan kepada semua pelajar.
3
v. Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar dengan mengadakan ujian khas
Aktiviti-aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal.
6. Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 5 Februari, 2004
2. Menulis proposal Kajian 13 Februari, 2004
3. Merancang Tindakan - (individu / panitia) 18 Februari, 2004
4. Melaksanakan tindakan - aktiviti 1 23 Februari, 2004
5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
(dalam panitia)
27 Februari, 2004
6. Melaksanakan tindakan - aktiviti 2 5 Mac, 2004
7. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 5 Februari, 2004
8. Menulis proposal Kajian 13 Februari, 2004
9. Merancang Tindakan - (individu / panitia) 18 Februari, 2004
10. Melaksanakan tindakan - aktiviti 1 23 Februari, 2004
11. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
(dalam panitia)
27 Februari, 2004
12. Melaksanakan tindakan - aktiviti 2 2 Mac, 2004
13. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2
(dalam panitia)
8 Mac, 2004
14. Melaksanakan tindakan - aktiviti 3 10 Mac, 2004
15. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3
(dalam panitia)
12 Mac, 2004
16. Ujian untuk mengesan pencapaian murid 19 Mac, 2004
17. Refleksi kajian 20 Mac, 2004
18. Menulis laporan Kajian 21 Mac, 2004
19. Pembentangan dapatan kajian 28 Mac, 2004
7. Kos Kajian
Bil. Jenis Bahan Kuantiti X Harga Seunit Jumlah Kos
1. Kertas A4 10 x RM 8.00 RM 80.00
2. Printer Cartridge 1 x RM 65.00 RM 65.00
3. Kamus Dewan 1 X RM 45.00 RM 45.00
4. Potostat Bahan & laporan kajian RM 50.00
5. White board (3' X 2') 1 X RM 45.00 RM 45.00
6. Buku catatan guru 1 X 2.00 RM 2.00
JUMLAH RM 287.00

Contenu connexe

Tendances

Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Wany Hardy
 
Kempen nafas segar dan program anti rokok
Kempen nafas segar dan program anti rokokKempen nafas segar dan program anti rokok
Kempen nafas segar dan program anti rokok
Ahmad NazRi
 
Penulisan proposal tesis
Penulisan proposal tesisPenulisan proposal tesis
Penulisan proposal tesis
zack2dee
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cik BaCo
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan klien
siewling1988
 

Tendances (20)

RPH Sains Tahun 5 Topik 9 - 9.1 Keadaan Jirim
RPH Sains Tahun 5 Topik 9 - 9.1 Keadaan JirimRPH Sains Tahun 5 Topik 9 - 9.1 Keadaan Jirim
RPH Sains Tahun 5 Topik 9 - 9.1 Keadaan Jirim
 
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKANASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
 
B) laporan kajian tindakan
B) laporan kajian tindakanB) laporan kajian tindakan
B) laporan kajian tindakan
 
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
 
Kempen nafas segar dan program anti rokok
Kempen nafas segar dan program anti rokokKempen nafas segar dan program anti rokok
Kempen nafas segar dan program anti rokok
 
Objektif kajian sejarah pmr
Objektif kajian sejarah pmrObjektif kajian sejarah pmr
Objektif kajian sejarah pmr
 
Pensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. KamarulPensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. Kamarul
 
Kemahiran berfikir
Kemahiran berfikirKemahiran berfikir
Kemahiran berfikir
 
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanBNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
 
Penulisan proposal tesis
Penulisan proposal tesisPenulisan proposal tesis
Penulisan proposal tesis
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Kekurangan zat makanan
Kekurangan zat makananKekurangan zat makanan
Kekurangan zat makanan
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikal
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan klien
 
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
 
Tonggak 12 1
Tonggak 12 1Tonggak 12 1
Tonggak 12 1
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAINHUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
 

En vedette

Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Suzi Suziyana
 
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
Nur Afiqah Bt Zulkafli
 
Didik hibur dalam pengajaran bm
Didik hibur dalam pengajaran bmDidik hibur dalam pengajaran bm
Didik hibur dalam pengajaran bm
Eliza Ramlee
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Bujangpauzan
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Teacher Nasrah
 
Nwren meea language report full draft
Nwren meea language report full draftNwren meea language report full draft
Nwren meea language report full draft
NWREN
 

En vedette (20)

Kajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa MelayuKajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Format Laporan Kajian Tindakan
Format Laporan Kajian TindakanFormat Laporan Kajian Tindakan
Format Laporan Kajian Tindakan
 
Contoh Proposal Kajian Tindakan
Contoh Proposal Kajian TindakanContoh Proposal Kajian Tindakan
Contoh Proposal Kajian Tindakan
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Didik hibur
Didik hiburDidik hibur
Didik hibur
 
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
 
Modul didik hibur
Modul didik hiburModul didik hibur
Modul didik hibur
 
Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hibur
 
Didik hibur dalam pengajaran bm
Didik hibur dalam pengajaran bmDidik hibur dalam pengajaran bm
Didik hibur dalam pengajaran bm
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Abstrak kajian aslian bin pios
Abstrak kajian aslian bin piosAbstrak kajian aslian bin pios
Abstrak kajian aslian bin pios
 
Nwren meea language report full draft
Nwren meea language report full draftNwren meea language report full draft
Nwren meea language report full draft
 
Templet hbef3503 t1 a2 faudzi
Templet hbef3503 t1 a2 faudziTemplet hbef3503 t1 a2 faudzi
Templet hbef3503 t1 a2 faudzi
 
Predatory journals and the impact on the scholarly publishing community final...
Predatory journals and the impact on the scholarly publishing community final...Predatory journals and the impact on the scholarly publishing community final...
Predatory journals and the impact on the scholarly publishing community final...
 
How to publish your thesis or dissertation as a book?
How to publish your thesis or dissertation as a book?How to publish your thesis or dissertation as a book?
How to publish your thesis or dissertation as a book?
 

Similaire à Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan

Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Rosmah Mohd Shah
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Ahmad NazRi
 
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
Chon Seong Hoo
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbs
Dee Dee
 
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
koperasi
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Cahaya Adah II
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
Ahmad NazRi
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
Atok Shila
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012
Rohani Othman
 

Similaire à Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan (20)

Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Jurnal bm
Jurnal bm Jurnal bm
Jurnal bm
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
 
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbs
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106
 
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
Bm t4
Bm t4Bm t4
Bm t4
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012
 
Nota
NotaNota
Nota
 
nota Kaedah BMM3117
nota Kaedah BMM3117nota Kaedah BMM3117
nota Kaedah BMM3117
 

Plus de Kementerian Pelajaran Malaysia

Plus de Kementerian Pelajaran Malaysia (20)

Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdfTeknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
 
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptxTIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Sinopsis novel tirani
Sinopsis novel tiraniSinopsis novel tirani
Sinopsis novel tirani
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
 
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remajaRangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
 
Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020
 
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayangKarangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
 
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplinKarangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
 
Karangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awamKarangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awam
 
Karangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covidKarangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covid
 
Gurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketigaGurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketiga
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Teknik menjawab kertas 2
Teknik menjawab  kertas 2Teknik menjawab  kertas 2
Teknik menjawab kertas 2
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
B7 novel
B7 novelB7 novel
B7 novel
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaB5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhanB4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
 

Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan

  • 1. 1 CONTOH KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN Nama dan Alamat Sekolah: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR AKAR JALAN TENGKU MUHAMMAD 25050 KUANTAN, PAHANG. Nama Pengkaji: SALMIAH BT. SIDEK Tajuk Kajian MEMPERKAYA KOSA KATA PELAJAR TINGKATAN 4 BESTARI DENGAN MENGGUNAKAN PROGRAM SEHARI SELEMBAR BENANG DAN PROGRAM 2004. 1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sewaktu saya menanda karangan pelajar Tingkatan 4 Bestari, saya rasa sungguh terkejut kerana saya dapati walaupun mereka telah berada di menengah atas, tahap penguasaan kosa kata di kalangan pelajar ini sungguh terhadap. Isi yang ditulis juga tidak berkembang. Selain itu, masih ramai pelajar yang melakukan kesilapan ejaan. Banyak ayat tergantung dibina oleh pelajar. Mereka menggunakan perkataan yang biasa mereka gunakan dan berulang-ulang apabila ingin menghuraikan tentang sesuatu perkara. Dalam ujian Topikal 1 iaitu soalan 2 yang hanya meminta pelajar menulis ayat berasaskan perkataan yang diberi, saya dapati 37% daripada jumlah pelajar dari kelas ini tidak menjawab soalan ini. Apabila saya tanyakan kepada para pelajar tentang keadaan ini, jawapan yang diberikan oleh mereka mudah sahaja iaitu "cikgu tak ajar pun perkataan tu...". Ada juga di kalangan pelajar yang menanyakan kepada saya markah bagi bahagiab membina ayat itu. Saya lihat seolah-olah mereka telah patah semangat untuk memahami dan memperkaya kosa kata mereka. Apabila saya tanyakan kepada mereka, jawapan yang mereka berikan ialah "terlalu banyak perkataan baru... susah untuk kami faham maksudnya." Saya menyedari ramai di kalangan pelajar bukan Melayu di kelas ini mempunyai asas bahasa yang agak lemah. Perlukah saya ajar semua kosa kata yang terdapat dalam Kamus Dewan untuk memperkaya kosa kata pelajar? Adakah cara saya mengajarselama ini dapat membantu pelajar menambah kosa kata mereka? Aapakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar memperkaya kosa kata mereka? Mampukah saya menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar saya? Apabila saya bincangkan perkara ini dengan rakan-rakan dalam mesyuarat panitia, ada guru mengatakan yang pelajar hari ini malas membaca dan suka disuapkan apa-apa sahaja ilmu yang diperlukan untuk membolehkan mereka cemerlang apabila menjawab soalan. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini? Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai pelajar yang mempunyai kosa kata yang amat terhad. Saya berpendapat lemahnya penguasaan kosa kata di kalangan mereka ialah disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan terhadap pentingnya aspek kosa kata yang saya berikan sama ada semasa proses P&P atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada pengabaian guru termasuklah saya terhadap kepentingan penguasaan kosa kata. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak dapat menjawab dengan baik soalan karangan dan juga soalan membina ayat bagi kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan nilai GNP sekolah saya. 2. Fokus Kajian Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata. Pelajar saya mempunyai kosa kata yang sangat terhad. Mereka hanya mampu menggunakan perkataan yang biasa mereka temui dan gunakan semasa di sekolah rendah. Mereka melakukan banyak kesilapan apabila menulis ayat. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah: • Kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat. • Pelajar menggunakan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat menjadikan ayat itu tidak gramatis. • Pelajar tidak menjawab soalan bina ayat kerana tidak faham maksud perkataan yang diberi.
  • 2. 2 Dengan membantu pelajar memperkaya kosa kata, saya yakin pelajar boleh membina ayat yang tepat, jelas dan gramatis. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam Kertas Bahasa Melayu SPM. Keadaan ini juga pasti akan meningkatkan nilai GNP sekolah saya. 3. Objektif Kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut: i. Objektif Umum Meningkatkan nilai GNP sekolah dengan peningkatan peratus kelulusan Bahasa Melayu. ii. Objektif Khusus • Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami oleh para pelajar. • Meningkatkan keupayaan mengaplikasi perkataan baru dalam ayat yang dibina oleh pelajar • Membantu pelajar mengusai kemahiran belajar dengan merujuk kamus bagi meningkatkan pengusaan kosa kata mereka • Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang cemerlang bagi bahasa dalam penulisan karangan. 4. Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 4 Bestari yang terdiri daripada 10 orang pelajar Melayu, 2 orang pelajar India dan 18 orang pelajar Cina. 5. Tindakan Yang Dicadangkan 5.1. Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut: Ujian khas membina ayat berasaskan perkataan yang diberi bagi menganalisis kelemahan penguasaan kosa kata. Latihan karangan pelajar bagi mengesan kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat penggunaan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah bagi mengesan penguasaan kosa kata pelajar. 5.2 Program " Sehari Selembar Benang" Cara Pelaksanaan: i. Guru mengumumkan sepatah perkataan sehari berserta definisi dan contoh ayat dalam perhimpunan pagi. ii. Pelajar mencatat dalam buku catatan khas. iii. Guru menampal perkataan pada papan kenyataan. iv. Guru meminta pelajar mengaplikasikan penggunaan perkataan dalam karangan yang ditulis - 2 minggu sekali. v. Guru menganalisis karangan pelajar. 5.3 Program 200-4 (200 perkataan dalam tempoh 4 minggu) Cara Pelaksanaan i. Guru meminta pelajar mencatat perkataan sukar daripada teks yang dibaca serta mencatat perkataan tersebut dalam buku catatan. ii. Pelajar merujuk kamus untuk mengetahui maksud dan mencatatkannya dalam buku catatan. iii. Pelajar membina ayat berasaskan perkataan yang dicari maksud iv. Selepas 4 minggu guru menggabungkan semua perkataan yang dikumpul oleh 30 orang pelajar serta mencetakkannya untuk diedarkan kepada semua pelajar.
  • 3. 3 v. Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar dengan mengadakan ujian khas Aktiviti-aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal. 6. Jadual Pelaksanaan Kajian Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 5 Februari, 2004 2. Menulis proposal Kajian 13 Februari, 2004 3. Merancang Tindakan - (individu / panitia) 18 Februari, 2004 4. Melaksanakan tindakan - aktiviti 1 23 Februari, 2004 5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 (dalam panitia) 27 Februari, 2004 6. Melaksanakan tindakan - aktiviti 2 5 Mac, 2004 7. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 5 Februari, 2004 8. Menulis proposal Kajian 13 Februari, 2004 9. Merancang Tindakan - (individu / panitia) 18 Februari, 2004 10. Melaksanakan tindakan - aktiviti 1 23 Februari, 2004 11. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 (dalam panitia) 27 Februari, 2004 12. Melaksanakan tindakan - aktiviti 2 2 Mac, 2004 13. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 (dalam panitia) 8 Mac, 2004 14. Melaksanakan tindakan - aktiviti 3 10 Mac, 2004 15. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 (dalam panitia) 12 Mac, 2004 16. Ujian untuk mengesan pencapaian murid 19 Mac, 2004 17. Refleksi kajian 20 Mac, 2004 18. Menulis laporan Kajian 21 Mac, 2004 19. Pembentangan dapatan kajian 28 Mac, 2004 7. Kos Kajian Bil. Jenis Bahan Kuantiti X Harga Seunit Jumlah Kos 1. Kertas A4 10 x RM 8.00 RM 80.00 2. Printer Cartridge 1 x RM 65.00 RM 65.00 3. Kamus Dewan 1 X RM 45.00 RM 45.00 4. Potostat Bahan & laporan kajian RM 50.00 5. White board (3' X 2') 1 X RM 45.00 RM 45.00 6. Buku catatan guru 1 X 2.00 RM 2.00 JUMLAH RM 287.00