2. Rangkap 1 : Penyajak berasa kesunyian kerana
malam yang dilaluinya begitu sepi . Walau
bagaimanapun, keadaan itu tetap tidak berubah pada
keesokan harinya kerana tiada sesiapa yang datang
untuk menziarahinya .
Rangkap 2 : Keheningan tasik dan kehijauan rumput
hanya sebagai bayangan lalu . Kini, cinta yang
tersemai sejak di dalam rahim telah dilupakan oleh
anak-anaknya, iaitu daripada anak yang sulung hingga
anak yang bongsu . Lantas, penyajak mencari erti
hidup sewaktu dirinya menderita sakit dan
keseorangan .
Rangkap 3 : Penyajak berasa bahawa dirinya tidak
bermakna kepada anak-anaknya . Namun demikian,
penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan
supaya duka di hatinya terubat . Penyajak sedar
bahwa tiada yang kekal kecuali Tuhan .
4. Persoalan tentang kesunyian hidup yang
dirasai oleh seorang tua .
Persoalan tentang kasih sayang orang tua
yang tidak dihargai oleh anak-anak .
Persoalan tentang sikap anak-anak yang
saling menolak tanggungjawab untuk
menjaga orang tua .
5. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat
Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap
Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama .
Rangkap pertama mengandungi tujuh baris,
rangkap kedua mengandungi sepuluh baris, dan
rangkap ketiga mengandungi sebelas baris
Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak
sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata
dalam satu baris
Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri
daripada empat hingga tiga belas suku kata
Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama :
aabcaca, rangkap kedua : abccdeafgh, dan
rangkap ketiga : aabacdefdgc
6. • Pemilihan kata atau diksi dan pembinaan ungkapan oleh
pengarang begitu indah dan berkesan . Contohnya :
i. Dari sulung ditendang ke bongsu – rangkap 2, baris 6
ii. Dari angah ditendang ke sulung balik – rangkap 2, baris
7
iii. Berdiri tanpa ruang – rangkap 2, baris 10
• Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak
“Erti Hidup Bererti” termasuklah :
a) Simile . Contohnya : Bagai kalung rangkap 1, baris 3
b) Metafora . Contohnya : Benih keinsafan – rangkap 3,
baris 5
c) Hiperbola . Contohnya : Cinta dalam rahim dilupai –
rangkap 2, baris 5
7. • Antara unsur bunyi yang digunakan dalam
sajak “Erti Hidup Bererti” termasuklah
a) Asonansi . Contohnya :
i) perulangan bunyi vokal a
- Aku selalu didatangi – rangkap 1, baris 1
ii)perulangan bunyi vokal i
- Semoga disirami benih keinsafan – rangkap
3, baris 5
iii)Perulangan bunyi vokal u
-anakku bakaku – rangkap 3, baris 3
8. a) Aliterasi . Contohnya :
i)Perulangan bunyi konsonan k
- Tiada yang kekal kecuali Tuhan – rangkap
3, baris 11
ii)Perulangan bunyi konsosnan m
-menderita mengerang sakit – rangkap 2, baris
9
9. Nilai kasih sayang . Contohnya, kasih sayang
seorang tua terhadap anaknya tetap utuh
walaupun anaknya itu setia atau derhaka .
Nilai ketabahan . Contohnya, ketabahan
dalam mengharungi kehidupan seorang diri
dan kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-
anak .
Nilai bertanggungjawab . Contohnya, sikap
tanggungjawab ibu bapa terhadapa anak-
anaknya dengan mendoakan mereka agar
dikurniakan keinsafan .
10. Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan
sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka
dan menjaga ibu bapa sehingga hari tua
mereka.
Kita perlulah tabah menghadapi cabaran
dalam kehidupan demi mematangkan diri,
terutamanya menghadapi usia yang tua.
Kita haruslah menjadi anak yang
bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan
ibu bapa dan menyejahterakan serta
membahagiakan mereka