SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
TEKS UCAPAN PERASMIAN
MAJLIS GRADUASI
SMK Sijangkang Jaya
TAHUN 2014
Yang Berbahagia.
En Abdul Hamid bin Abd Majid.
Ketua Penolong PPD
Pengurusan Sekolah
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan
1
TEKS UCAPAN PERASMI Sempena
MAJLIS GRADUSI PELAJAR 2014 SMK Sijangkang Jaya
Yang dihormati,
Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib,
YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya,
Yang Berusaha,
Pn Hajah Salbiah bt Ibrahim
Pengetua SMK Sijangkang Jaya
Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,
Pn. Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran.
Tn. Haji Kowangid bt Taufik - PK Hal Ehwal Murid.
Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum
Pn. Rubi’ah bt Hayat - PK Petang
Pn Sharipah bt. Saari - PK Pendidikan Khas
Yang Dihormati,
Para Tetamu Jemputan,
Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Matapelajaran, Para Guru, dan seterusnya
para graduan SMK Sijangkang Jaya yang dikasihi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan
izin dan limpah kurniaNya saya dapat bersua muka dan dapat bersama-
sama di Foyer Cempaka SMK Sijangkang Jaya yang serba indah ini untuk
menyempurnakan majlis yang penuh bermakna iaitu Majlis Graduasi Pelajar
Tingkatan 5 bagi tahun 2014. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
Jawatankuasa Pelaksana yang sudi menjemput saya bagi
2
menyempurnakan Majlis dan menyampaikan sijil-sijil kepada para pelajar.
Terima kasih kepada guru yang beriltizam menyempurnakan majlis ini
sebagai tanda sokongan, galakkan dan penghargaan kepada anak-anak
didik mereka. Adalah diharapkan majlis graduasi ini menjadi pembakar
semangat untuk merealisasikan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.
Hadirin yang dihormati,
Sayugia diingatkan bahawa, para pelajar perlu memainkan peranan
bagi kesinambungan pembelajaran anda di sekolah. Kalau pelajar terleka
dan alpa, dibimbangi proses pembelajaran akan terbantut dan tersekat
ketika anda keluar dari kawasan sekolah. Insya Allah, jika berlaku pertautan
pembelajaran di rumah dan di sekolah, para pelajar akan berjaya dengan
cemerlang dalam bidang pembelajaran.
Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada graduan yang
akan menerima sijil dan tidak lupa ucapan penghargaan kepada
jawatankuasa pelaksana yang telah bertanggungjawab merancang dan
melaksanakan dengan jayanya majlis yang gemilang pada pagi ini.
Sebagaimana yang kita semua tahu, Majlis Graduasi ini diadakan
bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan
oleh pelajar-pelajar terpilih di sekolah ini sama ada dalam bidang kurikulum,
kokurikulum, keimpinan, dan sahsiah diri. Saya percaya kejayaan pelajar-
3
pelajar tersebut pada hari ini bukan sahaja disebabkan oleh hasil pemusatan
mereka terhadap pelajaran yang diajar, malah termasuklah kerja keras yang
mereka usahakan selama ini dengan dibantu oleh semua warga guru di
sekolah serta ibu bapa yang tidak jemu-jemu berusaha ke arah pencapaian
maksimum anak-anak di sini. Kejayaan anak-anak ini pada keseluruhannya
adalah hasil daripada usaha secara kolektif dan kerja berpasukan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan
tahniah kepada semua tenaga pengajar yang telah menunjukkan komitmen
yang tinggi terhadap tugas dan amanah yang diberikan bagi memastikan
tranformasi pendidikan berjalan lancar dan memenuhi aspirasi negara
terutamanya dalam memastikan PPPM 2013-2025 dilaksnakan dengan
jayanya. Saya juga dimaklkumkan bahawa terdapat murid-murid sekolah
kita ini telah bertanding hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan.
Saya yakin dan percaya , keikhlasan dan usaha yang tuan-tuan dan
puan-puan berikan kepada anak-anak didik ini, pasti akan mendapat
kebaikan dan rahmat daripada Allah SWT. Sebagai Pegawai Pelajaran
Daerah ini, saya sudah semestinya berasa gembira dan berpuas hati
dengan pencapaian murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan
Sijangkang Jaya ini. Namun begitu, saya yakin pihak sekolah akan terus
berusaha tanpa jemu untuk mempertingkat pencapaian anak-anak kita ini ke
tahap yang lebih baik dan cemerlang bukan sahaja dalam aspek kurikulum
bahkan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, daerah dan seterusnya
4
yang lebih tinggi. Teruskan usaha yang baik ini dan saya pasti ganjaran
yang baik juga akan datang kepada pihak tuan puan semua.
Hadirin sekalian,
Warga sekolah termasuklah para guru serta murid bukan sahaja perlu
dilihat sebagai cemerlang tetapi harus sentiasa dilihat mendahului zaman.
Walaupun kita boleh berbangga dengan pencapaian sehingga kini, tugas
dan cabaran masa depan memerlukan kita bersama-sama untuk terus
bekerja lebih keras dan lebih strategik. Setiap detik kita perlu bersedia
menilai dan bermuhasabah diri untuk mengenalpasti kekurangan dan
kelemahan yang harus diperbaik, hatta mempelajari daripada mereka yang
lebih cemerlang.
Usaha mencapai kecemerlangan pelajaran sebenarnya bermula dari
rumah, ibu bapa ialah guru pertama yang dikenali anak-anak. Merekalah
yang bertanggungjawab menanam nilai-nilai mulia yang sesuai bagi
membolehkan anak-anak cemerlang pada masa depan serta menjadi
manusia yang dapat memanfaatkan agama , bangsa, dan negara.
Pendidikan seharusnya bersifat seumur hidup, tidak ada nokhtah kepada
proses ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Saya percaya bahawa murid-murid yang cemerlang merupakan
produk hasilan guru-guru yang cemerlang. Manakala kedua-keduanya itu
5
pula merupakan hasil dari persekitaran sekolah yang turut cemerlang. Saya
yakin, sikap terbuka pengurusan sekolah dan sikap profesional guru-guru
dapat menggalakkan penyertaan masyarakat untuk bersama-sama memikul
tanggungjawab memastikan kejayaan di sekolah ini. Bukan mudah untuk
mendidik anak-anak pada abad ke-21 ini. Oleh itu sebagai bapa, kami amat
menghargai dan berterima kasih kepada guru-guru yang sudi membantu
kami mendidik anak-anak kami dan memastikan keselamatan mereka di
sekolah.
Tuan-tuan dan puan-puan
Saya percaya semua yang berada di sini juga bersetuju dengan apa
yang saya nyatakan ini. Saya berharap semua guru di sekolah ini dapat
meneruskan usaha mendidik anak bangsa tanpa jemu dan penuh dedikasi.
Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari
masa ke masa. Kita berharap dapat melahirkan generasi yang mempunyai
minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama. Hakikatnya
dengan segala kemudahan dan pelbagai jenis bantuan yang diberikan pihak
kerajaan tidak ada sebab atau alasan mengapa anak-anak kita tidak
menggunakan sepenuhnya kemudahan pendidikan yang ada untuk
mencipta masa depan yang lebih baik. Peluang pendidikan harus
digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina
personaliti yang cemerlang, tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi,
sukar untuk anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah. Apatah lagi
6
anak-anak kita pula hidup dalam zaman yang semakin mencabar kerana
masalah sosial dan ekonomi kian bertambah.
Selain itu, saya juga menasihati pelajar agar selalu berjumpa dengan
guru-guru anak untuk berbincang mengenai pelajaran terutama dalam saat
saat akhir menjelang peperiksaan. Gunakan waktu yang terhad ini untuk
menyelesaiakan semua permasalahan dalam pelajaran agar anda tidak
menyesal nanti.
Penyelesaian masalah disiplin murid bukan hanya tanggungjawab
pihak sekolah semata-mata tetapi harus dipikul bersama oleh Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG). Kita bimbang isu masalah disiplin ini akan menjadi
polemik malah lebih memburukkan keadaan jika ia menjadi isu politik. Saya
selaku Pegawai PPD benar-benar berharap PIBG berfungsi sebagai
pemangkin dengan sama-sama menyelesaikan masalah di sekolah
terutama gejala disiplin dalam kalangan pelajar.
Hadirin sekalian,
Saya juga melihat bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan
masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti yang baik seperti
7
bersukan dan kawad kaki, masa mereka terisi dengan sesuatu yang
berfaedah dan dapat membentuk disiplin anak-anak.
Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit.
Bak kata orang tua- tua, kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.
Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. Itulah kita SATU MALAYSIA,
SATU SIJANGKANG JAYA.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Di bawah kepimpinan dan pentadbiran Pn. Hajjah Salbiah selaku
pengetua SMK Sijangkang Jaya, kita berharap boleh mencapai prestasi
yang lebih cemerlang dalam semua aspek, di samping kerjasama semua
pihak yang ingin melihat Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya
benar-benar berada di puncak bagi merealisasikan visi Sekolah Menengah
Kebangsaan Sijangkang Jaya Unggul, Penjana Generasi Gemilang.
Akhirnya, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak
terhingga kepada semua warga SMK Sijangkang Jaya. Tahniah dan syabas
sekali lagi saya ucapkan kepada pengetua , guru-guru, kaki tangan sekolah,
dan murid-murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan
semoga kecemerlangan ini akan dapat diteruskan pada tahun 2014 ini. Saya
berharap usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan akan
dilipatgandakan lagi agar kita dapat menyediakan pendidikan terbaik kepada
8
anak-anak kita pada hari ini dan masa depan. Semoga usaha kita akan
diberkati Allah SWT dan segala perancangan kita dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
Hanya ini yang dapat saya sampaikan, Sebelum kata saya noktah, terimalah
serangkap pantun.
Tinggi bukit silang-gemilang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit takkan hilang,
Dalam hati kenang-kenangan
Jejaran mengkudu bias kesuma,
Di celah angsana di Kuala Sedeli,
Akhir di sini nokhtah bersama,
Di lain masa bersua kembali
Saya dengan ini merasmikan Majlis Graduasi Pelajar SMK Sijangkang Jaya
tahun 2014.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warrah matullahi
wabarakatuh
Terima Kasih.
9
TEKS UCAPAN PERASMI Sempena
PROTOKOL MAJLIS
MAJLIS GRADUSI PELAJAR SMK SIJANGKANG JAYA
TAHUN 2014
Yang Berbahagia,
En Abdul Hamid bin Abd Majid,
Ketua Penolong PPD
Pengurusan Sekolah
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat.
Yang dihormati,
Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib,
YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya,
Yang Berusaha,
Pn Hajah Salbiah bt Ibrahim
Pengetua SMK Sijangkang Jaya
Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan;
Pn. Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran.
Tn. Haji Kowangid b. Taufik - PK Hal Ehwal Murid.
Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum
Pn. Rubi’ah bt Hayat - PK Petang
Pn Sharipah bt. Saari - PK Pendidikan Khas
Yang Dihormati,
Para Tetamu Jemputan,
10
Yang Dikasihi ;
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Para Guru, dan
seterusnya Putera dan Puteri SMK Sijangkang Jaya yang dikasihi.
11

Contenu connexe

Tendances

Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1
Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1
Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1
FaHmi Jengka
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
asmirahn
 
Teks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquranTeks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquran
Nor Azlina
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
UstZulZul
 
Teks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahanTeks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahan
jungle1982
 
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm polis
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm polisSurat jemputan program jom ke sekolah skpm polis
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm polis
Muhammad Mukhlis
 
Surat jemputan ceramah
Surat jemputan ceramahSurat jemputan ceramah
Surat jemputan ceramah
Azian Sabli
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
rozitabtzain
 

Tendances (20)

Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
 
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggerisPengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
 
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEMContoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
 
Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1
Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1
Teks ucapan majlis hari orentasi tahun 1
 
Surat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibgSurat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibg
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
 
Teks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquranTeks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquran
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan KemerdekaanTeks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruTeks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
 
Lirik lagu patriotik
Lirik lagu patriotikLirik lagu patriotik
Lirik lagu patriotik
 
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi ii
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi iiSkrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi ii
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi ii
 
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
 
Teks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahanTeks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahan
 
Surat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibgSurat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibg
 
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm polis
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm polisSurat jemputan program jom ke sekolah skpm polis
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm polis
 
Contoh surat memohon sumbangan pibg
Contoh surat memohon sumbangan pibgContoh surat memohon sumbangan pibg
Contoh surat memohon sumbangan pibg
 
Surat jemputan ceramah
Surat jemputan ceramahSurat jemputan ceramah
Surat jemputan ceramah
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
 

Similaire à Ucapan perasmian majlis graduasi

Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
Mohamad Aminuddin
 
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Azman Adnan
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Bazrol
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
smktsj2
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
Chon Seong Hoo
 
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Chon Seong Hoo
 

Similaire à Ucapan perasmian majlis graduasi (20)

Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.
 
Teks ucapan bmk
Teks ucapan bmkTeks ucapan bmk
Teks ucapan bmk
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
 
Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016
 
Ucapan gb
Ucapan gbUcapan gb
Ucapan gb
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapan
 
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkangTeks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapan
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
 
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
 
Isi ringkas karangan 2
Isi ringkas karangan 2Isi ringkas karangan 2
Isi ringkas karangan 2
 
Cabaran seorang guru masa kini
Cabaran seorang guru masa kiniCabaran seorang guru masa kini
Cabaran seorang guru masa kini
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
 
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPT
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPTUcapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPT
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPT
 
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
 
Assalamu
AssalamuAssalamu
Assalamu
 
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
 

Plus de Kementerian Pelajaran Malaysia

Plus de Kementerian Pelajaran Malaysia (20)

Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdfTeknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
 
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptxTIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Sinopsis novel tirani
Sinopsis novel tiraniSinopsis novel tirani
Sinopsis novel tirani
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
 
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remajaRangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
 
Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020
 
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayangKarangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
 
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplinKarangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
 
Karangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awamKarangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awam
 
Karangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covidKarangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covid
 
Gurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketigaGurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketiga
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Teknik menjawab kertas 2
Teknik menjawab  kertas 2Teknik menjawab  kertas 2
Teknik menjawab kertas 2
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
B7 novel
B7 novelB7 novel
B7 novel
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaB5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhanB4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
 

Dernier

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Dernier (20)

668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 

Ucapan perasmian majlis graduasi

  • 1. TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS GRADUASI SMK Sijangkang Jaya TAHUN 2014 Yang Berbahagia. En Abdul Hamid bin Abd Majid. Ketua Penolong PPD Pengurusan Sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat Selangor Darul Ehsan 1
  • 2. TEKS UCAPAN PERASMI Sempena MAJLIS GRADUSI PELAJAR 2014 SMK Sijangkang Jaya Yang dihormati, Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib, YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya, Yang Berusaha, Pn Hajah Salbiah bt Ibrahim Pengetua SMK Sijangkang Jaya Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan, Pn. Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran. Tn. Haji Kowangid bt Taufik - PK Hal Ehwal Murid. Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum Pn. Rubi’ah bt Hayat - PK Petang Pn Sharipah bt. Saari - PK Pendidikan Khas Yang Dihormati, Para Tetamu Jemputan, Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Matapelajaran, Para Guru, dan seterusnya para graduan SMK Sijangkang Jaya yang dikasihi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya dapat bersua muka dan dapat bersama- sama di Foyer Cempaka SMK Sijangkang Jaya yang serba indah ini untuk menyempurnakan majlis yang penuh bermakna iaitu Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 bagi tahun 2014. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana yang sudi menjemput saya bagi 2
  • 3. menyempurnakan Majlis dan menyampaikan sijil-sijil kepada para pelajar. Terima kasih kepada guru yang beriltizam menyempurnakan majlis ini sebagai tanda sokongan, galakkan dan penghargaan kepada anak-anak didik mereka. Adalah diharapkan majlis graduasi ini menjadi pembakar semangat untuk merealisasikan kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Hadirin yang dihormati, Sayugia diingatkan bahawa, para pelajar perlu memainkan peranan bagi kesinambungan pembelajaran anda di sekolah. Kalau pelajar terleka dan alpa, dibimbangi proses pembelajaran akan terbantut dan tersekat ketika anda keluar dari kawasan sekolah. Insya Allah, jika berlaku pertautan pembelajaran di rumah dan di sekolah, para pelajar akan berjaya dengan cemerlang dalam bidang pembelajaran. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada graduan yang akan menerima sijil dan tidak lupa ucapan penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana yang telah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan dengan jayanya majlis yang gemilang pada pagi ini. Sebagaimana yang kita semua tahu, Majlis Graduasi ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan oleh pelajar-pelajar terpilih di sekolah ini sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum, keimpinan, dan sahsiah diri. Saya percaya kejayaan pelajar- 3
  • 4. pelajar tersebut pada hari ini bukan sahaja disebabkan oleh hasil pemusatan mereka terhadap pelajaran yang diajar, malah termasuklah kerja keras yang mereka usahakan selama ini dengan dibantu oleh semua warga guru di sekolah serta ibu bapa yang tidak jemu-jemu berusaha ke arah pencapaian maksimum anak-anak di sini. Kejayaan anak-anak ini pada keseluruhannya adalah hasil daripada usaha secara kolektif dan kerja berpasukan. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua tenaga pengajar yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan amanah yang diberikan bagi memastikan tranformasi pendidikan berjalan lancar dan memenuhi aspirasi negara terutamanya dalam memastikan PPPM 2013-2025 dilaksnakan dengan jayanya. Saya juga dimaklkumkan bahawa terdapat murid-murid sekolah kita ini telah bertanding hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Saya yakin dan percaya , keikhlasan dan usaha yang tuan-tuan dan puan-puan berikan kepada anak-anak didik ini, pasti akan mendapat kebaikan dan rahmat daripada Allah SWT. Sebagai Pegawai Pelajaran Daerah ini, saya sudah semestinya berasa gembira dan berpuas hati dengan pencapaian murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya ini. Namun begitu, saya yakin pihak sekolah akan terus berusaha tanpa jemu untuk mempertingkat pencapaian anak-anak kita ini ke tahap yang lebih baik dan cemerlang bukan sahaja dalam aspek kurikulum bahkan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, daerah dan seterusnya 4
  • 5. yang lebih tinggi. Teruskan usaha yang baik ini dan saya pasti ganjaran yang baik juga akan datang kepada pihak tuan puan semua. Hadirin sekalian, Warga sekolah termasuklah para guru serta murid bukan sahaja perlu dilihat sebagai cemerlang tetapi harus sentiasa dilihat mendahului zaman. Walaupun kita boleh berbangga dengan pencapaian sehingga kini, tugas dan cabaran masa depan memerlukan kita bersama-sama untuk terus bekerja lebih keras dan lebih strategik. Setiap detik kita perlu bersedia menilai dan bermuhasabah diri untuk mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang harus diperbaik, hatta mempelajari daripada mereka yang lebih cemerlang. Usaha mencapai kecemerlangan pelajaran sebenarnya bermula dari rumah, ibu bapa ialah guru pertama yang dikenali anak-anak. Merekalah yang bertanggungjawab menanam nilai-nilai mulia yang sesuai bagi membolehkan anak-anak cemerlang pada masa depan serta menjadi manusia yang dapat memanfaatkan agama , bangsa, dan negara. Pendidikan seharusnya bersifat seumur hidup, tidak ada nokhtah kepada proses ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Saya percaya bahawa murid-murid yang cemerlang merupakan produk hasilan guru-guru yang cemerlang. Manakala kedua-keduanya itu 5
  • 6. pula merupakan hasil dari persekitaran sekolah yang turut cemerlang. Saya yakin, sikap terbuka pengurusan sekolah dan sikap profesional guru-guru dapat menggalakkan penyertaan masyarakat untuk bersama-sama memikul tanggungjawab memastikan kejayaan di sekolah ini. Bukan mudah untuk mendidik anak-anak pada abad ke-21 ini. Oleh itu sebagai bapa, kami amat menghargai dan berterima kasih kepada guru-guru yang sudi membantu kami mendidik anak-anak kami dan memastikan keselamatan mereka di sekolah. Tuan-tuan dan puan-puan Saya percaya semua yang berada di sini juga bersetuju dengan apa yang saya nyatakan ini. Saya berharap semua guru di sekolah ini dapat meneruskan usaha mendidik anak bangsa tanpa jemu dan penuh dedikasi. Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke masa. Kita berharap dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama. Hakikatnya dengan segala kemudahan dan pelbagai jenis bantuan yang diberikan pihak kerajaan tidak ada sebab atau alasan mengapa anak-anak kita tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan pendidikan yang ada untuk mencipta masa depan yang lebih baik. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang, tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah. Apatah lagi 6
  • 7. anak-anak kita pula hidup dalam zaman yang semakin mencabar kerana masalah sosial dan ekonomi kian bertambah. Selain itu, saya juga menasihati pelajar agar selalu berjumpa dengan guru-guru anak untuk berbincang mengenai pelajaran terutama dalam saat saat akhir menjelang peperiksaan. Gunakan waktu yang terhad ini untuk menyelesaiakan semua permasalahan dalam pelajaran agar anda tidak menyesal nanti. Penyelesaian masalah disiplin murid bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah semata-mata tetapi harus dipikul bersama oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kita bimbang isu masalah disiplin ini akan menjadi polemik malah lebih memburukkan keadaan jika ia menjadi isu politik. Saya selaku Pegawai PPD benar-benar berharap PIBG berfungsi sebagai pemangkin dengan sama-sama menyelesaikan masalah di sekolah terutama gejala disiplin dalam kalangan pelajar. Hadirin sekalian, Saya juga melihat bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti yang baik seperti 7
  • 8. bersukan dan kawad kaki, masa mereka terisi dengan sesuatu yang berfaedah dan dapat membentuk disiplin anak-anak. Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit. Bak kata orang tua- tua, kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. Itulah kita SATU MALAYSIA, SATU SIJANGKANG JAYA. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Di bawah kepimpinan dan pentadbiran Pn. Hajjah Salbiah selaku pengetua SMK Sijangkang Jaya, kita berharap boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek, di samping kerjasama semua pihak yang ingin melihat Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya benar-benar berada di puncak bagi merealisasikan visi Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya Unggul, Penjana Generasi Gemilang. Akhirnya, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua warga SMK Sijangkang Jaya. Tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada pengetua , guru-guru, kaki tangan sekolah, dan murid-murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan semoga kecemerlangan ini akan dapat diteruskan pada tahun 2014 ini. Saya berharap usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan akan dilipatgandakan lagi agar kita dapat menyediakan pendidikan terbaik kepada 8
  • 9. anak-anak kita pada hari ini dan masa depan. Semoga usaha kita akan diberkati Allah SWT dan segala perancangan kita dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hanya ini yang dapat saya sampaikan, Sebelum kata saya noktah, terimalah serangkap pantun. Tinggi bukit silang-gemilang, Air pasang tenang-tenangan, Budi sedikit takkan hilang, Dalam hati kenang-kenangan Jejaran mengkudu bias kesuma, Di celah angsana di Kuala Sedeli, Akhir di sini nokhtah bersama, Di lain masa bersua kembali Saya dengan ini merasmikan Majlis Graduasi Pelajar SMK Sijangkang Jaya tahun 2014. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warrah matullahi wabarakatuh Terima Kasih. 9
  • 10. TEKS UCAPAN PERASMI Sempena PROTOKOL MAJLIS MAJLIS GRADUSI PELAJAR SMK SIJANGKANG JAYA TAHUN 2014 Yang Berbahagia, En Abdul Hamid bin Abd Majid, Ketua Penolong PPD Pengurusan Sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat. Yang dihormati, Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib, YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya, Yang Berusaha, Pn Hajah Salbiah bt Ibrahim Pengetua SMK Sijangkang Jaya Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan; Pn. Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran. Tn. Haji Kowangid b. Taufik - PK Hal Ehwal Murid. Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum Pn. Rubi’ah bt Hayat - PK Petang Pn Sharipah bt. Saari - PK Pendidikan Khas Yang Dihormati, Para Tetamu Jemputan, 10
  • 11. Yang Dikasihi ; Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Para Guru, dan seterusnya Putera dan Puteri SMK Sijangkang Jaya yang dikasihi. 11