SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  77
Télécharger pour lire hors ligne
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan penggunaan kaedah
simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Seperti yang kita
ketahui, mata pelajaran sejarah sering dikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam
pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengetengahkan penggunaan kaedah simulasi sebagai satu kaedah untuk pengajaran dan
pembelajaran Sejarah.
Menurut Noraini Ishak dalam tulisan beliau bertajuk “Teori-teori Yang Boleh Diguna Atau
Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” bertarikh 5 Disember 2009, pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kaedah simulasi ini adalah satu gambaran abstrak tentang situasi
sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-
masing untuk menyelesaikan maslaah atau isu-isu yang berkaitan. Ia juga merupakan satu
situasi yang diwujudkan utnuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan
masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar
wujud di dalam keadaan yang terkawal.
2
Terdapat beberapa jenis simulasi yang dapat digunakan sebagai satu langkah atau aktiviti
yang boleh menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini iaitu :
a. Lakonan atau drama
 Berskrip
 Tanpa Skrip
b. Sosio drama
 Pelajar cuba menyelesaikan sesebuah masalah sosial
 Pelakon diberi peranan watak sejarah dan suatu masalah atau
isu dalam sejarah.
c. Perbahasan
 Pemidato memegang peranan sebagai seorang tokoh sejarah
atau sebagai seorang tokoh sejarah yang membahaskan sesuatu
isu sejarah.
 Syarahan kecil dilakukan oleh seorang pelajar kepada rakan-
rakan sekelas dan mereka memberi markah.
Cth : seorang pelajar menerangkan apa yang sebenarnya dilihat
dan dirasai oleh Marco Polo dalam pengembaraanya.
3
d. Simulasi Segera
 Guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk .
 Guru meminta pelajar memegang sesuatu peranan dan
mengambarkan bagaimana peristiwa itu berlaku.
Cth : Jika anda tokoh x , apakah yang akan anda lakukan ?
Bagaimana reaksi anda terhadap …?
e. Permainan
 Terancang dan berstruktur seperti ‘board games’ dan teka
silang kata.
Dalam kajian ini, saya telah memilih teknik simulasi jenis sosio drama yang mana
pelajar akan diberikan peranan dan watak yang akan melakonkan watak dalam tajuk
yang telah dipilih dalam mata pelajaran Sejarah untuk menyelesaikan sesuatu
permasalahan yang ditimbulkan.
4
1.2 Penyataan Masalah
Penyataan masalah di sini mengupas tentang mengapa mata pelajaran Sejarah kurang berjaya
menarik minat pelajar dan dianggap sebagai satu mata pelajaran yang membosankan.
Penyataan masalah ini dapat dilihat melalui beberapa kajian. Malah, mata pelajaran Sejarah
ini sendiri telah dibentangkan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua
pelajar dan wajib lulus dalam peperiksaan SPM pada tahun 2013 nanti. Kenyataan ini
disokong oleh satu kenyataan akhbar yang mana kerajaan memutuskan untuk menaik taraf
status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013
(Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin).
Pelbagai pendapat mengapa mata pelajaran Sejarah ini dijadikan sebagai satu mata pelajaran
wajib kelak. Ramai berpendapat, rata-rata pelajar bosan dengan kaedah dan modul yang
diguna pakai sekarang. Mata pelajaran Sejarah ini pula banyak menceritakan dan
memfokuskan tentang tokoh-tokoh atau individu berbanding sejarah bangsa dan negara.
Mereka seolah-olah hanya belajar mengenali tokoh. Malah, mereka perlu menghafal banyak
topik, iaitu 8 topik dalam tingakatan 1, 10 topik dalam tingkatan 2, 7 topik dlam tingkatan 3,
10 topik tingkatan 4 dan 9 topik dalam tingkatan 5. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 44
topik. Manakala sewaktu tingkatan 4 dan 5, pelajar perlu membaca 19 topik hanya untuk
menjawab 2 soalan dalam SPM.
5
Mereka merasakan pelajaran Sejarah tidak digunakan dalam kehidupan seharian sepertimana
matematik dan sains contohnya. Mereka juga tidak tahu apa tujuan mereka belajar Sejarah.
Malah, buku teks yang tebal dan kandungan yang tidak menarik ditambah dengan beribu-ribu
fakta yang perlu dihafal. Mereka juga berpendapat bahawa hampir tiada majikan atau
pekerjaan yang memerlukan mereka begitu arif tentang Sejarah.
Azwani Ismail, Zaharah Aziz dan Sharifah Nur Puteh dalam kajian mereka yang bertajuk
“Kesan Model STAD Terhadap Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah”, Universiti
Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai tanggapan awal
bahawa mata pelajaran sains sosial amnya dan Sejarah khususnya adalah mata pelajaran yang
membosankan. Tanggapan awal ini akan menyebabkan pelajar kurang tumpuan dan kurang
motivasi untuk mempelajari pelajaran sejarah.
Menurut Abdul Hakim (2002), Abdul Razak dan Ali (2000), Anuar et al. (2009), menyatakan
bahawa mata pelajaran sejarah adalah merupakan mata pelajaran yang kurang diminati oleh
pelajar dan membosankan. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Abdul Razak dan
Abdullah (2000) terhadap 240 pelajar di daerah Petaling Jaya dan Kuala Selangor mendapati
pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran sejarah ini sebagai mata pelajaran sampingan
yang tidak mendatangkan faedah. Tanggapan ini pula dikaitkan dengan kajian oleh
Sivachanlingam et al. (2008) yang mana menyatakan bahawa subjek sejarah yang tidak
memberikan jaminan pekerjaan dan tidak mempunyai nilai komersial.
6
Hazri Jamil (2003) pula menyatakan. pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah berbeza
dengan mata pelajaran lain. Dalam pendidikan sejarah, pelajar bukan sahaja diajar
mendapatkan maklumat atau pengajaran dari peristiwa sejarah dan seterusnya dapat
merealisasikan dalam kehidupan seharian dan merancang kehidupan akan datang.
Keberkesanan pengajaran sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru sejarah.
Guru sejarah yang baik menunjukkan kebolehan dan keupayaan diri dari segi kualiti diri,
sosial dan profesional. Kelemahan dari segi pengajaran masih menjadi isu utama yang
berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM. Malah, corak pengajaran
sejarah di sekolah masih bersifat tradisional dan membosankan pelajar.
Satu kajian oleh Mohamad Sultan (2000) di sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam,
menunjukkan pengajaran sejarah di sekolah berkenaan kurang berkualiti. Malah mengikut
Hariyono (1995), guru sejarah kurang memerhatikan sama ada maklumat tersebut dapat
membangkitkan minat atau semangat yang boleh membentuk pelajar yang faham akan
sejarah. Kenyataan ini disokong pula oleh Omardin (1996), Aini (1998) dan Khoo Kay Kin
(2008) yang menyatakan bahawa pembelajaran sejarah lazimmya dijalankan dalam bentuk
hafalan. Pelajar difokuskan dengan menitikberatkan aspek-aspek seperti mengingati tarikh,
fakta-fakta serta pergolakan dunia yang telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Ini
akan menyebabkan mereka mempunyai perspektif yang sempit tentang proses perkembangan
masyarakat dan negara. Oleh itu, ramai pelajar mendapati mata pelajaran sejarah sangat
menjemukan dan tidak merangsang pelajar untuk berfikir.
7
Menurut Zahara (1999), sekiranya guru mementingkan pengajaran dan yang memberi latihan
kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila pelajar meninggalkan alam persekolahan dan
menjejak alaf baru, mereka akan merasa lebih yakin kerana berkebolehan dan berinisiatif
dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran dengan kritis dan kreatif. Sekiranya konsep
sejarah dapat difahami dengan jelas pada peringkat awal lagi, akan dapat memupuk dan
memperkukuhkan lagi semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan
warga dunia. Tanggapan negatif pelajar ini boleh dilenyapkan jika guru berfikiran kreatif dan
inovatif, yang dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan
dapat menimbulkan keseronokan di dalam kelas.
Malah, jurnal yang ditulis oleh Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, dan Nur Atiqah T.
Abdullah (2009), ada menyatakan bahawa isu tentang mengapa pengajaran dan pembelajaran
Sejarah kurang berjaya menarik minat pelajar telah ditimbulkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-170 (Pusat Perkembangan Kurikulum:
2003). Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 7 Mac 2003. Tindakan susulan oleh PPK
telah menjalankan kajian ke atas 31 buah sekolah berprestasi rendah dan sederhana Sejarah
SPM 2002 di Semenanjung Malaysia. Kajian ini telah menunjukkan penurunan prestasi
Sejarah SPM 2003 sebanyak 4.6%.
8
Satu lagi mesyuarat Jawatankuasa Sejarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 1 April 2004 untuk mengenal pasti masalah dan
mendapatkan pandangan dari pihak IPTA dan guru Sejarah. Selepas daripada mesyuarat
tersebut, sekali lagi PPK memantau sekolah berprestasi rendah Sejarah SPM 2003 di 36 buah
sekolah di Semenanjung dan 20 buah sekolah di Sabah dan Sarawak.
Pemantauan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai persediaan
guru Sejarah bagi melaksanakan kurikulum Sejarah (semakan) yang telah didedahkan dan
mengukur sejauhmana kelancaran pelaksanaan kurikulum Sejarah serta pengaplikasian
pedagogi yang telah didedahkan. Di samping itu juga ia adalah untuk mengenal pasti punca
yang menghalang minat murid terhadap Sejarah dan penurunan prestasi Sejarah SPM 2003.
Menurut Adnan Omar dalam tulisannya yang bertajuk “Keberkesanan E-Tuisyen Terhadap
Pencapaian, Minat dan Sikap Pelajar Berprestasi Rendah dalam Mata Pelajaran Sejarah”,
Universiti Utara Malaysia mengupas dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan usul
mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan yang diadakan pada 7 Mac 2003.
Walaupun terdapat peningkatan pada Kertas SPM Sejarah 1249/2 pada 2006 dan 2007,
namun peningkatan ini hanya tertumpu kepada pelajar yang berkebolehan tinggi berbanding
dengan pelajar dalam kumpulan sederhana dan lemah. Ini juga menjadi punca mengapa
penurunan terhadap mata pelajaran Sejarah berlaku. Selain itu, Adnan Omar juga mengupas
tentang mengapa Sejarah kurang berjaya menarik minat pelajar iaitu, kebosanan dan kurang
minat pada Sejarah adalah kerana pelajar disogok dengan gaya pengajaran tradisional,
pembelajaran yang mendatar, tiada motivasi, berpusatkan kepada guru dan penuh dengan
hafalan fakta.
9
Kata-kata ini disokong dengan satu kajian yang dilakukan oleh Mohamad Sultan (2000) di
salah sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam, yang mana beliau mendapati keseluruhan
kajiannya menunjukkan pengajaran Sejarah di sekolah tersebut kurang berkualiti dan ini
membuktikan bahawa pengajaran adalah berkait rapat dengan tanggungjawab guru sebagai
penyampai ilmu manakala keberkesanan pengajaran pula ialah kejayaan guru mencapai
objektif dalam membantu pelajar belajar.
1.3 Kerangka Konseptual
Rajah 1.1 : Konsep Rangka Kerja Mengenai Kaedah Simulasi Meningkatkan
Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu.
Masalah Pemahaman
Fakta Sejarah
Implikasi terhadap prestasi
pembelajaran pelajar Tingkatan 1
Sebab / Pemboleh
ubah Tidak
Bersandar
Akibat / Pemboleh
ubah Bersandar
10
1.4 Objektif Kajian
Antara objektif yang disasarkan dalam kajian ini adalah :
a) Memfokuskan kepada masalah pemahaman murid dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah.
b) Membantu mengubah pengajaran guru ke arah pendekatan yang lebih baik dalam
meningkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Sejarah.
c) Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian di sini adalah seperti yang berikut :
a) Apakah faktor utama pelajar kurang minat terhadap mata pelajaran Sejarah?
b) Apakah tingkahlaku yang ditunjukkan pelajar kurang berminat dalam mata
pelajaran Sejarah?
c) Apakah kaedah atau pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah kesukaran
memahami fakta di kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan?
11
1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan
penggunaan kaedah yang digunakan dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar yang
boleh menarik minat pelajar dalam satu-satu mata pelajaran.
1.7 Batasan Kajian
1.7.1 Masa
Kajian ini akan dijalankan berdasarkan tempoh masa yang diberikan mengikut jadual
yang telah ditetapkan.
1.7.2 Sampel
Kajian ini hanya akan dijalankan di salah sebuah kelas tingkatan satu di sekolah
menengah.
1.7.3 Lokasi
Kajian ini dicadangkan akan dilaksanakan di Sekolah Menengah St. Anthony, Tenom.
1.7.4 Tajuk
Kajian ini hanya akan memberi fokus pada penggunaan kaedah simulasi iaitu teknik
sosio drama dalam tajuk Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka dalam
pengajaran Sejarah.
12
1.7.5 Skop Persepsi
Skop persepsi dalam kajian ini adalah memfokuskan kepada pemahaman dan minat
pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.
1.8 Definisi
Definisi-definisi ini boleh dilihat dari segi defini konsep dan definisi operasional yang
mana definisi knosep adakalanya dirujuk sebagai definisi teori yang harus
bersandarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas.
Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum. Manakalah dari segi definisi
operasional pula ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan
responden, pembolehubah yang hendak diuji atau dimanipulasikan dalam kajian. Ia
memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau
dimanipulasikan.
1.8.1 Kaedah Simulasi
Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, simulasi bermaksud perbuatan (latihan dll)
yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat
tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya. Dari aspek
kajian ini, simulasi membawa maksud sesuatu situasi sebenar yang
memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-
masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.
13
1.8.2 Meningkatkan Prestasi
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan prestasi ini
dapatlah didefinisikan sebagai satu usaha untuk memajukan diri untuk
mencapai hasil atau mutu yang diperolehi atau dicapai dalam menjalankan
sesuatu tugas. Dalam aspek kajian ini pula meningkatkan prestasi di sini
bermaksud berusaha untuk meninggikan lagi hasil pencapaian pelajar agar
dapat menanam rasa minat terhadap mata pelajaran Sejarah sekaligus dapat
meningkatkan peratusan pencapaian mata pelajaran Sejarah ke arah yang lebih
baik.
1.8.3 Pelajar
Pelajar pula adalah seseorang yang ingin belajar yang juga dikenali sebagai
penuntut atau murid. (Kamus Pelajar). Dalam aspek kajian ini, pelajar yang
dimaksudkan adalah golongan remaja berumur dalam lingkungan 13 tahun
yang belajar dalam suatu komuniti iaitu sekolah.
1.8.4 Sejarah
Sejarah didefinisikan sebagai peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu
yang lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yang disangka dongeng itu menjadi
fakta iaitu sesudah dijumpai bukti-bukti yang mengesahkannya. Manakala
dalam aspek kajian ini, Sejarah adalah satu mata pelajaran yang diajar di
sesebuah sekolah.
14
Menurut Siagan (1987), simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan
percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata. Manakala Hasan
(2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh
atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata
tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya. Simulasi adalah suatu
teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model
dari golongan yang luas. Golongan atau kelas ini sangat luas sehingga dapat dikatakan
‘jika semua cara yang lain gagal, cubalah simulasi’ (Schroeder, 1997). Dalam kajian
ini, simulasi merujuk kepada satu aktiviti bagi menarik minat pelajar dalam suatu
pembelajaran.
Menurut sumber lain, simulasi adalah tiruan perbuatan yang hanya pura-pura.
Simulasi yang berasal daripada perkataan simulate yang bermaksud pura-pura atau
perbuatan seolah-olah. Beberapa buku yang meghuraikan tentang simulasi ini sering
menggunakan perkataan simulasi sebagai satu istilah permainan. Robinson (1996)
menyatakan bahawa simulasi sering bertukar nama kepada permainan. Oleh yang
demikian, dapatlah disimpulkan di sini bahawa simulasi adalah peniruan atau
perbuatan yang bersifat meniru suatu peristiwa seolah-olah seperti peristiwa yang
sebenar.
15
1.9 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, kaedah simulasi merupakan satu kaedah yang sesuai
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah bagi meningkatkan prestasi
pelajar dalam mata pelajaran Sejarah ini. Kajian ini juga bertujuan untuk mellihat
sejauhman keberkesanan penggunaan kaedah simulasi terhadap nilai patriotisme,
sikap pelajar terhadap Sejarah dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah
khususnya dalam kajian yang dijalankan di salah sebuah sekolah menengah di Daerah
Tenom ini.
16
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Di dalam bab ini membincangkan tentang kajian-kajian literatur yang berkaitan
dengan kajian yang akan dijalankan terutamanya yang melibatkan pembelajaran yang
menggunakan kaedah simulasi sebagai satu kaedah untuk meningkatkan prestasi
pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Simulasi ini dapat meningkatkan motivasi dan
perhatian pelajar terhadap topik-topik yang diajar dan meningkatkan keterlibatan
secara langsung pelajar dengan guru. Beberapa kajian literatur yang berkaitan dengan
penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat dilihat
bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam satu-satu mata pelajaran terutama dalam
mata pelajaran Sejarah ini.
17
2.2 Pelbagai Pendapat dan Pandangan Mengenai Simulasi
Satu kajian yang dijalankan oleh Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, dan Nur
Atiqah T. Abdullah (2009), menyatakan bahawa mata pelajaran Sejarah ini sendiri
memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi negara
khususnya dalam pembentukan masyarakat yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping mempunyai daya fikir yang tinggi.
Oleh yang demikian, penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah ini adalah penting untuk meningkatkan prestasi
pelajar di samping menarik minat pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Ini dapat
dilihat dari definisi simulasi itu sendiri yang mana simulasi memainkan peranan
penting dalam melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem
nyata (Siagan, 1987) dan simulasi itu sendiri merupakan satu model pengambilan
keputusan dengan mencontohi atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari satu
sistem (Hasan, 2002).
Menurut satu kajian bertajuk “Guru Sejarah MRSM Yang Berkesan – Kaedah
Pengajaran Sejarah”, kaedah simulasi sebagai satu kaedah yang dapat mewujudkan
satu situasi untuk menyerupai keadaan sebenar dan ia melibatkan pelajar-pelajar
melakonkan sesuatu perkara (secara berpura-pura) dalam suatu suasana yang
terancang.
18
Satu kajian oleh Norazura Yahya, Norhaslina Rosli, Nur Amira Noor Ali dan Abdol
Rahim Ahmad, Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kajian mereka bertajuk
“Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Mempertingkatkan Penguasaan Sebutan dan
Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris Menggunakan Simulasi”, menyatakan bahawa
simulasi adalah satu pengajaran yang amat berkesan yang membolehkan para guru
mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap
yang juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi
juga adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja
diwujudkan sama dengan situasi sebenar. Tujuannya adalah untuk menjalankan
latihan demi untuk menyelesaikan masalah.
Kumpulan pengkaji ini juga menyatakan, dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar
berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan
tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan
yang mana masalah-masalah yang ditimbulkan itu melibatkan satu kajian yang rumit,
masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Noraini Ishak (2009), dalam penulisan beliau bertajuk “Teori-teori, Strategi Yang
Boleh Digunakan atau Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” menulis bahawa kaedah
simulasi itu sendiri mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran,
pelajar akan bergerak aktif serta maningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam satu-
satu mata pelajaran.
19
Kenyataan ini disokong oleh satu kerangka teoritikal yang berkaitan dengan simulasi
iaitu kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah, iaitu pembolehubah
bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Berdasarkan kajian yang ingin
dijalankan, pembolehubah tidak bersandar adalah kaedah pengajaran guru contohnya
kaedah simulasi, manakala pembolehubah bersandar pula adalah minat pelajar
terhadap pengajaran guru. Ini bermaksud pemboleh ubah bersandar iaitu minat
bergantung kepada pemboleh ubah tidak bersandar iaitu (kaedah simulasi) kaedah
yang digunakan oleh guru.
Rajah 1.2 : Kerangka Teoritikal Simulasi
Dalam kajian ini kita dapat melihat bahawa mata pelajaran Sejarah sebagai satu mata
pelajaran yang penting dalam bidang pendidikan dan dalam kehidupan kita sehari-
hari. Nur Jannah (2010), dalam artikelnya yang bertajuk “Penggunaan ICT di dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah” juga ada menyentuh tentang penggunaan
kaedah simulasi sebagai satu kaedah yang boleh membantu meningkatkan prestasi
dan minta murid terhadap mata pelajaran Sejarah ini.
Simulasi
Minat
Aktif
Pencapaian
20
Apabila dilihat sendiri dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan
Empat (2002), telah mencadangkan beberapa kaedah dan teknik dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Antara teknik yang dicadangkan adalah
penggunaan kaedah simulasi. Beliau menambah lagi dalam tulisannya, kaedah
simulasi dan tutorial multimedia merupakan satu kaedah pengajaran yang terbaik
sekiranya pengajar memahami proses menghasilkan courseware yang sesuai dengan
bahan pengajaran (DelGaudio & Julian J. 2002).
Mohd Nor Izwan Sulaiman dalam penulisannya bertajuk “Kaedah dan Teknik”
menyatakan bahawa Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi
sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.
Ezani Yusoff (Bob) dalam penulisannya bertajuk “Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran” menyatakan bahawa simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang
diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para
pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat,
menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam
proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
21
Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui
teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat mewujudkan
pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk
meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Shaharuddin Md Salleh, Zaidatun Tasir, dan Baharuddin Aris dalam kajian mereka
bertajuk “ Simulasi Menerusi WEB” menyatakan bahawa pembelajaran rangkaian
komunikasi tanpa melalui pengalaman memasang atau menguji rangkaian sebenar
menyukarkan pelajar untuk menguasai sesuatu mata pelajaran. Salah satu cara yang
boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran melalui pengalaman
adalah menerusi simulasi. Oleh yang demikian, ia berpotensi meningkatkan
pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang
semakin berkembang pesat dan maju ini.
Menurut M. Alessi dan Stanley (2001), simulasi sering digunakan untuk
menggantikan proses pembelajaran yang berbentuk handson yang tidak dapat
dijalankan di dalam bilik darjah. Simulasi dapat memberi pengalaman kepada pelajar
bagaimana sesuatu teori atau konsep diaplikasikan di dalam masalah sebenar (Alessi
& Trollip, 2001). Pembelajaran menerusi simulasi merupakan salah satu strategi
pengajaran yang terbukti berkesan dalam meningkatkan mutu pembelajaran dari
pelbagai aspek (Van Berkum dan De Jong, 1991).
22
Pembelajaran berkesan melalui simulasi juga dapat dipersembahkan melalui sistem
berkomputer unutk menarik minat pelajar dalam mempelajari Sejarah. Kenyataan ini
disokong oleh De Jong (1991) yang menyatakan bahawa terdapat banyak pendekatan
dan pembelajaran menerusi simulasi ini seperti pendekatan dan pembelajaran
menerusi simulasi berkomputer seperti analisis, eksperimen dan pengajaran. Menurut
beliau lagi, menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran
mempunyai beberapa kepentingan, kepentingan utama adalah memastikan pelajar
aktif dalam ekplorasi dan belajar sesuatu yang mana pendekatan yang digunakan
berkaitan dengan teori pembelajaran moden. Pembelajaran simulasi berkomputer
lebih kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang memerllukan sokongan dari
pengajar atau sistem bagi memastikan simulasi yang digunakan adalah efektif.
Selain itu, kajian oleh Yucesan et al., Chun Hung Chen, Insup Lee (1998), simulasi
berasaskan web menjadi salah satu cara untuk memperluaskan peranan simulasi
dalam dunia pendidikan kerana struktur internet yang luas serta mudah dicapai pada
bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa mengira platform komputer yang
digunakan.
Kajian yang dilakukan oleh Lorenz et al. (1997), menegaskan bahawa WWWS dapat
meningkatkan teknik simulasi dan dapat berfungsi sebagai alat atau model yang boleh
digunakan oleh pelajar dan yang paling utama ia boleh digunakan secara global.
23
Mengikut teori-teori pembelajaran yang diutarakan oleh Piaget (1962), Bruner (1966)
dan Lev Vygotsky (1978), pengajaran berkesan adalah suatu keadaan yang
menyediakan pelajar boleh berdiri sendiri, membina makna melalui interaksi sosial,
penemuan sendiri dan mengelakkan pergantungan berlebihan kepada guru atau
pensyarah. Kenyataan ini disokong oleh Hunter (1995), pengajaran berkesan sebagai
pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Salah satu
pendekatan yang membantu pelajar dalam meningkatkan pengajaran adalah menerusi
simulasi.
Keberkesanan simulasi dalam proses pengajaran dan pemahaman tidak dapat
disangkal lagi kerana terdapat banyak bukti penyelidikan yang telah dijalankan serta
diterbitkan dalam persidangan tahunan mengenai simulasi menerusi web dalam SCS
dan Winter Simulation dan dalam isu khas mengenai jurnal-jurnal simulasi
terutamanya simulasi berasaskan web (Fishwick dan Hill, 1999).
Pelbagai pendapat dapat dikenalpasti berkaitan dengan simulasi ini iaitu menurut Les
Pang & Hodson (1999), menyatakan bahawa simulasi dapat menghasilkan tindakbalas
yang betul serta teratur yang mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan
mengupah seorang guru bagi setiap pelajar, membolehkan pelajar meningkatkan serta
melakukan banyak aktiviti yang mana jika dilakukan pada dunia nyata akan
meningkatkan kos serta mungkin membahayakan pelajar serta dapat menyediakan
peralatan bagi membantu dan membimbing pelajar dalam menyediakan struktur
kajian kes.
24
Ini terbukti dengan peningkatan pembelajaran yang efektif yang merupakan sesuatu
yang penting dalam menyelesaikan kes-kes kerana menerusi simulasi pelajar dengan
mudah dapat mengaitkan kes dengan pengalaman yang telah dilalui. Simulasi juga
telah terbukti sebagai satu cara pembelajaran yang efektif, yang mana membolehkan
pelajar lebih inovatif dan kreatif.
Dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Gokhale (1996), beliau merumuskan
bahawa integrasi simulasi berkomputer kepada pembelajaran makmal melalui aktiviti
tradisi dapat meningkatkan prestasi pelajar. Tunjuk ajar dari aktiviti simulasi boleh
digunakan sebagai alternatif bagi memotivasikan pelajar kepada menerokai dan
membina kemahiran pelajar.
Beberapa elemen motivasi boleh didapati pada kebanyakan simulasi (Keller &
Suzuki, 1998); Malone & Lepper, 1987); Alessi & Trollip, 2001). Menerusi simulasi
juga pemindahan pembelajaran dapat dilaksanakan sama ada berbentuk kemahiran
atau pengetahuan dalam satu situasi yang dilaksanakan kepada situasi yang lain
(Clark & Voogel, 1985). Simulasi adalah satu pembelajran yang baik dalam
memindahkan kemahiran atau pengetahuan ke dunia sebenar. Simulasi juga mudah
disesuaikan dalam pelbagai bentuk pembelajaran. Simulasi biasanya memenuhi
kehendak pengguna sama ada mempersembahkan bahan-bahan atau memandu dan
menunjukkan pengguna cara-cara tertentu bagi melakukan aktiviti. (Alessi & Trollip,
2001).
25
2.3 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, dapat dinyatakan di sini bahawa kaedah simulasi adalah satu
kaedah atau cara yang paling sesuai dalam membantu guru meningkatkan prestasi
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dan di samping itu juga simulasi ini
sedikit sebanyak dapat membantu untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari
satu-satu mata pelajaran dengan lebih baik dan efisien. Oleh yang demikian, dalam
kajian ini, kaedah simulasi dapat digunakan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan
prestasi pelajar dan menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.
Memandangkan mata pelajaran ini telah dianggap sebagai satu mata pelajaran yang
membosankan dan langsung tidak menarik minat pelajar dalam mempelajarinya.
Oleh itu, pelbagai kaedah dibuat dengan menggunakan kaedah simulasi ini
termasuklah penggunaan simulasi dalam sistem berkomputer dan pembelajaran
simulasi menerusi web yang telah dibincangkan tadi. Ini akan dapat membantu
dengan lebih mudah menarik minat pelajar dalam menjalankan satu-satu aktiviti yang
berkaitan dengan mata pelajaran yang mereka kurang minat dan sekaligus dapat
menarik minat mereka untuk mendalami mata pelajaran tersebut khusunya mata
pelajaran Sejarah.
26
BAB 3
METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pendahuluan
Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan kajian iaitu :
a) Sejauhmanakah keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran
dan pembelajaran Sejarah?
b) Adakah penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi?
c) Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah simulasi dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah?
Kajian ini memerlukan kerjasama daripada pihak sekolah dan pelajar dalam mengaplikasikan
penggunaan kaedah simulasi sosio drama dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di
dalam kelas. Penggunaan kaedah simulasi ini akan digunakan dalam tempoh yang ditetapkan
dan berdasarkan kepada kaedah kajian yang dipilih. Di akhir kajian, data-data akan
dikumpukan dan dianalisis bagi mengetahui sama ada soalan kajian dapat dijawab.
27
3.2 Rekabentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan di sini adalah dengan menggunakan pendekatan
kuantitatif yang mana pengkaji melihat hubungan pembelajaran menggunakan kaedah
simulasi dengan penglibatan aktif pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, iaitu
kaedah sebelum dan selepas kaedah simulasi koperatif ini dilaksanakan di dalam bilik
darjah. Kajian ini melibatkan lima peringkat iaitu :
Rajah 1.3 : Peringkat – peringkat Kajian
Tujuan isu / masalah
yang hendak dikaji
Refleksi / Penilaian Kendiri
Pemerhatian / Penilaian
Tindakan
Pelaksanaan Tindakan
Perancangan Tindakan
28
Merujuk kepada Rajah 1.2 iaitu peringkat-peringkat kajian, kajian yang hendak
dijalankan ini menggunakan lima peringkat utama iaitu meneliti kepada tujuan isu
atau masalah utama yang hendak dikaji dalam kajian penyelidikan ini. Tujuan isu atau
masalah yang hendak dikaji ini adalah melibatkan apakah masalah utama yang
dihadapi oleh seseorang guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dalam mata pelajaran Sejarah di kalangan pelajar Tingkatan Satu. Melihat kepada
permasalahan yang telah dibincangkan sebelum ini, yang mana kaedah yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini tidak dapat menarik minat
murid dan tidak dapat melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini, maka tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauhmanakah
keberkesanan kaedah pembelajaran yang dipilih dapat membantu dalam
menyelesaikan masalah tersebut.
Setelah itu, perancangan tindakan dijadikan sebagai peringkat kajian yang kedua yang
mana suatu tindakan dirancang untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi.
Perancangan tindakan di sini bermaksud memilih kaedah yang sesuai digunakan
untuk dijadikan sebagai kajian terhadap pelajar iaitu sama ada kaedah yang dipilih ini
dapat membantu pelajar dalam melibatkan diri secara aktif di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di samping menarik minat mereka untuk mempelajari
mata pelajaran ini.
Setelah pemilihan kaedah dilakukan, pelaksanaan tindakan dijalankan iaitu dengan
menjalankan pelbagai aktiviti ke atas murid yang dikaji iaitu pelajar dalam Tingkatan
Satu. Soalan-soalan berbentuk soal selidik berkaitan dengan penggunaan kaedah
simulasi terhadap pembelajaran Sejarah ini berkesan ataupun tidak. Kemudian,
pemerhatian serta penilaian dilakukan dan hasil daripada penilaian yang dibuat, satu
penilaian kendiri dilakukan utuk memastikan kaedah yang dipilih ini dapat membantu
ataupun sebaliknya.
29
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
3.3.1 Tempat Kajian
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom yang terletak
di daerah Tenom. Pemilihan sekolah ini sebagai tempat dan subjek kajian adalah
berdasarkan kriteria berikut :
i) Sekolah ini mendapat bantuan penuh kerajaan
ii) Sekolah ini juga mempunyai kemudahan prasarana yang sesuai bagi
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
iii) Para pelajar memerlukan input dan informasi terkini untuk meningkatkan lagi
proses pembelajaran sejarah dengan kaedah-kaedah yang dapat menarik minat
pelajar.
3.3.2 Subjek Kajian
Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar dalam Tingkatan Satu.
3.3.3 Populasi Kajian
Sasaran kajian atau populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar
Tingkatan Satu seramai 30 orang.
30
3.4 Instrumen Kajian
Untuk tujuan kajian ini, alat yang digunakan untuk memperolehi data ialah kertas
ujian pra, kertas ujian pasca dan borang soal selidik. Soalan ujian pra dan ujian pasca
ditadbir mengikut tajuk yang dipilih iaitu Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu
Melaka. Kertas soalan ini diedarkan kepada subjek di awal dan di akhir kajian.
Manakala borang soal selidik yang disediakan mengandungi rumusan tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan kaedah
simulasi sosiodrama dalam tajuk yang dipilih.
3.4.1 Borang Soal Selidik
i) Bahagian A
Bahagian ini merupakan borang soal selidik yang digunakan untuk
mendapatkan profil guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Sejarah.
Antara maklumat penting yang hendak diperolehi melalui soal selidik ini
termasuklah kelayakan akademik / ikhtisas guru, pengalaman guru mengajar
dalam mata pelajaran Sejarah, kursus dalam perkhidmatan bagi mata pelajaran
Sejarah yang pernah dihadiri.
31
ii) Bahagian B
Bahagian ini pula merupakan satu senarai yang mengandungi lima masalah
yang perlu disusun mengikut keutamaan 1 – 5 ( 1= masalah yang paling
utama, 5= masalah yang paling kurang utama ). Tujuan senarai ini adalah
untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan
pendekatan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di
sekolah kajian.
iii) Bahagian C
Bahagian ini merupakan borang soal selidik untuk mendapatkan jawapan
daripada pernyataan dengan memilih jawapan (Ya atau Tidak). Borang soal
selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses soal selidik ini pengkaji akan
dapat mencari alternatif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran objektif.
32
iv) Bahagian D
Bahagian D merupakan borang soal selidik yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat bagaimana cara-cara mengatasi masalah daripada
dapatan melalui jawapan soal selidik dengan menggunakan skala likerd
dengan memilih satu jawapan sahaja tanpa dipengaruhi oleh jawapan orang
lain bagi mendapatkan penilaian yang sah.
3.2.1 Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Prosedur pembinaan atau penggubalan soalan bagi ujian pra dan ujian pasca
dimulakan dengan membuat pelbagai rujukan seperti sukatan matapelajaran Sejarah
tingkatan satu, buku teks dan buku ulangkaji yang terdapat di pasaran. Soalan-soalan
ujian yang lepas juga digunakan bagi mengenalpasti kebolehpercayaan soalan
tersebut. Setelah maklumat dikumpulkan, jadual spesifikasi ujian digubal bagi
memastikan soalan ujian mengikut tahap pencapaian sampel kajian. Soalan ujian
dihasilkan, ujian pra dan ujian pasca dijalankan. Selepas ujian ditadbir, analisis
dapatan kajian dilaksanakan.
33
3.5 Prosedur Pengumpulan Data.
Kajian dimulakan dengan memberikan taklimat ringkas tentang prosedur kerja yang
akan dilaksanakan sepanjang kajian kepada pelajar-pelajar yang dipilih sebagai
sampel kajian.
Sebelum menggunakan kaedah yang ingin dikaji dalam pengajaran dan pembelajaran,
soal selidik terhadap profil guru diberikan dengan menggunakan borang Bahagian A.
Setelah itu, borang soal selidik Bahagian B diedarkan kepada pelajar untuk dijawab
oleh pelajar sebagai sampel kajian ini dengan menyusun masalah mengikut
keutamaan masalah bermula dari satu hingga yang terakhir. Ini bertujuan agar dapat
meninjau isu atau masalah yang hendak dikaji. Hasil dapatan ini akan dijadikan asas
untuk memperolehi maklumat yang seterusnya.
Beberapa soalan dikemukakan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah
secara ringkas sebelum proses pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan tinjauan
pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, borang soal selidik Bahagian C diedarkan
kepada sampel kajian untuk mengenalpasti penglibatan pelajar-pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah simulasi dalam mata
pelajaran Sejarah. Setelah maklumat diperolehi hasil daripada soal selidik Bahagian
A, Bahagian B dan Bahagian C diselesaikan, refleksi pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan pendekatan kaedah simulasi di sekolah kajian dibuat dengan
bantuan guru-guru Sejarah yang lain.
34
Senarai semak juga akan digunakan dalam proses pemerhatian pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Akhir sekali, proses pengumpulan data ini dijalankan dengan
mengedarkan borang soal selidik Bahagian D untuk tujuan mendapatkan maklumat
sebagai maklum balas tentang cara-cara untuk meningkatkan kemajuan dan cara-cara
mengatasi masalah proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah
simulasi.
3.6 Prosedur Analisis Data
Semua data kajian yang telah diperolehi akan dianalisis menggunakan kaedah
kuantitatif. Kaedah diskriptif akan digunakan untuk mendapatkan peratusan dan min
dengan jumlah sampel kajian. Penilaian bagi setiap item soalan akan menunjukkan
tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah
simulasi di kalangan pelajar. Untuk menentukan persepsi pelajar terhadap perisian
yang digunakan, data akan ditafsir dalam bentuk peratusan dan min skor yang
menunjukkan penerimaan yang negatif.
Markah-markah pelajar digredkan mengikut ketetapan seperti dalam jadual di bawah,
pelajar yang mendapat tahap pencapaian 0 ─ 30 adalah di tahap rendah yang mana
pelajar tidak dapat mencapai tahap lulus dan ia dianggap gagal, manakala pelajar yang
mendapat 31 ─ 70 merupakan tahap pencapaian sederhana dan pelajar adalah
dianggap lulus tetapi mungkin pencapaian mereka boleh diperbaiki lagi.
35
Bagi pelajar yang mencapai tahap 71 ─ 100, mereka dianggap sebagai pelajar yang
mendapat keputusan cemerlang.
Jadual 3.1 Markah dan Tahap Pencapaian
Tahap Pencapaian Markah %
Tinggi 71 ─ 100
Sederhana 31 ─ 70
Rendah 0 ─ 30
3.7 Kebolehpercayaan Instrumen
Kajian kes telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar dan dapatan menunjukkan
kebolehpercayaan instrumen adalah kebolehpercayaan yang tinggi.
36
3.8 Kesimpulan
Di dalam bahagian ini, aspek –aspek mengenai kajian dijelaskan secara ringkas, iaitu
respon pelajar terhadap keputusan soal selidik yang secara keseluruhannya bersetuju
dengan kaedah simulasi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah
simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ke atas prestasi pelajar-pelajar
dalam Tingkatan Satu. Dalam kajian ini, pengkaji akan menjalankan kajian terhadap
pelajar-pelajar dalam Tingkatan Satu di sekolah kajian. Kemudian para responden
akan menjawab soalan ujian dan soalan soal selidik. Ujian pra akan dijawab secara
bertulis mengikut cara tradisional iaitu berbentuk teori sahaja dengan cara membaca
buku dan menghafal fakta-fakta untuk menjawab soalan manakala ujian pasca di
jawab setelah menggunakan kaedah simulasi sosiodrama dijalankan dan digabungkan
dengan pembacaan buku-buku Sejarah sebagai alat bantuan. Kemudian para
responden akan menjawab soalan soal selidik bagi memberi respon atau persepsi
terhadap keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah.
37
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom yang melibatkan 30
orang sampel dalam Tingkatan Satu. Dalam kajian ini, instrumen kajian pelajar terdiri
daripada dua kertas ujian iaitu kertas Ujian Pra dan kertas Ujian Pasca dan satu set
soalan soal selidik untuk menentukan persepsi pelajar tentang keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi.
Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengesan pencapaian pelajar sebelum
dan selepas pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi bagi
tajuk Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. Soal selidik pula diberikan untuk
menentukan persepsi pelajar tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi di kalangan pelajar tingkatan satu bagi
tajuk yang dipilih.
Prosedur pengumpulan data adalah sama dengan ujian-ujian yang dijalankan di
sekolah. Soalan yang ada diedarkan kepada setiap pelajar seramai 30 orang dan
mereka dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 1 jam. Setelah itu, kertas
soalan yang telah dijawab akan dikumpul untuk diperiksa dan dibuat analisis. Begitu
juga dengan soalan soal selidik yang diberikan kepada pelajar akan dikumpul untuk
diperiksa dan dibuat analisis. Ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi.
38
Dalam prosedur analisis data, setiap item dalam soal selidik akan dianalisis. Hasil
dapatan akan dikira dalam bentuk peratusan. Manakala dalam Ujian Pra dan Ujian
Pasca, pemarkahan berdasarkan kepada tiga kumpulan iaitu cemerlang, sederhana dan
lemah. Markah ujian pra dan ujian pasca akan dikira dalam bentuk peratusan dan
diberi gred. Rajah 1.3 menunjukkan carta alir penggunaan instrumen kajian.
Set Soal Selidik diedarkan
Set Soal Selidik
dikumpulkan
Memeriksa
Menganalisis
Keputusan
Rajah 1.4 Peringkat Pelaksanaan Instrumen Kajian
39
BAB 4
HASIL KAJIAN
4.1 Pengenalan
Kajian ini adalah kajian deskriptif yang dikendalikan dengan menggunakan ujian pra,
ujian pasca dan soal selidik. Dalam mengendalikan kajian ini, kertas ujian pra dan ujian
pasca disediakan. Selain itu, borang soal selidik juga diedarkan untuk subjek kajian yang
dipilih. Kajian ini juga berbentuk kajian kes mengenai keberkesanan penggunaan kaedah
simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar-pelajar
Tingkatan Satu.
4.2 Profil Responden
Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang merupakan pelajar-pelajar
Tingkatan Satu di Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom.
40
4.3 Dapatan Kajian
Data kajian yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pasca serta soal selidik. Analisis
data dijalankan untuk menentukan status kajian sama ada penggunaan kaedah simulasi
dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat membantu pelajar dalam memahami
tajuk yang diajarkan oleh guru.
4.3.1 Dapatan Ujian Pra
Pada awal kajian, ujian pra telah ditadbir bagi memperolehi meklumat awal tentang
prestasi pelajar yang dipilih. Didapati bahawa, semasa ujian dijalankan 20% pelajar
sukar untuk menjawab soalan yang diedarkan. Oleh yang demikian, keputusan ujian
diperolehi ialah pelajar dapat menjawab soalan ujian pra dengan baik. Keputusan
ujian ini dapat dilihat melalui Jadual 4.1
Jadual 4.1 Pencapaian Pelajar dalam Ujian Pra
Tahap Pencapaian Markah
Kawalan
Jumlah Peratus %
Tinggi 71-100 14 46.7
Sederhana 31-70 12 40
Rendah 0-30 4 13.3
Jumlah 30 100
41
4.3.2 Dapatan Ujian Pasca
Dalam ujian pasca seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2, didapati bahawa
pencapaian pelajar kumpulan kawalan menunjukkan peningkatan selepas pendekatan
diberikan. Peningkatan ini dapat dilihat melalui Jadual 4.2.
Jadual 4.3 menunjukkan perbezaan analisis markah bagi pelajar dalam ujian pra dan
ujian pasca.
Jadual 4.3 Perbezaan Pencapaian Di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca
Tahap
Pencapaian
Ujian
Pra
Ujian
Pasca
Tinggi
46.7 73.3
Sederhana
40 26.7
Rendah
13.3 0
Jadual 4.2 Pencapaian Pelajar dalam Ujian Pasca
Tahap Pencapaian Markah
Kawalan
Jumlah Peratus %
Tinggi 71-100 22 73.3
Sederhana 31-70 8 26.7
Rendah 0-30 0 0
Jumlah 30 100
42
Merujuk kepada Jadual 4.3, perbezaan dapat dilihat iaitu peningkatan sebanyak 26.6%
bagi tahap pencapaian tinggi dan ini menyebabkan jumlah tahap sederhana berkurang
sebanyak 13.3%. Kebanyakan pelajar dapat menjawab soalan dalam Ujian Pasca dengan
baik berbanding dengan Ujian Pra yang diberikan pada awal sesi pembelajaran sebelum
pengajaran pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi sosiodrama
diperkenalkan kepada pelajar dalam kelas tersebut. Ini bermakna sebagai kesimpulannya,
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi ini lebih menarik
minat semua pelajar dan mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap
pembelajaran yang telah diajarkan terutama dalam topik yang berkaitan dengan sejarah.
Semua data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program yang digunakan
adalah Program Microsoft Excel. Dalam kajian ini statistik deskriptif seperti frekuensi,
peratusan, min digunakan untuk menentukan faktor-faktor dominan yang mempengaruhi
kaedah simulasi di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Satu di Sekolah menengah ST.
Anthony, Tenom, Sabah.
Data kajian diperolehi daripada kajian soal selidik. Analisis data dijalankan untuk
menentukan status kajian sama ada penggunaan kaedah simulasi sosiodrama dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara
aktif dan menarik minat mereka dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah.
43
4.3.3 Dapatan Soal Selidik
Hasil daripada kajian soal selidik yang telah dibuat dengan menggunakan Borang B, iaitu
senarai yang mengandungi lima masalah yang perlu disusun oleh pelajar mengikut
keutamaan ini dapat dilihat dalam Jadual 4.4 di bawah.
Jadual 4.4 Taburan Kekerapan Masalah Pelajar Mengikut Keutamaan
PALING UTAMA PALING KURANG UTAMA
1. Tidak menunjukkan minat untuk belajar
mata pelajaran Sejarah
1. Tidak mempunyai persediaan untuk
mempelajari Sejarah
2. Tidak melibatkan diri secara aktif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan di dalam kelas terutamanya bagi
mata pelajaran Sejarah
2. Tiada pengaplikasian tentang kaedah-
kaedah yang sesuai agar penyampaian
pengajaran dan pembelajaran lebih
menyeronokkan
3. Sukar memahami sesuatu konsep kerana
kurangnya praktikal atau aktiviti yang
menyeronokkan semasa pengajaran dan
pembelajaran Sejarah dijalankan
3. Tiada kesedaran betapa pentingnya
mempelajari Sejarah dalam kehidupan
seharian
4. Kurang minat dan kurang keyakinan diri 4. Kurang mendapat motivasi dari keluarga
dan diri sendiri dan tidak mahu berusaha
5. Mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai
satu mata pelajaran yang membosankan di
sekolah
5. Kurang minat kerana pengajaran dan
pembelajaran tidak dipelbagaikan
44
Dengan merujuk kepada Jadual 4.4 di atas, dapatlah dirumuskan di sini bahawa masalah
paling utama yang dapat dilihat ialah kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran
Sejarah di samping kurangnya penglibatan pelajar secara aktif semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya aktiviti atau
kaedah-kaedah yang menarik yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar.
Oleh yang demikian, hasil daripada kajian soal selidik berkaitan dengan masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah inilah
saya mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah simulasi sosiodrama sebagai
langkah untuk menarik minat pelajar di samping melibatkan murid secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ini. Selain itu, beberapa kajian
soal selidik juga dijalankan untuk mengenalpasti penglibatan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hasil kaji selidik ini dapat dilihat dalam Jadual 4.5.
Jadual 4.5 Kekerapan Penglibatan Pelajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bil Soalan
Skala
Ya Tidak Jumlah
1 Saya suka membaca buku tentang Sejarah 23 7 30
2 Saya suka mata pelajaran Sejarah 18 12 30
3 Saya suka mengenal tokoh-tokoh Sejarah 22 8 30
4 Saya suka membincangkan tentang sejarah-sejarah negara 16 14 30
5
Saya mendapat bantuan dari rakan-rakan untuk belajar
10 20 30
Sejarah
6 Saya suka guru mata pelajaran Sejarah saya 25 5 30
7 Saya suka melihat filem-filem yang berunsurkan Sejarah 12 18 30
8 Saya selalu ketinggalan menyiapkan kerja atau tugasan saya 12 18 30
9 Saya ada banyak buku- buku sejarah 8 22 30
10 Saya selalu meminjam buku-buku cerita sejarah daripada rakan 28 2 30
Jumlah 174 126 300
Peratus 58 42 100
45
Merujuk kepada Jadual 4.5, setelah kajian soal selidik terhadap penglibatan pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dijalankan, didapati 42% murid tidak
melibatkan diri secara aktif dan menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ini. Manakala 58% murid dapat dilihat melibatkan diri secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ini. Oleh yang demikian, kaedah simulasi melalui
sosiodrama dipilih untuk memastikan agar terdapat penglibatan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini. Terdapat juga kajian yang dibuat ke atas pelajar
tentang cara-cara untuk menangani masalah tersebut dengan tujuan untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi. Hasil
dapatan ini dapat dilihat dalam Jadual 4.6 ( Borang Soal Selidik – Borang D )
Jadual 4.6 Taburan Kekerapan Cara-cara Mengatasi Masalah
Bil Pernyataan
Skala
Jumlah
STS TS S SS
1
Saya menyiapkan segala kerja-kerja yang
disuruh
2 8 12 8 30
oleh guru dengan merujuk penerangan yang
diberi
2
Saya memberi sepenuh perhatian terhadap proses
4 5 12 9 30
pengajaran dan pembelajaran Sejarah
3
Saya menerima dorongan dari rakan-rakan lain
5 8 12 5 30untuk dapat memahami konsep sejarah dalam
mata pelajaran Sejarah
4
Saya banyak mendapat dorongan dari guru-guru
3 7 12 8 30
Sejarah
5
Keluarga saya selalu mendorong untuk belajar
5 10 10 5 30
Sejarah
JUMLAH 19 38 58 35 150
PERATUS % 12.7 25.3 38.7 23.3 100
Petunjuk : STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, S = Setuju, SS = Sangat Setuju
46
Dengan merujuk kepada Jadual 4.6, dapat disimpulkan di sini bahawa 23.3% murid
memilih skala Sangat Setuju (SS) dengan cara-cara yang dicadangkan untuk
meningkatkan prestasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Manakala 25.3% yang menunjukkan pelajar Tidak Setuju (TS) dan 38.7% pelajar
Setuju (S) dengan 12.7% yang Sangat Tidak Setuju (STS) dengan cara- cara yang
dicadangkan dalam meningkatkan prestasi serta minat pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi ini. Ringkasan Keseluruhan
analisis soal selidik ini dapat dilihat melalui Jadual 4.7.
Jadual 4.7 Ringkasan Keseluruhan
Skala Kekerapan Peratus
STS 19 12.667
TS 38 25.333
S 58 38.667
ST 35 23.333
JUM 150 100
Petunjuk : STS = Sangat Tidak Setuju,
TS = Tidak Setuju, S = Setuju,
SS = Sangat Setuju
Daripada Jadual 4.7 di atas, didapati mod dan median yang menunjukkan kekerapan
paling tinggi adalah skala Setuju (S) yang mana kekerapan mencapai tahap 58 dalam
lingkungan peratusan 38.667 mengikut pengiraan.
47
Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan di sini bahawa terdapat perspektif yang
positif di kalangan pelajar terhadap keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Terdapat juga soal selidik atau kaji selidik lain yang digunakan bagi membantu dalam
pengumpulan data yang akan menentukan keberkesanan kaedah simulasi dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini. Setelah soal selidik dilakukan, hasil yang
didapati daripada aktiviti soal selidik ini dapatlah dilihat dalam Jadual 4.8 yang
menunjukkan taburan kekerapan terhadap pembelajaran dengan menggunakan kaedah
simulasi.
Jadual 4.8 Taburan Kekerapan Terhadap Penggunaan Kaedah Simulasi
Bil Soalan
Skala
Ya Tidak Jumlah
1
Tugasan pembelajaran saya melibatkan kerjasama dengan
pelajar lain 25 5 30
2 Ahli dalam kumpulan bekerjasama dengan baik 18 12 30
3
Ahli kumpulan saya dapat membantu saya untuk menguasai
10 20 30
satu-satu topik
4
Saya dan rakan saya saling membantu dalam menyiapkan
tugasan
20 10 30
5 Kami mendengar pendapat orang lain semasa perbincangan 15 15 30
6 Saya bebas menyuarakan pendapat semasa perbincangan 10 20 30
7 Saya sentiasa berpeluang untuk menyuarakan pendapat saya 11 19 30
8
Saya dapat mempelajari banyak perkara melalui sesi
perbincangan
17 13 30
9 Aktiviti dalam kelas adalah menarik dan berguna 25 5 30
10
Saya boleh mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan saya
18 12 30
dalam mata pelajaran Sejarah
Jumlah 169 131 300
Peratus 56.333 43.6667 100
48
Daripada Jadual 4.8, dapatlah disimpulkan bahawa 56.33% pelajar bersetuju dengan
pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi manakala 43.67% masih belum
dapat menerima kaedah simulasi dijalankan di dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah di dalam bilik darjah. Namun demikian, jumlah peratusan yang tinggi
menunjukkan penerimaan pelajar terhadap pembelajaran yang menggunakan kaedah
simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah amat tinggi.
4.4 Rumusan
Hasil daripada data yang telah dikumpul jelas menunjukkan bahawa penggunaan kaedah
simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah berupaya meningkatkan prestasi
pelajar dalam mempelajari Sejarah dan menarik minat mereka di samping meningkatkan
penglibatan secara aktif dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah ini. Berdasarkan
statistik, perbandingan peratus amat ketara di antara ujian pra dan ujian pasca dan begitu
juga dengan perolehan soal selidik yang dijalankan terhadap keberkesanan penggunaan
kaedah secara simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
49
BAB 5
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
5.1 Pendahuluan
Bab ini mengandungi empat bahagian iaitu Ringkasan Kajian, Peerbincangan
Dapatan Kajian, Kesimpulan Dapatan Kajian, Implikasi Dapatan Kajian dan
Cadangan Kajian Lanjut. Bahagian Ringkasan Kajian akan membincangkan tujuan
kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan
data dan prosedur analisis data. Bahagian Perbincangan Dapatan Kajian pula
membincangkan kesan-kesan dan pengaruh-pengaruh hasil dapatan kajian yang
diperolehi daripada kajian telah dibuat ke atas penggunaan kaedah simulasi di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kesimpulan dibuat berasaskan
perbandingan di antara keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah diedarkan
kepada 30 orang pelajar kajian. Selain itu, rumusan juga dibuat berdasarkan persepsi
yang diterima daripada pelajar berkenaan. Hasil dapatan serta jawapan bagi setiap
persoalan kajian yang berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap penggunaan
kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah telah dihuraikan di
dalam bab terdahulu. Oleh itu, gambaran secara menyeluruh tentang aspek-aspek
hasil dari penilaian pelajar dan pengkaji akan diberi tumpuan di dalam bab ini.
50
Kajian ini adalah berkaitan tentang penggunaan kaedah simulasi sebagai satu alat
yang membantu dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kajian ini hanya
dijalankan di sebuah sekolah sahaja, iaitu Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom.
Oleh itu, dapatan kajian ini hanya merujuk kepada situasi sekolah ini sahaja.
Penilaian kajian merujuk kepada soalan kajian iaitu :
i) Adakah penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari Sejarah?
ii) Adakah persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah simulasi dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah?
iii) Sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah simulasi ini dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah?
51
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Bahagian ini membincangkan data-data yang telah diperolehi dan analisis dapatan
kajian. Perbincangan dapatan kajian juga menyentuh tentang keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan mengggunakan kaedah simulasi
ditumpukan kepada dapatan yang diperolehi daripada Ujian Pra, Ujian Pasca dan
Soal Selidik yang telah dijalankan ke atas sampel kajian. Perbincangan ini juga
menjurus kepada bagaimana teknik dan kaedah ini dapat membantu pelajar dalam
meningkatkan prestasi mereka dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah ini di
samping menarik minat mereka terhadap pembelajaran Sejarah. Secara
keseluruhannya, penilaian ini juga dapat melihat persepsi murid ke atas pengajaran
dan pembelajaran Sejarah melalui kaedah simulasi.
5.2.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca
Dengan merujuk kepada jadual 4.3, keputusan yang diperolehi yang telah
membuktikan penggunaan kaedah simulasi telah berjaya membantu pelajar
menangani masalah dalam menjawab soalan Sejarah secara keseluruhannya . Hasil
kajian juga menunjukkan bahawa tahap penguasaan dan pemahaman pelajar
terhadap konsep sejarah untuk setiap pelajar adalah menggalakkan sekiranya mereka
di beri pendedahan lebih awal dengan kaedah ini. Keputusan tersebut mempunyai
persamaan pendapat dengan beberapa orang cerdik pandai dalam pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan kaedah simulasi ini.
52
5.2.2 Kajian dan Pendapat
Di antara pendapat-pendapat yang menjurus kepada hasil-hasil kajian yang telah
dibuat antaranya ialah Hafiz Muthoharoh, S.Pd.I berpendapat bahawa istilah
sosiodrama dan bermain peranan (role playing) dalam metod merupakan dua istilah
yang sama, bahkan di dalam pelaksanaannya dapat dilakukan dalam waktu bersamaan
dan silih berganti. Sosiodrama dimaksudkan adalah suatu cara mengajar dengan jalan
mendramatisasikan bentuk tingkah laku dalam hubungan sosial. Pada metod bermain
peranan, titik tekanannya terletak pada keterlibatan emosional dan pengamatan indera
ke dalam suatu situasi masalah yang secara nyata dihadapi.
Pendapat lain yang menjurus kepada simulasi ini ialah pendapat daripada Hasan
(2002) yang menyatakan bahawa simulasi merupakan satu model pengambilan
keputusan dengan mencontoh atau memprgunakan gambaran sebenarnya dari satu
sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang
sesungguhnya dan ini dapat menarik minat pelajar.
Menurut Gilstrap, dengan melihat sifat tiruannya, simulasi dapat berbentuk role
playing, sosiodrama dan permainan. Manakala Hayan, dalam bukunya yang bertajuk “
Ways of Teaching”, simulasi merupakan salah satu metod yang termasuk dalam
kumpulan role playing yang terdiri daripada sosiodrama, permainan dan drama atau
lakonan.
53
Hayan juga berpendapat bahawa sosiodrama dalam simulasi di mana peristiwa yang
dilakonkan oleh para pemegang watak iaitu pelajar memainkan peranan dalam
menggambarkan peristiwa lampau seolah-olah peristiwa yang sebenarnya.
Selain itu, pendapat Ghazali Ismail, Mazlan Zaharuddin Mat Arof dan Mohamad
Hanifah Moideen dalam kajian mereka berpendapat bahawa kaedah sosiodrama
dalam bilik darjah lazimnya diserapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau
mata pelajaran yang lain seperti Sejarah. Bahkan aktiviti berunsurkan drama, begitu
bermanfaat kepada pelajar kerana mereka akan meneroka dan meraih pelbagai
kemahiran baik secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sebagai contohnya,
melalui aktiviti berdialog dengan menggunakan skrip, akan mengasuh pelajar
membaca dan bertutur dengan menggunakan intonasi dan sebutan yang betul dan
jelas. Manakala melalui aktiviti gerak lakon pula, akan memupuk semangat berani
tampil ke hadapan tanpa malu dan segan, sekaligus akan menjadikan seorang pelajar
yang bersikap yakin diri, bertolak ansur dan seterusnya berupaya mencorakkan
pembinaan personaliti diri yang mantap. Dan ini secara tidak langsung dapat
membantu mereka memahami konsep sebenar dalam mempelajari Sejarah.
Hakikatnya dari segi teori, pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah mampu menyuburkan daya kognitif dan kemahiran sosial
pelajar. Apa yang diharapkan agar strategi yang dirancang dengan mengaplikasikan
beberapa teknik drama mampu memberi semangat dan dimensi baru kepada minat
dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah khususnya dan terhadap bidang
pelajaran amnya.
54
Kajian mengenai pembelajaran berkesan menerusi simulasi ini disokong lagi
menerusi teori-teori pembelajran yang diutarakan oleh Piaget (1962), Bruner(1966)
dan Lev Vygotsky(1978), yang mana menyatakan bahawa pengajaran berkesan adalah
suatu keadaaan yang menyediakan pelajar boleh berdiri sendiri, membina makna
melalui interaksi sosial, penemuan sendiri dan mengelakkan pergantungan kepada
guru. Manakala menurut Hunter (1995), pengajaran berkesan sebagai pengajaran yang
dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Salah satu pendekatan yang
membantu pelajar dalam meningkatkan pengajaran adalah menerusi simulasi.
5.2.3 Soal selidik
Terdapat dua aspek yang akan dibincangkan hasil dapatan kajian daripada soal
selidik. Kajian ini adalah untuk mendapatkan persepsi pelajar yang merangkumi
aspek keberkesanan, keyakinan dan minat di kalangan pelajar dalam mempelajari
tajuk Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ini dengan menggunakan
kaedah simulasi iaitu sosiodrama.
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tahap penguasaan dan pemahaman pelajar
terhadap mata pelajaran ini adalah menggalakkan sekiranya mereka di beri peluang
dengan melakukan pelbagai kaedah yang boleh menarik minat mereka dalam
mempelajari mata pelajaran ini dan ini akan membantu mereka agar tidak merasa
bosan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Keputusan tersebut mempunyai
55
5.2.4 Aspek Keberkesanan
Merujuk kepada analisis keseluruhan terhadap soal selidik yang dijalankan,
menunjukkan secara keseluruhan pelajar bersetuju adanya keberkesanan dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi bagi
tajuk Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Mereka berpendapat
bahawa kaedah ini hendaklah dipraktikan pada setiap kali proses pengajaran dan
pembelajaran Sejarah. Melalui kaedah ini pelajar bukan sahaja didedahkan dengan
kemahiran dalam kaedah simulasi tetapi juga memperkukuhkan aspek kognitif dan
pelbagai perkembangan dalam diri pelajar.
Situasi ini dapat dilihat dalam matlamat pendidikan Sejarah itu sendiri yang bertujuan
untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai
warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan
sejarah tanahair dan sejarah negara luar yang berkaitan, para murid dapat memahami
keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini
bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara
Malaysia.
56
Dalam buku teks Sejarah Bab 4 dalam topik Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
yang mana pada bahagian 4.1 dalam topik tersebut adalah tajuk yang dipilih untuk
kajian ini iaitu Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Tajuk ini
merupakan tajuk yang boleh dikatakan amat sukar untuk dipelajari dan difahami oleh
pelajar memandangkan tajuk ini melibatkan beberapa peranan penting dalam watak-
watak pahlawan melayu dan pembentukan negeri Melaka itu sendiri.
Namun demikian, kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ini
diharapkan agar dapat membantu pelajar untuk memahami dan menyelami situasi
dahulu dalam keadaan kini. Ia juga memerlukan usaha yang lebih dan keyakinan
pelajar. Usaha guru bersama pelajar amatlah diperlukan dalam menjayakan kaedah ini
yang mana guru juga haruslah bersedia dalam menyediakan bahan-bahan yang
diperlukan dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
kaedah simulasi ini.
Menyelami tajuk dan peristiwa yang berlaku semasa zaman pengasasan Kesultanan
Melayu Melaka dan bagaimana peranan Parameswara dalam tajuk ini dapat
memberikan pelajar pengalaman baru dari segi lakonan dan drama. Skrip disediakan
untuk membantu pelajar dalam melakonkan watak-watak yang terlibat dalam
pembelajaran ini. Pelajar juga diberi peluang untuk membentuk skrip sendiri
berdasarkan kepada tajuk ini dan ini memberi peluang pelajar untuk mengembangkan
bakat serta membuka minda mereka untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku
pada zaman tersebut.
57
5.2.5 Aspek Motivasi
Merujuk kepada analisis keseluruhan terhadap soal selidik yang dijalankan, keputusan
kajian menunjukkan hampir kesemua pelajar mempunyai motivasi yang tinggi dalam
mempelajari tajuk ini dengan menggunakan kaedah simulasi. Dapatan-dapatan yang
releven berkaitan dengan konsep yang dipelajari meningkatkan motivasi setiap pelajar
untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.
Hasil kajian menunjukkan 30 (100%) pelajar berasa seronok belajar dengan kaedah
sosiodrama ini. Mereka seronok dengan lakonan dan watak-watak yang diberikan.
Keadaan ini seharusnya diberi perhatian agar kajian yang akan datang lebih memberi
tumpuan kepada individu dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam meneroka
satu-satu konsep dalam mata pelajaran Sejarah.
Selain itu, simulasi juga boleh digunakan dengan cara lain selain sosiodrama untuk
menarik lebih lagi minat pelajar terhadap pelajaran Sejarah ini. De Jong (1991)
menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran mempunyai beberapa
kepentingan. Kepentingan utama adalah memastikan pelajar aktif dalam eksplorasi
dan belajar sesuatu yang man pendekatan yang digunakan berkaitan dengan teori
pembelajaran moden. Pembelajaran simulasi berkomputer lebih kepada pembelajaran
menerusi pengalaman yang memerlukan sokongan dari pengajar atau sistem bagi
memastikan simulasi digunakan adalah efektif.
58
Dari kajian yang dijalankan oleh Yucesan et al., Chun Hung Chen, Insup Lee (1998),
simulasi berasaskan web menjadi salah satu cara untuk memperluaskan peranan
simulasi dalam dunia pendidikan kerana struktur Internet yang luas serta mudah
dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa mengira platform
komputer yang digunakan.
Hoban dan Casberque (dalam Tornyay dan Thompson, 1982) menyatakan
penggunaan simulasi dalam pembelajaran dapat memudahkan pelajar belajar,
membentuk pemahaman pelajar, mewujudkan pembentukan sikap dan memotivasikan
pelajar. Wilkins (1990), pula menyatakan antara kebaikan-kebaikan menggunakan
simulasi yang boelh memberikan motivasi kepada pelajar ini ialah simulasi dapat
melibatkan pelajar melakukan sesuatu sehingga meningkatkan penglibatan mereka
secara aktif dalam pembelajaran, mendekatkan mereka dengan kenyataan-kenyataan
sosial yang ada dalam masyarakat sebenar, dapat mengembangkan isu-isu yang dapat
memberi petunjuk dalam mencapai hasil perbincangan, mendorong pelajar
memotivasikan diri mereka dalam pembelajaran. Ornstein (1990), menyatakan
simulasi merupakan alat motivasi belajar yang sangat baik, hasil yang diperolehi
daripada simulasi dengan melibatkan penggunaan beberapa teknik dan kaedah
menjalin hubungan pelajar dengan hiburan iaitu pelajar merasa seronok dengan
aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan kaedah simulasi ini dan ini secara tidak
langsung dapat memotivasikan diri mereka untuk belajar. Oleh yang demikian, secara
kesimpulannya, simulasi memberi kesempatan kepada pelajar untuk mendekatkan diri
dengan pengalaman kehidupan yang nyata. Ia juga merupakan metod yang baik dalam
pembelajaran Sejarah.
59
5.3 Kesimpulan Dapatan Kajian
Berdasarkan kepada dapatan kajian tentang penilaian keberkesanan menggunakan
kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah serta persepsi pelajar
terdapat beberapa kesimpulan iaitu :
i) Kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah boleh diterima
pakai bagi membantu pelajar dan guru dalam usaha memindahkan pengetahuan
dari tenaga pengajar kepada pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kaedah ini diterima dengan baik oleh pelajar kerana memudahkan pelajar untuk
memahami maklumat dengan lebih berkesan.
ii) Kaedah simulasi seperti sosiodrama ini mampu menarik perhatian pelajar
dengan mudah serta maklumat dapat disampaikan dengan lebih pantas
berbanding penggunaan media yang lain. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar
memberi tumpuan yang lebih lama terhadap aktiviti yang menggunakan kaedah
simulasi seperti ini.
iii) Sosiodrama sebagai satu bentuk simulasi yang bertujuan untuk menemukan
alternatif pemecahan masalah-masalah sosial yang timbul dalam hubungan
antara anggota sosial. Dengan menggunakan sosiodrama, pelajar dapat
membayangkan sesuatu permasalahan sehingga terdorong untuk menemukan
alternatif pemecahannya dan cuba untuk menyelesaikannya dalam bentuk
simulasi.
60
5.4 Implikasi Dapatan Kajian
Berdasarkan kepada soal selidik yang telah dilaksanakan, kesimpulan dapat dibuat
iaitu terdapat kebaikkan dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah
simulasi ini. Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan
kaedah simulasi ini terdapat beberapa kekangan yang wujud di sekolah ini. Maka
beberapa pendekatan yang perlu diambil bagi memastikan pelaksanaan kaedah ini
akan dapat berjalan dengan baik pada masa hadapan. Oleh yang demikian, bagi
memudahkan pelaksanaan kaedah pembelajaran ini beberapa cadangan diberikan
seperti berikut :
5.4.1 Meningkatkan Pengetahuan Terhadap Kaedah Pembelajaran Kepada Guru
Para guru perlu diberi pendedahan, latihan dan kursus kemahiran dalam menghasilkan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan pembelajaran.
Menurut Dr. Nor Azizah Salleh, seseorang yang ingin menjalankan kajian itu samalah
seperti seorang yang menghadapi masalah dan cuba untuk menyelesaikannya iaitu
menyelesaikan masalah kajian. Begitu juga dengan pendapat Md. Nasir dan Ibrahim
Hassan (2003) menyatakan bahawa keperluan bagi setiap guru dalam melaksanakan
tugas pengajaran dan pembelajaran berasaskan ilmu pengetahuan mereka tentang
falsafah dan teori-teori adalah penting untuk mengetahui pendekatan, kaedah dan
teknik yang sesuai dan patut digunakan terhadap anak didik mereka.
61
5.4.2 Melengkapkan Peralatan dan Bahan-Bahan Pembelajaran di Sekolah
Kementerian Pendidikan hendaklah melengkapkan sekolah dengan kemudahan dan
peralatan yang mencukupi bagi memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan baik agar guru dan pelajar mendapat faedah yang maksimum
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
5.4.3 Pihak Ibu Bapa dan Penjaga
Memberikan galakan yang berterusan kepada anak-anak adalah peranan yang harus
dimainkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran anak-anak mereka terutamanya dalam pembelajaran yang melibatkan
penglibatan murid dalam proses pembelajaran.
5.4.4 Pelajar
Bakat-bakat yang ada pada pelajar haruslah dititikberatkan dan memberi pelajar
peluang untuk menunjukkan bakat mereka yang terpendam contohnya mengadakan
sesi lakonan dan drama yang melibatkan cerita-cerita yang berkisarkan tentang
sejarah. Ini dapat menarik minat pelajar dan dapat membantu pelajar dalam
menghasilkan sesuatu yang menarik perhatian dan membantu mereka meningkatkan
pengetahuan mereka dalam Sejarah di samping meningkatkan keyakinan diri dan
motivasi dalam diri pelajar.
62
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
Hasil daripada kajian yang telah dibuat mendapati bahawa penggunaan kaedah
pembelajaran secara simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat
berguna dan bermanfaat bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru dalam
menghasilkan sesebuah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Beberapa cadangan dikemukakan berdasarkan kepada kesimpulan dan hasil kajian
yang telah dijalankan agar cadangan-cadangan berikut dilaksanakan pada kajian-
kajian seterusnya. Antaranya ialah :
Kursus-kursus serta pendedahan terhadap kaedah-kaedah serta teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran terutama dalam mata pelajaran Sejarah dan yang berkaitan perlu
diberikan kepada guru-guru tanpa mengira latar belakang guru. Guru-guru Sejarah
hendaklah diberi pendedahan tentang ciri kulaiti pengajaran, di samping sentiasa
kreatif dan inovatif ketika melaksanakan pengajajarannya. Kandungan kursus adalah
bersesuaian dengan tuntutan dan kehendak yang diperlukan oleh guru dan pihak
sekolah.
63
Selain itu, penggunaan buku teks secara menyeluruh juga adalah wajar ditekankan.
Namun demikian, penggunaan BBM juga perlu diadakan agar pengajaran dan
pembelajaran dpat dipelbagaikan dan tidak menjadikan pelajar merasa bosan dengan
sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Ini akan dapat menarik minat
pelajar dalam mempelajari Sejarah.
KPM juga perlu melatih lebih ramai guru Sejarah yang berminat untuk mengajar
supaya dapat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan Sejarah yang tinggi. KPM
juga harus memberi penekanan kepada aspek psikologi dan motivasi untuk
meningkatkan keyakinan bukan sahaja kepada pelajar malah kepada guru-guru yang
mengajar.
Beberapa cadangan lain timbul setelah kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan
yang memutuskan untuk menaik taraf status mata pelajaran Sejarah sebagai mata
pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.
Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana
Menteri berkata, langkah tersebut bererti setiap calon perlu lulus mata pelajaran
Sejarah sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM seperti mana mata pelajaran
Bahasa Malaysia sebelum ini. Antara cadangan-cadangan yang telah dikemukakan
ialah :
i) Rombak modul dan sukatan sedia ada kepada sukatan yang lebih menarik
dengan menekankan kepada teknik atau kaedah-kaedah pengajaran yang
lebih baik dan menarik perhatian pelajar.
64
ii) Oleh kerana mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai satu mata pelajaran
yang agak membosankan, kaeadh pembelajaran berbantuk Latihan Dalam
Kumpulan (LDK) boleh dijadikan ganti kepada pengajaran biasa yang
mana pelajar duduk mendengar “syarahan” daripada gruu mereka. LDK
didapati berkesan dalam meningkatkan pemahaman, komunikasi dan
interaksi sesama pelajar. Percambahan minda boleh berlaku di sini.
iii) Otak sukakan gambar dan warna. Oleh itu, buku teks Sejarah haruslah
menarik dengan memperbanyakkan berita bergambar terutamanya pada
fakta dan peristiwa penting untuk menarik minat pelajar untuk
membacanya.
iv) Membaca dan menghafal adalah membosankan. Oleh yang demikian,
pendekatan seperti menyediakan slot atau tayangan video di dalam
pengajaran dan pembelajaran boleh digunapakai. Rakyat tidak marah jika
“wang mereka” dihabiskan dengan membuat drama khas berpandukan
modul sejarah dan dijadikan tayangan pada sesi kelas Sejarah.
v) Projek folio mereka haruslah dikira markah dalam peperiksaan SPM.
Dengan ini, akan menimbulkan minat semasa mereka menyiapkan folio
tersebut.
vi) Selain itu, selalu adakan lawatan ke tempat yang berlatarbelakangkan
sejarah dan memanggil penceramah luar bertukar-tukar mengajar di kelas
mereka.
65
5.6 Kesimpulan
Dengan adanya kaedah dan teknik seperti simulasi ini dalam pengajaran dan
pembelajaran banyak memberikan input kepada kebaikan terutama dari segi
pencapaian akademik. Murid dapat menimbang sesuatu dari sudut pandangan orang
lain. Berusaha untuk melibatkan diri mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas dan ini dapat membantu mereka
mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran Sejarah yang selama ini dianggap
sebagai satu mata pelajaran yang amat membosankan kepada satu mata pelajaran
yang lebih menyeronokkan di samping dapat meningkatkan prestasi mereka dalam
ujian-ujian dan pembelajaran yang dijalankan di samping dapat mewujudkan
penglibatan yang aktif mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu,
dengan adanya pembelajaran seperti kaedah simulasi yang baik dan sesuai ini dapat
menarik minat murid untuk mempelajari bidang Sejarah dengan lebih cemerlang lagi.
Selain itu, ia juga dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di
sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif bagi pelajar-pelajar di tingkatan satu.
Guru dapat mengenalpasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar
memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberi
peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang
berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri
yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat
meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan (Nor Anuwar Bin
Hamat).
66
RUJUKAN
Abdul Hakim (2002), Abdul Razak dan Ali (2000), Anuar et al. (2009).
Abdul Razak dan Abdullah (2000), “Kajian terhadap 240 pelajar di daerah Petaling Jaya
dan Kuala Selangor”.
Adnan Omar, “Keberkesanan E-Tuisyen Terhadap Pencapaian, Minat dan Sikap Pelajar
Berprestasi Rendah dalam Mata Pelajaran Sejarah”. Universiti Utara Malaysia.
Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, Nur Atiqah T. Abdullah (2009).
Azwani Ismail, Zaharah Aziz dan Sharifah Nur Puteh, “Kajian Kesan Model STAD Terhadap
Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah”. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Clark & Voogel (1985), De Jong (1991), DelGaudio & Julian J. (2002).
Dr. Nor Azizah Salleh, “Seseorang yang ingin menjalankan kajian samalah seperti seorang
yang menghadapi masalah dan cuba untuk menyelesaikannya iaitu menyelesaikan
masalah kajian”.
Ezani Yusoff (Bob), “Teknik Pengajaran dan Pembelajaran”.
http://bobezani.tripod.com/teknik.htm
Fishwick & Hill (1999)
Ghazali Ismail, Mazlan Zaharuddin Mat Arof dan Mohamad Hanifah Moideen.
Gilstrap, “simulasi dapat berbentuk role-playing, sosiodrama dan permainan”.
Gokhale (1996), “Integrasi simulasi berkomputer kepada pembelajaran makmal melalui
aktiviti tradisi dapat meningkatkan prestasi pelajar”.
67
Hafiz Muthoharoh, S.Pd.I; Hariyono (1995); Hasan (2002)
Hayan, “Ways of Teaching”.
Hazri Jamil (2003), “Pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah berbeza dengan mata
pelajaran lain”.
Hoban & Casberque (1982), dalam Tornyay dan Thompson.
Hunter (1995), “Pengajaran berkesan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan
pembelajaran dalam diri pelajar”.
Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan Empat (2002).
Kamus Dewan Edisi Empat.
Keller & Suzuki (1998); Malone & Lepper (1987); Alessi & Trollip (2001).
Les Pang & Hodson (1999), “Simulasi dapat menghasilkan tindakbalas yang vetul serta
teratur”.
Lorenz et al. (1997), “WWWS dapat meningkatkan teknik simulasi”.
M. Alessi dan Stanley (2001).; M. Alessi dan Trollip (2001).
Md. Nasir dan Ibrahim Hassan (2003).
Mohamad Sultan (2000), “Kajian di sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam”.
Mohd Nor Izwan Sulaiman, “Kaedah dan Teknik”.
Noraini Ishak (2009), “Teori-teori yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah”.
Norazura Yahya, Norhaslina Rosli, Nur Amira Noor Ali dan Abdol Rahim Ahmad, “Kajian
Tindakan dalam Pendidikan Mempertingkatkan Penguasaan Sebutan dan
Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris Menggunakan Simulasi”. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Nur Jannah (2010), “Penggunaan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah”.
Omardin (1996), Aini (1998), dan Khoo Kay Kin (2008).
68
Ornstein (1990), “Simulasi merupakan alat motivasi belajar yang sangat baik”.
Piaget (1962), Bruner (1966), dan Lev Vygotsky (1978).
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), “Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan
(JPP) ke -170”.
Robinson (1996).
Schroeder (1997), “Jika semua cara yang lain gagal, cubalah simulasi”.
Shaharuddin Md Salleh, Zaidatun Tasir, dan Baharuddin Aris, “Simulasi Menerusi WEB”.
Siagan (1987)
Sivachanlingam et al. (2008), “Sejarah sebagai tidak memberikan jaminan pekerjaan dan
tidak mempunyai nilai komersial”.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (2010), “Sejarah sebagai
mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013”.
Van Berkum dan De Jong (1991).
Wilkins (1990).
Yucesan et al., Chun Hung Chen, Insup Lee (1998), “Simulasi berasaskan web menjadi salah
satu cara untuk memperluaskan peranan simulasi dalam dunia pendidikan”.
Zahara (1999).
69
LAMPIRAN
LAMPIRAN A ( Ujian Pra )
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1. Kekuatan pelanduk yang mengalahkan anjing Parameswara dan nama pokok yang
disandarnya adalah dari sumber _______________________.
2. Perkataan Malakat atau perhimpunan segala dagang dan Mulaqah bermaksud pertemuan
adalah dari sumber ______________________________.
3. Pokok Melaka dalam Bahasa Sanskrit ialah _________________________ yang
merupakan pokok pertama di dunia merupakan sumber dari ______________________.
4. Pengasas Kerajaan Melayu Melaka ialah ___________________________.
5. Pemilihan Melaka sebagai pusat penempatan kerana :
a) _________________________________
b) _________________________________
6. Senaraikan langkah-langkah yang diambil Parameswara untuk membangunkan Melaka.
a) _________________________________
b) _________________________________
7. Kemudahan-kemudahan pelabuhan yang telah disediakan oleh Parameswara ialah :
a) _________________________________
b) _________________________________
8. Melaka diasaskan sekitar tahun ________________________
70
LAMPIRAN B ( Pasca Ujian )
Jawab semua soalan dengan memilih jawapan yang betul.
1. Parameswara telah menyusun pentadbiran Melaka dengan melantik biduanda kecil.
Apakah tugas biduanda kecil?
A Memungut cukai
B Membawa alat kebesaran diraja
C Mengawal perairan Melaka
D Menjaga keselamatan raja
2. Pada pendapat anda, apakah kesan daripada perhubungan Melaka dengan China?
A Melaka mendapat perlindungan daripada China
B Melaka dapat mengembangkan perdagangannya ke China
C Melaka dapat menyebarkan agama Islam ke China
D Melaka dapat meluaskan pengaruhnya ke negeri-negeri Melayu
3. Mengapakah Parameswara meninggalkan Temasik?
I Majapahit mengancam
II Diserang kerajaan Siam
III Mendapat Undangan Orang Laut
IV Mendapatkan negeri yang lebih strategik
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
71
4. Parameswara mendapati bentuk muka bumi Melaka berbukit-bukau. Apakah kelebihan
keadaan Melaka ini?
I Menjadi kawasan pertanian
II Menjadi panduan belayar
III Menghalang daripada tiupan angin
IV Mengawal keselamatan Selat Melaka
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
5. Pada pendapat anda, mengapakah Parameswara membunuh Temagi sungguhpun beliau
disambut baik oleh Temagi setibanya di Temasik?
A Temagi wakil Siam
B Mendirikan kerajaan baru di Siam
C Menuntut hak keutamaannya di Temasik
D Temasik merupakan negeri naungan Majapahit
72
LAMPIRAN C
BORANG A
BORANG MAKLUMAT PERIBADI (GURU)
Arahan : Sila isi atau tandakan ( / ) pada jawapan yang bersesuaian dengan anda.
1. Nama : __________________________________________________________
2. Jantina :
Lelaki
Perempuan
3. Umur : _______________ tahun
4. Bil. Adik Beradik : _____________________
5. Status Perkahwinan :
Berkahwin
Bujang
Duda / Janda
6. Agama :
Islam
Kristian
Buddha
Hindu
7. Kaum :
Melayu
Cina
India
Kadazan/Dusun
Bajau
Melayu Brunei
Lain-lain : __________________________ ( sila nyatakan )
73
8. Tahap pendidikan tertinggi yang anda miliki :
SRP/PMR
SPM atau yang setaraf
STPM atau yang setaraf
Diploma atau yang setaraf
Ijazah Sarjana atau lebih tingga
9. Tempoh Perkhidmatan :
03 tahun
05 tahun
05 tahun ke atas
10 tahun ke atas
10. Jumlah masa dalam sehari mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual : ______ jam
30 minit
60 minit
90 minit
120 minit
11. Bilakah waktu yang anda rasa paling sukar untuk menjalankan aktiviti P&P.
Sebelah pagi
Sebelah tengah hari
Sebelah petang
12. Adakah anda menerima bantuan dari guru Pendidikan Seni Visual yang lain?
Ya
Tidak
74
BORANG B
MASALAH-MASALAH (MURID)
Arahan : Senarai ini merujuk kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Sila susun masalah-masalah tersebut mengikut
keutamaan dari 1 hingga 5 ( 1=paling utama, 5=paling kurang utama ) dalam kotak kosong
yang disediakan. Sekiranya masalah anda tidak terdapat di dalam pilihan, anda boleh
nyatakannya di bahagian ‘Lain-lain’.
1 Tiada kesediaan untuk belajar mata pelajaran Sejarah
2 Tidak menunjukkan minat untuk belajar mata pelajaran Sejarah
3 Tidak melibatkan diri secara aktif semasa proses P&P dijalankan
4 Tiada pengaplikasian tentang kaedah simulasi
5 Tidak tahu/ sedar tentang kepentingan pengajaran Sejarah
6 Sukar untuk memahami sesuatu konsep, kerana kurang praktikal
disebabkan kekurangan peralatan / bahan pembelajaran
7 Kurang keyakinan diri
8 Kurang mendapat motivasi dari keluarga
9
Kurang minat dan motivasi kerana tiada kaedah yang khusus
dalam belajar Sejarah
10 Mata pelajaran Sejarah ini tidak dititikberatkan di sekolah
Lain-lain :
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
75
BORANG C
BORANG SOAL SELIDIK
Arahan : Sila baca pernyataan di bawah dan pilih jawapan YA atau TIDAK pada kotak yang
disediakan dan sila jawab dengan jujur. Tujuan borang ini adalah untuk mengenalpasti
sejauhmana penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bil Soalan Ya Tidak
1 Saya suka membaca buku tentang Sejarah
2 Saya suka mata pelajaran Sejarah
3 Saya suka mengenal tokoh-tokoh Sejarah
4 Saya suka membincangkan tentang sejarah-sejarah negara
5
Saya mendapat bantuan dari rakan-rakan untuk belajar
Sejarah
6 Saya suka guru mata pelajaran Sejarah saya
7 Saya suka melihat filem-filem yang berunsurkan Sejarah
8 Saya selalu ketinggalan menyiapkan kerja atau tugasan saya
9 Saya ada banyak buku- buku sejarah
10
Saya selalu meminjam buku-buku cerita sejarah daripada
rakan
76
BORANG D
BORANG SOAL SELIDIK
KAEDAH SIMULASI MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR DALAM MATA
PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN SATU DI SALAH SEBUAH SEKOLAH
MENENGAH DI DAERAH TENOM.
ARAHAN: Sila baca setiap pernyataan dengan teliti. Nyatakan respon anda dengan
menandakan ( / ) pada ruangan jawapan yang telah disediakan. Tiada jawapan
yang betul atau salah.
STS = Sangat tidak setuju
TS = Tidak setuju
S = Setuju
SS = Sangat setuju
Bil Pernyataan STS TS S SS
1
Saya menyiapkan segala kerja-kerja yang disuruh
oleh guru dengan merujuk penerangan yang diberi
2
Saya memberi sepenuh perhatian terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran Sejarah
3
Saya menerima dorongan dari rakan-rakan lain
untuk dapat memahami konsep sejarah dalam
mata pelajaran Sejarah
4
Saya banyak mendapat dorongan dari guru-guru
Sejarah
5
Keluarga saya selalu mendorong untuk belajar
Sejarah
77
Contoh lain Instrumen Kajian.
BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI KAEDAH SIMULASI
Nama : ____________________________________________
Tarikh : ____________________________________________
Arahan : Baca soalan di bawah dengan teliti dan bulatkan jawapan anda.
1. Tugasan pembelajaran saya melibatkan kerjasama dengan pelajar ( Ya / Tidak )
yang lain
2. Ahli dalam kumpulan bekerjasama dengan baik ( Ya / Tidak )
3. Ahli kumpulan saya dapat membantu saya untuk menguasai ( Ya / Tidak )
satu-satu topik
4. Saya dan rakan saya saling membantu dalam menyiapkan tugasan ( Ya / Tidak )
5. Kami mendengar pendapat orang lain semasa perbincangan ( Ya / Tidak )
6. Saya bebas menyuarakan pendapat semasa perbincangan ( Ya / Tidak )
7. Saya sentiasa berpeluang untuk menyuarakan pendapat saya ( Ya / Tidak )
8. Saya dapat mempelajari banyak perkara melalui sesi perbincangan ( Ya / Tidak )
9. Aktiviti dalam kelas adalah menarik dan berguna ( Ya / Tidak )
10. Saya boleh mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan saya ( Ya / Tidak )
dalam mata pelajaran Sejarah

Contenu connexe

Tendances

2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan KurikulumArthur Jupong
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifwmkfirdaus
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
Stratifikasi sosial
Stratifikasi sosialStratifikasi sosial
Stratifikasi sosialcik noorlyda
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakNor Aini Mohamad
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Pentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolioPentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolioamira nurfahmida
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahLittle Butterfly
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 

Tendances (20)

2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatif
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Stratifikasi sosial
Stratifikasi sosialStratifikasi sosial
Stratifikasi sosial
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Pentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolioPentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolio
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 

En vedette

PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...Anas Redzuan Shariff
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...Siti Fatimah Dzulkifli
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranZaidi Othman
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Budak Baik
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...huda hamdan
 
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMKajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMNuraini Ismail
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanFiza Joon Mblaq
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 

En vedette (17)

PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMKajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
 
Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutan
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 

Similaire à Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan
Kaedah Pengajaran Sejarah LanjutanKaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan
Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutanmumtaz92
 
Permasalahan pembelajaran sejarah di indonesia
Permasalahan pembelajaran sejarah di indonesiaPermasalahan pembelajaran sejarah di indonesia
Permasalahan pembelajaran sejarah di indonesiaSejarah Akademika
 
64 hesty, s.si implementasi model pembelajaran tematik
64 hesty, s.si  implementasi model pembelajaran tematik64 hesty, s.si  implementasi model pembelajaran tematik
64 hesty, s.si implementasi model pembelajaran tematikUNIMED
 
Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)
Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)
Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)Vina Dwi Purnamasari
 
Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)
Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)
Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)Lusi Kurnia
 
UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...
UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...
UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...Muhammad Idris
 
Pentingnya media dan metode dalam pembelajaran ips di
Pentingnya media dan metode dalam pembelajaran ips diPentingnya media dan metode dalam pembelajaran ips di
Pentingnya media dan metode dalam pembelajaran ips diAbie Fitzfajarr
 
Membantu para siswa menginterpretasikan sejarah
Membantu para siswa menginterpretasikan sejarahMembantu para siswa menginterpretasikan sejarah
Membantu para siswa menginterpretasikan sejarahTaryadi Taryadi
 
Penulisan ilmiah etnomatematik
Penulisan ilmiah etnomatematikPenulisan ilmiah etnomatematik
Penulisan ilmiah etnomatematikdolldhana13
 
Penulisan ilmiah etnomatematik
Penulisan ilmiah etnomatematikPenulisan ilmiah etnomatematik
Penulisan ilmiah etnomatematikdolldhana13
 
Penulisan ilmiah etnomatematik
Penulisan ilmiah etnomatematikPenulisan ilmiah etnomatematik
Penulisan ilmiah etnomatematikdolldhana13
 
uas the penelitian tindakan kelas.docx
uas the penelitian tindakan kelas.docxuas the penelitian tindakan kelas.docx
uas the penelitian tindakan kelas.docxridafarida14
 
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learning
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learningPengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learning
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learningAmalinaAzizah
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03Rafiza Diy
 

Similaire à Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah (20)

Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan
Kaedah Pengajaran Sejarah LanjutanKaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan
Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan
 
Assgment sejarah 2.0
Assgment sejarah 2.0Assgment sejarah 2.0
Assgment sejarah 2.0
 
Tugas bik makalah
Tugas bik makalahTugas bik makalah
Tugas bik makalah
 
Rencana
RencanaRencana
Rencana
 
Permasalahan pembelajaran sejarah di indonesia
Permasalahan pembelajaran sejarah di indonesiaPermasalahan pembelajaran sejarah di indonesia
Permasalahan pembelajaran sejarah di indonesia
 
64 hesty, s.si implementasi model pembelajaran tematik
64 hesty, s.si  implementasi model pembelajaran tematik64 hesty, s.si  implementasi model pembelajaran tematik
64 hesty, s.si implementasi model pembelajaran tematik
 
Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)
Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)
Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)
 
Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)
Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)
Paper penerapan konteks-listing-dan-counting-dengan-media-kancing-dan-boneka (1)
 
Isu sains sem3
Isu sains   sem3Isu sains   sem3
Isu sains sem3
 
EDITED HOLO.pptx
EDITED HOLO.pptxEDITED HOLO.pptx
EDITED HOLO.pptx
 
UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...
UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...
UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...
 
Pentingnya media dan metode dalam pembelajaran ips di
Pentingnya media dan metode dalam pembelajaran ips diPentingnya media dan metode dalam pembelajaran ips di
Pentingnya media dan metode dalam pembelajaran ips di
 
Membantu para siswa menginterpretasikan sejarah
Membantu para siswa menginterpretasikan sejarahMembantu para siswa menginterpretasikan sejarah
Membantu para siswa menginterpretasikan sejarah
 
MAKALAH PEMBELAJARAN BERBASIS RISET..docx
MAKALAH PEMBELAJARAN BERBASIS RISET..docxMAKALAH PEMBELAJARAN BERBASIS RISET..docx
MAKALAH PEMBELAJARAN BERBASIS RISET..docx
 
Penulisan ilmiah etnomatematik
Penulisan ilmiah etnomatematikPenulisan ilmiah etnomatematik
Penulisan ilmiah etnomatematik
 
Penulisan ilmiah etnomatematik
Penulisan ilmiah etnomatematikPenulisan ilmiah etnomatematik
Penulisan ilmiah etnomatematik
 
Penulisan ilmiah etnomatematik
Penulisan ilmiah etnomatematikPenulisan ilmiah etnomatematik
Penulisan ilmiah etnomatematik
 
uas the penelitian tindakan kelas.docx
uas the penelitian tindakan kelas.docxuas the penelitian tindakan kelas.docx
uas the penelitian tindakan kelas.docx
 
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learning
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learningPengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learning
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learning
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
 

Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

  • 1. 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Seperti yang kita ketahui, mata pelajaran sejarah sering dikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetengahkan penggunaan kaedah simulasi sebagai satu kaedah untuk pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Menurut Noraini Ishak dalam tulisan beliau bertajuk “Teori-teori Yang Boleh Diguna Atau Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” bertarikh 5 Disember 2009, pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi ini adalah satu gambaran abstrak tentang situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing- masing untuk menyelesaikan maslaah atau isu-isu yang berkaitan. Ia juga merupakan satu situasi yang diwujudkan utnuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal.
  • 2. 2 Terdapat beberapa jenis simulasi yang dapat digunakan sebagai satu langkah atau aktiviti yang boleh menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini iaitu : a. Lakonan atau drama  Berskrip  Tanpa Skrip b. Sosio drama  Pelajar cuba menyelesaikan sesebuah masalah sosial  Pelakon diberi peranan watak sejarah dan suatu masalah atau isu dalam sejarah. c. Perbahasan  Pemidato memegang peranan sebagai seorang tokoh sejarah atau sebagai seorang tokoh sejarah yang membahaskan sesuatu isu sejarah.  Syarahan kecil dilakukan oleh seorang pelajar kepada rakan- rakan sekelas dan mereka memberi markah. Cth : seorang pelajar menerangkan apa yang sebenarnya dilihat dan dirasai oleh Marco Polo dalam pengembaraanya.
  • 3. 3 d. Simulasi Segera  Guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk .  Guru meminta pelajar memegang sesuatu peranan dan mengambarkan bagaimana peristiwa itu berlaku. Cth : Jika anda tokoh x , apakah yang akan anda lakukan ? Bagaimana reaksi anda terhadap …? e. Permainan  Terancang dan berstruktur seperti ‘board games’ dan teka silang kata. Dalam kajian ini, saya telah memilih teknik simulasi jenis sosio drama yang mana pelajar akan diberikan peranan dan watak yang akan melakonkan watak dalam tajuk yang telah dipilih dalam mata pelajaran Sejarah untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang ditimbulkan.
  • 4. 4 1.2 Penyataan Masalah Penyataan masalah di sini mengupas tentang mengapa mata pelajaran Sejarah kurang berjaya menarik minat pelajar dan dianggap sebagai satu mata pelajaran yang membosankan. Penyataan masalah ini dapat dilihat melalui beberapa kajian. Malah, mata pelajaran Sejarah ini sendiri telah dibentangkan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar dan wajib lulus dalam peperiksaan SPM pada tahun 2013 nanti. Kenyataan ini disokong oleh satu kenyataan akhbar yang mana kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013 (Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin). Pelbagai pendapat mengapa mata pelajaran Sejarah ini dijadikan sebagai satu mata pelajaran wajib kelak. Ramai berpendapat, rata-rata pelajar bosan dengan kaedah dan modul yang diguna pakai sekarang. Mata pelajaran Sejarah ini pula banyak menceritakan dan memfokuskan tentang tokoh-tokoh atau individu berbanding sejarah bangsa dan negara. Mereka seolah-olah hanya belajar mengenali tokoh. Malah, mereka perlu menghafal banyak topik, iaitu 8 topik dalam tingakatan 1, 10 topik dalam tingkatan 2, 7 topik dlam tingkatan 3, 10 topik tingkatan 4 dan 9 topik dalam tingkatan 5. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 44 topik. Manakala sewaktu tingkatan 4 dan 5, pelajar perlu membaca 19 topik hanya untuk menjawab 2 soalan dalam SPM.
  • 5. 5 Mereka merasakan pelajaran Sejarah tidak digunakan dalam kehidupan seharian sepertimana matematik dan sains contohnya. Mereka juga tidak tahu apa tujuan mereka belajar Sejarah. Malah, buku teks yang tebal dan kandungan yang tidak menarik ditambah dengan beribu-ribu fakta yang perlu dihafal. Mereka juga berpendapat bahawa hampir tiada majikan atau pekerjaan yang memerlukan mereka begitu arif tentang Sejarah. Azwani Ismail, Zaharah Aziz dan Sharifah Nur Puteh dalam kajian mereka yang bertajuk “Kesan Model STAD Terhadap Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah”, Universiti Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai tanggapan awal bahawa mata pelajaran sains sosial amnya dan Sejarah khususnya adalah mata pelajaran yang membosankan. Tanggapan awal ini akan menyebabkan pelajar kurang tumpuan dan kurang motivasi untuk mempelajari pelajaran sejarah. Menurut Abdul Hakim (2002), Abdul Razak dan Ali (2000), Anuar et al. (2009), menyatakan bahawa mata pelajaran sejarah adalah merupakan mata pelajaran yang kurang diminati oleh pelajar dan membosankan. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Abdul Razak dan Abdullah (2000) terhadap 240 pelajar di daerah Petaling Jaya dan Kuala Selangor mendapati pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran sejarah ini sebagai mata pelajaran sampingan yang tidak mendatangkan faedah. Tanggapan ini pula dikaitkan dengan kajian oleh Sivachanlingam et al. (2008) yang mana menyatakan bahawa subjek sejarah yang tidak memberikan jaminan pekerjaan dan tidak mempunyai nilai komersial.
  • 6. 6 Hazri Jamil (2003) pula menyatakan. pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah berbeza dengan mata pelajaran lain. Dalam pendidikan sejarah, pelajar bukan sahaja diajar mendapatkan maklumat atau pengajaran dari peristiwa sejarah dan seterusnya dapat merealisasikan dalam kehidupan seharian dan merancang kehidupan akan datang. Keberkesanan pengajaran sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru sejarah. Guru sejarah yang baik menunjukkan kebolehan dan keupayaan diri dari segi kualiti diri, sosial dan profesional. Kelemahan dari segi pengajaran masih menjadi isu utama yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM. Malah, corak pengajaran sejarah di sekolah masih bersifat tradisional dan membosankan pelajar. Satu kajian oleh Mohamad Sultan (2000) di sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam, menunjukkan pengajaran sejarah di sekolah berkenaan kurang berkualiti. Malah mengikut Hariyono (1995), guru sejarah kurang memerhatikan sama ada maklumat tersebut dapat membangkitkan minat atau semangat yang boleh membentuk pelajar yang faham akan sejarah. Kenyataan ini disokong pula oleh Omardin (1996), Aini (1998) dan Khoo Kay Kin (2008) yang menyatakan bahawa pembelajaran sejarah lazimmya dijalankan dalam bentuk hafalan. Pelajar difokuskan dengan menitikberatkan aspek-aspek seperti mengingati tarikh, fakta-fakta serta pergolakan dunia yang telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Ini akan menyebabkan mereka mempunyai perspektif yang sempit tentang proses perkembangan masyarakat dan negara. Oleh itu, ramai pelajar mendapati mata pelajaran sejarah sangat menjemukan dan tidak merangsang pelajar untuk berfikir.
  • 7. 7 Menurut Zahara (1999), sekiranya guru mementingkan pengajaran dan yang memberi latihan kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila pelajar meninggalkan alam persekolahan dan menjejak alaf baru, mereka akan merasa lebih yakin kerana berkebolehan dan berinisiatif dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran dengan kritis dan kreatif. Sekiranya konsep sejarah dapat difahami dengan jelas pada peringkat awal lagi, akan dapat memupuk dan memperkukuhkan lagi semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Tanggapan negatif pelajar ini boleh dilenyapkan jika guru berfikiran kreatif dan inovatif, yang dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan dapat menimbulkan keseronokan di dalam kelas. Malah, jurnal yang ditulis oleh Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, dan Nur Atiqah T. Abdullah (2009), ada menyatakan bahawa isu tentang mengapa pengajaran dan pembelajaran Sejarah kurang berjaya menarik minat pelajar telah ditimbulkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-170 (Pusat Perkembangan Kurikulum: 2003). Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 7 Mac 2003. Tindakan susulan oleh PPK telah menjalankan kajian ke atas 31 buah sekolah berprestasi rendah dan sederhana Sejarah SPM 2002 di Semenanjung Malaysia. Kajian ini telah menunjukkan penurunan prestasi Sejarah SPM 2003 sebanyak 4.6%.
  • 8. 8 Satu lagi mesyuarat Jawatankuasa Sejarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 1 April 2004 untuk mengenal pasti masalah dan mendapatkan pandangan dari pihak IPTA dan guru Sejarah. Selepas daripada mesyuarat tersebut, sekali lagi PPK memantau sekolah berprestasi rendah Sejarah SPM 2003 di 36 buah sekolah di Semenanjung dan 20 buah sekolah di Sabah dan Sarawak. Pemantauan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai persediaan guru Sejarah bagi melaksanakan kurikulum Sejarah (semakan) yang telah didedahkan dan mengukur sejauhmana kelancaran pelaksanaan kurikulum Sejarah serta pengaplikasian pedagogi yang telah didedahkan. Di samping itu juga ia adalah untuk mengenal pasti punca yang menghalang minat murid terhadap Sejarah dan penurunan prestasi Sejarah SPM 2003. Menurut Adnan Omar dalam tulisannya yang bertajuk “Keberkesanan E-Tuisyen Terhadap Pencapaian, Minat dan Sikap Pelajar Berprestasi Rendah dalam Mata Pelajaran Sejarah”, Universiti Utara Malaysia mengupas dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan usul mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan yang diadakan pada 7 Mac 2003. Walaupun terdapat peningkatan pada Kertas SPM Sejarah 1249/2 pada 2006 dan 2007, namun peningkatan ini hanya tertumpu kepada pelajar yang berkebolehan tinggi berbanding dengan pelajar dalam kumpulan sederhana dan lemah. Ini juga menjadi punca mengapa penurunan terhadap mata pelajaran Sejarah berlaku. Selain itu, Adnan Omar juga mengupas tentang mengapa Sejarah kurang berjaya menarik minat pelajar iaitu, kebosanan dan kurang minat pada Sejarah adalah kerana pelajar disogok dengan gaya pengajaran tradisional, pembelajaran yang mendatar, tiada motivasi, berpusatkan kepada guru dan penuh dengan hafalan fakta.
  • 9. 9 Kata-kata ini disokong dengan satu kajian yang dilakukan oleh Mohamad Sultan (2000) di salah sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam, yang mana beliau mendapati keseluruhan kajiannya menunjukkan pengajaran Sejarah di sekolah tersebut kurang berkualiti dan ini membuktikan bahawa pengajaran adalah berkait rapat dengan tanggungjawab guru sebagai penyampai ilmu manakala keberkesanan pengajaran pula ialah kejayaan guru mencapai objektif dalam membantu pelajar belajar. 1.3 Kerangka Konseptual Rajah 1.1 : Konsep Rangka Kerja Mengenai Kaedah Simulasi Meningkatkan Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu. Masalah Pemahaman Fakta Sejarah Implikasi terhadap prestasi pembelajaran pelajar Tingkatan 1 Sebab / Pemboleh ubah Tidak Bersandar Akibat / Pemboleh ubah Bersandar
  • 10. 10 1.4 Objektif Kajian Antara objektif yang disasarkan dalam kajian ini adalah : a) Memfokuskan kepada masalah pemahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. b) Membantu mengubah pengajaran guru ke arah pendekatan yang lebih baik dalam meningkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Sejarah. c) Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian di sini adalah seperti yang berikut : a) Apakah faktor utama pelajar kurang minat terhadap mata pelajaran Sejarah? b) Apakah tingkahlaku yang ditunjukkan pelajar kurang berminat dalam mata pelajaran Sejarah? c) Apakah kaedah atau pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah kesukaran memahami fakta di kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan?
  • 11. 11 1.6 Kepentingan Kajian Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan kaedah yang digunakan dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar yang boleh menarik minat pelajar dalam satu-satu mata pelajaran. 1.7 Batasan Kajian 1.7.1 Masa Kajian ini akan dijalankan berdasarkan tempoh masa yang diberikan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 1.7.2 Sampel Kajian ini hanya akan dijalankan di salah sebuah kelas tingkatan satu di sekolah menengah. 1.7.3 Lokasi Kajian ini dicadangkan akan dilaksanakan di Sekolah Menengah St. Anthony, Tenom. 1.7.4 Tajuk Kajian ini hanya akan memberi fokus pada penggunaan kaedah simulasi iaitu teknik sosio drama dalam tajuk Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka dalam pengajaran Sejarah.
  • 12. 12 1.7.5 Skop Persepsi Skop persepsi dalam kajian ini adalah memfokuskan kepada pemahaman dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. 1.8 Definisi Definisi-definisi ini boleh dilihat dari segi defini konsep dan definisi operasional yang mana definisi knosep adakalanya dirujuk sebagai definisi teori yang harus bersandarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum. Manakalah dari segi definisi operasional pula ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pembolehubah yang hendak diuji atau dimanipulasikan dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan. 1.8.1 Kaedah Simulasi Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, simulasi bermaksud perbuatan (latihan dll) yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya. Dari aspek kajian ini, simulasi membawa maksud sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing- masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.
  • 13. 13 1.8.2 Meningkatkan Prestasi Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan prestasi ini dapatlah didefinisikan sebagai satu usaha untuk memajukan diri untuk mencapai hasil atau mutu yang diperolehi atau dicapai dalam menjalankan sesuatu tugas. Dalam aspek kajian ini pula meningkatkan prestasi di sini bermaksud berusaha untuk meninggikan lagi hasil pencapaian pelajar agar dapat menanam rasa minat terhadap mata pelajaran Sejarah sekaligus dapat meningkatkan peratusan pencapaian mata pelajaran Sejarah ke arah yang lebih baik. 1.8.3 Pelajar Pelajar pula adalah seseorang yang ingin belajar yang juga dikenali sebagai penuntut atau murid. (Kamus Pelajar). Dalam aspek kajian ini, pelajar yang dimaksudkan adalah golongan remaja berumur dalam lingkungan 13 tahun yang belajar dalam suatu komuniti iaitu sekolah. 1.8.4 Sejarah Sejarah didefinisikan sebagai peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yang disangka dongeng itu menjadi fakta iaitu sesudah dijumpai bukti-bukti yang mengesahkannya. Manakala dalam aspek kajian ini, Sejarah adalah satu mata pelajaran yang diajar di sesebuah sekolah.
  • 14. 14 Menurut Siagan (1987), simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata. Manakala Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya. Simulasi adalah suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas. Golongan atau kelas ini sangat luas sehingga dapat dikatakan ‘jika semua cara yang lain gagal, cubalah simulasi’ (Schroeder, 1997). Dalam kajian ini, simulasi merujuk kepada satu aktiviti bagi menarik minat pelajar dalam suatu pembelajaran. Menurut sumber lain, simulasi adalah tiruan perbuatan yang hanya pura-pura. Simulasi yang berasal daripada perkataan simulate yang bermaksud pura-pura atau perbuatan seolah-olah. Beberapa buku yang meghuraikan tentang simulasi ini sering menggunakan perkataan simulasi sebagai satu istilah permainan. Robinson (1996) menyatakan bahawa simulasi sering bertukar nama kepada permainan. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan di sini bahawa simulasi adalah peniruan atau perbuatan yang bersifat meniru suatu peristiwa seolah-olah seperti peristiwa yang sebenar.
  • 15. 15 1.9 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, kaedah simulasi merupakan satu kaedah yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah ini. Kajian ini juga bertujuan untuk mellihat sejauhman keberkesanan penggunaan kaedah simulasi terhadap nilai patriotisme, sikap pelajar terhadap Sejarah dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah khususnya dalam kajian yang dijalankan di salah sebuah sekolah menengah di Daerah Tenom ini.
  • 16. 16 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan Di dalam bab ini membincangkan tentang kajian-kajian literatur yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan terutamanya yang melibatkan pembelajaran yang menggunakan kaedah simulasi sebagai satu kaedah untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Simulasi ini dapat meningkatkan motivasi dan perhatian pelajar terhadap topik-topik yang diajar dan meningkatkan keterlibatan secara langsung pelajar dengan guru. Beberapa kajian literatur yang berkaitan dengan penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat dilihat bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam satu-satu mata pelajaran terutama dalam mata pelajaran Sejarah ini.
  • 17. 17 2.2 Pelbagai Pendapat dan Pandangan Mengenai Simulasi Satu kajian yang dijalankan oleh Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, dan Nur Atiqah T. Abdullah (2009), menyatakan bahawa mata pelajaran Sejarah ini sendiri memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi negara khususnya dalam pembentukan masyarakat yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping mempunyai daya fikir yang tinggi. Oleh yang demikian, penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah ini adalah penting untuk meningkatkan prestasi pelajar di samping menarik minat pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Ini dapat dilihat dari definisi simulasi itu sendiri yang mana simulasi memainkan peranan penting dalam melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagan, 1987) dan simulasi itu sendiri merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontohi atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari satu sistem (Hasan, 2002). Menurut satu kajian bertajuk “Guru Sejarah MRSM Yang Berkesan – Kaedah Pengajaran Sejarah”, kaedah simulasi sebagai satu kaedah yang dapat mewujudkan satu situasi untuk menyerupai keadaan sebenar dan ia melibatkan pelajar-pelajar melakonkan sesuatu perkara (secara berpura-pura) dalam suatu suasana yang terancang.
  • 18. 18 Satu kajian oleh Norazura Yahya, Norhaslina Rosli, Nur Amira Noor Ali dan Abdol Rahim Ahmad, Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kajian mereka bertajuk “Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Mempertingkatkan Penguasaan Sebutan dan Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris Menggunakan Simulasi”, menyatakan bahawa simulasi adalah satu pengajaran yang amat berkesan yang membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap yang juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi juga adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar. Tujuannya adalah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah. Kumpulan pengkaji ini juga menyatakan, dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan yang mana masalah-masalah yang ditimbulkan itu melibatkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Noraini Ishak (2009), dalam penulisan beliau bertajuk “Teori-teori, Strategi Yang Boleh Digunakan atau Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” menulis bahawa kaedah simulasi itu sendiri mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta maningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam satu- satu mata pelajaran.
  • 19. 19 Kenyataan ini disokong oleh satu kerangka teoritikal yang berkaitan dengan simulasi iaitu kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah, iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Berdasarkan kajian yang ingin dijalankan, pembolehubah tidak bersandar adalah kaedah pengajaran guru contohnya kaedah simulasi, manakala pembolehubah bersandar pula adalah minat pelajar terhadap pengajaran guru. Ini bermaksud pemboleh ubah bersandar iaitu minat bergantung kepada pemboleh ubah tidak bersandar iaitu (kaedah simulasi) kaedah yang digunakan oleh guru. Rajah 1.2 : Kerangka Teoritikal Simulasi Dalam kajian ini kita dapat melihat bahawa mata pelajaran Sejarah sebagai satu mata pelajaran yang penting dalam bidang pendidikan dan dalam kehidupan kita sehari- hari. Nur Jannah (2010), dalam artikelnya yang bertajuk “Penggunaan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah” juga ada menyentuh tentang penggunaan kaedah simulasi sebagai satu kaedah yang boleh membantu meningkatkan prestasi dan minta murid terhadap mata pelajaran Sejarah ini. Simulasi Minat Aktif Pencapaian
  • 20. 20 Apabila dilihat sendiri dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan Empat (2002), telah mencadangkan beberapa kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Antara teknik yang dicadangkan adalah penggunaan kaedah simulasi. Beliau menambah lagi dalam tulisannya, kaedah simulasi dan tutorial multimedia merupakan satu kaedah pengajaran yang terbaik sekiranya pengajar memahami proses menghasilkan courseware yang sesuai dengan bahan pengajaran (DelGaudio & Julian J. 2002). Mohd Nor Izwan Sulaiman dalam penulisannya bertajuk “Kaedah dan Teknik” menyatakan bahawa Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ezani Yusoff (Bob) dalam penulisannya bertajuk “Teknik Pengajaran dan Pembelajaran” menyatakan bahawa simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
  • 21. 21 Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Shaharuddin Md Salleh, Zaidatun Tasir, dan Baharuddin Aris dalam kajian mereka bertajuk “ Simulasi Menerusi WEB” menyatakan bahawa pembelajaran rangkaian komunikasi tanpa melalui pengalaman memasang atau menguji rangkaian sebenar menyukarkan pelajar untuk menguasai sesuatu mata pelajaran. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran melalui pengalaman adalah menerusi simulasi. Oleh yang demikian, ia berpotensi meningkatkan pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat dan maju ini. Menurut M. Alessi dan Stanley (2001), simulasi sering digunakan untuk menggantikan proses pembelajaran yang berbentuk handson yang tidak dapat dijalankan di dalam bilik darjah. Simulasi dapat memberi pengalaman kepada pelajar bagaimana sesuatu teori atau konsep diaplikasikan di dalam masalah sebenar (Alessi & Trollip, 2001). Pembelajaran menerusi simulasi merupakan salah satu strategi pengajaran yang terbukti berkesan dalam meningkatkan mutu pembelajaran dari pelbagai aspek (Van Berkum dan De Jong, 1991).
  • 22. 22 Pembelajaran berkesan melalui simulasi juga dapat dipersembahkan melalui sistem berkomputer unutk menarik minat pelajar dalam mempelajari Sejarah. Kenyataan ini disokong oleh De Jong (1991) yang menyatakan bahawa terdapat banyak pendekatan dan pembelajaran menerusi simulasi ini seperti pendekatan dan pembelajaran menerusi simulasi berkomputer seperti analisis, eksperimen dan pengajaran. Menurut beliau lagi, menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan, kepentingan utama adalah memastikan pelajar aktif dalam ekplorasi dan belajar sesuatu yang mana pendekatan yang digunakan berkaitan dengan teori pembelajaran moden. Pembelajaran simulasi berkomputer lebih kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang memerllukan sokongan dari pengajar atau sistem bagi memastikan simulasi yang digunakan adalah efektif. Selain itu, kajian oleh Yucesan et al., Chun Hung Chen, Insup Lee (1998), simulasi berasaskan web menjadi salah satu cara untuk memperluaskan peranan simulasi dalam dunia pendidikan kerana struktur internet yang luas serta mudah dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa mengira platform komputer yang digunakan. Kajian yang dilakukan oleh Lorenz et al. (1997), menegaskan bahawa WWWS dapat meningkatkan teknik simulasi dan dapat berfungsi sebagai alat atau model yang boleh digunakan oleh pelajar dan yang paling utama ia boleh digunakan secara global.
  • 23. 23 Mengikut teori-teori pembelajaran yang diutarakan oleh Piaget (1962), Bruner (1966) dan Lev Vygotsky (1978), pengajaran berkesan adalah suatu keadaan yang menyediakan pelajar boleh berdiri sendiri, membina makna melalui interaksi sosial, penemuan sendiri dan mengelakkan pergantungan berlebihan kepada guru atau pensyarah. Kenyataan ini disokong oleh Hunter (1995), pengajaran berkesan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Salah satu pendekatan yang membantu pelajar dalam meningkatkan pengajaran adalah menerusi simulasi. Keberkesanan simulasi dalam proses pengajaran dan pemahaman tidak dapat disangkal lagi kerana terdapat banyak bukti penyelidikan yang telah dijalankan serta diterbitkan dalam persidangan tahunan mengenai simulasi menerusi web dalam SCS dan Winter Simulation dan dalam isu khas mengenai jurnal-jurnal simulasi terutamanya simulasi berasaskan web (Fishwick dan Hill, 1999). Pelbagai pendapat dapat dikenalpasti berkaitan dengan simulasi ini iaitu menurut Les Pang & Hodson (1999), menyatakan bahawa simulasi dapat menghasilkan tindakbalas yang betul serta teratur yang mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan mengupah seorang guru bagi setiap pelajar, membolehkan pelajar meningkatkan serta melakukan banyak aktiviti yang mana jika dilakukan pada dunia nyata akan meningkatkan kos serta mungkin membahayakan pelajar serta dapat menyediakan peralatan bagi membantu dan membimbing pelajar dalam menyediakan struktur kajian kes.
  • 24. 24 Ini terbukti dengan peningkatan pembelajaran yang efektif yang merupakan sesuatu yang penting dalam menyelesaikan kes-kes kerana menerusi simulasi pelajar dengan mudah dapat mengaitkan kes dengan pengalaman yang telah dilalui. Simulasi juga telah terbukti sebagai satu cara pembelajaran yang efektif, yang mana membolehkan pelajar lebih inovatif dan kreatif. Dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Gokhale (1996), beliau merumuskan bahawa integrasi simulasi berkomputer kepada pembelajaran makmal melalui aktiviti tradisi dapat meningkatkan prestasi pelajar. Tunjuk ajar dari aktiviti simulasi boleh digunakan sebagai alternatif bagi memotivasikan pelajar kepada menerokai dan membina kemahiran pelajar. Beberapa elemen motivasi boleh didapati pada kebanyakan simulasi (Keller & Suzuki, 1998); Malone & Lepper, 1987); Alessi & Trollip, 2001). Menerusi simulasi juga pemindahan pembelajaran dapat dilaksanakan sama ada berbentuk kemahiran atau pengetahuan dalam satu situasi yang dilaksanakan kepada situasi yang lain (Clark & Voogel, 1985). Simulasi adalah satu pembelajran yang baik dalam memindahkan kemahiran atau pengetahuan ke dunia sebenar. Simulasi juga mudah disesuaikan dalam pelbagai bentuk pembelajaran. Simulasi biasanya memenuhi kehendak pengguna sama ada mempersembahkan bahan-bahan atau memandu dan menunjukkan pengguna cara-cara tertentu bagi melakukan aktiviti. (Alessi & Trollip, 2001).
  • 25. 25 2.3 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, dapat dinyatakan di sini bahawa kaedah simulasi adalah satu kaedah atau cara yang paling sesuai dalam membantu guru meningkatkan prestasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dan di samping itu juga simulasi ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari satu-satu mata pelajaran dengan lebih baik dan efisien. Oleh yang demikian, dalam kajian ini, kaedah simulasi dapat digunakan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan prestasi pelajar dan menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Memandangkan mata pelajaran ini telah dianggap sebagai satu mata pelajaran yang membosankan dan langsung tidak menarik minat pelajar dalam mempelajarinya. Oleh itu, pelbagai kaedah dibuat dengan menggunakan kaedah simulasi ini termasuklah penggunaan simulasi dalam sistem berkomputer dan pembelajaran simulasi menerusi web yang telah dibincangkan tadi. Ini akan dapat membantu dengan lebih mudah menarik minat pelajar dalam menjalankan satu-satu aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran yang mereka kurang minat dan sekaligus dapat menarik minat mereka untuk mendalami mata pelajaran tersebut khusunya mata pelajaran Sejarah.
  • 26. 26 BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pendahuluan Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan kajian iaitu : a) Sejauhmanakah keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah? b) Adakah penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi? c) Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah? Kajian ini memerlukan kerjasama daripada pihak sekolah dan pelajar dalam mengaplikasikan penggunaan kaedah simulasi sosio drama dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di dalam kelas. Penggunaan kaedah simulasi ini akan digunakan dalam tempoh yang ditetapkan dan berdasarkan kepada kaedah kajian yang dipilih. Di akhir kajian, data-data akan dikumpukan dan dianalisis bagi mengetahui sama ada soalan kajian dapat dijawab.
  • 27. 27 3.2 Rekabentuk Kajian Reka bentuk kajian yang digunakan di sini adalah dengan menggunakan pendekatan kuantitatif yang mana pengkaji melihat hubungan pembelajaran menggunakan kaedah simulasi dengan penglibatan aktif pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, iaitu kaedah sebelum dan selepas kaedah simulasi koperatif ini dilaksanakan di dalam bilik darjah. Kajian ini melibatkan lima peringkat iaitu : Rajah 1.3 : Peringkat – peringkat Kajian Tujuan isu / masalah yang hendak dikaji Refleksi / Penilaian Kendiri Pemerhatian / Penilaian Tindakan Pelaksanaan Tindakan Perancangan Tindakan
  • 28. 28 Merujuk kepada Rajah 1.2 iaitu peringkat-peringkat kajian, kajian yang hendak dijalankan ini menggunakan lima peringkat utama iaitu meneliti kepada tujuan isu atau masalah utama yang hendak dikaji dalam kajian penyelidikan ini. Tujuan isu atau masalah yang hendak dikaji ini adalah melibatkan apakah masalah utama yang dihadapi oleh seseorang guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah di kalangan pelajar Tingkatan Satu. Melihat kepada permasalahan yang telah dibincangkan sebelum ini, yang mana kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini tidak dapat menarik minat murid dan tidak dapat melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, maka tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan kaedah pembelajaran yang dipilih dapat membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Setelah itu, perancangan tindakan dijadikan sebagai peringkat kajian yang kedua yang mana suatu tindakan dirancang untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi. Perancangan tindakan di sini bermaksud memilih kaedah yang sesuai digunakan untuk dijadikan sebagai kajian terhadap pelajar iaitu sama ada kaedah yang dipilih ini dapat membantu pelajar dalam melibatkan diri secara aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping menarik minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran ini. Setelah pemilihan kaedah dilakukan, pelaksanaan tindakan dijalankan iaitu dengan menjalankan pelbagai aktiviti ke atas murid yang dikaji iaitu pelajar dalam Tingkatan Satu. Soalan-soalan berbentuk soal selidik berkaitan dengan penggunaan kaedah simulasi terhadap pembelajaran Sejarah ini berkesan ataupun tidak. Kemudian, pemerhatian serta penilaian dilakukan dan hasil daripada penilaian yang dibuat, satu penilaian kendiri dilakukan utuk memastikan kaedah yang dipilih ini dapat membantu ataupun sebaliknya.
  • 29. 29 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 3.3.1 Tempat Kajian Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom yang terletak di daerah Tenom. Pemilihan sekolah ini sebagai tempat dan subjek kajian adalah berdasarkan kriteria berikut : i) Sekolah ini mendapat bantuan penuh kerajaan ii) Sekolah ini juga mempunyai kemudahan prasarana yang sesuai bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. iii) Para pelajar memerlukan input dan informasi terkini untuk meningkatkan lagi proses pembelajaran sejarah dengan kaedah-kaedah yang dapat menarik minat pelajar. 3.3.2 Subjek Kajian Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar dalam Tingkatan Satu. 3.3.3 Populasi Kajian Sasaran kajian atau populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Satu seramai 30 orang.
  • 30. 30 3.4 Instrumen Kajian Untuk tujuan kajian ini, alat yang digunakan untuk memperolehi data ialah kertas ujian pra, kertas ujian pasca dan borang soal selidik. Soalan ujian pra dan ujian pasca ditadbir mengikut tajuk yang dipilih iaitu Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Kertas soalan ini diedarkan kepada subjek di awal dan di akhir kajian. Manakala borang soal selidik yang disediakan mengandungi rumusan tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi sosiodrama dalam tajuk yang dipilih. 3.4.1 Borang Soal Selidik i) Bahagian A Bahagian ini merupakan borang soal selidik yang digunakan untuk mendapatkan profil guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Sejarah. Antara maklumat penting yang hendak diperolehi melalui soal selidik ini termasuklah kelayakan akademik / ikhtisas guru, pengalaman guru mengajar dalam mata pelajaran Sejarah, kursus dalam perkhidmatan bagi mata pelajaran Sejarah yang pernah dihadiri.
  • 31. 31 ii) Bahagian B Bahagian ini pula merupakan satu senarai yang mengandungi lima masalah yang perlu disusun mengikut keutamaan 1 – 5 ( 1= masalah yang paling utama, 5= masalah yang paling kurang utama ). Tujuan senarai ini adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan pendekatan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah kajian. iii) Bahagian C Bahagian ini merupakan borang soal selidik untuk mendapatkan jawapan daripada pernyataan dengan memilih jawapan (Ya atau Tidak). Borang soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses soal selidik ini pengkaji akan dapat mencari alternatif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran objektif.
  • 32. 32 iv) Bahagian D Bahagian D merupakan borang soal selidik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat bagaimana cara-cara mengatasi masalah daripada dapatan melalui jawapan soal selidik dengan menggunakan skala likerd dengan memilih satu jawapan sahaja tanpa dipengaruhi oleh jawapan orang lain bagi mendapatkan penilaian yang sah. 3.2.1 Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca Prosedur pembinaan atau penggubalan soalan bagi ujian pra dan ujian pasca dimulakan dengan membuat pelbagai rujukan seperti sukatan matapelajaran Sejarah tingkatan satu, buku teks dan buku ulangkaji yang terdapat di pasaran. Soalan-soalan ujian yang lepas juga digunakan bagi mengenalpasti kebolehpercayaan soalan tersebut. Setelah maklumat dikumpulkan, jadual spesifikasi ujian digubal bagi memastikan soalan ujian mengikut tahap pencapaian sampel kajian. Soalan ujian dihasilkan, ujian pra dan ujian pasca dijalankan. Selepas ujian ditadbir, analisis dapatan kajian dilaksanakan.
  • 33. 33 3.5 Prosedur Pengumpulan Data. Kajian dimulakan dengan memberikan taklimat ringkas tentang prosedur kerja yang akan dilaksanakan sepanjang kajian kepada pelajar-pelajar yang dipilih sebagai sampel kajian. Sebelum menggunakan kaedah yang ingin dikaji dalam pengajaran dan pembelajaran, soal selidik terhadap profil guru diberikan dengan menggunakan borang Bahagian A. Setelah itu, borang soal selidik Bahagian B diedarkan kepada pelajar untuk dijawab oleh pelajar sebagai sampel kajian ini dengan menyusun masalah mengikut keutamaan masalah bermula dari satu hingga yang terakhir. Ini bertujuan agar dapat meninjau isu atau masalah yang hendak dikaji. Hasil dapatan ini akan dijadikan asas untuk memperolehi maklumat yang seterusnya. Beberapa soalan dikemukakan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah secara ringkas sebelum proses pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan tinjauan pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, borang soal selidik Bahagian C diedarkan kepada sampel kajian untuk mengenalpasti penglibatan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah simulasi dalam mata pelajaran Sejarah. Setelah maklumat diperolehi hasil daripada soal selidik Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C diselesaikan, refleksi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan kaedah simulasi di sekolah kajian dibuat dengan bantuan guru-guru Sejarah yang lain.
  • 34. 34 Senarai semak juga akan digunakan dalam proses pemerhatian pengajaran dan pembelajaran tersebut. Akhir sekali, proses pengumpulan data ini dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik Bahagian D untuk tujuan mendapatkan maklumat sebagai maklum balas tentang cara-cara untuk meningkatkan kemajuan dan cara-cara mengatasi masalah proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi. 3.6 Prosedur Analisis Data Semua data kajian yang telah diperolehi akan dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif. Kaedah diskriptif akan digunakan untuk mendapatkan peratusan dan min dengan jumlah sampel kajian. Penilaian bagi setiap item soalan akan menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi di kalangan pelajar. Untuk menentukan persepsi pelajar terhadap perisian yang digunakan, data akan ditafsir dalam bentuk peratusan dan min skor yang menunjukkan penerimaan yang negatif. Markah-markah pelajar digredkan mengikut ketetapan seperti dalam jadual di bawah, pelajar yang mendapat tahap pencapaian 0 ─ 30 adalah di tahap rendah yang mana pelajar tidak dapat mencapai tahap lulus dan ia dianggap gagal, manakala pelajar yang mendapat 31 ─ 70 merupakan tahap pencapaian sederhana dan pelajar adalah dianggap lulus tetapi mungkin pencapaian mereka boleh diperbaiki lagi.
  • 35. 35 Bagi pelajar yang mencapai tahap 71 ─ 100, mereka dianggap sebagai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Jadual 3.1 Markah dan Tahap Pencapaian Tahap Pencapaian Markah % Tinggi 71 ─ 100 Sederhana 31 ─ 70 Rendah 0 ─ 30 3.7 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian kes telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar dan dapatan menunjukkan kebolehpercayaan instrumen adalah kebolehpercayaan yang tinggi.
  • 36. 36 3.8 Kesimpulan Di dalam bahagian ini, aspek –aspek mengenai kajian dijelaskan secara ringkas, iaitu respon pelajar terhadap keputusan soal selidik yang secara keseluruhannya bersetuju dengan kaedah simulasi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ke atas prestasi pelajar-pelajar dalam Tingkatan Satu. Dalam kajian ini, pengkaji akan menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar dalam Tingkatan Satu di sekolah kajian. Kemudian para responden akan menjawab soalan ujian dan soalan soal selidik. Ujian pra akan dijawab secara bertulis mengikut cara tradisional iaitu berbentuk teori sahaja dengan cara membaca buku dan menghafal fakta-fakta untuk menjawab soalan manakala ujian pasca di jawab setelah menggunakan kaedah simulasi sosiodrama dijalankan dan digabungkan dengan pembacaan buku-buku Sejarah sebagai alat bantuan. Kemudian para responden akan menjawab soalan soal selidik bagi memberi respon atau persepsi terhadap keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
  • 37. 37 Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom yang melibatkan 30 orang sampel dalam Tingkatan Satu. Dalam kajian ini, instrumen kajian pelajar terdiri daripada dua kertas ujian iaitu kertas Ujian Pra dan kertas Ujian Pasca dan satu set soalan soal selidik untuk menentukan persepsi pelajar tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi. Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengesan pencapaian pelajar sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi bagi tajuk Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. Soal selidik pula diberikan untuk menentukan persepsi pelajar tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi di kalangan pelajar tingkatan satu bagi tajuk yang dipilih. Prosedur pengumpulan data adalah sama dengan ujian-ujian yang dijalankan di sekolah. Soalan yang ada diedarkan kepada setiap pelajar seramai 30 orang dan mereka dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 1 jam. Setelah itu, kertas soalan yang telah dijawab akan dikumpul untuk diperiksa dan dibuat analisis. Begitu juga dengan soalan soal selidik yang diberikan kepada pelajar akan dikumpul untuk diperiksa dan dibuat analisis. Ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi.
  • 38. 38 Dalam prosedur analisis data, setiap item dalam soal selidik akan dianalisis. Hasil dapatan akan dikira dalam bentuk peratusan. Manakala dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca, pemarkahan berdasarkan kepada tiga kumpulan iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Markah ujian pra dan ujian pasca akan dikira dalam bentuk peratusan dan diberi gred. Rajah 1.3 menunjukkan carta alir penggunaan instrumen kajian. Set Soal Selidik diedarkan Set Soal Selidik dikumpulkan Memeriksa Menganalisis Keputusan Rajah 1.4 Peringkat Pelaksanaan Instrumen Kajian
  • 39. 39 BAB 4 HASIL KAJIAN 4.1 Pengenalan Kajian ini adalah kajian deskriptif yang dikendalikan dengan menggunakan ujian pra, ujian pasca dan soal selidik. Dalam mengendalikan kajian ini, kertas ujian pra dan ujian pasca disediakan. Selain itu, borang soal selidik juga diedarkan untuk subjek kajian yang dipilih. Kajian ini juga berbentuk kajian kes mengenai keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Satu. 4.2 Profil Responden Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang merupakan pelajar-pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom.
  • 40. 40 4.3 Dapatan Kajian Data kajian yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pasca serta soal selidik. Analisis data dijalankan untuk menentukan status kajian sama ada penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat membantu pelajar dalam memahami tajuk yang diajarkan oleh guru. 4.3.1 Dapatan Ujian Pra Pada awal kajian, ujian pra telah ditadbir bagi memperolehi meklumat awal tentang prestasi pelajar yang dipilih. Didapati bahawa, semasa ujian dijalankan 20% pelajar sukar untuk menjawab soalan yang diedarkan. Oleh yang demikian, keputusan ujian diperolehi ialah pelajar dapat menjawab soalan ujian pra dengan baik. Keputusan ujian ini dapat dilihat melalui Jadual 4.1 Jadual 4.1 Pencapaian Pelajar dalam Ujian Pra Tahap Pencapaian Markah Kawalan Jumlah Peratus % Tinggi 71-100 14 46.7 Sederhana 31-70 12 40 Rendah 0-30 4 13.3 Jumlah 30 100
  • 41. 41 4.3.2 Dapatan Ujian Pasca Dalam ujian pasca seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2, didapati bahawa pencapaian pelajar kumpulan kawalan menunjukkan peningkatan selepas pendekatan diberikan. Peningkatan ini dapat dilihat melalui Jadual 4.2. Jadual 4.3 menunjukkan perbezaan analisis markah bagi pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca. Jadual 4.3 Perbezaan Pencapaian Di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca Tahap Pencapaian Ujian Pra Ujian Pasca Tinggi 46.7 73.3 Sederhana 40 26.7 Rendah 13.3 0 Jadual 4.2 Pencapaian Pelajar dalam Ujian Pasca Tahap Pencapaian Markah Kawalan Jumlah Peratus % Tinggi 71-100 22 73.3 Sederhana 31-70 8 26.7 Rendah 0-30 0 0 Jumlah 30 100
  • 42. 42 Merujuk kepada Jadual 4.3, perbezaan dapat dilihat iaitu peningkatan sebanyak 26.6% bagi tahap pencapaian tinggi dan ini menyebabkan jumlah tahap sederhana berkurang sebanyak 13.3%. Kebanyakan pelajar dapat menjawab soalan dalam Ujian Pasca dengan baik berbanding dengan Ujian Pra yang diberikan pada awal sesi pembelajaran sebelum pengajaran pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi sosiodrama diperkenalkan kepada pelajar dalam kelas tersebut. Ini bermakna sebagai kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi ini lebih menarik minat semua pelajar dan mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap pembelajaran yang telah diajarkan terutama dalam topik yang berkaitan dengan sejarah. Semua data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program yang digunakan adalah Program Microsoft Excel. Dalam kajian ini statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min digunakan untuk menentukan faktor-faktor dominan yang mempengaruhi kaedah simulasi di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Satu di Sekolah menengah ST. Anthony, Tenom, Sabah. Data kajian diperolehi daripada kajian soal selidik. Analisis data dijalankan untuk menentukan status kajian sama ada penggunaan kaedah simulasi sosiodrama dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dan menarik minat mereka dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah.
  • 43. 43 4.3.3 Dapatan Soal Selidik Hasil daripada kajian soal selidik yang telah dibuat dengan menggunakan Borang B, iaitu senarai yang mengandungi lima masalah yang perlu disusun oleh pelajar mengikut keutamaan ini dapat dilihat dalam Jadual 4.4 di bawah. Jadual 4.4 Taburan Kekerapan Masalah Pelajar Mengikut Keutamaan PALING UTAMA PALING KURANG UTAMA 1. Tidak menunjukkan minat untuk belajar mata pelajaran Sejarah 1. Tidak mempunyai persediaan untuk mempelajari Sejarah 2. Tidak melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas terutamanya bagi mata pelajaran Sejarah 2. Tiada pengaplikasian tentang kaedah- kaedah yang sesuai agar penyampaian pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan 3. Sukar memahami sesuatu konsep kerana kurangnya praktikal atau aktiviti yang menyeronokkan semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah dijalankan 3. Tiada kesedaran betapa pentingnya mempelajari Sejarah dalam kehidupan seharian 4. Kurang minat dan kurang keyakinan diri 4. Kurang mendapat motivasi dari keluarga dan diri sendiri dan tidak mahu berusaha 5. Mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai satu mata pelajaran yang membosankan di sekolah 5. Kurang minat kerana pengajaran dan pembelajaran tidak dipelbagaikan
  • 44. 44 Dengan merujuk kepada Jadual 4.4 di atas, dapatlah dirumuskan di sini bahawa masalah paling utama yang dapat dilihat ialah kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah di samping kurangnya penglibatan pelajar secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya aktiviti atau kaedah-kaedah yang menarik yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar. Oleh yang demikian, hasil daripada kajian soal selidik berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah inilah saya mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah simulasi sosiodrama sebagai langkah untuk menarik minat pelajar di samping melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ini. Selain itu, beberapa kajian soal selidik juga dijalankan untuk mengenalpasti penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kaji selidik ini dapat dilihat dalam Jadual 4.5. Jadual 4.5 Kekerapan Penglibatan Pelajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bil Soalan Skala Ya Tidak Jumlah 1 Saya suka membaca buku tentang Sejarah 23 7 30 2 Saya suka mata pelajaran Sejarah 18 12 30 3 Saya suka mengenal tokoh-tokoh Sejarah 22 8 30 4 Saya suka membincangkan tentang sejarah-sejarah negara 16 14 30 5 Saya mendapat bantuan dari rakan-rakan untuk belajar 10 20 30 Sejarah 6 Saya suka guru mata pelajaran Sejarah saya 25 5 30 7 Saya suka melihat filem-filem yang berunsurkan Sejarah 12 18 30 8 Saya selalu ketinggalan menyiapkan kerja atau tugasan saya 12 18 30 9 Saya ada banyak buku- buku sejarah 8 22 30 10 Saya selalu meminjam buku-buku cerita sejarah daripada rakan 28 2 30 Jumlah 174 126 300 Peratus 58 42 100
  • 45. 45 Merujuk kepada Jadual 4.5, setelah kajian soal selidik terhadap penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dijalankan, didapati 42% murid tidak melibatkan diri secara aktif dan menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Manakala 58% murid dapat dilihat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Oleh yang demikian, kaedah simulasi melalui sosiodrama dipilih untuk memastikan agar terdapat penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini. Terdapat juga kajian yang dibuat ke atas pelajar tentang cara-cara untuk menangani masalah tersebut dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi. Hasil dapatan ini dapat dilihat dalam Jadual 4.6 ( Borang Soal Selidik – Borang D ) Jadual 4.6 Taburan Kekerapan Cara-cara Mengatasi Masalah Bil Pernyataan Skala Jumlah STS TS S SS 1 Saya menyiapkan segala kerja-kerja yang disuruh 2 8 12 8 30 oleh guru dengan merujuk penerangan yang diberi 2 Saya memberi sepenuh perhatian terhadap proses 4 5 12 9 30 pengajaran dan pembelajaran Sejarah 3 Saya menerima dorongan dari rakan-rakan lain 5 8 12 5 30untuk dapat memahami konsep sejarah dalam mata pelajaran Sejarah 4 Saya banyak mendapat dorongan dari guru-guru 3 7 12 8 30 Sejarah 5 Keluarga saya selalu mendorong untuk belajar 5 10 10 5 30 Sejarah JUMLAH 19 38 58 35 150 PERATUS % 12.7 25.3 38.7 23.3 100 Petunjuk : STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, S = Setuju, SS = Sangat Setuju
  • 46. 46 Dengan merujuk kepada Jadual 4.6, dapat disimpulkan di sini bahawa 23.3% murid memilih skala Sangat Setuju (SS) dengan cara-cara yang dicadangkan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Manakala 25.3% yang menunjukkan pelajar Tidak Setuju (TS) dan 38.7% pelajar Setuju (S) dengan 12.7% yang Sangat Tidak Setuju (STS) dengan cara- cara yang dicadangkan dalam meningkatkan prestasi serta minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi ini. Ringkasan Keseluruhan analisis soal selidik ini dapat dilihat melalui Jadual 4.7. Jadual 4.7 Ringkasan Keseluruhan Skala Kekerapan Peratus STS 19 12.667 TS 38 25.333 S 58 38.667 ST 35 23.333 JUM 150 100 Petunjuk : STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, S = Setuju, SS = Sangat Setuju Daripada Jadual 4.7 di atas, didapati mod dan median yang menunjukkan kekerapan paling tinggi adalah skala Setuju (S) yang mana kekerapan mencapai tahap 58 dalam lingkungan peratusan 38.667 mengikut pengiraan.
  • 47. 47 Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan di sini bahawa terdapat perspektif yang positif di kalangan pelajar terhadap keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Terdapat juga soal selidik atau kaji selidik lain yang digunakan bagi membantu dalam pengumpulan data yang akan menentukan keberkesanan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini. Setelah soal selidik dilakukan, hasil yang didapati daripada aktiviti soal selidik ini dapatlah dilihat dalam Jadual 4.8 yang menunjukkan taburan kekerapan terhadap pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi. Jadual 4.8 Taburan Kekerapan Terhadap Penggunaan Kaedah Simulasi Bil Soalan Skala Ya Tidak Jumlah 1 Tugasan pembelajaran saya melibatkan kerjasama dengan pelajar lain 25 5 30 2 Ahli dalam kumpulan bekerjasama dengan baik 18 12 30 3 Ahli kumpulan saya dapat membantu saya untuk menguasai 10 20 30 satu-satu topik 4 Saya dan rakan saya saling membantu dalam menyiapkan tugasan 20 10 30 5 Kami mendengar pendapat orang lain semasa perbincangan 15 15 30 6 Saya bebas menyuarakan pendapat semasa perbincangan 10 20 30 7 Saya sentiasa berpeluang untuk menyuarakan pendapat saya 11 19 30 8 Saya dapat mempelajari banyak perkara melalui sesi perbincangan 17 13 30 9 Aktiviti dalam kelas adalah menarik dan berguna 25 5 30 10 Saya boleh mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan saya 18 12 30 dalam mata pelajaran Sejarah Jumlah 169 131 300 Peratus 56.333 43.6667 100
  • 48. 48 Daripada Jadual 4.8, dapatlah disimpulkan bahawa 56.33% pelajar bersetuju dengan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi manakala 43.67% masih belum dapat menerima kaedah simulasi dijalankan di dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di dalam bilik darjah. Namun demikian, jumlah peratusan yang tinggi menunjukkan penerimaan pelajar terhadap pembelajaran yang menggunakan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah amat tinggi. 4.4 Rumusan Hasil daripada data yang telah dikumpul jelas menunjukkan bahawa penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah berupaya meningkatkan prestasi pelajar dalam mempelajari Sejarah dan menarik minat mereka di samping meningkatkan penglibatan secara aktif dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah ini. Berdasarkan statistik, perbandingan peratus amat ketara di antara ujian pra dan ujian pasca dan begitu juga dengan perolehan soal selidik yang dijalankan terhadap keberkesanan penggunaan kaedah secara simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
  • 49. 49 BAB 5 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI 5.1 Pendahuluan Bab ini mengandungi empat bahagian iaitu Ringkasan Kajian, Peerbincangan Dapatan Kajian, Kesimpulan Dapatan Kajian, Implikasi Dapatan Kajian dan Cadangan Kajian Lanjut. Bahagian Ringkasan Kajian akan membincangkan tujuan kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data. Bahagian Perbincangan Dapatan Kajian pula membincangkan kesan-kesan dan pengaruh-pengaruh hasil dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian telah dibuat ke atas penggunaan kaedah simulasi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kesimpulan dibuat berasaskan perbandingan di antara keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah diedarkan kepada 30 orang pelajar kajian. Selain itu, rumusan juga dibuat berdasarkan persepsi yang diterima daripada pelajar berkenaan. Hasil dapatan serta jawapan bagi setiap persoalan kajian yang berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah telah dihuraikan di dalam bab terdahulu. Oleh itu, gambaran secara menyeluruh tentang aspek-aspek hasil dari penilaian pelajar dan pengkaji akan diberi tumpuan di dalam bab ini.
  • 50. 50 Kajian ini adalah berkaitan tentang penggunaan kaedah simulasi sebagai satu alat yang membantu dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kajian ini hanya dijalankan di sebuah sekolah sahaja, iaitu Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom. Oleh itu, dapatan kajian ini hanya merujuk kepada situasi sekolah ini sahaja. Penilaian kajian merujuk kepada soalan kajian iaitu : i) Adakah penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari Sejarah? ii) Adakah persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah? iii) Sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah simulasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah?
  • 51. 51 5.2 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian ini membincangkan data-data yang telah diperolehi dan analisis dapatan kajian. Perbincangan dapatan kajian juga menyentuh tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan mengggunakan kaedah simulasi ditumpukan kepada dapatan yang diperolehi daripada Ujian Pra, Ujian Pasca dan Soal Selidik yang telah dijalankan ke atas sampel kajian. Perbincangan ini juga menjurus kepada bagaimana teknik dan kaedah ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi mereka dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah ini di samping menarik minat mereka terhadap pembelajaran Sejarah. Secara keseluruhannya, penilaian ini juga dapat melihat persepsi murid ke atas pengajaran dan pembelajaran Sejarah melalui kaedah simulasi. 5.2.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca Dengan merujuk kepada jadual 4.3, keputusan yang diperolehi yang telah membuktikan penggunaan kaedah simulasi telah berjaya membantu pelajar menangani masalah dalam menjawab soalan Sejarah secara keseluruhannya . Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tahap penguasaan dan pemahaman pelajar terhadap konsep sejarah untuk setiap pelajar adalah menggalakkan sekiranya mereka di beri pendedahan lebih awal dengan kaedah ini. Keputusan tersebut mempunyai persamaan pendapat dengan beberapa orang cerdik pandai dalam pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah simulasi ini.
  • 52. 52 5.2.2 Kajian dan Pendapat Di antara pendapat-pendapat yang menjurus kepada hasil-hasil kajian yang telah dibuat antaranya ialah Hafiz Muthoharoh, S.Pd.I berpendapat bahawa istilah sosiodrama dan bermain peranan (role playing) dalam metod merupakan dua istilah yang sama, bahkan di dalam pelaksanaannya dapat dilakukan dalam waktu bersamaan dan silih berganti. Sosiodrama dimaksudkan adalah suatu cara mengajar dengan jalan mendramatisasikan bentuk tingkah laku dalam hubungan sosial. Pada metod bermain peranan, titik tekanannya terletak pada keterlibatan emosional dan pengamatan indera ke dalam suatu situasi masalah yang secara nyata dihadapi. Pendapat lain yang menjurus kepada simulasi ini ialah pendapat daripada Hasan (2002) yang menyatakan bahawa simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau memprgunakan gambaran sebenarnya dari satu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya dan ini dapat menarik minat pelajar. Menurut Gilstrap, dengan melihat sifat tiruannya, simulasi dapat berbentuk role playing, sosiodrama dan permainan. Manakala Hayan, dalam bukunya yang bertajuk “ Ways of Teaching”, simulasi merupakan salah satu metod yang termasuk dalam kumpulan role playing yang terdiri daripada sosiodrama, permainan dan drama atau lakonan.
  • 53. 53 Hayan juga berpendapat bahawa sosiodrama dalam simulasi di mana peristiwa yang dilakonkan oleh para pemegang watak iaitu pelajar memainkan peranan dalam menggambarkan peristiwa lampau seolah-olah peristiwa yang sebenarnya. Selain itu, pendapat Ghazali Ismail, Mazlan Zaharuddin Mat Arof dan Mohamad Hanifah Moideen dalam kajian mereka berpendapat bahawa kaedah sosiodrama dalam bilik darjah lazimnya diserapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau mata pelajaran yang lain seperti Sejarah. Bahkan aktiviti berunsurkan drama, begitu bermanfaat kepada pelajar kerana mereka akan meneroka dan meraih pelbagai kemahiran baik secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sebagai contohnya, melalui aktiviti berdialog dengan menggunakan skrip, akan mengasuh pelajar membaca dan bertutur dengan menggunakan intonasi dan sebutan yang betul dan jelas. Manakala melalui aktiviti gerak lakon pula, akan memupuk semangat berani tampil ke hadapan tanpa malu dan segan, sekaligus akan menjadikan seorang pelajar yang bersikap yakin diri, bertolak ansur dan seterusnya berupaya mencorakkan pembinaan personaliti diri yang mantap. Dan ini secara tidak langsung dapat membantu mereka memahami konsep sebenar dalam mempelajari Sejarah. Hakikatnya dari segi teori, pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mampu menyuburkan daya kognitif dan kemahiran sosial pelajar. Apa yang diharapkan agar strategi yang dirancang dengan mengaplikasikan beberapa teknik drama mampu memberi semangat dan dimensi baru kepada minat dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah khususnya dan terhadap bidang pelajaran amnya.
  • 54. 54 Kajian mengenai pembelajaran berkesan menerusi simulasi ini disokong lagi menerusi teori-teori pembelajran yang diutarakan oleh Piaget (1962), Bruner(1966) dan Lev Vygotsky(1978), yang mana menyatakan bahawa pengajaran berkesan adalah suatu keadaaan yang menyediakan pelajar boleh berdiri sendiri, membina makna melalui interaksi sosial, penemuan sendiri dan mengelakkan pergantungan kepada guru. Manakala menurut Hunter (1995), pengajaran berkesan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Salah satu pendekatan yang membantu pelajar dalam meningkatkan pengajaran adalah menerusi simulasi. 5.2.3 Soal selidik Terdapat dua aspek yang akan dibincangkan hasil dapatan kajian daripada soal selidik. Kajian ini adalah untuk mendapatkan persepsi pelajar yang merangkumi aspek keberkesanan, keyakinan dan minat di kalangan pelajar dalam mempelajari tajuk Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ini dengan menggunakan kaedah simulasi iaitu sosiodrama. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tahap penguasaan dan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran ini adalah menggalakkan sekiranya mereka di beri peluang dengan melakukan pelbagai kaedah yang boleh menarik minat mereka dalam mempelajari mata pelajaran ini dan ini akan membantu mereka agar tidak merasa bosan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Keputusan tersebut mempunyai
  • 55. 55 5.2.4 Aspek Keberkesanan Merujuk kepada analisis keseluruhan terhadap soal selidik yang dijalankan, menunjukkan secara keseluruhan pelajar bersetuju adanya keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi bagi tajuk Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Mereka berpendapat bahawa kaedah ini hendaklah dipraktikan pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Melalui kaedah ini pelajar bukan sahaja didedahkan dengan kemahiran dalam kaedah simulasi tetapi juga memperkukuhkan aspek kognitif dan pelbagai perkembangan dalam diri pelajar. Situasi ini dapat dilihat dalam matlamat pendidikan Sejarah itu sendiri yang bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar yang berkaitan, para murid dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia.
  • 56. 56 Dalam buku teks Sejarah Bab 4 dalam topik Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka yang mana pada bahagian 4.1 dalam topik tersebut adalah tajuk yang dipilih untuk kajian ini iaitu Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Tajuk ini merupakan tajuk yang boleh dikatakan amat sukar untuk dipelajari dan difahami oleh pelajar memandangkan tajuk ini melibatkan beberapa peranan penting dalam watak- watak pahlawan melayu dan pembentukan negeri Melaka itu sendiri. Namun demikian, kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ini diharapkan agar dapat membantu pelajar untuk memahami dan menyelami situasi dahulu dalam keadaan kini. Ia juga memerlukan usaha yang lebih dan keyakinan pelajar. Usaha guru bersama pelajar amatlah diperlukan dalam menjayakan kaedah ini yang mana guru juga haruslah bersedia dalam menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah simulasi ini. Menyelami tajuk dan peristiwa yang berlaku semasa zaman pengasasan Kesultanan Melayu Melaka dan bagaimana peranan Parameswara dalam tajuk ini dapat memberikan pelajar pengalaman baru dari segi lakonan dan drama. Skrip disediakan untuk membantu pelajar dalam melakonkan watak-watak yang terlibat dalam pembelajaran ini. Pelajar juga diberi peluang untuk membentuk skrip sendiri berdasarkan kepada tajuk ini dan ini memberi peluang pelajar untuk mengembangkan bakat serta membuka minda mereka untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku pada zaman tersebut.
  • 57. 57 5.2.5 Aspek Motivasi Merujuk kepada analisis keseluruhan terhadap soal selidik yang dijalankan, keputusan kajian menunjukkan hampir kesemua pelajar mempunyai motivasi yang tinggi dalam mempelajari tajuk ini dengan menggunakan kaedah simulasi. Dapatan-dapatan yang releven berkaitan dengan konsep yang dipelajari meningkatkan motivasi setiap pelajar untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan 30 (100%) pelajar berasa seronok belajar dengan kaedah sosiodrama ini. Mereka seronok dengan lakonan dan watak-watak yang diberikan. Keadaan ini seharusnya diberi perhatian agar kajian yang akan datang lebih memberi tumpuan kepada individu dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam meneroka satu-satu konsep dalam mata pelajaran Sejarah. Selain itu, simulasi juga boleh digunakan dengan cara lain selain sosiodrama untuk menarik lebih lagi minat pelajar terhadap pelajaran Sejarah ini. De Jong (1991) menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan. Kepentingan utama adalah memastikan pelajar aktif dalam eksplorasi dan belajar sesuatu yang man pendekatan yang digunakan berkaitan dengan teori pembelajaran moden. Pembelajaran simulasi berkomputer lebih kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang memerlukan sokongan dari pengajar atau sistem bagi memastikan simulasi digunakan adalah efektif.
  • 58. 58 Dari kajian yang dijalankan oleh Yucesan et al., Chun Hung Chen, Insup Lee (1998), simulasi berasaskan web menjadi salah satu cara untuk memperluaskan peranan simulasi dalam dunia pendidikan kerana struktur Internet yang luas serta mudah dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa mengira platform komputer yang digunakan. Hoban dan Casberque (dalam Tornyay dan Thompson, 1982) menyatakan penggunaan simulasi dalam pembelajaran dapat memudahkan pelajar belajar, membentuk pemahaman pelajar, mewujudkan pembentukan sikap dan memotivasikan pelajar. Wilkins (1990), pula menyatakan antara kebaikan-kebaikan menggunakan simulasi yang boelh memberikan motivasi kepada pelajar ini ialah simulasi dapat melibatkan pelajar melakukan sesuatu sehingga meningkatkan penglibatan mereka secara aktif dalam pembelajaran, mendekatkan mereka dengan kenyataan-kenyataan sosial yang ada dalam masyarakat sebenar, dapat mengembangkan isu-isu yang dapat memberi petunjuk dalam mencapai hasil perbincangan, mendorong pelajar memotivasikan diri mereka dalam pembelajaran. Ornstein (1990), menyatakan simulasi merupakan alat motivasi belajar yang sangat baik, hasil yang diperolehi daripada simulasi dengan melibatkan penggunaan beberapa teknik dan kaedah menjalin hubungan pelajar dengan hiburan iaitu pelajar merasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan kaedah simulasi ini dan ini secara tidak langsung dapat memotivasikan diri mereka untuk belajar. Oleh yang demikian, secara kesimpulannya, simulasi memberi kesempatan kepada pelajar untuk mendekatkan diri dengan pengalaman kehidupan yang nyata. Ia juga merupakan metod yang baik dalam pembelajaran Sejarah.
  • 59. 59 5.3 Kesimpulan Dapatan Kajian Berdasarkan kepada dapatan kajian tentang penilaian keberkesanan menggunakan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah serta persepsi pelajar terdapat beberapa kesimpulan iaitu : i) Kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah boleh diterima pakai bagi membantu pelajar dan guru dalam usaha memindahkan pengetahuan dari tenaga pengajar kepada pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah ini diterima dengan baik oleh pelajar kerana memudahkan pelajar untuk memahami maklumat dengan lebih berkesan. ii) Kaedah simulasi seperti sosiodrama ini mampu menarik perhatian pelajar dengan mudah serta maklumat dapat disampaikan dengan lebih pantas berbanding penggunaan media yang lain. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar memberi tumpuan yang lebih lama terhadap aktiviti yang menggunakan kaedah simulasi seperti ini. iii) Sosiodrama sebagai satu bentuk simulasi yang bertujuan untuk menemukan alternatif pemecahan masalah-masalah sosial yang timbul dalam hubungan antara anggota sosial. Dengan menggunakan sosiodrama, pelajar dapat membayangkan sesuatu permasalahan sehingga terdorong untuk menemukan alternatif pemecahannya dan cuba untuk menyelesaikannya dalam bentuk simulasi.
  • 60. 60 5.4 Implikasi Dapatan Kajian Berdasarkan kepada soal selidik yang telah dilaksanakan, kesimpulan dapat dibuat iaitu terdapat kebaikkan dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah simulasi ini. Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan kaedah simulasi ini terdapat beberapa kekangan yang wujud di sekolah ini. Maka beberapa pendekatan yang perlu diambil bagi memastikan pelaksanaan kaedah ini akan dapat berjalan dengan baik pada masa hadapan. Oleh yang demikian, bagi memudahkan pelaksanaan kaedah pembelajaran ini beberapa cadangan diberikan seperti berikut : 5.4.1 Meningkatkan Pengetahuan Terhadap Kaedah Pembelajaran Kepada Guru Para guru perlu diberi pendedahan, latihan dan kursus kemahiran dalam menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan pembelajaran. Menurut Dr. Nor Azizah Salleh, seseorang yang ingin menjalankan kajian itu samalah seperti seorang yang menghadapi masalah dan cuba untuk menyelesaikannya iaitu menyelesaikan masalah kajian. Begitu juga dengan pendapat Md. Nasir dan Ibrahim Hassan (2003) menyatakan bahawa keperluan bagi setiap guru dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran berasaskan ilmu pengetahuan mereka tentang falsafah dan teori-teori adalah penting untuk mengetahui pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dan patut digunakan terhadap anak didik mereka.
  • 61. 61 5.4.2 Melengkapkan Peralatan dan Bahan-Bahan Pembelajaran di Sekolah Kementerian Pendidikan hendaklah melengkapkan sekolah dengan kemudahan dan peralatan yang mencukupi bagi memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran dengan baik agar guru dan pelajar mendapat faedah yang maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. 5.4.3 Pihak Ibu Bapa dan Penjaga Memberikan galakan yang berterusan kepada anak-anak adalah peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka terutamanya dalam pembelajaran yang melibatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran. 5.4.4 Pelajar Bakat-bakat yang ada pada pelajar haruslah dititikberatkan dan memberi pelajar peluang untuk menunjukkan bakat mereka yang terpendam contohnya mengadakan sesi lakonan dan drama yang melibatkan cerita-cerita yang berkisarkan tentang sejarah. Ini dapat menarik minat pelajar dan dapat membantu pelajar dalam menghasilkan sesuatu yang menarik perhatian dan membantu mereka meningkatkan pengetahuan mereka dalam Sejarah di samping meningkatkan keyakinan diri dan motivasi dalam diri pelajar.
  • 62. 62 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan Hasil daripada kajian yang telah dibuat mendapati bahawa penggunaan kaedah pembelajaran secara simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat berguna dan bermanfaat bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru dalam menghasilkan sesebuah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Beberapa cadangan dikemukakan berdasarkan kepada kesimpulan dan hasil kajian yang telah dijalankan agar cadangan-cadangan berikut dilaksanakan pada kajian- kajian seterusnya. Antaranya ialah : Kursus-kursus serta pendedahan terhadap kaedah-kaedah serta teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran terutama dalam mata pelajaran Sejarah dan yang berkaitan perlu diberikan kepada guru-guru tanpa mengira latar belakang guru. Guru-guru Sejarah hendaklah diberi pendedahan tentang ciri kulaiti pengajaran, di samping sentiasa kreatif dan inovatif ketika melaksanakan pengajajarannya. Kandungan kursus adalah bersesuaian dengan tuntutan dan kehendak yang diperlukan oleh guru dan pihak sekolah.
  • 63. 63 Selain itu, penggunaan buku teks secara menyeluruh juga adalah wajar ditekankan. Namun demikian, penggunaan BBM juga perlu diadakan agar pengajaran dan pembelajaran dpat dipelbagaikan dan tidak menjadikan pelajar merasa bosan dengan sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Ini akan dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari Sejarah. KPM juga perlu melatih lebih ramai guru Sejarah yang berminat untuk mengajar supaya dapat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan Sejarah yang tinggi. KPM juga harus memberi penekanan kepada aspek psikologi dan motivasi untuk meningkatkan keyakinan bukan sahaja kepada pelajar malah kepada guru-guru yang mengajar. Beberapa cadangan lain timbul setelah kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang memutuskan untuk menaik taraf status mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bererti setiap calon perlu lulus mata pelajaran Sejarah sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebelum ini. Antara cadangan-cadangan yang telah dikemukakan ialah : i) Rombak modul dan sukatan sedia ada kepada sukatan yang lebih menarik dengan menekankan kepada teknik atau kaedah-kaedah pengajaran yang lebih baik dan menarik perhatian pelajar.
  • 64. 64 ii) Oleh kerana mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai satu mata pelajaran yang agak membosankan, kaeadh pembelajaran berbantuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK) boleh dijadikan ganti kepada pengajaran biasa yang mana pelajar duduk mendengar “syarahan” daripada gruu mereka. LDK didapati berkesan dalam meningkatkan pemahaman, komunikasi dan interaksi sesama pelajar. Percambahan minda boleh berlaku di sini. iii) Otak sukakan gambar dan warna. Oleh itu, buku teks Sejarah haruslah menarik dengan memperbanyakkan berita bergambar terutamanya pada fakta dan peristiwa penting untuk menarik minat pelajar untuk membacanya. iv) Membaca dan menghafal adalah membosankan. Oleh yang demikian, pendekatan seperti menyediakan slot atau tayangan video di dalam pengajaran dan pembelajaran boleh digunapakai. Rakyat tidak marah jika “wang mereka” dihabiskan dengan membuat drama khas berpandukan modul sejarah dan dijadikan tayangan pada sesi kelas Sejarah. v) Projek folio mereka haruslah dikira markah dalam peperiksaan SPM. Dengan ini, akan menimbulkan minat semasa mereka menyiapkan folio tersebut. vi) Selain itu, selalu adakan lawatan ke tempat yang berlatarbelakangkan sejarah dan memanggil penceramah luar bertukar-tukar mengajar di kelas mereka.
  • 65. 65 5.6 Kesimpulan Dengan adanya kaedah dan teknik seperti simulasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberikan input kepada kebaikan terutama dari segi pencapaian akademik. Murid dapat menimbang sesuatu dari sudut pandangan orang lain. Berusaha untuk melibatkan diri mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas dan ini dapat membantu mereka mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran Sejarah yang selama ini dianggap sebagai satu mata pelajaran yang amat membosankan kepada satu mata pelajaran yang lebih menyeronokkan di samping dapat meningkatkan prestasi mereka dalam ujian-ujian dan pembelajaran yang dijalankan di samping dapat mewujudkan penglibatan yang aktif mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, dengan adanya pembelajaran seperti kaedah simulasi yang baik dan sesuai ini dapat menarik minat murid untuk mempelajari bidang Sejarah dengan lebih cemerlang lagi. Selain itu, ia juga dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif bagi pelajar-pelajar di tingkatan satu. Guru dapat mengenalpasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan (Nor Anuwar Bin Hamat).
  • 66. 66 RUJUKAN Abdul Hakim (2002), Abdul Razak dan Ali (2000), Anuar et al. (2009). Abdul Razak dan Abdullah (2000), “Kajian terhadap 240 pelajar di daerah Petaling Jaya dan Kuala Selangor”. Adnan Omar, “Keberkesanan E-Tuisyen Terhadap Pencapaian, Minat dan Sikap Pelajar Berprestasi Rendah dalam Mata Pelajaran Sejarah”. Universiti Utara Malaysia. Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, Nur Atiqah T. Abdullah (2009). Azwani Ismail, Zaharah Aziz dan Sharifah Nur Puteh, “Kajian Kesan Model STAD Terhadap Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah”. Universiti Kebangsaan Malaysia. Clark & Voogel (1985), De Jong (1991), DelGaudio & Julian J. (2002). Dr. Nor Azizah Salleh, “Seseorang yang ingin menjalankan kajian samalah seperti seorang yang menghadapi masalah dan cuba untuk menyelesaikannya iaitu menyelesaikan masalah kajian”. Ezani Yusoff (Bob), “Teknik Pengajaran dan Pembelajaran”. http://bobezani.tripod.com/teknik.htm Fishwick & Hill (1999) Ghazali Ismail, Mazlan Zaharuddin Mat Arof dan Mohamad Hanifah Moideen. Gilstrap, “simulasi dapat berbentuk role-playing, sosiodrama dan permainan”. Gokhale (1996), “Integrasi simulasi berkomputer kepada pembelajaran makmal melalui aktiviti tradisi dapat meningkatkan prestasi pelajar”.
  • 67. 67 Hafiz Muthoharoh, S.Pd.I; Hariyono (1995); Hasan (2002) Hayan, “Ways of Teaching”. Hazri Jamil (2003), “Pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah berbeza dengan mata pelajaran lain”. Hoban & Casberque (1982), dalam Tornyay dan Thompson. Hunter (1995), “Pengajaran berkesan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar”. Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan Empat (2002). Kamus Dewan Edisi Empat. Keller & Suzuki (1998); Malone & Lepper (1987); Alessi & Trollip (2001). Les Pang & Hodson (1999), “Simulasi dapat menghasilkan tindakbalas yang vetul serta teratur”. Lorenz et al. (1997), “WWWS dapat meningkatkan teknik simulasi”. M. Alessi dan Stanley (2001).; M. Alessi dan Trollip (2001). Md. Nasir dan Ibrahim Hassan (2003). Mohamad Sultan (2000), “Kajian di sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam”. Mohd Nor Izwan Sulaiman, “Kaedah dan Teknik”. Noraini Ishak (2009), “Teori-teori yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah”. Norazura Yahya, Norhaslina Rosli, Nur Amira Noor Ali dan Abdol Rahim Ahmad, “Kajian Tindakan dalam Pendidikan Mempertingkatkan Penguasaan Sebutan dan Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris Menggunakan Simulasi”. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nur Jannah (2010), “Penggunaan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah”. Omardin (1996), Aini (1998), dan Khoo Kay Kin (2008).
  • 68. 68 Ornstein (1990), “Simulasi merupakan alat motivasi belajar yang sangat baik”. Piaget (1962), Bruner (1966), dan Lev Vygotsky (1978). Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), “Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke -170”. Robinson (1996). Schroeder (1997), “Jika semua cara yang lain gagal, cubalah simulasi”. Shaharuddin Md Salleh, Zaidatun Tasir, dan Baharuddin Aris, “Simulasi Menerusi WEB”. Siagan (1987) Sivachanlingam et al. (2008), “Sejarah sebagai tidak memberikan jaminan pekerjaan dan tidak mempunyai nilai komersial”. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (2010), “Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013”. Van Berkum dan De Jong (1991). Wilkins (1990). Yucesan et al., Chun Hung Chen, Insup Lee (1998), “Simulasi berasaskan web menjadi salah satu cara untuk memperluaskan peranan simulasi dalam dunia pendidikan”. Zahara (1999).
  • 69. 69 LAMPIRAN LAMPIRAN A ( Ujian Pra ) Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. 1. Kekuatan pelanduk yang mengalahkan anjing Parameswara dan nama pokok yang disandarnya adalah dari sumber _______________________. 2. Perkataan Malakat atau perhimpunan segala dagang dan Mulaqah bermaksud pertemuan adalah dari sumber ______________________________. 3. Pokok Melaka dalam Bahasa Sanskrit ialah _________________________ yang merupakan pokok pertama di dunia merupakan sumber dari ______________________. 4. Pengasas Kerajaan Melayu Melaka ialah ___________________________. 5. Pemilihan Melaka sebagai pusat penempatan kerana : a) _________________________________ b) _________________________________ 6. Senaraikan langkah-langkah yang diambil Parameswara untuk membangunkan Melaka. a) _________________________________ b) _________________________________ 7. Kemudahan-kemudahan pelabuhan yang telah disediakan oleh Parameswara ialah : a) _________________________________ b) _________________________________ 8. Melaka diasaskan sekitar tahun ________________________
  • 70. 70 LAMPIRAN B ( Pasca Ujian ) Jawab semua soalan dengan memilih jawapan yang betul. 1. Parameswara telah menyusun pentadbiran Melaka dengan melantik biduanda kecil. Apakah tugas biduanda kecil? A Memungut cukai B Membawa alat kebesaran diraja C Mengawal perairan Melaka D Menjaga keselamatan raja 2. Pada pendapat anda, apakah kesan daripada perhubungan Melaka dengan China? A Melaka mendapat perlindungan daripada China B Melaka dapat mengembangkan perdagangannya ke China C Melaka dapat menyebarkan agama Islam ke China D Melaka dapat meluaskan pengaruhnya ke negeri-negeri Melayu 3. Mengapakah Parameswara meninggalkan Temasik? I Majapahit mengancam II Diserang kerajaan Siam III Mendapat Undangan Orang Laut IV Mendapatkan negeri yang lebih strategik A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV
  • 71. 71 4. Parameswara mendapati bentuk muka bumi Melaka berbukit-bukau. Apakah kelebihan keadaan Melaka ini? I Menjadi kawasan pertanian II Menjadi panduan belayar III Menghalang daripada tiupan angin IV Mengawal keselamatan Selat Melaka A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 5. Pada pendapat anda, mengapakah Parameswara membunuh Temagi sungguhpun beliau disambut baik oleh Temagi setibanya di Temasik? A Temagi wakil Siam B Mendirikan kerajaan baru di Siam C Menuntut hak keutamaannya di Temasik D Temasik merupakan negeri naungan Majapahit
  • 72. 72 LAMPIRAN C BORANG A BORANG MAKLUMAT PERIBADI (GURU) Arahan : Sila isi atau tandakan ( / ) pada jawapan yang bersesuaian dengan anda. 1. Nama : __________________________________________________________ 2. Jantina : Lelaki Perempuan 3. Umur : _______________ tahun 4. Bil. Adik Beradik : _____________________ 5. Status Perkahwinan : Berkahwin Bujang Duda / Janda 6. Agama : Islam Kristian Buddha Hindu 7. Kaum : Melayu Cina India Kadazan/Dusun Bajau Melayu Brunei Lain-lain : __________________________ ( sila nyatakan )
  • 73. 73 8. Tahap pendidikan tertinggi yang anda miliki : SRP/PMR SPM atau yang setaraf STPM atau yang setaraf Diploma atau yang setaraf Ijazah Sarjana atau lebih tingga 9. Tempoh Perkhidmatan : 03 tahun 05 tahun 05 tahun ke atas 10 tahun ke atas 10. Jumlah masa dalam sehari mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual : ______ jam 30 minit 60 minit 90 minit 120 minit 11. Bilakah waktu yang anda rasa paling sukar untuk menjalankan aktiviti P&P. Sebelah pagi Sebelah tengah hari Sebelah petang 12. Adakah anda menerima bantuan dari guru Pendidikan Seni Visual yang lain? Ya Tidak
  • 74. 74 BORANG B MASALAH-MASALAH (MURID) Arahan : Senarai ini merujuk kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sila susun masalah-masalah tersebut mengikut keutamaan dari 1 hingga 5 ( 1=paling utama, 5=paling kurang utama ) dalam kotak kosong yang disediakan. Sekiranya masalah anda tidak terdapat di dalam pilihan, anda boleh nyatakannya di bahagian ‘Lain-lain’. 1 Tiada kesediaan untuk belajar mata pelajaran Sejarah 2 Tidak menunjukkan minat untuk belajar mata pelajaran Sejarah 3 Tidak melibatkan diri secara aktif semasa proses P&P dijalankan 4 Tiada pengaplikasian tentang kaedah simulasi 5 Tidak tahu/ sedar tentang kepentingan pengajaran Sejarah 6 Sukar untuk memahami sesuatu konsep, kerana kurang praktikal disebabkan kekurangan peralatan / bahan pembelajaran 7 Kurang keyakinan diri 8 Kurang mendapat motivasi dari keluarga 9 Kurang minat dan motivasi kerana tiada kaedah yang khusus dalam belajar Sejarah 10 Mata pelajaran Sejarah ini tidak dititikberatkan di sekolah Lain-lain : ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________
  • 75. 75 BORANG C BORANG SOAL SELIDIK Arahan : Sila baca pernyataan di bawah dan pilih jawapan YA atau TIDAK pada kotak yang disediakan dan sila jawab dengan jujur. Tujuan borang ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmana penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bil Soalan Ya Tidak 1 Saya suka membaca buku tentang Sejarah 2 Saya suka mata pelajaran Sejarah 3 Saya suka mengenal tokoh-tokoh Sejarah 4 Saya suka membincangkan tentang sejarah-sejarah negara 5 Saya mendapat bantuan dari rakan-rakan untuk belajar Sejarah 6 Saya suka guru mata pelajaran Sejarah saya 7 Saya suka melihat filem-filem yang berunsurkan Sejarah 8 Saya selalu ketinggalan menyiapkan kerja atau tugasan saya 9 Saya ada banyak buku- buku sejarah 10 Saya selalu meminjam buku-buku cerita sejarah daripada rakan
  • 76. 76 BORANG D BORANG SOAL SELIDIK KAEDAH SIMULASI MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN SATU DI SALAH SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH TENOM. ARAHAN: Sila baca setiap pernyataan dengan teliti. Nyatakan respon anda dengan menandakan ( / ) pada ruangan jawapan yang telah disediakan. Tiada jawapan yang betul atau salah. STS = Sangat tidak setuju TS = Tidak setuju S = Setuju SS = Sangat setuju Bil Pernyataan STS TS S SS 1 Saya menyiapkan segala kerja-kerja yang disuruh oleh guru dengan merujuk penerangan yang diberi 2 Saya memberi sepenuh perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah 3 Saya menerima dorongan dari rakan-rakan lain untuk dapat memahami konsep sejarah dalam mata pelajaran Sejarah 4 Saya banyak mendapat dorongan dari guru-guru Sejarah 5 Keluarga saya selalu mendorong untuk belajar Sejarah
  • 77. 77 Contoh lain Instrumen Kajian. BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI KAEDAH SIMULASI Nama : ____________________________________________ Tarikh : ____________________________________________ Arahan : Baca soalan di bawah dengan teliti dan bulatkan jawapan anda. 1. Tugasan pembelajaran saya melibatkan kerjasama dengan pelajar ( Ya / Tidak ) yang lain 2. Ahli dalam kumpulan bekerjasama dengan baik ( Ya / Tidak ) 3. Ahli kumpulan saya dapat membantu saya untuk menguasai ( Ya / Tidak ) satu-satu topik 4. Saya dan rakan saya saling membantu dalam menyiapkan tugasan ( Ya / Tidak ) 5. Kami mendengar pendapat orang lain semasa perbincangan ( Ya / Tidak ) 6. Saya bebas menyuarakan pendapat semasa perbincangan ( Ya / Tidak ) 7. Saya sentiasa berpeluang untuk menyuarakan pendapat saya ( Ya / Tidak ) 8. Saya dapat mempelajari banyak perkara melalui sesi perbincangan ( Ya / Tidak ) 9. Aktiviti dalam kelas adalah menarik dan berguna ( Ya / Tidak ) 10. Saya boleh mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan saya ( Ya / Tidak ) dalam mata pelajaran Sejarah