Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertanggungjawab untuk mengawal selia industri komunikasi dan multimedia di Malaysia, termasuk memberi nasihat kepada kerajaan dan menyiasat pelanggaran undang-undang terkait. SKMM juga menggalakkan pembangunan industri tersebut dan memperluas akses ke perkhidmatan internet ke kawasan luar bandar.
2. OBJEKTIF
Memberikan nasihat dan arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan dengan penyiasatan kes, dan
pengendalian pendakwaan di Mahkamah bagi menentukan mereka yang
melanggar peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta
588], Akta Tandatangan Digital 1997 [Akta 562] dan Akta Perkhidmatan
Pos 1991 [Akta 465] dihukum mengikut undang-undang demi memastikan
kepentingan awam dan negara terpelihara.
3. SURUHANJAYA BOLEH
MENGAWAL SELIA
TATACARANYA SENDIRI.
.(1) Seseorang anggota Suruhanjaya yang, secara langsung atau tak
langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, suatu
kepentingan dalam suatu perkara yang sedang dipertimbangkan oleh
Suruhanjaya hendaklah dengan seberapa cepat yang dapat selepas
fakta yang berkaitan sampai kepada pengetahuannya, menzahirkan
kepada Suruhanjaya hakikat dan jenis kepentingannya itu.
4. (2) Penzahiran di bawah subperenggan hendaklah direkodkan dalam
minit Suruhanjaya dan, selepas penzahiran itu, melainkan jika
dibenarkan olehPengerusi
3) Anggota-anggota Suruhanjaya hendaklah menumpukan masa
kepada urusan Suruhanjaya sebanyak yang perlu untuk menunaikan
tugas mereka dengan berkesan.
5. PENUBUHAN
SURUHANJAYA.
(1) Maka inilah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan dengan nama
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ".
(2) Suruhanjaya adalah kekal turun-temurun.
(3) Suruhanjaya boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya.
(4) Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini,dan atas apa- apa terma yang
difikirkannya patut,Suruhanjaya boleh
6. . KUASA DAN FUNGSI
SURUHANJAYA
1)Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala fungsi yang
dipertanggungkan ke atasnya di bawah undang-undang komunikasi
dan multimedia dan,tanpa menjejaskan keluasan yang disebut
terdahulu,Suruhanjaya hendaklah juga mempunyai fungsi-fungsi
Yang berikut :
7. menasihati Menteri tentang perkara-perkara berkenaan dengan objektif
dasar kebangsaan bagi aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia
melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan- peruntukan undang-
undang komunikasi dan multimedia
mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan aktiviti-
aktiviti komunikasi dan multimedia yang tidak diperuntukkan dalam
undang-undang komunikasi dan multimedia
8. menimbangkan dan mengesyorkan reformasi-reformasi kepada
undang-undang komunikasi dan multimedia
mengawasi dan memantau aktiviti-aktiviti komunikasi dan
multimedia
menggalakkan dan meningkatkan pembangunan industri
komunikasi dan multimedia termasuk dalam bidang penyelidikan dan
latihan
9. menggalakkan dan meningkatkan pengawalan sendiri dalam industri
komunikasi dan multimedia
memupuk dan mengekalkan kewibawaan semua orang yang dilesenkan
atau selainnya diberi kuasa di bawah undang-undang komunikasi dan
multimedia
memberikan bantuan dalam apa-apa bentuk kepada,dan untuk
menggalakkan kerjasama dan penyelarasan di kalangan,orang yang terlibat
dalam aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia
10. (2) Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu
bagi,atau yang berkaitan dengan,atau yang semunasabahnya
bersampingan dengan,pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah undang-
undang komunikasi dan multimedia.
11. CONTOH :
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
menyasarkan untuk melaksanakan projek Kampung Tanpa Wayar
(KTW) di 140 lokasi di negeri ini menjelang penghujung tahun ini.
Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada
masyarakat luar bandar menikmati faedah perkhidmatan Internet jalur
lebar, meningkatkan kadar penembusan penggunaannya serta
merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.