1. Pendidikan Seni Visual
Nama Pensyarah : En.Anuar
Tajuk: Sejarah Perkembangan
Pendidikan Seni Visual
Sebelum Kemerdekaan.
Nama ahli:
1. Rafiza binti Darus
2. Siti Ainizah binti Samsuri
3. Nur Amalina Salwa binti Rosli
4. Nurul Hafidzah binti Abd Halim
5. Nur Amira Aiza binti Mohd. Johan
2. Tahun 20-an
• Terdapat kepercayaan bahawa pengembara-
pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta
pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang
berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis
gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan
flora dan fauna.
• Hal ini disebabkan oleh minat mereka atau
sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-
catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-
pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan
di Malaya.
3. • Selain itu, Pihak Inggeris telah
memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap
dalam aliran Realisme, zaman Pre-
Raphelites, Turner dan Constable.
• Hal ini telah berterusan sehingga abad ke 19
apabila Seni Eropah terutamanya Seni Perancis
mula memberi kesannya kepada seluruh rantau
dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran
Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme
dan Konstruktivisme.
4. • Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan
seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada
pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong
yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk
beberapa tahun.
• Mereka juga telah berkunjung ke Singapura
untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah
menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina
dan kaligrafi di China.
5. ALIRAN-ALIRAN SENI LUKIS
REALISME IMPRESIONISME
Warna yg digunakan
Dikenali juga sebagai
berasaskan perkara yg
naturalisme, mempamerkan
dilihat, mengutamakan
keindahan alam semula jadi
suasana yg dilihat, warna, dan
yang sebenar.
pencahayaan. Merupakan
aliran separa abstrak.
6. SURELISME EKSPRESIONISME
Melukis secara spontan
Mementingkan aplikasi objek-
beserta daya apresiasi yg
objek bawah sedar dalam
wujud dalam jiwa
bentuk alam fantasi, hasil karya
pelukis, mengutamakan
bergantung pada daya imaginasi
bentuk, dan garisan serta
dan kemahiran pelukis.
teknik.
REALISME
Mementingkan bentuk-
bentuk kiub dalam dalam
menghasilkan bentuk 3D.
Karya separa abstrak ini
mempunyai daya kreativiti
yang amat tinggi.
9. Antara yang berjaya dalam bidang
seni ialah:
Lee Kah Yeow
Wang Yau
Reverend Chuk Mor
Reverend Pak Yuen
Chai Horng
Chung Hong Kong
Zhen Wei Sin.
10. Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau
Pinang bermula apabila pengasasan Pulau
Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light
di bawah Syarikat Hindia timur.
Kemungkinan terdapat pelukis tempatan
yang membekalkan lukisan-lukisan kepada
para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.
11. • Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan
sehingga tahun 1920-an semasa kumpulan
penang Impressionist ditubuhkan.
• Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa
itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak
dibenarkan menyertai Penang Impressionist.
• Dua orang pelukis tempatan yang diterima
menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung
dan Abullah Ariff.
12. Tahun 1930-an dan 1940-an
• Seni halus (lukisan,catan,cetakan, arca dan lain-lain)
bermula pada tahun 1930-an dengan terciptanya catan
awal oleh Yong Mun Sen dan Abdullah Ariff.
• Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura
merupakan penuntut Sekolah Seni Halus
Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti.
• Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies Society
yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-
pelukis Cina.
13. • Persatuan ini menumpukan perhatian kepada
perlaksaan pameran karya-karya pelukis
asing, terutamanya karya pelukis-pelukis
HongKong dan Cina.
• Pelukis tempatan turut diberi peluang untuk
meluaskan pengalaman.
• Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi
berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan
pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga
1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi
Seni Halus Nanyang.
14. Tahun 1950-an
• Ketibaan Mohammed Hoessein Enas dari
Indonesia telah membawa era baru dalam
aliran naturalis dengan melukis figura
manusia kepada pelukis tempatan.
• Tay Hooi Keat yang baru pulang dari United
Kingdom memperkenalkan asas seni lukis
seperti bentuk, garisan, rupa, warna, jalinan
dan sebagainya.
15. SEJARAH CATAN TANAH AIR
• Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar
tahun 1930-an iaitu apabila terciptanya
karya-karya awal oleh Abdullah Arif, Yong
Mung Sen, O.Don Peris dan lain-lain.
• Mereka ini telah diisytiharkan sebagai Bapa
Seni Lukis Malaysia(Yong Mun
Sen), BapaSeni Potret(Mohd Hoessein Enas)
dan Bapa Seni Batik (Chuah Thean Teng).
16.
17. Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah
lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia
terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat
etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang
Asli.
Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan
kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma
berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.
18. Sambungan….
Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia
merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil
kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira
3000 spesis kayu-kayan di negara kita.
Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang
sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan
kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan
ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat
Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat
Orang Asli.
19. Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang
terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat
dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di
mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak
lebih 500 tahun dahulu.
Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi
perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada
bangunan seperti istana dan rumah kediaman.
Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan
penting dalam memperkembang dan menghidupkan
suasana seni ukiran.
Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan
betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan
pada istana-istana tersebut.
Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang
Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional
terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.
20. KRAF SENI SERAMIK
o Sehingga tahun 1950an , tanah liat tradisional dijadikan
barangan tembikar ,batu bata, tile, dan
seumpamanya,bersama dengan simen dan kaca.
o Kraf tradisional dijelaskan dalam rencana tembikar.
Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, dan mudah
pecah.
o Kajian mengenai seramik sebahagian besarnya bertujuan
untuk mengurangkan masalah tersebut, dan meningkatkan
kekuatan bahan seramik.
21.
22. • Seni seramik adalah hasil pertukangan awal yang dapat
dikesan dalam tamadun manusia.
• Seramik dicipta bukan hanya untuk kegunaan harian
malahan untuk tujuan kerohanian. Nilai kepenggunaan dan
estetika bersatu dan akhirnya terciptalah seni seramik yang
sehingga kini mengalami perubahan yang begitu ketara.
• Sejarah seni seramik bermula sejak 4000 tahun sebelum
Masihi di Egypt atau Zaman Mesopotamia. Seni seramik
ketika itu dibentuk berupa hippopotamus yang dikenali
sebagai ’faience’ adalah karya seni seramik yang pertama. Ini
sekaligus mencatatkan sejarah bahawa sejarah seni seramik
bermula sejak manusia wujuk di muka bumi ini.
• Seni seramik bersifat global. Pada awalnya seramik semata-
mata berfungsi sebagai peralatan kegunaan harian seperti
bekas menyimpan air, periuk masakan dan sebagainya.
23. • Namun gabungan fungsi, karektor dan dekorasi pada
permukaan tembikar sebenarnya membawa
penterjemahan ekpresi budaya, sosial dan tamadun
sesuatu tempat.
•
Secara umumnya barangan seramik terhasil dari tanah liat
semata-mata, terutama sekali barangan seramik di zaman
primitif.
• Inovasi dalam penghasilan produk seramik dari masa ke
semasa membawa kemajuan dalam pelbagai aspek
bermula dari proses pembentukan, mewarnakan dan
pembakaran.
• Pada peringkat ini dekorasi dan warna bukan sekadar
penghias barangan tetapi berfungsi sebagai lapisan kalis
air.
24. SEKIAN,
TERIMA KASIH.
“ KAMI BANGGA MENJADI
GURU ”